Reading Time: 7 minutes

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Pada 09hb December 2019,pengarang Sabda Harian telah membuat satu artikel yang bertajuk “Yesus Hanya Untuk Bangsa Yahudi?”. Artikel tersebut boleh lihat disini :
– https://sabdaharian.com/yesus-hanya-untuk-bangsa-yahudi/

Setelah saya membacanya,saya mendapati ada beberapa perkara yang harus saya luruskan. Artikel ini akan saya jadikan sebagai medan untuk menjawab artikel dari beliau tersebut. Semoga bermanfaat~

SH menulis,
Kita perlu membaca Alkitab dengan selengkapnya. Maksudnya kita perlu membaca Alkitab baik dalam Perjanjian Lama (Kejadian sampai Maleakhi) dan Perjanjian Baru (Matius sampai Wahyu). Sekiranya kita membaca 5 bab dalam sehari (3 bab dalam PL dan 2 bab dalam PB) maka kita akan berjaya membaca seluruh Alkitab untuk satu kali kurang 9 bulan. Sebelum dan sewaktu membaca Alkitab kita perlu berdoa meminta pertolongan Tuhan untuk mengerti (Mazmur 119:18) dan membuka hati (Amsal 23:26) untuk mendengar suara Tuhan.

Catatkan bahagian firman Tuhan yang memberi cahaya pengertian yang baru begitu juga bahagian firman Tuhan yang kurang dimengerti. Apabila kita menemukan perkara-perkara yang sukar dimengerti itu petanda sangat baik kerana itu membuktikan kita sedang membaca dengan penuh perhatian. Banyak pertanyaan kita akan terjawab dalam pembacaan yang kita teruskan dan akan terjawab dalam pengajaran dan khutbah yang kita dengar dalam seminar atau khutbah di gereja atau penulisan yang kita boleh baca secara bercetak mahupun online. Ada juga kemusykilan kita yang terjawab selepas beberapa tahun membaca dab menyelidiki Alkitab. Kita perlu ada sikap seorang murid yang terus ingin belajar dan mendalami kebenaran firman Tuhan yang terdapat dalam Alkitab.

MAB response :
01 – Ini tidak perlu saya bidas kerana pengarang SH hanya menerangkan muqaddimah dalam artikelnya untuk menyampaikan kepada orang Kristian bagaimana memahami Bible mereka. Apapun disini saya ingin kongsikan sedikit bagaimana ingin memahami kitab anda.

Untuk memahami kitab Bible tidak kira apa jenis versi perlu melalui Uslub Hermeneutical Biblical. Bible hanya memerlukan empat (04) uslub Hermeneutical Biblical iaitu :
* Syntesis Principle
* Contextuality Analysis
* Early Christian Interpretation Formula
* Assessment of the Original Text

02 – Saya mendapati corak pemahaman dalam penafsiran antara mazhab Katolik dengan Protestant adalah berbeza. Protestant SIB seperti anda lebih menggalakkan penafsiran dari pihak gereja anda dan pemahaman peribadi melalui pembacaan individu sedangkan Katolik lebih mendasari pemahaman melalui tafsiran Magisterium mereka. Perbezaan ini menjadikan dua mazhab dalam Kekristianian mengalami pertembungan yang tidak sekata dan tidak sejajar selari.

03 – Saya menghormati penjelasan anda yang mana anda menyarankan Kristian lain untuk rajin membaca Bible namun yang mengecewakan rata-rata dari pihak Kristian anda jarang membaca dan hanya berpandukan kepada pihak gereja untuk menjelaskan dan menyampaikan sesuatu perikop dalam Bible. Saranan anda amat bagus untuk bantu mereka minat dalam membaca Bible namun kebanyakan saya mendapati apabila Kristian yang benar-benar membaca Bible dengan penuh penghayatan,mereka akan sedar bahawa kitab Bible mengalami banyak kesalahan. Antara yang rajin membaca Bible dan menyedari bahawa Bible mengalami banyak kesalahan apabila dibaca dengan penuh pengkajian ialah isteri kepada Pastor dalam video berikut :
– https://www.youtube.com/watch?v=xhgLBFsuSZk
– https://www.youtube.com/watch?v=BZE8CzFkzQo
– https://www.youtube.com/watch?v=um6QATU3cTA
– https://www.youtube.com/watch?v=kCbA2HQ_jOo
– https://www.youtube.com/watch?v=B18NQ_EVh-Q
– https://www.youtube.com/watch?v=9NgCvi32ME8

04 – Memandangkan anda berkata bahawa Kristian yang rajin belajar membaca Bible atau banyak mendengar seminar khutbah di gereja pasti dapat jawapan dalam setiap pertanyaan,maka disini saya ingin bertanya satu (01) soalan sahaja kepada rakan Kristian (termasuk anda) yang rajin menelaah Bible dan rajin mengikuti seminar khutbah di gereja :
-Siapakah orang pertama yang datang ke makam Jesus???
(A) Mark 16:5 – Seorang pemuda
(B) Matthew 28:5 – Satu malaikat
(C) Luke 24:4 – Dua orang lelaki
(D) John 20:12 – Dua malaikat

Jangan lupa saudara,penulis Mark,Matthew dan Luke merupakan writers of synotpic gospels. Maknanya,penulisan ketiga-tiga mereka ini saling mempunyai Isnad (Chain of Narrators). Maka,pastinya ketiga-tiga penulis ini mesti mempunyai persamaan dan tidak sama sekali mengalami percanggahan. Ditambahkan lagi bimbingan Ruh Kudus terhadap mereka bertiga. Tidak mungkin setiap penulis memiliki Ruh Kudus masing-masing. Jadi saya berharap ada Kristian yang dapat menjawabnya.

SH menulis,
Kita perlu membaca dan mendalami ajaran Alkitab sebab ada pihak tertentu yang memberi pengajaran yang salah dari Alkitab. Sebagai contoh, ada pihak yang mengatakan “Yesus hanya diutus kepada orang Israel”. Tetapi apabila kita membaca Alkitab dan menemukan ayat-ayat Alkitab seperti ayat-ayat rujukan di atas, kita akan dapati bahawa Yesus sebenarnya bukan hanya diutus kepada bangsa Israel. Rujukan dalam Lukas 8:26-38 sangat jelas merekodkan pelayanan Yesus di kalangan bukan orang Yahudi sebab masyarakat yang dikunjungi Yesus di sana menternak babi yang jelas diharamkan Tuhan terhadap bangsa Israel (Yahudi).

MAB response :
01 – Ayat “di atas” mana yang anda maksudkan??

02 – Sememangnya Jesus hanya di utus untuk bangsa Israel,antara dalilnya ialah :

“Jesus mengutus dua belas Rasul dengan pertunjuk seperti berikut: janganlah kamu pergi ke daerah orang bukan Yahudi atau ke bandar orang Samaria.Pergilah kepada orang Israel,yang seperti domba yang sesat.”
[Matthew 10:5-6]

ayat Matthew 10:5-6 selaras dengan ayat yang berkaitan iaitu Matthew 15:22-24 :
“Maka datanglah seorang perempuan Kanaan dari daerah itu dan berseru kepada Jesus : “Kasihanilah aku ya anak Daud,kerana anak perempuanku kerasukan syaitan dan sangat menderita”.Tetapi Jesus sama sekali tidak menjawabnya. Lalu murid-muridnya datang dan meminta kepadanya: “Suruhlah dia pergi,dia mengikuti kita dengan berteriak-teriak”. Jawab Jesus:”aku diutus hanya kepada domba-domba yang hilang dari umat Israel.”
[Matthew 15:22-24]

Namun kerana ibu kepada anaknya yang kerasukan itu berkata,
“Benar Tuan,namun anjing itu makan remah-remah yang jatuh dari meja tuannya.”

maksud wanita itu ialah orang Gentiles @ Goyyim (Non-Judah) mengikuti serta mempercayai apa yang disampaikan dari Jesus yang berbangsa Israel dan merayu kepadanya. Jika tidak,masakan dia memohon bantuan kepada Jesus Christ pbuh.

Maka disebabkan itu,Jesus Christ pbuh membantunya dan ini synonym dengan kisah dalam Luke 8:26-38. Mengapa Jesus membantu mereka? Kerana :
* Nubuwwah seseorang Utusan Allah menghadapi situasi yang melibatkan ruqyah (exorcism). Jadi adalah tidak wajar seseorang Utusan Allah yang dilantik oleh Allah membiarkannya apabila sesuatu kejadian yang melibatkan kejahatan menimpa seseorang manusia.

* Kejadian tersebut tidak melibatkan Syariat’ul-Tabligh tetapi atas dasar Human Factor.

03 – Jesus Christ pbuh sendiri mendoakan untuk bangsa Israel BUKAN untuk dunia :
“Aku berdoa untuk mereka. Bukan untuk dunia aku berdoa tetapi untuk mereka yang telah Engkau berikan Kepada-Ku sebab mereka adalah milik-Mu.”
[John 17:9]

04 – Sebelum Jesus Christ pbuh dilahirkan oleh Mary,telah ada nubuat yang menyatakan bahawa Mary akan melahirkan seorang anak yang kelak akan menyelamatkan orang-orang Israel :
“dia akan melahirkan anak lelaki dan engkau akan menamakan dia Yesus kerana dialah yang akan menyelamatkan umatnya dari dosa mereka.”
[Matthew 1:21]

05 – Apabila Hari Kebangkitan Semula (Yaumul Qiyamah) di Padang Mashyar sewaktu Hari Pengadilan,setiap Nabi menghukum umat mereka masing-masing dan Jesus Christ pbuh hanya menghukum umatnya sendiri dari 12 suku :
“Aku berkata kepadamu,sesungguhnya pada waktu penciptaan kembali apabila anak manusia bersemayam di takhta kemuliaannya,kamu yang telah mengikut aku akan duduk juga di atas dua belas takhta untuk menghakimi kedua belas suku Israel.”
[Matthew 19:28]

06 – Ruh Kudus sendiri memerintahkan para Hawariyyun Jesus Christ pbuh menyampaikan ajaran Torah-Injeel kepada bangsa Israel di pembuangan :
“karena Roh Kudus mencegah mereka untuk memberitakan Injil di Asia.”
[Acts 16:6]

07 – Orang-orang Majos dari East Jerussalem sendiri menyatakan pertanyaan dimanakah “Raja Judah yang dilahirkan itu”. Mereka tidak bertanya “dimana Raja Seluruh Bangsa yang dilahirkan itu” :
“…di manakah dia Raja orang Yahudi yang baru dilahirkan itu?
[Matthew 2:2]

08 – Nubuat bahawa Messiah ditujukan hanya untuk menggembalakan bangsa Israel :
” Demikianlah ada tertulis dalam kitab nabi: “Dan engkau Betlehem, tanah Yehuda, engkau sekali-kali bukanlah yang terkecil di antara mereka yang memerintah Yehuda, karena dari padamulah akan bangkit seorang pemimpin, yang akan menggembalakan umat-Ku Israel.”
[Matthew 2:5-6] (Syntesis Principle – Micah 5:2)

09 – ucapan Simeon bahawa akan datang lahirnya bayi yang akan menjadi Nabi untuk menjatuhkan atau menaikkan darjat bagi bangsa Israel BUKAN untuk seluruh dunia :
“Lalu Simeon memberkati mereka dan berkata kepada Maria, ibu Anak itu: “Sesungguhnya Anak ini ditentukan untuk menjatuhkan atau membangkitkan banyak orang di Israel.”
[Luke 2:34]

banyak lagi dalil-dalil untuk membuktikan bahawa Jesus Christ pbuh hanya untuk bangsa Israel namun dengan hujah ini,cukup untuk menjelaskan bahawa Jesus Christ pbuh di utus untuk bangsa Israel. In sha Allah akan datang saya akan buat artikel lebih terperinci tentang Nubuwwah Jesus Christ pbuh hanya untuk bangsa Israel.

SH menulis,
Dan sekitar lebih 500 tahun sebelum Yesus dilahirkan, pelayanan Kristus (messias/penyelamat) kepada bangsa bukan Yahudi telah dinubuatkan (dijanjikan) dalam Yesaya 49:6

MAB response :
Pembetulan untuk anda bahawa 700 tahun sebelum Jesus Christ pbuh dilahirkan,telah menubuatkan Isaiah 49:6 kepada Isaiah pbuh sendiri. Melalui Konteks Isaiah bab 49 ayat 1 hingga 7,jelas Isaiah pbuh sendiri menubuatkan untuk dirinya dengan apa yang Tuhan sampaikan kepadanya. Kalimat “וּנְתַתִּ֙יךָ֙” merujuk kata ganti diri kedua tunggal berbentuk verb – present tense yang mana mendasari kepada kejadian pada waktu itu.

Kalimat “לְא֣וֹר” adalah merupakan Mutasyabihah Yiddishiyyah wa Ibraniyyah yang merujuk contoh tauladan kepada bangsa lain melalui bangsa Israel dan kalimat “קְצֵ֥ה” memberikan maksud penghujung setiap sempadan bumi Israel yang di kelilingi bersama penempatan penduduk-penduduk Goyyim. Boleh rujuk penjelasan Rabbi Michael Skobac disini mengenai nubuatan Isaiah 49:6,
– https://judaismresources.net/2012/07/24/armor-bearers-isaiah-5211/

SH menulis,
Saya perlu menulis penegasan yang berikut ini. Sekiranya kita mengaku sebagai seorang yang percaya kepada Tuhan Yesus Kristus tetapi kita tiada selera membaca dan menyelidiki Alkitab, pengakuan kita itu sangatlah diragui. Dan apabila kita tahu kita perlu membaca dan menyelidi Alkitab dan kita ada masa yang luas untuk itu tetapi kita mendahulukan perkara yang kurang berfaedah seperti bermain games online, berchat di media sosial, menonton Netflix dsb dan firman Tuhan hanya dibaca di masa-masa tersisa atau terabai sama sekali, maka kita sebenarnya sedang dibelenggu dengan penyembahan berhala.

Ini kerana definisi berhala adalah apa “saja yang lebih kita utamakan dan dahulukan daripada Tuhan dalam hidup kita. Oleh sebab itu memandangkan setiap kita diberikan Tuhan ukuran masa yang sama setiap hari iaitu sehari ada 24 jam, marilah kita mengatur masa peribadi kita setiap hari supaya ada ruangan membaca Firman Tuhan (Alkitab).

Kalau kita boleh habiskan masa berjam-jam di sosial media, kenapa masa 30 minit untuk membaca merenung Alkitab dan berdoa tidak ada? Dalam kesibukan mengatur hampir 3 juta orang, Yosua diperintahkan Tuhan untuk tidak lupa merenungkan firman Tuhan siang dan malam (Yosua 1:6-9). Adakah kita lebih sibuk berbanding Yosua? Justeru kerana kesibukan kita sangat memerlukan hikmat dan kekuatan daripada firman Tuhan. Setuju?

MAB Response :
Ini tidak perlu saya response kerana ayat pengarang SH untuk bahagian ini dituju kepada orang-orang Kristian. Maka kita hormati penerangan nasihat dari pengarang SH kepada rakan-rakan Kristian.

SH menulis,
Saya menulis berterus terang dan menulis dengan penuh kasih. Sekiranya ada yang tersinggung, maka itu petanda yang sangat baik. Itu petanda baik sebab itu menonjolkan hati pembaca yang masih lembut terhadap firman Tuhan. Itu tandanya Tuhan masih bercakap-cakap kepada kita kerana kasih-Nya kepada kita. Itu tandanya Tuhan dalam kasih kurnia Tuhan tidak akan melepaskan kita melainkan mahu terus memperlengkapi kita. Dia mahu kita menjadi orang-orang percaya yang berteguh dalam kebenaran firman Tuhan agar kesaksian kita tentang kasih kurnia-Nya (His grace) lebih dimantapkan.

Tuhan memberkati kita semua.

MAB response :
Saya berharap ada dikalangan rakan-rakan Kristian kita yang mengambil pengajaran dan mengambil positif dari apa yang anda sampaikan. Allah Azza Wa Jalla sememangnya Tuhan Yang Maha Pengasih. Maha Pengasih-Nya Dia apabila Dia mengutuskan lagi Penutup Segala Nabi wa Rasul yang bukan lagi dalam kalangan bangsa Israel (Deuteronomy 18:18 syntesis principle Deuteronomy 34:10 dan John 16:1-15). Penutup Segala Anbiya Wa Rasul itu di utus kepada seluruh bangsa dan dialah Muhammad SAW.

Jika anda seorang pengikut Jesus Christ pbuh yang sejati,maka anda juga harus beriman apa yang baginda (Jesus) dan para Nabi terdahulu telah nubuatkan untuk Muhammad SAW agar mencapai kehidupan yang kekal (ganjaran Syurga) :
01-Genesis 49:3-10
02-Deuteronomy 18:18
03-Deuteronomy 33:2
04-Psalm 45:1-17
05-Psalms 72:8-17
06-Psalm 110:1-7
07-Song of Solomon 5:16
08-Isaiah 29:9-15
09-Isaiah 40:1-5
10-Isaiah 42:1-12
11-Isaiah 54:1-3
12-Daniel 7:1-25
13-Habakkuk, 3:3
14-John 16:1-15
15-John 14:16-17

Semoga Allah merahmati kehidupan kita semua dan semoga Allah memberikan hidayah petunjuk kepada anda.

KESIMPULAN
Jelas bahawa Jesus Christ pbuh hanya di utuskan kepada bangsa Israel.

pesan Jesus kepada anda,
“Jikalau kamu tetap dalam sabdaku,kamu benar-benar adalah muridku.dan kamu akan mengetahui kebenaran, dan kebenaran itu akan memerdekakan kamu.”
[John 8:31-32]
– memerdekakan anda dari kekufuran…

pesan Rasullullah Muhammad SAW kepada anda :
“Terimalah kebenaran itu walau ianya pahit..”
[Hadith Sahih Bukhari dan Tirmizi]

Firman Allah Azza’Wa’Jalla :
“Telah datang kebenaran dan lenyaplah kebatilan.Sesungguhnya kebatilan itu sememangnya pasti lenyap.”
[Al-Isra’ 17: 81]

“Tiada tuhan selain Allah,Muhammad dan Eesa Al-Masih adalah Utusan Allah serta Jibrail Sayyid Malak Al-Qhuwaan adalah Ruhul Quddus.”

By