Skip to content

Rebuttal To Sabda Harian – “Adakah Jesus Tuhan?”

Last updated on August 25, 2019

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Pada 22hb April 2019,pengarang SH telah membuat satu artikel yang bertajuk “Adakah Yesus Tuhan?”yang mana dalam artikel tersebut,dipaparkan satu video ringkas menerangkan tentang bukti-bukti Jesus adalah tuhan. Sila rujuk disini :
– http://sabdaharian.com/adakah-yesus-tuhan/

Dalam artikel ini,saya akan menjawab video tersebut sekaligus membuktikan bahawa Jesus Christ pbuh BUKAN Tuhan. Tujuan saya menjawabnya atas tujuan untuk meluruskan salahfaham tentang Jesus Christ pbuh dalam menyampaikan risalah kebenaran dalam tugas dakwah. Walaubagaimanapun,saya akan menjawabnya secara RINGKAS memandangkan semua argument dalam video tersebut telah pun diruntuhkan oleh pihak lain dan sumber artikel saya yang lain. Semoga bermanfaat dan diambil pengkajian…

Claim NO.1 – Lebih 40 NUBUATAN JESUS DALAM PERJANJIAN LAMA
Pembuat video tersebut mengutip contoh ayat-ayat seperti berikut
– Isaiah 7:14 diserasikan dengan Matthew 1:18-25
– Isaiah 35:5-6 diserasikan dengan Matthew 9:35
– Psalm 2:7-10 diserasikan dengan Acts 2:31 dan Mark 16:6
– Psalm 110:1 diserasikan dengan Hebrew 1:3

MAB response :
Semua lebih 40 Nubuatan (anggaran 48-353 Nubuatan) yang khabarnya merujuk kepada Jesus Christ pbuh menurut Kristian telah diruntuhkan disini oleh Muslim Apologetics (Adeel Khan) dan Exegess Judah (Rabbi Blumenthal dan Tovia Singer),sila rujuk :

dari Muslim Apologetic (Adeel Khan)
– http://www.answering-christianity.com/adeel_khan/Is_Jesus_prophesied_anywhere.htm

dari Exegess Judah (Rabbi Blumenthal dan Tovia Singer)
– https://acquiescere9.wordpress.com/2014/07/05/responding-to-the-missionary-proof-texts-by-rabbi-blumenthal/
– https://outreachjudaism.org/is-jesus-prophesied-in-the-jewish-scriptures/

saya petik beberapa kenyataan mereka :
– Isaiah 7:14 “to be Emmanuel – God with us”

“This was an encouragement to King Ahaz that he and his people will survive the onslaught of the Arameans and subsequently the Assyrians. The child was named Emmanuel as a sign of God’s favor to the Judean kingdom.”

– Isaiah 35:5-6 “to have a ministry of miracles”

“The passage is talking about Israel’s redemption from exile (refer verse 10).”

– Psalm 2:7-10 “the crucifixion and resurrection intimated”
“The passage says nothing about a crucifixion or a resurrection and this describes practical political government not religious worship. According to most translations this passage speaks of embracing purity and not of any individual. Even if we were to grant the unlikely translation of “the son” favored by modern missionaries the thrust of the passage will be that the kings are encouraged to submit to the political sovereignty of the Messiah, not to worship him as a god.”

– Psalm 110:1 “son of David @ David’s seed”
“Royal lineage proceeds from the father. According to the Christian Scriptures Jesus was not from the line of David.”

Jadi jelas ini tidak membuktikan Jesus Christ pbuh ialah tuhan….

CLAIM NO.1 RUNTUH!

CLAIM NO.2 – JESUS TIDAK PERNAH BERDOSA DAN BERDUSTA
“Ia tidak berbuat dosa, dan tipu tidak ada dalam mulutnya.”
[1 Peter 2:22]

“Anak-anakku, janganlah membiarkan seorangpun menyesatkan kamu. Barangsiapa yang berbuat kebenaran adalah benar, sama seperti Kristus adalah benar.”
[1 John 3:7]

MAB response :
Ini tidak ada masalah bagi muslim sebab semua Utusan Tuhan itu adalah maksum dan tidak berdusta. semua para Nabi termasuk Muhammad SAW adalah suci dari dosa dalam surah Al-Fath 48:1. Walau bagaimanapun,Bible Luke bab 3 ayat 3-22 menceritakan bahawa Jesus dibaptis oleh John yang mana Jesus dibaptis dan diampunkan segala dosa…Jadi dari sini,jelas menunjukkan bahawa Bible memberi maksud bahawa:
– Jesus sebelum ini pernah berdosa lalu dibaptis dan diampunkan dosa.
– ada sesuatu Entity Maha Kuasa menyucikan Jesus iaitu Tuhan BUKAN Jesus sendiri yang menyucikan dirinya sendiri. Dilihat dari sini,Quran lebih memuliakan Jesus berbanding Bible.

Jadi jelas ini tidak membuktikan Jesus Christ pbuh ialah tuhan….

CLAIM NO.2 RUNTUH!

CLAIM NO.3 – MEMBANGKITKAN ORANG MATI
“Akulah kebangkitan dan hidup; barangsiapa percaya kepada-Ku, ia akan hidup walaupun ia sudah mati…”
[John 11:25]

MAB response :
Ada sembilan (09) orang yang mampu menghidupkan orang mati yang mana lima (05) orang diceritakan dalam Bible mampu menghidupkan orang mati :
– Elia (Ilyas)
– Elijah (Ilyasa)
– Yehezkiel (Zulkifli)
– Petrus Ketua Hawariyyin Jesus
– Jesus Christ (Eesa Al-Masih)

manakala tiga (03) orang dalam Quran
– Ibrahim (Avraham)
– Musa (Moses)
– Pemuda tidak dikenali

serta Muhammad SAW menghidupkan orang mati dalam Hadith Ahad (Al-Bayhaqi No.13/32)…

Jadi jelas ini tidak membuktikan Jesus Christ pbuh ialah tuhan….

CLAIM NO.3 RUNTUH!

CLAIM NO.4 – ANAK ALLAH DAN ANAK MANUSIA
Pembuat video telah mengutip seperti ayat berikut :
– John 5:18-24 (Anak Allah dan Anak Manusia)
– John 3:13 (datang dari syurga)
– Matthew 16:13-17 (Messiah anak Allah yang hidup)
– Matthew 9:6 (kuasa mengampuni dosa)
– John 9:35-38 (menerima penyembahan)
– Luke 9:22 dan Luke 18:31-33 (disalibkan dan bangkit dari kematian)
– John 3:14-15 (Orang yang percaya akan mendapat kehidupan abadi)

MAB response :
Semua hujah tersebut telah dijawab disini :
– https://muslim-apologetic-borneo.com/eesa-al-masih-alaihissalam-ibni-maryam-bukan-tuhan-dalam-bible/

Ringkasan jawapan saya :
– John 5:18-24
gelaran “Anak Manusia” dituju kepada Jesus sebanyak 88 kali dalam Perjanjian Baru manakala Nabi Ezekiel dirujuk sebagai “Anak Manusia” lebih banyak dari itu iaitu sebanyak 94 kali. Tetapi dalam kegerejaan Kristian,istilah “Anak Manusia” dipakai khusus kepada Jesus merujuk “Sepenuh Manusiawi”. Jika benar demikian,jadi apakah Nabi Ezekiel juga adalah Tuhan “Sepenuh Manusiawi”???

– John 3:13
Ayat ini bercanggah dengan Genesis 5:23-24 dan 2 Kings 2:9-11 yang mana Enoch pbuh dan Elia pbuh juga naik ke syurga sebelum Jesus Christ pbuh. Jesus Christ pbuh juga mengatakan bahawa orang yang beriman kepadanya sama seperti dia yang bukan berasal dari dunia (John 17:14). Jadi apakah mereka adalah tuhan???

– Matthew 16:13-17
Dalam Perjanjian Lama,ada enam (06) orang Messiah termasuk Daud (2 Samuel 5:1-5) bahkan Tuhan Israel sendiri mengatakan Daud adalah Anak-Nya yang diperanakkan (Psalm 2:7 dan Psalm 89:26-27). Jadi apakah Daud adalah tuhan?

– Matthew 9:6
Allah memberi mandat memaafkan orang lain dalam surah Al-A’raaf 7 ayat 199 dan Al-Hijr 15:85 kepada Nabi Muhammad SAW bahkan semasa Fathul Makkah,baginda memaafkan orang kafir yang pernah menzalimi muslim. Dan ini sama seperti dalam Mark 2:8-12. Apakah maksudnya Muhammad SAW adalah tuhan??

– John 9:35-38
Selain John 9:35-38,Jesus juga menerima “sembahan” dalam Matthew 2:11 and Matthew 8:2 / Matthew 9:18 / Matthew 14:33 / Matthew 15:25 dan Matthew 28:9. Dalam semua ayat tersebut,disitu memakai perkataan “Sagad” (kata dari Aramaic Syriac yang synonym dengan “προσκυνῆσαι” dari istilah Koine Greek) yang merujuk “penghormatan secara bersujud” dan perkataan “Sagad” dan amalan ini juga dipakai dalam I Samuel 25:23 sewaktu Abigail berlutut sembah di hadapan Daud. Apakah Daud adalah tuhan??

Jadi harus tahu bahawa itu adalah budaya bangsa Israelites yang biasa melakukan tindakan penghormatan secara bersujud untuk memuliakan seseorang.

– Luke 9:22 dan Luke 18:31-33
Ini telah dijawab disini :
– https://muslim-apologetic-borneo.com/rebuttal-to-sabda-harian-7-bukti-jesus-disalibkan/

– John 3:14-15
Ini tidak menjadi bukti Jesus adalah tuhan kerana tidak ada dikatakan bahawa sesiapa yang percaya Jesus adalah tuhan akan masuk syurga tetapi dinyatakan bahawa sesiapa yang beriman kepada Jesus Christ sebagai Utusan Tuhan seperti mana orang beriman kepada Musa yang memuliakan mereka sewaktu di padang gurun,maka akan beroleh kehidupan kekal abadi (Syurga). Apabila Musa mengajar mentauhidkan Tuhan (Deuteronomy 6:4),semua mempercayai ajarannya dan mengakui dia adalah Nabi. Tapi mengapa apabila Jesus mengulangi ajaran yang sama seperti Musa yang menyampaikan ajaran mentauhidkan tuhan (Mark 12:29),Jesus di anggap tuhan???

Jadi jelas ini tidak membuktikan Jesus Christ pbuh ialah tuhan….

CLAIM NO.4 RUNTUH!

RUMUSAN
– Tidak ada nubuatan Jesus Christ pbuh dalam Perjanjian Lama
– Semua Utusan Tuhan adalah maksum (tercela dari dosa)
– Ada sembilan (09) orang Nabi termasuk Jesus Christ juga menghidupkan orang mati.
– Ramai dalam Perjanjian Lama (contoh : Daud dan Ezekiel) diberikan gelaran yang sama seperti Jesus Christ pbuh (Anak Allah dan Anak Manusia).

KESIMPULAN
Jesus Christ pbuh BUKAN Tuhan tetapi baginda (Jesus Christ pbuh) adalah UTUSAN TUHAN.

pesan Jesus Christ pbuh kepada anda :
“Jikalau kamu tetap dalam sabdaku,kamu benar-benar adalah muridku.dan kamu akan mengetahui kebenaran, dan kebenaran itu akan memerdekakan kamu.”
[John 8:31-32]
– memerdekakan anda dari kekufuran…

pesan Rasullullah Muhammad SAW kepada anda :
“Terimalah kebenaran itu walau ianya pahit..”
[Hadith Sahih Bukhari dan Tirmizi]

“Dan katakanlah: yang benar telah datang dan yang batil pasti akan lenyap, sungguh yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap”.
[Al-Israa’ 17:81]

Tiada Tuhan selain Allah,Jesus dan Muhammad adalah Utusan Allah serta Jibrail Sayyid Malak Al-Qhuwwaan adlaah Ruhul Quddus.