Reading Time: 11 minutes

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Pada 06hb February 2012,staff IsadanIslam telah membuat satu artiel yang bertajuk “Al-Quran Mendukung Alkitab Sepenuhnya”. Artikel tersebut boleh lihat disini :
– https://www.isadanalquran.com/al-maidah-546/al-quran-mendukung-alkitab-sepenuhnya/comment-page-1/

Di sini kita akan runtuhkan segala hujahnya dalam artikel tersebut.

IsadanIslam berkata,
Jumlah buku yang disebut “Buku Suci” yang beredar di dunia luar biasa. Orang Baha’i mempunyai Kitab-i-iqan, orang Buddha antara lain Theravada, Kong-Hutju, The Thirteen Classics, orang Druze Rasa’il al-Hikmah, orang Hindu bermacam-macam Veda, Jainism Jain Agamas dan lain-lain. Bila dihitung ada ratusan buku yang disebut “Buku Suci”.

Saat ini saya berusia tujuh puluh tahun. Ketika masih muda dan baru menerima keselamatan pribadi dari dosa, saya berpikir, “Apakah Kitab Suci Kristen satu-satunya kitab yang diberikan Allah pada manusia?” Bagaimana dengan kitab dari agama lain? Apakah juga merupakan kitab suci dari Allah?

MAB response :
Tuhan Yang Maha Esa – Allah Azza’Wa’Jalla telah mengutuskan utusan kepada setiap bangsa manusia dari zaman berzaman (Yunus 10:47,Al-Fatir 35:24,An-Nahl 16:36 dan An-Nisa 4:164) yang mana setiap mereka membawa kitab atau suhuf masing-masing dari wahyu yang Allah berikan (Al-Baqarah 2:213,Al-Baqarah 2:151,An-Nisa 4:163,Al-An’am 6:48-49 dan Al-Anbiya 21:2).

Namun semua kitab yang diturunkan kepada setiap Nabi terdahulu telah mengalami melangkau rintasan garis mata yang telah ditetapkan (Genea). Maka sebab itu BOLEH JADI semua kitab yang anda sebutkan di atas adalah BERASAL dari kitab para Nabi terdahulu yang diwahyukan oleh Allah kepada setiap kaum SEBELUM di ubah oleh tangan-tangan ghaib.

Dalam konsep ‘Genea’ Nubuwwah,apabila si pembawa kitab (Nabi atau Rasul) telah menyampaikan ajaran-ajaran tuhan dalam kitab yang dibawa oleh mereka kepada umat mereka,kitab tersebut hanya terjaga atau laku (valid) sehingga datangnya Nubuwwah yang baru di utuskan oleh Allah untuk menggenapi syariat Nabi terdahulu.

Seperti contoh,Torah diturunkan kepada Musa pbuh kepada bangsa Israel. Segala ajaran syariat Musa dalam Torah kepada bangsa Israel diteruskan amalan sehinggalah datang Utusan Tuhan seterusnya yang membawa syariat baru. Syariat Torah Musa pbuh digenapi oleh syariat Injeel Eesa Al-Masih pbuh. Dan ini dinyatakan sendiri oleh Jesus Christ pbuh sendiri (Eesa Al-Masih pbuh) dalam Matthew 5:17-20. Maknanya,dapat diketahui disini bahawa garis masa syariat Torah hanya sehingga Nabi Yahya pbuh (John The Baptist pbuh) sahaja seperti diterangkan dalam Luke 16:16.

Dan apabila nubuwwah Jesus telah berlalu dan umat baik dari gentiles dan Israel sendiri mengalami zaman Fatrah selama 600 tahun. Syariat Injeel tersebut juga memiliki garis masa tertentu iaitu apabila datangnya Muhammad SAW membawa syariat Quran,maka syariat Injeel telah digenapi oleh syariat Muhammad SAW selaku Penutup Segala Anbiya’Wa’Rasul. Jadi,tidak hairan mengapa kitab terdahulu mengalami kerosakan kerana Allah tidak menjamin kitabullah terdahulu terjaga kekal sehingga kiamat dari segi Al-Maktb Bayn’ul Mashaif / Al-Maqr Bi’ul Lisan dan Al-Mafzh Fi Ash-Shudr. Dan sebab itu mengapa Quran dijaga sehingga kini tanpa kerosakan oleh Allah (Al-Hijr 15:9) kerana Quran adalah kitabullah yang terakhir.

IsadanIslam berkata,
Penterjemahan, Pencetakan, dan Pengedaran Alkitab Di Dunia
Setelah sekian lama mempelajari kitab-kitab agama lain, akhirnya saya yakin bahwa hanya Alkitab yang diwahyukan Sang Pencipta.

Alkitab merupakan buku terpopuler dalam sejarah dunia. Hingga saat ini, Alkitab atau bagian-bagian dari Alkitab telah diterjemahkan ke dalam 2,287 bahasa.

Menurut informasi di internet, hingga saat ini 7,500,000,000 Alkitab sudah dicetak dan diedarkan di seluruh dunia. Tiap tahun 100 juta Alkitab baru dicetak dan diedarkan.

MAB response :
01 – Sila terangkan bagaimana kaedah pembelajaran dan pengkajian anda terhadap perbandingan kitabullah sehingga anda boleh menyakini Bible merupakan wahyu dari Tuhan sedangkan dalamnya mengalami 50 000 kesalahan termasuk 1043 percanggahan sesama ayat???

02 – Ya! benar,Bible memegang rekod No.1 kitab suci paling popular di dunia dan buku paling banyak diterjemahkan dalam bahasa lain sebanyak 2287 bahasa tetapi tahukah anda bahawa Bible adalah kitab suci yang paling merbahaya di dunia?. George Bernard Shaw berkata,
“The Bible is the MOST DANGEROUS book on earth, keep it under lock and key. Keep the Bible out of your children’s reach.”
[The Seed of Our Ancestors page 102]
– Bukan sahaja Bible mengalami kerosakan dan percanggahan,tetapi Bible juga merekodkan ayat-ayat lucah yang tidak sesuai sebagai dasar “Kitab Suci”. Apakah kitab ini yang anda kata benar-benar wahyu dari Allah???

03 – Setiap tahun,Bible mengalami beberapa pembaharuan terjemahan yang mana setiap terjemahan saling bercanggah sesama sendiri. Sebagai contoh,dalam terjemahan LAI sahaja telah mengalami percanggahan terjemahan baru (1974) dengan terjemahan BIS (1985) :

“Hai kamu pemimpin-pemimpin buta,NYAMUK kamu tapiskan dari dalam minumanmu tetapi unta yang di dalamnya kamu telan.”
[LAI TB 1974 – Matthew 23:24]

“Kalian pemimpin-pemimpin yang buta! LALAT dalam minumanmu kalian saring, padahal unta kalian telan!”
[LAI BIS 1985 – Matthew 23:24]

Terjemahan Baru LAI menerjemah “Nyamuk” tetapi dalam Terjemahan BIS LAI menerjemahkan “Lalat”. Mana satu yang benar???

Bahkan bukan sahaja terjemahan-terjemahan di dalam LAI Bible bercanggah sesama terjemahan sendiri,tetapi juga bercanggah dengan terjemahan english dalam KJV,mari kita lihat :

“Kamu menyelidiki Kitab-kitab Suci, sebab kamu menyangka bahwa OLEH-NYA kamu mempunyai hidup yang kekal, tetapi walaupun Kitab-kitab Suci itu memberi kesaksian tentang Aku.”
[LAI TB 1974 – John 5:39]

“Kamu menyelidiki isi Alkitab, karena pada sangkamu di DALAMNYA itu kamu beroleh hidup yang kekal; maka kitab itu juga menyaksikan dari hal-Ku.”
[LAI TL 1954 – John 5:39]

“Search the scriptures; for IN THEM ye think ye have eternal life: and they are they which testify of me.”
[KJV 1611 – John 5:39]

Perkataan ‘Gaphas’ dalam Koine Greek merujuk BY HIM (Oleh-Nya) atau IN THEM (dalamnya)??? Jika Terjemahan Baru adalah salah,maka LAI tidak seharusnya menaiktaraf terjemahan setiap tahun. Jika Terjemahan Lama adalah adalah salah,bermakna terjemahan KJV juga salah dan ini sekaligus membuktikan bahawa penerjemah Bible Sedunia tidak konsisten dan ayat asli Bible diragui kebenaran penukilannya dari penulis asal.

04 – Seperti contoh lain iaitu dalam John 14:26 yang mana Bible moden ada menyebut “Holy Spirit” dan kononnya dalam Codex-codex lain yang terdapat dalam 24 000 manuskrip ada menyebut “άγιος πνεύμα” (Holy Spirit). Tetapi malangnya dalam Codex Vaticanus dan Syriacus mendapat bahawa dalam John 14:26 hanya menyebut “το πνεύμα” (the spirit). Saya berikan bukti lebih terperinci mengenai hal tersebut disini :
– http://khazarzar.skeptik.net/biblia/syriac_s/index.htm
– https://www.ccel.org/ccel/schaff/npnf107.pdf
– http://muslimprophets.com/article.php?aid=149&t=Codex+Sinaiticus+%26+Vaticanus+-+Corruption+in+the+KJV+Bible+verses
– https://www.linguistsoftware.com/Payne2000NovT-Vaticanus_umlauts_1Cor14_34-35.pdf

Kuantiti percetakan yang berleluasa tidak menjamin kualiti kebenaran suatu kitab suci.

IsadanIslam berkata,
Al-Quran Mendukung Alkitab

Mungkin saudara bertanya, “Apakah Alkitab betul-betul wahyu Allah?” Jelas umat Kristen akan menjawab “Ya!”. Hebatnya, Al-Quran yang dimiliki oleh 1.5 milyar orang Muslim di dunia, juga mendukung Alkitab sebagai wahyu Allah.

Qs 5:46 mendukung keyakinan saya, karena telah membenarkan kitab-kitab terdahulu, yaitu Taurat dan Injil. “Kami [Allah] . . . membenarkan kitab yang sebelumnya, yaitu: Taurat. Dan Kami [Allah] telah memberikan … Kitab Injil sedang di dalamnya (ada) petunjuk dan cahaya (yang menerangi) . . . .” (Qs 5:45).

MAB response :
01 – Pembetulan untuk anda,jumlah umat Islam adalah seramai 1.8 Billion (sehingga 2017) BUKAN 1.5 Billion. sila rujuk disini :
– https://en.wikipedia.org/wiki/Muslim_world
– https://www.pewresearch.org/fact-tank/2017/01/31/worlds-muslim-population-more-widespread-than-you-might-think/
– https://www.learnreligions.com/worlds-muslim-population-2004480

Tapi tidak mengapa….Anggap sahaja catatan anda itu adalah jujur dan benar. Anda membuat artikel ini pada 2012 dan sekiranya rekod 1.5 Billion umat Islam adalah benar mengikut tahun ketika itu (2012)….Ini bermakna selama 5 tahun dari 2017,populasi umat Islam meningkat dengan pesat yang mana dalam masa 5 tahun sahaja,300 juta manusia telah memeluk Islam (Alhamdulillah!).

02 – Kami mendukung kebenaran kitab-kitab terdahulu seperti Torah Musa,Zabur Daud dan Injeel Eesa kerana tiga (03) kitab tersebut datang dari Allah tetapi BUKAN Torah “according to Masoretic”,Torah “according to Samaritan”,Gospel “according to Mark”,Gospel “according to Matthew”,Gospel “according to Luke” dan Gospel “according to John”. Apatah lagi Bible anda kini yang memiliki 50 000 kesalahan termasuk 1043 percanggahan sesama ayat. Bahkan Bible moden anda ini tidak sama seperti Hebrew Bible (TNKH @ Mikra @ Septuagint).

Christian Old Testament yang memiliki 39 kitab (Protestant) / 46 kitab (Katolik) sahaja tidak sama seperti Hebrew Bible yang hanya memiliki 24 kitab. Selebihnya di anggap Non-Canonical oleh Judah Israel tetapi pada masa yang sama di anggap Canonical oleh Kristian. Mana satu yang benar membawa petunjuk dan hidayah??

Bukan itu sahaja,tetapi Bible anda kini juga berbeza setiap denominasi Kekristianian :
– 61 Kitab (Syrian Bible)
– 66 Kitab (Protestant Bible)
– 73 Kitab (Roman Catholic Bible)
– 75 Kitab (Orthodox Coptic Bible)
– 76 Kitab (Charismatic Bible)
– 78 Kitab (Greek Orthodox Bible)
– 81 Kitab (Ethiopic Bible)
– 86 Kitab (Eastern Orthodox Bible)

Dari semua di atas ini,mana satu Bible yang membawa petunjuk hidayah dan cahaya seperti yang disahihkan oleh Quran dan mana satu Bible yang diwahyukan oleh Allah??

03 – Pengarang IsadanIslam memotong ayat Quran tersebut. Mari kita baca konteks ayat Quran itu :
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi dengan Kitab itu nabi-nabi yang menyerah diri kepada Allah menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi dan dengannya juga ulama mereka dan pendita-penditanya menjalankan hukum Allah, sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu. Dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepada-Ku dan janganlah kamu menjual ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah,maka mereka itulah orang-orang kafir. Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas seimbang. Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. Dan Kami utuskan Eesa Ibni Maryam mengikuti jejak langkah mereka (Nabi-nabi Bani Israil) untuk membenarkan Kitab Taurat yang diturunkan sebelumnya dan Kami telah berikan kepadanya Kitab Injil yang mengandungi petunjuk hidayah dan cahaya yang menerangi sambil mengesahkan benarnya apa yang telah ada di hadapannya dari Kitab Taurat, serta menjadi petunjuk dan nasihat pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.
[Al-Maaidah 5:44-46]

Dari konteks ayat ini,jelas memberitahu bahawa Torah diturunkan kepada Musa pbuh menjadi petunjuk dan cahaya yang menerangi untuk umat Musa pbuh ketika itu dan Injeel diturunkan kepada Jesus Christ pbuh menjadi petunjuk hidayah dan cahaya kepada umat Jesus Christ pbuh ketika itu. Ajaran yang benar tidak akan menghalalkan cara. Kebenaran tidak datang melalui pendustaan, IsadanIslam harus jujur dalam berdakwah.

IsadanIslam berkata,
Alkitab, Wahyu Allah
Hal senada terdapat dalam Injil, “. . . tidak pernah nubuat dihasilkan oleh kehendak manusia, tetapi oleh dorongan Roh Kudus orang-orang berbicara atas nama Allah” (Injil, Rasul Besar Petrus, II Petrus 1:21).

MAB response :
Dikatakan bahawa nubuat-nubuat tidak dihasilkan oleh kehendak manusia tetapi dari dorongan Ruh Kudus….ok bagus….Disini saya berikan dua permasalahan :

01.Dalam Luke 24:46 menyatakan seperti berikut :
“Ada tertulis demikian: Mesias harus menderita dan bangkit dari antara orang mati pada hari yang ketiga.”
[Luke 24:46]

Soalan saya,dimana dalam mana-mana kitab Perjanjian Lama ada menubuat dengan menulis “Mesias harus menderita dan bangkit dari antara orang mati pada hari yang ketiga.”?????

Apakah disitu hasil dorongan dari Ruh Kudus BUKAN rekaan ayat dari kehendak nafsu manusia???

02.Mari kita baca,
“Tetapi engkau, hai Betlehem Efrata, hai yang terkecil di antara kaum-kaum Yehuda, dari padamu akan bangkit bagi-Ku seorang yang akan memerintah Israel, yang permulaannya sudah sejak purbakala, sejak dahulu kala.”
[Micah 5:2]

bandingkan dengan ayat di bawah :
“Mereka berkata kepadanya: “Di Betlehem di tanah Yudea, karena demikianlah ada tertulis dalam kitab nabi: Dan engkau Betlehem, tanah Yehuda, engkau sekali-kali bukanlah yang terkecil di antara mereka yang memerintah Yehuda kereana dari padamulah akan bangkit seorang pemimpin yang akan menggembalakan umat-Ku Israel.”
[Matthew 2:5-6]

Matthew 2:5-6 menyatakan maksud nubuat dari kitab Micah 5:2. Silakan lihat perbezaan dan percanggahan ayat antara Micah 5:2 dengan Matthew 2:6 di atas….Micah 5:2 menyebut,
“hai yang TERKECIL di antara kaum-kaum Yehuda”

manakala Matthew 2:6 menyebut,
“engkau sekali-kali BUKANLAH YANG TERKECIL di antara mereka yang memerintah Yehuda.”

Apakah disitu hasil dorongan dari Ruh Kudus BUKAN rekaan ayat dari kehendak nafsu manusia???

IsadanIslam berkata,
Isi dan Makna Injil Sungguh Pantas Dipelajari
Melihat penjelasan di atas bahwa Al-Quran mendukung Alkitab, maka sudah selayaknya baik orang Islam maupun Kristen perlu memperhatikan Taurat dan Injil.

MAB response :
Sememangnya kami memperhatikan dan mengambil pengkajian dalam Torah dan Injeel tetapi Quran jelas mengatakan bahawa Torah Musa pbuh dan Injeel Yeshua pbuh (Jesus Christ pbuh) telah mengalami kerosakan oleh tangan-tangan manusia :

“Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang menulis Al-Kitab dengan tangan mereka sendiri lalu dikatakannya: “Ini dari Allah” untuk memperoleh keuntungan sedikit dengan perbuatan itu. Maka kecelakaan besarlah bagi mereka akibat dari apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri dan kecelakaan besarlah bagi mereka akibat apa yang mereka kerjakan”
[Al-Baqarah 2:79]

“Tetapi karena mereka melanggar janjinya,Kami kutuki mereka dan Kami jadikan hati mereka keras membatu. Mereka suka merubah perkataan dari tempat-tempatnya dan mereka sengaja melupakan sebahagian dari apa yang mereka telah diperingatkan dengannya dan kamu sentiasa akan melihat kekhianatan mereka kecuali sedikit yang tidak berkhianat, maka maafkanlah mereka dan biarkanlah mereka. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik”
[Al-Maidah 5:13]

“Apakah kamu masih mengharapkan mereka akan percaya kepadamu padahal segolongan dari mereka mendengar firman Allah lalu mereka mengubahnya setelah mereka memahaminya sedang mereka mengetahui.”
[Al-Baqarah 2:75]

“orang-orang Yahudi,mereka mengubah perkataan dari tempat-tempatnya. Mereka berkata: “Kami mendengar tetapi kami tidak mahu menurutinya.” Dan mereka mengatakan pula: “Dengarlah”, sedang kamu sebenarnya tidak mendengar apa-apa.” Dan mereka mengatakan lagi : “Ra’ina” dengan memutar-mutar lidahnya dan mencela agama.Sekiranya mereka mengatakan: “Kami mendengar dan menurut, dan dengarlah dan perhatikanlah kami”, tentulah itu lebih baik bagi mereka dan lebih tepat akan tetapi Allah mengutuk mereka karena kekafiran mereka. Mereka tidak beriman kecuali iman yang sangat tipis”
[An-Nisa 4:46]

“Wahai Rasul, janganlah hendaknya kamu disedihkan oleh orang-orang yang bersegera kekufurannya iaitu di antara orang-orang yang mengatakan dengan mulut mereka: “Kami telah beriman”,padahal hati mereka belum beriman dan juga di antara orang-orang Yahudi itu amat suka mendengarkan berita bohong dan amat suka mendengarkan perkataan orang lain yang belum pernah datang kepadamu. Mereka mengubah perkataan-perkataan (Taurat) dari tempat-tempatnya. Mereka mengatakan: “Jika diberikan ini kepadamu, maka terimalah dan jika kamu diberi yang bukan ini maka hati-hatilah.”
[Al-Maidah 5:41]

bahkan dalam Bible anda juga menyatakan hal yang sama :
“Ambillah kitab Taurat ini dan letakkanlah di samping tabut perjanjian TUHAN, Allahmu, supaya menjadi saksi di situ terhadap engkau.Sebab aku mengenal kedegilan dan tegar tengkukmu. Sedangkan sekarang, selagi aku hidup bersama-sama dengan kamu, kamu sudah menunjukkan kedegilanmu terhadap TUHAN, terlebih lagi nanti sesudah aku mati.Suruhlah berkumpul kepadaku segala tua-tua sukumu dan para pengatur pasukanmu, maka aku akan mengatakan hal yang berikut kepada mereka dan memanggil langit dan bumi menjadi saksi terhadap mereka.Sebab aku tahu, bahwa sesudah aku mati, kamu akan berlaku sangat busuk dan akan menyimpang dari jalan yang telah kuperintahkan kepadamu. Sebab itu di kemudian hari malapetaka akan menimpa kamu, apabila kamu berbuat yang jahat di mata TUHAN dan menimbulkan sakit hati-Nya dengan perbuatan tanganmu.”
[Deuteronomy 31:26-29]

“Bagaimanakah kamu berani berkata: Kami bijaksana dan kami mempunyai Taurat TUHAN? Sesungguhnya, pena palsu penyurat sudah membuatnya menjadi bohong.”
[Jeremiah 8:8]

“Waktu untuk bertindak telah tiba bagi TUHAN, mereka telah merombak Taurat-Mu.”
[Psalm 119:126]

IsadanIslam berkata,
Apakah inti Injil yang perlu kita percayai? “. . . Kristus [Isa Al-Masih] telah mati karena dosa-dosa kita . . . telah dikuburkan . . . telah dibangkitkan” (Injil, Rasul Besar Paulus di I Korintus 15:3-4)

MAB response :
01 – Sila berikan SATU DALIL dari semua versi Bible melalui lisan Jesus Christ pbuh sendiri ada mengatakan bahawa “aku datang untuk menebus dosa manusia”.
Matthew 20:28??..Matthew 26:28??…Mark 10:45???…Mark 14:24???…John 1:29???…1 John 2:2???…Luke 24:47???…Silakan…

02 – ayat 1 Corinthians 15:3-4 yang anda berikan diatas bertentangan dengan surat Paul yang lain iaitu dalam Hebrew 5:6-8 yang mana menerangkan bahawa Bapa mendengar doa Jesus dan menyelamatkan Jesus dari kematian. Mari kita baca ayat tersebut :

“Sebagaimana firman-Nya dalam suatu nas lain: “Engkau adalah Imam untuk selama-lamanya, menurut peraturan Melkisedek.”Dalam hidup-Nya sebagai manusia, Ia telah mempersembahkan doa dan permohonan dengan ratap tangis dan keluhan kepada Dia yang sanggup menyelamatkan-Nya dari maut, dan karena kesalehan-Nya Ia telah didengarkan.Dan sekalipun Ia adalah Anak, Ia telah belajar menjadi taat dari apa yang telah diderita-Nya.”
[Hebrew 5:6-8]

Jika anda katakan bahawa ayat tersebut dimaksudkan dengan kehidupan kembali dari kematian setelah penyaliban,sepatutnya ayat tersebut harus mengatakan “Dia telah mengalahkan kerajaan Maut..”. Dan juga jika ayat tersebut dimaksudkan kehidupan kembali dari kematian,maka akan timbul beberapa kemusykilan persoalan :
– Siapakah yang menghidupkan Jesus,Bapa atau dirinya sendiri??
– Jika dirinya sendiri yang menghidupkan dirinya sendiri,mengapa Hebrew 5:7 mengatakan Bapa yang sanggup menyelamatkan dirinya???
– Jika Bapa yang menghidupkan dirinya sendiri,maka bagaimana Jesus yang dianggap tuhan boleh dihidupkan oleh suatu kuasa yang lain sedangkan Jesus dianggap 100% ilahiyyah beserta 100% manusiawi??

Bahkan,dalam surat Hebrew 9:26 yang Paul sendiri mengatakan bahawa di akhir zaman Jesus Christ pbuh datang untuk menebus dosa melalui korbannya (penyaliban). Mari kita baca :
“Sebab jika demikian Ia harus berulang-ulang menderita sejak dunia ini dijadikan. Tetapi sekarang Ia hanya satu kali saja menyatakan diri-Nya pada akhir zaman untuk menghapuskan dosa oleh korban-Nya.”
[Hebrew 9:26]

Timbul beberapa kemusykilan :
– Bagaimana Paul boleh menyatakan Jesus datang sebagai korban untuk menebus dosa di akhir zaman sedangkan Jesus telah pun disalib???
– Apakah Paul tidak tahu (ketika itu) bahawa 2019 tahun akan datang zaman masih beredar sedangkan dia (Paul) dibimbing dan mendapat ilham dari Ruh Kudus menurut Kristian??

Jelas ayat-ayat dari surat Paul bercanggah sesama sendiri sekaligus membuktikan Jesus tidak disalibkan dan membuktikan Bible ditokok tambah oleh tangan-tangan manusia.

RUMUSAN :
– Torah Musa dan Injeel Yeshua telah dirosakkan oleh tangan-tangan ghaib manusia.
– Quran sebagai batu pengukur membenarkan kitab terdahulu mana ayat yang masih asli dan mana yang telah rosak akibat di ubah oleh tangan-tangan manusia (Al-Maidah 5:47).
– Bible moden kini mengalami kesalahan dalam setiap sesama terjemahan.
– Bible moden kini sentiasa mengalami perubahan terjemahan semasa disebabkan ayat asli yang tidak konsisten akibat di ubah pada masa lalu.
– Bible moden kini memiliki banyak perbezaan versi dari setiap Denominasi Kekristianian.
– Quran hanya membenarkan Torah Musa dan Injeel Yeshua pada zaman nubuwwah mereka.

KESIMPULAN
Bible kini BUKANLAH Torah Musa pbuh,Zabuur Daud pbuh dan Injeel Jesus Christ pbuh yang dahulu. Majoriti ayat dalam Bible kini mengalami perubahan dan kerosakan ayat oleh tangan-tangan ghaib manusia. Quran hanya membenarkan Torah Musa,Zabuur Daud dan Injeel Jesus di era zaman nubuwwah mereka. Jadi Bible kini BUKANLAH kitab yang diwahyukan oleh tuhan.

Benarlah apa yang Quran katakan…Azza Azza Wa Jalla berfirman :
“Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang menulis Al-Kitab dengan tangan mereka sendiri kemudian mereka berkata: “Ini dari Allah” dengan TUJUAN UNTUK MEMPEROLEH KEUNTUNGAN YANG SEDIKIT dengan perbuatan itu.Maka kecelakaan bagi mereka akibat dari apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan bagi mereka akibat dari apa yang mereka kerjakan.”
[Al-Baqarah 2:79]

Islam agama yang benar…pesan Jesus Christ pbuh :
“Jikalau kamu tetap dalam sabdaku,kamu benar-benar adalah muridku.dan kamu akan mengetahui kebenaran, dan kebenaran itu akan memerdekakan kamu.”
[John 8:31-32]
– memerdekakan anda dari kekufuran…

“Itulah sebabnya aku berkata-kata dalam perumpamaan kepada mereka; kerana sekalipun melihat, mereka tidak melihat dan sekalipun mendengar, mereka tidak mendengar dan tidak mengerti.”
[Matthew 13:13]

pesan Rasullullah Muhammad SAW :
“Terimalah kebenaran itu walau ianya pahit..”
[Hadith Sahih Bukhari dan Tirmizi]

Allah Azza’Wa’Jalla berfirman :
“Mereka pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran).”
[Al-Baqarah 2:18]

“Telah datang kebenaran dan lenyaplah kebatilan.Sesungguhnya kebatilan itu sememangnya pasti lenyap.”
[Al-Isra’ 17: 81]

By