بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam kerana mengizinkan saya untuk membuat satu artikel untuk menjawab tuduhan fitnah dari Christian Prince terhadap Islam.Christian Prince telah membuat satu video berkenaan kesalahan Quran tentang Maryam saudara Harun. Video tersebut boleh lihat disini :
– https://www.youtube.com/watch?v=SCdXwqCq_Fk
Sebelum itu,ingin saya maklumkan bahawa berkenaan isu Maryam saudara Harun adalah isu lapuk dan telah lama dijawab disini :
– https://www.islamic-awareness.org/quran/contrad/external/mary
– https://www.youtube.com/watch?v=-AxrqmJKPn8
– https://www.youtube.com/watch?v=LBTjt6SEaII
– http://www.islamjesus.ws/articles/gqune-why-was-mary-referred-to-as-sister-of-aaron-when-she-brought-the-baby-jesus-to-her-people.cfm
– https://www.bismikaallahuma.org/quran/mary-the-sister-of-aaron/
– https://mquran.org/content/view/9233/12/
– http://quransmessage.com/articles/mary%20sister%20of%20aaron%20FM3.htm
– http://www.islamforchristians.com/mary-sister-aaron/
– http://www.answering-christianity.com/quran/qbhc06.htm
– http://www.answering-christianity.com/quran/qbhc06_1.htm
– http://www.answering-christianity.com/ac/aaron.htm
Walau bagaimanapun,dalam artikel ini kita tetap akan berikan response terhadap video dari Christian Prince sekaligus meruntuhkan tuduhan fitnah beliau dan membuktikan betapa bodohnya Christian Prince yang di agungkan sebagai hero Kristian masa kini. Semoga bermanfaat~
NO.1 – MARYAM SAUDARA HARUN
POINT NO.1
Quran tidak mengatakan Ibu Jesus Christ pbuh – Maryam adalah bersaudara dengan Musa dan Harun tapi Quran mengatakan bahawa orang-orang Israel Judah mengatakan Maryam sebagai saudara Harun…kenapa Harun???…Hadith Muhammad SAW telah pun menjawabnya :
“Dari Muhgirah bin Syu’bah R.A berkata,”Ketika aku tiba di Najran,penduduknya bertanya kepadaku, “Kalian membaca ayat Quran, “Wahai saudara perempuan Harun” padahal Musa hidup sebelum Eesa selama sekian dan sekian tahun.” Ketika aku bertemu Rasulullah SAW aku tanyakan hal itu dan baginda menjawab, “Sesungguhnya mereka biasa memanggil anak mereka dengan nama nabi dan orang-orang soleh yang hidup sebelum mereka.”
[Hadith Sahih Muslim]
Tapi tidak mengapa,point ini Christian Prince telah bantah. Ini kerana alasannya ialah Maryam tetap bukan dari keturunan Harun. Ok bagus!….kita akan berikan point seterusnya untuk buktikan bahawa Quran dan Hadith itu adalah benar serta Bible dalam kesalahan dan Christian Prince dalam kebodohan.
POINT NO.2
Dalam bahasa Arab dan Hebrew,Maryam disebut Ukhta Harun / Achot Aharon – saudara perempuan Harun (Maryam 19:28). Maryam juga disebut sebagai Achot Elisheva / Ukhta Ilishaba – saudara perempuan Elisabeth (Luke 1:36) dan Elisabet adalah Benot Aharon/ Banat Harun – anak perempuan Harun (Luke 1:5). Jadi menurut Bible,Maryam itu SAUDARA PEREMPUAN Harun sekaligus ANAK PEREMPUAN Harun. Mengapa tidak jadikan kesalahan dalam hal ini???.
Bila Ibu Jesus Christ pbuh – Maryam dalam Quran disebut sebagai SAUDARA PEREMPUAN Harun dianggap kesalahan kerana menurut Kristian,Maryam saudara perempuan Harun tidak pernah punya anak bernama Jesus dan Maryam sendiri tidak pernah hidup sezaman dengan Jesus,jadi mengapa kristian tidak kritik Gospel of Luke yang menyatakan bahawa Maryam ibu Jesus – saudara perempuan Elisabet yang disebut sebagai ANAK PEREMPUAN HARUN??. Bukankah maklumat tentang Maryam sebagai SAUDARA PEREMPUAN HARUN lebih tepat dibanding panggilan Maryam sebagai ANAK PEREMPUAN HARUN????. Jadi,anda nafikan Maryam saudara Harun dalam Quran,maka anda harus juga nafikan Maryam Anak Perempuan Harun dalam Gospel of Luke 1:5-36.
POINT NO.3
Dalam Matthew 1:1 dikatakan bahawa Jesus adalah “anak Daud anak Abraham”,apakah Jesus Christ pbuh adalah anak kandung Daud???
Tapi saya faham,pasti ada Kristian berhujah bahawa Jesus dari keturunan Daud..Ok baik…saya setuju bahawa Jesus Christ dari keturunan Daud dari keturunan Judah tetapi Jesus Christ juga dari keturunan Harun..untuk pengetahuan Kristian,Jesus Christ pbuh adalah keturunan Lewi kerana :
* Maryam adalah saudara Elisheva (Elisabeth). Ini kerana salasilah Jesus Christ adalah genetik dari Maryam disebabkan baginda tidak memiliki ayah. Jadi Joseph tidak boleh dijadikan sebagai genealogy Jesus disebabkan Joseph BUKANLAH ayah kandung Jesus Christ pbuh.
* Ha Mashiach Haqohen (Messiah sang Imam) kebanyakan dari keturunan Lewi (Number 3:3)
* Tuhan bersumpah kepada keturunan Jehoiachin bahawa tidak akan mempunyai anak yang memiliki takhta Daud (Jeremiah 22:30 dan Jeremiah 36:30). Jadi jika ingin katakan Jesus Christ dari keturunan Judah SEPENUHNYA (Maryam dari Solomon dan Joseph dari Nathan),maka telah bercanggah dengan ayat Bible ini kerana genealogy Jehoiachin dari keturunan Judah. Walau ada sebahagian salasilah Jesus Christ dalam keturunan Judah,tetapi bukan melalui darah keturunan Shealtiel bin Zerubabel bin Jehoiachin.
* Daud sebelum wafat,menyatakan keturunannya lahir orang yang diurapi dari keturunan yang diangkat tinggi (2 Samuel 23:1).
* Jeremiah 33:15 dan Jeremiah 23:5 mengatakan bahawa Tuhan akan menumbuhkan ‘Tunas’ adil bagi Daud yang mana Tuhan memberikan keturunan yang baik dari keturunan Daud. Jadi ini selaras dengan Number 3:3 yang mana kebanyakan ‘tunas yang adil’ dari keturunan Lewi.
Jadi menurut dalil-dalil dalam Bible,keturunan Jesus (melalui Maryam) adalah pastinya dari keturunan yang baik iaitu keturunan Lewi. Jawapan yang benar adalah Jesus Christ pbuh dari keturunan Harun (Nabi Harun pbuh) – adik Nabi Musa yang berasal dari keturunan Levi. Kaum Levi sangat disegani dan dihormati sebab majoriti keturunan Levi adalah dari para Nabi dan Imam Besar orang Israel.
Berikut adalah salasilah Jesus Christ pbuh yang benar :
Eesa M’sheeka bin Maryam binti Imran bin John Hyrcanus I bin Simon Maccabaeus bin Mattathias bin (son of John) bin John bin Simeon bin Hasmonaeus bin (son of Onias II) bin Onias II bin Simon ‘the Just’ bin Onias I bin Juddual bin Johanan bin Joiadah bin Eliashib bin Joachim bin Joshuah bin Josedech bin Seraiah bin Azariah bin Hilkial bin Azariah bin Zadok (II) bin Meraioth bin Ahitub (II) bin Amariah bin Azariah bin Johanon bin Azariah bin Ahimaaz bin Zadok bin Ahitub bin Amariah bin Meraioth bin Zerahiah bin Uzzi bin Bukki bin Abishuah bin Phineas bin Eleazar bin HARUN bin Imran bin Quhas bin LEWI bin YAAKUB bin YITZHAK (ISAAC) bin AVRAHAM.
Eesa M’sheeka bin Maryam binti Imran juga merupakan keturunan dari DAUD iaitu melalui ibu Azariah (isteri Ahimaaz bin Zadok bin Ahitub) yang bernama Besonea binti SULAIMAN bin DAUD bin Jesse bin Obed bin Boaz bin Salmon bin Nahshon bin Aminadab bin Ram bin Hezron bin Perez bin Judah bin YAAKUB bin YITZHAK (ISAAC) bin AVRAHAM.
Sumber :
– http://yeshivainstitute.net/sejarah-yang-terlupakan-part-2/
Jadi keturunan Jesus Christ pbuh berasal dari dua cabang iaitu Levi dan Judah BUKAN keturunan Judah sepenuhnya.
POINT NO.4
Dalam Matthew 3:7 dan Luke 3:7,John The Baptist memanggil orang Judah dari golongan Farisi dan Saduki adalah keturunan Ular Beludak. Bahkan Jesus Christ juga memanggil Judah dari golongan Farisi dan Saduki adalah keturunan Ular Beludak (Matthew 12:34 dan Matthew 23:33). Saya ingin bertanya,
– Apakah benar orang Judah golongan Farisi dan Saduki adalah dari keturunan Ular???
POINT NO.5
Maryam ibu Jesus Christ pbuh memiliki hampir sama nama dengan adik Musa pbuh iaitu Miryam. Jika ini Kristian anggap sebagai suatu kesalahan,maka Kristian juga akui kesalahan Bible seperti berikut :
“Inilah riwayat keturunan Yakub. Yusuf, tatkala berumur tujuh belas tahun–jadi masih muda–biasa menggembalakan kambing domba….”
[Genesis 37:2]
bandingkan,
“Yakub memperanakkan Yusuf suami Maria….”
[Matthew 1:16]
Soalan :
– apakah Yusuf suami Maria (Matthew 1:16) adalah orang yang sama dengan apa yang tertulis dalam Genesis 37:2??
Jadi jika nama ayah Maryam hanya memiliki sama sama nama dengan nama ayah Moses,apakah merujuk orang yang sama??..Jangan lupa,menurut Christian scholars sendiri menyatakan bahawa dalam Hagigah 77:4 merujuk Miryam @ Mary anak Eli yang merujuk adik Moses BUKAN Maryam ibu Jesus Christ pbuh.
Maknanya Talmudh tersebut merujuk nama ayah Moses pbuh,Harun pbuh dan Miryam adalah Eli BUKAN imran. Maka apakah Luke 3:23 meniru Hagigah 77:4 semata untuk menyamakan nubuat dan membenarkan salasilah Jesus dengan penipuan sehingga menjadi keliru?? Dr.Jacob Neusner dan beberapa Christian scholars sendiri menyatakan bahawa Talmudh Mithna Hagigah 77:4 merujuk Miryam @ Mary adik Moses adalah anak Eli :
“Rabbi Eliezer bar Yos’e said that he saw Miriam, the daughter of ‘LYBSLYM (Jastrow—the leeklike sprouts of onions), hanging the nipples of her breasts. Rabbi Yost b. Hanina said, “The pin of the gate of Gehenna was fastened to her ear.”.”
[The Talmud of the Land of Israel Vol. 20: “Hagigah and Moed Qatan]
– http://frontline-apologetics.com/QA8_talmud_mary.htm
– https://www.sacred-texts.com/jud/t03/hgg03.htm
Dalam Luke 3:23 menyebut Yusuf anak Eli manakala Hagigah 77:4 merujuk Miryam anak Eli. Maknanya,apakah penulis Gospel of Luke telah meniru Talmudh Mithna Hagigah 77:4 kemudian menyeleweng dengan mengambil nama ayah yang sama dengan menukarkan nama “Maria” kepada “Yusuf”??
Jika Christian Prince setuju,maka jelas penulis Gospel of Luke telah melakukan penyelewengan,Bible bukan kitab suci dan Kristian awal tidak dibimbing ruh kudus.
Jika Christian Prince tidak setuju,maka secara tidak langsung Christian Prince telah setuju bahawa nama ayah antara Maryam binti Imran dengan Musa binti Imran bukan merujuk orang yang sama dan sekaligus menyokong Quran bahawa Quran tidak mengalami kesalahan.
Berkenaan dengan ayah Mary iaitu Imran @ Joachim,disini saya berikan bukti sumber yang mana Apocryphal Gospels (The Gospel of Nativity of Mary dan The Gospel of James @ the Infancy Gospel of James) memberitahu bahawa ayah kandung Maria adalah Joachim (Ioacim) atau Imran dan ibu kandung Maria adalah Anna (Anne).
Sumber :
– http://www.earlychristianwritings.com/text/infancyjames-mrjames.html
– http://www.theworkofgod.org/Library/catholic/nativity_of_mary.htm
Jadi mana satu yang benar….Miryam anak Eli ATAU Miryam anak Imran??
NO.2 – PERCANGGAHAN QURAN
Christian Prince mengatakan bahawa ayat “Maryam saudara Harun” dalam surah Maryam 19:27-28 bercanggah dengan surah Al-Ahzab 33:4-5 yang mana dalam ayat tersebut Allah memerintahkan untuk memanggil anak-anak dengan panggilan nama bapa mereka.
Ok very good! Mari kita baca ayat tersebut :
“Panggilah anak-anak angkat itu dengan ber”bin”kan kepada bapa-bapa mereka sendiri. Cara itulah yang lebih adil di sisi Allah. Dalam pada itu,jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka,maka panggilah mereka sebagai saudara-saudara kamu yang seagama dan sebagai “maula-maula” kamu. Dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya melainkan yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”
[Al-Ahzab 33:5]
Untuk pengetahuan Christian Prince,ayat ini tidak bercanggah dengan Maryam 19:27-28. Ayat Al-Ahzab 33:4-5 ini merujuk larangan anak angkat dipanggil melalui nama ayah angkatnya dan Allah memerintahkan memanggil anak-anak angkat dengan panggilan nama ayah mereka. Imam Al-Suyuti dan Imam Al- Mahali mengatakan :
“Ayat “ادْعُوهُمْ لِآبَائِهِمْ” sepertimana yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Ibnu Umar. Beliau berkata : Kami memanggil Zaid Bin Harithah dengan panggilan Zaid Bin Muhammad sehinggalah turun ayat yang melarang kami berbuat demikian.”
[Tafseer Jalalayn]
Imam Al-Qurtubi mengatakan :
“Ayat ‘Panggilah anak-anak angkat itu dengan ber”bin”kan kepada bapa-bapa mereka sendiri’ diturunkan kepada perihal Zaid Bin Harithah. Sepertimana kata Ibnu Umar bahawa para sahabat memanggil Zaid bin Harithah dengan Zaid bin Muhammad menjadi dalil bahawa anak angkat telah diamalkan sejak zaman jahiliyyah. Datang Islam meneruskan amalan tersebut dan mendukungnya sehinggalah turun ayat “ادْعُوهُمْ لِآبَائِهِم”. Maka Allah menjelaskan hukum tersebut dan melarang untuk menasabkan anak angkat kepada angkat dengan menggunakan perkataan ‘lebih adil’. Yang lebih utama adalah menasabkan anak angkat tersebut kepada bapanya sendiri.”
[Al-Jami’ li Ahkam al-Quran No.14/119]
Ibn Kathir mengatakan :
“Ayat ini (Al-Ahzab 33:4-5) diturunkan untuk memutuskan penasaban anak angkat kepada ayah angkat.”
[Tafsir Al-Quran Al-‘Azim No.3/564]
daripada Ibnu Abbas R.A,Rasullullah Muhammad Sallallahu’Alayhi’Wasalam bersabda :
“Sesiapa yang memanggil seseorang dengan selain nama ayahnya atau selain dari maulanya maka ke atasnya laknat Allah,para malaikat dan manusia seluruhnya.”
[Hadith Hasan Ibnu Majah No.2609]
Jadi ayat itu jelas memberitahu larangan perbuatan ber”bin” atau ber”binti” anak angkat kepada ayah angkat dan tidak beranggah dengan Maryam 19:27-28. Dan ayat tersebut (Al-Ahzab 33:4-5) juga menjawab Christian Prince kerana dalam ayat seterusnya di ayat tersebut,Allah memberitahu seperti berikut :
“….panggilah mereka sebagai saudara-saudara kamu yang seagama dan sebagai “maula-maula” kamu…”
Maka memanggil “Maryam saudara Harun” tidak bercanggah dengan Al-Ahzab 33:4-5 kerana selain suruhan memanggil nama bapa mereka,mereka juga diperintahkan oleh Allah untuk memanggil mereka sebagai saudara-saudara yang seagama dan sebagai “maula” kita. Jadi Rabbi-rabbi Judah memanggil Maryam saudara Harun tidak menjadi kesalahan dan tidak bertentangan dengan Al-Ahzab 33:4-5!
Untuk lebih terperinci,boleh rujuk disini :
– http://kaheel7.com/eng/index.php/secrets-of-quran-a-sunnah/642-adopted-sons-must-be-called-by-their-fathers-name
– https://www.islamawareness.net/Names/names_article003.html
LET ME TURN TABLE!
Sekarang giliran saya “putar meja” kepada Christian Prince. Mari kita bongkar kesalahan Bible yang mana berkenaan salasilah Jesus Christ pbuh kononnya berasal dari keturunan Daud pbuh sepenuhnya. Dalam salasilah Jesus Christ sahaja ada 16 percanggahan sekaligus menjadi kesalahan Bible namun disini kita usulkan 09 points sebagai bukti bahawa Jesus bukan keturunan dari Daud pbuh sepenuhnya…mari kita usulkan percanggahan Bible sebagai Point No.1 :
POINT NO.1
“Inilah silsilah Yesus Kristus, anak Daud, anak Abraham.”
[Matthew 1:1]
– Matthew kata Jesus anak Daud
tapi bercanggah plak dengan kata-kata Jesus yang menyangkal bahawa dirinya ialah anak Daud dalam ayat-ayat Synoptic,mari kita baca :
“Jadi jika Daud menyebut Dia Tuannya, bagaimana mungkin Ia anaknya pula?”
[Matthew 22:45]
“Daud sendiri menyebut Dia Tuannya, bagaimana mungkin Ia anaknya pula?” Orang banyak yang besar jumlahnya mendengarkan Dia dengan penuh minat.”
[Mark 12:37]
“Jadi Daud menyebut Dia Tuannya, bagaimana mungkin Ia anaknya pula?”
[Luke 20:44]
secara logik seorang anak tidak akan disebut oleh ayah sebagai tuan bagi ayah itu sendiri sehingga Jesus pun menolak keras jika ia disamakan dengan anak Daud putera Isai. Ini kerana Jesus memang bukan anak Daud putera Isai…dia layak disebut sebagai tuan bagi Daud dan bukan sebagai anak Daud putera Isai.
Jadi,keturunan siapakah Jesus yang sebenarnya?
POINT NO.2
Dalam Matthew 1:11 menyebut,
“Yosia memperanakkan Yekhonya pada waktu peristiwa Pembuangan ke Babylon oleh Raja Nebukadnezar..”
bercanggah dengan :
2 Kings 23:29-37 (Syntesis principle 2 Kings 24:1-14) yang mengatakan bahawa Yosia tewas ditangan Fir’aun ketika 11.5 tahun sebelum Peristiwa Pembuangan ke Babylon yang kemudiannya mayat Yosia akhirnya dikubur di Jerusalem.
Perkiraan 11.5 tahun berasal dari penjumlahan masa pemerintahan raja-raja pengganti Yosia hingga peristiwa Pembuangan Babylon iaitu 3 bulan masa pemerintahan Yoahas bin Yosia (2 Kings 23:31) ditambah 11 tahun masa pemerintahan Yoyakim/Elyakim bin Yosia (2 Kings 23:36) ditambah 3 bulan masa pemerintahan Yoyakhin bin Yoyakim bin Yosia (2 Kings 24:8). Yoyakhin, cucu dari Yosia inilah yang mengalami masa pembuangan ke Babylon.
Maknanya,ini merupakan satu percanggahan! Adalah mustahil Yosia boleh memperanakkan Yekhonya di Babylon sebab dia sudah menjadi mayat selama 11.5 tahun di kuburan Jerusalem pada waktu bani Israel dibuang ke Babylon.
POINT NO.3
Matthew 1:11 mengatakan Yosia memperanakkan Yekhonya tetapi dalam 1 Chronicles 3:15-16 mengatakan Yosia-Yoyakim-Yekhonya.
Jadi Yosia tidak mungkin boleh memperanakkan Yekhonya sebab menurut kitab 1 Chronicles 3:15-16 bahawa yang memperanakkan Yekhonya adalah Yoyakim bin Yosia. Makanya ini merupakan satu kesalahan dan percanggahan!
POINT NO.4
Dalam Luke 3:7 mengatakan bahawa Sealtiel adalah anak Neri sedangkan dalam
1 Chronicles 3:17 dan Matthew 1:12 pula mengatakan bahawa Sealtiel adalah anak Yekhonya. Makanya ini merupakan satu kesalahan dan percanggahan!
POINT NO.5
Dalam Matthew 1:8 mengatakan bahawa Yoram memperanakkan Uzia tetapi dalam
2 Chronicles 21:4 (syntesis priciples 2 Chronicles 26:1) mengatakan bahawa :
Yoram – Ahazia – Yoas – Amazia – Uzia.
Missionaries Kristian biasanya akan menyangkal dengan mengatakan bahawa yang dimaksudkan dalam Matthew 1:8 adalah Yoram merupakan leluhur/moyang Uzia bukan ayah Uzia. Tetapi jika kita membaca Matthew 1:8 dalam ayat asli iaitu Koine Greek,disitu tertulis jelas kata “ἐγέννησεν” (gennao/egennesen) yang bermaksud “memperanakkan”. Makanya ini merupakan satu kesalahan dan percanggahan!
POINT NO.6
Salasilah merupakan rangkaian garis keturunan seseorang yang dimulai MESTI DARI JALUR BAPA terus sampai kepada generasi berikutnya ke atas yang saling bertalian secara kandung. Tetapi dalam keturunan Jesus,Yusuf @ Joseph si tukang kayu dijadikan sebagai bahagian dari salasilah Jesus dari jalur bapa. Sejarah membuktikan bahawa Jesus tidak pernah memiliki bapa,tetapi terlahir dari seorang gadis perawan bernama Maria (Maryam) tanpa hubungan dengan seorang lelaki. Persoalannya,bagaimana Bible anda mencatatkan Yusuf sebagai bapa dalam salasilah Jesus??
Mari kita baca :
“Inilah silsilah Yesus Kristus, anak Daud,anak Abraham.”
[Matthew 1:1]
“Yakub memperanakkan Yusuf suami Maria,yang melahirkan Yesus yang disebut Kristus.”
[Matthew 1:16]
Ayat di atas tidak menjelaskan bahawa Yusuf adalah sebahagian salasilah Jesus,makanya Marialah yang menjadi bahagian salasilahnya. Tidak terdapat ayat bahawa Yusuf memperanakkan Jesus tetapi sebaliknya Marialah yang melahirkan Jesus,jadi automatik salasilah Jesus dimulai dari Maria. Dapat disimpulkan bahawa Yusuf bukan bapa Jesus dan bukan pula bahagian salasilah Jesus.
“Ketika Yesus memulai pekerjaannya,Ia berumur kira-kira tiga puluh tahun dan menurut anggapan orang, Ia adalah anak Yusuf, anak Eli.”
[Luke 3:23]
Ayat di atas juga hanya menunjukkan KERAGUAN DAN SEKADAR MENJANGKA/MENDUGA dari penulis semata-mata bahawa Jesus anak Yusuf “MENURUT ANGGAPAN ORANG” dan “KIRA-KIRA”. Apakah sebuah kitab dapat dikatakan suci yang datang dari Allah jika kalimatnya hanya menurut anggapan orang dan kira-kira (tidak tepat) bukan menurut Firman Allah sendiri??.
Jika Alkitab anda menyatakan dengan tegas bahawa Yusuf sebahagian salasilah Jesus yang tidak boleh terpisahkan sebagai bapa Jesus,maka timbul pertanyaan selanjutnya iaitu siapa pula datuk Jesus??? Dari pernyataan ayat-ayat berikut menunjukkan kesalahan :
“Yakub memperanakkan Yusuf suami Maria, yang melahirkan Yesus yang disebut Kristus.”
[Matthew 1:16]
Ayat di atas menyatakan bahawa Yakublah yang memperanakkan Yusuf. Jadi maksudnya bahawa Yakub adalah bapa Yusuf sekaligus sebagai datuk Jesus namun jika kita bandingkan dengan ayat berikut,ceritanyadah kelihatan mencurigakan. Mari kita baca :
“Ketika Yesus memulai pekerjaannya, Ia berumur kira-kira tiga puluh tahun dan menurut anggapan orang, Ia adalah anak Yusuf, anak Eli.”
[Luke 3:23]
Di sana dinyatakan bahawa Yusuf anak kepada Eli,kenapa bukan anak kepada Yakub?? Apakah Yusuf punya dua orang bapa dari satu ibu??. Apakah Jesus mempunyai dua orang datuk dari satu orang ayah??
Jelas kesesatan dan kesalahan Bible,bahawa ada percanggahan dari hal ayah dan datuk Jesus yang mana dalam Matthew 1:16 menyatakan bahawa Jesus bin Yusuf bin Yakub tetapi dalam Luke 3:23 menyatakan bahawa Jesus bin Yusuf bin Eli. Bagaimana mahu jelaskan ini??
POINT NO.7
Dari Daud pbuh : 42 Keturunan ATAU 27 Keturunan?
Salasilah Jesus menurut Gospel of Matthew
Matthew 1:1-16
(1) Inilah silsilah Yesus Kristus, anak Daud, anak Abraham.
(2) Abraham mem-peranakkan Ishak, Ishak memperanakkan Yakub, Yakub memperanakkan Yehuda dan saudara-saudaranya,
(3) Yehuda memperanakkan Peres dan Zerah dari Tamar, Peres memperanakkan Hezron, Hezron memperanakkan Ram,
(4) Ram memperanakkan Aminadab, Aminadab memperanakkan Nahason, Nahason mem–peranakkan Salmon,
(5) Salmon memper–anakkan Boas dari Rahab, Boas mem–peranakkan Obed dari Rut, Obed mem–peranakkan Isai,
(6) Isai memperanakkan raja Daud. Daud memperanakkan Salomo dari isteri Uria,
(7) Salomo memperanak–kan Rehabeam, Rehabeam memperanak–kan Abia, Abia memperanakkan Asa,
(8) Asa memperanakkan Yosafat, Yosafat memperanakkan Yoram, Yoram memper–anakkan Uzia,
(9) Uzia memperanakkan Yotam, Yotam memperanakkan Ahas, Ahas memperanakkan Hizkia,
(10) Hizkia memperanakkan Manasye, Manasye mem–peranakkan Amon, Amon memperanakkan Yosia,
(11) Yosia memperanakkan Yekhonya dan saudara-saudaranya pada waktu pembuangan ke Babel.
(12) Sesudah pembuangan ke Babel, Yekhonya memperanakkan Sealtiel, Sealtiel mem–peranakkan Zerubabel,
(13) Zerubabel memperanakkan Abihud, Abihud memper–anakkan Elyakim, Elyakim memperanak–kan Azor,
(14) Azor memperanakkan Zadok, Zadok memperanakkan Akhim, Akhim memperanakkan Eliud,
(15) Eliud memperanakkan Eleazar, Eleazar mem–peranakkan Matan, Matan memperanak–kan Yakub,
(16) Yakub memperanakkan Yusuf suami Maria, yang melahirkan Yesus yang disebut Kristus
Salasilah Jesus Menurut Gospel of Luke
Luke 3:23-31
(23) Ketika Yesus memulai pekerjaan-Nya, Ia berumur kira-kira tiga puluh tahun dan menurut anggapan orang, Ia adalah anak Yusuf, anak Eli,
(24) anak Matat, anak Lewi, anak Malkhi, anak Yanai, anak Yusuf,
(25) anak Matica, anak Amos, anak Nahum, anak Hesli, anak Nagai,
(26) anak Maat, anak Matica, anak Simei, anak Yosekh, anak Yoda,
(27) anak Yohanan, anak Resa, anak Zerubabel, anak Sealtiel, anak Neri,
(28) anak Malkhi, anak Adi, anak Kosam, anak Elmadam, anak Er,
(29) anak Yesua, anak Eliezer, anak Yorim, anak Matat, anak Lewi,
(30) anak Simeon, anak Yehuda, anak Yusuf, anak Yonam, anak Elyakim,
(31) anak Melea, anak Mina, anak Matata, anak Natan, anak Daud,
Jadi disini kita tahu bahawa dalam Matthew 1:1-16 ada 27 keturunan seperti berikut :
1. Daud
2. Salomo
3. Rehabeam
4. Abia
5. Asa
6. Yosafat
7. Yoram
8. Uzia
9. Yotam
10. Ahas
11. Hizkia
12. Manasye
13. Amon
14. Yosia
15. Yekhonya
16. Sehatiel
17. Zerubabel
18. Abihud
19. Elyakin
20. Azor
21. Zadok
22. Akhim
23. Eliud
24. Eleazer
25. Matan
26. Yakub
27. Yusuf
28. Jesus
Luke 3:23-31 pula menjelaskan 42 keturunan :
1. Daud
2. Natan
3. Matata
4. Mina
5. Melea
6. Elyakin
7. Yonam
8. Yusuf
9. Yehuda
10. Simeon
11. Lewi
12. Matat
13. Yorim
14. Eliezer
15. Yesua
16. Er
17. Elmadam
18. Kosam
19. Adi
20. Malkhi
21. Neri
22. Seatiel
23. Zerubabel
24. Resa
25. Yohanan
26. Yoda
27. Yosekh
28. Simei
29. Matica
30. Maat
31. Nagai
32. Hesli
33. Nahum
34. Amos
35. Matica
36. Yusuf
37. Yanai
38. Malkhi
39. Lewi
40. Matat
41. Eli
42. Yusuf
43. Jesus
Kalau kita perhatikan dengan saksama, jelas sekali terlihat perbezaan antara salasilah Jesus menurut Gospel of Matthew dan salasilah Jesus menurut Gospel of Luke. Urutannya kacau dan tidak sama serta terdapat perbezaan nama dan jumlah keturunannya. Diuruti sesuai nama tidak serasi keduanya sedangkan kedua-duanya adalah Synoptic Gospel…bahkan dihitung menurut urutan keturunan juga tidak tepat.
Jika demikian,mana satu yang benar??
Salasilah menurut Gospel of Matthew ataukah salasilah menurut Gospel of Luke? Dua-duanya salah adalah sangat berpotensi. Dua-duanya benar adalah pasti mustahil. Jika salah satunya benar,yang mana satu??
Gospel of Matthew atau Gospel of Luke???
Itulah dua salasilah ayat dari Gospel yang berbeza kerana hanya kedua kitab Injil ini saja yang menjelaskan dan menuliskannya dengan terperinci tentang salasilah Jesus. Jika kita mau membacanya dengan teliti,kita akan menemukan adanya kesalahan dalam penulisan si penulis Bible seperti berikut :
1. Di dalam Gospel of Matthew 1:1-16 diatas,jelas sekali menggambarkan bahawa antara raja Daud sama sekali tidak memiliki hubungan keturunan biology dengan Jesus. Nama keturunan yang disebutkan terakhir diatas adalah Yusuf. Yusuf adalah keturunan biology Daud dan ia adalah suami Mary. Adapun Yusuf menikahi Mary di saat Maria sudah dalam keadaan hamil dari Roh Kudus sebagaimana berikut :
“Kelahiran Yesus Kristus adalah seperti berikut : Pada waktu Maria, ibu-Nya, bertunangan dengan Yusuf, ternyata ia mengandung dari Roh Kudus, sebelum mereka hidup sebagai suami isteri.”
[Matthew 1: 18]
Jadi bagaimana Jesus menjadi keturunan Daud sedangkan Mary telah mengandungkan Jesus dari Roh Kudus sebelum dinikahi oleh Yusuf sendiri? Maknanya,benih biologis pada janin Jesus bukanlah dari gen Yusuf atau Christian Prince ingin katakan bahawa Yusuf telah berzina dengan Mary??
Jadi jelas bahawa Jesus BUKAN keturunan Daud!
Point No.8
Dari Abraham pbuh : 41 keturunan VS 57 Keturunan???
Gospel of Matthew bab 1 dan Gospel of Luke bab 3 memaparkan rangkaian salasilah Jesus sebagai anak keturunan Adam,anak keturunan Abraham dan anak keturunan Daud. Matthew bab 1 mencatat 41 keturunan dari Abraham hingga Jesus manakala Luke bab 3 mencatat bahawa Jesus adalah keturunan ke-57 dari Abraham. Mana yang harus dipercaya dan dijadikan pegangan dari dua percanggahan salasilah itu?? Kita harus faham bahawa Matthew dan Luke adalah Synoptic Gospel yang mana memiliki rantaian Isnad….
Salasilah dalam Matthew bab 1 dan Luke bab 3 penuh kekacauan dan ketidakpastian pengarangnya. Seharusnya roh kudus tidak salah dalam membimbing mereka tapi ternyata roh kudus pun tidak mampu berbuat benar sebagaimana anggapan bahawa roh kudus adalah salah satu dari Tuhan yang Esa. Apakah Tuhan salah mewahyukan?? Tentunya setiap oknum yang salah atau itu bukanlah Tuhan!
POINT NO.9
Menurut salasilah,Paris disebut anak Judah dari isterinya Tamar. Dalam Genesis 38:13-29 mengatakan,Paris adalah anak zina hasil perzinaan Judah dengan Tamar menantunya sendiri. Maka segala turunan Paris menurut Gospel termasuk Jesus sendiri adalah menjadi keturunan anak zina dan anak penzina.
Rahab yang menjadi ibu bagi Boaz menurut Yusak 2:1,Yusak 2:22-23 dan Ibrani 11 – 31 merupakan seorang pelacur. Jadi Boaz dan keturunannya termasuk Jesus sendiri adalah menjadi turunan pelacur. Bekas isteri Uria yang menjadi isteri Daud dan beranakkan Sulaiman,menurut 2 Samuel 11:4, adalah seorang perempuan yang telah berzina dengan Daud hingga mengandung dan melahirkan Sulaiman termasuk Jesus sendiri adalah keturunan perempuan yang telah berzina dan anak penzina.
Dari keterangan di atas,dapat diketahui bahawa Judah sudah berzina,Tamar sudah berzina,Paris anak zina,Rahab adalah pelacur,Boaz anak Rahab anak pelacur,bekas isteri Uria sudah berzina dan raja Daud telah berzina juga hingga melahirkan Sulaiman. Maka sebab itu Judah Israel menganggap Jesus adalah False Messiah kerana Jesus adalah keturunan zina.
לָכֵן כֹּה־אָמַר יְהוָה עַל־יְהֹויָקִים מֶלֶךְ יְהוּדָה לֹא־יִהְיֶה־לֹּו יֹושֵׁב עַל־כִּסֵּא דָוִד וְנִבְלָתֹו תִּהְיֶה מֻשְׁלֶכֶת לַחֹרֶב בַּיֹּום וְלַקֶּרַח בַּלָּיְלָה׃
(lachen koh amar Yahweh al-yehovyakim melech yehudah, lo-yihyeh lov yovshev al-kisse david; venivlatov tihyeh mushlechet,lachorev baiyovm velakkerach ballayelah)
“Sebab itu beginilah firman TUHAN tentang Yoyakim, raja Yehuda: Ia tidak akan mempunyai keturunan yang akan duduk di atas takhta Daud, dan mayatnya akan tercampak, sehingga kena panas di waktu siang dan kena dingin di waktu malam.”
[Jeremiah 36:30]
Jadi Hebrew 7:14 yang digunakan oleh Missionaris untuk buktikan Jesus keturunan Judah telah runtuh!!…Maka pilihlah,
(A) Jika anda mahu katakan bahawa Jesus adalah keturunan Judah,maka anda membenarkan kitab Talmudh dan fahaman Jewish Israel bahawa Jesus adalah keturunan pendosa.
(B) Jika anda kata Jesus adalah keturunan Levi,makanya anda membenarkan apa yang Quran katakan tentang Jesus.
Apakah Christian Prince dan Kristian mampu menjawab soalan mudah ini??
KESIMPULAN
Maka jelas bahawa Quran surah Maryam 19:27-28 yang menyebut “Maryam saudara Harun” tidak menjadi kesalahan dan saya telah berikan beberapa bukti kesalahan dan percanggahan Bible dalam bab salasilah Jesus Christ pbuh.
Seperti Paul kata :
“Saya memintamu untuk tetap tinggal di Ephesus, ketika Saya pergi ke Macedonia,supaya kamu memerintahkan orang-orang supaya mereka tidak mengajarkan doktrin lain atau memberikan perhatian kepada legenda-legenda dan silsilah tiada akhir.”
[1 Timothy 1:3-4]
“Tapi hindari pertanyaan-pertanyaan bodoh dan silsilah-silsilah dan perdebatan mengenai hukum,sebab semuanya tak bermanfaat dan sia-sia.” [Titus 3:9]
Paul memang benar dalam hal ini kerana Kristian generasi awal harus menghindari ayat-ayat Bible yang menceritakan salasilah Jesus mahu pun salasilah lainnya dalam Bible yang terbukti salah dan mengalami percanggahan antara satu sama lain.
Semua penjelasan di atas cukup meruntuhkan segala hujatan si bodoh Christian Prince dan sebenarnya masih banyak lagi point saya untuk membuktikan :
– Quran tidak salah dalam isu Maryam saudara Harun pbuh
– Maryam dari keturunan Harun pbuh
– Bible mengalami kesalahan dalam salasilah Jesus Christ pbuh
– Penipuan Kristian dalam Talmudh Mithna Hagigah 2:4 dan Hagigah 77:4
Namun itu semua telah diterangkan secara terperinci oleh saudara muslim apologetics saya disini :
– https://outreachjudaism.org/marys-genealogy/
– http://quranandbible.blogspot.my/2014/02/the-genealogy-of-jesus-in-bible.html
– http://www.answering-christianity.com/abdullah_smith/the_genealogies_of_jesus_christ.htm
– http://www.answering-christianity.com/sami_zaatri/judah_and_his_daughter_in_law.htm
– http://datakristen.blogspot.com/2011/02/analisis-silsilah-yesus.html
– http://yasirmaster.blogspot.com/2011/06/analisis-silsilah-yesus.html
– http://gerbangkebenaran.blogspot.com/2011/07/menjawab-tentang-maryam-saudara-harun.html
Cukup jawapan yang saya berikan di atas telah meruntuhkan tuduhan fitnah Christian Prince. Si keldai Christian Prince masih GAGAL membuktikan kesalahan ajaran Islam. Saya memberikan pertaruhan cabaran kepada Christian Prince untuk carikan SATU kesalahan Islam secara mutlak tanpa bantahan hujah ilmiah dari kami. Saya berikan tempoh sehingga Kiamat.
Saya,semua saudara muslim yang lain dan sesiapa yang mengetahui hakikat kebenaran hanya akan mentertawakan Christian Prince dan sesiapa yang menjadi Penggemar Tegar Christian Prince yang bodoh itu.
Islam agama yang benar! Quran TIDAK ADA kesalahan WALAU SEINCI. Yang salah adalah kedegilan missionaries dari mengkaji kebenaran.
pesan Jesus Christ pbuh :
“Jikalau kamu tetap dalam sabdaku,kamu benar-benar adalah muridku.dan kamu akan mengetahui kebenaran, dan kebenaran itu akan memerdekakan kamu.”
[John 8:31-32]
– memerdekakan anda dari kekufuran…
pesan Rasullullah Muhammad SAW :
“Terimalah kebenaran itu walau ianya pahit..”
[Hadith Sahih Bukhari dan Tirmizi]
Firman Allah Azza’Wa’Jalla :
“Telah datang kebenaran dan lenyaplah kebatilan.Sesungguhnya kebatilan itu sememangnya pasti lenyap.”
[Al-Isra’ 17: 81]