Reading Time: 14 minutes

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Segala puji bagi ALLAH Tuhan sekaliam alam kerana mengizinkan lagi saya untuk membuat satu artikel berkenaan nubuat Muhammad SAW dengan tajuk “Nubuat Muhammad SAW dalam John 5:16 dan John 14:12-26”.

Seperti mana nubuat Muhammad SAW dalam ayat yang lain,perkara ini juga telah lama dihujahkan oleh muslim apologetics tanpa bantahan mutlak dari Missionaries / Evangelist dan Christian Apologetics. Pelbagai percubaan bantahan telah dilakukan dari pihak Kristian namun GAGAL dan hujah fakta nubuat Muhammad SAW dalam Perjanjian Baru iaitu John 16:1-15 dan John 14:12-26 dari pihak Islam masih kukuh tegak berdiri di atas kebenaran.

Berikut beberapa sumber dari website Muslim Apologetic yang lain memberikan jawapan berkenaan fakta nubuat Muhammad SAW di dalam Perjanjian Baru :
– https://www.islamreligion.com/articles/201/bible-prophecies-of-muhammad-part-3/
– https://www.islamreligion.com/articles/198/bible-prophecies-of-muhammad-part-4/
– http://neurotherapy-of-christian-brain.blogspot.com/2012/11/muhammad-pbuh-in-bible-ot-nt-in-all-4.html
– http://www.answering-christianity.com/prediction.htm
– http://www.answering-christianity.com/ac/63.htm
– http://www.answering-christianity.com/aramaic_society.htm
– http://www.answering-christianity.com/umar_hassan/the_hidden_truth.htm
– http://www.answering-christianity.com/umar_hassan/that_prophet.htm
– https://www.quranproject.org/A-quotParacletequot-like-Jesus-403-d

Disini kita berikan segala bukti nubuat Muhammad SAW di dalam John 16:1-15 dan John 14:12-26 secara penjelasan sederhana. Semoga bermanfaat~

Mari kita baca dahulu dua bab konteks ayat tersebut :
“Aku sudah memberitahu kamu semuanya ini supaya kamu tidak kecewa sehingga tidak lagi percaya kepadaku.Mereka akan melarang kamu masuk ke saumaah. Akan tiba masanya sesiapa yang membunuh kamu menyangka bahawa dengan perbuatan itu dia mengabdi kepada Allah.Mereka akan melakukan perkara-perkara ini terhadap kamu, kerana mereka belum mengenal Bapa atau pun aku.Tetapi sekarang aku sudah mengatakan semuanya ini kepada kamu, supaya kamu akan ingat bahawa aku sudah memberitahu kamu.Aku tidak memberitahu kamu hal ini daripada permulaan kerana aku masih bersama-sama kamu.Tetapi sekarang aku akan pergi kepada Dia yang mengutus aku,tetapi tidak seorang pun daripada kamu bertanya, ‘Ke mana Guru mahu pergi?’.Sekarang kamu bersedih kerana aku memberitahu kamu hal ini.Tetapi apa yang aku katakan kepadamu benar untuk kebaikan kamu,lebih baik aku pergi.Jika aku tidak pergi,Penolong itu tidak akan datang kepada kamu.Tetapi jika aku pergi,aku akan mengutus dia kepadamu. Apabila dia datang kelak, dia akan membuktikan kepada orang dunia bahawa pendapat mereka tentang dosa, tentang apa yang benar dan hukuman Allah, semuanya salah.Pendapat mereka tentang dosa salah kerana mereka tidak percaya kepadaku.Pendapat mereka tentang apa yang benar itu salah kerana aku pergi kepada Bapa dan kamu tidak dapat melihat aku.Pendapat mereka tentang hukuman Allah pun salah, kerana penguasa dunia ini sudah dihukum.Banyak lagi yang hendak aku katakan kepada kamu, tetapi sekarang ini kamu belum sanggup menerimanya.Tetapi apabila Roh yang menunjukkan apa yang benar itu datang, Roh akan membimbing kamu supaya tahu segala kebenaran itu.Roh tidak akan mengatakan apa-apa mengikut kehendaknya sendiri.Dia akan mengatakan apa yang didengarnya dan memberitahu kamu perkara-perkara yang akan berlaku.Roh akan memuliakan aku kerana apa yang dinyatakan oleh Roh kepada kamu,diterima daripada aku.Itulah sebabnya aku katakan bahawa apa yang disampaikan oleh Roh kepada kamu diterima daripada aku.”
[John 16:1-15]

“Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya barangsiapa percaya kepada-Ku, ia akan melakukan juga pekerjaan-pekerjaan yang Aku lakukan, bahkan pekerjaan-pekerjaan yang lebih besar dari pada itu. Sebab Aku pergi kepada Bapa. dan apa juga yang kamu minta dalam nama-Ku, Aku akan melakukannya, supaya Bapa dipermuliakan di dalam Anak. Jika kamu meminta sesuatu kepada-Ku dalam nama-Ku, Aku akan melakukannya. Jikalau kamu mengasihi Aku, kamu akan menuruti segala perintah-Ku. Aku akan minta kepada Bapa, dan Ia akan memberikan kepadamu seorang Penolong yang lain, supaya Ia menyertai kamu selama-lamanya,yaitu Roh Kebenaran. Dunia tidak dapat menerima Dia, sebab dunia tidak melihat Dia dan tidak mengenal Dia. Tetapi kamu mengenal Dia, sebab Ia menyertai kamu dan akan diam di dalam kamu. Aku tidak akan meninggalkan kamu sebagai yatim piatu. Aku datang kembali kepadamu. Tinggal sesaat lagi dan dunia tidak akan melihat Aku lagi, tetapi kamu melihat Aku, sebab Aku hidup dan kamupun akan hidup. Pada waktu itulah kamu akan tahu, bahwa Aku di dalam Bapa-Ku dan kamu di dalam Aku dan Aku di dalam kamu. Barangsiapa memegang perintah-Ku dan melakukannya, dialah yang mengasihi Aku. Dan barangsiapa mengasihi Aku, ia akan dikasihi oleh Bapa-Ku dan Akupun akan mengasihi dia dan akan menyatakan diri-Ku kepadanya”. Yudas, yang bukan Iskariot, berkata kepada-Nya: “Tuhan, apakah sebabnya maka Engkau hendak menyatakan diri-Mu kepada kami, dan bukan kepada dunia?”. Jawab Yesus: “Jika seorang mengasihi Aku, ia akan menuruti firman-Ku dan Bapa-Ku akan mengasihi dia dan Kami akan datang kepadanya dan diam bersama-sama dengan dia. Barangsiapa tidak mengasihi Aku, ia tidak menuruti firman-Ku; dan firman yang kamu dengar itu bukanlah dari pada-Ku, melainkan dari Bapa yang mengutus Aku. Semuanya itu Kukatakan kepadamu, selagi Aku berada bersama-sama dengan kamu,tetapi Penghibur, yaitu Roh Kudus, yang akan diutus oleh Bapa dalam nama-Ku, Dialah yang akan mengajarkan segala sesuatu kepadamu dan akan mengingatkan kamu akan semua yang telah Kukatakan kepadamu.”
[John 14:12-26]

POINT NO.1
dalam John 16:1-15,disebutkan kalimat “The Comforter” dan gelaran itu sebenarnya merujuk Muhammad SAW. Ayat asli dalam John 16:1-15 ditulis dalam bahasa Koine Greek menyebutnya sebagai “Periklytos” yang bermaksud “Yang Terpuji”. Dan ini apabila diterjemahkan dalam Semitic Arabic,ianya membawa maksud “Ahmad”. Tetapi saya memahami,kebiasaan pihak Kristian mengatakan bahawa ianya BUKAN “Periklytos” tetapi “Paracletos” yang bermaksud “Penghibur”. okay baik….dalam bahasa Semitic,satu perkataan membawa berbagai maksud. Dalam bahasa Arabic seperti contoh Muhammad yang boleh membawa maksud :
– “The Altogether Lovely”
– “The Comforter”
– “An advocate”
– “The Honored”
– “Desirable Thing”
– The Glorified”
– “The Praised One”

dan perlu tahu bahawa ‘Paracletos” adalah dari asal kata “Paraclete” yang mana ianya synonym dengan “Periklytos”. Maknanya,secara tidak langsung definisi “Penghibur” itu sebenarnya merujuk Muhammad SAW. Ini dikuatkan lagi apabila Exegess Christian sendiri menyatakan :
“In these four verses, the word “comforter” is translated from the word “Paraclete” (“Ho Parakletos” in Greek). Parakletos in Greek is interpreted as “an advocate”, one who pleads the cause of another, one who councils or advises another from deep concern for the other’s welfare.”
[Beacon Bible commentary volume VII page 168]

tetapi kebiasaan pihak Kristian menafikannya dengan mengatakan bahawa “Penghibur” itu adalah Ruh Kudus BUKAN Muhammad SAW. Okay baik!…Jika benar “Penghibur” itu adalah Ruh Kudus,maka muncul satu (01) persoalan untuk mereka :
01 – Sekiranya benar “Penghibur” itu adalah Ruh Kudus,mengapa Jesus berkata (dalam John 16:7),
“Jika aku tidak pergi,Penolong itu tidak akan datang kepada kamu..” sedangkan pada masa yang sama Ruh Kudus telah ada sebelum Jesus datang ke dunia dan Ruh Kudus sedia ada bersama semasa Jesus berada di dunia??

POINT NO.2
Mari kita baca :
“tetapi Penghibur, yaitu Roh Kudus, yang akan diutus oleh Bapa dalam nama-Ku, Dialah yang akan mengajarkan segala sesuatu kepadamu dan akan mengingatkan kamu akan semua yang telah Kukatakan kepadamu.”
[John 14:26]

dalam ayat John 14:26 ini BUKANLAH merujuk Holy Spirit…kenapa??…mari kita dengar penjelasan dari Exegess Christian sendiri :

“John 14:26 is the only verse of the Bible which associates the Parakletos with the Holy Spirit. But if we were to go back to the “ancient manuscripts” themselves, we would find that they are not all in agreement that the “Parakletos” is the Holy Spirit. For instance, in the famous the Codex Syriacus, written around the fifth century C.E., and discovered in 1812 on Mount Sinai by Mrs.Agnes S. Lewis (and Mrs. Bensley), the text of 14:26 reads; “Paraclete, the Spirit”; and NOT “Paraclete, the Holy Spirit.”
[The Anchor Bible, Doubleday & Company, Inc, Garden City, N.Y. 1970, Volume 29A page 1135]
Sumber :
– http://khazarzar.skeptik.net/biblia/syriac_s/part01.pdf

POINT NO.3
Mari kita baca :
“Ia akan memuliakan Aku, sebab Ia akan memberitakan kepadamu apa yang diterimanya dari pada-Ku.”
[John 16:14]

diserasikan kepada :
“Jikalau Penghibur yang akan Kuutus dari Bapa datang, yaitu Roh Kebenaran yang keluar dari Bapa, Ia akan bersaksi tentang Aku.”
[John 15:26]

01 – maksud rangkap ayat “ku-utus” dan “apa yang diterimanya dariku” Bukanlah bermaksud ayat tersebut menyatakan bahawa “Muhammad di utus oleh Jesus” tetapi ayat tersebut menyatakan bahawa Jesus memohon kepada Bapa datangkan seorang Nabi atas penyerahan syariat menggenapi syariat nubuwwah Jesus Christ pbuh..Seperti contoh analogy begini :
– Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Mahathir berkata,
“aku akan lantik Zahid Hamidi jadi Perdana Menteri baru menggantikanku”. apakah maksudnya Tun Mahathir yang melantik Zahid Hamidi sebagai Perdana Menteri baru sedangkan kuasa melantik adalah Agong ATAU Tun Mahathir ingin menyereahkan kuasa Executive Pimpinan Kerajaan itu kepada Zahid Hamidi??

dan seperti juga contoh – saya sebagai Perdana Menteri memohon kepada Agong perlantikan Perdana Menteri baru kepada anda atas pemilihan saya kepada anda. Jadi maknanya kamu menjadi Perdana Menteri baru menggantikan saya atas pilihan saya. Secara tidak langsung,semua telah sedia maklum bahawa kamu jadi Perdana Menteri baru atas pilihan saya. Bukankah itu maksudnya kamu dipilih jadi Perdana Menteri atas nama saya???. Gaya bahasa Siryaniyyah apabila diterjemah oleh penerjemah tidak mewujudkan syarh dari mufassir kitab,maka lahirlah pemahaman literal yang ikut acuan. Oleh sebab itu jika diterjemah dari baahasa asli,harus memahami suatu ayat mengikut gaya penyampaian dari bahasa aslinya.

02 – Ayat di atas tersebut itu adalah janji penghibur @ Roh kebenaran yang mana ketika dia datang,dia akan melakukan persaksian tentang Jesus dan membelanya dari fitnah-fitnah yang di luncurkan oleh musuh-musuhnya yang benci di hadapannya. Penghibur itu adalah Muhammad SAW yang merupakan Rasul Al-Amin,seorang Nabi benar dari tuhan yang telah gemilang menjalankan tugasnya termasuk menjelaskan hal sebenar tentang Jesus Christ pbuh dan memuliakannya. Makanya,penganut Islam seramai 1.8 Billion di dunia ini beriman bahawa Jesus Christ pbuh adalah salah satu utusan Tuhan dan salah seorang Ulul ‘Azmi.

POINT NO.4
Nubuat seseorang Nabi dalam kitab memiliki dua jenis iaitu :
– nubuwwatul-wilayat
– nubuwwatul-tashri

Seperti contoh Nubuat Muhammad SAW dalam Deuteronomy 18:18,ianya disebut sebagai nubuwwatul-wilayat kerana ianya berhubung dengan seangkatan dengannya iaitu Musa Alaihissalam dan dalam John 16:13 disebut sebagai nubuwwatul-tashri yang mana menegaskan ciri-ciri orang yang dinubuatkan selaras dengan Syntesis Principle dalam Torah Deuteronomy 18:18. Dan ini juga di sampaikan dalam Quran yang mana berkaitan dengan Surah Al-Kahfi,Al-Najm dan Surah Ali-Imran.

Ayat John bab 16 ayat 13-15 mengukuhkan lagi nubuat Muhammad SAW sebab Muhammad SAW menyampaikan wahyu dari Tuhan BUKAN dari kehendaknya sendiri. Sila bandingkan nubuat Muhammad dalam PL Deuteronomy 18:18 yang mana menjadi keselarasan ayat-ayat tersebut dalam Hermeneutic Syntesis Principle John 16:13 dan Quran surah An-Najm 53:1-4. Mari kita baca :
“seorang nabi akan Kubangkitkan bagi mereka dari antara saudara mereka, seperti engkau ini; Aku AKAN MENARUH FIRMAN-KU DALAM MULUTNYA dan ia akan mengatakan kepada mereka segala yang Kuperintahkan kepadanya.”
[Torah – Deuteronomy 18:18]

“Tetapi apabila Ia datang, yaitu Roh Kebenaran, Ia akan memimpin kamu ke dalam seluruh kebenaran; sebab Ia tidak akan berkata-kata dari diri-Nya sendiri, tetapi segala sesuatu yang didengar-Nya itulah yang akan dikatakan-Nya dan Ia akan memberitakan kepadamu hal-hal yang akan datang.”
[Injeel – John 16:13]

“temanmu (Muhammad) tidak sesat dan tidak keliru,dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemahuan hawa nafsunya.Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan dari Allah kepadanya.”
[Quran – An Najm 53:1-4]

Apabila Muhammad SAW datang,baginda akan memimpin manusia ke arah kebenaran dan apa yang baginda sampaikan kebenaran itu bukan dari kehendaknya sendiri tetapi dari Tuhan yang mengutus baginda (melalui wahyu dari Allah kepada Muhammad SAW). Dan Muhammad SAW juga telah menyampaikan apa yang akan berlaku di masa akan datang dalam Hadith-hadith Nubuwwah baginda. Saya ingin bertanya satu soalan kepada Kristian :
– Jika “Penghibur’ itu adalah Ruh Kudus,apakah Ruh Kudus ada menerangkan hal-hal yang akan datang??

POINT NO.5
Di dalam John 16:7 menyebut bahawa jika Jesus tidak pergi,maka “Roh Kebenaran” itu atau biasa disebut sebagai “Penolong” atau “Penghibur” tidak akan datang kepada mereka. Ini tidak mungkin Ruh Kudus sebab Ruh Kudus sudah datang ketika Jesus Christ pbuh di Babtis di sungai Jordan. Mari kita lihat ayat John 1:32,
“Dan Yohanes memberi kesaksian, katanya: “Aku telah melihat Roh turun dari langit seperti merpati, dan Ia tinggal di atas-Nya.”
[John 1:32]

Untuk membuktikan bahawa yang di maksudkan “Roh Kebenaran” adalah Nabi Muhammad SAW,kita dapat melihat dalam teks Bible dalam bahasa English :

“Howbeit when he, the Spirit of truth, is come, he will guide you into all truth: for he shall not speak of himself; but whatsoever he shall hear, that shall he speak: and he will shew you things to come..”
[John 16:13]

“And John bare record, saying, I saw the Spirit descending from heaven like a dove, and it abode upon him”
[John 1:32]

the Spirit of truth pada John 16:13 itu menunjukkan kepada peribadi Nabi Muhammad SAW. Lebih jauh dalam John 16 13 disebutkan “he will guide” yang mana dalam ayat tersebut menggunakan kata ganti “he” merujuk seseorang manusia dari lelaki. Dan ayat itu bermaksud bahawa dia akan memimpin sedangkan pada John 1:32 memakai kata kata “it” yang menunjukkan benda iaitu Ruh Kudus.

Ruh Kebenaran / Penghibur = “he”
Ruh Kudus = “it”

Berikut saya berikan beberapa kenyataan dari Muslim scholars :

“Notice the use of “he” when referring to the Paraclete and not “it.” If we read John 16:13, we will find no less than SEVEN occurrences of the masculine pronoun “He” and “Himself.” There is not another verse in the 66 books of the Protestant Bible or the seventy three books of the Catholic Bible which contains seven masculine pronouns, or seven feminine pronouns, or even seven neuter genders. So many masculine pronouns ill befits a ghost, holy or otherwise. The word “Spirit” (Greek, pneu’ma), is of a neutral gender and is always referred to by the pronoun “it.”
[Proffessor Abdul-`Ahad Dawud]

“When this point of seven masculine pronouns was mooted by Muslims in India in their debates with the Christian missionaries, the Urdu (Indian) version of the Bible had the pronouns presently changed to SHE, SHE, SHE! so that the Muslims could not claim that this prophecy referred to Muhammad (peace be upon him) – a man! This Christian deception I have seen in the Bible myself. This is a common trickery by the missionaries, more specially in the vernacular. The very latest ruse I have stumbled across in the Afrikaans Bible, on the very verse under discussion; they have changed the word “Trooster” (Comforter), to “Voorspraak” (Mediator), and interpolated the phrase – “die Heilige Gees” – meaning THE HOLY GHOST, which phrase no Bible scholar has ever dared to interpolate into any of the multifarious English Versions. No, not even the Jehovah’s witnesses. This is how the Christians manufacture God’s word.”
– Sheikh Ahmad Deedat
[Muhammad, the natural successor to Christ page 51]

POINT NO.6
Mari kita baca,
“Aku akan minta kepada Bapa, dan Ia akan memberikan kepadamu seorang Penolong yang lain, supaya Ia MENYERTAI KAMU SELAMA -LAMANYA.”
[John 14:16]

Penjelasan ayat :
Dalam ayat ini Jesus Christ pbuh mengatakan dalam gaya bahasa Siryaniyyah mutasyabihah yang mana maksud ayat itu merujuk syariat nubuwwah “Penolong” itu berterusan membimbing manusia sehingga Hari Kiamat tanpa nasakh Nubuwwah. Ayat itu BUKAN bermaksud bahawa “penolong’ itu sentiasa bersama-sama dengan manusia selama-lamanya sehingga Hari Kiamat.

kalau saya cakap dengan kekasih saya dalam telefon,
“saya sentiasa bersama kamu untuk selama-lamanya” – apakah maksudnya saya ada disisi kekasih saya 24 jam kekal abadi sentiasa dengan dia???.

Seperti umat Islam kini,Muhammad SAW telah di utus sebagai Khatamul-Anbiya dan baginda telah sempurnakan ajaran Tuhan iaitu Islam,maka tinggalan ajarannya menjadi amalan dalam iman muslim diam dalam hati rohani sentiasa untuk selamanya sehingga akhir hayat. Perkataan “kepadamu” dirujuk kepada Bani Israel yang menjadi pengikut Jesus. Ini kerana Muhammad SAW akan di utus kepada seluruh manusia termasuk Bani Israel :
“Tidaklah Kami mengutusmu, melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam ”
[Al-Anbiyâ’ 21:107]

“Tiada kami utus engkau (Muhammad) melainkan untuk seluruh manusia untuk memberikan berita gembira dan peringatan.”
[Saba’ 34:28]

POINT NO.7
Mari kita baca :
“iaitu Roh Kebenaran. Dunia tidak dapat menerima Dia, sebab dunia tidak melihat Dia dan tidak mengenal Dia. Tetapi kamu mengenal Dia, sebab Ia menyertai kamu dan akan diam di dalam kamu.”
[John 14:17]

Sekali lagi Jesus Christ pbuh menyampaikan dalam gaya bahasa Siryaniyyah mutasyabihah. Bahasa yang dipakai oleh Jesus sesuai dengan syariat Khabar Gembira (Injeel) yang dibawa baginda yang mana menjurus dengan konsep kasih,maka oleh sebab itu penyampaian baginda adalah seperti demikian. Yang dimaksudkan oleh baginda adalah bahawa “Ruh Kebenaran” tersebut menyampaikan ajaran yang benar dari Tuhan yang mana kebenaran ajaran yang dibawanya itu menjadikan ramai manusia (merujuk “Dunia”) tidak dapat menerima dia disebabkan buta mata hati tentang diri “Ruh Kebenaran” tersebut dan disebabkan kekufuran.

POINT NO.8
Mari kita baca :
“…..dialah yang akan mengajarkan segala sesuatu kepadamu dan akan mengingatkan kamu akan semua yang telah Kukatakan kepadamu.”
[John 14:26]

Pertama sekali kita kena tahu bahawa semua para Nabi mengajarkan ajaran yang sama dari Tuhan. Dan hakikatnya bahawa semua Nabi itu adalah muslim termasuk Jesus Christ pbuh. Muhammad SAW menyampaikan ajaran yang sama seperti mana Jesus Christ pbuh ajarkan. Muhammad SAW bukanlah pengasas Islam tetapi baginda merupakan penyempurna syariat agama Tuhan iaitu Islam. Maka sebab itu baginda disebut sebagai Khatamul-Anbiya (Penutup Segala Nabi).

Jesus Christ pbuh sendiri adalah muslim. Saya kuatkan lagi hujah dari Bible sendiri yang mana Jesus sendiri menyokong hujah fakta muslim bahawa baginda (Jesus) sendiri dan Hawariyyun adalah muslim dalam Luke 6:40. Mari kita baca ayat Luke 6:40 dalam bahasa Aramaic,
“Ein talmeed na’leh ‘al rabbo; shekken kal adam she’MUSHLAM yihyeh k’rabbo.”
[Luke 6:40]

“A student is not above his teacher but everyone who is PERFECTED will be like his teacher.”

“Islam / משלם” ada disebut dalam Luke 23:46,Psalm 37:21,Proverbs 22:27,Job 41:3 dan Isaiah 60:20 dalam ayat asli.

“Islam / Shlam / משלם” ada disebut dalam banyak tempat..antaranya Luke 23:46,Psalm 37:21,Proverbs 22:27,2Samuel 10:19,Job 41:3,Joshua 11:19 dan Isaiah 60:20 dalam ayat asli…Mushlam bermaksud :
– orang yang percaya
– orang yang sejahtera
– orang yang sempurna
– orang yang telah membayar
– orang yang taat setia
– orang yang berserah diri
– orang yang lengkap tamat pengajian
– orang yang berbuat baik dan aman damai

Semua ayat ini dipakai banyak ayat dalam Bible kerana banyak ajaran Tuhan dalam Bible itu sebenarnya menerapkan tentang penyerahan diri / ketaatan / kesempurnaan dalam iman / kesejahteraan / amal taqwa dan pemberian jiwa. Jadi ini semua adalah jalan hidup @ agama (deen) atau millah dari tuhan kepada orag yang beriman. Apa yang disampaikan dalam syariat Utusan Tuhan kepada kita,itulah jalan hidup (agama) untuk kita. Iman dan amal kepada Allah selaras ajaran dalam syariat yang disampaikan kita laksanakan,maka itulah yang membawa kita ke syurga. Maka apa yang Jesus Christ pbuh sampaikan sebenarnya adalah ajaran Islam dan Muhammad SAW menggenapi syariat nubuwwah Jesus Christ pbuh dengan syariat Quran agar ajaran Islam menjadi sempurna.

Jesus Christ adalah salah satu Anbiya’Wal’Rasul mengajar :
*05 Rukun Agama
John 17:3-21 / Mathew 26:30-36 / Mark 1:25-35 / Mathew 9:1-14 / Luke 2:1-37 / Matthew 6:1-5 dan Act 10:1-2

*06 Rukun Iman
Mark 12:28-30 / Revelations 7: 11 / Exodus 23:20 / Luke 1:11-13 / Mathew 12:33 dan Matthew 13: 41-43 dan Mark 5:28-29

*Dua rujukan kepada Muslim Israel (Islam dizaman syariat Jesus)
Original Gospel : Injeel Yeshua
– Mark 8: 30-35

*Follow the Prophet’s teachings : Sunnah of Yeshua
– John 14:1-15 / Mathew 5:17-47 / Matthew 13:57 / Matthew 21:10-11 / Matthew 21:40-45 dan Luke 7:16 serta Luke 24:19

“The Comforter” itu akan lakukan :
1. “supaya dia menyertai kamu selama-lamanya.”
[John 14:26]

penjelasan :-
merujuk syariat ajaran nubuwwahnya yang disampaikan darinya terus kekal dalam iman kepada setiap yang beriman mengikutinya.

2.”dia akan bersaksi tentang aku”
[John 14:26]

dan
3.”Ia akan memuliakan Aku, sebab Ia akan memberitakan kepadamu apa yang diterimanya dari pada-Ku.”
[John 16:14]

Penjelasan :
– merujuk kesaksian nubuwwah Jesus adalah benar dari Allah dan Muhammad SAW tidak menyangkal nubuwwah Jesus bahkan menjelaskan hal sebenar tentang perihal Jesus Christ pbuh dan memuliakan Jesus Christ pbuh dalam syariat ajaran Islam dari baginda.

Untuk lebih terperinci,boleh lihat article saya disini untuk penjelasan dan jawapan membuktikan Jesus Christ pbuh seorang muslim :
– https://muslim-apologetic-borneo.com/rebuttal-to-sabda-harian-adakah-jesus-seorang-muslim/
– https://muslim-apologetic-borneo.com/menjawab-missionaries-20-bukti-jesus-bukan-seorang-muslim/
– https://muslim-apologetic-borneo.com/benarkah-muhammad-saw-tidak-tahu-jalan-ke-syurga-dan-tiada-jalan-keselamatan-dalam-islam/
– https://muslim-apologetic-borneo.com/menjawab-missionaries-jaminan-keselamatan-ada-dalam-eesa-al-masih-atau-muhammad/

POINT NO.9
Bukti terakhir ini saya sertakan kenyataan dari Muslim Apologetic – Abdullah Smith dan Umar Hassan.
Taken from :
– https://www.islamawareness.net/Mib/ch6_3.html
– https://www.quranproject.org/A-quotParacletequot-like-Jesus-592-d

“another Paraclete” (“another Muhammad”)

Jesus (peace be upon him) too is a Paraclete:
“Now go back to John 14:16 and notice the words “another Paraclete.” If the comforter is the Holy Ghost then how many Holy Ghost’s are there? The word “another” is significant. We have already seen how this term is applied to Jesus (peace be upon him) himself. In English, “another” may mean “One more of the same kind” or “one more of a different kind.” If the latter were the one intended then the current Christian interpretation might bear some merit. However, if “One more of the same kind” was what was intended then this is positive proof that the coming Paraclete would be just like Jesus (peace be upon him), a human being and a prophet, not a ghost. The actual Greek word used was the word “allon” which is the masculine accusative form of “allos” {al’-los}: “Another of the SAME kind.” The Greek word for “another of a different kind” is “heteros” {het’-er-os}.”

Prof. Abdul-Ahad Dawud (formerly Rev. David Benjamin Keldani, Bishop of Uramia) says:
“The adjective ‘another’ preceding a foreign noun for the first time announced seems very strange and totally superfluous. There is no doubt that the text has been tampered with and distorted.”
[Muhammad in the Bible, Prof. Abdul-`Ahad Dawud page 211]

“The Paraclete is a parallel figure to Jesus himself; and this conclusion is confirmed in the fact that the title is suitable for both. It is clear from 14:16 that the source thought there were sendings of two Paracletes, Jesus and his successor, the one following the other”
[The Gospel of John a Commentary, Rudolf Bultmann page 567]

The word “Paraclete” is applied to Jesus (peace be upon him) himself in 1 John 2:1

“My little children, these things write I unto you, that ye sin not. And if any man sin, we have an advocate(parakletos) with the Father, Jesus Christ the righteous.”
[1 John 2:1]

Notice how the translators have managed to translate this exact same word one way (advocate) in reference to Jesus (peace be upon him) and another (comforter) with regard to the coming “parakletos.” Why would they want to do such a thing? The reason is that the translators did not want the Christians, after reading

“we have an advocate(parakletos) with the Father, Jesus Christ the righteous”

to then read

“And I will pray the Father, and he shall give you another advocate(parakletos).”

Can we see why this would make them nervous?

Well, what was Jesus (peace be upon him)? He was a prophet! Read:

“…This is Jesus the prophet of Nazareth of Galilee.” (Matthew 21:11) and “..Jesus of Nazareth, which was a prophet mighty in deed and word before God and all the people”
[Luke 24:19:]

Muhammad (peace be upon him) was also a prophet of God. We have already demonstrate in chapter one how the verses of the Bible themselves prove quite conclusively that Jesus (peace be upon him) was neither a god nor part of God Almighty, but an elect messenger of God. The concept of his divinity was concocted by Paul and his ministry during the first three centuries after the departure of Jesus (peace be upon him) and is explicitly refuted by the Bible itself and Jesus’ apostles.

KESIMPULAN
“The Comforter” / “Penolong” / “Penghibur” / “Paracletos” / “Spirit of Truth” yang dinubuatkan sendiri oleh Jesus Christ pbuh itu adalah MUHAMMAD SAW.

“orang-orang yang telah Kami berikan kitab kepadanya,mereka mengenalnya (Muhammad) seperti mereka mengenal anak-anak mereka sendiri.”
[Al-Baqarah 2:146]

“orang-orang yang telah Kami berikan kitab kepadanya,mereka mengenalnya (Muhammad) seperti mereka mengenal anak-anak mereka sendiri. Orang-orang yang merugikan dirinya,mereka itulah tidak beriman kepada Allah.”
[Al-Anam 6:20]

“Orang-orang yang mengikuti rasul yang ummi yang namanya mereka dapati termaktub di dalam Taurat dan Injil yang ada ditangan mereka,yang telah menyeruh mereka berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran,menghalalkan kepada mereka segala yang baik dan mengharamkannya segala yang buruk,membebaskan mereka dari beban dan belenggu-belenggu yang menyiksakan. Adapun orang-orang yang beriman kepadanya,memuliakannya,menolongnya dan mengikuti cahaya yang diturunkan bersamanya,mereka itulah orang-orang beruntung.”
[Al-Araf 7:157]

pesan Jesus Christ pbuh,
“Jikalau kamu tetap dalam sabdaku,kamu benar-benar adalah muridku.dan kamu akan mengetahui kebenaran, dan kebenaran itu akan memerdekakan kamu.”
[John 8:31-32]
– memerdekakan anda dari kekufuran…

pesan Rasullullah Muhammad SAW :
“Terimalah kebenaran itu walau ianya pahit..”
[Hadith Sahih Bukhari dan Tirmizi]

Firman Allah Azza’Wa’Jalla kepada anda :
“Telah datang kebenaran dan lenyaplah kebatilan.Sesungguhnya kebatilan itu sememangnya pasti lenyap.”
[Al-Isra’ 17: 81]

“Tiada tuhan selain Allah,Muhammad dan Eesa Al-Masih adalah Utusan Allah serta Jibrail Sayyid Malak Al-Qhuwaan adalah Ruhul Quddus.”

By