Reading Time: 12 minutes

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Seorang Anti-Islam telah membuat satu artikel menghina Nabi Muhammad SAW yang bertajuk “11 Kebodohan Nabi Muhammad SAW”. Sila rujuk sumbernya disini :
– http://krispret.blogspot.com/2012/03/11-kebodohan-muhammad.html

Dan artikel milik Anti-Islam tersebut telah pun dijawab oleh saudara muslim kita di Indonesia. Sila rujuk disini :
– https://ketahuiislamdankristen.wordpress.com/2012/04/03/jawaban-fitnah-kristen-11-kebodohan-muhammad/

Sungguhpun artikel dari Anti-Islam itu telah dijawab,namun saya tetap akan berikan response untuk tujuan sokongan dakwah Islam agar dapat disebar luaskan apabila perkara ini di ulang kembali.

Kristian dikenali sebagai “agama kasih” namun saya tidak lihat langsung kebanyakan dari mereka wujud sifat kasih lebih-lebih lagi apabila melibatkan keperibadian Nabi Muhammad SAW. Kebiasaan penganut Kristian ada dua golongan iaitu golongan Baldwin IV (Neutral) dan golongan Reynald De Chartilon (Anti-Islam),malangnya hampir majority penganut Kristian di dunia lebih memihak kepada golongan Anti-Islam dan Islamophobia. Kristian yang neutral menganggap Muhammad SAW sebagai “Wiseman” manakala Anti-Islam menganggap Muhammad SAW sebagai “False Prophet” atau “Anti-Christ”.

Tanpa membuang masa,disini kita akan jawab semua 11 tuduhan tersebut yang menghina Nabi Muhammad SAW secara berhemah hujah ilmiah mutlak. Let check it out~

NO.1
Muhammad mendirikan agama, karena dia mengira, nabi Musa adalah pendiri agama Yahudi dan nabi Isa adalah pendiri agama Kristen. Padahal tidak ada nabi-nabi yang mendirikan agama.

RESPONSE :
01 – Muhammad SAW BUKAN pengasas Islam tetapi baginda adalah Penyempurna syariat agama Allah iaitu Islam. Maka sebab itu mengapa Muhammad SAW digelar sebagai “Khatam’ul Anbiya” (Al-Ahzaab 33:40).

02 – Islam datang BUKAN 1400 tahun lalu. Allah selaku Maha Pencipta mencipta Satu Agama sahaja iaitu ISLAM (Ali-Imran 3:19 dan Asy-Syu’araa’: 13). Asas utama Ad-Deen dari Tuhan ialah bahawasanya Tuhan itu Maha Esa dan ajaran ini disampaikan mengikut Nubuwwah setiap Utusan-Nya pada setiap kaum dan zaman (Al-Hajj 22:60-67). Jadi dari Adam pbuh sehingga Muhammad SAW adalah muslim termasuk Musa pbuh dan Jesus Christ pbuh juga adalah muslim (Al-Baqarah 2:131-133,Ali-Imran 3:52-67,Yunus 10:72,Yunus 10:84,An-Naml 27:30-31 dan Az-Zariyat 51:36). Bahkan Jesus Christ pbuh dan Hawariyyun akui bahawa mereka adalah muslim (Luke 6:40).

03 – Muhammad SAW mengatakan semua Nabi adalah muslim :
“….Para nabi itu adalah saudara seayah dan ibu mereka berlainan serta agama mereka adalah satu.”
[Hadith Sahih Bukhari No.3443 dan Muslim No.2365]

04 – Muhammad SAW tidak pernah kata Musa adalah pengasas Yahudi dan Jesus adalah pengasas Kristian. Jika ada,sila berikan dalil dalam Quran atau Hadith mahupun Atsar serta Sirah Nabawiyyah yang mana Muhammad SAW ada mengatakan “Musa adalah pengasas agama Judah dan Eesa Al-Masih adalah pengasas agama Masihiyyin”. Muslim tidak mengatakan bahawa Musa adalah pengasas Judah dan Jesus adalah pengasas Masihiyyin (Kristian).

Tidak ada dalam TNKH menyebut Judah adalah nama agama,tidak ada dalam Bible menyebut Christian adalah nama agama,tidak ada dalam semua kitab Buddha menyebut Buddhisme adalah nama agama dan tidak ada kitab Hindu (Shruti dan Smriti) menyebut Hinduisme adalah nama agama. Serta tidak ada mana-mana kitab sekalipun menyebut mana-mana nama agama Aryan dalam kitab mereka masing. Namun Islam satu-satunya agama yang disebut dalam Quran sebagai nama agama dan agama para Nabi terdahulu.

TUDUHAN NO.1 KEBODOHAN MUHAMMAD RUNTUH!

NO.2
Muhammad mengaku menerima kitab suci dari tuhan, karena dia mengira nabi Musa telah menerima kitab Taurat dan nabi Isa menerima kitab Injil dari tuhan. Padahal tidak ada nabi-nabi yang menerima KITAB dari Tuhan. Sepanjang sejarah, Tuhan agama Samawi tak pernah menurunkan KITAB KERAMAT apapun kepada umatnya, dan apa yang dianggap sebagai kitab keramat oleh umat Samawi adalah BUKU SEJARAH KARANGAN MANUSIA yang disakralkan karena di dalamnya berisi cerita tentang Tuhan.

RESPONSE :
Maksud kalimat “Kitab” dalam balaghah Semetic Arabic yang disebut dalam Quran bukanlah merujuk kitab seperti buku empat segi turun dari langit tetapi merujuk Wahy Mathlu Al-Majmu’adh’ul Kamil Al-Lafzh’ Munazzal yang mana lengkapnya wahyu firman tuhan berbentuk Lafzh diturunkan kepada Utusan-Nya sepanjang Nubuwwah. Seperti contoh Musa menerima dua Lauh Torah dan sepanjang Nubuwwah baginda (Musa),penurunan wahyu lengkap disampaikan kepadanya bermula dari dia dilantik menjadi Nabi sehingga akhir Nubuwwah baginda. Jadi sepanjang penerimaan Lafzh kalamullah yang Musa terima dari tuhan selama dia jadi Nabi itulah disebut sebagai “الكتاب” (Kitabh).

Jika Quran merujuk penurunan “buku empat segi” kepada Musa,Daud dan Jesus,Quran tidak akan pakai kalimat “الكتاب” (Kitabh) tetapi “مصحف” (Mushaf) tetapi malangnya Quran tidak sebut “Mushaf” kerana Quran BUKAN karangan Muhammad SAW. Jadi Quran tahu bagaimana Musa diberikan Torah,Daud diberikan Zabur dan Jesus diberikan Injeel seperti mana bentuknya. Istilah “kitab” dalam penggunaan bahasa Ajam (Non-Arab) merujuk buku empat segi tetapi dalam Samawiyyah Lisan Al-Arab,kalimat “Kitabh” BUKAN merujuk buku yang berbentuk empat segi turun dari langit ATAU Al-Maktb Bayn’ul Mashaif tetapi merujuk Majmu’adh’ul Kamil Al-Lafzh’ Munazzal. Jadi sebelum menghina,belajar dalami ilmu agar tidak kelihatan bodoh.

TUDUHAN NO.2 KEBODOHAN MUHAMMAD RUNTUH!

NO.3
Muhammad mengajarkan label agama dapat menyelamatkan manusia ke surga, untuk itu dia membual tentang malaikat kubur yang bertanya apa agamamu, apa nama kitab sucimu, siapa nama tuhanmu, siapa nama nabimu, bla-bla-bla, karena dia mengira nabi Musa dan nabi Isa juga mengajarkan begitu. Padahal, yang memiliki pandangan sektarian seperti itu adalah umatnya, bukan nabinya.

Muhammad tersesat karena dia kerap mendengar orang Yahudi berkata: “Siapa tidak masuk agama Yahudi tak akan masuk surga”, dan demikian pula dengan orang Kristen, juga berkata: “Siapa tidak masuk agama Kristen tidak akan masuk surga.” Dengan demikian, yang ditonjolkan adalah LABEL AGAMA dan bukan PESAN-PESAN MORAL. Padahal yang dibawa oleh para nabi adalah PESAN-PESAN MORAL, dan para nabi sama sekali tidak membawa label agama dan tidak pernah mengajarkan suatu label agama dapat membawa manusia ke surga.

RESPONSE :
Nampaknya si penghina tidak tahu apa-apa tentang agama. Ok baik….saya bantu berikan pencerahan :
01 – Dari istilah Kamus Oxford menyatakan bahawa Religion (agama) bermaksud tata-kepercayaan terhadap Entiti Yang Maha Kuasa iaitu Tuhan. Secara konsepnya,agama adalah sebuah Sistem Pengaturan bermula dari dasar kepercayaan antara manusia dengan tuhan kepada corak budaya,tatasusila masyarakat,akhlak dan hukum terhadap kehidupan dalam membentuk ketamadunan peradaban manusia menjadi lebih sempurna dan teratur BUKAN pemikiran falsafah. Dalam Islam,ianya dipanggil Ad-Deen (Jalan Hidup) ATAU Millah…

Millah ATAU Ad-Deen ATAU Religion adalah umpama seperti sebuah “Perpustakaan” yang mana dalamnya terdapat segudang buku dan setiap perkara atau bidang dalam kehidupan manusia adalah umpama seperti buku-buku tersebut. Maka sebab itu Islam mengajar dari asas bermula Aqeedah Tauhid hinggalah hal masuk Liang Lahad.

02 – Perkataan “agama” berasal dari Sanskrit iaitu dari kata akar kerja “gama” yang bermaksud “pergi” dan “a” bermaksud “ke arah” merujuk kepada kitab-kitab sebagai “apa yang telah diturunkan”. Ini secara konsepnya membawa maksud “pembawaan bagaimana mencapai kehidupan yang lebih baik”…dan seperti saya kata di atas tadi,ini synonym dengan Ad-Deen yang bermaksud “Jalan Hidup” ATAU Millah.

“Agama” difahami secara zahir sebagai “tradisi” kerana ianya dilakukan sebagai amalan atau adat berkekalan terus-menerus sebagai peraturan dalam peradaban manusia. Maknanya apa yang tuhan turunkan itu adalah Jalan Hidup untuk manusia bermula dari mulanya tamadun peradaban manusia sebagai peraturan yang harus di amalkan sehingga menjadi tradisi.

03 – Selaras dengan apa yang saya katakan dalam jawapan No.1 di atas,apabila seseorang yang di utuskan Tuhan membawa suatu syariat ajaran,maka dia atau tuhan sendiri harus katakan bahawa orang-orang yang ikutinya adalah pengikutnya dengan asbab ketakwaan mereka ikuti ajaran tuhan kerana disitu membezakan mana orang yang beriman ikuti ajaran tuhan yang disampaikan darinya dengan orang-orang yang ingkar. Apa yang disampaikan dalam syariat Utusan Tuhan kepada kita,itulah jalan hidup (agama) untuk kita. Iman dan amal kepada Allah selaras ajaran dalam syariat yang disampaikan kita laksanakan,maka itulah yang membawa kita ke syurga

Antara ayat yang Jesus ajar dalam agama adalah dalam Matthew bab 19:16-21
/ Luke 18:19-22 dan Mark 10:18-21 yang mana antara intinya ialah :
01 – Mentauhidkan Allah
02 – Ikuti perintah Allah iaitu :
+Jangan membunuh
+Jangan berzina
+Jangan mencuri
+Jangan bersumpah dusta
+Taati ibubapa
+Kasihi sesama manusia
+berzakat / bersedekah
+Ikuti sunnah Jesus Christ

Dari penerangan dalam ayat tersebut adalah ajaran-ajaran yang mana ianya adalah Jalan Hidup (agama) anda dalam pelaksanaan kehidupan di dunia. Anda ikuti apa agama ajarkan,maka pasti akan masuk syurga. Jadi pesan-pesan moral yang anda sebutkan tadi juga termasuk dalam AGAMA. Kita memerlukan agama untuk kesejahteraan hidup dalam penyerahan diri kepada Al-Khaliq agar dapat Redha-Nya. Setelah penjelasan ini,saya berharap anda tidak lagi menjadi bodoh.

TUDUHAN NO.3 KEBODOHAN MUHAMMAD RUNTUH!

NO.4
Muhammad menyebut dirinya rasul sewaktu di Mekkah, dan menyebut dirinya nabi sewaktu bertemu orang-orang Yahudi di Medinah, karena Muhammad tidak paham apa itu rasul dan apa itu nabi menurut tradisi Samawi. Nabi adalah utusan Tuhan, sedangkan Rasul adalah utusan Yesus. Keduanya membawa misi yang berbeda. Nabi bertugas menyampaikan Firman Tuhan, sedangkan Rasul bertugas memberitakan Injil.

Rupanya sewaktu di Mekkah Muhammad mendengar istilah “rasul” dari pendeta Waraqa, karena Waraqa menerjemahkan kitab Perjanjian Baru ke dalam bahasa Arab dan pasti Waraqa sering menyebut istilah itu dalam kotbah-kotbahnya. Dan istilah “nabi” dia ketahui dari orang-orang Anshar Medinah sewaktu ia berjumpa orang-orang itu di Aqabah. Orang-orang Anshar tersebut memberitahu Muhammad kalau orang-orang Yahudi Medinah sedang menanti-nantikan kedatangan seorang nabi yang dijanjikan Tuhan mereka, maka sejak itu pula Muhammad mengklaim dirinya juga sebagai “nabi”, walau di Mekkah dia mengaku dirinya “rasul”.

RESPONSE :
01 – Muhammad SAW memang mengakui dirinya adalah Nabi wa Rasul tetapi baginda tidak mengatakan dirinya Rasul semasa di Makkah dan tidak mengatakan dirinya adalah Nabi sewak tu di Madinah secara terpisah. Di mana dalil dan sumber sejarah mengatakan Muhammad SAW menyebut dirinya Nabi sewaktu di Madinah dan menyebut dirinya Rasul sewaktu di Makkah???. Sila lihat :
– Sahih Bukhari Vol.1 Hadith 1 No.3
– Sahih Bukhari Vol.4 Hadith 55 No.605
– Sahih Bukhari Vol.6 Hadith 60 No.478
– Sahih Bukhari Vol.9 Hadith 87 No.111
– Sahih Muslim Hadith 001 No.0301

Di mana dalil disitu Waraqa Ibn Nawfal ada menyebut “Rasul” lalu Nabi mendengarnya kemudian mengaku “Rasul” di Makkah???. Bahkan baginda menyebut dirinya Nabi di kedua-dua tempat dan menyebut dirinya Rasul di kedua-dua tempat.

02 – Istilah “Nabi” berasal dari kata “Naba” yang bermaksud “berita” manakala istilah “Rasul” bermaksud “Utusan” dan ianya berasal dari kata “Risala” yang bermaksud “Pembawa Misi”. Jadi dongeng mana yang kamu dapat “Nabi” adalah “Utusan Tuhan” dan Rasul adalah “Utusan Jesus”???. Kristian beriman Jesus adalah tuhan,bukankah kelihatan bodoh apabila Kristian mengatakan Nabi adalah “Utusan Tuhan” dan Rasul adalah “Utusan Jesus” sedangkan pada masa yang sama Kristian percaya Jesus adalah tuhan???. Nampaknya anda cuba membuat definisi sendiri sehingga bercanggah dengan iman anda kerana tanpa sedar anda menjadikan Jesus bukan tuhan disitu.

03 – Rasul diutuskan kepada kaum yang telah kafir dan ingkar manakala Nabi diutuskan kepada kaum yang beriman untuk mengajarkan mereka perkara mereka sudah ketahui dan sudah diajarkan sebelumnya (Al-Baqarah 2:213 / Al-Araf 7:59-85 / Maryam 19:44 dan As-Saffat 37:123-126).

Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah berkata :
“Tidak disyaratkan bagi seorang Rasul untuk membawa syariat yang baharu, seperti halnya Nabi Yusuf yang merupakan seorang Rasul namun Baginda berpegang kepada ajaran Nabi Ibrahim,sementara Nabi Daud dan Nabi Sulaiman merupakan Rasul namun mereka membawa ajaran Taurat. Kerana itulah disebut dalam hadith bahawa “ulama merupakan pewaris para Nabi”, kerana para ulama tidak datang membawa ajaran baharu, melainkan meneruskan ajaran Islam yang sudah diwarisi daripada Rasulullah SAW.”
[Al-Nubuwwat 2/714-718]

Ini membuktikan lagi apabila diberitahu dalam Sahih Al-Bukhari No.4712 bahawa Rasul Pertama ialah Nabi Nuh pbuh kerana manusia ketika telah mula kufur dan ingkar dari ajaran Tuhan yang dibawa oleh syariat Adam pbuh,Syith pbuh dan Enoch pbuh.

TUDUHAN NO.4 KEBODOHAN MUHAMMAD RUNTUH!

NO.5
Muhammad membagi Qurannya ke dalam surat-surat, karena dia mengira surat-surat dalam Alkitab sebagai surat-surat kudus kiriman malaikat dari surga. Padahal surat-surat dalam Alkitab (Perjanjian Baru) tersebut adalah memang surat dalam arti sebenarnya, yaitu surat yang ditulis dan dikirim oleh rasul untuk para jemaah Kristen.

RESPONSE :
Surah atau “Suratun” bermaksud “Pembahagian kitab” atau “Bab dalam Kitab” BUKAN surat. Lembaran-lembaran atau surat dalam Arab dipanggil Suhuf. Mentang-mentang sebutan nama “surah” hampir sama,ditafsir pula menjadi “surat”…..mohon jangan jahil….Kalau ingin terus ingin menjadi bodoh,mohon jangan tunjukkan dikhayalak umum,nanti malu besar.

Semasa era Nubuwwah Muhammad SAW,pembukuan Quran belum ada lagi. Quran dijadikan dalam satu mushaf semasa era Abu Bakr As-Siddiq RA. Yang membahagikan surah dalam Quran adalah Allah sendiri kerana surah-surah dalam Quran adalah “Lil i’jazi bisuratin minhu”.

TUDUHAN NO.5 KEBODOHAN MUHAMMAD RUNTUH!

NO.6
Muhammad membagi Qurannya ke dalam ayat-ayat, karena dia mengira ayat-ayat dalam Taurat, Zabur dan Injil adalah kalimat-kalimat sepenggal yang diwahyukan/didiktekan oleh Tuhan. Padahal pada awalnya Alkitab tidak terbagi dalam ayat-ayat, melainkan pembagian Alkitab ke dalam ayat-ayat itu dilakukan oleh pihak gereja. Nabi Musa dan para imam Yahudi tidak menulis kitab Taurat dalam ayat-ayat, demikian pula para penulis Injil juga tidak membagi kitab-kitabnya dalam ayat-ayat.

RESPONSE :
01 – Semasa penurunan wahyu Quran,asalnya tidak ada pembahagian tetapi yang memerintahkan “ayat ini letakkan disini” dan “ayat ini letakkan disitu” adalah Nabi Muhammad SAW sendiri (Tauqify – Sahih Al-Bukhari,Abu Dawud,Tirmidzi,Nasai dan Ahmad No.1/57). Tujuan Nabi Muhammad SAW memerintahkan penyusunan ayat Quran demikian ada hikmah tertentu sesuai dengan Quran sebagai mukjizat agung..Salah satu hikmah kita dapati bila disusun demikian,akan menemui mukjizat Mathematik (Mathemathical miralces of Quranic) :
– http://www.answering-christianity.com/fakir60/index.html

02 – Saya amat bersetuju apabila Torah,Zabur dan Injeel asalnya tidak memiliki pembahagian ayat dan Muhammad SAW tahu bahawa wahyu Torah,Zabur dan Injeel diturunkan asalnya bukan dalam pembahagian ayat. Seperti Rabbi Judah menyalin Torah baik dari Samaritan dan Masoretic secara langsung tanpa pembahagian ayat bernombor di dalam Satu Scroll Besar. Namun yang menjadi masalah ialah apabila pihak penyalin menyalin semua kitab-kitab mencantumkan semua dalam Bible dari Genesis sehingga Revelation yang mana dalamnya terkandung Firman Tuhan,Sabda Nabi,tulisan ilham,tulisan Hawariyyun dan surat-surat Paul. Ini BUKAN Kitab Suci namanya tapi dipanggil Kitab Rojak kerana Firman Tuhan bercampur dengan Bukan Firman Tuhan.

03 – Anda berkata “Nabi Musa dan para imam Yahudi tidak menulis kitab Taurat dalam ayat-ayat”,maknanya anda akui bahawa Nabi Musa pbuh tidak pernah menyalin Torah seperti mana dakwaan Kristian yang lain mengatakan bahawa Torah ditulis oleh Nabi Musa pbuh sendiri. Disebalik kebodohan anda yang terserlah,ada kejujuran.

TUDUHAN NO.6 KEBODOHAN MUHAMMAD RUNTUH!

NO.7
Muhammad menyebut Isa sebagai Almasih, tanpa dia mengerti apa itu Almasih. Dia mengira Almasih adalah nama lengkapnya Isa. Kalau dia mengerti arti kata tersebut, tentu dia tak akan nekat mengaku dirinya sebagai Juruselamat (nabi yang dijanjikan) kepada orang-orang Yahudi.

RESPONSE :
Istilah “Al-Masih” (Arabic) / “M’sheeka” (Aramaic) dan “Ha Masaha” (Hebrew) bermaksud “Penyelamat” ATAU “Yang diurapi” dan ini semua orang dari bangsa Israel dan bangsa Arab mengetahui maksudnya secara umum kerana jauh sebelum lahirnya Jesus Christ pbuh,kata “Al-Masih / M’sheeka / Ha Masaha” ini telah lama digunapakai dan di berikan kepada beberapa orang seperti Daud,Koresh,Elisa,Harun,Saul dan Solomon. Apakah perlu lagi Allah terangkan dalam Quran???

TUDUHAN NO.7 KEBODOHAN MUHAMMAD RUNTUH!

NO.8
Muhammad mengatakan orang Kristen mempunyai 3 tuhan, yaitu Allah, Isa, dan Maryam. Jelas di sini ketololannya akibat ketidakmengertiannya tentang ajaran Trinitasnya Kristen.

RESPONSE :
Itu bukan dari sabda Muhammad SAW tetapi Allah sendiri yang mengatakan demikian. Kristian memiliki 2000 sects (mazhab) yang mana dalam kekristianian,mazhab Roman Catholic (Mariology Thetokos),mazhab Mariamites dan mazhab Collyridian serta mazhab Orthodox Qibtean menjadikan Maryam salah satu dari Trinity yang mana Maryam adalah bahagian pertama dalam Oknum Tuhan Anak (Jesus Christ pbuh adalah bahagian ke2 dalam Oknum Tuhan Anak). Maryam di istiharkankan sebagai salah satu bahagian dalam Trinity ketika Council of Ephesus pada 431 AD.

“In fact, the One whom she conceived as man by the Holy Spirit, who truly became her son according to the flesh, was none other than the Father’s eternal Son, the second person of the Holy Trinity.Hence the Church confesses that Mary is truly Mother of God (Theotokos).”
[Catechism of the Catholic Church page 125]

saya berikan bukti dari Neutral Scholars dan Christian scholars serta dari Muslim Scholars menyatakan fakta Maria dijadikan sebagai salah satu bahagian dalam Trinity :
– https://discover-the-truth.com/2013/08/15/trinity-mary-worshipped-as-a-god/
– https://www.evangelicaloutreach.org/mary.htm
– http://www.newadvent.org/cathen/15464b.htm
– http://www.catholicconcerns.com/MaryWorship.html
– https://xcjournal.org/the-errors-of-catholicism/?fbclid=IwAR0CUs_GkpNaP-Og2LRrmyBfvoIG6-PqYSXRgXw8s-Pcd_XavlaHhvXSy60
– http://www.godglorified.com/errors_of_the_trinity.htm?fbclid=IwAR0lg6dq8BpuF2cXTR9UzJ-8NDel6srKO7IPzTjxnyN7GvoyrhLOphU5UHk
– https://www.youtube.com/watch?v=nTT2URD4OF8
– https://en.wikipedia.org/wiki/Collyridianism
– https://en.wikipedia.org/wiki/May_devotions_to_the_Blessed_Virgin_Mary
– https://en.wikipedia.org/wiki/Marian_devotions
– http://www.answering-christianity.com/sami_zaatri/mary_worship.htm
– http://www.answering-christianity.com/worship_mary.htm
– https://www.islamic-awareness.org/quran/contrad/external/marytrin.html

TUDUHAN NO.8 KEBODOHAN MUHAMMAD RUNTUH!

NO.9
Muhammad mengatakan orang Yahudi menuhankan Uzair (Ezra). Sekali lagi ini adalah ketololan Muhammad karena ketidaktahuannya.

RESPONSE :
Orang Yamanite Judah dan Israelite Samaritan Judah mengakui bahawa Nabi Uzayr Alaihissalam (Ezra) adalah Anak Allah. Dan disini kenyataan Rabbi Tovia Singer mengakui bahawa ada sebahagian komuniti Judaisme beriman Ezra adalah Anak Allah :
– https://www.youtube.com/watch?v=DA-nvfdXtNc
– https://www.youtube.com/watch?v=IaK87QIhJI0

TUDUHAN NO.9 KEBODOHAN MUHAMMAD RUNTUH!

NO.10
Muhammad menyangka nabi Musa dan nabi Isa hidup pada zaman yang sama, padahal keduanya terpaut 1500 tahun lamanya. Dengan menceritakan keluarga Imran mempunyai tiga orang anak: Harun, Maryam dan Musa, dan Maryam binti Imran melahirkan anak bernama Isa Almasih, serta penyebutan Maryam sebagai Saudara Perempuan Harun, maka sudah terbuktilah bahwa Muhammad sebenarnya seorang IDIOT tak tahu malu.

RESPONSE :
01 – Quran tidak mengatakan Ibu Jesus Christ pbuh – Maryam adalah bersaudara dengan Musa dan Harun tapi Quran mengatakan bahawa orang-orang Israel Judah mengatakan Maryam sebagai saudara Harun…kenapa Harun???…Hadith Muhammad SAW telah pun menjawabnya :
“Dari Muhgirah bin Syu’bah R.A berkata,”Ketika aku tiba di Najran,penduduknya bertanya kepadaku, “Kalian membaca ayat Quran, “Wahai saudara perempuan Harun” padahal Musa hidup sebelum Eesa selama sekian dan sekian tahun.” Ketika aku bertemu Rasulullah SAW aku tanyakan hal itu dan baginda menjawab, “Sesungguhnya mereka biasa memanggil anak mereka dengan nama nabi dan orang-orang soleh yang hidup sebelum mereka.”
[Hadith Sahih Muslim]

02 – Dalam bahasa Arab dan Hebrew,Maryam disebut Ukhta Harun / Achot Aharon – saudara perempuan Harun (Maryam 19:28). Maryam juga disebut sebagai Achot Elisheva / Ukhta Ilishaba – saudara perempuan Elisabeth (Luke 1:36) dan Elisabet adalah Benot Aharon/ Banat Harun – anak perempuan Harun (Luke 1:5). Jadi menurut Bible,Maryam itu SAUDARA PEREMPUAN Harun sekaligus ANAK PEREMPUAN Harun….Mengapa tidak jadikan kesalahan dalam hal ini???.

Bila Ibu Jesus Christ pbuh – Maryam dalam Quran disebut sebagai SAUDARA PEREMPUAN Harun dianggap kesalahan kerana menurut Kristian,Maryam saudara perempuan Harun tidak pernah punya anak bernama Jesus dan Maryam sendiri tdk pernah hidup sezaman dengan Jesus…jadi mengapa kristian tidak kritik Gospel of Luke yang menyatakan bahawa Maryam ibu Jesus – saudara perempuan Elisabet yang disebut sebagai ANAK PEREMPUAN HARUN???…Bukankah maklumat tentang Maryam sebagai SAUDARA PEREMPUAN HARUN lebih tepat dibanding panggilan Maryam sebagai ANAK PEREMPUAN HARUN????….Jadi,anda nafikan Maryam saudara Harun dalam Quran,maka anda harus juga nafikan Maryam Anak Perempuan Harun dalam Gospel of Luke 1:5-36.

03 – Dalam Matthew 1:1 dikatakan bahawa Jesus adalah “anak Daud anak Abraham”,apakah Jesus Christ pbuh adalah anak kandung Daud???

04 – Dalam Matthew 3:7 dan Luke 3:7,John The Baptist memanggil orang Judah dari golongan Farisi dan Saduki adalah keturunan Ular Beludak. Bahkan Jesus Christ juga memanggil Judah dari golongan Farisi dan Saduki adalah keturunan Ular Beludak (Matthew 12:34 dan Matthew 23:33). Saya ingin bertanya,
– Apakah benar orang Judah golongan Farisi dan Saduki adalah dari keturunan Ular???

05 – Maryam ibu Jesus Christ pbuh memiliki hampir sama nama dengan adik Musa pbuh iaitu Miryam. Jika ini Kristian anggap sebagai suatu kesalahan,maka Kristian juga akui kesalahan Bible seperti berikut :
“Inilah riwayat keturunan Yakub. Yusuf, tatkala berumur tujuh belas tahun–jadi masih muda–biasa menggembalakan kambing domba….”
[Genesis 37:2]

bandingkan,
“Yakub memperanakkan Yusuf suami Maria….”
[Matthew 1:16]
Soalan :
– apakah Yusuf suami Maria (Matthew 1:16) adalah orang yang sama dengan apa yang tertulis dalam Genesis 37:2???

TUDUHAN NO.10 KEBODOHAN MUHAMMAD RUNTUH!

NO.11
Abraham menyembah YAHWEH, Musa mengajarkan Menyembah YAHWEH, Yesus Kristus mengajarkan menyembah YAHWEH, namun hanya Muhammad yang mengajarkan sembahlah ALLAH. Sungguh Muhammad Nabi Palsu yang mendapat Wahyu dari Gua Hantu Hira…

RESPONSE :
TIDAK ADA Kalimat “YAHWEH” dalam mana-mana kitab di Perjanjian Lama bahkan Perjanjian Baru tidak menyebut YAHWEH. Para Nabi Israel,Rabbi Judah dan orang-orang Israel sendiri TIDAK PERNAH mendengar kalimat “YAHWEH”. Yang mereka sebut dari Kalimat Tetragrammaton “YHWH” adalah Yahuwah.

Yahuwah @ YHWH (bukan sebutan Yahweh) adalah kata ganti nama khas tuhan Israel. Ianya synonym dgn ALLH dalam Samawiyyah Arabic (Quranic Al-Arab). mengapa sama? Huruf “Yodh” dalam YHWH synonym dengan “Ya” dalam Arabic. Tetapi dalam hukum Qhair Mustaq,huruf “Yodh” synonym dengan bacaan huruf “Alif (Arabic) @ Aleph (Hebrew)” dan “Alif Matsurah”. Makanya,kalimah YHWH dalam Arabic merujuk ALLH. Rabbi Saadia Gaon menerjemah TNKH dalam bahasa Arab pada 902 AD dan beliau merupakan orang pertama yang menerjemahkan TNKH dalam bahasa Arab (Perjanjian Baru diterjemah dalam bahasa Arab pada tahun 1616 oleh Erpenius). Dalam terjemahan beliau,kalimah YHWH diterjemah menjadi kalimah ALLAH sebagai contoh :
Hebrew translation
“Syema Israelu,Yahuwah eloheinu yahuwahu echad”
[Deuteronomy 6:4]

beliau menerjemah dalam bahasa Arab seperti berikut :
“Ishma ya Israel,Allah ilahunna Allahu ahad.”
[Deuteronomy 6:4]

untuk lebih lanjut,sila rujuk disini :
– https://www.academia.edu/3770935/_The_Torah_of_Israel_in_the_Tongue_of_Ishmael_Saadia_Gaon_and_his_Arabic_Translation_of_the_Pentateuch_

Jadi,jelas bahawa Abraham pbuh,Musa pbuh,Daud pbuh,Jesus pbuh dan Muhammad SAW serta semua para Nabi mengajar menyembah Tuhan yang sama iaitu Allah @ YHWH. Tapi anda dan Kristian sahaja yang mengaku kononnya Pengikut Jesus tetapi menyembah Jesus walhal jelas semua para Nabi termasuk Jesus mengajar menyembah kepada Allah @ YHWH. Jika tidak mampu jadi pintar,mohon jangan tunjukkan kebodohan.

TUDUHAN NO.11 KEBODOHAN MUHAMMAD RUNTUH!

KESIMPULAN
Semua argument hujatan anda telah diruntuhkan secara mutlak dan jelas bahawa Nabi Muhammad SAW adalah Nabi wa Rasul yang hakiki.

pesan Eesa Al-Masih Alaihissalam @ Jesus Christ :
“Itulah sebabnya aku berkata-kata dalam perumpamaan kepada mereka; kerana sekalipun melihat, mereka tidak melihat dan sekalipun mendengar, mereka tidak mendengar dan tidak mengerti.”
[Matthew 13:13]

“Jikalau kamu tetap dalam sabdaku,kamu benar-benar adalah muridku.dan kamu akan mengetahui kebenaran dan kebenaran itu akan memerdekakan kamu.”
[John 8:31-32]
– memerdekakan anda dari kekufuran…

pesan Rasullullah Muhammad SAW,
“Terimalah kenyataan itu walau ianya pahit…”

Firman Allah Azza’Wa’Jalla – Tuhan Yang Maha Esa :
“Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap.Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.”
[Al-Isra 17:81]

By