Reading Time: 28 minutes

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Pada 24 May 2019,pengarang Sabda Harian telah membuat satu artikel yang bertajuk “Yesus: Bukan Sekadar Nabi”. Artikel tersebut boleh lihat disini :
– http://sabdaharian.com/yesus-bukan-sekadar-nabi/

Dalam kenyataan beliau buat dalam artikel tersebut,ada beberapa perkara yang harus saya luruskan atas tujuan dakwah. Disini saya akan berikan respon terhadap dakwaan beliau dalam artikelnya itu. Semoga bermanfaat~

SH berkata,
Sebagai seorang Kristian, pernahkah kawan kamu tanya, “Bukankah Yesus sekadar manusia dan nabi sahaja? Itulah yang agama saya ajarkan.” Ada pula yang menyatakan, “Yesus itu guru yang paling berakhlak tinggi di mana ajaran-Nya baik untuk manusia sejagat.”

MAB response :
Saya adalah salah seorang di antara mereka yang pernah bertanya soalan begitu kepada sahabat Kristian kami yang mana saya bertanya soalan begini,
“Mengapa kamu bertuhankan seseorang yang tidak pernah istiharkan dirinya sebagai tuhan malah memerintahkan kepada kamu untuk menyembah tuhan yang satu?” tetapi sahabat kami memberikan jawapan di luar konteks soalan yang ditanyakan.

Jika Jesus tidak istiharkan dirinya sebagai tuhan secara zahir jelas tetapi memberi maksud mendalam apa yang dia sampaikan untuk menyatakan bahawa dirinya tuhan dan pada masa yang sama dia tidak perintahkan untuk sembah tuhan yang di syurga,kemungkinan boleh jadi sama ada dia sendiri adalah tuhan (dalam bentuk manusia) ATAU Anti-Christ. Namun tidak demikian,Jesus Christ pbuh dengan jelas mememerintahkan sebanyak lapan (08) kali menyembah tuhan yang satu dan hanya satu tuhan iaitu Bapa sahaja (Allah) :
– Mark 12:29
– Mark 12:32
– Matthew 4:10
– Matthew 23:8-9
– Luke 4:8
– Luke 10:21
– John 17:3
– John 20:17

SH berkata,
Terdapat pula puak-puak yang lemparkan cabaran seperti ini, “Tunjukkan ayat di dalam Alkitab di mana Yesus berkata, ‘Aku adalah Tuhan, sembahlah aku.’” Saudara-saudari dalam Kristus yang dikasihi, jangan gentar. Jawablah mereka begini, “OK, saya akan tunjukkan ayat tersebut di dalam Alkitab selepas kamu menunjukkan ayat dalam Alkitab yang menyatakan bahawa Yesus berkata, ‘Aku hanya seorang nabi, jangan sembah aku.’”

MAB response :
Ok bagus…..puak yang kamu maskudkan itu adalah muslim….tidak mengapa,02 maklumbalas untuk itu :
01 – Response yang anda berikan untuk menyuruh saudara Kristian anda jawab seperti tersebut sebenarnya masih tidak dapat menegakkan kebenaran anda..kenapa???…kerana kenyataan tersebut dalam kategori Logical Fallacy “The Strawman”. Istilah “Strawman” dirujuk kepada seseorang yang menentang hujah atau pertanyaan lawannya dengan cara menerbalikkan hujah lawannya tersebut semata-mata untuk tegakkan sesuatu yang salah BUKAN menjawab soalan lawannya secara mutlak/jelas ATAU bertanyakan soalan kembali atas tujuan bagi si penanya soalan asal berfikir. Sebagai contoh :
Si Abu kata : “2 tambah 2 sama dengan 4…”

Si Ali kata : “salah…2 tambah 2 sama dengan 5…”

Si Abu bertanya :
“Sila tunjukkan kepada saya dimana bukti ilmiah mengatakan 2 tambah 2 jumlahnya bersamaan dengan 5?”

Si Ali jawab :
“Sila tunjukkan kepada saya dimana bukti ilmiah mengatakan 2 tambah 2 jumlahnya bersamaan dengan 4?”

Dari contoh dialog di atas,jawapan si Ali adalah berbentuk salah satu kategori Logical Fallacy iaitu “Strawman”. Sepatutnya Si Ali harus response soalan si Abu dengan jawapan yang diminta mengikut kehendak soalan tidak kiralah sama ada si Ali ada jawapannya atau tidak ATAU si Ali bertanyakan kembali soalan yang berbentuk analogy atas tujuan bagi si Abu (sebagai penyoal asal) berfikir. Jika tidak ada jawapan,katakan sahaja tidak ada. Dan response si Ali yang berbaur Logical Fallacy (Strawman) harus diletakkan pada perbualan yang seterusnya.

Jadi begitu juga dengan jawapan yang anda berikan di atas untuk menyuruh saudara-saudara Kristian anda menjawab soalan dari muslim. Ianya dari kategori Logical Fallacy (The Strawman) dan menjadi satu kesalahan dan kegagalan memberi maklumbalas terhadap si penanya soalan dalam perbualan.

Jadi maklumbalas Kristian yang mengatakan,
“saya akan tunjukkan ayat tersebut di dalam Alkitab selepas kamu menunjukkan ayat dalam Alkitab yang menyatakan bahawa Yesus berkata, ‘Aku hanya seorang nabi, jangan sembah aku.” merupakan SATU KEGAGALAN yang dikategorikan sebagai LOGICAL FALLACY – “THE STRAWMAN”.

02 – Tapi tidak mengapa…..saya akan jawab kembali soalan anda yang berbunyi,
“saya akan tunjukkan ayat tersebut di dalam Alkitab selepas kamu menunjukkan ayat dalam Alkitab yang menyatakan bahawa Yesus berkata, ‘Aku hanya seorang nabi, jangan sembah aku.’”.

Jesus berulang kali (sebanyak 30 kali) memberitahu bahawa dirinya adalah Utusan Allah (Nabi) dalam :
– Mark 6:4-6
– Matthew 10:40
– Matthew 13:57
– Matthew 15:24-26
– Matthew 21:11
– Matthew 21:46
– Matthew 23:10
– Luke 4:18-24
– Luke 4:43
– Luke 7:16
– Luke 7:39
– Luke 9:48
– Luke 10:16
– Luke 24:19
– John 4:34
– John 4:44
– John 5:30
– John 6:14
– John 6:38-39
– John 7:33
– John 7:40
– John 8:29
– John 9:4
– John 11:42
– John 12:49
– John 17:3-9
– Acts 2:22
– Acts 3:13
– Acts 3:26
– Acts 4:27

Namun dalam semua ayat tersebut,TIDAK KATA kenyataan Jesus mengatakan “jangan sembah aku” kerana jika Jesus telah katakan bahawa dirinya adalah Utusan Allah,apakah harus lagi disembah???…Analogynya begini….Anda lahir menjadi seorang manusia dan semua masyarakat tahu bahawa kamu adalah seorang manusia. Jika tidak ada kenyataan dari mulut anda mengatakan “aku adalah binatang”,apakah harus lagi anda mengatakan “aku bukan binatang”???..Jadi sama halnya dengan Jesus Christ pbuh…. Jesus telah maklumkan bahawa dia adalah Utusan Bapa (Tuhan) dan semua mendengar dan mengetahui bahawa dia adalah Utusan Tuhan (walau ramai Israel yang ingkar Nubuwwahnya disebabkan kedegilan mereka). Jika tidak ada kenyataan Jesus mengatakan “Akulah tuhan”,apakah harus lagi Jesus katakan “aku bukan tuhan”..???…

Tidak ada di antara saya dengan anda mengatakan “aku adalah Nabi”,apakah harus lagi saya dan anda mengatakan “aku bukan Nabi”???. Manusia yang berakal sihat akan berfikir secara keseluruhan prospek baik aqli wa naqli dan akan tahu bahawa Jesus Christ bukan tuhan…

SH berkata,
Jelas nyata pertanyaan mereka bukan untuk menimba ilmu atau mengenali siapa itu Yesus, tetapi untuk menabur benih keraguan di dalam Alkitab. Sesiapa yang celik dengan hati yang terbuka akan memeriksa jikalau kehidupan dan kata-kata Yesus mencerminkan kata-kata dan perbuatan yang dikaitkan kepada Allah ataupun seorang manusia biasa sahaja.

MAB response :
Kerana kami bertanya semacam itu atas dasar tujuan untuk bagi pihak anda berfikir dan mengkaji secara ilmiah. Bukan kami ingin menabur benih keraguan imanmu terhadap Bible tetapi kami mahu anda semua berfikir dan ambil pengkajian atas selaras dengan dakwah. Jika benar anda semua adalah celik hati yang kahabrnya mendapat bimbingan Ruh Kudus,anda akan tahu hakikat Jesus Christ pbuh yang sebenar melalui pengkajian Bible. Setiap Nabi mencerminkan perbuatan dari ajaran Tuhan. Allah memerintahkan Utusan-Nya untuk mengajarkan nilai akhlak moral kepada umat,maka si Nabi itu harus praktikkan akhlak moral melalui Sunnah Nubuwwahnya agar menjadi tauladan ikutan. Apakah itu pun dianggap sebagai “mencerminkan keilahian tuhan”???

SH berkata,
Tidak kira pandangan mana yang kenalan saudara ambil, mereka tidak percaya bahawa Yesus itu Tuhan dan Allah dan hanya seorang nabi sahaja. Tetapi adakah Yesus lebih daripada sekadar seorang nabi? Marilah kita sama-sama memeriksa apa yang Alkitab menyatakan tentang Yesus.

MAB response :
Ok baik…mari kita sama-sama lihat dan memeriksa apa kata Bible tentang Jesus.

SH berkata,
Sesiapa yang mempunyai kepercayaan terhadap Allah tidak akan menafikan kebenaran bahawa Allah adalah pencipta segala-galannya. Kalau seorang biasa menyatakan bahawa dia yang mencipta alam semesta, tiada orang yang akan mempercayai dia kerana pernyataan itu salah kecuali diucap oleh Allah. Jika Yesus mengatakan sesuatu yang hanya boleh dikatakan dan dilakukan oleh Allah, kesimpulannya adalah Yesus mendakwa diri-Nya Allah.

MAB response :
Tidak ada seorang pun (kecuali Atheist) dari orang yang beriman kepada Tuhan akan menafikan kebenaran bahawa Allah adalah Al-Khaliq (Maha Pencipta). Saya amat bersetuju dengan kata-kata anda,
“Kalau seorang biasa menyatakan bahawa dia yang mencipta alam semesta, tiada orang yang akan mempercayai dia kerana pernyataan itu salah kecuali diucap oleh Allah.”

Namun jika ada Jesus Christ pbuh ada mengatakan bahawa dirinya adalah menciptakan segala-galanya secara MUHKAMAT SIRYANIYYAH dalam Bible anda,maka itu jelas bahawa dia adalah tuhan. Jika ada,sila tunjukkan….

SH berkata,
Oleh itu, pertanyaan yang lebih wajar adalah, “Di mana dan bagaimana Yesus mengaku diri-Nya sebagai Tuhan dan Allah?”

“Akulah yang awal dan yang penghujung…”

Di dalam Yesaya 44:6, Allah berfirman, “Akulah yang pertama dan yang terakhir…” manakala Wahyu 1:17-18, Yesus berkata, “Akulah yang pertama dan yang penghujung. Akulah Dia yang hidup! Aku sudah mati, tetapi lihatlah, Aku hidup selama-lamanya. Aku berkuasa atas kematian dan atas dunia orang mati”. “Yang pertama dan yang terakhir/penghujung” adalah salah satu gelaran Allah. Dengan demikian, Yesus secara bulat-bulat berkata bahawa Dia adalah Tuhan dan Allah.

Sanggupkah seorang yang hanya sekadar nabi berani berkata-kata begitu seperti Yesus?

MAB response :
Very good….ayat “I am Alpha and Omega” dalam Bible di ambil sebagai bukti kononnya Jesus Christ adalah Tuhan. Disini saya akan berhujah secara ilmiah untuk membantu anda berfikir ambil pengkajian sekaligus meruntuhkan argument dari anda tersebut.

Revelation 22:13 / Revelation 1:8 dan Revelation 21:6 telah diperbetulkan oleh 32 Sarjana Tertinggi Christian yang mana mereka menjelaskan bahawa ayat tersebut difirmankan oleh Bapa bahawa Dia adalah Alpha dan Omega BUKAN merujuk Jesus. Para Sarjana Tertinggi Kristian yang mengendalikan Revised Standard Version memperbaiki ayat tersebut dan menyatakan seperti berikut,
“I am the Alpha and the Omega,” says the Lord God, who is and who was and who is to come, the Almighty.”

A correction was also made in the New American Bible produced by Catholics. The translation of that verse has been amended to put it in its correct context as follows:
“The Lord God says: I am the Alpha and the Omega, the one who is and who was, and who is to come, The Almighty.’”

With these corrections, it becomes evident that this was a statement of God and not a statement of Prophet Jesus.”

Para Sarjana Tertinggi Kristian menyatakan bahawa Jesus mengulangi apa yang difirmankan Bapa kepadanya lalu disampaikan kepada orang lain. Ini synonym dengan Muhammad SAW yang mana Muhammad SAW menerima wahyu Allah lalu mengulangi kembali wahyu tersebut menyampaikan kepada manusia. Untuk lebih terperinci,sila rujuk disini :
– https://archive.org/stream/OxfordAnnotatedBibleRevisedStandardVersion-r.s.v.1952/TheOxfordAnnotatedBibleR.s.v.1952_djvu.txt
– http://www.servantsnews.com/docs/kjverrors.htm?fbclid=IwAR0GAHW6hntQyritOedt4J1DcThtf18dr1KWHOLESR7oocitfRK4xb6EGR8

Sebagai pendukung sokongan,exegess dari Christian Unitarian (John Moffats) telah menjelaskan ayat Revelation 1:17-18 disini,sila rujuk :
– https://www.biblicalunitarian.com/verses/revelation-1-17

Jadi jelas Jesus Christ mengatakan demikian merujuk kepada Bapa yang Maha Awal wa Akhir BUKAN mengatakan dirinya adalah Tuhan!

SH berkata,
Siapa yang dapat mengampuni dosa? Hanya Allah yang mampu mengampuni dosa kamu dan saya. Terdapat banyak jenis dosa di dalam hidup, tetapi salah satu dosa yang dilakukan oleh semua orang adalah pemberontakan melawan Allah. Meskipun kamu dan saya boleh saling memaafkan sesama sendiri, hanya Allah yang dapat menawarkan pengampunan dosa yang sebenar sepertimana Raja Daud menyatakan di dalam Mazmur 51:4, “Basuhlah aku daripada segala kejahatanku, dan bersihkanlah aku daripada dosaku.” Dengan demikian, adakah nabi biasa menuntut bahawa dia boleh mengampuni dosa orang lain?

Kalau kalian membaca Markus 2:1-12, seorang yang lumpuh dibawa kepada Yesus oleh kawan-kawannya supaya Yesus boleh menyembuhkan kawan mereka. Apabila bertemu dengan orang lumpuh tersebut, Yesus berkata, “Anak-Ku, dosamu sudah diampunkan.” Guru-guru Taurat di situ terkejut dan berfikir, “Alangkah beraninya Dia mengkufuri Allah! Tidak seorang pun boleh mengampunkan dosa kecuali Allah!”

Yesus menunjukkan keilahian-Nya dengan berkata, “Mengapa kamu berfikir demikian? Manakah yang lebih mudah: mengatakan, ‘Dosamu sudah diampunkan’ atau ‘Bangunlah, angkat tikarmu, dan berjalan?’ Tetapi kepada kamu Aku akan membuktikan bahawa di atas bumi ini Anak Manusia berkuasa mengampunkan dosa.”

Lalu Yesus berkata kepada orang lumpuh itu, “Bangunlah! Angkat tikarmu, dan pulanglah!” Di hadapan mereka semua, orang lumpuh itu bangkit, mengangkat tikarnya, dan segera keluar. Semua orang di situ tercengang-cengang lalu memuji Allah. Mereka berkata, “Belum pernah kami lihat perkara seperti ini!”

Jelas nyata pada zaman Yesus, orang pun bersefahaman dengan kita yang berada di dalam abad ke-21 bahawa hanya Allah yang mempunyai kuasa untuk mengampuni dosa. Itulah sebab Yesus yang merujuk kepada diri sendiri sebagai “Anak Manusia” mengetahui fikiran guru-guru Taurat dan berkata kepada mereka bahawa “…Anak Manusia berkuasa mengampunkan dosa.” Selebih daripada itu, Yesus juga menyembuhkan orang lumpuh tersebut dengan sepenuhnya.

Sanggupkah seorang yang hanya sekadar nabi berani berkata-kata begitu seperti Yesus?

MAB response :
01 – Syntesis Priciple Mark 2:8-12 dinyatakan dalam Mark 2:10,Matthew 6:9-15,Act 3:13 dan Act 2:22 yang mana Jesus dimuliakan oleh Allah dan diutuskan oleh Allah sebagai Nabi dengan Fadhil Nubuwwah untuk mengampuni dosa orang lain. Jadi Fadhil Nubuwwah Jesus yang Allah berikan kepada baginda (Jesus Christ pbuh) membuktikan baginda adalah Nabi BUKAN sebagai Tuhan.

02 – Allah memberi mandat memaafkan orang lain (Fadhil Nubuwwah) dalam surah Al-A’raaf 7 ayat 199 dan Al-Hijr 15:85 kepada Nabi Muhammad SAW bahkan semasa Fathul Makkah,baginda memaafkan orang kafir yang pernah menzalimi muslim. Dan ini sama seperti dalam Mark 2:8-12. Saya ingin bertanya,apakah maksudnya Muhammad SAW adalah tuhan???. Bahkan sebanyak dua puluh tiga (23) hadith menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW menyembuhkan salah satunya dalam Hadith Sahih An-Nasa’i,Tirmidzi,Al-Hakim dan Al-Baihaqi yang mana Muhammad SAW menyembuh orang buta jadi celik….apakah Muhammad SAW adalah tuhan???

03 – Jika ada kuasa mengampuni seseorang itu di anggap sebagai Tuhan,maka anak murid Jesus (Hawariyun) juga anda harus anggap Tuhan kerana Jesus sendiri katakan bahawa mereka yang mengampuni dosa orang lain,maka dosa orang itu akan di ampuni (John 20:22-23). Saya bacakan ayatnya disini :

“Dan sesudah berkata demikian,dia mengembusi mereka dan berkata: “Terimalah Roh Kudus. JIKALAU KAMU MENGAMPUNI DOSA ORANG,DOSANYA DIAMPUNI dan jikalau kamu menyatakan dosa orang tetap ada, dosanya tetap ada”.”
[John 20:22-23]
– Saya ingin bertanya kepada pengarang Sabda Harian. Dari ayat di atas,apakah anak murid Jesus adalah tuhan???

04 – Dalam Psalm 51:4,adalah normal apabila Nabi memohon keampunan kepada Tuhan sama seperti mana Jesus Christ memohon keampunan kepada Tuhan (Matthew 6:9-12) dan ini menjadi salah satu ajaran Jesus kepada anak muridnya.

05 – Berkenaan dengan sangkaan ahli Taurat dalam hatinya yang menuduh Jesus menghujat Allah bahawa hanya Allah yang mengampuni dosa (Mark 2:7),ianya adalah atas dasar kejahilannya tentang hakikat Nubuwwah Jesus Christ pbuh. Sebab itu Jesus Christ pbuh menanyakan soalan mengapa mereka berfikir seperti itu (Mark 2:8) atas tujuan menunjukkan mereka sebenarnya tidak tahu tentang keberadaan Jesus selaku Nabi yang diberikan Fadhil Nubuwwah. Maka Jesus memberitahu jawapannya di ayat seterusnya bahawa dia boleh mengampuni dosa atas dasar Fadhil Nubuwwah (Mark 2:10). Jika ini pun dianggap tuhan,maka paderi-paderi dan gembala-gembala anda juga harus anda anggap mereka adalah tuhan kerana mereka boleh istiharkan dosa anda telah di ampuni. setuju?

Jika Kristian mengatakan,
“pendeta kami diberikan mandat oleh tuhan untuk mengampuni dosa kami”
– maka sama halnya dengan Muhammad SAW dan Jesus Christ pbuh yang mana mereka adalah Nabi yang diberikan Fadhil Nubuwwah untuk mengampuni dosa umatnya.

Jadi,kuasa untuk mengampuni dosa orang lain tidak menunjukkan seseorang itu adalah tuhan. Fadhil Nubuwwah yang Tuhan berikan kepada Jesus menunjukkan Jesus Christ pbuh adalah Nabi BUKAN Tuhan.

SH berkata,
“Aku akan menghakimi…”

Di dalam kitab Yoel 3:12, Allah berfirman, “Bangsa-bangsa mesti bersiap dan datang ke Lembah Penghakiman. Di sana Aku, TUHAN akan duduk dan menghakimi, semua bangsa di sekitar.” Menurut Raja Daud di dalam Mazmur 9:7-9, “Tetapi TUHAN memerintah selama-lamanya; Dia mendirikan takhta-Nya untuk menghakimi dunia. Dia memerintah dunia dengan adil, dan menghakimi rakyat dengan saksama.” Sungguh jelas Allah adalah hakim yang paling adil dan saksama.

Yesus berkata, “Apabila Anak Manusia datang sebagai Raja dengan semua malaikat Allah, Dia akan duduk di atas takhta-Nya yang mulia. Umat manusia di bumi ini akan dikumpulkan di hadapan-Nya. Kemudian Dia akan memisahkan mereka menjadi dua kumpulan, seperti gembala memisahkan domba daripada kambing” (Matius 25:31-32). Kalau dibaca selanjutnya, Yesus menerangkan bahawa Dia akan menerima segolongan orang sahaja ke syurga dan yang lain akan dimasukkan ke neraka. Bukankah ini kata-kata Allah sahaja dan bukan sebarang manusia?

Sanggupkah seorang yang hanya sekadar nabi berani berkata-kata begitu seperti Yesus?

MAB response :
01 – Jesus terang jelas memberitahu bahawa apa yang dia hakimi adalah ketentuan dari perintah Bapa :
“Aku tidak dapat berbuat apa-apa dari diri-Ku sendiri; Aku menghakimi sesuai dengan apa yang Aku dengar, dan penghakiman-Ku adil, sebab Aku tidak menuruti kehendak-Ku sendiri, melainkan kehendak Dia yang mengutus Aku. Kalau Aku bersaksi tentang diri-Ku sendiri, maka kesaksian-Ku itu tidak benar.”
[John 5:30-31]

Jelas bahawa apa yang dia sampaikan melalui penghakiman adalah atas dasar dari Bapa yang mengutuskannya BUKAN dari kehendak dari dirinya sendiri. Jika Jesus adalah tuhan,apakah perlu lagi dia dengar dari entiti lain sedangkan Kristian beriman Jesus dan Bapa adalah sama (Equal) dengan hujah “100% ilahiyyah”??? Jika Jesus adalah tuhan dan dirinya adalah Logos yang menjelma jadi manusia,firman dari siapa lagi yang dia harus dengar untuk turuti???

02 – Matthew 25:31-34 membicarakan mengenai Syafaat Al-Uzdma yang diberikan oleh setiap Nabi kepada umatnya. Ini juga sama dengan Muhammad SAW dalam Hadith Sahih Muslim No.384 / Sahih Muslim No.151 / Sahih Muslim No.2278 dan Ahmad 38/42 No.22950 yang mana bahawa baginda (Muhammad SAW) diberikan Syafaat Al-Udzma untuk umatnya agar baginda dapat Wasilah Maqam Al-Mahmud,memberikan syafaat kepada umatnya yang berdosa agar diselamatkan dari azab Neraka dan diringankan dosa sewaktu Hisab di Al-Mizan serta memisahkan antara kalangan orang beriman dengan orang yang kafir terhadap ajarannya di waktu Hari Pengadilan kelak. Jadi apakah Muhammad SAW adalah tuhan apabila baginda diberikan perkara yang sama seperti Jesus Christ pbuh???.

Sabda Rasullullah Muhammad SAW :
– “Saya diberi pilihan antara syafaat dan separuh umatku akan dimasukkan ke dalam syurga. Maka saya memilih syafaat kerana syafaat itu lebih umum dan lebih banyak. Apakah kamu sekalian melihat bahawa syafaat itu untuk orang-orang mukmin yang bertaqwa?. Tidak! akan tetapi syafaat itu untuk orang-orang yang berdosa,penuh kesalahan dan banyak kotoran.”
[Hadith Sahih Bukhari,Muslim,Ahmad dan Ibnu Majah]

– “Ada satu kaum akan keluar dari neraka disebabkan syafaat Muhammad,lalu mereka dimasukkan ke dalam syurga.”
[Hadith Sahih Bukhari,Muslim dan Abu Dawud]

– Jabir R.A berkata :
“Apakah kamu pernah mendengar tentang kedudukan Nabi Muhammad SAW?. Sesungguhnya kedudukan Nabi Muhammad SAW yang terpuji akan mengeluarkan siapa saja yang akan dikeluarkan dari neraka disebabkan syafaat Muhammad SAW.”
[Atsar Syu’abul Iman Al-Baihaqi Bab 1 Halaman 494]

Bahkan dalam Bible Kristian sendiri mengatakan bahawa setiap para Nabi meminta di doakan syafaat keselamatan dan pujian walau mereka dijamin masuk syurga (Psalm 117:25 dan Psalm 118:25). Apakah mereka semua (para Nabi) adalah tuhan???

Jadi jelas menghakimi umatnya di atas pemberian syafaat Al-Udzma BUKAN menjadikan Jesus Christ pbuh adalah tuhan kerana para Nabi termasuk Muhammad SAW juga diberikan hal yang sama.

SH berkata,
“Akulah kebenaran…”

Di dalam Mazmur 31:5, Raja Daud merujuk kepada TUHAN sebagai “…Allah yang setia (kebenaran).” Pernahkah seorang nabi berani menggelarkan diri sebagai “Kebenaran”? Setakat pengetahuan saya, semua nabi hanya menunjukkan arah terhadap “Kebenaran”, tetapi tidak berani mendakwa dirinya sebagai “Kebenaran.”

Namun demikian, Yesus sendiri berkata, “Akulah Jalan dan Kebenaran dan Hidup. Tidak seorang pun dapat datang kepada Bapa kecuali melalui Aku” (Yohanes 14:6). Yesus seringkali mengguna nama yang biasanya dikhaskan untuk Allah sahaja.

Mansur al-Hallaj (858-913 AD), seorang ahli Sufi dihukum mati kerana dia berkata “Akulah kebenaran” berkali-kali. Sebab dia dihukum mati? Dia dianggap sebagai munafik kerana bidaahnya yang menyeleweng.

Sanggupkah seorang yang hanya sekadar nabi berani berkata-kata begitu seperti Yesus?

MAB response :
01 – Dalam Proverb 8:32-36 dinyatakan dari Solomon sendiri bahawa hendaklah ikuti jalan kebenaran darinya dan sesiapa yang tidak ikutinya adalah satu kerugian di atas kebencian terhadapnya dan mencintai maut. Apakah Solomon adalah tuhan???

02 – Muhammad SAW juga berkata hal yang sama :
Dari Abu Hurairah R.A,Rasullullah SAW bersabda : “Barangsiapa inginkan keredhaan dari Allah dan balasan ganjaran syurga yang kekal,maka ikutilah aku.”
[Hadith Muttafaqun ‘Alaih Bukhari dan Muslim]
– Apakah Muhammad SAW adalah tuhan??

03 – Allah berfirman kepada Joshua :
“Beginilah firman TUHAN semesta alam: Apabila engkau hidup menurut jalan yang Kutunjukkan dan melakukan tugas yang Kuberikan kepadamu, maka engkau akan memerintah rumah-Ku dan mengurus pelataran-Ku dan Aku akan mengizinkan engkau masuk ke antara mereka yang berdiri melayani di sini.”
[Zakharia 3:7]
– Joshua juga diberikan mandat untuk mengatur rumah Tuhan seperti mana dalam John 14:3,apakah Joshua adalah tuhan??

04 – Mansur Al-Hajjaj BUKAN Nabi. Saya bersetuju bahawa apa yang dia lakukan di atas kesalahannya melakukan perkara bida’ah kerana apa yang telah disampaikan kepada Nabi,maka itulah yang harus di ikuti. Muhammad SAW sendiri berkata bahawa setiap perkara yang bidaah dan bukan berasal dari ajaran baginda (Muhammad SAW),maka ianya adalah sesat dan tertolak serta setiap yang bidaah itu akan dimasukkan ke dalam Neraka (Hadith Sahih Bukhari No.2697 / Bukhari No.5063 / Bukhari No.6576 / Bukhari No.7049-7050 / Muslim No.1718 / Muslim No.867 / / Muslim No.1847 / An-Nasai No.1578 / Tirmidzi No.2676 / Tirmidzi No.2677 dan Ahmad No.3659 serta Ibnu Majah No.2860).

Jadi apabila Nabi Muhammad SAW dengan tegas menjelaskan semua ini,apakah Muhammad SAW bukan orang yang dalam kebenaran dan apakah maksudnya Muhammad SAW adalah tuhan???

05 – Sebenarnya apa yang Jesus Christ pbuh sampaikan dalam John 14:6 (Konteks dari ayat 1 hingga ayat 7) menernagkan suruhan ikuti segala ajarannya yang mana jika ikuti ajarannya,maka akan mendapat keredhaan dari Bapa dan dimasukkan ke dalam syurga. Tidak dikatakan disitu pun bahawa Jesus adalah tuhan. Dan ini Jesus tegaskan dalam John 7:16-17,Matthew 10:40,Luke 10:16,John 5:24,John 12:44,John 3:18,Matthew 19:16-21,Mark 10:17-21 dan Luke 18:18-22 yang menerangkan bahawa beriman kepadanya dengan ikuti segala apa yang dia ajarkan. Itulah jalan yang Jesus sampaikan agar di ikuti. Maka jika ingin masuk syurga,maka turutilah segala perintah Tuhan yang Jesus sampaikan.

Kebiasaan kristian fahami ayat itu tidak secara konteks dari ayat sebelumnya dimana Thomas bertanya kepada Jesus Christ ke mana dia pergi dan kemudian baginda menjelaskan bahawa percayalah kepada Allah dan percayalah kepada dirinya yang mana jika kita beriman kepadanya maka akan dapat kehidupan yang kekal (ganjaran syurga). Ini menunjukkan bahawa Jesus memberi maksud dalam kiasan gaya bhasa siryaniyyah yang mana baginda ingin menyatakan tidak ada sesiapa yang dapat ganjaran syurga dan redha dari ilahi jika tidak ikuti apa yang baginda ajar sampaikan.

Jesus Christ pbuh bila berkata mengenai aqidah,baginda akan mengolah penuh kiasan Siryaniyyah. Namun dalam ajaran syariat hukum,Jesus cakap secara jelas tetapi perlu fahami penyampaian cara gaya bahasa pertuturan Ibunda Israel…itu pendukung Nubuwwah Jesus – “aku adalah jalan kebenaran dan kehidupan…..” yang merupakan ajakan untuk ikuti segala ajaran baginda yang mana jika kita ikuti Utusan Allah,maka akan diredhai oleh Allah seperti mana ayat seterusnya dikatakan oleh Jesus (John 14:6).

Setiap Nabi bila di utus suatu kaum di suatu zaman,Si Nabi itu adalah ikutan yang wajib di ikuti. Si Utusan Tuhan itulah Raja,Guru,Tuan,Junjungan,Khalifah dan Contoh yang mesti dirujuk ikuti….maka sebab itu Jesus kata,
“aku adalah jalan kebenaran dan kehidupan…”

Apa yang Jesus ajar???….
*05 Rukun Agama
John 17:3-21 / Mathew 26:30-36 / Mark 1:25-35 / Mathew 9:1-14 / Luke 2:1-37 / Matthew 6:1-5 dan Act 10:1-2

*06 Rukun Iman
Mark 12:28-30 / Revelations 7: 11 / Exodus 23:20 / Luke 1:11-13 / Mathew 12:33 dan Matthew 13: 41-43 serta Mark 5:28-29

*Dua rujukan kepada Muslim Israel (Islam dizaman syariat Jesus)
Original Gospel : Injeel Yeshua
– Mark 8: 30-35

*Follow the Prophet’s teachings : Sunnah of Yeshua
– John 14:1-15 / Mathew 5:17-47,13:57,21:10-11 & 21:40-45 dan Luke 7:16 dan 24:19

Jesus Christ pbuh sendiri adalah muslim salah satunya ialah Luke 6:40 dalam ayat asli. “Islam / משלם” ada disebut dalam Luke 23:46,Psalm 37:21,Proverbs 22:27,Job 41:3 dan Isaiah 60:20 dalam ayat asli. Injeel diturunkan dalam bahasa asli ARAMAIC SYRIAC / ARAMAIC GALILEE (SURYANI) BUKAN KOINE GREEK…..Bahasa Suryani adalah bahasa yang ringkas,penuh berkias dan padat…Maka,bahasa ini sesuai untuk ajaran KASIH SAYANG dari syariat KHABAR GEMBIRA yang dibawa oleh Jesus Christ untuk “melonggarkan” Taurat agar domba-domba Israel kembali ke ajaran Tuhan. Sebab itu ayat seterusnya Jesus cakap lagi dalam John 14:6,
“Tidak sampai kepada Bapa jika tidak melalui aku…”. Kalau orang-orang Israel ikut apa yang Jesus ajarkan,maknanya orang-orang Israel pasti akan diredhai oleh Allah. Kalau tidak ikut tapi mengaku pengikutnya,bagaimana ingin dapatkan kehidupan yang kekal????.

Maka jelas bahawa pengakuan Jesus bahawa dirinya adalah kebenaran atas asbab bahawa dia adalah Nabi BUKAN Tuhan.

SH berkata,
“Akulah kebangkitan dan hidup…”

Kitab 1 Samuel 2:6 menyatakan, “TUHAN mematikan manusia, Dia juga menghidupkan mereka. Dia menghantar manusia ke dunia orang mati, dan Dia juga membawa mereka kembali.”

Allah sahaja yang membangkitkan orang mati pada hari kebangkitan. Walaupun Alkitab mengandungi peristiwa-peristiwa para nabi dan rasul yang membangkitkan orang mati, tetapi pernahkah mereka menggelar diri sebagai sumber hidup? Tidak! Ini kerana mereka tahu bahawa mereka sekadar saluran kuasa Allah sahaja.

Kenyataan Yesus bercanggah dengan dakwaan-dakwaan nabi lain, kerana Dia berkata, “Percayalah: Akan tiba masanya, malah sudah tiba, apabila orang mati akan mendengar suara Anak Allah, dan orang yang mendengarkan apa yang dikatakan-Nya akan hidup. Sebagaimana Bapa sendiri sumber hidup, Dia menjadikan Anak-Nya sumber hidup juga. Dia sudah memberikan kuasa kepada Anak untuk menghakimi, kerana Anak itu Anak Manusia. Janganlah kamu hairan mendengar hal ini, kerana akan tiba mananya apabila semua orang mati akan mendengar suara-Nya, lalu keluar dari kubur. Orang yang berbuat baik akan bangkit dan hidup, tetapi orang yang berbuat jahat akan bangkit dan dihukum” (Yohanes 5:25-29).

Jelas nyata Yesus menggelarkan Diri sebagai Anak Allah di sini. Sesiapa yang menafikan bahawa Yesus itu bukan Anak Allah juga menuduh Allah sebagai pembohong, kerana Allah sendiri berkata “Inilah Anak-Ku yang Aku kasihi. Dia menyenangkan hati-Ku” (Matius 3:17).

Tambahan pula, Yesus berkata, “Akulah kebangkitan dan hidup; barangsiapa percaya kepada-Ku, ia akan hidup walaupun ia sudah mati” (Yohanes 11:25). Kalau Yesus hanya sekadar seorang nabi, bukankah Dia mengkufuri Allah?

Sanggupkah seorang yang hanya sekadar nabi berani berkata-kata begitu seperti Yesus?

MAB response :
Okay bagus…mari kita baca konteks ayat bermula John 5:19 :
“Aku berkata kepadamu, sesungguhnya Anak tidak dapat mengerjakan sesuatu dari diri-Nya sendiri, jikalau tidak Ia melihat Bapa mengerjakannya; sebab apa yang dikerjakan Bapa, itu juga yang dikerjakan Anak.”
[John 5:19]

dari sini jelas bahawa Jesus tidak dapat melaksanakan sesuatu melalui kehendak dirinya sendiri. Jika dia adalah tuhan,maka pasti dia tidak akan mengatakan demikian kerana tuhan tidak akan terikat dengan mana-mana syarat atau siatusi atau dari perintah entiti lain. Dan ayat itu juga menjelaskan bahawa apa yang di ajarkan oleh Bapa,maka itu jugalah diajarkan oleh Nabi. Tuhan mengajar “Jangan mencuri”,maka Nabi akan sampaikan ajaran dan laksanakan larangan jangan mencuri.

ayat seterusnya,
“Sebab Bapa mengasihi Anak dan Ia menunjukkan kepada-Nya segala sesuatu yang dikerjakan-Nya sendiri, bahkan Ia akan menunjukkan kepada-Nya pekerjaan-pekerjaan yang lebih besar lagi dari pada pekerjaan-pekerjaan itu, sehingga kamu menjadi heran.”
[John 5:20]

Pastinya Tuhan mengasihi para Utusan-Nya dan Dia ajarkan segala sesuatu syariat ajaran agama kepada para Utusan-Nya untuk disampaikan kepada umat manusia sehinggakan sesuatu yang tidak boleh diterima oleh aqli manusia,tetap diperintahkan oleh Tuhan kepada Utusan-Nya untuk diajarkan kepada manusia.

ayat seterusnya lagi,
“Sebab sama seperti Bapa membangkitkan orang-orang mati dan menghidupkannya, demikian juga Anak menghidupkan barangsiapa yang dikehendaki-Nya.”
[John 5:21]

Seperti para Nabi yang lain….Jesus apabila menyampaikan dakwah aqeedah,baginda akan menyampaikan secara Lisan Mutasyabihah Siryaniyyah. Ayat itu bukan merujuk menghidup dan mematikan manusia tetapi ayat itu merujuk hidayah yang mana Allah berikan hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Sesiapa yang mendapat hidayah,maka dia adalah orang yang bertaqwa (hidup) dan sesiapa yang ingkar,maka dia adalah orang yang kafir (mati). Sama halnya dengan Utusan Allah yang mana Jesus menyampaikan peringatan dakwah dan ajaran tuhan kepada sesiapa yang ikutinya. Sesispa yang ikuti ajaran baginda (Jesus Christ pbuh),maka mereka adalah orang yang dikehendaki oleh Jesus Christ pbuh.

Jika ayat tersebut merujuk “menghidupkan dan mematikan manusia” secara zahir (memberi dan mengambil nyawa manusia),maka apa kaitan dengan menghormati Bapa dan Anak dalam ayat seterusnya (John 5:23)???..sebab itu harus baca konteks agar faham mesej sebenar Jesus Christ pbuh.

Kita baca lagi ayat seterusnya,
“Bapa tidak menghakimi siapapun, melainkan telah menyerahkan penghakiman itu seluruhnya kepada Anak,”
[John 5:22]
– ayat ini merujuk kepada amanah Nubuwwah Jesus Christ pbuh untuk mengendalikan penyampaian syariat ajaran agama dari tuhan mana ajaran Mahmudah dan mana ajaran Mazmumah.

kita teruskan pembacaan ayat seterusnya,
“supaya semua orang menghormati Anak sama seperti mereka menghormati Bapa. Barangsiapa tidak menghormati Anak, ia juga tidak menghormati Bapa, yang mengutus Dia.”
[John 5:23]

Nah! dari ayat sebelumnya menyampaikan maksud dari ayat 19-22,semua itu merujuk suruhan ikutan segala syariat ajaran agama dari Tuhan yang diberikan tugas kepada Nabi. Apa yang Tuhan laksanakan,maka Utusan Tuhan juga akan melaksanakan sesuai apa yang diperintahkan oleh Tuhan. Jadi di ayat ke22,amanah syariat ajaran agama yang disampaikan kepada para Nabi untuk manusia mana yang baik dan mana yang buruk disampaikan kepada manusia agar sesiapa yang beriman,mereka akan ikuti Utusan Tuhan itu yang aman secara tidak langsung sama seperti ikuti Tuhan. Apabila kita ikuti segala ajaran Utusan Tuhan yang disampaikan dari Tuhan,makanya itu memberi maksud “kita menghormati Anak dan Bapa”.

kita baca lagi ayat seterusnya,
“Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya barangsiapa mendengar perkataan-Ku dan percaya kepada Dia yang mengutus Aku, ia mempunyai hidup yang kekal dan tidak turut dihukum, sebab ia sudah pindah dari dalam maut ke dalam hidup.”
[John 5:24]

Disini semakin jelas…sesiapa yang mengikuti segala ajaran Jesus Christ pbuh dan beriman kepada Tuhan yang telah mengutuskan Jesus Christ pbuh,maka mereka akan beroleh ganjaran Syurga (kehidupan yang kekal) dan tidak akan diazab siksa Neraka. Mereka yang asalnya ingkar lalu beriman,mereka adalah orang yang beruntung.

tidak berhenti disitu…kita baca ayat seterusnya lagi,
“Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya saatnya akan tiba dan sudah tiba, bahwa orang-orang mati akan mendengar suara Anak Allah, dan mereka yang mendengarnya, akan hidup.”
[John 5:25]

Sudah faham mesej konteks ayat sebelumnya??….Jadi dalam ayat ke25 ini,Jesus tegaskan lagi telah tiba masanya bahawa orang-orang yang ingkar atau jahil (di istilahkan sebagai “orang mati”) apabila mendengar dakwah dari Utusan Allah lalu menerimanya,maka mereka adalah orang-orang yang bertaqwa (di istilahkan sebagai “orang hidup”).

kita baca lagi ayat seterusnya,
“Sebab sama seperti Bapa mempunyai hidup dalam diri-Nya sendiri, demikian juga diberikan-Nya Anak mempunyai hidup dalam diri-Nya sendiri.”
[John 5:26]
– Sama seperti Tuhan yang memiliki Kebenaran-Nya sendiri,maka demikian juga sama seperti Utusan-Nya yang memiliki kebenarannya sendiri. Apa yang disampaikan dari Tuhan sudah pasti benar. Lalu disampaikan kepada Utusan-Nya,suda pasti benar. Dan disampaikan lagi kepada orang-orang yang jahil lalu menerima ajaran tersebut,maka sudah pastinya menjadi golongan orang yang bertaqwa. Bukankah dari semua konteks ayat tersebut saling berhubung atas penjelsan maksud sebenar iaitu penyampaian suruhan ikutan segala syariat ajaran agama dari Tuhan yang diberikan tugas kepada Nabi.???

Tidak terhenti disitu…kita teruskan baca ayat seterusnya,
“Dan Ia telah memberikan kuasa kepada-Nya untuk menghakimi, karena Ia adalah Anak Manusia.”
[John 5;27]
– Sekali lagi Jesus peringatkan bahawa Dia (Tuhan) telah memberikan amanah Nubuwwah kepada Jesus Christ pbuh untuk melaksanakan syariat ajaran agama dari tuhan. Baginda mengajarkan mana yang baik disampaikan dan diamalkan,mana yang buruk dilarang untuk lakukan. Dan itu merujuk simbol “menghakimi” kerana Tuhan dan Para Utusan-Nya menyampaikan mana yang baik dan mana yang buruk. Ketentuan yang telah ditetapkan dalam ajaran Jesus Christ pbuh.

Kita baca lagi ayat seterusnya,
“Janganlah kamu heran akan hal itu, sebab saatnya akan tiba, bahwa semua orang yang di dalam kuburan akan mendengar suara-Nya. Dan mereka yang telah berbuat baik akan keluar dan bangkit untuk hidup yang kekal, tetapi mereka yang telah berbuat jahat akan bangkit untuk dihukum.”
[John 5:28-29]
– Jesus memberitahu bahawa tidak perlu risau akan hal itu kerana apabila tiba masanya orang yang telah hanyut dalam kekufuran pasti akan dipanggil oleh Tuhan untuk di adili. Di ayat seterusnya (John 5:29) memberitahu hal yang sama bahawa orang yang telah menerima kebenaran (orang yang bertaqwa di istilahkan sebagai orang yang telah bangkit hidup) mendapat ganjaran syurga (kehidupan yang kekal) dan orang yang kafir akan dihukum azab siksa neraka.

Dan apa yang dihakimi oleh Tuhan (orang yang beriman mendapat ganjaran syurga dan orang yang kafir dihukum siksa Neraka) adalah atas Haq-Nya selaku Tuhan sekalian alam BUKAN melalui ketetapan hak dari Utusan-Nya (Jesus Christ pbuh). Sebab itu mengapa Jesus Christ pbuh mengatakan dalam ayat seterusnya,
“Aku tidak dapat berbuat apa-apa dari diri-Ku sendiri; Aku menghakimi sesuai dengan apa yang Aku dengar, dan penghakiman-Ku adil, sebab Aku tidak menuruti kehendak-Ku sendiri, melainkan kehendak Dia yang mengutus Aku. Kalau Aku bersaksi tentang diri-Ku sendiri, maka kesaksian-Ku itu tidak benar”
[John 5:30-31]

Sudah faham???…Apabila difahami dengan kaedah tersebut,semuanya nampak terhubung bukan???..begitulah cara memahami penyampaian Jesus Christ dalam ayat Bible secara kontekstualiti BUKAN sekadar ambil tiga (03) rangkap ayat lalu difahami menurut telunjuk gereja. Memahami Bible harus dengan tiga (03) kaedah Hermeutical Biblical iaitu Contextualiti Analysis,Syntesis Principle dan Israelites Interpretation Formula. Jika saya memahami ayat-ayat tersebut dengan mengikut seperti pemahaman anda dan Kristian,maka akan bercanggah dengan ayat-ayat Bible yang lain.

Selaras dengan apa yang Jesus katakan dalam John 11:25 bahawa Jesus Christ adalah “Kebangkitan dan Hidup” kerana baginda adalah Nabi. Seperti penjelasan di atas,sesiapa yang beriman dan ikuti kepadanya,maka mereka adalah orang-orang yang benar bertaqwa sehingga mereka telah wafat.

Tidak ada yang mengatakan bahawa Jesus BUKAN Anak Allah yang selaras dengan Matthew 3:17,muslim juga beriman bahawa Jesus Christ pbuh adalah Anak Allah tetapi konsep “Anak Allah” yang difahami bukan seperti Kristian faham. Dalam gaya bahasa Siryaniyyah,”Anak Allah” merujuk persamaan sebagai “Hamba Allah” dalam gaya bahasa Semitic Arabic (Firdaws Al-Arab) dan gaya bahasa Arabic Hijaziyyah. Dalam Oxford Dictionary of the Jewish Religion menjelaskan bahawa gelaran “Anak Allah” adalah Metaphor. Ini kerana bukan Jesus sahaja yang dikatakan Anak Allah tetapi :
– Efraim adalah Anak Allah (Jeremiah 31:9)
– Israel juga Anak Allah (Exodus 4:22 dan Hosea 1:10)
– Malaikat juga Anak2 Allah (Job 1:6-7)
– Solomon juga Anak Allah (2 Samuel 8:13-14)
– dan Daud juga Anak Allah (Psalm 89:26-27)

Jika benar Jesus adalah Anak Allah,maka berapa banyak Anak Allah???. Jika “Anak Allah” adalah merujuk Allah sendiri,maka berapa ramai menjadi Tuhan??

Jika anda katakan Jesus Christ pbuh adalah unik,maka Daud juga adalah unik sebab dia adalah “Anak yang diperanakkan sendiri oleh Allah” (Psalm 2:7). Apakah Daudadlaah tuhan???

Jadi jelas bahawa dari penjelasan konteks,ayat itu tidak menunjukkan Jesus adalah Tuhan tetapi jelas sebagai Utusan Tuhan yang menceritakan suruhan ikutan segala syariat ajaran agama dari Tuhan yang diberikan tugas kepada Nabi.

SH berkata,
“Adakah Allah berkongsi kemuliaan-Nya?”

Kita membaca dalam Kitab Yesaya 42:8 bahawa TUHAN “…tidak akan memberi kemuliaan-Ku [Nya] kepada sesiapa, atau pujian-Ku [Nya] kepada mana-mana berhala..”. Pernahkah nabi-nabi yang lain berkata bahawa mereka akan dimuliakan bersama-sama Allah? Itulah yang Yesus mendakwa. Lebih-lebih lagi, Dia berkata bahawa Dia memiliki kemuliaan bersama Allah sebelum dunia dijadikan.

Yesus berdoa, “Ya Bapa, muliakanlah Aku sekarang dengan kemuliaan yang Aku miliki bersama-sama-Mu sebelum dunia ini dijadikan.”

Sanggupkah seorang yang hanya sekadar nabi berani berkata-kata begitu seperti Yesus?

MAB response :
01 – Dalam Isaiah 42:8 menerangkan bahawa “Allah tidak akan memberikan Kemuliaan-Nya atau Pujian-Nya kepada sesiapa” merujuk Haq Ketetapan-Nya selaras Sifadh Iradah-Nya. Dia berikan kemuliaan-Nya sesiapa yang Dia kehendaki seperti mana Dia memberikan kemuliaan dan kepujian keberkatan kepada :
– Lot (2 Peter 2:6-9)
– Daud (Acts 13:22)
– Yaakub (Genesis 32:28,Exodus 6:2,Matthew 8:11 dan Luke 13:28)
– Solomon (I Chronicles 22:9-10)

Jadi,apakah mereka semua ini adalah tuhan kerana diberikan kemuliaan dan kepujian dari Allah???….

Dan Jesus memohon kemuliaan dari tuhan seperti mana Tuhan memuliakan para Nabi ketika mereka masih dalam kewujudan penciptaan (John 8:58,Jeremiah 1:4-5,Proverb 8:23-27,Job 38:4-21 dan Hadith Sahih dan Muslim). Jika Jesus Christ pbuh adalah tuhan,apakah harus lagi dia memohon kepada Bapa untuk meminta dimuliakan sedangkan dirinya adalah tuhan yang telah sedia mulia???

Jadi hujah anda tidak menunjukkan bahawa Jesus Christ pbuh adalah tuhan tetapi jelas menunjukkan bahawa dia adalahUtusan Tuhan.

SH berkata,
Bukti-Bukti Lanjut

Di dalam Markus 2:28, Yesus berkata, “Oleh itu, Anak Manusia juga berkuasa atas hari Sabat.”

MAB simple response :
Konteks petikan Mark 2:28 / Matthew 12:8 dan Luke 6:5 tersebut menunjukkan bahawa Jesus membenarkan murid-muridnya untuk mengambil beberapa buah jagung makan sebab mereka lapar. Orang-orang Yahudi terkejut hal tersebut dan Jesus memberikan kepada mereka contoh bagaimana Daud membenarkan para sahabatnya makan roti suci walaupun ia tidak dibenarkan. Jadi disitu maksud ayat “Anak Manusia adalah tuan kepada Hari Sabbath”. Ini suda berkenaan usul fiqh dalam Hukum Torah. Jika mahu kata Jesus adalah tuhan kerana kononnya dia adalah “Lord of Sabbath”,maka anda harus juga katakan bahawa Daud juga adalah tuhan sebab Daud juga adalah “Lord of Sabbath” (Levitus 24:6-9,Leviticus 22:11 dan 1 Samuel 21:4). Setuju??

SH berkata,
Matius 22:41-45 adalah peristiwa di mana Yesus gelarkan Diri sebagai Tuhan Raja Daud.

MAB simple response :
Jangan kelentong……..mari kita baca ayat kata penafian Jesus sendiri,
“Ketika orang-orang Farisi sedang berkumpul, Yesus bertanya kepada mereka, kata-Nya:”Apakah pendapatmu tentang Mesias? Anak siapakah Dia?” Kata mereka kepada-Nya: “Anak Daud.”. Kata-Nya kepada mereka: “Jika demikian,bagaimanakah Daud oleh pimpinan Roh dapat menyebut Dia Tuannya, ketika ia berkata: Tuhan telah berfirman kepada Tuanku: duduklah di sebelah kanan-Ku, sampai musuh-musuh-Mu Kutaruh di bawah kaki-Mu. Jadi jika Daud menyebut Dia Tuannya, bagaimana mungkin Ia anaknya pula?”
[Matthew 22:41-45]

ayat itu jelas adalah pengakuan Jesus sebagai penafian bahawa bagaimana dia adalah Tuan (Kyrios) kepada Daud jika dia adalah keturunannya (Daud)???

Dan lagi satu,nubuat Daud dalam Psalm 110:1 menyebut ” נְאֻ֤ם יְהוָ֨ה ׀ לַֽאדֹנִ֗י” (Adonay nə-’um la-ḏō-nî) yang membawa maksud “Tuhanku berkata kepada tuanku”. Disitu menunjukkan dua perbezaan antara dua entiti yang mana “Adonay” merujuk kepada Bapa (Tuhan Israel) dan “Adoni” merujuk kepada seseorang yang BKAN Tuhan kerana kata gelaran “Adoni” merujuk kepada entiti selain Tuhan. Ini kerana hanya gelaran “Adonay” merujuk khusus kepada Tuhan sendiri. Jika ayat ini dirujuk kepada Jesus,maka jelas ayat ini menunjukkan bahawa Jesus BUKAN Tuhan kerana Jesus disebut sebagai ‘Adoni”.

SH berkata,
Yesus berkata kepada orang ramai bahawa Dia telah bertemu dengan Abraham dalam Yohanes 8:39-58.

MAB simple response,
Solomon juga berkata hal yang sama :
“Sudah pada zaman purbakala aku dibentuk, pada mula pertama, sebelum bumi ada.Sebelum air samudera raya ada, aku telah lahir, sebelum ada sumber-sumber yang sarat dengan air.Sebelum gunung-gunung tertanam dan lebih dahulu dari pada bukit-bukit aku telah lahir;sebelum Ia membuat bumi dengan padang-padangnya atau debu dataran yang pertama.Ketika Ia mempersiapkan langit, aku di sana…”
[Proverb 8:23-27]
– Saya ingin bertanya…dari ayat ini,apakah Solomon juga tuhan???

SH berkata,
Yesus mengajar orang ramai bahawa Dia lebih penting daripada Bait Allah (Matius 12:6).

MAB simple response :
Bukan Jesus sahaja bahkan Imam-imam juga dilebihkan dalam Bait Allah..sila baca ayat sebelumnya (Matthew 12:4-5) :
“bagaimana ia masuk ke dalam Rumah Allah dan bagaimana mereka makan roti sajian yang tidak boleh dimakan, baik olehnya maupun oleh mereka yang mengikutinya, kecuali oleh imam-imam?. Atau tidakkah kamu baca dalam kitab Taurat, bahwa pada hari-hari Sabat, imam-imam melanggar hukum Sabat di dalam Bait Allah, namun tidak bersalah?. Aku berkata kepadamu: Di sini ada yang melebihi Bait Allah.”
[Matthew 12:4-6]
– Jadi apakah imam-imam adalah tuhan???

SH berkata,
Yesus mengumumkan bahawa Dia mempunyai hubungan yang unik dengan Allah Bapa (Matius 11:27).

MAB simple response :
Mohon baca konteks ayat dari Matthew bab 11 ayat 25 hingga 30,seperti yang saya terangkan dalam John 5:19-30 di atas,ayat itu merjuk penyerahan tugas amanah Nubuwwah untuk menyampaikan syariat ajaran agama dari Tuhan. Hanya tuhan sahaja yang mengetahui kebenaran Utusan-Nya dan Utusan Tuhan sahaja yang mengetahui hakikat kebenaran Tuhan. Jika ini tidak disampaikan kepada manusia,siapakah lagi yang mengetahui kebenaran selain Tuhan dan Utusan Tuhan???

SH berkata,
Yesus berkata, “…apabila dua atau tiga orang berkumpul kerana Aku, Aku pun di situ bersama-sama mereka” (Matius 18:20). Hanya Allah yang Maha Wujud. Yesus berani menyatakan bahawa Dia juga Maha Wujud kerana sememangnya Dia Allah.

MAB simple response :
Sila baca konteks Matthew bab 18 ayat 3 hingga 20,disitu menerangkan tentang permohonan keampunan kepada Tuhan,pertunjukan akhlak moral yang baik,keimanan dalam pelaksanaan ibadah mengikut ajaran Nabi,ketakwaan mengikuti segalaajaran Nabi,Hukum Had (Halacha Law),usul Fiqh dan permohonan doa beserta kepujian junjungan Nubuwwah Jesus Christ pbuh. Ini sama dengan ajaran-ajaran Muhammad SAW seperti di atas termasuk Hukum Had (dalam Islam dipangil Sharia Law) dan apabila kami memohon doa,kami sertakan kepujian junjungan agung Muhammad SAW.

Jika ayat ini di anggap Jesus sebagai Tuhan,mengapa Jesus mengatakan
“Jika dua orang dari padamu di dunia ini sepakat meminta apapun juga, permintaan mereka itu akan dikabulkan oleh Bapa-Ku yang di syurga”???

Mengapa dia mengatakan bahawa permintaan dari doa mereka dikabulkan oleh Bapa??Apakah Jesus Christ tidak mampu mengabulkan doa sedangkan dia adalah tuhan (seperti dakwaan Kristian)???

Jadi ayat itu bukan menunjukkan Jesus adalah tuhan tetapi menerangkan ajaran-ajaran yang disampaikan dari lisan Jesus Christ pbuh yang menunjukkan bahawa dirinya adalah Utusan Allah yang bertugas menyampaikan segala syariat ajaran agama dari Allah.

SH berkata,
Matius 28:18-20 menyatakan bahawa Yesus berjanji dengan orang yang percaya kepada-Nya bahawa “…segala kuasa di syurga dan di bumi…” telah diberkan kepada-Nya. Dia akan menyertai pengikut-Nya sehingga akhir zaman.

MAB simple response :
Maafkan saya,ayat Matthew bab 28 ayat dari 16 hingga 20 adalah REKAAN AYAT. Bukan saya yang berkata….bukan dari muslim scholars….tetapi dari Christian Scholars sendiri. Saya berikan kenyataan mereka :

Hugh J. Schonfield
“This Matthew 28:15 would appear to be the end of the Gospel of Matthew. What follows Matthew 28:16-20 from the nature of what is said, would then be a latter addition”
[The Original New Testament page 124]

Robert Funk
“The great commission in Matthew 28:16-20 have been created by the individual evangelist.Reflect the evangelist idea of launching a world mission of the church. Jesus probably had no idea of launching a world mission and certainly was not the institusion builder.Is not reflect direct instruction from Jesus.”
[The Five Gospels Robert Funk]

Disini saya berikan sumber lebih terperinci mengenai rekaan ayat Matthew 28:16-20 :
– http://www.everlastingkingdom.info/article/127/constantine-wrote-matthew-2819-into-your-bible.html
– http://www.usislam.org/deleted/constantine_wrote_matthew_2819.htm
– https://anointingpower.wordpress.com/2016/02/23/constantine-wrote-matthew-2819-into-your-bible/

Jelas ayat itu adalah REKAAN AYAT dan tidak menjadikan bukti Jesus adalah tuhan.

SH berkata,
Yohanes 16:15 menyatakan bahawa semua milik Allah Bapa adalah milik Yesus juga. Yesus mengajar orang supaya menghormati Dia sebagaimana Allah patut dihormati dalam Yohanes 5:23. Salah satu cara kita menghormati Allah adalah menyembah-Nya. Ini menunjukkan bahawa Yesus menuntut penyembahan. Seorang nabi pun tidak berani menuntut penyembahan seperti yang Yesus lakukan kerana ia adalah satu dosa yang besar di mata Allah.

MAB simple response :
Maksud ayat dalam John 16:15 adalah merujuk syariat ajaran agama. Apa yang datang dari Allah,maka itulah yang disampaikan dari Utusan-Nya dan syariat ajaran agama itu dipindahkan kepada Nubuwwah seterusnya iaitu Muhammad SAW (Context John 16:1-15 merujuk penerangan Nubuwwah Muhammad SAW). Sebab itu mengapa Jesus berkata,
“Dia akan memberitakan kepadamu apa yang diterimanya dari padaku.”

Melalui siapa???….melalui Muhammad SAW. Dan kedatangan Muhammad SAW menerangkan hakikat sebenar siapakah Jesus Christ pbuh (disebabkan di zaman Jesus,ada golongan menganggapnya sebagai Messiah Palsu dan ada golongan menganggapnya sebagai tuhan) dan memuliakan Jesus Christ sebagai Nabi dan Al-Masih.

Isu nubuat Muhammad SAW dalam John 16:1-15 adalah isu lain. Sebab itu mengapa saya tidak terangkan secara konteks ayat tersebut disini kerana ianya berkaitan. Saya akan terangkan Nubuat Muhammad SAW dalam John 16:1-15 di artikel yang lain.

SH berkata,
Tidak hairan melihat bahawa Yesus sendiri disembah dan tidak pernah menolak penyembahan. Tidak lama selepas Yesus lahir, sekumpulan gembala “…sujud menyembah Anak itu…” (Matius 2:11). Sewaktu Yesus melayan, pengikut-Nya “…sujud menyembah Yesus…” (Matius 14:33). Selepas Yesus menyembuh seorang buta, orang tersebut sujud di hadapan-Nya (Yohanes 9:38). Selepas kebangkitan Yesus, murid-murid-Nya “…menyembah Dia…” (Matius 28:17).

MAB simple response :
Berkenaan Jesus Christ pbuh menerima “sembahan” dalam Matthew 2:11 and Matthew 8:2 / Matthew 9:18 / Matthew 14:33 / Matthew 15:25 dan Matthew 28:9 serta John 9:35-38,dalam semua ayat tersebut,disitu memakai perkataan “Sagad” (kata dari Aramaic Syriac yang synonym dengan “προσκυνῆσαι” dari istilah Koine Greek) yang merujuk “penghormatan secara bersujud” dan perkataan “Sagad” serta amalan ini juga dipakai dalam I Samuel 25:23 sewaktu Abigail berlutut sembah di hadapan Daud. Apakah Daud adalah tuhan??

Jadi harus tahu bahawa itu adalah budaya bangsa Israelites yang biasa melakukan tindakan penghormatan secara bersujud untuk memuliakan seseorang.

TAMBAHAN
SH telah mengepilkan satu video yang sama seperti dalam artikelnya yang bertajuk ““Adakah Jesus Tuhan?” dan video dalam artikelnya itu telah saya jawab disini :
– https://muslim-apologetic-borneo.com/rebuttal-to-sabda-harian-adakah-jesus-tuhan/

Jadi jelas Jesus Christ BUKAN Tuhan tetapi Utusan Tuhan!

SH berkata,
Bandingkan dengan peristiwa yang lain dalam Alkitab, apabila Wahyu 22:9 menunjukkan waktu Yohanes hendak menyembah malaikat, malaikat tersebut berkata, “Janganlah sembah aku…Sembahlah Allah!” Di dalam Kisah Para Rasul 14, orang ramai hendak mempersembahkan korban kepada Paulus dan Barnabas kerana mengingati bahawa mereka berdua adalah dewa. Paulus dan Barnabas berseru, “Mengapa kamu melakukan hal ini? Kami pun manusia seperti kamu semua!”

MAB response :
01 – Malaikat tidak terikat dengan adat Israelites yang biasa menyujud penghormatan kepada orang yang mereka muliakan. Maka sebab itu malaikat tidak inginkan sedemikian rupa kerana malaikat tidak mencampuri budaya suatu bangsa manusia (Revelation 22:8-9).

02 – Paul dan Barnabas menolaknya kerana mereka berikan penghormatan secara bersujud (Sagad) disertakan dengan korban bakaran berdasarkan sangkaan mereka bahawa Paul dan Barnabas adalah Dewa Zeus (Barnabas) dan Dewa Hermes (Paul) dalam Acts 14:11-15. Jadi tidak hairan mengapa mereka berdua (Barnabas dan Paul) menolak penghormatan mereka disebabkan ada unsur syirik.

Saya berikan penerangan dari Bible scholar (George M.Lamsa) :
George M. Lamsa explained,
“The Aramaic word sagad, worship, also means to bend or to kneel down. Easterners in greeting each other generally bowed the head or bent down. …‘He worshipped him’ does not imply that he worshipped Jesus as one worshipped God. Such an act would have been regarded as sacrilegious and a breach of the First Commandment in the eyes of the Jews, and the man might have been stoned. But he knelt before him in token of homage and gratitude.”
[Gospel Light (1936) page 353 and Quoted in Jesus, page 21 and page 52]

Jadi ini tidak membuktikan bahawa Jesus Christ pbuh adalah tuhan hanya semata dia menerima penghormatan dari pengikutnya. Jika ini dianggap tuhan,maka Daud juga harus anda anggap sebagai tuhan kerana Daud juga menerima penghormatan secara bersujud dari Abigail. Setuju?

SH berkata,
Yesus tidak pernah menolak penyembahan daripada manusia kerana Dia adalah Tuhan dan Allah. Dia mendakwa Diri sebagai yang awal dan yang penghujung, pengampun dosa, hakim yang terakhir, kebenaran, kebangkitan dan hidup. Dia juga menyatakan bahawa Dia mempunyai kemuliaan bersama-sama Allah sebelum dunia wujud, bahawa Dia adalah Tuhan hari Sabat, Dia adalah Tuhan Raja Daud, bahawa Dia lebih penting daripada Bait Allah, bahawa Dia telah bertemu dengan Abraham, Dia Maha Wujud, Dia mampu menjawab doa, Dia mempunyai hubungan yang unik dengan Allah Bapa, Dia memiliki semua kuasa di bumi dan di syurga, Dia akan menyertai pengikut-Nya untuk selama-lamanya, dan Dia menuntut supaya dihormati dan disembah seperti Allah.

MAB simple response :
Semua hujah anda tersebut telah saya runtuhkan secara mutlak. Ini menunjukkan bahawa anda tidak memahami kitab anda sendiri dan hanya mengutip beberapa ayat dengan pemahaman cetek tanpa memahami secara kaedah hermenutical Biblical.

SH berkata,
Nabi-nabi yang lain masih berada di dalam kubur masing-masing dengan mayat yang telah lama mereput. Mereka tidak Maha Wujud, mereka tidak mempunyai sebarang kuasa membangkitkan orang mati ataupun diri sendiri, mereka tidak boleh mendengar dan mengabulkan doa, mereka tidak mampu mengampuni dosa, mereka tidak mampu bersama-sama pengikut merentas masa, dan mereka tidak mampu menyatakan bahawa mereka adalah Jalan, Kebenaran dan Hidup. Ini kerana mereka hanya sekadar manusia fana yang berdosa!

MAB response :
01 – Enoch pbuh (Idris Alaihissalam) juga sehingga kini belum mati bahkan di angkat ke syurga (Genesis 5:23-24) dan Elia pbuh (Ilyas Alaihissalam) juga sehinga kini belum mati yang mana dia juga di angkat ke syugra (2 Kings 2:9-11). Jadi,apakah Enoch pbuh dan Elia pbuh adalah tuhan kerana mereka telah merentas masa sehingga kini yang belum wafat???

02 – Ada sembilan (09) orang yang mampu menghidupkan orang mati yang mana lima (05) orang diceritakan dalam Bible mampu menghidupkan orang mati :
– Elia (Ilyas)
– Elijah (Ilyasa)
– Yehezkiel (Zulkifli)
– Petrus Ketua Hawariyyin Jesus
– Jesus Christ (Eesa Al-Masih)

manakala tiga (03) orang dalam Quran
– Ibrahim (Avraham)
– Musa (Moses)
– Pemuda tidak dikenali

serta Muhammad SAW menghidupkan orang mati dalam Hadith Ahad (Al-Bayhaqi No.13/32).

Jadi jelas ini tidak membuktikan Jesus Christ pbuh ialah tuhan.

03 – Solomon pbuh (Proverb 8:23-27),Jeremiah pbuh (Jeremiah 1:4-5),Muhammad SAW (Hadith Sahih Bukhari dan Muslim) dan Ayub pbuh (Job 38:4-21) juga mengatakan bahawa mereka telah wujud awal,apakah mereka adalah tuhan???

04 – Sejak bila Jesus Christ pbuh mengabulkan doa manusia?? Jesus Christ sendiri katakan bahawa hanya Bapa yang mengabulkan doa manusia (Matthew 18:19). Bahkan Muhammad SAW kelihatan lebih hebat dari Jesus Christ kerana Allah mengabulkan doa para sahabahnya melalui Wasilah Muhammad (Hadith Sahih Bukhari No.932 / Bukhari No.933 / Bukhari No.1010 dan Bukhari No.1013 / Abu Dawud No.523 / Abu Dawud No.1174 / At-Tirmidzi No. 3614 serta An-Nasa’i No.2/25).

05 – Muhammad SAW,Solomon dan Joshua juga dikatakan pembawa jalan kebenaran,apakah mereka adalah tuhan??

Jelas dengan penerangan semua ini menunjukkan bahawa Jesus Christ pbuh BUKAN Tuhan tetapi adalah Utusan Tuhan (Nabi).

SH berkata,
Jadi, di manakah Alkitab menyatakan bahawa Yesus berkata, “Aku adalah Tuhan, sembahlah aku”?

MAB simple response :
Saya yang patut mengatakan soalan tersebut kerana soalan itulah yang sehingga kini bahkan sehingga Kiamat pun,TIDAK ADA seorang dari Kristian mampu menjawabnya dan membuktikan Jesus adalah Tuhan dalam Bible.

Saya berikan tempoh sehingga Kiamat kepada anda dan seluruh Kristian untuk buktikan apakah ada kenyataan dalil dari semua versi Bible Jesus ada mengatakan “Akulah Tuhan” dan “Sembahlah aku”.

SH berkata,
Yesus telah membuktikan Diri sebagai Tuhan dan Allah melalui kata-kata, perbuatan, kematian, kebangkitan, dan kehidupan-Nya. Kubur-Nya masih kosong kerana Dia sekarang bertakhta bersama-sama Allah Bapa dan Roh Kudus di syurga. Segala puji dan sembah kepada Yesus Kristus, Tuhan dan Allah kita!

MAB response :
Sebenarnya semua keterangan di atas telah saya hujahkan dalam artikel saya disini secara terperinci : (related article)
– https://muslim-apologetic-borneo.com/eesa-al-masih-alaihissalam-ibni-maryam-bukan-tuhan-dalam-bible/

Dari keterangan saya semua di atas menjawab semua hujah anda,jelas menunjukkan bahawa semua naqli dalam Bible melibatkan Jesus adalah membuktikan bahawa Jesus Christ pbuh adalah Utusan Tuhan (Nabi). Semua yang anda terangkan dan buktikan telah saya runtuhkan dengan hujah ilmiah secara mutlak. Jelas menunjukkan bahawa TIDAK ADA kenyataan jelas mahupun metaphor ada membuktikan bahawa Jesus Christ pbuh adalah Tuhan.

Saya berikan Sepuluh (10) ayat Bible ini sebagai PENUTUP dan SOKONGAN bukti Jesus Christ adalah Nabi BUKAN Tuhan :

“…SEORANG NABI BESAR telah muncul di tengah-tengah kita…”
[Luke 7:16]

“Apa yang terjadi dengan Yesus orang Nazaret. Dia adalah SEORANG NABI, yang berkuasa dalam pekerjaan dan perkataan di hadapan Allah dan di depan seluruh bangsa kami.”
[Luke 24:19]

“Ketika orang-orang itu melihat mujizat yang telah diadakan-Nya, mereka berkata: “Dia ini adalah BENAR-BENAR NABI yang akan datang ke dalam dunia.”
[John 6:14]

Dan orang banyak itu menyahut: “INILAH NABI Yesus dari Nazaret di Galilea.”
[Matthew 21:11]

“Dan mereka berusaha untuk menangkap Dia, tetapi mereka takut kepada orang banyak, kerana orang banyak itu menganggap Dia NABI.”
[Matthew 21:46]

Lalu mereka kecewa dan menolak Dia. Maka Yesus berkata kepada mereka: “SEORANG NABI dihormati di mana-mana, kecuali di tempat asalnya sendiri dan di rumahnya.”
[Matthew 13:57]

Beberapa orang di antara orang banyak, yang mendengarkan perkataan-perkataan itu, berkata: “Dia ini BENAR-BENAR NABI yang akan datang.”
[John 7:40]

“Allah Abraham, Ishak dan Yakub, Allah nenek moyang kita telah memuliakan HAMBA-Nya, yaitu Yesus….”
[Acts 3:13]

“Dan bagi kamulah pertama-tama Allah membangkitkan HAMBA-Nya dan mengutus-Nya kepada kamu, supaya Ia memberkati kamu dengan memimpin kamu masing-masing kembali dari segala kejahatanmu.”
[Acts 3:26]

“Sebab sesungguhnya telah berkumpul di dalam kota ini Herodes dan Pontius Pilatus beserta bangsa-bangsa dan suku-suku bangsa Israel melawan Yesus, HAMBA-Mu yang kudus, yang Engkau urapi.”
[Acts 4:27]

KESIMPULAN
Jesus Christ pbuh BUKAN Tuhan tetapi baginda adalah UTUSAN TUHAN!

pesan Jesus Christ pbuh kepada anda :
“Jikalau kamu tetap dalam sabdaku,kamu benar-benar adalah muridku.dan kamu akan mengetahui kebenaran, dan kebenaran itu akan memerdekakan kamu.”
[John 8:31-32]
– memerdekakan anda dari kekufuran…

pesan Rasullullah Muhammad SAW kepada anda :
“Terimalah kebenaran itu walau ianya pahit..”
[Hadith Sahih Bukhari dan Tirmizi]

“Dan katakanlah: yang benar telah datang dan yang batil pasti akan lenyap, sungguh yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap”.
[Al-Israa’ 17:81]

Tiada Tuhan selain Allah,Jesus dan Muhammad adalah Utusan Allah serta Jibrail Sayyid Malak Al-Qhuwwaan adlaah Ruhul Quddus.

By