Blog

  • Menjawab Christian Prince – “Allah turun ke langit dunia tanda pekak?”

    Menjawab Christian Prince – “Allah turun ke langit dunia tanda pekak?”

    Reading Time: 5 minutes

    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

    Hero Christian masa kini – Christian Prince telah membuat satu video panjang yang mana dia mempermasalahkan tentang Allah Azza’Wa’Jalla. Video tersebut boleh lihat disini :
    – https://www.youtube.com/watch?v=bwpeB1twHzY

    Video itu sangat panjang dengan durasi selama 2 jam 35 minit 18 saat dan banyak bahagian yang dia isu permasalahan tentang Allah namun dalam artikel ini kita akan jawab dulu tentang isu pertama iaitu fitnah tuduhan Christian Prince berkenaan tentang Allah turun langit ke dunia (Bait Al-Izzah) pada 1/3 malam yang mana Christian Prince mengatakan Allah turun ke langit dunia menandakan Allah bukan Maha Mendengar bahkan pekak kerana menurut beliau,Allah terpaksa turun ke langit dunia untuk dengar doa-doa umat Islam.

    Kita akan jawab fitnah tuduhan si bodoh Christian Prince disini secara sederhana memandangkan dia tidak tahu apa-apa tentang Islam tetapi hanya tahu membuat provokasi tanpa ilmu.

    Pertama sekali,mari kita baca ayat Hadith mengenai turunnya Allah pada 1/3 malam :
    يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الآخِرُ يَقُولُ: مَنْ يَدْعُونِي، فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ، مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ

    Daripada Abu Hurairah R.A,Nabi Muhammad SAW bersabda :
    “Allah turun ke langit dunia setiap malam pada 1/3 malam terakhir. Allah lalu berfirman : “Siapa yang berdoa kepada-Ku,nescaya Aku kabulkan! Siapa yang meminta kepada-Ku,nescaya Aku berikan! Siapa yang meminta ampun kepada-Ku,tentu Aku ampuni!”. Demikianlah keadaannya hingga terbit fajar.”
    [Hadith Sahih Bukhari No.1145 dan Sahih Muslim No.758]

    Hadith inilah yang Christian Prince telah pakai untuk membuktikan bahawa kononnya Allah terpaksa turun ke langit dunia kerana menurut dakwaan Christian Prince,Allah bukan Maha Mendengar tetapi pekak. Oleh yang demikian,Tuhan terpaksa turun ke langit dunia untuk mendengar doa-doa muslim. Disini saya akan berikan pencerahan kepada si bodoh Christian Prince agar jadi bijaksana.

    Dalam hadith tersebut,kalimat yang digunakan adalah “يَنْزِلُ” (yanzilu) yang berasal dari kata “nazala” yang bermaksud “turun” yang mana kalimat ini digunakan sebagai mutasyabihah Arabiyyah disebabkan tidak boleh ditakyif,tidak boleh ditasybih,tidak boleh dita’thil dan tidak boleh ditamsil. Lafaz kalimat tersebut dapat diketahui dan difahami maknanya tanpa mengetahui kaifiatnya. Makna “yanzilu” dari asal kata “nazala” adalah maklum tetapi kaifiatnya adalah majhul. Beriman dengannya adalah wajib dan bertanyakan tentangnya merupakan bid’ah.

    Sedangkan kalimat “turun” secara zahir yang biasanya dimudhafkan kepada makhluk adalah kalimat “اهْبِطُوا” (Ahbitu) seperti dalam ayat ini :

    قُلْنَا اهْبِطُوا مِنْهَا جَمِيعًا ۖ فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُمْ مِنِّي هُدًى فَمَنْ تَبِعَ هُدَايَ فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

    “Kami berfirman : “Turunlah kamu dari syurga itu! Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu,maka barang siapa yang mengikuti petunjuk-Ku nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka dan mereka tidak berdukacita.”
    [Al-Baqarah 2:38]

    Dalam ayat ini,kalimat “اهْبِطُوا” (Ahbitu) yang bermaksud “turun” telah digunakan untuk merujuk muhkamat Quranic Arabiyyah yang mana ianya membawa penjelasan zahir secara jelas turunnya sesuatu dari tempat arah atas ke tempat arah di bawah.

    Apabila para sahabah Nabi Muhammad SAW dan orang Arab mendengar hadith ini,mereka tidak bertanya kepada Nabi,
    “wahai Muhammad SAW,bagaimana Allah turun?”

    bahkan mereka hanya diam tanda memahami sebab mereka mengetahui bahawa Allah selaku Al-Khaliq tidak sama seperti makhluk seperti dalam ayat yang telah dinyatakan :
    لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ ۖ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
    “Tidak ada sesuatupun yang sama dengan Dia dan Dialah yang Maha Mendengar dan Maha Melihat.”
    [Asy-Syuura 42:11]

    وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ
    “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa dengan Dia”
    [Al-Ikhlas 112:4]

    Berkenaan dengan tuduhan Christian Prince kononnya Allah pekak sebab perlu turun ke langit dunia,maka saya jawab dengan kaedah Analogya :
    – Dunia kini semakin maju dan canggih dalam teknologi kemodenan dan segala luahan rakyat mudah disampaikan terus kepada Raja setiap masa melalui teknologi media dalam negaranya. Dan cara demikian,Si Raja dapat mendengar dan mengetahui semua setiap masalah rakyatnya dalam negara. Satu masa si Raja turun padang ke dataran pusat bandar dalam satu perhimpunan rasmi kemudian bertitah di hadapan semua rakyatnya dengan berkata :
    “Luahkanlah semua masalah kalian pada hari ini,nescaya beta akan perkenankan apa saja masalah kalian.”

    Soalan saya kepada Christian Prince :
    – Mengapa Si Raja itu perlu turun ke dataran pusat bandar dalam satu perhimpunan rasmi untuk mendengar luahan rakyatnya sedangkan dalam dunianya telah mencapai kemajuan serba moden dan canggih yang mana segala mesej mudah diterima di hujung jari??
    (A) Sebab Si Raja itu pekak dan buta,maka perlu turun ke bandar untuk dengar betul-betul apa yang diluahkan dari masyarakat rakyatnya.

    (B) Kehendak Si Raja yang pada hari itu sebagai tanda Kasih Sayangnya kepada rakyat jelatanya.

    Saya berikan tempoh sehingga Hari Kiamat kepada Si Bodoh Christian Prince untuk menjawab satu soalan saya itu.

    Giliran saya “putar meja” kepada Christian Prince. Disini saya berikan dua kesalahan Bible dari 50 000 kesalahan Bible dan satu kesalahan ini membuktikan bahawa Tuhan dalam Bible adalah lemah dan terbatas.

    KESALAHAN NO.1
    Mari kita baca :
    “Ketika Allah pada hari ketujuh telah menyelesaikan pekerjaan yang dibuat-Nya itu, berhentilah Ia pada hari ketujuh dari segala pekerjaan yang telah dibuat-Nya itu. Lalu Allah memberkati hari ketujuh itu dan menguduskannya, karena pada hari itulah Dia berhenti dari segala pekerjaan penciptaan yang telah dibuat-Nya itu.”
    [Genesis 2:2-3]

    Dalam ayat ini,kalimat yang digunakan adalah “שָׁבַת֙” (Sa-bat) yang bermaksud “rehat” atau “rested”. Ini dikuatkan lagi dalam ayat lain :
    “Antara Aku dan orang Israel maka inilah suatu peringatan untuk selama-lamanya, sebab enam hari lamanya TUHAN menjadikan langit dan bumi, dan pada hari yang ketujuh Dia berhenti bekerja untuk beristirahat.”
    [Exodus 31:17]

    Kalimat yang sama dipakai iaitu “שָׁבַת֙” (Sa-bat) bahkan ditambah dengan ayat “וַיִּנָּפַֽשׁ” (vayyin’nappaz) yang bermaksud “and was refreshed”. Jelas dua ayat ini membuktikan bahawa Tuhan Israel dalam Bible TIDAK Maha Kuasa bahkan kuasa-Nya terbatas sehingga boleh penat dalam menciptakan alam seterusnya memerlukan rehat untuk recharge kembali Kuasa-Nya.

    Ada bantahan ilmiah? Atau Chirstian Prince ingin katakan bahawa “Sa-bat” disitu merujuk ayat mutasyabihah Tauranic Ibraniyyah??

    KESALAHAN NO.2
    Tuhan Israel TERPAKSA menjelma jadi makhluk (Theophany / Reincarnation) turun ke dunia ini untuk mendengar permasalahan manusia antaranya :
    * Tuhan Israel datang ke Bumi menemui Abraham (Genesis 18:1-10)
    * Tuhan Israel turun ke dunia bertemu Yaakub sehingga tewas bertempur dengan Yaakub (Genesis 32:22-32)
    * Tuhan Israel turun ke Bumi menjadi api yang menghanguskan menemui Musa pbuh (Exodus 3:2-14)
    * Tuhan Israel turun ke Bumi menjelma jadi manusia iaitu Jesus (John 1:1-14 dan Phillipians 2:7)

    Dari semua di atas jika kita ikut pemahaman logik bodoh Christian Prince bahawa apabila Tuhan turun ke bumi untuk menemui Utusan-Nya dan menjelma jadi manusia untuk menebus dosa manusia,maka maknanya Tuhan TERPAKSA turun ke bumi untuk selesaikan semua permasalahan/urusan disebabkan Dia tidak mampu berurusan di langit. setuju?

    Jika SETUJU,maka Tuhan Israel tidak Maha Kuasa.

    Jika TIDAK SETUJU,maka anda akui bahawa Allah turun ke langit dunia seperti di nyatakan dalam Quran bukanlah bermaksud Dia pekak.

    CHECKMATE!
    Apakah Christian Prince mampu menjelaskannya?? Saya berharap Ruh Kudus mampu memberikan jawapan kepada Christian Prince dan Kristian lain!

    KESIMPULAN
    Jelas bahawa Allah Azzqa’Wa’Jalla adalah Maha Kuasa dan Maha Mendengar serta Maha Sempurna. Maha Suci Allah dari segala kecacatan dan kelemahan. Cukup jawapan yang saya berikan di atas telah meruntuhkan tuduhan fitnah Christian Prince. Si keldai Christian Prince masih GAGAL membuktikan kesalahan ajaran Islam. Saya memberikan pertaruhan cabaran kepada Christian Prince untuk carikan SATU kesalahan Islam secara mutlak tanpa bantahan hujah ilmiah dari kami. Saya berikan tempoh sehingga Kiamat.

    Saya,semua saudara muslim yang lain dan sesiapa yang mengetahui hakikat kebenaran hanya akan mentertawakan Christian Prince dan sesiapa yang menjadi Penggemar Tegar Christian Prince yang bodoh itu.

    Islam agama yang benar! Quran TIDAK ADA kesalahan WALAU SEINCI. Yang salah adalah kedegilan missionaries dari mengkaji kebenaran.

    KEMBALILAH KE PANGKAL JALAN IAITU ISLAM….SAKSIKAN KEBENARAN ISLAM..

    pesan Jesus kepada anda,
    “Jikalau kamu tetap dalam sabdaku,kamu benar-benar adalah muridku.dan kamu akan mengetahui kebenaran, dan kebenaran itu akan memerdekakan kamu.”
    [John 8:31-32]
    – memerdekakan anda dari kekufuran…

    pesan Rasullullah Muhammad SAW kepada anda :
    “Terimalah kebenaran itu walau ianya pahit..”
    [Hadith Sahih Bukhari dan Tirmizi]

    Firman Allah Azza’Wa’Jalla :
    “Telah datang kebenaran dan lenyaplah kebatilan.Sesungguhnya kebatilan itu sememangnya pasti lenyap.”
    [Al-Isra’ 17: 81]

    “Tiada tuhan selain Allah,Muhammad dan Eesa Al-Masih adalah Utusan Allah serta Jibrail Sayyid Malak Al-Qhuwaan adalah Ruhul Quddus…”

  • Christian Prince destroyed by Muhammad Hijab and Ali Dawah

    Christian Prince destroyed by Muhammad Hijab and Ali Dawah

    Reading Time: 5 minutes

    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

    First of all,i would like congratulate to brother Muhammad Hijab and brother Ali for their victory in their debate with “Christian Prince”.

    Alhamdulillah! Mabruk ‘alaikum ya Hijab wa Ali…Jazakallahu khayran kathiran wa kullu sanah wa antum thoyyib.

    Pada 03hb December,satu perdebatan santai telah dilakukan di antara Muhammad Hijab / Ali Dawah menentang Christian Prince..Perdebatan tersebut boleh lihat disini :
    – https://www.youtube.com/watch?v=31f6CgLtDVg&t=835s

    Dari penilaian secara keseluruhan,Christian Prince telah tewas lagi setelah berhadapan dengan Hijab dan Ali. Ini merupakan kali ke3 CP tewas berhadapan dengan Muslim Apologetics yang mana dua di antaranya sebelum ini ialah Nadir Ahmed dan Ultimate Truth.

    Saya telah menonton kedua-dua Channel iaitu satu video dari Christian Prince dan satu video lagi dari Muhammad Hijab :

    dari Muhammad Hijab Channel :
    – https://www.youtube.com/watch?v=etgTv8K5rM8&t=1658s
    – https://www.youtube.com/watch?v=31f6CgLtDVg&t=835s

    dari Christian Prince Channel :
    – https://www.youtube.com/watch?v=r3w-KyDlGXs
    – https://www.youtube.com/watch?v=Wb5erLB_pSo

    Berikut saya rumuskan perdebatan mereka :

    * Halatuju dan Topik asal Perdebatan dibuat adalah berkenaan claim CP sebagai pakar bahasa Arab dan perbincangan At-Tawbah 9:31 namun CP mengalih perhatian kepada topik yang tidak sepatutnya iaitu berkenaan isu “In sha Allah” dalam surah Al-Kahfi 18:23.

    * Pada minit 6:33-6:43,Ali Dawah telah pesan bahawa mereka tidak akan mute jika CP bertenang dan debat secara satu persatu.

    * CP gagal jawab satu soalan dari Mohd Hijab mengenai isu “pelacuran” pada minit ke 12:10 – 14:30.

    * Pada minit 14:35 – 16:35,CP jawab salah satu soalan Ali Dawah tetapi jawapannya menjerat dirinya sendiri..

    * Pada minit 23:33,CP gagal meluruskan sebutan nama arabic “Shu’ayb bin Jaba’i” menjadi “Shu’ayb bin Ja’abi”. CP claim dirinya adalah Arabic scholar……patut sambung belajar Iqra’ untuk mengetahui di mana layak untuk menyebut huruf “ayn”.

    * Pada minit 34:20 – 36:30,CP gagal berikan sanadh wa matn untuk sumber yang ada menyebut Bulus (Paul) dalam kitab tafseer Ibn Kathir.

    * CP gagal jawab soalan dari Ali Dawah “dimana Paul disebut dalam Quran?”. Ali Dawah meminta dalil Quran tapi malangnya CP petik Hadith Matruk dalam Tafseer Ibn Kathir.

    * CP tidak memberikan ruang kepada mereka untuk bercakap dan berhujah bermula dari awal perdebatan dan hanya dua kali sahaja CP berhenti bercakap dalam kadar masa 03 saat sepanjang perdebatan.

    Banyak lagi kesalahan Christian Prince namun selebihnya saya serahkan kepada sahabat kita – Unseen Soul dan Sahabat Muhammad Hijab – Bro Farid untuk membuat rumusan dan mengusulkan kesalahan Christian Prince yang lain :
    – https://www.youtube.com/watch?v=yoiQiJRi9Mc
    (Unseen Soul)

    – https://www.youtube.com/watch?v=U8NZiKdwVU4
    (Bro Farid)

    Namun demikian,telah menjadi lumrah sikap Anti-Islam apabila tewas dalam debat dengan muslim,mereka tidak akan pernah mengaku kesalahan dan kekalahan mereka. Christian Prince tidak pernah mengaku dirinya tewas walau telah dibungkamkan sebanyak tiga kali. Dia telah mengulas kembali perdebatan mereka disini :
    – https://www.youtube.com/watch?v=m12kgtOATa4
    – https://www.youtube.com/watch?v=Sa_wIhMVVYM
    – https://www.youtube.com/watch?v=kPbB1zgbbVU
    – https://www.youtube.com/watch?v=mziTNRAqYKg

    rumusan dari sahabat CP – Apostate Prophet :
    – https://www.youtube.com/watch?v=8dXwpSnEKSE

    Saya mendapati audience pro-CP mengkritik masalah Hijab dan Ali :
    – mereka berdua mute button Christian Prince.
    – mereka tidak berhujah secara terperinci dan merujuk sumber untuk memberikan penjelasan mutlak.
    – dua lawan satu (jika satu lawan satu,Hijab tidak mampu lawan CP).

    Response saya :
    01 – Ali Dawah sendiri telah memberi pesan awal-awal dalam video (pada 6:33-6:43) bahawa jika CP bertenang,berbicara satu-persatu,tidak menghina dan memberi kerjasama dengan mengikut acuan perdebatan yang betul,mereka tidak akan mute button. Namun CP membuat kepalanya sendiri,maka jangan salahkan mereka apabila mereka mute button sebanyak 6 kali (maknanya 6x CP tidak mengikuti rentak debat kedua-dua pihak).

    02 – Sebelum ini pun dan selama ini,Christian Prince juga menggunakan mute button jika muslim yang berdebat dengannya akan menjawab secara terperinci atau secara panjang lebar. Bahkan Christian Prince akan Off Call dan Block sekiranya bertemu dengan Muslim yang ahli dalam Perbandingan Agama (seperti yang terjadi pada Ibn Aqil Onque,Ultimate Truth,Abu Musa dan Nadir Ahmed). Maka disini,CP telah merasai bagaimana sakitnya apabila dimute button……..senjata makan tuan…Hukum Karma @ Kifarah menepati batang hidung CP.

    03 – Muhammd Hijab dan Ali Dawah tidak menjawab secara terperinci terhadap tuduhan-tuduhan CP kerana :
    – Halatuju dan Topik asal Perdebatan dibuat adalah berkenaan claim CP sebagai pakar bahasa Arab dan perbincangan At-Tawbah 9:31. Jadi apa sahaja yang tidak berkenaan,mereka tidak fokus untuk mengisukan hal tersebut. Ini merupakan debat santai yang mana jika sebelum ini CP yang menjadi moderator dan debator,kali ini masing-masing memegang peranan menjadi moderator dan debator. Maka untuk memberi fokus sepenuhnya dalam banyak isu adalah tidak menguntungkan kedua-dua pihak dan boleh menjadi taktik perangkap dalam mengalih perhatian sehingga memberi keuntungan kepada pihak CP. Kelihatan Muhammad Hijab dan Ali Dawah tidak begitu penuh serius dalam berdebat dengan CP,ini kerana halatuju mereka hanya sekadar untuk membungkam CP melalui perangkap hujahnya sendiri berdasarkan atas claim yang dibuat CP sendiri.

    lagipun,semua tuduhan CP dalam video tersebut telah lama dijawab oleh Muslim Apologetics dan Exegess muslim scholars :

    Isu breastfeeding suckling adult dalam Islam :
    – http://www.answering-christianity.com/shamoun-nursing.htm
    – https://www.letmeturnthetables.com/2009/08/exposing-lie-of-qurans-lost-verse-about.html
    – https://www.letmeturnthetables.com/2011/06/there-is-no-adult-breastfeeding-in.html

    Isu prostitude (Mut’ah) dalam Islam :
    – http://www.answering-christianity.com/muta2a_rebuttal.htm

    Isu “Bulus” (Paul) dalam surah Yassin 36 ayat 14 :
    – http://www.answering-christianity.com/umar/paul_of_tarsus.htm
    – http://www.answering-christianity.com/umar/readersreply_rebuttal.htm

    Isu “In sha Allah” dalam surah Al-Kahf 18 ayat 23 :
    – https://thequrancourses.com/our-blog/always-say-inshaallah/
    – https://www.whyislam.org/on-faith/ill-remember-inshaallah/

    05 – Berkenaan dengan alasan “dua lawan satu (jika satu lawan satu,Hijab tidak mampu lawan CP)”,kita harus faham bahawa debat mereka dalam video tersebut merupakan debat santai dan tidak memiliki peraturan specifik. Jika mereka berdebat di pentas forum perdebatan rasmi terbuka secara neutral di hadapan public audiences,Muhammad Hijab sendiri kata bahawa dia boleh berdebat secara bersendirian berhadapan dengan CP dan menewaskannya seperti mana dia (Muhammad Hijab) tewaskan David Woods pada perdebatan lalu kerana perdebatan rasmi forum terbuka secara neutral di hdapan public audiences adalah mengikut format peraturan debat yang teratur. Maka disana boleh lihat siapa yang menipu,siapa yang tewas,siapa yang jujur dan siapa yang mampu memegang hujah kebenaran.

    Namun malangnya,CP sendiri menolak tawaran cabaran debat di luar dunia nyata secara Forum Rasmi Perdebatan Terbuka di hadapan public audiences dari Muhammad Hijab sebanyak dua kali pada 6 bulan lalu.

    Mengapa CP menolak??

    Kerana jika dia sahut cabaran debat muslim di luar dunia nyata,maka ruang untuk dia tewas adalah amat besar kebarangkalian dan dia tidak boleh menjadi moderator untuk memanipulasikan permainan dalam corak perdebatannya dan itu membuatkan dia kehilangan pengikut dan pasti ramai akan kembali kepada Islam.

    06 – Jauh beza corak debat antara Muhammad Hijab / Ali Dawah dengan Christian Prince yang mana jika dinilai dari moral negative,tidak dinafikan kedua-dua pihak memang ada bersikap moral negative. Namun jika kita lihat lebih dekat,Muhammad Hijab dan Ali Dawah hanya mengutuk Christian Prince dengan sebutan seperti – “stupid boy / busted / childish dan ignorant”. Mereka hanya mengkritik CP seorang,itupun mereka mengolahkan demikian disebabkan sikap CP itu sendiri.

    Namun jika kita lihat pada Christian Prince dari sudut moral negative,dia lebih teruk dengan menghina Islam dan Nabi seperti sebutan – “Stupid prophet / Muhammad the dumbass / silly prophet / dont be foolish likes your prophet dan foolish religion”. Sebagai seorang Professional Apologist,tidak patut ada sikap sebegini dan para audiences yang matang pastinya dapat mengetahui pihak mana yang tidak boleh control emosi dan telah kelihatan tewas.

    Kelmarin “Christian Prince” telah upload satu video kononnya seorang “muslim” telah murtad disebabkan melihat perdebatan di antara Hijab / Ali dengan beliau.. Video itu boleh lihat disini :
    – https://www.youtube.com/watch?v=DZfuWNlWI-w&t=7s

    Tanpa melihat wajah…hanya dengar suara…sedangkan serigala boleh menyamar menjadi domba,inikan pula sekadar menyamar menjadi “muslim” kemudian kononnya murtad. Sejauh mana kebenarannya,anda sendiri boleh menilainya.

    SAKSIKAN KEBENARAN ISLAM!

    “wa qul jaa’al haqqu wa zahaqal baathil innal baathila ka’ana zahuuqaa.”

    “Truth has come and falsehood has vanished.Falsehood is surely bound to vanish.”
    [Al-Isra 17:81]

  • Menjawab Missionaries – Islam boleh menyambut dan mengucap “Merry Christmas”?

    Menjawab Missionaries – Islam boleh menyambut dan mengucap “Merry Christmas”?

    Reading Time: 11 minutes

    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

    Saya menerima satu artikel melalui whatsapp kiriman dari seorang Kristian yang bertajuk “Natal bukan hanya untuk orang Kristian tetapi untuk orang Islam juga”.

    Setelah saya membacanya,saya mendapati ada beberapa perkara yang harus saya luruskan. Tetapi sebelum itu,ingin saya paparkan artikel saya sebelum ini yang bertajuk “Menjawab Missionaries – “Tentang Kelahiran Jesus Christ Dan Muhammad (pbut)” :
    – https://muslim-apologetic-borneo.com/menjawab-missionaries-tentang-kelahiran-muhammad-saw/

    Disini kita akan runtuhkan tuduhan dalam artikel tersebut dan sekaligus kita akan berikan gambaran yang sebenar tentang Jesus Christ pbuh. semoga bermanfaat~

    Missionari menulis :
    Natal berasal dari kata latin yaitu “Natus”, yg berarti “Lahir atau kelahiran” Noel (bhs. Perancis), Kertmis (bhs Belanda), Christmas (bhs Inggris), Idul Milad (bhs Arab)dll. Semua ini bermaksud hari ‘Kelahiran Yesus.

    MAB Response :
    Kalimat “Natal” dari asal A’lingua de Camoes yang bermaksud “Kelahiran” dan synonym dengan “The Birth” dalam bahasa English. Kalimat “Natal” synonym dengan :
    * “Geboorte” dalam bahasa Deutch.
    * “Geburth” dalam bahasa Germany.
    * “Naissance” dalam bahasa French.
    * “Naixemen” dalam bahasa Catalan Spain.
    * “Mawlid” atau “Milad” (ميلاد) dalam bahasa Arabic.
    * “Molad” (מולד) dalam bahasa Hebrew.
    * “kapanganakan” atau “Kaarawan” dalam bahasa Visaya / Filipino.
    * “Kelahiran” dalam bahasa Melayu.
    Sumber :
    – https://foreigncy.us/christmas-in-hebrew-and-arabic/

    Kalimat “Natal” adalah bersifat general yang mana kalimat tersebut boleh saja diguna merujuk kepada sesiapa. sebagai contoh :
    “Dies Natalis Solis Invicti” yang membawa maksud “Kelahiran Dewa Matahari”. Kalimat disitu menggunakan “Natalis” dari akar kata “Natal”. Jadi maknanya,kalimat “Natal’ adalah generic tidak tertakluk kepada kelahiran Jesus Christ pbuh sahaja.

    Namun saya memahami,”Natal” dalam konsep Kekristianian merujuk kelahiran Jesus Christ pbuh secara pengkhususan. Walau bagaimanapun,perkataan “Natal” tentu sahaja boleh dirujuk kepada umum merujuk sesiapa secara dasar. Tidak hanya tertakluk kepada Jesus Christ pbuh sahaja.

    Missionari menulis :
    Natal berarti hari kelahiran Yesus yg seharusnya juga dirayakan oleh seluruh umat Islam didunia.

    MAB Response :
    Umat Islam hanya akan mengucapkan “Merry Christmas” dan merayakan Mawlid’ur-Rasul Eesa dengan syarat :
    – Ada naqli jelas dalam syariat Muhammad SAW.
    – Kenal pasti tarikh yang tepat atau hampir tepat kelahiran Eesa (Bukan 25hb December).
    – Tanpa mendasari unsur-unsur ketuhanan.

    Jika semua syarat ini tidak menepati dalam konsep Krismas anda,bagaimana anda boleh katakan kami boleh menyambut Mawlid’ur-Rasul Eesa mengikut konsep Kekristianian??

    Missionari menulis :
    Tetapi adakah alasannya di Alquran yg menyatakan harus dirayakan jg oleh umat islam❓🤔 Jawabannya ADA, tapi ayat ini di peti kemaskan dan ditutup bungkus dg rapat oleh tokoh2 agama islam.

    MAB Response :
    Sila berikan seorang ulama dalam Islam yang membungkus tutup tentang kelahiran Jesus Christ pbuh. Jangan hanya sekadar menuduh fitnah kosong tanpa bukti. Disini saya berikan beberapa exegess Islam membuat ceramah secara umum di mata dunia menceritakan kelahiran Jesus Christ pbuh dalam Islam :
    – https://www.youtube.com/watch?v=XADB5OUa3vk (Ishmael Bullock)
    – https://www.youtube.com/watch?v=lcw73QHyc7E (Mutahir Sabre)
    – https://www.youtube.com/watch?v=sVivdS5mkRk (Shabir Ally)
    – https://www.youtube.com/watch?v=DoiWN35Ibzg (Kamal El-Mekki)
    – https://www.youtube.com/watch?v=QmlaKB9pzZ0 (Suhaib Waybb)

    dan ramai lagi saya boleh berikan untuk buktikan bahawa tidak ada dari kalangan muslim scholars yang menyembunyikan hakikat tentang Jesus Christ dalam Islam.

    Missionari menulis :
    NATAL DALAM ALQURAN DAN TAFSIR ULAMA

    📗 Maryam:33-34
    33) “Dan kesejahteraan semoga dilimpahkan kepadaku, pada hari AKU DILAHIRKAN (natal), pada hari AKU MENINGGAL dan pada hari AKU DIBANGKITKAN hidup kembali.
    34) ITULAH ISA PUTERA MARYAM, yang mengatakan perkataan yang benar, yang mereka berbantah-bantahan tentang kebenarannya.”

    👉 Ayat ini dlm Alquran, mengisahkan atau mengacu kepada salah satu pribadi Yesus/Isa yg pernah LAHIR(natal), MENINGGAL dan BANGKIT.

    MAB Response :
    01 – Sangat setuju! Quran sememangnya menceritakan kelahiran Eesa Al-Masih namun apakah selaras dengan 25hb December seperti yang disambut tiap-tiap tahun oleh Kristian dan apakah Quran ada menceritakan kelahiran Jesus Christ pbuh mengikut acuan konsep Kekristianian dengan memasukkan unsur-unsur ketuhanan??

    02 – Kebiasaan ayat ini antara ayat-ayat yang dipakai seleweng oleh pihak anda untuk membenarkan “ketuhanan” Jesus Christ pbuh. Berikut saya berikan jawapan untuk menangkis tuduhan pihak anda :

    (A) Nabi Yahya pbuh juga dikatakan hal yang sama seperti Jesus Christ pbuh :
    “Dan Kami limpahkan kepadanya kesejahteraan pada hari dia dilahirkan,pada hari dia mati dan pada hari dia dibangkitkan hidup kembali.”
    [Maryam 19:15]

    Dalam ayat tersebut juga ada menyebut “Natal” atau “Yaum-mawlida” yang bermaksud “hari kelahiran” Nabi Yahya pbuh. Setuju anda ingin bersama-sama kami menyambut kelahiran Nabi Yahya pbuh mengikut konsep Islam??

    Jika ikut pemahaman Kristian bahawa ayat “mati dan bangkit hidup kembali” di anggap sebagai tuhan,maka apakah Yahya pbuh juga adalah tuhan??

    (B) Pada dasarnya,semua manusia mengalama 3 fasa iaitu :
    1. Kelahiran (Awal dari Kehidupan didunia)
    2. Kematian (meninggal dunia ke alam Barzakh)
    3. Kebangkitan kembali (Di Hari Pengadilan Al-Masyhr)

    Jesus Christ pbuh akan turun ke bumi ini untuk kali kedua dan akan wafat seperti Hadith Nabi Muhammad SAW berikut :
    Dari ‘Abdullah bin ‘Amr, ia berkata bahwa Rasulullah Muhammad Sallalahu’Alaihi’Wassalam bersabda,
    “Pada masa beliau,Allah akan membinasakan semua agama selain Islam,Isa akan membunuh Dajjal dan beliau akan tinggal di muka bumi selama empat puluh tahun. Setelah itu dia wafat dan kaum muslimin mensolati jenazahnya.”
    [Sahih Abu Dawud No.4324 dan Ahmad No.2/437]

    Missionari menulis :
    Qs 3 Ali-Imran: 45

    إِذْ قَالَتِ الْمَلائِكَةُ يَا مَرْيَمُ إِنَّ اللَّهَ يُبَشِّرُكِ بِكَلِمَةٍ مِنْهُ اسْمُهُ الْمَسِيحُ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ وَجِيهًا فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَمِنَ الْمُقَرَّبِينَ
    idz qaalatil malaa-ikatu yaa maryamu innallaha yubasy-syiruki bikalimatin minhuusmuhul masiihu ‘iisaabnu maryama wajiihan fiiddunyaa wal-aakhirati waminal muqarrabiin

    “(Ingatlah), ketika para malaikat berkata, “Wahai Maryam! Sesungguhnya Allah menyampaikan KABAR GEMBIRA kepadamu tentang sebuah KALIMAT (FIRMAN) DARI-NYA (yaitu seorang Putra), namanya Al-Masih, Isa putra Maryam, seorang seorang terkemuka di dunia dan di akhirat, dan termasuk orang-orang yang didekatkan (kepada Allah)

    Isa Almasih LAHIR (Natal) dari Firman Allah dan seorang TERKEMUKA didunia dan Akherat.

    MAB Response :
    Very good! mari kita baca terjemahannya dengan tepat tanpa tanda kurung :

    “ketika malaikat berkata: “Wahai Maryam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yang mengembirakanmu dengan Kalimah daripada Allah. Nama anak itu adalah Al-Masih Isa Ibni Maryam,seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat dan dia juga dari orang-orang yang didampingkan.”
    [Ali-Imran 3:45]

    01 – Jesus Christ pbuh diberikan gelaran “Kalimatullah” kerana orang-orang Judah menganggap Jesus adalah anak zina (Sanhedrin 106a,Shabbat 104b,Yebamoth 49b,Yevamot 4:18,Avot 5:19 dan Gittin 56b-57a serta Maryam 19:27-28). Maka Allah bersihkan namanya dengan menjelaskan hal sebenar dalam Quran bahawa Jesus diciptakan dari Kalimat-Nya BUKAN dari hasil perzinaan.

    Firman Allah yang bukan makhluk dan tidak memiliki permulaan dipanggil Kalamullah Nafsy’ul Qadim BUKAN Kalimatullah. Istilah “Kalimatullah” adalah bentuk kata Idhafah yang mana ianya adalah Mudhafatul Ilahiyyah kepada Jesus Christ pbuh kerana baginda dicipta dari satu kata iaitu “KUN”. Saya ingin bertanya 02 soalan :
    1 – Masjid Al-Haram / Masjid An-Nabawi dan Masjid Al-Aqsa Jerussalem dipanggil sebagai “BAITULLAH” (Ali-Imran 3:96-97,Al-Baqarah 2:158,2 Kings 11:10,2 Kings 18:16,Isaiah 2:3,John 2:13-25 dan 2 Chronicles 5:1). Saya bertanya,apakah Masjid Al-Haram,Masjid An-Nabawi dan Masjid Al-Aqsa Jerussalem adalah Allah???
    (kamu setuju Tuhan menjadi bangunan??)

    2 – Istilah “Malaikat Tuhan” (Theophany) di anggap oleh Kristian bahawa Tuhan menjelma jadi malaikat. Pihak kamu menganggap Malaikat Allah adalah Theophany Tuhan dalam wujud Malaikat kerana alasannya Bible menyebut “Malaikat” merujuk malaikat biasa. Alasannya kerana nama “Malaikat” dan nama “Allah” disatukan menjadi Malaikat Allah. Jadi saya mahu tanya, jika dalam Bible di sebut Bait Allah,maksudnya Tuhan “bertheophany” atau mewujudkan diri sebagai bangunan…apakah anda setuju???

    02 – Berkenaan dengan ayat “Terkemuka di duna dan akhirat”,kamus bahasa Arab “وَجِيهًا” berasal dari kata “وَجُهَ – يَوْجُهُ” yang bermaksud “dihormati” atau “dimuliakan”.

    Disamping Nabi Isa @ Eesa,Nabi Musa juga bergelar “وَجِيهًا” ,

    Allah SWT Berfirman
    يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ آذَوْا مُوسَى فَبَرَّأَهُ اللَّهُ مِمَّا قَالُوا وَكَانَ عِنْدَ اللَّهِ وَجِيهًا

    “Hai orang-orang yang beriman! janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang menyakiti Musa,maka Allah membersihkannya dari tuduhan-tuduhan yang mereka katakan. Dan adalah dia seorang yang mempunyai kedudukan terhormat di sisi Allah.”
    [Al-Ahzab 33:69]

    Jika saya menurut pemahaman Kristian di atas,apakah Musa adalah tuhan kerana Musa juga terkemuka/terhormat di sisi Allah??

    Missionari menulis :
    Tafsir Quraish Shihab menjelaskan mengenai QS.3 Ali-Imran: 45:

    Renungkan juga, wahai Nabi, saat Allah memberi KABAR GEMBIRA kepada Maryam dengan seorang bayi bernama ‘Isâ putra Maryam, yang diciptakan melalui KALIMAT-NYA, DILUAR KEBIASAAN PROSES KELAHIRAN. Allah memposisikan ‘Isâ di dunia sebagai ORANG YANG TERHORMAT dengan menjadikannya sebagai nabi dan terbebas dari cela. Sedangkan di akhirat, dengan memasukkannya ke dalam kelompok nabi-nabi pilihan yang dekat kepada Allah, yaitu ulû al-‘azm.

    MAB Response :
    Setuju sangat dengan kata-kata Quraish Shihab,tidak ada masalah pun apa yang dia katakan. Apa yang beliau sampaikan ialah kemuliaan Eesa Al-Masih mengikut perpektif Islam dan Quran. Sila tunjukkan kepada saya di mana ayat kenyataan Quraish Shihab di atas tersebut ada menyatakan Jesus Christ pbuh adalah tuhan??

    Missioanri menulis :
    Tetapi masih banyak umat islam yg tidak mengerti isi alquran dan bahkan menutup dg rapat ttg Isa Almasih yang lahir, mati dan bangkit. 😏

    MAB Response :
    Tidak dinafikan bahawa ada segelintir muslim sendiri yang tidak memahami Quran disebabkan tidak ada keinginan untuk mempelajarinya namun TIDAK ADA dalam kalangan Muslim yang menutup kebenaran tentang Jesus Christ pbuh dalam Quran. Jika ada,sila berikan seorang saja muslim scholars yang cuba menyembunyikan kebenaran tentang perihal Jesus Christ pbuh dalam Quran.

    Missionari menulis :
    Pernyataan dari beberapa ustad atau pemuka agama islam yang mengatakan bahwa MENGUCAPKAN salam natal kepada pemeluk agama nasrani hukumnya HARAM bahkan ada yang mengatakan telah MURTAD atau pindah agama.

    MAB Response :
    Majority dari Exegess Islam jelas bersepakat bahawa mengucapkan dengan ucapan “Merry Christmas” adalah HARAM. di Malaysia,Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 telah membincangkan Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

    Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama,maka ia DITEGAH oleh Islam. Walaubagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan,maka ia dibenarkan oleh Islam.

    Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka dengan mengucapkan seperti contoh,
    “SELAMAT MENYAMBUT PERAYAAN KALIAN SEMOGA BERJALAN LANCAR.”

    Maka ucapan seperti di atas ini adalah hukumnya HARUS dengan syarat ucapan itu tidak melibatkan unsur aqeedah,tidak mengiktiraf,memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut. Contoh ucapan di atas itu merujuk ucapan ke arah kebaikan,perpaduan dan keharmonian TANPA unsur penglibatan Aqeedah atau meredhai keimanan Bukan Islam.

    Ibn al-Qayyim rahimahullah di dalam kitabnya Ahkam Ahl Adz-Dzimmah, beliau berkata:
    “Adapun mengucapkan selamat berkenaan dengan syiar-syiar kekufuran yang khusus bagi mereka adalah haram menurut kesepakatan para ulama, seperti mengucapkan selamat terhadap hari-hari besar mereka dan puasa mereka, walau sekadar mengucapkan,“semoga hari raya anda diberkati tuhan” atau anda yang diberikan ucapan selamat berkenaan dengan perayaan hari besarnya itu dan semisalnya. Perbuatan ini, kalaupun orang yang mengucapkannya dapat lari dari kekufuran, maka dia tidak akan lari dari melakukan hal-hal yang diharamkan. Ucapan semacam ini setara dengan ucapannya terhadap perbuatan sujud terhadap Salib bahkan lebih besar dari itu dosanya di sisi Allah. Dan amat dimurka lagi bila memberikan selamat atas minum-minum khamar, membunuh jiwa, melakukan perzinaan dan sebagainya. Banyak sekali orang yang tidak sedikitpun tersisa kadar keimanannya, yang terjatuh ke dalam hal itu sementara dia tidak sedar betapa buruk perbuatannya tersebut. Jadi, barangsiapa yang mengucapkan selamat kepada seorang hamba karena melakukan suatu maksiat, bid’ah atau kekufuran, maka bererti dia telah menghadapi Kemurkaan Allah dan Kemarahan-Nya.”

    Mengenai kenapa Ibn al-Qayyim sampai menyatakan bahawa mengucapkan selamat kepada orang-orang kafir berkenaan dengan perayaan hari-hari besar keagamaan mereka haram dan posisinya demikian,kerana hal itu mengandungi persetujuan terhadap syiar-syiar kekufuran yang mereka lakukan dan meredhai hal itu dilakukan mereka sekalipun dirinya sendiri tidak rela terhadap kekufuran itu,akan tetapi adalah haram bagi seorang Muslim meredhai syiar-syiar kekufuran atau mengucapkan selamat kepada orang lain berkenaan dengannya kerana Allah tidak meredhai hal itu sebagaimana dalam firman-Nya:

    “Jika kamu kafir maka sesungguhnya Allah tidak memerlukan imanmu dan Dia tidak meredhai kekafiran bagi hamba-Nya dan jika kamu bersyukur,nescaya Dia meredhai bagimu kesyukuranmu itu.”
    [Az-Zumar 39:7]

    Syaikhul Islam, Ibn Taimiyah berkata di dalam kitabnya Iqtidl` Ash-Shirth al-Mustaqm, Mukhlafah Ashhb al-Jahm:
    “Menyerupai mereka di dalam sebagian hari-hari besar mereka akan menyebabkan timbulnya rasa senang di hati mereka atas kebatilan yang mereka lakukan dan barangkali hal itu membuat mereka mencari-cari kesempatan dalam kesempitan dan menghinakan kaum lemah iman. Dan barangsiapa yang melakukan sesuatu dari hal itu, maka dia telah berdosa,baik melakukannya kerana berbasa-basi,ingin mendapatkan simpati,rasa malu atau sebab-sebab lainnya kerana ia termasuk bentuk peremehan terhadap Dinullah dan merupakan sebab hati orang-orang kafir menjadi kuat dan bangga terhadap agama mereka.”
    [Disalin dari Majmu Fatwa Fadllah asy-Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin, Jilid.III, h.44-46, no. 403]

    Selebuhnya boleh rujuk kenyataan mereka disini :
    – http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/tahqiq-al-masail/2919-tahqiq-masail-7-hukum-mengucapkan-merry-christmas-kepada-mereka-yang-beragama-kristian
    – https://rumaysho.com/3053-ulama-sepakat-haram-mengucapkan-selamat-natal.html

    Fatwa hanya menjatuhkan hukum Haram kepada perbuatan-perbuatan yang melibatkan Aqeedah seperti :
    – mengucap ucapan “Merry Christmas” @ “Christos Massae” @ “Mass of Christ”.
    – hadir ketika sembahyang bersama Kristian di gereja atau rumah-rumah mereka.

    atau apa-apa tindakan yang melibatkan ibadah mereka dalam aqeedah. Ini semua sepakat satu dunia Islam.

    Kalau setakat dijemput kenduri makan oleh jiran-jiran tetangga Kristian atau saudara-saudara keluarga Kristian,itu TIDAK MENJADI MASALAH. Kalau setakat jalan-jalan bawa anak-anak lihat keindahan pokok-pokok Natal dan mengisi program sihat pada cuti sekolah sempena Krismas itu TIDAK MENJADI MASALAH. Kalau setakat bantu saudara-saudara keluarga Kristian kita membersihkan rumah mereka,bantu dalam memasang lampu-lampu atau aksesori-aksesori perayaan dengan tujuan membalas budi mereka disebabkan mereka pernah bantu kita sewaktu perayaan kita (Eidhul’Fitri dan Eidhul’Adha) ATAU disebabkan mereka kekurangan tenaga kerja,itu TIDAK MENJADI MASALAH.

    Jatuh hukum “HARAM” disebabkan ucapan yang melibatkan Aqeedah BUKAN disebabkan kita makan ‘lamb chop’ dari kenduri perayaan Krismas.

    Mengapa Haram mengucapkan kalimat “Merry Christmas”?

    Pertama sekali kita terangkan definisi “Merry Christmas” itu dahulu. “Merry Christmas” dari asal kata “Cristos Maesse” atau dalam bahasa Melayu adalah bermaksud “Misa Penyelamat” atau “Hantaran Keselamatan” atau “Kedatangan Penyelamat”. Kalimat “Merry” bermaksud “gembira” atau “riang” atau “sukacita”. Dalam bahasa Arab,Merry Christmas disebut sebagai “Eid Milad Saiyd Al-Masih” atau “Wulida Saiyd Al-Masih”.

    Dalam konsep Kekristianian,kalimat “Christ” merujuk kepada Tuhan sebagai Penyelamat kerana hanya Tuhan satu-satunya Juruselamat (Isaiah 43:11). Dan dalam kepercayaan Kristian,Jesus di anggap sebagai tuhan seperti tafsiran gereja dalam John 1:1-14. Jadi apabila kita memberi ucapan tersebut,secara tidak langsung tanpa sedar,kita telah akui bahawa Jesus adalah Tuhan menurut konsep Kekristianian.

    Quran satu-satunya dari Firman Allah sendiri menyebut “Eesa AL-MASIH (CHRIST)” yang mana tidak ada satu ayat pun dari Firman Allah dalam Bible mengatakan Jesus pbuh adalah Christ,bahkan tidak ada dari mulut Jesus Christ pbuh sendiri mengatakan dirinya adalah Christ namun konsep Al-Masih dalam Islam berbeza dengan Kristian.

    Allah berikan gelaran “Al-Masih” kepada Eesa a.k.a Jesus kerana :
    – kalimat “Al-Masih” merupakan Kata Ganti Nama Khas kepada Jesus @ Eesa.
    – dia dipilih oleh Allah datang di akhir zaman untuk selamatkan umat Muhammad SAW dari Al-Masihu’Dajjal (Anti-Christ)

    Dalam Islam,gelaran “Al-Masih” BUKAN merujuk Jesus adalah tuhan. Ini kerana seperti juga “Ahmad” dari akar kata “Hamd” bermaksud “Yang Terpuji” yang menjadi salah satu dari Asma’Wa’Sifadh Ilahiyyah Allah (Al-Hamid) dan nama Nabi Muhammad SAW dari asal kata “Ahmad” bermaksud “Segala yang terpuji”. Apakah maksudnya Muhammad SAW adalah tuhan??

    Namun berbeza dengan konsep Kristian bahawa kalimat “Christ” disandarkan kepada ketuhanan. Makanya disini,adalah dilarang mengucapkan “Merry Christmas” kerana ianya melanggar akidah Islam sebab “Merry Christmas” bersandarkan kepada konsep akidah dalam Kekristianian.

    Missionari menulis :
    Lalu bagaimana pendapat alquran sendiri tentang Hukum boleh tidaknya ucapan salam natal yang di ucapkan umat islam kepada umat kristiani ketika Hari Natal tiba? Ya jelas BOLEH.

    📗 (Qs 4 An-Nisaa : 86)
    “Apabila kamu diberi PERNGHORMATAN dengan sesuatu penghormatan, Maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik dari padanya, atau balaslah penghormatan itu (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah memperhitungankan segala sesuatu.”

    👉 Ayat ini JELAS-JELAS menyuruh seorang muslim untuk membalas penghormatan pemeluk agama lain dengan yang lebih baik dari padanya, atau balaslah penghormatan itu (dengan yang serupa).

    Sebagaimana yang kita tahu semuanya bahwa umat kristiani sudah sering mengucapkan selamat idul fitri atau selamat idul adha dan selamat puasa romadhon kepada umat muslim.

    Maka selayaknyalah sebagai umat islam untuk membalas penghormatan pemeluk agama lain (umat nasrani indonseia) dengan yang lebih baik dari padanya, atau balaslah penghormatan itu (dengan yang serupa)…

    Fatwa MUI dan penyataan ulama lainnya yang mengharamkan seorang muslim mengucapkan selamat natal kepada umat nasrani sangat bertolak belakang dengan keterangan ayat-ayat alquran di atas….

    MAB Response :
    01 – Quran surah An-Nisa 4:86 tidak mengatakan bahawa mengucap “Merry Christmas’ adalah boleh. Ayat itu sangat kami setuju dan ayat ini tidak bertentangan dengan fatwa Ijma Ulama yang memberikan hukum Haram mengucapkan “Merry Christmas” kerana Surah An-Nisa 4:86 adalah suruhan atau perintah untuk membalas ucapan yang general tanpa melanggari Aqeedah. Seperti contoh :
    – apabila seorang non-muslim mengucapkan “Assalam alaykum” kepada seorang muslim di tengah jalan,maka muslim itu boleh membalas ucapan “Wa alayka” atau “Wa alaykumussalam”. Ucapan disitu tidak ada penglibatan aqeedah.

    Contoh lain ialah apabila seorang Kristian memberi ucapan “Selamat Hari Raya Eidhul Fitri’ kepada seorang muslim di waktu Hari Raya Eidhul’Fitri,maka muslim itu boleh membalas ucapan dengan menjawab,
    “Kulluna ya Rabb wa antum thoyyib”.

    ATAU

    “Jazakallahu khairan kathiran”.

    Atau muslim itu boleh membalas ucapan pada Hari Krismas kepada sahabat Kristiannya dengan mengatakan,
    “Selamat menyambut perayaan kalian,moga berjalan dengan lancar.”

    Jadi,disini ayat-ayat tersebut jelas kelihatan persamaan ucapan bahkan kelihatan balasan ucapan yang lebih baik tanpa melanggari garis aqeedah. Apabila Kristian mengucapkan “Selamat Eidhul’Fitri”,ucapan tersebut tidak menjejaskan aqeedah Kekristianian kerana konsep Eidhul’Fitri tidak ada unsur aqeedah kerana maksud “Eidh’ul Fitri” adalah bermaksud “Perayaan Fitrah” ATAU “Perayaan Kemenangan” ATAU “Festival of Breaking the Fast”. Jadi disitu tidak ada unsur aqeedah yang boleh menjejaskan iman Kekristianian.

    Sama halnya dengan Eidh’ul Adha yang mana maksud kalimat ‘Eidh’ul Adha’ adalah bermaksud “Feast of the Sacrifice” ATAU “Feast of Cows” ATAU “Perayaan Korban”. Jadi disitu tidak ada unsur aqeedah yang boleh menjejaskan iman Kekristianian.

    Jadi,maknanya apabila seseorang non-muslim mengucapkan,”Selamat Eidh’ul Fitri / Eidh’ul Adha”,maka ianya atas tujuan ucapan mengeratkan keharmonian,penghormatan dan perpaduan. Jadi sama halnya apabila muslim memberikan ucapan “Selamat menyambut perayaan kalian,moga berjalan dengan lancar” pada Hari Krismas,ianya merupakan ucapan atas tujuan keharmonian,penghormatan dan perpaduan. Disini menampakkan persamaan ucapan tanpa melibatkan pelanggaran Aqeedah. Berbeza dengan ucapan ‘Merry Christmas” yang mana mengandungi unsur aqeedah Kekristianian. Saya ingin bertanya satu soalan :
    – Apakah Kristian boleh mengucapkan dua kalimah syahadah – “Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah Rasul Allah” dengan ikhlas hati?

    Jadi,ayat Quran dalam surah An-Nisa 4:86 tersebut hanya membenarkan ucapan secara umum dengan cara yang lebih baik atas tujuan keharmonian,keamanan dan perpaduan. Ayat tersebut BUKAN membenarkan untuk mengucap “Merry Christmas” yang mengandungi unsur pelanggaran Aqeedah Islam. Ini kerana dalam Quran telah jelas memberitahu bahawa kufurlah kepada mereka yang mengatakan Jesus Christ pbuh adalah Tuhan (Al-Maidah 5:71-73).

    Sebahagian umat Islam mengucapkan “Merry Christmas” disebabkan ketidaktahuan mereka dalam usul furu’ BUKAN disebabkan Islam membenarkan apa yang mereka ucapkan.

    Maka jelas bahawa ayat Quran tersebut (An-Nisa 4:86) BUKAN mendukung untuk membolehkan muslim mengucapkan “Merry Christmas” kepada Kristian.

    Missionari menulis :
    Maka sebagai muslim yang berpegang teguh kepada alquran dan al-hadits hukumnya wajib menjalankan apa yang telah diterangkan dalam kitab suci alquran.

    MAB Response :
    Benar! sebagai seorang muslim,maka kami tidak boleh untuk mengucapkan “Merry Christmas” kepada Kristian disebab Quran dan Hadith telah memberikan garis panduan mana yang boleh dan mana yang tidak boleh. Dan anda selaku Kristian haruslah memahami dan menghormati prinsip Islam mengenai isu ini.

    Missionari menulis :
    ➡ Seharusnya islam dan kristen bergandengan tangan dan merayakan natal (kelahiran Isa Almasih) secara bersama-sama.

    ✨ Wish you all ”MERRY CHRISTMAS”ISA ALMASIH LOVE US FOREVER.

    MAB Response :
    Seperti yang saya katakan sebelum ini,umat Islam hanya akan mengucapkan “Merry Christmas” dan merayakan Mawlid’ur-Rasul Eesa dengan syarat :
    – Ada naqli jelas dalam syariat Muhammad SAW.
    – Kenal pasti tarikh yang tepat atau hampir tepat kelahiran Eesa (Bukan 25hb December).
    – Tanpa mendasari unsur-unsur ketuhanan.

    Semoga apa yang saya sampaikan ini pihak Kristian memahami dan menerima dengan berlapang dada.

    “SELAMAT MENYAMBUT PERAYAAN KALIAN,SEMOGA BERJALAN DENGAN LANCAR”