Reading Time: 4 minutes

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Syukur kepada Allah Tuhan sekalian alam kerana mengizinkan saya lagi untuk membuat satu perkongsian ilmiah dalam menyampaikan dakwah Islam. Dalam artikel kita pada kali ini,disini saya ingin menjawab salah satu salah faham tentang Islam berkenaan tajuk “Benarkah Islam mengajar bunuh cicak dapat pahala?”.

Anti-Islam baik dari kalangan Missionaries / Cybertroopers / Evangelist dan Apologetics selalu mengutarakan fitnah yang mana mereka menuduh bahawa Islam adalah ajaran sesat kerana mengajar membunuh cicak di rumah sedangkan cicak di rumah tidak melakukan apa-apa sesuatu yang zalim atau kemudharatan kepada manusia. Ditambahkan lagi membunuh cicak di rumah mendapat pahala,maka ini membuktikan lagi bahawa Islam adalah ajaran dari syaitan.

Ok baik….Seringkali kita dengar dari lisan kawan-kawan seagama dengan mengatakan,
“Membunuh cicak itu sunnah…”

Atau biasanya soalan dilontar seperti berikut,
– Apakah benar Islam mengajar bunuh cicak dapat pahala?

Jika soalan ini ditanya kepada saya atau kepada muslim yang berpengetahuan,maka kebiasaan respon yang diberikan adalah seperti berikut :
“Ya benar! Sunnah Nabi ialah membunuh cicak dan dapat pahala TETAPI bukan cicak di rumah yang harus di bunuh…”

Jadi persoalannya cicak mana yang harus dibunuh dan memperolehi pahala???

Rasullullah Muhammad SAW mengemukakan boleh membunuh cicak dalam lima (05) buah Hadith,tiga (03) antaranya seperti berikut :

01 – Daripada Saad bin Abi Waqaz,dia berkata :
“Sesungguhnya Nabi Sallallahu Alaihi Wasalam memerintahkan supaya membunuh cicak dan baginda menyebutnya sebagai Fuwaisiq (perosak).”
[Hadith Sahih Muslim No.2238]

02 – Daripada Abi Ya’la bin A’us R.A,Rasulullah SAW bersabda :
” Apabila kamu membunuh cicak,maka bunuhlah dengan baik.”
[Hadith Sahih Muslim No.1955]

03 – daripada Abu Hurairah R.A.,Rasulullah SAW bersabda :
“Barang siapa yang membunuh cicak dengan satu pukulan diganjarkan kepadanya seratus kebaikan dan sekiranya pada pukulan kedua,ganjarannya kurang daripada yang pertama dan sekiranya pada pukulan ketiga,ganjarannya kurang daripada yang kedua.”
[Hadith Sahih Muslim No.2240]

Penjelasan :
dalam hadith-hadith di atas tersebut,ayat asli (Arabic) dalam hadith-hadith itu menyebut “Al-Wazagh” (الوزغة) iaitu CICAK BLIRIK. Cicak rumah yang biasa kita lihat dan selalu bersama manusia dalam rumah disebut sebagai “As-Sahliat” (سحلية). Jadi hadith-hadith di atas TIDAK menyebut dan tidak merujuk cicak rumah. Maknanya,hadith-hadith Nabi itu hanya merujuk Cicak Blirik.

Kenapa Cicak jenis Al-Wazagh harus dibunuh dan mendapat pahala?

Asbab Pertama
Cicak rumah (As-Sahliat) disebut secara scientifik ialah Cosymbotus Platyurus manakala Al-Wazagh ialah Cyrtopodion Scabrum. Al-Wazagh adalah sejenis cicak Sam Abrash (Cicak Liar) dan Fawasiq (binatang perosak). Al-Wazagh adalah salah satu jenis dari keluarga Tokek atau cicak liar yang hidup di kawasan Timur Tengah (termasuk Tanah Jazirah Arab) yang mana cicak ini mengganggu manusia dan membawa kemudharatan merbahaya kepada manusia (binatang beracun).
Sumber :
– http://reptile-database.reptarium.cz/species?genus=Cyrtopodion&species=scabrum
– https://islamqa.info/en/answers/289055/the-reason-for-killing-wazagh-lizards-and-the-harm-they-cause
– https://islamqa.info/en/answers/258988/are-salamanders-and-other-kinds-of-lizards-included-in-the-hadith-about-killing-the-wazagh-a-type-of-lizard

Hadith Ke4 dari Rasullullah Muhammad SAW tentang Al-Wazagh :
“Narrated from Aishah R.A. – the wife of the Prophet (blessings and peace of Allah be upon him) that the Messenger of Allah (blessings and peace of Allah be upon him) called the Wazagh a noxious little creature..”
[Hadith Sahih Al-Bukhari No.1831]

“Al-Wazagh dikenali sebagai cicak liar yang badannya berbintik-bintik seperti penyakit kusta dan merupakan binatang perosak.”
[Kitab Hayat Al-Hayawan Al-Kubra No.2/544]

“Ulama menyatakan bahawa bahayanya Al-Wazagh (Cicak Blirik) kerana apabila ia meludah ke tubuh seseorang manusia akan menyebabkan kecelakaan yang menyakitkan.”
[Kitab Umdat Al-Qaari No.15/250]

Jadi Al-Wazagh (Cicak Blirik) sunnah dibunuh dan mendapat pahala kerana binatang itu adalah antara binatang yang beracun yang mana boleh memudharatkan kepada manusia.

Asbab Kedua
Kerana Al-Wazagh (Cicak Blirik) adalah binatang yang pernah membantu meniup api Namrud yang membakar Nabi Ibrahim pbuh agar bertambah besar. Hadith kelima :
daripada Ummu Syariq R.A.
“Sesungguhnya Rasullullah SAW memerintahkan supaya membunuh cicak blirik. Dan baginda bersabda,
“Sesungguhnya cicak blirik itu meniup untuk menyemarakkan lagi api yang membakar Ibrahim.”
[Hadith Sahih Al-Bukhari No.3359]

Kini giliran saya untuk “putar meja” kepada Anti-Islam Kristian. Tiga (03) dalil saya berikan dalam Bible :

01 – Sapi di ‘qisas’ beserta pemilik sapi.

“Kalau seekor sapi jantan menanduk seseorang sampai mati,sapi itu harus dibunuh dengan dilempari batu dan dagingnya tak boleh dimakan tetapi pemiliknya tidak akan dihukum. Kalau sapi jantan itu mempunyai kebiasaan menanduk dan pemiliknya sudah diberi peringatan, tetapi tidak menjaga binatang itu lalu apabila sapi jantan itu menanduk seseorang sampai mati, maka binatang itu harus dibunuh dengan dilempari batu dan pemiliknya juga harus dihukum mati.”
[Exodus 21:28-29]

Masalah sapi di qisas dalam ayat di atas membuat saya dan sesiapa sahaja pasti akan tersenyum sendiri. Tuhan sangat marah hanya kerana seekor sapi buat hal sedangkan Tuhan sendiri ciptakan sapi itu tidak memiliki aqal yang waras seperti manusia dan bukan makhluk Mukhallaf. Tambahan lagi,pemilik sapi juga harus dihukum amat berat hanya kerana binatang ternaknya buat masalah. Adalah logik jika pemiliknya yang gagal menjaga ternakannya di kenakan hukuman Dam (denda) tapi jika pemiliknya harus dikenakan hukuman mati hanya kerana binatang yang tidak beraqal seperti manusia menanduk seorang manusia sehingga mati,maka di mana kelogikan dan kebenaran kasih ketuhanan dalam ajaran Kristian??

02 – Gara-gara ruh jahat,babi juga turut kena badi.

“Adalah di sana di lereng bukit sejumlah besar babi sedang mencari makan,lalu roh-roh itu meminta kepada-Nya, katanya: “Suruhlah kami pindah ke dalam babi-babi itu, biarkanlah kami memasukinya!”. Yesus mengabulkan permintaan mereka. Lalu keluarlah roh-roh jahat itu dan memasuki babi-babi itu. Kawanan babi yang kira-kira dua ribu jumlahnya itu terjun dari tepi jurang ke dalam danau dan mati lemas di dalamnya.”
[Mark 5:11-13]

Jesus Christ pbuh di anggap tuhan oleh Kristian telah datang ke bumi melalui Logos menjelma jadi manusia untuk mengajarkan hukum kasih dan menebus dosa manusia. Malangnya dalam hal ayat di atas,Jesus telah bersikap tidak adil hanya kerana tunduk kepada permintaan ruh-ruh jahat. Disebabkan demikian,maka dua ribu (2000) ekor babi menjadi mangsa sedangkan babi-babi itu tidak bersalah.

Dan hal ini juga telah timbul dua kemusykilan :
– Setelah ruh-ruh jahat yang memasuki dua ribu ekor babi lalu terjun di tepi jurang,apakah ruh-ruh jahat tersebut telah musnah mati sedangkan Jesus Christ pbuh sendiri mengatakan bahawa ruh dan jasad hanya akan binasa dalam Neraka (Matthew 10:28) dan Bible sendiri mengatakan bahawa semua ruh kembali kepada Tuhan (Ecclesiastes 12:7)??

– Jesus di anggap berkuasa untuk menghalau ruh-ruh jahat (Luke 11:20 dan Mark 5:7-8) dan mengajar kasih. Mengapa Jesus tidak saja menghalau dan memaafkan ruh-ruh jahat tersebut tanpa melibatkan nyawa 2000 ekor babi tersebut?

maka di mana kelogikan dan kebenaran kasih ketuhanan dalam ajaran Kristian??

03 – Binatang ternakan yang tidak ada apa-apa kesalahan juga di bunuh.

“Jadi pergilah sekarang kalahkanlah orang Amalek,tumpaslah segala yang ada padanya dan janganlah ada belas kasihan kepadanya. Bunuhlah semuanya,laki-laki maupun perempuan,kanak-kanak maupun anak-anak yang menyusu,lembu maupun domba unta maupun keledai.”
[1 Samuel 15:3]

Wanita,anak-anak dan bayi-bayi menyusu serta binatang ternakan (lembu,domba,unta dan keldai) yang tidak berdosa semuanya turut dibunuh sedangkan mereka semua tidak ada kaitan dalam asbab peperangan. Dimana kelogikan dan kebenaran kasih ketuhanan dalam ajaran Kristian??

KESIMPULAN
Nabi Muhammad SAW memerintahkan membunuh cicak Blirik (Al-Wazagh) yang dalam kategori Sam Al-Abrash (Cicak Liar) kerana :
* Binatang itu memudharatkan manusia.
* Pernah meniup untuk menyemarakkan lagi api Namrud yang membakar Nabi Ibrahim pbuh.

Jelas hadith-hadith Muhammad SAW tidak memerintahkan untuk membunuh cicak rumah (As-Sahliat) dan tidak ada kaitan tentangnya. Maka Sunnah Nabi dalam Islam membunuh cicak blirik atas asbab yang munasabah.

MAKA JELAS ISLAM BUKAN AJARAN SESAT SALAH.

Firman Allah Azza’Wa’Jalla :
“Telah datang kebenaran dan lenyaplah kebatilan.Sesungguhnya kebatilan itu sememangnya pasti lenyap.”
[Al-Isra’ 17: 81]

By