Reading Time: 3 minutes

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Anti-Islam telah mengemukakan bahawa dalam Quran surah At-Taariq 86 ayat 5-7 mengalami kesalahan Saintifik dalam Embryology yang mereka beranggapan Quran mengatakan air mani keluar dari tulang sulbi lelaki dan tulang rusuk wanita.

Sebelum saya menjawabnya,ingin saya beritahu bahawa hal ini telah di isukan oleh Anti-Islam pada 20 August 2009 dan kemudian dijawab pada 23 August dan tahun yang sama oleh Muslim Scholars….dan perkara ini di ulang2 oleh Anti-Islam dan dijawab balik2 oleh muslim…saya berikan jawapan mereka disini :
– https://www.youtube.com/watch?v=hIcLxH4v3Pw
– http://www.intellectualwisdom.com/sperm-created-between-the-backbone-and-ribs-2/
– http://www.thedeenshow.com/scientific-quran-miracles-backbone-and-ribs/
– https://yahyasnow.wordpress.com/2009/08/23/quran-got-it-right-about-semen-production/
– http://www.answering-christianity.com/blog/index.php?topic=2118.10;wap2
– http://www.answering-christianity.com/munir_munshey/semenproduction_rebuttal.htm
– http://www.answering-christianity.com/embryology.htm

Notice :
Surah At-Taariq (86) ayat 5-7 memiliki dua jawapan yang mana dua jawapan ini tidak selisih firqah kerana ianya menjadi “sirr” kepada ayat 1-4. Satu jawapan merujuk secara am dan satu lagi secara khusus dalam saintifik. Salah satu jawapannya secara saintifik telah diberikan seperti di atas dalam sumber tersebut. Dan disini saya berikan jawapan satu lagi secara SEDERHANA melalui Lisanul-Arab….mari kita baca surah At-Taariq :

“فَليَنظُرِ الإِنسانُ مِمَّ خُلِقَ خُلِقَ مِن ماءٍ دافِقٍ يَخرُجُ مِن بَينِ الصُّلبِ وَالتَّرائِبِ.”

“maka hendaklah manusia memikirkan dari apa ia diciptakan.Ia diciptakan dari air yang memancar dan keluar dari antara sulbi dan rusuk.”
[At-Taariq 86:5-6]

01 – Ingin saya beritahu disini bahawa ayat “رَجُلٌ” merujuk pada tubuh lelaki tidak disebutkan dalam ayat ini. Ramai orang Ajam (Non-Arab) bila membaca ayat ini menyangka “Sulb” yang dimaksudkan merujuk tulang sulbi lelaki. “Sulb” dan “Tara’ib” yang ditujukan disini merujuk pada tubuh wanita….

02 – Sebelum kita merujuk kepada ayat “di antara tulang sulbi dan tulang rusuk”,kita fahami dahulu mesej yang disampaikan pada ayat,
“maka hendaklah manusia memikirkan dari apa ia diciptakan.Ia diciptakan dari air yang memancar..”

Ayat pembuka kata dari firman Tuhan ini merujuk manusia sebagai “kata benda” BUKAN sperma. Disitu ada “kata benda” sekali,kemudian “kata ganti” sebanyak 3x. Dalam bahasa normal yang sehari2 kita pakai,kita akan pakai “kata ganti” merujuk kepada “kata benda” yang baru sahaja digunakan sebelum itu..”kata ganti” yang digunakan setelahnya sekarang merujuk kepada “kata benda” yang disebutkan pada awal2 ayat. Jadi “kata benda” yang dimaksudkan oleh “kata ganti” adalah manusia.

03 – Apabila manusia yang dirujuk sebagai “kata benda”,maka “Yakhruju” merujuk maksud “keluar” sebagai “kata kerja”.

04 – Apabila yakhruju’ dipakai dalam “kata kerja”,maka yang keluar adalah manusia….apa kaitan tulang sulbi dan tulang rusuk???…..disitu ada menyebut “bayyini” yang membawa maksud “di antara”….ayat itu berbunyi,
“yakhruju min bayyinish’shulbi wat’taroo-ib”
(“…keluar dari antara sulbi dan rusuk..”)

maka saya ingin bertanya :
– sewaktu wanita mengandungkan bayi dalam kandungannya sehingga menungu saat keluar (lahir),bayi itu berada di kedudukan mana??
(A) Di tulang sulbi
(B) Di tulang rusuk
(C) Di antara sulbi dan rusuk

05 – dan ayat seterusnya iaitu ayat ke8-10 :
“Sesungguhnya Allah Maha Kuasa untuk mengembalikannya.Pada hari didedahkan segala yang terpendam di hati.Maka pada saat itu tidak ada bagi manusia sebarang kekuatan dan tidak ada penolong.”
[At-Taariq 86:5-10]
– Apabila dibaca secara konteks dari ayat 5-7 yang merujuk manusia terus kukuh ditujukan kerana ayat seterusnya di ayat ke 8-10 merujuk manusia dan keadaan mereka…

RUMUSAN
Ayat 1 hingga 4 menceritakan perjalanan penciptaan ‘At-Taariq’ di langit dan kemudian Allah samakan perjalanan penciptaan manusia di ayat 5 hingga 10. Seterusnya Allah menceritakan perjalanan bagaimana tumbuhan2 dan kehidupan Bumi wujud yang sama seperti At-Taariq dan manusia di ayat ke11-12. Kemudian ayat ke 13-17 menjelaskan kebenaran firman Tuhan yang disampaikan oleh Muhammad SAW seterusnya penceritaan keadaan orang2 kafr yang menentang.

Maka synonym seperti keadaan kini yang mana apabila kita jelaskan kebenaran Quran ini,pasti akan ada yang menentang….dan Allah pesan di ayat terakhir,
“…famah’hilil kafirinna’amhilhum ruwaidaa..”
(“Oleh itu janganlah hendakkan segera kebinasaan orang-orang kafir itu,berilah tempoh waktu kepada mereka.”)

KESIMPULAN
Jelas Quran tidak mengandungi kesalahan dalam bab embryology di surah At-Taariq 86:5-7. Kita telah jelaskan dan sampaikan kebenaran,maka mendoakan agar yang menentang diberikan hidayah oleh Allah Azza’Wa’Jalla.

“Telah datang kebenaran dan lenyaplah kebatilan.Sesungguhnya kebatilan itu sememangnya pasti lenyap.”
[Al-Isra’ 17: 81]

By