Skip to content

Response To Anti Islam – “Quran Datang Dari Jinn BUKAN Dari Allah.”

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Saya menerima satu kenyataan dari Kristian yang dalam golongan Anti-Islam mengatakan seperti berikut,
“Dalam Quran ada satu surah lengkap yang bernama Al-Jinn dan ini membuktikan bahawa Quran berasal dari Jinn melalui Muhammad. Muhammad menerima ilham dari Jinn lalu menulisnya dalam Quran.”

Kekufuran Anti-Islam sentiasa menampakkan kebodohan. 1400 tahun telah berlalu,tidak ada seorang pun yang mampu buktikan kesalahan Quran dan Islam adalah agama yang sesat walau seinci sehingga kini. Apabila tidak mampu buktikan Quran adalah karangan Muhammad SAW,timbul satu idealogi baru dari mereka dengan beralih hujatan mengatakan pula bahawa Quran adalah diturunkan dari Jinn. Amat melucukan~

Tapi tidak mengapa,disini jawapan saya meruntuhkan hujatan bodoh mereka :

01 – Dalam Quran itu ada satu surah lengkap namanya Surah Maryam merujuk ibu Nabi Eesa Al-Masih pbuh bahkan dalam Quran menyebut kalimat “Maryam” sebanyak 70 kali lebih banyak dari Mary ibu Jesus Christ pbuh dalam Bible yang hanya menyebutnya sebanyak 46 kali. Itu pun tidak diketahui apakah Bible menyebut “Mary” merujuk Mary ibu Jesus atau Mary Magdelene atau Mary ibu James atau Mary Ibu Joses atau Mary isteri Clopas atau Mary Bethany atau Mary ibu Markus. Jadi saya ingin bertanya satu soalan,
– Memandangkan Quran lebih banyak menyebut nama ibu Jesus (Maryam) dari Bible bahkan ada satu surah lengkap bernama Maryam,apakah Quran adalah karangan Maryam??

02 – Dalam Quran,Kalimat “Iblis” disebut hanya 11 kali dan kalimat “Syaitan” disebut sebanyak 62 kali sahaja manakala Bible menyebut “syaitan” sebanyak 116 kali. Itu pun BELUM termasuk lagi kalimat “Iblis”,kata ganti nama khas dan gelaran lain seperti “Naga Tua”,”Ruh Jahat” serta “Malaikat Terjatuh”. Jadi memandangkan Bible lebih banyak menyebut kalimat “syaitan” dari Quran,apakah Bible adalah buku syaitan???.

Dua (02) point dari saya ini cukup meruntuhkan fitnah hujatan Anti-Islam sekaligus membuktikan bahawa Bible BUKAN kitab dari Tuhan.

Inginkan tambahan hujah?….

BONUS
Dalam Quran tidak ada satu ayat pun mengatakan perbuatan Tuhan menipu Utusan-Nya (Nabi) tetapi dalam Bible ada dua (02) ayat mengatakan tindakan Tuhan menipu Utusan-Nya (Nabi) iaitu dalam Ezekiel 14:9 dan 2 Chronicles 18:21-22. Jika benar Bible adalah wahyu firman dari Tuhan,apakah Tuhan akan menyampaikan Kalam-Nya dalam bentuk mengaibkan Ketuhanan Diri-Nya sedangkan Dia adalah Maha Bijaksana,Maha Jujur,Maha Baik lagi Maha Suci??

Maka dengan ini cukup membuktikan bahawa Bible BUKANLAH kitab firman Tuhan. Banyak point lagi saya boleh berikan namun cukup tiga (03) hujah ini menjawab fitnah hujatan Anti-Islam sekaligus membuktikan Bible BUKAN dari Tuhan.

KESIMPULAN
Quran adalah benar dari Kalam Allah dan Bible adalah BUKAN dari Kalam Allah.

Apabila dalam kekufuran,tidak akan ada kebenaran melainkan kebodohan,kedegilan dan pendustaan.

pesan Jesus Christ pbuh :
“Jikalau kamu tetap dalam sabdaku,kamu benar-benar adalah muridku. Dan kamu akan mengetahui kebenaran dan kebenaran itu akan memerdekakan kamu.”
[John 8:31-32]
– memerdekakan anda dari kekufuran…

pesan Rasullullah Muhammad SAW :
“Terimalah kebenaran itu walau ianya pahit..”
[Hadith Sahih Bukhari dan Tirmizi]

Firman Allah Azza’Wa’Jalla :
“Telah datang kebenaran dan lenyaplah kebatilan.Sesungguhnya kebatilan itu sememangnya pasti lenyap.”
[Al-Isra’ 17: 81]