Reading Time: 5 minutes

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Pada 02hb May 2019,Pengarang SH membuat satu artikel bertajuk “Adakah muslim dan kristian menyembah tuhan yang sama?” disini :
– http://sabdaharian.com/adakah-kristian-dan-muslim-menyembah-tuhan-yang-sama/

Setelah dibaca teliti,saya mendapati ada beberapa point yang saya setuju namun ada juga beberapa point dari isi website sahabat Kristian kita (pengarang SH) yang saya harus jawab untuk meluruskan fahamannya tentang konsep ketuhanan.

Disini saya akan berikan respon menjawab artikel dari pengarang SH tersebut. Namun sebelum saya response artikel beliau,pertama sekali saya ingin terangkan mengenai kaitan kalimah ALLAH dengan YHWH kerana ini membuktikan bahawa Tuhan orang Judah Israel dengan Tuhan orang muslim adalah Tuhan yang sama disembah.

Sememangnya kalimah Allah ada dalam Bible. Yahuwah @ YHWH (bukan sebutan Yahweh) adalah kata ganti nama khas tuhan Israel. Ianya synonym dgn ALLH dalam Samawiyyah Arabic (Quranic Al-Arab). mengapa sama? Huruf “Yodh” dalam YHWH synonym dengan “Ya” dalam Arabic. Tetapi dalam hukum Qhair Mustaq,huruf “Yodh” synonym dengan bacaan huruf “Alif (Arabic) @ Aleph (Hebrew)” dan “Alif Matsurah”. Makanya,kalimah YHWH dalam Arabic merujuk ALLH. Rabbi Saadia Gaon menerjemah TNKH dalam bahasa Arab pada 902 AD dan beliau merupakan orang pertama yang menerjemahkan TNKH dalam bahasa Arab (Perjanjian Baru diterjemah dalam bahasa Arab pada tahun 1616 oleh Erpenius). Dalam terjemahan beliau,kalimah YHWH diterjemah menjadi kalimah ALLAH sebagai contoh :
Hebrew translation
“Syema Israelu,Yahuwah eloheinu yahuwahu echad”
[Deuteronomy 6:4]

beliau menerjemah dalam bahasa Arab seperti berikut :
“Ishma ya Israel,Allah ilahunna Allahu ahad.”
[Deuteronomy 6:4]

untuk lebih lanjut,sila rujuk disini :
– https://www.academia.edu/3770935/_The_Torah_of_Israel_in_the_Tongue_of_Ishmael_Saadia_Gaon_and_his_Arabic_Translation_of_the_Pentateuch_
– https://www.youtube.com/watch?v=LFSM7nTPjfk
– https://www.youtube.com/watch?v=qHNzSk_Buec

Kalimah Allah BUKAN berasal dari Al-Ilah. Dalam hukum Nahwu Sorof Samawiyyah Arabic apabila ada “Ya” di awal sebutan perkataan seperti “Ya Allah”,suku kata “AL” pada kalimah Allah tidak dibuang. Ini disebabkan suku kata “AL” pada kalimah Allah BUKAN merujuk “The” tetapi kata yang dikhususkan dari kata “IL” (“EL” in Hebrew). Maka sebab itu mengapa sebutan tetap menjadi ‘Ya Allah”. Tetapi apabila ada “Ya” di awal sebutan mana-mana perkataan yang merujuk “The” seperti contoh “Al-Hakim”,suku kata “AL” pada “Al-Hakim” harus dibuang menjadi sebutan “Ya Hakim” apabila suku kata “Ya” ada disebut di awal kalimat. Ini kerana suku kata pada “AL” dalam perkataan “Al-Hakim” merujuk “Maha” atau “The” (“HA” in Hebrew).

Jadi, dari nama tuhan sahaja pun telah menunjukkan bahawa kita menyembah tuhan yang sama. Namun apakah bukti perkaitan ini membolehkan Kristian Trinitrian memakai kalimah Allah dalam Bible? saya katakan TIDAK BOLEH!…mengapa?…saya akan terangkan dalam artikel lain kerana itu adalah isu lain yang tidak berkenaan dengan tajuk artikel ini.

Okay baik….berkenaan dengan respon terhadap point dalam artikel dari pengarang SH,kita baca dahulu penjelasan dari pengarang SH seperti berikut :

SH berkata,
Pada masa yang sama, terdapat juga perbezaan penting antara pandangan orang Kristian dan orang Muslim mengenai Tuhan. Walaupun orang Muslim menganggap bahawa Allah mempunyai ciri-ciri belas kasihan, penuh rahmat dan penyayang; tetapi Allah tidak menunjukkan ciri-ciri lain yang sama dengan Allah orang Kristian. Perbezaan penting antara agama Kristian dan agama Muslim mengenai Tuhan ialah konsep “penjelmaan”. Orang Kristian percaya bahawa Tuhan menjadi manusia iaitu Yesus Kristus. Orang Muslim menganggap konsep ini satu pencacian kepada Tuhan yang suci. Orang Muslim tidak akan menerima pandangan bahawa Allah menjadi manusia dan mati untuk dosa dunia ini. Kepercayaan pada penjelmaan iaitu Tuhan wujud sebagai Yesus Kristus adalah muktamad dalam pemahaman konsep Tuhan bagi orang Kristian. Tuhan menjadi manusia supaya Dia dapat bersimpati dengan kita, dan lebih penting lagi, supaya Dia dapat memberi penyelamatan, iaitu pengampunan dosa.

MAB response :
Islam menolak konsep reincarnation kerana ianya menyalahi Sifadh Ilahiyyah Allah. Bukan soal Allah tidak mampu menjelma jadi apa sahaja. Sebenarnya Allah boleh buat apa sahaja,tidak ada yang mustahil bagi Allah (Al-Baqarah 2:20,Matthew 19:26,Mark 10:1427,Mark 10:14 dan Mark 10:36). Tetapi Tuhan TIDAK AKAN sesekali melakukan sesuatu yang melanggari Sifat Ketuhanan-Nya sendiri. sebagai contoh,Kristian beriman Tuhan menjadi manusia melalui Logos. Maknanya Kristian telah menjadi Tuhan itu mempunyai sifat awal,sifat dilahirkan dan sifat diciptakan dan sekaligus ini melanggar sifat Tuhan Yang Maha Pencipta (Al-Khaliq) dan Maha Sedia Ada (Al-Qidam). Bahkan Bible kamu sendiri menyokong argument Islam yang mana Tuhan tidak sesekali menjelma berubah menjadi apa sahaja (Malachi 3:1-6 dan James 1:7-17).

Lima (05) soalan untuk pengarang SH :
01 – Apakah gelas yang penuh dengan air boleh menjadi gelas kosong pada masa yang sama?
02 – Apakah Tuhan Yang Maha Bijaksana boleh menjadi bodoh pada masa yang sama?
03 – Apakah Tuhan Yang Maha Kekal Abadi boleh mati pada masa yang sama?
04 – Apakah Tuhan Yang Maha Mengetahui boleh terbatas pengetahuan pada masa
yang sama?
05 – Jika anda katakan Jesus Christ pbuh yang kelaparan memakan ikan goreng (Luke 24:41-43) adalah bahagian manusiawinya,maka dimana bahagian ilahiyyahnya ketika itu dan apakah bahagian manusiawinya lebih dominan dari bahagian ilahiyyah walhal dia telah mengalahkan maut setelah penyaliban tersebut??

Jika anda berhujah dengan mengatakan bahawa Jesus adalah 100% ketuhanan dan 100% manusia (Colossians 2:9),ini akan bercanggah dengan Number 23:19. Bahkan Paul sendiri mengatakan bahawa Christ dikepalai oleh Tuhan (1 Corinthian 11:3). Jadi tidak mungkin Jesus Christ pbuh memiliki 100% ilahiyyah yang sama seperti Bapa. Kristian tidak memahami perbezaan antara konsep Anti-God dengan konsep Vise-Versa. Jadi,kepercayaan Kristian dalam konsep tuhan menjelma menjadi manusia adalah muktamad SESAT.

Untuk lebih terperinci mengenai kesalahan konsep Anthropomorphism :
– https://www.islamreligion.com/ebooks/Did-God-Become-Man.pdf

pengarang SH berkata,
Oleh itu, adakah orang Kristian dan orang Muslim menyembah Tuhan yang sama? Ya atau Tidak? Mungkin satu soalan yang lebih baik ialah, “Adakah orang Kristian dan orang Muslim mempunyai kefahaman yang sama mengenai Tuhan?” Mengenai hal ini, jawapannya ialah tidak sama. Terdapat beberapa perbezaan yang kritikal antara orang Kristian dan orang Muslim mengenai Tuhan. Kedua-dua kepercayaan tidak mungkin sama-sama benar. Kami percaya bahawa agama Kristian mempunyai pandangan yang betul mengenai Tuhan kerana dosa mesti dibayar bagi mendapat penyelamatan. Hanya Tuhan dapat membayar harga itu iaitu apabila Tuhan menjadi manusia supaya Dia boleh mati untuk kita, membayar denda dosa kita dan mengampuni kita (Roma 5:8; 2 Korintus 5:21).

MAB response :
Ok baik…memandangkan kamu berkata “Hanya Tuhan dapat membayar harga itu iaitu apabila Tuhan menjadi manusia supaya Dia boleh mati untuk kita..”,maknanya secara tidak langsung kamu akui bahawa Tuhan boleh mati. Maknanya,pemahaman Kristian yang menyalahi konsep Sifadh Ilahiyyah yang sebenar.Berkenaan dengan rangkap ayat tersebut,ingin saya bertanya satu soalan sahaja :
01 – Semasa Oknum Anak mati disalib,Oknum Bapa di syurga mati atau tidak?
(A) MATI
(B) TIDAK MATI

Jika kamu jawab MATI,jadi siapakah yang meninggalkan tubuh Jesus semasa penyaliban (Matthew 27:46)???.

Jika kamu jawab TIDAK MATI,maka kamu setuju bahawa penebusan dosa adalah dusta kerana tidak mungkin dosa warisan manusia akan terhapus hanya melalui tubuh manusiawi. Apa guna Tuhan menjelma jadi manusia (John 1:1) lalu memimjam rupa manusia (Phillipian 2:7) turun ke bumi jika akhirnya yang menebus dosa hanya tubuh manusiawi yang kosong tanpa peribadi ilahiyyah.

Sememangnya Jesus BUKANLAH Bapa kerana ianya adalah satu Bida’ah (Modalisme) dalam kekristianian tetapi harus ingat,Tuhan sendiri berkata bahawa hanya Dia satu-satunya Tuhan,tidak ada sesiapa pun disisi-Nya dan Dialah Penyelamat (Ezekiel 18:1-9,Micah 7:18,Numbers 35:33,Isaiah 43:11,Isaiah 46:9,Deuteronomy 4:35,Deuteronomy 32:39,1 Kings 8:60,Isaiah 44:8,Isaiah 45:5,Isaiah 45:21 dan Isaiah 45:22).

KESIMPULAN
Sebenarnya kita semua menyembah TUHAN YANG SAMA TETAPI BERBEZA AQEEDAH. Pemahaman Kristian terlalu jauh menyimpang dari konsep Ketuhanan yang sebenar sehingga mewujudkan sangkaan sesat bahawa Tuhan Kristian dan Tuhan Islam adalah tidak sama. Maka sebab itu datang Muhammad SAW sebagai Penutup Segala Nabi wa Rasul untuk meluruskan kembali syariat para Nabi terdahulu yang telah dicampur adukkan,ditokok tambah dan telah disesatkan.

pesan Eesa Al-Masih Alaihissalam @ Jesus Christ :
“Jikalau kamu tetap dalam sabdaku,kamu benar-benar adalah muridku.dan kamu akan mengetahui kebenaran dan kebenaran itu akan memerdekakan kamu.”
[John 8:31-32]
– memerdekakan anda dari kekufuran…

pesan Rasullullah Muhammad SAW,
“Terimalah kenyataan itu walau ianya pahit…”

Firman Allah Azza’Wa’Jalla – Tuhan Yang Maha Esa :
“Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap.Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.”
[Al-Isra 17:81]

By