Skip to content

Rebuttal To Sabda Harian – “Yesus : Manusia Atau Tuhan?”

Last updated on August 21, 2019

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Pada 28 June 2019,pengarang Sabda Harian telah membuat satu artikel menarik yang bertajuk “Yesus : Manusia Atau Tuhan?”. Disini kita akan jawab artikel beliau dan kita berharap pengarang Sabda Harian tidak lagi mengeluarkan penjelasan Out of Context dan Out of Topic.

SH berkata,
“Yesus itu hanya sekadar manusia, mengapa orang Kristian ber-Tuhankan Dia?”

“Bukankah Yesus berkata bahawa Dia Anak Manusia?”

“Di dalam Bilangan 23:19, Allah berkata bahawa, ‘Allah bukan manusia.’ Kalau Allah bukan manusia, mengapa Kristian menggelar Yesus sebagai Allah?”

“Allah begitu besar dan mulia, jadi Dia tidak akan wujud di dalam bentuk tubuh seorang manusia.”

“Mustahil bahawa seseorang boleh menjadi manusia dan Allah serentak.”

Pernahkah saudara dalam Kristus ditanya soalan sebegitu di dalam perjalanan iman kamu? Bagaimanakah saudara menjawab pertanyaan tersebut? Sepertimana yang kita selalu tekankan, pembacaan semua teks, termasuk Alkitab, perlu dilakukan mengikut konteks: kepada siapakah petikan tersebut ditujukan sewaktu ia ditulis, bagaimanakah pembaca asal mentafsirkan petikan tersebut, dan bagaimanakan petikan tersebut ditafsirkan mengikut aliran masa sewaktu?

MAB response :
Soalan-soalan itu kami pernah tanyakan kepada Kristian namun sehingga kini,TIDAK ADA sesiapa dari penganut Kristian mampu menjawab secara mutlak walhal Kristian akui bahawa mereka dibimbing Ruh Kudus. Maka kami berharap sahabat-sahabat Kristian kami mampu menjawab soalan tersebut dari kami. Tetapi malangnya,Kristian tidak mampu berikan jawapan secara mutlak. Saya berharap Kristian tidak dibimbing ruh yang salah.

SH berkata,
Apa maksud gelaran “Anak Manusia”?
Gelaran “Anak Manusia” dipakai oleh Yesus sebanyak 88 kali dalam Perjanjian Baru. Jika Allah sendiri telah mengumumkan bahawa “Inilah Anak-Ku yang Aku kasihi. Dia menyenangkan hati-Ku” (Matius 3:17, Markus 1:11, Lukas 3:22), bagaimana pula Yesus boleh menjadi Anak Manusia jikalau Dia adalah Anak Allah?

Maksud pertama dari frasa “Anak Manusia” diambil daripada ramalan Daniel 7:13-14,
”Dalam penglihatanku pada malam itu, aku nampak sesuatu yang seperti manusia.Dia datang dilitupi awan, lalu menghampiri Dia yang hidup selama-lamanya, dan dihadapkan kepada-Nya. Dia diberikan kuasa, kehormatan dan kedaulatan, agar orang daripada semua bangsa, kaum dan bahasa mengabdikan diri kepada-Nya. Kuasa-Nya akan kekal dan pemerintahanNya tidak akan berakhir.”

Di dalam pengertian orang Yahudi pada masa itu, gambaran “Anak Manusia” ini digelarkan Mesiah. Jadi, sepertimana Yesus memakai gelaran Allah sendiri (Akulah AKU), Dia juga memakai gelaran Anak Manusia kerana Allah telah memberi-Nya kekuasaan, kemuliaan dan kerajaan. Penggunaan gelaran ini oleh Yesus menerapkan ramalan “Anak Manusia” pada diri-Nya sendiri. Golongan Yahudi pada zaman itu tidak meragui penggunaan frasa tersebut kerana mereka faham akan maksudnya apabila Yesus mengutarakan diri-Nya sebagai Mesiah.

MAB response :
01 – Benar! gelaran “Anak Manusia” dituju kepada Jesus sebanyak 88 kali dalam Perjanjian Baru manakala Nabi Ezekiel dirujuk sebagai “Anak Manusia” lebih banyak dari itu iaitu sebanyak 94 kali. Sebenarnya gelaran Anak Manusia tidak menjadi masalah bagi muslim kerana maksud “Anak Manusia” itu merujuk Bani Adam. Tetapi dalam konteks Perjanjian Baru,gelaran “Anak Manusia” khusus kepada Jesus merujuk bahawa Jesus adalah anak Maryam yang tidak memiliki ayah. Ini kerana ketika itu,Jesus dituduh oleh Bani Israel sebagai anak zina dan keturunan zina (Sanhedrin 106a,Shabbat 104b,Yebamoth 49b,Yevamot 4:18,Avot 5:19 dan Gittin 56b-57a). Maka istilah ‘Anak Manusia” diguna khusus kepada Jesus agar dia di iktiraf sebagai manusia seperti mana manusia lain lahir ke dunia walau tanpa ayah bahkan istilah tersebut dipakai merujuk dirinya sebagai Al-Masih. Tetapi dalam kegerejaan Kristian,istilah “Anak Manusia” dipakai khusus kepada Jesus merujuk “Sepenuh Manusiawi”. Jika benar demikian,jadi apakah Nabi Ezekiel juga adalah Tuhan “Sepenuh Manusiawi”???

02 – Muslim tidak ada masalah dengan ayat Matthew 3:17 (Synoptic Gospel – Mark 1:11 dan Luke 3:22) kerana ayat itu merujuk kemuliaan Nubuwwah Jesus Christ pbuh a.k.a Eesa Al-Masih Alaihissalam dari Allah Azza’Wa’Jalla.

03 – Berkenaan Daniel 7:13-14,tidak kelihatan nubuatan Jesus Christ pbuh dalam ayat tersebut. Kerana untuk membaca ayat 13 dan 14 dalam Book of Daniel bab 7,kita harus baca secara konteks sehingga ayat ke27 dan syntesis principle dalam Psalms 34:10,Psalm 16:3 dan Daniel 8:24. Dalam ayat tersebut (Daniel 7:13),disebut perkataan asli “כְּבַר אֱנָשׁ” (k’var enash) yang bermaksud “something like a human being”.Tidak ada ayat disitu menyebut “בַר אֱנָשׁ” (var enash). Huruf “Kaf” (כ) disitu cukup memberikan perbezaan.

Dan pada ayat ke14 tidak mengatakan apa-apa tentang sesiapa yang “menyembah” terhadap sesuatu kerana dalam ayat tersebut ada perkataan yang diguna “יִפְלְחוּן” (yiflechun) yang bermaksud “they will serve” yang mana ini merupakan kata kerja. Perkataan “Yiflechun” adalah kata kerja bahasa Aramaic yang berhubung dari kata akar “פלח” (huruf pe,lammed dan ḥet) yang bermaksud “mereka akan berkhidmat”. Ini tidak semestinya bermaksud menyembah seperti menyembah kepada Tuhan tetapi boleh diertikan sebagai melayani orang suci. Ini terbukti ayat “melayani orang suci” dalam ayat konteks Daniel 7 ayat 27,mari kita baca :

וּמַלְכוּתָא וְשָׁלְטָנָא וּרְבוּתָא דִּי מַלְכְוָת תְּחוֹת כָּל שְׁמַיָּא יְהִיבַת לְעַם קַדִּישֵׁי עֶלְיוֹנִין מַלְכוּתֵהּ מַלְכוּת עָלַם וְכֹל שָׁלְטָנַיָּא לֵהּ יִפְלְחוּן וְיִשְׁתַּמְּעוּן

“Maka pemerintahan, kekuasaan dan kebesaran dari kerajaan-kerajaan di bawah semesta langit akan diberikan kepada orang-orang kudus, umat Yang Mahatinggi: pemerintahan mereka adalah pemerintahan yang kekal, dan segala kekuasaan akan mengabdi dan patuh kepada mereka.”

Lihat ayatnya,
“Dan kerajaan dan kekuasaan dan kebesaran kerajaan-kerajaan di bawah semua langit akan diberikan kepada umat yang kudus “יְהִיבַת לְעַם קַדִּישֵׁי עֶלְיוֹנִין”. Kerajaannya adalah kerajaan yang kekal dan semua kekuasaan akan melayani “יִפְלְחוּן” dan patuh kepada mereka. Kita lihat dari terjemahan Bible di atas bukti jelas bahawa “Orang Suci Kudus” adalah orang-orang yang menerima “Pelach”. Satu soalan untuk Pengarang SH :
– jika orang dalam Daniel 7:14 menerima “Pelach” dan dengan demikian ianya dianggap sebagai Tuhan,bagaimana pula dengan “Orang Suci” yang menerima perkara yang sama dalam Daniel bab 7 ayat 27,apakah mereka semua Tuhan???

Jelas bahawa ini adalah orang-orang Suci yang menerima persembahan ini BUKAN nubuatan Jesus Christ pbuh sebagai Anak Manusia yang dirujuk sebagai Tuhan Sepenuh Manusiawi menjadi Al-Masih.

04 – Memandangkan anda mengatakan,
“Golongan Yahudi pada zaman itu tidak meragui penggunaan frasa tersebut kerana mereka faham akan maksudnya apabila Yesus mengutarakan diri-Nya sebagai Mesiah.”

Saya tidak tahu orang Judah Israel mana yang berkata demikian seperti anggapan saudara,maka disini saya berikan sumber penjelasan dari website orang Judah Israel sendiri :
– https://jewsforjudaism.org/knowledge/articles/chapter-44-one-like-son-man
– https://jewsforjudaism.org/knowledge/articles/daniel-9-a-true-biblical-interpretation

dan ini dari Sumber Muslim yang disokong oleh Jewish sendiri :
– https://discover-the-truth.com/2013/07/06/daniel-713-14-messiah-jesus-god/

SH berkata,
Maksud kedua frasa “Anak Manusia” adalah maksud yang seringkali difahami orang pada zaman ini, iaitu seorang insan. Memang Allah menyeru Nabi Yehezkiel sebagai “anak manusia” sebanyak 93 kali, iaitu insan. Untuk Yesus yang merupakan Allah yang sempurna (Yohanes 1:1), Dia juga merupakan insan (Yohanes 1:14). Di dalam 1 Yohanes 4:2, “Inilah caranya kamu boleh mengetahui sama ada roh itu Roh Allah atau tidak: Sesiapa mengakui Yesus Kristus datang ke dunia sebagai manusia, orang itu mempunyai Roh yang datang daripada Allah.”

MAB response :
01 – Saya baru cerita pasal Nabi Ezekiel di atas,nampaknya saudara juga akui Nabi Ezekiel adalah “Anak Manusia” sebanyak 93 kali (saya katakan 94 kali di atas) yang merujuk Insan atau Bani Adam (Keturunan Manusia) sepeti mana Jesus Christ pbuh.

02 – John 1:1 tidak mengatakan Jesus adalah “Allah yang sempurna”. Untuk pengetahuan saudara, Gospel of John ditulis pada 90 AD menurut Bible Scholars seperti F.F Bruce dan Richard Baukham. Ayat John 1:1-14 asalnya adalah Formula Phylo yang mana asal ayat “the word from God” ditulis menjadi “the Word was God”. Jika ini benar seperti dakwaan saudara,maka ini akan bercanggah dengan Exodus 7:1 yang mana kalimat Torah ditulis dalam Koine Greek (Pentateuch) iaitu “Theon” yang bermaksud “God” (Capital “G”). Jadi jika saudara ingin katakan Firman itu adalah Tuhan (sebenarnya ditulis ton theos BUKAN Ho Theos),maka saudara juga harus setuju bahawa Moses adalah Tuhan dalam Exodus. Sila rujuk penjelasan lebih terperinci disini berkenaan dengan John 1:1-14 dari Bible scholars sendiri :
– https://www.iep.utm.edu/philo/?fbclid=IwAR36Gmrp-OF3ctkd72wo8Zgwz3bpj9WtBpFMwX9vPxuid70grxCKmovN7jw

Nota saya dalam Facebook :
– https://www.facebook.com/notes/aleav-nero-ardy/absolute-undeniable-proofs-full-detailed-errors-of-trinity-doctrine-the-corrupte/959059980795403/

1 John 4:2 tidak bermasalah dengan muslim kerana kami (Muslim) juga beriman Jesus Christ pbuh adalah manusia yang diutuskan sebagai Nabi oleh Allah Azza’Wa’Jalla. Jadi kami (muslim) dituntun oleh Ruh Allah BUKAN Iblis.

SH berkata,
Jadi, Yesus merupakan Anak Allah sepertimana digelar oleh Allah sendiri, dan Dia juga adalah Allah. Selain daripada itu, Yesus juga merupakan Anak Manusia, iaitu seorang insan seperti kamu dan saya dengan satu pengecualian: Dia tidak pernah berdosa. Secara ringkas, frasa “Anak Manusia” menunjukkan Yesus seorang Mesiah serta seorang insan sejati. Kebanyakan kali di dalam Perjanjian Baru, Yesus merujuk kepada diri sendiri sebagai Anak Manusia berbanding dengan penggunaan perkataan “Aku”.

MAB response :
Saya tidak tahu ayat mana yang mengatakan “Anak Allah” itu adalah Allah sendiri. Saya mohon saudara yang arif sila tunjukkan Jesus Christ pbuh selaku “Anak Allah” dikatakan Allah sendiri dalam Bible. Silakan….

Dalam gaya bahasa Siryaniyyah,”Anak Allah” merujuk persamaan sebagai “Hamba Allah” dalam gaya bahasa Semitic Arabic (Firdaws Al-Arab) dan gaya bahasa Arabic Hijaziyyah. Dalam Oxford Dictionary of the Jewish Religion menjelaskan bahawa gelaran “Anak Allah” adalah Metaphor. Ini kerana bukan Jesus sahaja yang dikatakan Anak Allah tetapi :
– Efraim adalah Anak Allah (Jeremiah 31:9)
– Israel juga Anak Allah (Exodus 4:22 dan Hosea 1:10)
– Malaikat juga Anak2 Allah (Job 1:6-7)
– Solomon juga Anak Allah (2 Samuel 8:13-14)
– dan Daud juga Anak Allah (Psalm 89:26-27)…..

Jika benar Jesus adalah Anak Allah,maka berapa banyak Anak Allah???. Jika “Anak Allah” adalah merujuk Allah sendiri,maka berapa ramai menjadi Tuhan???….dan saya tahu pasti anda berkata,
“Jesus adalah istimewa kerana dia dirujuk sebagai “Anak Allah” BUKAN “anak Allah”…….”

okay baik…saya akan bertanya kembali,
“Bagaimana pihak Gereja saudara merujuk Jesus sebagai “Anak Allah” sedangkan bahasa asli Bible anda iaitu Hebrew (PL) dan Suryani serta Koine Greek (PB) tidak menggunakan sistem huruf besar???.

SH berkata,
Allah boleh memilih untuk wujudkan Diri dalam apa-apa bentuk yang dipilih
Untuk mereka yang tegas berpegang pada tohmahan “Allah begitu besar dan mulia, jadi Dia tidak akan wujud di dalam bentuk tubuh seorang manusia”, bukankah Allah memanggil Musa daripada belukar yang menyala (Keluaran 3:4). Adakah belukar sesuatu ciptaan yang jauh lebih berakal dan maju daripada seorang insan? Memang tidak! Jadi, sesiapa yang mengakui bahawa Allah adalah Maha Kuasa dan Maha Tahu, perlu juga akur pada fakta bahawa Dia boleh melakukan apa sahaja yang Dia mahu asalkan perbuatan-Nya tidak bercanggah daripada peribadi dan sifat-sifat Allah. Ini termasuk hidup di kalangan manusia melalui Yesus Kristus sebagai Allah dan manusia serentak. Sesiapa yang menafikan kebolehan Allah melakukan tersebut hanya kerana minda mereka tidak dapat akur kepada kebesaran dan keagungan Allah, berani membataskan had kuasa Allah sendiri.

MAB response :
Hal konsep Anthropomorphism ini telah saya jawab disini :
– https://muslim-apologetic-borneo.com/response-to-sabda-harian-adakah-muslim-dan-kristian-menyembah-tuhan-yang-sama/

Kamu berkata,
“Dia boleh melakukan apa sahaja yang Dia mahu asalkan perbuatan-Nya tidak bercanggah daripada peribadi dan sifat-sifat Allah.”

Bukankah menjadi manusia itu telah melanggar sifadh Ilahiyyah Allah itu sendiri??…Sebelum saya jelaskan,ingin saya nyatakan lima (05) soalan saya untuk saudara SH :
01 – Apakah gelas yang penuh dengan air boleh menjadi gelas kosong pada masa yang sama?
02 – Apakah Tuhan Yang Maha Bijaksana boleh menjadi bodoh pada masa yang sama?
03 – Apakah Tuhan Yang Maha Kekal Abadi boleh mati pada masa yang sama?
04 – Apakah Tuhan Yang Maha Mengetahui boleh terbatas pengetahuan pada masa
yang sama?
05 – Jika anda katakan Jesus Christ pbuh yang kelaparan memakan ikan goreng (Luke 24:41-43) adalah bahagian manusiawinya,maka dimana bahagian ilahiyyahnya ketika itu dan apakah bahagian manusiawinya lebih dominan dari bahagian ilahiyyah walhal dia telah mengalahkan maut setelah penyaliban tersebut??

Islam menolak konsep reincarnation kerana ianya menyalahi Sifadh Ilahiyyah Allah. Bukan soal Allah tidak mampu menjelma jadi apa sahaja. Sebenarnya Allah boleh buat apa sahaja,tidak ada yang mustahil bagi Allah (Al-Baqarah 2:20,Matthew 19:26,Mark 10:1427,Mark 10:14 dan Mark 10:36). Tetapi Tuhan TIDAK AKAN sesekali melakukan sesuatu yang melanggari Sifat Ketuhanan-Nya sendiri. sebagai contoh,Kristian beriman Tuhan menjadi manusia melalui Logos. Maknanya Kristian telah menjadi Tuhan itu mempunyai sifat awal,sifat dilahirkan dan sifat diciptakan dan sekaligus ini melanggar sifat Tuhan Yang Maha Pencipta (Al-Khaliq) dan Maha Sedia Ada (Al-Qidam). Bahkan Bible kamu sendiri menyokong argument Islam yang mana Tuhan tidak sesekali menjelma berubah menjadi apa sahaja (Malachi 3:1-6 dan James 1:7-17).

Jika anda berhujah dengan mengatakan bahawa Jesus adalah 100% ketuhanan dan 100% manusia (Colossians 2:9),ini akan bercanggah dengan Number 23:19. Bahkan Paul sendiri mengatakan bahawa Christ dikepalai oleh Tuhan (1 Corinthian 11:3). Jadi tidak mungkin Jesus Christ pbuh memiliki 100% ilahiyyah yang sama seperti Bapa. Kristian tidak memahami perbezaan antara konsep Anti-God dengan konsep Vise-Versa. Jadi,kepercayaan Kristian dalam konsep tuhan menjelma menjadi manusia adalah muktamad SESAT.

SH berkata,
Allah sendiri menyatakan Dia “…bukan manusia…”
Di dalam bahasa Inggeris, terdapat satu simpulan bahasa, “Give enough rope.” Sesiapa yang bersandar pada Bilangan 23:19 sepatutnya mentafsirkan ayat tersebut mengikut konteks. Dalam Bilangan 23:16-24, petikan tersebut menceritakan bagaimana Allah memakai Bileam untuk menyampaikan nubuat kepada Raja Balak, dan Allah menunjukkan perbezaan Dia dengan manusia biasa. Jadi, tidak hairan Allah menyatakan Diri sebagai “…bukan manusia, Dia tidak berdusta, Allah bukan insan, Dia tidak mengubah fikiran. Apa yang dijanjikan-Nya akan dipenuhi-Nya; apa yang difirmankan-Nya pasti dilakukan-Nya.”

Jadi, inti ayat-ayat tersebut daripada Allah menunjukkan bahawa Allah akan berlaku adil dan memenuhi janji-janji atau Firman-Nya, dan tidak akan mengubah fikiran-Nya seperti manusia yang berdosa. Lihat betapa bahayanya kalau seseorang memetik ayat dari luar konteks dan cuba memberi penjelasan?

MAB response :
very good….buat pertama kali saya melihat saudara SH memetik secara konteks. Kerana di ambil secara konteks lah kami memahami ayat tersebut tetapi di ambil serangkap ayat (Number 23:19) sebagai point penting. Dari penjelasan saudara,jelas saudara sendiri akui bahawa Allah bukan manusia. Ini kerana jika Tuhan menjadi manusia,maka Tuhan akan jadi sifat-sifat seperti manusia. Jika Dia menjadi manusia,maka Dia harus tinggalkan Sifadh Ilahiyyah-Nya. Maka dengan mustahilnya Tuhan ingin menjadi manusia,Dia akan laksanakan segala Sunnatul Ilahiyyah selaku Rabb’ul Alamiyyin. Jadi disitu Dia akan laksanakan apa yang Dia firmankan dan tepati segala Janji-Nya selaras salah satu Sifadh Ilahiyyah-Nya iaitu Al-Adl’ (Maha Adil).

SH berkata,
Seperti yang dinyatakan di dalam Bilangan 23:19, Allah juga berjanji bahawa Dia akan mengutuskan seorang “…anak lelaki…” di mana “…Dia akan menjadi pemimpin kita [umat Allah]. Dia akan disebut “Penasihat Bijaksana,” “Allah Perkasa,” “Bapa Kekal,” “Raja Damai” (Yesaya 9:5). Nubuatan tersebut dipenuhi di dalam Yesus Kristus. Jadi bukan sahaja Allah sendiri menggelarkan Yesus sebagai Anak-Nya, tetapi Allah juga memberi gelaran Allah Perkasa kepada Yesus.

Sesiapa yang menafikan kenyataan tersebut disamakan sebagai anak Iblis oleh Yesus sendiri di dalam Yohanes 8:44, “Bapa kamu Iblis dan kamu anak-anaknya. Kamu lebih suka menurut kehendak bapa kamu. Sejak permulaan, Iblis itu pembunuh. Dia tidak pernah memihak kepada kebenaran, kerana tidak ada kebenaran padanya. Apabila Iblis berdusta, hal itu memang sudah sewajarnya, kerana dia pendusta dan asal segala dusta.” Yesus mengecam golongan Yahudi yang tidak percaya kepada-Nya sebagai Anak Allah, sama seperti ramai orang yang berfikiran begitu pada hari ini. Golongan ini memanusiakan Tuhan Yesus, tetapi sanggup mentuhankan manusia.

MAB response :
01 – Memandangkan saudara gandingkan Number 23:19 dengan Isaiah 9:6 yang mana Allah tunaikan Janji-Nya iaitu salah satu utuskan “anak lelaki” dan Kristian (termasuk saudara) maksudkan “anak lelaki” tersebut adalah Jesus Christ. saya ingin bertanya :
– sejak bila Jesus Christ dipanggil “פֶּלֶאיוֹעֵץ” (Peleyoetz)???
– sejak bila Jesus Christ dipanggil “אֲבִי-עַד” (Abi Adh)”???
– sejak bila Jesus Christ dipanggil “אֵלגִּבּוֹר” (El Ghibor)???
– sejak bila Jesus Christ dipanggil “שַׂר-שָׁלוֹם” (Sar Ha Shalom)???

Soalan No.1 – Jika ADA,maka sila kemukakan dalil dan sekaligus bercanggah dengan Matthew 8:21-22 dan John 18:21-23 (syntesis principle Matthew 5:39).

Soalan No.2 – Jika ADA,sila kemukakan dalil dan sekaligus bercanggah dengan
Matthew 23:9 dan Matthew 26:39. Bukankah satu Bida’ah dalam Kekristianian apabila Oknum Anak menyamakan dengan Oknum Bapa (Modalisme)??

Soalan No.3 – Jika ADA,sila kemukakan dalil dan sekaligus bercanggah dengan Matthew 27:46.

Soalan No.4 – Jika ADA,sila kemukakan dalil dan sekaligus bercanggah dengan Matthew 10:34.

Sebenarnya nubuatan Isaiah 9:6 harus dibaca juga melalui syntesis principle dalam Isaiah 8:3,saya bacakan untuk anda :
ג וָאֶקְרַב, אֶל-הַנְּבִיאָה, וַתַּהַר,וַתֵּלֶד בֵּן; {ס} וַיֹּאמֶר יְהוָה, אֵלַי, קְרָאשְׁמוֹ, מַהֵר שָׁלָל חָשׁבַּז.

“And I went unto the prophetess and she conceived and bore a son.Then said the LORD unto me: ‘Call his name Maher-shalal-hash-baz.”

Pada ayat ini tertulis nama “Maher-shalal-chash-baz” yang bermaksud “the spoil speeds / “the prey hastens.”…. Sebenarnya ayat Isaiah 9:6 dirujuk kepada Raja Hezekiah (Chizkiyah) kerana namanya yang bermaksud “A Mighty God” dan semua ciri-ciri yang disebut dalam Isaiah 9:6 ada pada Raja Hezekiah. Dan ini dinyatakan sendiri oleh Exegess dari Judah Israel :
– https://jewsforjudaism.org/knowledge/articles/who-is-the-child-in-isaiah-95-6/
– http://www.jewishencyclopedia.com/articles/7668-hezekiah
– http://thejewishhome.org/counter/Isa9_56.pdf

Mohon jangan kelentong saudaraku…Berkatalah dengan jujur tanpa menghalalkan cara dengan berdusta!!..Saudara sanggup berputar belit semata-mata hanya untuk menegakkan benang yang basah Jesus adalah tuhan.. Saudara termasuk dalam kenyataan John 8:44. Orang yang mensyirikkan Allah dengan menuhankan Jesus Christ tiada bezanya dengan orang-orang Judah Israel kebanyakan tidak beriman Jesus Christ adalah Utusan Allah bahkan menyatakan Jesus Christ pbuh adalah Al-Masih Palsu.

SH berkata,
Kesimpulan

Sewaktu zaman Yesus, Dia merujuk kepada diri sendiri sebagai Anak Manusia supaya orang ramai faham akan implikasi gelaran tersebut sebagai Mesiah. Jikalau Yesus hanya memakai gelaran Mesiah (dan Dia mempunyai hak untuk menggunakan gelaran tersebut), kemungkinan besar Dia akan disalibkan jauh lebih awal. Gelaran Anak Manusia yang seringkali dipakai oleh Yesus memberi Dia peluang yang terbaik untuk bergaul dan berhubung dengan semua orang tanpa mengambil kira status atau darjat.

MAB response :
Saya setuju apabila “Anak Manusia” dirujuk sebagai Al-Masih . Tiada penafian tetapi BUKAN sebagai “Penjelmaan Tuhan sepenuh Manusiawi”. Jesus Christ pbuh telah lama nyatakan bahawa dia adalah Al-Masih dalam John 10:23-38 namun orang-orang Judah Israel tidak mempercayai baginda. Tidak ada kaitan dengan penyaliban sama ada awal atau lambat. Kita berhujah tidak boleh nyatakan melalui assumption dengan perkataan “kemungkinan besar..” . Menggunakan istilah ‘Anak Manusia” ATAU tidak,sebenarnya itu dari penerimaan umat Bani Israel. Jika mereka tidak degil,mereka tetap akan terima Jesus Christ pbuh sebagai Nabi dan Al-Masih jika mereka benar-benar beriman.

RUMUSAN
01 – Pengarang SH GAGAL memahami konsep Anak Manusia dan Anak Tuhan.
02 – Pengarang SH GAGAL memahami ayat asli dalam penubuatan di Perjanjian Lama.
03 – Pengarang SH akui bahawa Allah tidak akan menjadi manusia dalam Number 23:19
04 – Pengarang SH TIDAK TAHU bagaimana kaedah Hermenutical Biblical dalam memahami Bible itu sendiri.
05 – Pengarang SH sanggup menghalalkan cara (berdusta) dengan menserasikan nubuatan Perjanjian Lama untuk mensahihkan ketuhanan Jesus Christ.

KESIMPULAN
Jelas bahawa Jesus Christ pbuh a.k.a Eesa Al-Masih adalah MANUSIA BUKAN TUHAN.

pesan Eesa Al-Masih Alaihissalam @ Jesus Christ :
“Jikalau kamu tetap dalam sabdaku,kamu benar-benar adalah muridku.dan kamu akan mengetahui kebenaran dan kebenaran itu akan memerdekakan kamu.”
[John 8:31-32]
– memerdekakan anda dari kekufuran…

pesan Rasullullah Muhammad SAW,
“Terimalah kenyataan itu walau ianya pahit…”

Firman Allah Azza’Wa’Jalla – Tuhan Yang Maha Esa :
“Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap.Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.”
[Al-Isra 17:81]