Reading Time: 3 minutes

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Isu “Wanita jadi Imam solat” ini telah lama di bawa oleh aliran liberal dan mereka yang menuntut kesamarataan hak antara lelaki dan wanita bukan kerana keredhaan Allah. Kemuncak berlaku kejadian ini pada sekitar tahun 2005 yang mana tokoh mereka – Amina Wadud menjadi Imam solat jumaat di sebuah masjid di New York, USA.

Pertama sekali,kita ingin menerangkan bahawa hukum wanita jadi imam solat bagi lelaki adalah tidak dibolehkan. Tiga (03) dalil naqli dari Hadith Muhammad SAW. Mari kita baca dalil seperti berikut :

Hadith Muhammad SAW :
“Sebaik-baik saf lelaki adalah paling awal dan seburuk-buruk saf lelaki adalah saf yang terakhir.Dan sebaik-baik saf perempuan adalah paling terakhir sedang seburuk-buruk saf wanita adalah saf yang paling awal.”
[Hadith Sahih Muslim No.664 dan No.881]

“Perempuan tidak boleh menjadi imam kepada lelaki dalam solat.”
[Hadith Hasan Ibn Majah No.1081 dan No.1134]

“Akhirkanlah perempuan dalam saf sebagaimana Allah mengakhirkan mereka.”
[Al Mu’jam Al kabir: At Thabrani, Hal 8/234 dan Shahih Ibnu Huzaimah, Halaman 6/279 No.1606]

Perkara ini juga disepakati seluruh jumhur ulama dalam semua mazhab Hanafi / Maliki / Hambali dan Syafie bahawa hukum wanita jadi Imam Solat bagi lelaki adalah HARAM. Sila rujuk kesepakatan Ijma Ulama :
* kitab Al-Mabsuth: Syarkhasi, Halaman 1/179
* kitab Roddul Mukhtar: Ibnu Abidin Halaman 1/577
* kitab Bidayatul Mujtahid: Ibnu Rusyd, Halaman 1/109
* kitab Al-Fawakih Ad Dawani, Halaman 1/205
* kitab Al-Umm: As Syafi’i, Halaman 1/191
* kitab Hilyatul Ulama’: Al Qoffal, Halaman 2/170
* kitab Al-Majmu’: An Nawani, Halaman 4/223
* kitab Al-Mubdi’ syarh Muqni’: Ibnu Muflih, Halaman 2/72 dan 2/146
* kitab Al-Inshaf: Mardawi, Halaman 2/263
* kitab Al-Muhalla: Ibnu Hazm,Maratib Al-Ijma’ Halaman 3/125

“Seandainya seorang perempuan dibolehkan menjadi imam lelaki, tentunya akan ada riwayat sejarah walaupun hanya satu yang menyatakan hal itu.Akan tetapi tidak ada satu riwayatpun yang menceritakan bahawa perempuan pada zaman dahulu menjadi imam bagi lelaki dalam solat.”
[Bidayatul Mujtahid, Halaman 1/227]

Notice :
Ijma’ biasanya terjadi apabila para sahabah Nabi sepakat dalam satu keputusan perkara. Keputusan Ijma’ ulama mengenai hukum wanita tidak boleh jadi imam lelaki” tidak berubah hingga hari ini dan ini disebutkan dalam kitab moden – kitab Mausu’ah Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah.

Namun ada satu hadith yang mana kononnya Ummu Waraqah menjadi imam kepada lelaki. Ini yang diambil oleh Amina Wadud sebagai bukti bahawa wanita boleh jadi imam…ok bagus…mari kita baca :

“Dari Ummi waraqah berkata bahawa Rasulullah SAW telah mengunjunginya di rumahnya, beliau menjadikan seorang muazzin untuk berazan untuknya dan memerintahkan ummi waraqah untuk menjadi imam anggota keluarganya.Abdurrahman berkata : “saya melihat muazzinnya seorang lelaki tua.”
[Hadith Abu Dawud,Daraquthni,Al-Baihaqi dan Al-Hakim]

hanya satu (01) hadith ini sahaja yang mengisyaratkan bahawa kononnya wanita boleh jadi imam kepada lelaki. Pertama sekali,kita kaji apakah status hadith ini???. Mari kita selidik :

Untuk mengetahui suatu status ringkas hadith,kita harus rujuk kitab-kitab takhrij hadith. Antara rujukan penting ialah karya Imam Ibn Hajar Al-Asqalani. Imam Ibn Hajar Al-Asqalani dan Ibnu Al-Mulaqqan berkata bahawa hadith mengenai Ummu Waraqah ini adalah DHAIF JIDDAN dan MAJHUL.

Sanadh (chain of narrators) dalam hadith tersebut :
– Abu Daud➡ Al-Hasan➡Muhammad bin Al-Fudhail➡Al-Walid bin Jumai ➡Abdurrahman bin Khallad➡Ummu Waraqah➡Nabi Muhammad SAW

Semua penyampai hadith (narrators) itu dikaji ketokohannya melalui ilmu tarikh (sejarah) dan tarajim (biography). Setelah diketahui jawapan melalui 05 point bahawa
* Abdurrahman bin Khallad tidak dikenali…Ibnu hibban,Ibnu Hajar dan Ibnu Qatthan berkata bahawa perawi ini adalah majhul.

* Al-Walid bin Jumai’ juga bermasalah ketika meriwayatkan hadith…Yahya bin Ma’in berkata: perawi ini tsiqah.sebagaimana Ibnu Hajar dalam kitab Taqrib At-Tahdzib berkata: dia perawi yang shaduq.

* Hadith Ummu Waraqah bercanggah riwayat lain yang lebih sahih yang sebut tentang kedudukan wanita dalam solat jemaah.

* Kata As-Sa’aati : lelaki tua yang menjadi Muazzin tidak menjadi makmum Ummu Waraqah. Lepas azan,dia pergi ke masjid solat berjemaah bersama Nabi dan lelaki lain.

* Hadith lain yang satu jalur periwayatan (Sunan Al-Daraqutni No.2/21) ada sebut dengan jelas bahawa Ummu Waraqah sebenarnya jadi imam kepada keluarganya yang WANITA SAHAJA TIDAK ADA LELAKI.

KESIMPULAN
Hadith mengenai Ummu Waraqah yang direkodkan oleh Abu Daud,Daraquthni dan Al-Baihaqi adalah dhaif dan majhul kerana sanadhnya terdapat seorang yang tidak dikenali (Abdurrahman bin Khallad) dan seorang lagi bermasalah dalam periwayatan hadith (Al-Walid bin Jumai).

terdapat satu hadith yang sama jalur (Sunan Al-Daraqutni No.2/21) mengenai Ummu Waraqah bahawa Ummu Waraqah menjadi imam kepada ahli keluarganya yang semuanya wanita :
“bahawasanya Rasulullah SAW mengizinkan muazzin melaksanakan azan dan iqamat di rumah untuknya (Ummu Waraqah) dan dia diizinkan untuk menjadi imam bagi keluarganya yang perempuan.”
[Hadith sahih Abu Dawud,Daraquthni No.2/21,Al-Baihaqi dan Al-Hakim]
– Az-zahabi,Az-Zailaghi,Al-Hakim dan juga Albani mensahihkannya

Jadi jelas bahawa TIDAK ADA satu pun dalil naqli yang sahih mengatakan bahawa wanita boleh menjadi Imam kepada lelaki dalam solat. Maka wanita menjadi Imam solat bagi lelaki adalah MUTLAK HARAM.

untuk lebih terperinci,sila rujuk sumber disini :
– http://catatanngajikitab.blogspot.com/2012/05/hukum-wanita-menjadi-imam-sholat-laki.html

By