بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Antara polemik Anti Islam yang menjadi salah satu senjata untuk serangan ke atas Islam ialah mengenai pertikaian Kalimah Syahadah. Mereka mengatakan bahawa,
“Muslim bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad adalah Utusan Allah. Bagaimana kalian bersaksi satu-satunya tuhan ialah Allah dan Muhammad SAW adalah Utusan-Nya sedangkan kalian tidak pernah lihat Allah dan Muhammad SAW? Dan dimanakah dalil kalimah Syahadah dalam Quran?”
Soalan sebegini sebenarnya amat mudah dijawab jika kita (muslim) mempelajari dengan mendalami kajian ilmu agama. Walau sebesar mana pun serangan fitnah mereka terhadap Islam dilontarkan,amat mudah di runtuhkan jika kita mengetahui jawapan serangan balas kepada setiap dakyah mereka.
Persoalan dan dakyah mereka ini telah pun lama dijawab oleh muslim apologetics yang lain. Berikut saya berikan jawapan mereka :
– https://www.youtube.com/watch?v=zb3zC4KR75g
– http://www.answering-christianity.com/sami_zaatri/rebuttal_to_sam_shamoun_43.htm
– http://www.answering-christianity.com/sami_zaatri/zawadi_shahadah_rebuttal.htm
– http://answering-christianity.com/bassam_zawadi/sunni_shahada_rebuttal.htm
– http://www.answering-christianity.com/bassam_zawadi/sunni_shahada_rebuttal_2.htm
– https://donotsaytrinity.wordpress.com/2011/08/07/islamic-shahada-the-invincible-shahada/
– https://donotsaytrinity.wordpress.com/2011/08/10/27/
– https://donotsaytrinity.wordpress.com/2011/08/10/30/
– https://donotsaytrinity.wordpress.com/2011/08/10/the-true-shahada-indeed-revisited-part-2/
– https://donotsaytrinity.wordpress.com/2011/08/10/the-true-shahada-indeed-revisited-part-3/
– https://donotsaytrinity.wordpress.com/category/rebuttals-to-answering-islam-org/rebuttals-to-anthony-rogers/
– https://www.call-to-monotheism.com/introduction
– https://callingchristians.com/2012/07/10/refutation-true-shahada-indeed/
– https://callingchristians.com/2012/07/10/refutation-the-true-shahada-indeed-revisited-part1/
– https://callingchristians.com/2012/07/10/refutation-the-true-shahada-indeed-revisited-part-2-2/
– https://callingchristians.com/2012/07/10/refutation-the-true-shahada-indeed-revisited-part-3/
Disini,kita akan jawab secara sederhana memandangkan saudara muslim apologetics kita yang lain telah menjawabnya secara lebih terperinci. Semoga bermanfaat ~
01 – Perkataan Syahadah dari asal kata “syahida” / “yasyhadu” yang bermaksud secara bahasa ialah :
– Kesaksian kebenaran yang pasti
– Penjelasan dalam akuan sumpah
– Ikrar dalam suatu pernyataan kepercayaan
Tiga (03) makna dalam bentuk iqtikad merujuk konsep Saksi,Ikrar,Sumpah dan Janji melalui kepercayaan yang dipegang dalam kebenaran. Istilah “saksi” dalam Kalimah Syahadah BUKAN terikat dengan mengikut prosedur Mahkamah buatan manusia yang mana memerlukan entiti yang disaksikan berada di hadapan mata,maka perlu di akui saksi yang sah.
Sama seperti istilah “kitab” dalam agama. Maksud kalimat “Kitab” dalam balaghah Semetic Arabic yang disebut dalam Quran bukanlah merujuk kitab seperti buku empat segi turun dari langit tetapi merujuk Wahy Mathlu Al-Majmu’adh’ul Kamil Al-Lafzh’ Munazzal yang mana lengkapnya wahyu firman tuhan berbentuk Lafzh diturunkan kepada Utusan-Nya sepanjang Nubuwwah. Seperti contoh Musa menerima dua Lauh Torah dan sepanjang Nubuwwah baginda (Musa),penurunan wahyu lengkap disampaikan kepadanya bermula dari dia dilantik menjadi Nabi sehingga akhir Nubuwwah baginda. Jadi sepanjang penerimaan Lafzh kalamullah yang Musa terima dari tuhan selama dia jadi Nabi itulah disebut sebagai “الكتاب” (Kitabh).
Jika Quran merujuk penurunan “buku empat segi” kepada Musa,Daud dan Jesus,Quran tidak akan pakai kalimat “الكتاب” (Kitabh) tetapi “مصحف” (Mushaf) tetapi malangnya Quran tidak sebut “Mushaf” kerana Quran BUKAN karangan Muhammad SAW. Jadi Quran tahu bagaimana Musa diberikan Torah,Daud diberikan Zabur dan Jesus diberikan Injeel seperti mana bentuknya. Istilah “kitab” dalam penggunaan bahasa Ajam (Non-Arab) merujuk buku empat segi tetapi dalam Samawiyyah Lisan Al-Arab,kalimat “Kitabh” BUKAN merujuk buku yang berbentuk empat segi turun dari langit ATAU Al-Maktb Bayn’ul Mashaif tetapi merujuk Majmu’adh’ul Kamil Al-Lafzh’ Munazzal.
Maka begitu juga maksud “saksi” dalam agama.Istilah “saksi” dalam Islam bukan perlu melihat sesuatu entiti di hadapan mata zahir,baru ingin percaya dan mengakui saksi tetapi istilah “saksi” yang dimaksudkan ialah penyaksian melalui pemahaman suatu kebenaran dalam ajaran agama setelah mengetahuinya. Sebagai contoh,seorang Atheist mengkaji Islam dengan menganalisa keseluruhan aspek sehinggalah dia mengetahui bahawa fakta segala kejadian alam ini selaras dengan apa yang telah termaktub di dalam Kitabullah Al-Quran’ul Kareem dan Sunnah Muhammad SAW (Hadith). Jadi setelah dia mengetahuinya lalu memahami sepenuhnya apa yang telah diketahuinya,maka kesaksian dia ialah kebenaran apa yang terkandung dalam penyampaian agama Islam itu.
02 – Ada lima puluh tujuh (57) ayat kalimah syahadah dalam Quran antara tiganya ialah :
* surah Al-Baqarah 2:131
* surah As-Shaafat 37:35
* surah Muhammad 47:19
Manakala hanya satu syahadah untuk Muhammad selaku Utusan Allah dalam Quran iaitu dalam bentuk sebutan “اللَّهُ محمد الرسل الله” di dalam surah Ali-Imran 3:144.
Dalam Hebrew,syahadah synonym dengan konsep “Syema” di dalam Deuteronomy 6:4 dan Mark 12:29 (dan Jesus Christ khususkan hal tersebut dalam Matthew 22:37-38).
Sumber :
– http://www.judaism-islam.com/similarities-between-judaism-and-islam/
– file:///C:/Users/PC%2003/Downloads/Documents/The-Real-and-the-Witness-the-Metaphysics-of-the-Shahada-by-Peter-Samsel-.pdf
03 – Jika anda pertikaikan syahadah tersebut perlu melihat entiti di depan mata baru layak bersaksi,apakah Musa pbuh dan pengikutnya serta Jesus pbuh dan pengikutnya yang mentauhidkan Tuhan di era nubuwwah mereka bersaksi palsu disebabkan mereka tidak pernah melihat Tuhan?.
Jika anda pertikaikan syahadah tersebut perlu melihat entiti di depan mata baru layak bersaksi,maka para Malaikat juga bukan muslim sebab mereka juga belum pernah melihat tuhan…setuju?
Saya bersaksi bahawa sakit,oksigen dan angin itu wujud walhal saya tidak pernah melihat sakit dan angin,apakah maksudnya saya bersaksi palsu??. Jika anda kata sakit,oksigen dan angin itu wujud disebabkan boleh dirasai,maka sama halnya juga Allah terangkan dalam Quran dalam surah An-Nahl 16:12 bahawa orang yang melihat dan merasai tanda-tanda penciptaan mengakui kewujudan Tuhan yang menciptakan.
dan dalam Hadith Muhammad SAW,baginda menyatakan secara lebih detail mengenai syahadah :
“lslam itu terbina atas lima perkara : mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah,mendirikan sembahyang,mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke baitullah dan menunaikan puasa pada bulan Ramadhan.”
[Hadith Sahih Al-Bukhari dan Muslim]
namun saya faham,ada sebahagian Anti-Islam yang menjadi “musuh dalam selimut” seperti Quranist tidak mempercayai Hadith. Ini kerana Quranist berhujah bahawa Quran telah lengkap dan tidak perlu lagi Hadith sebagai rujukan kedua (ke2).
Response :
Kitabullah sebelum Quran pun memerlukan rujukan sumber ke2 sebagai huraian kepada kitabullah. Seperti contoh kitab Torah yang diturunkan kepada Musa pbuh,kitab-kitab Nevim dan Ketuvim dari para Nabi Israel diperlukan untuk menghurai kitabullah Torah bahkan kitab-kitab Rabbinic dari para Rabbi juga dijadikan sumber ketiga (ke3) untuk membantu menghuraikan Torah agar bani Israel memahami ayat-ayat kalamullah dalam Torah. Tidak ada dikalangan mereka jadi Tawraniyyun dan mana-mana kitab yang diturunkan oleh Tuhan,pasti akan ada rujukan lain sebagai sumber kedua (ke2) untuk bantu manusia memahami ayat-ayat Tuhan. Inilah Sunnatullah dalam penurunan Kalamullah untuk seiringkan dalam stabiliti pemahaman agar tidak ada kesesatan.
Tidak ada seorang muslim pun kata bahawa Quran tidak lengkap. Sememangnya Quran itu lengkap sempurna namun kita perlu tahu bahawa Quran datang sebagai SIGNS BUKAN SCIENCE. Jika Quran datang sebagai SCIENCE,maka yang akan terjadi ialah :
* tebal Quran setinggi menara atau gunung.
* Quran patut datang pada zaman Adam pbuh lagi
(tidak perlu kitabullah2 yang lain,tidak perlu ilmuwan2 mufassirin dan tidak akan ada perkhidmatan Google)
* Kitab-kitab Nabi seperti Nevim dan Prophetic Tradition (Hadith) yang menjadi sumber kedua tidak diperlukan lagi.
* Manusia menjadi semakin malas yang mana hanya akan mengharapkan kitabullah sahaja untuk mencari segala jawapan yang telah sedia ada segalanya dalam kitabullah.
Tetapi Quran datang sebagai SIGNS sesuai dengan halatuju dunia ini diptakan sebagai pentas Ujian. Maka sebab itu ada kaedah 21 Ilm’ul-furqan dan rujukan Hadith untuk menghurai Kitabullah Al-Quran’ul Kareem agar manusia dapat memahami dan mencari.
RUMUSAN
– Kalimah Syahadah adalah merujuk penyaksian melalui pemahaman suatu kebenaran dalam ajaran agama setelah mengetahuinya dengan konsep saksi,ikrar,sumpah dan janji.
– Kesempurnaan dan kesahihan Kalimah Syahadah tidak memerlukan penyaksian melalui penglihatan zahir melihat kewujudan suatu entiti dalam bentuk fizikal realiti di hadapan mata kasar.
– Kalimah Syahadah bukan sahaja ada dalam Hadith tetapi terdapat juga dalam Quran dengan dalil sebanyak lima puluh tujuh (57) ayat.
– Kitabullah telah sedia lengkap sempurna tetapi untuk memahami segala penyampaian Kalamullah yang terdapat dalam Kitabullah perlu menggunakan Sunnah Nubuwwah atau Prophetic Tradition (Hadith).
KESIMPULAN
Jelas bahawa Rukun Pertama Islam iaitu mengucapkan Kalimah Syahadah adalah sah sempurna walau TANPA melihat Dzat Tuhan (Allah Azza’Wa’Jalla) dan Nabi wa Rasul (Muhammad SAW).
Firman Allah Azza’Wa’Jalla :
“Dan segala yang mereka sembah yang selain dari Allah, tidak mempunyai sebarang kuasa untuk memberikan syafaat pertolongan melainkan sesiapa yang mengakui kebenaran mentauhidkan Allah, Tuhan Yang Sebenar secara mereka mengetahui-Nya dengan yakin.”
[Az-Zukhruf 43:86]
“Dan ingatlah ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari Sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka seraya berfirman : “Bukankah Aku ini Tuhanmu?”. Mereka menjawab, “Benar!,bahkan kami menjadi saksi”. Kami lakukan yang demikian itu agar pada hari kiamat kamu tidak mengatakan : “Sesungguhnya kami (Bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini”.”
[Al-Araaf 7:172]
Related post :
– http://leveltruth.com/?cat=9