Tag: ALLH

  • Bolehkah Kristian menggunakan kalimah ALLAH dalam Bible dan ibadah gereja?

    Bolehkah Kristian menggunakan kalimah ALLAH dalam Bible dan ibadah gereja?

    Reading Time: 5 minutes

    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

    “Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa kemudian Dia bersemayam di atas Arasy mentadbirkan segala urusan. Tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi syafaat melainkan sesudah diizinkan-Nya. Itulah Allah Tuhan kamu,maka tunduklah dan taatlah kamu kepada perintah-Nya. Patutkah kamu setelah mengetahui kenyataan yang tersebut tidak mahu mengingati-Nya?”
    [Yunus 10:3]

    Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam kerana sentiasa memberikan petunjuk dan kekuatan kepada hamba-hambaNya untuk meneruskan tugas menyampaikan dakwah Islam. Di sini,ingin saya membuat satu artikel yang bertajuk “Bolehkah Kristian menggunakan kalimah ALLAH dalam Bible dan ibadah gereja?”. Semoga apa yang dijelaskan dalam artikel ini dapat memberi manfaat dan membuka minda kepada pembaca sekalian.

    Setelah lapan (08) tahun berlalu,isu kalimah Allah masih hangat diperkatakan dalam negara ini. Di Sabah-Sarawak,Mahkamah masih menangguhkan keputusan Kristian dalam kes penggunaan Kalimah Allah pada 05hb August 2019. Kedengaran sana-sini andaian dari pelbagai pihak mengenai kalimah Allah apakah boleh di guna oleh pihak Kristian atau tidak dan tidak kurang juga ada yang mewujudkan fitnah hujatan.

    Majoriti di kalangan pihak baik Non-Muslim dan segelintir Muslim sendiri menolak bahawa Kalimah Allah hanyalah untuk orang Islam (Muslim) sahaja. Mereka berhujah dengan tiga (03) point :
    * Bahawasanya Allah adalah Tuhan sekalian alam,maka pastinya Allah adalah tuhan seluruh makhluk termasuk non-muslim.

    * Kalimah Allah adalah kata ganti nama umum yang berasal dari “Al-Ilah” (Arabic).

    * Quran juga mengatakan bahawa orang kafir mengetahui bahawa Tuhan ialah Allah dan mereka menyebut “Allah” (Al-Ankabut 29:63 / Luqman 31:25 dan Az-Zhukruf 43:9).

    Dengan tiga (03) hujah ini,maka jelas bahawa kalimah Allah boleh di pakai oleh Kristian. Namun sejauh manakah kebenaran tersebut??

    Maka disini saya menjelaskan hakikat yang sebenar.

    Istilah “Allah adalah tuhan seluruh makhluk termasuk non-muslim” amat benar bahkan kalimah Allah sebenarnya adalah Omniversal yang mana boleh dipakai dan di akui oleh seluruh manusia sama ada muslim atau kafir. Seperti dalam Quran surah Al-Ankabut 29:63 / Luqman 31:25 dan Az-Zhukruf 43:9 yang menjelaskan bahawa jika ditanya kepada orang kafir siapakah yang memberi rezeki,menurunkan hujan dan menciptakan langit dan bumi,pastinya orang-orang kafir akan menjawab bahawa yang melakukan itu semua adalah Allah.

    Sebelum kedatangan Nubuwwah Muhammad SAW,kalimah Allah juga telah lama dipakai oleh orang Arab Pagan Jahilliyah dan Abu Jahal serta Abu Lahb sekalipun menyebut Allah adalah tuhan. Bahkan sememangnya kalimah Allah ada dalam Bible. Yahuwah @ YHWH (bukan sebutan Yahweh) adalah kata ganti nama khas tuhan Israel. Ianya synonym dgn ALLH dalam Samawiyyah Arabic (Quranic Al-Arab)….mengapa sama? Kerana huruf “Yodh” dalam YHWH synonym dengan “Ya” dalam Arabic. Tetapi dalam hukum Qhair Mustaq,huruf “Yodh” synonym dengan bacaan huruf “Alif (Arabic) @ Aleph (Hebrew)” dan “Alif Matsurah”.

    Semasa Rabbi Saadia Gaon menerjemah TNKH (dalam kitabnya Targum Aravit) dalam bahasa Arab pada 902 AD (beliau merupakan orang pertama yang menerjemahkan TNKH dalam bahasa Arab),beliau menerjemahkan kalimah YHWH kepada kalimah ALLAH. Sebagai contoh :

    Hebrew translation
    שְׁמַע יִשְׂרָאֵל יְהֹוָה אֱלֹהֵינוּ יְהֹוָה אֶחָד

    “Syema Israelu,Yahuwah eloheinu yahuwahu echad”
    [Deuteronomy 6:4]
    Notice :
    Disebabkan kalimah “YHWH” terlalu suci untuk orang Judah Israel,maka mereka menukarkan sebutan “YHWH” kepada “Adonay” atau “Hashem” seperti berikut :

    “Syema Israelu,Adonay eloheinu Adonay echad.”

    Rabbi Saadia Gaon menerjemahkan Devarim 6:4 (Deuteronomy 6:4) dari bahasa Hebrew kepada bahasa Arab seperti di bawah :

    Arabic translation :
    اسمع يا إسرائيل! الله إلهنا ، الله احد

    “Ishma ya Israel,Allah ilahunna Allahu ahad.”
    [Deuteronomy 6:4]

    Sumber :
    – https://www.academia.edu/3770935/_The_Torah_of_Israel_in_the_Tongue_of_Ishmael_Saadia_Gaon_and_his_Arabic_Translation_of_the_Pentateuch_
    – http://www.biblejew.com/

    Maka istilah “Allah adalah tuhan seluruh makhluk termasuk non-muslim” adalah benar dan tidak ada masalah jika Kristian menyebut (sebagai contoh),
    “..hari ini Allah turunkan hujan..”

    Tetapi………..sungguhpun demikian,tetap juga Kristian TIDAK BOLEH menggunakan Kalimah Allah dalam Bible serta iman mereka dalam ibadah kegerejaan dan saya berpihak kepada hujah yang melarang Kristian menggunakan Kalimah Allah dalam Bible dan ibadah gereja…..Mengapa??

    Kebiasaan muslim yang berpengetahuan lebih-lebih lagi yang ahli dalam Perbandingan Agama (Comparative Religion) akan menolak Kristian untuk menggunakan Kalimah Allah dalam Bible dan ibadah kegerejaan mereka. Disini saya berikan dua (02) point :

    POINT NO.1
    Okay baik,pertama sekali ingin saya jelaskan bahawa kalimah Allah adalah Ism’ul Wajd wa Azm yang mana kalimah “ALLAH” itu sendiri merujuk Maha Tunggal dan Maha Ketinggian Diri-Nya sebagai Tuhan. Maksudnya nama tuhan itu sendiri memberitahu bahawa Diri-Nya adalah Maha Tunggal dan Maha Tinggi. Maka sebab itu mengapa mana-mana Arab Kristian yang beraqeedah Trinity seperti Orthodox Coptic,mereka tidak menggunakan kalimah Allah dalam ibadah kegerejaan mereka tetapi sebaliknya menggunakan kalimah Al-Ilah (The God) kerana mereka mengetahui bahawa kalimah “Allah” itu sendiri tidak membawa doktrin “Kesatuan Tiga” (Trinity) walau sekalipun mereka mengetahui bahawa kalimah Allah adalah supreme name of God dan dalam kehidupan seharian,mereka hanya menggunakan kalimah Allah merujuk kepada Tuhan Bapa sahaja.

    Seperti contoh,perkataan kepujian kepada Tuhan dalam Hebrew iaitu “Haleluyah” (הללויה) apabila diterjemah kepada Arab menjadi perkataan “Alhamdullillah” (الحمد لله). Namun Christian Coptic yang beraqeedah Trinity tidak menggunakan “Alhamdullillah” (الحمد لله) tetapi menggunakan “Masykur Yurabbtina” (مشكور يراببتينا). Seperti juga Subhanallah (سبحان الله) yang selalu dipakai oleh Muslim Arab dan Muslim Ajam (Non-Arabic),namun Arab Kristian tidak menggunakan perkataan tersebut tetapi menggunakan perkataan “Al-Majhdul Billah” (المجدل بالله).

    POINT NO.2
    Kalimah Allah BUKAN berasal dari Al-Ilah tetapi merupakan kata ganti nama khas kepada Al-Ilah. Dalam hukum Nahwu Sorof Samawiyyah Arabic apabila ada “Ya” di awal sebutan perkataan seperti sebutan “Ya Allah”,suku kata “AL” pada kalimah Allah tidak dibuang. Ini disebabkan suku kata “AL” pada kalimah Allah BUKAN merujuk “The” tetapi kata yang dikhususkan dari kata “IL” (“EL” in Hebrew). Maka sebab itu mengapa sebutan tetap menjadi ‘Ya Allah”. Tetapi apabila ada “Ya” di awal sebutan mana-mana perkataan yang merujuk “The” seperti contoh “Al-Hakim”,suku kata “AL” pada “Al-Hakim” harus dibuang menjadi sebutan “Ya Hakim” apabila suku kata “Ya” ada disebut di awal kalimat. Ini kerana suku kata pada “AL” dalam perkataan “Al-Hakim” merujuk “Maha” atau “The” (“HA” in Hebrew).

    Jadi maksud yang ingin disampaikan disini ialah kalimah “Allah” itu adalah KATA GANTI NAMA KHAS. Apabila ianya menjadi kata ganti nama khas,maknanya perkataan tersebut TIDAK BOLEH DITERJEMAH. Seperti contoh perkataan “Aliff” yang bermaksud “Yang Jujur”. Apabila kita memberitahu seseorang dengan mengatakan,
    “Aliff pergi ke pasar”

    Apakah patut kita terjemah nama orang dengan mengatakan “yang jujur pergi ke pasar”…???

    Jadi dengan penjelasan ini,menjadi KESALAHAN Kristian menggunakan kalimah Allah dalam Bible apabila :
    * Menggunakan kalimah Allah di suatu tempat yang salah seperti sebutan “Allah Bapa” / “Allah Anak” dan “Allah Ruh Kudus”.

    *Menerjemahkan kalimah Allah kepada “The God” (English) atau “Tuhan” (Bahasa).

    Dalam Aramaic Syriac,kalimah Allah disebut sebagai “Allaha” dan bahasa asli dalam Perjanjian Baru adalah Aramaic Syriac. Jadi ini membuktikan bahawa kalimah Allah BUKAN berasal dari Al-Ilah tetapi merupakan kata ganti nama khas kepada Al-Ilah.

    Saya ingin bertanya dua (02) soalan kepada Kristian :
    01 – Kalimat YHWH dan Allaha merupakan dari bahasa asli Hebrew dan Aramaic. Dua bahasa ini merupakan bahasa asli Bible. Mengapa Kristian tidak menggunakan YHWH dan Allaha dalam Bible dan upacara ibadah dalam kegerejaan? Mengapa ingin menggunakan kalimah Allah yang bukan berasal dari bahasa asli kitab Bible?

    02 – Majoriti Anti-Islam dari kalangan Kristian menganggap Allah adalah Dewa Bulan dan menuduh muslim menyembah tuhan yang bukan dari tuhan Israel. Jika Kristian tetap ingin menggunakan kalimah Allah dalam Bible dan ibadah kegerejaan mereka,apakah Kristian menyembah Dewa Bulan dan tidak menyembah tuhan Israel?

    Jika YA,maka Kristian mengakui bahawa Kristian bertuhankan Dewa Bulan.

    Jika TIDAK,maka Kristian akui bahawa Allah BUKAN Dewa Bulan sekaligus bercanggah dengan tuduhan yang dipegang oleh Kristian sendiri.

    KESIMPULAN
    Sesungguhnya ALLAH Azza’Wa’Jalla adalah Tuhan Sekalian Alam dan kalimah Allah adalah Omniversal. Itu sememangnya tidak boleh dinafikan dan sesiapa pun boleh menyebut kalimah Allah secara umum dalam keadaan awam. Namun Kristian hanya layak menggunakan Kalimah Allah dalam Bible dan ibadah kegerejaan mereka SEKIRANYA :
    * Beraqeedah TAWHID (Absolute Monotheim) kerana kalimah Allah itu sendiri menunjukkan Maha Ketunggalan dan Maha Ketinggian Diri-Nya.

    * Tidak menerjemahkan kalimah Allah kepada “The God” atau “Tuhan” atau “Bhagvan” atau “Brahma” atau apa sahaja dari bahasa lain kerana kalimah Allah adalah KATA GANTI NAMA KHAS.

    * Tidak menyalahgunakan kalimah Allah secara umum di tempat-tempat ayat umum seperti “Allah Bapa” / “Allah Anak” dan “Allah Ruh Kudus” serta perkataan “keallahan”.

    Kalimah Allah dan kalimah YHWH merujuk Tuhan yang sama dan orang Judah Israel sendiri mengakui bahawa Allah adalah Nama Tuhan dan merupakan Tuhan Israel :
    – https://www.youtube.com/watch?v=65zyICBKBPI
    – https://www.youtube.com/watch?v=NJDAti_8ygI
    – https://www.youtube.com/watch?v=nm12SOsgGlU
    – https://www.youtube.com/watch?v=SaknxhVyEMY
    – https://www.youtube.com/watch?v=gk6i0awfukg
    – http://www.answering-christianity.com/allah1.htm
    – http://www.answering-christianity.com/allah2.htm

    Orang Judah Israel sendiri melarang Goyyim untuk menggunakan kalimah YHWH kerana kalimah itu terlalu suci dan tinggi sehinggakan mereka sendiri tidak menggunakannya tetapi menukarkannya dengan sebutan ‘Adonay’ atau “Hashem”. Bahkan orang Judah Israel melarang orang Kristian untuk tidak menggunakan kalimah YHWH dalam konsep Trinity mereka sebab kalimah YHWH itu sendiri merujuk ketunggalan Diri-Nya :
    – https://outreachjudaism.org/trinity-shema-prayer/

    Firman Allah Azza’Wa’Jalla :
    “Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap.Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.”
    [Al-Isra 17:81]

    related article :
    – https://muslim-apologetic-borneo.com/response-to-sabda-harian-adakah-muslim-dan-kristian-menyembah-tuhan-yang-sama/

  • Rebuttal to Sabda Harian – Adakah muslim dan kristian menyembah tuhan yang sama?

    Rebuttal to Sabda Harian – Adakah muslim dan kristian menyembah tuhan yang sama?

    Reading Time: 5 minutes

    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

    Pada 02hb May 2019,Pengarang SH membuat satu artikel bertajuk “Adakah muslim dan kristian menyembah tuhan yang sama?” disini :
    – http://sabdaharian.com/adakah-kristian-dan-muslim-menyembah-tuhan-yang-sama/

    Setelah dibaca teliti,saya mendapati ada beberapa point yang saya setuju namun ada juga beberapa point dari isi website sahabat Kristian kita (pengarang SH) yang saya harus jawab untuk meluruskan fahamannya tentang konsep ketuhanan.

    Disini saya akan berikan respon menjawab artikel dari pengarang SH tersebut. Namun sebelum saya response artikel beliau,pertama sekali saya ingin terangkan mengenai kaitan kalimah ALLAH dengan YHWH kerana ini membuktikan bahawa Tuhan orang Judah Israel dengan Tuhan orang muslim adalah Tuhan yang sama disembah.

    Sememangnya kalimah Allah ada dalam Bible. Yahuwah @ YHWH (bukan sebutan Yahweh) adalah kata ganti nama khas tuhan Israel. Ianya synonym dgn ALLH dalam Samawiyyah Arabic (Quranic Al-Arab). mengapa sama? Huruf “Yodh” dalam YHWH synonym dengan “Ya” dalam Arabic. Tetapi dalam hukum Qhair Mustaq,huruf “Yodh” synonym dengan bacaan huruf “Alif (Arabic) @ Aleph (Hebrew)” dan “Alif Matsurah”. Makanya,kalimah YHWH dalam Arabic merujuk ALLH. Rabbi Saadia Gaon menerjemah TNKH dalam bahasa Arab pada 902 AD dan beliau merupakan orang pertama yang menerjemahkan TNKH dalam bahasa Arab (Perjanjian Baru diterjemah dalam bahasa Arab pada tahun 1616 oleh Erpenius). Dalam terjemahan beliau,kalimah YHWH diterjemah menjadi kalimah ALLAH sebagai contoh :
    Hebrew translation
    “Syema Israelu,Yahuwah eloheinu yahuwahu echad”
    [Deuteronomy 6:4]

    beliau menerjemah dalam bahasa Arab seperti berikut :
    “Ishma ya Israel,Allah ilahunna Allahu ahad.”
    [Deuteronomy 6:4]

    untuk lebih lanjut,sila rujuk disini :
    – https://www.academia.edu/3770935/_The_Torah_of_Israel_in_the_Tongue_of_Ishmael_Saadia_Gaon_and_his_Arabic_Translation_of_the_Pentateuch_
    – https://www.youtube.com/watch?v=LFSM7nTPjfk
    – https://www.youtube.com/watch?v=qHNzSk_Buec

    Kalimah Allah BUKAN berasal dari Al-Ilah. Dalam hukum Nahwu Sorof Samawiyyah Arabic apabila ada “Ya” di awal sebutan perkataan seperti “Ya Allah”,suku kata “AL” pada kalimah Allah tidak dibuang. Ini disebabkan suku kata “AL” pada kalimah Allah BUKAN merujuk “The” tetapi kata yang dikhususkan dari kata “IL” (“EL” in Hebrew). Maka sebab itu mengapa sebutan tetap menjadi ‘Ya Allah”. Tetapi apabila ada “Ya” di awal sebutan mana-mana perkataan yang merujuk “The” seperti contoh “Al-Hakim”,suku kata “AL” pada “Al-Hakim” harus dibuang menjadi sebutan “Ya Hakim” apabila suku kata “Ya” ada disebut di awal kalimat. Ini kerana suku kata pada “AL” dalam perkataan “Al-Hakim” merujuk “Maha” atau “The” (“HA” in Hebrew).

    Jadi, dari nama tuhan sahaja pun telah menunjukkan bahawa kita menyembah tuhan yang sama. Namun apakah bukti perkaitan ini membolehkan Kristian Trinitrian memakai kalimah Allah dalam Bible? saya katakan TIDAK BOLEH!…mengapa?…saya akan terangkan dalam artikel lain kerana itu adalah isu lain yang tidak berkenaan dengan tajuk artikel ini.

    Okay baik….berkenaan dengan respon terhadap point dalam artikel dari pengarang SH,kita baca dahulu penjelasan dari pengarang SH seperti berikut :

    SH berkata,
    Pada masa yang sama, terdapat juga perbezaan penting antara pandangan orang Kristian dan orang Muslim mengenai Tuhan. Walaupun orang Muslim menganggap bahawa Allah mempunyai ciri-ciri belas kasihan, penuh rahmat dan penyayang; tetapi Allah tidak menunjukkan ciri-ciri lain yang sama dengan Allah orang Kristian. Perbezaan penting antara agama Kristian dan agama Muslim mengenai Tuhan ialah konsep “penjelmaan”. Orang Kristian percaya bahawa Tuhan menjadi manusia iaitu Yesus Kristus. Orang Muslim menganggap konsep ini satu pencacian kepada Tuhan yang suci. Orang Muslim tidak akan menerima pandangan bahawa Allah menjadi manusia dan mati untuk dosa dunia ini. Kepercayaan pada penjelmaan iaitu Tuhan wujud sebagai Yesus Kristus adalah muktamad dalam pemahaman konsep Tuhan bagi orang Kristian. Tuhan menjadi manusia supaya Dia dapat bersimpati dengan kita, dan lebih penting lagi, supaya Dia dapat memberi penyelamatan, iaitu pengampunan dosa.

    MAB response :
    Islam menolak konsep reincarnation kerana ianya menyalahi Sifadh Ilahiyyah Allah. Bukan soal Allah tidak mampu menjelma jadi apa sahaja. Sebenarnya Allah boleh buat apa sahaja,tidak ada yang mustahil bagi Allah (Al-Baqarah 2:20,Matthew 19:26,Mark 10:1427,Mark 10:14 dan Mark 10:36). Tetapi Tuhan TIDAK AKAN sesekali melakukan sesuatu yang melanggari Sifat Ketuhanan-Nya sendiri. sebagai contoh,Kristian beriman Tuhan menjadi manusia melalui Logos. Maknanya Kristian telah menjadi Tuhan itu mempunyai sifat awal,sifat dilahirkan dan sifat diciptakan dan sekaligus ini melanggar sifat Tuhan Yang Maha Pencipta (Al-Khaliq) dan Maha Sedia Ada (Al-Qidam). Bahkan Bible kamu sendiri menyokong argument Islam yang mana Tuhan tidak sesekali menjelma berubah menjadi apa sahaja (Malachi 3:1-6 dan James 1:7-17).

    Lima (05) soalan untuk pengarang SH :
    01 – Apakah gelas yang penuh dengan air boleh menjadi gelas kosong pada masa yang sama?
    02 – Apakah Tuhan Yang Maha Bijaksana boleh menjadi bodoh pada masa yang sama?
    03 – Apakah Tuhan Yang Maha Kekal Abadi boleh mati pada masa yang sama?
    04 – Apakah Tuhan Yang Maha Mengetahui boleh terbatas pengetahuan pada masa
    yang sama?
    05 – Jika anda katakan Jesus Christ pbuh yang kelaparan memakan ikan goreng (Luke 24:41-43) adalah bahagian manusiawinya,maka dimana bahagian ilahiyyahnya ketika itu dan apakah bahagian manusiawinya lebih dominan dari bahagian ilahiyyah walhal dia telah mengalahkan maut setelah penyaliban tersebut??

    Jika anda berhujah dengan mengatakan bahawa Jesus adalah 100% ketuhanan dan 100% manusia (Colossians 2:9),ini akan bercanggah dengan Number 23:19. Bahkan Paul sendiri mengatakan bahawa Christ dikepalai oleh Tuhan (1 Corinthian 11:3). Jadi tidak mungkin Jesus Christ pbuh memiliki 100% ilahiyyah yang sama seperti Bapa. Kristian tidak memahami perbezaan antara konsep Anti-God dengan konsep Vise-Versa. Jadi,kepercayaan Kristian dalam konsep tuhan menjelma menjadi manusia adalah muktamad SESAT.

    Untuk lebih terperinci mengenai kesalahan konsep Anthropomorphism :
    – https://www.islamreligion.com/ebooks/Did-God-Become-Man.pdf

    pengarang SH berkata,
    Oleh itu, adakah orang Kristian dan orang Muslim menyembah Tuhan yang sama? Ya atau Tidak? Mungkin satu soalan yang lebih baik ialah, “Adakah orang Kristian dan orang Muslim mempunyai kefahaman yang sama mengenai Tuhan?” Mengenai hal ini, jawapannya ialah tidak sama. Terdapat beberapa perbezaan yang kritikal antara orang Kristian dan orang Muslim mengenai Tuhan. Kedua-dua kepercayaan tidak mungkin sama-sama benar. Kami percaya bahawa agama Kristian mempunyai pandangan yang betul mengenai Tuhan kerana dosa mesti dibayar bagi mendapat penyelamatan. Hanya Tuhan dapat membayar harga itu iaitu apabila Tuhan menjadi manusia supaya Dia boleh mati untuk kita, membayar denda dosa kita dan mengampuni kita (Roma 5:8; 2 Korintus 5:21).

    MAB response :
    Ok baik…memandangkan kamu berkata “Hanya Tuhan dapat membayar harga itu iaitu apabila Tuhan menjadi manusia supaya Dia boleh mati untuk kita..”,maknanya secara tidak langsung kamu akui bahawa Tuhan boleh mati. Maknanya,pemahaman Kristian yang menyalahi konsep Sifadh Ilahiyyah yang sebenar.Berkenaan dengan rangkap ayat tersebut,ingin saya bertanya satu soalan sahaja :
    01 – Semasa Oknum Anak mati disalib,Oknum Bapa di syurga mati atau tidak?
    (A) MATI
    (B) TIDAK MATI

    Jika kamu jawab MATI,jadi siapakah yang meninggalkan tubuh Jesus semasa penyaliban (Matthew 27:46)???.

    Jika kamu jawab TIDAK MATI,maka kamu setuju bahawa penebusan dosa adalah dusta kerana tidak mungkin dosa warisan manusia akan terhapus hanya melalui tubuh manusiawi. Apa guna Tuhan menjelma jadi manusia (John 1:1) lalu memimjam rupa manusia (Phillipian 2:7) turun ke bumi jika akhirnya yang menebus dosa hanya tubuh manusiawi yang kosong tanpa peribadi ilahiyyah.

    Sememangnya Jesus BUKANLAH Bapa kerana ianya adalah satu Bida’ah (Modalisme) dalam kekristianian tetapi harus ingat,Tuhan sendiri berkata bahawa hanya Dia satu-satunya Tuhan,tidak ada sesiapa pun disisi-Nya dan Dialah Penyelamat (Ezekiel 18:1-9,Micah 7:18,Numbers 35:33,Isaiah 43:11,Isaiah 46:9,Deuteronomy 4:35,Deuteronomy 32:39,1 Kings 8:60,Isaiah 44:8,Isaiah 45:5,Isaiah 45:21 dan Isaiah 45:22).

    KESIMPULAN
    Sebenarnya kita semua menyembah TUHAN YANG SAMA TETAPI BERBEZA AQEEDAH. Pemahaman Kristian terlalu jauh menyimpang dari konsep Ketuhanan yang sebenar sehingga mewujudkan sangkaan sesat bahawa Tuhan Kristian dan Tuhan Islam adalah tidak sama. Maka sebab itu datang Muhammad SAW sebagai Penutup Segala Nabi wa Rasul untuk meluruskan kembali syariat para Nabi terdahulu yang telah dicampur adukkan,ditokok tambah dan telah disesatkan.

    pesan Eesa Al-Masih Alaihissalam @ Jesus Christ :
    “Jikalau kamu tetap dalam sabdaku,kamu benar-benar adalah muridku.dan kamu akan mengetahui kebenaran dan kebenaran itu akan memerdekakan kamu.”
    [John 8:31-32]
    – memerdekakan anda dari kekufuran…

    pesan Rasullullah Muhammad SAW,
    “Terimalah kenyataan itu walau ianya pahit…”

    Firman Allah Azza’Wa’Jalla – Tuhan Yang Maha Esa :
    “Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap.Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.”
    [Al-Isra 17:81]