Reading Time: 17 minutes

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Makhluk kerana mengizinkan saya kembali untuk meneruskan perjuangan menulis sebuah artikel untuk menegakkan dan menyampaikan risalah kebenaran Islam.

Kita seringkali mendengar polemik dari Missionaries dan Anti-Islam yang lain bahawa khabarnya Muhammad SAW tidak tahu jalan ke syurga dan tidak ada jalan keselamatan dalam Islam. Fitnah dakyah ini tidak pernah berhenti dari lisan mereka untuk memurtadkan umat Islam sehinggakan ada yang sanggup menghalalkan cara dengan mencipta pelbagai auta untuk mewujudkan suatu penipuan semata-mata untuk menutup kebenaran Islam dan Nubuwwah Muhammad SAW.

Disini,kita akan menyampaikan hujah ilmiah untuk membuktikan bahawa junjungan agung kita – Muhammad SAW Ibn Abdullah di jamin masuk syurga,mengetahui jalan lurus ke syurga dan jaminan keselamatan hanya dalam Islam yang telah menjadi fakta sekaligus menjawab tuduhan Missionaries dan Anti Islam yang lain mengatakan kononnya Muhammad SAW tidak tahu jalan ke syurga dan tidak ada jalan keselamatan dalam Islam.

artikel ini berkaitan dengan artikel-artikel saya sebelumnya :
– https://muslim-apologetic-borneo.com/menjawab-isadanislam-quran-melebihkan-eesa-dari-muhammad/
– https://muslim-apologetic-borneo.com/menjawab-isadanislam-benarkah-isa-al-masih-adalah-tuhan/
– https://muslim-apologetic-borneo.com/menjawab-tuduhan-jesus-adalah-tuhan-dalam-quran/
– https://muslim-apologetic-borneo.com/rebuttal-to-sabda-harian-adakah-jesus-seorang-muslim/
– https://muslim-apologetic-borneo.com/menjawab-missionaries-15-bukti-muhammad-saw-bukan-nabi-part-1/
– https://muslim-apologetic-borneo.com/menjawab-missionaries-15-bukti-muhammad-saw-bukan-nabi-part-ii/
– https://muslim-apologetic-borneo.com/menjawab-missionaries-jaminan-keselamatan-ada-dalam-eesa-al-masih-atau-muhammad/

Dalam artikel ini,saya sertakan hujah ringkas dari salah seorang senior dan pengelola saya iaitu Firdaus Wong Wai Hung sebagai gabungan perkongsian ilmiah. Semoga bermanfaat ~

HUJAH NO.1
Perkongsian dari Firdaus Wong Wai Hung :

Benarkah Nabi Muhammad SAW tidak tahu jalan ke Syurga?

Ini merupakan persoalan yang sering kali digunakan oleh golongan misionari Kristian ketika mereka berdakyah. Mereka menyatakan bahawa nabi Muhammad tidak tahu jalan ke syurga kerana di dalam setiap kali solatnya dia akan meminta kepada Allah ٱهْدِنَا الصِّرَاطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ bermaksud “tunjukilah kami jalan yang lurus”. Ini menunjukkan nabi Muhammad tidak tahu jalan ke syurga.

Logik yang dibawa oleh mereka,sekiranya ada seseorang itu bertanya kepada kita “dimanakah KLCC? ” itu menunjukkan dia tidak tahu jalan ke sana, lalu dia meminta untuk tunjukkan kepada dia jalan ke KLCC. Sama juga situasi yang berlaku kepada nabi Muhammad, dia minta tunjukkan jalan yang lurus itu bermaksud dia tidak tahu jalan yang lurus itu. Sedangkan Jesus, di dalam Bible tahu jalan ke syurga. Jesus menyebut: “Akulah jalan untuk mengenal Allah dan untuk mendapat hidup. Tidak seorang pun dapat datang kepada Bapa kecuali melalui Aku.” (Yohanes 14: 6)

Jawapan:

1) Surah Al Fatihah ayat 6 itu tidak mengisyaratkan nabi Muhammad tidak tahu jalan yang lurus akan tetapi ia adalah cara Allah mengajar kaum muslimin meminta kepada Allah agar istiqamah di atas kebenaran kerana di celah-celah itu terdapat jalan-jalan yang dimurkai. Lihat sambungan ayat seterusnya,
“iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni’mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.”
[Surah Al Fatihah 1:7]

2) Nabi Muhammad adalah seorang rasul yang tahu jalan ke syurga. Disebut di dalam Al Quran bahawa baginda tahu jalan yang lurus, firman Allah yang bermaksud:

“Sesungguhnya engkau dari Rasul-rasul yang telah diutus, Yang tetap di atas jalan yang lurus (agama Islam).”
[Surah Yaasin 36:3-4]

“Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan,maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariaatmu dan serulah umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus.”
[Surah Al-Hajj 22:67]

3) Di dalam hadis shahih nabi Muhammad mengatakan dia adalah orang pertama yang masuk ke syurga:

“Aku adalah orang pertama yang mengetuk pintu syurga”
[Shahih Al Jami’ No.1450]

Kalau baginda tidak tahu jalan ke syurga, macam mana baginda boleh mejadi orang pertama menjejak kakinya ke syurga?

4) Di dalam hadis shahih yang lain nabi menyebut yang bermaksud:

“Aku telah meninggalkan pada kamu sekalian dua perkara yang kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu : Kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya”
[Takhrij Mishkat Al Masabih : 1/140]

Sekiranya nabi Muhammad tidak tahu jalan ke Jannah, bagaimana baginda dapat menjamin kepada umatnya agar bepegang kepada Kitab Allah dan sunnahnya nescaya ia tidak akan sesat buat selama-lamanya.

5) Bagi muslim, kami tidak ada masalah dengan ayat di dalam Bible yang mengatakan Jesus tahu jalan ke syurga (John 14: 6). Ini kerana di dalam Islam, nabi Isa atau Jesus sememangnya tahu jalan ke syurga. Kerana setiap nabi dan rasul akan membimbing kaumnyanya pada zamannya mengikut syariatnya. Sekiranya kamu mendakwa mahu mengikuti Jesus adakah kamu benar-benar mengikutinya atau mengikuti gereja?

KESIMPULAN
Nabi Muhammad dan Nabi Isa (Jesus) kedua-dua mereka mengetahui jalan ke syurga. Ini kerana mereka adalah rasul-rasul Allah yang muslim (tunduk dan patuh kepada perintah Allah). Mereka datang membimbing manusia menuju ke Jannah. Apa yang mereka ajarkan itu menjadi contoh utama untuk diikuti.

Sumber diambil dari page milik Firdaus Wong Wai Hung sendiri di sini :
– https://www.facebook.com/FirdausWongMRM/posts/1270154796428837

HUJAH NO.2
Perkongsian hujah dari saya sendiri (Aleav Nero Ardy). Disini saya tambah hujah dengan tujuh (07) bahagian sebagai mendukung keseluruhan fakta dalam perkongsian dakwah.

01 – “Tunjukilah kami jalan yang lurus.” [Al-Fatihah 1:6].

Memandangkan Firdaus Wong telah sampaikan hujah perihal Al-Fatihah 1:6 dengan jelas,maka saya hanya berikan sedikit penjelasan sebagai pendukung.

Kita harus memahami bahawa bukan bermaksud muslim sedang berada di jalan yang sesat sehingga minta ditunjuki jalan yang lurus.

Doa ini bermakna :
“Sentiasa tunjukilah,bimbinglah dan berikanlah taufik kepada kami agar kekal dalam meniti shirathal mustaqiim (jalan yang lurus) iaitu Islam.”

Maksudnya, mohon agar Allah kurniakan keteguhan dalam memahami dan mengamalkan agama Islam dan mohon agar dijauhkan dari jalan golongan yang sesat dan dimurkai serta memohon agar sentiasa mendapat petunjuk dalam segala hal perkara agar terlindung dari sebarang anasir yang mendatangkan keraguan dalam iman seterusnya menyebabkan murtad dari Islam. Umat Islam mengulang-ulang doa ini dalam solat sehari semalam setiap hari kerana memerlukan hidayah di setiap waktu hingga ajal tiba agar berjaya dalam keimanan dan mati dalam keadaan husnul khatimah (akhir hayat yang baik).

Quran menekankan perlunya istiqamah di jalan Allah sehingga umat Islam yang sudah di jalan lurus masih diperintahkan berdoa meminta hidayah agar selalu istiqamah di jalan Islam yang lurus itu.

Saya ingin bertanya kepada Kristian,
– Memandangkan Kristian mengatakan bahawa mereka sudah pasti dimasukkan dalam syurga kononnya mendapat jaminan oleh Jesus,mengapa masih memerlukan Doa Bapa dalam rutin seharian??

02 – Asbab dan syarat masuk Syurga.

Dari Jabir,bahawa dia berkata:
“Saya mendengar dari Rasullullah SAW bersabda maksudnya :
“Amal soleh seseorang diantara kamu tidak dapat memasukkannya ke dalam Syurga dan tidak dapat menjauhkannya dari azab api Neraka dan tidak pula aku, kecuali dengan rahmat Allah.”
[Hadith Sahih Muslim]

“Tidaklah seorang pun yang amalannya dapat memasukkannya ke dalam syurga dan melindunginya dari neraka,tidak pula aku kecuali dengan rahmat dari Allah.” Para sahabat bertanya, “Apakah tidak juga engkau wahai Rasulullah?”Beliau bersabda, “Tidak pula aku kecuali aku sentiasa dicurahkan keutamaan dan rahmat oleh Allah.”
[Hadith Sahih Al-Bukhari dan Muslim]

Dua (02) hadith ini bukan mengatakan bahawa Muhammad SAW tidak dijamin masuk syurga tapi menjelaskan yang membuatkan seseorang masuk syurga kerana Rahmat Allah BUKAN kerana amal perbuatan baik. Tidak kira sesiapapun termasuk para Nabi,bukan amal kebaikan yang memasukkan dalam syurga dan ayat seterusnya dalam Hadith di atas telah menyebut bahawa Muhammad SAW telah dirahmati Allah. Maka semestinya baginda dijamin masuk syurga.

Amalan Rukun Islam iaitu Solat,Zakah,Puasa dan Hajj adalah SYARAT untuk memasuki syurga tetapi ASBAB memasuki syurga adalah atas RAHMAT ALLAH AZZA’WA’JALLA. Quran memberitahu bahawa amalan ajaran agama (Rukun Islam) adalah sebagai syarat untuk memasuki syurga dalam :
– Huud 11:23
– Ar-Rad 13:29
– Ibrahim 14:23
– Al-Kahfi 18:107-108
– Maryam 19:60
– Taha 20:75
– Al-Hajj 22:14
– Al-Hajj 22:23
– Al-Hajj 22:56
– Al-Ankabut 29:7
– Al-Ankabut 29:58
– Ar-Ruum 30:15
– Luqman 31:8
– As-Sajdah 32:19
– Asy-Syura 42:22
– Al-Jathiyah 45:30
– At-Taghabun 64:9
– At-Talaq 65:11
– Al-Buruj 85:11

Apa yang Nabi telah sampaikan ajaran dari Tuhan,maka itulah kebenaran hakiki yang harus kita ikuti. Hidup di dunia ini adalah pentas ujian yang mana dengan iman aqeedah tauhid,beramal soleh dengan sabar serta berpesan-pesan menyampaikan kebenaran menjadi syarat jaminan keselamatan masuk ke dalam syurga (Al-Asr 103:1-3).

Formula ringkasnya yang ingin saya sampaikan ialah buat amal kebaikan biar ikhlas kerana tuhan,melalui keikhlasan pasti akan mendapat keredhaan Tuhan dan dengan keredhaan tuhan akan dimasukkan ke dalam syurga.

03 – Jalan keselamatan dalam Islam.

Quran banyak membicarakan dan menjanjikan jaminan keselamatan hanya dalam Islam iaitu dalam beberapa ayat :
“Sesungguhnya agama yang diredhai Allah ialah ISLAM.”
[Ali-Imran 3:19]

“Sesiapa yang menuruti JALAN YANG LAIN selain dari apa yang disyariatkan Allah sebagai agamanya,MAKA TIDAK SEKALI-KALI AKAN DITERIMA daripadanya.”
[Ali-Imran 3:85]

“Sesungguhnya orang-orang yang BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH,bagi mereka adalah syurga Firdaus menjadi tempat tinggal. Mereka kekal di dalamnya, mereka tidak ingin berpindah daripadanya.”
[Al-Kahfi 18:107-108]

“Allah MENJANJIKAN kepada orang-orang yang MUKMIN lelaki dan
perempuan akan mendapat syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai kekal mereka di dalamnya dan (mendapat) tempat-tempat yang bagus di syurga ‘Adn.Dan keredhaan Allah adalah lebih besar itulah keberuntungan yang besar.”
[At-Taubah 9:72]

Syahadah adalah tiket utama untuk masuk kesyurga seperti Hadith Muhammad SAW sampaikan seperti berikut :
Dari Abu Dzar RA yang menceritakan bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa mengucapkan “Laa ilaaha illallaah” kemudian ia meninggal,maka pasti masuk syurga.”
[Hadith Sahih Bukhari dan Muslim]

04 – Sokongan Bible mendukung Jalan Keselamatan dalam Quran.

Jaminan keselamatan dinyatakan dalam Bible sama seperti dalam Quran iaitu :

PERJANJIAN LAMA
Ezekiel 34:1-24
ayat dari 1 hingga 6 menceritakan mengenai Tuhan sebagai sebaik-baik gembala memimpin bani Israel menentang gembala-gembala jahat (Iblis dan syaitan). Sebahagian bani Israel menyesatkan diri memimpin diri tanpa sebarang petunjuk yang mana diberikan segala kenikmatan tetapi masih kufur kepada Tuhan. Mereka sesama sendiri menzalimi yang lemah dan saling berpuak-puak sehingga bangsa lain menambahkan lagi kemerosotan moral terhadap bani Israel…di bukit,di gunung,dihutan dan seluruh kawasan semua menjadi kufur tanpa seorang pun yang beriman.

Dan pada ayat 7 hingga 16 Tuhan memberitahu bahawa Dia akan memimpin bani Israel ke arah kebenaran. Dia akan selamatkan bani Israel dari kesesatan. Dia akan menjadi lawan kepada gembala-gembala jahat. Dia akan mengembala bani Israel ke arah cahaya petunjuk kebenaran dari kegelapan. Dan ayat ke 16 Tuhan berkata bahawa Dia akan membawa orang yang telah kegersangan tuntutan ilmu dan Dia akan kembalikan orang yang telah kufur….yang telah kecewa dalam keimanan akan Dia pulihkan,yang lemah akan Dia lindungi kuatkan. Dia akan menjadi Hakim kepada bani Israel yang bertaqwa (istilah domba gemuk) dengan bani israel yang fasiq (istilah domba kurus).

Bagaimana Dia pimpin / pulihkan / lindungi / kasihi dan kembalikan bani Israel ke arah kegemilangan/keimanan/kebenaran/ketakwaan/sentiasa dalam petunjuk ilmu dan iman??. Kita baca ayat seterusnya iaitu ayat 23-24 yang mana Dia utuskan hamba-Nya Daud untuk bawa bani Israel kembali ke arah cahaya kebenaran berserah diri kepada Allah :
“Aku akan mengangkat satu orang gembala atas mereka, yang akan menggembalakannya, yaitu Daud, hamba-Ku; dia akan menggembalakan mereka, dan menjadi gembalanya.Dan Aku, TUHAN, akan menjadi Allah mereka serta hamba-Ku Daud menjadi raja di tengah-tengah mereka. Aku, TUHAN, yang mengatakannya.”
[Ezekiel 34:23-24]

Ayat ke25-29 adalah janji Allah memberikan ganjaran dan kebahagiaan kepada bani Israel yang terus ikuti ajaran Tuhan dalam ketakwaan dan dalam petunjuk kebenaran.

PERJANJIAN BARU
Mark 12:28-31
“Lalu seorang ahli Taurat, yang mendengar Yesus dan orang-orang Saduki bersoal jawab dan tahu, bahwa Yesus memberi jawab yang tepat kepada orang-orang itu, datang kepada-Nya dan bertanya: “Hukum manakah yang paling utama?”Jawab Yesus: “Hukum yang terutama ialah: Dengarlah, hai orang Israel, Tuhan Allah kita, Tuhan itu esa.Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan dengan segenap akal budimu dan dengan segenap kekuatanmu.Dan hukum yang kedua ialah: Kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri. Tidak ada hukum lain yang lebih utama dari pada kedua hukum ini.”
[Mark 12:28-31]

Syntesis Principle : Matthew 19:16-21 / Luke 18:19-22 dan Mark 10:18-21
“Ada seorang datang kepada Yesus, dan berkata: “Guru, perbuatan baik apakah yang harus kuperbuat untuk memperoleh hidup yang kekal?”Jawab Yesus: “Apakah sebabnya engkau bertanya kepada-Ku tentang apa yang baik? Hanya Satu yang baik. Tetapi jikalau engkau ingin masuk ke dalam hidup, turutilah segala perintah Allah.”Kata orang itu kepada-Nya: “Perintah yang mana?” Kata Yesus: “Jangan membunuh, jangan berzinah, jangan mencuri, jangan mengucapkan saksi dusta,hormatilah ayahmu dan ibumu dan kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri.” Kata orang muda itu kepada-Nya: “Semuanya itu telah kuturuti, apa lagi yang masih kurang?”Kata Yesus kepadanya: “Jikalau engkau hendak sempurna, pergilah, juallah segala milikmu dan berikanlah itu kepada orang-orang miskin, maka engkau akan beroleh harta di sorga, kemudian datanglah ke mari dan ikutlah Aku.”
[Matthew 19:16-21]

jadi dari dua ayat ini lah jelas bahawa jalan keselamatan ialah :
01 – Mentauhidkan Allah
02 – Ikuti perintah Allah iaitu :
+Jangan membunuh
+Jangan berzina
+Jangan mencuri
+Jangan bersumpah dusta
+Taati ibubapa
+Kasihi sesama manusia
+berzakat / bersedekah
+Ikuti sunnah Jesus Christ

cukup dengan ini,maka pasti akan masuk syurga. Saya kuatkan lagi hujah dari Bible sendiri yang mana Jesus sendiri menyokong hujah fakta muslim bahkan baginda (Jesus) sendiri dan Hawariyyun adalah muslim dalam Luke 6:40. “Islam / משלם” ada disebut dalam Luke 23:46,Psalm 37:21,Proverbs 22:27,Job 41:3 dan Isaiah 60:20 dalam ayat asli. Jesus Christ adalah salah satu Anbiya’Wal’Rasul mengajar :
*05 Rukun Agama
John 17:3-21 / Mathew 26:30-36 / Mark 1:25-35 / Mathew 9:1-14 / Luke 2:1-37 / Matthew 6:1-5 dan Act 10:1-2

*06 Rukun Iman
Mark 12:28-30 / Revelations 7: 11 / Exodus 23:20 / Luke 1:11-13 / Mathew 12:33 dan Matthew 13: 41-43 dan Mark 5:28-29

*Dua rujukan kepada Muslim Israel (Islam dizaman syariat Jesus)
Original Gospel : Injeel Yeshua
– Mark 8: 30-35

*Follow the Prophet’s teachings : Sunnah of Yeshua
– John 14:1-15 / Mathew 5:17-47 / Matthew 13:57 / Matthew 21:10-11 / Matthew 21:40-45 dan Luke 7:16 serta Luke 24:19

Jesus kuatkan semua ini lagi dengan menyatakan bahawa jika amalan seperti ahli Taurat dan Farisi,maka pasti akan masuk syurga dalam Matthew 5:17-20. Mari kita jelaskan secara terperinci :
“Janganlah kamu menyangka, bahwa Aku datang untuk meniadakan hukum Taurat atau kitab para nabi. Aku datang bukan untuk meniadakannya, melainkan untuk menggenapinya.”
[Matthew 5:17]
– perkataan “genap” sini ialah maksud penyempurnaan BUKAN pembatalan atau Pelenyapan. Makanya kenapa perkataan “menggenapi” distu disebut “fulfilled” dalam English BUKAN “canceled” atau “completed” …ayat ini Jesus telah jelas terang menyatakan bahawa dia datang bukan untuk MENIADAKAN Hukum Torah tetapi MENGGENAPINYA.

Penggenapan yang dimaksudkan adalah penyempurnaan syariat. Setiap Nabi yang di utuskan Tuhan datang kepada suatu kaum membawa syariat ajaran tuhan. Apabila peredaran zaman dan kekufuran terjadi kepada kaum tersebut,Allah gantikan lagi kepada Nabi yang lain di masa akan datang untuk menggantikan Nabi yang sebelumnya atas tujuan menggenapkan syariat ajaran Tuhan yang disampaikan dari Nabi sebelumnya agar kaum yang kufur atau yang mengalami fatrah kembali kepada ajaran tuhan. Inilah maksud Jesus dalam ayat Matthew 5:17. Dan ini tidak berhenti disini…kita baca ayat seterusnya,Jesus berkata lagi :
“Karena Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya selama belum lenyap langit dan bumi ini, satu iota atau satu titikpun tidak akan ditiadakan dari hukum Taurat, sebelum semuanya terjadi.”
[Matthew 5:18]

Disini,jelas lagi kuat bahawa Jesus datang bukan untuk membatalkan hukum Torah. Selagi Langit dan Bumi masih ada,selagi itulah tidak akan lenyap satu titik dan satu iota dalam Torah. Maka sebab itu mengapa dalam Quran menjadi penyempurna segala syariat para Nabi dari Muhammad SAW pun dalam isinya disertakan lagi Hukum 10.

dan ayat ini masih tidak berhenti disini,Jesus jelaskan lagi :
“Karena itu siapa yang meniadakan salah satu perintah hukum Taurat sekalipun yang paling kecil, dan mengajarkannya demikian kepada orang lain, ia akan menduduki tempat yang paling rendah di dalam Kerajaan Sorga; tetapi siapa yang melakukan dan mengajarkan segala perintah-perintah hukum Taurat, ia akan menduduki tempat yang tinggi di dalam Kerajaan Sorga.”
[Matthew 5:19]

Jesus katakan kepada mereka yang tidak mengamal Hukum Torah tetapi menyampaikan ajarannya,maka dia akan masuk ke syurga paling rendah manakala orang yang mengamalkan hukum Torah dan menyampaikan kepada orang lain,akan masuk ke dalam syurga paling tinggi.

dan ayat ini masih tidak berhenti,Jesus cakap lagi dalam ayat seterusnya :
“Maka Aku berkata kepadamu: Jika hidup keagamaanmu tidak lebih benar dari pada hidup keagamaan ahli-ahli Taurat dan orang-orang Farisi, sesungguhnya kamu tidak akan masuk ke dalam Kerajaan Sorga.”
[Matthew 5:20]

Jesus berkata jika amalan kamu tidak seperti ahli Torah dan ahli Farisi,maka jangan harap akan masuk syurga. Kita sedia maklum bahawa Orang Judah dan Israel menjalankan Hukum Torah. Makanya saya bertanya kepada Kristian dengan satu soalan :
– dari tiga golongan yang Jesus katakan ini,Kristian dibahagian golongan yang mana???apakah Missionaries masih ingin akui bahawa Kristian adalah pengikut Jesus yang sebenar???

04 – Muhammad SAW minta di doakan selepas azan dan minta diselawatkan bukti tidak mendapat jaminan syurga??

Ketika selesai azan,disunnahkan dengan mendoakan Muhammad SAW agar dapat Wasilah Maqam Al-Mahmud BUKAN di doakan agar dia masuk syurga (Sahih Muslim No.384 / Sahih Muslim No.151 / Sahih Muslim No.2278 dan Ahmad 38/42 No.22950). Muhammad SAW diberikan Syafaat Al-Udzma untuk umatnya agar baginda dapat Wasilah Maqam Al-Mahmud,memberikan syafaat kepada umatnya yang berdosa agar diselamatkan dari azab Neraka dan diringankan dosa sewaktu Hisab di Al-Mizan serta memisahkan antara kalangan orang beriman dengan orang yang kafir terhadap ajarannya di waktu Hari Pengadilan kelak.

Dalam Bible Kristian sendiri mengatakan bahawa setiap para Nabi meminta di doakan syafaat keselamatan dan pujian walau mereka dijamin masuk syurga (Psalm 117:25 / Psalm 118:25 dan Matthew 25:31-34). Matthew 25:31-34 membicarakan mengenai Syafaat Al-Uzdma yang diberikan oleh setiap Nabi kepada umatnya. Ini juga sama dengan Muhammad SAW dalam Hadith Sahih Muslim No.384 / Sahih Muslim No.151 / Sahih Muslim No.2278 dan Ahmad 38/42 No.22950 yang mana bahawa baginda (Muhammad SAW) diberikan Syafaat Al-Udzma untuk umatnya agar baginda dapat Wasilah Maqam Al-Mahmud,memberikan syafaat kepada umatnya yang berdosa agar diselamatkan dari azab Neraka dan diringankan dosa sewaktu Hisab di Al-Mizan serta memisahkan antara kalangan orang beriman dengan orang yang kafir terhadap ajarannya di waktu Hari Pengadilan kelak.

Sabda Rasullullah Muhammad SAW :
– “Saya diberi pilihan antara syafaat dan separuh umatku akan dimasukkan ke dalam syurga. Maka saya memilih syafaat kerana syafaat itu lebih umum dan lebih banyak. Apakah kamu sekalian melihat bahawa syafaat itu untuk orang-orang mukmin yang bertaqwa?. Tidak! akan tetapi syafaat itu untuk orang-orang yang berdosa,penuh kesalahan dan banyak kotoran.”
[Hadith Sahih Bukhari,Muslim,Ahmad dan Ibnu Majah]

– “Ada satu kaum akan keluar dari neraka disebabkan syafaat Muhammad,lalu mereka dimasukkan ke dalam syurga.”
[Hadith Sahih Bukhari,Muslim dan Abu Dawud]

– Jabir R.A berkata :
“Apakah kamu pernah mendengar tentang kedudukan Nabi Muhammad SAW?. Sesungguhnya kedudukan Nabi Muhammad SAW yang terpuji akan mengeluarkan siapa saja yang akan dikeluarkan dari neraka disebabkan syafaat Muhammad SAW.”
[Atsar Syu’abul Iman Al-Baihaqi Bab 1 Halaman 494]

Ingin saya bertanya satu (01) soalan,
– Melalui konsep Hosana (Selawat),Jesus Christ yang kamu anggap tuhan juga meminta di doakan syafaat keselamatan dan pujian dalam Matthew 23:39 / Matthew 21:9 / Luke 13:35 / Luke 19:38 dan John 12:13. Apakah Jesus yang di anggap tuhan meminta jaminan keselamatan kepada dirinya sendiri??

Jadi saya berharap missionaries Christian dan Anti-Islam yang lain dapat belajar bezakan antara Syafaat Al-Uzdma dengan Da’man’ul-Jannah.

05 – Jasad Muhammad SAW masih di kubur.

Jasad Muhammad SAW memang masih di kubur iaitu di Masjid An-Nabawi Madinah tetapi ruhnya di syurga. Muhammad SAW sendiri telah jawab bahawa setiap ruh para Nabi yang wafat berada di syurga :

Diriwayatkan oleh ‘Aisyah Radhiyallahu ‘Anha,ia berkata: Rasulullah Salallahu ‘Alaihi ‘Wasalam bersabda,
“Tidak ada seorang Nabipun yang wafat,kecuali ditunjukkan kepadanya tempat duduknya di Jannah (Syurga),kemudian disuruh memilih.”
[Hadith Sahih Bukhari 6905]

bahkan ruh orang-orang muslim juga berada di syurga,
“Sesungguhnya ruh orang mukmin berterbangan di pohon Syurga sehingga Allah membangkitkannya ke dalam jasadnya pada Hari Kiamat.”
[Hadith Sahih Bukhari,Muslim,Nasai dan Ahmad]
– Dari dua Hadith ne,disini kita tahu bahawa jasad para Nabi dan orang mukmin SEKARANG di dalam Tanah tetapi ruh mereka di syurga…

06 – Bukti Muhammad SAW dalam Jalan Lurus dan dijamin keselamatan Syurga.

Dalil dalam Quran Muhammad SAW dijamin masuk syurga :
“Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu nikmat Al-Kautsar.Maka Dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah.Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus.”
[Al-Kautsar 108:1-3]

Dalam Quran surah Al-Kawtsar 108:1-3 ini menjelaskan yang mana dalam ayat tersebut Allah telah mengurniakan Al-Kautsar itu kepada Muhammad SAW di syurga. Asbab An-Nuzul ayat tersebut memberitahu bahawa Muhammad SAW akan ke syurga pada ayat pertama,ayat ke2 adalah perintah tuhan untuk orang yang mengikuti syariat Muhammad SAW dan ayat ke3 memberitahu bahawa orang-orang kafir yang membenci dan tidak mengikuti Muhammad SAW akan terputus dari golongan-golongan orang yang dimasukkan ke dalam syurga.

Hadith untuk mendukung surah Al-Kautsar 108:1-3 :
Anas bin Malik berkata: Lalu Rasullullah Salallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
“Aku melihat sebuah sungai di syurga di dua tepinya terdapat khemah-khemah mutiara, maka aku berkata: Apa ini wahai Jibril? Jibril berkata: Inilah Al-Kautsar yang telah Allah berikan kepadamu.”
[Hadith Sahih Tirmidzi 2675]

dari Anas bin Malik R.A,Rasullullah Salallahu ‘Alaihi ‘Wasalam bersabda,
“Aku akan mendatangi pintu syurga di hari kiamat, maka aku meminta untuk dibukakan, lalu penjaga syurga berkata: Siapa engkau? Aku berkata: “Aku adalah Muhammad”. Maka ia berkata: Untuk engkaulah aku diperintahkan agar tidak membuka pintu syurga bagi siapapun sebelum engkau.”
[Hadith Sahih Bukhari dan Muslim]

Diriwayatkan oleh Aisyah R.A bahawa ketika baginda terjatuh kerana kaki-kakinya bengkak oleh sebab terlalu lama berdiri beribadah kepada Allah di tengah malam. Dan Sayyidatina Aisyah R.A bertanya,
“Ya Rasulullah,bukankah tuan telah di jamin syurga? Mengapa tuan masih bersusah payah sebegini?”.

Rasullullah Salallahu ‘Alaihi ‘Wasalam menjawab,
“Ya Aisyah,salahkah aku menjadi hamba yang bersyukur?”
[Hadith Sahih Bukhari No.1130 dan Muslim No.2820]

Jelas bahawa Muhammad SAW TIDAK DIMASUKKAN DALAM NERAKA bahkan baginda DIJAMIN MASUK SYURGA. Sungguhpun demikian, Muhammad SAW dijamin masuk Syurga tetapi baginda bukanlah penjamin orang lain memasuki Syurga kerana yang memberikan jaminan manusia masuk Syurga adalah Allah Azza’WaJalla selaku Al-Ilahu Alamiin (Tuhan Sekalian Alam).

Saya “putarkan meja” kepada Missionaries dan Anti-Islam kembali. Dalam Bible Act 2:31 mengatakan seperti berikut :
“Kerana itu ia telah melihat ke depan dan telah berbicara tentang kebangkitan Mesias. ketika ia mengatakan, bahawa Dia tidak ditinggalkan di dalam dunia orang mati, dan bahwa daging-Nya tidak mengalami kebinasaan.”
[Act 2:31]
(Syntesis Principle – John 5:24)

dalam ayat tersebut,perkataan dipakai dalam ayat asli (Koine Greek) ialah “Kataleipo” yang bermaksud “untuk ditinggalkan / diabaikan”. Bermakna ayat itu mengatakan bahawa jiwa Jesus Christ pbuh tidak akan dibiarkan atau diabai di Neraka. Bermakna,pernah suatu ketika Jesus sememangnya pernah di neraka menurut ayat ini.

Namun saya memahami,Missionaries pasti berhujah dengan mengatakan bahawa Jesus Christ pbuh disalib menebus dosa manusia dan selama tiga (03) hari dan tiga (03) malam Jesus berada di Neraka atau alam Maut (Sheol) dalam 1 John 3:14,Roman 6:9,Roman 8:2,1 Corinthian 15:54-55,2 Timothy 1:10 dan Revelation 1:18.

Ok baik…..Jika hujah itu dipakai kononnya Jesus Christ pbuh sememangnya pernah ke Neraka kerana untuk menebus dosa manusia lalu terlepas dari Maut sekaligus dianggap sebagai menewaskan Maut dan Neraka,maka ini bercanggah dengan John 11:25-26 yang mana ayat tersebut adalah kata-kata Jesus Christ pbuh sendiri yang mana baginda berkata seperti berikut,
“Akulah kebangkitan dan hidup; barangsiapa percaya kepada-Ku, ia akan hidup walaupun ia sudah mati,dan setiap orang yang hidup dan yang percaya kepada-Ku, tidak akan mati selama-lamanya. Percayakah engkau akan hal ini?”
[John 11:25-26]
– Jika benar Jesus Christ pbuh menebus dosa Kristian dan benar-benar menewaskan Maut dan terlepas ke Neraka,mengapa tidak ada Kristian di muka Bumi ini hidup selama-lamanya???…harus ingat,1 John 3:14,Roman 6:9,Roman 8:2,1 Corinthian 15:54-55,2 Timothy 1:10 dan Revelation 1:18 BUKANLAH nukilan Hawariyyun mahupun kata-kata Jesus Christ pbuh sendiri bahkan ianya dari nukilan Paulus dan ada penulis yang tidak diketahui (seperti 1 John 3:14).

Bahkan 32 Sarjana RSV sendiri memperbaharui ayat Revelation 1:17-20 bahawa ayat tersebut adalah Firman Bapa sendiri BUKAN kata-kata Jesus Christ. Maka,ayat dalam Act 2:31 tidak menyokong hujah Missionaries mengatakan Jesus Christ pbuh pernah ke Neraka untuk menebus dosa manusia sehingga menewaskan Maut dan terlepas dari Neraka. Jika benar,maka timbul percanggahan seperti saya katakan di atas.

Satu permintaan saya kepada Missionaries Christian :
– Sila berikan SATU DALIL sahaja dalam SEMUA versi Bible ada mengatakan bahawa Jesus Christ pbuh adalah penjamin manusia lain memasuk Syurga.

07 – “akulah jalan kebenaran dan kehidupan..” [John 14:6].
Notice :
* Bahagian No.7 ini berkaitan dengan bahagian No.3 di atas. #

Sebelum saya jelaskan konteks dalil John 14:6,ingin saya maklumkan bahawa dalam Proverb 8:32-36 dinyatakan dari Solomon sendiri bahawa hendaklah ikuti jalan kebenaran darinya dan sesiapa yang tidak ikutinya adalah satu kerugian di atas kebencian terhadapnya dan mencintai maut. Jika kalimat “jalan kebenaran dan kehidupan” itu dijadikan hujah bahawa kononnya Jesus adalah tuhan,maka Solomon (Proverb 8:32-36) adalah tuhan??

Allah berfirman kepada Joshua :
“Beginilah firman TUHAN semesta alam: Apabila engkau hidup menurut jalan yang Kutunjukkan dan melakukan tugas yang Kuberikan kepadamu, maka engkau akan memerintah rumah-Ku dan mengurus pelataran-Ku dan Aku akan mengizinkan engkau masuk ke antara mereka yang berdiri melayani di sini.”
[Zakharia 3:7]
– Joshua juga diberikan mandat untuk mengatur rumah Tuhan seperti mana dalam John 14:3,apakah Joshua adalah tuhan??

Sebenarnya apa yang Jesus Christ pbuh sampaikan dalam John 14:6 (Konteks dari ayat 1 hingga ayat 7) menerangkan suruhan ikuti segala ajarannya yang mana jika ikuti ajarannya,maka akan mendapat keredhaan dari Bapa dan dimasukkan ke dalam syurga. Tidak dikatakan disitu pun bahawa Jesus adalah tuhan. Dan ini Jesus tegaskan dalam John 7:16-17,Matthew 10:40,Luke 10:16,John 5:24,John 12:44,John 3:18,Matthew 19:16-21,Mark 10:17-21 dan Luke 18:18-22 yang menerangkan bahawa beriman kepadanya dengan ikuti segala apa yang dia ajarkan. Itulah jalan yang Jesus sampaikan agar di ikuti. Maka jika ingin masuk syurga,maka turutilah segala perintah Tuhan yang Jesus sampaikan.

Kebiasaan kristian fahami ayat itu tidak secara konteks dari ayat sebelumnya dimana Thomas bertanya kepada Jesus Christ ke mana dia pergi dan kemudian baginda menjelaskan bahawa percayalah kepada Allah dan percayalah kepada dirinya yang mana jika kita beriman kepadanya maka akan dapat kehidupan yang kekal (ganjaran syurga). Ini menunjukkan bahawa Jesus memberi maksud dalam kiasan gaya bhasa siryaniyyah yang mana baginda ingin menyatakan tidak ada sesiapa yang dapat ganjaran syurga dan redha dari ilahi jika tidak ikuti apa yang baginda ajar sampaikan.

Jesus Christ pbuh bila berkata mengenai aqidah,baginda akan mengolah penuh kiasan Siryaniyyah. Namun dalam ajaran syariat hukum,Jesus cakap secara jelas tetapi perlu fahami penyampaian cara gaya bahasa pertuturan Ibunda Israel…itu pendukung Nubuwwah Jesus – “aku adalah jalan kebenaran dan kehidupan…..” yang merupakan ajakan untuk ikuti segala ajaran baginda yang mana jika kita ikuti Utusan Allah,maka akan diredhai oleh Allah seperti mana ayat seterusnya dikatakan oleh Jesus (John 14:6).

Setiap Nabi bila di utus suatu kaum di suatu zaman,Si Nabi itu adalah ikutan yang wajib di ikuti. Si Utusan Tuhan itulah Raja,Guru,Tuan,Junjungan,Khalifah dan Contoh yang mesti dirujuk ikuti….maka sebab itu Jesus kata,
“aku adalah jalan kebenaran dan kehidupan…”

Jesus Christ pbuh sendiri adalah muslim salah satunya ialah Luke 6:40 dalam ayat asli. “Islam / משלם” ada disebut dalam Luke 23:46,Psalm 37:21,Proverbs 22:27,Job 41:3 dan Isaiah 60:20 dalam ayat asli. Injeel diturunkan dalam bahasa asli ARAMAIC SYRIAC / ARAMAIC GALILEE (SURYANI) BUKAN KOINE GREEK.

Bahasa Suryani adalah bahasa yang ringkas,penuh berkias dan padat. Maka bahasa ini sesuai untuk ajaran KASIH SAYANG dari syariat KHABAR GEMBIRA yang dibawa oleh Jesus Christ untuk “melonggarkan” Taurat agar domba-domba Israel kembali ke ajaran Tuhan. Sebab itu ayat seterusnya Jesus cakap lagi dalam John 14:6,
“Tidak sampai kepada Bapa jika tidak melalui aku…”. Kalau orang-orang Israel ikut apa yang Jesus ajarkan,maknanya orang-orang Israel pasti akan diredhai oleh Allah. Kalau tidak ikut tapi mengaku pengikutnya,bagaimana ingin dapatkan kehidupan yang kekal????.

Hebrew language :-
“שלח אותי כדי לספק את הדוקטרינה האמיתית וכל מה שיש לי להגיד את זה הוא האמת מהבורא בשבילך, כך שאתה מקבל חיי נצח בגן העדן.הבורא לא היה לברך עליך אם אתה מסרב מה אני מלמד אותך.”
[14 יחיא: 6]

Greek language :-
“Εγώ είμαι η οδός και η αλήθεια και η ζωή? Ουδείς έρχεται προς τον Πατέρα, αλλά από εμένα.”
[Ιωάννης 14: 6]

Translation of English language :-
“I am the way and the truth and the life; no man cometh unto the Father, but through me.”
[John 14:6]

Terjemahan ayat yang merujuk bulat-bulat gaya bahasa dari penyampaian ayat asli Siryaniyyah / Aramaic Syriac :
“Akulah jalan dan kebenaran dan kehidupan, tidak ada seorangpun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Aku.
[Yohanes 14:6]

Terjemahan ayat yang telah ditafsir mengikut format susunan penulisan bahasa terjemahan selaras maksud penyampaian dari bahasa asli (Suryani) :-
“Akulah rasul yang menyampaikan ajaran dan peringatan. Kalian tidak akan diredhai Maha Pencipta jika tidak ikuti aku.”
[Yahya 14:6]

Jesus Christ pbuh di utuskan oleh Allah hanya untuk bangsa Israel (Matthe 10:6 dan Matthew 15:24) dan Nubuwwah baginda telah digenapi oleh syariat Nubuwwah Muhammad SAW.

Dan kini,Nabi Muhammad SAW adalah Nabi yang terakhir. Baginda (Muhammad SAW) adalah Penutup Segala Nabi. Maka,kita sebagai umat Muhammad SAW harus ikuti apa yang baginda (Muhammad) ajarkan.

Sabda Rasullullah Muhammad SAW :
Dari Abu Hurairah R.A,Rasullullah SAW bersabda :
“Barangsiapa inginkan keredhaan dari Allah dan balasan ganjaran syurga yang kekal,maka ikutilah aku.”
[Hadith Muttafaqun ‘Alaih Bukhari dan Muslim]
– Hadith ini synonym dengan ayat John 14:6. Maka jelas bahawa peranan Jesus Christ pbuh dan Muhammad SAW menyampaikan Jalan Lurus (Islam) dan mereka (Jesus dan Muhammad) telah berada di dalam Jalan yang lurus (Islam).

Sintesis Principle John 14:6 seperti berikut :
“Barangsiapa tidak mengasihi aku, ia tidak menuruti firman-ku; dan firman yang kamu dengar itu bukanlah dari pada-ku, melainkan dari Bapa yang mengutus aku.”
[John 14:24]

“Sebab segala firman yang Engkau sampaikan kepada-ku telah aku sampaikan kepada mereka dan mereka telah menerimanya. Mereka tahu benar-benar,bahawa aku datang dari pada-Mu dan mereka percaya,bahwa Engkaulah yang telah mengutus Aku.”
[John 17:8]

Berdasarkan syntesis principle dalam Hermeutical Biblical,jelas diberitahu bahawa sesiapa yang ikuti apa yang Jesus ajarkan dan sampaikan dari apa yang Tuhan mandatkan kepada Jesus Christ pbuh,maka pasti akan masuk syurga.

KESIMPULAN
Setelah dijelaskan segala bukti-bukti hujah fakta di atas,maka jelas bahawa Nabi Muhammad SAW di atas jalan yang lurus dan dijamin masuk syurga. Bahkan orang yang menjadi muslim telah pun menempah dirinya tiket ke syurga dengan iman :
“tidak ada tuhan selain Allah dan Muhammad adalah Rasul Allah.”

“Masuklah kamu ke dalam Syurga disebabkan apa yang telah kamu kerjakan.”
[An-Nahl:32]

“Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kesyirikan, mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk.”
[Al-An’am:82]

ISLAM ADALAH AGAMA YANG BENAR…MARILAH BERSAMA KAMI KE DALAM ISLAM…SESUNGGUHNYA HANYA ISLAM YANG DITERIMA DISISI TUHAN…SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN ANDA HIDAYAH PETUNJUK UNTUK MENERIMA ISLAM (AAMEEN YA RABB)..

pesan Jesus Christ pbuh kepada anda :
“Jikalau kamu tetap dalam sabdaku,kamu benar-benar adalah muridku.dan kamu akan mengetahui kebenaran, dan kebenaran itu akan memerdekakan kamu.”
[John 8:31-32]
– memerdekakan anda dari kekufuran…

pesan Rasullullah Muhammad SAW kepada anda :
“Terimalah kebenaran itu walau ianya pahit..”
[Hadith Sahih Bukhari dan Tirmizi]

“Dan katakanlah: yang benar telah datang dan yang batil pasti akan lenyap, sungguh yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap”.
[Al-Israa’ 17:81]

By