Skip to content

Ayah Ibrahim – Azar Atau Terah?

Last updated on August 11, 2019

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Mari kita baca Quran surah Al-An’am (6) ayat 74 :
ENGLISH
Remember when Abraham said to his father, Azar : “How can you take idols as gods? I see that you and your people have clearly gone astray.”
[Al-An’am 6:74]

MALAY
Dan ketika Ibrahim berkata kepada bapanya Azar : “Bagaimana ayah menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan? Sesungguhnya aku melihatmu dan kaummu dalam kesesatan yang nyata.”
[Al-An’am 6:74]

Shiite (Syiah) menganggap Azar adalah pakcik Ibrahim sedangkan ayat Quran jelas memberitahu bahawa bapa kandung Ibrahim adalah Azar. Hujah mereka selari dengan Kristian yang menganggap Terah adalah bapa kandung Ibrahim Alaihissalam @ Abraham. Ayat Quran di atas (Al-An’am 6:74) adalah ayat Muhkamat Samawiyyah Al-Arab. Tidak ada ijtihad dalam ayat tersebut. Dalam tatabahasa Arab,kata “Abb” merujuk tiga maksud iaitu “ayah” ATAU “nenek moyang” ATAU “Para Tetua”. Maka sebab itu mengapa kata “Abb” dipakai dalam surah Al-Baqarah 2:133 yang mana merujuk orang-orang tua atau bapa-bapa Yaakub (Ibrahim,Ishmael dan Ishaq). Ayat dalam surah Al-Baqarah adalah jelas dapat difahami bukanlah merujuk “Bapa Kandung” walau sebenarnya dipakai kata “Abb” disitu. Hal ini synonym dengan perkataan “Ukhta Harun” dalam surah Maryam 19:27-28. Namun berbeza dengan ayat dalam surah Al-An’am 6:74 yang mana ayat tersebut jelas menunjukkan Azar adalah bapa kandung Ibrahim Alaihissalam. Kata “abb” tidak mungkin di pakai menjadi “Pakcik” (Bahasa) atau “Uncle” (English) kerana gelaran “Pakcik” / “Uncle” dalam bahasa Arab dipanggil “Amm”.

Tidak dinafikan bahawa ada pendapat dari Sahabah Nabi Muhammad SAW yang mengatakan bahawa ayah Ibrahim adalah Tarakh (Terah) seperti Ibn Abbas yang dinyatakan dalam Tafseer Ibn Kathir mengenai Surah Al-An’am (06) ayat 74 :
“Adh-Dhahhak mengatakan dari Ibnu ‘Abbas bahawa ayah Ibrahim bukan bernama Aazar tetapi Tarakh. Demikian yang diriwayatkan Ibnu Abi Hatim.”

Namun demikian,apabila dikaji kembali dalam kitab Ibn Abbas (Tanweer Al-Miqbas min Tafseer Ibn Abbas),didapati keaslian kitab tersebut hanya sedikit iaitu sebanyak 27%. Sila rujuk :
– http://quran-errors.blogspot.com/2013/10/is-tafseer-ibn-abbaas-tanweer-al.html
– https://islamqa.info/id/answers/179020/kitab-yang-dinisbahkan-kepada-ibnu-abbas-radhiyallahu-anhuma–dalam-masalah-tafsir-adalah-palsu
– https://www.call-to-monotheism.com/did_ibn_abbas_believe_the_christian_and_jewish_scriptures_were_uncorrupted__a_response_to_sam_shamoun1

Jadi kitab tersebut tidak boleh dijadikan sebagai sumber benar mutlak memandangkan banyak karangan Ibn Abbas di dalamnya di ambil melalui sumber Israeliyyat,TNKH dan Rabbinic dengan tujuan menyeragamkan atau mensahihkan keseluruhan kitab-kitab terdahulu sebelum Quran.

Kita teruskan lagi dalam Tafseer Ibn Kathir yang mana ayat seterusnya menyatakan :
“Adapun Ibnu Jarir menyebutkan: “Yang benar nama ayah Ibrahim adalah Aazar.”.Kemudian Ibnu Jarir membantah pendapat para ahli Nasab yang menyatakan bahawa ayah Ibrahim bernama Tarakh,dia mengemukakan:
“Mungkin saja ia mempunyai dua nama, sebagaimana yang dimiliki oleh banyak orang atau mungkin salah satunya sebagai gelaran.” Dan yang dikemukakan oleh Ibn Jarir tersebut adalah bagus dan kuat.”

dan kenyataan Ibnu Jarir adalah benar. Ini kerana Neutral Scholar – Jay R Crook yang mengarang banyak buku mengenai perbandingan Quran dan Bible menyatakan bahawa “Terah” atau “Tarakh” adalah nama gelaran bagi Azar sempena nama suatu tempat di kawasan sekitar antara Tahath dan Mithkah. Maka sebab itu nama sebenar bapa Ibrahim adalah Azar the Terahite. Dan ini terbukti apabila terdapat dalil dalam Bible sendiri iaitu dalam Number 33:27-28 yang mana kawasan Terah dijadikan sebagai tempat persinggahan orang-orang Israel semasa Keluaran di Tanah Mesir ke Tanah Yang Dijanjikan.

Muslim scholars dan Muslim Apologetics telah menjelaskan hal ini,sila rujuk :
– https://www.al-feqh.com/en/was-azar-the-father-of-prophet-ibrahim-or-not
– http://islamhelpline.net/answer/7996/azar-was-the-father-of-ibrahim-a-s
– https://islamicapologetics1.blogspot.com/2013/12/was-father-abraham-genetically-semitic.html
– https://islamicapologetics1.blogspot.com/2013/10/evidence-for-abraham.html

Dalam Bible,ayah Ibrahim adalah Terah dalam Genesis 11:26–32,Joshua 24:2-5 dan 1 Chronicles 1:17–27. Sejauh manakah kebenaran tersebut?. Mari kita kaji :
01 – dalam Genesis 11:26-31 memberitahu bahawa Terah mempunyai 3 orang anak (termasuk Abraham @ Abram) ketika dia berumur 70 tahun
02 – dalam Genesis 11:32 memberitahu bahawa Terah mati ketika dia berumur 205 tahun
03 – dalam Genesis 12:4 memberitahu bahawa Abraham berpindah dari Haran ketika umur 75 tahun
04 – dalam Act 7:4 memberitahu bahawa Terah wafat dan Abraham pindah dari Haran

Jadi,kita simpulkan bahawa 205 tahun (Terah wafat) – 75 tahun (umur Abraham ketika Terah wafat) bersamaan 130 tahun #

ok baik..timbul satu persoalan :
– Abraham lahir ketika Terah berumur 130 tahun tapi malangnya dalam Genesis 11:26-31 mengatakan Terah mempunyai tiga (03) orang anak termasuk Abraham sewaktu Terah berumur 70 tahun. Mana satu yang benar?130 tahun ATAU 70 tahun?

KESIMPULAN
Ayah kandung Nabi Ibrahim Alaihissalam @ Abraham adalah AZAR THE TERAHITE.