Tag: 1 Samuel 15:3

  • Rebuttal to Sabda Harian – “Benarkah Allah berkenan dengan penghapusan bangsa?”

    Rebuttal to Sabda Harian – “Benarkah Allah berkenan dengan penghapusan bangsa?”

    Reading Time: 7 minutes

    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

    Pada 23 Oct 2019,pengarang Sabda Harian telah menulis satu artikel yang bertajuk “Benarkah Allah Berkenan Dengan Genosid/Penghapusan Bangsa?”. Artikel dari beliau itu boleh rujuk disini :
    – https://sabdaharian.com/benarkah-allah-berkenan-dengan-genosid-penghapusan-bangsa/

    Setelah kita teliti artikel beliau,kita mendapati ada beberapa kesilapan dari isi kandungan nukilan beliau. Disini kita akan luruskan atas tujuan agar beliau memahami suatu kebenaran pahit.

    SH menulis,
    “Beginilah firman TUHAN semesta alam: Aku akan membalas apa yang dilakukan orang Amalek kepada orang Israel, karena orang Amalek menghalang-halangi mereka, ketika orang Israel pergi dari Mesir. Jadi pergilah sekarang, kalahkanlah orang Amalek, tumpaslah segala yang ada padanya, dan janganlah ada belas kasihan kepadanya. Bunuhlah semuanya, laki-laki maupun perempuan, kanak-kanak maupun anak-anak yang menyusu, lembu maupun domba, unta maupun keledai.”
    [1 Samuel 15:2-3]

    Salah satu soalan yang seringkali dibangkit oleh orang adalah, “Bagaimanakah seorang Allah yang dikatakan baik sanggup meluluskan genosid (penghapusan bangsa)? Petikan yang dirujuk biasanya 1 Samuel 15, di mana Allah berfirman kepada nabi Samuel supaya mengarahkan Raja Saul untuk menghapuskan semua orang Amalek: dari bayi sehingga yang tua, tidak mengambil kira umur ataupun jantina mereka. Semua haiwan ternakan mereka juga perlu dihapuskan. Adakah ini tindakan yang wajar diambil oleh Allah yang Maha Penyayang? Mari kita mengupas soalan tersebut.

    Orang Amalek merupakan keturunan Esau, di mana mereka telah lama memusuhi kaum Israel. Orang Amalek berperang dengan bangsa Israel di Rafidim (Keluaran 17:8). Mereka menyimpan dendam terhadap orang Israel kerana cemburu dengan kemakmuran bangsa Israel dalam masa yang singkat. Semua berkat ke atas bangsa Israel adalah sepertimana yang Allah janjikan kepada Yakub. Oleh itu, orang Amalek sentiasa mengancam bangsa Israel, dan Allah berfirman kepada Musa dalam Keluaran 17:14, “Tulislah hal ini dalam kitab sebagai peringatan, dan sampaikan kepada Yosua bahawa Aku akan menghapuskan segala kenangan tentang orang Amalek dari bawah kolong langit.”

    MAB response :
    Pertama sekali,ingin saya katakan yang kita berdua bersetuju bahawa ALLAH TIDAK MEMERLUKAN ATAU TIDAK BERKENAN DENGAN PENGHAPUSAN (GENOSID) BANGSA. Namun Bible anda tidak bercanggah tentang hal tersebut. Mengapa??

    Mari kita baca beberapa ayat tentang Maha Keadilan Tuhan :
    “Jauhlah kiranya dari pada-Mu untuk berbuat demikian, membunuh orang benar bersama-sama dengan orang fasik, sehingga orang benar itu seolah-olah sama dengan orang fasik! Jauhlah kiranya yang demikian dari pada-Mu! Masakan Hakim segenap bumi tidak menghukum dengan adil?”TUHAN berfirman: “Jika Kudapati lima puluh orang benar dalam kota Sodom, Aku akan mengampuni seluruh tempat itu karena mereka.” Abraham menyahut: “Sesungguhnya aku telah memberanikan diri berkata kepada Tuhan, walaupun aku debu dan abu. Sekiranya kurang lima orang dari kelima puluh orang benar itu, apakah Engkau akan memusnahkan seluruh kota itu karena yang lima itu?” Firman-Nya: “Aku tidak memusnahkannya, jika Kudapati empat puluh lima di sana.” Lagi Abraham melanjutkan perkataannya kepada-Nya: “Sekiranya empat puluh didapati di sana?” Firman-Nya: “Aku tidak akan berbuat demikian karena yang empat puluh itu.” Katanya: “Janganlah kiranya Tuhan murka, kalau aku berkata sekali lagi. Sekiranya tiga puluh didapati di sana?” Firman-Nya: “Aku tidak akan berbuat demikian, jika Kudapati tiga puluh di sana.” Katanya: “Sesungguhnya aku telah memberanikan diri berkata kepada Tuhan. Sekiranya dua puluh didapati di sana?” Firman-Nya: “Aku tidak akan memusnahkannya karena yang dua puluh itu.” Katanya: “Janganlah kiranya Tuhan murka, kalau aku berkata lagi sekali ini saja. Sekiranya sepuluh didapati di sana?” Firman-Nya: “Aku tidak akan memusnahkannya karena yang sepuluh itu.”
    [Genesis 18:25-32]

    “Gunung Batu, yang pekerjaan-Nya sempurna, karena segala jalan-Nya adil, Allah yang setia dengan tiada kecurangan,adil dan benar Dia.”
    [Deuteronomy 32:4]

    “Dengan tidak memandang lagi zaman kebodohan, maka sekarang Allah memberitakan kepada manusia, bahwa di mana-mana semua mereka harus bertobat. Karena Ia telah menetapkan suatu hari, pada waktu mana Ia dengan adil akan menghakimi dunia oleh seorang yang telah ditentukan-Nya, sesudah Ia memberikan kepada semua orang suatu bukti tentang hal itu dengan membangkitkan Dia dari antara orang mati.”
    [Acts 17:30-31]

    “Tetapi oleh kekerasan hatimu yang tidak mau bertobat, engkau menimbun murka atas dirimu sendiri pada hari waktu mana murka dan hukuman Allah yang adil akan dinyatakan. Dia akan membalas setiap orang menurut perbuatannya..”
    [Romans 2:5-6]

    Banyak lagi ayat tentang Maha Keadilan Tuhan tetapi cukup tiga (03) ayat saya berikan di atas. Dalam Genesis 18:25-32 memberitahu bahawa Tuhan itu Maha Adil dan seandainya sekalipun hanya sepuluh (10) orang yang tidak bersalah dalam suatu kota itu,Tuhan tidak akan lenyapkan Kota dan bangsa itu. Deuteronomy 32:4,Acts 17:30-31 dan Romans 2:5-6 secara mutlak memberitahu bahawa Tuhan itu Maha Adil.

    Tiga (03) ayat ini cukup membuktikan bahawa ini bertentangan dengan 1 Samuel 15:3. Mengapa?? Kerana tindakan perintah Allah kepada Israel membasmi semua keturunan termasuk Amalek sehingga wanita,bayi dan binatang ternakan yang tidak bersalah harus dibunuh dan ini bertentangan dengan sifat Maha Adil-Nya. Saya ingin bertanya,
    – Sila baca Exodus 17:8-13,apakah orang Amalek berperang menentang Israel dengan membunuh wanita,bayi dan binatang ternakan??

    Jika ADA,maka sila tunjukkan dimana ayat mengatakan Amalek membunuh wanita,bayi dan binatang ternakan??

    Jika TIDAK ADA,ada percanggahan antara ayat 1 Samuel 15:3 dengan Genesis 25:32,Deuteronomy 32:4,Acts 17:30-31 dan Romans 2:5-6.

    Maka dimanakah Maha Keadilan Tuhan dan apakah Tuhan Israel dalam Bible Maha Pengasih??

    SH menulis,
    Allah mempunyai hak untuk menghakim sesiapapun. Alkitab menyatakan bahawa semua orang telah berdosa dan harus dihakimi Allah. Dengan demikian, penghapusan orang Amalek bukannya keputusan untuk membunuh sembarangan. Pembunuhan bererti meragut nyawa secara sembarangan dengan niat untuk melakukan demikian. Kalau seorang mati di tangan kita kerana kita mempertahankan diri, itu tidak dikira sebagai membunuh.

    MAB response :
    Benar! semua orang yang berdosa harus dihakimi Allah namun kita harus ingat bahawa Allah menghakimi sesuai perbuatan dosanya selaras Sifadh Keilahian-Nya Yang Maha Adil (Psalm 11:7 / Psalm 45:7 / Psalm 72:2 / Psalm 82:1-4 / Isaiah 61:8 / Jeremiah 22:3-17 / Ezekiel 45:9 dan Hosea 10:12). Kamu ingin katakan bahawa orang Israel melakukan pembunuhan dengan serangan kembali disebabkan Amalek terlebih dahulu memulakan pembunuhan dalam peperangan,yang menjadi persoalan ialah mengapa wanita,bayi dan binatang terbakan harus dibunuh??Apa dosa mereka sehingga dibunuh sedangkan mereka tidak ada kaitan dalam peperangan??

    SH menulis,
    Apabila Allah mengarahkan bangsa Israel untuk menghapuskan bangsa yang berlainan, perbuatan tersebut dikira sebagai penghakiman Allah kerana bangsa tersebut telah dijatuhkan hukuman oleh Allah sendiri setelah diberi peluang demi peluang untuk bertaubat tanpa menunjukkan sebarang kekesalan hati. Lagipun, Allah yang Maha Mengetahui juga menyelamatkan anak-anak muda daripada terjerumus ke dalam lembah dosa. Selain daripada itu, Allah menghalang generasi-generasi yang akan menyusuli mereka daripada berdosa dengan lebih banyak lagi.

    Akhirnya, salah satu sebab Allah di dalam Perjanjian Lama kelihatan begitu tegas dalam pendirian-Nya untuk menghapuskan bangsa-bangsa lain secara keseluruhan adalah untuk memastikan bahawa keturunan Mesias tidak dicemari. Syaitan memulakan peperangannya terhadap Allah dengan cubaan menghapuskan umat manusia di Taman Eden, serta merosakkan dunia yang akhirnya dihakimi dengan banjir besar, percubaan untuk menghapuskan bangsa Israel melalui peperangan serta menggalakkan orang Israel untuk menyembah berhala melalui pendedahan kepada budaya lain serta perkahwinan dengan wanita dari budaya yang menyembah berhala.

    Kedua-dua penyembahan berhala dan perkahwinan campur dengan orang bukan Israel bermakna bahawa nubuatan tentang Mesias tidak akan berhasil, kerana nubuatan jelas menyatakan dari manakah keturunan orang Israel yang tertentu akan datangnya Mesias. Mesias, iaitu Yesus, adalah orang yang dipilih Allah sebagai korban untuk dosa umat manusia sejagat, di mana tanpa kematian Yesus di atas kayu salib, tiada pengampunan dosa akan berlaku. Jikalau dosa kamu dan saya tidak diampun, maka semua orang tidak akan memperoleh penyelamatan. Jadi, Allah memastikan kebinasaan orang jahat seperti Amalek bangsa supaya Mesias akan datang mengikut rancangan-Nya.

    MAB response :
    01 – Saya setuju jika peperangan di lakukan disebabkan kezaliman yang di olahkan dari bangsa lain namun Allah tidak akan lakukan sesuatu yang melanggari Sifadh Ilahiyyah-Nya. Apa yang Allah rencanakan adalah selaras dengan Sifadh Ilahiyyah-Nya. Allah tidak terikat dengan peluang berkuantiti seperti manusia yang mana sekiranya bangsa itu tetap kufur dan zalim,Allah boleh sahaja perintahkan malaikat untuk binasakan kaum itu seperti mana kaum Aad dan Madyan dimusnahkan dengan Kuasa Allah sendiri tanpa peperangan ATAU Allah boleh sahaja rencanakan sesuatu yang indah pada masa akan datang yang mana kaum yang zalim itu akan lahir keturunan beriman seperti mana kaum Thaif yang dahulunya kafir tetapi generasi kini bangsa itu semuanya beriman. Bukankah Allah boleh lakukan apa sahaja,bukan??

    Bukan dengan membunuh wanita,bayi dan binatang ternakan yang tidak tahu apa-apa serta tidak berdosa!

    02 – Tidak perlu berbelit dengan alasan “untuk memastikan bahawa keturunan Mesias tidak dicemari”. Sebelum kedatangan Jesus,seramai enam (06) orang Al-Masih telah dipilih Allah. Isu pointnya adalah pembunuhan terhadap wanita,orang tua,bayi,kanak-kanak dan binatang ternakan yang tidak berdosa dan tidak tahu tahu apa-apa serta tidak ada kaitan dalam peperangan. Jika mereka semua ini tidak dibunuh,apakah keturunan Al-Masih akan tercemar??

    Maknanya Tuhan Israel dalam Bible memang berkenan dengan penghapusan bangsa!

    Saya berikan satu (01) lagi ayat membuktikan Tuhan Israel dalam Bible berkenan dengan penghapusan dosa :
    “Kemudian Sihon dan seluruh tentaranya maju mendatangi kita, untuk berperang dekat Yahas,tetapi TUHAN, Allah kita, menyerahkan dia kepada kita, sehingga kita mengalahkan dia dengan anak-anaknya dan seluruh tentaranya. Pada waktu itu kita merebut segala kotanya dan menumpas penduduk setiap kota: laki-laki dan perempuan serta anak-anak. Tidak ada seorangpun yang kita biarkan terluput;hanya hewan kita rampas bagi kita sendiri, seperti juga jarahan dari kota-kota yang telah kita rebut. Mulai dari Aroer, di tepi sungai Arnon, dan kota di lembah itu, sampai Gilead tidak ada kota yang bentengnya terlalu kuat bagi kita; sebab TUHAN, Allah kita, menyerahkan semuanya kepada kita. Hanya negeri bani Amon tidak engkau dekati, baik sungai Yabok sepanjang tepinya maupun kota-kota di pegunungan, tepat seperti yang dilarang TUHAN, Allah kita.”
    [Deuteronomy 2:32-37]

    03 – Asbab Penyembahan berhala dan perkahwinan campur bukan alasan untuk nubuatan tentang Mesias tidak akan berhasil. Ini kerana boleh sahaja rencana Allah tentukan keturunan yang baik dari kalangan Israel sendiri tanpa ada percampuran benih dari keturunan bangsa lain yang menyembah berhala. Maka ini bukan alasan untuk menghalalkan membunuh orang tua,wanita,kanak-kanak,bayi dan binatang ternakan yang tidak berdosa dan tidak tahu apa-apa serta tidak ada kaitan dalam peperangan.

    Dan memandangkan anda menjadikan keturunan Jesus selaku Al-Masih sebagai alasan untuk membolehkan membunuh orang tua,wanita,kanak-kanak,bayi dan binatang ternakan yang tidak berdosa dan tidak tahu apa-apa serta tidak ada kaitan dalam peperangan,maka anda lupa bahawa Allah merencanakan keturunan Jesus sebagai Al-Masih boleh dicemari dengan asbab lain iaitu keturunan Jesus di anggap sebagai anak zina dan keturunan zina oleh Bani Israel sendiri (Sanhedrin 106a / Shabbat 104b / Yebamoth 49b / Yevamot 4:18 / Avot 5:19 dan Gittin 56b-57a). Apakah ini tidak mencemari keturunan Al-Masih??…Jadi mohon jangan berbelit untuk tegakkan benang yang basah! bangsa Amalek memang jahat dan zalim pada awalnya namun untuk memerangi mereka bukan melalui membunuh orang-orang yang tidak bersalah dalam kalangan bangsa mereka!

    KESIMPULAN
    Maka jelas Tuhan Israel dalam Bible berkenan dengan penghapusan bangsa!. Walau kami (muslim) akui Tuhan Israel dalam Bible dan Tuhan dalam Quran adalah sama,namun isi kandungan dalam Bible menceritakan tindakan Tuhan Israel itu mencurigakan apakah benar Firman perintah Dari-Nya atau rekaan manusia sehingga memfitnah Tuhan!

    Semoga anda membuka minda dan belajar untuk memahami Bible dengan uslub Hermneutical Biblical yang tulus BUKAN melalui telunjuk gereja anda.

    pesan Eesa Al-Masih Alaihissalam @ Jesus Christ :
    “Jikalau kamu tetap dalam sabdaku,kamu benar-benar adalah muridku.dan kamu akan mengetahui kebenaran dan kebenaran itu akan memerdekakan kamu.”
    [John 8:31-32]
    – memerdekakan anda dari kekufuran…

    pesan Rasullullah Muhammad SAW,
    “Terimalah kenyataan itu walau ianya pahit…”

    Firman Allah Azza’Wa’Jalla – Tuhan Yang Maha Esa :
    “Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap.Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.”
    [Al-Isra 17:81]

  • Benarkah Islam mengajar bunuh cicak dapat pahala?

    Benarkah Islam mengajar bunuh cicak dapat pahala?

    Reading Time: 4 minutes

    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

    Syukur kepada Allah Tuhan sekalian alam kerana mengizinkan saya lagi untuk membuat satu perkongsian ilmiah dalam menyampaikan dakwah Islam. Dalam artikel kita pada kali ini,disini saya ingin menjawab salah satu salah faham tentang Islam berkenaan tajuk “Benarkah Islam mengajar bunuh cicak dapat pahala?”.

    Anti-Islam baik dari kalangan Missionaries / Cybertroopers / Evangelist dan Apologetics selalu mengutarakan fitnah yang mana mereka menuduh bahawa Islam adalah ajaran sesat kerana mengajar membunuh cicak di rumah sedangkan cicak di rumah tidak melakukan apa-apa sesuatu yang zalim atau kemudharatan kepada manusia. Ditambahkan lagi membunuh cicak di rumah mendapat pahala,maka ini membuktikan lagi bahawa Islam adalah ajaran dari syaitan.

    Ok baik….Seringkali kita dengar dari lisan kawan-kawan seagama dengan mengatakan,
    “Membunuh cicak itu sunnah…”

    Atau biasanya soalan dilontar seperti berikut,
    – Apakah benar Islam mengajar bunuh cicak dapat pahala?

    Jika soalan ini ditanya kepada saya atau kepada muslim yang berpengetahuan,maka kebiasaan respon yang diberikan adalah seperti berikut :
    “Ya benar! Sunnah Nabi ialah membunuh cicak dan dapat pahala TETAPI bukan cicak di rumah yang harus di bunuh…”

    Jadi persoalannya cicak mana yang harus dibunuh dan memperolehi pahala???

    Rasullullah Muhammad SAW mengemukakan boleh membunuh cicak dalam lima (05) buah Hadith,tiga (03) antaranya seperti berikut :

    01 – Daripada Saad bin Abi Waqaz,dia berkata :
    “Sesungguhnya Nabi Sallallahu Alaihi Wasalam memerintahkan supaya membunuh cicak dan baginda menyebutnya sebagai Fuwaisiq (perosak).”
    [Hadith Sahih Muslim No.2238]

    02 – Daripada Abi Ya’la bin A’us R.A,Rasulullah SAW bersabda :
    ” Apabila kamu membunuh cicak,maka bunuhlah dengan baik.”
    [Hadith Sahih Muslim No.1955]

    03 – daripada Abu Hurairah R.A.,Rasulullah SAW bersabda :
    “Barang siapa yang membunuh cicak dengan satu pukulan diganjarkan kepadanya seratus kebaikan dan sekiranya pada pukulan kedua,ganjarannya kurang daripada yang pertama dan sekiranya pada pukulan ketiga,ganjarannya kurang daripada yang kedua.”
    [Hadith Sahih Muslim No.2240]

    Penjelasan :
    dalam hadith-hadith di atas tersebut,ayat asli (Arabic) dalam hadith-hadith itu menyebut “Al-Wazagh” (الوزغة) iaitu CICAK BLIRIK. Cicak rumah yang biasa kita lihat dan selalu bersama manusia dalam rumah disebut sebagai “As-Sahliat” (سحلية). Jadi hadith-hadith di atas TIDAK menyebut dan tidak merujuk cicak rumah. Maknanya,hadith-hadith Nabi itu hanya merujuk Cicak Blirik.

    Kenapa Cicak jenis Al-Wazagh harus dibunuh dan mendapat pahala?

    Asbab Pertama
    Cicak rumah (As-Sahliat) disebut secara scientifik ialah Cosymbotus Platyurus manakala Al-Wazagh ialah Cyrtopodion Scabrum. Al-Wazagh adalah sejenis cicak Sam Abrash (Cicak Liar) dan Fawasiq (binatang perosak). Al-Wazagh adalah salah satu jenis dari keluarga Tokek atau cicak liar yang hidup di kawasan Timur Tengah (termasuk Tanah Jazirah Arab) yang mana cicak ini mengganggu manusia dan membawa kemudharatan merbahaya kepada manusia (binatang beracun).
    Sumber :
    – http://reptile-database.reptarium.cz/species?genus=Cyrtopodion&species=scabrum
    – https://islamqa.info/en/answers/289055/the-reason-for-killing-wazagh-lizards-and-the-harm-they-cause
    – https://islamqa.info/en/answers/258988/are-salamanders-and-other-kinds-of-lizards-included-in-the-hadith-about-killing-the-wazagh-a-type-of-lizard

    Hadith Ke4 dari Rasullullah Muhammad SAW tentang Al-Wazagh :
    “Narrated from Aishah R.A. – the wife of the Prophet (blessings and peace of Allah be upon him) that the Messenger of Allah (blessings and peace of Allah be upon him) called the Wazagh a noxious little creature..”
    [Hadith Sahih Al-Bukhari No.1831]

    “Al-Wazagh dikenali sebagai cicak liar yang badannya berbintik-bintik seperti penyakit kusta dan merupakan binatang perosak.”
    [Kitab Hayat Al-Hayawan Al-Kubra No.2/544]

    “Ulama menyatakan bahawa bahayanya Al-Wazagh (Cicak Blirik) kerana apabila ia meludah ke tubuh seseorang manusia akan menyebabkan kecelakaan yang menyakitkan.”
    [Kitab Umdat Al-Qaari No.15/250]

    Jadi Al-Wazagh (Cicak Blirik) sunnah dibunuh dan mendapat pahala kerana binatang itu adalah antara binatang yang beracun yang mana boleh memudharatkan kepada manusia.

    Asbab Kedua
    Kerana Al-Wazagh (Cicak Blirik) adalah binatang yang pernah membantu meniup api Namrud yang membakar Nabi Ibrahim pbuh agar bertambah besar. Hadith kelima :
    daripada Ummu Syariq R.A.
    “Sesungguhnya Rasullullah SAW memerintahkan supaya membunuh cicak blirik. Dan baginda bersabda,
    “Sesungguhnya cicak blirik itu meniup untuk menyemarakkan lagi api yang membakar Ibrahim.”
    [Hadith Sahih Al-Bukhari No.3359]

    Kini giliran saya untuk “putar meja” kepada Anti-Islam Kristian. Tiga (03) dalil saya berikan dalam Bible :

    01 – Sapi di ‘qisas’ beserta pemilik sapi.

    “Kalau seekor sapi jantan menanduk seseorang sampai mati,sapi itu harus dibunuh dengan dilempari batu dan dagingnya tak boleh dimakan tetapi pemiliknya tidak akan dihukum. Kalau sapi jantan itu mempunyai kebiasaan menanduk dan pemiliknya sudah diberi peringatan, tetapi tidak menjaga binatang itu lalu apabila sapi jantan itu menanduk seseorang sampai mati, maka binatang itu harus dibunuh dengan dilempari batu dan pemiliknya juga harus dihukum mati.”
    [Exodus 21:28-29]

    Masalah sapi di qisas dalam ayat di atas membuat saya dan sesiapa sahaja pasti akan tersenyum sendiri. Tuhan sangat marah hanya kerana seekor sapi buat hal sedangkan Tuhan sendiri ciptakan sapi itu tidak memiliki aqal yang waras seperti manusia dan bukan makhluk Mukhallaf. Tambahan lagi,pemilik sapi juga harus dihukum amat berat hanya kerana binatang ternaknya buat masalah. Adalah logik jika pemiliknya yang gagal menjaga ternakannya di kenakan hukuman Dam (denda) tapi jika pemiliknya harus dikenakan hukuman mati hanya kerana binatang yang tidak beraqal seperti manusia menanduk seorang manusia sehingga mati,maka di mana kelogikan dan kebenaran kasih ketuhanan dalam ajaran Kristian??

    02 – Gara-gara ruh jahat,babi juga turut kena badi.

    “Adalah di sana di lereng bukit sejumlah besar babi sedang mencari makan,lalu roh-roh itu meminta kepada-Nya, katanya: “Suruhlah kami pindah ke dalam babi-babi itu, biarkanlah kami memasukinya!”. Yesus mengabulkan permintaan mereka. Lalu keluarlah roh-roh jahat itu dan memasuki babi-babi itu. Kawanan babi yang kira-kira dua ribu jumlahnya itu terjun dari tepi jurang ke dalam danau dan mati lemas di dalamnya.”
    [Mark 5:11-13]

    Jesus Christ pbuh di anggap tuhan oleh Kristian telah datang ke bumi melalui Logos menjelma jadi manusia untuk mengajarkan hukum kasih dan menebus dosa manusia. Malangnya dalam hal ayat di atas,Jesus telah bersikap tidak adil hanya kerana tunduk kepada permintaan ruh-ruh jahat. Disebabkan demikian,maka dua ribu (2000) ekor babi menjadi mangsa sedangkan babi-babi itu tidak bersalah.

    Dan hal ini juga telah timbul dua kemusykilan :
    – Setelah ruh-ruh jahat yang memasuki dua ribu ekor babi lalu terjun di tepi jurang,apakah ruh-ruh jahat tersebut telah musnah mati sedangkan Jesus Christ pbuh sendiri mengatakan bahawa ruh dan jasad hanya akan binasa dalam Neraka (Matthew 10:28) dan Bible sendiri mengatakan bahawa semua ruh kembali kepada Tuhan (Ecclesiastes 12:7)??

    – Jesus di anggap berkuasa untuk menghalau ruh-ruh jahat (Luke 11:20 dan Mark 5:7-8) dan mengajar kasih. Mengapa Jesus tidak saja menghalau dan memaafkan ruh-ruh jahat tersebut tanpa melibatkan nyawa 2000 ekor babi tersebut?

    maka di mana kelogikan dan kebenaran kasih ketuhanan dalam ajaran Kristian??

    03 – Binatang ternakan yang tidak ada apa-apa kesalahan juga di bunuh.

    “Jadi pergilah sekarang kalahkanlah orang Amalek,tumpaslah segala yang ada padanya dan janganlah ada belas kasihan kepadanya. Bunuhlah semuanya,laki-laki maupun perempuan,kanak-kanak maupun anak-anak yang menyusu,lembu maupun domba unta maupun keledai.”
    [1 Samuel 15:3]

    Wanita,anak-anak dan bayi-bayi menyusu serta binatang ternakan (lembu,domba,unta dan keldai) yang tidak berdosa semuanya turut dibunuh sedangkan mereka semua tidak ada kaitan dalam asbab peperangan. Dimana kelogikan dan kebenaran kasih ketuhanan dalam ajaran Kristian??

    KESIMPULAN
    Nabi Muhammad SAW memerintahkan membunuh cicak Blirik (Al-Wazagh) yang dalam kategori Sam Al-Abrash (Cicak Liar) kerana :
    * Binatang itu memudharatkan manusia.
    * Pernah meniup untuk menyemarakkan lagi api Namrud yang membakar Nabi Ibrahim pbuh.

    Jelas hadith-hadith Muhammad SAW tidak memerintahkan untuk membunuh cicak rumah (As-Sahliat) dan tidak ada kaitan tentangnya. Maka Sunnah Nabi dalam Islam membunuh cicak blirik atas asbab yang munasabah.

    MAKA JELAS ISLAM BUKAN AJARAN SESAT SALAH.

    Firman Allah Azza’Wa’Jalla :
    “Telah datang kebenaran dan lenyaplah kebatilan.Sesungguhnya kebatilan itu sememangnya pasti lenyap.”
    [Al-Isra’ 17: 81]

  • Jesus Christ pbuh berperang melalui pedang (Qital) dalam Perjanjian Baru.

    Jesus Christ pbuh berperang melalui pedang (Qital) dalam Perjanjian Baru.

    Reading Time: 16 minutes

    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

    Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam kerana mengizinkan lagi kepada saya untuk terus menyampaikan dakwah dan menjawab tomahan fitnah dari Anti-Islam terhadap Islam.

    Dalam artikel ini,kita akan membuktikan bahawa Jesus Christ pbuh juga melakukan Qital Difa’ie (Perang mempertahankan) dan Qital Huju’ie (perang penyerangan) menurut Perjanjian Baru dalam Bible.

    Ada tiga (point) yang ingin saya berikan memberikan simbolik bahawa Jesus Christ pbuh juga melakukan kekerasan atas asbab menegakkan kebenaran. Tiga point tersebut adalah seperti berikut :

    No.1 – Kedatangan Jesus adalah kerana pedang.

    “Jangan kamu menyangka, bahwa Aku datang untuk membawa damai di atas bumi; Aku datang bukan untuk membawa damai, melainkan pedang.”
    [Matthew 10:34] konteks ayat 5-42

    Kamu menyangka, bahwa Aku datang untuk membawa damai di atas bumi? Bukan, kata-Ku kepadamu, bukan damai, melainkan pertentangan.
    [Luke 12:51] konteks ayat 43-59

    – “Pedang” yang dimaksudkan ada dua maksud. Ini merupakan gaya bahasa siryaniyyah Mutasyabihah.

    No.2 – Jesus bersama Hawariyyun berjihad dengan pedang.

    “Lalu Ia berkata kepada mereka: “Ketika Aku mengutus kamu dengan tiada membawa pundi-pundi, bekal dan kasut, adakah kamu kekurangan apa-apa?”Jawab mereka: “Suatu pun tidak.” Kata-Nya kepada mereka: “Tetapi sekarang ini, siapa yang mempunyai pundi-pundi, hendaklah ia membawanya, demikian juga yang mempunyai bekal; dan siapa yang tidak mempunyainya hendaklah ia menjual jubahnya dan membeli pedang.”
    [Luke 22:35-36]

    No.3 – Jesus akan bertindak sama seperti tindakan Raja dalam perumpamaan.

    “Akan tetapi semua seteruku ini, yang tidak suka aku menjadi rajanya, bawalah mereka ke mari dan bunuhlah mereka di depan mataku.”
    [Luke 19:27]

    DALIL NO.1 – MATTHEW 10:34 DAN LUKE 12:51

    Maksud dalam dua (02) ayat ini ada dua maksud. Pertama ialah dakwah risalah kebenaran yang dibawa oleh baginda memisahkan antara yang haq dan yang bathil. Anak-anak yang beriman ikuti ajaran Jesus memisahkan ibubapa yang ingkar tidak ikuti Jesus. Sesiapa yang menyangkal baginda sebagai Utusan Allah,baginda akan menyangkal orang tersebut dihadapan Tuhan kelak. Sesiapa yang mengasihi orang sungguhpun ibubapanya lebih dari mengasihi Rasul,maka tidak layak ikuti Jesus.

    Kedua ialah berkenaan berjuang (Jihad) dengan Qital (perang). Dalam konteks ayat itu (Matthew 10:28) menyebut,
    “Dan janganlah kamu takut kepada mereka yang dapat membunuh tubuh tetapi yang tidak berkuasa membunuh jiwa. Takutlah terutama kepada Dia yang berkuasa membinasakan baik jiwa maupun tubuh di dalam neraka.”

    Ayat ini memberitahu bahawa jangan sesekali takut dengan musuh yang hanya mampu membunuh jasad tetapi tidak mampu membunuh jiwa. Takutlah kepada Tuhan yang berkuasa membinasakan jasad dan jiwa di dalam Neraka. Ayat ini disandarkan kepada semangat dalam berjihad dalam menegakkan syiar ajaran Tuhan di zaman Nubuwwah Jesus Christ pbuh.

    Tidak perlu takuti musuh yang hanya mampu membunuh tetapi tidak mampu membinasakan jiwa. Mereka (musuh) hanya mampu membunuh tetapi mereka sesekali tidak mampu membunuh iman yang benar di dalam jiwa manusia. Ketakutan kepada tuhan yang berkuasa membinasakan jasad dan jiwa manusia dalam neraka menjadikan semangat iqtikad dalam memerangi musuh semata untuk menegakkan kebenaran ajaran Tuhan.

    Maka sebab itu Jesus katakan dalam ayat seterusnya di ayat 38 – 42 yang mana sesiapa tidak sanggup untuk ikuti pegangan ajaran (di simbolikkan kepada salib),maka tidak layak ikuti Jesus. Sesiapa yang berjuang di Jalan Tuhan,akan kehilangan nyawa pertahankan kebenaran ajaran jesus dan pasti akan memperolehi ganjaran dari tuhan kerana mengikuti kebenaran yang disampaikan dari Jesus. Itulah maksud
    “Barangsiapa menyambut seorang Nabi sebagai Nabi, ia akan menerima upah dari Nabi dan barangsiapa menyambut seorang benar sebagai orang benar, ia akan menerima upah orang benar.”

    Apabila Jesus mengajar bab Aqeedah dan Iman,baginda menyampaikan dalam gaya bahasa Siryaniyyah mutasyabihah tetapi apabila baginda mengajar bab hukum,baginda menyampaikan dalam gaya bahasa muhkamat Siryaniyyah. Ini diterangkan dalam Matthew 13:10-17 / Mark 4:10-12 / Mark 4:33-34 dan Luke 8:9-10.

    Jadi jika ingin memahami ayat Bible,harus pakai kaedah Hermenutical Biblical :
    * Syntesis Principle
    * Contextuality Analysis
    * Ancient Scripture Analysis
    * Nazarene Interpretation Formula

    Bukan melalui tafsiran gereja semata tanpa kajian ilmiah mengikut format yang telah disediakan.

    Jadi jelas disitu bahawa Jesus mengatakan bahawa dia datang BUKAN untuk membawa kedamaian tetapi dia membawa pedang. Saya setuju ada sebahagian Kristian yang mengatakan bahawa apa yang dimaksudkan dengan “pedang” adalah ajaran-ajaran yang memisahkan antara yang benar dan yang bathil.

    Maka begitu juga dalam Quran yang mana memerangi kezaliman (amal makruf nahi munqar) juga dengan menyampaikan kebenaran dan memisahkan mana yang bathil namun dalam ayat yang disampaikan oleh Jesus Christ Alaihissalam dalam Matthew 10:13-34 bukan sahaja berkenaan ajaran yang memisahkan antara yang benar dan bathil tetapi juga merangkumi perjuangan melalui peperangan yang mana untuk tujuan menegakkan syiar Allah apabila orang-orang yang beriman dizalimi. Maka apa yang disampaikan dalam Matthew 10:34 dan Luke 12:51 oleh Jesus adalah secara keseluruhan cara sama ada cara berhikmat (dakwah) mahupun cara Qital (perang dengan pedang).

    DALIL NO.2 – LUKE 22:35-36

    Saya akan jelaskan secara kronology dalam konteks dan syntesis priciple kepada ayat tersebut. Jesus sebelumnya telah mengetahui akan rencana Judah untuk menangkap dan membunuhnya. Hal tersebut telah diucapkannya dengan menubuatkan Judas yang akan menyerahkannya yang hal yang menjadi sorotan adalah bahawa Jesus tidak ingin hanya sekadar duduk dan menunggu ditangkap oleh orang Judah. Dia menyiapkan strategi dengan Hawariyyunnya akan adanya pemberontakan dan persiapan dengan senjata adalah amat diperlukan.

    “Lalu Ia berkata kepada mereka: “Ketika Aku mengutus kamu dengan tiada membawa pundi-pundi, bekal dan kasut, adakah kamu kekurangan apa-apa?”Jawab mereka: “Suatu pun tidak.” Kata-Nya kepada mereka: “Tetapi sekarang ini, siapa yang mempunyai pundi-pundi, hendaklah ia membawanya, demikian juga yang mempunyai bekal; dan siapa yang tidak mempunyainya hendaklah ia menjual jubahnya dan membeli pedang.”
    [Luke 22:35-36]

    Ayat ini adalah penjelasan persiapan untuk perang,untuk melakukan Jihad Qital!. Murid-muridnya telah siap bersenjata,mereka telah memiliki gambaran hal yang akan terjadi selanjutnya. Mereka tidak akan menyerah begitu saja dijadikan hamba kaum Judah dan Rum tanpa adanya perjuangan mempertahankan kebenaran.

    Kata mereka: “Tuan, ini dua pedang.” Jawab-Nya: “Sudah cukup.”
    [Luke 22:38]

    Senjata telah siap,pertempuran akan dilakukan. Orang Kristian telah salah menafsirkan bahawa pedang yang dimaksudkan Jesus adalah Pertentangan. Namun jika yang dimaksud tersebut adalah Pertentangan,lalu jubah apa yang dimaksud Jesus untuk dijual???…apakah Jubah kiasan??? Apa pula maksud dari dua pedang yang telah murid-muridnya siapkan??? Dan yang terpenting, “pedang kiasan” @ Pertentangan tentu tidak akan dapat memutuskan telinga seorang hamba Imam Besar (John 18:10 / Luke 22:49-50 / Matthew 26:51 dan Mark 14:47).

    Jesus memohon doa,
    “Maka sampailah Yesus bersama-sama murid-murid-Nya ke suatu tempat yang bernama Getsemani. Lalu Ia berkata kepada murid-murid-Nya: “Duduklah di sini, sementara Aku pergi ke sana untuk berdoa.”
    [Matthew 26:36]

    Dia menempatkan murid-muridnya secara teratur pada pintu masuk kebun untuk mengelak dari situasi buruk yang mungkin terjadi.

    “Dan Ia membawa Petrus dan kedua anak Zebedeus serta-Nya. Maka mulailah Ia merasa sedih dan gentar,lalu kata-Nya kepada mereka: “Hati-Ku sangat sedih, seperti mau mati rasanya. Tinggallah di sini dan berjaga-jagalah dengan Aku.Maka Ia maju sedikit, lalu sujud dan berdoa, kata-Nya: “Ya Bapa-Ku, jikalau sekiranya mungkin, biarlah cawan ini lalu dari pada-Ku, tetapi janganlah seperti yang Kukehendaki, melainkan seperti yang Engkau kehendaki.”
    [Matthew 26:37-39]

    Dia menempatkan lapan orang pada pintu masuk dan sekarang ketiga murid lainnya yang bersemangat,penuh bersenjata dengan pedang lainnya untuk menunggu,mengawasi dan menjaga Jesus yang sedang berdoa.

    Doa Jesus dalam Matthew 26:39 menjelaskan bentuk permohonan agar dibebaskan dari cawan kematian. Maksud “cawan” dalam ayat tersebut bermaksud kematian yang mana orang Judah ingin membuktikan bahawa Jesus adalah Al-Masih Palsu dengan cara menyalibnya,penyaliban itulah hukumannya. Sehingga dengan kata lain maksudnya kematian dalam penyaliban. Jadi,Jesus berdoa agar bebas dari kematian dalam penyaliban.

    Dari doa Jesus diatas,sudah menunjukkan fakta TERANG JELAS kepada kita :
    01 – Jesus tidak mati dikayu salib.
    02 – Jesus tidak datang untuk penebusan dosa melalui penyaliban.

    Kristian biasanya anggap ayat Mark 10:45 dan Matthew 20:28 sebagai penebusan dosa :
    “Karena Anak Manusia juga datang bukan untuk dilayani, melainkan untuk melayani dan untuk memberikan nyawa-Nya menjadi tebusan bagi banyak orang.”
    [Mark 10:45]

    “Sama seperti Anak Manusia datang bukan untuk dilayani, melainkan untuk melayani dan untuk memberikan nyawa-Nya menjadi tebusan bagi banyak orang.”
    [Matthew 20:28]

    Untuk memahami dua ayat ini kita harus melihat kisah penyaliban Jesus mulai dari awal sampai akhir. Jika dilihat dari penceritaan yang disajikan dalam seluruh Bible,maka kita akan tahu bahawa Jesus sama sekali tidak rela untuk dibunuh,bahkan Jesus berusaha melawan,membeli pedang,berjaga,berdoa meminta keselamatan dan melakukan pembelaan dipengadilan….Maka itu sudah membuktikan bahawa Jesus tidak mengajarkan penebusan dosa dengan menjadikan dirinya sebagai tumbal penebus dosa seluruh pengikutnya dengan cara penyaliban….

    Bahkan Matthew 20:28 bercanggah dengan Matthew 26:24 :
    “Anak Manusia memang akan pergi sesuai dengan yang ada tertulis tentang Dia, akan tetapi celakalah orang yang olehnya Anak Manusia itu diserahkan. Adalah lebih baik bagi orang itu sekiranya ia tidak dilahirkan.”
    [Matthew 26;24]
    – Jika benar Jesus Christ pbuh datang ke dunia untuk menebus dosa manusia,mengapa dia melaknat orang yang menyerahkannya (Judas Iskariot)??

    Maksud “Tebusan” dalam ayat Mark 10:45 dan Matthew 20:28 bermakna sebagaimana tugas seorang Rasul dengan memberikan pengajaran bagi umat manusia agar bagi yang mau mengikuti baginda,maka dosa-dosanya akan ditebus dengan iman yang mereka amalkan. Dengan kata lain,bagi umat yang ingin mengikuti ajaran Rasul,maka mereka akan diampuni dosanya atau ditebus dosanya dan semua Rasul juga bertugas demikian.
    “Akulah gembala yang baik. Gembala yang baik memberikan nyawanya bagi domba-dombanya;”
    [John 10:11]

    Jesus mengaku sebagai gembala yang baik yang rela memberikan nyawanya bagi domba-dombanya. Hal ini berhubungan dengan tugas Nubuwwahnya. Ini kerana dari awal tentu Jesus pasti mengetahui kalau dalam tugas kenabiannya di dunia,baginda akan berhadapan dengan mara bahaya yang mungkin akan meragut nyawanya.

    Tapi apapun demikian,Jesus tetap menjalankan tugas dari Allah untuk mengajarkan jalan kebaikan kepada orang-orang Israel. Maka dari sini kita akan temukan keterangan dengan ayat diatas dan dari sini juga kita akan tahu bahawa Jesus memang rela mati demi domba-dombanya dengan terus menjalankan ajarannya kepada umat Israel tanpa menyerah.

    “Bapa mengasihi Aku,oleh karena Aku memberikan nyawa-Ku untuk menerimanya kembali.”
    [John 10:17]

    Ayat diatas mempunyai hubung kait dengan ayat Matthew 26:38-39. Dari doanya,kita boleh mengetahui bahawa disana Jesus memang menyerahkan nyawanya kepada Allah dan tabah dengan ketetapan Allah bagi dirinya. Maka rangkap ayat “Menyerahkan Nyawaku” yang dimasudkan oleh Jesus disini adalah Tawakal kepada Sunnatullah.

    “Sebab inilah darah-Ku, darah perjanjian, yang ditumpahkan bagi banyak orang untuk pengampunan dosa.”
    [Matthew 26:28]

    “Barangsiapa makan daging-Ku dan minum darah-Ku, ia mempunyai hidup yang kekal dan Aku akan membangkitkan dia pada akhir zaman.Sebab daging-Ku adalah benar-benar makanan dan darah-Ku adalah benar-benar minuman.Barangsiapa makan daging-Ku dan minum darah-Ku, ia tinggal di dalam Aku dan Aku di dalam dia.Sama seperti Bapa yang hidup mengutus Aku dan Aku hidup oleh Bapa, demikian juga barangsiapa yang memakan Aku, akan hidup oleh Aku.Inilah roti yang telah turun dari sorga, bukan roti seperti yang dimakan nenek moyangmu dan mereka telah mati. Barangsiapa makan roti ini, ia akan hidup selama-lamanya.”
    [John 6:54-58]

    Maksud “Daging dan Darah” pada ayat diatas adalah bermakna “Ajaran dan Didikan” yang telah disampaikan oleh Jesus kepada para pengikutnya seramai 72 orang. Ajaran dari Allah yang diperuntukan untuk umat manusia yang telah disampaikan melalui Jesus tersebut memang akan “ditumpahkan” bagi banyak orang agar sesiapa yang ingin “Memakannya dan Meminumnya” akan memperoleh hidup yang kekal di syurga.

    Memang seorang Nabi adalah jalan kebenaran,keselamatan dan hidup bagi umat manusia yang di utuskan kenabian untuknya (Syntesis Principle John 14:6 dengan John 5:19-47) agar manusia-manusia yg tersesat dari jalan Allah (berdosa) kembali mendapatkan petunjuk dari para Nabi dan memperoleh ganjaran syurga. Dan maksud “Memakan dan Meminum” pada ayat diatas bermaksud “Mengimani dan Mengamalkannya” memang sudah sepatutnya bagi seseorang yang telah beriman kepada para Nabi,ia akan memperoleh hidup yg kekal di syurga.

    Mempercayai seorang utusan sama halnya mempercayai Tuhan yang mengutus. Menghormati seorang utusan sama halnya menghormati Dia yang mengutus. Tetapi sesiapa yang menyangkal seorang utusan,maka pasti tidak akan memperoleh kehidupan di syurga sebab itu sama halnya mereka telah ingkar risalah-risalah Rasul yang telah disampaikan kepadanya. Jadi dari sini kita akan tahu makna penumpahan darah Jesus adalah hanya mengajarkan ajaran yang berasal dari Allah kepada para pengikutnya.

    “Sebab segala firman yang Engkau sampaikan kepada-Ku telah Kusampaikan kepada mereka dan mereka telah menerimanya. Mereka tahu benar-benar, bahwa Aku datang dari pada-Mu, dan mereka percaya, bahwa Engkaulah yang telah mengutus Aku.”
    [John 17:8]

    “Tetapi barangsiapa menyangkal Aku di depan manusia, Aku juga akan menyangkalnya di depan Bapa-Ku yang di sorga.”
    [Matthew 10:33]

    Dengan demikian,GUGURLAH HARAPAN KRISTIAN yang berangan-angan dosanya ditebus dan masuk syurga oleh ISU KEMATIAN JESUS DI TIANG SALIB. Jesus tidak pernah mengajarkan kepada pengikutnya dalam penghapusan dosa dengan kematiannya ditiang salib.

    Doa Jesus yang meminta keselamatan juga dinubuatkan dalam Psalm 22:20-21. Jesus telah berdoa penuh dengan hikmat dalam mengharapkan pertolongan Allah. Jika anda bertanya,apakah doa Jesus telah dikabulkan???. Nukilan Paul sendiri dalam Hebrew 5:7 telah menjawabnya :

    “Dalam hidupNya sebagai manusia, Ia telah mempersembahkan doa dan permohonan dengan ratap tangis dan keluhan kepada DIA, yang sanggup menyelamatkanNya dari maut, dan karena kesalehanNya Ia telah didengarkan.”
    [Hebrew 5:7]
    – Ayat ini telah cukup menjelaskan bahawa doa Jesus dikabulkan oleh Allah yang mana Jesus berdoa penuh dengan tangisan dan keluhan untuk diselamatkan dari maut.

    DALIL NO.3 – LUKE 19:27
    Pertama sekali,mari kita baca keseluruhan konteks :
    “Yesus masuk ke kota Yerikho dan berjalan terus melintasi kota itu. Di situ ada seorang bernama Zakheus, kepala pemungut cukai, dan ia seorang yang kaya. Ia berusaha untuk melihat orang apakah Yesus itu, tetapi ia tidak berhasil karena orang banyak, sebab badannya pendek. Maka berlarilah ia mendahului orang banyak, lalu memanjat pohon ara untuk melihat Yesus, yang akan lewat di situ. Ketika Yesus sampai ke tempat itu, Ia melihat ke atas dan berkata: “Zakheus, segeralah turun, sebab hari ini Aku harus menumpang di rumahmu.” Lalu Zakheus segera turun dan menerima Yesus dengan sukacita. Tetapi semua orang yang melihat hal itu bersungut-sungut, katanya: “Ia menumpang di rumah orang berdosa.” Tetapi Zakheus berdiri dan berkata kepada Tuhan: “Tuhan, setengah dari milikku akan kuberikan kepada orang miskin dan sekiranya ada sesuatu yang kuperas dari seseorang akan kukembalikan empat kali lipat.” Kata Yesus kepadanya: “Hari ini telah terjadi keselamatan kepada rumah ini, karena orang inipun anak Abraham. Sebab Anak Manusia datang untuk mencari dan menyelamatkan yang hilang.” Untuk mereka yang mendengarkan Dia di situ, Yesus melanjutkan perkataan-Nya dengan suatu perumpamaan, sebab Ia sudah dekat Yerusalem dan mereka menyangka, bahwa Kerajaan Allah akan segera kelihatan. Maka Ia berkata: “Ada seorang bangsawan berangkat ke sebuah negeri yang jauh untuk dinobatkan menjadi raja di situ dan setelah itu baru kembali. Ia memanggil sepuluh orang hambanya dan memberikan sepuluh mina kepada mereka, katanya: Pakailah ini untuk berdagang sampai aku datang kembali. Akan tetapi orang-orang sebangsanya membenci dia, lalu mengirimkan utusan menyusul dia untuk mengatakan: Kami tidak mau orang ini menjadi raja atas kami. Dan terjadilah, ketika ia kembali, setelah ia dinobatkan menjadi raja, ia menyuruh memanggil hamba-hambanya, yang telah diberinya uang itu, untuk mengetahui berapa hasil dagang mereka masing-masing. Orang yang pertama datang dan berkata: Tuan, mina tuan yang satu itu telah menghasilkan sepuluh mina. Katanya kepada orang itu: Baik sekali perbuatanmu itu, hai hamba yang baik; engkau telah setia dalam perkara kecil, karena itu terimalah kekuasaan atas sepuluh kota. Datanglah yang kedua dan berkata: Tuan, mina tuan telah menghasilkan lima mina. Katanya kepada orang itu: Dan engkau, kuasailah lima kota. Dan hamba yang ketiga datang dan berkata: Tuan, inilah mina tuan, aku telah menyimpannya dalam sapu tangan. Sebab aku takut akan tuan, karena tuan adalah manusia yang keras; tuan mengambil apa yang tidak pernah tuan taruh dan tuan menuai apa yang tidak tuan tabur. Katanya kepada orang itu: Hai hamba yang jahat, aku akan menghakimi engkau menurut perkataanmu sendiri. Engkau sudah tahu bahwa aku adalah orang yang keras, yang mengambil apa yang tidak pernah aku taruh dan menuai apa yang tidak aku tabur. Jika demikian, mengapa uangku itu tidak kauberikan kepada orang yang menjalankan uang? Maka sekembaliku aku dapat mengambilnya serta dengan bunganya. Lalu katanya kepada orang-orang yang berdiri di situ: Ambillah mina yang satu itu dari padanya dan berikanlah kepada orang yang mempunyai sepuluh mina itu. Kata mereka kepadanya: Tuan, ia sudah mempunyai sepuluh mina. Jawabnya: Aku berkata kepadamu: Setiap orang yang mempunyai, kepadanya akan diberi, tetapi siapa yang tidak mempunyai, dari padanya akan diambil, juga apa yang ada padanya. Akan tetapi semua seteruku ini, yang tidak suka aku menjadi rajanya, bawalah mereka ke mari dan bunuhlah mereka di depan mataku.”
    [Luke 19:1-27]

    ayat disitu menjelaskan bahawa Zakheus menemui Jesus lalu Jesus memohon untuk menumpang di rumah beliau namun orang-orang disekitar bercakapcakap bahawa Jesus menumpang orang yang berdosa disebabkan Zakheus adalah pemungut cukai. Dan Zakheus si Kepala Pemungut Cukai memberitahu bahawa setengah dari hartanya telah diberikan kepada fakir miskin dan memberitahu juga bahawa apabila dia mengambil cukai dari seseorang,akan dia berikan sesuatu sebagai balasan yang lebih berganda.

    Lalu Jesus menjawab bahawa rumah ini adalah di kalangan umat Abraham sebab Zakhues mencari Jesus dan membantu orang yang tiada tempat tinggal. Dan orang-orang di sekitar datang dekat pada mereka berdua,lalu Jesus menceritakan kepada mereka satu perumpamaan. Perumpamaan itu menjelaskan bahawa seorang bangsawan bakal menjadi raja di tempat lain dan selepas itu akan kembali ke tempat asal. Sebelum ia pergi,dia memanggil 10 orang hambanya untuk berdagang sebelum ia kembali. Tetapi orang-orang yang sebangsawan dengannya tidak menyukai dia dan mengirim seorang untuk menemuinya hanya untuk membantah dia menjadi raja.

    Setelah dia sampai ke situ dan memanggil hamba-hamba yang diberi wangnya sebelum ini untuk mengetahui hasilhasil dagang mereka. Orang pertama diberi kekuasaan ke atas sepuluh (10) kota. Orang kedua diberikan kekuasaan lima kota dan orang ketiga tidak memberikannya apa-apa dan mengatakan bahawa raja itu mengambil apa yang dia tidak pernah berikan dan mendapat hasil apa yang dia tidak pernah sedekahkan.

    Dan Raja itu bertanya bahawa jika benar demikian,kenapa tidak saja duit itu tidak berikan kepada mereka yang jalankan kerjanya. Lalu sambung kata raja itu lagi yang mana memerintahkan bahawa duit dari orang ketiga itu berikan kepada orang yang menghasilkan sepuluh (10) mina itu. Namun orang-orang disitu menyatakan bahawa orang pertama itu suda memiliki 10 mina. Jadi raja itu menjawab bahawa setiap orang yang memiliki disebabkan mampu menghasil sesuatu atas ketaatan akan diberikan manfaat kerana tanggungjawabnya. Akan tetapi kepada sesiapa yang tidak taat atas tanggungjawabnya disebabkan tidak menyukai raja itu akan dihukum bunuh di hadapannya.

    Mesej yang disampaikan synonym dengan kerja Zhakeus yang mana memungut cukai dan membalas orang yang membayar cukai kepada dia yang sama seperti raja tersebut yang mana orang taat dan boleh menghasil sesuatu yang baik,pasti akan mendapat ganjaran yang baik dari raja itu. Sesiapa yang ingkar akan dibunuh dan dari situ menunjukkan seandainya Jesus adalah raja disitu,dia juga kan melaksanakan seperti apa yang diceritakan.

    Ayat itu juga menjelaskan kaitan dengan kedatangannya kali kedua yang mana baginda akan menjadi hakim yang adil di dunia ini. Namun apa yang membezakan antara Islam dengan Kristian dalam ayat tersebut bahawa hukuman yang dilakukan dalam perumpamaan itu adalah benar yang mana Jesus juga akan melakukan demikian sekiranya dia menjadi raja Israel ketika itu dan melakukan hal yang sama menjadi hakim di dunia ini kelak.

    Kasih bukan segala-galanya kerana Kasih yang sejati tidak melanggar keseimbangan dalam perkara lain. Seandainya raja itu tidak menghukum orang yang tidak taat tetapi balas dengan kasih berikan 10 kota walhal tidak menjalankan kerjanya,dimana keadilan raja itu?? Sebab itu makanya,kasih yang hakiki tidak melenyapkan hukum. Iblis lakukan apa saja untuk menyesatkan manusia. Sebab itu Iblis akan olahkan sesautu yang lebih indah untuk kaburkan mata manusia dengan hiasan kelembutan agar manusia ikutinya.

    BONUS
    01 – BUNUH MURTAD
    Hukum bunuh murtad bukan hanya tertakluk pada ajaran syariat Muhammad SAW tapi juga ajaran Musa pbuh dan Jesus Christ pbuh. Untuk Perjanjian Baru,sila baca Bible Matthew 15:1-9 dengan keselarasan dalam perikop (Sintesis Principle Interpretation) Matthew 5:17-20,Matthew 23:1-3 dan Matthew 5:42-44. Disitu memberitahu sesiapa yang tidak mengikuti ajaran agama dari tuhan yang di amalkan dari ibubapanya dan mencetuskan permusuhan huru-hara,maka akan dihukum bunuh. Jika anda adalah pengikut Jesus yang sejati,maka anda harus ikut Bible.

    Tidak ada dalam Quran mengatakan hukum bunuh kepada siapa yang ubah agama tapi ada dalam Hadith yang mana mereka yang murtad menebarkan kebencian dan menentang terhadap Islam,maka perbuatan itu yang harus dihukum bunuh. Hukuman mati yang dijatuhkan kepada orang murtad disebabkan oleh kejahatan sosial yang mencetuskan fitnah bukan kerana akidah peribadinya. Jika ada seseorang keluar agama secara senyap dan buat kerja rutin seharian tanpa buat kekacauan fitnah terhadap Islam,apakah orang tersebut akan dihukum bunuh???

    Untuk penjelasan lebih terperinci mengenai hukum bunuh murtad dalam Perjanjian Baru (Matthew 15:1-9),sila rujuk disini :
    – http://www.answering-christianity.com/death.htm

    02 – KASIH SAYANG ITU BERSYARAT
    Kasih sayang yang sejati tidak melenyapkan hukum. Hanya orang yang sesat ikut Iblis sahaja akan menganggap kasih adalah segalanya…kenapa?? Sebab keseimbangan dalam aspek kehidupan adalah penting. Jika semua dibalas dengan kasih tanpa tempat,maka apakah anda setuju bahawa perogol dan dirogol sama-sama masuk syurga tanpa dihukum???. Oleh yang demikian,kasih sayang yang sejati tidak melanggari sifat-sifat mahmudah yang lain.

    Kasih itu sesuatu yang melahirkan cinta,sayang dan yang mencetuskan suasana atau khabar yang baik serta mewujudkan ikatan yang erat sesama manusia. Namun kasih yang sejati menjadikan suatu peradaban ketamadunan manusia jadi lebih baik bila disertakan dengan hukum. Sebagai contoh,
    – hukum pancung bagi pembunuh dan merogol,kasih terletak kepada mereka yang mana selagi tidak membunuh dan merogol akan seiring dgn disiplin dan akhlak sesuatu komuniti diterapkan. Jika seseorang manusia membunuh dan merogol,maka dirinya sendiri yang tidak mengasihi dirinya sendiri. Dia tidak sayang pada dirinya sendiri. Maka apabila hukum dijalankan kepadanya,kita tuduh dengan katakan hukuman itu zalim.

    Jika kita maafkan sekali kepada si pembunuh,boleh lagi diterima dan dalam hukuman Qisas Islam dibenarkan melakukan kemaafan kepada si pembunuh. Namun bagaimana jika si pembunuh yang sama itu melakukan pembunuhan lagi???. Kita tidak fikir bahawa sekiranya hukuman itu tidak dijalankan dan kita memaafkan dengan alasan kononnya kita kasih kepadanya,maka kesan akan datang bahawa si pembunuh dan perogol makin terus merogol dan membunuh lagi.

    Kita kasih pada si pembunuh dan perogol tapi kita tidak kasih kepada nasib komuniti akan datang….dimana adilnya???. Maka harus itu yang kita katakan kasih???. Jesus memaafkan wanita di zamannya kerana dia bukan khalifah ketika itu. Sekiranya Jesus menjadi khalifah Israel,apakah anda sngka dia akan memaafkan wanita berzina itu??

    Jesus katakan jika ditampar pipi sebelah kanan,minta lagi di tampar sebelah kiri pipi adalah dasar akhlak. Bagaimana sekiranya 10 000 orang tampar anda yang mana setiap seorang 10 000x tampar anda,apakah anda akan pertahankan diri atau minta ditampar sebelah pipi kiri lagi???. Ajaran tuhan bukan jadikan kita bodoh. Kasih yang sejati akan seimbang dengan sifat mahmudah yang lain dan sentiasa seiring.

    Saya ingin bertanya tiga (03) soalan :
    * Sekiranya si perogol merogol ibu anda lalu membunuhnya dan ketika itu anda adalah hakim,apakah tindakan anda kepada si pesalah itu???

    * Dalam Mark 9:42 / Matthew 18:6-7 dan Luke 17:1-2 menceritakan Jesus memberitahu kepada murid-muridnya bahawa penyesat-penyesat harus dihukum mati dengan mengikat batu pada leher mereka dan dihumban ke dalam laut. Ini merupakan ayat muhkamat siryaniyyah. Jika Jesus benar-benar mengajar kasih sayang tanpa syarat,mengapa Jesus tidak mengajar memaafkan sahaja kepada penyesat-penyesat tersebut??

    * Quran mengajar kasih sebanyak 279 ayat dari 1843 moral kebaikan dan memiliki satu surah lengkap dinamakan Al-Rahman (Maha Pengasih) manakala dalam Bible hanya mengajar kasih sebanyak 186 ayat dari 696 ayat tentang moral kebaikan. Dan dalam Quran,Iblis disebut hanya 11 kali dan Syaitan disebut 62 kali sahaja manakala Bible sebanyak 116 kali tidak termasuk kata ganti nama khas syaitan..jadi saya bertanya,mana satu kitab yang ajar keganasan,peperangan sekaligus menjadi kitab Iblis??
    (A) Quran
    (B) Bible

    03 – PERINTAH PERANG DARI PERINTAH “JESUS” DALAM PERJANJIAN LAMA

    Ayat perang dalam Quran hanya sebanyak 85 kali sahaja dari 342 ayat kekerasan manakala ayat perang dalam Bible sebanyak 843 kali dari 2175 ayat kekerasan.

    Kristian beriman bahawa Jesus itu Firman yang menjelma menjadi manusia. Maka sebelum dia menjadi manusia,ia adalah Firman Tuhan Bapa. Jadi semasa zaman Musa,Jesus itu adalah tuhan jika menurut pemahaman kepercayaan Kristian. Maknanya ayat perang dan membunuh dalam Perjanjian Lama (saya kutip enam (06) ayat dari 2175 ayat keganasan) adalah dari perintah Jesus iaitu :
    * 2 Chronicles 15:12-13
    * Deuteronomy 13:6-19
    * Exodus 22:20
    * Deuteronomy 17:12-13
    * Deuteronomy 18:20
    * Jude bab 5

    enam (06) ayat di atas dari 2175 ayat keganasan adalah ATAS PERINTAH JESUS SENDIRI (Sebelum Jesus menjadi manusia dalam Perjanjian Baru jika menurut kepercayaan Doktrin Trinity Kristian).

    Disini saya berikan dua (02) ayat lebih kejam dalam Bible :

    Ayat Pertama
    “Jadi pergilah sekarang, kalahkanlah orang Amalek, tumpaslah segala yang ada padanya, dan janganlah ada belas kasihan kepadanya. Bunuhlah semuanya, laki-laki maupun perempuan, kanak-kanak maupun anak-anak yang menyusu, lembu maupun domba, unta maupun keledai.”
    [1 Samuel 15:3]

    Dalam 1 Samuel 15:3 di atas adalah ayat perintah dari tuhan kepada Musa dan Bani Israel untuk memerangi orang-orang Amalech serta membunuh wanita,kanak-kanak dan binatang ternakan. Jadi,itu semua adalah perintah Jesus Christ pbuh sendiri jika MENURUT KEPERCAYAAN KRISTIAN bahawa Jesus adalah Logos (Firman) semasa di era Perjanjian Lama. Saya ingin bertanya,
    – apa kesalahan wanita,kanak-kanak,bayi baru menyusu,lembu,unta,domba dan keldai sehingga mereka dibunuh??

    Ayat Kedua
    “Maka sekarang bunuhlah semua laki-laki di antara anak-anak mereka, dan juga semua perempuan yang pernah bersetubuh dengan laki-laki haruslah kamu bunuh. Tetapi semua orang muda di antara perempuan yang belum pernah bersetubuh dengan laki-laki haruslah kamu biarkan hidup bagimu.”
    [Numbers 31:17-18]

    Ayat perintah ganas dalam Bible. Suruhan membunuh lelaki dan membunuh wanita yang telah berkahwin. Tidak cukup itu,merampas harta rampasan perang (Numbers 31:25-47). Tidak cukup itu lagi,merampas wanita yang masih perawan.

    Disini jelas membuktikan bahawa ayat perang dalam Bible lebih ganas dari Quran. Dalam Quran TIDAK ADA satu dalil perintah membunuh wanita,membunuh kanak-kanak,membunuh binatang ternakan,membunuh wanita yang telah berkahwin dan merampas wanita yang masih perawan. Untuk lebih terperinci ayat-ayat perang sebanyak 843 ayat,sila rujuk disini :
    – http://www.answering-christianity.com/jihad_in_bible.htm

    04 – TAMBAHAN DALIL RSV MARK 6:11 BUKTI JESUS PERINTAHKAN QITAL (PERANG).

    Ayat yang jelas zahir dalam Bible membuktikan bahawa kedatangan Jesus Christ pbuh adalah melalui pedang ialah dalam ayat Mark 6:11
    “Any city that doesn’t receive the followers of Jesus will be destroyed in a manner even more savage than that of Sodom and Gomorrah.”
    [Mark 6:11]
    Sumber :
    – https://skepticsannotatedbible.com/mk/int_list.html

    Namun ayat ini telah dibuang kerana tidak terdapat dalam dua (02) codex ancient manuscripts (Vaticanus dan Sinaiticus) termasuk ayat dibawah ini juga tidak terdapat dalam Codex Ancient Manuscripts :
    “Verily I say unto you, It shall be more tolerable for Sodom and Gomorrha in the day of judgment, than for that city.”
    Sumber :
    – http://www.answering-christianity.com/sake7.htm

    KESIMPULAN
    Setelah penjelasan semua di atas,maka jelas bahawa Jesus Christ pbuh @ Eesa Al-Masih pbuh juga berjihad melalui Qital (perang dengan pedang) untuk mempertahankan kebenaran syiar agama dari ajaran Tuhan.

    Kasih sememangnya amat penting namun kasih di olahkan dengan bersyarat seiring hukum dan ketegasan mempertahankan kebenaran dan meruntuhkan kebathilan serta fitnah. Kasih tidak mampu melenyapkan fitnah huru-hara,maka dengan keizinan jihad melalui Qital,hanya dengan jalan itu dapat mengembalikan penegakan kebenaran agama Tuhan.

    Segala fitnah ayat-ayat perang dan ayat keganasan dalam Quran telah dijawab disini secara terperinci :
    – https://www.youtube.com/user/ncapcs
    – http://www.answering-christian-claims.com/False_Stories_About_Prophet_Muhammad.html
    – http://www.answering-christianity.com/jihad.htm
    – http://www.answering-christianity.com/a_t/jihad.htm
    – http://www.answering-christianity.com/islam_and_terrorism.htm
    – http://www.answering-christianity.com/ac5.htm?search=Select+a+Search:&text_field=#links
    – https://www.call-to-monotheism.com/the_claim_of_abrogation_of_the_narrations_obligating_calling_the_disbelievers_to_islam_before_fighting_them
    – https://www.call-to-monotheism.com/the_prophet_prohibited_the_killing_of_women_and_children__but_what_about_those_night_raids_
    – https://www.call-to-monotheism.com/rebuttal_to_ali_sina_s_article__zakir_naik_promoting_terrorism_
    – https://www.call-to-monotheism.com/inc/searchresults?s=jihad&ss=jihad&n=664819
    – http://www.muhammadfactcheck.org/
    – https://rasoulallah.net/en/home/search
    – https://www.whyislam.org/faqs/does-islam-teach-hatred-and-violence/
    – https://www.islamtomorrow.com/kill.asp
    – https://www.islamtomorrow.com/advice_for_abstainers.asp
    – https://www.islamtomorrow.com/jihad_defense.asp
    – https://www.islamnewsroom.com/news-we-need/329-yusuf-estes-correcting-quran-misquotes
    – https://islamicapologetics1.blogspot.com/2013/10/what-is-jihad.html
    – https://islamicapologetics1.blogspot.com/2013/05/ibn-taymiyyah-on-protection-of-civilian.html
    – https://islamicapologetics1.blogspot.com/2012/03/refuting-criticisms-and-polemics-about.html
    – http://islamicapologetics1.blogspot.com/2012/06/refuting-every-anti-islamic-websitebook.html
    – https://islamicsupremecouncil.org/understanding-islam/legal-rulings/5-jihad-a-misunderstood-concept-from-islam.html?start=9
    – https://islamicsupremecouncil.org/understanding-islam/legal-rulings/5-jihad-a-misunderstood-concept-from-islam.html
    – https://islamicsupremecouncil.org/understanding-islam/legal-rulings/5-jihad-a-misunderstood-concept-from-islam.html?start=1
    – https://islamicsupremecouncil.org/understanding-islam/legal-rulings/5-jihad-a-misunderstood-concept-from-islam.html?start=2
    – https://islamicsupremecouncil.org/understanding-islam/legal-rulings/5-jihad-a-misunderstood-concept-from-islam.html?start=3
    – https://islamicsupremecouncil.org/understanding-islam/legal-rulings/5-jihad-a-misunderstood-concept-from-islam.html?start=4
    – https://islamicsupremecouncil.org/understanding-islam/legal-rulings/5-jihad-a-misunderstood-concept-from-islam.html?start=5
    – https://islamicsupremecouncil.org/understanding-islam/legal-rulings/5-jihad-a-misunderstood-concept-from-islam.html?start=6
    – https://islamicsupremecouncil.org/understanding-islam/legal-rulings/5-jihad-a-misunderstood-concept-from-islam.html?start=7
    – https://islamicsupremecouncil.org/understanding-islam/legal-rulings/5-jihad-a-misunderstood-concept-from-islam.html?start=8
    – https://islamicsupremecouncil.org/understanding-islam/legal-rulings/5-jihad-a-misunderstood-concept-from-islam.html?start=9
    – https://islamicsupremecouncil.org/understanding-islam/legal-rulings/5-jihad-a-misunderstood-concept-from-islam.html?start=10
    – https://www.islamreligion.com/category/1084/jihad-and-terrorism/

    “Dan jika mereka condong kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya dan bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
    [Al-Anfal 8:61]

    “Serulah manusia kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.”
    [An-Nahl 16:125]

    SESUNGGUHNYA ISLAM AGAMA DAMAI DAN BENAR…SAKSIKAN KEBENARAN ISLAM!

    pesan Jesus Christ pbuh :
    “Jikalau kamu tetap dalam sabdaku,kamu benar-benar adalah muridku.dan kamu akan mengetahui kebenaran, dan kebenaran itu akan memerdekakan kamu.”
    [John 8:31-32]
    – memerdekakan anda dari kekufuran…

    pesan Rasullullah Muhammad SAW :
    “Terimalah kebenaran itu walau ianya pahit..”
    [Hadith Sahih Bukhari dan Tirmizi]

    Firman Allah Azza’Wa’Jalla :
    “Telah datang kebenaran dan lenyaplah kebatilan.Sesungguhnya kebatilan itu sememangnya pasti lenyap.”
    [Al-Isra’ 17: 81]

    “Tiada tuhan selain Allah,Muhammad dan Eesa Al-Masih adalah Utusan Allah serta Jibrail Sayyid Malak Al-Qhuwaan adalah Ruhul Quddus…”