Blog

  • Rebuttal to Sabda Harian – “Yesus : Manusia Atau Tuhan?”

    Rebuttal to Sabda Harian – “Yesus : Manusia Atau Tuhan?”

    Reading Time: 11 minutes

    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

    Pada 28 June 2019,pengarang Sabda Harian telah membuat satu artikel menarik yang bertajuk “Yesus : Manusia Atau Tuhan?”. Disini kita akan jawab artikel beliau dan kita berharap pengarang Sabda Harian tidak lagi mengeluarkan penjelasan Out of Context dan Out of Topic.

    SH berkata,
    “Yesus itu hanya sekadar manusia, mengapa orang Kristian ber-Tuhankan Dia?”

    “Bukankah Yesus berkata bahawa Dia Anak Manusia?”

    “Di dalam Bilangan 23:19, Allah berkata bahawa, ‘Allah bukan manusia.’ Kalau Allah bukan manusia, mengapa Kristian menggelar Yesus sebagai Allah?”

    “Allah begitu besar dan mulia, jadi Dia tidak akan wujud di dalam bentuk tubuh seorang manusia.”

    “Mustahil bahawa seseorang boleh menjadi manusia dan Allah serentak.”

    Pernahkah saudara dalam Kristus ditanya soalan sebegitu di dalam perjalanan iman kamu? Bagaimanakah saudara menjawab pertanyaan tersebut? Sepertimana yang kita selalu tekankan, pembacaan semua teks, termasuk Alkitab, perlu dilakukan mengikut konteks: kepada siapakah petikan tersebut ditujukan sewaktu ia ditulis, bagaimanakah pembaca asal mentafsirkan petikan tersebut, dan bagaimanakan petikan tersebut ditafsirkan mengikut aliran masa sewaktu?

    MAB response :
    Soalan-soalan itu kami pernah tanyakan kepada Kristian namun sehingga kini,TIDAK ADA sesiapa dari penganut Kristian mampu menjawab secara mutlak walhal Kristian akui bahawa mereka dibimbing Ruh Kudus. Maka kami berharap sahabat-sahabat Kristian kami mampu menjawab soalan tersebut dari kami. Tetapi malangnya,Kristian tidak mampu berikan jawapan secara mutlak. Saya berharap Kristian tidak dibimbing ruh yang salah.

    SH berkata,
    Apa maksud gelaran “Anak Manusia”?
    Gelaran “Anak Manusia” dipakai oleh Yesus sebanyak 88 kali dalam Perjanjian Baru. Jika Allah sendiri telah mengumumkan bahawa “Inilah Anak-Ku yang Aku kasihi. Dia menyenangkan hati-Ku” (Matius 3:17, Markus 1:11, Lukas 3:22), bagaimana pula Yesus boleh menjadi Anak Manusia jikalau Dia adalah Anak Allah?

    Maksud pertama dari frasa “Anak Manusia” diambil daripada ramalan Daniel 7:13-14,
    ”Dalam penglihatanku pada malam itu, aku nampak sesuatu yang seperti manusia.Dia datang dilitupi awan, lalu menghampiri Dia yang hidup selama-lamanya, dan dihadapkan kepada-Nya. Dia diberikan kuasa, kehormatan dan kedaulatan, agar orang daripada semua bangsa, kaum dan bahasa mengabdikan diri kepada-Nya. Kuasa-Nya akan kekal dan pemerintahanNya tidak akan berakhir.”

    Di dalam pengertian orang Yahudi pada masa itu, gambaran “Anak Manusia” ini digelarkan Mesiah. Jadi, sepertimana Yesus memakai gelaran Allah sendiri (Akulah AKU), Dia juga memakai gelaran Anak Manusia kerana Allah telah memberi-Nya kekuasaan, kemuliaan dan kerajaan. Penggunaan gelaran ini oleh Yesus menerapkan ramalan “Anak Manusia” pada diri-Nya sendiri. Golongan Yahudi pada zaman itu tidak meragui penggunaan frasa tersebut kerana mereka faham akan maksudnya apabila Yesus mengutarakan diri-Nya sebagai Mesiah.

    MAB response :
    01 – Benar! gelaran “Anak Manusia” dituju kepada Jesus sebanyak 88 kali dalam Perjanjian Baru manakala Nabi Ezekiel dirujuk sebagai “Anak Manusia” lebih banyak dari itu iaitu sebanyak 94 kali. Sebenarnya gelaran Anak Manusia tidak menjadi masalah bagi muslim kerana maksud “Anak Manusia” itu merujuk Bani Adam. Tetapi dalam konteks Perjanjian Baru,gelaran “Anak Manusia” khusus kepada Jesus merujuk bahawa Jesus adalah anak Maryam yang tidak memiliki ayah. Ini kerana ketika itu,Jesus dituduh oleh Bani Israel sebagai anak zina dan keturunan zina (Sanhedrin 106a,Shabbat 104b,Yebamoth 49b,Yevamot 4:18,Avot 5:19 dan Gittin 56b-57a). Maka istilah ‘Anak Manusia” diguna khusus kepada Jesus agar dia di iktiraf sebagai manusia seperti mana manusia lain lahir ke dunia walau tanpa ayah bahkan istilah tersebut dipakai merujuk dirinya sebagai Al-Masih. Tetapi dalam kegerejaan Kristian,istilah “Anak Manusia” dipakai khusus kepada Jesus merujuk “Sepenuh Manusiawi”. Jika benar demikian,jadi apakah Nabi Ezekiel juga adalah Tuhan “Sepenuh Manusiawi”???

    02 – Muslim tidak ada masalah dengan ayat Matthew 3:17 (Synoptic Gospel – Mark 1:11 dan Luke 3:22) kerana ayat itu merujuk kemuliaan Nubuwwah Jesus Christ pbuh a.k.a Eesa Al-Masih Alaihissalam dari Allah Azza’Wa’Jalla.

    03 – Berkenaan Daniel 7:13-14,tidak kelihatan nubuatan Jesus Christ pbuh dalam ayat tersebut. Kerana untuk membaca ayat 13 dan 14 dalam Book of Daniel bab 7,kita harus baca secara konteks sehingga ayat ke27 dan syntesis principle dalam Psalms 34:10,Psalm 16:3 dan Daniel 8:24. Dalam ayat tersebut (Daniel 7:13),disebut perkataan asli “כְּבַר אֱנָשׁ” (k’var enash) yang bermaksud “something like a human being”.Tidak ada ayat disitu menyebut “בַר אֱנָשׁ” (var enash). Huruf “Kaf” (כ) disitu cukup memberikan perbezaan.

    Dan pada ayat ke14 tidak mengatakan apa-apa tentang sesiapa yang “menyembah” terhadap sesuatu kerana dalam ayat tersebut ada perkataan yang diguna “יִפְלְחוּן” (yiflechun) yang bermaksud “they will serve” yang mana ini merupakan kata kerja. Perkataan “Yiflechun” adalah kata kerja bahasa Aramaic yang berhubung dari kata akar “פלח” (huruf pe,lammed dan ḥet) yang bermaksud “mereka akan berkhidmat”. Ini tidak semestinya bermaksud menyembah seperti menyembah kepada Tuhan tetapi boleh diertikan sebagai melayani orang suci. Ini terbukti ayat “melayani orang suci” dalam ayat konteks Daniel 7 ayat 27,mari kita baca :

    וּמַלְכוּתָא וְשָׁלְטָנָא וּרְבוּתָא דִּי מַלְכְוָת תְּחוֹת כָּל שְׁמַיָּא יְהִיבַת לְעַם קַדִּישֵׁי עֶלְיוֹנִין מַלְכוּתֵהּ מַלְכוּת עָלַם וְכֹל שָׁלְטָנַיָּא לֵהּ יִפְלְחוּן וְיִשְׁתַּמְּעוּן

    “Maka pemerintahan, kekuasaan dan kebesaran dari kerajaan-kerajaan di bawah semesta langit akan diberikan kepada orang-orang kudus, umat Yang Mahatinggi: pemerintahan mereka adalah pemerintahan yang kekal, dan segala kekuasaan akan mengabdi dan patuh kepada mereka.”

    Lihat ayatnya,
    “Dan kerajaan dan kekuasaan dan kebesaran kerajaan-kerajaan di bawah semua langit akan diberikan kepada umat yang kudus “יְהִיבַת לְעַם קַדִּישֵׁי עֶלְיוֹנִין”. Kerajaannya adalah kerajaan yang kekal dan semua kekuasaan akan melayani “יִפְלְחוּן” dan patuh kepada mereka. Kita lihat dari terjemahan Bible di atas bukti jelas bahawa “Orang Suci Kudus” adalah orang-orang yang menerima “Pelach”. Satu soalan untuk Pengarang SH :
    – jika orang dalam Daniel 7:14 menerima “Pelach” dan dengan demikian ianya dianggap sebagai Tuhan,bagaimana pula dengan “Orang Suci” yang menerima perkara yang sama dalam Daniel bab 7 ayat 27,apakah mereka semua Tuhan???

    Jelas bahawa ini adalah orang-orang Suci yang menerima persembahan ini BUKAN nubuatan Jesus Christ pbuh sebagai Anak Manusia yang dirujuk sebagai Tuhan Sepenuh Manusiawi menjadi Al-Masih.

    04 – Memandangkan anda mengatakan,
    “Golongan Yahudi pada zaman itu tidak meragui penggunaan frasa tersebut kerana mereka faham akan maksudnya apabila Yesus mengutarakan diri-Nya sebagai Mesiah.”

    Saya tidak tahu orang Judah Israel mana yang berkata demikian seperti anggapan saudara,maka disini saya berikan sumber penjelasan dari website orang Judah Israel sendiri :
    – https://jewsforjudaism.org/knowledge/articles/chapter-44-one-like-son-man
    – https://jewsforjudaism.org/knowledge/articles/daniel-9-a-true-biblical-interpretation

    dan ini dari Sumber Muslim yang disokong oleh Jewish sendiri :
    – https://discover-the-truth.com/2013/07/06/daniel-713-14-messiah-jesus-god/

    SH berkata,
    Maksud kedua frasa “Anak Manusia” adalah maksud yang seringkali difahami orang pada zaman ini, iaitu seorang insan. Memang Allah menyeru Nabi Yehezkiel sebagai “anak manusia” sebanyak 93 kali, iaitu insan. Untuk Yesus yang merupakan Allah yang sempurna (Yohanes 1:1), Dia juga merupakan insan (Yohanes 1:14). Di dalam 1 Yohanes 4:2, “Inilah caranya kamu boleh mengetahui sama ada roh itu Roh Allah atau tidak: Sesiapa mengakui Yesus Kristus datang ke dunia sebagai manusia, orang itu mempunyai Roh yang datang daripada Allah.”

    MAB response :
    01 – Saya baru cerita pasal Nabi Ezekiel di atas,nampaknya saudara juga akui Nabi Ezekiel adalah “Anak Manusia” sebanyak 93 kali (saya katakan 94 kali di atas) yang merujuk Insan atau Bani Adam (Keturunan Manusia) sepeti mana Jesus Christ pbuh.

    02 – John 1:1 tidak mengatakan Jesus adalah “Allah yang sempurna”. Untuk pengetahuan saudara, Gospel of John ditulis pada 90 AD menurut Bible Scholars seperti F.F Bruce dan Richard Baukham. Ayat John 1:1-14 asalnya adalah Formula Phylo yang mana asal ayat “the word from God” ditulis menjadi “the Word was God”. Jika ini benar seperti dakwaan saudara,maka ini akan bercanggah dengan Exodus 7:1 yang mana kalimat Torah ditulis dalam Koine Greek (Pentateuch) iaitu “Theon” yang bermaksud “God” (Capital “G”). Jadi jika saudara ingin katakan Firman itu adalah Tuhan (sebenarnya ditulis ton theos BUKAN Ho Theos),maka saudara juga harus setuju bahawa Moses adalah Tuhan dalam Exodus. Sila rujuk penjelasan lebih terperinci disini berkenaan dengan John 1:1-14 dari Bible scholars sendiri :
    – https://www.iep.utm.edu/philo/?fbclid=IwAR36Gmrp-OF3ctkd72wo8Zgwz3bpj9WtBpFMwX9vPxuid70grxCKmovN7jw

    Nota saya dalam Facebook :
    – https://www.facebook.com/notes/aleav-nero-ardy/absolute-undeniable-proofs-full-detailed-errors-of-trinity-doctrine-the-corrupte/959059980795403/

    1 John 4:2 tidak bermasalah dengan muslim kerana kami (Muslim) juga beriman Jesus Christ pbuh adalah manusia yang diutuskan sebagai Nabi oleh Allah Azza’Wa’Jalla. Jadi kami (muslim) dituntun oleh Ruh Allah BUKAN Iblis.

    SH berkata,
    Jadi, Yesus merupakan Anak Allah sepertimana digelar oleh Allah sendiri, dan Dia juga adalah Allah. Selain daripada itu, Yesus juga merupakan Anak Manusia, iaitu seorang insan seperti kamu dan saya dengan satu pengecualian: Dia tidak pernah berdosa. Secara ringkas, frasa “Anak Manusia” menunjukkan Yesus seorang Mesiah serta seorang insan sejati. Kebanyakan kali di dalam Perjanjian Baru, Yesus merujuk kepada diri sendiri sebagai Anak Manusia berbanding dengan penggunaan perkataan “Aku”.

    MAB response :
    Saya tidak tahu ayat mana yang mengatakan “Anak Allah” itu adalah Allah sendiri. Saya mohon saudara yang arif sila tunjukkan Jesus Christ pbuh selaku “Anak Allah” dikatakan Allah sendiri dalam Bible. Silakan….

    Dalam gaya bahasa Siryaniyyah,”Anak Allah” merujuk persamaan sebagai “Hamba Allah” dalam gaya bahasa Semitic Arabic (Firdaws Al-Arab) dan gaya bahasa Arabic Hijaziyyah. Dalam Oxford Dictionary of the Jewish Religion menjelaskan bahawa gelaran “Anak Allah” adalah Metaphor. Ini kerana bukan Jesus sahaja yang dikatakan Anak Allah tetapi :
    – Efraim adalah Anak Allah (Jeremiah 31:9)
    – Israel juga Anak Allah (Exodus 4:22 dan Hosea 1:10)
    – Malaikat juga Anak2 Allah (Job 1:6-7)
    – Solomon juga Anak Allah (2 Samuel 8:13-14)
    – dan Daud juga Anak Allah (Psalm 89:26-27)…..

    Jika benar Jesus adalah Anak Allah,maka berapa banyak Anak Allah???. Jika “Anak Allah” adalah merujuk Allah sendiri,maka berapa ramai menjadi Tuhan???….dan saya tahu pasti anda berkata,
    “Jesus adalah istimewa kerana dia dirujuk sebagai “Anak Allah” BUKAN “anak Allah”…….”

    okay baik…saya akan bertanya kembali,
    “Bagaimana pihak Gereja saudara merujuk Jesus sebagai “Anak Allah” sedangkan bahasa asli Bible anda iaitu Hebrew (PL) dan Suryani serta Koine Greek (PB) tidak menggunakan sistem huruf besar???.

    SH berkata,
    Allah boleh memilih untuk wujudkan Diri dalam apa-apa bentuk yang dipilih
    Untuk mereka yang tegas berpegang pada tohmahan “Allah begitu besar dan mulia, jadi Dia tidak akan wujud di dalam bentuk tubuh seorang manusia”, bukankah Allah memanggil Musa daripada belukar yang menyala (Keluaran 3:4). Adakah belukar sesuatu ciptaan yang jauh lebih berakal dan maju daripada seorang insan? Memang tidak! Jadi, sesiapa yang mengakui bahawa Allah adalah Maha Kuasa dan Maha Tahu, perlu juga akur pada fakta bahawa Dia boleh melakukan apa sahaja yang Dia mahu asalkan perbuatan-Nya tidak bercanggah daripada peribadi dan sifat-sifat Allah. Ini termasuk hidup di kalangan manusia melalui Yesus Kristus sebagai Allah dan manusia serentak. Sesiapa yang menafikan kebolehan Allah melakukan tersebut hanya kerana minda mereka tidak dapat akur kepada kebesaran dan keagungan Allah, berani membataskan had kuasa Allah sendiri.

    MAB response :
    Hal konsep Anthropomorphism ini telah saya jawab disini :
    – https://muslim-apologetic-borneo.com/response-to-sabda-harian-adakah-muslim-dan-kristian-menyembah-tuhan-yang-sama/

    Kamu berkata,
    “Dia boleh melakukan apa sahaja yang Dia mahu asalkan perbuatan-Nya tidak bercanggah daripada peribadi dan sifat-sifat Allah.”

    Bukankah menjadi manusia itu telah melanggar sifadh Ilahiyyah Allah itu sendiri??…Sebelum saya jelaskan,ingin saya nyatakan lima (05) soalan saya untuk saudara SH :
    01 – Apakah gelas yang penuh dengan air boleh menjadi gelas kosong pada masa yang sama?
    02 – Apakah Tuhan Yang Maha Bijaksana boleh menjadi bodoh pada masa yang sama?
    03 – Apakah Tuhan Yang Maha Kekal Abadi boleh mati pada masa yang sama?
    04 – Apakah Tuhan Yang Maha Mengetahui boleh terbatas pengetahuan pada masa
    yang sama?
    05 – Jika anda katakan Jesus Christ pbuh yang kelaparan memakan ikan goreng (Luke 24:41-43) adalah bahagian manusiawinya,maka dimana bahagian ilahiyyahnya ketika itu dan apakah bahagian manusiawinya lebih dominan dari bahagian ilahiyyah walhal dia telah mengalahkan maut setelah penyaliban tersebut??

    Islam menolak konsep reincarnation kerana ianya menyalahi Sifadh Ilahiyyah Allah. Bukan soal Allah tidak mampu menjelma jadi apa sahaja. Sebenarnya Allah boleh buat apa sahaja,tidak ada yang mustahil bagi Allah (Al-Baqarah 2:20,Matthew 19:26,Mark 10:1427,Mark 10:14 dan Mark 10:36). Tetapi Tuhan TIDAK AKAN sesekali melakukan sesuatu yang melanggari Sifat Ketuhanan-Nya sendiri. sebagai contoh,Kristian beriman Tuhan menjadi manusia melalui Logos. Maknanya Kristian telah menjadi Tuhan itu mempunyai sifat awal,sifat dilahirkan dan sifat diciptakan dan sekaligus ini melanggar sifat Tuhan Yang Maha Pencipta (Al-Khaliq) dan Maha Sedia Ada (Al-Qidam). Bahkan Bible kamu sendiri menyokong argument Islam yang mana Tuhan tidak sesekali menjelma berubah menjadi apa sahaja (Malachi 3:1-6 dan James 1:7-17).

    Jika anda berhujah dengan mengatakan bahawa Jesus adalah 100% ketuhanan dan 100% manusia (Colossians 2:9),ini akan bercanggah dengan Number 23:19. Bahkan Paul sendiri mengatakan bahawa Christ dikepalai oleh Tuhan (1 Corinthian 11:3). Jadi tidak mungkin Jesus Christ pbuh memiliki 100% ilahiyyah yang sama seperti Bapa. Kristian tidak memahami perbezaan antara konsep Anti-God dengan konsep Vise-Versa. Jadi,kepercayaan Kristian dalam konsep tuhan menjelma menjadi manusia adalah muktamad SESAT.

    SH berkata,
    Allah sendiri menyatakan Dia “…bukan manusia…”
    Di dalam bahasa Inggeris, terdapat satu simpulan bahasa, “Give enough rope.” Sesiapa yang bersandar pada Bilangan 23:19 sepatutnya mentafsirkan ayat tersebut mengikut konteks. Dalam Bilangan 23:16-24, petikan tersebut menceritakan bagaimana Allah memakai Bileam untuk menyampaikan nubuat kepada Raja Balak, dan Allah menunjukkan perbezaan Dia dengan manusia biasa. Jadi, tidak hairan Allah menyatakan Diri sebagai “…bukan manusia, Dia tidak berdusta, Allah bukan insan, Dia tidak mengubah fikiran. Apa yang dijanjikan-Nya akan dipenuhi-Nya; apa yang difirmankan-Nya pasti dilakukan-Nya.”

    Jadi, inti ayat-ayat tersebut daripada Allah menunjukkan bahawa Allah akan berlaku adil dan memenuhi janji-janji atau Firman-Nya, dan tidak akan mengubah fikiran-Nya seperti manusia yang berdosa. Lihat betapa bahayanya kalau seseorang memetik ayat dari luar konteks dan cuba memberi penjelasan?

    MAB response :
    very good….buat pertama kali saya melihat saudara SH memetik secara konteks. Kerana di ambil secara konteks lah kami memahami ayat tersebut tetapi di ambil serangkap ayat (Number 23:19) sebagai point penting. Dari penjelasan saudara,jelas saudara sendiri akui bahawa Allah bukan manusia. Ini kerana jika Tuhan menjadi manusia,maka Tuhan akan jadi sifat-sifat seperti manusia. Jika Dia menjadi manusia,maka Dia harus tinggalkan Sifadh Ilahiyyah-Nya. Maka dengan mustahilnya Tuhan ingin menjadi manusia,Dia akan laksanakan segala Sunnatul Ilahiyyah selaku Rabb’ul Alamiyyin. Jadi disitu Dia akan laksanakan apa yang Dia firmankan dan tepati segala Janji-Nya selaras salah satu Sifadh Ilahiyyah-Nya iaitu Al-Adl’ (Maha Adil).

    SH berkata,
    Seperti yang dinyatakan di dalam Bilangan 23:19, Allah juga berjanji bahawa Dia akan mengutuskan seorang “…anak lelaki…” di mana “…Dia akan menjadi pemimpin kita [umat Allah]. Dia akan disebut “Penasihat Bijaksana,” “Allah Perkasa,” “Bapa Kekal,” “Raja Damai” (Yesaya 9:5). Nubuatan tersebut dipenuhi di dalam Yesus Kristus. Jadi bukan sahaja Allah sendiri menggelarkan Yesus sebagai Anak-Nya, tetapi Allah juga memberi gelaran Allah Perkasa kepada Yesus.

    Sesiapa yang menafikan kenyataan tersebut disamakan sebagai anak Iblis oleh Yesus sendiri di dalam Yohanes 8:44, “Bapa kamu Iblis dan kamu anak-anaknya. Kamu lebih suka menurut kehendak bapa kamu. Sejak permulaan, Iblis itu pembunuh. Dia tidak pernah memihak kepada kebenaran, kerana tidak ada kebenaran padanya. Apabila Iblis berdusta, hal itu memang sudah sewajarnya, kerana dia pendusta dan asal segala dusta.” Yesus mengecam golongan Yahudi yang tidak percaya kepada-Nya sebagai Anak Allah, sama seperti ramai orang yang berfikiran begitu pada hari ini. Golongan ini memanusiakan Tuhan Yesus, tetapi sanggup mentuhankan manusia.

    MAB response :
    01 – Memandangkan saudara gandingkan Number 23:19 dengan Isaiah 9:6 yang mana Allah tunaikan Janji-Nya iaitu salah satu utuskan “anak lelaki” dan Kristian (termasuk saudara) maksudkan “anak lelaki” tersebut adalah Jesus Christ. saya ingin bertanya :
    – sejak bila Jesus Christ dipanggil “פֶּלֶאיוֹעֵץ” (Peleyoetz)???
    – sejak bila Jesus Christ dipanggil “אֲבִי-עַד” (Abi Adh)”???
    – sejak bila Jesus Christ dipanggil “אֵלגִּבּוֹר” (El Ghibor)???
    – sejak bila Jesus Christ dipanggil “שַׂר-שָׁלוֹם” (Sar Ha Shalom)???

    Soalan No.1 – Jika ADA,maka sila kemukakan dalil dan sekaligus bercanggah dengan Matthew 8:21-22 dan John 18:21-23 (syntesis principle Matthew 5:39).

    Soalan No.2 – Jika ADA,sila kemukakan dalil dan sekaligus bercanggah dengan
    Matthew 23:9 dan Matthew 26:39. Bukankah satu Bida’ah dalam Kekristianian apabila Oknum Anak menyamakan dengan Oknum Bapa (Modalisme)??

    Soalan No.3 – Jika ADA,sila kemukakan dalil dan sekaligus bercanggah dengan Matthew 27:46.

    Soalan No.4 – Jika ADA,sila kemukakan dalil dan sekaligus bercanggah dengan Matthew 10:34.

    Sebenarnya nubuatan Isaiah 9:6 harus dibaca juga melalui syntesis principle dalam Isaiah 8:3,saya bacakan untuk anda :
    ג וָאֶקְרַב, אֶל-הַנְּבִיאָה, וַתַּהַר,וַתֵּלֶד בֵּן; {ס} וַיֹּאמֶר יְהוָה, אֵלַי, קְרָאשְׁמוֹ, מַהֵר שָׁלָל חָשׁבַּז.

    “And I went unto the prophetess and she conceived and bore a son.Then said the LORD unto me: ‘Call his name Maher-shalal-hash-baz.”

    Pada ayat ini tertulis nama “Maher-shalal-chash-baz” yang bermaksud “the spoil speeds / “the prey hastens.”…. Sebenarnya ayat Isaiah 9:6 dirujuk kepada Raja Hezekiah (Chizkiyah) kerana namanya yang bermaksud “A Mighty God” dan semua ciri-ciri yang disebut dalam Isaiah 9:6 ada pada Raja Hezekiah. Dan ini dinyatakan sendiri oleh Exegess dari Judah Israel :
    – https://jewsforjudaism.org/knowledge/articles/who-is-the-child-in-isaiah-95-6/
    – http://www.jewishencyclopedia.com/articles/7668-hezekiah
    – http://thejewishhome.org/counter/Isa9_56.pdf

    Mohon jangan kelentong saudaraku…Berkatalah dengan jujur tanpa menghalalkan cara dengan berdusta!!..Saudara sanggup berputar belit semata-mata hanya untuk menegakkan benang yang basah Jesus adalah tuhan.. Saudara termasuk dalam kenyataan John 8:44. Orang yang mensyirikkan Allah dengan menuhankan Jesus Christ tiada bezanya dengan orang-orang Judah Israel kebanyakan tidak beriman Jesus Christ adalah Utusan Allah bahkan menyatakan Jesus Christ pbuh adalah Al-Masih Palsu.

    SH berkata,
    Kesimpulan

    Sewaktu zaman Yesus, Dia merujuk kepada diri sendiri sebagai Anak Manusia supaya orang ramai faham akan implikasi gelaran tersebut sebagai Mesiah. Jikalau Yesus hanya memakai gelaran Mesiah (dan Dia mempunyai hak untuk menggunakan gelaran tersebut), kemungkinan besar Dia akan disalibkan jauh lebih awal. Gelaran Anak Manusia yang seringkali dipakai oleh Yesus memberi Dia peluang yang terbaik untuk bergaul dan berhubung dengan semua orang tanpa mengambil kira status atau darjat.

    MAB response :
    Saya setuju apabila “Anak Manusia” dirujuk sebagai Al-Masih . Tiada penafian tetapi BUKAN sebagai “Penjelmaan Tuhan sepenuh Manusiawi”. Jesus Christ pbuh telah lama nyatakan bahawa dia adalah Al-Masih dalam John 10:23-38 namun orang-orang Judah Israel tidak mempercayai baginda. Tidak ada kaitan dengan penyaliban sama ada awal atau lambat. Kita berhujah tidak boleh nyatakan melalui assumption dengan perkataan “kemungkinan besar..” . Menggunakan istilah ‘Anak Manusia” ATAU tidak,sebenarnya itu dari penerimaan umat Bani Israel. Jika mereka tidak degil,mereka tetap akan terima Jesus Christ pbuh sebagai Nabi dan Al-Masih jika mereka benar-benar beriman.

    RUMUSAN
    01 – Pengarang SH GAGAL memahami konsep Anak Manusia dan Anak Tuhan.
    02 – Pengarang SH GAGAL memahami ayat asli dalam penubuatan di Perjanjian Lama.
    03 – Pengarang SH akui bahawa Allah tidak akan menjadi manusia dalam Number 23:19
    04 – Pengarang SH TIDAK TAHU bagaimana kaedah Hermenutical Biblical dalam memahami Bible itu sendiri.
    05 – Pengarang SH sanggup menghalalkan cara (berdusta) dengan menserasikan nubuatan Perjanjian Lama untuk mensahihkan ketuhanan Jesus Christ.

    KESIMPULAN
    Jelas bahawa Jesus Christ pbuh a.k.a Eesa Al-Masih adalah MANUSIA BUKAN TUHAN.

    pesan Eesa Al-Masih Alaihissalam @ Jesus Christ :
    “Jikalau kamu tetap dalam sabdaku,kamu benar-benar adalah muridku.dan kamu akan mengetahui kebenaran dan kebenaran itu akan memerdekakan kamu.”
    [John 8:31-32]
    – memerdekakan anda dari kekufuran…

    pesan Rasullullah Muhammad SAW,
    “Terimalah kenyataan itu walau ianya pahit…”

    Firman Allah Azza’Wa’Jalla – Tuhan Yang Maha Esa :
    “Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap.Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.”
    [Al-Isra 17:81]

  • Rebuttal to Sabda Harian : Kalau Jesus ialah Tuhan,dengan siapakah dia berdoa?

    Rebuttal to Sabda Harian : Kalau Jesus ialah Tuhan,dengan siapakah dia berdoa?

    Reading Time: 10 minutes

    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

    Pada 13 May 2019,pengarang Sabda Harian telah menulis satu artikel yang bertajuk “Bukankah Yesus Allah? Kalau Dia Allah, Kepada Siapakah Dia Berdoa?”. Artikel tersebut boleh lihat disini :
    – http://sabdaharian.com/bukankah-yesus-allah-kalau-dia-allah-kepada-siapakah-dia-berdoa/

    Setelah diteliti baca artikel beliau,saya mendapati ada beberapa perkara yang harus kita luruskan untuk membantu berikan pencerahan kepada dia dan Kristian lain. Disini kita akan berikan maklum balas terhadap artikel beliau.

    SH berkata,
    Saya seringkali amat hairan mendengar orang yang berkata bahawa Allah itu Mahakuasa, ada kalanya kita tidak boleh memahami mengapa Dia bertindak sedemikian. Orang yang sama juga akan menyatakan bahawa Allah tidak boleh dibatas dengan pemikiran manusia fana yang terhad. Namun demikian, pendirian mereka terus roboh apabila mereka ingin membatasi kuasa Allah dengan menafikan ketuhanan dan keilahian Yesus Kristus.

    MAB response :
    01 – Sebenarnya perkara itu tidak perlu dihairankan. Bagi kami (muslim),perkara itu adalah biasa kerana Jesus Christ pbuh adalah manusia biasa yang di utuskan oleh Allah sebagai Nabi. Jadi tidak hairan mengapa baginda (Jesus Christ pbuh) berdoa kepada Allah.

    02 – Biasanya kami bertanya soalan tersebut atas tujuan untuk membantu Kristian berfikir bagaimana seseorang yang diangkat menjadi tuhan boleh berdoa kepada tuhan,apakah dia berdoa kepada dirinya sendiri?

    03 – Sudah tahu Allah Maha Kuasa yang mana Kudrat wa Iradah-Nya tidak mampu kita memahami,jadi mengapa masih memperkecilkan kuasa tuhan? Bukankah apabila kamu percaya seseorang yang diangkat tuhan apabila berdoa kepada tuhan yang lain maksudnya orang yang kamu angkat sebagai tuhan itu telah kelihatan kelemahannya??

    04 – Kamu berkata,
    “Namun demikian, pendirian mereka terus roboh apabila mereka ingin membatasi kuasa Allah dengan menafikan ketuhanan dan keilahian Yesus Kristus.”

    rangkap ayat “ketuhanan dan keilahian” pun kamu telah salah disini…maksud “keilahian” ialah ketuhanan…Jadi rasanya tidak perlu mengatakan “ketuhanan dan keilahian” lagi..

    Saya tidak tahu pendirian mana yang roboh yang kamu maksudkan. Akan tetapi selama kami berhujah mengenai hal itu,pendirian kami semakin mantap bahawa Jesus memang bukan tuhan. Bahkan Jesus Christ pbuh sendiri tidak pernah mengatakan dirinya adalah tuhan.

    SH berkata,
    Bak kata pepatah, “Talk is cheap.” Bercakap itu senang. Air liur bukannya menggunakan modal yang banyak. Tetapi bila kamu berfikir tenang aliran pemikiran yang berat sebelah begitu, kamu tidak tahu hendak ketawa atau menangis. Mungkin perasaan kasihan semakin mendadak terhadap mereka yang masih belum berjumpa dengan Juruselamat Dunia, iaitu Tuhan Yesus.

    MAB response :
    BENAR! “Talk is cheap..”..tetapi kata-kata itu boleh jadi tidak ternilai jika lisan disampaikan dengan kebenaran. Setiap kali apabila kami mendengar hujah dari pihak anda, kami merasakan ingin mahu menangis atau mahu ketawa. Kerana kami melihat betapa terlalu banyak kesalahan yang dilontarkan dari pihak anda. Kami merasakan bahawa alangkah indahnya jika Kristian memahami hakikat mesej Jesus Christ yang sebenarnya.

    Namun seperti biasa,apabila kebenaran itu telah sampai,pasti akan ada keingkaran disebabkan hati yang telah hanyut dalam kekufuran. Seribu kali disampaikan,tetap akan penolakan dengan kedegilan dan kebodohan. Sebab itu Imam Al-Ghazali pernah berkata,
    “Aku boleh berhujah dengan sepuluh (10) orang bijaksana tapi aku tidak mampu berhujah dengan seorang jahil.”

    Yang menerima risalah kebenaran,ucapan syukur Alhamdulillah dan tahniah kepada mereka kerana mampu menelan kebenaran yang pahit.

    SH berkata,
    Sudah pasti kamu pernah mendengar tuduhan sebegini dilempar oleh kenalan kamu, “Kan kamu kata bahawa Yesus itu Allah? Mengapa Dia berdoa kepada diri sendiri? Bukankah itu sama seperti orang gila, yang bercakap dengan diri sendiri?”

    “Kenapa Yesus menyeru kepada Allah,’”Ya Allah-Ku, ya Allah-Ku, mengapa Kau tinggalkan Aku?’ Kan Dia Tuhan dan Allah?” (Markus 15:34)

    MAB response :
    PASTI!..bahkan kami di antara orang yang bertanyakan soalan tersebut cuma kami tidak selitkan dengan perkataan “Bukankah itu sama seperti orang gila”. Kami bertanya dengan cara perbahasan yang baik.

    berkenaan dengan Mark 15:34 dan Matthew 27:46,disitu jelas bahawa jika Jesus datang ingin menebus dosa manusia,pasti Bapa tidak akan tinggalkannya dan BUKAN bahagian manusiawinya yang harus menebus bayar harga dosa manusia tersebut. Dan ini bercanggah dengan Psalm 37:28 yang mana Tuhan tidak akan tinggalkan orang yang dikasihinya. Namun perkara ini adalah isu lain,tidak perlu saya bahas panjang. Tajuk sekarang ialah “mengapa Jesus berdoa jika dia adalah tuhan?” BUKAN berkenaan dengan penyaliban…Hal penyaliban saya akan jelaskan dalam artikel yang lain.

    SH berkata,
    Alkitab mengajar Doktrin Tritunggal, di mana terdapat 3 Peribadi yang tidak boleh dipisahkan, dan mereka wujud sebagai Allah serentak: Allah Bapa, Allah Anak dan Roh Allah/Roh Kudus. Ketiga-tiga Peribadi Allah adalah unik, sentiasa berhubung dengan sesama sendiri serta berdialog. Secara ringkas, Yesus sebagai Peribadi Allah Anak bukannya berdoa kepada diri sendiri sewaktu disalib, tetapi Dia berdoa kepada Peribadi Allah Bapa.

    MAB response :
    01 – Sila berikan SATU DALIL SAHIH dalam semua versi Bible ada mengajar Trinity. Berkenaan Tritunggal dalam Bible,telah saya jawab dalam artikel disini :
    – https://muslim-apologetic-borneo.com/rebuttal-to-kristian-menjawab-tritunggal/

    02 – Jika tiga (03) peribadi dalam satu entiti hakikat boleh berdialog,maknanya disitu jelas tidak ada keesaan keilahian dalam konsep Kristian yang mengaku agamanya adalah Monotheisme. Kenapa?..Sebab kalimat Echad (Hebrew) atau Ahad (Arabic) merujuk SATU yang mana sifat keberadaan Echad tersebut seiring dengan Yachid (Hebrew) atau Wahid (Arabic). Sebab itu mengapa salah satu sifadh Ilahiyyah Allah adalah Al-Wahid. Dalam Deuteronomy 17:6,Deuteronomy 19:15,Ecclesiastes 4:8,Genesis 42:11,Exodus 9:6 dan Numbers 13:2,kata “Echad’ dalam ayat-ayat tersebut jelas menunjukkan SATU ENTITI HAKIKAT bukan gabungan dalam kesatuan entiti hakikat.

    Jadi,jika tiga (03) peribadi dalam satu entiti hakikat boleh berdialog sesama sendiri,maknanya itu menyamai dengan Tritheisme. Jadi jangan kata itu adalah tiga (03) peribadi tetapi sebenarnya itu adalah tiga (03) tuhan dalam satu kesatuan kumpulan.

    03 – Jika kamu kata Jesus berdialog dengan Bapa sewaktu disalib,jelas disitu Bapa ialah tuhan BUKAN Jesus. Sebab tidak mungkin Jesus yang kamu percaya mempunyai keilahian 100% boleh berdoa memohon kepada Bapa. Bagaimana seseorang yang di angkat sebagai tuhan boleh memohon doa kepada tuhan yang lain??? Itu persoalannya…

    SH berkata,
    Selain itu, Alkitab juga mengajar bahawa Yesus bukan sahaja Allah, tetapi Dia juga adalah manusia. Jadi, tidak hairan kalau kelakuan Yesus sama seperti semua orang yang bertakwa kepada Allah: iaitu berdoa dan menyembah Allah. Yesus Kristus sebagai manusia adalah contoh sempurna sebagai seorang yang dipimpin oleh kepenuhan Roh Allah, kerana hanya Yesus yang tidak berdosa.

    MAB response :
    01 – Sila tunjukkan kepada saya ayat mana dalam Bible ada mengatakan bahawa Jesus Christ pbuh adalah Allah. Silakan…..

    02 – Bible jelas memberitahu bahawa Jesus Christ pbuh adalah manusia yang diutuskan sebagai Nabi seperti contoh ayat Act 2:22,John 5:30,John 12:44-49,John 3:18,John 7:16,John 8:26,John 17:3,Matthew 10:40 dan Luke 10:16. Bahkan Paul sendiri nyatakan bahawa Jesus Christ pbuh adalah manusia (Hebrew 2:14-17,Hebrew 4:15 dan 1 Timothy 2:5). Jadi adalah normal apabila Jesus Christ pbuh menyembah dan berdoa kepada Allah selaku Tuhan. Adalah tidak logik apabila seseorang yang di anggap tuhan menyembah dan berdoa kepada Tuhan yang lain walhal dirinya adalah tuhan. Jika alasannya ialah perbuatan menyembah dan berdoa itu disebabkan dirinya itu ada sepenuh manusiawi,maka dimanakah bahagian sepenuh ilahiyyahnya ketika itu?

    03 – Jesus tidak berdosa kerana dia adalah Nabi. Para Nabi semuanya adalah maksum..nampaknya pengarang SH perlu belajar kelebihan setiap Nubuwwah Utusan Tuhan.

    SH berkata,
    Mengapakah Tuhan Yesus perlu menyeru nama Allah Bapa bahawa Dia ditinggalkan oleh-Nya? Ini kerana Yesus Kristus menjadi korban pendamaian untuk dosa umat manusia. Mengikut Alkitab, Tuhan Yesus disalib mengambil tempat kita untuk dosa-dosa kita. Allah bertindak terhadap dosa untuk menyatakan keadilan-Nya sebagaimana yang dinyatakan dalam Yohanes 1:29, “Pada keesokan harinya, Yohanes melihat Yesus berjalan ke arahnya lalu berseru, “Lihatlah Anak Domba Allah yang menghapuskan dosa umat manusia!”

    MAB response :
    01 – Tidak perlu putar belit sahabatku. Jika Jesus Christ pbuh benar-benar datang untuk menebus dosa manusia,maka dia tidak perlu memohon kepada Bapa sebab dia sendiri adalah tuhan yang telah datang ke dunia untuk menebus dosa. Betul atau tidak?. Jadi,mengapa dia harus memohon kepada Bapa? Bahkan dia telah ditinggalkan oleh Bapa walhal Matthew 27:46 bercanggah dengan Psalm 37:28 yang mana Tuhan tidak akan sesekali meninggalkan orang yang dikasihinya. Sebab itu mengapa Martin Lutheran ambil masa lapan (08) jam untuk memikirkan kekeliruan ayat dalam Matthew 27:46 dan Mark 15:34. Jadi bagaimana Tuhan boleh disalib dan boleh menebus dosa manusia sedangkan Tuhan telah meninggalkan diri Jesus yang mana hanya tinggal jasad kosong sahaja di tiang penyaliban???

    02 – kamu berkata,
    “Allah bertindak terhadap dosa untuk menyatakan keadilan-Nya sebagaimana yang dinyatakan dalam Yohanes 1:29, “Pada keesokan harinya, Yohanes melihat Yesus berjalan ke arahnya lalu berseru, “Lihatlah Anak Domba Allah yang menghapuskan dosa umat manusia!”

    bagaimana Tuhan bertindak terhadap dosa sedangkan Dia telah tinggalkan jasad Jesus yang telah kosong di tiang salib (Matthew 27:46 / Mark 15:34)???… Dalam John 1:29,maksud ayat dinyatakan disitu ialah bahawa Utusan Allah telah datang untuk membawa manusia keluar dari kesesatan dan lembah dosa. Apabila seorang Nabi datang,secara tidak langsung Nabi itu datang dengan membawa risalah dari tuhan untuk menyelamatkan manusia dari kekufuran. Bukankah itu sama maksudnya dengan ayat “menghapuskan dosa dunia”???. Saudara kena belajar bagaimana memahami penyampaian gaya bahasa Siryaniyyah.

    Sebenarnya disini sahaja pun,telah kelihatan artikel tuan ini hampir terkeluar dari konteks tajuk artikel tuan sendiri.

    SH berkata,
    “Allah menjadikan Yesus korban pendamaian supaya dengan kematian-Nya, dosa orang yang beriman kepada-Nya diampunkan. Allah berbuat demikian untuk memperlihatkan keadilan-Nya kerana pada masa silam, Allah bersabar terhadap dosa manusia dan tidak menghukum mereka. Tetapi sekarang Dia bertindak terhadap dosa untuk menyatakan keadilan-Nya. Allah menunjukkan bahawa Dia benar dan memperbenar semua mereka yang beriman kepada Yesus.” Roma 3:25-26

    “Dalam Kristus, Allah telah mendamaikan isi dunia ini dengan diri-Nya dan tidak lagi memperhitungkan kesalahan-kesalahan mereka. Berita pendamaian itu telah diamanahkan-Nya kepada kami. Kami ialah para duta Kristus. Melalui kami, Allah menyampaikan apa yang dikehendaki-Nya. Oleh itu, demi Kristus, kami meminta kepadamu: Berdamailah semula dengan Allah! Allah menjadikan Dia yang tidak mengenal dosa menjadi penanggung dosa untuk kita, supaya dalam Dia kita diperbenar oleh Allah.” 2 Korintus 5:19-21

    “Setiap orang yang bergantung kepada usahanya sendiri mengerjakan hukum Taurat adalah terlaknat, kerana sudah tersurat: “Terlaknatlah orang yang tidak terus-menerus melakukan segala yang tersurat dalam Hukum Kitab Taurat.” Jelaslah bahawa tiada siapa pun diperbenar di mata Allah dengan mengerjakan hukum Taurat, kerana, “Orang yang benar akan hidup dengan iman.” Hukum Taurat tidak berdasarkan iman; tetapi, “Orang yang melakukan hal-hal ini akan hidup mengikutnya.” Kristus telah menebus kita daripada laknat hukum Taurat itu dengan menanggung laknat itu untuk kita, kerana telah tersurat: “Terlaknatlah setiap orang yang tergantung pada kayu salib.” Dia menebus kita supaya berkat Abraham datang kepada bangsa asing melalui Kristus Yesus, dan kita menerima Roh yang dijanjikan itu melalui iman.” Galatia 3:10-14

    “Dia menanggung dosa kita dalam tubuh-Nya sendiri di kayu salib, supaya kita mati terhadap dosa dan hidup untuk perbenaran.i Luka-luka-Nya telah menyembuhkan kamu.” 1 Petrus 2:24

    “Kristus juga telah mati sekali untuk selama-lamanya kerana dosa kita. Dia yang benar telah menderita untuk orang yang tidak benar supaya Dia dapat membawa kita kepada Allah. Dia telah dibunuh secara jasmani tetapi dihidupkan semula sebagai Roh.” 1 Petrus 3:18

    Dosa telah memutuskan hubungan intim di antara manusia dengan Allah, serta menyebabkan kematian jasmani di mana jiwa akan berpisah daripada badan pada detik kematian, dan badan ini akan mereput. Kemurkaan Allah dicurahkan ke atas orang yang berdosa, kerana mereka gagal melakukan apa yang dikehendaki Allah (Kejadian 2:17, 3:19, Yesaya 59:1-2, Mazmur 66:18, Habakuk 1:13, Roma 1:18-32).

    Sewaktu Yesus menjerit dan kegelapan yang menyelubungi bumi pada waktu tengah hari, peristiwa itu menunjukkan bahawa Allah sedang menghukum Kristus yang menggantikan tempat kamu dan saya, di mana hubungan intim Yesus dengan Allah Bapa-Nya sudah dipisahkan. Bandingkan apa yang berlaku dengan rujukan dari Perjanjian Lama.

    “Tuhan berfirman kepada Musa, “Hulurkanlah tanganmu ke langit, supaya kegelapan datang ke atas Tanah Mesir, sehingga orang benar-benar merasakan kegelapan itu.” Musa pun menghulurkan tangannya ke langit, lalu datanglah kegelapan yang pekat ke atas seluruh Tanah Mesir selama tiga hari. Orang tidak dapat melihat satu sama lain, dan tiada seorang pun dapat bergerak dari tempatnya selama tiga hari. Akan tetapi, seluruh orang Israel menikmati cahaya di tempat tinggal mereka.” Keluaran 10:21-23

    “‘Pada hari itu,’ demikianlah firman Tuhan Allah, ‘Aku akan membuat matahari terbenam pada tengah hari dan bumi menggelap sewaktu rembang tengah hari. Akan Kuubah perayaan-perayaanmu kepada perkabungan, dan segala nyanyianmu kepada ratapan. Kain perkabungan akan Kukenakan pada setiap pinggang dan setiap kepala akan Kugondolkan. Aku akan menjadikan hal itu seperti perkabungan atas kematian SI ANAK TUNGGAL dan kesudahannya seperti hari yang getir.’” Amos 8:9-10

    Jadi, Kristus yang menjadi penebus dosa umat manusia, mengalami hukuman sepenuh yang sepatutnya dijatuhkan ke atas umat manusia yang berdosa.

    Alkitab juga menyatakan bahawa Yesus adalah Imam Besar kita, di mana Dia mempersembahkan korban diri sendiri atas pihak kita di hadapan Allah Bapa, senantiasa berdoa untuk kita.

    “Dengan demikian, saudara-saudara yang salih, yang juga mendapat bahagian dalam panggilan dari syurga, fikirkanlah Rasul dan Imam Besar yang kita akui, Yesus Kristus.” Ibrani 3:1

    “Jelas bahawa Tuhan kita keturunan Yehuda, tetapi tentang suku ini Musa tidak pernah mengatakan sesuatu berkaitan imam-imam. Jauh lebih jelas lagi jika, seperti Melkisedek, bangkit seorang imam lagi, yang datang bukan menurut perintah berkenaan hal jasmani, tetapi menurut kuasa hidup yang tidak berkesudahan. Tentang Dia, telah disaksikan: “Engkau menjadi imam untuk selama-lamanya menurut peraturan Melkisedek.”” Ibrani 7:14-17

    “Tetapi Yesus, kerana Dia berterusan selama-lamanya, mempunyai keimaman yang tidak mungkin berubah. Oleh itu, Dia dapat menyelamatkan sepenuhnya mereka yang datang kepada Allah melalui-Nya, kerana Dia hidup selama-lamanya untuk berdoa syafaat bagi mereka. Demikianlah Imam Besar yang sesuai bagi kita. Dia suci, tidak bercela, tidak tercemar, terasing daripada orang berdosa, dan telah dijadikan lebih tinggi daripada isi syurga; Imam besar yang dahulu perlu mempersembahkan korban setiap hari, mula-mula untuk menghapuskan dosa mereka sendiri dan kemudian dosa orang lain. Tetapi Dia tidak perlu berbuat demikian. Dia telah melakukannya sekali untuk selama-lamanya ketika Dia mempersembahkan diri-Nya. Hukum Taurat melantik manusia biasa dengan segala kelemahannya untuk menjadi imam besar. Tetapi firman dan sumpah Allah, yang datang selepas hukum Taurat, melantik Anak yang telah disempurnakan untuk selama-lamanya.” Ibrani 7:24-28

    MAB response :
    01 – Kasih sayang sejati dari Tuhan Yang Maha Pengasih tidak akan korbankan Anak-Nya sedang Dia adalah Maha Pengampun. konsep kekristianian yang penuh kekeliruan dalam pemahaman konsep ketuhanan serta beriya-iya menyatakan agama kasih tetapi pada masa yang sama menumpahkan darah kerana alasan penebusan dosa. Rencana tuhan yang membingungkan kerana melibatkan Anak-Nya sehingga mati di tiang salib. Sepatutnya Bapa harus menyelamatkan Anak-Nya dan mengampuni dosa manusia begitu saja selaras dengan sifadh ilahiyyah-Nya Yang Maha Pengampun dan Maha Berkuasa. Anda harus berterima kasih kepada Iblis dan Judas Iskariot kerana tanpa mereka,rencana penebusan dosa tidak akan terjadi.

    02 – Maafkan saya…saya benar-benar ketawa dengan penjelasan saudara SH. Tajuk artikel saudara ialah “Bukankah Yesus Allah? Kalau Dia Allah, Kepada Siapakah Dia Berdoa?”. Nampaknya penjelasan panjang lebar saudara SH telah keluar dari tajuk asal artikel ini. Saya boleh saja jawab dengan mudah berkenaan penebusan dosa dan penyaliban tetapi untuk elak dari berlarutan pergi jauh sehingga Out of Topic,maka saya hentikan disini. Isu penyaliban penebusan dosa saya akan jawab dalam artikel yang lain. Kini,kita harus tumpu pada tajuk asal. Saudara SH gagal menjelaskan mengapa Jesus Christ pbuh harus berdoa kepada Bapa sedangkan dirinya dianggap tuhan oleh kalian. Saya berikan contoh dalam Matthew 6:9-12 yang mana baginda (Jesus Christ pbuh) berdoa kepada Bapa untuk pengampunan dan dalam Matthew 26:39 yang mana Jesus Christ pbuh sekali lagi berdoa kepada Bapa untuk penyelamatan dari penyaliban di Taman Getsemani. Bagaimana seseorang yang di anggap tuhan boleh berdoa kepada Tuhan?Apakah dia berdoa terhadap dirinya sendiri?

    SH berkata,
    Kesimpulan
    Tahniah kerana kamu berjaya membaca sampai ke sini untuk menimba ilmu serta memahami bahawa ia memang masuk akal untuk Yesus berdoa kepada Allah Bapa sebagai contoh untuk kita ikuti selepas menerima Dia sebagai Juruselamat kita.

    Di dalam kitab Amsal, Raja Salomo menyatakan, “Hai orang yang betul bendul, sampai bilakah kamu cinta akan keadaanmu sebagai orang yang betul bendul? Sampai bilakah para pencemuh gemar mencemuh, dan orang bodoh benci akan pengetahuan?” (Amsal 1:22)

    Peribadi hikmah di dalam kitab Amsal berkata, “Sesiapa yang betul bendul, menyimpanglah ke mari!” Kepada orang yang kurang akal, demikianlah katanya, “Mari, makanlah rotiku, dan minumlah air anggur yang telah kucampur. Tinggalkanlah kebebalan, maka kamu akan hidup, dan majulah di jalan pengertian.”” (Amsal 9:4-6)

    Semoga kalian berada di pihak hikmah dan meninggalkan jalan orang yang betul bendul.

    MAB response :
    Terima kasih di atas ucapan tahniah saudara SH. Saya berharap apabila saya membaca artikel saudara,saya dapat pencerahan jawapan dari persoalan “mengapa Jesus berdoa kepada Bapa jika dia adalah Tuhan.Apakah dia berdoa kepada dirinya sendiri?”,namun saya berasa kecewa di atas artikel saudara kerana saya tidak mendapati sebarang jawapan dari artikel saudara bahkan saya dapati saudara seperti “syok sendiri” bercerita sehingga Out of Topic.

    Benar apa kata Nabi Solomon tersebut dalam Proverb bab1 ayat 22 dan Proverb bab 9 ayat 4-6. Kata-kata Solomon itu mengajak bani Israel untuk ikuti ajarannya. Tinggalkan kedegilan dan kebodohan serta ikuti apa yang disampaikan ajaran,nescaya pasti akan bahagia. Namun penjelasan saudara SH telah menampakkan “betul bendul” disini.

    RUMUSAN
    01 – Pengarang SH masih gagal menjawab persoalan “Jika Jesus adalah Tuhan,mengapa dia berdoa kepada Bapa?Apakah dia berdoa kepada dirinya sendiri?.

    02 – Pengarang SH telah bercerita sehingga hanyut ke laut dengan membuat artikel yang keluar dari tajuk (Out of topic). Tajuk asal ialah “Bukankah Yesus Allah? Kalau Dia Allah, Kepada Siapakah Dia Berdoa? tetapi pengarang SH bercerita mengenai penyaliban dan penebusan dosa.

    03 – Pengarang SH melibatkan cerita Musa,Melchisidek dan lain-lain sedangkan hal tersebut tidak berkaitan dengan tajuk artikel.

    KESIMPULAN
    Kristian GAGAL menjawab bagaimana Jesus Christ pbuh yang di imani sebagai tuhan boleh berdoa kepada Tuhan. Apakah dia berdoa kepada dirinya sendiri?. Seperti saya katakan di atas,alangkah indahnya jika Kristian memahami hakikat mesej Jesus Christ yang sebenarnya.

    Persoalan tersebut masih menghantui penganut Kristian dan ini antara asbab mengapa ramai orang Kristian memeluk Islam. Mereka yang sedar akan hakikat Jesus Christ pbuh yang sebenar,pasti akan menemui kebenaran seperti mana pean Jesus Christ pbuh :
    “Jikalau kamu tetap dalam sabdaku,kamu benar-benar adalah muridku.dan kamu akan mengetahui kebenaran dan kebenaran itu akan memerdekakan kamu.”
    [John 8:31-32]
    – memerdekakan anda dari kekufuran…

    pesan Rasullullah Muhammad SAW,
    “Terimalah kenyataan itu walau ianya pahit…”

    Firman Allah Azza’Wa’Jalla – Tuhan Yang Maha Esa :
    “Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap.Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.”
    [Al-Isra 17:81]

  • Rebuttal to “Kristian Menjawab” – Tritunggal

    Rebuttal to “Kristian Menjawab” – Tritunggal

    Reading Time: 6 minutes

    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

    Sebuah video dari Youtube yang dibuat oleh “Kristian Menjawab” pada 10 July 2017 bertajuk “Tritunggal”. Setelah ditonton video tersebut,didapati ada beberapa kesalahan dan juga didapati pihak Kristian Menjawab menyelewengkan beberapa ayat dalam Bible untuk menyokong doktrin Tritunggal (Trinity). Disini saya akan jawab video tersebut.

    01 – Video “Kristian Menjawab” mengatakan (saya kutip ayatnya),
    “TRITUNGGAL secara sederhana bisa diartikan sebagai 3 Pribadi dalam 1 hakekat (Bapa, Anak, dan Roh Kudus). Pribadi berbicara soal Siapa Dia, hakekat berbicara soal Apa Dia.”

    MAS response :
    Jika Trinity itu bermaksud “Tiga (03) peribadi dalam Satu (01) Entiti Hakikat”,maka disini saya ada kemusykilan satu soalan :
    1.Semasa oknum anak mati akibat disalib selama tiga (03) hari dan tiga (03) malam,apakah oknum Bapa disyurga dan Ruh Kudus juga mati?
    (A) MATI
    (B) TIDAK MATI

    Jika MATI,maka siapakah yang mengatur makhluk selama tiga (03) hari dan tiga (03) malam???Bukankah itu menyalahi sifadh ilahiyyah Tuhan Yang Maha Kekal Abadi???

    Jika TIDAK MATI,maka jelas disitu terlihat ketidakesaan dalam satu Entiti Hakikat.

    02 – Video “Kristian Menjawab” mengatakan (saya kutip ayatnya),
    Dalam Kej 1:1 kata yg dipakai sebagai kata sapaan untuk Tuhan adalah “Elohim”. Elohim adalah bentuk jamak (plural), sedangkan bentuk tunggalnya (singular) adalah Eloah. Jadi bangsa Israel pun sudah mengenal konsep TRITUNGGAL ini sejak sebelum zaman Yesus. Lalu dalam Kej 1:26 kata ganti yg dipakai adalah Kita yg tentu saja itu bentuk jamak.

    MAB response :
    Suku kata “IM” pada kalimah “ELOHIM” adalah Al-Jama’ min’ul Jalalla (Plural of Majesty). Sungguhpun suku kata “IM” boleh dipakai dalam konsep Al-Jama’ min’ul Kamiya’ (Plural of Quantity),tetapi ianya harus dilihat pada Contextuality. Jika dituju kepada Tuhan ATAU dituju kepada seseorang selain tuhan sebagai tanda kemuliaan (Contoh : Song of Solomon 5:16),maka ianya menjadi Plural of Majesty. Dalam Samawiyyah Arabic seperti Quranic Al-Arab,kalimah “Elohim” dipanggil sebagai “Ilahunna” manakala kalimah “Eloah” dipanggil sebagai “Ilah”. Tidak ada orang Israel yang mengatakan ada Trinity dalam TNKH mereka. Mereka sendiri tidak pernah mengenal doktrin Trinity bahkan rabbi-rabbi Judah Israel yang lebih arif dengan bahasa Hebrew tidak pernah mengatakan “IM” yang dituju kepada Tuhan merujuk “Plural of Quantity”. Sila rujuk penjelasan mereka :
    – https://outreachjudaism.org/elohim-plural/

    Seperti Quran,kata “We” yang merujuk Plural of Majesty adalah melibatkan Litta’zhimm dan ini sama seperti dalam Genesis 1:26 kerana kedua-dua kitab ini adalah Semetic Language. Mana-mana ayat yang melibatkan Litta’zhimm (keagungan dan kebesaran dalam kekuasaan),maka kata ganti diri – “Kami” Allah gunakan dalam Kalam-Nya. Mana-mana ayat yang merujuk Rububiyyah Al-Wahid (penegasan ketuhanan dalam ketunggalan),maka Allah akan menggunakan kata ganti diri “Aku”. Seperti hal yang sama dengan “IM”,rabbi-rabbi Judah Israel yang lebih arif dengan bahasa Hebrew tidak pernah mengatakan “Kami” atau “Kita” (Na’aseh) adalah merujuk Plural of Quantity. Sila rujuk penjelasan mereka :
    Genesis 1:26
    – https://outreachjudaism.org/trinity-genesis/ (Rabbi Tovia Singer)
    – https://www.youtube.com/watch?v=wWUh8xlZfqA (Rabbi Skobach)

    03 – Video “Kristian Menjawab” mengatakan (saya kutip ayatnya),
    Dalam Ul 6:4 dijelaskan bahwa Tuhan (YHWH) itu esa. Bahasa asli dr esa adalah Ekhad (satu/saja). Ini bukan berarti bahwa Tuhan adalah 1 pribadi, melainkan yg dimaksud adalah YHWH adalah Tuhan satu-satunya, hanya Dia sajalah Tuhan, dan Dia bukan seperti ilah-ilah lain yg hanya buatan manusia (Ul 4:39 ; Ul 32:39 ; Yer 16:20).

    MAB response :
    Dalil Deuteronomy 6:4 (di ulangi kembali oleh Jesus Christ pbuh dalam Mark 12:29) jelas mengatakan bahawa Tuhan itu SATU (Echad in Hebrew/Ahad in Arabic). Apabila serangkap ayat jelas mengatakan demikian,maka maksud ayat tersebut jelas memberitahu Tuhan itu hanya memiliki SATU PERIBADI DALAM SATU ENTITI HAKIKAT. Tuhan tidak seperti tuhan-tuhan buatan manusia (Deuteronomy 4:39,Deuteronomy 32:39 dan Jeremiah 16:20) yang mana tuhan-tuhan tersebut boleh di anggap adalah reincarnation dari tuhan sebenar pada anggapan manusia. Makanya mengapa Tuhan katakan demikian dalam ayat-ayat tersebut.

    Kalimat Echad (Hebrew) atau Ahad (Arabic) merujuk SATU yang mana sifat keberadaan Echad tersebut seiring dengan Yachid (Hebrew) atau Wahid (Arabic). Sebab itu mengapa salah satu sifadh Ilahiyyah Allah adalah Al-Wahid. Bahkan rabbi Judah Israel menjelaskan konsep Echad itu sendiri dengan mengatakan seperti berikut :
    “God, the Cause of all, is one. This does not mean one as in one of a pair,nor one like a species which encompasses many individuals,nor one as in an object that is made up of many elements, nor as a single simple object that is infinitely divisible. Rather,God is a unity unlike any other possible unity.”
    [Yesode Ha-Torah 1:7]

    Dalam Deuteronomy 17:6,Deuteronomy 19:15,Ecclesiastes 4:8,Genesis 42:11,Exodus 9:6 dan Numbers 13:2,kata “Echad’ dalam ayat-ayat tersebut jelas menunjukkan SATU ENTITI HAKIKAT bukan gabungan dalam kesatuan entiti hakikat. Jelas,ayat-ayat Bible anda sendiri menyokong Tuhan itu Esa (Satu).Disini,saya memberikan sumber dari Rabbi Tovia Singer mengenai konsep Echad itu sendiri yang jelas menolak “Gabungan dalam Kesatuan Entiti Hakikat” :
    – https://outreachjudaism.org/trinity-shema-prayer/

    Satu soalan untuk pihak “Kristian Menjawab” :
    1. Semasa Musa Alayhissalam menjelaskan keesaan tuhan dalam ayat Deuteronomy 6:4,dia (Musa) dianggap Nabi. Tapi apabila Jesus Christ pbuh menjelaskan keesaan tuhan dengan ayat yang sama (pengulangan semula) dalam Mark 12:29,mengapa Jesus Christ pbuh dianggap tuhan?

    04 – Video “Kristian Menjawab” mengatakan (saya kutip ayatnya),
    Konsep TRITUNGGAL mulai lebih jelas saat zaman PB. Yesus banyak sekali membahas tentang Bapa, DiriNya sebagai Anak, dan Roh Kudus yg akan dikirimkan sebagai Penolong. Yg paling jelas saat Yesus menyuruh membaptis dalam Nama Bapa, Anak, dan Roh Kudus (Mat 28:19).

    MAB response :
    Dalam video anda tersebut,anda akui bahawa kata Tritunggal TIDAK ADA dalam Bible. Malangnya,disini anda putar belit dengan mengatakan “Konsep TRITUNGGAL mulai lebih jelas saat zaman PB”. Jika kata “Tritunggal” sahaja pun tidak ada,bagaimana konsepnya boleh wujud???. Nampaknya anda tidak konsisten dalam berikan penjelasan Tritunggal. Tuhan sendiri menyatakan bahawa Daud sebagai “Anak Yang Diperanakkan” (Psalm 2:7),mengapa tidak mengatakan Daud adalah Oknum Anak???

    Benar! Jesus Christ pbuh banyak menerangkan tentang Bapa kerana Jesus berdakwah tentang aqeedah Tawhid,contohnya seperti John 10:23-38 yang menerangkan konsep Taqarrub Tawhid (Syntesis principle John 17:19-22,Mark 12:29 dan John 14:20).

    Amanat Agung dalam Matthew 28:19-20 adalah rekaan ayat. Disini saya berikan beberapa Bible scholars menjelaskan keberadaan ayat tersebut :

    1.Hugh J. Schonfield
    “This Matthew 28:15 would appear to be the end of the Gospel of Matthew. What follows Matthew 28:16-20 from the nature of what is said, would then be a latter addition”
    [The Original New Testament page 124]

    2.Robert Funk
    “The great commission in Matthew 28:16-20 have been created by the individual evangelist.Reflect the evangelist idea of launching a world mission of the church. Jesus probably had no idea of launching a world mission and certainly was not the institusion builder.Is not reflect direct instruction from Jesus.”
    [The Five Gospels Robert Funk]

    3.Cardinal Joseph Ratzinger
    The origin of the chief Trinity text of Matthew 28:19.
    “The basic form of our profession of faith took shape during the course of the second and third centuries in connection with the ceremony of baptism. So far as its place of origin is concerned, the text (Matthew 28:19) came from the city of Rome.The Trinity baptism and text of Matthew 28:19 therefore did not originate from the original Church that started in Jerusalem around AD 33. It was rather as the evidence proves a later invention.”
    [Introduction to Christianity page 50-53]

    Jadi jelas dari penerangan mereka,ayat Matthew 28:19-20 diragui keaslian ayat tersebut dalam Gospel of Matthew. Disini saya berikan sumber lebih terperinci mengenai rekaan ayat Matthew 28:16-20 :
    – http://www.everlastingkingdom.info/article/127/constantine-wrote-matthew-2819-into-your-bible.html
    – http://www.usislam.org/deleted/constantine_wrote_matthew_2819.htm
    – https://anointingpower.wordpress.com/2016/02/23/constantine-wrote-matthew-2819-into-your-bible/

    Sebagai bukti tambahan lainnya,Matthew 28:19 pada Perjanjian Baru Rabbinical translations of Matthew berbahasa Hebrew tidak mencantumkan adanya rumusan Trinity tersebut,maka ditulis seperti berikut :

    “Go and teach them to carry out all the things which I have commanded you forever.”
    [Matthew 28:19-20]

    “Pergi dan ajarilah mereka untuk melakukan semua hal yang telah aku perintahkan kepadamu selamanya.”
    [Matius 28:19-20]

    Jadi jelas TIDAK ADA KATA Tritunggal dalam Bible.

    Berkenaan kata anda “dan Roh Kudus yg akan dikirimkan sebagai Penolong..”,ayat tersebut anda kutip pada John 14:16. Ayat tersebut tidak mengatakan Ruh Kudus adalah penolong. Jika ayat tersebut merujuk Ruh Kudus sebagai penolong,maka jelas bahawa anda menyatakan Tuhan BUKAN Esa sekaligus melanggari ajaran Jesus dalam Mark 12:29.

    RUMUSAN :
    01 – Pengarang “Kristian Menjawab” tidak memahami kitab sendiri.
    02 – Pengarang “Kristian Menjawab” menyeleweng ajaran Jesus Christ pbuh.
    03 – Pengarang “Kristian Menjawab” tidak konsisten dalam penerangannya sendiri.
    04 – Pengarang “Kristian Menjawab” jahil dalam penggunaan ayat.
    05 – Pengarang ‘Kristian Menjawab” mengutip ayat-ayat dalam Bible untuk menyokong Doktrin sesat Trinity tanpa penyelidikan pengetahuan sebenar.

    KESIMPULAN
    TIDAK ADA Doktrin Tritunggal dalam Bible dan Jesus Christ pbuh TIDAK PERNAH mengajar Doktrin Trinity.

    Disini saya berikan sumber penuh dari semua Exegess mengenai kesalahan doktrin Trinity :

    Rabbi Judah
    – https://en.wikibooks.org/wiki/Hebrew_Roots/Trinity/Errors
    – https://outreachjudaism.org/the-trinity-audio/
    – https://www.youtube.com/watch?v=ZjQUSK12tTo

    Christian Scholars :
    – https://www.godglorified.com/errors_of_the_trinity.htm
    – https://www.biblicalunitarian.com/audio/on-the-errors-of-the-trinity

    Muslim Apologetics and Scholars :
    – http://www.answering-christianity.com/umar_hassan/trinity.htm
    – http://www.answering-christianity.com/sd_bible_students.htm
    – http://www.answering-christianity.com/trinity_crucified.htm
    – http://www.answering-christianity.com/early_christians.htm
    – http://www.answering-christianity.com/trinity_contra.htm
    – http://www.answering-christianity.com/trinityhistory.htm
    – http://www.answering-christianity.com/trinity.htm
    – http://www.answering-christianity.com/ac7.htm
    – http://www.answering-christianity.com/trinity_is_false_from_bible.htm

    dari sahabat saya,Elfie Niesham (MENJ) :
    – https://www.bismikaallahuma.org/christianity/on-the-errors-of-the-trinity/

    pesan Jesus Christ pbuh kepada anda :
    “Jikalau kamu tetap dalam sabdaku,kamu benar-benar adalah muridku.dan kamu akan mengetahui kebenaran, dan kebenaran itu akan memerdekakan kamu.”
    [John 8:31-32]
    – memerdekakan anda dari kekufuran…

    pesan Rasullullah Muhammad SAW kepada anda :
    “Terimalah kebenaran itu walau ianya pahit..”
    [Hadith Sahih Bukhari dan Tirmizi]

    Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam”. Padahal Al-Masih sendiri berkata:” Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim.Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga”. Padahal tiada Tuhan melainkan Tuhan yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”
    [Al-Maidah 5:72-73]