Reading Time: 4 minutes

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

“Maka Aku bersumpah dengan Tuhan Yang memiliki timur dan barat, sesungguhnya Kami benar-benar Maha Kuasa.”
[Al-Maarij 70:40]

Biasanya golongan Anti-Islam mengkritikkan kononnya Allah tidak mampu bersumpah pada Diri-Nya sendiri dalam Quran dan hanya bersumpah kepada makhluk-makhluk Nya sahaja. Disini kita akan sampaikan secara ilmiah terhadap tuduhan mereka.

Allah BERSUMPAH PADA DIRI-NYA SENDIRI

Allah Azza’Wa’Jalla bersumpah pada Diri-Nya sendiri dalam kitab lain dalam 3 tempat iaitu :
01 – “Aku bersumpah demi diri-Ku sendiri–demikianlah firman TUHAN–:Kerana engkau telah berbuat demikian, dan engkau tidak segan-segan untuk menyerahkan anakmu yang tunggal kepada-Ku.”
[Genesis 22:16]

02 – “Sebab ketika Allah memberikan janji-Nya kepada Abraham,Dia bersumpah demi diri-Nya sendiri kerana tidak ada orang yang lebih tinggi dari pada-Nya.”
[Hebrew 6:13]

03 – “Demi Aku sendiri Aku telah bersumpah, dari mulut-Ku telah keluar kebenaran suatu firman yang tidak dapat ditarik kembali dan semua orang akan bertekuk lutut di hadapan-Ku dan akan bersumpah setia dalam segala bahasa.”
[Isaiah 45:23]

dan sekali lagi Allah bersumpah pada Diri-Nya sendiri dalam Quran :
“Maka Aku bersumpah dengan Tuhan Yang memiliki timur dan barat, sesungguhnya Kami benar-benar Maha Kuasa.”
[Al-Maarij 70:40]

siapa tuhan yang memiliki Timur dan Barat??. Apakah ada lagi tuhan selain Allah??. Kita baca lagi ayat seterusnya sebagai jawapan :
“Dan kepunyaan Allah-lah timur dan barat.”
[Al Baqarah 2:115]

dan saya faham,pasti akan ada yang bertanya,
– mengapa Allah tidak katakan sahaja dalam Quran,”Aku bersumpah pada Diri-Ku sendiri”???

Response :
Hukum gaya bahasa penyampaian tersebut dipanggil sebagai Dhamir Iltifat Mukhathab.Gaya bahasa penyampaian ini dikategori sebagai Muhassinat Ma’nawiyyah. Tujuan Allah berfirman sedemikian rupa bertujuan menunjukkan keagungan dan kemuliaan Kalam-Nya dalam tingkat fashahah dan balaghah yang terlalu tinggi sehingga ahli syair Arab Pagan Jahilliyah (ketika itu) tidak sanggup menyatakan itu adalah syair buatan manusia. Sebab itu mengapa dalam surah Al-Maarij 70:40 tidak digunakan perkataan “Fala Oqsim” (فلا اقسم).

kita harus tahu bahawa Quran memiliki tatabahasa yang terlalu tinggi dan sempurna yang mana disebabkan ketinggian tatabahasanya melangkaui bahasa masyarakat Arab,orang Arab sendiri menyangka Quran mengalami kesalahan tatabahasa. Namun sebenarnya bukan kerana Quran yang mengalami kesalahan tatabahasa tetapi pemahaman kita yang tidak tercapai. Maka sebab itu mengapa orang Arab menjadikan Quran sebagai sumber rujukan untuk memperbetulkan tatabahasa yang mereka gunakan seharian sering kali bertukar antara sesama puak Arab. Sebagai contoh,dalam surah Al-Baqarah 2:34 ada satu hukum pemahaman tersembunyi namanya – ‘Tagleeb’….Jika dibaca secara muhkamat ayat tersebut,pembaca Quran menyangka Iblis adalah malaikat. Apabila turunnya surah Al-Kahf 18:50 yang menjelaskan Iblis dari golongan Jinn,maka kita menyangka surah Al-Baqarah 2:34 bercanggah dengan surah Al-Kahf 18:50. Namun apabila pengaji Quran mempelajari ilmu Nahwu As-Sorof dan Ilm’ul-Furqan,barulah diketahui bahawa dalam surah Al-Baqarah 2:34 ada hukum Tagleeb yang mana disitu tidak bercanggah dengan Al-Kahf 18:50. Jadi tuhan menyampaikan seperti dalam surah Al-Maarij 70:40

Sama seperti umpama kamu seorang raja menjadi pemerintah tunggal dalam negara anda lalu anda bertitah dalam gaya penyampaian bahasa formal yang sama,
“Beta bersumpah pada raja yang memerintah negeri ini.”
– saya bertanya,apakah ada lagi raja selain anda???

Dan saya memahami,pasti akan ada pertanyaan,
“mengapa Allah memakai tiga (03) ganti nama seperti Aku,Kami dan Tuhan dalam satu ayat yang sama?”

Response :
Allah Azza’Wa’Jalla menggunakan 04 kata ganti diri dalam Quran iaitu – “Aku” / “Kami” / “Tuhan” dan “Engkau”. Dalam Semetic language seperti Hebrew,Arabic,Aramaic Syriac dan 07 lagi bahasa Semetic yang lain,kata ganti plural seperti “Nahnu” (“Kami” dalam Quranic Arabic) / “Na’aseh” atau “Elohim” atau “Adonay” (NOT Adoni) dalam Hebraic Tawrah merujuk PLURAL OF MAJESTY. Dalam ayat ini,Allah menggunakan “Aku” dan “Kami” dalam satu ayat sekaligus. Mana-mana ayat yang melibatkan Litta’zhimm (keagungan dan kebesaran dalam kekuasaan),maka kata ganti diri – “Kami” Allah gunakan dalam Kalam-Nya. Mana-mana ayat yang merujuk Rububiyyah Al-Wahid (penegasan ketuhanan dalam ketunggalan),maka Allah akan menggunakan kata ganti diri “Aku”. Jadi dalam surah Al-Maarij 70:40 disitu,rangkap pertama merujuk ketegasan Diri-Nya yang tunggal sebagai pembuka titah atau firman. Dan rangkap akhir,Allah memakai kata ganti diri “Kami” merujuk Kekuasaan-Nya.

Dan sama seperti dalam Bible anda juga ada kenyataan yang sama yang mana ada gaya penyampaian bahasa Ibraniyyah Ilahiyyah,
“Lalu berkatalah TUHAN kepada Iblis itu: “TUHAN kiranya menghardik engkau, hai Iblis! TUHAN yang memilih Yerusalem, kiranya menghardik engkau! Bukankah dia ini puntung yang telah ditarik dari api?”
[Zakarya 3:2]

Allah BERSUMPAH KEPADA MAKHLUK
Berkenaan Allah bersumpah pada makhluk,ini adalah metode Bahasa Arab untuk menguatkan sesuatu dengan sumpah bahawa hal itu telah diketahui oleh semua atau ketika ada bentuk pengingkaran dari yang diajak bicara. Dan Quran itu diturunkan dengan memakai gaya penyampaian bahasa Arab yang jelas. Anda mengetahui bahawa Allah melakukan apa yang di inginkan. Namun biasanya mana-mana ayat yang melibatkan Allah bersumpah kepada makhluk lain, Allah tidak menggunakan “Al-Qasam” (القسم).

Syaikhul Islam rahimahullah berkata:
“Sesungguhnya Allah bersumpah dengan yang disumpahi dari Makhluk-Nya kerana ia termasuk Kalam-Nya. Ini adalah Kerajaan,Ketuhanan,Ilmu,Kekuasaan, Keinginan,Rahmat,Hikmah,Keagungan dan Izzah-Nya. maka Dia Yang Maha Suci layak bersumpah segalanya. Kerana sumpah dengannya menunjukkan akan Kebebasan-Nya tidak terikat dengan apa-apa hukum. Kami (makhluk) tidak diperkenankan bersumpah dengannya secara Nash dan Ijma.”
[Majmu’ Fatawa, 1/290]

Dan apakah anda menyangka bahawa hanya dalam Quran sahaja yang mengatakan demikian???…Bahkan Bible sendiri juga menyatakan hal yang sama,
“TUHAN telah bersumpah demi kebanggaan Yakub: “Bahwasanya Aku tidak akan melupakan untuk seterusnya segala perbuatan mereka!”
[Amos 8:7]
– Allah bersumpah dengan makhluk-makhluk besar dalam Quran manakala Tuhan dalam Bible hanya mampu bersumpah melalui kebanggaan Yakub???

Bahkan Amos 8:7 bercanggah dengan Hebrew 6:13
“Sebab ketika Allah memberikan janji-Nya kepada Abraham,Dia bersumpah demi Diri-Nya sendiri kerana tidak ada orang yang lebih tinggi Daripada-Nya.”

Semasa di zaman Abraham,Tuhan bersumpah terhadap Diri-Nya sendiri kerana tidak ada lagi yang lebih tinggi Dari-Nya untuk layak di sumpah. Tetapi dalam Amos 8:7 pula,Tuhan bersumpah melalui Kebanggan Yaakub. Apakah Tuhan kebanggan Yaakub lebih tinggi dari Diri Tuhan itu sendiri???. Apakah Paul menukil sesuatu “berlebihan” dalam Hebrew 6:13 yang mengikut citarasa hawa nafsunya sendiri ATAU mengikut telunjuk ilham Ruh Kudus??

Jadi setelah dibahaskan secara sederhana mengenai “Sumpah Allah”,dapat dilihat disini bahawa Tuhan Israel (YHWH) dan Allah adalah tuhan yang sama. Isu kesalahan percanggahan dalam Bible (antara Amos 8:7 dengan Hebrew 6:13) kita serahkan kepada Missionaries untuk menjawabnya.

Rabbi Israel dan Christian scholars anda sendiri mengakui bahawa muslim,Jewish dan Christian menyembah Tuhan yang sama :
– https://www.youtube.com/watch?v=gk6i0awfukg

Jewish Israel sendiri tidak pernah pertikai Tuhan dalam Islam bahkan mensahihkan lagi Tuhan yang sama disembah oleh mereka dan mereka menyatakan sendiri bahawa Christian is a Idolatry Worshippers :
“Islam is absolutely NOT Idolatry and Allah is NOT the Moon God because He is the same god in the Tanakh” – Tovia Singer
– https://youtu.be/ZjQUSK12tTo

semoga bermanfaat…..Assalam alaykum

By