Skip to content

Paul Di Iktiraf Sebagai Utusan Jesus Christ Pbuh Dalam Quran?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam kerana mengizinkan saya membuat satu artikel yang bertajuk “Paul di iktiraf sebagai utusan Jesus Christ pbuh oleh Islam?”.

Missionaries Christianity tidak pernah berhenti untuk menyampaikan dakyah kepada umat Islam sehingga sanggup menghalalkan cara dengan memutar fakta melalui kitab suci orang Islam iaitu Al Quran’ul Kareem semata-mata untuk memurtadkan umat Islam dan semata untuk mendukung “kebenaran” ajaran mereka. Namun Allah Azza’Wa’Jalla adalah Tuhan yang membela kebenaran,semua rencana yang menentang Islam pasti akan lenyap.

Disini,kita akan bongkarkan apakah benar dakwaan mereka bahawa Paul di iktiraf sebagai Utusan Jesus di dalam Quran. Tetapi sebelum itu,ingin saya kongsikan disini bahawa tuduhan mereka tersebut telah pun dijawab oleh muslim apologetics yang lain :

English
– http://www.answering-christianity.com/umar/paul_of_tarsus.htm
– http://www.answering-christianity.com/umar/readersreply_rebuttal.htm
– https://diniyaallah.wordpress.com/2015/10/17/is-paul-a-prophet-according-to-quran/
– https://yahyasnow.wordpress.com/2010/07/24/is-paul-mentioned-in-the-quran/
– https://youtu.be/YGp7sd6PLG4
– https://youtu.be/X2YH1pUFd94

Bahasa Melayu / Indonesia :
– https://cristology.wordpress.com/2013/02/15/dua-versi-sosok-paulus/
– https://mycounterattack.wordpress.com/2018/11/30/menjawab-kristen-paulus-ada-dalam-al-quran/
– http://adijullio.blogspot.com/2015/05/tafsir-surah-yasin-13-14.html
– http://menjawabtuduhan.blogspot.com/2009/02/benarkah-paulus-adalah-nabi-menurut.html
– https://yussamir.blogspot.com/2009/04/paul-versi-quran-dan-bible-satu.html

Dalam artikel ini,kita akan jawab secara sederhana…semoga bermanfaat~

NO.1 – BULUS
01- Pertama sekali,mari kita baca dahulu surah Yassin 36 ayat 13-14 :
“Dan ceritakanlah kepada mereka satu keadaan yang ajaib mengenai kisah penduduk sebuah bandar iaitu ketika mereka didatangi utusan-utusan. Ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang utusan lalu mereka mendustakannya, kemudian Kami kuatkan dengan utusan yang ketiga lalu utusan-utusan itu berkata:”Sesungguhnya kami ini adalah diutuskan kepada kamu”.”
[Yassin 36:13-14]

Dalam surah Yassin di atas,TIDAK TERDAPAT nama Paul @ Bulus disebut. Maknanya Allah sendiri tidak mengatakan Paul adalah utusan itu dalam Kalam-Nya melalui Al-Quranul’Kareem.

02 – Mari kita lihat senarai-senarai pendapat ulama yang disusun ambil oleh Ibn Kathir dalam kitab Tafseernya :

*Ibnu Kathir mengutip dari Ibnu Ishaq bahawa nama ketiga utusan tersebut adalah Shadiq,Shaduq dan Shalum.

Ibn Kathir juga mengambil dari Ibnu Jurayj yang mengutip dari Wahb bin Sulayman dari Shuayb Ibn Al-Jabai bahawa nama dua utusan awal adalah Sham’un (Simon) dan Yuhanna (Yohanes) dan nama utusan ketiga adalah Bulus (Paulus) tetapi Ibn Kathir sendiri menyatakan bahawa pendapat ini sangat lemah (Dhaif Jiddan).
[Tafseer Ibnu Katsir Vol.6 page 568-569]

*Imam Syaukhani dalam tafsirnya mengatakan pendapatnya :
“Dikatakan bahawa nama kedua orang utusan itu adalah Yohanes dan Simon ada juga yang mengatakan nama ketiga orang utusan tersebut adalah Shodiq, Mushodiq dan Syalum.”
[Tafseer Fathul Qadir – Imam Syaukhani Vol.6 page 155]

*Dalam Tafsir Al-Khazin menyebutkan :
“Nama kedua utusan terawal adalah Shodiq dan Shoduq kemudian yang ketiga adalah Simon atau Syalum.”
[Tafseer Al-Khazin Vol.5 page 235]

*Imam Al-Qurtubi mengutip dari Abu Ja`far An-Nuhas dan Ka’ab serta Wahb bahawa mereka adalah Shadiq,Shaduq dan Syalum. Dalam riwayat lain menyatakan bahawa dua utusan terawal adalah Simon dan Yohanes. Dan dia menuqil dari An-Nuqosy bahawa dua utusan terawal adalah Simon dan Yahya. Kemudian dia membawa riwayat yang menyatakan bahawa utusan ketiga adalah Simon Ashofa pemimpin dari Hawariyyin.
[Tafseer Al-Qurtubi Vol.15 page 14-15]

*Imam Ibn Hajar Al-Asqalani dalam Fathul-Bari menukil perkataan Ibnu Ishaq bahawa nama ketiganya adalah Shadiq,Shaduq dan Syalum. Kemudian Ibn Hajar Al-Asqalani juga mengutip dari Ibn Jurayj dari Wahb bin Sulayman dari Shuayb Ibn Al-Jabai bahawa nama kedua utusan terawal itu adalah Sham’un (Simon) dan Yuhanna (Yohanes) sedangkan utusan ketiga yang datang kemudian adalah Bulus (Paulus) dan pendapat ini adalah Matruk (ditolak).
[Ibnu Hajar Al-Asqalani – Fathul-Bari Vol.6 page 467]

Dapat kita lihat disini bahawa HANYA SATU sahaja pendapat yang mengatakan “Utusan Ketiga” itu ialah Bulus (Paulus) adalah melalui pendapat Ibn Jurayj dari Wahb bin Sulayman dari Shuayb Ibn Al-Jabai dan pendapat ini dinyatakan sendiri oleh Ibn Kathir bahawa ianya adalah DHAIF JIDDAN dan Imam Ibn Hajar Al-Asqalani juga menyatakan bahawa ianya adalah MATRUK kerana dalam sanadhnya terdapat seorang perawi yang dituduh berdusta.

Dan dapat di simpulkan disini bahawa antara semua pendapat dari tafsiran ulama tersebut,majoriti TIDAK MENYEBUT Bulus (Paulus) sebagai utusan ketiga yang datang kemudian. Jadi jika dilihat dari zahir keputusan melalui pendapat tafseer ulama untuk ayat surah Yassin 36:13-14 itu,maka hasilnya tidak memihak Bulus @ Paulus sebagai utusan ketiga. Jadi jelas bahawa BUKAN Bulus @ Paulus yang menepati utusan ketiga yang dimaksudkan dalam surah Yassin 36:13-14.

NO.2 – RASUL
Missionaries Christianity bukan sahaja memaksa Paulus adalah utusan Jesus tetapi mereka juga menuduh bahawa Quran mengatakan bahawa anak-anak murid (Hawariyyun) Jesus adalah Paulus. Okay bagus…disini kita akan berikan pencerahan kepada mereka mengenai perbezaan “Mursaluun” dengan ‘Rasul” :

01 – Definisi “Mursaluun” adalah kata jamak dari perkataan “Mursal” yang bermaksud “Sent One” / “seseorang yang diutus”.

02 – Kalimat “Mursaluun” adalah general yang mana boleh saja dituju kepada Rasul Allah (Yassin 36:3) dan boleh juga dituju kepada orang biasa (Bukan Nabi) yang diberi mandat tugasan sebagai utusan dari Raja atau Nabi atau pembesar berpangkat tinggi.

03 – Catholic Encyclopedia juga memaklumkan bahawa perkataan “Apostolon” atau “Rasul” adalah asalnya khusus kepada Nabi atau Utusan Allah namun jika perkataan dirujuk kepada seseorang bukan dari kalangan Nabi atau utusan yang dilantik sendiri oleh Tuhan tetapi diberi tugasan sebagai utusan oleh pengelolanya,maka ianya mencakupi makna yang umum “seseorang yang diutuskan”. Jadi,ianya BUKANLAH bermaksud seseorang itu telah menjadi Nabi atau Utusan Allah. Dan dalam bahasa Arab,golongan utusan umum ini dipanggil sebagai “Mursaluun”.
Sumber :
– http://www.newadvent.org/cathen/01626c.htm

Saya berikan satu contoh,apabila Muhammad SAW telah mengutuskan Umar R.A ke Persia untuk tujuan menyampaikan dakwah ajaran tuhan syariat Quran,maka perkataan yang dipakai adalah “Mursaluun” BUKAN “Rasul”.

04 – Dalam Quran,perkataan “Mursaluun” kebiasaannya dipakai merujuk utusan orang biasa yang diperintahkan pemerintah mereka seperti contoh :

“Dan bahawa aku hendak menghantarkan hadiah kepada mereka,kemudian aku akan menunggu apakah balasan yang akan dibawa balik oleh utusan-utusan kita.”
[An-Naml 27:35]
– perkataan di atas memakai kalimat “Mursaluun”,apakah Ratu Balqis mengutus Nabi??

“Maka apabila utusan itu datang kepada kaum Nabi Lut..”
[Al-Hijr 15:61]
– perkataan di atas memakai kalimat “Mursaluun”,apakah malaikat-malaikat itu adalah Nabi??

05 – Istilah “Nabi” berasal dari kata “Naba” yang bermaksud “berita” manakala istilah “Rasul” bermaksud “Utusan” dan ianya berasal dari kata “Risala” yang bermaksud “Pembawa Misi”. Kebiasaan mana-mana Nabi yang diceritakan dalam Quran yang juga memegang nubuwwah Rasul akan disebut dengan kalimat “Rasul” secara khusus,contohnya adalah seperti berikut :

“Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Utusan yang sudah pun didahului oleh beberapa orang Utusan sebelumnya. Jika demikian,kalau dia pula mati atau terbunuh,patutkah kamu berbalik menjadi kafir? Dan sesiapa yang berbalik menjadi kafir,maka ianya tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikit pun dan Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur.”
[Ali’Imraan 3:144]
– perkataan dalam ayat di atas memakai perkataan ‘Rasul” merujuk Muhammad SAW dan memakai perkataan “Rasuluun” (Jamak) merujuk Nabi-nabi sebelum baginda (Muhammad SAW). Maknanya,kalimat “Rasul” dalam Quran dipakai khusus kepada Utusan yang dilantik oleh Allah yang memegang mandat kenabian.

06 – Anak-anak murid (Hawariyyun) Jesus Christ pbuh juga tergolong dalam golongan “Mursaluun” kerana mereka diperintahkan oleh Jesus Christ pbuh untuk sampaikan mesej ajaran Tuhan syariat Injeel kepada bangsa Israel yang dalam pembuangan (Matthew 10:5-6 / Matthew 10:23 / Acts 9:15 / Acts 16:6-8 / Acts 1:4-8 / Acts 15:1-31 / Acts 11:19-30 dan 1 Peter 1:1 serta Acts 14:1-28).

NO.3 – PANDANGAN ULAMA TERHADAP PAUL
Imam Al-Qurtubi mengatakan :
“Dikatakan bahawa kaum Nasara (Nazareth) berada dalam Islam selama lapan puluh satu tahun setelah Nabi Isa diangkat ke langit,mereka solat menghadap kiblat dan berpuasa di bulan Ramadhan sehinggalah sampai terjadi peperangan antara mereka dengan Yahudi dan di dalam pasukan Yahudi terdapat seorang lelaki yang berani yang dipanggil “Paulus”,dia telah membunuh banyak pengikut Isa. Kemudian dia berpura-pura menampakkan penyesalan dan menaburkan tanah ke atas kepalanya….”
[Tafseer Qurthubi Vol.6 page 24–25]

Al-Imam Abul-Baqa Sholeh Ibn Husain berkata :
“Aku tidak mengetahui dalam agama Nasara yang lebih celaka dari lelaki ini (Paulus) kerana dia membebaskan bagi mereka hal-hal agama dengan tipu dayanya yang lembut dan halus,maka dia membebaskan sunnah untuk bersunat ketika melihat akal mereka telah menerima semua yang dia sampaikan.”
[Abul Baqa Sholeh Ibn Husain – Takhjil fi-harfil injil Vol.2 page 579]

As-Syaikh Abu Fadh Al-Maliki berkata :
“Paulus ini benar-benar telah menghalalkan agama dengan tipu dayanya yang halus. Ketika dia melihat akal mereka menerima semua yang dia sampaikan,dia mulai menghapus hukum-hukum taurat.”
[Abul Fadhl Al-Maliki – Muntakhob Al-Jalil page 129]

Al Imam Ibnu Hazm Adh Dhahiri mengatakan :
“Para Rahib Yahudi bersepakat untuk menyuap Paulus keturunan Bunyamin, mereka memerintahnya agar menampakkan agama Isa dan menyesatkan pengikutnya dengan menyusupkan faham mengenai ketuhanan Isa. Mereka berkata pada Paulus, “Kami akan menanggung dosamu dalam masalah ini”. Maka Paulus melakukannya.”
[Ibn Hazm – Al-Fashl fil Milal wal Ahwa` Wan Nihal Vol.1 page 127]

Majoriti ulama-ulama dalam Islam melaknat dan mengkritik Paul disebabkan perbuatannya yang berpura-pura,berlakon,menipu dan menyelweng ajaran Jesus Christ pbuh.

NO.4 – HUJAH BIBLE
Jika dilihat kronology dalam Bible,Paul tidak serasi dengan anak murid Jesus. Berikut kita senaraikan beberapa point untuk membuktikan bahawa kronology dakwah Paul tidak disandari melalui kronology dalam Quran surah Yassin 36:13-14 :
* Jesus Christ pbuh tidak pernah menemui Paul,maka bagaimana Paul menjadi salah seorang yang diutuskan oleh Jesus sendiri sedangkan Paul tidak pernah bertemu dengan Jesus Christ pbuh?

* Paul menentang Peter termasuk mengkritik semua Judah (Galatian 2:11-21)

* Paul mengkritik Barnabas sebagai orang yang mengikuti kemunafikan Judah (Galatian 2:13)

* Paul berselisih gaduh dengan anak-anak murid Jesus tentang Hukum (Galatian 2:15-17 / 2 Corinthians 11:4-5 dan 2 Corinthians 11: 22-24)

* Ada utusan lain datang ke Antioch selepas Paul dibawa oleh Barnabas datang ke Antioch (Acts 11:25-27). Maknanya,bukan Paul yang tersenarai dalam utusan-utusan Jesus Christ pbuh.

Jika ada Kristian ingin mengatakan bahawa anak-anak murid (Hawariyyun) Jesus Christ pbuh menyebarkan risalah ajaran Tuhan syariat Injeel kepada Non-Israel (Gentiles),maka ini bercanggah dengan :
– Matthew 15;24
– Matthew 10:5-6
– Matthew 19:27-28
– John 17:9
– Acts 16:6

Bahkan,exegess Christianity (Judeo-Christian Messianic) sendiri mengakui bahawa Jesus dan 12 anak muridnya hanya menyebarkan ajarannya kepada bangsa Judah Israel sahaja :
– https://www.hope-of-israel.org/12apost.htm
– https://www.thetrumpet.com/7076-where-did-christs-apostles-go

RUMUSAN
– Yassin 36:13-14 menerangkan tentang Mursaluun bukan Rasul.
– Yassin 36:13-14 tidak menyebut Paul sebagai Utusan Jesus Christ pbuh.
– Majoriti pendapat ulama dalam tafseer Ibn Kathir yang sahih tidak mengatakan utusan ketiga adalah Bulus (Paulus).
– Pendapat yang mengatakan utusan ketiga adalah Bulus (Paulus) hanya dari satu pendapat iaitu dari Ibn Jurayj dari Wahb bin Sulayman dari Shuayb Ibn Al-Jabai dan pendapat ini adalah Dhaif Jiddan dan Matruk.
– Jumhur ulama mengkritik dan melaknat Paul bukan dalam golongan anak murid (Hawariyyun) Jesus Christ pbuh.
– Kronology dalam Bible membuktikan bahawa ajaran Paul menyelisihkan apa yang anak murid Jesus ajarkan dan ini menjadi antara point bahawa Paul bukan “utusan yang ketiga” itu.
– Dalam Bible,ada utusan lain datang ke Antioch selepas Paul di bawa oleh Barnabas ke Antioch. Maknanya,ada lagi utusan yang masih datang ke Antioch untuk berdakwah sebelum Antioch dimusnahkan disebabkan kekafiran mereka (jika menurut Quran).

KESIMPULAN
Paul tidak disebut dalam Quran dan majoriti “Utusan Ketiga” yang dimaksudkan oleh pendapat para ulama di dalam kitab Tafseer Ibn Kathir bukanlah Paul tetapi Syalum dan pendapat yang mengatakan “utusan ketiga” merujuk Bulus (Paul) adalah Dhaif Jiddan.

pesan Jesus kepada anda,
“Jikalau kamu tetap dalam sabdaku,kamu benar-benar adalah muridku.dan kamu akan mengetahui kebenaran, dan kebenaran itu akan memerdekakan kamu.”
[John 8:31-32]
– memerdekakan anda dari kekufuran…

pesan Rasullullah Muhammad SAW kepada anda :
“Terimalah kebenaran itu walau ianya pahit..”
[Hadith Sahih Bukhari dan Tirmizi]

Firman Allah Azza’Wa’Jalla :
“Telah datang kebenaran dan lenyaplah kebatilan.Sesungguhnya kebatilan itu sememangnya pasti lenyap.”
[Al-Isra’ 17: 81]

“Tiada tuhan selain Allah,Muhammad dan Eesa Al-Masih adalah Utusan Allah serta Jibrail Sayyid Malak Al-Qhuwaan adalah Ruhul Quddus.”