Category: Rebuttal

  • Menjawab Missionaries: “15 bukti Muhammad SAW bukan Nabi” [Part 1]

    Menjawab Missionaries: “15 bukti Muhammad SAW bukan Nabi” [Part 1]

    Reading Time: 17 minutes

    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

    Setiap dari kita sentiasa di uji oleh Allah Azza Wa Jalla dalam kehidupan kita bahkan para Nabi dan Rasul juga tidak terkecuali dalam hal ini. Malah merekalah (Nabi dan Rasul) adalah golongan yang paling berat ujian yang di berikan oleh Allah kerana konsep dalam kehidupan di dunia ini adalah “semakin dekat dengan Tuhan,semakin hebat ujiannya…”.

    Setiap para Utusan Allah sentiasa memiliki musuh mereka masing-masing dan dibenci oleh orang-orang yang ingkar terhadap dakwah mereka (Furqan 25:31). Antara semua para Utusan Allah,Nabi Muhammad SAW adalah satu-satunya Utusan Allah yang paling dibenci dan paling ramai memiliki musuh. Bahkan sehingga baginda wafat pun,baginda dibenci dan difitnah oleh musuh-musuh Islam sehingga kini.

    Sebenarnya amat banyak tuduhan fitnah terhadap Nabi Muhammad SAW telah disebarkan dalam pelbagai platform baik di mata dunia realiti umum,di dalam Youtube,dalam website Anti-Islam dan dalam media sosial seperti Facebook,Twitter,Instagram dan lain-lain. Namun demikian,syukur kepada Allah kerana Allah sentiasa membela Kekasih-Nya. Ada pihak muslim dari kalangan exegess,cybertroopers dan apologetics yang telah menjawab segala fitnah tomahan terhadap Nabi Muhammad SAW tersebut. Saya kongsikan beberapa website mereka yang telah menjawab segala fitnah terhadap junjungan agung kita – Nabi Muhammad SAW secara lengkap disini :
    (Eeshtesham Ghulam & muslim scholars)
    – https://islamicapologetics1.blogspot.com/2012/03/refuting-criticisms-and-polemics-about.html
    – http://www.answering-christian-claims.com/False_Stories_About_Prophet_Muhammad.html
    – http://www.answering-christian-claims.com/The-Problems-With-Ibn-Ishaq.html

    (Bassam Zawadi)
    – https://www.call-to-monotheism.com/refuting_arguments_against_prophet_muhammad___peace_be_upon_him__

    (Osama Abdallah / Sammi Zattari)
    – http://www.answering-christianity.com/ac4.htm#links
    – http://www.answering-christianity.com/sam_shamoun_rebuttals.htm

    (Dr.Mustafa Zayed)
    – https://d1.islamhouse.com/data/en/ih_books/single2/en_The_Lies_about_Muhammad.pdf

    (MSM Saifullah)
    – https://www.islamic-awareness.org/polemics/

    (ISESCO)
    – https://www.isesco.org.ma/wp-content/uploads/2015/05/Life-Prophet.pdf

    (Other muslim scholars)
    – https://www.letmeturnthetables.com/p/complete-list-of-articles.html
    – http://www.muhammadfactcheck.org/

    Di negara kita juga tidak terlepas dari penyebaran dakyah missionaries Christian yang membuat tuduhan fitnah terhadap Nabi Muhammad SAW. Dalam halaman ini saya akan paparkan penyebaran fitnah dari dakyah Missionaries Christian terhadap junjungan agung kita – Nabi Muhammad SAW yang mana mereka telah memberikan 15 bukti kononnya Nabi Muhammad SAW BUKAN Nabi dan disini saya akan jawab semuanya sekaligus meruntuhkan tuduhan mereka terhadap Nabi Muhammad SAW. Memandangkan segala fitnah terhadap Nabi Muhammad SAW telah lama dijawab secara detail dalam artikel-artikel milik muslim scholars,apologetics dan cybertroopers,maka disini saya akan berikan jawapan secara SEDERHANA sahaja.

    Lets check it out~

    TUDUHAN PERTAMA :
    01 – Muhammad ingin menikahi isteri anaknya yang masih berstatus isteri anaknya (Quran 33:37)

    Jawapan :
    Point No.1
    mari kita bacakan konteks ayat Quran surah Al-Ahzaab 33:34-40 :
    “Dan ketika engkau berkata kepada orang yang telah dikurniakan oleh Allah dan yang engkau juga telah berbuat baik kepadanya: “Jangan ceraikan isterimu itu dan bertaqwalah kepada Allah”,sambil engkau menyembunyikan dalam hatimu perkara yang Allah akan menyatakannya dan engkau pula takut kepada cacian manusia padahal Allah jualah yang berhak engkau takuti. Kemudian setelah Zaid selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (dengan menceraikannya),Kami kahwinkan engkau dengannya supaya tidak ada keberatan atas orang-orang yang beriman untuk berkahwin dengan isteri-isteri anak-anak angkat mereka,apabila anak-anak angkat itu telah selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (lalu menceraikannya).Dan sememangnya perkara yang dikehendaki Allah itu tetap berlaku.Tidaklah ada sebarang keberatan yang ditanggung oleh Nabi dalam melaksanakan perkara yang telah ditetapkan Allah baginya.Yang demikian itu adalah menurut peraturan Allah yang tetap, yang berlaku juga kepada Nabi-nabi yang telah lalu.Dan perintah Allah itu adalah satu ketetapan yang ditentukan berlakunya.”
    [Al-Ahzaab 33:34-40]

    Dalam ayat tersebut adalah jelas diberitahu bahawa Zaid bin Haritsah adalah ANAK ANGKAT Nabi Muhammad SAW dan demikian juga Zainab binti Jarsh BUKAN MENANTU Muhammad SAW.Dan ayat Al-Ahzaab juga memberitahu bahawa kebolehan untuk mengahwini isteri anak angkat yang telah diceraikan kerana disitu tertulis “apabila anak-anak angkat itu telah selesai habis kemahuannya terhadap isterinya.” yang mana maksudnya tidak ada lagi hubungan suami isteri. Ini kerana ketika di zaman Arab Jahilliyah,amalan menjadikan anak angkat sebagai anak kandung telah menjadi satu tradisi. Maka Allah memberikan wahyu untuk memerintahkan Nabi Muhammad SAW menikahi Zaynab Binti Jarsh setelah diceraikan oleh Zaid Bin Haritsah agar memusnahkan tradisi amalan Arab Jahilliyah dan ini telah dijelaskan dalam Quran surah yang sama iaitu Al-Ahzab 33:4-5. Allah Azza’Wa’Jalla TIDAK melakukan kesilapan dalam ayat 33:36-37 kerana waktu ayat ini turun diwaktu perjalanan corak kebudayaan masyarakat Quraisy TIDAK dapat menerima perubahan tradisi. Tetapi dengan turunnya ayat ini hakikatnya dinunjukkan perubahan kebenaran bahawa Allah telah menyediakan seumpama batu loncatan awal/pembuka hutan untuk menghapuskan tradisi Jahiliyyah itu.

    Kenyataan dari Muslim scholars :
    dari Sheikh Hammudah Abdalladhi berkata,
    “Some of the Prophet’s marriages were for legislative reasons and to abolish certain corrupt traditions.Such was his marriage to Zaynab, divorcee of the freed slave Zayd. Before Islam, the Arabs did not allow divorcees to remarry. Zayd was adopted by the Prophet (peace and blessings be upon him) and called his son as was the custom among the Arabs before Islam. But Islam abrogated this custom and disapproved of its practice. Prophet Muhammad (peace and blessings be upon him) was the first man to express this disapproval in a practical way. So he married the divorcee of his “adopted” son to show that adoption does not really make the adopted child a real son of the adopting father and also to show that marriage is lawful for divorcees. Incidentally, this very Zaynab was Muhammad’s cousin, and had been offered to him in marriage before she married Zayd. He refused her then, but after she was divorced he accepted her for the two legislative purposes: the lawful marriage of divorcees and the real status of adopted children.The story of this Zaynab has been associated in some minds with ridiculous fabrications regarding the moral integrity of Muhammad. These vicious fabrications are not even worth considering here.”
    [Source: Islam in Focus, p.177-179 by Hammudah Abdallati, bold and underlined emphasis ours]

    Dari Sheikh Al-Maududi,
    Social Reforms
    “In this connection, an important thing that needed to be reformed was the question of the adoption of a son. Whoever was adopted by the Arabs as a son was regarded as one of their own offspring: he got SHARE in inheritance; he was treated like a real son and real brother by the adopted mother and the adopted sister; he could not marry the daughter of his adopted father and his widow after his death. And the same was the case if the adopted son died or divorced a wife. The adopted father regarded the woman as his real daughter-in-law. This custom clashed in every detail with the laws of marriage and divorce and inheritance enjoined by Allah in Surahs Al-Baqarah and An-Nisa. It made a person who could get no SHARE in inheritance entitled to it at the expense of those who were really entitled to it.That is why the Islamic law of marriage and divorce, the law of inheritance and the law of the prohibition of adultery required that the concept and custom of regarding the adopted son as the real son should be eradicated completely.Therefore, it was inevitable that the custom should be eradicated practically, and through the Holy Prophet himself. For no Muslim could ever conceive that a thing done by the Holy Prophet himself, and done by him under Allah’s Command, could be detestable. Therefore, a little before the Battle of the Trench, the Holy Prophet was inspired by Allah that he should marry the divorced wife of his adopted son, Zaid bin Harithah (may Allah be pleased with him), and he acted on this Command during the siege of the Bani Quraizah.”
    [Notification : The delay probably was caused for the reason that the prescribed waiting period had not yet ended, and in the meantime the Holy Prophet had to become busy in the preparation for war].

    Verses 36-48 deal with the Holy Prophet’s marriage with Hadrat Zainab. In this section the opponents’ objection about this marriage have been answered; the doubts that were being created in the minds of the Muslims have been removed; the Muslims have been acquainted with the Holy Prophet’s position and status and the Holy Prophet himself has been counseled to exercise patience on the false propaganda of the disbelievers and the hypocrites.

    Quote dari Muhammad Husain Haykal (Bab 17:Isteri-isteri Nabi) berkenaan hujah dari Sheikh Al-Maududi,
    “Dan kemudian firman Tuhan datang dari surah 33:36-38 berdasarkan hujah fakta dari Sheikh Al-Maududi,Muhammad SAW selaku Rasullullah telah mengubah tradisi Jahiliyah bahawa anak angkat tidak lagi mendapat warisan dan seorang muslim dapat mengahwini bekas isteri dari anak angkat.Dalam ayat 36,Allah telah memecah tradisi Arab bahawa seseorang muslim dapat mengahwini muslim lain tanpa dibezakan status.Dan di ayat 37,kedua-kalinya Islam mengubah rombakan tradisi Arab jika seorang isteri dapat diceraikan oleh suaminya dan juga bekas isteri anak angkat mempunyai status dapat dikahwinkan untuk kebahagiaan melalui cara keadilan.”

    Sebelum saya lanjutkan penjelasan….Dua soalan saya bertanya :
    1. Jika Muhammad SAW benar2 tertarik dengan Zainab,mengapa dahulu tidak dikahwini sendiri oleh baginda bahkan dikawinkan dengan Zaid???

    2. Semasa Nabi Muhammad SAW menikahi Zaynab binti Jarsh,apakah orang kafir Arab Pagan Jahilliyah ada mengkritik dan mencemuh Muhammad SAW menikahi isteri anaknya sendiri serta menuduh Nabi Muhammad SAW sebagai sebagai perampas isteri orang lain sedangkan pada masa tersebut orang Arab Pagan Jahilliyah mengamalkan tradisi anak angkat sebagai anak kandung???

    Point No.2
    Ayat rangkap “sedang kamu menyembunyikan di dalam hatimu apa yang Allah akan menyatakannya, dan kamu takut kepada manusia” adalah rahsia yang tidak dikatakan dari Muhammad SAW bahawa baginda dipilih oleh Allah menikahi Zaynab dan baginda tidak mahu mengatakan hal ini BUKAN menyembunyikan nafsunya pada Zaynab tetapi yang dirisaukan oleh baginda adalah penilaian sangkaan buruk masyarakat Jahiliyyah yang mana pemikiran masih beraruskan kedegilan terhadap tradisi dan kebencian terhadap ajaran yang disampaikan baginda disebabkan apabila baginda dipilih oleh Allah untuk bakal menikahi Zainab (bekas isteri anak angkatnya iaitu Zaid). Manakala rangkap ayat “supaya tidak ada keberatan bagi orang mukmin untuk mengawini isteri-isteri anak-anak angkat mereka” itu maksudnya juga bukan masyarakat mukmin yg keberatan,tetapi pengertiannya adalah:
    “supaya orang-orang muslim seterusnya (termasuk muslim yang lain di zaman baginda) tahu bahawa mengahwini bekas isteri anak angkatnya hukumnya diperbolehkan dalam Islam.”

    Point No.3
    Berkenaan dua (02) Atsar seperti berikut,
    Narrated by Yunis narrated by Ibn Wahab narrated by Ibn Zaid who said,
    “The Prophet(P) wedded Zayd bin Haritha to his cousin Zaynab bint Jahsh. On the day the Prophet (pbuh) went out in search of him (Zayd), the door of his house was but a piece of fabric, therefore the wind blew it open and revealed Zaynab (with her sleeves up). And she fell into the Prophet’s(P) heart, and since then she hated the other (Zayd). Then Zayd came to the Prophet(P) and said: O Prophet of Allah, I want to leave my wife. He said: Why? Do you have any suspicion about her? He answered: No! by Allah I have no suspicion about her and I have seen but goodness from her. Then the Prophet(P) said: Hold on to your wife, and fear Allah in her. For that is what Allah said: “Behold! Thou didst say to one who had received the grades of Allah and thy favour: ‘Retain thou (in wedlock) thy wife, and fear Allah.’ But thou didst hide in thy heart that which Allah was about to make manifest” hide in thy heart that if you leave her I will marry her.”
    [Ibn Jarir’s Tafsir (22/13)]

    “The prophet –pbuh– had married Zaid son of Haritha to his cousin Zainab daughter of Jahsh. One day the prophet –pbuh– went seeking Zaid in his house, whose door had a curtain made of hair. The wind blew the curtain and the prophet saw Zainab in her ROOM unclothed and he admired her in his heart.She fell into the Prophet’s heart, then he left murmuring incomprehensible words except for: “Grace be to Him Who directs the heart.”.When Zayd came home, Zaynab told him that the Prophet(P) had been at their house. Zayd asked her: Did you not tell him to come in?! Zaynab said: I have but he refused. Zayd asked: did he not say anything? Zaynab said: he left murmuring something I couldn?t understand, but I heard him say “Grace be to Him Who directs the heart?. Afterwards, Zayd went to the Prophet(P) and said: O Prophet of Allah, I have been told that you have been to my house, and that you have refused to come in. if it had been that you like Zaynab, I shall leave her for your sake. But the Prophet(P) said: Hold on to you wife. But Zayd couldn’t live on with Zaynab from that day. He would come to the Prophet(P) and ask him again, but the Prophet(P) would say: Hold on to your wife. And Zayd asked him again, and the Prophet(P) would still say: Hold on to your wife. But Zayd divorced Zaynab and her period was over. Meanwhile, the Prophet(P) was talking to ?Aisha when all of the sudden he was addressed by the Holy Spirit. He was relieved, and said smiling: who shall go to Zaynab and tell her that Allah has make her my wife? Then he recited the verse “Behold! Thou didst say to one who had received the grades of Allah and thy favour…” to the end of it.
    [Ibn Saad in his Tabaqat (8/101), and also Ibn Jarir in his Tarikh (3/161)]
    Source; translated by Dimitrius

    Darjat dua (02) Hadith di atas : PALSU
    – Periwayatan adalah MURSAL
    – Muhammad Ibn Yahya Ibn Haban bukan seorang Penerus kerana dia meriwayatkan dari para sahabat dan para Pengganti seperti ‘Umar Ibn Salim dan Al-A’raj. Dia meninggal dunia 121 AH apabila dia berusia 74 tahun, jadi dia tidak menyaksikan kejadian itu dan tidak pernah menyebut siapa yang dia telah mengambil riwayat itu.
    – Ibnu Kathir berkata,
    “Ibnu Jarir dan Ibnu Abi Hatim menyebutkan atsar-atsar dari salaf tentang hal ini,kami tidak ingin mencantumkannya di sini kerana semua TIDAK SAHIH.”
    – Abdullah bin ‘Amr Al-Aslami telah bersetuju dengan kelemahan dalam perawi.
    – Al-Bukh dan Abu Hatim berkata : “riwayatannya diabaikan”.
    – Muhammd Ibn ‘Umar adalah Al-Waqidi yang mana dia seorang pendusta dan pemalsu Hadith.
    – Abu Hatim,Bukhari dan Ali Ibn Al-Madini mengatakan bahawa Abdur-Rahaman Ibn Zayd Ibn Aslam adalah perawi lemah dan bukan penerus dalam riwayat hadith ini kerana dia tidak ada ketika waktu tersebut.

    Point No.4
    Bukti dalam Bible bertindak hal yang sama bahkan lebih teruk yang mana menantu yang telah bersuami harus dirampas atas perintah tuhan iaitu dalam Genesis 20:12,Deuteronomy 25:5,Exodus 6:19-20 dan Exodus 21:4 :

    “Lagi pula ia benar-benar saudaraku,anak ayahku hanya bukan anak ibuku tetapi kemudian ia menjadi isteriku.”
    [Genesis 20:12]

    “Anak-anak Merari: Mahli dan Musi. Itulah kaum-kaum Lewi menurut urutannya.Dan Amram mengambil Yokhebed, saudara ayahnya, menjadi isterinya, dan perempuan ini melahirkan Harun dan Musa baginya. Umur Amram seratus tiga puluh tujuh tahun.”
    [Exodus 6:19-20]

    “Inilah peraturan-peraturan yang harus kau bawa ke depan mereka.Apabila engkau membeli seorang budak Ibrani, maka haruslah ia bekerja padamu enam tahun lamanya, tetapi pada tahun yang ketujuh ia diizinkan keluar sebagai orang merdeka, dengan tidak membayar tebusan apa-apa.Jika ia datang seorang diri saja, maka keluarpun ia seorang diri; jika ia mempunyai isteri, maka isterinya itu diizinkan keluar bersama-sama dengan dia.Jika tuannya memberikan kepadanya seorang isteri dan perempuan itu melahirkan anak-anak lelaki atau perempuan, maka perempuan itu dengan anak-anaknya tetap menjadi kepunyaan tuannya, dan budak laki-laki itu harus keluar seorang diri.Tetapi jika budak itu dengan sungguh-sungguh berkata: “Aku cinta kepada tuanku, kepada isteriku dan kepada anak-anakku, aku tidak mau keluar sebagai orang merdeka”,maka haruslah tuannya itu membawanya menghadap Allah, lalu membawanya ke pintu atau ke tiang pintu, dan tuannya itu menusuk telinganya dengan penusuk, dan budak itu bekerja pada tuannya untuk seumur hidup.”
    [Exodus 21:1-6]

    “Apabila orang-orang yang bersaudara tinggal bersama-sama dan seorang dari pada mereka mati dengan tidak meninggalkan anak laki-laki, maka janganlah isteri orang yang mati itu kawin dengan orang di luar lingkungan keluarganya; saudara suaminya haruslah menghampiri dia dan mengambil dia menjadi isterinya dan dengan demikian melakukan kewajiban perkawinan ipar.”
    [Deuteronomy 25:5]

    Jadi jelas bahawa dalam Bible yang di anggap sebagai firman tuhan tulen oleh Kristian juga memerintahkan hal yang sama.

    related website :
    – https://www.bismikaallahuma.org/muhammad/narratives-marriage-zaynab-prophet/
    – https://mizanuladyan.wordpress.com/2014/05/19/menjawab-fitnah-pernikahan-rasulullah-dengan-zainab-binti-jahsy/
    – http://lampu-islam.com/menjawab-tuduhan-pernikahan-nabi-muhammad-saw-dengan-zainab-binti-jash

    FITNAH NO.1 RUNTUH!

    TUDUHAN KEDUA
    02 – Muhammad SAW hanya seorang manusia (Quran 18:110)

    Jawapan :
    Mari kita baca,
    “Katakanlah : “Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu,diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu.Oleh itu,sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya,hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya.”
    [Al-Kahfi 18:110]

    Seluruh umat Islam beriman bahawa SEMUA UTUSAN ALLAH yang kami imani itu dari Adam Alayhissalam hinggalah Penutup Segala Utusan Allah iaitu Muhammad SAW adalah dikalangan MANUSIA BIASA termasuk Eesa Al-Masih Alayhisalam Ibni Maryam a.k.a Jesus Christ (Matthew 15:24,Matthew 10:40,John 5:30,John 17:3,John 14:5-6 dan Act 2:22). Cuma mereka semua diangkat/dipilih/dilantik oleh Allah Azza’Wa’Jalla sebagai Nabi wa Rasul. Tidak ada muslim yang mengatakan Muhammad SAW adalah malaikat apatah lagi tuhan seperti mana Kristian mengangkat Jesus Christ sebagai tuhan. Baginda (Muhammad SAW) adalah manusia yang diangkat sebagai Nabi. Sebab itu mengapa ayat serangkap “diwahyukan kepadaku” itulah merujuk baginda diangkat/dipilih/dilantik sebagai Nabi dan Rasul sebagai pembawa risalah tuhan.

    FITNAH NO.2 RUNTUH!

    TUDUHAN KETIGA
    03 – Muhammad SAW tidak mengetahui perkara yang ghaib (Quran 6:50)

    Jawapan :
    Mari kita baca,
    “Katakanlah : “Aku tidak mengatakan kepada kamu bahawa perbendaharaan Allah ada di sisiku, dan aku pula tidak mengetahui perkara-perkara yang ghaib.Aku juga tidak mengatakan kepada kamu bahawasanya aku ini malaikat, aku tidak menurut KECUALI APA YANG DIWAHYUKAN KEPADAKU”. Bertanyalah (kepada mereka): “Adakah sama orang yang buta dengan orang yang celik? Tidakkah kamu mahu berfikir?”
    [Al-An’aam 6:50]

    Adalah NORMAL bila para Nabi tidak mengetahui perkara yang ghaib yang menjadi rahsia Allah KECUALI APA YANG TELAH DIWAHYUKAN SAHAJA. Jika Muhammad SAW mengetahui segalanya termasuk bukan yang diwahyukan,bukankah itu dikatakan itu adalah mengada-adakan sedangkan Allah sahaja Yang Maha Mengetahui segalanya???

    Bahkan Jesus Christ pbuh sendiri tidak tahu perkara ghaib. Disini saya berikan dua (02) point :
    – dalam Matthew 24:36 dan Mark 13:32 yang mana Jesus Christ tidak tahu bila Hari Kiamat terjadi.
    – dalam Matthew 21:18-22 dan Mark 11:12-26 yang mana Jesus tidak tahu pohon Ara’ itu berbuah sehingga baginda (Jesus Christ pbuh) mengutuk pohon tersebut.

    Bahkan Bapa Gereja iaitu Themistus pada abad ke6 juga mengakui bahawa Jesus sememangnya tidak mengetahui hal-hal ghaib. Namun pengakuan ini telah di anggap satu perkara bida’ah oleh Katolik yang dikategorikan sebagai Agnoetae. Jika kenyataan Themistus adalah salah dan sesat yang dianggap satu bida’ah,maka apakah Ruh Kudus salah menuntun Themistus sedangkan Kristian percaya bahawa setiap orang yang mengikuti Jesus itu dituntun Ruh Kudus?

    FITNAH NO.3 RUNTUH!

    TUDUHAN KE4
    Muhammad tidak mempunyai kuasa apapun (Quran 10:49 dan Quran 7:188)

    Jawapan :
    Mari kita baca,
    Katakanlah : “Aku tidak berkuasa menolak mudarat dan tidak juga berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku kecuali apa yang dikehendaki Allah. Bagi tiap-tiap umat ada tempoh yang ditetapkan. ,aka apabila tempohnya,tidak dapat mereka melambatkannya sesaatpun dan tidak dapat mereka menyegerakannya”.
    [Yunus 10:49]

    Katakanlah: “Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah Utusan Allah yang memberi amaran bagi orang-orang yang ingkar dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman.”
    [Al-A’raaf 7:188]

    dari dua ayat di atas,semua muslim beriman dan mengetahui bahawa Nabi Muhammad SAW hanyalah seorang Nabi wa Rasul yang membawa risalah kebenaran dari Tuhan. Baginda (Muhammad SAW) BUKAN Tuhan atau malaikat,maka sebab itu Nabi Muhammad SAW mengatakan demikian kerana yang berkuasa hanyalah Allah Azza Wa Jalla selaku Tuhan Yang Maha Kuasa.

    Bahkan Jesus Christ pbuh sendiri mengatakan hal yang sama dalam John 5:30 yang mana dia (Jesus Christ pbuh) sendiri tidak dapat berbuat apa-apa dari dirinya sendiri melainkan apa yang dia adili dan dia perbuatkan adalah atas kekuasaan dan perintah Tuhan yang mengutus Jesus Christ pbuh. Jika Jesus Christ adalah tuhan,mengapa dia mengatakan demikian??? Jika Kristian mengatakan bahawa dalam John 5:30 adalah bahagian manusiawi Jesus yang berkata demikian,maka dimanakah bahagian Ilahiyyah Jesus ketika itu sedangkan pada masa yang sama Kristian beriman Jesus 100% ilahi dan 100% manusiawi? Apakah bahagian manusiawi Jesus lebih menyerlah dari bahagian Ilahiyyah Jesus sedangkan kedua-duanya sama-sama sepenuh lengkap??

    dan Jesus Christ pbuh juga sewaktu menghidupkan Lazarus,bahkan dia sendiri berdoa kepada Tuhan agar diberikan mukjizat untuk menghidupkan Lazarus (John 11:41-44). Jika Jesus Christ pbuh adalah tuhan dan dia berkuasa,mengapa dia harus berdoa kepada Tuhan untuk menghidupkan Lazarus???

    Jika Kristian berhujah bahawa Jesus diberikan kuasa di langit dan dibumi (Matthew 28:18-20) dan mengatakan dalil itu adalah tuhan,maka Kristian juga harus bersetuju bahawa orang yang bertakwa dan budak-budak belum akil baliqh juga adalah tuhan kerana mereka juga diberikan kekuasaan oleh tuhan (Genesis 22:17-18 dan Exodus 23:22-23).

    FITNAH NO.4 RUNTUH!

    TUDUHAN KE5
    Muhammad bukan penolong (Quran 17:97 dan Quran 39:19)

    Jawapan :
    Mari kita baca,
    Dan barangsiapa yang ditunjuki Allah, dialah yang mendapat petunjuk dan barangsiapa yang Dia sesatkan maka sekali-kali kamu tidak akan mendapat penolong-penolong bagi mereka selain dari Dia. Dan Kami akan mengumpulkan mereka pada hari kiamat diseret atas muka mereka dalam keadaan buta,bisu dan pekak. Tempat kediaman mereka adalah neraka Jahannam. Tiap-tiap kali nyala api Jahannam itu akan padam, Kami tambah lagi bagi
    mereka nyalanya.”
    [Al Israa 17:97]

    Dalam ayat di atas,dijelaskan bahawa kalau kita sudah di beri petunjuk oleh Allah,kita tidak akan tersesat. Namun jika setelah Allah sampaikan petunjuk tetapi kita masih terus berdegil ingkar tidak menerima ajaran dari tuhan,maka kita akan tetap terus dalam kekufuran kesesatan sesuai dengan kehidupan di dunia ini yang menjadi pentas ujian tuhan kepada makhluk-Nya. Tugas Nabi wa Rasul hanyalah menyampaikan ajaran tuhan BUKAN mengubah nasib seseorang atau kaum. Jika para Nabi itu berkuasa dan menolong orang lain atau kaum lain yang ingkar jadi beriman,maka kita semua pasti sudah beriman di muka bumi ini dari Adam hingga Kiamat.

    Jangan salah tafsir bahawa Allah menyesatkan,kerana kita diberi akal untuk berfikir dan pada masa yang sama kita mempunyai iman. Jika ayat ini di ambil sebagai bukti kononnya Allah itu menyesatkan manusia,maka Kristian juga harus setuju bahawa Tuhan Israel (Perjanjian Lama) / Bapa (Perjanjian Baru) juga menyesatkan manusia dalam 2 Thessalonica 2:11,Ezekiel 14:9 dan 2 Chronicle 18:21.

    dan kita baca ayat Quran lagi,
    “Apakah kamu hendak mengubah nasib orang-orang yang telah pasti ketentuan
    azab atasnya?Apakah kamu akan menyelamatkan orang yang berada dalam api neraka?. Tetapi orang-orang yang bertakwa kepada Tuhannya mereka mendapat tempat-tempat yang tinggi, di atasnya dibangun pula tempat-tempat yang tinggi yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Allah telah berjanji dengan sebenar-benarnya. Allah tidak akan memungkiri janji-Nya.”
    [Az-Zumar 39:19-20]

    Jelas ayat Quran di atas menunjukkan bahawa hanya Allah selaku Tuhan yang berkuasa dan menentukan nasib yang telah ditentukan oleh Allah sendiri. Muhammad SAW hanyalah Utusan Allah yang bertugas menyampaikan risalah ajaran tuhan dan menyampaikan peringatan. Disitu telah jelas bahawa para Nabi membantu seseorang atau kaum agar beriman dengan membuka jalan untuk kita namun hak memilih sama ada kita ikuti ajaran Nabi atau tidak hanyalah diri kita sendiri. Jika tugas Nabi menentukan nasib seseorang atau kaum, maka pasti semua manusia di muka Bumi ini telah beriman semuanya. Ini sama seperti umpama kita hanya boleh membawa kuda ke sungai tetapi kita tidak boleh paksa kuda tersebut minum air sungai. Jadi apabila manusia ingkar untuk tidak menerima ajaran para Nabi, maka Allah jualah yang menentukan nasib seseorang atau kaum sama ada selamat dari api Neraka atau tidak.

    Ini sama seperti Jesus Christ yang tidak mampu menyelamatkan dirinya dan kaumnya dari dominasi penjajahan orang Rum bahkan dia (Jesus Christ pbuh) diserahkan oleh penguasa Romawi (Pontius Pilate) untuk disalibkan (Matthew 27:26-31). Jika benar Jesus Christ pbuh datang untuk menebus dosa manusia mengikut tafsiran gereja dalam Matthew 20:28,mengapa dia melaknat orang yang menyerahkan dirinya kepada orang Rum dalam Matthew 26:24??

    FITNAH NO.5 RUNTUH!

    TUDUHAN KE6
    Muhammad bukan penyelamat (Quran Quran 27:92 / Quran 46:9 & Quran 2:119)

    Jawapan :
    Mari kita baca tiga ayat tersebut,
    “Dan aku diperintahkan membacakan Al Quran kepada manusia. Maka barangsiapa yang mendapat petunjuk maka sesungguhnya ia hanyalah mendapat petunjuk untuk (kebaikan) dirinya dan barangsiapa yang sesat maka katakanlah: “Sesungguhnya aku tidak lain hanyalah salah seorang pemberi peringatan”.”
    [An-Naml 27:92]

    “Katakanlah: “Aku bukanlah rasul yang pertama di antara rasul-rasul dan aku tidak mengetahui apa yang akan diperbuat terhadapku dan tidak (pula) terhadapmu. Aku tidak lain hanyalah mengikuti apa yang diwahyukan kepadaku dan aku tidak lain hanyalah seorang pemberi peringatan yang menjelaskan”.”
    [Al-Ahqaaf 46:9]

    “Sesungguhnya Kami telah mengutusmu (Muhammad) dengan kebenaran; sebagai
    pembawa berita gembira dan pemberi peringatan dan kamu tidak akan diminta pertanggungjawabkan tentang penghuni-penghuni neraka.”
    [Al-Baqarah 2:119]

    tiga ayat Quran di atas yang di gunakan oleh Missionaries kononnya Muhammad SAW bukan penyelamat telah menjawab tuduhan missionaries itu sendiri. Jelas tiga ayat di atas memberitahu (sama seperti kenyataan saya terhadap jawapan-jawapan sebelumnya) bahawa tugas Nabi adalah menyampaikan risalah ajaran tuhan dan menyampaikan peringatan. para Nabi umpama perantara tuhan dengan manusia yang mana mereka di utuskan oleh Allah untuk menyampaikan ajaran Dia kepada manusia dan ini sama seperti di nyatakan dalam Bible bahawa Jesus juga adalah perantara tuhan dengan manusia (1 Timothy 2:5 dan Hebrews 8:6). Jika kita menerima dan mengikut ajaran Nabi,maka secara tidak langsung Nabi telah menyelamatkan kita dari kekufuran sekaligus kita terselamat dari azab neraka. Tetapi sekiranya kita menolak ajaran Nabi,maka tidak ada sesiapa yang pertanggungjawabkan keputusan pilihan kita apabila kita di azab oleh Allah kerana tugas Nabi hanya menyampaikan risalah ajaran tuhan BUKAN menjadikan kita beriman. Maka sebab itu mengapa Allah berfirman dalam ayat di atas,
    “Sesungguhnya Kami telah mengutusmu (Muhammad) dengan kebenaran; sebagai
    pembawa berita gembira dan pemberi peringatan dan kamu tidak akan diminta pertanggungjawabkan tentang penghuni-penghuni neraka.”

    Satu-satunya jalan keselamatan adalah dengan mengikuti ajaran Nabi bahawa Allah adalah Al-Ilahu Alamin (Tuhan sekalian alam) dan ini dinyatakan oleh Allah sendiri dalam Bible Kristian sendiri bahawa hanya Dia yang menyelamatkan manusia (Isaiah 43:11,Isaiah 45:21,Isaiah 49:26 dan Hosea 13:4). Jesus Christ pbuh sendiri mengatakan jalan keselamatan yang paling utama adalah mentauhidkan Tuhan (Mark 12:29) dan di katakan lagi dalam Matthew 19:16-21,Mark 10:17-21 dan Luke 18:18-22 bahawa jika inginkan kehidupan yang kekal,ikutilah ajaran tuhan yang disampaikan oleh Jesus Christ pbuh. Jika tidak ikuti ajaran tuhan, Jesus Christ pbuh sendiri tidak mampu memaksa dan menyelamatkan umat dalam ayat seterusnya iaitu Matthew 19:22-26,Mark 10:22-27 dan Luke 18:23-27.

    FITNAH KE6 RUNTUH!

    TUDUHAN KE7
    Muhammad tidak diberikan Mukjizat (Quran 6:37,Quran 6:109 dan Quran 29:50)

    Jawapan :
    Mari kita baca,
    Dan mereka (orang-orang Musyrikin) berkata: “Mengapa tidak diturunkan kepadanya (Muhammad) suatu mukjizat dari Tuhannya?”. Katakanlah: “Sesungguhnya Allah kuasa menurunkan suatu mukjizat, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui”.”
    [An-Naml 6:37]

    “Mereka bersumpah dengan nama Allah dengan segala kesungguhan, bahwa sungguh jika datang kepada mereka sesuatu mukjizat,pastilah mereka beriman kepada-Nya. Katakanlah: “Sesungguhnya mukjizat-mukjizat itu hanya berada di sisi Allah”. Dan kamu tidak akan menyedari bahawa apabila mukjizat itu datang,mereka tetap tidak akan beriman.”
    [An-Naml 6:109]

    “Dan orang-orang kafir berkata: “Mengapa tidak diturunkan kepadanya mukjizat-mukjizat dari Tuhannya?” Katakanlah: “Sesungguhnya mukjizat- mukjizat itu terserah kepada Allah. Dan sesungguhnya aku hanya seorang pemberi peringatan yang nyata”.”
    [Al-Ankabut 29:50]

    ok baik….Surah Al-An’am 6:37 dan 109,Surah Ar-Raad 13:7-29 dan Al-Ankabut 29:39-50 memberitahu bahawa mukjizat adalah atas Izin Allah kepada Anbiya’Wa’Rasul BUKAN dari diri Anbiya’Wa’Rasul itu sendiri. Maksudnya,Nabi dan Rasul tidak memiliki apa2 melainkan mukjizat itu atas kurniaan Tuhan. Asbab an-nuzul menceritakan bahawa orang2 kafir Arab meminta beberapa permintaan kepada Muhammad SAW sebagai bukti mukjizat Nubuwwah baginda namun Jibrail Alaihissalam menasihati Muhammad SAW bahawa sekiranya Muhammad SAW berdoa kepada Allah untuk memperkenankan permintaan mereka tetapi mereka masih kufur,Allah akan turunkan azab kepada mereka. Dan ini dinyatakan oleh Allah sendiri selaku Tuhan Yang Maha Mengetahui bahawa jika diberikan tunjuk mukjizat sekalipun,mereka (orang-orang Arab Pagan Jahiliyyah) tidak akan sesekali akan beriman (Al-Naml 6:109). Jadi Muhammad SAW bersedih atas situasi atas demikian dan baginda memutuskan untuk tidak memperkenankan permintaan mereka itu dengan tujuan agar orang2 kafir itu tidak di azab oleh Allah. Ini kerana Muhammad SAW tahu bahawa kebanyakan manusia masih tetap ingkar walau mukjizat telah ditunjukkan seperti Nabi2 sebelumnya.

    Muhammad SAW adalah Nabi yang paling banyak memiliki mukjizat iaitu sebanyak 307 mukjizat yang mana 06 darinya diceritakan dalam Quran :
    – https://sy42.wordpress.com/2016/04/23/mukjizat-nabi-muhammad-dalam-alquran/
    – https://www.muslim-library.com/dl/books/English_300_Authenticated_Miracles_of_Muhammad_.pdf

    selebihnya diceritakan dalam hadith sahih (asalnya semua jumlah mukjizat Muhammad sebanyak 1038 tetapi kebanyakannya dari hadith hasan,dhaif dan majhul dan hanya 301 dari hadith sahih). Kenapa Quran tidak ceritakan semua mukjizat Muhammad SAW??? Sebab Quran BUKAN karangan Muhammad SAW. Apakah logik kitab yang bukan penulisan kamu lalu kitab itu banyak menceritakan kelebihan kamu???

    sekarang satu soalan untuk missionaries :
    – Jesus Christ memiliki 96 mukjizat. Sila berikan saya SATU DALIL dan SATU MUKJIZAT JESUS sahaja dalam semua versi Bible dimana ada menceritakan mukjizat Jesus melalui kenyataan dari FIRMAN BAPA (TUHAN) itu sendiri???

    FITNAH KE7 RUNTUH!

    TUDUHAN KE8
    Muhammad disuruh bertanya kepada ahli kitab jika ragu-ragu (Quran 10:94)

    Jawapan :
    mari kita baca,
    “Kalau engkau ragu terhadap apa yang Kami turunkan kepadamu,maka tanyakanlah kepada orang-orang yang membaca Kitab Suci sebelum kamu.”
    [Yunus 10: 94]

    Maksud ayat di atas bukan bermaksud Quran membenarkan Al-kitab terdahulu masih suci dan murni. Harus tahu bahawa ayat di atas termasuk kategori Makiyyah. maksud ayat di atas adalah Nabi Muhammad SAW adalah seorang buta huruf dari gurun arab,tiba-tiba di beri wahyu yang berisi cerita tentang bani Israel,kisah para Nabi Israel dan lain-lain. Maka Nabi Muhammad di perintahkan Allah bertanya kepada Ahli kitab,apakah cerita-cerita Musa,Harun,Daud dan Solomon itu benar ada di kitab-kitab mereka??? Jika jawabannya adalah “YA BENAR ADA”,maka jelas bahawa Tuhan Israel memang benar telah datang kepada Muhammad untuk membawa cerita-cerita itu dengan bentuknya YANG PALING ASLI DAN BENAR. Maknanya,apa yang diberitahu dalam Quran kepada Muhammad SAW adalah benar. Maka sebab itu Quran menjadi Batu Pengukur kepada kitab-kitab terdahulu mana yang masih asli dan mana yang telah rosak dipalsukan oleh tangan-tangan ghaib (Al-Maidah 5:47-48).

    Apakah menjadi keaiban jika Nabi Muhammad SAW merasa ragu-ragu???TIDAK!…kenapa? kerana Nabi Ibrahim juga pernah alami perkara yang sama dalam Al-Baqarah 2:260,mari kita baca :
    “Dan ketika Ibrahim berkata: “Ya Tuhanku, perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan orang-orang mati.”. Allah berfirman: “Belum yakinkah kamu?” Ibrahim menjawab:”Aku telah menyakinkannya akan tetapi agar hatiku tetap mantap dengan imanku.”. Allah berfirman: “Kalau demikian ambillah empat ekor burung,lalu cincanglah semuanya olehmu. Lalu letakkan diatas tiap-tiap satu bukit satu bahagian dari bahagian-bahagian itu kemudian panggillah mereka,niscaya mereka datang kepadamu dengan segera.” Dan ketahuilah bahwa Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”
    [Al-Baqarah 2:260]

    Nabi Muhammad SAW adalah seorang buta huruf dari gurun tanah Arab,tiba-tiba didatangi malaikat Jibrail sampaikan wahyu berisi cerita-cerita yang asing di telinga dan diluar pemahaman Muhammad SAW. Ini terlalu berat dicerna bagi seorang buta huruf seperti cerita Musa membelah lautan,cerita Musa menghadap Firaun dan lain-lain. Maka Allah menyatakan kepada baginda (Muhammad SAW) seolah-olah berbunyi ayat begini,
    “jika kamu Muhammad bertanya pada ahli kitab,pasti pada kitab-kitab mereka ada cerita-cerita seperti itu. Oleh kerana itu,kamu jangan ragu akan Wahyu Tuhan yang datang kepadamu,sebab Akulah yang datang kepada Musa,Harun,Daud,Israel dan lain-lain.”.

    Jadi jelas disitu bahawa ayat itu menguatkan lagi nubuwwah Muhammad SAW.

    FITNAH KE8 RUNTUH!

    bersambung di bahagian kedua……

  • Rebuttal to Sabda Harian – “Kantoi! Fakir Ilmu Menyebarkan Fitnah Tentang Kristian.”

    Rebuttal to Sabda Harian – “Kantoi! Fakir Ilmu Menyebarkan Fitnah Tentang Kristian.”

    Reading Time: 12 minutes

    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

    Pada 08 Jun 2019,pengarang website Fakir Ilmu telah membuat satu artikel bertajuk “Negara Majoriti Kristian Paling Banyak Statistik Kahwin Bawah Umur,Menurut Data UNICEF” dalam website beliau.

    Dan pada 12 Jun 2019,pengarang website Sabda Harian telah membuat satu artikel untuk menjawab artikel Fakir Ilmu berkenaan tajuk tersebut.

    Dalam artikel ini,saya akan menjawab artikel dari website Sabda Harian mengenai tajuk – “Negara Majoriti Kristian Paling Banyak Statistik Kahwin Bawah Umur”. Mari kita selidik siapakah yang sebenarnya yang mewujudkan fitnah,siapa yang salah memahami konteks apa yang disampaikan dan siapa yang menyembunyikan kebenaran melalui pendustaan penjelasan….lets check it out:

    SH menulis :

    Kantoi #1: Pengulasan yang salah
    Tajuk sebenar artikel yang dipetik adalah “Around 23 million boys have married before reaching 15; ‘we can end this violation’ says UNICEF chief” yang diterjemahkan dengan betul kepada “Kira-kira 23 juta budak lelaki berkahwin sebelum umur 15 tahun; ‘kita boleh mengakhiri pencabulan ini’ kata ketua UNICEF”.
    Saya mempunyai soalan. Biasanya pertikaian tentang perkahwinan bawah umur melibatkan perempuan yang bawah umur, terutamanya mereka yang masih belum baligh (contohnya anak perempuan yang belum cukup matang dari segi fizikal dan mental untuk mengetahui apa itu perkahwinan serta tanggungjawab yang berkaitan). Tetapi artikel UNICEF tersebut melibatkan perkahwinan bawah umur budak lelaki.
    Adakah Fakir Ilmu pasti SEMUA budak lelaki tersebut berkahwin dengan budak perempuan yang umurnya sebaya ataupun lebih muda daripada mereka? Sebagai pihak yang murah hati dan sangka baik terhadap Fakir Ilmu, kita andaikan bahawa SEMUA budak lelaki tersebut mengahwini budak perempuan yang bawah umur juga. Ini barulah adil, kan?

    MAB jawab:

    Point Nombor 1:

    Tajuk asal yang pengarang website Fakir Ilmu usulkan ialah berkenaan laporan dari UNICEF bahawa terdapat 115 juta kanak–kanak lelaki yang berkahwin bawah umur di serata dunia dan kemudian barulah di usulkan sumber dari UN News sebagai sokongan dan penjelasan dari sumber pertama tadi.

    Dari sumber kedua yang tersebut, dikatakan seperti berikut:

    An estimated 115 million boys and men around the world were married as children, 23 million of them before the age of 15, according to the first-ever analysis on child grooms, launched on Friday by the UN Children’s Fund (UNICEF).

    Jadi sebenarnya apa yang pengarang website Sabda Harian tuduhkan adalah bukan dari tajuk sebenar yang disampaikan dari artikel milik pengarang website Fakir Ilmu tetapi itu adalah penjelasan mengenai statistik negara-negara dalam penglibatan perkahwinan bawah umur dan langkah pencegahan dari sumber UNICEF yang mana dari laporan UNICEF tersebut,ianya selari untuk artikel tajuk utama dari pengarang website Fakir Ilmu – “Negara Majoriti Kristian Paling Banyak Statistik Kahwin Bawah Umur, Menurut Data UNICEF”…

    Point Nombor 2:

    Sumber artikel dari pengarang website Fakir Ilmu merujuk kes PERKAHWINAN BUDAK BAWAH UMUR YANG MELIBATKAN KANAK-KANAK LELAKI yang mana menurut sumber rasmi UNICEF,kes tersebut di dominasi oleh negara-negara majoriti Kristian. Tidak dikatakan dalam artikel tersebut mengenai kes perkahwinan budak bawah umur yang melibatkan kanak-kanak perempuan. Jadi apa yang pengarang SH utarakan untuk tujuan menjawab artikel Fakir Ilmu adalah OUT OF CONTEXT. Fakta yang pengarang website Fakir Ilmu usulkan masih tegak berdiri dalam kebenaran.

    SH menulis :

    Kantoi #2: Analisa statistik yang salah
    Adakah data yang disampaikan menunjukkan bahawa “Negara Majoriti Kristian Paling Banyak Statistik Kahwin Bawah Umur” seperti yang didakwa oleh Fakir Ilmu?

    MAB jawab:

    Dakwaan dari website Fakir Ilmu yang mengatakan dalam tajuknya “Negara Majoriti Kristian Paling Banyak Statistik Kahwin Bawah Umur, Menurut Data UNICEF” adalah merujuk sumber dari UNICEF sendiri yang mana tujuh (07) negara dari sepuluh (10) negara dalam statistik perkahwinan budak bawah umur adalah NEGARA MAJORITI KRISTIAN. Sungguhpun sumber UNICEF tidak mengatakan tujuh (07) negara dalam statistik tersebut adalah “negara majoriti Kristian”,namun dari analisa rasmi UNICEF secara tidak langsung membuktikan bahawa tujuh (07) dari sepuluh (10) negara dari statistik UNICEF dapat difahami bahawa negara-negara tersebut adalah majoriti Kristian. Jadi,JIKA pengarang Sabda Harian ingin katakan pengarang Fakir Ilmu berdusta,maka pengarang Sabda Harian juga harus katakan UNICEF adalah pendusta!.

    SH menulis:

    Mari kita lihat senarai negara yang dilampirkan di mana majoriti penduduknya beragama Kristian. Central African Republic CAR), Nicaragua, Madagascar, Nauru, Honduras, Marshall Islands, dan Cuba. 7 daripada 10 negara di mana peratus lelaki di antara umur 20 ke 24 tahun yang berkahwin sebelum mereka mencecah 18 tahun. Statistik ini berdasarkan 10 negara di mana jumlah perkahwinan bawah umur melebihi 10% berlaku dengan berleluasa.
    Kalau seseorang mengambil kira jumlah populasi perempuan yang terlibat di dalam perkahwinan bawah umur dari senarai artikel UNICEF, ini adalah hasil kajiannya. Ingat, perempuan bawah umur ini berkahwin dengan lelaki bawah umur seperti yang Fakir Ilmu andaikan. Jumlah populasi dipetik daripada analisis penganut agama pada tahun 2020.
    Perhatikan bahawa data tidak lengkap untuk Nauru, tetapi kekerapan perkahwinan bawah umur 18 tahun yang melibatkan perempuan adalah 27%. Kami orang yang sangat murah hati, dan memberi Fakir Ilmu kelebihan dengan andaian 100%. Memandangkan jumlah populasi Nauru adalah 10,000 orang menjelang tahun 2020, 5,000 perempuan bawah umur akan berkahwin dengan 5,000 lelaki bawah umur (jumlah 10,000 orang).

    MAB jawab:

    01 – Pertama sekali,saya memohon maaf kerana saya tidak dapat memuat turun gambar-gambar yang di usulkan dari pengarang Sabda Harian disebabkan ada sedikit masalah teknikal dari WordPress Media Setting (problem to uploading images into post or page). Walau bagaimanapun, anda boleh rujuk sumber dari Sabda Harian di sini (sebagai analisa dan rujukan).

    Gambar-gambar yang Sabda Harian muat turunkan dalam artikelnya diambil dari sumber ini.

    02 – Fakir Ilmu tidak mengandaikan perempuan bawah umur ini berkahwin dengan lelaki bawah umur tetapi Fakir Ilmu menjelaskan bahawa laporan dari sumber UNICEF bahawa terdapat 115 juta kanak – kanak lelaki yang berkahwin bawah umur di serata dunia yang mana tujuh (07) negara yang mendominasi dalam statistik rasmi UNICEF adalah majoriti Kristian. Anda boleh lihat dalam sumber Fakir Ilmu jika pengarang Fakir Ilmu ada membuat andaian sedemikian rupa seperti tuduhan pengarang Sabda Harian utarakan.

    03 – Merujuk hujah Sabda Harian di atas,nampaknya tidak ada penafian hujah dari pengarang Sabda Harian berkenaan fakta perkahwinan budak bawah umur di tiga (03) buah negara majoriti Kristian iaitu Central African Republic,Nicaragua dan Madagascar berkenaan statistik perkahwinan melibatkan budak lelaki bawah umur 18 tahun. Ini bermakna,secara tidak langsung Fakir Ilmu telah TERLEPAS SEPARUH dari tuduhan Sabda Harian kononnya Fakir Ilmu menyebarkan fitnah terhadap Kristian kerana apa yang Fakir Ilmu usulkan dalam artikelnya adalah benar.

    04 – Berkenaan dengan data dari negara Nauru yang diperolehi dari penjelasan pengarang Sabda Harian di atas,saya tidak mendapati Sabda Harian ada membuktikan Fakir Ilmu menyebarkan fitnah dalam artikelnya terhadap Kristian. Kenapa? saya berikan empat (04) poin :

    POINT NO.1 :

    Kerana kenyataan Sabda Harian di atas adalah OUT OF CONTEXT yang mana tidak berkaitan dengan apa yang Fakir Ilmu usulkan dalam artikelnya. Fakir Ilmu mengusulkan statistik perkahwinan budak lelaki bawah umur 18 tahun yang mana di dominasi oleh tujuh (07) negara majoriti Kristian. Namun Sabda Harian masih terus dengan hujah perkahwinan budak perempuan bawah umur 18 tahun.

    POINT NO.2

    Sumber yang Sabda Harian nyatakan dalam artikelnya melibatkan negara Nauru diambil di sini. Dalam sumber tersebut dinyatakan seperti berikut:

    “According to the most recent available data from 2007, 27% of girls in Nauru are married before their 18th birthday and 2% are married before the age of 15.”

    Jadi jika merujuk hujah Sabda Harian di atas bahawa Nauru memiliki penduduk seramai 10 000 orang menjelang tahun 2020,maknanya 2700 kes budak perempuan berkahwin bawah umur 18 tahun dan 200 kes budak perempuan berkahwin bawah 15 tahun dari jumlah 10 000 penduduk Nauru. Ini membuktikan bahawa 1/4 dari penduduk Nauru yang majoriti Kristian mengamalkan perkahwinan budak perempuan bawah umur.

    POINT NO.3

    Dalam sumber yang sama di ambil dari Sabda Harian, dinyatakan dalam sumber tersebut :

    “According to UNFPA, Nauru is one of only 10 countries with a child marriage prevalence rate of over 10% for boys.”

    Jadi secara tidak langsung, sumber yang Sabda Harian ambil sendiri menyokong hujah dari artikel Fakir Ilmu kerana dalam artikel Fakir Ilmu tersebut telah menyatakan bahawa negara Nauru adalah salah satu dari tujuh (07) negara majoriti Kristian paling banyak statistik kahwin bawah umur. Ini sekaligus menunjukkan tuduhan Sabda Harian terhadap Fakir Ilmu kononnya menyebarkan fitnah adalah tidak berasas.

    POINT NO.4

    Sabda Harian telah mengatakan bahawa sumber yang di ambil menunjukkan data tidak lengkap untuk negara Nauru. Sudah tahu tidak lengkap,mengapa ingin jadikan hujah penafian sehingga menuduh Fakir Ilmu menipu?

    Sabda Harian mengatakan:


    Kami orang yang sangat murah hati, dan memberi Fakir Ilmu kelebihan dengan andaian 100%. jumlah populasi Nauru adalah 10,000 orang menjelang tahun 2020, 5,000 perempuan bawah umur akan berkahwin dengan 5,000 lelaki bawah umur (jumlah 10,000 orang).

    Sabda Harian memberikan kelebihan yang salah kepada Fakir Ilmu dengan andaian 100% kerana Sabda Harian sendiri katakan bahawa data negara Nauru adalah tidak lengkap. Maka Sabda Harian harus tahu bahawa dalam sumber data Pew juga memberikan data ketetapan jumlah 10 000 penduduk dari tahun 2010 – 2050 (tiada perubahan) yang mana dalam sumber data Pew tersebut dicatatkan penganut Islam,Christian,Unaffiliated,Hindus, Buddhists, Folk Religions,Jews dan lain-lain memiliki jumlah yang sama 10 000 penganut.

    Jadi apakah Sabda Harian setuju bahawa semua 10 000 penduduk negara Nauru menganut semua agama pada masa yang sama? Jika TIDAK SETUJU, maknanya Sabda Harian membuat kelebihan yang salah kepada Fakir Ilmu dengan andaian dan tuduhan Sabda Harian kononnya Fakir Ilmu menyebarkan fitnah terhadap Kristian adalah tidak berasas.

    SH menulis :

    Data juga tidak lengkap untuk Honduras yang dijangka mempunyai 7,950,000 orang Kristian menjelang tahun 2020. Andaikan setengah daripada mereka adalah perempuan, dan kekerapan perkahwinan bawah umur 18 tahun yang melibatkan perempuan adalah 34%. Dengan murah hati dan sangka baik sekali lagi, jumlah perempuan di bawah umur 18 tahun yang berkahwin adalah 1,351,500. Sebenarnya, jumlah sebenar jauh lebih kurang kerana jumlah populasi perempuan dari umur 0 tahun ke 24 tahun di Honduras hanya 2,386,787. Kalau mengikut formula yang sama, hanya 811,508 perempuan yang terlibat di dalam perkahwinan bawah umur 18 tahun. Tetapi kita orang yang murah hati sepertimana diajar Yesus.

    MAB jawab :

    Saya amat bersetuju kenyataan Sabda Harian di atas namun hujah tersebut masih tidak dapat membuktikan Fakir Ilmu menyebarkan fitnah terhadap Kristian kerana kenyataan Sabda Harian di atas adalah OUT OF CONTEXT. artikel Fakir Ilmu mengutip mengenai statistik perkahwinan lelaki bawah umur yang mana negara Honduras mencatatkan sebanyak 12%. Ini bermakna,negara Honduras mencatatkan jumlah perkahwinan lelaki bawah umur sebanyak 298 717 (2 489 313 male age 0 – 24 years x 12%) sekaligus menjadikan negara majoriti Kristian yang menduduki tangga ke5 tertinggi di dunia dalam Statistik Kahwin Bawah Umur. Artikel Fakir Ilmu tidak bercerita mengenai perkahwinan perempuan bawah umur.

    Namun tidak mengapa. Mengikut formula Sabda Harian,seramai 811 508 perempuan yang terlibat di dalam perkahwinan bawah umur 18 tahun (2 386 787 female age 0 – 24 years x 34%). Jadi jika saya mengikut rentak Sabda Harian yang suka mengikut andaian, maknanya seramai 512 791 dari kekerapan perempuan yang terlibat di dalam perkahwinan bawah umur 18 tahun adalah berkahwin dengan lelaki dewasa dan selebihnya adalah berkahwin dengan lelaki sebaya dengan mereka. Fakta ini menunjukkan bahawa negara Honduras adalah salah satu negara yang mencatatkan peratusan tertinggi perkahwinan perempuan bawah umur 18 tahun menurut UNFPA.

    SH menulis :

    Sama seperti Nauru, data tidak lengkap untuk Marshall Islands, tetapi kekerapan perkahwinan bawah umur 18 tahun yang melibatkan perempuan adalah 26%. Sekali lagi kita memberi peluang kepada Fakir Ilmu dengan andaian 100%. Memandangkan jumlah populasi Mashall Islands adalah 50,000 orang menjelang tahun 2020, 25,000 perempuan bawah umur akan berkahwin dengan 25,000 lelaki bawah umur (jumlah 50,000 orang). Bagus tidak kalau tinggal di sana, tiada sesiapa pun yang berumur lebih daripada 18 tahun apabila kita bermurah hati sangat terhadap golongan seperti Fakir Ilmu.

    MAB jawab :

    Berkenaan dengan data dari negara Marshall Islands yang diperolehi dari penjelasan pengarang Sabda Harian di atas,saya tidak mendapati Sabda Harian ada membuktikan Fakir Ilmu menyebarkan fitnah dalam artikelnya terhadap Kristian. Kenapa? seperti hujah saya terhadap negara Nauru,disi saya berikan tiga (03) poin yang sama :

    POINT NO.1 :
    Kerana kenyataan Sabda Harian di atas adalah OUT OF CONTEXT yang mana tidak berkaitan dengan apa yang Fakir Ilmu usulkan dalam artikelnya. Fakir Ilmu mengusulkan statistik perkahwinan budak lelaki bawah umur 18 tahun yang mana di dominasi oleh tujuh (07) negara majoriti Kristian. Namun Sabda Harian masih terus dengan hujah perkahwinan budak perempuan bawah umur 18 tahun.

    POINT NO.2 :

    Sumber yang Sabda Harian nyatakan dalam artikelnya melibatkan negara Marshall Islands di ambil disini :
    – https://www.girlsnotbrides.org/where-does-it-happen/atlas/#/marshall-islands

    dalam sumber tersebut,dinyatakan seperti berikut :
    “Over a quarter of girls in the Marshall Islands are married before the age of 18 and 6% are married before their 15th birthday.”

    Jadi andaian Sabda Harian berikan hampir di faktakan sendiri oleh sumber yang Sabda Harian kemukakan sendiri. Jadi jika merujuk hujah Sabda Harian di atas bahawa Marshall Islands memiliki penduduk seramai 50 000 orang menjelang tahun 2020,maknanya 13 000 kes budak perempuan berkahwin bawah umur 18 tahun dan 3000 kes budak perempuan berkahwin bawah 15 tahun dari jumlah 50 000 penduduk Marshall Islands. Ini membuktikan bahawa 32% dari penduduk Marshall Islands yang majoriti Kristian mengamalkan perkahwinan budak perempuan bawah umur. Belum di rujuk lagi 12% yang melibatkan perkahwinan budak lelaki bawah umur 18 tahun.

    POINT NO.3 :
    dalam sumber yang sama di ambil dari Sabda Harian,dinyatakan seperti berikut :
    “Rates may be even higher due to customary and informal cohabitation marriages which are not officially registered in courts.”

    Sumber yang Sabda Harian kutip sendiri mengatakan bahawa kadar kekerapan perkahwinan budak perempuan bawah 18 tahun berkemungkinan akan terus meningkat.

    POINT NO.4 :
    dalam sumber yang sama di ambil dari Sabda Harian,dinyatakan dalam sumber tersebut :
    “According to UNFPA, the Marshall Islands is one of only 10 countries where child marriage prevalence among boys is above 10%.”

    Jadi secara tidak langsung,sumber yang Sabda Harian ambil sendiri menyokong hujah dari artikel Fakir Ilmu kerana dalam artikel Fakir Ilmu tersebut telah menyatakan bahawa negara Marshall Islands adalah salah satu dari tujuh (07) negara majoriti Kristian paling banyak statistik kahwin bawah umur. Ini sekaligus menunjukkan tuduhan Sabda Harian terhadap Fakir Ilmu kononnya menyebarkan fitnah adalah tidak berasas.

    SH menulis :
    Cuba dijangka mempunyai 6,610,000 orang Kristian menjelang tahun 2020. Andaikan setengah daripada mereka adalah perempuan, dan kekerapan perkahwinan bawah umur 18 tahun yang melibatkan perempuan adalah 26%. Dengan murah hati dan sangka baik sekali lagi, jumlah perempuan di bawah umur 18 tahun yang berkahwin adalah 3,305,000. Sebenarnya, jumlah sebenar jauh lebih kurang kerana jumlah populasi perempuan dari umur 0 tahun ke 24 tahun di Cuba hanya 1,551,922. Kalau mengikut formula yang sama seperti Honduras, hanya 403,500 perempuan yang terlibat di dalam perkahwinan bawah umur 18 tahun. Tetapi kita orang yang murah hati sepertimana Yesus mengajar.

    MAB jawab :
    Saya amat bersetuju kenyataan Sabda Harian di atas namun hujah tersebut masih tidak dapat membuktikan Fakir Ilmu menyebarkan fitnah terhadap Kristian kerana kenyataan Sabda Harian di atas adalah OUT OF CONTEXT. artikel Fakir Ilmu mengutip mengenai statistik perkahwinan lelaki bawah umur yang mana negara Cuba mencatatkan sebanyak 11%. Ini bermakna,negara Cuba mencatatkan jumlah perkahwinan lelaki bawah umur sebanyak 182 353 (1 657 752 male age 0 – 24 years x 11%) sekaligus menjadikan negara majoriti Kristian yang menduduki tangga ke9 tertinggi di dunia dalam Statistik Kahwin Bawah Umur. Artikel Fakir Ilmu tidak bercerita mengenai perkahwinan perempuan bawah umur.

    SH menulis :
    Jadi, berapa jumlah orang Kristian yang berkahwin di negara yang majoritinya orang Kristian? 2,990,800 orang. Tidak apa, kita bulatkan kepada 3 juta orang. Murah hati betul, kan? Ingat, ini adalah senarai negara di mana perkahwinan budak lelaki di bawah umur 18 paling kerap berlaku dengan andaian mereka berkahwin dengan budak perempuan yang juga kurang daripada 18 tahun mengikut pemikiran Fakir Ilmu.

    Justeru itu, adakah Fakir Ilmu betul dengan tuduhan melulu bahawah “Negara Majoriti Kristian Paling Banyak Statistik Kahwin Bawah Umur, Menurut Data UNICEF“? Mari kita bandingkan dengan HANYA SEBUAH NEGARA lain yang melibatkan perkahwinan perempuan di bawah umur 18 tahun.

    Bangladesh dijangka mempunyai 153,010,000 orang Muslim menjelang tahun 2020, iaitu 90% daripada populasi negara. Memandangkan 3,931,000 budak perempuan terlibat di dalam perkahwinan bawah umur 18 tahun, 90% daripada jumlah tersebut adalah 3,567,934 orang.

    Saudara-saudari yang disayangi Tuhan, hanya negara Bangladesh sahaja sudah melibatkan jumlah perkahwinan perempuan Muslim bawah umur 18 tahun yang mencecah jumlah 7 negara melibatkan perkahwinan budak lelaki di bawah umur 18 tahun di mana majoriti penduduknya adalah orang Kristian yang “paling banyak statistik kahwin bawah umur” (mengikut Fakir Ilmu). Kita masih belum ambil kira negara India, Pakistan dan Indonesia (kalau kalian ingin tahu, jumlah untuk tiga negara tersebut melebihi 7 juta orang perempuan Muslim yang kahwin di bawah umur 18 tahun).

    MAB jawab :
    01 – Dari penjelasan di atas,pengarang Sabda Harian masih tidak dapat membuktikan Fakir Ilmu menyebarkan fitnah terhadap Kristian kerana artikel yang Fakir Ilmu usulkan adalah berkenaaan statistik perkahwinan lelaki bawah umur dengan peratus melebihi 10 peratus yang mana tujuh (07) negara dari sepuluh (10) negara adalah majoriti Kristian.

    02 – Sungguhpun Sabda Harian terus berhujah secara OUT OF CONTEXT,namun saya tetap “melayani” hujah Sabda Harian. Sabda Harian mengatakan bahawa Tujuh (07) negara majoriti Kristian mencatatkan perkahwinan budak perempuan bawah umur adalah jumlah keseluruhan sebanyak 2,990,800 orang manakala satu (01) negara yang majoriti muslim iaitu Bangladesh mencatatkan sebanyak 3 567 934. Maknanya, perbezaannya adalah sebanyak 577 134. Jadi point yang Sabda Harian ingin kemukakan ialah satu (01) negara majoriti Muslim bersamaan dengan tujuh (07) buah negara majoriti Kristian dalam kes perkahwinan budak perempuan bawah umur. Okay baik, disini saya akan runtuhkan hujah Sabda Harian. Mari kita lihat jumlah keseluruhan penduduk tujuh (07) buah negara majoriti Kristian :

    5 360 000 – Jumlah penduduk Central Africa Republic
    6 690 000 – Jumlah penduduk Nicaragua
    27 380 000 – Jumlah penduduk Madagascar
    10 000 – Jumlah penduduk Nauru
    9 090 000 – Jumlah penduduk Honduras
    50 000 – Jumlah penduduk Marshall Islands
    11 230 000 – Jumlah Penduduk Cuba

    59 810 000 – Jumlah keseluruhan tujuh (07) buah negara di atas #

    sumber :
    – https://www.pewforum.org/2015/04/02/religious-projection-table/2020/number/all/

    Menurut statistik kepadatan penduduk dari data Pew,negara Bangladesh mencatatkan jumlah seramai 168 580 000 orang menjelang tahun 2020 yang mana muslim sahaja seramai 153 010 000. Jadi ini bermakna,tujuh (07) buah negara yang majoriti Kristian di atas masih tidak dapat menyamai satu (01) komuniti penganut muslim di Bangladesh. Bahkan sekalipun digandakan dengan dua kali (59 810 000 x 2 = 119 620 000) yang mana bersamaan 14 buah negara yang sama seperti tujuh (07) buah negara majoriti Kristian di atas,masih tidak dapat menandingi jumlah penganut muslim di Bangladesh apatah lagi jumlah keseluruhan penduduk negara Bangladesh. Jadi,haruskah Sabda Harian berbangga terlalu awal setelah buat perbandingan yang salah??…dua soalan untuk Sabda Harian :

    1. Central Africa Republic adalah negara majoriti Kristian yang mencatatkan peratusan perkahwinan budak perempuan bawah umur 18 tahun yang paling tinggi dengan peratusan setinggi 68% dan 29% bagi kes perkahwinan budak perempuan bawah umur 15 tahun sedangkan jumlah keseluruhan penduduk negara Central Africa Republic hanyalah seramai 5 360 000…bayangkan jika kepadatan jumlah penduduk negara Central Africa Republic sama atau lebih kurang seperti kepadatan penduduk seperti negara Bangladesh,kira-kira ada berapa peratusan perkahwinan budak perempuan bawah umur 15 tahun dan 18 tahun di negara Central Africa Republic????…

    2. Dari tujuh (07) buah negara di atas,Madagascar adalah negara majoriti Kristian yang paling ramai jumlah kepadatan penduduk iaitu sebanyak 27 380 000 menjelang tahun 2020. Sungguhpun demikian,peratusan perkahwinan budak perempuan bawah umur 18 tahun di negara tersebut adalah sebanyak 41% (470 000). Negara Bangladesh mencatatkan perkahwinan budak perempuan bawah umur 18 tahun sebanyak 34% (3 567 934). Bayangkan JIKA rekod “3 567 934” ini berada di negara Madagascar yang melibatkan perkahwinan budak perempuan bawah umur 18 tahun,kira-kira berapa peratusan perkahwinan budak perempuan bawah umur 18 tahun harus diletakkan dalam rekod negara Madagascar???…

    Setelah mendapat jawapan,maka apakah adil perbandingan Sabda Harian ini??

    Ini baru isu perkahwinan budak lelaki bawah umur 15 dan 18 tahun serta perkahwinan budak perempuan bawah umur 15 dan 18 tahun. Belum lagi masuk bab pencabulan dan keganasan seksual terhadap wanita remaja dalam lingkungan umur 15-29 tahun yang mana sepuluh (10) buah negara mencatatkan peratusan kes tertinggi menurut fakta rasmi UNICEF,sembilan (09) darinya adalah negara majoriti Kristian dan hanya satu (01) negara majoriti Islam. Namun perkara itu adalah tajuk lain,kita tidak ingin usulkan disini.

    Seperkara lagi, negara India adalah negara majoriti Hindu manakala Pakistan dan Indonesia adalah negara majoriti muslim yang memiliki jumlah kepadatan penduduk bahkan lebih ramai dari Bangladesh. Jadi jika ingin buat perbandingan ilmiah,pastikan Sabda Harian berlaku adil. Bukankah berlaku adil itu adalah lebih diredhai Tuhan daripada pengorbanan (Proverb 21:3)???

    Rumusan

    01 – Kesalahan terbesar pengarang website Sabda Harian dalam menyampaikan isi hujah menjawab Fakir Ilmu adalah TIDAK MEMAHAMI KONTEKS yang disampaikan dari artikel pengarang website Fakir Ilmu. Sabda Harian terus beralih ke isu perkahwinan budak perempuan bawah umur 15 dan 18 tahun kebawah sedangkan artikel yang pengarang website Fakir Ilmu nukilkan adalah berkenaan isu perkahwinan budak lelaki bawah umur 15 dan 18 tahun dengan peratusan melebihi 10 peratus yang melibatkan negara majoriti Kristian.

    02 – Perbandingan isu perkahwinan budak perempuan bawah umur 15 dan 18 tahun yang melibatkan tujuh (07) buah negara majoriti Kristian dengan satu (01) buah negara muslim masih tidak dapat dijadikan sebagai kebenaran oleh Sabda Hadiran disebabkan kejahilan Sabda Harian dalam pengetahuan,pemahaman serta kemahiran ilmu hisab dalam perbezaan kepadatan penduduk untuk sesebuah negara.

    Kesimpulan

    Setelah di analisa dan dijawab,semua tuduhan Sabda Harian adalah satu PENDUSTAAN. Tuduhan berat Sabda Harian mengatakan Fakir Ilmu menyebarkan fitnah dan menyelewengkan kebenaran adalah satu tuduhan tidak berasas dan MENCETUSKAN FITNAH terhadap artikel Fakir Ilmu. Harus ingat bahawa kebenaran tidak selalu datang ikut kehendak kita.

    Jesus Christ telah memberikan pesanan kepada kita:

    “Jikalau kamu tetap dalam sabdaku,kamu benar-benar adalah muridku dan kamu akan mengetahui kebenaran dan kebenaran itu akan memerdekakan kamu.” [John 8:31-32]

    Bahkan Muhammad SAW juga telah memberikan pesan kepada kita semua:

    “Tidak ada kejujuran yang lebih utama daripada ucapan kebenaran.” [Hadith Sahih HR. Ahmad No.5:159]

    “Terimalah kebenaran itu,sekalipun ianya pahit.” [Hadith Sahih Al-Baihaqi No.4737]