Skip to content

Apakah Makanan Yang Diharamkan Oleh Israel (Yaakub Alaihissalam)?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam kerana mengizinkan saya untuk membuat satu artikel yang bertajuk “Apakah makanan yang diharamkan oleh Israel (Yaakub Alaihissalam)?”. Perkara ini harus dihujahkan memandangkan ada golongan missionaries berasa keliru antara makanan yang diharamkan oleh Judah Israel dengan Israel sendiri (Prophet Jacob pbuh) serta mereka juga keliru bahawa kononnya Bible mengharamkam Israel Judah memakan daging Unta. Maka disini saya akan jelaskan secara SEDERHANA sekaligus menjawab dakwaan keliru mereka.

Mari kita baca dulu ayat Quran :
“Segala jenis makanan dahulu adalah halal bagi Bani Israil kecuali makanan yang diharamkan oleh Israel (Yaakub) kepada dirinya sendiri SEBELUM diturunkan Kitab Taurat.”
[Ali-Imran 3:93]

ayat ini menjelaskan bahawa sebelum Torah diturunkan kepada Musa Alaihissalam,segala makanan adalah halal bagi orang-orang Judah Israel KECUALI kepada Yaakub Alaihissalam sahaja yang mana ada beberapa makanan yang diharamkan oleh Israel sendiri (Yaakub). Antara makanan yang diharamkan oleh Israel (Yaakub Alaihissalam) dalam Quran Ali-Imran 3:93 ialah Unta dan susu Unta. Hal itu dinyatakan dalam Atsar Ibn Abbas :
“The Surah Ali Imran verse 93 refer to Jacob forbade himself the meat and milk of camels. When this verse was revealed, the Holy Prophet asked the Jews: “What did Jacob forbid himself of food?” They said: “he did not forbid himself any type of food, and whatever is forbidden for us today, such as the meat of camels and other things, was already forbidden on all prophets, from Adam to Moses. It is only you who make such things lawful”. And they claimed those things were also forbidden in the Torah. Hence Allah said to Muhammad: Say to them: Produce the Torah and read it (unto us) where they are made forbidden in your claim. But they failed to produce the Torah and knew they were liars since there was nothing in the Torah to substantiate their claim.”
[Athar Ibnu Abbas – Tanwir’ul-Miqbas min Tafseer]

Ini dikuatkan lagi kenyataan dari Proffessor Noah Fiedman berkata :
“there is no biblical or rabbinic source support for the opinion that there is some pre-revelatory basis for the ban.”
– https://en.wikipedia.org/wiki/Noah_Feldman

Mari kita baca ayat Quran yang lain :
“Dan juga aku datang untuk mengesahkan kebenaran Kitab Taurat yang diturunkan dahulu daripadaku dan untuk menghalalkan bagi kamu sebahagian dari perkara-perkara yang telah diharamkan kepada kamu dan juga aku datang kepada kamu dengan membawa satu mukjizat dari Tuhan kamu. Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah dan taatlah kepadaku.”
[Ali’Imraan 3:50]

Ayat Quran Ali-Imran 3:50 menerangkan bahawa Jesus datang kepada Bani Israel untuk membenarkan Kitab Torah yang ada pada mereka,mengakui dan menguatkannya bukan mengganti atau menyalahkan hukum-hukumnya dan sebagai pembawa syariat Injeel yang dismpaikan melalui kasih sayang,maka Jesus meringankan beberapa hukum untuk penganutnya agar bani Israel kembali ikuti syariat ajaran Tuhan. Oleh kerana sebelum ini,dirasakan sebagai suatu beban yang amat berat bagi mereka.

dan kita baca tiga (03) ayat Quran yang lain lagi :
“Dan ketika Isa datang kepada kaumnya dengan membawa keterangan-keterangan yang nyata berkatalah dia: “Sesungguhnya aku datang kepada kamu dengan membawa hikmat ajaran Tuhan dan untuk menerangkan kepada kamu: sebahagian dari perkara-perkara yang kamu berselisihan padanya. Oleh itu,bertaqwalah kamu kepada Allah dan taatlah kepadaku.”
[Az-Zukhruf 43:63]

“Maka disebabkan kezaliman yang amat besar dari perbuatan orang-orang Yahudi,Kami haramkan atas mereka makanan yang baik-baik yang pernah dihalalkan bagi mereka dan disebabkan mereka banyak menghalang manusia dari jalan Allah.”
[An-Nisaa’ 4:160]

“Dan Kami haramkan atas orang-orang Yahudi segala binatang yang berkuku, dan dari lembu dan kambing pula Kami haramkan kepada mereka lemaknya kecuali yang ada pada belakangnya atau yang menyelaputi perkakas dalam perutnya atau yang bercampur dengan tulang.Demikianlah Kami balas mereka dengan sebab kederhakaan mereka dan sesungguhnya Kamilah yang benar.”
[Al-An’aam 6:146]

Jesus Christ pbuh menjelaskan permasalahan-permasalahan dan persoalan-persoalan yang menjadi perselisihan di antara mereka dalam Quran Az-Zhukruf 43:63 bahawa hukum larangan makanan khusus untuk Yaakub tidak termasuk dalam hukum larangan makanan untuk mereka (bani Israel) disebabkan kederhakaan mereka dalam Quran An-Nisa 4:160 dan Al-An’am 6:146. Makanan yang diharamkan oleh bani Israel dalam Quran Al-An’am 6:146 ialah :
– lembu
– kambing
– Itik
– Angsa
– Lemak
dan pastinya makanan2 yang baik

Tapi saya faham,pasti anda katakan bahawa larangan makan unta dan susunya BUKAN untuk Yaakub tetapi untuk Israel Judah kerana ada dalil Torah diharamkan makan unta dan susunya di dalam Leviticus 11:4 dan Deuteronomy 14:7 .

Okay baik,disini response saya :
Kita baca dahulu dua ayat dalam Bible iaitu Leviticus 11:4 dan Deuteronomy 14:7,

“Tetapi inilah yang tidak boleh kamu makan dari yang memamah biak atau dari yang berkuku belah: unta kerana memang memamah biak tetapi tidak berkuku belah;itu haram bagimu.”
[Leviticus 11:4]

“Tetapi inilah yang tidak boleh kamu makan dari antara yang memamah biak atau dari antara yang berbelah dan bersela kukunya: unta, kelinci hutan dan marmot kerana semuanya itu memang memamah biak tetapi tidak berkuku belah; haram semuanya itu bagimu.”
[Deuteronomy 14:7]

Kristian berkata bahawa diharamkan memamakn Unta kepada Judah Israel seperti dua ayat Bible di atas. Setelah kita baca ayat-ayat tersebut,kita mendapati kesalahan disitu yang Leviticus 11:4 mengatakan bahawa Unta adalah TIDAK BERKUKU BELAH manakala Deuteronomy 14:7 mengatakan Unta adalah BINATANG BERBELAH DAN BERSELA KUKUNYA…..mana satu yg betul,”YANG TIDAK BELAH KUKU” atau “YANG BERBELAH KUKU”?????. Apakah Tuhan bingung dengan penciptaannya??? Dia lupa apa yg Dia katakan???…

Namun,sebenarnya itu antara bukti-bukti bahawa Bible BUKANLAH Firman Tuhan kerana telah di ubah,di tokok tambah dan di palsukan. Disini saya berikan argument yang lebih terperinci untuk mengetahui siapa yang mengubah ayat kitab dahulu,bila dan dimana serta mana ayat yang masih asli,sila rujuk sumber ini :
– http://www.answering-christianity.com/que3.htm
– http://www.answering-christianity.com/warning.htm
– http://www.answering-christianity.com/sake.htm
– http://www.answering-christianity.com/sake3.htm
– http://www.answering-christianity.com/que9.htm
– http://www.answering-christianity.com/blog/index.php?topic=1022.0
– http://www.answering-christianity.com/mucahit_sivri/quran_and_gospel.htm
– http://www.answering-christianity.com/authors_gospels.htm
– http://www.answering-christianity.com/sake11.htm
– http://www.answering-christianity.com/scholars_refute.htm

PENAMBAHAN LAIN :
Tidak dinafikan memang ramai muslim tidak faham Quran kerana kebanyakan muslim kini kurang didikan terhadap Quran. Dan kebanyakan muslim hanya bertaddabur BUKAN Darasa’ul tafseer wal ulum Quran. Maka sebab itu mengapa ada SEBAHAGIAN muslim tidak mampu menjawab soalan “makanan apa yang diharamkan oleh Israel dan bani Israel” dari missionaries. Namun soalan biasa tersebut telah lama dijawab oleh Muslim Apologetics kerana sebab itu mengapa ramai pendakwah muslim mampu membungkam missionaries Christianity bukan sahaja melalui Quran bahkan melalui kitab Bible kerana pendakwah Islam mempelajari Jidal Kitabullah dalam Perbandingan agama.

KESIMPULAN
Hanya Yaakub Alaihissalam (Israel) sahaja yang diharamkan untuk memakan unta dan meminum susu unta BUKAN Bani Israel. Manakala ada beberapa makanan lain yang tertentu diharamkan dimakan oleh Bani Israel (Unta tidak disenaraikan) disebabkan kederhakaan mereka terhadap Allah. Apa yang diharamkan oleh Yaakub Alaihissalam (Israel) TIDAK SAMA apa yang diharamkan oleh Bani Israel. Malangnya hal ini menyebabkan Judah Israel berselisih sesama sendiri sehinggalah Jesus Christ pbuh datang untuk menjelaskan hal tersebut agar tidak ada kekeliruan namun kedegilan Bani Israel tetap dengan perselisihan mereka.

Firman Allah Azza Wa Jalla :
“Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Marilah menurut kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada Rasul-Nya”, mereka menjawab: “Cukuplah bagi kami apa yang kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya.”. Adakah mereka akan menurut juga sekalipun datuk nenek mereka tidak mengetahui apa-apa dan tidak pula mendapat hidayah petunjuk?.”
[Al-Maaidah 5:104]

Untuk penjelasan lebih terperinci,sila rujuk disini :
– https://panggilantauhid.wordpress.com/2012/04/25/why-camel-flesh-is-not-haram-as-mandated-in-leviticus-114-deuteronomy-147/
– http://www.answering-christianity.com/quran/bloodatonement_rebuttal.htm#camels