Skip to content

Nubuat Muhammad SAW Dalam Perjanjian Lama – Song Of Solomon 5:16

Last updated on February 8, 2020

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Segala puji bagi ALLAH Tuhan sekaliam alam kerana mengizinkan lagi saya untuk membuat satu artikel berkenaan nubuat Muhammad SAW dengan tajuk “Nubuat Muhammad SAW dalam Song of Solomon 5:16”.

Perkara ini telah lama dihujahkan oleh muslim apologetics namun ada ada sebahagian missionaries cuba menyangkalnya. Walau bagaimanapun,semua hujah mereka telah disangkal kembali oleh muslim apologetics. Akan tetapi,ada satu hujah terbaru mereka iaitu mereka mengatakan bahawa jika nama Muhammad benar-benar dinubuat dalam Song of Solomon 5:16,maka ayat-ayat lain menyebut nama Muhammad juga kelihatan bercelaru dan ini menguatkan bahawa kalimat “מַחֲּמַדִּ֑ים” (Muhammadim) bukan merujuk Nabi Muhammad SAW. Mereka berikan ayat-ayatnya seperti :
– Hosea 9:16
“Efraim telah dipukul, akarnya telah menjadi kering, mereka tidak akan menghasilkan buah. Bahkan sekalipun mereka melahirkan anak, Aku akan mematikan BUAH KANDUNGANNYA (מַחֲמַדֵּ֥י / Mahamadde) yang berharga.”

– 2 Chronicles 36:19
“Mereka membakar rumah Allah,merobohkan tembok Yerusalem dan membakar segala puri dalam kota itu dengan api sehingga musnahlah segala perabotannya yang INDAH-INDAH (מַחֲמַדֶּ֖יהָ / mahamaddeha).”

– Isaiah 64:11
“Bait kami yang kudus dan agung, tempat nenek moyang kami memuji-muji Engkau, sudah menjadi umpan api, maka milik kami yang PALING INDAH (מַחֲמַדֵּ֖ינוּ / Mahamadehu) sudah menjadi reruntuhan.”

– Lamentations 1:10
“Si lawan mengulurkan tangannya kepada SEGALA KEINGINANNYA (מַחֲמַדֶּ֑יהָ / MAHAMADEHA) bahkan harus dilihatnya bagaimana bangsa-bangsa masuk ke dalam tempat kudusnya, padahal Engkau, ya TUHAN, telah melarang mereka untuk masuk jemaah-Mu.”

Disini saya berikan maklumbalas sekaligus meruntuhkan tuduhan mereka :

Dalam Semetic Language,satu perkataan membawa lebih dari satu erti. Contohnya kalimat “Muslim” dalam Arabic atau “Mushlam” dalam Hebrew dan Armaic Syriac membawa persamaan makna iaitu :
– orang yang percaya
– orang yang sejahtera
– orang yang sempurna
– orang yang telah membayar
– orang yang taat setia
– orang yang berserah diri
– orang yang lengkap tamat pengajian

Kalimat “Muhammad” dalam Arab dari akar kata “HMD” sama dengan “Mahammad” yang membawa maksud :
– Segala yang terpuji’
– Segala keinginan/kehendak
– keindahan
– Buah dasar
– Buah kepujian
– Buah kandungan

Setiap makna ini disesuaikan mengikut kontekstualiti ayat. Saya bagi contoh perkataan “Black” yang bermaksud “hitam”. Jika konteks ayat berbunyi,
“the colour of this shoe is black.”

Setelah kita membacanya,kita tahu bahawa warna kasut tu adalah hitam. Maka disitu kita tahu ada kata ganti nama AM yang boleh diterjemah kepada perkataan “hitam” dalam bahasa dan dapat difahami bahawa ianya merujuk warna hitam.

Tetapi apabila kita menemui ayat konteks berbunyi,
“My name is Black”

Dapat kita ketahui disini bahawa nama orang itu adalah Black. Maka disitu kita tahu ada kata ganti nama khas merujuk nama seseorang individu dan perkataan itu kita tidak boleh terjemah dalam bahasa sekalipun kita tahu maksud “Black’ ialah “Hitam”. Ini kerana dalam hukum tatabahasa,kata ganti nama khas TIDAK BOLEH DITERJEMAH.

Jadi begitu juga dengan kalimat “מַחֲּמַדִּ֑י” (Muhammad) yang mana apabila merujuk nama seseorang,kita tidak boleh terjemah. Dalam empat (04) di atas iaitu Hosea 9:16 / 2 Chronicles 36:19 / Isaiah 64;11 dan Lamentations 1:10,kalimat “Muhammad” yang disebut di dalam keempat-empat ayat tersebut merujuk umum BUKAN nama seseorang. Berbeza dalam ayat Song of Solomon 5:16 yang mana dalam ayat itu merujuk nama seseorang. Sebab itu suku kata “ים” (IM) diletakkan disitu sebagai Plural of Majesty yang mana merujuk kepada kemuliaan terhadap seseorang. Jadi jelas bahawa kalimat “Muhammad” dalam empat ayat di atas merujuk secara umum sedangkan kalimat “Muhammad” dalam Song of Solomon 5:16 merujuk kata ganti khas terhadap nama seseorang yang dimuliakan.

Selain suku kata “IM”,bagaimana ingin pastikan bahawa ayat Song of Solomon 5:16 itu sememangnya menubuatkan Nabi Muhammad SAW??? Lets check it out~

POINT NO.1
Mari kita baca terlebih dahulu ayat Song of Solomon 5:16
חִכּוֹ֙ מַֽמְתַקִּ֔ים וְכֻלּ֖וֹ מַחֲמַדִּ֑ים זֶ֤ה דוֹדִי֙ וְזֶ֣ה רֵעִ֔י בְּנ֖וֹת יְרוּשָׁלִָֽם

ḥikkow mamtaqqim wəḵullow MUHAMMADIM zeh dowdi wəzeh re‘i,bənowṯ yərusalim.

“Teramat manis tutur katanya,dia adalah Muhammad.Inilah kekasihku dan sahabatku,Oh puteri-puteri Jerusalem!”

Lafaz Hebrew pada kitab Song of Solomon sangat jelas mencantumkan nama Muhammad (MHMD) dengan menambahkan kata “IM” yang membawa maksud sebagai Plural of Majesty. Kalimat “Muhammadim” dalam Bible berbahasa English diterjemahkan kepada “altogether lovely” sedangkan dalam bahasa Arab diterjemah menjadi MUHAMMAD. Namun pendeta Christian Arab yang tidak inginkan untuk menerima kebenaran kata “Muhammadim” adalah Nabi Muhammad SAW,mereka mengatakan bahawa kalimat “Muhammadim” bermaksud seseorang yang memiliki sifat terpuji. Maka oleh yang demikian,mereka mengubah tafsiran dari “Muhammadim” menjadi “Habibi” atau “Hamidah” seperti mana yang kita lihat Bible versi Arabic Christian kini.

Apakah benar kalimat “Muhammadim” hanyalah sifat dan sama sekali bukan nama seseorang??? Mari kita lihat :

Song of Solomon 5:10
(Original Hebrew)
דודי צח ואדום דגול מרבבה׃

(Hebrew With Vowel)
דֹּודִי צַח וְאָדֹום דָּגוּל מֵרְבָבָֽה׃

(Hebrew Translation)
“dvodi sah və’advom dagul merəbaba”

(KJV English Translation)
“My beloved white and ruddy, the chiefest among ten thousand.”

(Terjemahan Bebas)
“Kekasihku itu putih dan merah sehat, pemimpin diantara 10.000 orang.”

Song of Solomon 5:16
(Original Hebrew)
חכו ממתקים וכלו מחמדים זה דודי וזה רעי בנות ירושׁלם׃

(Hebrew With Vowel)
חִכֹּו מַֽמְתַקִּים וְכֻלֹּו מַחֲמַדִּים זֶה דֹודִי וְזֶה רֵעִי בְּנֹות יְרוּשָׁלִָֽם׃

(Hebrew Translation)
“ḥikkow mamtaqqim wəḵullow MUHAMMADIM zeh dowdi wəzeh re‘i,bənowṯ yərusalim.”

(KJV English Translation)
“His mouth is most sweet: yea, he is altogether lovely. This is my beloved, and this is my friend, O daughters of Jerusalem.”

(Terjemahan Bebas)
“Teramat manis tutur katanya,dia adalah Muhammad.Inilah kekasihku dan sahabatku,Oh puteri-puteri Jerusalem!”

Sedangkan bila kita rujuk kembali kepada Hebrew,ianya adalah seperti berikut :

שיר השירים 5:16 Hebrew OT: Westminster Leningrad Codex
חִכֹּו֙ מַֽמְתַקִּ֔ים וְכֻלֹּ֖ו מַחֲמַדִּ֑ים זֶ֤ה דֹודִי֙ וְזֶ֣ה רֵעִ֔י בְּנֹ֖ות יְרוּשָׁלִָֽם׃

שיר השירים 5:16 Hebrew OT: WLC (Consonants Only)
חכו ממתקים וכלו מחמדים זה דודי וזה רעי בנות ירושלם׃

שיר השירים 5:16 Hebrew OT: WLC (Consonants & Vowels)
חִכֹּו מַמְתַקִּים וְכֻלֹּו מַחֲמַדִּים זֶה דֹודִי וְזֶה רֵעִי בְּנֹות יְרוּשָׁלִָם׃

שיר השירים 5:16 Hebrew Bible
חכו ממתקים וכלו מחמדים זה דודי וזה רעי בנות ירושלם

Hebrew Transliteration English
חִכֹּו֙ chik•kov his mouth
מַֽמְתַקִּ֔ים mam•tak•kim, sweetness
וְכֻלֹּ֖ו ve•chul•lov is wholly
מַחֲמַדִּ֑ים ma•cha•mad•dim; desirable
זֶ֤ה zeh This
דֹודִי֙ do•v•di is my beloved
וְזֶ֣ה ve•zeh and this
רֵעִ֔י re•’i, is my friend
בְּנֹ֖ות be•no•vt daughters
יְרוּשָׁלִָֽם׃ ye•ru•sha•lim. of Jerusalem

Di situ kelihatan jelas sekali terdapat kata מַחֲמַדִ = Machmad. Kenapa saya tidak menyertakan huruf “ים” pada tulisan “מַחֲמַדִ” tersebut seperti tulisan di atas???. Kerana “ים” (IM) merupakan imbuhan suku kata yang menunjukkan penghormatan,jadi imbuhan tidak perlu disertakan untuk diterjemahkan. Kita harus tahu bahawa dalam penggunaan bahasa Hebrew,suku kata “IM” digunakan merujuk penghormatan atau kemuliaan terhadap sesuatu entiti. Contohnya seperti Elohim (אֱלֹהִ֑ים) diletakkan suku kata “IM” disitu merujuk sebagai Plural of Majesty. Dalam bahasa Arabic,ianya sama seperti “Allahumma” (ٱللَّٰهُمَّ).

Jadi terjemahan yang sebenar adalah :
“His voice and speech are exceedingly sweet. yes!,he is Muhammad. This is my beloved and this is my friend,O daughters of Jerusalem!”
[Song of Solomon 5:16]

“Teramat manis tutur katanya,dia adalah Muhammad.Inilah kekasihku dan sahabatku,Oh puteri-puteri Jerusalem!”
[Kidung Agung 5:16]

Namun,Bible terjemahan LAI terlalu jauh mengunah terjemahannya yang sepatutnya “dia adalah Muhammad” telah ditukarkan menjadi “segala sesuatu padanya menarik”. Memang sekalipun secara maksud harfiah bahawa “Muhammad” itu bermaksud “segala yang terpuji”,namun orang awam akan sukar untuk menjustifikasikan bahawa ayat tersebut tersebut menunjukkan nama suatu sesuatu entiti. Hal yang sama juga terdapat dalam Haggai 2:7,di sini kita akan menemukan kata yang sama dengan kata Muhammad :

Haggai 2:7 Hebrew
וְהִרְעַשְׁתִּי֙ אֶת־ כָּל־ הַגֹּויִ֔ם וּבָ֖אוּ חֶמְדַּ֣ת כָּל־ הַגֹּויִ֑ם וּמִלֵּאתִ֞י אֶת־ הַבַּ֤יִת הַזֶּה֙ כָּבֹ֔וד אָמַ֖ר יְהוָ֥ה צְבָאֹֽות׃

“And I will shake all nations and the desire of all nations shall come and I will fill this house with glory saith the LORD of hosts.”

Hebrew Transliteration English
וְהִרְעַשְׁתִּי֙ ve•hir•’ash•ti will shake
אֶת־ et- –
כָּל־ kol- all
הַגֹּויִ֔ם hag•go•v•yim, the nations
וּבָ֖אוּ u•va•’u will come
חֶמְדַּ֣ת chem•dat the wealth
כָּל־ kol- of all
הַגֹּויִ֑ם hag•go•v•yim; nations
וּמִלֵּאתִ֞י u•mil•le•ti will fill
אֶת־ et- –
הַבַּ֤יִת hab•ba•yit house
הַזֶּה֙ haz•zeh this
כָּבֹ֔וד ka•vo•vd, glory
אָמַ֖ר a•mar saith
יְהוָ֥ה Yah•weh the LORD
צְבָאֹֽות׃ tze•va•’o•vt. of hosts

Dari pecahan kata ayat tersebut di atas kita bisa mengambil kata “חֶמְדַּ” (chemda) yang terdiri dari :
huruf חֲ (het) kalau dalam huruf arab sama dengan ح (ha)
huruf מַ (mem) kalau dalam huruf arab sama dengan م (mim)
huruf דּ (dalet) kalau dalam huruf arab sama dengan د (dal)

Apabila kita selidik,kalimatnya berbunyi adalah Hamed yang mana kalimat itu sama dengan Muhammad. Ini kerana kalimat “Hamed” (Hebrew) sama dengan “Hamid” (Arabic). Peliknya,terjemahan English menerjemahkan ayat tersebut menjadi “the wealth” sedangkan makna sebenarnya dalam English adalah “praise” atau “puji” dalam bahasa Melayu. Berikut saya berikan erti kata di bawah :
*Ahmad – Terpuji
*Hamd – Puji
*Hamdan – Orang yang terpuji
*Hamdi – Dipuji
*Hamid – Pujian
*Hammad – Penuh pujian
*Hammadi – Pemuji
*Mahmud – Terpuji
*Muhammad – Segala yang terpuji

Synonym dengan Hebrew,kata “Machammadim” dan “Himdah” berasal dari akar kata yang sama iaitu “chamed/chemed” yang synonym dengan “Hamd” dalam bahasa Arabic.
Sumber :
– http://strongsnumbers.com/hebrew/2532.htm
(Sumber Hebrew translation ini dari milik Non-Muslim sendiri)

Maka jelas bahawa kalimat “מַחֲּמַדִּ֑י” (Muhammad) adalah merujuk nama seseorang,itulah Nabi Muhammad SAW.

POINT NO.2
Untuk menambahkan lagi bukti kuat bahawa ayat dalam Song of Solomon merujuk nama Nabi Muhammad SAW,kita bacakan ayat konteks bermula dari ayat 9 yang mana ayat tersebut diucapkan dalam gaya bahasa Mutasyabihah Qibtiyyah wa Ibraniyyah.

Kitab Mazmur (Psalm) dan kitab Kidung Agung (Song of Solomon) serta kitab Amsal (Proverbs),tiga kitab ini biasanya berputik dalam puisi dan lagu yang mana didahulukan pembayang dan kemudian baru penjelasan. Makanya apabila dibicarakan siapa yang ditujukan harusnya ada pembayang. Oleh sebab itu perikop ayat ini berbunyi “Mempelai perempuan memuji mempelai laki-laki di hadapan puteri-puteri Yerusalem”. Dan penjelasan kepada ayat pembayang biasanya di ayat akhir.

Pada ayat 10 yang mana membawa maksud keputihannya yang bersih suci. Maksudnya bahawa Nabi Muhammad SAW seorang berbangsa Arab Adnani yang mana keturunan Arab Adnani memiliki kulit yang putih bersih. Berbeza dengan orang Arab keturunan Adnani yang lain,keputihan baginda disini adalah serasi dengan Nur nubuuwah baginda seperti yang disebut dalam hadith mengenai ciri-ciri fizikal baginda :
– Hadith Sahih Bukhari No.4:747
– Hadith Sahih Bukhari No.1:63
– Hadith Sahih Muslim No.4:1000
– Hadith Sahih Muslim No.4:1014
– Hadith Sahih Muslim No.19:4437
– Hadith Sahih Muslim No.4:1208
– Hadith Sahih Muslim No.19:4442

Dan hadith-hadith ini serta nubuat mutasyabihah Song of Solomon 5:9-10 tersebut synonym dengan sebuah lagu “Shir Hashirim” dalam Mithna – Tractate of Yaddayim No.3:5 tafsiran Rabbi Akiva.

Pada ayat 11,lagu ini membayangkan bahawa rambut tersebut adalah sangat gelap. Lagu ini sebenarnya menunjukkan perkara tentang lelaki ini yang menjadikan dia menonjol menjadi sebagai contoh bahawa dia tidak mengatakan “Dia mempunyai dua mata dan dua telinga dan hidung” dan ini hanya menjelaskan baginda mempunyai rambut hitam adalah biasa di kalangan rakyat di Timur Tengah. Jadi quote ini jelas mengatakan bahawa rambut adalah sangat hitam atau seperti yang dikatakan “hitam seperti burung gagak”. Dan hakikatnya bahawa rambut Rasulullah kekal hitam walau telah tampak tua,jadi walaupun seseorang melihat dia dalam tahun enam puluhan tetap beliau masih kelihatan rambutnya hitam pekat.

Pada ayat ke12 menjelaskan tentang rambut berwarna emas yang mana maksud “Emas” adalah simbol kesempurnaan. Dengan kata lain,Nabi Muhammad SAW adalah seorang yang sangat sempurna. Dan konteks kiasan ayat 9-12 ini serasi dengan Kitab karangan Ibn Qayyim tentang tubuh fizikal Muhammad SAW yang mulia :

“Kepalanya besar,baik dibentuk dan ditetapkan pada leher langsing.”
[Zad al Ma`ad 02:45]

“Dia mempunyai mata menarik hitam halus melengkung dengan kening yang berterusan.”
[Zad al Ma`d 02:45]

synonym dengan sebuah hadith yang menyebut :
“Rasulullah mempunyai wajah yang luas dengan kemerahan lebar mata..”
[Hadith Sahih Muslim No.30:5776]

pada ayat ke13 menjelaskan,dia merupakan seorang jejaka yang sangat kacak. Dan ini serasi dalam hadith yang berbunyi :

“Rasulullah SAW mempunyai wajah yang paling kacak di kalangan manusia.”
[Hadith Sahih Muslim No.30:5772]

ayat berbunyi,
“Pipi-Nya bagaikan bunga manis,bibirnya seperti teratai dan menjatuhkan berbau makmur manis”

Ini synonym dalam hadith :
“Baginda juga menepuk pipi saya dan saya mengalami kesejukan atau wangian tangannya seolah-olah ia telah dibawa keluar dari bagai bau daripada wangian ”
[Hadith Sahih Muslim No.30:5758]

“Saya tidak pernah dihidu ambar atau kasturi wangi sebagai aroma badan Rasulullah.”
[Hadith Sahih Muslim No.30:5759]

Pada ayat ke14-15,sekali lagi menggambarkan kata-kata mutasyabihat Qibtiyyah wa Ibraniyyah yang mana menyamakan tubuh badannya seperti intan,emas dan gading nilam. Ini bermaksud bahawa tubuh Rasullullah Muhammad SAW penuh kesempurnaan umpama tiang-tiang Istana bahkan perawatakan luarannya tegas tetapi dalamnya lembut indah umpama gunung Lebanon. Kakinya adalah sebagai tiang daripada marmar yang bertumpu pada pangkal keseluruhan seakan kelihatan emas tua. Wajah baginda cemerlang sebagai pohon-pohon Aras’. Synonym dengan petikan dalam kitab Ibn Qayyim :

“Baginda adalah penyinar terang dan mempunyai wajah yang luas.”
[Zad al Ma`ad 02:45]

dan synonym juga dengan sebuah Hadith :
“Lutut saya menyentuh paha Nabi Allah. Penutup itu menutup selain dari pahanya dan saya dapat melihat keputihan.”
[Hadith Sahih Muslim No.19:4437]

Untuk lebih terperinci mengenai konteks ayat Song of Solomon 5:9-16 yang menubuatkan Nabi Muhammad SAW,sila rujuk disini :
– https://www.ebnmaryam.com/vb/t154240.html
– https://invitationtotruth.wordpress.com/2007/12/14/prophet-muhammad-in-songs-of-solomon/
– http://neurotherapy-of-christian-brain.blogspot.com/2012/11/muhammad-pbuh-in-bible-ot-nt-in-all-4.html
– http://www.answering-christianity.com/predict.htm
– http://answering-christianity.com/10000.htm
– http://answering-christianity.com/ahmed_deedat_muh_bible.htm
– http://www.answering-christianity.com/umar_hassan/that_prophet.htm
– http://www.answering-christianity.com/pedophilia_rebuttal.htm
– http://www.answering-christianity.com/aramaic_bible.htm
– http://www.answering-christianity.com/adeel_khan/Prophet_Muhammad.htm

KESIMPULAN
Setelah kita menjawab dan menjelaskan tentang kalimat “מַחֲּמַדִּ֑י” (Muhammad) dalam Song of Solomon 5:16,maka jelas ayat itu menubuatkan Nabi Muhammad SAW. Dan ini telah diberitahu oleh Allah Azza’Wa’Jalla dalam Quran :

“orang-orang yang telah Kami berikan kitab kepadanya,mereka mengenalnya (Muhammad) seperti mereka mengenal anak-anak mereka sendiri.”
[Al-Baqarah 2:146]

“orang-orang yang telah Kami berikan kitab kepadanya,mereka mengenalnya (Muhammad) seperti mereka mengenal anak-anak mereka sendiri. Orang-orang yang merugikan dirinya,mereka itulah tidak beriman kepada Allah.”
[Al-Anam 6:20]

“Orang-orang yang mengikuti rasul yang ummi yang namanya mereka dapati termaktub di dalam Taurat dan Injil yang ada ditangan mereka,yang telah menyeruh mereka berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran,menghalalkan kepada mereka segala yang baik dan mengharamkannya segala yang buruk,membebaskan mereka dari beban dan belenggu-belenggu yang menyiksakan. Adapun orang-orang yang beriman kepadanya,memuliakannya,menolongnya dan mengikuti cahaya yang diturunkan bersamanya,mereka itulah orang-orang beruntung.”
[Al-Araf 7:157]

pesan Jesus Christ pbuh,
“Jikalau kamu tetap dalam sabdaku,kamu benar-benar adalah muridku.dan kamu akan mengetahui kebenaran, dan kebenaran itu akan memerdekakan kamu.”
[John 8:31-32]
– memerdekakan anda dari kekufuran…

pesan Rasullullah Muhammad SAW :
“Terimalah kebenaran itu walau ianya pahit..”
[Hadith Sahih Bukhari dan Tirmizi]

Firman Allah Azza’Wa’Jalla kepada anda :
“Telah datang kebenaran dan lenyaplah kebatilan.Sesungguhnya kebatilan itu sememangnya pasti lenyap.”
[Al-Isra’ 17: 81]

“Tiada tuhan selain Allah,Muhammad dan Eesa Al-Masih adalah Utusan Allah serta Jibrail Sayyid Malak Al-Qhuwaan adalah Ruhul Quddus.”