Blog

  • Menjawab IsadanIslam – “Apakah Allah membenci makan babi atau berzina?”

    Menjawab IsadanIslam – “Apakah Allah membenci makan babi atau berzina?”

    Reading Time: 5 minutes

    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

    Pada 29 Disember 2009,staff IDI telah membuat satu artikel yang bertajuk “Apakah Allah membenci makan babi atau berzina?”. Artikel tersebut boleh lihat disini :
    – https://www.isadanislam.org/etika-islam-kristen/makan-babi-atau-berzinah-yang-mana-lebih-dibenci-allah/

    Saya telah membacanya dan saya mendapati ada perkara yang harus diluruskan dan artikel ini akan meruntuhkan segala tuduhan dalam artikel staff IDI tersebut. Semoga bermanfaat~

    IDI menulis,
    Orang saleh selalu mempertimbangkan perbuatan-perbuatannya agar mereka berkenan kepada Allah. Setiap agama mempunyai larangan-larangan yang harus diperhatikan. Agama lain mengatakan tidak boleh menyalakan api pada hari Sabat. Lagi, ada agama yang melarang merokok. Malahan, ada agama yang melarang makan daging sama sekali. Dalam Islam ada larangan untuk tidak memakan babi dan berzinah. Tetapi pertanyaannya adalah apakah Allah membenci makan babi atau berzinah? Mana yang menyebabkan manusia berdosa?

    Pertanyaan itu membingungkan kami dan menimbulkan pertanyaan yang lain: Mana yang menyebabkan manusia berdosa dan dibenci Allah? Apakah hanya karena makan daging babi menyebabkan orang tersebut dibenci Allah? Atau, berzinah yang menyebabkan manusia berdosa dan dibenci Allah? Pernahkah pertanyaan ini dipikirkan oleh saudara?

    MAB response :
    Pengharaman makan khinzir dan berzina disebabkan perintah Allah dan kami harus patuh. Allah Azza’Wa’Jalla berfirman,
    “Sesungguhnya jawapan orang-orang mukmin apabila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya untuk suatu hukum,mereka akan berikan ucapan “Kami mendengar dan kami patuh” dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.”
    [An-Nuur 24: 51]

    Jadi,setiap apa yang Dia perintahkan,ada hikmah disebalik yang terjadi bukan disebabkan Dia benci. Andaikata Allah benarkan berzina dan semua manusia melakukan demikian sesuka hati sehingga isteri kita boleh berzina dengan lelaki lain,apa akan jadi dengan masyarakat peradaban ketadunan manusia??

    Jika Allah menghalalkan untuk memakan khinzir dan satu masa semua manusia dilanda masalah segala penyakit yang bersumberkan dari khinzir,apakah kita mahu salahkan Tuhan mengapa Dia halalkan makan khinzir dan menuduh Tuhan bahawa Dia tidak tahu bahawa khinzir itu boleh memudharatkan manusia di masa akan datang??

    Dan apa yang Allah perintahkan bukan sahaja ada hikmah disebaliknya tetapi diselitkan ujian terhadap kita apakah kita adalah hamba yang benar-benar bertaqwa Kepada-Nya atau sebaliknya. Jika semua Allah benarkan atas alasan kasih sayang,maka apakah anda setuju bahawa perogol boleh merogol anak perempuan/isteri,adik perempuan kita dan pencuri boleh mencuri hak orang lain atas alasan Allah tidak boleh membenci perbuatan manusia??

    IDI menulis,
    Benarkah, Allah Membenci Makan Babi Atau Berzinah?

    Huraira, pakar Islam yang hidup ratusan tahun yang lalu, pernah menulis bahwa Isa Al Masih akan turun dari surga dan antara lain akan melenyapkan semua babi, karena babi dianggap najis.

    MAB Response :
    Mari kita baca hadith tersebut,
    Diriwayatkan dari Abu Hurairah R.A. Rasulullah saw bersabda,
    “Demi Dia yang menggenggam diriku,sesungguhnya bahawa putra Maryam akan turun di antara kalian (orang-orang Muslim). Dia akan menjadi hakim yang adil bagi manusia dengan berdasarkan Quran dan akan mematahkan salib serta membunuh babi. Dia akan menghapuskan jizyah dan akan mendatangkan kemakmuran sedemikian rupa sehingga tidak akan ada orang yang mahu menerima sedekah.”
    [Sahih Bukhari dan Muslim No.2/190]

    Maksud “membunuh babi” disitu bukan bermakna membunuh secara harfiah kerana disitu ada penjelasan Hijazziyah Mutasyabihah dari Muhammad SAW bahawa Jesus Christ pbuh akan turun untuk kali kedua yang mana salah satu tugasnya ialah menegakkan kembali syariat pengharaman memakan khinzir. Ibn Hajar mengatakan :
    “memerintahkan dilenyapkan babi-babi sebagai maksud menyerlahkan ianya terus haram dimakan. Ini juga membawa erti celaan kepada kristian yang mendakwa sebagai pengikut Nabi Isa kemudian mereka menghalalkan makan babi dan menyukainya.”
    [Fathul Bari 4/414]

    IDI menulis,
    Nabi Besar Isa Al-Masih, walaupun tidak menyinggung masalah babi, pernah mengajar: Apapun dari luar, yang masuk ke dalam seseorang, tidak dapat menajiskannya [karena bukan masuk ke dalam hati tetapi ke dalam perutnya lalu dibuang di jamban], tetapi apa yang keluar dari seseorang, itulah yang menajiskan ….. Apa yang keluar dari seseorang, itulah yang menajiskannya, sebab dari dalam, dari hati orang, timbul segala pikiran jahat, percabulan, pencurian, pembunuhan, perzinahan, keserakahan, kejahatan, kelicikan, hawa nafsu, iri hati, hujat, kesombongan, kebebalan. Semua hal-hal jahat ini timbul dari dalam dan menajiskan orang. (Injil, Markus 7:15-23).

    Kesimpulannya:
    Melalui Firman Isa Al-Masih di atas, bahwa yang menyebabkan manusia berdosa bukan apa yang masuk kedalam manusia melainkan yang keluar dari dalam hati manusia. Dosa keluar dari hati manusia, termasuk dosa perzinahan. Jadi, yang dibenci Allah adalah berzinah karena hal itu timbul dari dalam hati manusia yang kotor dan berdosa.

    MAB Response :
    Matius 15:11 dan Mark 7:15 mengatakan Babi boleh dimakan???..ok baik….Mari kita bercerita secara konteks. Matthew 15:11 (konteks ayat dari 1-20) dan Mark 7:15 (konteks dari ayat 1 hingga 23) tidak bercanggah apa yang Jesus katakan dalam matthew 5:17-20 dan Matthew 19:16-17. Saya ambil konteks dari Isnad Matthew bab 15 yang mana apa yang dikatakan dalam Matthew 15:1-39 menceritakan bahawa orang Judah melebihkan ajaran hukum tuhan sehingga menjadi satu tradisi namun pada masa yang sama mengenepikan hukum ajaran tuhan yang lain.

    Mereka mempertikai bahawa Jesus tidak menyuci tangannya yang kemudiannya Jesus memberi maklum balas,
    “Mengapa kamupun melanggar perintah Allah demi adat istiadat nenek moyangmu?.Sebab Allah berfirman: Hormatilah ayahmu dan ibumu; dan lagi: Siapa yang mengutuki ayahnya atau ibunya pasti dihukum mati.Tetapi kamu berkata: Barangsiapa berkata kepada bapanya atau kepada ibunya: Apa yang ada padaku yang dapat digunakan untuk pemeliharaanmu, sudah digunakan untuk persembahan kepada Allah,orang itu tidak wajib lagi menghormati bapanya atau ibunya. Dengan demikian firman Allah kamu nyatakan tidak berlaku demi adat istiadatmu sendiri.
    [Matius 15:3-6]

    Sebab itu mengapa Jesus mengatakan mereka ini adalah orang munafik seperti yang dinubuatkan dalam kitab Isaiah yang mana bangsa Israel melebihkan ajaran yang menjadi tradisi sesuai dengan mereka kononnya ketaatan ke atas tuhan melalui lisan tetapi hakikatnya menolak ajaran Tuhan yang lain (Matthew 15:7-9).

    Seterusnya Jesus memanggil orang banyak dan berkata kepada mereka:
    “Dengar dan camkanlah: bukan yang masuk ke dalam mulut yang menajiskan orang,melainkan yang keluar dari mulut, itulah yang menajiskan orang.”
    [Matthew 15:10-11]

    Apa mesej Jesus katakan demikian???…sebenarnya apa yang dimakan oleh seseorang individu tidak melibatkan orang lain terkena kotoran dari hasil yang dimakan tapi apa yang dikeluarkan dari mulut (perbicaraan) seperti melaknat,memaki dan mengutuk menjadi kotoran (mengguriskan hati) kepada orang lain.

    Jadi maksud Jesus disitu bukan melibatkan hukum tetapi penjelasan bahawa sesiapa yang makan hasil kotor tidak dibasuh tangan,tidak menyebabkan mudarat kepada orang lain tetapi apa yang keluar dari kata-kata kesat dan keji dari mulut seorang atau sesebuah komuniti itu memberi keburukan orang lain. Jadi,jika dengan gaya bahasa penyampaian tempatan kita,bunyi ayat itu seperti berikut,
    “saya makan tidak cuci tangan,saya yang sakit bukan kamu…saya memaki kamu,yang sakit ialah kamu kerana dissebabkan kutukan/kritikan/makian/kekjian dari saya kepada kamu.”

    Jadi apa kaitan dengan khinzir dalam ayat ini???…apakah pihak gereja mengajar tafsiran ayat tersebut membolehkan makan babi???…TIDAK SAUDARAKU! Tangan saya tidak cuci tangan,kesannya saya sendiri sakit sebab tangan saya sendiri. Jadi itu maksud kata-kata Jesus.

    Babi yang kotor menjadi “rumah segala virus dan penyakit” yang berkeliaran tanpa kawalan melibatkan kemudaratan kepada orang yang memakannya. Makanya mengapa diharamkan oleh tuhan sendiri (Leviticus 11:7-8 dan Deuteronomy 14:8). Sleaku Nabi wa Rasul,apa yang Jesus sampaikan dalam ajaran,tidak bertentangan antara satu sama lain dan dia menggenapi syariat ajaran Musa pbuh agar bani Israel dapat mengikuti ajaran tuhan dengan lebih mudah melalui syariat ajaran Jesus Christ pbuh (Matthew 5:17-20).

    Tanpa anda sedari,anda telah mengikuti ajaran Paul yang mengatakan bahawa segala sesuatu itu halal. Paul berkata dalam rekaan suratnya,
    “Segala sesuatu halal bagiku,tetapi bukan semuanya berguna. Segala sesuatu halal bagiku,tetapi aku tidak membiarkan diriku diperhamba oleh suatu apa pun.”
    [1 Corinthians 6 :12]
    – Jadi jangan kata anda pengikut Jesus Christ pbuh jika apa yang Jesus ajarkan tidak kamu ikuti.

    KESIMPULAN
    Setelah kita meluruskan semua tuduhan IsadaIslam,maka jelaslah bahawa Jesus Christ pbuh sendiri mengharamkan memakan khinzir dan baginda sendiri tidak pernah menghalalkan apa yang telah diharamkan. Jika benar anda adlah pengikut sebenar Jesus Christ pbuh,maka ikutilah seperti apa yang dia ajarkan BUKAN ikuti ajaran gereja.

    Jesus Christ pbuh @ Eesa Al-Masih Alaihissalam adalah seorang muslim dan baginda adalah beragama Islam.

    KEMBALILAH KE PANGKAL JALAN IAITU ISLAM…..SAKSIKAN KEBENARAN ISLAM

    pesan Jesus Christ pbuh,
    “Jikalau kamu tetap dalam sabdaku,kamu benar-benar adalah muridku.dan kamu akan mengetahui kebenaran, dan kebenaran itu akan memerdekakan kamu.”
    [John 8:31-32]
    – memerdekakan anda dari kekufuran…

    pesan Rasullullah Muhammad SAW :
    “Terimalah kebenaran itu walau ianya pahit..”
    [Hadith Sahih Bukhari dan Tirmizi]

    Firman Allah Azza’Wa’Jalla kepada anda :
    “Telah datang kebenaran dan lenyaplah kebatilan.Sesungguhnya kebatilan itu sememangnya pasti lenyap.”
    [Al-Isra’ 17: 81]

    “Tiada tuhan selain Allah,Muhammad dan Eesa Al-Masih adalah Utusan Allah serta Jibrail Sayyid Malak Al-Qhuwaan adalah Ruhul Quddus.”

  • Jesus Christ pbuh seorang hebat dan unik bukti dia adalah tuhan??

    Jesus Christ pbuh seorang hebat dan unik bukti dia adalah tuhan??

    Reading Time: 4 minutes

    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

    Pada 07hb January 2020,saya menerima satu argument dari seorang missionary di Media Sosial Facebook. Dalam argument beliau tersebut,dia memberikan 16 bukti kehebatan dan keunikan Jesus Christ pbuh untuk membuktikan Jesus Christ pbuh adalah tuhan.

    Disini kita akan menjawab semua 16 point dari argument missionary tersebut dengan membuktikan bahawa Jesus Christ pbuh bersama para Nabi lain juga sama hebat. Semoga bermanfaat~

    No.1 – Dalam Kimia
    Jesus mengubah air menjadi anggur (Yohanes 2:6-10 dan Yohanes 4:46).

    Response :
    Moses pbuh jadikan sungai Nil menjadi darah (Exodus 7:19-21) dan jadikan debu tanah menjadi nyamuk (Exodus 8:16-17).

    Kenapa tidak jadikan Moses pbuh sebagai tuhan??

    No.2 – Dalam Biologi
    Jesus lahir tanpa konsepsi normal (Yesaya 7:14 dan Lukas 1:26-37).

    Response :
    Adam dicipta tanpa ibubapa (Genesis 2:7) dan Melkisidek juga tidak beribu bapa (Hebrew 7:3).

    Kenapa tidak jadikan Adam dan Melkisidek sebagai tuhan??

    No.3 – Dalam Fizik
    Jesus tidak menyetujui hukum gravitasi saat dia naik ke syurga (Markus 16:19).

    Response :
    Enoch pbuh juga naik ke langit melawan hukum gravity (Genesis 5:23-24)

    Kenapa tidak jadikan Enoch sebagai tuhan??

    No.4 – Dalam Ekonomi
    Jesus memberi makan 5000 orang dengan dua ikan dan 5 roti (Matius 14:19 dan Yohanes 6:13)

    Response :
    Benar! Jesus Christ pbuh terlalu ekonomi dan kedekut serta tidak mampu bermukjizat sehingga meminta ikan goreng dari orang lain (Luke 24:41-43)

    Tuhan Yang Maha Kuasa dan “Maha Ekonomi” boleh lapar??

    No.5 – Dalam Kedoktoran
    Jesus menyembuhkan orang sakit dan orang buta tanpa memberikan satu dos ubat (Matius 15:30 dan Markus 1:34)

    Response :
    Nabi-nabi Palsu juga boleh melakukan mukjizat sembuhkan semua penyakit seperti KKR @ Mukjizat Penyembuhan tanpa satu dos ubat (Matthew 7:21-24).

    Ramai boleh jadi tuhan..

    No.6 – Dalam Sejarah
    Jesus adalah awal dan akhir (Yohanes 1:1-5 / Wahyu 22:13 dan Wahyu 21:6)

    Response :
    Melkisidek juga Alpha dan Omega (Hebrew 7:3)

    Sepatutnya Kristian harus menuhankan Melkisidek…

    No.7 – Dalam Pemerintahan
    Jesus mengatakan bahawa dia akan disebut sebagai Penasihat Ajaib dan Raja Damai (Yesaya 9:6-7)

    Response :
    – Dimana dalil mengatakan Jesus Christ dipanggil “פֶּלֶאיוֹעֵץ” (Peleyoetz)???
    – Dimana dalil mengatakan Jesus Christ dipanggil “אֲבִי-עַד” (Abi Adh) ???
    – Dimana dalil mengatakan Jesus Christ dipanggil “אֵלגִּבּוֹר” (El Ghibor)???
    – Dimana dalil mengatakan Jesus Christ dipanggil “שַׂר-שָׁלוֹם” (Sar Ha Shalom)??

    Apabila nubuat Hezekiah diseleweng oleh Kristian untuk memaksa Jesus sebagai tuhan…memalukan…

    No.8 – Dalam Agama
    Jesus mengatakan tidak ada yang datang kepada Bapa kecuali melalui Dia (Yohanes 14:4-6)

    Response :
    Solomon pbuh juga kata dirinya adalah jalan kebenaran melalui tuhan,sesiapa yang tidak ikuti maka mendapat kerugian dan mencintai maut (Proverb 8:32-36).

    Kenapa tidak jadikan Solomon pbuh sebagai tuhan??

    No.9 – Dia adalah Yesus! Manusia Terbesar dalam Sejarah.

    Response :
    Belajarlah jadi jujur wahai sahabat Kristianku…Satu Dunia tahu bahawa Rasullullah Muhammad SAW adalah Manusia Terbaik dan Terbesar dalam Sejarah Sepanjang Zaman!

    “My choice of Muhammad to lead the list of the world’s most influential persons may surprise some readers and may be questioned by others, but he was the only man in history who was supremely successful on both the religious and secular level.” – Michael H.Hart
    Sumber :
    – http://www.iupui.edu/~msaiupui/thetop100.html?id=61
    – https://www.youtube.com/watch?v=6IqxqwxwAqE
    – http://www.thepenmagazine.net/the-greatest-person-in-world-history/
    – https://www.thetoptens.com/greatest-men/
    – https://en.wikipedia.org/wiki/The_100:_A_Ranking_of_the_Most_Influential_Persons_in_History

    Kristian menuduh Muhammad SAW sebagai Nabi Palsu berada di tangga ranking No.1. Jesus Christ pbuh yang diangkat sebagai tuhan oleh Kristian berada di tangga ranking keberapa??

    No.10 – Jesus tidak memiliki hamba namun mereka memanggilnya Tuan.

    Response :
    Moses pbuh juga tidak memiliki hamba tapi dia dipanggil tuan (Exodus.32:22 / Number.11:28 / Number 12:11 / Number 32:26-27 dan Number 36:2)

    aneh! kenapa Moses pbuh tidak dijadikan tuhan??

    No.11 – Yesus tidak ada gelaran namun mereka memanggilnya Guru.

    Response :
    Para Nabi juga dipanggil guru,rabbi dan tuan (1 Kings 18:7 / 1 Kings 18:13 / 2 Kings 2:19 / 2 Kings 4:16 / 2 Kings 4:28 / 2 Kings 6:5 dan 2 Kings 8:5).

    Mengapa Kristian tidak anggap mereka semua (para Nabi) sebagai tuhan??

    No.12 – Tidak ada ubat-ubatan namun mereka memanggil Yesus sebagai Penyembuh.

    Response :
    Paul juga dipanggil sebagai Penyembuh (Acts 19:12-17).

    Apakah Paul juga adalah tuhan??

    No.13 – Yesus tidak memiliki tentera namun raja takut akan Dia.

    Response :
    Raja Saul juga takut kepada Daud pbuh (1 Samuel 18:6-29).

    Kristian tidak sudi jadikan Daud pbuh sebagai tuhan??

    No.14 – Yesus tidak pernah memenangi pertempuran militer namun Dia menaklukkan dunia.

    Response :
    Sepanjang Jesus Christ pbuh hidup,Jerussalem saja tidak pernah dia takluki. Dalam jihad pun,dia hanya mampu beli dua pedang melalui penjualan jubah (Luke 22:34-38).

    Tuhan Kristian sangat lemah??

    No.15 – Jesus tidak melakukan kejahatan namun mereka menyalibkan Dia.

    Response :
    orang Judah Israel mengatakan bahawa Jesus bersalah kerana mengaku dirinya anak tuhan (John 19:7) dan keturunan zina (John 8:40-41).

    Judah Israel menuduh “tuhan Kristian” itu bersalah tapi Judah Israel tetap masih diangkat sebagai bangsa mulia….aneh!

    No.16 – Yesus dimakamkan di sebuah makam namun dia masih hidup hari ini.

    Response :
    Enoch pbuh tidak mempunyai makam dan dia juga sehingga kini belum mati bahkan di angkat ke syurga (Genesis 5:23-24). Elia pbuh juga tidak mempunyai makam dan sehinga kini Elia pbuh belum mati yang mana dia juga di angkat ke syurga (2 Kings 2:9-11).

    Mengapa tidak jadikan Enoch dan Elia adalah tuhan??

    KESIMPULAN
    Setelah kita lihat diatas,maka jelas bahawa ramai dari kalangan Para Nabi dan Wiseman memiliki kehebatan dan keunikan yang hebat selain Jesus Christ pbuh. Maka sesungguhnya Jesus Christ pbuh merupakan manusia yang dilantik menjadi Nabi dan dia BUKAN Tuhan!

    pesan Jesus Christ pbuh kepada anda :
    “Jikalau kamu tetap dalam sabdaku,kamu benar-benar adalah muridku.dan kamu akan mengetahui kebenaran, dan kebenaran itu akan memerdekakan kamu.”
    [John 8:31-32]
    – memerdekakan anda dari kekufuran…

    pesan Rasullullah Muhammad SAW kepada anda :
    “Terimalah kebenaran itu walau ianya pahit..”
    [Hadith Sahih Bukhari dan Tirmizi]

    “Dan katakanlah: yang benar telah datang dan yang batil pasti akan lenyap, sungguh yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap”.
    [Al-Israa’ 17:81]

    Tiada Tuhan selain Allah,Jesus dan Muhammad adalah Utusan Allah serta Jibrail Sayyid Malak Al-Qhuwwaan adlaah Ruhul Quddus.

  • Menjawab IsadanIslam : “Kematian Isa Al-Masih Menurut Pakar Muslim.”

    Menjawab IsadanIslam : “Kematian Isa Al-Masih Menurut Pakar Muslim.”

    Reading Time: 14 minutes

    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

    Pada 25 January 2016,staff IDI telah membuat satu artikel yang bertajuk “Kematian Isa Al-Masih Menurut Pakar Muslim”. Artikel tersebut boleh lihat disini :
    – https://www.isadanislam.org/kepercayaan-orang-islam/penyaliban-isa-al-masih-menurut-pakar-islam/

    Setelah saya membacanya,staff IDI telah membuat satu penipuan dan disini kita akan jawab artikel IDI sekaligus meruntuhkan fitnah IDI tersebut. Semoga bermanfaat!

    IDI menulis,
    Antara Islam dan Kristen terjadi perbedaan pandangan soal kematian Isa Al-Masih. Qs 4:157 seolah-olah menolak penyaliban Isa Al-Masih. Tapi benarkah Al-Quran menolak penyaliban-Nya? Dengan memahami ayat Al-Quran dan pendapat ulama-ulama Islam kita akan mengetahui kebenaran penyaliban Isa Al-Masih.

    MAB response :
    Keterangan dalam Quran surah An-Nisa 4:157 bukan lagi seolah-olah tetapi ianya merupakan dalil jelas penafian bahawa Jesus Christ pbuh disalib dan dibunuh dan kenyataan itu adalah sangat benar yang mana nubuat ayat dalam Bible anda sendiri menyokong ayat An-Nisa 4:157. Berikut saya berikan :

    Dalam Psalm 22:2-21,Proverb 21:18,Psalm 37:28. Mari kita baca ayatnya :
    “Orang fasik dipakai sebagai tebusan bagi orang benar dan pengkhianat sebagai ganti orang jujur.”
    [Proverbs 21:18]

    dikuatkan lagi dengan ayat :
    “sebab TUHAN mencintai hukum, dan Ia tidak meninggalkan orang-orang yang dikasihi-Nya. Sampai selama-lamanya mereka akan terpelihara, tetapi anak cucu orang-orang fasik akan dilenyapkan.”
    [Psalm 37:28]
    – Syntesis principle Psalm 22:2-21

    “Kira-kira jam tiga berserulah Yesus dengan suara nyaring: “Eli, Eli, lama sabakhtani?”* Artinya: /Allah-Ku, Allah-Ku, mengapa Engkau meninggalkan Aku?”
    [Matthew 27:46]

    Jelas disitu mengatakan “Orang fasik dipakai sebagai tebusan bagi orang benar dan pengkhianat sebagai ganti orang jujur”…ini bermakna bahawa nubuat penyaliban adalah gagal kerana Tuhan tidak akan tinggalkan orang yang dikasihinya dalam Psalam 37:28 (Jesus dikasihi dalam John 3:16). Jadi point untuk mengatakan Judas Iskariot Si Pengkhianat adalah disalib kerana dia tidak diberkati kasihi..Jadi,pilihlah :
    – Jika anda yakini yang disalibkan adalah Jesus,maknanya nubuat penyaliban dalam Psalm 37:28 bercanggah dengan Matthew 27:46

    – Jika anda ragu2 mengenai penyaliban Jesus dan tahu hakikat Judas Iskariot,maknanya Psalm 37:28 serasi dengan Matthew 27:46 ditambah lagi sokongan dalam Proverb 21:18

    Jadi yang merasakan kesakitan disiksa oleh tentera Rum adalah “Orang yang diserupakan” (Judas Iskariot) kerana Jesus Christ pbuh telah diangkat oleh Allah sebelum ditangkap oleh tentera Rum.

    Bahkan Allah selamatkan Jesus Christ pbuh dalam penyaliban juga telah dinubuatkan dalam Psalm 20:6 dan 1 Chronicles 16:22 serta Psalm 91:1-16.

    IDI menulis,
    Pakar Muslim: Isa Disalib
    Al-Quran menuliskan,“…”Sesungguhnya … mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dengan ‘Isa bagi mereka …” (Qs 4:157).

    Memang benar, bukan mereka (orang-orang Yahudi itu), melainkan prajurit-prajurit Romawilah yang menyalibkan Isa.

    MAB response :
    benar! tentera Rum yang telah menyalib Jesus Christ pbuh tetapi atas permintaan Rabbi-rabbi Judah (Matthew 26:3-4 / Mark 11:18 / Mark 12:12 / Mark 14:1 dan John 11:53-57 Syntesis Principle : John 7:19 / John 7:44 dan John 8:37-40).

    IDI menulis,
    Ulama Muslim, Dr. Kamel Hussein menegaskan
    “Gagasan penggantian Kristus [Isa Al-Masih] adalah cara yang sangat kasar dalam menjelaskan teks Al-Quran. Teori ini menimbulkan banyak pertanyaan. Sekarang ini tidak ada Muslim yang berbudaya percaya teori ini.”

    Dr.Mahmoud Ayoub, pakar Muslim lainnya mengakui,
    “Teori penggantian tidak tepat, apapun bentuk atau tujuannya … teori ini mengolok-olok keadilan ilahi dan perjanjian Tuhan dengan manusia sejak dulu.”

    MAB response :
    01 – Benar! Dr.Kamel Hussien ada menyatakan demikian namun anda tidak terus baca ayat seterusnya. Mari kita berikan apa pandangan Dr.Kamel Hussien tentang kejadian Crucifixion :
    “the meaning of the crucifixion is not dependent on what actually happened. The City of Wrong is Jerussalem which stands for all humankind. The events of Good Friday ilustrate what happens when people sin against their conscience. The Bbook ends with the words : “He was the light of God upon the earth. The people of Jerussalem would have nothing to do with him except to extinguish the light. Whereupon God has darkened the world around them.”
    Sumber :
    – https://www.goodreads.com/en/book/show/967006.City_of_Wrong
    – https://scholar.csl.edu/cgi/viewcontent.cgi?article=1098&context=mdiv

    Jadi berdasarkan kenyataan beliau tersebut,dapat kita simpulkan bahawa Dr.Kamel Hussien menolak fakta penggantian Jesus Christ pbuh dalam penyaliban adalah kerana pandangan beliau (Dr.Kamel Hussien) dalam konsep Penyaliban Jesus Christ pbuh itu hanya merupakan metaphor BUKAN kerana kejadian penyaliban itu terjadi secara realiti wujud. Jadi kenyataan dari pandangan Dr.Kamel Hussien ini juga menyangkal hujah anda.

    02 – Dr.Mahmoud Ayoub tidak mengatakan seperti yang anda kutip itu tetapi Dr.Mahmoud Ayoub katakan seperti berikut :
    “The Qur’an is not here speaking about a man, righteous and wronged though he may be, but about the Word of God who was sent to earth and returned to God. Thus the denial of killing of Jesus is a denial of the power of men to vanquish and destroy the divine Word, which is for ever victorious.”
    [The death of Jesus: Reality or Delusion. Muslim World 70 (1980) page 91–121]

    Lihat rangkap ayat dari kenyataan Dr.Mahmoud Ayoub “Thus the denial of killing of Jesus is a denial of the power of men to vanquish and destroy the divine Word, which is for ever victorious”. Jadi maknanya,Dr.Mahmoud Ayyoub sendiri akui bahawa keangkatan Jesus Christ ke langit adalah satu penafian bahawa Jesus Christ pbuh dibunuh dan mati di tangan manusia.

    Dan saya memahami,ada satu kenyataan kontroversi dari Dr.Mahmoud Ayyoub yang mengatakan bahawa :
    “The Quran does not deny the death of Christ. Rather it challenges human beings who in their folly have deluded themselves into believing that they would vanquish the divine Word, Jesus the messenger of God. The death of Christ is asserted several times and in various contexts,see for example Quran 3:55,Quran 5:117 and Quran 19:33.”
    [Towards an Islamic Christology II – The Muslim World Vol.LXX April 1980 page 106]

    Setelah diteliti kenyataan dari Dr.Mahmoud Ayyoub ini,dapat kita fahami bahawa maksud Dr.Mahmoud Ayyoub ini adalah merujuk kematian Jesus Christ pbuh selepas kedatangannya kali kedua ke dunia ini. Ini kerana dia memetik ayat Quran Surah Ali-Imran 3:55,surah Al-Maidah 5:117 dan Maryam 19:33 yang mana ketiga-tiga ayat tersebut merujuk kematian setelah datangnya Jesus di dunia ini kali kedua. Ya benar! Quran dan muslim akui bahawa Jesus Christ pbuh juga akan wafat setelah baginda (Jesus) datang ke dunia ini untuk kali kedua yang mana baginda akan wafat setelah dia :
    * membunuh Al-Masihu’Dajjal @ Anti-Christ
    * memberitahu bahawa dia bukan tuhan (mematahkan Salib) dan menghapuskan semua agama kecuali Islam.
    * menegakkan kembali syariat Muhammad SAW (Membunuh khinzir)
    * Memerintah dunia sehingga menjadi hakim yang adil.

    Berikut Hadith Muhammad SAW menerangkan bahawa Jesus Christ pbuh juga akan wafat setelah misinya kali kedua di dunia ini selesai :
    Dari ‘Abdullah bin ‘Amr, ia berkata bahwa Rasulullah Muhammad Sallalahu’Alaihi’Wassalam bersabda,
    “Pada masa beliau,Allah akan membinasakan semua agama selain Islam,Isa akan membunuh Dajjal dan beliau akan tinggal di muka bumi selama empat puluh tahun. Setelah itu dia wafat dan kaum muslimin mensolati jenazahnya.”
    [Sahih Abu Dawud No.4324 dan Ahmad No.2/437]

    IDI menulis,
    Al-Quran: Isa Al-Masih Wafat
    Namun, ayat Al-Quran lainnya menegaskan “… Allah berfirman: “Hai Isa, sesungguhnya Aku akan menyampaikan kamu kepada akhir ajalmu …“ (Qs 3:55).

    Fakhruddin Razi, ulama Muslim, mengakui bahwa kematian fisik Isa Al-Masih secara harafiah adalah tafsir yang benar.

    Penafsir Muslim awal-awal, Al-Tabari menulis: “‘Meninggal'(wafat) berarti kematian yang sungguh, secara harafiah, yaitu,‘Aku menyebabkan engkau mati secara harfiah.’”

    Yang membingungkan ialah, mengapa kedua ayat Al-Quran itu nampaknya bertentangan soal penyaliban Isa Al-Masih.

    MAB response :
    01 – Kebenaran tidak menghalalkan cara,mohon jangan menipu dalam tegakkan kebenaran. Apabila dikaji,tidak ditemui kenyataan dari Fakhruddin Ar-Razi dan At-Tabari mengenai tafseer kalimat “wafat” dalam Ali-Imran 3:55 dari mereka…Boleh rujuk sumber kitab mereka disini :

    kitab Fakhruddin Ar-Razi :
    – https://www.amazon.com/Great-Exegesis-al-Tafsir-al-Kabir-Fatiha/dp/191114121X
    – https://www.amazon.com/Mafatih-Al-Ghayb-Arabic-Al-Din-Muhammad/dp/1374209937

    kitab At-Tabari :
    – http://cici.roha.almat.pw/LWdbde68_UXO3/
    – https://www.amazon.com/al-Bayan-Tawil-al-Quran-Tafsir-al-Tabari/dp/6144164103
    – https://www.amazon.com/At-Tabari-Interpretation-Arabic-13-Books/dp/2745128477

    Jika benar kenyataan mereka itu wujud,mengapa tidak tunjukkan sumber nota kaki??

    02 – Majoriti Exegess Islam (Ijma’ Ulama) mengatakan kalimat “wafat” dalam Quran surah Ali-Imran 3:55 merujuk “rehat” kerana disitu ada tanda muqaddam wa muakhkhar.
    Sumber :
    – https://quranx.com/tafsirs/3.55

    Kalimat “wafat” memiliki beberapa maksud antaranya ialah tidur atau rehat. Ini sama halnya dengan ayat dalam surah Al-Anam 6:60 dan Az-Zumar 39:42 yang mana menggunakan kalimat yang sama iaitu “yatawaffa” dan “mutawaffika” yang memberi maksud “tidur’ atau “rehat”.

    Apa yang Quran dan Hadith ingin sampaikan secara ringkas adalah seperti berikut :
    Jesus di angkat ke langit diselamatkan oleh Allah dari penyaliban (An-Nisa 4:157-158) dan Allah merehatkan Jesus dalam jangka masa tertentu (Ali-Imran 3:55) sehingga tibanya waktu Yaumul Qiyamah Al-Akhbar. Kini,Jesus Christ @ Eesa Al-Masih Alaihissalam berada di Bayt Al-Fadiun BUKAN disyurga (Hadith Sahih Bukhari No.349 / Muslim No.259). Sampai masa,Allah jadikan Jesus sebagai tanda Yaumul-Qiyamah Al-Akhbar dengan menurunkan Jesus kali ke2 (Az-Zhukruf 43:57-63). Setelah Jesus membunuh Al-Masihu’Dajjal (Anti-Christ),menjelaskan dia bukan tuhan (“mematahkan salib”),menghapuskan semua agama kecuali Islam dan adili dunia dengan makmur dengan tegakkan syariat Muhammad kembali selama 40 tahun,kemudian dia akan wafat dan dimakamkan (Sahih Abu Dawud No.4324 dan Ahmad No.2/437).

    03 – Sekarang giliran saya “putar meja” kepada Isa dan Islam….anda beriman bahawa Jesus Christ pbuh mati disalib kemudian bangkit semula pada 3 hari kemudian. Exegess Christianity sendiri akui bahawa penyaliban dan kematian Jesus amat diragui kesahihannya,berikut saya berikan dua di antaranya:

    Mark Burton
    “There is no reference to Jesus’ death as a crucifixion in the pre-Markan Jesus material.”
    [Who Wrote the New Testament? page 87]

    Robert Walter Funk
    “The author of Mark, the earliest of the narrative gospels, was not an eyewitness: he is reporting information conveyed to him by a third person or persons, who themselves were quite possible not eye-witnesses.”
    [The Jesus Seminar: The Acts of Jesus, page 4]

    satu soalan untuk Isa dan Islam :
    Jika benar Jesus Christ mati disalib,siapakah orang pertama yang datang ke makam Jesus???
    (A) Mark 16:5 – Seorang pemuda
    (B) Matthew 28:5 – Satu malaikat
    (C) Luke 24:4 – Dua orang lelaki
    (D) John 20:12 – Dua malaikat

    IDI menulis,
    Kesaksian Para Saksi Mata
    Kesaksian paling sahih ialah para murid Isa Al-Masih, seperti Yohanes yang hadir saat penyaliban-Nya (Injil, Rasul Besar Yohanes 19:26).

    Injil Allah mencatat,“… prajurit-prajurit itu menyalibkan Yesus, …”(Injil, Rasul Besar Yohanes 19:23). Injil ditulis sekitar tahun 90 masehi, dekat dengan peristiwa penyaliban itu, tahun 33 masehi.

    MAB response :
    Dalam Bible anda,hanya Peter sahaja yang menyaksikan kejadian Jesus ditangkap sehingga penyaliban yang mana selebihnya (anak-anak murid Jesus) melarikan diri dalam Matthew 26:56 (sila baca Context dari ayat 34 hingga 75). Ini dikuatkan lagi dalam ayat 65 hingga 75 yang mana hanya Peter berada disitu sehingga tergenapnya penyangkalan terhadap Jesus sebanyak tiga kali (3x) sebelum ayam berkokok (Tidak termasuk Judas Iskariot yang telah memasuki Taman Getsamani setelah mengkhianati Jesus Christ). Dan ini dikuatkan lagi oleh kata-kata Bible Scholar – F.F Bruce yang menyatakan seperti berikut :
    “The docetic note in this narrative appears in the statement that Jesus, while being crucified, ‘remained silent, as though he felt no pain’, and in the account of his death. It carefully avoids saying that he died, preferring to say that he ‘was taken up’, as though he – or at least his soul or spiritual self – was ‘assumed’ direct from the cross to the presence of God. Then the cry of dereliction is reproduced in a form which suggests that, at that moment, his divine power left the bodily shell in which it had taken up temporary residence.”
    [Jesus and Christian Origins Outside the New Testament page 93]

    untuk lebih terperinci kenyataan tersebut,sila rujuk disini :
    – http://www.earlychristianwritings.com/gospelpeter.html

    Memandangkan Kristian mengatakan ramai orang yang melihat saksi penyaliban tersebut termasuk penulis Bible,maka saya kemusykilan disini…mohon dua (02) soalan saya ini dijawab :
    – Pada waktu jam bila Jesus Christ pbuh disalibkan?
    (A) Mark 15:25 mengatakan jam 9 pagi (tiga (03) jam dari jam 6)
    (B) John 19:14-16 mengatakan jam 12 tengah hari (enam (06) jam dari jam 6)

    mana satu waktu penyaliban yang sebenarnya dilakukan???

    – Apa kata-kata terakhir Jesus Christ sebelum wafat ditiang salib?
    (A) Mark 15:37 dan Matthew 27:50
    “Lalu berserulah Yesus dengan suara nyaring dan menyerahkan nyawa-Nya.”
    (B) Luke 23:46
    “Ya Bapa,ke dalam tangan-Mu kuserahkan nyawaku.”
    (C) John 19:30
    “Sudah selesai.”

    Jadi mana satu kata-kata terakhir Jesus yang sebenar??

    Nampaknya anda akui bahawa Injeel of John ditulis pada 90 Masihi dan ini sekaligus membuktikan bahawa anak murid Jesus tidak menulis ketika kejadian berlaku di hadapan mata. Ditambahkan lagi bahawa cerita-cerita dalam Injeel hanyalah catatan-catan hasil kahabar cerita dari orang lain (Luke 1:1-3).

    IDI menulis,
    Berkat Penyaliban Isa Al-Masih Bagi Manusia
    Isa Al-Masih bersabda, “Sebab inilah darah-Ku, darah perjanjian, yang ditumpahkan bagi banyak orang untuk pengampunan dosa (Injil Rasul Besar Matius 26:28).

    MAB response :
    Memandangkan anda usulkan ayat serangkap Matthew 26:28 tanpa mengetahui konteks dalam kronology sebenar,maka saya akan jelaskan secara kronology dalam konteks dan syntesis priciple kepada ayat tersebut.

    Jesus sebelumnya telah mengetahui akan rencana Judah untuk menangkap dan membunuhnya. Hal tersebut telah diucapkannya dengan menubuatkan Judas yang akan menyerahkannya yang hal yang menjadi sorotan adalah bahawa Jesus tidak ingin hanya sekadar duduk dan menunggu ditangkap oleh orang Judah. Dia menyiapkan strategi dengan Hawariyyunnya akan adanya pemberontakan dan persiapan dengan senjata adalah amat diperlukan.

    “Lalu Ia berkata kepada mereka: “Ketika Aku mengutus kamu dengan tiada membawa pundi-pundi, bekal dan kasut, adakah kamu kekurangan apa-apa?”Jawab mereka: “Suatu pun tidak.” Kata-Nya kepada mereka: “Tetapi sekarang ini, siapa yang mempunyai pundi-pundi, hendaklah ia membawanya, demikian juga yang mempunyai bekal; dan siapa yang tidak mempunyainya hendaklah ia menjual jubahnya dan membeli pedang.”
    [Luke 22:35-36]

    Ayat ini adalah penjelasan persiapan untuk perang,untuk melakukan Jihad Qital!. Murid-muridnya telah siap bersenjata,mereka telah memiliki gambaran hal yang akan terjadi selanjutnya. Mereka tidak akan menyerah begitu saja dijadikan hamba kaum Judah dan Rum tanpa adanya perjuangan mempertahankan kebenaran.

    Kata mereka: “Tuan, ini dua pedang.” Jawab-Nya: “Sudah cukup.”
    [Luke 22:38]

    Senjata telah siap,pertempuran akan dilakukan. Orang Kristian telah salah menafsirkan bahawa pedang yang dimaksudkan Jesus adalah Pertentangan. Namun jika yang dimaksud tersebut adalah Pertentangan,lalu jubah apa yang dimaksud Jesus untuk dijual???…apakah Jubah kiasan??? Apa pula maksud dari dua pedang yang telah murid-muridnya siapkan??? Dan yang terpenting, “pedang kiasan” @ Pertentangan tentu tidak akan dapat memutuskan telinga seorang hamba Imam Besar (John 18:10 / Luke 22:49-50 / Matthew 26:51 dan Mark 14:47).

    Jesus memohon doa,
    “Maka sampailah Yesus bersama-sama murid-murid-Nya ke suatu tempat yang bernama Getsemani. Lalu Ia berkata kepada murid-murid-Nya: “Duduklah di sini, sementara Aku pergi ke sana untuk berdoa.”
    [Matthew 26:36]

    Dia menempatkan murid-muridnya secara teratur pada pintu masuk kebun untuk mengelak dari situasi buruk yang mungkin terjadi.

    “Dan Ia membawa Petrus dan kedua anak Zebedeus serta-Nya. Maka mulailah Ia merasa sedih dan gentar,lalu kata-Nya kepada mereka: “Hati-Ku sangat sedih, seperti mau mati rasanya. Tinggallah di sini dan berjaga-jagalah dengan Aku.Maka Ia maju sedikit, lalu sujud dan berdoa, kata-Nya: “Ya Bapa-Ku, jikalau sekiranya mungkin, biarlah cawan ini lalu dari pada-Ku, tetapi janganlah seperti yang Kukehendaki, melainkan seperti yang Engkau kehendaki.”
    [Matthew 26:37-39]

    Dia menempatkan lapan orang pada pintu masuk dan sekarang ketiga murid lainnya yang bersemangat,penuh bersenjata dengan pedang lainnya untuk menunggu,mengawasi dan menjaga Jesus yang sedang berdoa.

    Doa Jesus dalam Matthew 26:39 menjelaskan bentuk permohonan agar dibebaskan dari cawan kematian. Maksud “cawan” dalam ayat tersebut bermaksud kematian yang mana orang Judah ingin membuktikan bahawa Jesus adalah Al-Masih Palsu dengan cara menyalibnya,penyaliban itulah hukumannya. Sehingga dengan kata lain maksudnya kematian dalam penyaliban. Jadi,Jesus berdoa agar bebas dari kematian dalam penyaliban.

    Dari doa Jesus diatas,sudah menunjukkan fakta TERANG JELAS kepada kita :
    01 – Jesus tidak mati dikayu salib.
    02 – Jesus tidak datang untuk penebusan dosa melalui penyaliban.

    Kristian biasanya anggap ayat Mark 10:45 dan Matthew 20:28 sebagai penebusan dosa :
    “Karena Anak Manusia juga datang bukan untuk dilayani, melainkan untuk melayani dan untuk memberikan nyawa-Nya menjadi tebusan bagi banyak orang.”
    [Mark 10:45]

    “Sama seperti Anak Manusia datang bukan untuk dilayani, melainkan untuk melayani dan untuk memberikan nyawa-Nya menjadi tebusan bagi banyak orang.”
    [Matthew 20:28]

    Untuk memahami dua ayat ini kita harus melihat kisah penyaliban Jesus mulai dari awal sampai akhir. Jika dilihat dari penceritaan yang disajikan dalam seluruh Bible,maka kita akan tahu bahawa Jesus sama sekali tidak rela untuk dibunuh,bahkan Jesus berusaha melawan,membeli pedang,berjaga,berdoa meminta keselamatan dan melakukan pembelaan dipengadilan….Maka itu sudah membuktikan bahawa Jesus tidak mengajarkan penebusan dosa dengan menjadikan dirinya sebagai tumbal penebus dosa seluruh pengikutnya dengan cara penyaliban….

    Bahkan Matthew 20:28 bercanggah dengan Matthew 26:24 :
    “Anak Manusia memang akan pergi sesuai dengan yang ada tertulis tentang Dia, akan tetapi celakalah orang yang olehnya Anak Manusia itu diserahkan. Adalah lebih baik bagi orang itu sekiranya ia tidak dilahirkan.”
    [Matthew 26;24]
    – Jika benar Jesus Christ pbuh datang ke dunia untuk menebus dosa manusia,mengapa dia melaknat orang yang menyerahkannya (Judas Iskariot)??

    Maksud “Tebusan” dalam ayat Mark 10:45 dan Matthew 20:28 bermakna sebagaimana tugas seorang Rasul dengan memberikan pengajaran bagi umat manusia agar bagi yang mau mengikuti baginda,maka dosa-dosanya akan ditebus dengan iman yang mereka amalkan. Dengan kata lain,bagi umat yang ingin mengikuti ajaran Rasul,maka mereka akan diampuni dosanya atau ditebus dosanya dan semua Rasul juga bertugas demikian.
    “Akulah gembala yang baik. Gembala yang baik memberikan nyawanya bagi domba-dombanya;”
    [John 10:11]

    Jesus mengaku sebagai gembala yang baik yang rela memberikan nyawanya bagi domba-dombanya. Hal ini berhubungan dengan tugas Nubuwwahnya. Ini kerana dari awal tentu Jesus pasti mengetahui kalau dalam tugas kenabiannya di dunia,baginda akan berhadapan dengan mara bahaya yang mungkin akan meragut nyawanya.

    Tapi apapun demikian,Jesus tetap menjalankan tugas dari Allah untuk mengajarkan jalan kebaikan kepada orang-orang Israel. Maka dari sini kita akan temukan keterangan dengan ayat diatas dan dari sini juga kita akan tahu bahawa Jesus memang rela mati demi domba-dombanya dengan terus menjalankan ajarannya kepada umat Israel tanpa menyerah.

    “Bapa mengasihi Aku,oleh karena Aku memberikan nyawa-Ku untuk menerimanya kembali.”
    [John 10:17]

    Ayat diatas mempunyai hubung kait dengan ayat Matthew 26:38-39. Dari doanya,kita boleh mengetahui bahawa disana Jesus memang menyerahkan nyawanya kepada Allah dan tabah dengan ketetapan Allah bagi dirinya. Maka rangkap ayat “Menyerahkan Nyawaku” yang dimasudkan oleh Jesus disini adalah Tawakal kepada Sunnatullah.

    “Sebab inilah darah-Ku, darah perjanjian, yang ditumpahkan bagi banyak orang untuk pengampunan dosa.”
    [Matthew 26:28]

    “Barangsiapa makan daging-Ku dan minum darah-Ku, ia mempunyai hidup yang kekal dan Aku akan membangkitkan dia pada akhir zaman.Sebab daging-Ku adalah benar-benar makanan dan darah-Ku adalah benar-benar minuman.Barangsiapa makan daging-Ku dan minum darah-Ku, ia tinggal di dalam Aku dan Aku di dalam dia.Sama seperti Bapa yang hidup mengutus Aku dan Aku hidup oleh Bapa, demikian juga barangsiapa yang memakan Aku, akan hidup oleh Aku.Inilah roti yang telah turun dari sorga, bukan roti seperti yang dimakan nenek moyangmu dan mereka telah mati. Barangsiapa makan roti ini, ia akan hidup selama-lamanya.”
    [John 6:54-58]

    Maksud “Daging dan Darah” pada ayat diatas adalah bermakna “Ajaran dan Didikan” yang telah disampaikan oleh Jesus kepada para pengikutnya seramai 72 orang. Ajaran dari Allah yang diperuntukan untuk umat manusia yang telah disampaikan melalui Jesus tersebut memang akan “ditumpahkan” bagi banyak orang agar sesiapa yang ingin “Memakannya dan Meminumnya” akan memperoleh hidup yang kekal di syurga.

    Memang seorang Nabi adalah jalan kebenaran,keselamatan dan hidup bagi umat manusia yang di utuskan kenabian untuknya (Syntesis Principle John 14:6 dengan John 5:19-47) agar manusia-manusia yg tersesat dari jalan Allah (berdosa) kembali mendapatkan petunjuk dari para Nabi dan memperoleh ganjaran syurga. Dan maksud “Memakan dan Meminum” pada ayat diatas bermaksud “Mengimani dan Mengamalkannya” memang sudah sepatutnya bagi seseorang yang telah beriman kepada para Nabi,ia akan memperoleh hidup yg kekal di syurga.

    Mempercayai seorang utusan sama halnya mempercayai Tuhan yang mengutus. Menghormati seorang utusan sama halnya menghormati Dia yang mengutus. Tetapi sesiapa yang menyangkal seorang utusan,maka pasti tidak akan memperoleh kehidupan di syurga sebab itu sama halnya mereka telah ingkar risalah-risalah Rasul yang telah disampaikan kepadanya. Jadi dari sini kita akan tahu makna penumpahan darah Jesus adalah hanya mengajarkan ajaran yang berasal dari Allah kepada para pengikutnya.

    “Sebab segala firman yang Engkau sampaikan kepada-Ku telah Kusampaikan kepada mereka dan mereka telah menerimanya. Mereka tahu benar-benar, bahwa Aku datang dari pada-Mu, dan mereka percaya, bahwa Engkaulah yang telah mengutus Aku.”
    [John 17:8]

    “Tetapi barangsiapa menyangkal Aku di depan manusia, Aku juga akan menyangkalnya di depan Bapa-Ku yang di sorga.”
    [Matthew 10:33]

    Dengan demikian,GUGURLAH HARAPAN KRISTIAN yang berangan-angan dosanya ditebus dan masuk syurga oleh ISU KEMATIAN JESUS DI TIANG SALIB. Jesus tidak pernah mengajarkan kepada pengikutnya dalam penghapusan dosa dengan kematiannya ditiang salib.

    Doa Jesus yang meminta keselamatan juga dinubuatkan dalam Psalm 22:20-21. Jesus telah berdoa penuh dengan hikmat dalam mengharapkan pertolongan Allah. Jika anda bertanya,apakah doa Jesus telah dikabulkan???. Nukilan Paul sendiri dalam Hebrew 5:7 telah menjawabnya :

    “Dalam hidupNya sebagai manusia, Ia telah mempersembahkan doa dan permohonan dengan ratap tangis dan keluhan kepada DIA, yang sanggup menyelamatkanNya dari maut, dan karena kesalehanNya Ia telah didengarkan.”
    [Hebrew 5:7]
    – Ayat ini telah cukup menjelaskan bahawa doa Jesus dikabulkan oleh Allah yang mana Jesus berdoa penuh dengan tangisan dan keluhan untuk diselamatkan dari maut.

    IDI menulis,
    Mengapa perlu pengampunan Isa Al-Masih? Sebab syarat masuk sorga ialah suci 100% atau tidak berdosa satu pun,bukannya kebaikan 51% ke atas.Tapi kebaikan kita tidak mencapai 100%, maka tidak layak masuk sorga, melainkan pasti ke neraka.

    Karena itulah Isa Al-Masih rela mati di salib guna memberikan pengampunan dosa dan hidup kekal kepada setiap orang yang percaya kepada-Nya. Pengampunan dan kehidupan kekal itu ditawarkan kepada semua orang, termasuk para Muslim.

    MAB response :
    Benar! saya sangat setuju kenyataan anda bahawa masuk syurga harus suci dari dosa namun anda harus ingat bahawa Rahmat Allah itu penentu seseorang itu masuk syurga. Dengan Rahmat-Nya,orang itu akan masuk syurga walau hanya secebis iman Tawhid di dalam qalbnya. Dengan Rahmat-Nya,Dia ampunkan dosa walau seluas mana pun besar dosanya dengan syarat tidak mensyirikkan Allah dan ini juga termaktub dalam Ezekiel 34:1-24 / Mark 12:29 / Matthew 19:16-21 / Luke 18:19-22 dan Mark 10:18-21.

    Jadi jelas jalan keselamatan dalam Bible ialah :
    01 – Mentauhidkan Allah
    02 – Ikuti perintah Allah iaitu :
    +Jangan membunuh
    +Jangan berzina
    +Jangan mencuri
    +Jangan bersumpah dusta
    +Taati ibubapa
    +Kasihi sesama manusia
    +berzakat / bersedekah
    +Ikuti sunnah Jesus Christ

    cukup dengan ini,maka pasti akan masuk syurga. Saya kuatkan lagi hujah dari Bible sendiri yang mana Jesus sendiri menyokong hujah fakta muslim bahkan baginda (Jesus) sendiri dan Hawariyyun adalah muslim dalam Luke 6:40. “Islam / משלם” ada disebut dalam Luke 23:46,Psalm 37:21,Proverbs 22:27,Job 41:3 dan Isaiah 60:20 dalam ayat asli. Jesus Christ adalah salah satu Anbiya’Wal’Rasul mengajar :
    *05 Rukun Agama
    John 17:3-21 / Mathew 26:30-36 / Mark 1:25-35 / Mathew 9:1-14 / Luke 2:1-37 / Matthew 6:1-5 dan Act 10:1-2

    *06 Rukun Iman
    Mark 12:28-30 / Revelations 7: 11 / Exodus 23:20 / Luke 1:11-13 / Mathew 12:33 dan Matthew 13: 41-43 dan Mark 5:28-29

    *Dua rujukan kepada Muslim Israel (Islam dizaman syariat Jesus)
    Original Gospel : Injeel Yeshua
    – Mark 8: 30-35

    *Follow the Prophet’s teachings : Sunnah of Yeshua
    – John 14:1-15 / Mathew 5:17-47 / Matthew 13:57 / Matthew 21:10-11 / Matthew 21:40-45 dan Luke 7:16 serta Luke 24:19

    Disini saya berikan beberapa dalil Quran tentang jaminan keselamatan yang selaras dengan dalil Bible yang saya berikan di atas :

    “Sesungguhnya orang-orang yang BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH,bagi mereka adalah syurga Firdaus menjadi tempat tinggal. Mereka kekal di dalamnya, mereka tidak ingin berpindah daripadanya.”
    [Al-Kahfi 18:107-108]

    “Allah MENJANJIKAN kepada orang-orang yang MUKMIN lelaki dan
    perempuan akan mendapat syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai kekal mereka di dalamnya dan (mendapat) tempat-tempat yang bagus di syurga ‘Adn.Dan keredhaan Allah adalah lebih besar itulah keberuntungan yang besar.”
    [At-Taubah 9:72]

    Syahadah adalah tiket utama untuk masuk kesyurga seperti Hadith Muhammad SAW sampaikan seperti berikut :
    Dari Abu Dzar RA yang menceritakan bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa mengucapkan “Laa ilaaha illallaah” kemudian ia meninggal,maka pasti masuk surga.”
    [Sahih Bukhari dan Muslim]

    Untuk lebih terperinci,sila rujuk disini :
    – https://muslim-apologetic-borneo.com/menjawab-missionaries-jaminan-keselamatan-ada-dalam-eesa-al-masih-atau-muhammad/

    – https://muslim-apologetic-borneo.com/benarkah-muhammad-saw-tidak-tahu-jalan-ke-syurga-dan-tiada-jalan-keselamatan-dalam-islam/

    RUMUSAN :
    – Tidak ada seorangpun dari Muslim scholars akui secara mutlak bahawa Jesus Christ pbuh telah disalibkan.
    – Tidak ada saksi yang sah melihat Jesus Christ pbuh disalibkan.
    – Christian scholars sendiri akui bahawa sejarah penyaliban terhadap diragui kewujudannya.
    – Bible mengalami percanggahan tentang penyaliban Jesus Christ pbuh.
    – Bible telah menubuatkan bahawa Jesus telah digantikan oleh seseorang dalam penyaliban.
    – Jaminan keselamatan hanya dalam Islam dan Jesus Christ pbuh merupakan seorang muslim beserta 72 pengikutnya dan ajarannya adalah Islam.

    KESIMPULAN
    Melalui penjelasan di atas,maka dapat kita simpulkan bahawa Jesus Christ pbuh TIDAK MATI disalib dan TIDAK ADA seorang pun dari muslim scholars mengakui secara mutlak bahawa Jesus Christ pbuh mati disalib. Bahkan Christian scholars sendiri akui bahawa sejarah penyaliban Jesus Christ pbuh adalah amat diragui kesahihannya.

    Firman Azza’Wa’Jalla :
    Dan disebabkan dakwaan mereka dengan mengatakan:”Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam Rasul Allah”. Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya tetapi diserupakan bagi mereka. Dan Sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham mengenai Nabi Isa sebenarnya mereka berada dalam keadaan ragu-ragu tentang menentukan pembunuhannya. Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin. Bahkan Allah telah mengangkat Isa kepada-Nya dan adalah Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.
    [An-Nisaa’ 4:157-158]

    pesan Jesus Christ pbuh :
    “Jikalau kamu tetap dalam sabdaku,kamu benar-benar adalah muridku.dan kamu akan mengetahui kebenaran, dan kebenaran itu akan memerdekakan kamu.”
    [John 8:31-32]
    – memerdekakan anda dari kekufuran…

    pesan Rasullullah Muhammad SAW :
    “Terimalah kebenaran itu walau ianya pahit..”
    [Hadith Sahih Bukhari dan Tirmizi]

    “Dan katakanlah: yang benar telah datang dan yang batil pasti akan lenyap, sungguh yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.”
    [Al-Israa’ 17:81]

    Tiada Tuhan selain Allah,Jesus dan Muhammad adalah Utusan Allah serta Jibrail Sayyid Malak Al-Qhuwwaan adlaah Ruhul Quddus.