Skip to content

Rebuttal To Sabda Harian – Siapakah Allah Menurut Alkitab?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Pada 23hb April 2019,Pengarang SH membuat satu artikel bertajuk “Siapakah Allah menurut Alkitab?” disini :
– http://sabdaharian.com/siapakah-allah-menurut-alkitab/

dalam artikel tersebut,pengarang SH telah memaparkan sebuah video yang berdurasi selama 2 minit 44 saat. Setelah saya melihat video tersebut,ingin saya bertanya 02 soalan kepada pembuat video dari artikel Sabda Harian tersebut :
01 – Dalam video tersebut,dikatakan bahawa Allah itu adalah Ruh. Jika benar Allah itu ruh,maka mari izinkan saya berhujah dengan Biblemu sendiri. Saya berikan beberapa ayat :

“Allah itu Roh dan barangsiapa menyembah Dia, harus menyembah-Nya dalam roh dan kebenaran.”
[John 4:24]

dan kita bandingkan ayat lain,
“Percayalah kepada TUHAN selama-lamanya, sebab TUHAN ALLAH adalah gunung batu yang kekal.”
[Isaiah 26:4]

“Sebab Allah kita adalah api yang menghanguskan.”
[Hebrew 12:29]

saya bertanya,mana satu yang betul…Tuhan itu adalah apa??
(A) Ruh
(B) Api
(C) Gunung Batu

jika anda katakan bahawa Allah itu adalah Ruh,maknanya anda harus bersetuju bahawa Allah itu juga Gunung Batu dan Api yang menghanguskan.

Jika anda katakan bahawa “Gunung Batu” dan “Api” itu adalah kiasan,maknanya anda harus tahu bahawa “Allah itu ruh” juga adalah kiasan. Ini kerana ayat John bab 4 ayat 24 tersebut disampaikan dalam gaya bahasa Mutasyabihah Siryaniyyah yang mana menerangkan bahawa Maha Ghaib Allah.

jika kamu masih yakini bahawa Allah itu ruh,maknanya Tuhan tu seperti kambing bertanduk tujuh dan bermata tujuh. Berikut saya berikan ayat dalam Biblemu sendiri :
“Maka aku melihat di tengah-tengah takhta dan keempat makhluk itu dan di tengah-tengah tua-tua itu berdiri seekor Anak Domba seperti telah disembelih, bertanduk tujuh dan bermata tujuh: itulah ketujuh Roh Allah yang diutus ke seluruh bumi.”
[Revelation 5:6]

setuju?

02 – 1 Corinthian 8:6 tidak dikatakan mengenai konsep Tiga peribadi dalam satu entiti Tuhan Yang Esa dan 1 John 5:7 di akui oleh 32 Sarjana Tertinggi Kristian sebagai rekaan dan pemalsuan ayat. Saya minta SATU DALIL JELAS dari Firman Bapa sendiri ATAU kata-kata para Nabi termasuk sabda Jesus Christ pbuh sendiri dalam semua versi Bible ada mengatakan Tuhan adalah Trinity dalam Oknum Bapa,Oknum Anak dan Oknum Ruh Kudus.

Allah sendiri berkata bahawa hanya Dia satu-satunya Tuhan,tidak ada sesiapa pun disisi-Nya dan tidak ada sesiapa selain Dia sahaja (Deuteronomy 6:4,Ezekiel 18:1-9,Micah 7:18,Numbers 35:33,Isaiah 43:11,Isaiah 46:9,Deuteronomy 4:35,Deuteronomy 32:39,1 Kings 8:60,Isaiah 44:8,Isaiah 45:5,Isaiah 45:21 dan Isaiah 45:22 serta Mark 12:29).

Firman Allah Azza’Wa’Jalla :
Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam”. Padahal Al-Masih sendiri berkata:” Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim.Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga”. Padahal tiada Tuhan melainkan Tuhan yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”
[Al-Maidah 5:72-73]

Shalom eloycheim