Reading Time: 7 minutes

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Pada 23 Oct 2019,pengarang Sabda Harian telah menulis satu artikel yang bertajuk “Benarkah Allah Berkenan Dengan Genosid/Penghapusan Bangsa?”. Artikel dari beliau itu boleh rujuk disini :
– https://sabdaharian.com/benarkah-allah-berkenan-dengan-genosid-penghapusan-bangsa/

Setelah kita teliti artikel beliau,kita mendapati ada beberapa kesilapan dari isi kandungan nukilan beliau. Disini kita akan luruskan atas tujuan agar beliau memahami suatu kebenaran pahit.

SH menulis,
“Beginilah firman TUHAN semesta alam: Aku akan membalas apa yang dilakukan orang Amalek kepada orang Israel, karena orang Amalek menghalang-halangi mereka, ketika orang Israel pergi dari Mesir. Jadi pergilah sekarang, kalahkanlah orang Amalek, tumpaslah segala yang ada padanya, dan janganlah ada belas kasihan kepadanya. Bunuhlah semuanya, laki-laki maupun perempuan, kanak-kanak maupun anak-anak yang menyusu, lembu maupun domba, unta maupun keledai.”
[1 Samuel 15:2-3]

Salah satu soalan yang seringkali dibangkit oleh orang adalah, “Bagaimanakah seorang Allah yang dikatakan baik sanggup meluluskan genosid (penghapusan bangsa)? Petikan yang dirujuk biasanya 1 Samuel 15, di mana Allah berfirman kepada nabi Samuel supaya mengarahkan Raja Saul untuk menghapuskan semua orang Amalek: dari bayi sehingga yang tua, tidak mengambil kira umur ataupun jantina mereka. Semua haiwan ternakan mereka juga perlu dihapuskan. Adakah ini tindakan yang wajar diambil oleh Allah yang Maha Penyayang? Mari kita mengupas soalan tersebut.

Orang Amalek merupakan keturunan Esau, di mana mereka telah lama memusuhi kaum Israel. Orang Amalek berperang dengan bangsa Israel di Rafidim (Keluaran 17:8). Mereka menyimpan dendam terhadap orang Israel kerana cemburu dengan kemakmuran bangsa Israel dalam masa yang singkat. Semua berkat ke atas bangsa Israel adalah sepertimana yang Allah janjikan kepada Yakub. Oleh itu, orang Amalek sentiasa mengancam bangsa Israel, dan Allah berfirman kepada Musa dalam Keluaran 17:14, “Tulislah hal ini dalam kitab sebagai peringatan, dan sampaikan kepada Yosua bahawa Aku akan menghapuskan segala kenangan tentang orang Amalek dari bawah kolong langit.”

MAB response :
Pertama sekali,ingin saya katakan yang kita berdua bersetuju bahawa ALLAH TIDAK MEMERLUKAN ATAU TIDAK BERKENAN DENGAN PENGHAPUSAN (GENOSID) BANGSA. Namun Bible anda tidak bercanggah tentang hal tersebut. Mengapa??

Mari kita baca beberapa ayat tentang Maha Keadilan Tuhan :
“Jauhlah kiranya dari pada-Mu untuk berbuat demikian, membunuh orang benar bersama-sama dengan orang fasik, sehingga orang benar itu seolah-olah sama dengan orang fasik! Jauhlah kiranya yang demikian dari pada-Mu! Masakan Hakim segenap bumi tidak menghukum dengan adil?”TUHAN berfirman: “Jika Kudapati lima puluh orang benar dalam kota Sodom, Aku akan mengampuni seluruh tempat itu karena mereka.” Abraham menyahut: “Sesungguhnya aku telah memberanikan diri berkata kepada Tuhan, walaupun aku debu dan abu. Sekiranya kurang lima orang dari kelima puluh orang benar itu, apakah Engkau akan memusnahkan seluruh kota itu karena yang lima itu?” Firman-Nya: “Aku tidak memusnahkannya, jika Kudapati empat puluh lima di sana.” Lagi Abraham melanjutkan perkataannya kepada-Nya: “Sekiranya empat puluh didapati di sana?” Firman-Nya: “Aku tidak akan berbuat demikian karena yang empat puluh itu.” Katanya: “Janganlah kiranya Tuhan murka, kalau aku berkata sekali lagi. Sekiranya tiga puluh didapati di sana?” Firman-Nya: “Aku tidak akan berbuat demikian, jika Kudapati tiga puluh di sana.” Katanya: “Sesungguhnya aku telah memberanikan diri berkata kepada Tuhan. Sekiranya dua puluh didapati di sana?” Firman-Nya: “Aku tidak akan memusnahkannya karena yang dua puluh itu.” Katanya: “Janganlah kiranya Tuhan murka, kalau aku berkata lagi sekali ini saja. Sekiranya sepuluh didapati di sana?” Firman-Nya: “Aku tidak akan memusnahkannya karena yang sepuluh itu.”
[Genesis 18:25-32]

“Gunung Batu, yang pekerjaan-Nya sempurna, karena segala jalan-Nya adil, Allah yang setia dengan tiada kecurangan,adil dan benar Dia.”
[Deuteronomy 32:4]

“Dengan tidak memandang lagi zaman kebodohan, maka sekarang Allah memberitakan kepada manusia, bahwa di mana-mana semua mereka harus bertobat. Karena Ia telah menetapkan suatu hari, pada waktu mana Ia dengan adil akan menghakimi dunia oleh seorang yang telah ditentukan-Nya, sesudah Ia memberikan kepada semua orang suatu bukti tentang hal itu dengan membangkitkan Dia dari antara orang mati.”
[Acts 17:30-31]

“Tetapi oleh kekerasan hatimu yang tidak mau bertobat, engkau menimbun murka atas dirimu sendiri pada hari waktu mana murka dan hukuman Allah yang adil akan dinyatakan. Dia akan membalas setiap orang menurut perbuatannya..”
[Romans 2:5-6]

Banyak lagi ayat tentang Maha Keadilan Tuhan tetapi cukup tiga (03) ayat saya berikan di atas. Dalam Genesis 18:25-32 memberitahu bahawa Tuhan itu Maha Adil dan seandainya sekalipun hanya sepuluh (10) orang yang tidak bersalah dalam suatu kota itu,Tuhan tidak akan lenyapkan Kota dan bangsa itu. Deuteronomy 32:4,Acts 17:30-31 dan Romans 2:5-6 secara mutlak memberitahu bahawa Tuhan itu Maha Adil.

Tiga (03) ayat ini cukup membuktikan bahawa ini bertentangan dengan 1 Samuel 15:3. Mengapa?? Kerana tindakan perintah Allah kepada Israel membasmi semua keturunan termasuk Amalek sehingga wanita,bayi dan binatang ternakan yang tidak bersalah harus dibunuh dan ini bertentangan dengan sifat Maha Adil-Nya. Saya ingin bertanya,
– Sila baca Exodus 17:8-13,apakah orang Amalek berperang menentang Israel dengan membunuh wanita,bayi dan binatang ternakan??

Jika ADA,maka sila tunjukkan dimana ayat mengatakan Amalek membunuh wanita,bayi dan binatang ternakan??

Jika TIDAK ADA,ada percanggahan antara ayat 1 Samuel 15:3 dengan Genesis 25:32,Deuteronomy 32:4,Acts 17:30-31 dan Romans 2:5-6.

Maka dimanakah Maha Keadilan Tuhan dan apakah Tuhan Israel dalam Bible Maha Pengasih??

SH menulis,
Allah mempunyai hak untuk menghakim sesiapapun. Alkitab menyatakan bahawa semua orang telah berdosa dan harus dihakimi Allah. Dengan demikian, penghapusan orang Amalek bukannya keputusan untuk membunuh sembarangan. Pembunuhan bererti meragut nyawa secara sembarangan dengan niat untuk melakukan demikian. Kalau seorang mati di tangan kita kerana kita mempertahankan diri, itu tidak dikira sebagai membunuh.

MAB response :
Benar! semua orang yang berdosa harus dihakimi Allah namun kita harus ingat bahawa Allah menghakimi sesuai perbuatan dosanya selaras Sifadh Keilahian-Nya Yang Maha Adil (Psalm 11:7 / Psalm 45:7 / Psalm 72:2 / Psalm 82:1-4 / Isaiah 61:8 / Jeremiah 22:3-17 / Ezekiel 45:9 dan Hosea 10:12). Kamu ingin katakan bahawa orang Israel melakukan pembunuhan dengan serangan kembali disebabkan Amalek terlebih dahulu memulakan pembunuhan dalam peperangan,yang menjadi persoalan ialah mengapa wanita,bayi dan binatang terbakan harus dibunuh??Apa dosa mereka sehingga dibunuh sedangkan mereka tidak ada kaitan dalam peperangan??

SH menulis,
Apabila Allah mengarahkan bangsa Israel untuk menghapuskan bangsa yang berlainan, perbuatan tersebut dikira sebagai penghakiman Allah kerana bangsa tersebut telah dijatuhkan hukuman oleh Allah sendiri setelah diberi peluang demi peluang untuk bertaubat tanpa menunjukkan sebarang kekesalan hati. Lagipun, Allah yang Maha Mengetahui juga menyelamatkan anak-anak muda daripada terjerumus ke dalam lembah dosa. Selain daripada itu, Allah menghalang generasi-generasi yang akan menyusuli mereka daripada berdosa dengan lebih banyak lagi.

Akhirnya, salah satu sebab Allah di dalam Perjanjian Lama kelihatan begitu tegas dalam pendirian-Nya untuk menghapuskan bangsa-bangsa lain secara keseluruhan adalah untuk memastikan bahawa keturunan Mesias tidak dicemari. Syaitan memulakan peperangannya terhadap Allah dengan cubaan menghapuskan umat manusia di Taman Eden, serta merosakkan dunia yang akhirnya dihakimi dengan banjir besar, percubaan untuk menghapuskan bangsa Israel melalui peperangan serta menggalakkan orang Israel untuk menyembah berhala melalui pendedahan kepada budaya lain serta perkahwinan dengan wanita dari budaya yang menyembah berhala.

Kedua-dua penyembahan berhala dan perkahwinan campur dengan orang bukan Israel bermakna bahawa nubuatan tentang Mesias tidak akan berhasil, kerana nubuatan jelas menyatakan dari manakah keturunan orang Israel yang tertentu akan datangnya Mesias. Mesias, iaitu Yesus, adalah orang yang dipilih Allah sebagai korban untuk dosa umat manusia sejagat, di mana tanpa kematian Yesus di atas kayu salib, tiada pengampunan dosa akan berlaku. Jikalau dosa kamu dan saya tidak diampun, maka semua orang tidak akan memperoleh penyelamatan. Jadi, Allah memastikan kebinasaan orang jahat seperti Amalek bangsa supaya Mesias akan datang mengikut rancangan-Nya.

MAB response :
01 – Saya setuju jika peperangan di lakukan disebabkan kezaliman yang di olahkan dari bangsa lain namun Allah tidak akan lakukan sesuatu yang melanggari Sifadh Ilahiyyah-Nya. Apa yang Allah rencanakan adalah selaras dengan Sifadh Ilahiyyah-Nya. Allah tidak terikat dengan peluang berkuantiti seperti manusia yang mana sekiranya bangsa itu tetap kufur dan zalim,Allah boleh sahaja perintahkan malaikat untuk binasakan kaum itu seperti mana kaum Aad dan Madyan dimusnahkan dengan Kuasa Allah sendiri tanpa peperangan ATAU Allah boleh sahaja rencanakan sesuatu yang indah pada masa akan datang yang mana kaum yang zalim itu akan lahir keturunan beriman seperti mana kaum Thaif yang dahulunya kafir tetapi generasi kini bangsa itu semuanya beriman. Bukankah Allah boleh lakukan apa sahaja,bukan??

Bukan dengan membunuh wanita,bayi dan binatang ternakan yang tidak tahu apa-apa serta tidak berdosa!

02 – Tidak perlu berbelit dengan alasan “untuk memastikan bahawa keturunan Mesias tidak dicemari”. Sebelum kedatangan Jesus,seramai enam (06) orang Al-Masih telah dipilih Allah. Isu pointnya adalah pembunuhan terhadap wanita,orang tua,bayi,kanak-kanak dan binatang ternakan yang tidak berdosa dan tidak tahu tahu apa-apa serta tidak ada kaitan dalam peperangan. Jika mereka semua ini tidak dibunuh,apakah keturunan Al-Masih akan tercemar??

Maknanya Tuhan Israel dalam Bible memang berkenan dengan penghapusan bangsa!

Saya berikan satu (01) lagi ayat membuktikan Tuhan Israel dalam Bible berkenan dengan penghapusan dosa :
“Kemudian Sihon dan seluruh tentaranya maju mendatangi kita, untuk berperang dekat Yahas,tetapi TUHAN, Allah kita, menyerahkan dia kepada kita, sehingga kita mengalahkan dia dengan anak-anaknya dan seluruh tentaranya. Pada waktu itu kita merebut segala kotanya dan menumpas penduduk setiap kota: laki-laki dan perempuan serta anak-anak. Tidak ada seorangpun yang kita biarkan terluput;hanya hewan kita rampas bagi kita sendiri, seperti juga jarahan dari kota-kota yang telah kita rebut. Mulai dari Aroer, di tepi sungai Arnon, dan kota di lembah itu, sampai Gilead tidak ada kota yang bentengnya terlalu kuat bagi kita; sebab TUHAN, Allah kita, menyerahkan semuanya kepada kita. Hanya negeri bani Amon tidak engkau dekati, baik sungai Yabok sepanjang tepinya maupun kota-kota di pegunungan, tepat seperti yang dilarang TUHAN, Allah kita.”
[Deuteronomy 2:32-37]

03 – Asbab Penyembahan berhala dan perkahwinan campur bukan alasan untuk nubuatan tentang Mesias tidak akan berhasil. Ini kerana boleh sahaja rencana Allah tentukan keturunan yang baik dari kalangan Israel sendiri tanpa ada percampuran benih dari keturunan bangsa lain yang menyembah berhala. Maka ini bukan alasan untuk menghalalkan membunuh orang tua,wanita,kanak-kanak,bayi dan binatang ternakan yang tidak berdosa dan tidak tahu apa-apa serta tidak ada kaitan dalam peperangan.

Dan memandangkan anda menjadikan keturunan Jesus selaku Al-Masih sebagai alasan untuk membolehkan membunuh orang tua,wanita,kanak-kanak,bayi dan binatang ternakan yang tidak berdosa dan tidak tahu apa-apa serta tidak ada kaitan dalam peperangan,maka anda lupa bahawa Allah merencanakan keturunan Jesus sebagai Al-Masih boleh dicemari dengan asbab lain iaitu keturunan Jesus di anggap sebagai anak zina dan keturunan zina oleh Bani Israel sendiri (Sanhedrin 106a / Shabbat 104b / Yebamoth 49b / Yevamot 4:18 / Avot 5:19 dan Gittin 56b-57a). Apakah ini tidak mencemari keturunan Al-Masih??…Jadi mohon jangan berbelit untuk tegakkan benang yang basah! bangsa Amalek memang jahat dan zalim pada awalnya namun untuk memerangi mereka bukan melalui membunuh orang-orang yang tidak bersalah dalam kalangan bangsa mereka!

KESIMPULAN
Maka jelas Tuhan Israel dalam Bible berkenan dengan penghapusan bangsa!. Walau kami (muslim) akui Tuhan Israel dalam Bible dan Tuhan dalam Quran adalah sama,namun isi kandungan dalam Bible menceritakan tindakan Tuhan Israel itu mencurigakan apakah benar Firman perintah Dari-Nya atau rekaan manusia sehingga memfitnah Tuhan!

Semoga anda membuka minda dan belajar untuk memahami Bible dengan uslub Hermneutical Biblical yang tulus BUKAN melalui telunjuk gereja anda.

pesan Eesa Al-Masih Alaihissalam @ Jesus Christ :
“Jikalau kamu tetap dalam sabdaku,kamu benar-benar adalah muridku.dan kamu akan mengetahui kebenaran dan kebenaran itu akan memerdekakan kamu.”
[John 8:31-32]
– memerdekakan anda dari kekufuran…

pesan Rasullullah Muhammad SAW,
“Terimalah kenyataan itu walau ianya pahit…”

Firman Allah Azza’Wa’Jalla – Tuhan Yang Maha Esa :
“Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap.Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.”
[Al-Isra 17:81]

By