Reading Time: 5 minutes

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Pada 29 Disember 2009,staff IDI telah membuat satu artikel yang bertajuk “Apakah Allah membenci makan babi atau berzina?”. Artikel tersebut boleh lihat disini :
– https://www.isadanislam.org/etika-islam-kristen/makan-babi-atau-berzinah-yang-mana-lebih-dibenci-allah/

Saya telah membacanya dan saya mendapati ada perkara yang harus diluruskan dan artikel ini akan meruntuhkan segala tuduhan dalam artikel staff IDI tersebut. Semoga bermanfaat~

IDI menulis,
Orang saleh selalu mempertimbangkan perbuatan-perbuatannya agar mereka berkenan kepada Allah. Setiap agama mempunyai larangan-larangan yang harus diperhatikan. Agama lain mengatakan tidak boleh menyalakan api pada hari Sabat. Lagi, ada agama yang melarang merokok. Malahan, ada agama yang melarang makan daging sama sekali. Dalam Islam ada larangan untuk tidak memakan babi dan berzinah. Tetapi pertanyaannya adalah apakah Allah membenci makan babi atau berzinah? Mana yang menyebabkan manusia berdosa?

Pertanyaan itu membingungkan kami dan menimbulkan pertanyaan yang lain: Mana yang menyebabkan manusia berdosa dan dibenci Allah? Apakah hanya karena makan daging babi menyebabkan orang tersebut dibenci Allah? Atau, berzinah yang menyebabkan manusia berdosa dan dibenci Allah? Pernahkah pertanyaan ini dipikirkan oleh saudara?

MAB response :
Pengharaman makan khinzir dan berzina disebabkan perintah Allah dan kami harus patuh. Allah Azza’Wa’Jalla berfirman,
“Sesungguhnya jawapan orang-orang mukmin apabila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya untuk suatu hukum,mereka akan berikan ucapan “Kami mendengar dan kami patuh” dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.”
[An-Nuur 24: 51]

Jadi,setiap apa yang Dia perintahkan,ada hikmah disebalik yang terjadi bukan disebabkan Dia benci. Andaikata Allah benarkan berzina dan semua manusia melakukan demikian sesuka hati sehingga isteri kita boleh berzina dengan lelaki lain,apa akan jadi dengan masyarakat peradaban ketadunan manusia??

Jika Allah menghalalkan untuk memakan khinzir dan satu masa semua manusia dilanda masalah segala penyakit yang bersumberkan dari khinzir,apakah kita mahu salahkan Tuhan mengapa Dia halalkan makan khinzir dan menuduh Tuhan bahawa Dia tidak tahu bahawa khinzir itu boleh memudharatkan manusia di masa akan datang??

Dan apa yang Allah perintahkan bukan sahaja ada hikmah disebaliknya tetapi diselitkan ujian terhadap kita apakah kita adalah hamba yang benar-benar bertaqwa Kepada-Nya atau sebaliknya. Jika semua Allah benarkan atas alasan kasih sayang,maka apakah anda setuju bahawa perogol boleh merogol anak perempuan/isteri,adik perempuan kita dan pencuri boleh mencuri hak orang lain atas alasan Allah tidak boleh membenci perbuatan manusia??

IDI menulis,
Benarkah, Allah Membenci Makan Babi Atau Berzinah?

Huraira, pakar Islam yang hidup ratusan tahun yang lalu, pernah menulis bahwa Isa Al Masih akan turun dari surga dan antara lain akan melenyapkan semua babi, karena babi dianggap najis.

MAB Response :
Mari kita baca hadith tersebut,
Diriwayatkan dari Abu Hurairah R.A. Rasulullah saw bersabda,
“Demi Dia yang menggenggam diriku,sesungguhnya bahawa putra Maryam akan turun di antara kalian (orang-orang Muslim). Dia akan menjadi hakim yang adil bagi manusia dengan berdasarkan Quran dan akan mematahkan salib serta membunuh babi. Dia akan menghapuskan jizyah dan akan mendatangkan kemakmuran sedemikian rupa sehingga tidak akan ada orang yang mahu menerima sedekah.”
[Sahih Bukhari dan Muslim No.2/190]

Maksud “membunuh babi” disitu bukan bermakna membunuh secara harfiah kerana disitu ada penjelasan Hijazziyah Mutasyabihah dari Muhammad SAW bahawa Jesus Christ pbuh akan turun untuk kali kedua yang mana salah satu tugasnya ialah menegakkan kembali syariat pengharaman memakan khinzir. Ibn Hajar mengatakan :
“memerintahkan dilenyapkan babi-babi sebagai maksud menyerlahkan ianya terus haram dimakan. Ini juga membawa erti celaan kepada kristian yang mendakwa sebagai pengikut Nabi Isa kemudian mereka menghalalkan makan babi dan menyukainya.”
[Fathul Bari 4/414]

IDI menulis,
Nabi Besar Isa Al-Masih, walaupun tidak menyinggung masalah babi, pernah mengajar: Apapun dari luar, yang masuk ke dalam seseorang, tidak dapat menajiskannya [karena bukan masuk ke dalam hati tetapi ke dalam perutnya lalu dibuang di jamban], tetapi apa yang keluar dari seseorang, itulah yang menajiskan ….. Apa yang keluar dari seseorang, itulah yang menajiskannya, sebab dari dalam, dari hati orang, timbul segala pikiran jahat, percabulan, pencurian, pembunuhan, perzinahan, keserakahan, kejahatan, kelicikan, hawa nafsu, iri hati, hujat, kesombongan, kebebalan. Semua hal-hal jahat ini timbul dari dalam dan menajiskan orang. (Injil, Markus 7:15-23).

Kesimpulannya:
Melalui Firman Isa Al-Masih di atas, bahwa yang menyebabkan manusia berdosa bukan apa yang masuk kedalam manusia melainkan yang keluar dari dalam hati manusia. Dosa keluar dari hati manusia, termasuk dosa perzinahan. Jadi, yang dibenci Allah adalah berzinah karena hal itu timbul dari dalam hati manusia yang kotor dan berdosa.

MAB Response :
Matius 15:11 dan Mark 7:15 mengatakan Babi boleh dimakan???..ok baik….Mari kita bercerita secara konteks. Matthew 15:11 (konteks ayat dari 1-20) dan Mark 7:15 (konteks dari ayat 1 hingga 23) tidak bercanggah apa yang Jesus katakan dalam matthew 5:17-20 dan Matthew 19:16-17. Saya ambil konteks dari Isnad Matthew bab 15 yang mana apa yang dikatakan dalam Matthew 15:1-39 menceritakan bahawa orang Judah melebihkan ajaran hukum tuhan sehingga menjadi satu tradisi namun pada masa yang sama mengenepikan hukum ajaran tuhan yang lain.

Mereka mempertikai bahawa Jesus tidak menyuci tangannya yang kemudiannya Jesus memberi maklum balas,
“Mengapa kamupun melanggar perintah Allah demi adat istiadat nenek moyangmu?.Sebab Allah berfirman: Hormatilah ayahmu dan ibumu; dan lagi: Siapa yang mengutuki ayahnya atau ibunya pasti dihukum mati.Tetapi kamu berkata: Barangsiapa berkata kepada bapanya atau kepada ibunya: Apa yang ada padaku yang dapat digunakan untuk pemeliharaanmu, sudah digunakan untuk persembahan kepada Allah,orang itu tidak wajib lagi menghormati bapanya atau ibunya. Dengan demikian firman Allah kamu nyatakan tidak berlaku demi adat istiadatmu sendiri.
[Matius 15:3-6]

Sebab itu mengapa Jesus mengatakan mereka ini adalah orang munafik seperti yang dinubuatkan dalam kitab Isaiah yang mana bangsa Israel melebihkan ajaran yang menjadi tradisi sesuai dengan mereka kononnya ketaatan ke atas tuhan melalui lisan tetapi hakikatnya menolak ajaran Tuhan yang lain (Matthew 15:7-9).

Seterusnya Jesus memanggil orang banyak dan berkata kepada mereka:
“Dengar dan camkanlah: bukan yang masuk ke dalam mulut yang menajiskan orang,melainkan yang keluar dari mulut, itulah yang menajiskan orang.”
[Matthew 15:10-11]

Apa mesej Jesus katakan demikian???…sebenarnya apa yang dimakan oleh seseorang individu tidak melibatkan orang lain terkena kotoran dari hasil yang dimakan tapi apa yang dikeluarkan dari mulut (perbicaraan) seperti melaknat,memaki dan mengutuk menjadi kotoran (mengguriskan hati) kepada orang lain.

Jadi maksud Jesus disitu bukan melibatkan hukum tetapi penjelasan bahawa sesiapa yang makan hasil kotor tidak dibasuh tangan,tidak menyebabkan mudarat kepada orang lain tetapi apa yang keluar dari kata-kata kesat dan keji dari mulut seorang atau sesebuah komuniti itu memberi keburukan orang lain. Jadi,jika dengan gaya bahasa penyampaian tempatan kita,bunyi ayat itu seperti berikut,
“saya makan tidak cuci tangan,saya yang sakit bukan kamu…saya memaki kamu,yang sakit ialah kamu kerana dissebabkan kutukan/kritikan/makian/kekjian dari saya kepada kamu.”

Jadi apa kaitan dengan khinzir dalam ayat ini???…apakah pihak gereja mengajar tafsiran ayat tersebut membolehkan makan babi???…TIDAK SAUDARAKU! Tangan saya tidak cuci tangan,kesannya saya sendiri sakit sebab tangan saya sendiri. Jadi itu maksud kata-kata Jesus.

Babi yang kotor menjadi “rumah segala virus dan penyakit” yang berkeliaran tanpa kawalan melibatkan kemudaratan kepada orang yang memakannya. Makanya mengapa diharamkan oleh tuhan sendiri (Leviticus 11:7-8 dan Deuteronomy 14:8). Sleaku Nabi wa Rasul,apa yang Jesus sampaikan dalam ajaran,tidak bertentangan antara satu sama lain dan dia menggenapi syariat ajaran Musa pbuh agar bani Israel dapat mengikuti ajaran tuhan dengan lebih mudah melalui syariat ajaran Jesus Christ pbuh (Matthew 5:17-20).

Tanpa anda sedari,anda telah mengikuti ajaran Paul yang mengatakan bahawa segala sesuatu itu halal. Paul berkata dalam rekaan suratnya,
“Segala sesuatu halal bagiku,tetapi bukan semuanya berguna. Segala sesuatu halal bagiku,tetapi aku tidak membiarkan diriku diperhamba oleh suatu apa pun.”
[1 Corinthians 6 :12]
– Jadi jangan kata anda pengikut Jesus Christ pbuh jika apa yang Jesus ajarkan tidak kamu ikuti.

KESIMPULAN
Setelah kita meluruskan semua tuduhan IsadaIslam,maka jelaslah bahawa Jesus Christ pbuh sendiri mengharamkan memakan khinzir dan baginda sendiri tidak pernah menghalalkan apa yang telah diharamkan. Jika benar anda adlah pengikut sebenar Jesus Christ pbuh,maka ikutilah seperti apa yang dia ajarkan BUKAN ikuti ajaran gereja.

Jesus Christ pbuh @ Eesa Al-Masih Alaihissalam adalah seorang muslim dan baginda adalah beragama Islam.

KEMBALILAH KE PANGKAL JALAN IAITU ISLAM…..SAKSIKAN KEBENARAN ISLAM

pesan Jesus Christ pbuh,
“Jikalau kamu tetap dalam sabdaku,kamu benar-benar adalah muridku.dan kamu akan mengetahui kebenaran, dan kebenaran itu akan memerdekakan kamu.”
[John 8:31-32]
– memerdekakan anda dari kekufuran…

pesan Rasullullah Muhammad SAW :
“Terimalah kebenaran itu walau ianya pahit..”
[Hadith Sahih Bukhari dan Tirmizi]

Firman Allah Azza’Wa’Jalla kepada anda :
“Telah datang kebenaran dan lenyaplah kebatilan.Sesungguhnya kebatilan itu sememangnya pasti lenyap.”
[Al-Isra’ 17: 81]

“Tiada tuhan selain Allah,Muhammad dan Eesa Al-Masih adalah Utusan Allah serta Jibrail Sayyid Malak Al-Qhuwaan adalah Ruhul Quddus.”

By