Skip to content

Menjawab Christian Prince – “Allah Turun Ke Langit Dunia Tanda Pekak?”

Last updated on January 16, 2020

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Hero Christian masa kini – Christian Prince telah membuat satu video panjang yang mana dia mempermasalahkan tentang Allah Azza’Wa’Jalla. Video tersebut boleh lihat disini :
– https://www.youtube.com/watch?v=bwpeB1twHzY

Video itu sangat panjang dengan durasi selama 2 jam 35 minit 18 saat dan banyak bahagian yang dia isu permasalahan tentang Allah namun dalam artikel ini kita akan jawab dulu tentang isu pertama iaitu fitnah tuduhan Christian Prince berkenaan tentang Allah turun langit ke dunia (Bait Al-Izzah) pada 1/3 malam yang mana Christian Prince mengatakan Allah turun ke langit dunia menandakan Allah bukan Maha Mendengar bahkan pekak kerana menurut beliau,Allah terpaksa turun ke langit dunia untuk dengar doa-doa umat Islam.

Kita akan jawab fitnah tuduhan si bodoh Christian Prince disini secara sederhana memandangkan dia tidak tahu apa-apa tentang Islam tetapi hanya tahu membuat provokasi tanpa ilmu.

Pertama sekali,mari kita baca ayat Hadith mengenai turunnya Allah pada 1/3 malam :
يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الآخِرُ يَقُولُ: مَنْ يَدْعُونِي، فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ، مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ

Daripada Abu Hurairah R.A,Nabi Muhammad SAW bersabda :
“Allah turun ke langit dunia setiap malam pada 1/3 malam terakhir. Allah lalu berfirman : “Siapa yang berdoa kepada-Ku,nescaya Aku kabulkan! Siapa yang meminta kepada-Ku,nescaya Aku berikan! Siapa yang meminta ampun kepada-Ku,tentu Aku ampuni!”. Demikianlah keadaannya hingga terbit fajar.”
[Hadith Sahih Bukhari No.1145 dan Sahih Muslim No.758]

Hadith inilah yang Christian Prince telah pakai untuk membuktikan bahawa kononnya Allah terpaksa turun ke langit dunia kerana menurut dakwaan Christian Prince,Allah bukan Maha Mendengar tetapi pekak. Oleh yang demikian,Tuhan terpaksa turun ke langit dunia untuk mendengar doa-doa muslim. Disini saya akan berikan pencerahan kepada si bodoh Christian Prince agar jadi bijaksana.

Dalam hadith tersebut,kalimat yang digunakan adalah “يَنْزِلُ” (yanzilu) yang berasal dari kata “nazala” yang bermaksud “turun” yang mana kalimat ini digunakan sebagai mutasyabihah Arabiyyah disebabkan tidak boleh ditakyif,tidak boleh ditasybih,tidak boleh dita’thil dan tidak boleh ditamsil. Lafaz kalimat tersebut dapat diketahui dan difahami maknanya tanpa mengetahui kaifiatnya. Makna “yanzilu” dari asal kata “nazala” adalah maklum tetapi kaifiatnya adalah majhul. Beriman dengannya adalah wajib dan bertanyakan tentangnya merupakan bid’ah.

Sedangkan kalimat “turun” secara zahir yang biasanya dimudhafkan kepada makhluk adalah kalimat “اهْبِطُوا” (Ahbitu) seperti dalam ayat ini :

قُلْنَا اهْبِطُوا مِنْهَا جَمِيعًا ۖ فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُمْ مِنِّي هُدًى فَمَنْ تَبِعَ هُدَايَ فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

“Kami berfirman : “Turunlah kamu dari syurga itu! Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu,maka barang siapa yang mengikuti petunjuk-Ku nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka dan mereka tidak berdukacita.”
[Al-Baqarah 2:38]

Dalam ayat ini,kalimat “اهْبِطُوا” (Ahbitu) yang bermaksud “turun” telah digunakan untuk merujuk muhkamat Quranic Arabiyyah yang mana ianya membawa penjelasan zahir secara jelas turunnya sesuatu dari tempat arah atas ke tempat arah di bawah.

Apabila para sahabah Nabi Muhammad SAW dan orang Arab mendengar hadith ini,mereka tidak bertanya kepada Nabi,
“wahai Muhammad SAW,bagaimana Allah turun?”

bahkan mereka hanya diam tanda memahami sebab mereka mengetahui bahawa Allah selaku Al-Khaliq tidak sama seperti makhluk seperti dalam ayat yang telah dinyatakan :
لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ ۖ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
“Tidak ada sesuatupun yang sama dengan Dia dan Dialah yang Maha Mendengar dan Maha Melihat.”
[Asy-Syuura 42:11]

وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ
“Dan tidak ada sesiapapun yang serupa dengan Dia”
[Al-Ikhlas 112:4]

Berkenaan dengan tuduhan Christian Prince kononnya Allah pekak sebab perlu turun ke langit dunia,maka saya jawab dengan kaedah Analogya :
– Dunia kini semakin maju dan canggih dalam teknologi kemodenan dan segala luahan rakyat mudah disampaikan terus kepada Raja setiap masa melalui teknologi media dalam negaranya. Dan cara demikian,Si Raja dapat mendengar dan mengetahui semua setiap masalah rakyatnya dalam negara. Satu masa si Raja turun padang ke dataran pusat bandar dalam satu perhimpunan rasmi kemudian bertitah di hadapan semua rakyatnya dengan berkata :
“Luahkanlah semua masalah kalian pada hari ini,nescaya beta akan perkenankan apa saja masalah kalian.”

Soalan saya kepada Christian Prince :
– Mengapa Si Raja itu perlu turun ke dataran pusat bandar dalam satu perhimpunan rasmi untuk mendengar luahan rakyatnya sedangkan dalam dunianya telah mencapai kemajuan serba moden dan canggih yang mana segala mesej mudah diterima di hujung jari??
(A) Sebab Si Raja itu pekak dan buta,maka perlu turun ke bandar untuk dengar betul-betul apa yang diluahkan dari masyarakat rakyatnya.

(B) Kehendak Si Raja yang pada hari itu sebagai tanda Kasih Sayangnya kepada rakyat jelatanya.

Saya berikan tempoh sehingga Hari Kiamat kepada Si Bodoh Christian Prince untuk menjawab satu soalan saya itu.

Giliran saya “putar meja” kepada Christian Prince. Disini saya berikan dua kesalahan Bible dari 50 000 kesalahan Bible dan satu kesalahan ini membuktikan bahawa Tuhan dalam Bible adalah lemah dan terbatas.

KESALAHAN NO.1
Mari kita baca :
“Ketika Allah pada hari ketujuh telah menyelesaikan pekerjaan yang dibuat-Nya itu, berhentilah Ia pada hari ketujuh dari segala pekerjaan yang telah dibuat-Nya itu. Lalu Allah memberkati hari ketujuh itu dan menguduskannya, karena pada hari itulah Dia berhenti dari segala pekerjaan penciptaan yang telah dibuat-Nya itu.”
[Genesis 2:2-3]

Dalam ayat ini,kalimat yang digunakan adalah “שָׁבַת֙” (Sa-bat) yang bermaksud “rehat” atau “rested”. Ini dikuatkan lagi dalam ayat lain :
“Antara Aku dan orang Israel maka inilah suatu peringatan untuk selama-lamanya, sebab enam hari lamanya TUHAN menjadikan langit dan bumi, dan pada hari yang ketujuh Dia berhenti bekerja untuk beristirahat.”
[Exodus 31:17]

Kalimat yang sama dipakai iaitu “שָׁבַת֙” (Sa-bat) bahkan ditambah dengan ayat “וַיִּנָּפַֽשׁ” (vayyin’nappaz) yang bermaksud “and was refreshed”. Jelas dua ayat ini membuktikan bahawa Tuhan Israel dalam Bible TIDAK Maha Kuasa bahkan kuasa-Nya terbatas sehingga boleh penat dalam menciptakan alam seterusnya memerlukan rehat untuk recharge kembali Kuasa-Nya.

Ada bantahan ilmiah? Atau Chirstian Prince ingin katakan bahawa “Sa-bat” disitu merujuk ayat mutasyabihah Tauranic Ibraniyyah??

KESALAHAN NO.2
Tuhan Israel TERPAKSA menjelma jadi makhluk (Theophany / Reincarnation) turun ke dunia ini untuk mendengar permasalahan manusia antaranya :
* Tuhan Israel datang ke Bumi menemui Abraham (Genesis 18:1-10)
* Tuhan Israel turun ke dunia bertemu Yaakub sehingga tewas bertempur dengan Yaakub (Genesis 32:22-32)
* Tuhan Israel turun ke Bumi menjadi api yang menghanguskan menemui Musa pbuh (Exodus 3:2-14)
* Tuhan Israel turun ke Bumi menjelma jadi manusia iaitu Jesus (John 1:1-14 dan Phillipians 2:7)

Dari semua di atas jika kita ikut pemahaman logik bodoh Christian Prince bahawa apabila Tuhan turun ke bumi untuk menemui Utusan-Nya dan menjelma jadi manusia untuk menebus dosa manusia,maka maknanya Tuhan TERPAKSA turun ke bumi untuk selesaikan semua permasalahan/urusan disebabkan Dia tidak mampu berurusan di langit. setuju?

Jika SETUJU,maka Tuhan Israel tidak Maha Kuasa.

Jika TIDAK SETUJU,maka anda akui bahawa Allah turun ke langit dunia seperti di nyatakan dalam Quran bukanlah bermaksud Dia pekak.

CHECKMATE!
Apakah Christian Prince mampu menjelaskannya?? Saya berharap Ruh Kudus mampu memberikan jawapan kepada Christian Prince dan Kristian lain!

KESIMPULAN
Jelas bahawa Allah Azzqa’Wa’Jalla adalah Maha Kuasa dan Maha Mendengar serta Maha Sempurna. Maha Suci Allah dari segala kecacatan dan kelemahan. Cukup jawapan yang saya berikan di atas telah meruntuhkan tuduhan fitnah Christian Prince. Si keldai Christian Prince masih GAGAL membuktikan kesalahan ajaran Islam. Saya memberikan pertaruhan cabaran kepada Christian Prince untuk carikan SATU kesalahan Islam secara mutlak tanpa bantahan hujah ilmiah dari kami. Saya berikan tempoh sehingga Kiamat.

Saya,semua saudara muslim yang lain dan sesiapa yang mengetahui hakikat kebenaran hanya akan mentertawakan Christian Prince dan sesiapa yang menjadi Penggemar Tegar Christian Prince yang bodoh itu.

Islam agama yang benar! Quran TIDAK ADA kesalahan WALAU SEINCI. Yang salah adalah kedegilan missionaries dari mengkaji kebenaran.

KEMBALILAH KE PANGKAL JALAN IAITU ISLAM….SAKSIKAN KEBENARAN ISLAM..

pesan Jesus kepada anda,
“Jikalau kamu tetap dalam sabdaku,kamu benar-benar adalah muridku.dan kamu akan mengetahui kebenaran, dan kebenaran itu akan memerdekakan kamu.”
[John 8:31-32]
– memerdekakan anda dari kekufuran…

pesan Rasullullah Muhammad SAW kepada anda :
“Terimalah kebenaran itu walau ianya pahit..”
[Hadith Sahih Bukhari dan Tirmizi]

Firman Allah Azza’Wa’Jalla :
“Telah datang kebenaran dan lenyaplah kebatilan.Sesungguhnya kebatilan itu sememangnya pasti lenyap.”
[Al-Isra’ 17: 81]

“Tiada tuhan selain Allah,Muhammad dan Eesa Al-Masih adalah Utusan Allah serta Jibrail Sayyid Malak Al-Qhuwaan adalah Ruhul Quddus…”