Reading Time: 12 minutes

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Pada 08 Jun 2019,pengarang website Fakir Ilmu telah membuat satu artikel bertajuk “Negara Majoriti Kristian Paling Banyak Statistik Kahwin Bawah Umur,Menurut Data UNICEF” dalam website beliau.

Dan pada 12 Jun 2019,pengarang website Sabda Harian telah membuat satu artikel untuk menjawab artikel Fakir Ilmu berkenaan tajuk tersebut.

Dalam artikel ini,saya akan menjawab artikel dari website Sabda Harian mengenai tajuk – “Negara Majoriti Kristian Paling Banyak Statistik Kahwin Bawah Umur”. Mari kita selidik siapakah yang sebenarnya yang mewujudkan fitnah,siapa yang salah memahami konteks apa yang disampaikan dan siapa yang menyembunyikan kebenaran melalui pendustaan penjelasan….lets check it out:

SH menulis :

Kantoi #1: Pengulasan yang salah
Tajuk sebenar artikel yang dipetik adalah “Around 23 million boys have married before reaching 15; ‘we can end this violation’ says UNICEF chief” yang diterjemahkan dengan betul kepada “Kira-kira 23 juta budak lelaki berkahwin sebelum umur 15 tahun; ‘kita boleh mengakhiri pencabulan ini’ kata ketua UNICEF”.
Saya mempunyai soalan. Biasanya pertikaian tentang perkahwinan bawah umur melibatkan perempuan yang bawah umur, terutamanya mereka yang masih belum baligh (contohnya anak perempuan yang belum cukup matang dari segi fizikal dan mental untuk mengetahui apa itu perkahwinan serta tanggungjawab yang berkaitan). Tetapi artikel UNICEF tersebut melibatkan perkahwinan bawah umur budak lelaki.
Adakah Fakir Ilmu pasti SEMUA budak lelaki tersebut berkahwin dengan budak perempuan yang umurnya sebaya ataupun lebih muda daripada mereka? Sebagai pihak yang murah hati dan sangka baik terhadap Fakir Ilmu, kita andaikan bahawa SEMUA budak lelaki tersebut mengahwini budak perempuan yang bawah umur juga. Ini barulah adil, kan?

MAB jawab:

Point Nombor 1:

Tajuk asal yang pengarang website Fakir Ilmu usulkan ialah berkenaan laporan dari UNICEF bahawa terdapat 115 juta kanak–kanak lelaki yang berkahwin bawah umur di serata dunia dan kemudian barulah di usulkan sumber dari UN News sebagai sokongan dan penjelasan dari sumber pertama tadi.

Dari sumber kedua yang tersebut, dikatakan seperti berikut:

An estimated 115 million boys and men around the world were married as children, 23 million of them before the age of 15, according to the first-ever analysis on child grooms, launched on Friday by the UN Children’s Fund (UNICEF).

Jadi sebenarnya apa yang pengarang website Sabda Harian tuduhkan adalah bukan dari tajuk sebenar yang disampaikan dari artikel milik pengarang website Fakir Ilmu tetapi itu adalah penjelasan mengenai statistik negara-negara dalam penglibatan perkahwinan bawah umur dan langkah pencegahan dari sumber UNICEF yang mana dari laporan UNICEF tersebut,ianya selari untuk artikel tajuk utama dari pengarang website Fakir Ilmu – “Negara Majoriti Kristian Paling Banyak Statistik Kahwin Bawah Umur, Menurut Data UNICEF”…

Point Nombor 2:

Sumber artikel dari pengarang website Fakir Ilmu merujuk kes PERKAHWINAN BUDAK BAWAH UMUR YANG MELIBATKAN KANAK-KANAK LELAKI yang mana menurut sumber rasmi UNICEF,kes tersebut di dominasi oleh negara-negara majoriti Kristian. Tidak dikatakan dalam artikel tersebut mengenai kes perkahwinan budak bawah umur yang melibatkan kanak-kanak perempuan. Jadi apa yang pengarang SH utarakan untuk tujuan menjawab artikel Fakir Ilmu adalah OUT OF CONTEXT. Fakta yang pengarang website Fakir Ilmu usulkan masih tegak berdiri dalam kebenaran.

SH menulis :

Kantoi #2: Analisa statistik yang salah
Adakah data yang disampaikan menunjukkan bahawa “Negara Majoriti Kristian Paling Banyak Statistik Kahwin Bawah Umur” seperti yang didakwa oleh Fakir Ilmu?

MAB jawab:

Dakwaan dari website Fakir Ilmu yang mengatakan dalam tajuknya “Negara Majoriti Kristian Paling Banyak Statistik Kahwin Bawah Umur, Menurut Data UNICEF” adalah merujuk sumber dari UNICEF sendiri yang mana tujuh (07) negara dari sepuluh (10) negara dalam statistik perkahwinan budak bawah umur adalah NEGARA MAJORITI KRISTIAN. Sungguhpun sumber UNICEF tidak mengatakan tujuh (07) negara dalam statistik tersebut adalah “negara majoriti Kristian”,namun dari analisa rasmi UNICEF secara tidak langsung membuktikan bahawa tujuh (07) dari sepuluh (10) negara dari statistik UNICEF dapat difahami bahawa negara-negara tersebut adalah majoriti Kristian. Jadi,JIKA pengarang Sabda Harian ingin katakan pengarang Fakir Ilmu berdusta,maka pengarang Sabda Harian juga harus katakan UNICEF adalah pendusta!.

SH menulis:

Mari kita lihat senarai negara yang dilampirkan di mana majoriti penduduknya beragama Kristian. Central African Republic CAR), Nicaragua, Madagascar, Nauru, Honduras, Marshall Islands, dan Cuba. 7 daripada 10 negara di mana peratus lelaki di antara umur 20 ke 24 tahun yang berkahwin sebelum mereka mencecah 18 tahun. Statistik ini berdasarkan 10 negara di mana jumlah perkahwinan bawah umur melebihi 10% berlaku dengan berleluasa.
Kalau seseorang mengambil kira jumlah populasi perempuan yang terlibat di dalam perkahwinan bawah umur dari senarai artikel UNICEF, ini adalah hasil kajiannya. Ingat, perempuan bawah umur ini berkahwin dengan lelaki bawah umur seperti yang Fakir Ilmu andaikan. Jumlah populasi dipetik daripada analisis penganut agama pada tahun 2020.
Perhatikan bahawa data tidak lengkap untuk Nauru, tetapi kekerapan perkahwinan bawah umur 18 tahun yang melibatkan perempuan adalah 27%. Kami orang yang sangat murah hati, dan memberi Fakir Ilmu kelebihan dengan andaian 100%. Memandangkan jumlah populasi Nauru adalah 10,000 orang menjelang tahun 2020, 5,000 perempuan bawah umur akan berkahwin dengan 5,000 lelaki bawah umur (jumlah 10,000 orang).

MAB jawab:

01 – Pertama sekali,saya memohon maaf kerana saya tidak dapat memuat turun gambar-gambar yang di usulkan dari pengarang Sabda Harian disebabkan ada sedikit masalah teknikal dari WordPress Media Setting (problem to uploading images into post or page). Walau bagaimanapun, anda boleh rujuk sumber dari Sabda Harian di sini (sebagai analisa dan rujukan).

Gambar-gambar yang Sabda Harian muat turunkan dalam artikelnya diambil dari sumber ini.

02 – Fakir Ilmu tidak mengandaikan perempuan bawah umur ini berkahwin dengan lelaki bawah umur tetapi Fakir Ilmu menjelaskan bahawa laporan dari sumber UNICEF bahawa terdapat 115 juta kanak – kanak lelaki yang berkahwin bawah umur di serata dunia yang mana tujuh (07) negara yang mendominasi dalam statistik rasmi UNICEF adalah majoriti Kristian. Anda boleh lihat dalam sumber Fakir Ilmu jika pengarang Fakir Ilmu ada membuat andaian sedemikian rupa seperti tuduhan pengarang Sabda Harian utarakan.

03 – Merujuk hujah Sabda Harian di atas,nampaknya tidak ada penafian hujah dari pengarang Sabda Harian berkenaan fakta perkahwinan budak bawah umur di tiga (03) buah negara majoriti Kristian iaitu Central African Republic,Nicaragua dan Madagascar berkenaan statistik perkahwinan melibatkan budak lelaki bawah umur 18 tahun. Ini bermakna,secara tidak langsung Fakir Ilmu telah TERLEPAS SEPARUH dari tuduhan Sabda Harian kononnya Fakir Ilmu menyebarkan fitnah terhadap Kristian kerana apa yang Fakir Ilmu usulkan dalam artikelnya adalah benar.

04 – Berkenaan dengan data dari negara Nauru yang diperolehi dari penjelasan pengarang Sabda Harian di atas,saya tidak mendapati Sabda Harian ada membuktikan Fakir Ilmu menyebarkan fitnah dalam artikelnya terhadap Kristian. Kenapa? saya berikan empat (04) poin :

POINT NO.1 :

Kerana kenyataan Sabda Harian di atas adalah OUT OF CONTEXT yang mana tidak berkaitan dengan apa yang Fakir Ilmu usulkan dalam artikelnya. Fakir Ilmu mengusulkan statistik perkahwinan budak lelaki bawah umur 18 tahun yang mana di dominasi oleh tujuh (07) negara majoriti Kristian. Namun Sabda Harian masih terus dengan hujah perkahwinan budak perempuan bawah umur 18 tahun.

POINT NO.2

Sumber yang Sabda Harian nyatakan dalam artikelnya melibatkan negara Nauru diambil di sini. Dalam sumber tersebut dinyatakan seperti berikut:

“According to the most recent available data from 2007, 27% of girls in Nauru are married before their 18th birthday and 2% are married before the age of 15.”

Jadi jika merujuk hujah Sabda Harian di atas bahawa Nauru memiliki penduduk seramai 10 000 orang menjelang tahun 2020,maknanya 2700 kes budak perempuan berkahwin bawah umur 18 tahun dan 200 kes budak perempuan berkahwin bawah 15 tahun dari jumlah 10 000 penduduk Nauru. Ini membuktikan bahawa 1/4 dari penduduk Nauru yang majoriti Kristian mengamalkan perkahwinan budak perempuan bawah umur.

POINT NO.3

Dalam sumber yang sama di ambil dari Sabda Harian, dinyatakan dalam sumber tersebut :

“According to UNFPA, Nauru is one of only 10 countries with a child marriage prevalence rate of over 10% for boys.”

Jadi secara tidak langsung, sumber yang Sabda Harian ambil sendiri menyokong hujah dari artikel Fakir Ilmu kerana dalam artikel Fakir Ilmu tersebut telah menyatakan bahawa negara Nauru adalah salah satu dari tujuh (07) negara majoriti Kristian paling banyak statistik kahwin bawah umur. Ini sekaligus menunjukkan tuduhan Sabda Harian terhadap Fakir Ilmu kononnya menyebarkan fitnah adalah tidak berasas.

POINT NO.4

Sabda Harian telah mengatakan bahawa sumber yang di ambil menunjukkan data tidak lengkap untuk negara Nauru. Sudah tahu tidak lengkap,mengapa ingin jadikan hujah penafian sehingga menuduh Fakir Ilmu menipu?

Sabda Harian mengatakan:


Kami orang yang sangat murah hati, dan memberi Fakir Ilmu kelebihan dengan andaian 100%. jumlah populasi Nauru adalah 10,000 orang menjelang tahun 2020, 5,000 perempuan bawah umur akan berkahwin dengan 5,000 lelaki bawah umur (jumlah 10,000 orang).

Sabda Harian memberikan kelebihan yang salah kepada Fakir Ilmu dengan andaian 100% kerana Sabda Harian sendiri katakan bahawa data negara Nauru adalah tidak lengkap. Maka Sabda Harian harus tahu bahawa dalam sumber data Pew juga memberikan data ketetapan jumlah 10 000 penduduk dari tahun 2010 – 2050 (tiada perubahan) yang mana dalam sumber data Pew tersebut dicatatkan penganut Islam,Christian,Unaffiliated,Hindus, Buddhists, Folk Religions,Jews dan lain-lain memiliki jumlah yang sama 10 000 penganut.

Jadi apakah Sabda Harian setuju bahawa semua 10 000 penduduk negara Nauru menganut semua agama pada masa yang sama? Jika TIDAK SETUJU, maknanya Sabda Harian membuat kelebihan yang salah kepada Fakir Ilmu dengan andaian dan tuduhan Sabda Harian kononnya Fakir Ilmu menyebarkan fitnah terhadap Kristian adalah tidak berasas.

SH menulis :

Data juga tidak lengkap untuk Honduras yang dijangka mempunyai 7,950,000 orang Kristian menjelang tahun 2020. Andaikan setengah daripada mereka adalah perempuan, dan kekerapan perkahwinan bawah umur 18 tahun yang melibatkan perempuan adalah 34%. Dengan murah hati dan sangka baik sekali lagi, jumlah perempuan di bawah umur 18 tahun yang berkahwin adalah 1,351,500. Sebenarnya, jumlah sebenar jauh lebih kurang kerana jumlah populasi perempuan dari umur 0 tahun ke 24 tahun di Honduras hanya 2,386,787. Kalau mengikut formula yang sama, hanya 811,508 perempuan yang terlibat di dalam perkahwinan bawah umur 18 tahun. Tetapi kita orang yang murah hati sepertimana diajar Yesus.

MAB jawab :

Saya amat bersetuju kenyataan Sabda Harian di atas namun hujah tersebut masih tidak dapat membuktikan Fakir Ilmu menyebarkan fitnah terhadap Kristian kerana kenyataan Sabda Harian di atas adalah OUT OF CONTEXT. artikel Fakir Ilmu mengutip mengenai statistik perkahwinan lelaki bawah umur yang mana negara Honduras mencatatkan sebanyak 12%. Ini bermakna,negara Honduras mencatatkan jumlah perkahwinan lelaki bawah umur sebanyak 298 717 (2 489 313 male age 0 – 24 years x 12%) sekaligus menjadikan negara majoriti Kristian yang menduduki tangga ke5 tertinggi di dunia dalam Statistik Kahwin Bawah Umur. Artikel Fakir Ilmu tidak bercerita mengenai perkahwinan perempuan bawah umur.

Namun tidak mengapa. Mengikut formula Sabda Harian,seramai 811 508 perempuan yang terlibat di dalam perkahwinan bawah umur 18 tahun (2 386 787 female age 0 – 24 years x 34%). Jadi jika saya mengikut rentak Sabda Harian yang suka mengikut andaian, maknanya seramai 512 791 dari kekerapan perempuan yang terlibat di dalam perkahwinan bawah umur 18 tahun adalah berkahwin dengan lelaki dewasa dan selebihnya adalah berkahwin dengan lelaki sebaya dengan mereka. Fakta ini menunjukkan bahawa negara Honduras adalah salah satu negara yang mencatatkan peratusan tertinggi perkahwinan perempuan bawah umur 18 tahun menurut UNFPA.

SH menulis :

Sama seperti Nauru, data tidak lengkap untuk Marshall Islands, tetapi kekerapan perkahwinan bawah umur 18 tahun yang melibatkan perempuan adalah 26%. Sekali lagi kita memberi peluang kepada Fakir Ilmu dengan andaian 100%. Memandangkan jumlah populasi Mashall Islands adalah 50,000 orang menjelang tahun 2020, 25,000 perempuan bawah umur akan berkahwin dengan 25,000 lelaki bawah umur (jumlah 50,000 orang). Bagus tidak kalau tinggal di sana, tiada sesiapa pun yang berumur lebih daripada 18 tahun apabila kita bermurah hati sangat terhadap golongan seperti Fakir Ilmu.

MAB jawab :

Berkenaan dengan data dari negara Marshall Islands yang diperolehi dari penjelasan pengarang Sabda Harian di atas,saya tidak mendapati Sabda Harian ada membuktikan Fakir Ilmu menyebarkan fitnah dalam artikelnya terhadap Kristian. Kenapa? seperti hujah saya terhadap negara Nauru,disi saya berikan tiga (03) poin yang sama :

POINT NO.1 :
Kerana kenyataan Sabda Harian di atas adalah OUT OF CONTEXT yang mana tidak berkaitan dengan apa yang Fakir Ilmu usulkan dalam artikelnya. Fakir Ilmu mengusulkan statistik perkahwinan budak lelaki bawah umur 18 tahun yang mana di dominasi oleh tujuh (07) negara majoriti Kristian. Namun Sabda Harian masih terus dengan hujah perkahwinan budak perempuan bawah umur 18 tahun.

POINT NO.2 :

Sumber yang Sabda Harian nyatakan dalam artikelnya melibatkan negara Marshall Islands di ambil disini :
– https://www.girlsnotbrides.org/where-does-it-happen/atlas/#/marshall-islands

dalam sumber tersebut,dinyatakan seperti berikut :
“Over a quarter of girls in the Marshall Islands are married before the age of 18 and 6% are married before their 15th birthday.”

Jadi andaian Sabda Harian berikan hampir di faktakan sendiri oleh sumber yang Sabda Harian kemukakan sendiri. Jadi jika merujuk hujah Sabda Harian di atas bahawa Marshall Islands memiliki penduduk seramai 50 000 orang menjelang tahun 2020,maknanya 13 000 kes budak perempuan berkahwin bawah umur 18 tahun dan 3000 kes budak perempuan berkahwin bawah 15 tahun dari jumlah 50 000 penduduk Marshall Islands. Ini membuktikan bahawa 32% dari penduduk Marshall Islands yang majoriti Kristian mengamalkan perkahwinan budak perempuan bawah umur. Belum di rujuk lagi 12% yang melibatkan perkahwinan budak lelaki bawah umur 18 tahun.

POINT NO.3 :
dalam sumber yang sama di ambil dari Sabda Harian,dinyatakan seperti berikut :
“Rates may be even higher due to customary and informal cohabitation marriages which are not officially registered in courts.”

Sumber yang Sabda Harian kutip sendiri mengatakan bahawa kadar kekerapan perkahwinan budak perempuan bawah 18 tahun berkemungkinan akan terus meningkat.

POINT NO.4 :
dalam sumber yang sama di ambil dari Sabda Harian,dinyatakan dalam sumber tersebut :
“According to UNFPA, the Marshall Islands is one of only 10 countries where child marriage prevalence among boys is above 10%.”

Jadi secara tidak langsung,sumber yang Sabda Harian ambil sendiri menyokong hujah dari artikel Fakir Ilmu kerana dalam artikel Fakir Ilmu tersebut telah menyatakan bahawa negara Marshall Islands adalah salah satu dari tujuh (07) negara majoriti Kristian paling banyak statistik kahwin bawah umur. Ini sekaligus menunjukkan tuduhan Sabda Harian terhadap Fakir Ilmu kononnya menyebarkan fitnah adalah tidak berasas.

SH menulis :
Cuba dijangka mempunyai 6,610,000 orang Kristian menjelang tahun 2020. Andaikan setengah daripada mereka adalah perempuan, dan kekerapan perkahwinan bawah umur 18 tahun yang melibatkan perempuan adalah 26%. Dengan murah hati dan sangka baik sekali lagi, jumlah perempuan di bawah umur 18 tahun yang berkahwin adalah 3,305,000. Sebenarnya, jumlah sebenar jauh lebih kurang kerana jumlah populasi perempuan dari umur 0 tahun ke 24 tahun di Cuba hanya 1,551,922. Kalau mengikut formula yang sama seperti Honduras, hanya 403,500 perempuan yang terlibat di dalam perkahwinan bawah umur 18 tahun. Tetapi kita orang yang murah hati sepertimana Yesus mengajar.

MAB jawab :
Saya amat bersetuju kenyataan Sabda Harian di atas namun hujah tersebut masih tidak dapat membuktikan Fakir Ilmu menyebarkan fitnah terhadap Kristian kerana kenyataan Sabda Harian di atas adalah OUT OF CONTEXT. artikel Fakir Ilmu mengutip mengenai statistik perkahwinan lelaki bawah umur yang mana negara Cuba mencatatkan sebanyak 11%. Ini bermakna,negara Cuba mencatatkan jumlah perkahwinan lelaki bawah umur sebanyak 182 353 (1 657 752 male age 0 – 24 years x 11%) sekaligus menjadikan negara majoriti Kristian yang menduduki tangga ke9 tertinggi di dunia dalam Statistik Kahwin Bawah Umur. Artikel Fakir Ilmu tidak bercerita mengenai perkahwinan perempuan bawah umur.

SH menulis :
Jadi, berapa jumlah orang Kristian yang berkahwin di negara yang majoritinya orang Kristian? 2,990,800 orang. Tidak apa, kita bulatkan kepada 3 juta orang. Murah hati betul, kan? Ingat, ini adalah senarai negara di mana perkahwinan budak lelaki di bawah umur 18 paling kerap berlaku dengan andaian mereka berkahwin dengan budak perempuan yang juga kurang daripada 18 tahun mengikut pemikiran Fakir Ilmu.

Justeru itu, adakah Fakir Ilmu betul dengan tuduhan melulu bahawah “Negara Majoriti Kristian Paling Banyak Statistik Kahwin Bawah Umur, Menurut Data UNICEF“? Mari kita bandingkan dengan HANYA SEBUAH NEGARA lain yang melibatkan perkahwinan perempuan di bawah umur 18 tahun.

Bangladesh dijangka mempunyai 153,010,000 orang Muslim menjelang tahun 2020, iaitu 90% daripada populasi negara. Memandangkan 3,931,000 budak perempuan terlibat di dalam perkahwinan bawah umur 18 tahun, 90% daripada jumlah tersebut adalah 3,567,934 orang.

Saudara-saudari yang disayangi Tuhan, hanya negara Bangladesh sahaja sudah melibatkan jumlah perkahwinan perempuan Muslim bawah umur 18 tahun yang mencecah jumlah 7 negara melibatkan perkahwinan budak lelaki di bawah umur 18 tahun di mana majoriti penduduknya adalah orang Kristian yang “paling banyak statistik kahwin bawah umur” (mengikut Fakir Ilmu). Kita masih belum ambil kira negara India, Pakistan dan Indonesia (kalau kalian ingin tahu, jumlah untuk tiga negara tersebut melebihi 7 juta orang perempuan Muslim yang kahwin di bawah umur 18 tahun).

MAB jawab :
01 – Dari penjelasan di atas,pengarang Sabda Harian masih tidak dapat membuktikan Fakir Ilmu menyebarkan fitnah terhadap Kristian kerana artikel yang Fakir Ilmu usulkan adalah berkenaaan statistik perkahwinan lelaki bawah umur dengan peratus melebihi 10 peratus yang mana tujuh (07) negara dari sepuluh (10) negara adalah majoriti Kristian.

02 – Sungguhpun Sabda Harian terus berhujah secara OUT OF CONTEXT,namun saya tetap “melayani” hujah Sabda Harian. Sabda Harian mengatakan bahawa Tujuh (07) negara majoriti Kristian mencatatkan perkahwinan budak perempuan bawah umur adalah jumlah keseluruhan sebanyak 2,990,800 orang manakala satu (01) negara yang majoriti muslim iaitu Bangladesh mencatatkan sebanyak 3 567 934. Maknanya, perbezaannya adalah sebanyak 577 134. Jadi point yang Sabda Harian ingin kemukakan ialah satu (01) negara majoriti Muslim bersamaan dengan tujuh (07) buah negara majoriti Kristian dalam kes perkahwinan budak perempuan bawah umur. Okay baik, disini saya akan runtuhkan hujah Sabda Harian. Mari kita lihat jumlah keseluruhan penduduk tujuh (07) buah negara majoriti Kristian :

5 360 000 – Jumlah penduduk Central Africa Republic
6 690 000 – Jumlah penduduk Nicaragua
27 380 000 – Jumlah penduduk Madagascar
10 000 – Jumlah penduduk Nauru
9 090 000 – Jumlah penduduk Honduras
50 000 – Jumlah penduduk Marshall Islands
11 230 000 – Jumlah Penduduk Cuba

59 810 000 – Jumlah keseluruhan tujuh (07) buah negara di atas #

sumber :
– https://www.pewforum.org/2015/04/02/religious-projection-table/2020/number/all/

Menurut statistik kepadatan penduduk dari data Pew,negara Bangladesh mencatatkan jumlah seramai 168 580 000 orang menjelang tahun 2020 yang mana muslim sahaja seramai 153 010 000. Jadi ini bermakna,tujuh (07) buah negara yang majoriti Kristian di atas masih tidak dapat menyamai satu (01) komuniti penganut muslim di Bangladesh. Bahkan sekalipun digandakan dengan dua kali (59 810 000 x 2 = 119 620 000) yang mana bersamaan 14 buah negara yang sama seperti tujuh (07) buah negara majoriti Kristian di atas,masih tidak dapat menandingi jumlah penganut muslim di Bangladesh apatah lagi jumlah keseluruhan penduduk negara Bangladesh. Jadi,haruskah Sabda Harian berbangga terlalu awal setelah buat perbandingan yang salah??…dua soalan untuk Sabda Harian :

1. Central Africa Republic adalah negara majoriti Kristian yang mencatatkan peratusan perkahwinan budak perempuan bawah umur 18 tahun yang paling tinggi dengan peratusan setinggi 68% dan 29% bagi kes perkahwinan budak perempuan bawah umur 15 tahun sedangkan jumlah keseluruhan penduduk negara Central Africa Republic hanyalah seramai 5 360 000…bayangkan jika kepadatan jumlah penduduk negara Central Africa Republic sama atau lebih kurang seperti kepadatan penduduk seperti negara Bangladesh,kira-kira ada berapa peratusan perkahwinan budak perempuan bawah umur 15 tahun dan 18 tahun di negara Central Africa Republic????…

2. Dari tujuh (07) buah negara di atas,Madagascar adalah negara majoriti Kristian yang paling ramai jumlah kepadatan penduduk iaitu sebanyak 27 380 000 menjelang tahun 2020. Sungguhpun demikian,peratusan perkahwinan budak perempuan bawah umur 18 tahun di negara tersebut adalah sebanyak 41% (470 000). Negara Bangladesh mencatatkan perkahwinan budak perempuan bawah umur 18 tahun sebanyak 34% (3 567 934). Bayangkan JIKA rekod “3 567 934” ini berada di negara Madagascar yang melibatkan perkahwinan budak perempuan bawah umur 18 tahun,kira-kira berapa peratusan perkahwinan budak perempuan bawah umur 18 tahun harus diletakkan dalam rekod negara Madagascar???…

Setelah mendapat jawapan,maka apakah adil perbandingan Sabda Harian ini??

Ini baru isu perkahwinan budak lelaki bawah umur 15 dan 18 tahun serta perkahwinan budak perempuan bawah umur 15 dan 18 tahun. Belum lagi masuk bab pencabulan dan keganasan seksual terhadap wanita remaja dalam lingkungan umur 15-29 tahun yang mana sepuluh (10) buah negara mencatatkan peratusan kes tertinggi menurut fakta rasmi UNICEF,sembilan (09) darinya adalah negara majoriti Kristian dan hanya satu (01) negara majoriti Islam. Namun perkara itu adalah tajuk lain,kita tidak ingin usulkan disini.

Seperkara lagi, negara India adalah negara majoriti Hindu manakala Pakistan dan Indonesia adalah negara majoriti muslim yang memiliki jumlah kepadatan penduduk bahkan lebih ramai dari Bangladesh. Jadi jika ingin buat perbandingan ilmiah,pastikan Sabda Harian berlaku adil. Bukankah berlaku adil itu adalah lebih diredhai Tuhan daripada pengorbanan (Proverb 21:3)???

Rumusan

01 – Kesalahan terbesar pengarang website Sabda Harian dalam menyampaikan isi hujah menjawab Fakir Ilmu adalah TIDAK MEMAHAMI KONTEKS yang disampaikan dari artikel pengarang website Fakir Ilmu. Sabda Harian terus beralih ke isu perkahwinan budak perempuan bawah umur 15 dan 18 tahun kebawah sedangkan artikel yang pengarang website Fakir Ilmu nukilkan adalah berkenaan isu perkahwinan budak lelaki bawah umur 15 dan 18 tahun dengan peratusan melebihi 10 peratus yang melibatkan negara majoriti Kristian.

02 – Perbandingan isu perkahwinan budak perempuan bawah umur 15 dan 18 tahun yang melibatkan tujuh (07) buah negara majoriti Kristian dengan satu (01) buah negara muslim masih tidak dapat dijadikan sebagai kebenaran oleh Sabda Hadiran disebabkan kejahilan Sabda Harian dalam pengetahuan,pemahaman serta kemahiran ilmu hisab dalam perbezaan kepadatan penduduk untuk sesebuah negara.

Kesimpulan

Setelah di analisa dan dijawab,semua tuduhan Sabda Harian adalah satu PENDUSTAAN. Tuduhan berat Sabda Harian mengatakan Fakir Ilmu menyebarkan fitnah dan menyelewengkan kebenaran adalah satu tuduhan tidak berasas dan MENCETUSKAN FITNAH terhadap artikel Fakir Ilmu. Harus ingat bahawa kebenaran tidak selalu datang ikut kehendak kita.

Jesus Christ telah memberikan pesanan kepada kita:

“Jikalau kamu tetap dalam sabdaku,kamu benar-benar adalah muridku dan kamu akan mengetahui kebenaran dan kebenaran itu akan memerdekakan kamu.” [John 8:31-32]

Bahkan Muhammad SAW juga telah memberikan pesan kepada kita semua:

“Tidak ada kejujuran yang lebih utama daripada ucapan kebenaran.” [Hadith Sahih HR. Ahmad No.5:159]

“Terimalah kebenaran itu,sekalipun ianya pahit.” [Hadith Sahih Al-Baihaqi No.4737]

By