Reading Time: 26 minutes

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Segala puji bagi Tuhan seluruh makhluk – Allah Azza Wa Jalla kerana telah mengizinkan saya untuk membuat artikel atas tujuan untuk menyampaikan risalah kebenaran. Setelah sekian lama saya berhenti menulis untuk sementara waktu disebabkan beberapa faktor yang tidak dapat di elakkan dan harus diselesaikan,kali ini saya kembali untuk memperjuangkan dakwah Islam.

Pada 26hb Ogos 2020,kita dihangatkan dengan isu panas di Parlimen apabila MP Pasir Putih iaitu Nik Muhammad Zawawi membuat kenyataan “Injeel telah dipesong”. Kenyataan beliau itu telah membuatkan warga Kristian di Malaysia tersinggung. Apabila saya melihat video perbahasan di antara mereka di Parlimen,saya mendapati kedua-dua pihak (MP Pasir Putih – Nik Muhammad Zawawi dan MP Beruas – Ngeh Khoo Ham) memiliki kontra atau kesilapan masing-masing. Namun itu isu lain yang akan kita perbahaskan kemudian.

Saya berasa tertarik apabila ada pihak telah mengeluarkan kenyataan secara panjang lebar untuk menjawab kenyataan Nik Muhammad Zawawi (MP Pasir Putih) iaitu Dr.Sherman Kuek Ofs. Beliau telah membuat kenyataan tersebut di dalam website beliau sendiri atas tujuan untuk memberikan hujah bahawa kitab suci orang Kristian (Bible) sebenarnya tidak dipesongkan dan tidak mengalami perubahan. Kenyataan beliau tersebut boleh dibaca disini :
– https://www.shermankuek.com/blog/kitab-suci-orang-kristian-terpesong?fbclid=IwAR3tulFOqtktNO4ECaz_dgRrI76Et2Gr1hDvN-5Prn-ctf1hIQ8XDeWaNRM

Namun memandangkan Dr.Sherman Kuek Ofs memberikan hujah dengan bersandarkan kepada sumber Islam sebagai sokongan pendukung bahawa Bible tidak dipesong dan tidak mengalami perubahan,maka disini saya ingin memberikan maklumbalas secara akademik terhadap argumen dari beliau. Dalam artikel ini,kita akan menjawab kenyataan Dr.Sherman Kuek Ofs secara berilmiah. Apa yang saya lakukan ini bukanlah memihak kepada MP Pasir Putih (Nik Muhammad Zawawi) tetapi adalah atas tujuan dakwah Islam.

Semoga bermanfaat~

Dr.Sherman menulis,
Sebelum itu,saya minta maaf dulu kepada umat Islam atas post ini. Di sini saya cuma mahu perlihatkan bahawa DDJK tidak patut dikaitkn dengan soal agama lebih² lagi dengan serangan atas 1 agama dari 1 agama seperti yang suda PAS buat ke atas umat kristian. DDJK bukan paderi dan kita sokong dia bukan sebab dia tu paderi tetapi kita sokong DDJK sebab dia pejuang MA63 P20. Yang pnting,isu ini sudah selesai.

ADAKAH KITAB SUCI ORANG KRISTIAN TELAH DIPESONGKAN ATAU DIUBAH?

MAB Response :
Kami memahami bahawa niat tuan adalah baik iaitu atas tujuan mempertahankan hujah bahawa Bible tidak dipesong dan tidak mengalami perubahan. Dan saya juga ingin memohon maaf sekiranya maklumbalas saya dalam artikel ini akan menyinggung pihak Kristian. Tujuan saya adalah untuk menjawab argumen tuan secara akademik dan semoga perbahasan ilmiah ini akan dinilai dengan positif dan harmoni. Berkenaan isu DDJK,PAS dan hal politik,izinkan saya untuk tolak tepi dahulu. Anda ingin menyokong DDJK,teruskan. Saya tidak bermasalah untuk itu.

Apa yang dinyatakan oleh MP Pasir Putih – Nik Muhammad Zawawi nyatakan bahawa “Injeel telah dipesong dan di ubah” BUKANLAH atas dasar parti PAS dan BUKAN juga atas dasar kehendak nafsunya sendiri tetapi beliau membuat kenyataan tersebut adalah atas dalil Quran (Al-Baqarah 2:75-79 / An-Nisa 4:46 / Al-Maidah 5:13 / Al-Maidah 5:41 dan Ali-Imran 3:78). Sebenarnya saya juga tidak setuju dengan kenyataan Nik Muhammad Zawawi mengenai hal itu kerana isu yang mereka bicarakan tentang arak tersebut ada jawapannya tanpa mengatakan “Injeel telah terpesong dan mengalami perubahan” namun itu isu lain. Jadi harapan saya janganlah tuan membuat sangkaan bahawa parti PAS menyerang Kristian walhal MP Pasir Putih membuat kenyataan tersebut adalah atas dalil Quran BUKAN atas nama parti untuk membuat serangan ke atas agama Kristian.

Dr.Sherman menulis :
​Surat terbuka ini ditujukan dengan penuh hormat kepada:

YB Dr Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh
Ahli Parlimen Pasir Puteh

Yang Berhormat,

Saya merujuk kepada kenyataan Yang Berhormat dalam Dewan Rakyat pada tanggal 26 Ogos 2020 bahawa Kitab Injil, iaitu Kitab Suci Umat Kristian, telah dipesongkan atau diubah. Kenyataan yang telah diucapkan oleh Yang Berhormat telah melukakan perasaan orang-orang Kristian di negara kita. Tetapi apa yang lebih penting lagi adalah hakikat bahawa kenyataan Yang Berhormat itu sebenarnya salah dan tidak sesuai dengan fakta sejarah.
1) Seperti Yang Berhormat, saya juga menceburi bidang pengajian dialog antara agama. Setahu saya, Al-Quran memperakui kesahihan semua Kitab Suci yang telah disampaikan kepada para nabi dan Yesus sebagaimana yang diwahyukan oleh Allah SWT untuk mengesahkan kesemua Kitab Suci itu (Al-‘Imran ayat 3, Fatir ayat 31, Yunus ayat 37, Al-Baqarah ayat 97 dan 285, Al-Nisa ayat 47). Sangat logik untuk difikirkan jika terdapat sebarang korupsi di dalam Injil Kristian sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW, Allah SWT sudah tentunya memberi amaran kepada Rasulullah SAW tentang kepalsuan yang akan berlaku. Namun demikian, apa yang kita lihat daripada Al-Quran adalah pengiktirafan kepada kebenaran Kitab Suci orang Kristian

MAB Response :
01 – Saya sebagai wakil muslim di Malaysia ingin memohon maaf di atas kenyataan MP Pasir Putih – Nik Muhammad Zawawi yang telah melukakan hati warga Kristian di negara ini. Seperti yang saya katakan sebelum ini bahawa saya juga tidak setuju dengan kenyataan Nik Muhammad Zawawi mengenai hal itu kerana isu yang mereka bicarakan tentang arak tersebut ada jawapannya tanpa mengatakan “Injeel telah terpesong dan mengalami perubahan”.

Sungguhpun demikian,saya di antara salah seorang Muslim Apologist Malaysia dalam bidang Comparative Religion. Oleh yang demikian,saya juga harus menjawab kenyataan tuan memandangkan tuan berhujah menggunakan sumber Islam sebagai pendukung dan apa yang saya hujahkan disini bukanlah untuk menghina agama Kristian tetapi adalah atas tujuan akademik selaras dakwah Islam.

02 – Tuan memetik ayat surah Ali-Imran 3:3 dan Yunus 10:37 untuk mendukung khabarnya ayat Quran tersebut telah membuktikan bahawa Bible tidak mengalami sebarang perubahan dan tidak dipesong. Okay baik….untuk pengetahuan tuan,ayat tersebut menjelaskan bahawa Quran sebagai “Muhaimin” yang mana menjadi batu ukur kepada kitab-kitab sebelumnya. Apa yang ada dinyatakan dalam kitab sebelumnya dan kenyataan tersebut juga terdapat dalam Quran,maka kenyataan itu merupakan satu kebenaran. Sebagai contoh Moses pbuh telah menyampaikan ajaran mentauhidkan tuhan dalam Perjanjian Lama – Torah Deuteronomy 6:4,kemudian Jesus Christ pbuh ulangi ajaran Tauhid tersebut dalam Mark 12:29 dan seterusnya ajaran Tauhid yang disampaikan tersebut disahihkan oleh Muhammad SAW dalam Quran surah Al-Ikhlas 112:1. Maka ajaran Tauhid yang terdapat dalam kitab-kitab sebelum Quran itu telah dibenarkan oleh Quran itu sendiri. Ini maksud sebenar yang dinyatakan oleh Quran surah Ali-Imran 3:3 / Yunus 10:37 / Al-Baqarah 2:41 dan Al-Maidah 5:47-48. Sifat “Muhaimin” kitabullah Quran adalah untuk menjaga keaslian cerita dalam kitab-kitab sebelumnya. Jika cerita atau kenyataan dalam Bible tidak terdapat dalam Quran,maka cerita atau kenyataan tersebut diragui keasliannya. Sebagai contoh kisah Nabi Luth berzina dengan dua orang anak perempuannya dalam Genesis 19:30-38 dan cerita ini tidak disahihkan dalam Quran,maka ayat tersebut diragui keasliannya.

03 – Pesanan yang dinyatakan dalam surah An-Nisa 4:47 juga memberitahu tujuan yang sama seperti yang dijelaskan dalam surah Ali-Imran 3:3 / Al-Baqarah 2:41 dan Yunus 10:37 serta Al-Maidah 5:47-48. Cuma apabila kita bacakan konteks dari ayat An-Nisa 4:46,maka disitu Quran telah memberitahu terlebih dahulu bahawa kitab-kitab terdahulu telah di ubah dan didustakan oleh tangan-tangan jahat dari kalangan ahluk kitab itu sendiri.

04 – Berkenaan ayat surah Al-Fatr 35:26-31 dan Al-Baqarah 2:97,disini saya akan jelaskan secara ringkas. Untuk pengetahuan tuan,kalamullah Ilahiyyah diturunkan dalam 04 peringkat iaitu
– Al-Lafzh’ul Munazzal
– Al-Maktb Bayn’ul Mashaif
– Al-Maqr Bi’ul Lisan
– Al-Mafzh Fi Ash-Shudr

Kalamullah yang kekal abadi tidak sesekali akan di ubah adalah Al-Lafzh’ul Munazzal yang mana ada dinyatakan dalam Context Isaiah 40:2-8 / Matthew 24:24-35 / Al-Fatr 35:26-31 / Al-Baqarah 2:97 dan Al-An’am 6:92-115. Dan Allah menjamin Kalam-Nya terus kekal dalam peringkat Al-Maktb Bayn’ul Mashaif / Al-Maqr Bi’ul Lisan dan Al-Mafzh Fi Ash-Shudr HANYA UNTUK KITABULLAH QURAN sahaja seperti dinyatakan dalam Al-Hijr 15:9 dan Al-Kahfi 18:27. Jadi kitab-kitab terdahulu sebelum Quran tidak dijamin oleh Allah terus kekal tanpa perubahan kerana Allah menurunkan Wahyu-Nya mengikut Nubuwwah setiap garis masa zaman para Utusan-Nya. Maka yang demikian itu kita harus tahu apa itu konsep “Genea Apocalyptyc” dalam setiap syariat para Utusan Tuhan sebelum tuan mengatakan kitab-kitab sebelum Quran tidak mengalami perubahan.

05 – Untuk ayat surah Al-Baqarah 2:285,ayat tersebut mengajar tentang keimanan terhadap apa yang diturunkan oleh Allah dan para Utusan-Nya. Sebagai seorang yang berserah diri kepada Allah (muslim),maka kewajipan bagi muslim itu untuk beriman kepada kitab-kitab yang diturunkan kepada para Utusan Allah antaranya ialah :
– Beriman kepada Nabi Musa @ Moses pbuh yang membawa syariat kitab Torah @ Taurat
– Beriman kepada Nabi Daud @ David pbuh yang membawa syariat kitab Psalm @ Zabur
– Beriman kepada Nabi Eesa Al-Masih @ Jesus Christ pbuh yang membawa syariat kitab Gospel @ Injeel
– Beriman kepada Nabi Muhammad pbuh yang membawa syariat kitab Quran’ul-Kareem

Namun berbeza dengan Bible kini yang dipegang oleh Kristian. Ianya tidak termasuk apa yang dinyatakan dalam surah Al-Baqarah 2:285. Bible adalah dari asal kata “Biblos” yang mana ianya merupakan kitab yang mengumpulkan semua kitab para Nabi dalam satu kitab. Namun apakah benar Bible moden ini telah menyimpan keaslian kitab Torah,Injeel dan kitab para Nabi sebelumnya? Nanti akan dibahaskan kemudian.

06 – Telah jelas Allah Azza Wa Jalla telah memberikan maklumat kepada Rasullullah Muhammad SAW bahawa kitab-kitab dahulu telah dipesongkan dalam Al-Baqarah 2:75-79 / An-Nisa 4:46 / Al-Maidah 5:13 / Al-Maidah 5:41 dan Ali-Imran 3:78 dan ini dikuatkan lagi dalam Bible PL – Deuteronomy 31:25-29 / Deuteronomy 4:2 / Psalm 119:120-126 dan Jeremiah 8:8. Jadi kami (muslim) mempertikai keaslian Al-Kitab BUKAN secara suka-suka dan buta tanpa ilmu. Jika tidak,mustahil Exegess pihak anda seperti seperti Dr.John Mills / F.F Bruce / Dr.William Lawrence Peterson dan Richard Baukham serta Ex-Christian Scholars – Prof.Bart Ehrmann sendiri akui hal ini.

Dr.Sherman menulis,
2) Nabi Muhammad SAW sendiri, ketika masa hidupnya sebagai nabi kepada umat Islam, tidak pernah meragui kebenaran Kitab Injil. Beliau menegaskan bahwa Kitab Taurat (yang menjadi Kitab bagi orang Yahudi) dan Injil (Kitab bagi orang Kristian) adalah alat yang boleh dipercayai untuk membuktikan kebenaran ajaran-ajaran beliau. Beberapa petikan daripada Quran secara tersirat dan dengan jelas mengesahkan bahawa umat Kristian dan Yahudi, juga dikenali oleh umat Islam pada zaman itu sebagai “Ahli Kitab”, supaya mengkaji dan mengamalkan kandungan daripada setiap kitab-kitab suci (Al-Baqarah ayat 41 dan 79, Al-‘Imran ayat 71, Al-Maidah ayat 47, Al-Nisa ayat 47).

MAB response :
01 – Pembetulan untuk anda,Nabi Muhammad SAW di utuskan BUKAN sahaja untuk umat Islam tetapi untuk seluruh alam (Al-Anbiya 21:107).

02 – Seperti yang saya telah jelaskan sebelum ini,ayat dalam surah Al-Baqarah 2:41,Al-Maidah 5:47-48 dan An-Nisa 4:47 merupakan penegasan bahawa Quran menjadi “batu ukur” kepada kebenaran kitab-kitab terdahulu sebelum Quran. Apa yang ada dinyatakan dalam kitab sebelumnya dan kenyataan tersebut juga terdapat dalam Quran,maka kenyataan itu merupakan satu kebenaran. Sifat “Muhaimin” kitabullah Quran adalah untuk menjaga keaslian cerita dalam kitab-kitab sebelumnya. Jika cerita atau kenyataan dalam Bible tidak terdapat dalam Quran,maka cerita atau kenyataan tersebut diragui keasliannya. Dan ini juga telah dijelaskan dalam Ali-Imran 3:3 dan Yunus 10:37. Ini yang Nabi Muhammad SAW sampaikan kepada muslim bahawa Quran menjadi hakim kepada kitab-kitab dahulu yang mana apa saja kenyataan dalam kitab-kitab dahulu jika selari dengan kenyataan dalam Quran,maka kenyataan dalam kitab-kitab sebelum Quran merupakan satu kebenaran. Jika ada kenyataan dalam kitab-kitab sebelum Quran tidak selari dengan isi kandungan Quran,maka kenyataan dalam kitab-kitab sebelum Quran diragui keaslian dan kebenarannya.

03 – Tuan telah memetik ayat surah Al-Baqarah 2:79 dan Ali-Imran 3:71 yang mana dua ayat tersebut menjelaskan bahawa kitab-kitab dahulu telah mengalami penyelewengan dan perubahan oleh tangan-tangan jahat dari kalangan ahlul kitab. Apakah tuan bersetuju mengenai hal tersebut?

Dr.Sherman menulis,
Sebenarnya, terdapat tuduhan di dalam Al-Quran bahawa orang Yahudi telah mengubah ayat-ayat Kitab Suci mereka (Al-Baqarah ayat 59, Al-‘Araf ayat 162).

MAB Response :
01 – Mari kita baca dua ayat Quran tersebut,

“Kemudian orang-orang yang zalim itu mengubah perkataan perintah kami yang dikatakan kepada mereka dengan melakukan sebaliknya,maka Kami turunkan ke atas orang-orang yang zalim itu bala bencana dari langit dengan sebab mereka sentiasa berlaku fasik.”
[Al-Baqarah 2:59]
– Konteks dari ayat

“Maka orang-orang yang zalim di antara mereka menukarkan perintah itu dengan perkataan yang tidak dikatakan kepada mereka. Oleh itu,Kami turunkan azab dari langit menimpa mereka dengan sebab kezaliman yang mereka lakukan.”
[Al-A’raaf 7:162]

maaf tuan,dua ayat ini ditujukan untuk mencela bani Israel yang mengikuti Nabi Musa pbuh disebabkan mereka menolak untuk berjihad dan memasuki Tanah Suci (Baitul Maqdis) ketika tiba dari Mesir bersama Musa pbuh. Allah memerintahkan mereka untuk memasuki Tanah Suci yang merupakan warisan dari nenek moyang mereka iaitu Israil (Ya’qub pbuh). Dan ayat ini juga adalah untuk memerangi kaum Amalik yang kafir namun mereka menolak berperang dan bersikap lemah dan lesu. Maka Allah mencampakkan mereka ke tengah padang sahara yang menyesatkan sebagai hukuman bagi mereka sebagaimana juga disebutkan Allah dalam ayat surah Al-Maidah 5:21.

Apa yang mereka ubah perkataan??..jawapannya telah diberitahu dalam Hadith Muhammad SAW yang dinukilkan oleh Abu Hurairah R.A :
“Rasulullah SAW bersabda: “Dikatakan kepada Bani Israil,”Masuklah pintu gerbang sembari bersujud dan katakanlah : “hiththah” (bebaskanlah kami dari dosa)”,maka mereka pun memasuki pintu dengan berjalan merangkak di atas punggung mereka. Lalu mereka menggantikan perkataan dengan mengatakan “Habbatun fii sya’ratin” (biji-bijian di dalam gandum).”
[Hadith sahih Al-Bukhari,Muslim dan At-Tirmidzi]

Jadi dua ayat yang tuan petik tersebut tidak ada kaitan dengan pemalsuan Alkitab.

Dr.Sherman menulis,
Akan tetapi, tuduhan sebegitu terhadap penganut Kristian tidak wujud sama sekali. Malah, kesahihan terjemahan Alkitab kita tidak pernah dipersoalkan sehinggalah tahun 1046 Masihi, iaitu lebih 400 tahun selepas kewafatan Rasulullah SAW.

MAB Response :
Maafkan saya tuan,nampaknya tuan perlu belajar dengan lebih terperinci mengenai Bible tuan. Disini saya berikan bukti bahawa Alkitab suci Kristian telah lama dipertikaikan bermula pada era Nubuwwah Muhammad SAW sehingga tempoh 300 tahun selepas kewafatan Muhammad SAW (zaman Tabi’Tabiin) :
– https://www.call-to-monotheism.com/evidence_that_islam_teaches_that_there_was_textual_corruption_of_the_christian_and_jewish_scriptures

Disi saya hanya berikan dua (02) bukti :

01 – Kenyataan dari Ibn Abbas R.A :

NO.1
Narrated ‘Ikrima:
Ibn ‘Abbaas said, “How can you ask the people of the Scriptures about their Books while you have Allah’s Book (the Qur’an) which is the most recent of the Books revealed by Allah and you read it in its pure undistorted form?”
[Sahih Bukhari Volume 9 Book 93 Number 613]

NO.2
Narrated ‘Ubaidullah bin ‘Abdullah:
‘Abdullah bin ‘Abbaas said, “O the group of Muslims! How can you ask the people of the Scriptures about anything while your Book which Allah has revealed to your Prophet contains the most recent news from Allah and is pure and not distorted? Allah has told you that the people of the Scriptures have changed some of Allah’s Books and distorted it and wrote something with their own hands and said, ‘This is from Allah, so as to have a minor gain for it. Won’t the knowledge that has come to you stop you from asking them? No, by Allah, we have never seen a man from them asking you about that (the Book Al-Qur’an ) which has been revealed to you.
[Sahih Bukhari Volume 9 Book 93 Number 614]

02 – Kenyataan dari Uthman Ibn Affan R.A :

NO.1
“Because the Jews distorted the Torah. They added to it what they liked and erased from it what they hated and they erased the name of Muhammad peace be upon him from the Torah and for that Allah became angry.”
[Kitb Tafsir Ibn Kathir – Commentary on Surah 2:79]

Dr.Sherman menulis,
3. Pada tahun 1046 Masihi, setelah menjumpai percanggahan antara kandungan Alkitab dan Al-Quran, Ibn-Hazm menuduh bahawa Alkitab telah diubah dan dipesongkan: “Memandangkan Quran adalah semestinya benar, tulisan Injil yang bercanggah itu adalah palsu. Namun Muhammad memberitahu kita untuk menghormati Injil. Oleh itu, teks yang ada pada masa sekarang tentulah telah dipalsukan oleh orang Kristian selepas zaman Muhammad.”[1]

Ibn-Hazm berpendapat sedemikian: “Jika kita membuktikan kepalsuan dalam buku-buku mereka, mereka akan kalah dalam hujah-hujah yang diambil daripada mereka.”[2] Malahan, beliau mempropagandakan bahwa “orang-orang Kristian telah kehilangan Injil yang diturunkan kecuali sedikit jejak-jejak yang ditinggalkan oleh Allah sebagai bantahan terhadap mereka.”[3]

​Akan tetapi, pandangan Ibn-Hazm tidak mendapat sokongan sebulat suara di kalangan para sarjana Islam. Ramai sarjana Islam lain yang tidak berpegang kepada pendapat beliau. Sarjana-sarjana Islam berikut adalah mereka yang menerima ketulenan teks Injil: Ali al-Tabari (meninggal pada 855 Masihi), Amr al-Ghakhiz (869 Masihi), Bukhari (810-870 Masihi), Al-Mas’udi (956 Masihi), Abu Ali Husain Bin Sina (1037 Masihi), Al-Ghazzali (1111 Masihi), Ibn-Khaldun (1406 Masihi), Tuan Sayyid Ahmad Khan (Pengasas Kolej Aligarh), dan Fakhruddin Razi.

MAB Response :
Saya tahu bahawa hujah yang tuan berikan di atas adalah merupakan kutipan dari sumber Christian Apologists disini :
– https://www.answering-islam.org/Bible/jrwhy.html
– https://www.answeringislam.info/Shamoun/tahrif.htm
– https://www.bible.ca/islam/islam-bible-not-corrupted-early-muslims.htm

Namun apabila saya membaca artikel dari Christian Apologist tersebut,saya tidak menemui “direct statement” dari para ulama Islam yang mengatakan bahawa Injeel masih asli dan tidak mengalami perubahan. Yang saya temui hanyalah khilaf dari para ulama mengenai jenis tahrif apakah kitab-kitab sebelum Quran (Torah,Zabur dan Injeel) hanya diseleweng dari segi tafsir sahaja ATAU diseleweng dari segi lisan bacaan sahaja ATAU diseleweng dari segi penulisan sahaja ATAU penyelewengan dalam semua jenis (tafsir,bacaan dan penulisan). Namun TIDAK ADA satu pun kenyataan dari para ulama yang menyatakan bahawa kitab Torah,Zabur dan Injeel masih asli dan tidak ada sebarang penyelewengan.

Mungkin tuan boleh bantu saya. Saya ingin meminta kenyataan dari ulama-ulama Islam yang tuan sebutkan di atas yang mana mereka ada menyatakan bahawa Injeel masih asli :
– Ibn Jarir At Tabari
– Amr al-Ghakhiz
– Al Bukhari
– Al-Masudi
– Abu Husain Bin Sina
– Al-Ghazali
– Ibn Khaldun
– Sayyid Ahmad Khan
– Fakhrudin Razi

Ijma Ulama telah sepakat bahawa kitab-kitab sebelum Quran telah mengalami penyelewengan,pemalsuan,penambahan sisipan ayat dan perubahan. Ulama-ulama yang tuan sebutkan di atas tidak ada yang mendukung hujah bahawa Alkitab suci Kristian masih tulen asli dan tidak berubah. Bahkan semua ulama muktabar telah menyatakan bahawa kitab-kitab terdahulu sebelum Quran telah mengalami penyelewengan. Berikut saya berikan sumber disini yang menyenaraikan kenyataan cendikiawan Islam bermula dari era Nubuwwah Muhammad SAW hingga zaman Tabi’tabiin :
– https://www.call-to-monotheism.com/evidence_that_islam_teaches_that_there_was_textual_corruption_of_the_christian_and_jewish_scriptures

dan disini saya kutipkan sedikit kenyataan dari Ijma Ulama. Tiga (03) kenyataan dari ulama Islam mengenai penyelewengan kitab-kitab sebelum Quran :

01 – Ibn Jarir At-Tabari (855 Masihi / 310 Hijrah)
“What is meant by this: It is referring to those who distorted the book of Allah from the Jews of Bani Israel, and they wrote a book on which they put their interpretations in opposition to that which was revealed by Allah to his Prophet Moses peace be upon him, then they sold it to a people who have no knowledge of what is in it nor what is in the Torah and are ignorant of what is in the books of Allah in order to gain worthless materialistic benefits.”
[Ibn Jarir At-Tabari – Jami’ al-bayan fi ta’wil al-Qur’an,Commentary on Surah 2:79]

02 – Abu Raihan Muhammad Al-Biruni (1048 Masihi / 440 Hijrah)
“the scriptures (Gospel) had been misunderstood by Christians and that material corruption of the genuine text had taken place.”
[Al-Biruni – Athar Al-Baqiyah page 13 and page 32]

03 – Fakhrudin Ar-Razi (1210 Masihi / 606 Hijrah)

NO.1
“The influence of the original teachings of Jesus was very limited because he never preached the doctrine which the Christians ascribe to him. The idea of Father and so and the notion of Trinity are the worst kind of atheism and polytheism and are certainly the result of ignorance. Such heretical teachings can’t be ascribed to a great prophet like Jesus who was free of all such sinful errors. We are therefore certain that Jesus could have not preached this impure doctrine. He originally taught monotheism but not Trinity as the Christians assert. These teachings of Jesus did not (widely) spread owing to many historical factors. His message thus remained very limited. As for the third evidence it is with reference to what is maintained in the Torah and gospels concerning the Prophethood of Muhammad. The objection to this evidence (on the Jewish and Christian side) is whether you (Muslims) say that the description of Muhammad was written in these books in detail; namely that Allah Almighty, made manifest that he shall come in the coming years and in such and such country, a person whose description shall be such and such, and so know you that he is my messenger. On the one hand; or they say: ‘No, but rather Allah has merely referred to him briefly, without specification due to time, place or personality.’ And so if you hold on to the first claim it false and faulty: (O, you Muslims.)”

That is because we (Jews and Christians) find that the T and the G are empty of such claims; and must not be said that the Jews and the Christians have compared two scriptures; because we (Jews and Christians) say that these two scriptures and well-known in the east and the west; and such as these books cannot, in any way be overtaken by corruption exactly as in the case of the Qur’an. Alternatively: If you (Muslims) hold on to the second claim, even if we suppose that you are right to hold that view, then this cannot be taken as a proof in support of Prophethood; or perhaps it may only allude the coming of a virtuous and noble person. Or even if it is alluding to a Prophethood, it is not necessarily indicating the Prophethood of Muhammad, since it may also foretell the advent of another messenger, other than Muhammad.
[Fakhar ad-Din Ar-Razi – Muhassal Afkar Al-Mutaqadimin Wal Mut’akhrin (Cairo,Maktabat al-Kuliyyat al-Azhariyya) page 211]

NO.2
“In regards to Allah’s statement “They pervert the words from their proper places” (Surah 4:46), it means that they mention the corrupted interpretations for those verses, and there is no proof that they take the actual statements out of the book. And as for the verse in Surah 5:41, this is evidence that they have combined between the two (textual corruption and misinterpreting the text), they used to mention their corrupted interpretations, and they also used to remove the statements from the book. Allah’s statement “They pervert words” indicates misinterpreting the text and Allah’s statement “after their being put in their right places” indicates that the statements were removed from the book.”
[Fakhar Ad-Din Ar-Razi – Tafsir Al Kabir, Commentary on Surah 4:46]

Dr.Sherman menulis,
4. Sebagai seorang ahli akademik, saya pasti Yang Berhormat sedar bahawa walaupun tuduhan sering dibuat tentang bagaimana umat Kristian telah mengubah Kitab Injil, tidak ada sebarang bukti kukuh yang memihak kepada tanggapan ini.

MAB Response :
Tidak ada bukti kukuh??. Okay baik..Sebenarnya 94% naskah yang pihak anda pertahankan hingga ini hanya berasal dari abad ke9 BUKAN dari awal penulisan. Para bapa gereja dari abad ke2 yang mana mereka mengutip dari keseluruhan teks dalam setiap ceramah menyatakan bahawa pengarang memiliki teks yang berbeza dengan teks yang ada pada Perjanjian Baru yang mereka pegang…Persoalannya ialah apakah dapat menyusun kembali naskah-naskah asli Perjanjian Baru yang telah hilang???

Sebenarnya sesekali tidak boleh menyusun kembali naskah asli bahkan tidak releven untuk membicarakan mengenai naskah asli Perjanjian Baru…kenapa???..Jumlah kesalahan terlalu banyak apabila dibandingkan setiap satu naskah dengan naskah-naskah yang lain sehingga TIDAK ADA PERSAMAAN SUSUNAN KATA SETIAP ANTARA SATU SAMA LAIN NASKAH2 TERSEBUT. 300 tahun para sarjana tertinggi gereja mengkaji mengapa kesalahan-kesalahan ketidaksamaan ini wujud sehingga pada 1707,seseorang yang bernama John Mill yang mana beliau mengkaji 100 naskah dari tulisan Greek / Lantern / Coptic dan Syriac selama 30 tahun dan beliau menerbitkan satu buku bernama “Novum Testamentum Graecum”. Dalam buku tersebut,beliau memberitahu tempat-tempat ayat dimana naskah-naskah yang beliau periksa mengalami perbezaan dan kesalahan satu sama lain. Ini cara kajian dipanggil Apparatus. Yang hebatnya lagi ialah beliau menunjukkan 30 000 kesalahan dan perbezaan naskah2 antara satu sama lain yang beliau kaji. Itu baru 100 naskah yang beliau kaji,belum lagi baki 5400 naskah yang dari 5500 naskah kuno yang dikumpul oleh pihak gereja. Bagaimana jika 5500 naskah itu dikaji antara satu sama lain??pasti jumlah kesalahan lebih banyak. Jadi bagaimana anda kata Bible kini tidak alami perubahan???

Bagaimana dengan perbezaan yang ada pada naskah sebelum salinan yang bertahan muncul???. Sebahagian besar Perjanjian Baru moden kini berdasarkan naskah dari abad ke4 khususnya dua naskah. Naskah pada abad ke4 amat berbeza dengan naskah pada abad ke9. Jika naskah ke4 dengan naskah ke9 sahaja pun berbeza,bagaimana boleh sama dengan naskah asli pada abad pertama???. Tidak ada mana-mana scholars pun bahkan pihak gereja sekalipun tidak memiliki naskah pada abad pertama. Ini jelas membuktikan bahawa TIDAK ADA TRANSMISSION DAN NARRATOR YANG DI AWASI DENGAN TELITI. Ditambahkan lagi penulis sebelum abad ke4 lebih buruk penyalinannya berbanding penulis setelah abad ke4. Seluruh Christian Scholars akui bahawa perubahan yang sangat ketara terjadi dalam tempoh 150 tahun Perjanjian Baru. Dalam lingkungan tempoh abad tersebut,pihak anda tidak memiliki sebarang naskah. Naskah yang kemudian pihak anda miliki kini adalah berdasarkan naskah yang sebelumnya telah hilang.

Dr.Sherman menulis,
Lagipun, adalah sukar untuk melihat kemungkinan bahawa kedua-dua orang-orang Yahudi dan Kristian, yang mana memegang Kitab Suci mereka sebagai penjaga simpanan yang sangat penting dalam keimanan, akan pula merosakkan kandungan Kitab Suci mereka yang bertujuan untuk diturunkan kepada anak-anak dan cucu-cicit mereka supaya keturunan mereka akan menerima simpanan iman kepercayaan yang sudah tercemar.

MAB Response :
Ini telah Allah berikan jawapan dalam Quran surah Al-Baqarah 2:79

“Kecelakaan besar bagi orang-orang yang mengubah Kitab dengan tangan mereka kemudian mereka berkata: “Ini ialah dari sisi Allah”,supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu.”
[Al-Baqarah 2:79]

Dimana yang selaras dengan naluri kehendak,maka penyelewengan dilakukan agar seiring dengan apa yang dirasakan mengikut selera kehendak demi keuntungan. Saya berikan satu contoh penyelewengan yang dilakukan demi keuntungan dan demi untuk serasikan kehendak naluri :
– Dalam Matthew 26:56 menyatakan “lalu semua murid itu meninggalkan Dia dan melarikan diri”. Maknanya semua anak murid Jesus melarikan diri termasuk si penulis Gospel of Matthew iaitu Matthew sendiri dan sekaligus membuktikan bahawa tidak ada satu anak murid Jesus menjadi saksi mata penyaliban (Syntesis Principle John 20:1-31). Persoalannya,bagaimana Matthew menulis semula kronology cerita seterusnya sedangkan mereka semua telah menghilangkan diri sehingga mereka kembali sewaktu kebangkitan Jesus Christ pbuh??

Ini bukanlah penghinaan tetapi perbahasan secara akademik.

Dr.Sherman menulis,
Malah, Alkitab Kristian mengandungi petikan yang menunjukkan bagaimana orang Yahudi serta orang-orang Kristian tidak dibenarkan untuk mengubah Kitab sesuka hati mereka (Ulangan 4:2, 13:1; Amsal 30:5, 6; Wahyu 22:18,19).

MAB Response :
Ayat yang tuan berikan itu memang betul. Ayat itu merupakan larangan untuk mengubah kitab sesuka hati mereka namun tuan harus tahu bahawa manusia dikurniakan Jaln wa Jaml. Agama telah berikan garis panduan namun manusia diberikan pilihan apakah mereka akan turuti perintah itu atau ingkar. Ayat yang tuan berikan itu memang jelas namun ahlul kitab telah mengingkari pesanan dari ayat-ayat tersebut. Dan ini teah di nubuatkan dalam Bible PL – Deuteronomy 31:25-29 / Deuteronomy 4:2 / Psalm 119:120-126 dan Jeremiah 8:8 bahawa kitab-kitab terdahulu akan diubah dan telah diubah atas pendustakan oleh tangan-tangan jahat.

Dr.Sherman menulis,
Sebagai tambahan, bermulanya kemunculan Islam, Alkitab telah pun disebarkan ke seluruh dunia sehinggakan cubaan untuk mencemarkan kandungannya untuk tujuan penterjemahan sebenarnya amatlah mustahil. Orang Yahudi dan Kristian telah menduduki kebanyakan penempatan di Eropah, India, Parsi, Mesopotamia, Armenia, Asia Kecil, Palestine, tanah Arab, Ethiopia, Mesir dan seluruh Afrika Utara. Selain itu, orang-orang Yahudi dan Kristian ini juga bertentangan dengan satu sama lain menjadikan sebarang percubaan oleh salah satu pihak untuk merosakkan Kitab Suci pastinya mendapat reaksi provokasi oleh pihak bertentangan. Namun, sehingga hari ini, orang-orang Yahudi terus memegang kitab Perjanjian Lama dalam bahasa Ibrani manakala orang Kristian terus menyanjungi kitab Perjanjian Baru dalam bahasa Yunani.

MAB Response :
Penyebaran secara meluas bukanlah jaminan bahawa alkitab tidak di ubah dan tidak diseleweng. Saya ambil sebagai contoh seperti zaman ini yang mana alkitab telah disebarkan secara meluas sehinggakan Bible memegang rekod No.1 kitab suci paling popular di dunia dan buku paling banyak diterjemahkan dalam bahasa lain sebanyak 2287 bahasa. Tetapi anda harus tahu bahawa Bible yang telah disebarkan secara meluas ini memiliki banyak variant reading bahkan memiliki banyak versi kitab. Saya berikan seperti berikut :
– 61 Kitab (Syrian Bible)
– 66 Kitab (Protestant Bible)
– 73 Kitab (Roman Catholic Bible)
– 75 Kitab (Orthodox Coptic Bible)
– 76 Kitab (Charismatic Bible)
– 78 Kitab (Greek Orthodox Bible)
– 81 Kitab (Ethiopic Bible)
– 86 Kitab (Eastern Orthodox Bible)

Dari semua di atas ini,mana satu Bible yang membawa petunjuk hidayah dan cahaya seperti yang disahihkan oleh Quran dan mana satu Bible yang diwahyukan oleh Allah??

Christian Old Testament yang memiliki 39 kitab (Protestant) / 46 kitab (Katolik) sahaja tidak sama seperti Hebrew Bible yang hanya memiliki 24 kitab. Selebihnya di anggap Non-Canonical oleh Judah Israel tetapi pada masa yang sama di anggap Canonical oleh Kristian. Bagaimana menyelesaikan permasalahan ini??

Dr.Sherman menulis,
Perlu diingatkan juga bahawa pada zaman awal perkembangan Islam,agak banyak bilangan orang Yahudi dan Kristian yang telah memeluk agama Islam. Golongan yang baru bertukar agama inilah yang terbaik untuk membuka pekung orang Yahudi dan Kristian jika terdapat kerosakan penggubahan Kitab Suci mereka. Namun demikian, sehingga kini tidak terdapat sebarang rekod salinan sama ada kitab Taurat ataupun Injil telah dibuktikan tuduhannya bahawa telah dipinda.

MAB Response :
Tidak da bukti?..Ok baik tuan…disini saya berikan beberapa kenyataan dari Exegess Christianity atau Christian Scholars sendiri mengenai kitab suci Kristian :

NO.1
“Serious doubts exists as to whether these verses belong to the Gospel of Mark. They are absent from important early manuscripts and display certain peculiarities of vocabulary, style and theological content that are unlike the rest of Mark. His Gospel probably ended at 16:8 or its original ending has been lost.”
[From the NIV Bible Foot Notes page 1528]

NO.2
“At its inception Christianity inherited from Judaism a rich trove of scripture, including the Law of Moses, the prophetic books, and a great variety of other writings that were authoritative for various groups of Jews, but it did not inherit a canon, for Judaism had not in the 1st century made a list or collection setting limits to its scripture. Christianity, in turn, produced a large body of its own literature (letters, gospels, narratives of apostolic acts, apocalypses, church orders, etc.), much of which became authoritative for various Christian groups, and so came to be regarded as scripture alongside Jewish scripture. But Christianity did not for a long time attempt to create a canon. Not until the end of the 2d century did Christians begin to take an interest in defining the scope of authoritative Jewish writings (Melito, in Eusebius Hist. Eccl. 4.26.13-14) and thus begin to think in terms of an “Old Testament” canon, an issue that continued to be debated into the 5th century. And not until the 4th century did Christians begin to draw up lists of authoritative Christian writings and thus attempt to form a “New Testament” canon, the extent of which was not fully agreed even in the 5th century. Hence during most of its first four centuries, the church had scripture, but no set canon.”
[David Noel Freedman – The Anchor Bible Dictionary, 1997, New York: Doubleday, (Under Canon, New Testament)]

NO.3
“Of all the manuscripts now extant above fourscore in number, some of which are more than 1200 years old, the orthodox copies of the Vatican, of the Complutensian editors, of Robert Stephens are becoming invisible; and the two manuscripts of Dublin and Berlin are unworthy to form an exception…In the eleventh and twelfth centuries, the Bibles were corrected by LanFrank, Archbishop of Canterbury, and by Nicholas, a cardinal and librarian of the Roman church, secundum Ortodoxam fidem. Notwithstanding these corrections, the passage is still wanting in twenty-five Latin manuscripts, the oldest and fairest; two qualities seldom united, except in manuscripts….The three witnesses have been established in our Greek Testaments by the prudence of Erasmus; the honest bigotry of the Complutensian editors; the typographical fraud, or error, of Robert Stephens in the placing of a crotchet and the deliberate falsehood, or strange misapprehension, of Theodore Beza.”
[Edward Gibbon – Decline and fall of the Roman Empire IV page 418]

NO.4
“Who the author was cannot be known with certainty since the Bible itself gives no indication of his identity.”
[From the NIV Bible Commentary, page 368]

NO.5
“The unknown author probably had access to oral and/or written sources.”
[From the NIV Bible commentary, page 722]

NO.6
“the brilliant British scholar Richard Porson who also proceeded to publish devastatingly conclusive proof that the verse of 1 John 5:7 was only first inserted by the Church into the Bible in the year 400 CE.”
[James Bentley – Secrets of Mount Sinai page 30-33]

NO.7
“The famous interpolation after ‘three witnesses’ is not printed even in RSV and rightly. It cites the heavenly testimony of the Father, the logos, and the Holy Spirit, but is never used in the early Trinitarian controversies. No respectable Greek MS contains it. Appearing first in a late 4th-cent. Latin text, it entered the Vulgate and finally the NT of Erasmus.”
[Peake’s Commentary on the Bible page 634]

N0.8
“It is well known that the primitive Christian Gospel was initially transmitted by word of mouth and that this oral tradition resulted in variant reporting of word and deed. It is equally true that when the Christian record was committed to writing it continued to be the subject of verbal variation. Involuntary and intentional, at the hands of scribes and editors.”
[Peake’s Commentary on the Bible page 633]

NO.9
“Yet, as a matter of fact, every book of the New Testament with the exception of the four great Epistles of St. Paul is at present more or less the subject of controversy, and interpolations are asserted even in these.”
[Encyclopaedia Brittanica 12th Edition Volume 3 page 643]

NO.10
“Dr.Lobegott Friedrich Konstantin Von Tischendorf, one of the most adamant conservative Christian defenders of the Trinity and one of the Church’s foremost scholars of the Bible was himself driven to admit that the New Testament had in many passages undergone such serious modification of meaning as to leave us in painful uncertainty as to what the Apostles had actually written.”
[James Bentley – Secrets of Mount Sinai page 117]

NO.11
“Besides the larger discrepancies, such as these, there is scarcely a verse in which there is not some variation of phrase in some copies [of the ancient manuscripts from which the Bible has been collected]. No one can say that these additions or omissions or alterations are matters of mere indifference”
[Dr. Frederic Kenyon,Eyre and Spottiswoode – Our Bible and the Ancient Manuscripts Page 3]

Ini beberapa bukti kenyataan dari pihak tuan sendiri bahawa Bible telah mengalami rekod salinan yang diseleweng,dipalsukan,diubah dan dipesong.

Dr.Sherman menulis :
5. Pada tahun 1947, seorang gembala Badwi yang bernama Muhammad (Ahmed el-Dhib) sedang mencari kambingnya yang hilang dan terjumpa bukaan kecil sebuah gua di sepanjang Laut Mati. Peristiwa kecil ini akhirnya membawa kepada penemuan sejumlah besar skrol – salinan Kitab Perjanjian Lama – dibuat dan tersembunyi di sana oleh mazhab Yahudi yang dipanggil Essenes yang mana telah berundur ke padang pasir Qumran dari seawal abad ketiga Sebelum Masihi. Diantara tahun 1952 dan 1956, penyelidikan selanjutnya telah mendedahkan ribuan manuskrip lain yang berharga di dalam sepuluh gua berlainan yang berdekatan. Ini juga dikenali sebagai Skrol Laut Mati. Para sarjana telah menggunakan pelbagai alat dan kaedah untuk mengetahui tarikh usia sesuatu benda telah mencapai kesimpulan sebulat suara bahwa skrol-skrol ini adalah bertarikh antara abad ketiga Sebelum Masihi dan abad pertama Masihi. Walaupun kebanyakan teks-teks ini ditulis dalam bahasa Ibrani, terdapat juga skrol yang ditulis dalam bahasa Aramaik dan Yunani.

Sehinggalah pencarian di Qumran ini, manuskrip Perjanjian Lama yang tertua yang ada dalam pegangan kita adalah salinan-salinan daripada manuskrip dari abad kesembilan dan kesepuluh Masihi. Namun dengan skrol dari Qumran ini, kita sekarang mempunyai manuskrip yang berusia lebih daripada ribuan tahun. Fakta yang menakjubkan adalah bahawa semua manuskrip dari kedua-dua era tersebut telah dikaji dan dikenalpasti mempunyai perbezaan yang begitu kecil, oleh kerana faktor salinan, sehingga langsung tidak mempengaruhi maksud kepada teks-teks asal.

MAB Response :
Saya tahu anda kutip kenyataan tersebut dari sumber – “The Story of the Scrolls: The Miraculous Discovery and True Significance of the Dead Sea Scrolls.”

Dead Sea Scrolls yang dikatakan telah berusia 2000 tahun ditemui antara sekitar tahun 1947-1956 di gua-gua Qumran di Gurun Judean yang mana sejak dari tahun 2002,sebanyak 70 fragments Dead Sea Scrolls telah ditemui dan dikaji. Scroll ini di anggap sebagai “batu pengukur” untuk membuktikan keaslian terhadap kitab Perjanjian Lama dalam Bible moden kini. Untuk menjelaskannya,memang agak panjang lebar. Namun secara ringkasnya saya maklumkan bahawa hujah yang mendukung Dead Sea Scrolls membuktikan Bible moden masih asli tidak mengalami perubahan sebenarnya banyak dipertikaikan dan dipalsukan (sungguhpun tidak secara majority). Bukan saya kata….bukan muslim kata…tapi pihak anda sendiri yang kata. Berikut saya berikan sembilan (09) sumber :
– http://theappendix.net/issues/2014/7/the-lying-pen-of-the-scribes-a-nineteenth-century-dead-sea-scroll
– https://www.newsweek.com/2016/10/28/dead-sea-scroll-fragments-fake-experts-suspect-511224.html
– http://www.moellerhaus.com/Controversy/Controversy.htm
– https://www.washingtonpost.com/archive/opinions/1991/03/31/dead-sea-scroll-mystery/121c7d28-aff8-47a4-893a-b94820204136/?utm_term=.4ad96d39db11
– https://archive.org/details/TheDeadSeaScrollsDeception
– http://archive.jsonline.com/features/religion/82527532.html
– https://www.answering-christianity.com/topic_1996.htm
– https://www.answering-christianity.com/anonymous_muslim/dead_sea_scrolls.htm
– https://www.bismikaallahuma.org/wp-content/uploads/they_say.pdf

Dr.Sherman menulis,
Manuskrip terawal yang lain daripada Alkitab yang ada pada tangan kita pada hari ini merupakan kelangsungan konsistensi yang berterusan sesuai dengan penterjemahan yang terbaru. Manuskrip purba ini telah ditulis di atas kertas kulit dan kesahihannya disokong sebulat suara oleh kedua-dua golongan ulama dan ilmuwan sekular.
A) Siniatik (Codex Sinaiticus) telah ditulis pada pertengahan abad keempat, lebih kurang 270 tahun sebelum kemunculan Islam. Manuskrip ini mengandungi kesemua Perjanjian Baru dan sebahagian besar daripada Perjanjian Lama. Ia dipelihara dengan baik di Muzium British di London.

B) Aleksandria (Codex Alexandrinus) telah ditulis pada awal abad kelima, lebih dari 200 tahun sebelum kemunculan Islam. Manuskrip ini mengandungi keseluruhan alkitab kecuali beberapa muka surat yang telah tercicir dan hilang. Ia juga dipelihara dengan baik di Muzium British di London.

C) Vatikan (Codex Vaticanus) telah ditulis pada awal abad keempat, lebih 200 tahun sebelum kemunculan Islam. Ia mengandungi keseluruhan kandungan Alkitab meskipun bahagian daripada Ibrani 4:14 dan selebihnya hanya ditulis oleh pakar agama kemudiannya. Ia disimpan di dalam Perpustakaan Vatikan di Roma.

D) Codex Ephraemi pula telah ditulis diawal abad kelima, lebih kurang 200 tahun sebelum munculnya Islam. Ia wujud dalam bentuk serpihan, mengandungi muka surat dari setiap buku daripada Alkitab. Ia disimpan rapi di dalam Perpustakaan Nasional di Paris.

MAB Response :
Memandangkan anda mengusulkan berkenaan Four (04) Great Uncial Codices,disini saya rumuskan empat (04) Codex Tertua iaitu :
– Vaticanus (325–350 Masihi)
– Sinaiticus (330–360 Masihi)
– Alexandrinus (400–440 Masihi)
– Ephraemi (450 Masihi)

Kebiasaan pihak Evangelist mengatakan bahawa tidak terdapat perbezaan antara 24 000 manuskrip termasuk empat (04) Codex Tertua dengan perbandingan Bible kini. Disini saya berikan contoh perbezaan besar antara Bible anda kini dengan manuskrip dahulu iaitu dalam Gospel of Mark 16:9-20. Sebelum itu,kita bacakan dahulu Mark 16:9-20 :

“Setelah Yesus bangkit pagi-pagi pada hari pertama minggu itu, Ia mula-mula menampakkan diri-Nya kepada Maria Magdalena. Dari padanya Yesus pernah mengusir tujuh setan.Lalu perempuan itu pergi memberitahukannya kepada mereka yang selalu mengiringi Yesus, dan yang pada waktu itu sedang berkabung dan menangis.Tetapi ketika mereka mendengar, bahwa Yesus hidup dan telah dilihat olehnya, mereka tidak percaya.Sesudah itu Ia menampakkan diri dalam rupa yang lain kepada dua orang dari mereka, ketika keduanya dalam perjalanan ke luar kota.Lalu kembalilah mereka dan memberitahukannya kepada teman-teman yang lain, tetapi kepada merekapun teman-teman itu tidak percaya.Akhirnya Ia menampakkan diri kepada kesebelas orang itu ketika mereka sedang makan, dan Ia mencela ketidakpercayaan dan kedegilan hati mereka, oleh karena mereka tidak percaya kepada orang-orang yang telah melihat Dia sesudah kebangkitan-Nya.Lalu Ia berkata kepada mereka: “Pergilah ke seluruh dunia, beritakanlah Injil kepada segala makhluk.Siapa yang percaya dan dibaptis akan diselamatkan, tetapi siapa yang tidak percaya akan dihukum.Tanda-tanda ini akan menyertai orang-orang yang percaya: mereka akan mengusir setan-setan demi nama-Ku, mereka akan berbicara dalam bahasa-bahasa yang baru bagi mereka,mereka akan memegang ular, dan sekalipun mereka minum racun maut, mereka tidak akan mendapat celaka; mereka akan meletakkan tangannya atas orang sakit, dan orang itu akan sembuh.”.Sesudah Tuhan Yesus berbicara demikian kepada mereka, terangkatlah Ia ke sorga, lalu duduk di sebelah kanan Allah.Merekapun pergilah memberitakan Injil ke segala penjuru, dan Tuhan turut bekerja dan meneguhkan firman itu dengan tanda-tanda yang menyertainya.”
[Mark 16:9-20]

Menurut Bible Scholars,Mark 16:8-20 adalah rekaan dan penambahan ayat dalam Gospel of Mark. Ini penjelasannya :

The Christian Counselor’s New Testament, Mark 16 berakhir pada pasal 16 ayat 8. Kemana ayat 9-20? Pada akhir ayat terdapat catatan kaki berbunyi :

“These verse are omitted by better MSS. An alternative shoter ending is found in same.”

The Holy Bible New International Version pada catatan kaki ayat 8 berbunyi :
“The TWO MOST RELIABLE EARLY manuscripts do not have Mark 16:9-20.Serious doubts exists as to whether these verses belong to the Gospel of Mark. They are absent from important early manuscripts and display certain peculiarities of vocabulary, style and theological content that are unlike the rest of Mark. HIS GOSPEL PROBABLY ENDED AT 16:8, OR ITS ORIGINAL ENDING HAS BEEN LOST.”
[The NIV Bible Foot Notes – page 1528]

“Verses 9-20 are bracketed in NU-Text as not original. They are lacking in Codex Sinaiticus and Codex Vaticanus, although nearly all other manuscripts of Mark contain them.”
[King Jaymes Version Bible 1994 – page 993]

Namun saya memahami,Kebiasaan pihak anda (Kristian) berkata bahawa walau Mark 16:9-20 tidak terdapat dalam Codex Sinaiticus dan Vaticanus tetapi ada terdapat dalam Codex Papyrus yang lain lebih tua dari dua Ancient Manuscript ini.

saya jawab,
“Untuk pengetahuan anda,Codex Vaticanus dan Codex Sinaiticus adalah antara “Four Great Uncials Codies” dan Codex Vaticanus adalah paling tertua sekali iaitu pada 325–350 AD dan di ikuti dengan Codex Sinaiticus sebagai Codex kedua tertua iaitu pada 330–360 AD.Maka,tidak ada lagi codex papyrus yang lain mampu menandingi dua codex ini. Sekiranya ada codex lain mengatakan bahawa Mark 16:9-20 adalah ayat asli sekalipun,tetap tertolak.Ini kerana dua Codex Tertua ini tidak menyokong ayat rekaan tersebut.”

maka sebab itu,Jumhur (majority) Bible scholars anda sendiri bersepakat :
“Currently a majority of scholars agree that verses 9–20 were not part of the original text of Mark but represent a very early addition.”
[ Iverson, Kelly (April 2001). Irony in the End: A Textual and Literary Analysis of Mark 16:8. Evangelical Theological Society Southwestern Regional Conference. Retrieved 20 April 2015.]

Ex-Christian Top Bible scholar – Bart Ehrmann berkata :
“Jesus does rise from the dead in Mark’s Gospel. The women go to the tomb, the tomb is empty and there is a man there who tells them that Jesus has been raised from the dead and that they are to go tell the disciples that this has happened. But then the Gospel ends in Codex Sinaiticus and other manuscripts by saying the women fled from the tomb and didn’t say anything to anyone because they were afraid, period. That’s where the Gospel ends. So nobody finds out about it, the disciples don’t learn about it, the disciples never see Jesus after the resurrection, that’s the end of the story. But later scribes couldn’t handle this abrupt ending and they added the 12 verses people find in the King James Bible or other Bibles in which Jesus does appear to his disciples.”
[ BBC Radio 4 programme on 05/Oct/2008 “The Oldest Bible”]
– http://www.bbc.co.uk/radio4/theoldestbible/pip/9vwi1/

Seperti contoh lain iaitu dalam John 14:26 yang mana Bible moden ada menyebut “Holy Spirit” dan kononnya dalam Codex-codex lain yang terdapat dalam 24 000 manuskrip ada menyebut “άγιος πνεύμα” (Holy Spirit). Tetapi malangnya dalam Codex Vaticanus dan Syriacus mendapat bahawa dalam John 14:26 hanya menyebut “το πνεύμα” (the spirit). Saya berikan bukti lebih terperinci mengenai hal tersebut disini :
– http://khazarzar.skeptik.net/biblia/syriac_s/index.htm
– https://www.ccel.org/ccel/schaff/npnf107.pdf
– http://muslimprophets.com/article.php?aid=149&t=Codex+Sinaiticus+%26+Vaticanus+-+Corruption+in+the+KJV+Bible+verses
– https://www.linguistsoftware.com/Payne2000NovT-Vaticanus_umlauts_1Cor14_34-35.pdf

Jadi,bagaimana mahu katakan 24 000 Manuskrip terdahulu dengan Bible moden kini tidak mengalami perbezaan dan kesalahan??. Itu baru dua (02) contoh saya berikan dan sebanyak 50 000 kesalahan Bible yang membuktikan Bible telah dipalsukan. Saya berikan sumber bebas untuk anda rujuk ayat-ayat dalam Bible moden beserta rujukan Codices apakah ada keselarasan atau ada perbezaan dengan kitab suci Kristian moden kini :
– https://www.biblequery.org/jnmss.html

Dr.Sherman menulis,
Dengan mengambil kira semua yang telah dibentangkan, ini adalah bukti bahwa Alkitab yang digunakan oleh orang Kristian bukan saja bebas daripada sebarang kerosakan, malah lebih lagi, kesinambungan mesej dari versi terawal kepada yang lain sangat menakjubkan dan dipelihara dengan begitu teliti sekali di sepanjang zamannya.

MAB Response :
Terima kasih saudaraku Dr.Sherman kerana membentangkan hujah yang begitu baik untuk membuktikan bahawa kitab suci Kristian (Bible) tidak terpesong dan tidak mengalami pemalsuan. Namun demikian,saya telah menjawab semua hujah tuan secara akademik dan ilmiah untuk membuktikan bahawa kitab suci Kristian (Bible) kini telah mengalami pemalsuan,perubahan,pemesongan dan kerosakan. Apa yang say sampaikan ini membuktikan bahawa apa yang Quran katakan mengenai kitab-kitab terdahulu adalah benar.

Dr.Sherman menulis,
Yang Berhormat, fakta-fakta yang saya kemukakan di atas bukan bermaksud untuk memburukkan kepercayaan agama lain atau memujuk orang lain untuk menukar agama mereka. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus saling menghormati kebudayaan dan kepercayaan antara sesama agar masyarakat kita dapat wujud secara berharmoni. Tetapi sebagai seorang umat Kristian dan ahli akademik, ia juga menjadi tangungjawab saya untuk menjelaskan fakta-fakta yang salah mengenai agama saya yang disebarkan secara terbuka, kerana ucapan-ucapan sebegini berpotensi untuk mempengaruhi persepsi orang-orang yang kurang pemahaman. Seperti Yang Berhormat, ini adalah bidang pengajian saya, dan saya sama sekali tidak berhasrat untuk meburukkan mana-mana agama.

MAB Response :
Saya memahami niat baik tuan dan saya mengetahui bahawa apa yang tuan cuba sampaikan bukanlah ingin memburukkan kepercayaan agama lain atau memujuk orang lain untuk menukar agama mereka. Tetapi sebagai seorang muslim,saya juga harus membentangkan kebenaran dengan menjawab apa yang tuan sampaikan dengan niat untuk memberikan kefahaman dan melaksanakan tugas dakwah. Bukan niat saya untuk menjatuhkan atau memburukkan agama Kristian tetapi sekadar ingin memberitahu sesuatu kebenaran dengan harapan kebenaran yang disampaikan ini dapat diambil kira dan diterima sebagai positif.

Rasullullah Muhammad SAW bersabda,
“Sampaikanlah kebenaran itu walau ianya pahit.”
[Hadith Sahih Ahmad No.5:159]

Benar! sungguhpun perbahasan ilmiah ini melihatkan sedikit ketegangan di antara Islam dan Kristian,namun sikap menghormati satu sama lain perlu ada dan ini akan mewujudkan keharmonian di antara kita. Bidang perbandingan agama ini merupakan bidang saya dan tuan,maka bersama kita saling belajar untuk menerima dan memberi apa yang baik. Bagi saya,bidang perbandingan agama merupakan bidang yang boleh mengeratkan hubungan kasih sayang antara Islam-Kristian jika di olahkan dengan akhlak dan tatacara yang benar.

Allah Azza Wa Jalla berfirman :
“Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang baik kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka dan katakanlah kepada mereka: “Kami beriman kepada apa yang diturunkan kepada kami dan kepada apa yang diturunkan kepada kamu dan Tuhan kami juga Tuhan kamu adalah Satu dan kepada Dialah,kami patuh dengan berserah diri.”
[Al-Ankabut 29:46]

Dr.Sherman menulis,
Saya dan semua umat Kristian di Malaysia akan terus berdoa agar masyarakat kita dapat mencapai kebahagiaan dan kedamaian yang kita idamkan. Sekian sahaja. Terima kasih.

Yang benar,

DR SHERMAN KUEK OFS
Leading Research Fellow
Christian Institute for Theological Engagement

MAB Response :
Aamiin ya rabb…

Bersama-sama kita semua untuk berdoa moga ada keberkatan dan terus kekal kebahagiaan serta kedamaian sesama kita dalam satu komuniti,satu institusi,satu peradaban kemasyarakatan dan dalam satu negara ini….In sha Allah wa Bi iznillah

Ikhlas dari saya,

ALEAV NERO RDY
Muslim Apologetic Borneo / The Muslim Apologist of Borneo

By