Reading Time: 5 minutes

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam kerana mengizinkan saya untuk membuat satu artikel yang bertajuk “Benarkah Dr.Zakir Naik adalah satu ancaman?”. Semoga apa yang disampaikan dan dikongsikan diredhai Oleh-Nya dan dapat memberi manfaat serta membantu membuka minda kepada seluruh pembaca dan memberi jawapan maklumbalas kepada yang berkenaan .

Pelbagai kejadian yang berlaku kita dengar dan baca baik dalam SocMed,berita atau media massa yang lain sejak kebelakangan ini. Yang paling hangat ialah kita dikejutkan dengan isu Dr.Zakir Naik (DZN) yang dikatakan menjadi satu ancaman bagi masayrakat majmuk di negara ini. Apakah benar dakwaan tersebut?. Dan yang paling terbaru,kita mendapat maklumat dari berita bahawa Dr.Zakir Naik dihalang untuk memasuki Sarawak. Maklumat tersebut boleh dirujuk disini :
– https://www.utusan.com.my/berita/nasional/zakir-dihalang-masuk-ke-sarawak-1.954812

Dan kita juga mendapat maklumat bahawa Ketua Menteri Sabah iaitu Datuk Seri Shafie Apdal mengatakan beliau tidak teragak-agak untuk menyekat kedatangan Dr.Zakir Naik ke Sabah sekiranya terdapat laporan pendakwah itu menggunakan unsur-unsur extremis dalam isu keagamaan. Sumber tersebut boleh dirujuk dsini :
– https://www.utusan.com.my/berita/nasional/dr-zakir-akan-disekat-ke-sabah-jika-ada-unsur-ekstremis-agama-shafie-1.955090
– https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/175882

Setelah kita menilai dan membaca berita-berita laporan tersebut,kita mendapati dua (02) rumusan iaitu :
01 – Dikatakan bahawa Dr.Zakir Naik dihalang datang ke negeri Sarawak kerana beliau (DZN) telah mengeluarkan kenyataan yang didakwa mempunyai unsur hasutan sekaligus boleh menimbulkan situasi bahaya terhadap keharmonian etnik dan agama di negeri tersebut.
02 – Dikatakan bahawa Dr.Zakir Naik dihalang datang ke negeri Sabah sekiranya didapati ada aduan laporan terhadap pendakwah itu menggunakan unsur-unsur extremis dalam isu keagamaan.

Okay baik…Disini kita akan berikan respon kepada rumusan pertama dahulu yang mana dikatakan bahawa Dr.Zakir Naik dihalang datang ke negeri Sarawak kerana beliau (DZN) telah mengeluarkan kenyataan yang didakwa mempunyai unsur hasutan sekaligus boleh menimbulkan situasi bahaya terhadap keharmonian etnik dan agama di negeri tersebut. Kenyataan Dr.Zakir Naik yang didakwa kononnya mempunyai unsur hasutan yang dimaksudkan ada dua (02) iaitu :
– mengenai rangkap ayat dari ceramah Dr.Zakir Naik di Kelantan pada 08hb Ogos 2019 (Khamis) yang mengatakan,
“Kamu tahu tak yang ada orang yang panggil saya seorang tetamu? Jadi saya kata,sebelum saya (datang), kaum Cina adalah tetamu. Jika kamu mahu tetamu baru keluar dulu, minta tetamu lama pulang.”

– mengenai kenyataan berkaitan penganut Hindu yang menurutnya lebih percaya dengan Perdana Menteri India berbanding Malaysia.

Kita akan berikan konteks ceramah Dr.Zakir Naik tersebut seperti berikut,
“Askar Muslim mana yang ke Indonesia yang merupakan negara Muslim terbesar di dunia? Askar Muslim mana yang ke Malaysia?. Askar Muslim mana yang ke pantai timur Afrika? Di mana banyak negara,penduduk majoriti ialah Muslim. Pedang mana? They did by the class. Pedagang yang datang. Askar mana yang ke Malaysia? Askar mana yang ke Indonesia? Kebanyakannya (penduduk ketika itu) bukan Islam, kemudian kebanyakannya menjadi Muslim, MasyaAllah. Dan kemudian, lebih ramai yang datang selepas itu. Malaysia menjadi Muslim sepenuhnya. Kemudian Cina datang, India datang, orang Inggeris (British) datang. Mereka adalah tetamu baru kita. Kamu tahu tak yang ada orang yang panggil saya seorang tetamu? Jadi saya kata, sebelum saya (datang), kaum Cina adalah tetamu. Jika kamu mahu tetamu baru keluar dulu, minta tetamu lama pulang. Kaum Cina, kebanyakan dari mereka tidak lahir di sini, mungkin generasi baru, ya (lahir di sini). Jika kamu mahu tetamu itu pulang, dan tetamu lain yang membawa keamanan dalam sesuatu komuniti tersebut, mereka (tetamu itu) membawa manfaat kepada keluarga itu.”

Selepas itu,Dr.Zakir Naik meneruskan syarahannya berkenaan bagaimana Islam tidak disebarkan melalui pedang secara literal tetapi melalui pedang “intelek,kasih sayang,hujah dan ihsan.”

Setelah kita lihat konteks diatas,TIDAK TERDAPAT pun ayat hasutan yang disampaikan oleh Dr.Zakir Naik kerana :
– Konteks yang disampaikan oleh DZN ialah mengenai bagaimana Islam disebarkan secara aman di kepulauan Melayu melalui pedagang.

– DZN membuat kenyataan mengenai kaum Cina di Malaysia itu apabila bercerita tentang bagaimana agama Islam tersebar dengan aman di sekitar daerahnya melalui pedagang.

– Rangkap ayat dari kenyataan DZN yang berbunyi,
“Kamu tahu tak yang ada orang yang panggil saya seorang tetamu? Jadi saya kata, sebelum saya (datang),kaum Cina adalah tetamu. Jika kamu mahu tetamu baru keluar dulu,minta tetamu lama pulang.”

Maksud ayat tersebut ialah merujuk kepada “ahli politik Cina berpengaruh” yang bersetuju dengan pihak yang menggelarnya “tetamu” di Malaysia. Ayat tersebut adalah ayat tempelak khusus kepada “ahli politik Cina yang berpengaruh” yang DZN tujukan. Maka sebab itu mengapa DZN menyebut “ada orang” dalam ceramah rangkap ayat dari beliau merujuk kepada pihak tertentu yang dimaksudkan. Berikut saya tampilkan kenyataan dari DZN melalui sumber Free Malaysia Today pada 15 Ogos 2019 :
“Dalam jawapan saya kepada beliau dan mereka yang menyokong kenyataannya,saya berkata ‘jika anda mahu tetamu baru ini pergi,minta tetamu lama pulang terlebih dahulu’. Ini ialah tempelak terhadap hujahnya yang mengelirukan. Sebagai tetamu,saya perlu keluar dari negara ini. Saya tidak pernah kata orang Cina perlu keluar tetapi saya hanya tunjukkan kelemahan dalam kenyataannya dengan mengingatkan beliau juga seorang “tetamu” seperti saya,” kata Zakir Naik merujuk veteran DAP,Lim Kit Siang yang menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadapnya atas kenyataannya yang didakwa menghina penganut Hindu di negara ini.”
– https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/08/15/saya-tak-bersalah-kenyataan-cina-tetamu-diputar-belit-kata-zakir-naik/

Jadi jelas bahawa,kenyataan DZN tersebut merujuk khusus kepada Veteren DAP iaitu LIM KIT SIANG.

Jika mahu melibatkan konsep keharmonian dalam negara ini,tidak kelihatan sedikit pun pembawaan DZN mencetuskan perpecahan dan permusuhan sesama rakyat selama beliau (DZN) berada dalam negara ini tetapi SEBAHAGIAN GOLONGAN puak ekstremis telah melakukan pelbagai dakwaan kebencian terhadap DZN dengan pelbagai tuduhan umpama “cacing kepanasan”. Maka olahan dari golongan puak-puak inilah yang buat sesebuah keharmonian jadi kacau bilau BUKAN dari Dr.Zakir Naik. Sekiranya SEBAHAGIAN GOLONGAN puak ekstremis di negara ini tidak membuat sebarang tuduhan dan dakwaan yang berbaur kebencian terhadap DZN,apakah wujudnya perpecahan keharmonian dalam negara ini?

Kedua,mengenai kenyataan Dr.Zakir Naik berkaitan penganut Hindu yang menurutnya lebih percaya dan lebih taat dengan Perdana Menteri India berbanding Malaysia. dan itu sememangnya benar kenyataan dari DZN tersebut. Mengapa? Kerana Perdana Menteri Malaysia – Tun Dr.Mahathir telah menyatakan (pengulangan semula sebagai penegasan) dengan tegas bahawa Dr.Zakir Naik TIDAK AKAN DIUSIR DARI MALAYSIA. Sila rujuk sumber tersebut :
– https://m.malaysiakini.com/news/487809?fbclid=IwAR2mbYdHSwioE5fhDxmjeyqYezK3jkqDUUpf2u8XCN6HoYYWaIuZ6T0q8Dw

Namun setelah Pemimpin Malaysia mengeluarkan kenyataan tersebut secara muktamad,ada juga SEBAHAGIAN GOLONGAN pihak penganut Hindu dinegara ini yang cuba menentang untuk meminta Dr.Zakir Naik dihantar pulang ke India seperti mana Perdana Menteri India – Narendra Modi meminta Dr.Zakir Naik pulang ke India. Bukankah ini lebih menunjukkan mereka (sebahagian golongan penganut Hindu di negara ini) lebih mentaati kepada Perdana Menteri India daripada Perdana Menteri negara ini?. Jadi dimanakah kenyataan Dr.Zakir Naik yang berbaur hasutan terhadap rakyat Malaysia?

Seterusnya kita berikan respon mengenai rumusan kedua iaitu berkenaan dengan artikel sumber dari kenyataan Ketua Menteri Sabah – Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal yang menyuarakan bahawa beliau tidak teragak-agak untuk menyekat kedatangan Dr.Zakir Naik ke Sabah sekiranya terdapat laporan pendakwah itu menggunakan unsur-unsur extremis dalam isu keagamaan. Disini respon saya kepada kenyataan Ketua Menteri Sabah :
“Saya amat bersetuju sekiranya ada laporan JUJUR yang membuktikan DZN benar-benar membawa unsur ekstremis dalam isu keagamaan,kita tidak akan berkompromi dalam hal itu. Tetapi walau bagaimanapun saya mencadangkan Datuk mendengar dan menonton dahulu semua video-video ceramah Dr.Zakir Naik. Dari situ barulah kita akan tahu apakah benar Dr.Zakir Naik membawa pengaruh ancaman yang menggunakan unsur-unsur ekstremis dalam isu keagamaan. Apa yang disampaikan oleh Dr.Zakir Naik sesuai dengan dalil Quran Al-Ankabut 29:46. Saya dengan Datuk adalah saudara muslim bersama Dr.Zakir Naik,seharusnya kita ambil langkah yang tepat dan adil dalam menghadapi situasi begini.”

KESIMPULAN
Setelah di analisa semua kenyataan tersebut,jelas TIDAK ADA SATU PUN pembawaan dari ceramah Dr.Zakir Naik (DZN) membawa unsur hasutan apatah lagi unsur ekstremis dalam isu keagamaan.

Kebiasaan yang tidak menyukai Dr.Zakir Naik adalah golongan pihak yang tidak pernah mendengar dan menonton ceramah beliau SECARA PENUH dan mereka ini biasanya adalah golongan yang jahil dan Anti-Dr.Zakir Naik tanpa mengkaji siasat suatu kebenaran.

Firman Allah Azza Wa Jalla,
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita,maka selidikilah kebenarannya supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu mengenainya sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”
[Al-Hujurat 49:6]

By