Blog

  • Rebuttal to Sabda Harian – Siapakah Allah menurut Alkitab?

    Rebuttal to Sabda Harian – Siapakah Allah menurut Alkitab?

    Reading Time: 2 minutes

    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

    Pada 23hb April 2019,Pengarang SH membuat satu artikel bertajuk “Siapakah Allah menurut Alkitab?” disini :
    – http://sabdaharian.com/siapakah-allah-menurut-alkitab/

    dalam artikel tersebut,pengarang SH telah memaparkan sebuah video yang berdurasi selama 2 minit 44 saat. Setelah saya melihat video tersebut,ingin saya bertanya 02 soalan kepada pembuat video dari artikel Sabda Harian tersebut :
    01 – Dalam video tersebut,dikatakan bahawa Allah itu adalah Ruh. Jika benar Allah itu ruh,maka mari izinkan saya berhujah dengan Biblemu sendiri. Saya berikan beberapa ayat :

    “Allah itu Roh dan barangsiapa menyembah Dia, harus menyembah-Nya dalam roh dan kebenaran.”
    [John 4:24]

    dan kita bandingkan ayat lain,
    “Percayalah kepada TUHAN selama-lamanya, sebab TUHAN ALLAH adalah gunung batu yang kekal.”
    [Isaiah 26:4]

    “Sebab Allah kita adalah api yang menghanguskan.”
    [Hebrew 12:29]

    saya bertanya,mana satu yang betul…Tuhan itu adalah apa??
    (A) Ruh
    (B) Api
    (C) Gunung Batu

    jika anda katakan bahawa Allah itu adalah Ruh,maknanya anda harus bersetuju bahawa Allah itu juga Gunung Batu dan Api yang menghanguskan.

    Jika anda katakan bahawa “Gunung Batu” dan “Api” itu adalah kiasan,maknanya anda harus tahu bahawa “Allah itu ruh” juga adalah kiasan. Ini kerana ayat John bab 4 ayat 24 tersebut disampaikan dalam gaya bahasa Mutasyabihah Siryaniyyah yang mana menerangkan bahawa Maha Ghaib Allah.

    jika kamu masih yakini bahawa Allah itu ruh,maknanya Tuhan tu seperti kambing bertanduk tujuh dan bermata tujuh. Berikut saya berikan ayat dalam Biblemu sendiri :
    “Maka aku melihat di tengah-tengah takhta dan keempat makhluk itu dan di tengah-tengah tua-tua itu berdiri seekor Anak Domba seperti telah disembelih, bertanduk tujuh dan bermata tujuh: itulah ketujuh Roh Allah yang diutus ke seluruh bumi.”
    [Revelation 5:6]

    setuju?

    02 – 1 Corinthian 8:6 tidak dikatakan mengenai konsep Tiga peribadi dalam satu entiti Tuhan Yang Esa dan 1 John 5:7 di akui oleh 32 Sarjana Tertinggi Kristian sebagai rekaan dan pemalsuan ayat. Saya minta SATU DALIL JELAS dari Firman Bapa sendiri ATAU kata-kata para Nabi termasuk sabda Jesus Christ pbuh sendiri dalam semua versi Bible ada mengatakan Tuhan adalah Trinity dalam Oknum Bapa,Oknum Anak dan Oknum Ruh Kudus.

    Allah sendiri berkata bahawa hanya Dia satu-satunya Tuhan,tidak ada sesiapa pun disisi-Nya dan tidak ada sesiapa selain Dia sahaja (Deuteronomy 6:4,Ezekiel 18:1-9,Micah 7:18,Numbers 35:33,Isaiah 43:11,Isaiah 46:9,Deuteronomy 4:35,Deuteronomy 32:39,1 Kings 8:60,Isaiah 44:8,Isaiah 45:5,Isaiah 45:21 dan Isaiah 45:22 serta Mark 12:29).

    Firman Allah Azza’Wa’Jalla :
    Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam”. Padahal Al-Masih sendiri berkata:” Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim.Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga”. Padahal tiada Tuhan melainkan Tuhan yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”
    [Al-Maidah 5:72-73]

    Shalom eloycheim

  • Rebuttal to Sabda Harian – Adakah muslim dan kristian menyembah tuhan yang sama?

    Rebuttal to Sabda Harian – Adakah muslim dan kristian menyembah tuhan yang sama?

    Reading Time: 5 minutes

    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

    Pada 02hb May 2019,Pengarang SH membuat satu artikel bertajuk “Adakah muslim dan kristian menyembah tuhan yang sama?” disini :
    – http://sabdaharian.com/adakah-kristian-dan-muslim-menyembah-tuhan-yang-sama/

    Setelah dibaca teliti,saya mendapati ada beberapa point yang saya setuju namun ada juga beberapa point dari isi website sahabat Kristian kita (pengarang SH) yang saya harus jawab untuk meluruskan fahamannya tentang konsep ketuhanan.

    Disini saya akan berikan respon menjawab artikel dari pengarang SH tersebut. Namun sebelum saya response artikel beliau,pertama sekali saya ingin terangkan mengenai kaitan kalimah ALLAH dengan YHWH kerana ini membuktikan bahawa Tuhan orang Judah Israel dengan Tuhan orang muslim adalah Tuhan yang sama disembah.

    Sememangnya kalimah Allah ada dalam Bible. Yahuwah @ YHWH (bukan sebutan Yahweh) adalah kata ganti nama khas tuhan Israel. Ianya synonym dgn ALLH dalam Samawiyyah Arabic (Quranic Al-Arab). mengapa sama? Huruf “Yodh” dalam YHWH synonym dengan “Ya” dalam Arabic. Tetapi dalam hukum Qhair Mustaq,huruf “Yodh” synonym dengan bacaan huruf “Alif (Arabic) @ Aleph (Hebrew)” dan “Alif Matsurah”. Makanya,kalimah YHWH dalam Arabic merujuk ALLH. Rabbi Saadia Gaon menerjemah TNKH dalam bahasa Arab pada 902 AD dan beliau merupakan orang pertama yang menerjemahkan TNKH dalam bahasa Arab (Perjanjian Baru diterjemah dalam bahasa Arab pada tahun 1616 oleh Erpenius). Dalam terjemahan beliau,kalimah YHWH diterjemah menjadi kalimah ALLAH sebagai contoh :
    Hebrew translation
    “Syema Israelu,Yahuwah eloheinu yahuwahu echad”
    [Deuteronomy 6:4]

    beliau menerjemah dalam bahasa Arab seperti berikut :
    “Ishma ya Israel,Allah ilahunna Allahu ahad.”
    [Deuteronomy 6:4]

    untuk lebih lanjut,sila rujuk disini :
    – https://www.academia.edu/3770935/_The_Torah_of_Israel_in_the_Tongue_of_Ishmael_Saadia_Gaon_and_his_Arabic_Translation_of_the_Pentateuch_
    – https://www.youtube.com/watch?v=LFSM7nTPjfk
    – https://www.youtube.com/watch?v=qHNzSk_Buec

    Kalimah Allah BUKAN berasal dari Al-Ilah. Dalam hukum Nahwu Sorof Samawiyyah Arabic apabila ada “Ya” di awal sebutan perkataan seperti “Ya Allah”,suku kata “AL” pada kalimah Allah tidak dibuang. Ini disebabkan suku kata “AL” pada kalimah Allah BUKAN merujuk “The” tetapi kata yang dikhususkan dari kata “IL” (“EL” in Hebrew). Maka sebab itu mengapa sebutan tetap menjadi ‘Ya Allah”. Tetapi apabila ada “Ya” di awal sebutan mana-mana perkataan yang merujuk “The” seperti contoh “Al-Hakim”,suku kata “AL” pada “Al-Hakim” harus dibuang menjadi sebutan “Ya Hakim” apabila suku kata “Ya” ada disebut di awal kalimat. Ini kerana suku kata pada “AL” dalam perkataan “Al-Hakim” merujuk “Maha” atau “The” (“HA” in Hebrew).

    Jadi, dari nama tuhan sahaja pun telah menunjukkan bahawa kita menyembah tuhan yang sama. Namun apakah bukti perkaitan ini membolehkan Kristian Trinitrian memakai kalimah Allah dalam Bible? saya katakan TIDAK BOLEH!…mengapa?…saya akan terangkan dalam artikel lain kerana itu adalah isu lain yang tidak berkenaan dengan tajuk artikel ini.

    Okay baik….berkenaan dengan respon terhadap point dalam artikel dari pengarang SH,kita baca dahulu penjelasan dari pengarang SH seperti berikut :

    SH berkata,
    Pada masa yang sama, terdapat juga perbezaan penting antara pandangan orang Kristian dan orang Muslim mengenai Tuhan. Walaupun orang Muslim menganggap bahawa Allah mempunyai ciri-ciri belas kasihan, penuh rahmat dan penyayang; tetapi Allah tidak menunjukkan ciri-ciri lain yang sama dengan Allah orang Kristian. Perbezaan penting antara agama Kristian dan agama Muslim mengenai Tuhan ialah konsep “penjelmaan”. Orang Kristian percaya bahawa Tuhan menjadi manusia iaitu Yesus Kristus. Orang Muslim menganggap konsep ini satu pencacian kepada Tuhan yang suci. Orang Muslim tidak akan menerima pandangan bahawa Allah menjadi manusia dan mati untuk dosa dunia ini. Kepercayaan pada penjelmaan iaitu Tuhan wujud sebagai Yesus Kristus adalah muktamad dalam pemahaman konsep Tuhan bagi orang Kristian. Tuhan menjadi manusia supaya Dia dapat bersimpati dengan kita, dan lebih penting lagi, supaya Dia dapat memberi penyelamatan, iaitu pengampunan dosa.

    MAB response :
    Islam menolak konsep reincarnation kerana ianya menyalahi Sifadh Ilahiyyah Allah. Bukan soal Allah tidak mampu menjelma jadi apa sahaja. Sebenarnya Allah boleh buat apa sahaja,tidak ada yang mustahil bagi Allah (Al-Baqarah 2:20,Matthew 19:26,Mark 10:1427,Mark 10:14 dan Mark 10:36). Tetapi Tuhan TIDAK AKAN sesekali melakukan sesuatu yang melanggari Sifat Ketuhanan-Nya sendiri. sebagai contoh,Kristian beriman Tuhan menjadi manusia melalui Logos. Maknanya Kristian telah menjadi Tuhan itu mempunyai sifat awal,sifat dilahirkan dan sifat diciptakan dan sekaligus ini melanggar sifat Tuhan Yang Maha Pencipta (Al-Khaliq) dan Maha Sedia Ada (Al-Qidam). Bahkan Bible kamu sendiri menyokong argument Islam yang mana Tuhan tidak sesekali menjelma berubah menjadi apa sahaja (Malachi 3:1-6 dan James 1:7-17).

    Lima (05) soalan untuk pengarang SH :
    01 – Apakah gelas yang penuh dengan air boleh menjadi gelas kosong pada masa yang sama?
    02 – Apakah Tuhan Yang Maha Bijaksana boleh menjadi bodoh pada masa yang sama?
    03 – Apakah Tuhan Yang Maha Kekal Abadi boleh mati pada masa yang sama?
    04 – Apakah Tuhan Yang Maha Mengetahui boleh terbatas pengetahuan pada masa
    yang sama?
    05 – Jika anda katakan Jesus Christ pbuh yang kelaparan memakan ikan goreng (Luke 24:41-43) adalah bahagian manusiawinya,maka dimana bahagian ilahiyyahnya ketika itu dan apakah bahagian manusiawinya lebih dominan dari bahagian ilahiyyah walhal dia telah mengalahkan maut setelah penyaliban tersebut??

    Jika anda berhujah dengan mengatakan bahawa Jesus adalah 100% ketuhanan dan 100% manusia (Colossians 2:9),ini akan bercanggah dengan Number 23:19. Bahkan Paul sendiri mengatakan bahawa Christ dikepalai oleh Tuhan (1 Corinthian 11:3). Jadi tidak mungkin Jesus Christ pbuh memiliki 100% ilahiyyah yang sama seperti Bapa. Kristian tidak memahami perbezaan antara konsep Anti-God dengan konsep Vise-Versa. Jadi,kepercayaan Kristian dalam konsep tuhan menjelma menjadi manusia adalah muktamad SESAT.

    Untuk lebih terperinci mengenai kesalahan konsep Anthropomorphism :
    – https://www.islamreligion.com/ebooks/Did-God-Become-Man.pdf

    pengarang SH berkata,
    Oleh itu, adakah orang Kristian dan orang Muslim menyembah Tuhan yang sama? Ya atau Tidak? Mungkin satu soalan yang lebih baik ialah, “Adakah orang Kristian dan orang Muslim mempunyai kefahaman yang sama mengenai Tuhan?” Mengenai hal ini, jawapannya ialah tidak sama. Terdapat beberapa perbezaan yang kritikal antara orang Kristian dan orang Muslim mengenai Tuhan. Kedua-dua kepercayaan tidak mungkin sama-sama benar. Kami percaya bahawa agama Kristian mempunyai pandangan yang betul mengenai Tuhan kerana dosa mesti dibayar bagi mendapat penyelamatan. Hanya Tuhan dapat membayar harga itu iaitu apabila Tuhan menjadi manusia supaya Dia boleh mati untuk kita, membayar denda dosa kita dan mengampuni kita (Roma 5:8; 2 Korintus 5:21).

    MAB response :
    Ok baik…memandangkan kamu berkata “Hanya Tuhan dapat membayar harga itu iaitu apabila Tuhan menjadi manusia supaya Dia boleh mati untuk kita..”,maknanya secara tidak langsung kamu akui bahawa Tuhan boleh mati. Maknanya,pemahaman Kristian yang menyalahi konsep Sifadh Ilahiyyah yang sebenar.Berkenaan dengan rangkap ayat tersebut,ingin saya bertanya satu soalan sahaja :
    01 – Semasa Oknum Anak mati disalib,Oknum Bapa di syurga mati atau tidak?
    (A) MATI
    (B) TIDAK MATI

    Jika kamu jawab MATI,jadi siapakah yang meninggalkan tubuh Jesus semasa penyaliban (Matthew 27:46)???.

    Jika kamu jawab TIDAK MATI,maka kamu setuju bahawa penebusan dosa adalah dusta kerana tidak mungkin dosa warisan manusia akan terhapus hanya melalui tubuh manusiawi. Apa guna Tuhan menjelma jadi manusia (John 1:1) lalu memimjam rupa manusia (Phillipian 2:7) turun ke bumi jika akhirnya yang menebus dosa hanya tubuh manusiawi yang kosong tanpa peribadi ilahiyyah.

    Sememangnya Jesus BUKANLAH Bapa kerana ianya adalah satu Bida’ah (Modalisme) dalam kekristianian tetapi harus ingat,Tuhan sendiri berkata bahawa hanya Dia satu-satunya Tuhan,tidak ada sesiapa pun disisi-Nya dan Dialah Penyelamat (Ezekiel 18:1-9,Micah 7:18,Numbers 35:33,Isaiah 43:11,Isaiah 46:9,Deuteronomy 4:35,Deuteronomy 32:39,1 Kings 8:60,Isaiah 44:8,Isaiah 45:5,Isaiah 45:21 dan Isaiah 45:22).

    KESIMPULAN
    Sebenarnya kita semua menyembah TUHAN YANG SAMA TETAPI BERBEZA AQEEDAH. Pemahaman Kristian terlalu jauh menyimpang dari konsep Ketuhanan yang sebenar sehingga mewujudkan sangkaan sesat bahawa Tuhan Kristian dan Tuhan Islam adalah tidak sama. Maka sebab itu datang Muhammad SAW sebagai Penutup Segala Nabi wa Rasul untuk meluruskan kembali syariat para Nabi terdahulu yang telah dicampur adukkan,ditokok tambah dan telah disesatkan.

    pesan Eesa Al-Masih Alaihissalam @ Jesus Christ :
    “Jikalau kamu tetap dalam sabdaku,kamu benar-benar adalah muridku.dan kamu akan mengetahui kebenaran dan kebenaran itu akan memerdekakan kamu.”
    [John 8:31-32]
    – memerdekakan anda dari kekufuran…

    pesan Rasullullah Muhammad SAW,
    “Terimalah kenyataan itu walau ianya pahit…”

    Firman Allah Azza’Wa’Jalla – Tuhan Yang Maha Esa :
    “Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap.Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.”
    [Al-Isra 17:81]

  • Siapakah yang dikorbankan – Ishmael Atau Isaac?

    Siapakah yang dikorbankan – Ishmael Atau Isaac?

    Reading Time: 15 minutes

    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

    Syukur kepada Allah kerana diberikan keizinan Dari-Nya untuk meneruskan penulisan saya. Memandangkan setiap saban tahun apabila mendekati perayaan Eidhul’Adha, isu “Siapakah Yang Dikorbankan oleh Abraham – Ishmael atau Isaac?” menjadi isu hangat dalam perdebatan antara Islam dan Kristian. Bahkan, ramai dari Cybertroopers,Apologetics dan Missionaries Christian menuduh bahawa anak Abraham yang dikorbankan adalah Isaac alayhissalam dan bukan Ishmael dengan berhujah melalui kitab kita (Al-Qur’an) dan kitab mereka sendiri (Bible).

    Kebetulan sempena Hari Eidhul’Adha yang akan menjelang pada 11 August 2019 Masihi / 10 Zulhijjah 1440 Hijrah pada hari Ahad ini,saya kongsikan kenyataan mengenai bukti bahawa Ishmael Alayhissalam dikorbankan oleh Abraham Alayhissalam bukan Isaac Alayhissalam di dalam Quran dan Bible.

    Missionaries biasanya berhujah dengan 5 point :

    01 – “yang dimaksud anak tunggal itu adalah ishak,kerana ia adalah anak yang dijanjikan oleh Allah.”

    perkataan “yakni Isaac” dalam Kejadian 22:2 bahawa bukti jelas yang dikorbankan oleh Abraham dalam Bible ialah Isaac

    02 – kerana Bible mengatakan:

    “…sebab yang akan disebut keturunanmu ialah yang berasal dari Ishak.”
    [Kejadian 21:12]

    03 – At Tabari juga mengatakan bahawa yang dikorbankan adalah Isaac :
    “As for the above-mentioned proof from the Quran that it really was Isaac, it is God’s word which informs us about the prayer of His friend Abraham when he left his people to migrate to Syria with Sarah. Abraham prayed, ‘I am going to my Lord who will guide me. My Lord! Grant me a righteous child.’ This was before he knew Hagar, who was to be the mother of Ishmael. After mentioning this prayer, God goes on to describe the prayer and mentions that he foretold to Abraham that he would have a gentle son. God also mentions Abraham’s vision of himself sacrificing that son when he was old enough to walk with him. The Book does not mention any tidings of a male child given to Abraham except in the instance where it refers to Isaac, in which God said, ‘And his wife, standing by laughed when we gave her tidings of Isaac, and after Isaac, Jacob’, and ‘Then he became fearful of them’. They said. ‘Fear not!’ and gave him tidings of a wise son. Then his wife approached, moaning, and smote her face, and cried, ‘A barren old woman’. Thus, wherever the Quran mentions God giving tidings of the birth of a son to Abraham, it refers to Sarah (and thus to Isaac) and the same must be true of God’s words ‘So we gave him tidings of a gentle son’, as it is true of all such references in the Quran.”
    [Al-Tabari, The History of al-Tabari, Vol. II, Prophets and Patriarchs (translation William M. Brenner State University of New York Press, Albany 1987), p. 89]

    04 – dalam Musnad Ahmad juga memaklumkan bahawa Isaac yang dikorbankan bukan Ishmael :

    The messenger of God said that Gabriel took Abraham to Jamra al-Aqabah (the upper Jamrah, the pillar or place for stoning) and then Satan appeared to him. Then he stoned Satan with seven stones so he fainted him to faint. Then he came to the middle Jamrah, and Satan again appeared to him. He again stoned him with seven stones causing Satan to faint. He then came to the lower Jamrah, and Satan again appeared to him. Again he stoned Satan, causing him to faint once again. Now when Abraham wanted to slaughter his son Isaac, he said his father, “Father, tie me so I don’t get afraid and my blood splash all over you when you slaughter me.” So he took him and he tied him up, and then he took the knife. And when he wanted to slay him a voice called from behind him, “O Abraham, the vision has been fulfilled.” [Musnad Ahmad, Number 2658]

    05 – Quran tidak sebut nama Ishmael yang dikorbankan

    Sebenarnya ada lagi beberapa lagi point mereka seperti argument dalam kitab Rabbinic iaitu Tarqum Pseudo-Jonathan dan Onkelos serta argument dari para Sahabah seperti Sayyidina Umar Al-Khattab,Ibn Jarir,Ibn Abbas dan Kaab Al-Akhbar yang berpendapat Isaac Alayhissalam dikorbankan namun point tersebut tidak konsisten bagi pihak Kristian dan tidak kukuh bagi Islam.

    Sebelum itu, ingin saya maklumkan bahawa penjelasan Rabbi Jewish – Mizrachi mengenai tuduhan isu “Siapakah yang dikorbankan – Ishmael atau Isaac?” dan isu kecelaruan ayat dalam Genesis 21:14-21 telah diruntuhkan oleh Muslim Apologetic – Dr.Laurence Brown :
    – https://www.youtube.com/watch?v=AFyr4pdKj2E

    Okay baik…Lima (05) point mereka di atas selalu menjadi hujah yang mantap kononnya pihak Islam tidak mampu bantah. Lima (05) argument hebat ini kita akan runtuhkan secara mutlak.

    BANTAHAN UNTUK NO.1

    Mari kita baca,

    “Ambillah anakmu yang tunggal itu, yang engkau kasihi, yakni Ishak, pergilah ke tanah Moria dan persembahkanlah dia di sana sebagai korban bakaran pada salah satu gunung yang akan Kukatakan kepadamu.”
    [Genesis 22:2]

    Timbul satu pertanyaan….

    – siapa yang lahir dulu – Ishmael atau Isaac???
    “Abram berumur delapan puluh enam tahun, ketika Hagar melahirkan Ismael baginya.”
    [Genesis 16:16]

    “Adapun Abraham berumur seratus tahun, ketika Ishak, anaknya, lahir baginya.”
    [Genesis 21:5]

    Abraham usia 86 Tahun : Ishmael Lahir
    Abraham usia 100 Tahun : Isaac Lahir

    Jadi Ishmael berusia 14 tahun, Isaac baru lahir

    disebut “Anak Tunggal” bukan “Anak yang dijanjikan”……kenapa Allah tidak saja sebut “Anak Yang Dijanjikan”???….selama 14 tahun,siapakah “Anak Tunggal” tersebut???

    Jika Isaac yang dikorbankan seperti yang dikatakan dalam Genesis bab 22,
    “Firman-Nya: “Ambillah anakmu yang tunggal itu, yang engkau kasihi, yakni Ishak, pergilah ke tanah Moria dan persembahkanlah dia di sana sebagai korban bakaran pada salah satu gunung yang akan-Ku katakan kepadamu.”
    [Genesis 22:2]

    maka ianya bertentangan dengan Genesis 16:16 dan Genesis 21:5 kerana kejadian korban penyembelihan itu berlaku semasa Isaac belum lahir….disini saya berikan bukti dari kenyataan Top Bible Scholars dan Hebrew Roots bahawa dalam Genesis 22:2 memiliki sisipan perkataan “yakni Isaac” :
    – http://www.answering-christianity.com/a_t/arabs_seed_of_abraham.htm
    – http://www.answering-christianity.com/ac/cor1.htm
    – http://www.answering-christianity.com/authors_gospels.htm

    ARGUMENT NO.1 DARI KRISTIAN RUNTUH! #

    BANTAHAN UNTUK NO.2
    Kristian suka potong sekerat dalam berhujah untuk mensahihkan kononnya Isaac yang dikorbankan. Mari kita jelaskan dalam Genesis 21:12 yang memberitahu kerisauan Sarah tentang hak waris. Sarah tidak menginginkan Ishmael menjadi ahli waris :

    Berkatalah Sara kepada Abraham: “Usirlah hamba perempuan itu beserta anaknya, sebab anak hamba ini tidak akan menjadi ahli waris bersama-sama dengan anakku Ishak.”
    [Genesis 21:10]

    maka ayat seterusnya menjelaskan,
    “Hal ini sangat menyebalkan Abraham oleh kerana anaknya itu.Tetapi Allah berfirman kepada Abraham: “Janganlah sebal hatimu kerana hal anak dan budakmu itu; dalam segala yang dikatakan Sara kepadamu, haruslah engkau mendengarkannya, sebab yang akan disebut keturunanmu ialah yang berasal dari Ishak.
    [Genesis 21:11-12]
    – disini Arbaham rasa keberatan untuk lakukan hal tersebut (menghalau Hagar dan Ishmael),maka Tuhan berfirman kepada Abraham jangan bersedih atas hal Hagar dan Ishmael itu serta sikap Sarah tersebut,harus lakukan sahaja perkara tersebut kerana akan lahir keturunan Abraham (selain Hagar) melalui Sarah iaitu Isaac (dengan maksud gaya bahasa Ibraniyyah “disebut keturunanmu”). Jadi disini dimaksudkan ialah mengenai hak waris bukan berkenaan anak mana yang harus dikorbankan….

    Apa yang dilakukan Sarah sangatlah bertentangan dengan hukum Torah yang mana Ulangan 21: 15-17 menjelaskan bahawa Ishmael berhak menjadi ahli waris bahkan 2x lipat daripada Isaac.

    Bukti bahawa Ishmael adalah anak Abraham :
    “Lalu Hagar melahirkan seorang anak laki-laki bagi Abram dan Abram menamai anak yang dilahirkan Hagar itu Ismael.”
    [Genesis 16:15]

    “Setelah itu Abraham memanggil Ismael, anaknya, dan semua orang yang lahir di rumahnya, juga semua orang yang dibelinya dengan uang, yakni setiap laki-laki dari isi rumahnya, lalu ia mengerat kulit khatan mereka pada hari itu juga, seperti yang telah difirmankan Allah kepadanya. Abraham berumur sembilan puluh sembilan tahun ketika dikerat kulit khatannya. Dan Ismael, anaknya, berumur tiga belas tahun ketika dikerat kulit khatannya. Pada hari itu juga Abraham dan Ismael, anaknya, disunat.”
    [Genesis 17 :23-27]

    “Dan anak-anaknya, Ishak dan Ismael menguburkan dia dalam gua Makhpela di padang Efron bin Zohar, orang Het itu, padang yang letaknya di sebelah timur Mamre.”
    [Genesis 25:9]

    PERANAN ANAK YANG SULUNG

    “maka haruslah kau persembahkan bagi TUHAN segala yang lahir terdahulu dari kandungan; juga setiap kali ada hewan yang kaupunyai beranak pertama kali, anak jantan yang sulung adalah bagi TUHAN.”
    [Exodus 13:12]

    “Maka pada tengah malam TUHAN membunuh tiap-tiap anak sulung di tanah Mesir, dari anak sulung Firaun yang duduk di takhtanya sampai kepada anak sulung orang tawanan yang ada dalam liang tutupan beserta segala anak sulung hewan.”
    [Exodus 12:29]

    “Janganlah lalai mempersembahkan hasil gandummu dan hasil anggurmu. Yang sulung dari anak-anakmu lelaki haruslah kau persembahkan kepada-Ku.”
    [Exodus 22:29]

    Dari ketiga ayat diatas,kita dapat mengetahui bahawa yang biasa dijadikan korban itu selalu anak yang sulung,maka siapakah yang menjadi anaka sulung Abraham??…Apakah Isaac Alayhissalam???

    kita baca ayat dibawah ini:

    “Misalkan seorang punya dua istri dan keduanya melahirkan anak laki-laki, tetapi anak yang lahir lebih dahulu bukan anak dari istri kesayangannya. Kalau orang itu mau menentukan bagaimana ia akan membagi kekayaannya kepada anak-anaknya, ia tak boleh memihak pada anak dari istri kesayangannya dengan memberi kepada anak itu bagian yang menjadi hak anak sulung. Ia harus memberi bagian dua kali lipat dari harta bendanya kepada anak laki-laki yang sulung, walaupun anak itu bukan anak dari istri kesayangannya. Hak anak sulung harus diakui oleh ayahnya, dan kepada anak itu harus diberi warisan yang menjadi haknya menurut hukum.“
    [Deuteronomy 21: 15-17]

    maka dari penjelasan di atas,
    – ISHMAEL ADALAH ANAK SULUNG DAN 2X LEBIH BERHAK DARIPADA ISAAC

    Jadi kembali kepada persoalan utama. Siapakah yang dikorbankan oleh Abraham – Ishmael atau Isaac??? mari kita analisa bersama :
    “Kemudian kembalilah Abraham kepada kedua bujangnya dan mereka bersama-sama berangkat ke Bersyeba dan Abraham tinggal di Bersyeba.”
    [Genesis 22:19]

    Point penting dari ayat diatas adalah,setelah Abraham mengadakan perjanjian dengan raja Amibelek di Bersyeba lalu Abraham menetap disana. Jadi Abraham bersama siapa tinggal di Bersyeba???apakah Abraham Alayhissalam bersama Hagar dan anaknya Ishmael Alayhissalam atau bersama Sara dan anaknya Isaac Alayhissalam???

    kita baca lagi,
    “Keesokan harinya pagi-pagi,Abraham memberi kepada Hagar makanan dan sebuah kantong kulit berisi air untuk bekal di jalan. Ia meletakkan anak itu pada punggung Hagar, dan menyuruh wanita itu pergi. Lalu berangkatlah Hagar dan mengembara di padang gurun Bersyeba.
    [Genesis 21:14]

    Jelas bahawa yang berada di Bersyeba adalah Hagar dan anaknya Ismail dan ketika berada di Bersyeba itulah Abraham mendapatkan perintah untuk mengorbankan anaknya. Setelah selesai mengadakan korban “domba” sebagai ganti anaknya,barulah Abraham kembali ke Bersyeba seperti yang dinyatakan dalam Genesis 22:19.

    Dari sini dapat diketahui bahawa yang akan disembelih itu adalah ISHMAEL bukan ISAAC. Sebab jika Isaac yang disembelih maka Abraham akan kembali ke Hebron tempat dimana Sarah tinggal sampai meninggal. Mari kita baca :

    “Sesudah Sara mencapai usia 127 tahun. ia meninggal di Hebron di tanah Kanaan. Abraham sedih dan meratapi kematian istrinya itu. Setelah itu Abraham meninggalkan jenazah istrinya dan pergi kepada orang-orang Het, yang mendiami negeri itu. Ia berkata,”Saya ini orang asing yang tinggal di tengah-tengah Saudara-saudara; izinkanlah saya membeli sebidang tanah supaya saya dapat menguburkan istri saya.”
    [Genesis 23:1-4]

    Perhatikan apa yang diucapkan oleh Abraham,
    “Saya ini orang asing….”
    – maksudnya Abraham orang baru didaerah itu dengan kata lain Abraham tidak tinggal di Hebron, tempat Sara dan anaknya Isaac. Maka disini jelas bahawa Abraham sebelum ini di Bersyeba bersama Hagar dan Ismail. Jadi disini jelas bahawa yang dikorbankan adalah Ishmael bukan Isaac.

    ARGUMENT NO.2 DARI KRISTIAN RUNTUH! #

    BANTAHAN UNTUK NO.3
    Seperti kaedah Ibn Kathir,At-Tabari juga menggunakan kaedah mengumpulkan pendapat2 beberapa para Ulama muktabar mengikut susunan dari teratas (paling sahih dan disepakat) hingga paling bawah (pendapat paling lemah dan tidak memiliki sandaran sokongan) dalam kitab susunan “The History of al-Tabari, Vol. II, Prophets and Patriarchs.”

    mari kita nyatakan At-Tabari disini :
    “As for the above-mentioned proof from the Quran that it really was Isaac, it is God’s word which informs us about the prayer of His friend Abraham when he left his people to migrate to Syria with Sarah. Abraham prayed, ‘I am going to my Lord who will guide me. My Lord! Grant me a righteous child.’ This was before he knew Hagar, who was to be the mother of Ishmael. After mentioning this prayer, God goes on to describe the prayer and mentions that he foretold to Abraham that he would have a gentle son. God also mentions Abraham’s vision of himself sacrificing that son when he was old enough to walk with him. The Book does not mention any tidings of a male child given to Abraham except in the instance where it refers to Isaac, in which God said, ‘And his wife, standing by laughed when we gave her tidings of Isaac, and after Isaac, Jacob’, and ‘Then he became fearful of them’. They said. ‘Fear not!’ and gave him tidings of a wise son. Then his wife approached, moaning, and smote her face, and cried, ‘A barren old woman’. Thus, wherever the Quran mentions God giving tidings of the birth of a son to Abraham, it refers to Sarah (and thus to Isaac) and the same must be true of God’s words ‘So we gave him tidings of a gentle son’, as it is true of all such references in the Quran.”
    [Al-Tabari, The History of al-Tabari, Vol. II, Prophets and Patriarchs (translation William M. Brenner State University of New York Press, Albany 1987), p. 89]

    Notice :
    namun setelah diteliti,TIDAK ADA kenyataan seperti yang didakwa oleh Kristian dalam kitab At-Tabari…sila rujuk :
    – https://www.kalamullah.com/Books/The%20History%20Of%20Tabari/Tabari_Volume_02.pdf

    dan menambahkan lagi bukti,hanya dua sumber sahaja yang menggunakan kenyataan dari At-Tabari ini iaitu website answeringislam dan katosilisitas :
    – http://www.answering-islam.org/Shamoun/sacrifice.htm
    – http://www.answering-islam.org/Responses/Meherally/mehB11_2.htm
    – http://www.katolisitas.org/anak-yang-dikurbankan-abraham-ishak-atau-ismael/

    Jika benar At-Tabari ada menyatakannya,pasti ditemui juga dalam sumber Islam dan sumber neutral dalam mana-mana Search Engine namun yang ditemui hanyalah dalam dua (02) sumber Anti-Islam.

    dan disini tiga (03) sumber dari Jewish Israel sendiri menyatakan bahawa yang dikorbankan adalah Ishmael :

    01. The Encyclopaedia Judaica says :
    “In the tale of binding (surah 37:99-110) Muhammad identified the son who was to be sacrificed as Ishmael and, indeed, the opinion of the traditionalists were also divided on this subject. It is related that a renowned traditionalist of Jewish origin, from the Qurayza tribe, and another Jewish scholar, who converted to Islam, told that Caliph Omar Ibn Abd Al-Aziz (717-20) that the Jews were well informed that Ismail was the one who was bound, but that they concealed this out of jealousy. The Muslim legend also adds details of Hajar (Hagar), the mother of Ismail. After Abraham drove her and her son out, she wandered between the hills of al-Safa and al-Marwa (in the vicinity of Mecca) in search for water. At that time the waters of the spring Zemzem began to flow. Her acts became the basis for the hallowed custom of Muslims during the Hajj. “

    02. The testimony of the former Jew as mentioned hadîth literature as quoted in the Encyclopaedia Judaica reads:
    “Another proof of our speech [i.e., that sacrificed was Ishmael is reported by Ibn Ishaq: “Muhammad Ibn Ka’ab narrated that Umar Ibn Abd al-Aziz sent for a man who had been a Jew then converted to Islam and showed signs of true Islam. [Before his conversion], he was one of their scholars [i.e., he was a Jewish scholar] So he [asked him: which son did Abraham(P) sacrifice? He replied: ‘It is Ishmael(P). By God, O Commander of the Believers, the Jews know that but they envy you – the Arabs.”

    03. The Oxford Companion To The Bible echoes the same position as the Encyclopaedia Judaica :
    “In Muslim tradition, the Arabs trace their ancestry back to Abraham through Ishmael. Because Ishmael was circumcised (Genesis 17:25), so are most Muslims. And, analogous to Paul’s reversal of the figures of Isaac and Ishmael (Galatian 4:24-26), Muslim tradition makes Ishmael rather than Isaac the son Abraham was commanded to sacrifice.”

    ARGUMENT NO.3 DARI KRISTIAN RUNTUH! #

    BANTAHAN UNTUK NO.4
    Muslim Apologetic – Eeshtesham Ghulam menyatakan :

    In Musnad Ahmad, Number 2658, we are told:

    The messenger of God said that Gabriel took Abraham to Jamra al-Aqabah (the upper Jamrah, the pillar or place for stoning) and then Satan appeared to him. Then he stoned Satan with seven stones so he fainted him to faint. Then he came to the middle Jamrah, and Satan again appeared to him. He again stoned him with seven stones causing Satan to faint. He then came to the lower Jamrah, and Satan again appeared to him. Again he stoned Satan, causing him to faint once again. Now when Abraham wanted to slaughter his son Isaac, he said his father, “Father, tie me so I don’t get afraid and my blood splash all over you when you slaughter me.” So he took him and he tied him up, and then he took the knife. And when he wanted to slay him a voice called from behind him, “O Abraham, the vision has been fulfilled.”

    We have provided a rough translation of the Arabic text, which we post here for those interested in reading it for themselves:

    حدثنا يونس أخبرنا حماد عن عطاء بن السائب عن سعيد بن جبير عن ابن عباس
    أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال إن جبريل ذهب بإبراهيم إلى جمرة العقبة فعرض له الشيطان فرماه بسبع حصيات فساخ ثم أتى الجمرة الوسطى فعرض له الشيطان فرماه بسبع حصيات فساخ ثم أتى الجمرة القصوى فعرض له الشيطان فرماه بسبع حصيات فساخ فلما أراد إبراهيم أن يذبح ابنه إسحاق قال لأبيه يا أبت أوثقني لا أضطرب فينتضح عليك من دمي إذا ذبحتني فشده فلما أخذ الشفرة فأراد أن يذبحه نودي من خلفه
    أن يا إبراهيم قد صدقت الرؤيا

    Hadith is DA’IF JIDDAN due to ikhtilat of ‘Ata Bin Sa’ib (i.e. the fact that he used to mix things up and confuse them habitually). Shaykh Shu’ayb Al-Arnaut has graded it as DA’IF JIDDAN. See Hadith 2794 in Ar-Resala Ed. of the Musnad. Beirut 2001.

    A lengthy hadith from Ibn Abbas (No. 2707) mentions Isma’il. It is reliable according to the scholar mentioned.

    ARGUMENT NO.4 DARI KRISTIAN RUNTUH! #

    BANTAHAN UNTUK NO.5
    Mengapa dalam Quran tiada disebut Ishmael???…sebab Allah menceritakan dalam Quran selari dgn apa yg sama diperkatakan semasa kejadian itu berlaku pada zaman tersebut. Apa yg diperkatakan,itulah yg asli dan itula yg di ulangi jelaskan semula dalam Quran. Semasa kejadian korban penyembelihan di era zaman Ibrahim,penyebutan nama Ishmail tidak disebut kerana pada masa itu hanya Ishmael anak Abraham. Jadi apakah perlu lagi di sebut namanya berulang kali sedangkan semua sedia maklum pada masa itu hanya seorang anak Abraham yang ada?

    Bacalah dengan teliti surah As-Shaffat ayat 99-111, dikisahkan tentang tahap ujian Allah kepada Ibrahim untuk menyembelih anak kandungnya. Pendek kata kerana keikhlasan,kesabaran dan kepatuhan Ibrahim kepada Allah,maka ketika hendak disembelih Allah menggantikannya dengan seekor “domba” yang besar (bi dzibhin ‘adhim). Dalam kisah penyembelihan itu sama sekali tidak disebutkan secara tekstual siapa nama anak yang hendak dikorbankan oleh Nabi Ibrahim. Tapi jangan terburu2 menyimpulkan bahawa anak yang disembelih itu bukan Ishmael sebab dalam ayat tersebut juga tidak terdapat nama Isaac….

    Setelah membaca ayat 100-111 yang mengisahkan kronology pengorbanan,maka teruskan membaca hingga ayat 112. Setelah proses pengorbanan selesai dilakukan Nabi Ibrahim,surat Ash-Shaffat 112 memberitakan kelahiran Isaac (Ishaq Alaihissalam)….

    “Dan Kami berikan dia khabar gembira dengan kelahiran Ishaq seorang Nabi yang termasuk orang-orang yang saleh.”
    [As-Shaffat 37 112]

    Jika Isaac lahir setelah terjadinya peristiwa penyembelihan, maka dapat disimpulkan secara automatik bahawa anak yang hendak dikorbankan Ibrahim itu adalah Ishmael. Mustahil Nabi Ibrahim mengorbankan Ishaq kerana saat proses korban penyembelihan dilakukan,Isaac belum lahir ketika itu…..

    Kesimpulan ini semakin jelas bila dibaca dalam nas Al-Qur’an dalam bahasa aslinya:
    “wa basy-syarnaahu bi ishaaqa nabiyyan minas-shalihin.” Huruf “wawu” dalam kata “wa basy-syarnaahu”
    – ayat “Dan Kami berikan dia khabar gembira” – dalam ilmu nahwu disebut wawu ‘athaf littartiibi bil-ittishaal iaitu huruf wawu penghubung (conjunction) antara dua kalimat yang menunjukkan urutan kronology dua peristiwa yang terjadi secara berurutan.

    Sebuah hadits riwayat dari Al-Hakim dalam Al-Manaqib meneguhkan kesimpulan ini yang mana Rasulullah Muhammad SAW bersabda:
    “Aku adalah keturunan dari dua orang yang hampir disembelih (ana ibnu adz-dzabiihain).”

    Dalam salasilah Rasullullah Muhammad SAW, dua orang yang hampir disembelih itu iaitu :
    – Pertama : Nabi Ismail yang hampir disembelih ayahnya – Nabi Ibrahim.
    – Kedua : Abdullah, ayahanda Nabi Muhammad SAW yang hampir disembelih kerana adat Arab mengorbankan anak dalam budaya jahiliyyah.
    (rujuk Enclyclopedia Judaica yang saya berikan di atas)

    Disebutkan dalam sejarah Nabawiyyah bahawa datuk Muhammad SAW – Abdul Muthalib pernah bernazar kalau diberi kurnia 10 anak lelaki maka dia akan menyembelih salah satu sebagai korban. Lalu jatuhlah undian kepada Abdullah,ayah Rasulullah Muhammad SAW. Mendengar itu kaum Quraisy melarangnya agar tidak diikuti generasi setelah mereka,akhirnya Abdul Muthalib membuat keputusan untuk menebusnya dengan 100 ekor unta. Maka sebab itulah Hadith Nabi Muhammad SAW menyatakan demikian.

    ARGUMENT NO.5 DARI KRISTIAN RUNTUH! #

    masa untuk kita tambahkan lagi hujah mutlak untuk membuktikan bahawa yang dikorbankan adalah Ishmael Alayhissalam BUKAN Isaac Alayhissalam sekaligus membuktikan kebenaran Quran dan Islam. Kristian jauh tinggal dibelakangkan hanyut dalam lautan gelap. kita persilakan Muslim Apologetic – Bassam Zawadi memberikan penerangan secara mutlak :

    PROOF THAT THE BIBLE IS WRONG AND THAT ISHMAEL AND NOT ISAAC WAS TO BE SACRIFICED BY ABRAHAM

    Book of Genesis,
    God promises Abraham that his descendants will be of great multitude. God says that he will make Abraham a great nation [Genesis 12:2]

    God says that the descendants of Abraham shall be as numerous as the dust of the Earth,
    [Genesis 13:16]

    and shall be in number as the stars of the sky
    [Genesis 15:5]

    God says that Abraham will be a father to many nations
    [Genesis 17:4]

    and that his descendants will have the land of Canaan
    [Genesis 17:8]

    God makes similar promises about Hagar, Ishmael and Isaac. He tells Hagar that her descendants shall be a great multitude.
    [Genesis 16:10]

    God tells Abraham that Sarah will be a mother of nations .
    [Genesis 17:16]

    He says to Abraham that Ishmael will beget 12 princes
    [Genesis 17:20]

    , when God says to Abraham: “I will multiply your descendants as the stars of the heavens and the sand that is on the seashore.”
    [Genesis 22:17]

    Isaac was 14 years younger than Ishmael. When Abraham took his son to be sacrificed, that son appears to have been about 13. God several times refers to Abraham’s son as his “only son.” God says “Take now your son, your only son, Isaac.” (Genesis 22:2). God says, “You have not withheld your son, your only son, from me.” (Genesis 22:12).

    The biggest gulf between the Bible, the Torah and the Koran comes in the Story of Abraham, where Abraham took his son up the mountain to be sacrificed. All three books tell almost exactly the same story. There is only one significant difference: The Bible and the Torah say that Abraham took his younger son, Isaac, to be sacrificed. The Koran says that Abraham took his elder son, Ishmael, to be sacrificed. Which is correct? Which is wrong?

    The difference is vital from the Jewish point of view. The Jews claim that, as a result, Isaac and his descendants are heirs to the entire land of Canaan. The Muslims also find this difference to be vital, but for different reasons.It can be demonstrably proven from the Bible itself that Ishmael, and not Isaac, was the son to be sacrificed, as follows:

    Abraham was the son of Terah (Genesis 11:27). Abraham was originally from Ur, which was in modern day Iraq. Abraham did not arrive in Canaan until he was 75 years old. He had a brief sojourn in Egypt, during which he allowed his wife, Sarah, to be taken by the Pharaoh (Genesis 12:11-16). Abraham later allowed his wife to be taken by Abimelech, King of Gerar (Genesis 20:2).

    Sarah was the half-sister of Abraham. They had the same father, but different mothers (Genesis 20:12). Sarah was 10 years younger than Abraham (Genesis 17:17). Sarah was barren, so she gave her handmaid, Hagar, to Abraham as a wife (Genesis 16:3). Hagar became pregnant with Abraham’s child when Abraham was 85 years old!!! After Hagar became pregnant, Sarah twice drove her away: Once before the child was born, (Genesis 16:4-12), and once after (Genesis 21:9-20).It is to be noted that the Bible often does not present events in chronological order. The story of Sarah driving Hagar and Ishmael away comes after stories of Ishmael as a teenager. Yet, it is clear that Ishmael was an infant when Sarah drove them out (Genesis 21:15-18). This story is related in the Koran as well. The Koran describes Ishmael as an infant, too young to walk.

    The story of Abraham taking his son up the mountain to be sacrificed is in the Bible in (Genesis 22:2-12).Isaac was born to Sarah when Abraham was 100 years old and Sarah was 90 (Genesis 21:5). This is one of the great miracles of the Bible: A child born to a woman of age 90.All sides agree that Ishmael and Isaac were brothers. They further agree that Ishmael is the father of all Arabs and that Isaac is the father of all Jews. Thus, the three great religions agree that the Arabs and the Jews are brothers; a point often overlooked by those who have not studied these religions.

    Clearly, the Arabs outnumber the Jews. There are more than 100 million Arabs in the world, and less than 10 million Jews.Throughout the Book of Genesis, God promises Abraham that his descendants will be of great multitude. God says that he will make Abraham a great nation (Genesis 12:2). God says that the descendants of Abraham shall be as numerous as the dust of the Earth, (Genesis 13:16), and shall be in number as the stars of the sky (Genesis 15:5). God says that Abraham will be a father to many nations (Genesis 17:4) and that his descendants will have the land of Canaan (Genesis 17:8). God makes similar promises about Hagar, Ishmael and Isaac. He tells Hagar that her descendants shall be a great multitude (Genesis 16:10). God tells Abraham that Sarah will be a mother of nations (Genesis 17:16). He says to Abraham that Ishmael will beget 12 princes (Genesis 17:20).The key to the dispute comes at Genesis 22:17, when God says to Abraham:
    “I will multiply your descendants as the stars of the heavens and the sand that is on the seashore.”

    Isaac was 14 years younger than Ishmael. When Abraham took his son to be sacrificed, that son appears to have been about 13. God several times refers to Abraham’s son as his “only son.” God says “Take now your son, your only son, Isaac.” (Genesis 22:2). God says, “You have not withheld your son, your only son, from me.” (Genesis 22:12).

    – Did God make a mistake??
    – Did God not know that Abraham had two sons: Ishmael and Isaac?

    Obviously,God did not make a mistake.What really happened was that Isaac was not born yet. Ishmael, at age 13, was Abraham’s only son. Isaac was born one year later.The Bible is in error.
    – https://www.facebook.com/Al.Nero.Rdy.The.Sorrow/posts/1285871058112485

    untuk lebih detail,sila rujuk sini :
    – http://www.anusha.com/isaac.htm

    KESIMPULAN
    Yang dikorbankan oleh Abraham (Ibrahim Alaihissalam) ialah Ishmael (Ismail Alaihissalam) BUKAN Isaac (Ishaq Alaihissalam).

    pesan Jesus kepada sahabat Kristian,
    “Jikalau kamu tetap dalam sabdaku,kamu benar-benar adalah muridku.dan kamu akan mengetahui kebenaran, dan kebenaran itu akan memerdekakan kamu.”
    [John 8:31-32]
    – memerdekakan anda dari kekufuran…

    pesan Rasullullah Muhammad SAW kepada sahabat Kristian :
    “Terimalah kebenaran itu walau ianya pahit..”
    [Hadith Sahih Bukhari dan Tirmizi]

    Firman Allah Azza’Wa’Jalla kepada sahabat Kristian :
    “Telah datang kebenaran dan lenyaplah kebatilan.Sesungguhnya kebatilan itu sememangnya pasti lenyap.”
    [Al-Isra’ 17: 81]