Skip to content

Response To Sabda Harian – “Doa Kristian Untuk Malaysia.”

Last updated on September 4, 2019

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Pada 15 August 2019,pengarang Sabda Harian telah membuat satu artikel yang bertajuk “Doa Kristian untuk Malaysia”. Artikel tersebut boleh rujuk disini :
– http://sabdaharian.com/doa-untuk-malaysia/

Dalam artikel anda ini,kelihatan bertujuan ke arah kebaikan dalam perpaduan keharmonian masyarakat warga Malaysian namun ada beberapa kenyataan anda yang saya dapati terdapat salah faham. Jadi saya buat artikel untuk untuk menjawab salah faham anda……semoga bermanfaat.

NO.1 – Pertama sekali,saya dapati petikan dari anda yang menyebut,
“kita yang mengikut Tuhan Yesus mungkin berasa amat kecewa dan keliru dengan seruan daripada seorang warganegara asing yang mempertikaikan kesetiaan minoriti rakyat Malaysia serta menujukan soalan supaya sesetengah warganegara Malaysia keluar daripada tanahair sendiri hanya berdasarkan bangsa mereka. ”

dan anda menyatakan lagi,
“Memang hati kita pilu dan terluka, di mana warganegara asing tersebut yang dianggap sebagai penjenayah oleh para penguasa negara sendiri, berani mengeluarkan kata-kata yang tajam walaupun dia tidak mempunyai sebarang dasar untuk melakukan demikian, apatah lagi menyebarkan fitnah.”

Response saya :
01 – “Warganegara asing” yang anda maksudkan tersebut tidak lain dan tidak bukan melainkan Dr.Zakir Naik. Berkenaan isu Dr.Zakir Naik yang khabarnya dituduh memecahbelahkan perpaduan dalam keharmonian masyarakat warga Malaysia yang berbilang kaum telah saya jawab disini :
– https://muslim-apologetic-borneo.com/benarkah-dr-zakir-naik-adalah-satu-ancaman/

Segala kes tuduhan Kerajaan India terhadap Dr.Zakir Naik yang dianggap pengganas,pemecah belah,penghina agama,penghasut dan terlibat dengan penyeludupan wang haram telah digugurkan oleh Mahkamah Tinggi India kerana semua tuduhan tersebut adalah palsu,boleh rujuk disini :
– https://www.youtube.com/watch?v=IpYO_LuYExk

Selama lebih 20 tahun Dr.Zakir Naik berceramah,TIDAK ADA SATU PUN kenyataan dari semua ceramah Dr.Zakir Naik menimbulkan penghinaan agama,mencetuskan keganasan dan menghasut memecah belahkan peraduan kaum. Kebanyakan Non-muslim TIDAK melihat keseluruhan semua video ceramah beliau tetapi hanya sekadar mendengar dari mulut orang lain yang membenci Dr.Zakir Naik dan Anti-Islam.

Seharusnya anda sebagai Masihiyyin (Kristian),patut mengkaji analisa secara keseluruhan prospek dengan menyiasat secara adil apakah benar tuduhan tersebut BUKAN hanya mendengar kata-kata dari pihak anda dan pihak yang membenci Dr.Zakir Naik. Anda harus belajar membezakan mana satu HUJAH ILMIAH dengan HUJAT MENGHINA. Jika anda mengatakan bahawa “2 +2 = 5” kemudian Dr.Zakir Naik membetulkan anda dengan mengatakan “2 + 2 = 4 BUKAN 5”,apakah maksudnya Dr.Zakir Naik telah menghina pemahaman dan kepercayaan anda??

Anda sebagai Kristian patut bersyukur kerana Tuhan datangkan seseorang untuk berdakwah kepada anda dengan tujuan menyampaikan risalah kebenaran dan memperbetulkan hal yang sebenar. Jika tidak mampu terima,sekurang-kurangnya ambil sebagai pengkajian dan analisa secara adil dan keseluruhan aspek apakah benar kenyataan Dr.Zakir Naik atau tidak.

NO.2 – Islam dan Kristian adalah agama yang beriman kepada Jesus Christ pbuh. Namun perbezaan kita ialah kami TIDAK menjadikan Jesus Christ pbuh adalah Tuhan kerana baginda (Jesus Christ) tidak pernah menyatakan dirinya adalah tuhan baik secara literal mahupun secara metaphor. Kami (muslim) lebih memahami dan lebih mengenali siapa Jesus Christ pbuh dan kami lebih mengetahui mesej sebenar yang baginda sampaikan. Jadi,terima kasih sahaja untuk doa anda yang berniat baik. Saya juga mendoakan kepada anda dan semua Kristian agar diberikan hidayah petunjuk,dilindungi segala pancaroba dunia,mendapatkan kebahagiaan rahmat Allah dan semoga hubungan baik antara kita semua dalam keadaan aman dan sejahtera.

“Jazakallahu khairan kathira,inna rahmatallahi wabarakatahu a’la mukmininna lakin athallallahu hayathaka wa akhsara malaka wawaladaka.”

NO.3 – Kamu berkata,
“Berdoalah kepada Tuhan, berseru kepada-Nya supaya Dia berbelas kasihan terhadap Malaysia yang kita sayangi, supaya Malaysia akan kekal aman damai, dan para pemimpin kita akan memerintah dengan penuh hikmah serta mengutamakan kebajikan anak Malaysia dan kesejahteraan Malaysia yang tercinta.

Response saya :
01 – Terima kasih atas doa anda untuk kebaikan bersama dan untuk kesejahteraan dalam perpaduan antara kita semua di negara ini. Saya juga mendoakan agar negara tercinta ini dirahmati oleh Allah dan dilindungi dari sebarang musibah pancaroba dunia serta mendoakan agar para pemimpin dapat memimpin rakyat secara berhikmah,adil dan bijaksana (Ameen ya rabb).

NO.4 – Apabila anda berkata,
“Janganlah takut kepada mereka yang bergantung pada kepandaian sendiri. Bukankah Allah mengalahkah orang Mesir, merendahkan Raja Nebukadnezar, memberi kemenangan kepada umat-Nya berulang kali walaupun mereka tidak mampu dengan usaha sendiri? Inilah keajaiban Allah yang kita sembah!”

Response saya :
Ayat anda itu seolah-olah kedatangan Dr.Zakir Naik adalah seperti seorang penjahat yang cuba memecah belahkan keharmonian Malaysia walhal kedatangan Dr.Zakir Naik adalah kerana atas tujuan dakwah dan berkali-kali dia menyatakan mengenai pentingnya keharmonian dalam perpaduan masyarakat yang berbilang agama dan bangsa. Pernah Dr.Zakir Naik memaksa orang lain memeluk Islam??.

Dr.Zakir Naik menyatakan sesuatu kebenaran atas pengetahuan yang Allah berikan BUKAN dari kebijaksanaan sendiri yang dibuat-buat. Apabila dia memberikan ceramah,dia menyampaikan dakwah Islam atas tujuan agar Non-Muslim tidak salah faham tentang Islam dan mengenali Islam dengan lebih dekat. Jika anda tidak mahu,anda tidak boleh paksa orang lain untuk tidak mendengar dan tidak menerima dakwah Dr.Zakir Naik. Jika anda tidak boleh terima disebabkan terus imani dengan kepercayaan anda,seharusnya anda kaji dahulu segala kenyataannya dan jika didapati salah anda boleh berhadapan dengannya untuk berdialog sampaikan kebenaran dari kepercayaan anda.

NO.5 – kamu berkata,
“Tuhan Yesus sendiri berdoa untuk mereka yang menyalibkan-Nya, “Ya Bapa, ampunilah mereka! Mereka tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka” (Lukas 23:34). Kita juga berdoa seperti Yesus. Semoga Allah berbelas kasihan terhadap anasir-anasir jahat di Malaysia yang cuba menyahstabilkan ketenteraman yang sedia ada. Jangan berputus asa, tetapi lebih tekun lagi berdoa kerana “Tuhan tidak berlambat untuk melakukan apa yang sudah dijanjikan-Nya, meskipun beberapa orang berfikir demikian. Sebaliknya, Dia sabar terhadap kamu, kerana Dia tidak ingin sesiapa pun binasa. Dia mahu semua orang bertaubat daripada dosa” (2 Petrus 3:9).”

Response saya :
Maafkan saya…anda salah dalam memahami Bible. Ayat Luke 23:34 yang anda petik di atas sebenarnya BUKAN merujuk doa Jesus kepada orang yang menyalibnya tetapi doa Jesus kepada dua orang yang disalib bersamanya kerana jika doa Jesus tersebut dituju kepada orang yang menyalibnya,maka anda timbul satu persoalan :
– Jesus datang untuk menebus dosa manusia menurut kepercayaan Kristian. Jika benar demikian,mengapa harus Jesus mendoakan keampunanan kepada orang yang menyalib baginda sedangkan Jesus sememangnya datang untuk menebus dosa di palang salib??

Jika ayat doa Jesus tersebut di tuju kepada dua orang yang terlibat dalam penyaliban,maka itu menunjukkan bahawa Jesus bukan tuhan kerana Jesus sendiri memohon kepada Bapa untuk ampunkan dosa mereka sedangkan Kristian beriman bahawa Jesus memiliki kuasa untuk mengampuni dosa orang lain.

Jadi sebenarnya ayat tersebut diragui apakah benar kenyataan dari Jesus Christ pbuh,ini kerana Bible scholars sendiri mengatakan bahawa 82% dalam Perjanjian Baru BUKAN kata-kata Jesus Christ pbuh sendiri :
– http://www.answering-christianity.com/sake11.htm
– http://www.answering-christianity.com/scholars_refute.htm

Sebenarnya,doa untuk kebaikan orang lain yang jahil ingkar tidak mengetahui hal sebenar telah di doakan oleh Muhammad SAW sama seperti berikut,
“Ya Allah! Berilah hidayah kepada umatku. Sesungguhnya mereka tidak mengetahui.”
[Hadith Sahih Al-Baihaqi No.1375]

Semua para Nabi mengajarkan akhlak yang tinggi dan kasih sayang namun segala ajaran harus bersandarkan dengan keadilan. Jika kasih sayang diterapkan tanpa syarat,maka ianya akan berlanggar dengan keadilan. Apakah anda setuju perogol dan dirogol sama-sama masuk syurga tanpa hukuman keadilan terhadap perogol??

KESIMPULAN
Kedatangan Dr.Zakir Naik adalah atas tujuan dakwah dan pada masa yang sama beliau menyuarakan berkali-kali tentang keharmonian dan perpaduan serta larangan untuk tidak berpecah belah dalam kemasyarakatan majmuk. Saya berharap anda lihat dan kaji kesemua ceramah beliau apakah benar beliau menghujat agama lain,mencetuskan keganasan dan memecah belahkan perpaduan berbilang kaum.

Sempena Kemerdekaan Malaysia yang hampir tiba pada bulan ini (31hb Ogos 2019 yang jatuh pada hari Sabtu minggu ini),saya mendoakan agar kita semua terus kekal dalam ukhuwah silaturrahim persahabatan antara berbilang agama dan bangsa serta saya mendoakan agar saudara Non-Muslim saya (termasuk anda) dapat membuka minda menilai corak kebenaran yang sejati dalam kehidupan kemasyarakatan antara kita semua.

Shalom eloycheim…