Tag: Sabda Harian

  • Rebuttal to Sabda Harian – “Jesus juga mendengar muzik?”

    Rebuttal to Sabda Harian – “Jesus juga mendengar muzik?”

    Reading Time: 7 minutes

    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

    Pada 13hb September 2019,pengarang Sabda Harian telah membuat satu artikel yang bertajuk “Yesus Pun Mendengar Muzik!”. Artikel tersebut boleh lihat disini :
    – http://sabdaharian.com/kristian-dan-muzik/

    Pertama sekali ingin saya katakan bahawa tidak menjadi masalah jika Jesus Christ pbuh mendengar muzik atau bermain muzik tetapi perlu di ingatkan bahawa Jesus Christ pbuh TIDAK PERNAH menjadikan muzik sebagai Sunnah ajarannya dalam ibadah penyembahan kebaktian kepada Allah. Jika muzik dilakukan sebagai format upacara pelayanan dalam penyembahan kepada Tuhan,maka ianya merupakan satu Bidaah dalam ajaran Jesus. Ini formula yang harus saudara Sabda Harian perlu tahu.

    Isu topik “Jesus mendengar muzik” sebenarnya telah dijawab disini :
    – https://kristolologi.blogspot.com/2012/12/kristen-harus-tahu-menyanyi-bukanlah.html

    Disini kita akan berikan maklumbalas secara sederhana terhadap artikel dari saudara Sabda Harian tersebut memandangkan isu tersebut telah dijawab. Semoga bermanfaat~

    SH berkata,
    Mungkin telah kian lama kamu memperhatikan kawan-kawan kamu yang berlainan agama labelkan mereka yang mendengar muzik sebagai ahli neraka. Pelik juga kerana golongan ini dengan bangganya mendakwa bahawa Yesus itu Muslim (berdasarkan ayat-ayat Alkitab yang dipetik di luar konteks), walaupun Yesus memberi anak murid-Nya minum arak (wain) pada malam Dia ditangkap, menikmati mainan muzik di pelbagai situasi seperti upacara perkahwinan, upacara pengebumian, dan perarakan yang berlainan di Bait Allah di Yerusalem.

    MAB response :
    01 – Jangan salah faham! Jika ada muslim yang berkata kepada kalian dengan ayat “ahli Neraka”,itu bukan merujuk asbab Kristian mendengar muzik atau bermain muzik kepujian kepada tuhan tetapi kerana disebabkan Kristian tidak mengikuti apa yang Jesus ajarkan. Apa yang Jesus ajarkan,tidak pernah kalian ikuti tetapi apabila ada beberapa perkara Jesus lakukan BUKAN disandarkan kepada Sunnah Nubuwwah dalam menjadikan sebagai ajaran penyembahan kepada Tuhan Yang Maha Satu,kalian ikutinya dengan anggapan bahawa itu semua merupakan ajaran Jesus.

    02 – Berkenaan artikel saudara “Adakah Jesus seorang muslim” telah saya jawab disini dan sememangnya Jesus Christ pbuh merupakan seorang muslim :
    – https://muslim-apologetic-borneo.com/rebuttal-to-sabda-harian-adakah-jesus-seorang-muslim/

    03 – Jesus tidak memberikan arak yang memabukkan kepada anak muridnya. Wine zaman Jesus BUKAN macam Wine era di zaman abad ke14 hingga kini. Wine zaman Jesus tidak memabukkan. Dalam John 2:10 menyebut “καλὸν οἶνον” yang bermaksud “Good Wine”. Disitu tidak menyebut “Κακό οἶνον” (Evil Wine). Dan dalam Matthew 26:29,disitu menyebut “γενήματος τῆς ἀμπέλου” (fruit of the vine) yang bermaksud “buah dari pokok anggur”. Anda perlu bezakan antara minuman Ribena dengan minuman arak anggur (Wine). Apakah asal minuman anggur dianggap arak sedangkan bani Israel ketika itu tidak mengamalkan minum arak?

    SH berkata,
    Pendek kata, orang Kristian boleh mendengar muzik, menari, dan menyanyi. Ini kerana muzik salah karunia daripada Allah yang benar kepada umat manusia untuk dinikmati. Lagu sembahan dan pujian kepada Allah yang benar adalah sesuatu yang menyenangkan hati-Nya.

    MAB response :
    Tidak ada masalah pun jika ingin menyanyi,menari dan mendengar tetapi amalan itu Jesus tidak jadikan sandaran kepada Sunnah ajaran dalam upacara peribadatan kepada Tuhan. Zaman Nubuwwah Muhammad SAW juga pernah dilangsungkan nyanyian Qasidah dan Nasyid dalam memuji kepada Allah dan meraihkan kedatangan Muhammad SAW ke Madinah namun kami tidak jadikan nyanyian Qasidah dan Nasyid tersebut ke dalam upacara ibadah solat kepada Allah Azza’Wa’Jalla. Ada faham maksud saya saudaraku??

    Apabila saudara berkata,
    “Lagu sembahan dan pujian kepada Allah yang benar adalah sesuatu yang menyenangkan hati-Nya.”

    Ingin saya bertanya dua (02) soalan,
    01 – Apakah Allah tidak berasa “senang hati” jika melakukan ibadah penyembahan Kepada-Nya tanpa muzik?
    02 – Apakah Tuhan memerlukan muzik dan memerlukan makhluk melakukan nyanyian agar buat “Hati”-Nya berasa senang??

    Jika YA,maka saudara menyamakan Tuhan seperti makhluk dan membatasi kekuasaan Tuhan.

    Jika TIDAK,maka amalan menyanyi,mendengar dan menari dengan muzik bukanlah merupakan satu ajaran yang diterapkan dalam uapacara peribadatan kebaktian kepada tuhan.

    SH berkata,
    Keluaran 15 adalah salah satu lagi contoh bahawa nyanian dan muzik tidak haram untuk orang Kristian, malah boleh dikatakan sebahagian daripada kehidupan rohani orang yang percaya. Musa menyanyikan lagu untuk TUHAN setelah mereka dibebaskan daripada angkatan tentera Firaun di Laut Gelagah. Kakak Musa, Miryam, bukan sahaja menyanyi tetapi mengiringi nyanyiannya dengan pukulan tamburin dan tarian.

    MAB response :
    01 – TIDAK ADA yang mengatakan muzik adalah HARAM SECARA MUTLAK tapi ianya akan menjadi satu larangan jika muzik itu disandarkan dengan upacara pemujaan berhala (tidak melakukan muzik terhadap kepujian kepada Allah serta mendekatkan keselarian dengan keadaan realiti) dan arak yang memabukkan sehingga melakukan sesuatu perkara di luar tabii seperti maksiat perzinaan.

    Mazmur 149:1 menyatakan, “Nyanyikanlah lagu baru untuk TUHAN; pujilah Dia dalam perhimpunan umat-Nya yang setia!“, diikuti dengan Mazmur 149:3, “Pujilah nama-Nya dengan tarian; pujilah Dia dengan memainkan kecapi dan tamburin.“

    02 – Aturan muzik yang dibenarkan pun harus selari dengan keadaan realiti tanpa menjauhkan suasana dan diri terhadap Maha Pencipta. Seperti ayat Exodus bab 15 yang saudara petik,sila baca ayat konteks dari ayat Exodus 15:2 hingga Exodus 15:20 yang mana nyanyian itu diutarakan bersandarkan kepujian kepada tuhan beserta pengabdian diri terhadap-Nya. Namun tidak ada ayat tersebut dijadikan sandaran sebagai upacara ibadah dalam penyembahan kebaktian kepada Tuhan. Maksudnya ayat itu merupakan satu bentuk memuji tuhan dengan berupa Qasidah dan Nasyid tanpa menjadikan ianya sebuah upacara ibadah pelayanan dalam penyembahan kebaktian kepada tuhan.

    Hal ini sama juga seperti dalam Psalm 81:1-16 / Psalm 92:1-15 / Psalm 98:1-9 / Psalm 144:9-15 / Psalm 149:1-9 dan Psalm 150:3-6. Muzik yang diolahkan dalam ayat-ayat tersebut berbentuk Qasidah dan Nasyid memuji tuhan selari dengan keadaan realiti yang mana nyanyian itu mendekatkan diri kepada Tuhan dan tidak disertakan dengan arak memabukkan sehingga mencetuskan maksiat perzinaan. Dan bila dilihat konteks ayatnya,tidak ada yang menjadikan nyanyian-nyanyian tersebut sebagai upacara ibadah penyembahan kebaktian kepada Allah.

    SH berkata,
    Yesus sendiri tidak mengecam sesiapa yang bermain muzik, bernyanyi ataupun menari. Malah, Wahyu 14:3 menceritakan tentang hal-hal yang akan datang satu hari nanti. Rasul Yohanes diberi wahyu bahawa sebanyak 144,000 orang berdiri bersama-sama Yesus di syurga dan menyanyikan satu nyanyian baru.

    MAB response :
    01 – Memang Jesus Christ pbuh tidak mengecam sesiapa yang bermain muzik,bernyanyi atau menari jika nyanyian,muzik dan tarian itu selari dengan garis syarak ajaran yang diterapkan dalam syariat Nubuwwah Jesus. Muzik yang beralunkan pendekatan kepada tuhan,nyanyian yang selari dengan keadaan realiti dan disertakan kepujian terhadap tuhan serta tarian yang tidak mengaibkan aurat dan percampuran lelaki-wanita,maka tidak ada sesiapa yang akan melarang. Dan muzik,nyanyian serta tarian itu tidak dijadikan sebagai bentuk upacara penyembahan kebaktian terhadap Tuhan.

    Yang menjadi larangan ialah apabila kamu menjadikan :
    * alunan muzik itu jauh dari tuhan
    * nyanyian itu bertentangan dengan keadaan realiti serta membawa unsur ke arah kekufuran
    * tarian menari menampakkan aurat dan percampuran lelaki-wanita sehingga terjadinya maksiat perzinaan
    * muzik,tarian dan nyanyian itu disandarkan kepada upacara ibadah penyembahan kebaktian kepada Tuhan.

    Ada faham maksud saya??

    SH berkata,
    Jadi, mereka yang taat kepada ajaran Yesus adalah pengikut Allah yang benar. Allah bukan seorang yang jauh sangat dan sangat sukar untuk mendekati. Yesus sendiri berjanji, “Jika kamu taat kepada ajaran-Ku, kamu benar-benar pengikut-Ku. Kamu akan mengenal Allah. Oleh itu kamu akan dibebaskan” (Yohanes 8:31-32).

    Bebas menyembah Allah dengan cara tersendiri termasuk memain muzik, menari, dan menyanyi. Inilah Allah yang orang Kristian percaya dan sembah. Betapa besar kasih setia-Nya kepada kita! Tuhan berkati kalian.

    MAB response :
    Orang yang benar-benar taat kepada Jesus Christ pbuh adalah orang yang tidak menjadikan sesuatu perkara bukan dalam Sunnah ajaran Nabi sebagai bentuk ajaran ibadah kepada tuhan. Inilah orang-orang Islam (berserah diri) yang taat kepada apa yang disampaikan dari Nabi,maka itu sahaja yang dilakukan tan melakukan sesuatu yang bidaah. Maka orang yang dalam golongan inilah mengenali siapa Jesus Christ pbuh dan tahu apa ajaran yang disampaikan dari baginda (Jesus) dikategorikan dalam John 8:31-32. Mereka ini BUKAN bebas melakukan apa sahaja tetapi BEBAS DARI KANCAH KEKUFURAN.

    Apa yang Jesus Christ pbuh ajarkan kepada pengikutnya dalam ibadah penyembahan kebaktian kepada Tuhan?? Jawapannya ialah :

    *05 Rukun Agama
    John 17:3-21 / Mathew 26:30-36 / Mark 1:25-35 / Mathew 9:1-14 / Luke 2:1-37 / Matthew 6:1-5 dan Act 10:1-2

    *06 Rukun Iman
    Mark 12:28-30 / Revelations 7: 11 / Exodus 23:20 / Luke 1:11-13 / Mathew 12:33 dan Matthew 13: 41-43 dan Mark 5:28-29

    *Dua rujukan kepada Muslim Israel (Islam dizaman syariat Jesus)
    Original Gospel : Injeel Yeshua
    – Mark 8: 30-35

    *Follow the Prophet’s teachings : Sunnah of Yeshua
    – John 14:1-15 / Mathew 5:17-47 / Matthew 13:57 / Matthew 21:10-11 / Matthew 21:40-45 dan Luke 7:16 serta Luke 24:19

    Inilah ajaran Jesus Christ pbuh yang sebenarnya….

    Allah Azza’Wa’Jalla memerintahkan kita untuk beribadah Kepada-Nya dalam bentuk format sesembahan yang disyariatkan dalam ajaran Nubuwwah Anbiya Wa Rasul BUKAN nyanyian,muzik dan tarian. Kalian lakukan begitu untuk tujuan dalam ibadah penyembahan kebaktian Kepada-Nya,maka kalian telah melakukan suatu bidaah dalam ajaran Jesus. Maka jangan kata dengan bangga bahawa kalian adalah pengikut Jesus Christ pbuh kerana Jesus tidak pernah terapkan itu dalam ajaran-Nya.

    RUMUSAN
    * Muzik tidak salah jika alunan yang dimainkan mendekatkan diri kepada Tuhan.

    * Nyanyian tidak salah jika isi kandungan nyanyian itu mendekat diri kepada Tuhan dan selari dengan corak kehidupan keadaan realiti

    * Tarian tidak menjadi masalah jika tarian menari itu tidak menampakkkan aurat dan mencampuri dengan arak sehingga ada percampuran tarian antara lelaki-wanita seterusnya mewujudkan maksiat perzinaan.

    * Jesus Christ pbuh tidak melarang muzik,nyanyian dan tarian selagi tidak melanggari syarak tetapi Jesus Christ pbuh TIDAK PERNAH menjadikan muzik,nyanyian dan tarian adalah format dalam upcara ibadah penyembahan kebaktian kepada Tuhan.

    KESIMPULAN
    Jesus Christ pbuh dan sesiapa pun TIDAK PERNAH melarang muzik,nyanyian dan tarian selama mana ianya tidak melanggari syarak tetapi Jesus Christ pbuh TIDAK PERNAH menjadikan muzik,nyanyian dan tarian sebagai format upacara penyembahan kebaktian terhadap Tuhan.

    Seperti saya katakan awal tadi,
    tidak menjadi masalah jika Jesus Christ pbuh mendengar muzik atau bermain muzik tetapi perlu di ingatkan bahawa Jesus Christ pbuh TIDAK PERNAH menjadikan muzik sebagai Sunnah ajarannya dalam ibadah penyembahan kebaktian kepada Allah. Jika muzik dilakukan sebagai format upacara pelayanan dalam penyembahan kepada Tuhan,maka ianya merupakan satu Bidaah dalam ajaran Jesus.

    Kalian mahu membuat satu lagu dan muzik berbentuk Qasidah atau Nasyid untuk memuji tuhan selari corak kehidupan keadaan realiti dan mahu lakukan tarian menari tanpa menampakkan aurat disertakan arak memabukkan dan percampuran tarian lelaki-wanita,maka TIDAK ADA SESIAPA YANG MELARANG. Itulah muzik yang sesungguhnya namun jangan sesekali jadikan ianya adalah bentuk satu format upacara penyembahan kebaktian kepada Tuhan kerana Tuhan telah turunkan ajaran bagaimana format beribadah Kepada-Nya dengan cara yang sesungguhnya.

    Berfirmanlah Ia kepada Musa: “Naiklah menghadap TUHAN, engkau dan Harun, Nadab dan Abihu dan tujuh puluh orang dari para tua-tua Israel dan sujudlah kamu menyembah dari jauh.”
    [Exodus 24:1]

    “Maka Ia maju sedikit, lalu sujud dan berdoa, kata-Nya: “Ya Bapa-Ku, jikalau sekiranya mungkin, biarlah cawan ini lalu dari pada-Ku, tetapi janganlah seperti yang Kukehendaki, melainkan seperti yang Engkau kehendaki.”
    [Matthew 26:39]

    “Siapakah yang tidak takut, ya Tuhan, dan yang tidak memuliakan nama-Mu? Sebab Engkau saja yang kudus; karena semua bangsa akan datang dan sujud menyembah Engkau, sebab telah nyata kebenaran segala penghakiman-Mu.”
    [Revelation 15:4]

    “Aku diperintah oleh Allah bahawa aku sujud di atas tujuh anggota, di atas dahi dan diisyarat dengan tangannya di atas hidungnya,dan dua tangan dan dua lutut dan perut-perut anak jari dua kaki.”
    [Hadith Muttafaqun Alaih]

    “Daripada Abi Bakrah R.A. bahawasanya Nabi Muhammad SAW adalah apabila mendatangi akan dia oleh sesuatu yang menyukakannya lantas ia turun sujud kepada Allah.”
    [Hadith Muttafaqun Alaih]

    “Wahai orang-orang yang beriman! rukuklah dan sujudlah kamu kepada Tuhan kamu dan perbuatlah kebaikan mudah-mudahan kamu mendapat kejayaan”.
    [Al-Hajj 22:77]

  • Rebuttal to Sabda Harian dan Pendeta Esra Soru – “Di mana dalam Bible,Jesus menyatakan dia adalah Tuhan?

    Rebuttal to Sabda Harian dan Pendeta Esra Soru – “Di mana dalam Bible,Jesus menyatakan dia adalah Tuhan?

    Reading Time: 12 minutes

    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

    Pada 30hb Oktober 2018,pengarang Sabda Harian telah membuat satu artikel yang bertajuk “Di mana dalam Alkitab Yesus menyatakan dia adalah Tuhan?”. Artikel dari beliau boleh lihat disini :
    – https://sabdaharian.com/di-mana-dalam-alkitab-yesus-kata-dia-adalah-tuhan/

    Artikel Sabda Harian tersebut memaparkan satu video dari ceramah pendeta Esra Soru yang mana pendeta Esra memberikan jawapan kepada persoalan “Di mana dalam Alkitab Yesus menyatakan dia adalah tuhan?”.

    Setelah saya meneliti video tersebut,saya mendapati pendeta Esra Soru mengemukakan empat (04) point yang mana ianya menjadi claim dari beliau. Disini akan memberikan response untuk menjawab video dari pendeta Esra Soru dan artikel Sabda Harian sekaligus meruntuhkan kesemua claim dari pendeta Esra Soru tersebut. Semoga bermanfaat~

    CLAIM NO.1
    Pendeta Esra mengatakan,
    “Dasar iman Kristian bukan hanya berdasarkan kata-kata Jesus tetapi keseluruhan isi Alkitab suci.”

    Response :
    01 – Dalam Perjanjian Lama dari Genesis hingga Malachi TIDAK ADA SATU DALIL pun yang menyebut nubuat ketuhanan Jesus Christ pbuh dan menyatakan Jesus Christ adalah tuhan. Semua lebih 40 Nubuatan (anggaran 48-353 Nubuatan) yang khabarnya merujuk kepada Jesus Christ pbuh menurut Kristian telah diruntuhkan disini oleh Muslim Apologetics (Adeel Khan) dan Exegess Judah (Rabbi Blumenthal dan Tovia Singer),sila rujuk :

    dari Muslim Apologetic (Adeel Khan)
    – http://www.answering-christianity.com/adeel_khan/Is_Jesus_prophesied_anywhere.htm

    dari Exegess Judah (Rabbi Blumenthal dan Tovia Singer)
    – https://acquiescere9.wordpress.com/2014/07/05/responding-to-the-missionary-proof-texts-by-rabbi-blumenthal/
    – https://outreachjudaism.org/is-jesus-prophesied-in-the-jewish-scriptures/

    02 – Dalam Perjanjian Baru,TIDAK ADA satu kenyataan dari nukilan atau lisan pengikut-pengikut Jesus yang seramai tujuh puluh dua (72) termasuk dua belas (12) Hawariyyun Jesus ada mengatakan Jesus adalah tuhan sedangkan mereka adalah saksi terdekat kepada Jesus Christ pada masa itu. Hanya surat-surat Paul sahaja yang masih ambigu yang mana sebahagian kenyataan Paul ada yang merujuk Jesus sebagai tuhan dan pada masa yang sama ada sebahagian kenyataan Paul tidak merujuk Jesus sebagai tuhan. Namun itu tidak menjadi permasalahan kerana :
    * Paul BUKAN anak murid Jesus Christ pbuh.
    * Paul tidak pernah bertemu dengan Jesus Christ pbuh.
    * Hampir mandatori baik dari Muslim scholars dan Christian Scholars bahkan Atheist Scholars sendiri menyatakan bahawa Paul adalah penyeleweng,pendusta dan pemalsu ajaran Jesus Christ pbuh.

    Semua lisan sabda Jesus Christ pbuh dan nukilan-nukilan dari Hawariyyun Jesus TIDAK PERNAH menyatakan bahawa Jesus Christ pbuh adalah tuhan. Jadi seharusnya perlu ada dalil zahir harfiah,kukuh dan jelas dari lisan sabda Jesus dan tulisan Hawariyyun Jesus untuk membuktikan bahawa Jesus adalah tuhan.

    CLAIM NO.1 DARI PENDETA ESRA SORU RUNTUH! JELAS TIDAK ADA KENYATAAN DARI BIBLE MENYATAKAN JESUS ADALAH TUHAN!

    CLAIM NO.2
    Pendeta Esra Soru menyatakan bahawa Jesus Christ pbuh tidak perlu mengakui dari lisannya untuk menyatakan bahawa dirinya adalah tuhan. Esra Soru memberikan satu analogy bahawa adalah tidak perlu dan tidak logik bahawa seseorang perlu menyatakan dirinya adalah bapa kepada anaknya sedangkan anak kepada bapa tersebut telah memberitahu bahawa dirinya adalah anak kepada bapanya.

    Response :
    Saya amat memahami maksud pendeta Esra Soru. Analogy ini sama seperti Presiden Indonesia iaitu Joko Widodo (Jokowi) tidak perlu mengatakan “aku adalah Presiden Indonesia” kepada rakyat Indonesia. Namun kita lupa bahawa semasa perlantikan Presiden Indonesia,semua rakyat Indonesia telah melihat dan mengetahui siapa yang akan dilantik menjadi Presiden Indonesia. Ini berbeza dengan Jesus Christ pbuh yang mana tidak ada manusia yang tahu siapakah Jesus Christ pbuh tersebut semasa lahir ke dunia.

    Seorang ibu pasti akan menyatakan “aku ini adalah ibu kandungmu” apabila si ibu ditanya atau dipertikaikan atau diderhakai oleh anaknya. Maka begitu juga apabila ramai dari orang-orang Israel bertanyakan siapakah Jesus yang sebenar,jadi seharusnya Jesus Christ pbuh memberitahu dengan jelas siapakah dirinya namun Jesus tidak pernah mengatakan bahawa dirinya adalah tuhan tetapi baginda (Jesus) memberitahu bahawa dia adalah Utusan Tuhan (John 5:30 / John 17:3 dan John 4:19-26). Bahkan pengikut-pengikut Jesus termasuk penulis empat (04) Gospel dan Book of Acts sendiri mengetahui bahawa Jesus Christ pbuh adalah NABI dalam Luke 7:16 / Luke 24:19 / John 6:14 / John 7:40 / Matthew 21:11 / Matthew 21:46 / Matthew 13:57 / Acts 3:13 / Acts 3:26 dan Acts 4:27.

    Berkenaan analogy dari pendeta Esra Soru, itu memang seharusnya tidak perlu si bapa menyatakan bahawa dia adalah bapa kepada anaknya kerana anaknya sendiri telah memberitahu bahawa dirinya adalah anak kepada bapanya kerana kesaksian anak itu jelas bahawa dirinya adalah anak kepada bapanya boleh dilihat dari pelbagai alternatif (seperti melihat kad pengenalan identiti anak tersebut) namun berbeza dengan situasi Jesus Christ pbuh,TIDAK ADA SEORANG PUN dari pengikut-pengikut Jesus mengatakan Jesus adalah tuhan dari lisan dan penukilan mereka sendiri sedangkan mereka adalah saksi paling terdekat dengan Jesus.

    Seharusnya Jesus Christ pbuh mengatakan dirinya adalah Tuhan (jika benar dirinya adalah tuhan) dan pengikut-pengikut Jesus yang menjadi saksi terdekat juga harus mengatakan Jesus adalah tuhan (jika benar Jesus adalah tuhan) kerana kedatangannya sebagai manusia zahir ke dunia tidak ada sesiapa yang mengetahui hakikat siapa Jesus tersebut dan banyak keingkaran berlaku sewaktu Jesus datang ke dunia. Malangnya Jesus dan pengikut-pengikut Jesus TIDAK PERNAH mengatakan demikian (Jesus adalah tuhan).

    CLAIM NO.2 DARI PENDETA ESRA SORU RUNTUH! JELAS TIDAK ADA KENYATAAN DARI BIBLE MENYATAKAN JESUS ADALAH TUHAN!

    CLAIM N0.3
    Pendeta Esra mengatakan bahawa pengikut-pengikut Jesus yang terdekat khususnya dua (12) anak murid Jesus menyatakan bahawa Jesus adalah tuhan. Ayat yang dikutipnya adalah John 1:1-14 / John 20:28 dan John 13:13 dan beliau menernagkan isu Kyrios yang kononnya boleh dirujuk sebagai “tuhan” kepada Jesus Christ pbuh.

    Response :
    Semua dalil-dalil Naqli yang dikutip oleh pendeta Esra Soru dalam Bible (John 1:1-14 / John 20:28 dan John 13:13) termasuk isu “Kyrios” telah saya jawab dalam sumber saya disini :
    – https://muslim-apologetic-borneo.com/eesa-al-masih-alaihissalam-ibni-maryam-bukan-tuhan-dalam-bible/

    Saya kuatkan lagi sokongan sumber dari Muslim Apologetics dan Exegess Neutral Non-muslims membuktikan bahawa semua pengikut Jesus Christ pbuh berjumlah tujuh puluh dua (72) termasuk dua belas (12) Hawariyyun TIDAK PERNAH mengatakan dan mengimani bahawa Jesus adalah tuhan :

    dari sumber Muslim Apologetics :
    * https://www.islamreligion.com/articles/10454/90-verses-says/
    * http://www.answering-christianity.com/early_christians.htm
    * http://www.answering-christianity.com/muslims_during_early_christians_times.htm
    * http://www.answering-christianity.com/abdullah_smith/cross_pagan_origins.htm
    * http://www.answering-christianity.com/karim/Karim_-_articles_islamic_answers_-_part_1/19.%20Chapter_Seventeen.pdf
    * http://www.answering-christianity.com/karim/Karim_-_articles_islamic_answers_-_part_1/Section%20-%20Answering%20Christianity/Jesus’%20Words%20Only%20-%20Or%20Was%20Paul%20the%20Apostle%20Jesus%20Condems%20in%20Revelation%202.2/15.%20Chapter_Thirteen.pdf
    * http://www.answering-christianity.com/ac/tri.htm
    * http://www.answering-christianity.com/bassam_zawadi/paul_versus_the_disciples.htm
    * https://www.islam-guide.com/ch3-10-1.htm
    * https://www.youtube.com/watch?v=ezuL-rxHlsk

    dari sumber Exegess Neutral Non-Muslims :
    * http://www.earlychristianwritings.com/text/apostolorum.html
    * http://www.earlychristianwritings.com/newtestament.html
    * http://www.earlychristianwritings.com/fathers/irenaeus_02_proof.html
    * http://www.earlychristianwritings.com/fathers/index.html
    * https://www.christian-history.org/proof-of-the-apostolic-preaching.html
    * https://www.christian-history.org/early-christian-writings.html
    * https://www.christian-history.org/early-christianity.html
    * http://www.ccel.org/fathers.html
    * http://www.tertullian.org/fathers2/ANF-01/anf01-60.htm

    Saya berikan beberapa ayat kenyataan pengakuan dari Exegess Trinitrian Christian sendiri bahawa TIDAK ADA kenyataan ajaran Trinity dan Jesus adalah tuhan dalam Bible dan ajaran dari 12 Disciples of Jesus :

    01 – The New Catholic Encyclopedia
    “Jesus’ twelve apostles lived and died never having heard of any “Trinity”!. Did Jesus leave his closest and dearest followers so completely and utterly baffled and lost that they never even realized the “true” nature of God? Did he leave them in such black darkness that neither they nor their children, nor yet their children’s children would ever come to recognize the “true” nature of the One they are to worship? Do we really want to allege that Jesus was so thoroughly incompetent in the discharge of his duties that he left his followers in such utter chaos that it would take them fully three centuries after his departure to finally piece together the nature of the One whom they are to worship? Why did Jesus never, even once, just say “God, the Holy Ghost and I are three Persons in one Trinity. Worship all of us as one”? If he had only chosen to make just one such explicit statement to them he could have relieved Christianity of centuries of bitter disputes, division, and animosity. It is difficult in the second half of the 20th century to offer a clear, objective and straightforward account of the revelation, doctrinal evolution, and theological elaboration of the Mystery of the trinity. Trinitarian discussion, Roman Catholic as well as other, present a somewhat unsteady silhouette. Two things have happened. There is the recognition on the part of exegetes and Biblical theologians, including a constantly growing number of Roman Catholics, that one should not speak of Trinitarianism in the New Testament without serious qualification. There is also the closely parallel recognition on the part of historians of dogma and systematic theologians that when one does speak of an unqualified Trinitarianism, one has moved from the period of Christian origins to, say, the last quadrant of the 4th century. It was only then that what might be called the definitive Trinitarian dogma ‘One God in three Persons’ became thoroughly assimilated into Christian life and thought … it was the product of 3 centuries of doctrinal development”
    [The New Catholic Encyclopedia” Volume XIV, page 295.]

    02 – The Encyclopedia Britannica
    “in Christian doctrine, the unity of Father, Son, and Holy Spirit as three persons in one Godhead Neither the word Trinity nor the explicit doctrine appears in the New Testament,The Council of Nicaea in 325 stated the crucial formula for that doctrine in its confession that the Son is ‘of the same substance [homoousios] as the Father,’ even though it said very little about the Holy Spirit. Over the next half century, Athanasius defended and refined the Nicene formula, and, by the end of the 4th century, under the leadership of Basil of Caesarea, Gregory of Nyssa, and Gregory of Nazianzus (the Cappadocian Fathers), the doctrine of the Trinity took substantially the form it has maintained ever since.”
    [Encyclopedia Britannica under the heading “Trinity”]

    03 – David Lyle Jeffrey
    “Because the Trinity is such an important part of later Christian doctrine, it is striking that the term does not appear in the New Testament. Likewise, the developed concept of three coequal partners in the Godhead found in later creedal formulations cannot be clearly detected within the confines of the canon … While the New Testament writers say a great deal about God, Jesus, and the Spirit of each, no New Testament writer expounds on the relationship among the three in the detail that later Christian writers do.”
    [A Dictionary of Biblical Tradition in English Literature, David Lyle Jeffrey, page 785]

    04 – Tom Harpur
    “What is most embarrassing for the church is the difficulty of proving any of these statements of dogma from the new Testament documents. You simply cannot find the doctrine of the Trinity set out anywhere in the Bible. St. Paul has the highest view of Jesus’ role and person, but nowhere does he call him God. Nor does Jesus himself anywhere explicitly claim to be the second person in the Trinity, wholly equal to his heavenly Father. As a pious Jew, he would have been shocked and offended by such an Idea….(this is) in itself bad enough. But there is worse to come. This research has lead me to believe that the great majority of regular churchgoers are, for all practical purposes, tritheists. That is, they profess to believe in one God, but in reality they worship three..”
    [Tom Harpur – “For Christ’s Sake” page 11]

    CLAIM NO.3 DARI PENDETA ESRA SORU RUNTUH! JELAS TIDAK ADA KENYATAAN DARI BIBLE MENYATAKAN JESUS ADALAH TUHAN!

    CLAIM NO.4
    Pendeta Esra mengemukakan dalil 1 John 5:20 untuk menyatakan Jesus adalah tuhan.

    Response :
    Mari kita baca ayat tersebut,
    “Akan tetapi kita tahu, bahwa Anak Allah telah datang dan telah mengaruniakan pengertian kepada kita, supaya kita mengenal Yang Benar; dan kita ada di dalam Yang Benar, di dalam Anak-Nya Yesus Kristus. Dia adalah Allah yang benar dan hidup yang kekal.”
    [1 John 5:20]

    01 – Dalam 1 John 5:20,pendeta Esra Soru dan Kristian claim bahawa rangkap ayat “This is the true God” atau “Dia adalah Tuhan yang benar” merujuk Jesus kerana mereka menganggap “ini” atau “dia” (Houtus dalam Koine Greek) merujuk Jesus disebabkan pendekatan ayat. Bagaimanapun apabila dibaca secara konteks dari ayat 18 yang mana mula-mula memberitahu bahawa semua orang berasal lahir dari Tuhan,”kata benda” yang mula-mula dirujuk adalah Tuhan BUKAN Jesus. Dalam bahasa normal yang sehari-hari kita pakai,kita akan pakai “kata ganti” merujuk kepada “kata benda” yang baru sahaja digunakan sebelum itu…”kata ganti” yang digunakan setelahnya sekarang merujuk kepada “kata benda” yang disebutkan pada awal-awal ayat. Jadi “kata benda” yang dimaksudkan oleh “kata ganti” adalah Tuhan.

    Saya bagi satu contoh ayat,
    “Allah adalah Tuhan sekalian alam. Dia mengurniakan segala nikmat kepada manusia dan mengatur segala makhluk dengan saksama. Kita seharusnya bersyukur dan mengabdi diri kepada Allah yang telah menciptakan kita dan memberikan kita segalanya. Dia telah mengutuskan ramai Utusan-Nya untuk memberi ajaran yang benar. Muhammad adalah Nabi terakhir dan dari Muhammad,telah sampai ajaran itu kepada kita. salam penghormatan kepujian kepada junjungan agung Muhammad selaku Khatamul’Anbiya. Tidak ada Tuhan selain hanya Dia.”

    Jika kita tidak memahami konsep Contextuality Analysis,pasti kita akan menganggap “kata ganti” dalam rangkap ayat contoh di atas berbunyi “Tidak ada Tuhan selain hanya Dia” merujuk Muhammad SAW. Tetapi bagi yang faham,mereka akan tahu bahawa “kata ganti” dalam rangkap akhir dari contoh ayat di atas adalah Allah kerana “kata benda” dalam konteks mula-mula dirujuk adalah mengenai penceritaan tentang Allah.

    Maka ini sama halnya seperti dalam 1 John 5:18-20 yang mana “Si John” menulis konteks dalam ayat 18 mula-mula merujuk bahawa setiap orang berasal dari Tuhan dan Tuhan disini adalah “kata benda” yang dirujuk. Hal ini juga berkaitan dengan ayat lain seperti Acts 7:18-19,mari kita baca :
    “sampai bangkit seorang raja lain memerintah tanah Mesir,seorang yang tidak mengenal Yusuf. Raja itu mempergunakan tipu daya terhadap bangsa kita dan menganiaya nenek moyang kita serta menyuruh membuang bayi mereka, supaya bangsa kita itu jangan berkembang.”
    [Acts 7:18-19]

    dalam ayat ini jika dibaca dengan teliti,perkataan yang sama iaitu “Houtus” dipakai dalam ayat ini merujuk “Raja lain” BUKAN Yusuf. Jadi sama seperti dalam 1 John 5:18-20,kata “Houtus” dirujuk kepada “kata benda” yang mula-mula disebut dalam konteks yang mana ianya akan dirujuk pada akhir konteks.

    Sama juga seperti ayat lain,saya berikan lagi :
    “maka ketahuilah oleh kamu sekalian dan oleh seluruh umat Israel, bahwa dalam nama Yesus Kristus, orang Nazaret, yang telah kamu salibkan, tetapi yang telah dibangkitkan Allah dari antara orang mati–bahwa oleh karena Yesus itulah orang ini berdiri dengan sehat sekarang di depan kamu. Yesus adalah batu yang dibuang oleh tukang-tukang bangunan–yaitu kamu sendiri–,namun ia telah menjadi batu penjuru.”
    [Acts 4:10-11]

    Setelah baca konteks ayat di atas,”kata benda” yang dirujuk mula-mula disitu adalah Jesus. Kata ganti diri “Houtus” pada rangkap ayat berbunyi “..namun IA telah menjadi batu penjuru.” juga harus merujuk Jesus kerana penceritaan konteks ayat yang disampaikan mula-mula merujuk “Kata benda” iaitu Jesus. Jika kata ganti “Houtus” merujuk objek terdekat ayat tersebut,maka apakah logik “tukang bangunan” adalah “Batu Penjuru” sedangkan dalam konteks ayat itu,Jesus dirujuk sebagai batu itu sendiri???.

    Jadi,begitu juga dalam 1 John 5:20 yang mana kata ganti “Houtus” merujuk Tuhan itu sendiri kerana konteks ayat mula-mula merujuk Tuhan sebagai “Kata Benda” yang dirujuk. Jika “Si John” menulis rangkap ayat “THIS is the true God” atau “DIA adalah Tuhan yang benar” merujuk Jesus,maka akan ada percanggahan dari penulisannya sendiri dalam ayat yang lain iaitu John 17:3 yang mana Tuhan yang benar adalah Bapa sekaligus menunjukkan bahawa Bible yang dianggap kitab suci firman Tuhan oleh Kristian mengalami kesalahan.

    02 – Majoriti Top Bible Scholars seperti Murray J. Harris,F.F Bruce,Richard Baukham,Mark Button,James Goss,Walter Harrelson,Charles W.Hendrick,Julian V.Hill,Dennis Duling,Arland D.Jacobson,Kempton Hewitt,Heinz Guenther dan William Beardslee apabila membaca ayat 1 John 5:20,mereka akan sandarkan rangkap ayat “Dia adalah Allah yang benar dan hidup yang kekal.” dalam 1 John 5:20 dengan ayat John 17:3 yang mana ayat tersebut merujuk Bapa sendiri (Tuhan) BUKAN Jesus Christ pbuh. Jika rangkap ayat terakhir tersebut merujuk Jesus Christ,maknanya penukilan Saint John dalam 1 John 5:20 bercanggah dengan penukilan dalam ayatnya sendiri sebelumnya dalam John 17:3.

    03 – Bible scholar iaitu E.W Bullinger menyatakan,
    “Not all Trinitarians believe that the last sentence in the verse of 1 John 5:20 refers to the Son. A study of commentators on the verse will show that a considerable number of Trinitarian scholars say that this phrase refers to the Father. Norton and Farley each give a list of suchscholars. In his commentary on 1 John, Lenski writes that although the official explanation of the Church is to make the sentence refer to the Son:
    “This exegesis of the church is now called a mistake by a number of commentators who believe in the full deity of Jesus as it is revealed in Scripture but feel convinced that this houtos clause speaks of the Father and not of His Son”.”
    [E.W. Bullinger – Commentary on Revelation (Kregel Publication Grand Rapids MI 1984) page 147 and 148]

    Maknanya,dalam musyawarah Sarjana Tertinggi Kekristinian juga mengalami percanggahan dan majoriti menyatakan rangkap ayat terakhir dalam 1 John 5:20 BUKAN merujuk Jesus Christ pbuh. Rangkap ayat tersebut layak dirujuk kepada Bapa (Tuhan) sendiri kerana banyak ayat lain mengukuhkan bahawa hanya Bapa Tuhan yang benar dan Kekal Abadi.

    04 – Saya berikan dalil dari sumber Biblical Unitarian menyatakan,
    “Many Trinitarians claim that the final sentence in the verse, “This is the true God,” refers to Jesus Christ, since the closest noun to “This” is “Jesus Christ.” However, since God and Jesus are both referred to in the first sentence of the verse, the final sentence can refer to either one of them. Once it is clear that the last sentence in the verse can refer to either Jesus or God, it must be determined which of the two it is describing. The context and remoter context will determine to whom the phrase “true God” applies. The result of that examination is that the phrase “true God” is used four times in the Bible beside here: 2 Chronicles 15:3; Jeremiah 10:10; John 17:3 and 1 Thessalonians 1:9. In all four of these places, the “true God” refers to the Father and not the Son. Especially relevant is John 17:3, which is Jesus’ prayer to God. In that prayer, Jesus calls God “the only true God.” These examples are made more powerful by the consideration that 1 John is a late epistle, and thus the readers of the Bible were already used to God being called the “true God.” Add to that the fact that John is the writer of both the Gospel of John and the Epistles of John, and he would be likely to use the phrase the same way. Thus, there is every reason to believe that the “true God” of 1 John 5:20 is the heavenly Father, and there is no precedent for believing that it refers to the Son. From studying the immediate context, we learn that this very verse mentions “him that is true” two times, and both times it refers to the Father. Since the verse twice refers to the Father as “the one who is true,” that is a strong argument that “the true God” in the last part of the verse is the same being.”
    [Buzzard (page 137-138),Farley (page 72-75) and Norton (page 196-199)]
    – https://www.biblicalunitarian.com/verses/1-john-5-20

    Untuk jawapan lebih terperinci,boleh rujuk disini :
    – https://wwwrealdiscoveriesorg-simon.blogspot.com/2017/12/1-john-520-yet-again-another.html
    – http://www.answering-christianity.com/sami_zaatri/rebuttaltosamshamoun32.htm

    CLAIM NO.4 DARI PENDETA ESRA SORU RUNTUH! JELAS TIDAK ADA KENYATAAN DARI BIBLE MENYATAKAN JESUS ADALAH TUHAN!

    BONUS
    Disini saya berikan sepuluh (10) dalil dari pengakuan pengikut-pengikut Jesus Christ pbuh sendiri bahawa baginda (Jesus) adalah merupakan seorang NABI BUKAN TUHAN.

    “…SEORANG NABI BESAR telah muncul di tengah-tengah kita…”
    [Luke 7:16]

    “Apa yang terjadi dengan Yesus orang Nazaret. Dia adalah SEORANG NABI, yang berkuasa dalam pekerjaan dan perkataan di hadapan Allah dan di depan seluruh bangsa kami.”
    [Luke 24:19]

    “Ketika orang-orang itu melihat mujizat yang telah diadakan-Nya, mereka berkata: “Dia ini adalah BENAR-BENAR NABI yang akan datang ke dalam dunia.”
    [John 6:14]

    Dan orang banyak itu menyahut: “INILAH NABI Yesus dari Nazaret di Galilea.”
    [Matthew 21:11]

    “Dan mereka berusaha untuk menangkap Dia, tetapi mereka takut kepada orang banyak, kerana orang banyak itu menganggap Dia NABI.”
    [Matthew 21:46]

    Lalu mereka kecewa dan menolak Dia. Maka Yesus berkata kepada mereka: “SEORANG NABI dihormati di mana-mana, kecuali di tempat asalnya sendiri dan di rumahnya.”
    [Matthew 13:57]

    Beberapa orang di antara orang banyak, yang mendengarkan perkataan-perkataan itu, berkata: “Dia ini BENAR-BENAR NABI yang akan datang.”
    [John 7:40]

    “Allah Abraham, Ishak dan Yakub, Allah nenek moyang kita telah memuliakan HAMBA-Nya, yaitu Yesus….”
    [Acts 3:13]

    “Dan bagi kamulah pertama-tama Allah membangkitkan HAMBA-Nya dan mengutus-Nya kepada kamu, supaya Ia memberkati kamu dengan memimpin kamu masing-masing kembali dari segala kejahatanmu.”
    [Acts 3:26]

    “Sebab sesungguhnya telah berkumpul di dalam kota ini Herodes dan Pontius Pilatus beserta bangsa-bangsa dan suku-suku bangsa Israel melawan Yesus, HAMBA-Mu yang kudus, yang Engkau urapi.”
    [Acts 4:27]

    RUMUSAN :
    – TIDAK ADA satu dalil pun pengakuan Jesus Christ pbuh mengatakan dirinya adalah tuhan.
    – Jesus Christ pbuh perlu menyatakan dirinya adalah tuhan (jika benar dia adalah tuhan) kerana keingkaran telah berlaku di hadapannya sendiri sedangkan dirinya telah zahir ke dunia.
    – Tidak ada dalil asli dalam keseluruhan Bible menyatakan Jesus Christ pbuh adalah tuhan.
    – Tidak ada SATU KENYATAAN pun dalam Bible melalui dari pengakuan 12 pengikut Jesus Christ pbuh menyatakan Jesus adalah tuhan.
    – Rangkap akhir dalam 1 John 5:20 merujuk Allah Azza Wa Jalla selaku Tuhan Yang Benar dan Kekal Abadi BUKAN merujuk Jesus Christ pbuh.

    KESIMPULAN
    Pendeta Esra Soru bersungguh-sungguh menegakkan benang yang basah dengan menyatakan bahawa Jesus adalah tuhan dalam Bible melalui pengakuan penulisan dari pengikut Jesus Christ pbuh sedangkan setelah diteliti,jelas dalam Bible sendiri TIDAK ADA kenyataan satu pun baik dari pengakuan lisan sabda Jesus Christ pbuh dan tujuh puluh dua (72) pengikut termasuk dua belas (12) Hawariyyun Jesus Christ pbuh ada mengatakan Jesus Christ pbuh adalah Tuhan. Pendeta Esra Soru dan pengarang Sabda Harian perlu banyak belajar mengkaji analisa keseluruhan prospek sebelum mengimani sesuatu kebenaran.

    pesan Jesus Christ pbuh kepada anda :
    “Jikalau kamu tetap dalam sabdaku,kamu benar-benar adalah muridku.dan kamu akan mengetahui kebenaran, dan kebenaran itu akan memerdekakan kamu.”
    [John 8:31-32]
    – memerdekakan anda dari kekufuran…

    pesan Rasullullah Muhammad SAW kepada anda :
    “Terimalah kebenaran itu walau ianya pahit..”
    [Hadith Sahih Bukhari dan Tirmizi]

    “Dan katakanlah: yang benar telah datang dan yang batil pasti akan lenyap, sungguh yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap”.
    [Al-Israa’ 17:81]

    Tiada Tuhan selain Allah,Jesus dan Muhammad adalah Utusan Allah serta Jibrail Sayyid Malak Al-Qhuwwaan adlaah Ruhul Quddus.

  • Rebuttal to Sabda Harian – “Jika Jesus itu Allah,mengapa pula dia berdoa kepada Allah?Adakah Jesus berdoa kepada dirinya sendiri?”

    Rebuttal to Sabda Harian – “Jika Jesus itu Allah,mengapa pula dia berdoa kepada Allah?Adakah Jesus berdoa kepada dirinya sendiri?”

    Reading Time: 17 minutes

    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

    Pada 12 September 2019,pengarang Sabda Harian telah membuat satu artikel yang bertajuk “Jika Jesus itu Allah,mengapa pula dia berdoa kepada Allah?Adakah Jesus berdoa kepada dirinya sendiri?”. Artikel dari beliau tersebut boleh lihat disini :
    – https://sabdaharian.com/jika-yesus-itu-allah-mengapa-pula-dia-berdoa-kepada-allah-adakah-yesus-berdoa-kepada-diri-nya-sendiri/

    Sebenarnya artikel dari Sabda Harian ini merupakan artikel kedua dari artikel ini :
    – http://sabdaharian.com/bukankah-yesus-allah-kalau-dia-allah-kepada-siapakah-dia-berdoa/

    Dan saya telah menjawab artikel tersebut disini :
    – https://muslim-apologetic-borneo.com/menjawab-sabda-harian-kalau-jesus-ialah-tuhandengan-siapakah-dia-berdoa/

    Walau bagaimanapun,disini kita tetap berikan bantahan maklumblas kepada artikel barunya tersebut. Semoga bermanfaat~

    SH berkata,
    Seringkali golongan yang menuhankan manusia juga mereka yang menafikan keilahian Yesus Kristus. Salah satu tohmahan mereka yang biasa ditujukan adalah, “Kalau kamu menyatakan bahawa Yesus itu Allah, kepada siapa pula Dia berdoa? Bukankah itu sesuatu yang tidak masuk akal?”

    MAB response :
    Siapakah golongan yang menuhankan manusia yang saudara maksudkan itu?? JIKA saudara maksudkan adalah muslim,siapakah manusia yang kami jadikan sebagai tuhan???

    SH berkata,
    Orang yang munasabah dan waras akan berhenti sejenak untuk memikirkan soalan tersebut. Untuk memahami situasi yang unik ini, kita perlu berdasarkan apa yang diajar di dalam Alkitab. Orang Kristian percaya bahawa Yesus itu Allah yang menjelma sebagai manusia, lalu dia berdoa kepada Bapa-Nya di syurga. Ini kerana Bapa dan Anak memiliki hubungan kekal sebelum Yesus dijadikan insan.

    MAB response :
    Benar! orang yang beraqal waras pasti akan berfikir soalan tersebut dan pasti akan berfikir bagaimana seseorang yang di anggap tuhan boleh berdoa kepada Entiti Maha Kuasa yang lain sedangkan dirinya adalah tuhan (jika benar dia adalah tuhan).

    Bible tidak pernah mengajar bahawa Jesus adalah tuhan dan Bible tidak pernah mengajar bahawa Jesus adalah tuhan yang menjelma jadi manusia bahkan Bible tidak pernah mengajar Jesus adalah sepenuh ilahi dan sepenuh manusiawi. Jika ada,sila kemukakan dalil dari firman Bapa (Tuhan) dan dari lisan sabda Jesus sendiri BUKAN dari tulisan yang tidak dikenali apatah lagi tulisan yang datang dari orang yang tidak pernah menemui Jesus Christ pbuh.

    Saudara mengatakan bahawa Tuhan Oknum Anak yang menjelma jadi manusia dan memiliki hubungan yang kekal dengan Bapa sebelum Jesus dijadikan insan namun saudara lupa bahawa menurut kepercayaan Kristian itu sendiri,Jesus setelah menjelma jadi manusia juga memiliki sepenuh ilahiyyah (ketuhanan). Jadi seharusnya Jesus tidak perlu memohon doa kepada Bapa sebab dirinya juga adalah tuhan menurut konsep kepercayaan kamu. Jadi disini terlihat ada percanggahan dalam kemusykilan terhadap doktrin kepercayaan Kristian.

    SH berkata,
    Yohanes 5:19-27 menerangkan situasi tersebut, terutamanya di dalam Yohanes 5:23 sewaktu Yesus mengajar tentang Bapa telah menghantar Anak (rujuk juga kepada Yohanes 15:10).

    MAB response :
    01 – Berkenaan konteks sebenar John 5:19-31 telah saya jawab dan terangkan disini :
    – https://muslim-apologetic-borneo.com/rebuttal-to-sabda-harian-jesus-bukan-sekadar-nabi/

    Dalam artikel saudara sebelumnya,saudara menggunakan dalil John 5:19-27 untuk membenarkan ketuhanan Jesus bahawa kononnya Jesus adalah kebangkitan dan hidup. Saudara boleh lihat artikel saudara disini :
    – http://sabdaharian.com/yesus-bukan-sekadar-nabi/
    (semua hujah dalam artikel saudara ini telah saya runtuhkan)

    Namun disini,saudara menggunakan konteks dalil yang sama untuk membenarkan Jesus berdoa kepada Bapa-Nya di syurga disebabkan alasannya Bapa dan Anak memiliki hubungan kekal sebelum Yesus dijadikan insan. Ini sekaligus menampakkan kesalahan dalam tafsiran Kekristinian itu sendiri. Tidak mungkin satu makna ayat membawa dua atau lebih maksud yang dibawa oleh ayat tersebut sehingga menampakkan kekeliruan kepercayaan dalam Kekristinian itu sendiri.

    02 – Maksud “Bapa telah menghantar Anak” dalam John 5:23 ialah Tuhan mengutus Jesus sebagai Nabi dan Rasul kepada bani Israel untuk membawa risalah syariat ajaran Tuhan.

    mari kita baca konteks ayat bermula John 5:19 :
    “Aku berkata kepadamu, sesungguhnya Anak tidak dapat mengerjakan sesuatu dari diri-Nya sendiri, jikalau tidak Ia melihat Bapa mengerjakannya; sebab apa yang dikerjakan Bapa, itu juga yang dikerjakan Anak.”
    [John 5:19]

    dari sini jelas bahawa Jesus tidak dapat melaksanakan sesuatu melalui kehendak dirinya sendiri. Jika dia adalah tuhan,maka pasti dia tidak akan mengatakan demikian kerana tuhan tidak akan terikat dengan mana-mana syarat atau siatusi atau dari perintah entiti lain. Dan ayat itu juga menjelaskan bahawa apa yang di ajarkan oleh Bapa,maka itu jugalah diajarkan oleh Nabi. Tuhan mengajar “Jangan mencuri”,maka Nabi akan sampaikan ajaran dan laksanakan larangan jangan mencuri.

    ayat seterusnya,
    “Sebab Bapa mengasihi Anak dan Ia menunjukkan kepada-Nya segala sesuatu yang dikerjakan-Nya sendiri, bahkan Ia akan menunjukkan kepada-Nya pekerjaan-pekerjaan yang lebih besar lagi dari pada pekerjaan-pekerjaan itu, sehingga kamu menjadi heran.”
    [John 5:20]

    Pastinya Tuhan mengasihi para Utusan-Nya dan Dia ajarkan segala sesuatu syariat ajaran agama kepada para Utusan-Nya untuk disampaikan kepada umat manusia sehinggakan sesuatu yang tidak boleh diterima oleh aqli manusia,tetap diperintahkan oleh Tuhan kepada Utusan-Nya untuk diajarkan kepada manusia.

    ayat seterusnya lagi,
    “Sebab sama seperti Bapa membangkitkan orang-orang mati dan menghidupkannya, demikian juga Anak menghidupkan barangsiapa yang dikehendaki-Nya.”
    [John 5:21]

    Seperti para Nabi yang lain….Jesus apabila menyampaikan dakwah aqeedah,baginda akan menyampaikan secara Lisan Mutasyabihah Siryaniyyah. Ayat itu bukan merujuk menghidup dan mematikan manusia tetapi ayat itu merujuk hidayah yang mana Allah berikan hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Sesiapa yang mendapat hidayah,maka dia adalah orang yang bertaqwa (hidup) dan sesiapa yang ingkar,maka dia adalah orang yang kafir (mati). Sama halnya dengan Utusan Allah yang mana Jesus menyampaikan peringatan dakwah dan ajaran tuhan kepada sesiapa yang ikutinya. Sesispa yang ikuti ajaran baginda (Jesus Christ pbuh),maka mereka adalah orang yang dikehendaki oleh Jesus Christ pbuh.

    Jika ayat tersebut merujuk “menghidupkan dan mematikan manusia” secara zahir (memberi dan mengambil nyawa manusia),maka apa kaitan dengan menghormati Bapa dan Anak dalam ayat seterusnya (John 5:23)???..sebab itu harus baca konteks agar faham mesej sebenar Jesus Christ pbuh.

    Kita baca lagi ayat seterusnya,
    “Bapa tidak menghakimi siapapun, melainkan telah menyerahkan penghakiman itu seluruhnya kepada Anak,”
    [John 5:22]
    – ayat ini merujuk kepada amanah Nubuwwah Jesus Christ pbuh untuk mengendalikan penyampaian syariat ajaran agama dari tuhan mana ajaran Mahmudah dan mana ajaran Mazmumah.

    kita teruskan pembacaan ayat seterusnya,
    “supaya semua orang menghormati Anak sama seperti mereka menghormati Bapa. Barangsiapa tidak menghormati Anak, ia juga tidak menghormati Bapa, yang mengutus Dia.”
    [John 5:23]

    Nah! dari ayat sebelumnya menyampaikan maksud dari ayat 19-22,semua itu merujuk suruhan ikutan segala syariat ajaran agama dari Tuhan yang diberikan tugas kepada Nabi. Apa yang Tuhan laksanakan,maka Utusan Tuhan juga akan melaksanakan sesuai apa yang diperintahkan oleh Tuhan. Jadi di ayat ke22,amanah syariat ajaran agama yang disampaikan kepada para Nabi untuk manusia mana yang baik dan mana yang buruk disampaikan kepada manusia agar sesiapa yang beriman,mereka akan ikuti Utusan Tuhan itu yang aman secara tidak langsung sama seperti ikuti Tuhan. Apabila kita ikuti segala ajaran Utusan Tuhan yang disampaikan dari Tuhan,makanya itu memberi maksud “kita menghormati Anak dan Bapa”.

    Saya berharap saudara belajar memahami Bible dengan keseluruhan prospek BUKAN sekadar melalui telunjuk gereja.

    JADI SAYA TIDAK LIHAT SAUDARA DAPAT MENUNJUKKAN JAWAPAN MENGAPA JESUS BERDOA KEPADA BAPA SEDANGKAN JESUS ADALAH TUHAN MENURUT KEPERCAYAAN KRISTIAN!

    SH berkata,
    Yesus bukan manusia yang dicipta oleh Allah hanya kerana Allah berfirman, “Jadilah!”. Jauh daripada itu, Yesus wujud sebagai Anak Allah sentiasa, sekarang dan selama-lamanya. Dia hanya dilahirkan di Bethlehem dua ribu tahun dahulu sebagai insan untuk memenuhi kehendak Allah yang sempurna.

    MAB response :
    01 – Saya berikan dalil dalam Bible melalui tulisan Paul itu sendiri bagaimana tulisannya yang mendapat ilham dari Ruh Kudus (seperti dakwaan Kristian) menyokong dalil Quran bahawa Jesus Christ pbuh diciptakan dari Kalimat Allah (Mudhafatul Ilahiyyah) :

    “Sebab semua orang yang dipilih-Nya dari semula, mereka juga ditentukan-Nya dari semula untuk menjadi serupa dengan gambaran Anak-Nya, supaya Ia, Anak-Nya itu, menjadi yang sulung di antara banyak saudara.”
    [Romans 8:29]

    “Ia adalah gambar Allah yang tidak kelihatan, yang sulung, lebih utama dari segala yang diciptakan.”
    [Colossians 1:15]

    Kata-kata Paul di atas menunjukkan bahawa Jesus Christ pbuh juga diciptakan bahkan kelihatan penulisan Paul di atas berbaur idealogy Arianism. Walau konsep “Wahdahtul Wujud” dalam Arianism berlawanan dengan konsep penciptaan dalam Quran,namun inti yang saya ingin sampaikan disini ialah :
    * Ada dalil dalam Bible itu sendiri membuktikan bahawa Jesus juga di cipta yang mana dia merupakan ciptaan pertama sekaligus bercanggah dengan John 1:1 yang memberitahu bahawa Jesus adalah firman (Logos) sedia ada tidak dicipta.
    * Meruntuhkan dakwaan Kristian bahawa Jesus adalah tuhan.

    dan saya kuatkan lagi dalam dalil Bible yang lain,mari kita baca :
    “Dan tuliskanlah kepada malaikat jemaat di Laodikia: Inilah firman dari Amin, Saksi yang setia dan benar, permulaan dari ciptaan Allah.”
    [Revelation 3:14]

    ayat di atas adalah kata-kata Jesus sendiri. Jadi menurut dalil dalam Bible Kristian sendiri melalui lisan Jesus sendiri,dia adalah permulaan dari ciptaan Allah. Ini sekaligus meruntuhkan dakwaan saudara dan Kristian bahawa Jesus adalah tuhan. Bagaimana dia adalah tuhan sedangkan Jesus sendiri kata bahawa dia adalah permulaan dalam ciptaan Allah??. Ini sekaligus bercanggah dengan ayat John 1:1-14 dan Phillipians 2:7-9.

    Kita baca lagi ayat dalam Perjanjian Lama :
    “Aku mau menceritakan tentang ketetapan TUHAN; Ia berkata kepadaku: “Anak-Ku engkau! Engkau telah Kuperanakkan pada hari ini.”
    [Psalm 2:7]

    Dalam Hermeneutical Biblical of Israelites,ayat ini merujuk David pbuh. Namun Kristian jadikan ayat ini adalah nubuat untuk Jesus Christ pbuh kerana ianya dikatakan dalam Acts 13:33. Dari tafsiran pun,telah terlihat percanggahan. Jika ayat merujuk kepada Jesus menunjukkan tafsiran Krisian adalah benar,maka ini sekaligus membuktikan bahawa Jesus BUKAN Tuhan dan sedia ada kerana Jesus diperanakkan pada “HARI YANG TELAH DITENTUKAN” (seperti rangkap ayat “Hari ini” dalam Psalm 2:7).

    Maka sebab itu datangnya Quran memberitahu hal sebenar bahawa Jesus Christ pbuh bukanlah tuhan tetapi di ciptakan dari Kalimatullah “Kun” menjadi Utusan Allah yang mana ruhnya ditiupkan oleh Ruhul Quddus ke dalam rahim Maryam (An-Nisa 4:171) sekaligus membersihkan fitnah orang Israel bahawa Jesus Christ pbuh BUKANLAH anak zina.

    02 – Dalam gaya bahasa Siryaniyyah,”Anak Allah” merujuk persamaan sebagai “Hamba Allah” dalam gaya bahasa Semitic Arabic (Firdaws Al-Arab) dan gaya bahasa Arabic Hijaziyyah. Dalam Oxford Dictionary of the Jewish Religion menjelaskan bahawa gelaran “Anak Allah” adalah Metaphor. Ini kerana bukan Jesus sahaja yang dikatakan Anak Allah tetapi :
    – Efraim adalah Anak Allah (Jeremiah 31:9)
    – Israel juga Anak Allah (Exodus 4:22 dan Hosea 1:10)
    – Malaikat juga Anak2 Allah (Job 1:6-7)
    – Solomon juga Anak Allah (2 Samuel 8:13-14)
    – dan Daud juga Anak Allah (Psalm 89:26-27)

    Jika benar Jesus adalah Anak Allah,maka berapa ramai Anak Allah??. Apakah mereka semua itu adalah tuhan??

    SAYA MASIH TIDAK LIHAT DI MANA JAWAPAN SAUDARA MEMBERITAHU BUKTI MENGAPA JESUS BERDOA KEPADA ALLAH SEDANGKAN JESUS ADALAH TUHAN MENURUT KEPERCAYAAN KRISTIAN!

    SH berkata,
    Petikan Yesaya 9:6 memaklumkan kita bahawa seorang Putera telah dianugerahkan dan seorang Anak dilahirkan. Ketritunggalan Yesus tidak pernah diragu-ragukan ataupun dinafikan, kerana Dia sentiasa menjadi sebahagian daripada hubungan Tritunggal bersama-sama Roh Kudus. Allah Bapa, Allah Anak dan Allah Roh Kudus tetap wujud tanpa permulaan atau penghabisan, dan ketiga-tiga Peribadi ini bukan bermaksud orang Kristian menyembah tiga Allah, tetapi Allah yang Esa sebagai tiga peribadi. Yesus sendiri mengajar bahawa Dia dan Bapa merupakan satu (Yohanes 10:30). Melalui pengajaran ini, Yesus ingin kita mengetahui bahawa Dia dan Bapa, dan Roh Kudus memiliki peribadi yang sama, inti pati sama, Allah atau keilahiah. Kesemua tiga Peribadi yang sama tara ini adalah Allah, dan ketiga-tiganya sudah dan terus-terusan memiliki hubungan yang kekal.

    MAB response :
    01 – Memandangkan saudara mengutip dalil dari Isaiah 9:6 yang mana Allah tunaikan Janji-Nya iaitu salah satu utuskan “anak lelaki” dan Kristian (termasuk saudara) maksudkan “anak lelaki” tersebut adalah Jesus Christ. saya ingin bertanya :
    – sejak bila Jesus Christ dipanggil “פֶּלֶאיוֹעֵץ” (Peleyoetz)???
    – sejak bila Jesus Christ dipanggil “אֲבִי-עַד” (Abi Adh)”???
    – sejak bila Jesus Christ dipanggil “אֵלגִּבּוֹר” (El Ghibor)???
    – sejak bila Jesus Christ dipanggil “שַׂר-שָׁלוֹם” (Sar Ha Shalom)???

    Soalan No.1 – Jika ADA,maka sila kemukakan dalil dan sekaligus bercanggah dengan Matthew 8:21-22 dan John 18:21-23 (syntesis principle Matthew 5:39).

    Soalan No.2 – Jika ADA,sila kemukakan dalil dan sekaligus bercanggah dengan
    Matthew 23:9 dan Matthew 26:39. Bukankah satu Bida’ah dalam Kekristianian apabila Oknum Anak menyamakan dengan Oknum Bapa (Modalisme)??

    Soalan No.3 – Jika ADA,sila kemukakan dalil dan sekaligus bercanggah dengan Matthew 27:46.

    Soalan No.4 – Jika ADA,sila kemukakan dalil dan sekaligus bercanggah dengan Matthew 10:34.

    Sebenarnya nubuatan Isaiah 9:6 harus dibaca juga melalui syntesis principle dalam Isaiah 8:3,saya bacakan untuk anda :
    ג וָאֶקְרַב, אֶל-הַנְּבִיאָה, וַתַּהַר,וַתֵּלֶד בֵּן; {ס} וַיֹּאמֶר יְהוָה, אֵלַי, קְרָאשְׁמוֹ, מַהֵר שָׁלָל חָשׁבַּז.

    “And I went unto the prophetess and she conceived and bore a son.Then said the LORD unto me: ‘Call his name Maher-shalal-hash-baz.”

    Pada ayat ini tertulis nama “Maher-shalal-chash-baz” yang bermaksud “the spoil speeds / “the prey hastens.”…. Sebenarnya ayat Isaiah 9:6 dirujuk kepada Raja Hezekiah (Chizkiyah) kerana namanya yang bermaksud “A Mighty God” dan semua ciri-ciri yang disebut dalam Isaiah 9:6 ada pada Raja Hezekiah. Dan ini dinyatakan sendiri oleh Exegess dari Judah Israel :
    – https://jewsforjudaism.org/knowledge/articles/who-is-the-child-in-isaiah-95-6/
    – http://www.jewishencyclopedia.com/articles/7668-hezekiah
    – http://thejewishhome.org/counter/Isa9_56.pdf

    02 – Di mana dalil dalam Bible ada mengatakan bahawa Jesus Christ pbuh adalah sebahagian Tritunggal bersama-sama Bapa dan Ruh Kudus??. Jika TIDAK ADA,maka ianya terbukti bahawa ketuhanan Jesus AMAT DIRAGUKAN DAN HARUS DINAFIKAN.

    03 – Saudara berkata,
    “Allah Bapa, Allah Anak dan Allah Roh Kudus tetap wujud tanpa permulaan atau penghabisan dan ketiga-tiga Peribadi ini bukan bermaksud orang Kristian menyembah tiga Allah, tetapi Allah yang Esa sebagai tiga peribadi.”

    Mari saya berikan pencerahan kepada saudara…dalam konsep Scutum Fidei,Oknum Bapa BUKAN Oknum Anak dan BUKAN Oknum Ruh Kudus. Oknum Anak BUKAN Oknum Bapa dan Oknum Ruh Kudus. Oknum Ruh Kudus BUKAN Oknum Bapa dan BUKAN Oknum Anak. Jadi maksudnya, setiap ketiga-tiga oknum tersebut adalah berbeza. Jadi formulanya begini :
    1 peribadi + 1 peribadi + 1 peribadi = 3 peribadi #

    betul?
    Jadi Kristian kata ketiga-tiga peribadi ini semuanya adalah tuhan. Bapa adalah TUHAN. Anak ialah TUHAN dan Ruh Kudus ialah TUHAN. Dan ketiga-tiga tuhan ini dalam satu kesatuan kumpulan ketuhanan dipanggil Tuhan. Maka sama formulanya begini :
    1 tuhan (Bapa) + 1 tuhan (Anak) + 1 tuhan (Ruh Kudus) = 3 tuhan #

    apakah dakwaan saya salah?? Maka mohon jangan kelentong dengan mengatakan “ketiga-tiga Peribadi ini bukan bermaksud orang Kristian menyembah tiga Allah, tetapi Allah yang Esa sebagai tiga peribadi.”

    04 – Berkenaan dengan John 10:30,biasanya Kristian memahami ayat ini sebagai bukti kononnya Jesus adalah tuhan. Anda memahaminya secara harfiah namun anda lupa bahawa dalam Perjanjian Baru,Jesus biasanya berkata dalam gaya penyampaian Mutasyabihah Siryaniyyah. Bible difahami dengan tiga (03) kaedah Hermeneutic Biblical salah satunya adalah Contextuality Analysis. Jadi untuk ayat John 10:30,anda harus membacanya dari ayat 23 hingga 38,anda akan memahami bahawa mesej yang disampaikan dari Jesus adalah konsep kepercayaan.

    Disini saya terangkan secara konteks. Semasa Jesus berjalan di Rumah Allah,Orang-orang Judah bertanya kepada Jesus bahawa sampai bila mereka harus menunggu dalam kebimbangan. Ini kerana mereka meminta Jesus untuk katakan secara terus terang kepada mereka bahawa dia adalah Al-Masih. Dan Jesus katakan bahawa dia telah sampaikan bahawa dirinya adalah Al-Masih namun mereka tidak percaya…orang yang percaya itulah domba-dombanya….selaku Nabi,dia mengajar segala ajaran dan orang mengikuti ajarannya dan beriman kepadanya itulah yang tergolong dalam domba-domba Jesus. Kepercayaan dalam Iman taqwa mereka itu akan dapat kehidupan yang kekal (ganjaran Syurga) dan kepercayaan atas dasar iman mereka itu dijaga oleh Allah (John 10:25-29).

    Dan ayat seterusnya Jesus katakan “aku dan Bapa adalah satu” (John 10:30) yang mana Jesus katakan dalam nada arus Hiperbola Metaphor. Ayat itu bermaksud kepercayaan atas dasar taqwa berhubung terhadap keesaan Allah menjadi satu. Ini disebut sebagai TAQQARRUB TAUHID (Ada saya terangkan di atas dalam Bantahan No.3). Inilah ayat Jesus sampaikan bahawa apabila kita beriman bahawa tiada tuhan selain Allah,maka disini kita akan MENTAUHIDKAN Tuhan itu melalui lisan dan amal. Apa Nabi ajarkan,kita akan percaya dan ikut apa yang disampaikan. Seterusnya kita akan amalkan dan Allah akan jaga pegang iman taqwa anda.

    Dan kita sambung lagi…ayat seterusnya menceritakan,orang-orang Judah telah salah faham,maka mereka membaling batu terhadap Jesus disebabkan bahawa kononnya Jesus menyamakan diri dengan tuhan. Lalu Jesus katakan bahawa dalam kitab mereka telah menjelaskan para nabi dan pengikutnya (orang-orang beriman) itu adalah tuhan-tuhan (Exodus 7:1 dan Psalm 82:1-6).

    Dua (02) soalan saya,
    – Jika pemahaman Kristian dalam tafsiran terhadap ayat John 10:30 adalah benar yang mana kononnya Jesus dan Bapa adalah entiti yang asalnya menjadi satu,jadi dalam ayat John 17:18-23 dan John 14:20 memberitahu bahawa orang-orang yang bertaqwa percaya dan ikuti Jesus juga menjadi satu dengan tuhan…apakah maksudnya mereka (pengikut-pengikut Jesus) juga adalah tuhan???

    – Jika pemahaman Kristian bahawa Jesus dan Bapa adalah dalam entiti yang sama (satu entiti),maka ini adalah satu pelanggaran dalam konsep doktrin Scutum Fidei Kristian itu sendiri serta merupakan satu bida’ah dalam kekristianian kerana dalam prinsip doktrin Trinity kegerejaan dinyatakan bahawa Oknum Bapa BUKAN Oknum Anak. Maka sebab itu mengapa dalam setiap perbezaan mazhab Kristian (lebih 2000 mazhab) saling tidak sependapat bagaimana konsep doktrin Trinity yang sebenar sehingga wujudnya tiga jenis doktrin Trinity iaitu :
    (A) Modalisme / Petripesimism
    (B) Tritheisme
    (C) Familism / Theotokos

    Jadi di antara tiga jenis doktrin Scutum Fidei ini,mana satu yang benar???

    05 – Saudara mengatakan,
    “Melalui pengajaran ini, Yesus ingin kita mengetahui bahawa Dia dan Bapa, dan Roh Kudus memiliki peribadi yang sama, inti pati sama, Allah atau keilahiah. Kesemua tiga Peribadi yang sama tara ini adalah Allah, dan ketiga-tiganya sudah dan terus-terusan memiliki hubungan yang kekal.”

    Nampaknya jawapan saudara ini telah melakukan perkara bidaah dalam Kekristianian itu sendiri kerana seperti saya katakan di atas,dalam Konsep Prinsip Scutum Fidei itu menerangkan bahawa Oknum Bapa BUKAN Oknum Anak dan BUKAN Oknum Ruh Kudus. Oknum Anak BUKAN Oknum Bapa dan Oknum Ruh Kudus. Oknum Ruh Kudus BUKAN Oknum Bapa dan BUKAN Oknum Anak. Jadi maksudnya, setiap ketiga-tiga oknum tersebut adalah peribadi yang berbeza. Jadi tanpa sedar,jawapan saudara ini menunjukkan bahawa saudara mempercayai konsep Trinity Modalisme / Sabellianism. Ini merupakan satu kesesatan dalam Kekristianian itu sendiri.

    SAYA MENDAPATI SAUDARA BUKAN SAHAJA GAGAL MENJAWAB SOALAN “JIKA JESUS ITU ALLAH,MENGAPA PULA DIA BERDOA KEPADA ALLAH?ADAKAH JESUS BERDOA KEPADA DIRINYA SENDIRI?”,TETAPI JUGA SAYA MENDAPATI JAWAPAN SAUDARA TELAH MELANGGARI KONSEP SCUTUM FIDEI ITU SENDIRI YANG MERUPAKAN SATU KESESATAN DALAM KEKTISTIANIAN (MODALISM / SABELLIANISM). JAWAPAN SAUDARA INI MEMBUKTIKAN BAHAWA JESUS BERDOA KEPADA DIRINYA SENDIRI.

    SH berkata,
    Sewaktu Yesus menjadi insan tidak berdosa, Dia juga memainkan peranan sebagai seorang hamba yang setia, meninggalkan kemuliaan syurgawi-Nya. Rasul Paulus menulis, “Sebenarnya Dia (Yesus) ilahi, tetapi Dia tidak menganggap keadaan-Nya yang ilahi harus dipertahankan-Nya. Sebaliknya, Dia rela melepaskan segala-galanya, lalu menjadi seperti seorang hamba. Dia datang sebagai manusia, dan hidup seperti manusia. Dia merendahkan diri dan hidup dengan taat kepada Allah sehingga mati – iaitu mati di atas salib. Itulah sebabnya Allah meninggikan Dia setinggi-tingginya, dan mengurniai Dia kedudukan yang lebih tinggi daripada semua kedudukan yang lain. Oleh itu, untuk menghormati Yesus, semua makhluk di syurga, dan di bumi, dan di bawah bumi akan sujud menyembah Dia. Mereka semua akan mengaku bahawa Yesus Kristus ialah Tuhan; dengan demikian Allah Bapa dimuliakan” (Filipi 2:5-11).

    MAB response :
    Nampaknya masih tidak dapat memberikan jawapan kepada soalan “Jika Jesus itu Allah,mengapa pula dia berdoa kepada Allah?Adakah Jesus berdoa kepada dirinya sendiri?”.

    Dalil dalam Phillipians 2:5-11 masih tidak membuktikan dengan memberikan jawapan kepada soalan tersebut kerana dalam Phillipians bab 2 ayat 5-7 memberitahu bahawa Jesus melepaskan segalanya (termasuk kuasa ketuhanannya) dan menjadi hamba. Ini sekaligus menunjukkan bahawa kehadiran Jesus di dunia BUKAN lagi sebagai tuhan (menurut konteks dari penjelasan Paul). Jadi adalah normal mengapa Jesus berdoa kepada Bapa kerana Jesus bukan lagi tuhan jika menurut penjelasan Paul dalam Phillipians 2:5-7.

    Berkenaan dengan Pillipians 2:5-11,disitu ada 03 point :
    – Ayat ke9 bercanggah dengan ayat ke7 dan ke8 yang mana dalam ayat ke7,dikatakan bahawa “Allah telah mengosongkan Diri-Nya sendiri dan mengambil rupa dari seorang hamba..”. Maknanya disitu ada unsur Sabellianism / Modalism yang mana Bapa sendiri menjelma jadi manusia melalui meminjam rupa seorang hamba (Vessel Borrowing Concept dan ini juga bercanggah dengan John 1:1-14 yang mana konsep tuhan jadi manusia dalam John 1:1-14 adalah Reincarnation Concept) Tetapi dalam ayat ke9 pula,dikatakan Allah memuliakan “Dia” yang merujuk entiti kedua. Siapa “DIA” disitu??…apakah Bapa sendiri yang telah menjadi manusia (ayat ke7) ATAU Jesus Christ pbuh??…Jadi mana satu yang benar???

    – Dalam ayat ke11 menyebut “”Yesus Kristus adalah Tuhan”,ayat asli yang dipakai adalah “ὅτι ΚΥΡΙΟΣ ΙΗΣΟΥΣ ΧΡΙΣΤΟΣ”. Yang menjadi kemusykilan ialah ayat asli yang dipakai adalah “Kyrios” (ΚΥΡΙΟΣ) yang merujuk “Tuan” atau “Lord” yang mana sama dengan “Adoni” (אדונאי). Dan dalam rangkap ayat yang sama ada menyebut “Theou” (Θεοῦ) merujuk kepada Bapa (Allah). Tetapi malangnya dalam terjemahan LAI,”Kyrios” diterjemah menjadi “Tuhan”. Ini adalah satu penyelewengan dalam penerjemahan Bible.

    – Phillipians 2:5-11 adalah nukilan Paul BUKAN dari kata-kata Jesus Christ pbuh dan BUKAN firman dari Bapa sendiri. Jadi sebab itu tidak hairan mengapa ada percanggahan dalam surat dia sendiri (Phillipian 2:7 bercanggah dengan Phillipians 2:9). Harus tahu bahawa Paul sendiri tidak pernah bertemu dengan Jesus Christ dan kenyataan dia tersebut tidak pernah didukung oleh mana-mana nukilan dari Hawariyyun.

    MAKA SAUDARA MASIH GAGAL MENJAWAB SOALAN “JIKA JESUS ITU ALLAH,MENGAPA PULA DIA BERDOA KEPADA ALLAH?ADAKAH JESUS BERDOA KEPADA DIRINYA SENDIRI?”

    SH berkata,
    Sebagai Allah-manusia, Yesus cuba untuk taat (Ibrani 5:8) terhadap Bapa-Nya sewaktu Dia diuji oleh Iblis, difitnah oleh manusia biasa, ditolak tubuhnya dan akhirnya disalib. Dia berdoa kepada Bapa Syurgawi-Nya supaya diberikan kuasa (Yohanes 11:41-42) serta hikmat (Markus 1:35; 6:46). Oleh kerana kemanusiaan-Nya, Dia berdoa sedemikian dan bergantung sepenuhnya pada Bapa demi menjalankan rancangan Bapa-Nya demi penebusan.

    MAB response :
    01 – Dari penerangan saudara ini,jelas menunjukkan Jesus Christ pbuh adalah manusia BUKAN Tuhan. Sebab dalam Bible memberitahu bahawa Tuhan tidak mungkin akan digoda oleh Iblis (James 1:13). khalas~

    02 – John 11:41-44 jelas membuktikan bahawa Jesus Christ pbuh merupakan seorang Nabi yang diberikan mukjizat untuk menghidupkan orang mati kerana jika Jesus Christ pbuh adalah tuhan seperti dakwaan Kristian,maka Jesus tidak perlu berdoa kepada Bapa kerana menurut kepecayaan Kristian,Jesus juga adalah sepenuh ilahiyyah dan sepnuh manusiawi. Jadi mengapa Jesus harus berdoa kepada Bapa untuk menghidupkan Lazarus jika Jesus adalah tuhan?? Dalam Acts 9:40,Peter menghidupkan orang mati (Tabitha) dengan cara yang sama seperti Jesus lakukan,jadi ini membuktikan bahawa Jesus adalah manusia BUKAN Tuhan kerana Jesus melakukan hal yang sama seperti Peter lakukan.

    03 – Saudara berkata,
    “Oleh kerana kemanusiaan-Nya, Dia berdoa sedemikian dan bergantung sepenuhnya pada Bapa demi menjalankan rancangan Bapa-Nya demi penebusan.”

    Jadi ketika Jesus berdoa,dimana bahagian Ilahiyyahnya ketika itu??….dan penjelasan saudara ini bercanggah dengan kenyataan saudara di atas sebelum ini yang mana saudara mengatakan,
    “Melalui pengajaran ini, Yesus ingin kita mengetahui bahawa Dia dan Bapa, dan Roh Kudus memiliki peribadi yang sama, inti pati sama, Allah atau keilahiah. Kesemua tiga Peribadi yang sama tara ini adalah Allah, dan ketiga-tiganya sudah dan terus-terusan memiliki hubungan yang kekal.”

    Saudara mengatakan sebelum ini bahawa Jesus dengan Bapa memiliki peribadi yang sama sekaligus membawa maksud Jesus itu adalah Bapa,ini secara langsung saudara mengakui doktrin Trinity konsep Modalisme / Sabellianism. Maknanya saudara memberikan jawapan bahawa Jesus berdoa kepada dirinya sendiri.

    Tetapi dari penjelasan tadi saudara mengatakan Jesus berdoa kerana bahagian manusiawinya,bermakna kehadiran Jesus di dunia bukan lagi sebagai tuhan. Jika masih sebagai tuhan,dimana bahagian ilahiyyahnya ketika Jesus berdoa??

    NAMPAKNYA,SAUDARA KELIRU DALAM MENJELASKAN JAWAPAN KEPADA SOALAN “JIKA JESUS ITU ALLAH,MENGAPA PULA DIA BERDOA KEPADA ALLAH?ADAKAH JESUS BERDOA KEPADA DIRINYA SENDIRI?”

    SH berkata,
    Di dalam Yohanes 17, Yesus memainkan peranan-Nya sebagai Imam Agung, dan pada akhirnya, Dia juga tunduk pada kehendak Bapa-Nya di Taman untuk disalib demi membayar hutang dosa kita kerana melanggar hukum Allah, iaitu kematian (Matius 26:31-46). Sudah tentu Dia bangkit secara nyata dari kubur, memenangi pengampunan dan hidup kekal demi kita yang menerima Dia sebagai Juruselamat peribadi.

    MAB response :
    01 – Adalah normal bahawa Jesus merupakan Imam Agung atau Rabbi kerana Jesus adalah Nabi,maka adalah layak Jesus merupakan Imam Agung yang harus di ikuti. Jadi dalil dalam John bab 17 tidak menjadikan Jesus adlaah tuhan dan bukan jawapan mutlak kepada persoalan “Jika Jesus itu Allah,mengapa pula dia berdoa kepada Allah?Adakah Jesus berdoa kepada dirinya sendiri?”. Ini kerana John 17:1-21 jelas menunjukkan Jesus berdoa kepada Allah. Apakah Jesus berdoa kepada dirinya sendiri???

    02 – Berkenaan dengan penyaliban telah saya jawab disini :
    – https://muslim-apologetic-borneo.com/rebuttal-to-sabda-harian-dan-david-woods-ajaran-palsu-zakir-naik-tentang-penyaliban-yesus/
    – https://muslim-apologetic-borneo.com/menjawab-missionaries-600-tahun-pohon-tamar-ukhta-harun-dan-penyaliban/
    – https://muslim-apologetic-borneo.com/rebuttal-to-sabda-harian-benarkah-jesus-mati-disalib/
    – https://muslim-apologetic-borneo.com/rebuttal-to-sabda-harian-7-bukti-kebangkitan-jesus/

    Jika benar kedatangan Jesus Christ pbuh ingin menebus dosa,baginda tidak perlu berdoa kepada Bapa untuk diselamatkan (Matthew 26:36-39) kerana misi Jesus Christ pbuh ke dunia adalah untuk menebus dosa…maka mengapa perlu berdoa lagi kepada Bapa untuk diselamatkan???

    Dan jika benar kedatangan Jesus Christ pbuh adalah untuk menebus dosa manusia,dia tidak perlu mengutuk Judas Iskariot yang mengkhianati Jesus dalam rencana menangkapnya (Matthew 26:24).

    Dan jika benar kedatangan Jesus Christ pbuh ke dunia untuk menebus dosa manusia,Jesus tidak perlu pertikai dan bertanya kepada orang-orang Judah mengapa hendak membunuh Jesus (John 7:19)

    Dan jika benar kedatangan Jesus Christ pbuh ke dunia untuk menebus dosa manusia,mengapa Jesus mempertikai kepada orang ramai bahawa kenapa saja tidak mengangkapnya sewaktu berada di Bait Allah setiap hari sebelum ini (Matthew 26:55).

    NAMPAKNYA SAUDARAMASIH GAGAL LAGI UNTUK MEMBERIKAN JAWAPAN MUTLAK KEPADA PERSOALAN “JIKA JESUS ITU ALLAH,MENGAPA PULA DIA BERDOA KEPADA ALLAH?ADAKAH JESUS BERDOA KEPADA DIRINYA SENDIRI?”

    SH berkata,
    Yakni, tiada masalah untuk Anak sebagai Allah berdoa atau berbual dengan Bapanya, Allah. Sepertimana yang telah dinyatakan, mereka mempunyai hubungan kekal sebelum Kristus menjadi manusia. Dalam imej kemanusiaan-Nya, hubungan ini digambarkan dalam Injil sehingga kita dapat melihat Anak Allah menjalankan kehendak Bapa-Nya (Yohanes 6:38). Oleh kerana ketaatan Kristus yang terus-menerus terhadap Bapa syurgawi-Nya, Dia diberikan kekuatan serta fokus yang terpelihara melalui kehidupan berdoa-Nya. Kehidupan berdoa Yesus menjadi contoh yang setiap orang Kristian harus ikuti.

    Sepanjang waktu Yesus Kristus menghuni di dunia, Keallahan-Nya tidak pernah terjejas. Apabila Dia berdoa kepada Allah Bapa-Nya di syurga, Dia mencerminkan Diri sebagai manusia yang sempurna, dan terus-menerus dalam kehidupan berdoa supaya Dia dapat melaksanakan kehendak Bapa-Nya. Doa Yesus yang senantiasa ditujukan terhadap Bapa memperlihatkan hubungan-Nya dalam ketritunggalan dengan Bapa. Contoh Yesus memberi dorongan kepada kita supaya kita akan sentiasa bergantung pada Allah menerusi doa demi kekuatan dan kemujaraban yang dihajatkan. Kristus sebagai Allah-manusia memerlukan kehidupan berdoa yang bersemangat, apatah lagi kita sebagai manusia fana.

    MAB response :
    01 – Penjelasan saudara ini bercanggah dengan ayat dari penjelasan saudara sendiri sebelum ini yang mengatakan,
    “Melalui pengajaran ini, Yesus ingin kita mengetahui bahawa Dia dan Bapa, dan Roh Kudus memiliki peribadi yang sama, inti pati sama, Allah atau keilahiah. Kesemua tiga Peribadi yang sama tara ini adalah Allah, dan ketiga-tiganya sudah dan terus-terusan memiliki hubungan yang kekal.”

    Saudara mengatakan sebelum ini bahawa Jesus dengan Bapa memiliki peribadi yang sama sekaligus membawa maksud Jesus itu adalah Bapa,ini secara langsung saudara mengakui doktrin Trinity konsep Modalisme / Sabellianism. Maknanya saudara memberikan jawapan bahawa Jesus berdoa kepada dirinya sendiri. Jadi apakah Jesus berbual kepada dirinya sendiri??

    dan saudara berkata lagi sebelumnya di atas,
    “Yakni, tiada masalah untuk Anak sebagai Allah berdoa atau berbual dengan Bapanya, Allah. Sepertimana yang telah dinyatakan, mereka mempunyai hubungan kekal sebelum Kristus menjadi manusia. Dalam imej kemanusiaan-Nya, hubungan ini digambarkan dalam Injil sehingga kita dapat melihat Anak Allah menjalankan kehendak Bapa-Nya (Yohanes 6:38).”

    dan
    “Oleh kerana kemanusiaan-Nya, Dia berdoa sedemikian dan bergantung sepenuhnya pada Bapa demi menjalankan rancangan Bapa-Nya demi penebusan.”

    dari dua penjelasan ini saudara mengatakan Jesus berdoa kerana bahagian manusiawinya,bermakna kehadiran Jesus di dunia bukan lagi sebagai tuhan. Jika masih sebagai tuhan,dimana bahagian ilahiyyahnya ketika Jesus berdoa??

    John 6:38 jelas memberitahu bahawa Jesus adalah Utusan Tuhan BUKAN memberitahu dirinya adalah Tuhan. Jadi dalil tersebut tidak menyokong bahawa Jesus adalah tuhan dan tidak memberikan jawapan kepada persoalan “mengapa Jesus berdoa kepada Tuhan sedangkan dirinya adalah tuhan? Apakah Jesus berdoa kepada dirinya sendiri?”

    02 – Saudara mengatakan,
    “Oleh kerana ketaatan Kristus yang terus-menerus terhadap Bapa syurgawi-Nya, Dia diberikan kekuatan serta fokus yang terpelihara melalui kehidupan berdoa-Nya. Kehidupan berdoa Yesus menjadi contoh yang setiap orang Kristian harus ikuti.”

    Penjelasan saudara ini membuktikan bahawa Jesus bukan tuhan tetapi Utusan Tuhan kerana selaku Nabi,dia sememangnya mentaati kepada Tuhan yang telah mengutusnya menjadi Nabi wa Rasul dan segala tindakannya menjadi tauladan serta ikutan sebagai Sunnah Nubuwwah baginda.

    03 – Apabila Jesus dianggap sebagai tuhan oleh Kristian tetapi Jesus menunjukkan ciri-ciri kemanusiaan seperti berdoa kepada Entiti Maha Kuasa yang lain,maknanya ini mewujudkan kesalahan dalam kemusykilan :
    * menjejaskan ketuhanan Jesus itu sendiri kerana ada yang lebih hebat dari ketuhanan Jesus itu.
    * menunjukkan bahawa status Jesus sebagai tuhan amat diragui kerana tidak mungkin seseorang yang dianggap tuhan boleh berdoa kepada Entiti Maha Kuasa yang lain sedangkan dirinya adalah tuhan.
    * menunjukkan bahawa konsep ketuhanan Tritunggal dalam Kekristianian itu adalah TIDAK ESA (SYIRIK) kerana disitu menunjukkan konsep Tritheisme BUKAN Monotheisme disebabkan Oknum Anak berpisah kepada Oknum Bapa ditambahkan lagi kekuasaan Oknum Anak tidak sehebat kekuasaan Oknum Bapa kerana Oknum Anak berdoa kepada Oknum Bapa.
    * Apabila Jesus berdoa,sekaligus Jesus membuktikan dengan memberitahu bahawa dirinya BUKANLAH Tuhan.

    JADI PENJELASAN SAUDARA INI BUKAN SAHAJA GAGAL MEMBERIKAN JAWAPAN KEPADA TAJUK SOALAN TETAPI JUGA MENGAKUI BAHAWA JESUS ADALAH NABI DAN BERCANGGAH DENGAN PENJELASAN SAUDARA SEBELUM INI.

    RUMUSAN :
    – Pengarang SH masih gagal menjawab persoalan “Jika Jesus itu Allah,mengapa pula dia berdoa kepada Allah?Adakah Jesus berdoa kepada dirinya sendiri?”
    – Penjelasan pengarang SH bercanggah satu sama lain
    – Penjelasan Pengarang SH di luar out of topic
    – Dari kenyataan pengarang SH,secara tidak langsung pengarang akui Jesus dan Bapa adalah peribadi yang sama menunjukkan pengarang SH mengimani konsep doktrin Trinity Modalisme / Sabellianism
    – Penjelasan pengarang SH mengelirukan kepercayaan Kristian itu sendiri.

    KESIMPULAN
    Jesus Christ pbuh berdoa kepada Bapa (Allah) membuktikan bahawa baginda (Jesus) adalah manusia yang dilantik menjadi Nabi wa Rasul dan seklaigus membuktikan bahawa Jesus BUKAN Tuhan.

    Semua penjelasan saudara SH tidak menjawab persoalan “”Jika Jesus itu Allah,mengapa pula dia berdoa kepada Allah?Adakah Jesus berdoa kepada dirinya sendiri?”. Jadi soalan tersebut masih menjadi kemusykilan terbesar dan menjadi kesalahan dalam iman Kekristianian.

    Hanya Islam satu-satunya iman agama yang benar mengenai Jesus Christ pbuh….

    pesan Jesus Christ pbuh kepada anda :
    “Jikalau kamu tetap dalam sabdaku,kamu benar-benar adalah muridku.dan kamu akan mengetahui kebenaran, dan kebenaran itu akan memerdekakan kamu.”
    [John 8:31-32]
    – memerdekakan anda dari kekufuran…

    pesan Rasullullah Muhammad SAW kepada anda :
    “Terimalah kebenaran itu walau ianya pahit..”
    [Hadith Sahih Bukhari dan Tirmizi]

    “Dan katakanlah: yang benar telah datang dan yang batil pasti akan lenyap, sungguh yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap”.
    [Al-Israa’ 17:81]

    Tiada Tuhan selain Allah,Jesus dan Muhammad adalah Utusan Allah serta Jibrail Sayyid Malak Al-Qhuwwaan adlaah Ruhul Quddus.