Tag: Christian Prince

  • Analisa hujah Christian Prince – 8 kesalahan Muhammad Hijab

    Analisa hujah Christian Prince – 8 kesalahan Muhammad Hijab

    Reading Time: 5 minutes

    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

    Syukur kepada Allah Azza’Wa’Jalla kerana mengizinkan saya kembali untuk membuat satu artikel berkenaan video Christian Prince menjawab Muhammad Hijab. Saya telah menonton salah satu video dari CP (Christian Prince) yang mana kononnya dia telah membongkar 8 kesalahan Muhammad Hijab. Video tersebut boleh ditonton disini :
    – https://www.youtube.com/watch?v=kjcNzQFvwHo

    Disini kita analisa response Christian Prince…semoga bermanfaat~

    CLAIM NO.1
    MH mengatakan tidak ada Trinity dalam Perjanjian Lama dan tidak ada kenyataan membuktikan Jesus adalah Tuhan dalam Perjanjian Lama.

    CP menjawab dengan mengatakan MH melanggar Quran sendiri kerana dalam Quran surah At-Tawbah 9:31 menyatakan Jesus adalah tuhan.

    Response :
    01 – CP tidak mampu mematahkan hujah yang dikemukakan oleh MH.

    02 – CP salah kerana surah At-Tawbah 9:31 tidak menyatakan Jesus Christ pbuh adalah tuhan. Tuduhan tersebut telah saya jawab dengan lebih terperinci disini :
    – https://muslim-apologetic-borneo.com/menjawab-christian-prince-jesus-christ-adalah-tuhan-dalam-at-tawbah-931

    CP BUSTED!

    CLAIM NO.2
    MH menyatakan ada 4 “Ruh” dalam kitab Zakaria 6:5 dan ini menjadikan jumlah seramai 7 Ruh tuhan termasuk Trinity.

    CP menjawab dengan menyatakan bahawa “4 Ruh” tersebut adalah Pelayan Tuhan.

    Response :
    Jawapan CP boleh diterima dan tidak menjadi masalah bagi kami sekiranya “4 Ruh” dalam kitab Zakaria 6:5 bukan merujuk tuhan kerana pada masa yang sama tidak ada kenyataan hakikat Tuhan adalah Tritunggal dalam Perjanjian Lama. Namun demikian apabila kita membaca dalam kitab Revelation 5:6,disitu ada menyebut “7 Ruh Allah di utus ke Bumi”. Maknanya ayat ini menguatkan lagi kenyataan hujah MH bahawa Zakaria 6:5 memberitahu Tuhan memiliki 7 peribadi BUKAN 3 peribadi menurut orang Kristian. Dan jika kita membaca Bible Commentary dalam Zakaria 6:5,”4 ruh” itu merupakan Kuasa Diri Allah yang telah ditahbis :
    – https://www.biblestudytools.com/…/gills-…/zechariah-6-5.html

    CP BUSTED!

    CLAIM NO.3
    MH mengatakan makna bagi nama “Elijah” adalah bermaksud “Tuhan beserta kita”.

    CP menjawab dengan mengatakan makna “Elijah” adalah bermaksud “YHWH adalah Tuhan”.

    Response :
    Disini tidak ada penyangkalan kerana hujah CP adalah benar dan hujah MH terbukti salah. Sememangnya makna “Elijah” adalah bermaksud “YHWH adalah Tuhan”.

    CP CLAIMED!

    CLAIM NO.4
    MH mengatakan ada beza kalimat “Yusolluna a’la” dengan kalimat “yusolluna lahu” dan MH mengatakan jika “yusolluna” itu diertikan kepada “sembahyang”,maka terjemahan ayat Quran Al-Ahzaab 33:56 disitu menggunakan “for” bukan “upon”.

    CP kemudian membuat tuduhan bahawa MH mengakui Allah telah berdoa untuk Nabi.

    Response :
    01 – MH tidak berkata bahawa Quran menggunakan “Yusolluna lahu” tetapi MH maksudkan bahawa sekiranya kalimat “yusolluna” dalam ayat Al-Ahzaab 33:56 disitu diterjemahkan kepada “berdoa / bersembahyang”,maka terjemahan yang tepat adalah menggunakan “yusolluna lahu” yang membawa maksud “pray for”.

    02 – Dalam surah Al-Ahzab 33:56 menyebut “yusolluna a’la” (يُصَلُّونَ عَلَى). Kalimat A’la adalah harf Al-Jar yang mana apabila digandingkan kepada “Yusollu”,maka makna yang dimaksudkan BUKAN merujuk “berdoa” atau “bersembahyang” tetapi berbentuk “memberkati” atau “memuji” atau “memuliakan” atau “menghormati”. Jika dirujuk “berdoa” atau “bersembahyang” atau “berhubungan”,maka ayatnya harus menyebut “yusolluna lahu” (يُصَلُّونَ لاهو). Sebagai contoh,perkataan “وَصَلِّ عَلَيْهِمْ” yang bermaksud “dan doakanlah untuk mereka”,apakah wajar menerjemah dengan ayat “solatlah kepada mereka”??. Ini kerana dalam Lisan Al-Arab,ayat “solatlah kepada mereka” harus di ucap “وَصَلِّ لهُمْ”. Perkataan “Yusolluna” juga di gunakan dalam Al-Baqarah 2:157 dan Al-Ahzab 33:43 tetapi tidak ada seorang di antara pihak Kristian mengatakan Allah berdoa dalam dua (02) ayat tersebut tetapi apabila dalam surah Al-Ahzab 33:56,mengapa anda memaksa gunakan makna “Allah berdoa” kepada Muhammad saw walhal anda tidak tahu tentang Lisan Al-Arab??. Jadi jelas bahawa dalam surah Al-Ahzab 33:56 adalah merujuk keberkatan,kepujian,kemuliaan,kehormatan kepada Nabi Muhammad SAW dari Tuhan dan para malaikat.

    CP BUSTED!

    CLAIM NO.5
    MH berhujah bahawa dalam Exodus 3:14 (Syntesis Principle – John 8:58),kalimat “eheyeh” yang merujuk “I am” terjemah kepada “I will be” dalam New International Bible.

    CP menjawab dengan mengaitkan John 8:12 yang mana terjemahan “I will be” adalah tidak wujud. CP berhujah kosong dengan hanya mengatakan bahawa kita boleh memilih terjemahan mana yang kita suka dan selesa.

    Response :
    01 – CP berhujah tidak kena tempat. Ini kerana MH maksudkan kepada Exodus 3:14 yang mana kalimat “Eheyeh Ayer Eheyeh” telah diterjemahkan kepada “I will be who I will be” dan translation ini telah wujud yang mana translation ini adalah dari Rabbi Jewish sendiri dan disokong oleh Exegess Christianity – Francis Brown / Samuel Rollies Driver dan Charles Augustus Briggs. Berikut kenyataan dari sumber anda sendiri :
    “The Hebrew behind the phrase ‘I am who I am’ is ehyeh asher ehyeh. The usual translation of ‘I am who I am’ is by no means certain. Many recent scholars have called into question this rendering of the Hebrew phrase, including many Jewish scholars, insisting on the translation ‘I will be who I will be.’ As I understand, this is because ‘ehyeh’ is the first person singular imperfect form of hayah . According to the Brown-Driver-Briggs lexicon hayah has three predominate meanings I. fall out, happen, occur, take place, come about, come to pass. II. come into being, become, arise, appear, come on the scene. III. to be, exist, live.”
    Sumber :
    – https://letthetruthcomeoutblog.wordpress.com/2018/06/17/john-858/

    02 – Jika demikian kenyataan CP membawa maksud sesuka hati memilih terjemahan,maka apakah CP setuju bahawa penerjemah yang salah dari kalangan Kristian tidak dibimbing Ruh Kudus??

    CP BUSTED!

    CLAIM NO.6
    MH berhujah bahaw dia tidak menerima Gospel of John sebagai kitab yang sah dan berwibawa (autoritative) kerana Gospel of John ditulis pada 95 AD.

    CP menjawab dengan beralih ke isu Quran yang mana dia mengatakan bahawa muslim tidak memiliki satu manuskrip yang lengkap sempurna dan dia mengatakan lagi bahawa dahulu muslim menerima satu manuskrip Quran dari paderi Mesir tetapi tidak sama seperti Quran moden kini.

    Response :
    01 – CP seperti biasa sekali lagi tidak mampu menepis balas hujah MH berkenaan dengan isu Gospel of John.

    02 – Berkenaan tuduhan kononnya muslim tidak memiliki satu manuskrip yang lengkap sempurna dan tuduhan fitnah kononnya muslim menerima satu kitab Quran dari paderi Mesir pada tahun 1924 dan kitab tersebut tidak sama dengan kiatb Quran kini telah dijawab secara terperinci disini :
    – https://www.youtube.com/watch?v=3pcenpnMVVE

    dan disini saya berikan sumber khusus untuk Quranic Corpus yang membuktikan bahawa ancient manuscript Quranic adalah lengkap sempurna dan serasi dengan Quran moden kini :
    – https://corpuscoranicum.de/

    CP BUSTED!

    NOTICE :
    CLAIM NO.7 dan CLAIM NO.8 tidak didapati.

    KESIMPULAN :
    Muhammad Hijab (MH) : 5 points
    Christian Prince (CP) : 1 points

    Setelah di analisa,maka hanya terdapat SATU KESALAHAN dari hujah Muhammad Hijab dan jelas bahawa Christian Prince GAGAL membuktikan Muhammad Hijab adalah tewas dan GAGAL buktikan Islam adalah agama yang salah.

    Muhammad Hijab MENANG,Christian Prince KALAH!

    BONUS
    CP memberikan satu video berkenaan dengan tuduhan Allah adalah Batu Hitam (Hajr Aswad) yang mana kononnya Hajr Aswad mampu menghapuskan dosa manusia.

    Response :
    Tuduhan CP dalam video tersebut telah dijawab oleh brother Farid disini :
    – https://www.youtube.com/channel/UCD38osGNyt3LiEoUDRs1c7w/search?query=+christian+prince+black+stone

    sedikit hujah dari saya :
    01 – Hadith yang dikutip oleh CP adalah Sahih Sunan An-Nasa’i No.2919 dan dalam hadith tersebut menyebut “mengusap Rukun Yamani’ juga menghapuskan dosa. Soalan saya,apakah Rukun Yamani juga adalah tuhan??

    02 – Memandangkan CP menjadikan rangkap ayat “menghapuskan dosa” itu merupakan satu tuduhan kononnya Batu Hitam adalah tuhan,maka berikut saya berikan hadith lain :

    Hadith Pertama :
    “Barang siapa yang berwudhu seperti wudhuku ini,maka dosa-dosanya yang terdahulu akan dihapus.”
    [Sahih Muslim No.232 dan An-Nasa’ie No.856]

    Dalam hadith ini menerangkan bahawa air wudhu juga menghapuskan dosa. Jika ikut logik kepala CP,apakah air wudhu itu adalah tuhan??

    Hadith Kedua :
    Daripada Abu Said Al Khudri dan Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW bersabda:
    “Tidaklah seorang Muslim yang ditimpa suatu penyakit dan keletihan, kegusaran dan kesedihan, gangguan dan kesusahan, bahkan duri yang melukainya melainkan kesalahan-kesalahannya akan dihapus.”
    [Hadith Sahih Al-Bukhari No.5641 / Sahih Muslim No.2573 / Sahih At-Tirmizi No.966 dan Sahih Ahmad No.7684]

    Jika ikut kepala logik CP,maka apakah penyakit,keletihan,kegusaran,kesedihan dan kesusahan serta duri itu adalah tuhan orang Islam kerana semua itu menghapus dosa muslim??

    Hadith Ketiga :
    Abu Hurairah narrated that:
    The Messenger of Allah [SAW] said:Whoever stands in the voluntary night prayer of Ramadan out of faith and in the hope of reward, his previous sins will be forgiven. And whoever spends the night of Lailat Al-Qadr in prayer out of faith and in the hope of reward, his previous sins will be forgiven.
    [Sahih Sunan An-Nasai No.5027]

    Jika ikut kepala logik CP,apakah solat juga adalah tuhan kerana solat itu boleh menghapuskan dosa??

    Hadith Keempat :
    Narrated Al-Bara ibn Azib:
    The Prophet (ﷺ) said: “Two Muslims will not meet and shake hands having their sins forgiven them before they separate.”
    [Sahih Sunan Abu Dawud No.5212]

    Jika ikut kepala logik CP,maka apakah bersalam tangan itu juga adalah tuhan kerana bersalaman tangan boleh menghapus dosa??

    Hadith kelima :
    Abu Hurairah narrated that :
    The Messenger of Allah said:
    “Whoever performs Hajj for Allah and he does not have sexual relations nor commit any sin, then his previous sins will be forgiven.”
    [Sahih Jami` At-Tirmidhi No.811]

    Jika ikut kepala logik CP,maka apakah Haji tanpa melakukan seksual adalah tuhan kerana kerana amalan tersebut boleh menghapus dosa??

    Sekian dari saya….

    pesan Jesus kepada anda,
    “Jikalau kamu tetap dalam sabdaku,kamu benar-benar adalah muridku.dan kamu akan mengetahui kebenaran, dan kebenaran itu akan memerdekakan kamu.”
    [John 8:31-32]
    – memerdekakan anda dari kekufuran…

    pesan Rasullullah Muhammad SAW kepada anda :
    “Terimalah kebenaran itu walau ianya pahit..”
    [Hadith Sahih Bukhari dan Tirmizi]

    Firman Allah Azza’Wa’Jalla :
    “Telah datang kebenaran dan lenyaplah kebatilan.Sesungguhnya kebatilan itu sememangnya pasti lenyap.”
    [Al-Isra’ 17: 81]

  • Menjawab Christian Prince – “Allah turun ke langit dunia tanda pekak?”

    Menjawab Christian Prince – “Allah turun ke langit dunia tanda pekak?”

    Reading Time: 5 minutesبِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

    Hero Christian masa kini – Christian Prince telah membuat satu video panjang yang mana dia mempermasalahkan tentang Allah Azza’Wa’Jalla. Video tersebut boleh lihat disini :
    – https://www.youtube.com/watch?v=bwpeB1twHzY

    Video itu sangat panjang dengan durasi selama 2 jam 35 minit 18 saat dan banyak bahagian yang dia isu permasalahan tentang Allah namun dalam artikel ini kita akan jawab dulu tentang isu pertama iaitu fitnah tuduhan Christian Prince berkenaan tentang Allah turun langit ke dunia (Bait Al-Izzah) pada 1/3 malam yang mana Christian Prince mengatakan Allah turun ke langit dunia menandakan Allah bukan Maha Mendengar bahkan pekak kerana menurut beliau,Allah terpaksa turun ke langit dunia untuk dengar doa-doa umat Islam.

    Kita akan jawab fitnah tuduhan si bodoh Christian Prince disini secara sederhana memandangkan dia tidak tahu apa-apa tentang Islam tetapi hanya tahu membuat provokasi tanpa ilmu.

    Pertama sekali,mari kita baca ayat Hadith mengenai turunnya Allah pada 1/3 malam :
    يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الآخِرُ يَقُولُ: مَنْ يَدْعُونِي، فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ، مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ

    Daripada Abu Hurairah R.A,Nabi Muhammad SAW bersabda :
    “Allah turun ke langit dunia setiap malam pada 1/3 malam terakhir. Allah lalu berfirman : “Siapa yang berdoa kepada-Ku,nescaya Aku kabulkan! Siapa yang meminta kepada-Ku,nescaya Aku berikan! Siapa yang meminta ampun kepada-Ku,tentu Aku ampuni!”. Demikianlah keadaannya hingga terbit fajar.”
    [Hadith Sahih Bukhari No.1145 dan Sahih Muslim No.758]

    Hadith inilah yang Christian Prince telah pakai untuk membuktikan bahawa kononnya Allah terpaksa turun ke langit dunia kerana menurut dakwaan Christian Prince,Allah bukan Maha Mendengar tetapi pekak. Oleh yang demikian,Tuhan terpaksa turun ke langit dunia untuk mendengar doa-doa muslim. Disini saya akan berikan pencerahan kepada si bodoh Christian Prince agar jadi bijaksana.

    Dalam hadith tersebut,kalimat yang digunakan adalah “يَنْزِلُ” (yanzilu) yang berasal dari kata “nazala” yang bermaksud “turun” yang mana kalimat ini digunakan sebagai mutasyabihah Arabiyyah disebabkan tidak boleh ditakyif,tidak boleh ditasybih,tidak boleh dita’thil dan tidak boleh ditamsil. Lafaz kalimat tersebut dapat diketahui dan difahami maknanya tanpa mengetahui kaifiatnya. Makna “yanzilu” dari asal kata “nazala” adalah maklum tetapi kaifiatnya adalah majhul. Beriman dengannya adalah wajib dan bertanyakan tentangnya merupakan bid’ah.

    Sedangkan kalimat “turun” secara zahir yang biasanya dimudhafkan kepada makhluk adalah kalimat “اهْبِطُوا” (Ahbitu) seperti dalam ayat ini :

    قُلْنَا اهْبِطُوا مِنْهَا جَمِيعًا ۖ فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُمْ مِنِّي هُدًى فَمَنْ تَبِعَ هُدَايَ فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

    “Kami berfirman : “Turunlah kamu dari syurga itu! Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu,maka barang siapa yang mengikuti petunjuk-Ku nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka dan mereka tidak berdukacita.”
    [Al-Baqarah 2:38]

    Dalam ayat ini,kalimat “اهْبِطُوا” (Ahbitu) yang bermaksud “turun” telah digunakan untuk merujuk muhkamat Quranic Arabiyyah yang mana ianya membawa penjelasan zahir secara jelas turunnya sesuatu dari tempat arah atas ke tempat arah di bawah.

    Apabila para sahabah Nabi Muhammad SAW dan orang Arab mendengar hadith ini,mereka tidak bertanya kepada Nabi,
    “wahai Muhammad SAW,bagaimana Allah turun?”

    bahkan mereka hanya diam tanda memahami sebab mereka mengetahui bahawa Allah selaku Al-Khaliq tidak sama seperti makhluk seperti dalam ayat yang telah dinyatakan :
    لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ ۖ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
    “Tidak ada sesuatupun yang sama dengan Dia dan Dialah yang Maha Mendengar dan Maha Melihat.”
    [Asy-Syuura 42:11]

    وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ
    “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa dengan Dia”
    [Al-Ikhlas 112:4]

    Berkenaan dengan tuduhan Christian Prince kononnya Allah pekak sebab perlu turun ke langit dunia,maka saya jawab dengan kaedah Analogya :
    – Dunia kini semakin maju dan canggih dalam teknologi kemodenan dan segala luahan rakyat mudah disampaikan terus kepada Raja setiap masa melalui teknologi media dalam negaranya. Dan cara demikian,Si Raja dapat mendengar dan mengetahui semua setiap masalah rakyatnya dalam negara. Satu masa si Raja turun padang ke dataran pusat bandar dalam satu perhimpunan rasmi kemudian bertitah di hadapan semua rakyatnya dengan berkata :
    “Luahkanlah semua masalah kalian pada hari ini,nescaya beta akan perkenankan apa saja masalah kalian.”

    Soalan saya kepada Christian Prince :
    – Mengapa Si Raja itu perlu turun ke dataran pusat bandar dalam satu perhimpunan rasmi untuk mendengar luahan rakyatnya sedangkan dalam dunianya telah mencapai kemajuan serba moden dan canggih yang mana segala mesej mudah diterima di hujung jari??
    (A) Sebab Si Raja itu pekak dan buta,maka perlu turun ke bandar untuk dengar betul-betul apa yang diluahkan dari masyarakat rakyatnya.

    (B) Kehendak Si Raja yang pada hari itu sebagai tanda Kasih Sayangnya kepada rakyat jelatanya.

    Saya berikan tempoh sehingga Hari Kiamat kepada Si Bodoh Christian Prince untuk menjawab satu soalan saya itu.

    Giliran saya “putar meja” kepada Christian Prince. Disini saya berikan dua kesalahan Bible dari 50 000 kesalahan Bible dan satu kesalahan ini membuktikan bahawa Tuhan dalam Bible adalah lemah dan terbatas.

    KESALAHAN NO.1
    Mari kita baca :
    “Ketika Allah pada hari ketujuh telah menyelesaikan pekerjaan yang dibuat-Nya itu, berhentilah Ia pada hari ketujuh dari segala pekerjaan yang telah dibuat-Nya itu. Lalu Allah memberkati hari ketujuh itu dan menguduskannya, karena pada hari itulah Dia berhenti dari segala pekerjaan penciptaan yang telah dibuat-Nya itu.”
    [Genesis 2:2-3]

    Dalam ayat ini,kalimat yang digunakan adalah “שָׁבַת֙” (Sa-bat) yang bermaksud “rehat” atau “rested”. Ini dikuatkan lagi dalam ayat lain :
    “Antara Aku dan orang Israel maka inilah suatu peringatan untuk selama-lamanya, sebab enam hari lamanya TUHAN menjadikan langit dan bumi, dan pada hari yang ketujuh Dia berhenti bekerja untuk beristirahat.”
    [Exodus 31:17]

    Kalimat yang sama dipakai iaitu “שָׁבַת֙” (Sa-bat) bahkan ditambah dengan ayat “וַיִּנָּפַֽשׁ” (vayyin’nappaz) yang bermaksud “and was refreshed”. Jelas dua ayat ini membuktikan bahawa Tuhan Israel dalam Bible TIDAK Maha Kuasa bahkan kuasa-Nya terbatas sehingga boleh penat dalam menciptakan alam seterusnya memerlukan rehat untuk recharge kembali Kuasa-Nya.

    Ada bantahan ilmiah? Atau Chirstian Prince ingin katakan bahawa “Sa-bat” disitu merujuk ayat mutasyabihah Tauranic Ibraniyyah??

    KESALAHAN NO.2
    Tuhan Israel TERPAKSA menjelma jadi makhluk (Theophany / Reincarnation) turun ke dunia ini untuk mendengar permasalahan manusia antaranya :
    * Tuhan Israel datang ke Bumi menemui Abraham (Genesis 18:1-10)
    * Tuhan Israel turun ke dunia bertemu Yaakub sehingga tewas bertempur dengan Yaakub (Genesis 32:22-32)
    * Tuhan Israel turun ke Bumi menjadi api yang menghanguskan menemui Musa pbuh (Exodus 3:2-14)
    * Tuhan Israel turun ke Bumi menjelma jadi manusia iaitu Jesus (John 1:1-14 dan Phillipians 2:7)

    Dari semua di atas jika kita ikut pemahaman logik bodoh Christian Prince bahawa apabila Tuhan turun ke bumi untuk menemui Utusan-Nya dan menjelma jadi manusia untuk menebus dosa manusia,maka maknanya Tuhan TERPAKSA turun ke bumi untuk selesaikan semua permasalahan/urusan disebabkan Dia tidak mampu berurusan di langit. setuju?

    Jika SETUJU,maka Tuhan Israel tidak Maha Kuasa.

    Jika TIDAK SETUJU,maka anda akui bahawa Allah turun ke langit dunia seperti di nyatakan dalam Quran bukanlah bermaksud Dia pekak.

    CHECKMATE!
    Apakah Christian Prince mampu menjelaskannya?? Saya berharap Ruh Kudus mampu memberikan jawapan kepada Christian Prince dan Kristian lain!

    KESIMPULAN
    Jelas bahawa Allah Azzqa’Wa’Jalla adalah Maha Kuasa dan Maha Mendengar serta Maha Sempurna. Maha Suci Allah dari segala kecacatan dan kelemahan. Cukup jawapan yang saya berikan di atas telah meruntuhkan tuduhan fitnah Christian Prince. Si keldai Christian Prince masih GAGAL membuktikan kesalahan ajaran Islam. Saya memberikan pertaruhan cabaran kepada Christian Prince untuk carikan SATU kesalahan Islam secara mutlak tanpa bantahan hujah ilmiah dari kami. Saya berikan tempoh sehingga Kiamat.

    Saya,semua saudara muslim yang lain dan sesiapa yang mengetahui hakikat kebenaran hanya akan mentertawakan Christian Prince dan sesiapa yang menjadi Penggemar Tegar Christian Prince yang bodoh itu.

    Islam agama yang benar! Quran TIDAK ADA kesalahan WALAU SEINCI. Yang salah adalah kedegilan missionaries dari mengkaji kebenaran.

    KEMBALILAH KE PANGKAL JALAN IAITU ISLAM….SAKSIKAN KEBENARAN ISLAM..

    pesan Jesus kepada anda,
    “Jikalau kamu tetap dalam sabdaku,kamu benar-benar adalah muridku.dan kamu akan mengetahui kebenaran, dan kebenaran itu akan memerdekakan kamu.”
    [John 8:31-32]
    – memerdekakan anda dari kekufuran…

    pesan Rasullullah Muhammad SAW kepada anda :
    “Terimalah kebenaran itu walau ianya pahit..”
    [Hadith Sahih Bukhari dan Tirmizi]

    Firman Allah Azza’Wa’Jalla :
    “Telah datang kebenaran dan lenyaplah kebatilan.Sesungguhnya kebatilan itu sememangnya pasti lenyap.”
    [Al-Isra’ 17: 81]

    “Tiada tuhan selain Allah,Muhammad dan Eesa Al-Masih adalah Utusan Allah serta Jibrail Sayyid Malak Al-Qhuwaan adalah Ruhul Quddus…”

  • Menjawab Christian Prince – “Jahannam (Gehinnom) terletak di pinggir Jerussalem?”

    Menjawab Christian Prince – “Jahannam (Gehinnom) terletak di pinggir Jerussalem?”

    Reading Time: 8 minutesبِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

    Sebelum ini,telah banyak kita temui kebodohan dan penipuan hero Kristian abad ini (Christian Prince) dan telah kita luruskan semuanya,kini kita temui lagi satu kebodohan Si keldai Christian Prince. Semakin banyak dia buat video,semakin terlihat kebodohannya.

    Kali ini,si keldai Christian Prince telah menampilkan satu video menjawab muslim yang bertajuk “Di manakah letaknya Neraka Jahannam?”. Videonya itu boleh lihat disini :
    – https://www.youtube.com/watch?v=OQMTYci_gBI

    Disini kita akan jawab penipuan Christian Prince dalam videonya berkenaan tajuk tersebut. lets check it out~

    CLAIM NO.1
    Christian Prince mencabar kepada seluruh muslim apa definisi Jahannam.

    MAB response :
    definisi “Jahannam” dari akar kata “J-H-M” (جهنم) yang bermaksud :
    * Lembah keburukan / kemurungan
    * Bahagian tergelap dari semua kegelapan malam
    * Kabut hitam tidak berair
    * Api hitam gelap menyiksakan
    * Kampung kegelapan
    * Tempat segala kesedihan
    sumber :
    – https://www.discoveringislam.org/jahannam.pdf
    – https://www.academia.edu/10133070/_The_Qur_an_and_the_Syriac_Bible_Oxford_Islamic_Studies_Online_and_Oxford_Biblical_Studies_Online_Focus_On_Essay_June_2013
    (file:///C:/Users/PC%2001/Downloads/612691.pdf)
    [Wehr Hans – The Hans Wehr Dictionary of Modern Written Arabic]

    CLAIM CABARAN BODOH CHRISTIAN PRINCE TELAH DIJAWAB!

    CLAIM NO.2
    Christian Prince mengatakan bahawa Muhammad SAW mencuri nama Jahannam dari asal nama Gehinnom yang mana Gehinnom adalah nama tempat pembuangan sampah di pinggir Jerussalem.

    MAB response :
    Kebodohan Christian Prince yang cetek ilmu tapi berlagak hero Kristian semakin terserlah. Mari kita ajar dia bagaimana cara “pakai seluar dalam” dengan betul….

    01 – Dalam Hebrew,Jahannam dipanggil sebagai Gehinnom yang berasal dari akar kata “Gehenna” (גהנה) dari bahasa Yiddish yang bermaksud sama dengan “Jahannam” dalam Arabic.
    Sumber :
    – https://www.judaism-islam.com/the-afterlife-in-judaism-and-islam/
    – https://www.encyclopedia.com/religion/encyclopedias-almanacs-transcripts-and-maps/jahannam
    – http://www.jewfaq.org/search.shtml?Keywords=Gehinnom

    Dalam kitab Rabbinic Judah Israel iaitu ayat dalam Eruvin 19a:16,Pesikta Rabbati 50:1,Rosh Hashanah 17a,Pesikta de-Rav Kahana 30,Pesikta de-Rav Kahana 19b dan Berakhot 57b menyatakan kalimat “Gehinnom” adalah tempat siksa Api Neraka. Ini sama dengan konsep Jahannam yang juga merujuk tempat siksa Api Neraka.

    Menurut Exegess Judah Israel – Rabbi Wadi Er dan empat (04) orang Exegess Christians – Prof.Daniel Watson,Prof.Robert M. Peterson,Dr. R.J. Zwi Werblowsky dan Dr.Geoffrey Widoger,kalimat “Gehinnom” bermaksud “Lembah Hinnom” (Valley of the Hinnom) yang mana asalnya dirujuk kepada tempat siksaan api neraka yang diciptakan tuhan untuk pendosa-pendosa dan orang kafir Gentiles (Non-Israel).

    “In Judaism,the name Gehinnom is generally used as an appellation of the place of torment reserved for the wicked after death. The New Testament used the Greek form Gehenna in the same sense.”
    [Prof.Daniel Watson – Encyclopaedia Judaica ABD page 2:926–28]
    Other footnote :
    – Bible Interpretation – The Book Jeremiah Robert M. Peterson. 2007
    – The Oxford Dictionary of the Jewish Religion. New York: Oxford. 37-38. 1997

    Jadi,perkataan/kalimat “Gehinnom” asalnya merujuk tempat siksaan api Neraka yang sama dengan makna “Jahannam”. Jadi jelas Muhammad SAW tidak merampas curi perkataan itu dari Bible tanpa ilmu pengetahuan.

    02 – Selepas itu,kemudian kalimat “Gehinnom” yang asalnya sebagai nama tempat siksaan azab api Neraka telah di pakai rujuk kepada tempat pembuangan sampah,bangkai binatang dan pembuangan mayat penjahat yang dihukum mati di lembah selatan pinggir Jerussalem di salah satu sempadan antara wilayah Juda dan Bunyamin dan antara lembah Repaim dan En-Rogel (Joshua 15:8,Joshua 18:16 dan Nehemia 11:30).

    Semasa zaman Monarchy di Israel,”lembah Gehinnom” juga disebut sebagai tempat Topheth yang mana ianya dijadikan tempat upacara kejam yang melibatkan pembakaran kanak-kanak (2 Kings 23:10,Jeremiah 7:31 dan Jeremiah 32:35). Nabi Jeremiah berulangkali mengutuk laknat perbuatan upacara ini dan meramalkan bahawa berdasarkan namanya Topheth dan Lembah Anak Hinnom,ianya juga akan disebut sebagai “lembah Penguburan” (Jeremia 19:5-6).

    Setelah dalam Perjanjian Baru,Jesus Christ pbuh mengembalikan asal penggunaan nama “Gehinnom” merujuk kepada makna asal iaitu tempat siksaan azab Api Neraka. Dalam Perjanjian Baru,kata “Gehenna” digunakan sebanyak tiga belas (13) kali merujuk tempat azab siksaan api neraka kepada pendosa.

    Jesus mengatakan dalam Matthew 5:29 dan Luke 16:19-31 bahawa neraka adalah tempat siksaan kekal abadi. Dalam Luke 12:5,Jesus mengatakan bahawa Tuhan menguasai Neraka yang mana Dia melemparkan pendosa-pendosa ke dalam Neraka dan harus takuti Dia. Dalam Mark 9:43 dan Revelation 20:13,kalimat “Gehenna” merujuk “Lautan Api yang tidak akan terpadam” dan ini synonym dengan konsep “Jahannam” dalam Semetic Arabic.

    Kebanyakan Kristian tidak tahu membezakan antara Sheol dengan Gehenna / Gehinnom. Sheol synonym dengan Barzakh (dalam Arabic) manakala Gehenna / Gehinnom synonym dengan Jahannam. Dalam Perjanjian Lama seperti Psalm 16:10 / Psalm 30:10 / Psalm 88:7-13 / Psalm 55:15 / Proverb 9:18 / Ecclesiastes 9:5-10 / Ezekiel 28:8 / Ezekiel 31:14 / Job 10:21-22 / Job 38:17 dan Perjanjian Baru seperti Matthew 16:18 / Luke 16:23 / Revelation 1:18 serta Act 2:27-31,semua ayat tersebut merujuk “Sheol” (Hebrew) ATAU “Hades” (Greek) yang sama dengan “Barzakh” (Arabic). Sebanyak 61 kali disebut dalam Perjanjian Lama merujuk Alam Barzakh. Jadi ada beza antara “Gehenna” dengan “Sheol”.

    Sila rujuk disini yang mana Exegess Bible – Bill Mounce sendiri menyatakan perbezaan antara Sheol dengan Gehenna / Gehinnom :
    – https://www.billmounce.com/monday-with-mounce/hell-hades-gehenna-and-the-realm-the-dead-acts-2-27

    Neutral website :
    – https://en.wikipedia.org/wiki/Sheol

    nampaknya Christian Prince dan Kristian (khususnya Roman Catholic) perlu belajar apa itu “Novum in Vetere latet et in Novo Vetus patet”. Pope John Paul II sendiri mengatakan bahawa Neraka diciptakan oleh Tuhan kepada orang-orang yang menolak ajaran Tuhan. sila rujuk kenyataannya disini :
    – http://w2.vatican.va/content/john-paul-ii/en/audiences/1999/documents/hf_jp-ii_aud_28071999.html
    – http://www.av1611.org/hell_place.html
    – https://www.catholicculture.org/culture/library/view.cfm?id=1183
    (July 28 1999 Vatican Public Audience John Paul II)

    Hanya Paul mengajar Neraka bukan tempat menghukum (Roman 6:7). Ini jelas ajaran Paul bertentangan dengan ajaran Jesus Christ pbuh dan Kristian lebih mengikuti ajaran Paul dari Jesus Christ pbuh. Jadi,jika Christian Prince mengatakan muslim tidak faham tentang Neraka,ini sekaligus menolak Bible sendiri dan menganggap Jesus berbohong….setuju??

    Maka,jelas bahawa Muhammad SAW tidak merampas curi nama “Jahannam” dari “Gehinnom” dan jelas bahawa Gehinnom asalnya adalah merujuk tempat balasan siksaan azab api Neraka yang sama makna dengan konsep Jahannam dalam Islam.

    CLAIM BODOH CHRISTIAN PRINCE MENGATAKAN MUHAMMAD MENCURI NAMA JAHANNAM DARI ASAL NAMA GEHINNOM UNTUK DIJADIKAN SEBAGAI NERAKA ISLAM DIRUNTUHKAN!

    CLAIM NO.3
    Christian mempertikai mengapa Allah menggunakan bahasa Hebrew seperti perkataan “Jahannam” / “Jibrail” / “Mikhail” dan lain-lain. Bukankah Quran diturunkan dalam bahasa Arab yang murni?

    MAB response :
    Christian Prince yang di anggap bijaksana oleh Kristian abad ini tidak tahu bahawa Hebrew,Semetic Arabic dan Aramaic Syriac (Suryani) adalah di antara dua belas (12) bahasa Semetic yang mempunyai hubung kait persamaan sebutan dalam kalimat. Seperti contoh :
    * dalam bahasa Aramaic Syriac,Jesus Christ pbuh dipanggil sebagai “Eeso M’sheeka” dan ini persamaan sebutan dalam kalimat dengan Semetic Arabic adalah “Eesa Al-Masih” serta sedikit jauh sebutan dalam kalimat dengan “Yeshua Ha Masaha” dalam Hebrew.

    * dalam bahasa Aramaic Syriac,Taman Syurga di panggil sebagai “Gannat” yang mana hampir sama sebutan dalam kalimat dengan “Jannah” dalam Semetic Arabic.

    * Contoh lain lagi ialah bahasa Aramaic Syriac dan Hebrew memanggil “tunduk kepala menyembah bumi” sebagai “Segeed” atau “Sagad” yang mana ianya sama sebutan dalam kalimat dengan “Sujuud” dalam Semetic Arabic.

    * dalam bahasa Hebrew,”tuhan” dipanggil sebagai “Eli” atau “EL” manakala dalam Aramaic Syriac dipanggil sebagai “Eloi” yang mana ianya sama dengan Semetic Arabic yang menyebut “Ilah” atau “IL”.

    * “Gavriel” (גַּבְרִיאֵל) dalam bahasa Hebrew adalah sama sebutan dalam kalimat dengan “Jibrail” (جبرائيل) dan seperti juga “Mikhael” (מיכאל – Hebrew) sama sebutan dalam kalimat dengan “Mikhail” (ميكائيل – Arabic).

    Jadi apabila ada persamaan sebutan dalam kalimat itu,Christian Prince menuduh Muhammad SAW mencuri nama dari Hebrew….inilah akibatnya apabila dalam kekufuran,terserlah kebodohan.

    Quran memang diturunkan dalam bahasa Arab yang murni dan jelas tetapi Christian Prince yang jahil dicampur hati yang tidak murni tidak mengetahui hakikat hal ini.

    CLAIM BODOH CHRISTIAN PRINCE MENGATAKAN ALLAH MENGGUNAKAN BAHASA HEBREW DALAM QURAN DIRUNTUHKAN!

    CLAIM NO.4
    Christian Prince mengatakan semua orang Islam akan memasuki Neraka (Maryam 19:71) dan dia menyatakan lagi bahawa kalimat “Waariduhaa” membawa maksud “memasuki”.

    MAB response :
    Quran Maryam 19:71 sebut ‘waariduhaa’ yang bermaksud “melintasi/mendatangi/menyeberangi” BUKAN ‘khaaliduhaa’ yang bermaksud “memasuki/menerima/menyertai”. Jadi maksud ayat tersebut ialah kita semua harus melalui As-Shirath disitu.

    Ayat ini (ayat 71) merupakan khabar berita dari Allah kepada seluruh makhluk sama ada orang-orang yang soleh ataupun derhaka. Mukminin maupun orang kafirin. Setiap orang akan menyeberangi As-Shirath yang bawahnya adalah Neraka. Inilah maksud “mendatangi Neraka” kerana Neraka dekat dengan As-Shirat dan ketika itu kita dekat dengan Neraka. Dalam ayat tersebut Allah memakai kata ‘waariduhaa’ yang bermaksud ‘mendatanginya/melintasinya/menyeberanginya’ (pass over it)….Allah tidak memakai kata ‘khaaliduhaa’ yang bermaksud ‘memasukinya/menyertai/menerima’ (enter)….Perhatikan Terjemahan dalam English :

    “Not one of you but will pass over it: this is, with thy Lord, a decree which must be accomplished.”
    [Maryam’ 19:71]

    huraian penjelasan ayat Maryam 19:71 ini di nyatakan dalam Hadith Muhammad SAW yang mana semua manusia akan melintasi As-Shirath yang dibentangkan di atas Neraka. Penjelasan terperinci seperti berikut :

    Narrated Abu Huraira: The people said, “O Allah’s Apostle! Shall we see our Lord on the Day of Resurrection?” He replied, “Do you have any doubt in seeing the full moon on a clear (not cloudy) night?” They replied, “No, O Allah’s Apostle!” He said, “Do you have any doubt in seeing the sun when there are no clouds?” They replied in the negative. He said, “You will see Allah (your Lord) in the same way.

    On the Day of Resurrection, people will be gathered and He will order the people to follow what they used to worship. So some of them will follow the sun, some will follow the moon, and some will follow other deities; and only this nation (Muslims) will be left with its hypocrites. Allah will come to them and say, ‘I am Your Lord.’ They will say, ‘We shall stay in this place till our Lord comes to us and when our Lord will come, we will recognize Him.

    Then Allah will come to them again and say, ‘I am your Lord.’ They will say, ‘You are our Lord.’ Allah will call them, and As-Sirat (a bridge) will be laid across Hell and I (Muhammad) shall be the first amongst the Apostles to cross it with my followers. Nobody except the Apostles will then be able to speak and they will be saying then, ‘O Allah! Save us. O Allah Save us.’

    There will be hooks like the thorns of Sa’dan in Hell. Have you seen the thorns of Sa’dan?” The people said, “Yes.” He said, “These hooks will be like the thorns of Sa’dan but nobody except Allah knows their greatness in size and these will entangle the people according to their deeds; some of them will fall and stay in Hell forever; others will receive punishment (torn into small pieces) and will get out of Hell, till when Allah intends mercy on whomever He likes amongst the people of Hell, He will order the angels to take out of Hell those who worshipped none but Him alone.

    The angels will take them out by recognizing them from the traces of prostrations, for Allah has forbidden the (Hell) fire to eat away those traces. So they will come out of the Fire, it will eat away from the whole of the human body except the marks of the prostrations. At that time they will come out of the Fire as mere skeletons. The Water of Life will be poured on them and as a result they will grow like the seeds growing on the bank of flowing water….”
    [Sahih Bukhari Volume 1 Book 12 Number 770]

    dan ayat tersebut (Maryam 19:71) tidak terhenti disitu,mari kita sambung baca lagi konteksnya. Orang yang beriman dan bertaqwa akan terus menyeberang selamat ke syurga manakala orang yang kafir dan zalim akan menyeberang lalu jatuh ke Neraka (baca ayat seterusnya dalam Maryam 19:72). Ini sudah menjadi ketentuan Allah dan janji-Nya kepada para hamba-Nya. Tidak ada keraguan tentang terjadinya peristiwa itu dan Allah pasti akan merealisasikannya.

    “Kemudian Kami akan menyelamatkan orang-orang yang bertakwa dan membiarkan orang-orang yang zalim di dalam neraka dalam keadaan berlutut.”
    [Maryam 19:72]

    Jadi ayat tersebut BUKAN memberitahu bahawa muslim masuk Neraka tetapi memberitahu bahawa setiap manusia akan melintasi AS-Shirath yang dibawahnya adalah Neraka dan kemudian Allah hanya selamatkan muslim dari api Neraka dengan berjayanya melintasi As-Shirath itu (Maryam 19:72).

    CLAIM BODOH CHRISTIAN PRINCE MENGATAKAN ORANG ISLAM MASUK NERAKA DIRUNTUHKAN!

    TAMBAHAN
    Ada satu claim dari Christian Prince menyatakan lagi berkenaan dengan Al-Baqarah 2:111 tetapi saya hanya mendapati kritikannya hanya sekadar assumption. Jadi tidak perlu dibantah dengan berikan hujah maklumbalas….

    Soalan saya mudah sahaja berkenaan Al-Baqarah 2:111 tersebut :
    – Sila berikan di mana dalil dalam mana-mana sumber ada menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW ada mengatakan kepada Kristian,
    “Kamu (Judah dan Kristian) telah meniru “Jahannam” dari kitab kami..”

    Silakan Christian Prince yang arif lagi bijaksana….Satu persatu sendi-sendi ajaran Kristian akan dibongkarkan kerana Kristian yang hanya mampu menipu disebabkan tidak mampu menegakkan kebenaran agamanya.

    RUMUSAN :
    – Definisi dan konsep Jahannam sama dengan Gehenna / Gehinnom.

    – Gehinnom asalnya adalah nama tempat siksa azab api Neraka sebelum diguna pakai untuk merujuk tempat pembuangan sampah dan pengumpulan mayat-mayat manusia.

    – Jesus Christ pbuh mengembalikan penggunaan “Gehenna / Gehinnom” itu kepada asal maksud dengan merujuk tempat siksa azab api Neraka.

    – Sheol dan Gehenna itu tidak sama kerana Sheol adalah merujuk tempat persinggahan ruh orang mati sebelum Hari Pengadilan baik ruh orang beriman atau ruh orang kafir.

    – Quran Maryam 19:71 dan Hadith Muhammad SAW mengatakan semua manusia (baik muslim dan kafir) akan melintasi jambatan yang dibentangkan atas Neraka dan hanya para Nabi dan orang mukmin yang akan selamat sampai ke Syurga (Maryam 19:72).

    KESIMPULAN
    Jelas bahawa Jahannam (Arabic) dengan Gehenna (Aramaic Syriac dan Yiddish) Gehinnom (Hebrew) adalah sama yang mana kedua-dua nama tersebut merupakan nama tempat siksaan azab Api Neraka milik Allah Azza’Wa’Jalla untuk orang-orang kafir.

    Si keldai Christian Prince masih GAGAL membuktikan kesalahan ajaran Islam. Saya memberikan pertaruhan cabaran kepada Christian Prince untuk carikan SATU kesalahan Islam secara mutlak tanpa bantahan hujah ilmiah dari kami. Saya berikan tempoh sehingga Kiamat.

    Saya,semua saudara muslim yang lain dan sesiapa yang mengetahui hakikat kebenaran hanya akan mentertawakan Christian Prince dan sesiapa yang menjadi Penggemar Tegar Christian Prince yang bodoh itu.

    Islam agama yang benar…pesan Jesus Christ pbuh :
    “Jikalau kamu tetap dalam sabdaku,kamu benar-benar adalah muridku.dan kamu akan mengetahui kebenaran, dan kebenaran itu akan memerdekakan kamu.”
    [John 8:31-32]
    – memerdekakan anda dari kekufuran…

    “Itulah sebabnya aku berkata-kata dalam perumpamaan kepada mereka; kerana sekalipun melihat, mereka tidak melihat dan sekalipun mendengar, mereka tidak mendengar dan tidak mengerti.”
    [Matthew 13:13]

    pesan Rasullullah Muhammad SAW :
    “Terimalah kebenaran itu walau ianya pahit..”
    [Hadith Sahih Bukhari dan Tirmizi]

    Firman Allah Azza’Wa’Jalla :
    “Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap.Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.”
    [Al-Isra 17:81]

    Tiada Tuhan selain Allah,Jesus dan Muhammad adalah Utusan Allah serta Jibrail Sayyid Malak Al-Qhuwwaan adalah Ruhul Quddus.