Skip to content

Rebuttal To Sabda Harian – “Allah Tidak Melaknat Mereka Yang Tidak Percaya.”

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Pada 25 July 2019,pengarang SH telah membuat satu artikel yang bertajuk “Allah tidak melaknat mereka yang tidak percaya”. Artikel dari beliau itu boleh lihat disini :
– https://sabdaharian.com/allah-tidak-melaknat-mereka-yang-tidak-percaya/

Setelah saya baca artikel beliau,saya mendapati ada beberapa perkara yang harus saya luruskan. Semoga artikel ini dapat membawa menafaat bersama dan di ambil pengkajian.

SH menulis :
Apakah gambaran kamu terhadap Allah? Adakah Dia seorang yang bartakhta jauh di syurga, di mana kita mendekati-Nya hanya sebagai hamba, penuh dengan ketakutan? Adakah Allah mengkhususkan bangsa yang tertentu dengan melaknati mereka menjadi babi dan beruk?

MAB response :
01 – Pada saya sebagai seorang muslim,gambaran saya terhadap Allah adalah Dia merupakan Al-Khaliq yang tidak berada di dalam alam ini dan Dia bukan berada di dalam syurga kerana Arasy (Tahkta) Tuhan di luar dan di atas syurga yang mana Takhta-Nya menjadi “atap” kepada syurga termasuk seluruh alam ini dan Allah beristawa di atas Arasy-Nya.

02 – Berkenaan dengan soalan saudara yang berbunyi,
“Adakah Allah mengkhususkan bangsa yang tertentu dengan melaknati mereka menjadi babi dan beruk?”

Saya tahu anda tujukan ini kepada Quran yang mana Allah melaknat bangsa Israel di Aylah sehingga menjadi kera dan khinzir. Disini saya jawab bahawa bangsa Israel disumpah oleh Allah menjadi kera kerana melanggar Sabbath dan bukti sejarah ditunjukkan bahawa orang Israel yang menjadi monyet hanya 12 000 orang Judah Israel dari 70 000 penduduk Aylah yang ada pada masa itu. Bukti bahawa Israel yang disumpah oleh Allah menjadi Kera kerana melanggar Hukum Sabbath boleh liat dalam sumber disini :
– http://jews-for-allah.org/Jews-and-Muslims-Agree/jewishsabbath-islamsabbath.htm
– http://www.answering-christianity.com/apes_and_swines.htm
– http://www.answering-christianity.com/sami_zaatri/3_misinterpreted_ayat.htm
– https://www.eramuslim.today/alquran/tafsir-al-a-039raaf-166-yahudi-dikutuk-jadi-kera.htm#.WKHrbDWbvcs

Bahkan Bible anda sendiri menceritakan hal yang sama dalam Numbers 14:10-24 dan Numbers 16:29-31. Walau ayat-ayat tersebut tidak menceritakan secara jelas dan selaras dengan Quran,namun ayat disitu jelas memberitahu bahawa pernah terjadi sejarah Allah melaknat bangsa tersebut dan ayat itu jelas memberitahu bahawa Allah melaknat bangsa yang ingkar dan tidak percaya.

Notis :
Saya lebih memilih hukuman mereka disumpah menjadi kera dan khinzir daripada mereka ditelan bumi kerana bangsa Israel tidak ingin malukan bangsa mereka dengan kejadian disumpah menjadi Kera disebabkan hukuman itu lebih hina dari hukuman ditelan bumi. Maka sebab mereka mengubah isi fakta sebenar dengan mengubah ayat dari hukuman disumpah kera menjadi hukuman ditelan bumi dan ini disahkan oleh Nabi Jeremiah sendiri (Jeremiah 8:8).

SH menulis :
Adakah Allah mengutuskan orang Kristian untuk membunuh mereka yang tidak percaya serta mengusirkan mereka daripada tanah kamu? Siapakah Allah orang Kristian sebenar yang dipaparkan di dalam Alkitab?

MAB response :
Apabila anda mengatakan seperti begini,apakah maksudnya Tuhan dalam Perjanjian Baru tidak sama seperti Tuhan dalam Perjanjian Lama??
(A) SAMA
(B) TIDAK SAMA

Jika anda mengatakan SAMA,maka anda akui bahawa Tuhan Kristian memerintahkan membunuh mereka yang tidak percaya dalam Perjanjian Lama.

Jika anda mengatakan TIDAK SAMA,maka anda telah melanggari Hukum Pertama yang disampaikan oleh Moses pbuh (Deuteronomy 6:4) dan Jesus Christ pbuh sendiri (Mark 12:28-31).

Jangan lupa,ayat perang dalam Quran hanya sebanyak 85 kali sahaja dari 342 ayat kekerasan manakala ayat perang dalam Bible sebanyak 843 kali dari 2175 ayat kekerasan… Quran mengajar kasih sebanyak 279 ayat dari 1843 moral kebaikan dan memiliki satu surah lengkap dinamakan Al-Rahman (Maha Pengasih) manakala dalam Bible hanya mengajar kasih sebanyak 186 ayat dari 696 ayat tentang moral kebaikan…Dan dalam Quran,Iblis disebut hanya 11 kali dan Syaitan disebut 62 kali sahaja manakala Bible sebanyak 116 kali tidak termasuk kata ganti nama khas syaitan..jadi saya bertanya,mana satu kitab yang ajar keganasan,peperangan sekaligus menjadi kitab Iblis??
(A) Quran
(B) Bible

Jika anda berkata Jesus mengajar ajaran kasih tanpa membunuh,anda lupa bahawa anda dan Kristian lain beriman bahawa Jesus itu Firman (Logos) yang menjelma menjadi manusia (Reincarnation). Maka sebelum dia menjadi manusia,ia adalah Firman Tuhan Bapa. Jadi semasa zaman Musa,Jesus itu adalah tuhan jika menurut pemahaman kepercayaan Kristian,betul??

Maknanya ayat perang dan membunuh dalam Perjanjian Lama (saya kutip beberapa ayat dari 2175 ayat keganasan) iaitu 2 Chronicles 15:12-13,Deuteronomy 13:6-19,Exodus 22:20,Deuteronomy 17:12-13,Deuteronomy 18:20 dan Jude 5 adalah ATAS PERINTAH JESUS SENDIRI. Bahkan dalam 1 Samuel 15:3 adalah ayat perintah dari tuhan kepada Musa dan Bani Israel untuk memerangi orang-orang Amalech serta membunuh wanita,kanak-kanak dan binatang ternakan. Jadi,itu semua adalah perintah Jesus Christ pbuh sendiri jika MENURUT KEPERCAYAAN KRISTIAN bahawa Jesus adalah Logos (Firman) semasa di era Perjanjian Lama.

SH menulis,
Kita tahu bahawa Allah itu bukan sahaja Maha Pengasih, tetapi Allah adalah kasih. Hanya orang Kristian sahaja yang berani menyatakan bahawa Allah itu kasih, kerana ini diakui oleh Alkitab di dalam 1 Yohanes 4:16.

Salah satu ayat Alkitab yang paling terkenal tertera dalam Yohanes 3:16, di mana “Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal.”

MAB response :
Allah Azza’Wa’Jalla adalah Tuhan Yang Maha Pengasih (Ar-Rahman) tetapi Allah BUKAN kasih. Jika ayat ini anda pakai,maka secara tidak langsung anda ingin mewujudkan satu idealogy “Anthropomorphism”. Sama seperti Bible kata seperti berikut :

“Allah itu Roh dan barangsiapa menyembah Dia, harus menyembah-Nya dalam roh dan kebenaran.”
[John 4:24]
– Selain dari Kasih,apakah Allah itu Ruh??

“Percayalah kepada TUHAN selama-lamanya, sebab TUHAN ALLAH adalah gunung batu yang kekal.”
[Isaiah 26:4]
– Selain kasih dan ruh,apakah Allah itu adalah gunung batu??

“Sebab Allah kita adalah api yang menghanguskan.”
[Hebrew 12:29]
– Selain kasih,ruh dan gunung batu,apakah Allah itu adalah api yang menghanguskan??

Jadi antara semua ini,mana satu yang benar??
(A) Kasih
(B) Ruh
(C) Api
(D) Gunung Batu

Jika anda mengatakan semua ini adalah benar,maka anda akui bahawa ajaran Kristian berani mengajarkan unsur Pantheism yang sesat sedangkan Jesus Christ pbuh TIDAK PERNAH mengajar sedemikian. Ini sekaligus meruntuhkan bahawa Kristian BUKAN Pengikut Jesus Christ pbuh yang sebenar.

SH menulis :
Saudara-saudari yang dikasihi Yesus, jangan hidup di dalam ketakutan bahawa Allah yang kamu sembah akan melaknat golongan atau bangsa yang tertentu pada hari akhirat. Dia juga tidak pernah mengarahkan orang Kristian untuk melaknat sesiapapun melalui doa atau ucapan. Di sebaliknya, Allah memerintah kita supaya “…mengasihi orang lain, kerana Allah mengasihi kita terlebih dahulu” (1 Yohanes 4:19). Allah orang Kristian tidak akan menukar sesiapapun menjadi babi atau beruk, lebih-lebih lagi memanggil sesiapa yang tidak percaya kepada-Nya sebagai makhluk yang melata. Dia ingin memakai kamu dan saya untuk menyeru mereka yang masih hidup di dalam kegelapan rohani supaya memasuki kerajaan syurga.

MAB response :
01 – Saudaraku,sememangnya kita tidak perlu risau juga kita berada di pihak golongan yang percaya (Mushlam in Aramaic @ Muslim in Arabic) seperti yang dinyatakan dalam 1 John 4:18-19. Namun kita tidak boleh kata kita jangan takut kerana kita tidak tahu apa akan jadi pada masa akan datang. Hari ini kita boleh kata kita seorang beriman kepada Allah,namun kita tidak tahu pada masa akan datang apakah kita terus kekal beriman atau menjadi seorang ingkar yang tidak percaya (kafir). Maka sebab itu mengapa wujudnya orang murtad dan orang musyrik dan kita dilarang untuk berbangga. Sepatutnya apabila menjadi seorang beriman,kita harus terus sentiasa takut kepada Allah.

Jesus Christ pbuh sendiri kata bahawa takutlah kepada Allah yang Maha Berkuasa membinasakan sama ada jiwa mahu pun tubuh di dalam Neraka (Matthew 10:28). Maknanya,Tuhan bukan sahaja berkuasa melaknat tetapi juga berkuasa merejam manusia yang zalim dan tidak percaya (Kafir). Bahkan dalam Perjanjian Lama,terdapat 21 ayat untuk takut kepada Allah :
– Psalm 25:12-14
– Psalm 31:19
– Psalm 33:18
– Psalm 34:7-9
– Psalm 85:9
– Psalm 103:11-17
– Psalm 111:4-5
– Psalm 112:1-2
– Psalm 115:13
– Psalm 128:1-4
– Psalm 145:19
– Proverb 10:27
– Proverb 14:26-27
– Proverb 15:33
– Proverb 16:6
– Proverb 19:23
– Proverb 22:4
– Proverb 23:17
– Ecclesiastes 8:12-13
– Ecclesiastes 5:7
– Ecclesiastes 12:13

Takut kepada Allah bukan sahaja dalam Perjanjian Lama,namun dalam Perjanjian Baru juga di perintahkan untuk takut kepada Allah. Antaranya ialah dalam :
– Acts 9:31
– Acts 10:1-2
– Acts 10:34-35
– I Peter 2:17

Surat-surat Paul juga mengajar untuk takut kepada Tuhan :
– Colossians 3:22
– I Peter 2:17
– II Corinthians 7:1

Jika pemahaman dari penjelasan anda benar,maka pasti akan bercanggah dengan ayat seperti berikut :
“Hai anakku, jikalau engkau menerima perkataanku dan menyimpan perintahku di dalam hatimu, sehingga telingamu memperhatikan hikmat, dan engkau mencenderungkan hatimu kepada kepandaian, ya, jikalau engkau berseru kepada pengertian, dan menujukan suaramu kepada kepandaian, jikalau engkau mencarinya seperti mencari perak, dan mengejarnya seperti mengejar harta terpendam, maka engkau akan memperoleh pengertian tentang takut akan TUHAN dan mendapat pengenalan akan Allah.”
[Proverb 2:1-5]

Jadi jelas,tidak perlu takut dalam kebenaran kasih Allah tetapi pada masa yang sama takutlah kepada kekuasaan Allah BUKAN tidak perlu takut dalam kasih Allah sehingga tidak perlu takut dengan azab Allah sehingga wujud alasan kononnya Allah tidak melaknat orang yang tidak percaya. Jika benar demikian dakwaan anda,maka apakah anda setuju bahawa perogol juga tidak dilaknat Allah seterusnya sama-sama masuk syurga bersama mangsa dirogol tanpa dihukum azab si perogol tersebut??

02 – Berkenaan hal Allah telah menghukum manusia menjadi beruk dan khinzir telah saya jawab sebelum ini di atas. Jelas bahawa Tuhan dalam Bible juga melaknat dan merejam mereka yang tidak percaya dan ingkar.

SH menulis :
Dua lagi ayat Alkitab yang menunjukkan kebesaran Allah serta kasih-Nya kepada manusia sejagat boleh didapati dalam 2 Petrus 3:9 serta 1 Timotius 2:4.

2 Petrus 3:9 menyatakan, “Tuhan tidak berlambat untuk melakukan apa yang sudah dijanjikan-Nya, meskipun beberapa orang berfikir demikian. Sebaliknya, Dia sabar terhadap kamu, kerana Dia tidak ingin sesiapapun binasa. Dia mahu semua orang bertaubat daripada dosa.”

1 Timotius 2:4, “Dia [Allah] mahu semua orang diselamatkan serta mengetahui ajaran benar tentang penyelamatan, kerana hanya ada satu Allah dan hanya dada satu yang dapat memimpin manusia kepada Allah, iaitu Kristus Yesus yang datang ke bumi sebagai manusia.”

MAB response :
dua (02) ayat yang anda berikan tersebut berkenaan dengan kenyataan kehendak Allah inginkan semua manusia menjadi beriman,percaya dan selamat. Dan jangan lupa,ayat dalam 2 Peter 3:7 memberitahu peringatan tentang Hari Penghakiman dan kebinasaan kepada orang-orang fasik dan orang yang tidak percaya.

SH menulis :
Allah sangat sayang kepada kamu dan saya, oleh itu Dia memberi kita pilihan untuk mengikuti-Nya ataupun menolak-Nya. Sesiapa yang ingin mengikuti Allah perlu percaya kepada Tuhan Yesus sebagai Anak Allah yang telah mati di atas kayu salib untuk dosa mereka, dan dia akan menerima hidup yang kekal. Pokoknya, penerimaan Yesus Kristus sebagai Juruselamat peribadi adalah langkah yang pertama, dan Roh Kudus akan datang menyempurnakan kita supaya kita siap sedia menghadapi Allah di syurga nanti. Sebelum itu, kita yang telah percaya pada Yesus perlu hidup dengan saling mengasihi serta bertaubat daripada kehidupan yang berdosa.

MAB response :
01 – Allah sememangnya sayang kepada manusia,maka sebab itu Allah turunkan ajaran-Nya kepada setiap para Nabi untuk disampaikan kepada kita semua (manusia) agar kita ikuti ajaran Tuhan. Allah sesekali tidak akan laknat selagi ajaran-Nya itu belum sampai kepada kita (Fatrah) namun Allah akan laknat apabila ajaran-Nya itu telah sampai kepada kita namun kita masih ingkar.

Sebagai contoh,Allah sampaikan ajaran-Nya bahawa tidak ada tuhan melainkan hanya Allah Deuteronomy 6:4 (Torah) / Mark 12:29 (Gospel) dan Al-Ikhlas 112:1 (Quran) namun setelah disampaikan ajaran,Kristian yang mengaku pengikut Jesus kononnya masih mensyirikkan tuhan. Maka jangan salahkan Tuhan itu jahat apabila Dia melaknat Kristian sebagai kafir (Al-Maidah 5:71-73).

02 – Berkenaan tentang penyaliban penebusan dosa dan ketuhanan Jesus telah saya jawab disini :

Meruntuhkan Ketuhanan Jesus Christ pbuh dalam Bible :
– https://muslim-apologetic-borneo.com/eesa-al-masih-alaihissalam-ibni-maryam-bukan-tuhan-dalam-bible/

Meruntuhkan Penyaliban Penebusan Dosa :
– https://muslim-apologetic-borneo.com/menjawab-missionaries-600-tahun-pohon-tamar-ukhta-harun-dan-penyaliban/
– https://muslim-apologetic-borneo.com/rebuttal-to-sabda-harian-dan-david-woods-ajaran-palsu-zakir-naik-tentang-penyaliban-yesus/
– https://muslim-apologetic-borneo.com/bukti-jesus-christ-pbuh-berperang-dengan-pedang-qital-dalam-perjanjian-baru/
– https://muslim-apologetic-borneo.com/rebuttal-to-sabda-harian-benarkah-jesus-mati-disalib/

SH menulis :
Pada hari akhirat, sesiapa yang dibuang ke neraka tidak mempunyai alasan bahawa dia dilaknat Allah ataupun itu kehendak Allah, kerana ini adalah hasil keputusan sendiri, yakni menolak Yesus sebagai Juruselamat sewaktu masih hidup.

Sahutan Allah kepada orang ramai pada hari ini masih sama, di mana Dia ingin menyelamatkan semua orang daripada api neraka yang disediakan untuk Syaitan dan roh-roh jahat. Kalau kamu berasa bahawa rohmu dipanggil Allah, terimalah sahaja jemputan-Nya. Seperti yang Paulus menyatakan di dalam 2 Korintus 6:2, “…Ketahuilah bahawa sekaranglah masa yang diperkenankan Allah, dan sekaranglah hari kamu diselamatkan!”

MAB response :
01 – Terima kasih kerana akhirnya anda akui bahawa Allah melaknat orang yang tidak percaya dan ini bercanggah dengan artikel dan tajuk artikel anda sendiri.

02 – Sila berikan SATU DALIL dari lisan Jesus Christ pbuh sendiri dalam semua versi Bible ada mengatakan bahawa sesiapa yang tidak percaya Jesus Christ pbuh adalah tuhan,maka akan dilaknat oleh Allah dan dimasukkan ke Neraka. Silakan tuan~

TIDAK ADA satu ayat pun Jesus kata dirinya adalah tuhan tetapi Jesus dan Hawariyyunnya berulang kali (sebanyak 30 kali) memberitahu bahawa dirinya adalah Utusan Allah (Nabi) dalam :
– Mark 6:4-6
– Matthew 10:40
– Matthew 13:57
– Matthew 15:24-26
– Matthew 21:11
– Matthew 21:46
– Matthew 23:10
– Luke 4:18-24
– Luke 4:43
– Luke 7:16
– Luke 7:39
– Luke 9:48
– Luke 10:16
– Luke 24:19
– John 4:34
– John 4:44
– John 5:30
– John 6:14
– John 6:38-39
– John 7:33
– John 7:40
– John 8:29
– John 9:4
– John 11:42
– John 12:49
– John 17:3-9
– Acts 2:22
– Acts 3:13
– Acts 3:26
– Acts 4:27

“Sembahlah Allah,kepada Dia sahaja kamu harus berbakti.”
[Luke 4:8 dan Matthew 4:10]
– Jesus tidak mampu mengatakan “Akulah Tuhan” dan “Sembahlah aku” tetapi dia mampu mengatakan “Allah itu tuhan yang satu” (Mark 12:29) dan mampu mengatakan “Sembahlah Allah…” (Matthew 4:10 dan Luke 4:8),maka apa alasan anda lagi untuk mengatakan Jesus Christ pbuh adalah tuhan??

Mengapa anda masih tidak beriman dan tergolong dalam golongan orang yang tidak percaya??

KESIMPULAN
Allah memiliki haq dan kuasa untuk melaknat kepada orang yang ingkar dan tidak percaya (kafir) setelah disampaikan ajaran yang benar Dari-Nya namun tidak di ikuti bahkan di ingkari. Maka jangan salahkan Tuhan apabila Dia melaknat dan merejam apabila manusia yang kufur memilih jalan untuk ingkar.

Sesungguhnya Allah Maha Pengasih kepada manusia,maka sebab itu Kasih-Nya itu Dia berikan rezeki dan hidayah walau manusia itu kafir Kepada-Nya sehinggakan Dia berikan ruang untuk bertaubat Kepada-Nya. Namun ada golongan manusia yang mengaku benar tidak takut kepada Kasih Allah bahkan tidak takut juga kepada murka Allah dan buat dakwaan bahawa kononnya Allah tidak melaknat manusia yang tidak percaya.

Nauzubillah min zaalik~

“Sesungguhnya telah kafirlah orang yang berkata: “Sesungguhnya Allah ialah Al-Masih putera Maryam”. Padahal Al-Masih sendiri berkata: “Wahai Bani Israel! Sembahlah Allah,Tuhanku dan Tuhan kamu”. Sesungguhnya orang yang mempersekutukan Allah,maka pasti Allah mengharamkan kepadanya Syurga dan tempat kembalinya ialah Neraka. Tidaklah ada bagi orang zalim itu seorang penolong pun.”
[Al-Maidah 5:72]

pesan Eesa Al-Masih Alaihissalam @ Jesus Christ :
“Jikalau kamu tetap dalam sabdaku,kamu benar-benar adalah muridku.dan kamu akan mengetahui kebenaran dan kebenaran itu akan memerdekakan kamu.”
[John 8:31-32]
– memerdekakan anda dari kekufuran…

pesan Rasullullah Muhammad SAW,
“Terimalah kenyataan itu walau ianya pahit…”

Firman Allah Azza’Wa’Jalla – Tuhan Yang Maha Esa :
“Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap.Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.”
[Al-Isra 17:81]