بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Pada 28hb May 2019,pengarang Sabda Harian telah membuat satu artikel yang bertajuk “Pernahkah Nabi-Nabi Di Dalam Alkitab Berdosa?”. Artikel dari saudara SH boleh di rujuk disini :
– https://sabdaharian.com/pernahkah-nabi-nabi-di-dalam-alkitab-berdosa/
Setelah saya membacanya,ada beberapa perkara yang harus saya luruskan. Dalam artikel ini,saya akan berikan response sekaligus menjawab artikel dari saudara pengarang SH tersebut. Semoga bermanfaat~
SH berkata :
Terdapat pelbagai jenis watak di dalam Alkitab di mana kehidupan mereka menjadi pengajaran kepada kamu dan saya hari ini. Jelas nyata sekali semua nabi-nabi, raja-raja dan tokoh-tokoh iman di dalam Alkitab mempunyai dua persamaan yang sangat ketara :-
– Mereka adalah manusia
– Mereka pernah berdosa
“Karena semua orang telah berbuat dosa dan telah kehilangan kemuliaan Allah.”
[Romans 3:23]
Mungkin saudara berfikir bahawa manusia tidak mampu menyampaikan Firman Tuhan dengan sempurna kerana dia bejana yang berdosa. Mungkin saudara diajar dari kecil lagi bahawa inilah cara Allah bekerja, tetapi pernahkah saudara berfikir bahawa tiada yang mustahil dengan Allah? Kalau Allah ingin memakai orang yang dipandang rendah, yang dilukai, yang berdosa, untuk menyampaikan pesanan-Nya kepada manusia sejagat, siapakah kamu dan saya untuk menghalang-Nya?
Sama seperti Allah ingin menjangkau umat manusia dengan menjelma sebagai Yesus Kristus. Adakah kamu dan saya meletak batas terhadap apa yang Allah boleh serta tidak boleh lakukan? Pastinya TIDAK!
Mungkin sesetengah pihak bertanya, “Jika orang Kristian menyatakan bahawa Yesus Kristus adalah 100% Allah dan 100% manusia, bukankah Roma 3:23 membuktikan bahawa Yesus juga berdosa? Dan kalau Dia berdosa, Dia tidak dapat menjadi korban yang sempurna untuk dosa manusia!”
Menjawab tohmahan dan omong-omong kosong tersebut sangat senang sahaja. Konteks. Konteks semasa pembacaan Alkitab sangat penting supaya seseorang yang ikhlas mencari kebenaran (ingat, Yesus menyatakan bahawa Dia adalah Kebenaran dan bukannya menunjukkan arah kepada kebenaran) akan menemui Yesus (Yeremia 29:13). Yesus Kristus bukan sekadar nabi sahaja, tetapi Dia jauh lebih daripada itu: Dia adalah Allah dan Tuhan juga!
Ini kerana sesiapa yang membaca Roma 3:23 harus melihat konteks petikan tersebut. Roma 3:22 menyatakan, “Allah memungkinkan orang berbaik semula dengan Dia, hanya melalui kepercayaan mereka kepada Yesus Kristus. Allah melakukan hal itu untuk semua orang yang percaya kepada Kristus, kerana tidak ada perbezaan antara orang Yahudi dengan orang bukan Yahudi.”
Disusuli Roma 3:24-25, “Tetapi oleh rahmat Allah yang dikurniakan dengan percuma, hubungan manusia dengan Allah menjadi baik semula, melalui Yesus Kristus yang membebaskan mereka. Allah mempersembahkan Yesus sebagai korban supaya dengan kematian Yesus, dosa orang diampunkan apabila mereka percaya kepada-Nya.“
MAB response :
01 – Para Nabi memang manusia termasuk orang yang anda anggap “tuhan” iaitu Jesus Christ pbuh dan ketahuilah bahawa mereka semua (para Nabi) dari Adam pbuh hingga Muhammad SAW adalah maksum (tercela dari dosa).
02 – Saya tidak tahu istilah “berdosa” yang bagaimana kamu pandang terhadap perbuatan para Nabi tetapi jika sesuatu cerita dari kisah para Nabi dalam kitab anda yang melibatkan dosa kemudian satu ayat lain lagi dalam kitab anda memberkati perbuatan mereka tersebut,maka ada sesuatu yang tidak kena pada kitab anda BUKAN disebabkan perbuatan para Nabi itu berdosa. Seperti contoh dalam Genesis 19:30-38 dikatakan Nabi Loth telah berzina dengan anaknya sendiri namun dalam 2 Peter 2:6-9 mengatakan bahawa Loth adalah orang yang benar.
Saya ingin bertanya,mana satu yang benar antara Genesis 19:30-38 dengan 2 Peter 2:6-9??. Ini kerana tidak mungkin kedua ayat tersebut adalah benar.
Jika anda berkata 2 Peter 2:6-9 adalah benar,maka anda akui bahawa Genesis 19:30-38 adalah rekaan ayat BUKAN Firman Tuhan.
Jika anda kata Genesis 19:30-38 yang benar,maka anda akui bahawa Rasul Peter salah dalam penukilan dan dia tidak dibimbing Ruh Kudus.
Jika anda berkata dua-dua ayat adalah benar yang mana Genesis 19:30-38 tidak melanggari 2 Peter 2:6-9 disebabkan alasannya adalah apa yang Loth lakukan BUKANLAH atas kesengajaan dan kemahuan dirinya untuk berzina dengan anaknya tetapi Loth diperdaya dengan arak anggur,maka anda akui bahawa tindakan Loth BUKANLAH satu dosa sekaligus akui bahawa Nabi Loth tercela dari dosa.
03 – Jika sesuatu perbuatan yang TIDAK SENGAJA,TANPA DISEDARI dan BUKAN KEMAHUAN DIRINYA BERNIAT UNTUK MELAKUKAN DOSA TERSEBUT,ianya bukan dikategorikan sebagai dosa. Seperti mana contoh Nabi Loth yang saya berikan di atas tersebut yang mana jika anda berkata dua-dua ayat adalah benar yang mana Genesis 19:30-38 tidak melanggari 2 Peter 2:6-9 disebabkan alasannya adalah apa yang Loth lakukan BUKANLAH atas kesengajaan dan kemahuan dirinya untuk berzina dengan anaknya tetapi Loth diperdaya dengan arak anggur,maknanya tindakan Loth BUKANLAH satu dosa sekaligus akui bahawa Nabi Loth tercela dari dosa.
Ini kerana kesilapan tidak sengaja dari tindakan bukan bermakna berdosa. Contoh lain lagi seperti contoh Nabi Adam pbuh yang telah melakukan “kesilapan” iaitu memakan ‘Buah Terlarang’ (Al-Khuld) namun Allah telah menerima taubatnya (Al-Baqarah 2:37 dan Al-Araf 7:23). Namun apakah itu maksudnya Adam pbuh telah berdosa?? TIDAK! kenapa??
Pertama,Adam dan Hawa diperdaya oleh kelicikan Iblis BUKAN atas kemahuan diri mereka berniat untuk memakan buah tersebut. Maknanya perbuatan mereka itu bukan di sebabkan atas niat kemahuan melalui kesengajaan mereka berdua tetapi disebabkan godaan Iblis sehingga mereka lalai tidak sedar bahawa apa mereka lakukan telah dilarang oleh Tuhan.
kedua,disyurga tidak terikat dengan dosa-pahala. Kesilapan boleh saja terjadi dimana-mana kerana ianya sifadh makhluk tetapi tidak semua kesilapan itu berdosa. Jika semua kesilapan itu dianggap juga dosa,maka apakah Jesus Christ pbuh juga berdosa kerana silap mengira bahawa pohon Ara akan berbuah sehingga mengutuk buah Ara itu (Mark 11:11-14)??
ketiga,kerana ianya telah direncanakan oleh Allah. Jika Adam dan Hawa tidak memakan “Buah Terlarang” (Al-Khuld) sekalipun,tetap Allah akan turunkan mereka di muka Bumi kerana mereka dijadikan oleh Allah untuk menjadi Khalifah di muka Bumi (Al-Baqarah 2:30).
Menurut syariah Ad-Deen setiap perintah bukan bererti wajib. Ada perintah seperti mengerjakan sembahyang lima (05) kali sehari dan perintah sembahyang di tengah malam (Qiyamulayl). Umat Islam mengetahui perintah yang pertama (solat lima waktu) adalah wajib manakala perintah yang kedua (solat Qiyamulayl) adalah sunat.
Begitu juga ada larangan bermaksud haram dan ada pula bermaksud makruh. Umat Islam diharamkan meminum arak dan juga dilarang makan makanan menggunakan tangan kiri. Perkara yang pertama (meminum arak) adalah haram,manakala yang kedua adalah makruh. Lantaran itu,synonym dengan larangan memakan buah itu bukan bermaksud haram memakannya memandangkan di syurga tidak terikat dengan dosa-pahala.
Dalam kejadian perbuatan Adam pbuh tersebut,Allah melarangnya kerana ianya telah direncanakan oleh Allah iaitu Adam menjadi Khalifah di muka Bumi ini. Maka apapun terjadi sama ada Adam tidak memakan buah atau memakan buah tersebut,tetap sahaja Adam akan turun ke Bumi kerana ianya adalah Sunnatullah yang telah ditetapkan oleh Allah untuknya (Al-Baqarah 2:30). Jadi isu Adam memakan “Buah Terlarang” (Al-Khuld) adalah hanya atas Asbab wa Qadr bahawa dia diturunkan di Bumi untuk menjadi Khalifah BUKAN disebabkan dosa.
04 – Ayat Romans yang anda berikan tidak berkaitan dengan perbuatan para Nabi yang berdosa termasuk Jesus Christ pbuh. Saya setuju bila anda mengecualikan Jesus dalam Romans 3:23 tetapi anda meletakkan para Nabi juga dalam maksud ayat Romans 3:23. Mohon baca konteks ayat Romans 3 dari ayat 1 hingga 26.
Ayat ditujukan kepada orang-orang Judah yang hidup di bawah Hukum Torah dan Perjanjian keturunan Abraham yang mana Paulus mengatakan bahawa orang Judah Israel yang ikuti Hukum Torah dan Perjanjian Abraham juga berdosa seperti yang tidak ikuti Hukum Torah dan Perjanjian Abraham melainkan mereka yang telah mempercayai dan diberikan kasih kurnia penebusan dalam Christ Jesus (Romans 3:21-26). Sebenarnya ayat ini bertentangan dengan Matthew 5:17-20 namun itu isu lain yang akan kita cerita kemudian.
05 – Sememangnya tidak ada yang mustahil bagi Allah dan apa yang Allah lakukan adalah amat mudah. Jadi jika saudara SH mampu berfikir seperti itu,mengapa saudara tidak mampu berfikir bahawa Allah boleh sahaja ampunkan dosa warisan tanpa mengorbankan Anak-Nya Jesus Christ pbuh???Mana yang lebih kasih,Allah ampuni dosa warisan begitu sahaja ATAU Allah mengorbankan Anak-Nya mati di palang salib??
06 – Tuhan tidak boleh disamakan dengan makhluk kerana makhluk itu terbatas tetapi Tuhan tidak terbatas dalam bentuk apa jua sekalipun. Jadi apa yang kita letakkan batas adalah terhadap manusia seperti Jesus Christ pbuh kerana baginda (Jesus) BUKAN Tuhan!. Saya berikan beberapa contoh bahawa Jesus Christ pbuh terbatas dan memiliki kesilapan dalam melakukan tindakannya :
* Jesus curi keldai (Matthew 21:1-3)
* Jesus curi buah anggur (Matithew 12:21)
* Jesus bersaksi palsu (John 5:31). Dia sendiri mengatakan bahawa apa yang dia sampaikan dari dirinya sendiri,maka kesaksiannya tidak benar.
* Jesus meramal pohon Ara itu berbuah tetapi apabila tiba di sana,pohon itu tida berbuah dan kemudian dia mengutuk buah Ara tersebut (Mark 11:11-14).
* Jesus membunuh anak-anak yang tidak bersalah (Revelation 2:23)
* Jesus tidak hormat ibunya (John 2:4 dan John 19:26). Perkataan Greek “Gunhv” yang diguna untuk memanggil ibunya diguna sama pakai sewaktu Jesus memanggil pelacur dalam John 8:3-10.
* Jesus juga berjihad (Luke 22:35-36).
* Jesus akan bertindak sama seperti tindakan Raja dalam perumpamaan (Luke 19:27)
* Jesus tidak tahu bila Hari Kiamat terjadi (Matthew 24:36 dan Mark 13:32).
* Jesus melakukan penipuan (John 7:1-12)
Semua ini menunjukkan keterbatasan dan ada beberapa kesilapan yang Jesus telah lakukan. Apakah itu menunjukkan Jesus berdosa??dan siapakah anda mahu meletakkan Jesus dengan Tuhan adalah sama?
SH berkata,
“Beginilah firman TUHAN, Yang Mahakudus, Allah dan Pembentuk Israel: “Kamukah yang mengajukan pertanyaan kepada-Ku mengenai anak-anak-Ku, atau memberi perintah kepada-Ku mengenai yang dibuat tangan-Ku?”
[Isaiah 45:11]
Alkitab tidak membuat alasan untuk sesiapapun yang berdosa. Tiada istilah maksum mahupun membuat kesilapan dan tidak dikira sebagai berdosa walaupun kamu seorang nabi, seorang raja atau seorang imam di dalam pandangan Allah. Seperti yang rasul Paulus menulis, “Semua orang sudah berdosa dan jauh daripada Allah yang menyelamatkan mereka.”
MAB response :
Saya amat bersetuju dengan ayat Isaiah 45:11 yang anda kemukakan tersebut namun ayat itu tidak berkaitan dengan tajuk artikel anda dan tidak menjadi bukti dalil bahawa para Utusan Allah itu berdosa.
Jika tidak ada istilah maksum untuk para Utusan Allah (Nabi wa Rasul),maka di manakah keistimewaan para Nabi-Nya??. Apakah Allah tidak menjaga para Utusan-Nya dari termasuk ke kancah dosa?? Anda perlu ketahui bahawa para Nabi itu membawa ajaran Tuhan dan menjadi tauladan kepada kaumnya. Maka jika Nabi tidak mampu menjadi contoh sebagai sunnah Nubuwwah dalam ajaran Tuhan,maka bagaimana kaumnya ingin ikuti corak ajaran tuhan yang sebenar??
SH berkata,
Nuh mabuk (Kejadian 9:21), Abraham berbohong bukan hanya sekali, malah mengulangi dosa tersebut (Kejadian 12:11-14, 20:2), Ishak mengulangi dosa ayahnya (Kejadian 26:7), Musa seorang pembunuh (Keluaran 2:12) serta panas baran dan mengingkari perintah Allah (Bilangan 20:11-12), Raja Daud berzina dengan Batsyeba serta merancangkan pembunuhan suami Batsyeba (2 Samuel 11), Petrus menyangkal Yesus tiga kali (Lukas 22:54-62), Paulus menganiayai umat Kristian (Kisah Para Rasul 9), dan banyak lagi.
Namun demikian, Allah masih memakai setiap insan tersebut untuk memuliakan Nama-Nya dan menyampaikan nubuatan serta pesanan kepada semua orang yang ingin menyembah-Nya. Allah juga mengampuni dosa mereka kerana mereka bertaubat dan percaya kepada Allah.
Tokoh-tokoh iman pada zaman dahulu juga berdarah daging seperti kamu dan saya. Mereka manusia fana yang berdosa, dan mereka juga meminta ampun daripada Allah serta bertaubat. Alkitab tidak berbelit-belit pasal dosa, sama seperti juga mengapa orang Kristian tidak boleh bercakap bohong di bawah mana-mana keadaan jua.
Kalau nyawa kamu terancam apabila kamu mengakui kepercayaan kamu kepada Yesus Kristus, ataupun nyawa orang Kristian lain terancam sewaktu kamu memberi maklumat tentang mereka, ataupun kamu ingin menyenangkan hati suami/isteri kamu dengan menjawab persoalan mereka, semuanya bukan alasan untuk berbohong kerana inilah piawai Allah untuk manusia. Tidak ada ruang untuk pembohongan (walaupun dari segi duniawi, alasannya munasabah) ataupun berputar belit dalam hal dosa.
MAB response :
01 – Seperti yang saya katakan sebelum ini dan saya ulanginya :
* saya tidak tahu istilah “berdosa” yang bagaimana kamu pandang terhadap perbuatan para Nabi tetapi jika sesuatu cerita dari kisah para Nabi dalam kitab anda yang melibatkan dosa kemudian satu ayat lain lagi dalam kitab anda memberkati perbuatan mereka tersebut,maka ada sesuatu yang tidak kena pada kitab anda BUKAN disebabkan perbuatan para Nabi itu berdosa. Maknanya ada sesuatu percanggahan dalam kitab anda.
* Jika sesuatu perbuatan yang TIDAK SENGAJA,TANPA DISEDARI dan BUKAN KEMAHUAN DIRINYA BERNIAT UNTUK MELAKUKAN DOSA TERSEBUT,ianya bukan dikategorikan sebagai dosa.
02 – Kita mulakan dengan Nuh pbuh mabuk disebabkan minum arak anggur (Genesis 9:20-21).
Jawapan
Saya kutip dari sumber Kristian sendiri :
“Banyak penafsir yang mengatakan bahawa dia tidak menyedari pengaruh anggur (Wine) itu, sebahagian menafsirkan bahawa Nuh terlalu berduka akibat keadaan bumi setelah air bah sehingga ia meminum anggur hasil kebunnya sendiri. Namun yang paling masuk akal adalah Nuh tidak menyedari pengaruh dari anggur (Wine) itu yang mengandung alkohol dan memabukkan.
– http://www.sarapanpagi.org/pornografi-dalam-alkitab-the-choice-deedat-vt597.html#p1307
Pihak Kristian anda sendiri tidak bersetuju dengan anggapan anda.
Disini dua (02) jawapan dari saya sebagai muslim :
Sebenarnya ayat tersebut tidaklah asli kerana bercanggah dengan Genesis 6:9 yang mana Nuh diberikan gelaran “Tsadiq” ( צדיק ) iaitu bermaksud baik atau benar. Jadi pilihlah :
* Jika anda akui bahawa Nuh pbuh telah minum arak sehingga menampakkan aurat,maka anda akui bahawa Nuh bukan seorang bersikap Tsadiq.
* Jika anda akui bahawa Nuh pbuh seorang bersikap Tsadiq dan tidak mungkin meminum arak anggur,maka Bible anda mengalami percanggahan dan diragui keasliannya.
Untuk lebih terperinci mengapa ianya tidak lagi asli,boleh rujuk disini :
– http://www.answering-christianity.com/ac/bears.htm
– http://www.answering-christianity.com/bible_scientific_absurdities.htm
– http://www.answering-christianity.com/ac/cor1.htm
– http://www.answering-christianity.com/ac/corr2.htm
– http://www.answering-christianity.com/ac/cor3.htm
– http://www.answering-christianity.com/ac6.htm#links
– http://www.answering-christianity.com/sake12.htm
– http://www.answering-christianity.com/sake.htm
– http://www.answering-christianity.com/ac/ah.htm
– http://www.answering-christianity.com/warning.htm
Namun tidak mengapa,kita anggap sahaja memang benar Nuh pbuh telah meminumnya lalu mabuk sehingga menampakkan aurat,maka perlu diketahui bahawa syariat Nubuwwah Nuh belum mengharamkan arak ketika itu. Ini kerana syariat Nabi Nuh hanya membawa syariat Tujuh (07) Hukum iaitu :
1.Not to worship idols.
2.Not to curse God.
3.Not to commit murder.
4.Not to commit adultery, bestiality, or sexual immorality.
5.Not to steal.
6.Not to eat flesh torn from a living animal.
7.To establish courts of justice.
Sumber :
– https://www.jewishvirtuallibrary.org/the-seven-noachide-laws
– https://www.academia.edu/38224194/The_7_Laws_of_Noah_According_to_the_Babylonian_Talmud
Maka sekiranya kita berdua setuju Nabi Nuh meminum arak anggur sehingga mabuk,maka anda harus bersetuju dengan saya bahawa syariat Nuh pbuh belum mengharamkan arak anggur. Jadi jelas perbuatan Nuh pbuh tidak menjadi dosa.
03 – Abraham berbohong berulang kali (Genesis 12:11-14 dan Genesis 20:2) dan Isaac juga mengulang tindakan yang sama seperti Abraham (Genesis 26:7).
Jawapan
Tindakan Abraham dalam Genesis 12:11-14 dan Genesis 20:2 serta Isaac dalam Genesis 26:7 ini dipanggil sebagai Idtirar (berlakon) yang mana tidak sama seperti Taqiyyah (menipu).
Idtirar ini tidak dikategorikan sebagai penipuan kerana konsep Idtirar dipakai bertujuan untuk menyelamatkan nyawa seseorang,mencari rezeki dan mengambil hati seseorang bertujuan agar keadaan tidak menjadi tegang. Saya berikan beberapa contoh lain Idtirar :
1. Artis yang bekerja sebagai pelakon teater,filem atau drama dengan berlakon memegang watak orang lain dalam lakonan tersebut. Ini bertujuan atas niat untuk mencari rezeki menjadi artis.
2. Suami yang dimarahi isteri bersikap “Queen Control” kerana sering keluar lepak santai kopi bersama kawan-kawannya. Si suami bersabar lalu berlakon senyum manis terhadap isterinya dan memujuk isteri agar si isteri cepat sejuk hati walau sebenarnya dalam hujung lubuk hati suaminya terguris hati dengan apa yang dikatakan oleh isterinya.
3. Seorang penumpang pesawat telah mabuk dalam pesawat dan kemabukannya itu menjadi dirinya bersikap agresif sehingga mengancam keselamatan anak-anak kapal dan penumpang lain. Pegawai Keselamatan Penerbangan datang untuk mengendali penumpang mabuk tesebut. Jika cara tegas dan keras,kemungkinan penumpang mabuk itu boleh mencederakan pihak keselamatan ATAU tindakan pihak keselamatan boleh mencederakan penumpang mabuk itu tanpa disengajakan. Maka cara yang paling halus adalah pegawai keselamatan itu bermain psychology dengan berlakon pura-pura mabuk. Dengan cara ini,pihak keselamatan dapat membawa penumpang mabuk itu menjauhi penumpang lain dan anak-anak kapal.
Ini antara contoh penerapan Idtirar yang mana dibolehkan atas beberapa keadaan dan konsep Idtirar tidak termasuk dalam pendustaan (Taqiyyah). Jika anda masih anggap Idtirar ini adalah satu penipuan,maka anda harus juga setuju bahawa Jesus Christ pbuh juga menipu dalam John 7:1-12…setuju?? Bagi Islam,ayat dalam John 7:1-12 adalah merupakan satu bentuk Idtirar dari olahan Jesus atas tujuan untuk melihat apakah anak-anak muridnya terjerumus dalam hiburan pesta tersebut. Maka sebab itu mengapa baginda (Jesus) datang dalam keadaan sembunyi-sembunyi.
Jadi jika kita setuju bahawa Abraham pbuh dan Isaac pbuh telah melakukan “penipuan”,maka anda harus juga setuju dengan saya bahawa tindakan Abraham pbuh,Isaac pbuh dan Jesus Christ pbuh tersebut tidak menyebabkan dosa. Jika anda masih tidak setuju,maka anda akui bahawa Jesus juga berdosa dan akui bahawa ayat Genesis 12:11-14 dan Genesis 20:2 bercanggah dengan Matthew 8:11 dan Luke 13:28 yang mana Abraham pbuh dan Isaac pbuh dimasukkan syurga. Apakah penipu layak masuk syurga?? Apakah Jesus Christ pbuh yang anda anggap “tuhan” dan “tidak berdosa” itu adalah seorang penipu??
04 – Musa pbuh membunuh (Exodus 2:12)
Jawapan
Pertama sekali,seperti yang saya beritahu sebelum ini bahawa jika sesuatu perbuatan yang TIDAK SENGAJA,TANPA DISEDARI dan BUKAN KEMAHUAN DIRINYA BERNIAT UNTUK MELAKUKAN DOSA TERSEBUT,ianya bukan dikategorikan sebagai dosa. Dalam kejadian Musa pbuh membunuh orang Mesir itu,dia melakukan atas tanpa niat dan tidak disengajakan. Ini diterangkan dalam Al-Qasas 28:15-21 yang mana Musa pbuh melakukannya bukan atas niat untuk benar-benar membunuhnya tetapi untuk menolong namun baginda (Musa pbuh) tidak menyangka bahawa tindakannya menyebabkan orang Mesir tersebut putus nyawa (mati).
Jadi tindakan tersebut tidak dijadikan dosa kerana bukan atas niat sengaja ingin membunuhnya. Namun sungguhpun demikian,Musa memohon keampunan kepada Tuhan dan Allah menerima taubatnya (Al-Qasas 28:16).
Kedua kejadian itu berlaku sebelum Musa pbuh dilantik menjadi Nabi. Maka sungguhpun tindakannya yang tidak sengaja dan tanpa niat itu tidak menyebabkan dosa,namun tindakannya itu di luar sunnah nubuwwah Musa pbuh.
05 – Musa pbuh mengingkari perintah Allah (Numbers 20:11-12)
Jawapan
Ayat Numbers 20:12 adalah diragui sebagai ayat asli dan merupakan rekaan ayat kerana :
* ayat Numbers 20:12 memisahkan kronology ayat 11 dan ayat 13 tentang “Air Meriba”.
* tidak diketahui dimanakah Musa pbuh dan Harun pbuh tidak mempercayai Tuhan dan tidak menghormati kesucian Tuhan. Jika adapun,Musa pbuh dan Harun pbuh tidak menyedari atas tindakan tersebut dan Tuhan tidak akan menghukum tanpa menegur dahulu.
* Kegagalan jemaah bani Israel masuk negeri yang dijanjikan oleh Tuhan disebabkan perbuatan bani Israel itu sendiri bukan disebabkan sikap Musa pbuh dan Harun pbuh yang kononnya telah melanggar perintah tuhan yang tidak diketahui dimanakah tindakan dari mereka tersebut di olahkan terhadap Tuhan.
* Exegess Christianity seperti Professor Jon F.Dechow,Sigmund Mowinckel dan Randy Desmond serta Profeesor James Goss mengatakan bahawa perbuatan Harun pbuh membina berhala (Exodus 32:1-5) adalah sesuatu yang diragui ayatnya. Ini kerana jika benar Harun pbuh yang melakukannya,pasti ianya disebutkan perbuatannya untuk pengulangan kebenaran tindakan yang sama oleh Raja Jeroboam dalam 1 Kings 12:28.
Sumber :
– http://www.answering-christianity.com/quran/svirk.htm
– http://www.answering-christianity.com/ac/bears.htm
– https://www.academia.edu/7598575/Drinking_Golden_Bull_the_erased_ordeal_in_Exodus_32
Untuk lebih terperinci,sila rujuk disini :
– http://www.answering-christianity.com/ac/cor1.htm
– http://www.answering-christianity.com/ac/corr2.htm
– http://www.answering-christianity.com/ac/cor3.htm
– http://www.answering-christianity.com/ac6.htm#links
– http://www.answering-christianity.com/sake12.htm
– http://www.answering-christianity.com/sake.htm
– http://www.answering-christianity.com/ac/ah.htm
Jadi jelas Musa pbuh dan Harun pbuh tidak melakukan dosa.
06 – Raja Daud berzina dengan Batsyeba serta merancangkan pembunuhan suami Batsyeba dan menyebabkan kematian Uria (2 Samuel 11:6-25)
Jawapan
Ayat ini juga diragui sebagai ayat asli dan merupakan pemalsuan dalam pengubahan ayat Bible. Ini kerana jika benar Daud pbuh melakukan demikian,maka 2 Samuel 11:6-25 bercanggah dengan 1 Kings 11:4-5 dan Acts 13:22.
Untuk lebih terperinci,sila rujuk disini :
– http://www.answering-christianity.com/ac/bears.htm
– http://www.answering-christianity.com/ac/cor1.htm
– http://www.answering-christianity.com/ac/corr2.htm
– http://www.answering-christianity.com/ac/cor3.htm
– http://www.answering-christianity.com/ac6.htm#links
– http://www.answering-christianity.com/sake12.htm
– http://www.answering-christianity.com/sake.htm
– http://www.answering-christianity.com/ac/ah.htm
– http://www.answering-christianity.com/warning.htm
Penjelasan sebenar tentang Daud pbuh ada terdapat dalam surah Saad 38:21-25 yang mana tindakan Daud pbuh telah ditegur oleh Allah sebelum menghukum-Nya dengan mengutus dua (02) malaikat untuk buat Daud pbuh berfikir akan kesalahannya itu. Ini kerana Daud pbuh tidak menyedari perbuatannya itu adalah satu kesalahan. Dan seperti saya katakan sebelum ini bahawa bahawa jika sesuatu perbuatan yang TIDAK SENGAJA,TANPA DISEDARI dan BUKAN KEMAHUAN DIRINYA BERNIAT UNTUK MELAKUKAN DOSA TERSEBUT,ianya bukan dikategorikan sebagai dosa. Dan ditambahkan lagi bahawa Allah mengampuni perbuatan Daud pbuh tersebut.
Saya telah menyatakan sebelum ini bahawa kesilapan boleh saja terjadi dimana-mana kerana ianya sifadh makhluk tetapi tidak semua kesilapan itu berdosa. Jika semua kesilapan itu dianggap juga dosa,maka apakah Jesus Christ pbuh juga berdosa kerana silap mengira bahawa pohon Ara akan berbuah sehingga mengutuk buah Ara itu (Mark 11:11-14)?? Apakah kita berdosa jika kita melakukan sesuatu tanpa mengetahui atau menyedari bahawa tindakan kita itu adalah salah??
Jadi jelas bahawa Daud pbuh tidak berdosa.
07 – Paul dan Peter tidak saya kaitkan disini kerana mereka berdua BUKANLAH NABI ATAU RASUL yang di utuskan oleh Allah Azza Wa Jalla.
SH berkata,
“Celakalah orang yang berbantah dengan Pembentuknya; dia tidak lain dari beling periuk saja! Adakah tanah liat berkata kepada pembentuknya: “Apakah yang kau buat?” atau yang telah dibuatnya: “Engkau tidak punya tangan!”
[Isaiah 45:9]
Jawapan pendek kepada soalan “Pernahkah nabi-nabi di dalam Alkitab berdosa?” adalah “Ya.” Inilah sebabnya kita sebagai manusia tidak boleh memperoleh keselamatan dengan perbuatan baik, doa yang panjang lebar, mengikut tradisi dan adat manusia, berpuasa, dan sistem mengumpul pahala. Tepuk dada tanya selera, berapa banyak perbuatan baik yang kamu mampu lakukan serta jumlah pahala yang kamu boleh kumpul untuk menebus dosa diri sendiri? Hanya Allah yang Maha Adil, jadi sesiapa yang mengikuti corak pemikiran tersebut tidak ada keyakinan untuk memperoleh kehidupan yang kekal, kecuali mereka yang percaya kepada Yesus Kristus.
“Hal itu demikian, kerana dengan Rahmat Allah, kamu diselamatkan oleh sebab kamu percaya kepada Yesus. Penyelamatan itu bukan hasil usaha kamu sendiri, melainkan kurnia Allah. Oleh itu kamu tidak mempunyai alasan untuk bercakap besar tentang hal itu.” – Efesus 2:8-9
Orang Kristian melakukan perbuatan baik bukan untuk mengumpul pahala, kerana “…Allah telah menjadikan kita untuk mengamalkan perbuatan baik, yang sudah disediakan-Nya untuk kita lakukan” (Efesus 2:10). Orang Kristian diberi diamanahkan mengikut Perintah yang Terutama kerana mereka sudah percaya kepada Yesus sebagai Juruselamat mereka, dan bukan kerana mereka sedang mengejar pahala untuk memperoleh keselamatan yang kekal.
MAB response :
01 – Ayat Isaiah 45:9 yang anda berikan di atas saya bersetuju tetapi ayat tersebut tidak berkaitan dengan artikel yang anda utarakan.
02 – Disinilah kesalahan Kristian memahami konsep para Nabi yang mana Kristian termasuk saudara menganggap bahawa para Nabi itu terikat dengan dosa sedangkan dosa itu hanya akan terjadi apabila kita tahu perbuatan atau sesuatu itu dilarang oleh Tuhan namun pada masa yang sama kita sengaja melakukannya dalam keadaan waras. Dosa wujud melalui kesilapan sengaja tetapi bukan melalui kesilapan tanpa sengaja. Jika para Nabi itu tidak maksum,maka dimanakah keistimewaan Utusan Tuhan sedangkan mereka ini diajar sendiri oleh Tuhan,diberkati oleh tuhan,menjadi contoh tauladan dan dijamin masuk syurga??
Rasulullah Muhammad Salallahu ‘Alaihi ‘Wasalam (SAW) bersabda,
“Tidak ada seorang Nabipun yang wafat,kecuali ditunjukkan kepadanya tempat duduknya di Jannah (Syurga),kemudian disuruh memilih.”
[Hadith Sahih Bukhari 6905]
– Jelas hadith Muhammad SAW di atas memberitahu bahawa apabila mereka (para Nabi) wafat,setiap ruh para Nabi itu disuruh memilih tempat mereka di syurga. Maknanya ini membuktikan bahawa mereka ini dijamin masuk syurga dan maksum (tercela dari dosa) kerana jika mereka berdosa,belum tentu akan dapat masuk syurga walau dosa hanya sebesar zarah. Ini kerana syurga adalah suci dari dosa.
Dalil Muhammad SAW dijamin masuk syurga :
Diriwayatkan oleh Aisyah R.A bahawa ketika baginda terjatuh kerana kaki-kakinya bengkak oleh sebab terlalu lama berdiri beribadah kepada Allah di tengah malam. Dan Sayyidatina Aisyah R.A bertanya,
“Ya Rasulullah,bukankah tuan telah di jamin syurga? Mengapa tuan masih bersusah payah sebegini?”.
Rasullullah Salallahu ‘Alaihi ‘Wasalam menjawab,
“Ya Aisyah,salahkah aku menjadi hamba yang bersyukur?”
[Hadith Sahih Bukhari No.1130 dan Muslim No.2820]
03 – Memandangkan anda berkata tentang jalan keselamatan,untuk pengetahuan saudara bahawa para Nabi itu hanya membawa ajaran syariat dari Tuhan melalui Nubuwwah mereka. Mereka bukan penjamin seseorang memasuki syurga tetapi mereka dijamin masuk syurga serta mereka boleh memberikan garis panduan kepada umat bagaimana memasuki syurga itu.
Jesus Christ pbuh berkata,
“Akulah jalan dan kebenaran dan kehidupan, tidak ada seorangpun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Aku.”
[Yohanes 14:6]
Kata-kata Jesus Christ pbuh di atas membuktikan bahawa selaku Nabi,dia merupakan jalan untuk umatnya mengikutinya yang mana jika tidak ikuti apa yang Jesus Christ pbuh ajarkan,maka tidak akan diredhai oleh Bapa (Tuhan).
Dan ayat Jesus tersebut (John 14:6) synonym dengan kata-kata para Nabi sebelumnya seperti Nabi Solomon pbuh (Proverb 8:32-36) dan Nabi Joshua pbuh (Zakharia 3:7) yang mana jika ikuti segala apa yang mereka ajarkan dari Tuhan,maka akan perolehi jaminan keselamatan iaitu balasan Syurga. dan Muhammad SAW juga berkata dalam satu Hadith :
“Barangsiapa inginkan keredhaan dari Allah dan balasan ganjaran syurga yang kekal,maka ikutilah aku.”
[Hadith Muttafaqun ‘Alaih Bukhari dan Muslim]
– Hadith ini synonym dengan ayat John 14:6. Maka jelas bahawa peranan Jesus Christ pbuh dan Muhammad SAW menyampaikan Jalan Lurus (Islam) dan mereka (Jesus dan Muhammad) telah berada di dalam Jalan yang lurus (Islam).
Syntesis Principle :
“Sebab segala firman yang Engkau sampaikan kepada-ku telah aku sampaikan kepada mereka dan mereka telah menerimanya. Mereka tahu benar-benar,bahawa aku datang dari pada-Mu dan mereka percaya,bahwa Engkaulah yang telah mengutus Aku.”
[John 17:8]
Berdasarkan syntesis principle dalam Hermeutical Biblical,jelas diberitahu bahawa sesiapa yang ikuti apa yang Jesus ajarkan dan sampaikan dari apa yang Tuhan mandatkan kepada Jesus Christ pbuh,maka pasti akan masuk syurga.
Saya tambah sedikit lagi tentang Jalan Keselamatan dalam Bible iaitu ayat Matthew 19:16-21 / Luke 18:19-22 dan Mark 10:18-21 serta Mark 12:28-31. Dari empat (04) ayat inilah jelas bahawa jalan keselamatan ialah :
01 – Mentauhidkan Allah
02 – Ikuti perintah Allah iaitu :
+Jangan membunuh
+Jangan berzina
+Jangan mencuri
+Jangan bersumpah dusta
+Taati ibubapa
+Kasihi sesama manusia
+berzakat / bersedekah
+Ikuti sunnah Jesus Christ
cukup dengan ini,maka pasti akan masuk syurga. Saya kuatkan lagi hujah dari Bible sendiri yang mana Jesus sendiri menyokong hujah fakta muslim bahkan baginda (Jesus) sendiri dan Hawariyyun adalah muslim dalam Luke 6:40. “Islam / משלם” ada disebut dalam Luke 23:46,Psalm 37:21,Proverbs 22:27,Job 41:3 dan Isaiah 60:20 dalam ayat asli. Jesus Christ adalah salah satu Anbiya’Wal’Rasul mengajar :
*05 Rukun Agama
John 17:3-21 / Mathew 26:30-36 / Mark 1:25-35 / Mathew 9:1-14 / Luke 2:1-37 / Matthew 6:1-5 dan Act 10:1-2
*06 Rukun Iman
Mark 12:28-30 / Revelations 7: 11 / Exodus 23:20 / Luke 1:11-13 / Mathew 12:33 dan Matthew 13: 41-43 dan Mark 5:28-29
*Dua rujukan kepada Muslim Israel (Islam dizaman syariat Jesus)
Original Gospel : Injeel Yeshua
– Mark 8: 30-35
*Follow the Prophet’s teachings : Sunnah of Yeshua
– John 14:1-15 / Mathew 5:17-47 / Matthew 13:57 / Matthew 21:10-11 / Matthew 21:40-45 dan Luke 7:16 serta Luke 24:19
Jesus kuatkan semua ini lagi dengan menyatakan bahawa jika amalan seperti ahli Taurat dan Farisi,maka pasti akan masuk syurga dalam Matthew 5:17-20. Mari kita jelaskan secara terperinci :
“Janganlah kamu menyangka, bahwa Aku datang untuk meniadakan hukum Taurat atau kitab para nabi. Aku datang bukan untuk meniadakannya, melainkan untuk menggenapinya.”
[Matthew 5:17]
– perkataan “genap” sini ialah maksud penyempurnaan BUKAN pembatalan atau Pelenyapan. Makanya kenapa perkataan “menggenapi” distu disebut “fulfilled” dalam English BUKAN “canceled” atau “completed” …ayat ini Jesus telah jelas terang menyatakan bahawa dia datang bukan untuk MENIADAKAN Hukum Torah tetapi MENGGENAPINYA.
Penggenapan yang dimaksudkan adalah penyempurnaan syariat. Setiap Nabi yang di utuskan Tuhan datang kepada suatu kaum membawa syariat ajaran tuhan. Apabila peredaran zaman dan kekufuran terjadi kepada kaum tersebut,Allah gantikan lagi kepada Nabi yang lain di masa akan datang untuk menggantikan Nabi yang sebelumnya atas tujuan menggenapkan syariat ajaran Tuhan yang disampaikan dari Nabi sebelumnya agar kaum yang kufur atau yang mengalami fatrah kembali kepada ajaran tuhan. Inilah maksud Jesus dalam ayat Matthew 5:17. Dan ini tidak berhenti disini…kita baca ayat seterusnya,Jesus berkata lagi :
“Karena Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya selama belum lenyap langit dan bumi ini, satu iota atau satu titikpun tidak akan ditiadakan dari hukum Taurat, sebelum semuanya terjadi.”
[Matthew 5:18]
Disini,jelas lagi kuat bahawa Jesus datang bukan untuk membatalkan hukum Torah. Selagi Langit dan Bumi masih ada,selagi itulah tidak akan lenyap satu titik dan satu iota dalam Torah. Maka sebab itu mengapa dalam Quran menjadi penyempurna segala syariat para Nabi dari Muhammad SAW pun dalam isinya disertakan lagi Hukum 10.
dan ayat ini masih tidak berhenti disini,Jesus jelaskan lagi :
“Karena itu siapa yang meniadakan salah satu perintah hukum Taurat sekalipun yang paling kecil, dan mengajarkannya demikian kepada orang lain, ia akan menduduki tempat yang paling rendah di dalam Kerajaan Sorga; tetapi siapa yang melakukan dan mengajarkan segala perintah-perintah hukum Taurat, ia akan menduduki tempat yang tinggi di dalam Kerajaan Sorga.”
[Matthew 5:19]
Jesus katakan kepada mereka yang tidak mengamal Hukum Torah tetapi menyampaikan ajarannya,maka dia akan masuk ke syurga paling rendah manakala orang yang mengamalkan hukum Torah dan menyampaikan kepada orang lain,akan masuk ke dalam syurga paling tinggi.
dan ayat ini masih tidak berhenti,Jesus cakap lagi dalam ayat seterusnya :
“Maka Aku berkata kepadamu: Jika hidup keagamaanmu tidak lebih benar dari pada hidup keagamaan ahli-ahli Taurat dan orang-orang Farisi, sesungguhnya kamu tidak akan masuk ke dalam Kerajaan Sorga.”
[Matthew 5:20]
Jesus berkata jika amalan kamu tidak seperti ahli Torah dan ahli Farisi,maka jangan harap akan masuk syurga. Kita sedia maklum bahawa Orang Judah dan Israel menjalankan Hukum Torah. Makanya saya bertanya kepada Kristian dengan satu soalan :
– dari tiga golongan yang Jesus katakan ini,anda dan Kristian lain dibahagian golongan yang mana??
Firman Tuhan :
“Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya serta takut melanggar perintah Allah dan menjaga dirinya,merekalah yang beroleh kemenangan.”
[An-Nur 24:52]
04 – Diperintahkan melakukan amal kebaikan bukan mengejar kuantiti tetapi mengejar kualiti keredhaan Allah. Sesuatu perbuatan baik tetapi ikhlas walau kecil perbuatan baik itu adalah lebih mulia dari amal perbuatan selama bertahun-tahun tetapi amal itu dilakukan bukan kerana Tuhan semata. Sebab itu mengapa Muhammad SAW mengatakan dalam satu Hadith :
Dari Abu Hurairah R.A dari Nabi Muhammad SAW bersabda :
“Seorang wanita pelacur melihat seekor anjing yang mengelilingi perigi pada hari yang panas terik. Anjing itu menjelirkan lidahnya kerana kehausan. Lalu wanita itu menimba air dari perigi dengan kasutnya, maka dia diampuni dosanya dan dimasukkan syurga.”
[Hadith Sahih Muslim No.2245]
Dari hadith di atas memberitahu bahawa perbuatan ikhlas walau sekecil zarah tetapi diredhai Allah akan menjadikan dosa-dosa di ampuni dan akan dimasukkan syurga. Dan amalan yang baik walau sekecil zarah tetapi berterusan di lakukan akan mendapat keredhaan Allah dan dimasukkan ke syurga kelak sepertimana Hadith Muhammad SAW derikut :
Dari Aisyah R.A,Rasullullah Muhammad SAW bersabda :
“Amalan yang dicintai oleh Allah adalah amalan yang berterusan walaupun amalan itu hanya sedikit.”
[Hadith Sahih No.783]
Setelah kita teliti penejelasan di atas,maka kita dapat fahami bahawa amalan ibadah dan perbuatan baik adalah SYARAT untuk masuk Syurga. Amalan Rukun Islam iaitu Solat,Zakah,Puasa dan Hajj adalah SYARAT untuk memasuki syurga tetapi ASBAB memasuki syurga adalah atas RAHMAT ALLAH AZZA’WA’JALLA.
Quran memberitahu bahawa amalan ajaran agama (Rukun Islam) adalah sebagai syarat untuk memasuki syurga dalam :
– Huud 11:23
– Ar-Rad 13:29
– Ibrahim 14:23
– Al-Kahfi 18:107-108
– Maryam 19:60
– Taha 20:75
– Al-Hajj 22:14
– Al-Hajj 22:23
– Al-Hajj 22:56
– Al-Ankabut 29:7
– Al-Ankabut 29:58
– Ar-Ruum 30:15
– Luqman 31:8
– As-Sajdah 32:19
– Asy-Syura 42:22
– Al-Jathiyah 45:30
– At-Taghabun 64:9
– At-Talaq 65:11
– Al-Buruj 85:11
Apa yang Nabi telah sampaikan ajaran dari Tuhan,maka itulah kebenaran hakiki yang harus kita ikuti. Hidup di dunia ini adalah pentas ujian yang mana dengan iman aqeedah tauhid,beramal soleh dengan sabar serta berpesan-pesan menyampaikan kebenaran menjadi syarat jaminan keselamatan masuk ke dalam syurga (Al-Asr 103:1-3).
Formula ringkasnya yang ingin saya sampaikan ialah buat amal kebaikan biar ikhlas kerana tuhan,melalui keikhlasan pasti akan mendapat keredhaan Tuhan dan dengan keredhaan tuhan menjadi ASBAB akan dimasukkan ke dalam syurga. Dan ini selaras dengan Ephesians 2:8-9 yang anda berikan dalam penjelasan anda.
Satu soalan saya kepada anda memandangkan anda bercerita tentang dosa dan jalan keselamatan :
– Bayi lahir ke dunia lalu kemudian mati sebelum sempat dibaptis. Apakah bayi itu masuk syurga atau tidak?
Jika anda berkata bahawa bayi itu masuk syurga,maka jelas bahawa TIDAK ADA Penebusan Dosa melalui penyaliban Jesus sebagai jalan keselamatan.
Jika anda berkata bahawa bayi itu masuk neraka,maka Tuhan dalam ajaran Kristian tidak adil dan tidak ada jalan keselamatan yang sempurna.
SH berkata,
Memandangkan Allah mampu menggunakan pembunuh, penzina serta pembohong untuk menyampaikan Firman-Nya, apatah lagi kemampuan-Nya untuk mengubah hidup kamu dan saya supaya kita boleh “…mengkhabarkan berita baik kepada orang miskin, untuk memulihkan orang yang hancur hati, untuk mengumumkan kemerdekaan kepada orang tawanan, dan pembebasan kepada orang di dalam penjara” (Yesaya 61:1).
Tuhan memberkati kamu.
MAB response :
Saya tidak tahu siapakah pembunuh,penzina dan pembohong yang dipilih Allah untuk melantik menyampaikan Firman-Nya namun jika anda maksudkan para Nabi sebelumnya,maka apakah anda lupa bahawa Jesus merupakan seorang :
– pembohong (John 7:1-12)
– pembunuh (Revelation 2:23)
– pendusta saksi (John 5:31)
Jadi apakah layak Jesus Christ pbuh dijadikan sebagai penyampai Firman Bapa melalui ‘Rhema’ Jesus Christ pbuh??
Ayat Isaiah 61:1 adalah mesej dakwah kepada orang miskin,orang yang kecewa,orang tawanan dan banduan penjara BUKAN ayat mendukung bahawa para Nabi itu berdosa.
Semoga Allah memberi petunjuk kepada saudara SH dan Kristian
KESIMPULAN
Dari penjelasan di atas,maka terbukti bahawa para Nabi wa Rasul dari Adam pbuh hingga Muhammad SAW adalah maksum (tercela dari dosa). Tuduhan para Nabi itu berdosa hanyalah fitnah anda terhadap para Nabi. Untuk mengetahui lebih jelas dan melalui dalil terperinci tentang bukti para Nabi itu maksum,boleh rujuk disini :
– https://islamqa.info/en/answers/42216/the-infallibility-of-the-prophets
pesan Jesus Christ pbuh kepada anda :
“Jikalau kamu tetap dalam sabdaku,kamu benar-benar adalah muridku.dan kamu akan mengetahui kebenaran, dan kebenaran itu akan memerdekakan kamu.”
[John 8:31-32]
– memerdekakan anda dari kekufuran…
pesan Rasullullah Muhammad SAW kepada anda :
“Terimalah kebenaran itu walau ianya pahit..”
[Hadith Sahih Bukhari dan Tirmizi]
“Dan katakanlah: yang benar telah datang dan yang batil pasti akan lenyap, sungguh yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap”.
[Al-Israa’ 17:81]