بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Kebiasaan Anti-Islam dari kalangan Evangelists / Apologetics / Missionaries & Cybertroopers of Christianity memfitnah junjungan agung kita iaitu Rasullullah Muhammad SAW dengan mengatakan bahawa baginda (Muhammad) wafat diracun dengan berikan dalil Quran dan Hadith seperti berikut :
“Dan kalaulah Muhammad mengatakan atas nama Kami secara dusta sebarang kata-kata rekaan,sudah tentu Kami akan menyentapnya dengan kekuasaan Kami,kemudian sudah tentu Kami akan MEMUTUSKAN TALI JANTUNGNYA supaya dia mati dengan serta-merta.Maka tidak ada seorangpun di antara kamu yang dapat menghalang tindakan Kami itu daripada menimpanya.”
[Al-Haqqah 69:44-47]
Diceritakan oleh ‘Aishah R.A bahawa Rasulullah dalam keadaan sakit yang menyebabkan kematiannya berkata”
“Oh Aishah! Aku masih merasakan sakit akibat makanan yang aku makan di Khaibar dan saat ini, aku merasa seolah-olah urat nadiku terputus akibat racun itu.”
[Hadith Sahih Bukhari No.64/4428]
Mengenai fitnah tentang Muhammad diracuni itu sebenarnya TELAH LAMA DIJAWAB oleh Muslim Scholars dan muslim apologetics. Berikut saya berikan sumber :
English
– http://www.islamweb.net/emainpage/index.php?page=showfatwa&Option=FatwaId&Id=220678
– http://www.answering-christianity.com/prophet_poison_death.htm
– http://www.answering-christianity.com/mo-death_rebuttal.htm
– http://www.answering-christianity.com/sami_zaatri/rebuttal_to_silas_4.htm
– http://www.answering-christianity.com/blog/index.php?topic=1406.0
– http://www.answering-christianity.com/abdullah_smith/alleged_poisoning_of_prophet_muhammad.htm
– https://www.call-to-monotheism.com/prophet_muhammad__peace_be_upon_him__and_the_taking_of_poison
– https://www.call-to-monotheism.com/does_the_prophet_s_death_from_poison_disprove_his_prophethood_or_was_it_an_honorable_death_for_our_beloved_prophet_
– https://rebuttaltoansweringislam.wordpress.com/2016/01/17/refuting-the-rubbish-about-the-death-of-prophet-muhammad-s-a-w-w/
Bahasa
– http://lampu-islam.com/menjawab-tuduhan-nabi-muhammad-meninggal-diracun-wanita-yahudi/
– http://adijullio.blogspot.com/2015/05/menjawab-fitnah-nabi-muhammad-meninggal.html
– https://cahyaimancahayakebenaranislam.wordpress.com/2010/06/02/menjawab-fitnah-benarkah-nabi-muhammad-meninggal-karena-diracun/
– http://islamgoislam.blogspot.com/2016/02/fitnah-kristen-terhadap-nabi-muhammad.html
– https://answeringkristen.wordpress.com/muhammad-saw-meninggal-karena-diracun/
– https://www.youtube.com/watch?v=HvVyClTnR88
– https://www.youtube.com/watch?v=BvKT–SUAQ0
– https://www.youtube.com/watch?v=jJC9YXVOqMo
– https://www.youtube.com/watch?v=15RQxgxOA-s
Kenyataan dari Exegess Neutral dari Non-Muslim iaitu Karen Armstrong :
– https://www.islamicity.org/3097/refuting-lies-about-the-prophet/
[Karen Armstrong – “Muhammad: Prophet For Our Time”]
Sumber rujukan penuh :
– https://islamphobia.wordpress.com/2012/09/14/refuting-arguments-against-prophet-muhammad-pbuh/
– https://islamicapologetics1.blogspot.com/2012/03/refuting-criticisms-and-polemics-about.html
Sungguhpun ianya telah dijawab secara mutlak,namun saya tetap akan berikan jawapan secara sederhana dalam artikel ini untuk perkongsian sekaligus meruntuhkan segala tomahan fitnah Anti-Islam terhadap junjungan agung Rasulullah Muhammad SAW dan sekaligus membuktikan kebenaran Nubuwwah baginda (Muhammad SAW).
POINT NO.1 –
dalam Quran surah Al-Haqqah 69:44-47 menyebut “Al-Watina” yang bermaksud Aorta (English) atau Urat Nadi/Tali Jantung (Malay) manakala dalam Hadith tersebut menyebut “Abhari” yang bermaksud Suffocation (English) atau Sesak nafas (Malay).
Jadi,terjemahan yang tepat untuk Hadith tersebut begini,
“Oh Aishah! Aku masih merasakan sakit akibat makanan yang aku makan di Khaibar dan saat ini,aku merasa seolah-olah nafasku sesak akibat racun itu.”
[Hadith Sahih Bukhari No.64/4428]
jadi disitu tidak ada kaitan antara Quran Al-Haqqah 69:44-47 dengan Hadith Sahih Bukhari Book 64 Number 4428….
Turunnya ayat surah Al-Haqqah 69:44-47 menerangkan bahawa sekiranya Quran itu direka oleh Muhammad SAW dan Muhammad mendustakan dengan atas nama Tuhan,maka Allah akan potong urat nadinya dengan serta merta pada waktu itu juga manakala Hadith Sahih Bukhari Book 64 Number 4428 menjelaskan bahawa saat kewafatan Muhammad SAW,baginda hanya bersangka-sangka (assumption) dengan merasakan sahaja bahawa sesak nafas dalam diri baginda adalah akibat kesan dari racun Khaybar namun sebenarnya tidak demikian.
POINT NO.2
Hadith Sahih Bukhari Book 64 Number 4428 sebenarnya ada 3 versi dimana ini menunjukkan kecurigaan sanadh dan matannya antaranya ialah Tabaqat Ibn Sa’d halaman 252 dan kitab Tafsirul Iyasy dari karya Muhammad bin Mahmud bin Iyasy Vol.1 halaman 200. Dalam Tabaqat Ibn Sa’d lebih teruk penghinaannya dimana di wujudkan Hadith buatan sendiri dari mereka (Volume 5,Book 59,Number 713) kononnya dari Aisha R.A…
Dikisahkan oleh Aishah R.A :
Pada waktu sakitnya sebelum dia mati, sang Nabi sering mengatakan, “Wahai Aisha! Aku masih merasa kesakitan kerana daging yang kumakan di Khaybar, dan sekarang aku merasa urat nadiku dipotong oleh racun itu.”
[Hadith Bukhari No.5/59/713]
Hadith ini kelihatan sama seperti Hadith Sahih No.64/4428 namun apabila di kaji dari sanadh dan ayat asli,amat jaut perbezaannya. Berkenaan hadith ini ada khilaf di antara Ulama Muhadithiin :
01 – Pendapat segelintir Ulama’
Hadith itu mungkin benar tetapi Nubuwwah Muhammad menahan racun itu dan sepanjang empat (04) tahun selepas kejadian tersebut,racun itu tetap melekat di lelangit Muhammad SAW sehinggalah sempurnanya syariat ajaran agama Allah,tugas Muhammad sebagai Utusan Allah telah selesai dan Persona kenabiannya telah “ditutup” dan bermulalah 40 hari tanda kewafatan baginda diwaktu yang sama tersebut racun yang melekat di lelangitnya mula bertindak.
Notis :
Salah seorang Apologetic Christianity iaitu Sam Shamoun juga bersetuju dengan mengatakan apabila Persona Kenabian Muhammad SAW telah ditutup setelah sempurna syariat Islam,maka racun itu mula bertindak.
Sumber :
– http://www.answering-christianity.com/bassam_zawadi/prophet_poison_death.htm
02 – Pendapat Jumhur Ulama’
Hadith itu Munkar dan Mudtharib kerana sanadh’nya dari seorang pendusta bernama Al-Waqidi yang menulis mengikut susunan riwayat yang dikutip tersebut oleh penuduh tidak dicantumkan secara lengkap dimana ia hanya mengutipnya pada bahagian-bahagian ayat yang tertentu saja dikhabarkan kononnya dari kejadian sejarah tersebut dan ini Hadith yang khabarnya Muhammad SAW wafat diracun. Sahih Bukhari menyusun dan menapis riwayat Hadith Maudhu’ dari Hadith Hasan,Sahih dan Mutawatir. Riwayat yang dikutip tersebut oleh penuduh tidak dicantumkan secara lengkap dimana dia hanya mengutipnya pada bahagian-bahagian ayat yang tertentu saja dikhabarkan kononnya dari kejadian sejarah tersebut.
Sumber :
– https://www.letmeturnthetables.com/2012/01/muhammad-ibn-umar-waqidi-narrator.html
– https://alsonnah.wordpress.com/2014/12/14/muhammad-ibn-umar-al-waqidi-as-a-narrator/
– http://www.ahlalhdeeth.com/vbe/forum/aqeedah-refutation-of-deviant-sects/14098-al-waqidi-reliable-scholar
Hadith yang sahih tentang kewafatan Muhammad SAW adalah berkenaan “Ar-Rafiq’ul A’la” yang mana baginda (Muhammad SAW) diberi pilihan sebelum kewafatannya :
Dari Aishah R.A dia berkata :
“Aku pernah mendengar bahwa seorang nabi tidak akan meninggal hingga dia di suruh memilih antara dunia dan akhirat. Aisyah berkata; Kemudian ketika Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasalam sakit yang menyebabkan kematiannya, aku mendengar beliau menuturkan dengan terputus-putus lalu beliau bersabda: Bersama orang-orang yang telah Allah beri nikmat kepada mereka, baik dari para nabi, orang-orang yang jujur, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang yang soleh dan mereka itulah sebaik-baik teman. Aisyah berkata : Aku mengira pada waktu itulah beliau diberi pilihan.”
[Hadith Sahih Bukhari No.44/427/4081]
Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin ‘Abdullah bin Hausyab Telah menceritakan kepada kami Ibrahim bin Sa’ad dari Bapaknya dari ‘Urwah dari ‘Aisyah Radliallahu ‘Anha ia berkata; Aku mendengar Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasalam bersabda :
“Tidaklah seorang nabi sakit kecuali akan diberi pilihan antara dunia dan akhirat. Aisyah berkata : Dan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam ketika sakit yang menyebabkan kematiannya, aku mendengar beliau menuturkan dengan terputus-putus, beliau bersabda: Bersama orang-orang yang telah Allah beri nikmat kepada mereka baik dari para nabi,orang-orang yang jujur,orang-orang yang mati syahid dan orang-orang yang soleh dan mereka itulah sebaik-baik teman. Maka aku tahu bahwa waktu itu beliau sedang diberi pilihan.”
[Hadith Sahih Muslim No.45/107/4220]
POINT NO.3
Memang benar ada sejarah seorang wanita Arab Judah meracuni baginda tetapi DISINILAH SALAH SATU MUKJIZAT MUHAMMAD SAW iaitu daging Khaybar itu memaklumkan kepada baginda dengan berkata,
“Sesungguhnya,tulang daging ini memberitahukan kepadaku bahawa ia beracun.”
Daging Khaybar itu berkata ,
“wahai Rasul! Sungguh,andaikan Isa putra Maryam telah dikurniakan oleh Allah kemampuan untuk dapat menghidupkan kembali orang mati,namun apakah hal itu lebih menakjubkan berbanding daging ini yang diracun dan telah digoreng? JANGANLAH ENGKAU MEMAKANKU KERANA AKU BERACUN!”
Wanita yang cuba meracuni Muhammad SAW itu ialah Zaynab binti Harith,seorang isteri Sallam bin Misykam yang merupakan pahlawan Arab Judah yang mati dibunuh oleh tentara kaum muslimin dan Zaynab berkata,
“Sayalah yang melakukan itu sebab aku ingin tahu apakah kamu benar-benar seorang nabi. Jika memang benar maka racun ini tidak akan mengganggumu dan jika kamu ternyata seorang nabi palsu,maka aku akan dapat membebaskan masyarakat dari dirimu dan ternyata MEMANG BENAR engkau seorang nabi, daging tersebut memberi khabar kepadamu bahawa ia beracun,maka dengarlah bahawa saya bersaksi ‘Tiada Tuhan selain Allah dan Engkau Muhammad benar-benar utusan Dia.”
[Adh-Dhiya’ Al-Lami’ min Khuthab Al-Jawami’ dan Khalid Abu Shalih, Qashimatuzh Zhuhri Wa Matan Syahidan – Darul Wathan,Riyadh 1422 H/2001, halaman 64-68.]
Satu (01) soalan dari saya :
– Ketika waktu tersebut,salah seorang sahabat Nabi mati serta merta ketika makan daging Khaybar yang dijamah tetapi mengapa Muhammad SAW tidak wafat serta merta sedangkan baginda juga menjamah daging tersebut???
POINT NO.4
Mari kita analisa mukjizat Muhammad SAW bahawa bukti baginda tidak wafat kerana racun :
628 AD – Perang ke Khaybar dengan jarak 171 km selama 3 hari 7 jam 20 minit
629 AD – Haji ke Makkah dengan jarak 440 km selama 8 hari
630 AD – Penaklukan Kota Makkah dengan jarak 440 km selama 8 hari
630 AD – Perang ke Hunayn dengan jarak 72.5 km selama 1 hari 7 jam
631 AD – Perang ke Tabuk dengan jarak 629 km selama 12 hari
632 AD – Haji ke Makkah dengan jarak 440 km selama 8 hari
Disini,ingin saya berikan tiga (03) soalan :
– Muhammad SAW diracun pada 628 AD dan hidup sihat segar walafiat selama 4 tahun. Jika difikir dengan logik,manusia jenis apa yang mampu berperang,berjalan kaki atau menaiki unta/kuda sejauh 440 km selama 8 hari / 72.5 km selama 1 hari 7 jam dan 629 km selama 12 hari yang mana dirinya ketika itu sedang diracun selama 4 tahun??
– Sila rujuk kepada doktor dan mana-mana cendikiawan sedunia,apa jenis racun yang mampu membunuh seseorang empat (04) tahun kemudian yang mana selama lingkungan empat (04) tahun tersebut,seseorang yang diracun itu masih hidup sihat segar walafiat???
– Para Nabi Israel juga ramai dibunuh dan diracun (Matthew 23:37 dan Mark 12: 1-12),apakah mereka Nabi Palsu??
Sekarang giliran saya “putar meja” kepada Anti-Islam :
Jesus Christ juga diracun ketika dipalang salib (Matthew 27:34) dan ini disetujui oleh Bible scholars dan Ahli Sejarah anda.
Sumber :
– https://www.metrum.org/gosen/jesuspoisoned.htm
– https://housetohouse.com/jesus-first-refuse-drink-vinegar-offered-cross/
– http://www.answering-christianity.com/abdullah_smith/alleged_poisoning_of_prophet_muhammad_2.htm
– https://www.errancy.com/what-was-mixed-with-the-wine/
– https://bibletopicexpo.wordpress.com/tag/chole/
– https://bibletopicexpo.wordpress.com/2015/06/08/jesus-death-the-physical-cause/
Menurut Exegess Christianity Commentary,ayat Koine Greek Matthew 27:34 merujuk Chole (χολή) atau Gall yang mengandungi racun. Ini kerana dalam Acts 8:23,Peter mengatakan kepada Simon bahawa hatinya penuh dengan ikatan kejahatan seperti racun yang pahit. Ayat disitu menggunakan Chole (χολή) atau Gall. Bahkan dalam Perjanjian Lama terjemahan Septuagint,Chole (χολή) atau Gall (Hebrew menyebut “Rosh” / “רוֹשׁ” dalam TNKH) di kategorikan sebagai racun dalam Psalm 69:21 / Deuteronomy 32:32 / Hosea 10:4 / Amos 6:12 / Jeremiah 8:14 dan Job 20:16 (Gall atau Chole bermaksud bisa ular Kobra). Jadi jelas bahawa Jesus Christ mati ketika dalam penyaliban disebabkan racun dalam wine (Matthew 27:34).
Dan ayat ini (Matthew 27:34) juga bercanggah dengan ayat dalam John 19:29 kerana ayat dalam John 19:29 tidak menyebut “Chole (χολή) atau Gall” sedangkan Kristian berhujah bahawa saksi penyaliban itu bersama semua Hawariyyun termasuk empat (04) penulis Gospel yang dibimbing Ruh Kudus. Bahkan Matthew 27:34 dan John 19:29 juga bercanggah dengan Mark 15:23 kerana dalam Mark 15:23 menyebut anggur bercampur Myrrh namun Jesus Christ pbuh menolaknya sedangkan dalam John 19:29 menyebut Jesus meminum wine sahaja dan dalam Matthew 27:34 mengatakan Jesus meminum Wine bercampur racun (Chole (χολή) atau Gall).
Bukan sahaja Bible membuktikan Jesus mati diracun sewaktu penyaliban tetapi juga ayat Bible saling bercanggah. Jadi pilihlah.jika Gospel of John yang benar,maka Gospel of Mark dan Gospel of Matthew adalah salah dan bukan kitab suci. Jika Gospel of Mark yang benar,maka Gospel of John dan Gospel of Matthew yang salah dan bukan kitab suci. Jika Gospel of Matthew yang benar,maka Gospel of Mark dan Gospel of John adalah salah dan bukan kitab suci sedangkan ketiga-tiga mereka dibimbing Ruh Kudus menurut kepercayaan iman Kristian.
Kita sambung lagi hujah seterusnya….
Setelah kita ketahui Jesus Christ pbuh juga diracun,apakah Jesus Christ adalah Nabi Palsu?? Bahkan dia di anggap tuhan oleh Kristian sedangkan dirinya tidak mampu buat apa-apa ketika diracun.
Prophet John The Baptist (Yahya pbuh) satu-satunya Nabi yang tidak memiliki mukjizat (John 10:41),apakah dia Nabi Palsu??. Jangan lupa,Jesus Christ pbuh telah berkata bahawa Nabi-nabi Palsu juga mampu melakukan mukjizat (Matthew 24:24).
Dalam Deuteronomy 18:18 dinubuatkan bahawa akan datang Nabi DI ANTARA saudara mereka. Seandainya nubuat itu adalah merujuk Jesus Christ pbuh,makanya pada ayat seterusnya (Deuteronomy 18:20-22) menceritakan jika Nabi itu adalah Nabi palsu yang mana banyak mengatakan bukan dari Tuhan,maka dia harus mati. Ingin saya bertnya,bagaimana Jesus mati??
Tahukah anda mengapa orang Judah menyalib Jesus Christ pbuh?? Apakah kerana disebabkan penebusan dosa?? Jika benar kerana penebusan dosa,makanya orang yang mengatakan “Eli eli lama sabakhtani” (Matthew 27:46 dan Mark 15:34) adalah di kalangan orang yang tidak dikasihi tuhan (Psalm 37:28).
. Jadi apakah Jesus Christ pbuh adalah Nabi palsu disebabkan dia ditinggalkan oleh TUhan di tiang salib (Matthew 27:46 dan Mark 15:34)??.
Bagi kami (muslim),ayat dalam Deuteronomy 18:18 adalah nubuat Muhammad SAW dan ayat seterusnya iaitu Deuteronomy 18:20-22 adalah untuk peringatan seandainya baginda adalah Nabi Palsu namun ternyata Muhammad SAW wafat bukan kerana dibunuh racun dan ayat itu dituju kepada Anti-Christ (Al-Masihu’Dajjal) yang akan datang kemudian hari. Jadi,pilih lah dengan penilaian akal bijaksana anda. Jika Deuteronomy 18:18 kamu yakini Jesus,maknanya dia adalah Nabi Palsu. Jika tidak,secara langsung anda terima Muhammad SAW adalah Utusan Allah.
CHECKMATE!
RUMUSAN
* Al-Watina bermaksud “tali jantung” manakala “Abhari” bermaksud “sesak nafas”.
* Hadith dari Bukhari No.64/4428 adalah Sahih dan menyebut “Abhari” manakala Hadith dari Bukhari No.5/59/713 adalah Mudtharib dan Munkar kerana sanadhnya ada seorang pendusta iaitu Al-Waqidi dan dalam ayat aslinya mengandungi kalimat “Al-Watina” semata-mata untuk menyamakan ayat Quran Al-Haqqah 69:44-47.
* Mukjizat Muhammad SAW ketika memakan daging Khaybar ialah daging itu memberitahu dirinya diracun oleh wanita Judah.
* Muhammad SAW selamat dari racun dan hidup selama empat (04) tahun dalam keadaan sihat walafiat.
* Tidak ada racun di muka bumi ini sepanjang sejarah mampu membunuh seseorang empat (04) tahun kemudian yang mana selama lingkungan empat (04) tahun tersebut,seseorang yang diracun hidup dalam keadaan sihat.
* Para Nabi Israel sebelum Muhammad SAW juga ada yang mati di bunuh dan di racun.
* Jesus Christ pbuh sendiri juga di bubuh racun sewaktu penyaliban.
* Yahya pbuh adalah Nabi yang tidak memiliki mukjizat,namun dia di anggap Nabi yang benar.
KESIMPULAN
Jelas Muhammad SAW adalah seorang Nabi wa Rasul yang benar dan baginda wafat BUKAN kerana racun. Jesus Christ pbuh juga diracun sewaktu penyaliban (menutur bukti naqli Bible dan kepercayaan Kristian) dan mati tidak lama selepas itu.
Kenabian Muhammad SAW adalah benar dari Allah dan Jesus Christ pbuh menubuatkan kedatangan Nubuwwah Muhammad SAW dalam John 16:1-15 dan John 14:16-17.
SAKSIKAN KEBENARAN ISLAM!
Pesan Jesus Christ pbuh :
“Jikalau kamu tetap dalam sabdaku,kamu benar-benar adalah muridku.dan kamu akan mengetahui kebenaran, dan kebenaran itu akan memerdekakan kamu.”
[John 8:31-32]
– memerdekakan anda dari kekufuran…
pesan Rasullullah Muhammad SAW :
“Terimalah kebenaran itu walau ianya pahit..”
[Hadith Sahih Bukhari dan Tirmizi]
Firman Allah Azza’Wa’Jalla :
“Telah datang kebenaran dan lenyaplah kebatilan.Sesungguhnya kebatilan itu sememangnya pasti lenyap.”
[Al-Isra’ 17: 81]
“Tiada tuhan selain Allah,Muhammad dan Eesa Al-Masih adalah Utusan Allah serta Jibrail Sayyid Malak Al-Qhuwaan adalah Ruhul Quddus.”