Category: Rebuttal

  • Rebuttal to Sabda Harian – “Bagaimanakah Jesus menjadi tuhan dan manusia secara serentak?

    Rebuttal to Sabda Harian – “Bagaimanakah Jesus menjadi tuhan dan manusia secara serentak?

    Reading Time: 16 minutes

    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

    Pada 11hb September 2019,pengarang Sabda Harian telah membuat satu artikel yang bertajuk “Bagaimanakah Jesus menjadi tuhan dan manusia secara serentak?”. Artikel dari beliau tersebut boleh dirujuk disini :
    – https://sabdaharian.com/bagaimanakah-yesus-menjadi-allah-dan-manusia-serentak/

    Setelah saya membacanya,saya mendapati artikel dari pengarang SH harus diluruskan dengan hujah fakta ilmiah. Disini saya berikan response sebagai bantahan untuk menjawab artikelnya sekaligus membuktikan bahawa Jesus BUKANLAH Tuhan dan Tuhan sesekali tidak akan menjelma jadi manusia.

    SH berkata,
    “Tidak masuk akal bagaimana Yesus boleh menjelma sebagai Allah dan manusia serentak. Ini adalah salah satu ajaran Kristian yang saya tidak dapat terima.”

    “Allah tidak akan merendahkan diri dan menjadi seorang manusia di dalam bentuk Yesus.”

    “Yesus hanya seorang manusia, mengapa orang Kristian mahu men-Tuhankan manusia?”

    Alkitab mengajar bahawa Yesus Kristus adalah Allah dan manusia serentak. Bukan sahaja orang ramai, tetapi banyak orang Kristian juga yang masih bergumul dengan pemahaman bagaimana Yesus adalah Allah serta manusia sekaligus. Bagaimanakah Pencipta alam semesta boleh menjadi manusia fana? Benarkah seorang lelaki Yahudi dari abad yang pertama Selepas Masihi adalah Allah sekaligus? Tidak dinafikan bahawa persoalan akan timbul, tetapi Alkitab (serta tradisi gereja yang tertentu) mengandungi bukti-bukti yang penting untuk menolong kita memahami hal ini.

    MAB response :
    01 – Di atas antara soalan-soalan yang dikemukakan bukan sahaja dari muslim namun dari orang Kristian sendiri yang mana dalam hujung lubuk qalbu mereka,terdetik wujudnya persoalan-persoalan sedemikian dan persoalan-persoalan tersebut tidak dapat dijawab secara mutlak oleh pemimpin-pemimpin Gereja pihak anda baik dari denominasi Katolik,SIB,SDA,Angelican,Orthodox dan lain-lain mazhab Kristian yang beraqeedah Trinitrian.

    02 – Sila tunjukkan kepada saya di mana dalil dalam Bible ada mengajar bahawa Jesus adalah tuhan dan manusia secara serentak???…hanya SATU DALIL sahaja saya minta dalam SEMUA VERSI BIBLE. Jika ada,sila kemukakan wahai saudaraku.

    SH berkata,
    Majlis gereja dari zaman dahulu pernah mempertimbangkan isu-isu berkaitan dengan Kristus dan hubungan-Nya dengan Allah Bapa. Majlis Chalcedon (451 SM) mengesahkan bahawa Kristus adalah “sempurna secara ilahi dan sempurna secara manusia, Allah serta manusia serentak.” Kenyataan tersebut benar bukan kerana Majlis Chalcedon mengajar begitu, tetapi kerana pengajaran itu selari dengan apa yang Alkitab menyatakan tentang keilahian dan kemanusiaan Yesus.

    MAB response :
    Benar! bermulanya doktrin “Jesus Christ is both man and God” pada 451 AD Council of Chalcedon BUKAN dari Injeel yang di ajarkan oleh Yeshua Ha Masaha (Jesus Christ pbuh) pada 1 Masihi. Bayangkan 450 tahun selepas ketiadaan Jesus Christ pbuh,konsep ini baru wujud dalam Kekristianian sedangkan Jesus Christ pbuh sendiri tidak pernah ajar konsep “both man and God” (Anthropomorphism) bahkan Hawariyyun (12 diciples of Jesus) sendiri tidak pernah mengajar konsep tersebut. Sehingga Council of Nicea pada 325 AD dan seterusnya Council of Epheseus pada 431 AD pun,konsep ini masih tidak diterapkan dalam Kekristianian. Maknanya konsep ini adalah satu penambahan dalam ajaran Kekristianian yang BUKAN berasal dari ajaran tuhan yang tulen.

    SH berkata,
    Alkitab sangat jelas menunjukkan bahawa Yesus adalah Allah (Yohanes 20:28; Titus 2:13; Ibrani 1:8), dan manusia (Roma 1:2–4; 1 Yohanes 4:2–3). Yesus sendiri menuntut nama yang ilahi (Yohanes 8:58) dan melakukan perkara yang hanya dapat Allah lakukan (Markus 2:1–12; Lukas 7:48–50). Namun demikian, Yesus juga menunjukkan ciri-ciri kemanusiaan yang kita semua alami (Lukas 19:41; Yohanes 19:28).

    MAB response :
    Malangnya,TIDAK ADA SATU AYAT dari lisan Jesus mengatakan dirinya adalah tuhan apatah lagi ayat yang mengatakan dirinya adalah tuhan dan manusia secara serentak.

    Nmaun,saudara bersungguh untuk menunjukkan bahawa Jesus adalah tuhan dan manusia secara serentak dalam Bible walau tidak ada. Tidak mengapa,Mari kita berikan pencerahan :
    01 – John 20:28
    Konteks dalam John 20:28,Saint Thomas menyebut “ο κυριος μου και ο θεος μου” (Ho Kyrios mou kai Ho Theos @ My Lord and my God!) kerana terkejut melihat Jesus dalam keadaan normal (setelah penyaliban) sehingga berkata “My Lord and my God!”. Sebutan ayat dari Thomas itu bukan merujuk kepada Jesus tetapi Bapa (Allah) sendiri. Seperti contoh kita apabila terkejut melihat sesuatu yang mengejutkan,kita akan berkata “Ya Allah ya tuhanku” @ “Oh my God” @ “OMG”….saya memegang tangan mayat lalu tiba-tiba mayat itu hidup,saya berasa terkejut lalu berkata “Ya Allah ya Tuhanku!”,apakah maksudnya saya katakan mayat itu adalah tuhan???

    Tapi saya faham,sumber Missionaries Kristian – Sarapan Pagi Biblika telah menjawabnya kembali disini :
    – http://www.sarapanpagi.org/tanggapan-yohanes-20-28-tidak-membuktikan-yesus-tuhan-vt1729.html

    saya telah membacanya dan saya meruntuhkan dengan dua point simple sahaja :
    01 – Sebutan Saint Thomas tidak melanggari Exodus 20:7 kerana Thomas dalam keadaan terkejut (bukan sengaja). Pernyataan memanggil tuhan apabila terkejut itu lumrah manusia BUKAN budaya masyarakat kerana seluruh dunia manusia mengolahkannya BUKAN hanya peradaban setempat.

    kita andaikan sahaja Saint Thomas sengaja menyebut nama Tuhan,saya ingin bertanya,
    – Apabila ayat “My Lord and my God!” dalam John 20:28 ditranslate dalam Hebrew,apakah kalimat “יהוה (YHWH)” ada dipakai dalam ayat tersebut???

    Jangan lupa,kalimat “Adonay” ATAU “YHWH” tidak pernah dipakai merujuk Jesus dalam New Testament. Dan jika Thomas akui Jesus adalah tuhan dalam ayat itu,pasti Thomas akan sujud menyembah TANPA perintah Jesus dalam ayat seterusnya namun malangnya itu tidak berlaku.

    02 – Titus 2:13
    Walau Paul banyak menyeleweng ajaran Jesus Christ pbuh,namun dalam Titus 2:13 tidak disebut pun Jesus adalah tuhan. Mari kita baca,
    “dengan menantikan penggenapan pengharapan kita yang penuh bahagia dan penyataan kemuliaan Allah yang Maha Besar dan Juruselamat kita Yesus Kristus.”

    Lihatlah bagaimana Allah dengan Jesus disebutkan secara terpisah yang menunjukkan bahawa Jesus bukanlah dalam ketuhanan. Jika “Juruselamat” (Messiah) itu dianggap sebagai tuhan,maka Koresh,Daud,Saul,Harun,Elisa dan Solomon juga saudara harus anggap tuhan kerana mereka juga adalah Messiah dalam Perjanjian Lama.

    03 – Hebrew 1:8
    “Tetapi tentang Anak Ia berkata: “Takhta-Mu, ya Allah, tetap untuk seterusnya dan selamanya, dan tongkat kerajaan-Mu adalah tongkat kebenaran.”

    Kitab Hebrew walau tidak diketahui siapa penulisnya,namun penulis tidak menyatakan pun dalam ayat tersebut bahawa Jesus adalah tuhan bahkan disitu ada kemusykilan kerana dalam Hebrew 1:5 yang menyebut “Aku akan menjadi Bapanya dan ia akan menjadi anak-Ku?” merujuk Perjanjian Allah kepada Daud dalam 1 Chronicles 17:13 dan 2 Samuel 7:14 yang mana Muwarikh secara harafiah/zahir menyalin nubuat Nabi Natan yang tercantum dalam 2 Samuel 7:14 dan “Anak” disini merujuk Daud dan keturunan anak seterusnya iaitu Solomon.

    Kemudian pada ayat Hebrew 1:6 pula menyatakan,
    “Dan ketika Ia membawa pula Anak-Nya yang sulung ke dunia, Ia berkata: “Semua malaikat Allah harus menyembah Dia.”

    Siapakah anak sulung tersebut??? Bible menjawab,
    “Beginilah firman TUHAN: Israel ialah anak-Ku,anak-Ku yang sulung.”
    [Exodus 4:22]

    Jadi “anak” yang dimaksudkan dalam Hebrew 1:8 adalah DAUD kerana “anak” yang diturunkan ke dunia ialah anak sulung (Israel @ Jacob pbuh) manakala anak yang dibicarakan dari keturunan Jacob menduduki takhta Allah menjadi raja ialah Daud pbuh. Dan ini dikuatkan lagi dalam ayat seterusnya (Hebrew 1:9) yang mana Daud diurapi dengan minyak (1 Samuel 16:12-13 / 2 Samuel 5:1-5 dan Psalm 2:2).

    Jadi Hebrew 1:8 ini tidak dituju kepada Jesus Christ pbuh.

    04 – Romans 1:2-4
    Tidak ada masalah jika Romans 1:2-4 merujuk Jesus adalah manusia TANPA KEILAHIAN kerana dalam ayat tersebut tidak menyatakan bahawa Jesus adalah manusia dan tuhan dalam masa yang sama. Tetapi malangnya jika ayat ini dipakai untuk merujuk bahawa Jesus bangkit dari kematian,maka ini bercanggah dengan surat Paul yang lain iaitu dalam Hebrew 5:6-8 yang mana menerangkan bahawa Bapa mendengar doa Jesus dan menyelamatkan Jesus dari kematian. Mari kita baca ayat tersebut :

    “Sebagaimana firman-Nya dalam suatu nas lain: “Engkau adalah Imam untuk selama-lamanya, menurut peraturan Melkisedek.”Dalam hidup-Nya sebagai manusia, Ia telah mempersembahkan doa dan permohonan dengan ratap tangis dan keluhan kepada Dia yang sanggup menyelamatkan-Nya dari maut, dan karena kesalehan-Nya Ia telah didengarkan.Dan sekalipun Ia adalah Anak, Ia telah belajar menjadi taat dari apa yang telah diderita-Nya.”
    [Hebrew 5:6-8]

    Jika anda katakan bahawa ayat tersebut dimaksudkan dengan kehidupan kembali dari kematian setelah penyaliban,sepatutnya ayat tersebut harus mengatakan “Dia telah mengalahkan kerajaan Maut..”. Dan juga jika ayat tersebut dimaksudkan kehidupan kembali dari kematian,maka akan timbul beberapa kemusykilan persoalan :
    – Siapakah yang menghidupkan Jesus,Bapa atau dirinya sendiri??
    – Jika dirinya sendiri yang menghidupkan dirinya sendiri,mengapa Hebrew 5:7 mengatakan Bapa yang sanggup menyelamatkan dirinya???
    – Jika Bapa yang menghidupkan dirinya sendiri,maka bagaimana Jesus yang dianggap tuhan boleh dihidupkan oleh suatu kuasa yang lain sedangkan Jesus dianggap 100% ilahiyyah beserta 100% manusiawi??

    Saya berikan Exegess yang menjelaskan Romans 1:2-4 dengan kaitan perikop ayat yang lain :
    “During his earthly life Jesus was addressed as rabbi and was regarded as a prophet. Some of his words, too, place him in the category of sage. A title of respect for a rabbi would be “my Lord.” Already before Easter his followers, impressed by his authority, would mean something more than usual when they addressed him as “my Lord.”…. it is unlikely that the title “Son of David” was ascribed to him or accepted by him during his earthly ministry. “Son of God,” in former times a title of the Hebrew kings (Psalms 2:7), was first adopted in the post-Easter church as an equivalent of Messiah and had no metaphysical connotations (Romans 1:4). Jesus was conscious of a unique filial relationship with God, but it is uncertain whether the Father/Son language (Mark 18:32; Matt. 11:25-27 par.; John passim) goes back to Jesus himself”.
    [Grolier’s encyclopedia, under the heading “Jesus Christ”]

    Jesus hanya menggelarkan dirinya “Anak Allah” sebanyak 2 kali dan Jesus menggelarkan dirinya “Anak Manusia” sebanyak 81 kali. Dalam gaya bahasa Siryaniyyah,”Anak Allah” merujuk persamaan sebagai “Hamba Allah” dalam gaya bahasa Semitic Arabic (Firdaws Al-Arab) dan gaya bahasa Arabic Hijaziyyah. Dalam Oxford Dictionary of the Jewish Religion menjelaskan bahawa gelaran “Anak Allah” adalah Metaphor. Ini kerana bukan Jesus sahaja yang dikatakan Anak Allah tetapi :
    – Efraim adalah Anak Allah (Jeremiah 31:9)
    – Israel juga Anak Allah (Exodus 4:22 dan Hosea 1:10)
    – Malaikat juga Anak2 Allah (Job 1:6-7)
    – Solomon juga Anak Allah (2 Samuel 8:13-14)
    – dan Daud juga Anak Allah (Psalm 89:26-27)

    Jika “Anak Allah” adalah merujuk Allah sendiri,maka berapa ramai menjadi Tuhan??

    05 – 1 John 4:2-3
    Okay baik…mari kita baca :
    “Demikianlah kita mengenal Roh Allah: setiap roh yang mengaku, bahwa Yesus Kristus telah datang sebagai manusia berasal dari Allah dan setiap roh yang tidak mengaku Yesus tidak berasal dari Allah. Roh itu adalah roh antikristus dan tentang dia telah kamu dengar, bahwa ia akan datang dan sekarang ini ia sudah ada di dalam dunia.”
    [1 John 4:2-3]

    Ayat ini tidak menunjukkan bahawa Jesus adalah manusia dan tuhan pada masa yang sama kerana maksud ayat tersebut adalah Nubuwwah Jesus yang di datangkan dari Allah. Jadi sesiapa yang tidak percaya Jesus adalah Utusan Allah yang benar diutuskan oleh Allah,maka mereka itu adalah Anti-Kristus (Ingkar tidak beriman Nubuwwah Jesus). Mereka yang tidak percaya itu bukanlah datang dari kehendak tuhan tetapi mengikuti jejak Iblis dan mereka (yang tidak percaya Jesus sebagai Utusan Allah) telah pun ada di dunia ini. Seperti contoh orang-orang Judah Israel yang sehingga kini tidak pernah beriman Jesus adalah Nabi yang benar dari Tuhan melainkan menuduh baginda (Jesus) sebagai Nabi Palsu dan Messiah Palsu.

    06 – John 8:58
    Mari kita baca,
    “”Aku berkata kepadamu, sesungguhnya sebelum Abraham jadi, Aku telah ada.”
    [John 8:58]

    Apakah Jesus Chrit pbuh sahaja yang berkata demikian dalam New Testament???….TIDAK…!!! Bahkan para Nabi dalam Old Testament juga ada menyatakan hal yang sama yang mana ianya merujuk kewujudan awal para Nabi. Mari kita baca,

    Firman TUHAN datang kepadaku, bunyinya:”Sebelum Aku membentuk engkau dalam rahim ibumu, Aku telah mengenal engkau, dan sebelum engkau keluar dari kandungan, Aku telah menguduskan engkau, Aku telah menetapkan engkau menjadi nabi bagi bangsa-bangsa.”
    [Jeremiah 1:4-5]
    – apakah Jeremiah adalah tuhan???

    “Sudah pada zaman purbakala aku dibentuk, pada mula pertama, sebelum bumi ada.Sebelum air samudera raya ada, aku telah lahir, sebelum ada sumber-sumber yang sarat dengan air.Sebelum gunung-gunung tertanam dan lebih dahulu dari pada bukit-bukit aku telah lahir;sebelum Ia membuat bumi dengan padang-padangnya atau debu dataran yang pertama.Ketika Ia mempersiapkan langit, aku di sana…”
    [Proverb 8:23-27]
    – apakah Solomon juga tuhan???

    “dari Abdurrazaq R.A yang diterimanya dari Jabir R.A, bahawa Jabir pernah bertanya kepada Rasulullah SAW,”Ya Rasulullah, beritahukanlah kepadaku, apakah yang mula-mula sekali Allah jadikan?”.Rasulullah SAW menjawab : “Sesungguhnya sebelum langit dan bumi diciptakan,Allah ciptakan nur Nabimu.”
    [Hadith Sahih Bukhari dan Muslim]
    – apakah Muhammad SAW adalah tuhan???

    Berikut adalah kenyataan dari Muslim Apologetic – Dr.Laurence Brown :
    “Consequently, Prophet Jesus’ statement, “Before Abraham was, I am,” cannot be used as evidence of his divinity. Within the context of John 8:54-58, Jesus is purported to have spoken about God’s knowledge of His prophets, which predates the creation of this world.”

    07 – Mark 2:1-12 dan Luke 7:48-50
    Syntesis Priciple Mark 2:8-12 dinyatakan dalam Mark 2:10,Matthew 6:9-15,Act 3:13 dan Act 2:22 yang mana Jesus dimuliakan oleh Allah dan diutuskan oleh Allah sebagai Nabi dengan Fadhil Nubuwwah untuk mengampuni dosa orang lain. Jadi Fadhil Nubuwwah Jesus yang Allah berikan kepada baginda (Jesus Christ pbuh) membuktikan baginda adalah Nabi BUKAN sebagai Tuhan.

    Jika ada kuasa mengampuni seseorang itu di anggap sebagai Tuhan,maka anak murid Jesus (Hawariyun) juga Kristian harus anggap sebagai Tuhan kerana Jesus sendiri katakan bahawa mereka yang mengampuni dosa orang lain,maka dosa orang itu akan di ampuni (John 20:22-23). Saya bacakan ayatnya disini :

    “Dan sesudah berkata demikian,dia mengembusi mereka dan berkata: “Terimalah Roh Kudus. JIKALAU KAMU MENGAMPUNI DOSA ORANG,DOSANYA DIAMPUNI dan jikalau kamu menyatakan dosa orang tetap ada, dosanya tetap ada”.”
    [John 20:22-23]
    – Saya ingin bertanya kepada saudara dan semua sahabat Kristian. Dari ayat di atas,apakah anak murid Jesus adalah tuhan???

    08 – John 19:41 dan John 19:28
    Sememangnya dua ayat di atas ini bukti bahawa fitrah insaniyyah Jesus yang jelas menunjukkan dirinya adalah benar-benar manusia bahkan ada beberapa lagi bukti menjadi sokongan kepada dua ayat di atas membuktikan bahawa Jesus benar-benar manusia yang di utuskan hanya sebagai Nabi wa Rasul BUKAN tuhan dan BUKAN manusiawi bersama ketuhanan dalam masa serentak :
    * Jesus makan ikan goreng (Luke 24:41-43)
    * Jesus adalah seorang Nabi dan Hamba Allah
    (Luke 7:16 / Luke 24:19 / John 6:14 / John 7:40 / Matthew 21:11 / Matthew 21:46 / Matthew 13:57 / Matthew 15:24 / Acts 3:13 / Acts 3:26 dan Acts 4:27)
    * Jesus berdoa kepada tuhan
    (Matthew 6:9-12 / Matthew 26:39 / John 17:3-26 dan Matthew 14:23)
    * Jesus tidak tahu bila Hari Kiamat (Matthew 24:36 dan Mark 13:32)
    * Jesus tidak tahu bila pohon Ara berbuah
    (Mark 11:12-14 dan Matthew 21:18-19)
    * Jesus boleh digoda oleh Iblis (Matthew 4:1-11)
    * Jesus menafikan dirinya tidak baik melainkan hanya Bapa
    (Luke 18:19 dan Mark 10:18)
    * Jesus tidak tahu siapa yang memegang jubahnya
    (Mark 5:30-31 dan Luke 8:44-46)
    * Jesus perlu berdoa kepada Tuhan untuk meminta mukjizat menghidupkan orang mati (John 11:41-44)
    * Jesus datang dengan kemuliaan Tuhan BUKAN kemuliaan dari dirinya sendiri
    (Matthew 16:27 merujuk Wasilah Al-Udzma)
    * Nubuwwah Jesus di utuskan hanya kepada Israel (Matthew 15:24 / Matthew 10:5-6 dan Acts 13:23)
    * Peter dan Jesus mendengar suara tuhan (Matthew 17:4-6)
    * Jesus ketakutan melihat malaikat (Luke 22:43-45)
    * Jesus sedih, gentar dan terasa seakan mati (Matthew 26:37-38)
    * Jesus memohon keampunan kepada Bapa untuk dua orang pesalah di kiri kanan baginda sewaktu disalibkan (Luke 23:34)
    * Jesus mengadili bukan kehendak sendiri melainkan perintah Bapa (John 5:30)
    * Jesus dilahirkan oleh wanita (Luke 1:31-33)
    * Jesus dan Hawariyyun adalah muslim (Luke 6:40)
    * Jesus makan dan baginda makan tidak cuci tangan (Matthew 15:1-11)
    * Jesus hanya mampu mengelak apabila dibaling batu oleh orang Judah yang ingkar (John 10:31-32)
    * Jesus minta diselawatkan (Matthew 23:39 / Matthew 21:9 / Luke 13:35 dan John 12:13)
    * Jesus memohon keberkatan kepada tuhan (Mark 6:41)

    Dari semua ini jelas menunjukkan bahawa Jesus Christ pbuh adalah manusia yang dilantik menjadi Nabi wa Rasul. Jelas baginda (Jesus) BUKAN Tuhan dan BUKAN tuhan bersama manusiawi dalam masa serentak!

    SH berkata,
    Kepercayaan bahawa Yesus adalah Allah dan manusia serentak merupakan salah satu asas kepercayaan yang sangat penting. Rasul Paulus menulis bahawa seseorang perlu mengaku keilahian Yesus sebagai syarat penyelamatan (Roma 10:9), dan Yohanes juga memberi amaran kepada mereka yang menafikan kemanusiaan Kristus sebagai golongan yang mengajar doktrin anti-Kristus (2 Yoahnes 1:7).

    MAB response :
    01 – Mari kita baca,
    “Sebab jika kamu mengaku dengan mulutmu, bahwa Yesus adalah Tuhan, dan percaya dalam hatimu, bahwa Allah telah membangkitkan Dia dari antara orang mati, maka kamu akan diselamatkan.”
    [Romans 10:9]
    – ayat asli (Koine Greek) menyebut “Kyrion” (Κύριον) yang merujuk “Tuan” atau “Penguasa” atau “Pemimpin” atau “Guru” atau “Pengelola” atau “Raja”. Jadi ayat ini (Romans 10:9) tidak membuktikan Jesus Christ pbuh adalah tuhan. Walau Paul banyak menyeleweng ajaran-ajaran Jesus,namun nampaknya banyak ayat dalam surat-surat Paul tidak merujuk Jesus itu adalah tuhan secara mutlak.

    Maksud ayat tersebut ialah percaya dan menjadikan Jesus sebagai “perantara” manusia dengan tuhan dan ini sesuai dengan Nabi wa Rasul kerana Nabi adalah perantara manusia dengan tuhan dan sebagai ketua/guru/pengelola/pemimpin/tuan/penguasa yang harus di ikuti segala ajarannya kerana Nabi adalah memegang mandat tertinggi membawa risalah ajaran tuhan. Kita ikutinya dan beriman kepadanya dia merupakan Utusan Allah,maka kita akan selamat. Jadi ayat ini jelas menunjukkan Jesus adalah Nabi BUKAN Tuhan.

    02 – Sesiapa yang mengingkari Nubuwwah Jesus Christ pbuh,layak menjadi Anti-Kristus seperti mana orang-orang Judah yang menafikan Nubuwwah Jesus dan mengatakan Jesus adalah Nabi dan Messiah Palsu (2 John 1:17). Bahkan dalam 1 John 2:21-24 diterangkan bahawa sesiapa yang menyangkal Jesus,maka sekaligus menyangkal Bapa. Ini sama seperti dalam Islam yang mana sesiapa yang menolak Nabi,maka secara langsung menolak Tuhan sekaligus jatuh kafir kerana apabila kita tolak Utusan yang dipilih Tuhan,maka secara tidak langsung kita juga tidak percaya kepada Tuhan. Beriman kepada Nabi merupakan Rukun Iman Ketiga.

    03 – Saudara berkata bahawa konsep Jesus adalah manusia dan tuhan serentak adalah antara asas kepercayaan yang amat penting namun malangnya asas kepercayaan ini TIDAK PERNAH JESUS AJARKAN dalam mana-mana dalil Bible.

    SH berkata,
    Allah Tritunggal di dalam Alkitab adalah abadi, dan peribadi Tritunggal yang Kedua, Allah Anak, menjadi manusia di dalam satu detik masa (Lukas 1:35; Ibrani 1:5). Allah Anak menambahkan fitrah manusia yang tidak berdosa kepada keilahian-Nya. Penjelmaan Yesus Kristus sebagai manusia (Yohanes 1:1, 14) sesuatu yang sangat nyata. Ibrani 2:17 menjelaskan mengapa Yesus sebagai perlu menjelma sebagai manusia juga: “Hal ini bererti Dia harus menjadi seperti saudara-saudara-Nya dalam segala hal. Dengan demikian Dia dapat menjadi Imam Agung yang setia dan berbelas kasihan. Dengan pelayanan-Nya itu dosa manusia dapat diampunkan.” Anak Allah menjadi manusia untuk menebus mereka yang hidup di bawah Taurat (Galatia 4:4–5).

    MAB response :
    01 – Berkenaan dengan Trinity,telah saya jawab disini :
    – https://muslim-apologetic-borneo.com/menjawab-isadanislam-benarkah-isa-al-masih-adalah-tuhan/
    – https://muslim-apologetic-borneo.com/rebuttal-to-sabda-harian-doktrin-tritunggal/
    – https://muslim-apologetic-borneo.com/rebuttal-to-kristian-menjawab-tritunggal/
    – https://muslim-apologetic-borneo.com/response-to-sabda-harian-siapakah-allah-menurut-alkitab/

    02 – Memandangkan saudara mengatakan bahawa Trinity itu adalah abadi….okay baik…ingin saya bertanya satu soalan sahaja :
    * Semasa Oknum Anak mati disalib,Oknum Bapa di syurga mati atau tidak?
    (A) MATI
    (B) TIDAK MATI

    Jika kamu jawab MATI,jadi siapakah yang meninggalkan tubuh Jesus semasa penyaliban (Matthew 27:46)???.

    Jika kamu jawab TIDAK MATI,maka kamu setuju bahawa penebusan dosa adalah dusta kerana tidak mungkin dosa warisan manusia akan terhapus hanya melalui tubuh manusiawi. Apa guna Tuhan menjelma jadi manusia (John 1:1) lalu memimjam rupa manusia (Phillipian 2:7) turun ke bumi jika akhirnya yang menebus dosa hanya tubuh manusiawi yang kosong tanpa peribadi ilahiyyah.

    03 – Luke 1:35 tidak mengatakan bahawa Tuhan Anak menjadi manusia tetapi dalam ayat tersebut mengatakan bahawa malaikat datang kepada Maryam dan berkata bahawa kuasa Tuhan akan menaungi anak itu dan anak yang dilahirkan itu adalah Anak Tuhan.

    Seperti yang saya katakan sebelum ini,Dalam gaya bahasa Siryaniyyah,”Anak Allah” merujuk persamaan sebagai “Hamba Allah” dalam gaya bahasa Semitic Arabic (Firdaws Al-Arab) dan gaya bahasa Arabic Hijaziyyah. Dalam Oxford Dictionary of the Jewish Religion menjelaskan bahawa gelaran “Anak Allah” adalah Metaphor. Jadi ayat ini tidak mendukung bahawa Jesus adalah Tuhan Oknum Anak. Jika saudara ingin jadikan ayat ini mendukung Jesus adalah Tuhan Oknum Anak,maka saudara harus juga jadikan Efraim,Israel,Malaikat,Solomon,Ezra dan Daud juga adalah Tuhan Oknum Anak kerana mereka juga di panggil “Anak Allah”. Setuju?

    04 – Berkenaan dengan John 1:1-14,dalam bahasa Aslinya iaitu Koine Greek dan Aramaic Syriac tidak menggunakan sistem huruf besar. Perkataan “G” pada “God” di rangkap penggunaan ayat awal adalah sahih kerana ianya merujuk pengkhususan kepada God Almiqhty (Tuhan Yang Satu itu sendiri) dan kerana ayatnya dalam bahasa Koine Greek menyebut “Ho Theos” (Accusative). Tetapi apabila pada rangkap penggunaan akhir yang disebut sebagai “Ton Theos” (dalam Koine Greek),mengapa “G” pada “God” dihuruf besarkan lagi sedangkan ianya merujuk relatif???. Seperti contoh Exodus 7:1,
    “And the Lord said unto Moses, See, I have made thee God to Pharaoh…”

    – Exodus 7:1 disalin kembali dalam Koine Greek dari Hebrew berbunyi “Theon”….Jadi, jika perkataan “and the word was God” yang mana “G” pada “God” dihuruf besarkan (sedangkan terjemahan asli dalam Koine Greek merujuk “Ton Theos” = “god”) dianggap khusus firman itu sebagai tuhan,maka Musa dalam Exodus 7:1 juga Kristian harus anggap sebagai tuhan kerana dsitu lebih jelas penggunaan pengkhususan (“Theon”) bahkan itu dari firman Tuhan sendiri kepadanya (Musa Alaihissalam)…setuju?

    Jika ini benar seperti dakwaan saudara dan kristian yang lain bahawa dalil John 1:1 merujuk bukti kononnya Jesus adalah tuhan,maka ini akan bercanggah dengan Exodus 7:1 yang mana kalimat Torah ditulis dalam Koine Greek (Pentateuch) iaitu “Theon” yang bermaksud “God” (Capital “G”). Jadi jika saudara ingin katakan Firman itu adalah Tuhan (sebenarnya ditulis ton theos BUKAN Ho Theos),maka saudara juga harus setuju bahawa Moses adalah Tuhan dalam Exodus 7:1.

    Untuk lebih detail penjelasan kesalahan John 1:1-14,boleh rujuk disini :
    – https://muslim-apologetic-borneo.com/eesa-al-masih-alaihissalam-ibni-maryam-bukan-tuhan-dalam-bible/

    05 – Mari kita baca Hebrew 2:17,
    “Itulah sebabnya, maka dalam segala hal Ia harus disamakan dengan saudara-saudara-Nya, supaya Ia menjadi Imam Besar yang menaruh belas kasihan dan yang setia kepada Allah untuk mendamaikan dosa seluruh bangsa.”
    [Hebrew 2:17]

    di mana ayat disitu ada mengatakan Jesus menjelma jadi manusia?…saudaraku,mohon jangan menghalalkan cara dengan pendustaan semata-mata untuk membenarkan sesuatu yang jelas salah dan sesat!

    06 – Mari kita baca Galatian 4:4-5,
    “Tetapi setelah genap waktunya, maka Allah mengutus Anak-Nya, yang lahir dari seorang perempuan dan takluk kepada hukum Taurat. Dia diutus untuk menebus mereka, yang takluk kepada hukum Taurat, supaya kita diterima menjadi anak.”
    [Galatian 4:4-5]

    dimana ayat disitu memberitahu bahawa Anak Allah menjadi manusia untuk menebus mereka yang hidup di bawah Taurat???…Ayat disitu memberitahu bahawa Allah mengutuskan Anak-Nya (Mutasyabihat Siryaniyyah “Allah mengutus Hamba-Nya) kepada Bani Israel (Acts 13:23 / Matthew 15:24 dan Matthew 10:5-6),lahir dari seorang wanita manusia untuk menggenapi (dengan kata mutasyabihah “menakluki”) syariat hukum Torah agar bani Israel dapat ikuti kembali ajaran Tuhan 9Matthew 5;17-20 / Matthew 19:16-21 / Luke 18:19-22 dan Mark 10:18-21). Jika mereka ikuti ajaran Jesus,maka mereka adalah orang yang dibimbing dalam jalan kebenaran oleh Ruh Kudus sekaligus di redhai oleh Allah sebagai anak Allah (Romans 8:14).

    Jika ini pun saudara sanggup memutar belit untuk tegakkan sesuatu yang salah,maka saudara tidak akan menemui kebenaran yang memerdekakan saudara dari kekufuran (John 8:31-32)

    SH berkata,
    Yesus tidak pernah berhenti menjadi Allah. Walaupun Dia menjadi manusia, Dia tidak pernah memansuhkan keilahian-Nya (rujuk Lukas 6:5, 8). Ia juga benar bahawa setelah Dia menjelma sebagai manusia, Allah Anak tidak memansuhkan kemanusiaan-Nya. Seperti yang ditulis oleh rasul Paulus, “…kerana hanya ada satu Allah dan hanya ada satu yang dapat memimpin manusia kepada Allah, iaitu Kristus Yesus yang datang ke bumi sebagai manusia” (1 Timotius 2:5).

    MAB response :
    01 – Okay baik……Saya ingin bertanya tujuh (07) soalan :

    01* Saudara mengakui dan percaya bahawa Jesus adalah Tuhan dan manusia serentak. Jadi semasa Jesus sedang makan ikan goreng (Luke 24:41-43) menunjukkan bahagian manusiawinya,dimanakah bahagian ilahiyyahnya ketika itu???
    02* Jika benar Jesus adalah tuhan dan manusia serentak,mengapa Jesus tidak tahu bila terjadinya Hari Kiamat (Matthew 24:36 dan Mark 13:32)?? Apakah bahagian manusiawinya lebih dominian daripada bahagian ilahiyyahnya sedangkan Kristian percaya Jesus adalah sepenuh manusiawi dan sepenuh ilahiyyah??
    03* Semasa Jesus berdoa kepada Bapa dalam Luke 22:43-45,Jesus ketakutan apabila melihat malaikat. Jika Jesus adalah tuhan dan manusia serentak,bagaimana Jesus boleh ketakutan melihat malaikat sedangkan dalam dirinya ada bahagian ketuhanan??
    04* Apakah gelas yang penuh dengan air boleh menjadi gelas kosong pada masa yang sama?
    05*Apakah Tuhan Yang Maha Bijaksana boleh menjadi bodoh pada masa yang sama?
    06*Apakah Tuhan Yang Maha Kekal Abadi boleh mati pada masa yang sama?
    07*Apakah Tuhan Yang Maha Mengetahui boleh terbatas pengetahuan pada masa
    yang sama?

    02 – Berkenaan dengan Luke 6:5,disitu menunjukkan bahawa Jesus membenarkan murid-muridnya untuk mengambil beberapa buah jagung makan sebab mereka lapar. Orang-orang Yahudi terkejut hal tersebut dan Jesus memberikan kepada mereka contoh bagaimana Daud membenarkan para sahabatnya makan roti suci walaupun ia tidak dibenarkan. Jadi disitu maksud ayat “Anak Manusia adalah tuan kepada Hari Sabbath”. Ini suda berkenaan usul fiqh dalam Hukum Torah. Jesus datang pada dasarnya menyesuaikan Undang-undang untuk menjadi lebih baik sesuai dgn situasi.

    Kita harus ingat bahawa Jesus telah diberikan segala kuasa dalam ajaran syariat (Matthew 28:18) memecahkan Sabbath dengan izin dan kehendak Allah. Oleh itu, ini adalah hanya gelaran kehormat untuk menandakan bahawa kuasa diberikan kepada dia dalam pembawaan syariat menggenapi Hukum Torah. Dan anda harus faham,tidak ada mana-mana orang Yahudi menuduh Jesus mengaku tuhan dalam ayat ini tidak seperti mana dalam John 10:30-33. Jadi jika mahu kata Jesus adalah tuhan kerana kononnya dia adalah “Lord of Sabbath”,maka anda harus juga katakan bahawa Daud juga adalah tuhan sebab Daud juga adalah “Lord of Sabbath” (Levitus 24:6-9,Leviticus 22:11 dan 1 Samuel 21:4).

    03 – Mari kita baca 1 Timothy 2:5,
    “Karena Allah itu esa dan esa pula Dia yang menjadi pengantara antara Allah dan manusia, yaitu manusia Kristus Yesus.”
    [1 Timothy 2:5]

    Ayat ini tidak mengatakan “Jesus menjadi manusia” tetapi seperti saya katakan sebelum ini dalam penjelasan ayat Romans 10:9,ayat ini membawa maksud percaya kepada Tuhan yang satu dan menjadikan Jesus sebagai “perantara” manusia dengan tuhan dan ini sesuai dengan Nabi wa Rasul kerana Nabi adalah perantara manusia dengan tuhan dan sebagai ketua/guru/pengelola/pemimpin/tuan/penguasa yang harus di ikuti segala ajarannya kerana Nabi adalah memegang mandat tertinggi membawa risalah ajaran tuhan. Kita ikutinya dan beriman kepadanya dia merupakan Utusan Allah,maka kita akan selamat. Jadi ayat ini jelas menunjukkan Jesus adalah Nabi BUKAN Tuhan.

    SH berkata,
    Yesus bukan setengah ilahi dan setengah manusia. Disebaliknya, Dia adalah Theanthropos, Allah-manusia. Tuhan Yesus Kristus adalah Peribadi ilahi yang abadi, yang senantiasa memiliki dua fitrah yang berbeza tetapi tidak boleh dipisahkan: satunya ilahi dan satunya manusia.

    MAB response :
    Tidak ada dalil dalam Bible mengatakan bahawa Jesus sepenuh ilahiyyah dan sepenuh manusiawi. Jika ada,sila kemukakan dan saya bersiap murtad jika ada dalil dalam semua versi Bible ada mengatakan dari lisan sabda Jesus Christ pbuh sendiri ATAU firman Allah (Bapa) ada mengatakan bahawa Jesus Christ pbuh adalah manusia sepenuhnya dan ilahiyyah sepenuhnya.

    Konsep Tuhan menjadi manusia adalah Anthropomorphism yang mana ianya merupakan doktrin Pagan Musyrikin yang menganggap Tuhan menjadi makhluk seperti menjelma jadi binatang atau manusia atau apa sahaja dalam masa yang sama secara serentak yang mana bahagian ketuhanan masih kekal adanya bersama dengan bahagian ‘Vise-Versa’nya (Nauzubillah min zaalik! Maha Suci Allah dari semua itu). Dia sememangnya Maha Kuasa dan boleh lakukan apa sahaja tetapi Dia tidak akan lakukan sesuatu yang melanggari Sifadh Ilahiyyah-Nya dan Sunnatullah-Nya.

    Boleh rujuk disini bukti doktrin Anthropomorphism merupakan idealogy Paganism Musyrikin dan Kristian antara agama yang mengambil idealogy ini :
    – https://www.cairn-int.info/article-E_RHR_2273_0283–the-body-of-god-in-ancient-rabbinic.htm
    – http://leveltruth.com/books/TRANSLATIONS/MISGODED%20IN%20ENGLISH%20PDF.pdf
    – https://www.islamreligion.com/ebooks/Did-God-Become-Man.pdf

    Bible sendiri menafikan bahawa bahagian keTuhanan tidak akan bersama dengan bahagian manusiawi secara serentak :
    “Allah bukanlah manusia sehingga Dia berdusta bukan anak manusia sehingga Dia menyesal. Masakan Dia berfirman dan tidak melakukannya atau berbicara dan tidak menepatinya?”
    [Numbers 23:19]

    “Bahwasanya Aku ALLAH,tidak berubah dan kamu bani Yakub,tidak akan lenyap.”
    [Malachi 3:6]

    “Setiap pemberian yang baik dan setiap anugerah yang sempurna,datangnya dari atas diturunkan dari Bapa segala terang,pada-Nya tidak ada perubahan atau bayangan karena pertukaran.”
    [James 1:17]

    KESIMPULAN
    TIDAK ADA SATU DALIL dalam semua versi Bible baik dari lisan sabda Jesus mahupun firman Bapa sendiri ada menyatakan bahawa Jesus Christ pbuh adalah tuhan dan manusia serentak. Setelah kita jawab kesemuanya,jelas membuktikan bahawa Jesus Christ pbuh adalah manusia yang dilantik utuskan sebagai Nabi wa Rasul BUKAN sebagai Tuhan dan BUKAN memiliki ketuhanan bersama manusiawi secara serentak.

    Jesus mengatakan ini kepada orang yang mengaku dari lisan sahaja mengikuti dia tetapi sebenarnya tidak memahami apa yang Jesus ajarkan :
    “Itulah sebabnya Aku berkata-kata dalam perumpamaan kepada mereka; karena sekalipun melihat, mereka tidak melihat dan sekalipun mendengar, mereka tidak mendengar dan tidak mengerti.”
    [Matthew 13:13]

    pesan Eesa Al-Masih Alaihissalam @ Jesus Christ :
    “Jikalau kamu tetap dalam sabdaku,kamu benar-benar adalah muridku.dan kamu akan mengetahui kebenaran dan kebenaran itu akan memerdekakan kamu.”
    [John 8:31-32]
    – memerdekakan anda dari kekufuran…

    pesan Rasullullah Muhammad SAW,
    “Terimalah kenyataan itu walau ianya pahit…”

    Firman Allah Azza’Wa’Jalla – Tuhan Yang Maha Esa :
    “Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap.Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.”
    [Al-Isra 17:81]

    “Tiada tuhan selain Allah,Muhammad dan Eesa Al-Masih adalah Utusan Allah serta Jibrail Sayyid Malak Al-Qhuwaan adalah Ruhul Quddus…”

  • Rebuttal to Sabda Harian – “Jika Jesus itu Allah,mengapa pula dia berdoa kepada Allah?Adakah Jesus berdoa kepada dirinya sendiri?”

    Rebuttal to Sabda Harian – “Jika Jesus itu Allah,mengapa pula dia berdoa kepada Allah?Adakah Jesus berdoa kepada dirinya sendiri?”

    Reading Time: 17 minutes

    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

    Pada 12 September 2019,pengarang Sabda Harian telah membuat satu artikel yang bertajuk “Jika Jesus itu Allah,mengapa pula dia berdoa kepada Allah?Adakah Jesus berdoa kepada dirinya sendiri?”. Artikel dari beliau tersebut boleh lihat disini :
    – https://sabdaharian.com/jika-yesus-itu-allah-mengapa-pula-dia-berdoa-kepada-allah-adakah-yesus-berdoa-kepada-diri-nya-sendiri/

    Sebenarnya artikel dari Sabda Harian ini merupakan artikel kedua dari artikel ini :
    – http://sabdaharian.com/bukankah-yesus-allah-kalau-dia-allah-kepada-siapakah-dia-berdoa/

    Dan saya telah menjawab artikel tersebut disini :
    – https://muslim-apologetic-borneo.com/menjawab-sabda-harian-kalau-jesus-ialah-tuhandengan-siapakah-dia-berdoa/

    Walau bagaimanapun,disini kita tetap berikan bantahan maklumblas kepada artikel barunya tersebut. Semoga bermanfaat~

    SH berkata,
    Seringkali golongan yang menuhankan manusia juga mereka yang menafikan keilahian Yesus Kristus. Salah satu tohmahan mereka yang biasa ditujukan adalah, “Kalau kamu menyatakan bahawa Yesus itu Allah, kepada siapa pula Dia berdoa? Bukankah itu sesuatu yang tidak masuk akal?”

    MAB response :
    Siapakah golongan yang menuhankan manusia yang saudara maksudkan itu?? JIKA saudara maksudkan adalah muslim,siapakah manusia yang kami jadikan sebagai tuhan???

    SH berkata,
    Orang yang munasabah dan waras akan berhenti sejenak untuk memikirkan soalan tersebut. Untuk memahami situasi yang unik ini, kita perlu berdasarkan apa yang diajar di dalam Alkitab. Orang Kristian percaya bahawa Yesus itu Allah yang menjelma sebagai manusia, lalu dia berdoa kepada Bapa-Nya di syurga. Ini kerana Bapa dan Anak memiliki hubungan kekal sebelum Yesus dijadikan insan.

    MAB response :
    Benar! orang yang beraqal waras pasti akan berfikir soalan tersebut dan pasti akan berfikir bagaimana seseorang yang di anggap tuhan boleh berdoa kepada Entiti Maha Kuasa yang lain sedangkan dirinya adalah tuhan (jika benar dia adalah tuhan).

    Bible tidak pernah mengajar bahawa Jesus adalah tuhan dan Bible tidak pernah mengajar bahawa Jesus adalah tuhan yang menjelma jadi manusia bahkan Bible tidak pernah mengajar Jesus adalah sepenuh ilahi dan sepenuh manusiawi. Jika ada,sila kemukakan dalil dari firman Bapa (Tuhan) dan dari lisan sabda Jesus sendiri BUKAN dari tulisan yang tidak dikenali apatah lagi tulisan yang datang dari orang yang tidak pernah menemui Jesus Christ pbuh.

    Saudara mengatakan bahawa Tuhan Oknum Anak yang menjelma jadi manusia dan memiliki hubungan yang kekal dengan Bapa sebelum Jesus dijadikan insan namun saudara lupa bahawa menurut kepercayaan Kristian itu sendiri,Jesus setelah menjelma jadi manusia juga memiliki sepenuh ilahiyyah (ketuhanan). Jadi seharusnya Jesus tidak perlu memohon doa kepada Bapa sebab dirinya juga adalah tuhan menurut konsep kepercayaan kamu. Jadi disini terlihat ada percanggahan dalam kemusykilan terhadap doktrin kepercayaan Kristian.

    SH berkata,
    Yohanes 5:19-27 menerangkan situasi tersebut, terutamanya di dalam Yohanes 5:23 sewaktu Yesus mengajar tentang Bapa telah menghantar Anak (rujuk juga kepada Yohanes 15:10).

    MAB response :
    01 – Berkenaan konteks sebenar John 5:19-31 telah saya jawab dan terangkan disini :
    – https://muslim-apologetic-borneo.com/rebuttal-to-sabda-harian-jesus-bukan-sekadar-nabi/

    Dalam artikel saudara sebelumnya,saudara menggunakan dalil John 5:19-27 untuk membenarkan ketuhanan Jesus bahawa kononnya Jesus adalah kebangkitan dan hidup. Saudara boleh lihat artikel saudara disini :
    – http://sabdaharian.com/yesus-bukan-sekadar-nabi/
    (semua hujah dalam artikel saudara ini telah saya runtuhkan)

    Namun disini,saudara menggunakan konteks dalil yang sama untuk membenarkan Jesus berdoa kepada Bapa-Nya di syurga disebabkan alasannya Bapa dan Anak memiliki hubungan kekal sebelum Yesus dijadikan insan. Ini sekaligus menampakkan kesalahan dalam tafsiran Kekristinian itu sendiri. Tidak mungkin satu makna ayat membawa dua atau lebih maksud yang dibawa oleh ayat tersebut sehingga menampakkan kekeliruan kepercayaan dalam Kekristinian itu sendiri.

    02 – Maksud “Bapa telah menghantar Anak” dalam John 5:23 ialah Tuhan mengutus Jesus sebagai Nabi dan Rasul kepada bani Israel untuk membawa risalah syariat ajaran Tuhan.

    mari kita baca konteks ayat bermula John 5:19 :
    “Aku berkata kepadamu, sesungguhnya Anak tidak dapat mengerjakan sesuatu dari diri-Nya sendiri, jikalau tidak Ia melihat Bapa mengerjakannya; sebab apa yang dikerjakan Bapa, itu juga yang dikerjakan Anak.”
    [John 5:19]

    dari sini jelas bahawa Jesus tidak dapat melaksanakan sesuatu melalui kehendak dirinya sendiri. Jika dia adalah tuhan,maka pasti dia tidak akan mengatakan demikian kerana tuhan tidak akan terikat dengan mana-mana syarat atau siatusi atau dari perintah entiti lain. Dan ayat itu juga menjelaskan bahawa apa yang di ajarkan oleh Bapa,maka itu jugalah diajarkan oleh Nabi. Tuhan mengajar “Jangan mencuri”,maka Nabi akan sampaikan ajaran dan laksanakan larangan jangan mencuri.

    ayat seterusnya,
    “Sebab Bapa mengasihi Anak dan Ia menunjukkan kepada-Nya segala sesuatu yang dikerjakan-Nya sendiri, bahkan Ia akan menunjukkan kepada-Nya pekerjaan-pekerjaan yang lebih besar lagi dari pada pekerjaan-pekerjaan itu, sehingga kamu menjadi heran.”
    [John 5:20]

    Pastinya Tuhan mengasihi para Utusan-Nya dan Dia ajarkan segala sesuatu syariat ajaran agama kepada para Utusan-Nya untuk disampaikan kepada umat manusia sehinggakan sesuatu yang tidak boleh diterima oleh aqli manusia,tetap diperintahkan oleh Tuhan kepada Utusan-Nya untuk diajarkan kepada manusia.

    ayat seterusnya lagi,
    “Sebab sama seperti Bapa membangkitkan orang-orang mati dan menghidupkannya, demikian juga Anak menghidupkan barangsiapa yang dikehendaki-Nya.”
    [John 5:21]

    Seperti para Nabi yang lain….Jesus apabila menyampaikan dakwah aqeedah,baginda akan menyampaikan secara Lisan Mutasyabihah Siryaniyyah. Ayat itu bukan merujuk menghidup dan mematikan manusia tetapi ayat itu merujuk hidayah yang mana Allah berikan hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Sesiapa yang mendapat hidayah,maka dia adalah orang yang bertaqwa (hidup) dan sesiapa yang ingkar,maka dia adalah orang yang kafir (mati). Sama halnya dengan Utusan Allah yang mana Jesus menyampaikan peringatan dakwah dan ajaran tuhan kepada sesiapa yang ikutinya. Sesispa yang ikuti ajaran baginda (Jesus Christ pbuh),maka mereka adalah orang yang dikehendaki oleh Jesus Christ pbuh.

    Jika ayat tersebut merujuk “menghidupkan dan mematikan manusia” secara zahir (memberi dan mengambil nyawa manusia),maka apa kaitan dengan menghormati Bapa dan Anak dalam ayat seterusnya (John 5:23)???..sebab itu harus baca konteks agar faham mesej sebenar Jesus Christ pbuh.

    Kita baca lagi ayat seterusnya,
    “Bapa tidak menghakimi siapapun, melainkan telah menyerahkan penghakiman itu seluruhnya kepada Anak,”
    [John 5:22]
    – ayat ini merujuk kepada amanah Nubuwwah Jesus Christ pbuh untuk mengendalikan penyampaian syariat ajaran agama dari tuhan mana ajaran Mahmudah dan mana ajaran Mazmumah.

    kita teruskan pembacaan ayat seterusnya,
    “supaya semua orang menghormati Anak sama seperti mereka menghormati Bapa. Barangsiapa tidak menghormati Anak, ia juga tidak menghormati Bapa, yang mengutus Dia.”
    [John 5:23]

    Nah! dari ayat sebelumnya menyampaikan maksud dari ayat 19-22,semua itu merujuk suruhan ikutan segala syariat ajaran agama dari Tuhan yang diberikan tugas kepada Nabi. Apa yang Tuhan laksanakan,maka Utusan Tuhan juga akan melaksanakan sesuai apa yang diperintahkan oleh Tuhan. Jadi di ayat ke22,amanah syariat ajaran agama yang disampaikan kepada para Nabi untuk manusia mana yang baik dan mana yang buruk disampaikan kepada manusia agar sesiapa yang beriman,mereka akan ikuti Utusan Tuhan itu yang aman secara tidak langsung sama seperti ikuti Tuhan. Apabila kita ikuti segala ajaran Utusan Tuhan yang disampaikan dari Tuhan,makanya itu memberi maksud “kita menghormati Anak dan Bapa”.

    Saya berharap saudara belajar memahami Bible dengan keseluruhan prospek BUKAN sekadar melalui telunjuk gereja.

    JADI SAYA TIDAK LIHAT SAUDARA DAPAT MENUNJUKKAN JAWAPAN MENGAPA JESUS BERDOA KEPADA BAPA SEDANGKAN JESUS ADALAH TUHAN MENURUT KEPERCAYAAN KRISTIAN!

    SH berkata,
    Yesus bukan manusia yang dicipta oleh Allah hanya kerana Allah berfirman, “Jadilah!”. Jauh daripada itu, Yesus wujud sebagai Anak Allah sentiasa, sekarang dan selama-lamanya. Dia hanya dilahirkan di Bethlehem dua ribu tahun dahulu sebagai insan untuk memenuhi kehendak Allah yang sempurna.

    MAB response :
    01 – Saya berikan dalil dalam Bible melalui tulisan Paul itu sendiri bagaimana tulisannya yang mendapat ilham dari Ruh Kudus (seperti dakwaan Kristian) menyokong dalil Quran bahawa Jesus Christ pbuh diciptakan dari Kalimat Allah (Mudhafatul Ilahiyyah) :

    “Sebab semua orang yang dipilih-Nya dari semula, mereka juga ditentukan-Nya dari semula untuk menjadi serupa dengan gambaran Anak-Nya, supaya Ia, Anak-Nya itu, menjadi yang sulung di antara banyak saudara.”
    [Romans 8:29]

    “Ia adalah gambar Allah yang tidak kelihatan, yang sulung, lebih utama dari segala yang diciptakan.”
    [Colossians 1:15]

    Kata-kata Paul di atas menunjukkan bahawa Jesus Christ pbuh juga diciptakan bahkan kelihatan penulisan Paul di atas berbaur idealogy Arianism. Walau konsep “Wahdahtul Wujud” dalam Arianism berlawanan dengan konsep penciptaan dalam Quran,namun inti yang saya ingin sampaikan disini ialah :
    * Ada dalil dalam Bible itu sendiri membuktikan bahawa Jesus juga di cipta yang mana dia merupakan ciptaan pertama sekaligus bercanggah dengan John 1:1 yang memberitahu bahawa Jesus adalah firman (Logos) sedia ada tidak dicipta.
    * Meruntuhkan dakwaan Kristian bahawa Jesus adalah tuhan.

    dan saya kuatkan lagi dalam dalil Bible yang lain,mari kita baca :
    “Dan tuliskanlah kepada malaikat jemaat di Laodikia: Inilah firman dari Amin, Saksi yang setia dan benar, permulaan dari ciptaan Allah.”
    [Revelation 3:14]

    ayat di atas adalah kata-kata Jesus sendiri. Jadi menurut dalil dalam Bible Kristian sendiri melalui lisan Jesus sendiri,dia adalah permulaan dari ciptaan Allah. Ini sekaligus meruntuhkan dakwaan saudara dan Kristian bahawa Jesus adalah tuhan. Bagaimana dia adalah tuhan sedangkan Jesus sendiri kata bahawa dia adalah permulaan dalam ciptaan Allah??. Ini sekaligus bercanggah dengan ayat John 1:1-14 dan Phillipians 2:7-9.

    Kita baca lagi ayat dalam Perjanjian Lama :
    “Aku mau menceritakan tentang ketetapan TUHAN; Ia berkata kepadaku: “Anak-Ku engkau! Engkau telah Kuperanakkan pada hari ini.”
    [Psalm 2:7]

    Dalam Hermeneutical Biblical of Israelites,ayat ini merujuk David pbuh. Namun Kristian jadikan ayat ini adalah nubuat untuk Jesus Christ pbuh kerana ianya dikatakan dalam Acts 13:33. Dari tafsiran pun,telah terlihat percanggahan. Jika ayat merujuk kepada Jesus menunjukkan tafsiran Krisian adalah benar,maka ini sekaligus membuktikan bahawa Jesus BUKAN Tuhan dan sedia ada kerana Jesus diperanakkan pada “HARI YANG TELAH DITENTUKAN” (seperti rangkap ayat “Hari ini” dalam Psalm 2:7).

    Maka sebab itu datangnya Quran memberitahu hal sebenar bahawa Jesus Christ pbuh bukanlah tuhan tetapi di ciptakan dari Kalimatullah “Kun” menjadi Utusan Allah yang mana ruhnya ditiupkan oleh Ruhul Quddus ke dalam rahim Maryam (An-Nisa 4:171) sekaligus membersihkan fitnah orang Israel bahawa Jesus Christ pbuh BUKANLAH anak zina.

    02 – Dalam gaya bahasa Siryaniyyah,”Anak Allah” merujuk persamaan sebagai “Hamba Allah” dalam gaya bahasa Semitic Arabic (Firdaws Al-Arab) dan gaya bahasa Arabic Hijaziyyah. Dalam Oxford Dictionary of the Jewish Religion menjelaskan bahawa gelaran “Anak Allah” adalah Metaphor. Ini kerana bukan Jesus sahaja yang dikatakan Anak Allah tetapi :
    – Efraim adalah Anak Allah (Jeremiah 31:9)
    – Israel juga Anak Allah (Exodus 4:22 dan Hosea 1:10)
    – Malaikat juga Anak2 Allah (Job 1:6-7)
    – Solomon juga Anak Allah (2 Samuel 8:13-14)
    – dan Daud juga Anak Allah (Psalm 89:26-27)

    Jika benar Jesus adalah Anak Allah,maka berapa ramai Anak Allah??. Apakah mereka semua itu adalah tuhan??

    SAYA MASIH TIDAK LIHAT DI MANA JAWAPAN SAUDARA MEMBERITAHU BUKTI MENGAPA JESUS BERDOA KEPADA ALLAH SEDANGKAN JESUS ADALAH TUHAN MENURUT KEPERCAYAAN KRISTIAN!

    SH berkata,
    Petikan Yesaya 9:6 memaklumkan kita bahawa seorang Putera telah dianugerahkan dan seorang Anak dilahirkan. Ketritunggalan Yesus tidak pernah diragu-ragukan ataupun dinafikan, kerana Dia sentiasa menjadi sebahagian daripada hubungan Tritunggal bersama-sama Roh Kudus. Allah Bapa, Allah Anak dan Allah Roh Kudus tetap wujud tanpa permulaan atau penghabisan, dan ketiga-tiga Peribadi ini bukan bermaksud orang Kristian menyembah tiga Allah, tetapi Allah yang Esa sebagai tiga peribadi. Yesus sendiri mengajar bahawa Dia dan Bapa merupakan satu (Yohanes 10:30). Melalui pengajaran ini, Yesus ingin kita mengetahui bahawa Dia dan Bapa, dan Roh Kudus memiliki peribadi yang sama, inti pati sama, Allah atau keilahiah. Kesemua tiga Peribadi yang sama tara ini adalah Allah, dan ketiga-tiganya sudah dan terus-terusan memiliki hubungan yang kekal.

    MAB response :
    01 – Memandangkan saudara mengutip dalil dari Isaiah 9:6 yang mana Allah tunaikan Janji-Nya iaitu salah satu utuskan “anak lelaki” dan Kristian (termasuk saudara) maksudkan “anak lelaki” tersebut adalah Jesus Christ. saya ingin bertanya :
    – sejak bila Jesus Christ dipanggil “פֶּלֶאיוֹעֵץ” (Peleyoetz)???
    – sejak bila Jesus Christ dipanggil “אֲבִי-עַד” (Abi Adh)”???
    – sejak bila Jesus Christ dipanggil “אֵלגִּבּוֹר” (El Ghibor)???
    – sejak bila Jesus Christ dipanggil “שַׂר-שָׁלוֹם” (Sar Ha Shalom)???

    Soalan No.1 – Jika ADA,maka sila kemukakan dalil dan sekaligus bercanggah dengan Matthew 8:21-22 dan John 18:21-23 (syntesis principle Matthew 5:39).

    Soalan No.2 – Jika ADA,sila kemukakan dalil dan sekaligus bercanggah dengan
    Matthew 23:9 dan Matthew 26:39. Bukankah satu Bida’ah dalam Kekristianian apabila Oknum Anak menyamakan dengan Oknum Bapa (Modalisme)??

    Soalan No.3 – Jika ADA,sila kemukakan dalil dan sekaligus bercanggah dengan Matthew 27:46.

    Soalan No.4 – Jika ADA,sila kemukakan dalil dan sekaligus bercanggah dengan Matthew 10:34.

    Sebenarnya nubuatan Isaiah 9:6 harus dibaca juga melalui syntesis principle dalam Isaiah 8:3,saya bacakan untuk anda :
    ג וָאֶקְרַב, אֶל-הַנְּבִיאָה, וַתַּהַר,וַתֵּלֶד בֵּן; {ס} וַיֹּאמֶר יְהוָה, אֵלַי, קְרָאשְׁמוֹ, מַהֵר שָׁלָל חָשׁבַּז.

    “And I went unto the prophetess and she conceived and bore a son.Then said the LORD unto me: ‘Call his name Maher-shalal-hash-baz.”

    Pada ayat ini tertulis nama “Maher-shalal-chash-baz” yang bermaksud “the spoil speeds / “the prey hastens.”…. Sebenarnya ayat Isaiah 9:6 dirujuk kepada Raja Hezekiah (Chizkiyah) kerana namanya yang bermaksud “A Mighty God” dan semua ciri-ciri yang disebut dalam Isaiah 9:6 ada pada Raja Hezekiah. Dan ini dinyatakan sendiri oleh Exegess dari Judah Israel :
    – https://jewsforjudaism.org/knowledge/articles/who-is-the-child-in-isaiah-95-6/
    – http://www.jewishencyclopedia.com/articles/7668-hezekiah
    – http://thejewishhome.org/counter/Isa9_56.pdf

    02 – Di mana dalil dalam Bible ada mengatakan bahawa Jesus Christ pbuh adalah sebahagian Tritunggal bersama-sama Bapa dan Ruh Kudus??. Jika TIDAK ADA,maka ianya terbukti bahawa ketuhanan Jesus AMAT DIRAGUKAN DAN HARUS DINAFIKAN.

    03 – Saudara berkata,
    “Allah Bapa, Allah Anak dan Allah Roh Kudus tetap wujud tanpa permulaan atau penghabisan dan ketiga-tiga Peribadi ini bukan bermaksud orang Kristian menyembah tiga Allah, tetapi Allah yang Esa sebagai tiga peribadi.”

    Mari saya berikan pencerahan kepada saudara…dalam konsep Scutum Fidei,Oknum Bapa BUKAN Oknum Anak dan BUKAN Oknum Ruh Kudus. Oknum Anak BUKAN Oknum Bapa dan Oknum Ruh Kudus. Oknum Ruh Kudus BUKAN Oknum Bapa dan BUKAN Oknum Anak. Jadi maksudnya, setiap ketiga-tiga oknum tersebut adalah berbeza. Jadi formulanya begini :
    1 peribadi + 1 peribadi + 1 peribadi = 3 peribadi #

    betul?
    Jadi Kristian kata ketiga-tiga peribadi ini semuanya adalah tuhan. Bapa adalah TUHAN. Anak ialah TUHAN dan Ruh Kudus ialah TUHAN. Dan ketiga-tiga tuhan ini dalam satu kesatuan kumpulan ketuhanan dipanggil Tuhan. Maka sama formulanya begini :
    1 tuhan (Bapa) + 1 tuhan (Anak) + 1 tuhan (Ruh Kudus) = 3 tuhan #

    apakah dakwaan saya salah?? Maka mohon jangan kelentong dengan mengatakan “ketiga-tiga Peribadi ini bukan bermaksud orang Kristian menyembah tiga Allah, tetapi Allah yang Esa sebagai tiga peribadi.”

    04 – Berkenaan dengan John 10:30,biasanya Kristian memahami ayat ini sebagai bukti kononnya Jesus adalah tuhan. Anda memahaminya secara harfiah namun anda lupa bahawa dalam Perjanjian Baru,Jesus biasanya berkata dalam gaya penyampaian Mutasyabihah Siryaniyyah. Bible difahami dengan tiga (03) kaedah Hermeneutic Biblical salah satunya adalah Contextuality Analysis. Jadi untuk ayat John 10:30,anda harus membacanya dari ayat 23 hingga 38,anda akan memahami bahawa mesej yang disampaikan dari Jesus adalah konsep kepercayaan.

    Disini saya terangkan secara konteks. Semasa Jesus berjalan di Rumah Allah,Orang-orang Judah bertanya kepada Jesus bahawa sampai bila mereka harus menunggu dalam kebimbangan. Ini kerana mereka meminta Jesus untuk katakan secara terus terang kepada mereka bahawa dia adalah Al-Masih. Dan Jesus katakan bahawa dia telah sampaikan bahawa dirinya adalah Al-Masih namun mereka tidak percaya…orang yang percaya itulah domba-dombanya….selaku Nabi,dia mengajar segala ajaran dan orang mengikuti ajarannya dan beriman kepadanya itulah yang tergolong dalam domba-domba Jesus. Kepercayaan dalam Iman taqwa mereka itu akan dapat kehidupan yang kekal (ganjaran Syurga) dan kepercayaan atas dasar iman mereka itu dijaga oleh Allah (John 10:25-29).

    Dan ayat seterusnya Jesus katakan “aku dan Bapa adalah satu” (John 10:30) yang mana Jesus katakan dalam nada arus Hiperbola Metaphor. Ayat itu bermaksud kepercayaan atas dasar taqwa berhubung terhadap keesaan Allah menjadi satu. Ini disebut sebagai TAQQARRUB TAUHID (Ada saya terangkan di atas dalam Bantahan No.3). Inilah ayat Jesus sampaikan bahawa apabila kita beriman bahawa tiada tuhan selain Allah,maka disini kita akan MENTAUHIDKAN Tuhan itu melalui lisan dan amal. Apa Nabi ajarkan,kita akan percaya dan ikut apa yang disampaikan. Seterusnya kita akan amalkan dan Allah akan jaga pegang iman taqwa anda.

    Dan kita sambung lagi…ayat seterusnya menceritakan,orang-orang Judah telah salah faham,maka mereka membaling batu terhadap Jesus disebabkan bahawa kononnya Jesus menyamakan diri dengan tuhan. Lalu Jesus katakan bahawa dalam kitab mereka telah menjelaskan para nabi dan pengikutnya (orang-orang beriman) itu adalah tuhan-tuhan (Exodus 7:1 dan Psalm 82:1-6).

    Dua (02) soalan saya,
    – Jika pemahaman Kristian dalam tafsiran terhadap ayat John 10:30 adalah benar yang mana kononnya Jesus dan Bapa adalah entiti yang asalnya menjadi satu,jadi dalam ayat John 17:18-23 dan John 14:20 memberitahu bahawa orang-orang yang bertaqwa percaya dan ikuti Jesus juga menjadi satu dengan tuhan…apakah maksudnya mereka (pengikut-pengikut Jesus) juga adalah tuhan???

    – Jika pemahaman Kristian bahawa Jesus dan Bapa adalah dalam entiti yang sama (satu entiti),maka ini adalah satu pelanggaran dalam konsep doktrin Scutum Fidei Kristian itu sendiri serta merupakan satu bida’ah dalam kekristianian kerana dalam prinsip doktrin Trinity kegerejaan dinyatakan bahawa Oknum Bapa BUKAN Oknum Anak. Maka sebab itu mengapa dalam setiap perbezaan mazhab Kristian (lebih 2000 mazhab) saling tidak sependapat bagaimana konsep doktrin Trinity yang sebenar sehingga wujudnya tiga jenis doktrin Trinity iaitu :
    (A) Modalisme / Petripesimism
    (B) Tritheisme
    (C) Familism / Theotokos

    Jadi di antara tiga jenis doktrin Scutum Fidei ini,mana satu yang benar???

    05 – Saudara mengatakan,
    “Melalui pengajaran ini, Yesus ingin kita mengetahui bahawa Dia dan Bapa, dan Roh Kudus memiliki peribadi yang sama, inti pati sama, Allah atau keilahiah. Kesemua tiga Peribadi yang sama tara ini adalah Allah, dan ketiga-tiganya sudah dan terus-terusan memiliki hubungan yang kekal.”

    Nampaknya jawapan saudara ini telah melakukan perkara bidaah dalam Kekristianian itu sendiri kerana seperti saya katakan di atas,dalam Konsep Prinsip Scutum Fidei itu menerangkan bahawa Oknum Bapa BUKAN Oknum Anak dan BUKAN Oknum Ruh Kudus. Oknum Anak BUKAN Oknum Bapa dan Oknum Ruh Kudus. Oknum Ruh Kudus BUKAN Oknum Bapa dan BUKAN Oknum Anak. Jadi maksudnya, setiap ketiga-tiga oknum tersebut adalah peribadi yang berbeza. Jadi tanpa sedar,jawapan saudara ini menunjukkan bahawa saudara mempercayai konsep Trinity Modalisme / Sabellianism. Ini merupakan satu kesesatan dalam Kekristianian itu sendiri.

    SAYA MENDAPATI SAUDARA BUKAN SAHAJA GAGAL MENJAWAB SOALAN “JIKA JESUS ITU ALLAH,MENGAPA PULA DIA BERDOA KEPADA ALLAH?ADAKAH JESUS BERDOA KEPADA DIRINYA SENDIRI?”,TETAPI JUGA SAYA MENDAPATI JAWAPAN SAUDARA TELAH MELANGGARI KONSEP SCUTUM FIDEI ITU SENDIRI YANG MERUPAKAN SATU KESESATAN DALAM KEKTISTIANIAN (MODALISM / SABELLIANISM). JAWAPAN SAUDARA INI MEMBUKTIKAN BAHAWA JESUS BERDOA KEPADA DIRINYA SENDIRI.

    SH berkata,
    Sewaktu Yesus menjadi insan tidak berdosa, Dia juga memainkan peranan sebagai seorang hamba yang setia, meninggalkan kemuliaan syurgawi-Nya. Rasul Paulus menulis, “Sebenarnya Dia (Yesus) ilahi, tetapi Dia tidak menganggap keadaan-Nya yang ilahi harus dipertahankan-Nya. Sebaliknya, Dia rela melepaskan segala-galanya, lalu menjadi seperti seorang hamba. Dia datang sebagai manusia, dan hidup seperti manusia. Dia merendahkan diri dan hidup dengan taat kepada Allah sehingga mati – iaitu mati di atas salib. Itulah sebabnya Allah meninggikan Dia setinggi-tingginya, dan mengurniai Dia kedudukan yang lebih tinggi daripada semua kedudukan yang lain. Oleh itu, untuk menghormati Yesus, semua makhluk di syurga, dan di bumi, dan di bawah bumi akan sujud menyembah Dia. Mereka semua akan mengaku bahawa Yesus Kristus ialah Tuhan; dengan demikian Allah Bapa dimuliakan” (Filipi 2:5-11).

    MAB response :
    Nampaknya masih tidak dapat memberikan jawapan kepada soalan “Jika Jesus itu Allah,mengapa pula dia berdoa kepada Allah?Adakah Jesus berdoa kepada dirinya sendiri?”.

    Dalil dalam Phillipians 2:5-11 masih tidak membuktikan dengan memberikan jawapan kepada soalan tersebut kerana dalam Phillipians bab 2 ayat 5-7 memberitahu bahawa Jesus melepaskan segalanya (termasuk kuasa ketuhanannya) dan menjadi hamba. Ini sekaligus menunjukkan bahawa kehadiran Jesus di dunia BUKAN lagi sebagai tuhan (menurut konteks dari penjelasan Paul). Jadi adalah normal mengapa Jesus berdoa kepada Bapa kerana Jesus bukan lagi tuhan jika menurut penjelasan Paul dalam Phillipians 2:5-7.

    Berkenaan dengan Pillipians 2:5-11,disitu ada 03 point :
    – Ayat ke9 bercanggah dengan ayat ke7 dan ke8 yang mana dalam ayat ke7,dikatakan bahawa “Allah telah mengosongkan Diri-Nya sendiri dan mengambil rupa dari seorang hamba..”. Maknanya disitu ada unsur Sabellianism / Modalism yang mana Bapa sendiri menjelma jadi manusia melalui meminjam rupa seorang hamba (Vessel Borrowing Concept dan ini juga bercanggah dengan John 1:1-14 yang mana konsep tuhan jadi manusia dalam John 1:1-14 adalah Reincarnation Concept) Tetapi dalam ayat ke9 pula,dikatakan Allah memuliakan “Dia” yang merujuk entiti kedua. Siapa “DIA” disitu??…apakah Bapa sendiri yang telah menjadi manusia (ayat ke7) ATAU Jesus Christ pbuh??…Jadi mana satu yang benar???

    – Dalam ayat ke11 menyebut “”Yesus Kristus adalah Tuhan”,ayat asli yang dipakai adalah “ὅτι ΚΥΡΙΟΣ ΙΗΣΟΥΣ ΧΡΙΣΤΟΣ”. Yang menjadi kemusykilan ialah ayat asli yang dipakai adalah “Kyrios” (ΚΥΡΙΟΣ) yang merujuk “Tuan” atau “Lord” yang mana sama dengan “Adoni” (אדונאי). Dan dalam rangkap ayat yang sama ada menyebut “Theou” (Θεοῦ) merujuk kepada Bapa (Allah). Tetapi malangnya dalam terjemahan LAI,”Kyrios” diterjemah menjadi “Tuhan”. Ini adalah satu penyelewengan dalam penerjemahan Bible.

    – Phillipians 2:5-11 adalah nukilan Paul BUKAN dari kata-kata Jesus Christ pbuh dan BUKAN firman dari Bapa sendiri. Jadi sebab itu tidak hairan mengapa ada percanggahan dalam surat dia sendiri (Phillipian 2:7 bercanggah dengan Phillipians 2:9). Harus tahu bahawa Paul sendiri tidak pernah bertemu dengan Jesus Christ dan kenyataan dia tersebut tidak pernah didukung oleh mana-mana nukilan dari Hawariyyun.

    MAKA SAUDARA MASIH GAGAL MENJAWAB SOALAN “JIKA JESUS ITU ALLAH,MENGAPA PULA DIA BERDOA KEPADA ALLAH?ADAKAH JESUS BERDOA KEPADA DIRINYA SENDIRI?”

    SH berkata,
    Sebagai Allah-manusia, Yesus cuba untuk taat (Ibrani 5:8) terhadap Bapa-Nya sewaktu Dia diuji oleh Iblis, difitnah oleh manusia biasa, ditolak tubuhnya dan akhirnya disalib. Dia berdoa kepada Bapa Syurgawi-Nya supaya diberikan kuasa (Yohanes 11:41-42) serta hikmat (Markus 1:35; 6:46). Oleh kerana kemanusiaan-Nya, Dia berdoa sedemikian dan bergantung sepenuhnya pada Bapa demi menjalankan rancangan Bapa-Nya demi penebusan.

    MAB response :
    01 – Dari penerangan saudara ini,jelas menunjukkan Jesus Christ pbuh adalah manusia BUKAN Tuhan. Sebab dalam Bible memberitahu bahawa Tuhan tidak mungkin akan digoda oleh Iblis (James 1:13). khalas~

    02 – John 11:41-44 jelas membuktikan bahawa Jesus Christ pbuh merupakan seorang Nabi yang diberikan mukjizat untuk menghidupkan orang mati kerana jika Jesus Christ pbuh adalah tuhan seperti dakwaan Kristian,maka Jesus tidak perlu berdoa kepada Bapa kerana menurut kepecayaan Kristian,Jesus juga adalah sepenuh ilahiyyah dan sepnuh manusiawi. Jadi mengapa Jesus harus berdoa kepada Bapa untuk menghidupkan Lazarus jika Jesus adalah tuhan?? Dalam Acts 9:40,Peter menghidupkan orang mati (Tabitha) dengan cara yang sama seperti Jesus lakukan,jadi ini membuktikan bahawa Jesus adalah manusia BUKAN Tuhan kerana Jesus melakukan hal yang sama seperti Peter lakukan.

    03 – Saudara berkata,
    “Oleh kerana kemanusiaan-Nya, Dia berdoa sedemikian dan bergantung sepenuhnya pada Bapa demi menjalankan rancangan Bapa-Nya demi penebusan.”

    Jadi ketika Jesus berdoa,dimana bahagian Ilahiyyahnya ketika itu??….dan penjelasan saudara ini bercanggah dengan kenyataan saudara di atas sebelum ini yang mana saudara mengatakan,
    “Melalui pengajaran ini, Yesus ingin kita mengetahui bahawa Dia dan Bapa, dan Roh Kudus memiliki peribadi yang sama, inti pati sama, Allah atau keilahiah. Kesemua tiga Peribadi yang sama tara ini adalah Allah, dan ketiga-tiganya sudah dan terus-terusan memiliki hubungan yang kekal.”

    Saudara mengatakan sebelum ini bahawa Jesus dengan Bapa memiliki peribadi yang sama sekaligus membawa maksud Jesus itu adalah Bapa,ini secara langsung saudara mengakui doktrin Trinity konsep Modalisme / Sabellianism. Maknanya saudara memberikan jawapan bahawa Jesus berdoa kepada dirinya sendiri.

    Tetapi dari penjelasan tadi saudara mengatakan Jesus berdoa kerana bahagian manusiawinya,bermakna kehadiran Jesus di dunia bukan lagi sebagai tuhan. Jika masih sebagai tuhan,dimana bahagian ilahiyyahnya ketika Jesus berdoa??

    NAMPAKNYA,SAUDARA KELIRU DALAM MENJELASKAN JAWAPAN KEPADA SOALAN “JIKA JESUS ITU ALLAH,MENGAPA PULA DIA BERDOA KEPADA ALLAH?ADAKAH JESUS BERDOA KEPADA DIRINYA SENDIRI?”

    SH berkata,
    Di dalam Yohanes 17, Yesus memainkan peranan-Nya sebagai Imam Agung, dan pada akhirnya, Dia juga tunduk pada kehendak Bapa-Nya di Taman untuk disalib demi membayar hutang dosa kita kerana melanggar hukum Allah, iaitu kematian (Matius 26:31-46). Sudah tentu Dia bangkit secara nyata dari kubur, memenangi pengampunan dan hidup kekal demi kita yang menerima Dia sebagai Juruselamat peribadi.

    MAB response :
    01 – Adalah normal bahawa Jesus merupakan Imam Agung atau Rabbi kerana Jesus adalah Nabi,maka adalah layak Jesus merupakan Imam Agung yang harus di ikuti. Jadi dalil dalam John bab 17 tidak menjadikan Jesus adlaah tuhan dan bukan jawapan mutlak kepada persoalan “Jika Jesus itu Allah,mengapa pula dia berdoa kepada Allah?Adakah Jesus berdoa kepada dirinya sendiri?”. Ini kerana John 17:1-21 jelas menunjukkan Jesus berdoa kepada Allah. Apakah Jesus berdoa kepada dirinya sendiri???

    02 – Berkenaan dengan penyaliban telah saya jawab disini :
    – https://muslim-apologetic-borneo.com/rebuttal-to-sabda-harian-dan-david-woods-ajaran-palsu-zakir-naik-tentang-penyaliban-yesus/
    – https://muslim-apologetic-borneo.com/menjawab-missionaries-600-tahun-pohon-tamar-ukhta-harun-dan-penyaliban/
    – https://muslim-apologetic-borneo.com/rebuttal-to-sabda-harian-benarkah-jesus-mati-disalib/
    – https://muslim-apologetic-borneo.com/rebuttal-to-sabda-harian-7-bukti-kebangkitan-jesus/

    Jika benar kedatangan Jesus Christ pbuh ingin menebus dosa,baginda tidak perlu berdoa kepada Bapa untuk diselamatkan (Matthew 26:36-39) kerana misi Jesus Christ pbuh ke dunia adalah untuk menebus dosa…maka mengapa perlu berdoa lagi kepada Bapa untuk diselamatkan???

    Dan jika benar kedatangan Jesus Christ pbuh adalah untuk menebus dosa manusia,dia tidak perlu mengutuk Judas Iskariot yang mengkhianati Jesus dalam rencana menangkapnya (Matthew 26:24).

    Dan jika benar kedatangan Jesus Christ pbuh ke dunia untuk menebus dosa manusia,Jesus tidak perlu pertikai dan bertanya kepada orang-orang Judah mengapa hendak membunuh Jesus (John 7:19)

    Dan jika benar kedatangan Jesus Christ pbuh ke dunia untuk menebus dosa manusia,mengapa Jesus mempertikai kepada orang ramai bahawa kenapa saja tidak mengangkapnya sewaktu berada di Bait Allah setiap hari sebelum ini (Matthew 26:55).

    NAMPAKNYA SAUDARAMASIH GAGAL LAGI UNTUK MEMBERIKAN JAWAPAN MUTLAK KEPADA PERSOALAN “JIKA JESUS ITU ALLAH,MENGAPA PULA DIA BERDOA KEPADA ALLAH?ADAKAH JESUS BERDOA KEPADA DIRINYA SENDIRI?”

    SH berkata,
    Yakni, tiada masalah untuk Anak sebagai Allah berdoa atau berbual dengan Bapanya, Allah. Sepertimana yang telah dinyatakan, mereka mempunyai hubungan kekal sebelum Kristus menjadi manusia. Dalam imej kemanusiaan-Nya, hubungan ini digambarkan dalam Injil sehingga kita dapat melihat Anak Allah menjalankan kehendak Bapa-Nya (Yohanes 6:38). Oleh kerana ketaatan Kristus yang terus-menerus terhadap Bapa syurgawi-Nya, Dia diberikan kekuatan serta fokus yang terpelihara melalui kehidupan berdoa-Nya. Kehidupan berdoa Yesus menjadi contoh yang setiap orang Kristian harus ikuti.

    Sepanjang waktu Yesus Kristus menghuni di dunia, Keallahan-Nya tidak pernah terjejas. Apabila Dia berdoa kepada Allah Bapa-Nya di syurga, Dia mencerminkan Diri sebagai manusia yang sempurna, dan terus-menerus dalam kehidupan berdoa supaya Dia dapat melaksanakan kehendak Bapa-Nya. Doa Yesus yang senantiasa ditujukan terhadap Bapa memperlihatkan hubungan-Nya dalam ketritunggalan dengan Bapa. Contoh Yesus memberi dorongan kepada kita supaya kita akan sentiasa bergantung pada Allah menerusi doa demi kekuatan dan kemujaraban yang dihajatkan. Kristus sebagai Allah-manusia memerlukan kehidupan berdoa yang bersemangat, apatah lagi kita sebagai manusia fana.

    MAB response :
    01 – Penjelasan saudara ini bercanggah dengan ayat dari penjelasan saudara sendiri sebelum ini yang mengatakan,
    “Melalui pengajaran ini, Yesus ingin kita mengetahui bahawa Dia dan Bapa, dan Roh Kudus memiliki peribadi yang sama, inti pati sama, Allah atau keilahiah. Kesemua tiga Peribadi yang sama tara ini adalah Allah, dan ketiga-tiganya sudah dan terus-terusan memiliki hubungan yang kekal.”

    Saudara mengatakan sebelum ini bahawa Jesus dengan Bapa memiliki peribadi yang sama sekaligus membawa maksud Jesus itu adalah Bapa,ini secara langsung saudara mengakui doktrin Trinity konsep Modalisme / Sabellianism. Maknanya saudara memberikan jawapan bahawa Jesus berdoa kepada dirinya sendiri. Jadi apakah Jesus berbual kepada dirinya sendiri??

    dan saudara berkata lagi sebelumnya di atas,
    “Yakni, tiada masalah untuk Anak sebagai Allah berdoa atau berbual dengan Bapanya, Allah. Sepertimana yang telah dinyatakan, mereka mempunyai hubungan kekal sebelum Kristus menjadi manusia. Dalam imej kemanusiaan-Nya, hubungan ini digambarkan dalam Injil sehingga kita dapat melihat Anak Allah menjalankan kehendak Bapa-Nya (Yohanes 6:38).”

    dan
    “Oleh kerana kemanusiaan-Nya, Dia berdoa sedemikian dan bergantung sepenuhnya pada Bapa demi menjalankan rancangan Bapa-Nya demi penebusan.”

    dari dua penjelasan ini saudara mengatakan Jesus berdoa kerana bahagian manusiawinya,bermakna kehadiran Jesus di dunia bukan lagi sebagai tuhan. Jika masih sebagai tuhan,dimana bahagian ilahiyyahnya ketika Jesus berdoa??

    John 6:38 jelas memberitahu bahawa Jesus adalah Utusan Tuhan BUKAN memberitahu dirinya adalah Tuhan. Jadi dalil tersebut tidak menyokong bahawa Jesus adalah tuhan dan tidak memberikan jawapan kepada persoalan “mengapa Jesus berdoa kepada Tuhan sedangkan dirinya adalah tuhan? Apakah Jesus berdoa kepada dirinya sendiri?”

    02 – Saudara mengatakan,
    “Oleh kerana ketaatan Kristus yang terus-menerus terhadap Bapa syurgawi-Nya, Dia diberikan kekuatan serta fokus yang terpelihara melalui kehidupan berdoa-Nya. Kehidupan berdoa Yesus menjadi contoh yang setiap orang Kristian harus ikuti.”

    Penjelasan saudara ini membuktikan bahawa Jesus bukan tuhan tetapi Utusan Tuhan kerana selaku Nabi,dia sememangnya mentaati kepada Tuhan yang telah mengutusnya menjadi Nabi wa Rasul dan segala tindakannya menjadi tauladan serta ikutan sebagai Sunnah Nubuwwah baginda.

    03 – Apabila Jesus dianggap sebagai tuhan oleh Kristian tetapi Jesus menunjukkan ciri-ciri kemanusiaan seperti berdoa kepada Entiti Maha Kuasa yang lain,maknanya ini mewujudkan kesalahan dalam kemusykilan :
    * menjejaskan ketuhanan Jesus itu sendiri kerana ada yang lebih hebat dari ketuhanan Jesus itu.
    * menunjukkan bahawa status Jesus sebagai tuhan amat diragui kerana tidak mungkin seseorang yang dianggap tuhan boleh berdoa kepada Entiti Maha Kuasa yang lain sedangkan dirinya adalah tuhan.
    * menunjukkan bahawa konsep ketuhanan Tritunggal dalam Kekristianian itu adalah TIDAK ESA (SYIRIK) kerana disitu menunjukkan konsep Tritheisme BUKAN Monotheisme disebabkan Oknum Anak berpisah kepada Oknum Bapa ditambahkan lagi kekuasaan Oknum Anak tidak sehebat kekuasaan Oknum Bapa kerana Oknum Anak berdoa kepada Oknum Bapa.
    * Apabila Jesus berdoa,sekaligus Jesus membuktikan dengan memberitahu bahawa dirinya BUKANLAH Tuhan.

    JADI PENJELASAN SAUDARA INI BUKAN SAHAJA GAGAL MEMBERIKAN JAWAPAN KEPADA TAJUK SOALAN TETAPI JUGA MENGAKUI BAHAWA JESUS ADALAH NABI DAN BERCANGGAH DENGAN PENJELASAN SAUDARA SEBELUM INI.

    RUMUSAN :
    – Pengarang SH masih gagal menjawab persoalan “Jika Jesus itu Allah,mengapa pula dia berdoa kepada Allah?Adakah Jesus berdoa kepada dirinya sendiri?”
    – Penjelasan pengarang SH bercanggah satu sama lain
    – Penjelasan Pengarang SH di luar out of topic
    – Dari kenyataan pengarang SH,secara tidak langsung pengarang akui Jesus dan Bapa adalah peribadi yang sama menunjukkan pengarang SH mengimani konsep doktrin Trinity Modalisme / Sabellianism
    – Penjelasan pengarang SH mengelirukan kepercayaan Kristian itu sendiri.

    KESIMPULAN
    Jesus Christ pbuh berdoa kepada Bapa (Allah) membuktikan bahawa baginda (Jesus) adalah manusia yang dilantik menjadi Nabi wa Rasul dan seklaigus membuktikan bahawa Jesus BUKAN Tuhan.

    Semua penjelasan saudara SH tidak menjawab persoalan “”Jika Jesus itu Allah,mengapa pula dia berdoa kepada Allah?Adakah Jesus berdoa kepada dirinya sendiri?”. Jadi soalan tersebut masih menjadi kemusykilan terbesar dan menjadi kesalahan dalam iman Kekristianian.

    Hanya Islam satu-satunya iman agama yang benar mengenai Jesus Christ pbuh….

    pesan Jesus Christ pbuh kepada anda :
    “Jikalau kamu tetap dalam sabdaku,kamu benar-benar adalah muridku.dan kamu akan mengetahui kebenaran, dan kebenaran itu akan memerdekakan kamu.”
    [John 8:31-32]
    – memerdekakan anda dari kekufuran…

    pesan Rasullullah Muhammad SAW kepada anda :
    “Terimalah kebenaran itu walau ianya pahit..”
    [Hadith Sahih Bukhari dan Tirmizi]

    “Dan katakanlah: yang benar telah datang dan yang batil pasti akan lenyap, sungguh yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap”.
    [Al-Israa’ 17:81]

    Tiada Tuhan selain Allah,Jesus dan Muhammad adalah Utusan Allah serta Jibrail Sayyid Malak Al-Qhuwwaan adlaah Ruhul Quddus.

  • Response to Free Malaysia Today – “10 fakta dan mitos mengenai Zakir Naik”

    Response to Free Malaysia Today – “10 fakta dan mitos mengenai Zakir Naik”

    Reading Time: 22 minutes

    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

    Segala puji bagi Allah selaku Tuhan sekalian alam kerana mengizinkan saya membuat satu artikel untuk memberi maklum balas kepada artikel berilmiah dari Free Malaysia Today (FMT) yang bertajuk “10 fakta dan mitos mengenai Zakir Naik” nukilan dari saudara kita iaitu Nurul Haq Shahrir yang dibuat pada 19 March 2017. Artikel tersebut boleh lihat disini :
    – https://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2017/03/19/10-fakta-dan-mitos-mengenai-zakir-naik/

    Saudara Nurul Haq Shahrir merupakan seorang pemegang ijazah sarjana (MA) Fiqh dan Usul Al-Fiqh dan di samping sarjana muda Syariah,beliau juga berkelulusan STB M.Div (USA) dan Licentiate (JCL – Juris Canonici Licentia) dalam bidang Christianity Theology dan Church Canon (Urbaniana). Dengan demikian,dia merupakan seorang yang hebat di mata saya. Tahniah untuk itu,Islam melahirkan muslim yang berkaliber. Alhamdulillah!

    Sungguhpun demikian,bukan bermakna dia kebal dari kesilapan bahkan termasuk saya dan Dr.Zakir Naik juga tidak terlepas dari kesilapan. Namun dalam hal ini,ada beberapa kekhilafan dari saudara kita (Nurul Haq Shahrir) yang kami lihat dalam artikel beliau dan menjadi peranan kita untuk harus bantu dengan berikan pencerahan agar tidak wujud fitnah yang lahir dari sangkaan orang lain apatah lagi apabila Anti-Islam melihat tentang hal ini. Dikhuatiri,pihak Anti Islam akan mengambil kesempatan menjadikan hujah saudara Nurul Haq Shahrir sebagai “point” untuk mencari kelemahan Dr.Zakir Naik walhal “kelemahan” tersebut bukanlah yang disangka sedemikian rupa.

    Dalam artikel dari beliau tersebut,ada SEBAHAGIAN kenyataan beliau yang saya amat bersetuju tetapi ada juga SEBAHAGIAN kenyataan beliau yang bukan sahaja saya seorang tidak bersetuju,bahkan pihak saudara kita yang lain juga tidak bersetuju apabila meneliti artikel dari Nurul Haq Shahrir tersebut. Disini saya akan berikan maklum balas terhadap beberapa kenyataan dari saudara Nurul Haq Shahrir yang mana kenyataan beliau tersebut kemungkinan merupakan salah faham atau kekhilafan dari penukilan beliau.

    Semoga dalam artikel ini dapat memberikan manfaat bersama dan semoga dapat meluruskan keadaan dengan menegur secara membina dan berilmiah kepada artikel dari saudara kita – Nurul Haq Shahrir disamping juga dapat memperingati diri saya dan orang lain. In sha Allah

    NHS menulis,
    1. Zakir Naik seorang ulama dan pakar agama
    Hakikatnya, Zakir Naik adalah seorang doktor perubatan yang tidak mengamalkan profesi tersebut. Beliau tidak mempunyai latar belakang pendidikan Islam yang kukuh sama ada secara rasmi atau tidak rasmi.

    Untuk digelar seorang ulama atau agamawan, seseorang itu mestilah mempunyai kelayakan ikhtisas pengajian Islam sama ada secara akademik ataupun secara tradisional bersanad melalui talaqqi (sistem pondok). Keupayaan berbahasa Arab dan kemampuan menelaah sumber primer Islam dalam Bahasa Arab juga adalah kriteria utama seorang yang bergelar ilmuan Islam.

    Malangnya, kesemua ini tidak dimiliki oleh Zakir. Dalam sejarah Islam, tidak pernah didengari ulama yang tidak boleh berbahasa Arab walaupun mereka bukan orang Arab seperti Imam Bukhari, dan tidak pernah juga wujud pakar agama yang bacaan Al-Qurannya tidak boleh difahami dek kesalahan sebutan makhraj huruf yang mencacatkan maksud.

    Di Malaysia sendiri, kita ada muallaf yang menguasai Bahasa Arab dengan baik bahkan mampu mengajar tajwid. Alangkah baiknya jika Zakir terlebih dahulu mempelajari Bahasa Arab dan memantapkan ilmu Islam sebelum mendalami selok-belok agama lain. Nampaknya fenomena ustaz/ustazah “segera” ini sudah menular ke serata pelosok dunia.

    MAB respon :
    01 – Saya tidak tahu apa maksud sebenar rangkap ayat dari saudara NHS yang menyatakan “seorang doktor perubatan yang tidak mengamalkan profesi tersebut”. Namun sebelum DZN menjadi pendakwah,beliau telah belajar dan menjadi doktor perubatan di Topiwala National Medical College dan BYL Nair Charitable Hospital seterusnya di Universiti Mumbai sehingga memperolehi tauliah Bachelor of Medicine and Surgery (MBBS).

    Namun jika maksud ayat dari saudara NHS merujuk pengamalan kerjaya sebagai doktor tetap dalam sesebuah klinik milik persendirian mahupun hospital baik Swasta atau Kerajaan,hal itu kita tidak nafikan sememangnya DZN tidak pernah menjadi doktor tetap dengan membuka sebuah klinik persendirian. Ini kerana DZN telah pun berpindah ke bidang Dakwah Agama sebelum beliau memulakan langkah seterusnya dalam kerjaya asalnya.

    02 – Kita tidak mengetahui latar belakang pendidikan agama DZN baik secara rasmi atau tidak,bukan bermakna DZN tidak mempunyai pendidikan Islam yang cukup. Kita tidak boleh jadikan sesutau yang ambigu dan sesuatu yang kita tidak nampak atau sesuatu tidak ketahui secara terperinci sebagai pegangan fakta benar. Dari mana saudara tahu bahawa DZN tidak memiliki pembelajaran ikhtisas pengajian Islam sama ada secara akademik ataupun secara tradisional bersanad melalui talaqqi (sistem pondok)??

    Saya dan saudara NHS tidak pernah belajar bersama DZN dan tidak pernah hidup bersama-sama dengan DZN dari kecil,jadi bagaimana saudara NHS boleh mengatakan “Beliau tidak mempunyai latar belakang pendidikan Islam yang kukuh sama ada secara rasmi atau tidak rasmi” sebagai pegangan fakta sedangkan saudara tidak mengetahui latar belakangnya secara terperinci?

    Kita harus sedia maklum bahawa apabila kita tidak mendengar maklumat dengan lebih terperinci tentang latar belakang pendidikan agama seseorang,kita tidak boleh menuduh bahawa seseorang itu tidak belajar agama dengan lebih mendalam.

    03 – Saya bagi satu contoh tokoh yang tidak bertauliah seperti Sheikh Ahmad Deedat. Syeikh Ahmad Deedat hanya belajar setakat darjah 5,tidak pernah belajar di sekolah agama mahupun sekolah pondok bahkan tidak pernah memasuki pengajian tinggi baik dari pendidikan agama mahupun pengajian bidang lain. Beliau hanya mula belajar Islam dan pengetahuan dalam perbandingan agama apabila beliau menemui sebuah kitab nukilan dari Maulana Rahmatullah Kairanawi iaitu Izhar’ul-Haqq. Bahkan beliau belajar menguasai empat (04) bahasa iaitu :
    – Arabic
    – Hebrew
    – English
    – Koine Greek

    Ilmu yang beliau (Sheikh Ahmad Deedat) miliki walau tanpa pengiktirafan tauliah mampu mendidik muslim,berceramah,menjawab tomahan missionaries dan menumbangkan hujah pihak lawan sehingga beliau menjadi satu ancaman besar dalam dunia Kristian sekaligus menjadi tokoh yang ada jasa dalam dunia Islam sehingga mendapat anugerah King Faisal walhal beliau bukan seorang tokoh yang memiliki sijil Ph.D atau berpendidikan tinggi. Saya ingin bertanya satu (01) soalan :
    * Apakah menjadi kemestian / kewajipan untuk belajar sistem pondok,memiliki sijil tauliah atau mempunyai ikhtisas kelayakan Islam,baru layak dipanggil agamawan atau ustaz dan baru mampu atau layak berhadapan dengan ilmuwan agama lain?

    04 – DZN mengasas sebuah Pertubuhan Dakwah Agama iaitu Islamic Research Foundation dan membuka sekolah agama Islamic International School (IIS) seramai 400 penuntut di Bombay dan 250 penuntut di Chennai. Jika DZN tidak memiliki latar belakang didikan agama yang kukuh dan tidak memiliki pertauliahan,bagaimana beliau boleh membuka sebuah Pertubuhan Dakwah Islam
    (Islamic Research Foundation) dan membuka sekolah agama (Islamic International School) yang mempunyai jumlah seramai 650 pelajar di India?

    05 – Sifat merendah diri dari karekter dalam diri DZN tidak mengakui bahawa dia berfasih bahasa Arab di ulang-ulang dari lisannya sendiri. Ini kerana jika benar dia tidak berfasih bahasa Arab,pasti dia tidak mampu menjawab soalan-soalan dan tidak mampu menjelaskan dalam ceramah yang melibatkan Lisan’ul Arab dan Ilm’ul Furqan. Cuma tidak dinafikan bahawa cara sebutan dari lisan beliau apabila menyebut ayat-ayat arabic,kedengaran seolah-olah seperti gagal dalam bacaan hukum tajwid namun itu bukanlah disebabkan beliau tidak fasih bahasa Arab tetapi telah menjadi kebiasaan cara pertuturan lidah beliau yang telah sedia sedemikian rupa bukan sahaja dari sebutan dalam bahasa Arab tetapi juga cara sebutannya dalam English.

    Islamic International School yang ditadbir oleh IRF dibawah naungan DZN sendiri memberikan pendidikan yang cukup ketat dan berkualiti dalam bidang Quranic dan Arabic sehingga membuat tapisan secara berperingkat mengikut kelas kelayakan dalam bidang tersebut. Ini dijelaskan oleh DZN sendiri dalam penjelasan beliau disini :
    – https://www.youtube.com/watch?v=hmkF9tCYdUY
    – https://www.youtube.com/watch?v=qQ8FaBIYWbE
    – https://www.youtube.com/watch?v=ueGAD-H1LDg

    JADI “MITOS” PERTAMA ADALAH FAKTA!

    NHS menulis,
    2. Zakir Naik seorang hafiz Quran

    Zakir bukanlah seorang hafiz Al-Quran, dan beliau juga tidak pernah mendakwa sedemikian. Tetapi, tidak dinafikan beliau memang ada menghafal beberapa ayat dan surah tertentu khususnya berkaitan topik perbandingan agama.

    Berkemungkinan tanggapan beliau seorang hafiz Al-Quran disebabkan kebolehan beliau memetik ayat Al-Quran sepintas lalu tanpa merujuk teks. Kemampuan beliau ini kemudian digembar-gemburkan sebagai hafiz Al-Quran. Maka timbullah mitos yang sukar dipadamkan disebabkan ketaksuban golongan tertentu.

    Ada baiknya jika soalan berkaitan hafiz ini dilontarkan kepada Zakir dalam sesi ceramahnya di masa hadapan bagi menjernihkan kontroversi. Selain itu, jika betul pun beliau seorang hafiz, hafazan tanpa pemahaman adalah sia-sia. Bak burung kakak tua yang hanya mampu mengulangi apa yang dihafalnya, maka muncullah fahaman “Allah berada di atas langit”, “Allah duduk di atas ‘Arash”, “Aku lebih memahami Sunnah dari Imam Al-Syafi’ie,” dan sebagainya.

    MAB respon :
    01 – DZN memang tidak pernah mendakwa bahawa beliau adalah seorang hafiz Quran namun bukan bermakna beliau bukan seorang Al-Hafiz. Dr.Rozaimi Ramli (RORA) yang menyambung Ph.D di University of Jordan di bawah tajaan UPSI yang menjadi Pensyarah Kanan UPSI adalah ahli dalam Ilmu Hadith. Sungguhpun demikian,beliau tidak pernah mengatakan dari lisannya sendiri bahawa dirinya seorang pakar Hadith. Dan pastinya beliau merupakan antara orang yang menjadi hafiz dalam Quran namun kita tidak pernah mendengar dia mengakui bahawa dirinya adalah seorang Hafiz.

    Bahkan 200 Hufaz dilahirkan di Maahad Tahfiz Al-Quran di Kota Bahru tidak pernah mendakwa bahawa mereka adalah ahli Hufaz dari lisan mereka sendiri melainkan setelah di wawancara mendapat pengiktirafan dari MAIK. Begitu juga dengan salah seorang tahfiz Quran Malaysia iaitu Abdul Rauf bin Sapuan yang merupakan pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat (MTAQ) telah di iktiraf sebagai Tokoh Tahfiz 2018 dalam Majlis Graduasi Tahfiz Ke9 Yayasan Islam Kelantan (YIK) di Pusat Tarbiah Islam Kelantan (PUTIK) juga tidak pernah mengatakan dirinya adalah seorang hafiz Quran melainkan setelah di wawancara.

    Jadi,mesej yang saya ingin sampaikan ialah seseorang yang tidak mengakui atau mendakwa dirinya seorang hafiz dalam Quran bukan bermakna orang tersebut bukan merupakan seorang tahfiz Quran. Boleh jadi ianya atas asbab sikap kerendahan dirinya yang tidak ingin memaklumkan secara umum. Dari gaya penyampaian dan pengetahuan DZN dalam ceramah mahupun perdebatan,itu suda cukup memberitahu bahawa DZN bukanlah seorang yang rendah ilmu dan kebarangkalian beliau merupakan seorang yang ahli dalam Quran adalah tinggi.

    Audiences yang menghadiri ceramah Dr.Zakir Naik dan menonton videonya bukan sekadar 10-20 orang tetapi mencecah lebih 100 000 hingga 1 000 000 000 (1 juta) penonton bahkan penonton yang menonton videonya menerusi Youtube juga mencecah lebih 1 000 000 000 (1 juta).

    Apa yang ingin saya sampaikan disini ialah orang yang menonton ceramah dan debat DZN bukan sekadar mendengar kosong. Mereka (penonton) yang terdiri dari pelbagai corak pemikiran dan perbezaan profession menilai tahap pengetahuan DZN secara peribadi masing-masing. Namun hampir mandatori yang menonton ceramah atau debat DZN bersepakat secara tidak langsung menilai DZN adalah seorang yang ahli dalam Quran dan kitab agama lain. Penilaian saudara dengan mereka (penonton) adalah nisbah 1:1 000 000 000,apakah mereka (penonton) mandatori salah dalam penilaian terhadap DZN??

    02 – Saudara NHS menyatakan,
    “Selain itu, jika betul pun beliau seorang hafiz, hafazan tanpa pemahaman adalah sia-sia. Bak burung kakak tua yang hanya mampu mengulangi apa yang dihafalnya, maka muncullah fahaman “Allah berada di atas langit”, “Allah duduk di atas ‘Arash”, “Aku lebih memahami Sunnah dari Imam Al-Syafi’ie,” dan sebagainya.”

    Ayat kenyataan saudara di atas ini seolah-olah tidak yakin dengan apa yang saudara pegang sebagai “fakta”. Jika benar saudara anggap ianya adalah fakta BUKAN mitos,pastinya saudara harus kemukakan sesuatu yang PASTI bukan sekadar “jika” atau “andaikata”.

    Dan apa kaitan corak hafazan DZN yang luar biasa itu dengan fahaman ““Allah berada di atas langit”, “Allah duduk di atas ‘Arash”, “Aku lebih memahami Sunnah dari Imam Al-Syafi’ie,” dan sebagainya?? Apakah disebabkan aqeedah “Allah beristawa di atas Arsy” dan “Allah di atas langit”,saudara NHS rasa terguris hati tidak mampu berhujah membuktikan “Allah ada di mana-mana” dan “Allah wujud tanpa wujud” menjadikan modal fahaman “Allah beristawa di atas Arsy” dan “Allah di atas langit” sebagai alasan untuk menyatakan DZN yang kononnya bukan hafiz dalam Quran adalah fakta??

    Disini antara sumber neutral yang menyenaraikan tokoh sebagai ahli Hafal Quran pada abad ke15 Hijrah oleh Wikipedia yang mana salah seorangnya adalah Dr.Zakir Naik :
    – https://en.wikipedia.org/wiki/List_of_people_who_memorized_the_Quran

    MUNGKIN sahaja saudara boleh menafikan dengan mengatakan bahawa Wikipedia boleh di ubah oleh tangan-tangan awam namun saudara jangan lupa bahawa sistem wikipedia boleh mengesan IP Address sesiapa yang cuba mengubah artikel mereka dan IP Address tersebut boleh di lihat secara umum oleh mereka. Bahkan sesiapa yang dapat ‘Log In’ sekalipun kemudian mengubah artikel,suntingan tersebut akan dikaitkan dengan Username.

    JADI “MITOS” KEDUA ADALAH FAKTA!

    NHS menulis,
    3. Zakir Naik hafal kitab suci lain

    Ketebalan Bible adalah dua kali ganda ketebalan Al-Quran. Ini belum lagi dikira ketebalan Bible mazhab Kristian Ortodoks yang jauh lebih tebal kerana ia memuatkan beberapa Sefer (kitab) tambahan.

    Maka dengan fakta ini, adakah masuk akal jika Al-Quran yang berjumlah 604 halaman itu pun tidak terhafal – inikan pula Bible yang beribu muka surat! Sejak Bible dibukukan secara rasmi sebagai kitab suci oleh Gereja Roman Katolik pada tahun 393 Masehi oleh persidangan uskup yang dikenali sebagai Synod of Hippo Regius, tidak ada sebarang catatan sejarah yang merekodkan individu yang menghafal keseluruhan Bible.

    Ini kerana manuskrip kitab suci tersebut ditulis dalam pelbagai bahasa kuno seperti Yunani, Ibrani, Suryani, Qibti bahkan Arab. Naskhah Yunani sahaja berjumlah 5,686 dan berbeza antara satu dengan lain dari sudut ragam bahasa, loghat, kosakata dan struktur kalimat.

    Begitu juga dengan Naskhah Latin (10,000), Ibrani, Habsyi, Qibti, Armenia, Suryani dan selainnya yang mencecah 9,300 manuskrip berbeza.

    Maka adalah amat mustahil wujudnya insan yang mampu menghafal keseluruhan Bible, kecuali insan tersebut adalah seorang Nabi yang dikurniakan wahyu maka sewajibnya dia menghafal sesuatu kitab suci yang diberikan kepadanya seperti Nabi Musa yang menghafal Taurat dan Nabi Isa yang menghafal Injil.

    Namun begitu, terdapat dua invididu yang dikatakan menghafal terjemahan Bible versi Protestant dalam Bahasa Inggeris. Mereka adalah Dr Van Impe dan John Goetch. Namun, dakwaan ini tidak pernah dibuktikan secara empirikal.

    Bible Protestant adalah jauh lebih nipis kerana tidak memuatkan 7 buah Sefer yang dikenali sebagai Deuterocanonical. Maka, apa yang jelas adalah Zakir Naik hanya menghafal ayat-ayat tertentu sahaja yang berkaitan dengan isi maklumat yang hendak disampaikannya kepada umum.

    Kitab lain agama Yahudi/Kristian seperti Talmud, Mishnah, Gemarra, Pseudepigrapha, Apocryphal New Testament dan kitab utama agama Hindu/Buddha seperti Veda, Baghavad Gita, Tripitaka, Saddharma Pundarika, Avesta dan seumpamanya sudah tentu tidak dihafal beliau kerana sedemikian tebalnya. Kalaupun hendak melonjakkan seseorang tokoh itu ke makam yang tertinggi, biarlah berpada dan berdasarkan fakta, bukannya mitos.

    MAB respon :
    01 – Pencerahan untuk saudara NHS…..Ketebalan Bible Protestant (66 kitab) adalah 1.7 kali ganda lebih tebal daripada Quran manakala Bible milik Orthodoks (86 kitab) adalah 2.3 kali lebih tebal dari Quran. Bible tidak kelihatan tebal sangat kerana tulisan-tulisan dalam Bible adalah lebih kecil berbanding tulisan normal dalam Quran. Jadi ianya TIDAKLAH jauh sangat ketebalannya seperti dakwaan saudara.

    02 – Jika dibandingkan antara Quran dengan Bible,Quran lebih sukar dipelajari berbanding Bible. Ini kerana selain perikop (sistem pemahaman kegerejaan dalam pembacaan Alkitab),Bible hanya memerlukan empat (04) kaedah Hermeneutical Biblical iaitu :
    * Syntesis Principle
    * Contextuality Analysis
    * Early Christian Interpretation Formula
    * Assessment of the Original Text

    Sedangkan Quran memerlukan 21 Ilm’ul Furqan untuk mempelajari Quran. Itupun belum lagi termasuk bab Orthography,Kawayidh,Nahu Sorof,Balaghah dan Uslub Bagdadiyyah serta uslub Al-Mafzh Fi Ash-Shudr. Namun Islam melahirkan ramai muslim mampu menguasai hafazan Quran termasuk penguasaan keseluruhan ilmu Quran.

    03 – Salah satu keunikan dan keistimewaan pendidikan dalam Islam yang tidak ada pada agama lain ialah Uslub Al-Mafzh Fi Ash-Shudr yang telah diterapkan dari sejak zaman Nubuwwah Muhammad SAW seterusnya zaman para Sahabah sehinggalah zaman ini. Bahkan ada kaedah pembelajaran dalam Islam bagaimana menghafal Quran dalam tempoh yang singkat. Oleh sebab yang demikian,bukan sahaja Quran bahkan Hadith juga mampu dihafal oleh para muslim khususnya Imam Bukhari yang mampu menghafal dan menyelidiki 600 000 Hadith dalam tempoh 16 tahun sebelum memilih 7525 buah hadith. Disini saya berikan satu contoh muslim zaman ini yang mampu menghafal ribuan hadith :
    – https://www.youtube.com/watch?v=8mBgxuXYLNw

    Saya ingin bertanya satu soalan kepada saudara NHS,
    – apakah muslim yang mampu menghafal ribuan hadith (seperti saya tunjukkan di atas) adalah Nabi yang mendapat wahyu??

    Dengan menggunakan corak sistem pembelajaran Uslub Al-Mafzh Fi Ash-Shudr yang diterapkan dalam Islam,maka adalah normal dan tidak menghairankan dalam dunia Islam jika ada muslim seperti DZN yang bukan sahaja mampu menghafal Quran bahkan mampu menghafal isi kitab lain seperti Bible dan kitab Shruti. Bahkan menghafal Perjanjian Baru lebih mudah dari Quran dan Hadith serta Perjanjian Lama. Ini kerana dalam Perjanjian Baru,menjadi mudah untuk menghafalnya disebabkan setiap tiga (03) kitab iaitu Mark,Matthew dan Luke yang merupakan Synoptic Gospel memiliki Isnad. Apa yang ada tertulis dalam Mark,ada tertulis dalam Matthew dan Luke.

    04 – Saya amat setuju apabila saudara NHS mengatakan,
    “Sejak Bible dibukukan secara rasmi sebagai kitab suci oleh Gereja Roman Katolik pada tahun 393 Masehi oleh persidangan uskup yang dikenali sebagai Synod of Hippo Regius, tidak ada sebarang catatan sejarah yang merekodkan individu yang menghafal keseluruhan Bible.”

    Mengapa saya bersetuju?? Saudara NHS lupa bahawa dalam pembelajaran Kristian tidak ada menerapkan kaedah Hafalan apatah lagi kaedah Hafazan. Pihak gereja hanya meletakkan perikop dalam Bible agar pembaca Bible dapat memahami hubungan rantaian setiap ayat antara satu sama lain dalam Bible itu sendiri namun malangnya majoriti dari penganut Kristian (74.6% dari 2.2 Billion penganut Kristian) tidak begitu rajin menelaah kitab mereka sendiri bahkan mereka tidak pernah ada corak didikan pengajian Bible seperti mana dalam pendidikan Islam yang mengamalkan “hukuman keras” terhadap murid yang malas mengaji Quran. Jadi tidak menghairankan jika tidak terdapat catatan sejarah yang merekodkan individu menghafal keseluruhan Bible pada era awal Kekristianian.

    05 – Mengapa saudara NHS hanya menyebut dua (02) orang tokoh Kristian yang menghafal Bible? Untuk pengetahuan saudara NHS, seramai lapan (08) orang Kristian pernah menghafal keseluruhan Bible (termasuk dua orang yang saudara NHS sebutkan) iaitu :
    * Charles Matlock pernah menghafal Bible sejak umur 12 tahun melalui laporan Church and Ministry tahun 2007
    * Dr. William Evans pernah menghafal keseluruhan Bible pada tahun 1919 versi KJV dan seluruh Perjanjian Baru versi ASV melalui laporan dalam buku beliau “How to Memorize the Bible”
    * Adam Houge
    * Nadine Hammonds
    * Tom Meyer menghafal keseluruhan Perjanjian Baru melalui laporan dalam buku beliau “The Memorization Study Bible: The New Testament KJV”
    * Herdian Putranto satu-satunya orang Asia dari Indonesia pernah menghafal keseluruhan Bible

    Tidak menjadi satu permasalahan sekiranya semua mereka tersebut tidak terbukti secara empirikal kerana Kristian tidak mengamalkan sistem Uslub Al-Mafzh Fi Ash-Shudr seperti dalam pendidikan Islam dan seandainya pun semua mereka terbukti benar-benar menghafal keseluruhan Bible,ianya masih tidak dapat menandingi corak pembelajaran dari muslim walau mereka (lapan orang tersebut) telah membuktikan “fakta” saudara NHS salah.

    Saya akui dan tidak dinafikan bahawa menghafal Pengisian Perjanjian Lama adalah sukar kerana :
    * Perjanjian Lama lebih tebal disebabkan mengandungi sebanyak 39 kitab (Protestant),46 kitab (Katolik),50 kitab (Orthodox),49 kitab (Syrian),47 kitab (Ethiopic) dan 35 kitab (TNKH)
    * Perbezaan kaedah analisa nubuatan dalam Perjanjian Lama antara Masoretic,Samaritan dan Kristian.
    * 62% dari 658 545 kata (untuk Bible Protestant sahaja) adalah dari Perjanjian Lama
    * Perjanjian Lama memiliki 929 bab dari 1189 keseluruhan bab dalam Bible.
    * Perjanjian Lama memiliki 23 145 ayat dari 31 102 keseluruhan ayat dalam Bible.
    * Perbezaan huruf dan bacaan teks antara Torah Masoretic dan Torah Samaritan
    * Penganalisaan ayat asli antara Aramaic,Ancient Hebrew dengan Modern Hebrew.
    * Perjanjian Lama memiliki kitab paling terpanjang dalam keseluruhan Bible iaitu Psalm (Mazmur) bahkan pasal yang paling panjang juga di dalam Psalm iaitu pasal 119.

    Namun sungguhpun demikian,dengan menggunakan pembelajaran Uslub Al-Mafzh Fi Ash-Shudr yang diterapkan dalam Islam,paling kurang pun pasti 2/10 dari Perjanjian Lama dapat dihafal dan dihafaz.

    05 – Ini bukan soal masalah Bible ditulis dalam pelbagai bahasa (Aramaci Syriac,Hebrew,Qibti,Koine Greek dan Arab) tetapi soal corak pembelajaran dalam agama. Dengan kaedah hafalan dan hafazan yang diterapkan dalam pendidikan Islam,paling kurang pun dapat menghafal dari terjemahan Bible seperti terjemahan English dan Bahasa pun,ianya tidak menjadi satu perkara yang mustahil jika benar ingin mempelajari dengan kaedah tersebut. Jika ada muslim yang mampu menghafal beribu hadith yang mana perlu fokus pada matn wa sanadh serta menentukan siapa perawi dan menghafal ayat asli (Arabic) beserta terjemahan,mengapa menghafal Perjanjian Lama menjadi sesuatu yang mustahil walau hanya 2/10???

    06 – Sememangnya DZN tidak perlu menghafal kitab-kitab Rabbinic kerana pengisian kitab-kitab tersebut amat sedikit berkaitan dengan dakwah Islam khususnya dalam bab Persamaan ajaran Tuhan antara agama Samawi (Islam,Kristian dan Judah). Yang perlu dikaji adalah kitab yang di’claim’ sebagai kitab suci firman tuhan oleh Judah dan Kristian kerana terdapat persamaan ajaran tuhan dengan ajaran Islam. Maka sama halnya DZN menghafal kitab-kitab Aryan seperti kitab-kitab dalam Shruti (Hinduism),Guru Granth Sahib (Sikh),Avesta dan Dasatir (Zoroastrian) dan Tripitaka (Buddhism) kerana kitab utama dari agama-agama tersebut mengandungi persamaan ajaran dalam dakwah Islam.

    DZN telah membuat lebih 2000 sesi ceramah dan semua ceramah tersebut disertakan Q/A dari audiences. Kita sedia maklum bahawa persoalan-persoalan yang dilontarkan oleh audiences adalah sesuatu yang diluar jangkaan. Namun semua persoalan-persoalan tersebut,DZN dapat menjawab dengan ilmiah melalui kutipan-kutipan ayat yang kita tidak pernah dengar dari ceramah-ceramah sebelumnya. Walau ada pengulangan hujah dari DZN mengutip naqli yang sama,tetapi banyak situasi yang mana DZN mengutip ayat yang beliau tidak pernah sebut sebelum-sebelum ini dalam ceramahnya. Jadi ini membuktikan DZN menguasai hafalan kitab-kitab suci agama lain dengan kebarangkalian nisbah paling kurang pun adalah 5:10. Pernahkah saudara lihat ada tokoh yang mengolahkan corak pengetahuan yang sama seperti DZN sebelum ini???

    Untuk pengetahuan saudara NHS,salah satu rahsia DZN mampu menghafal pelbagai kitab kerana beliau (DZN) beriqtikad dengan pesanan firman Allah dalam tiga (03) surah :
    “Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada orang yang boleh mengalahkanmu. Jika Allah membiarkanmu, maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu selain dari Allah. Karena itu hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang mukmin bertawakal.”
    [Ali-Imran 3:160]

    “Jika kamu berjihad untuk Allah, Allah akan benar-benar menunjukkan kepadamu jalan-Nya.”
    [Al-Ankabut 29:69]

    “Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku.”
    [Taha 20:25-28]

    Jika Allah bantu DZN,apakah saudara masih menjadikan ianya satu kemustahilan bagi DZN yang memiliki daya ingatan luar biasa sehingga mampu menghafal banyak kitab??

    JADI “MITOS” KETIGA ADALAH FAKTA!

    NHS menulis,
    4. Zakir Naik anak murid Ahmed Deedat

    Zakir disensasikan sebagai murid penceramah Afrika Selatan, Ahmad Deedat, walaupun beliau tidak pernah sama sekali berguru dengan tokoh yang dimaksudkan. Ia sekadar pertemuan sekali pada 1987.

    Maksud berguru ialah seorang yang rendah ilmunya menuntut daripada seorang yang lebih tinggi ilmunya dan berlaku sesi penyampaian maklumat daripada guru secara langsung kepada muridnya. Jikalau seseorang menimba ilmu melalui “Syaikh” Google ataupun bacaan buku semata-mata ataupun rakaman YouTube, itu tidak dapat diertikan sebagai bergurukan tokoh tertentu sebagaimana seseorang yang membaca kitab Hadith Sahih Bukhari tidak dapat dikatakan berguru dengan Rasulullah. Begitu juga jikalau kita mendengar rakaman kuliah seorang professor di Amerika melalui YouTube, tidak boleh dikatakan professor tersebut adalah guru kita.

    MAB respons :
    Benar! saya amat bersetuju dengan kata-kata saudara NHS yang mengatakan,
    “Maksud berguru ialah seorang yang rendah ilmunya menuntut daripada seorang yang lebih tinggi ilmunya dan berlaku sesi penyampaian maklumat daripada guru secara langsung kepada muridnya.”

    Disini saya berikan BUKTI video DZN berguru dengan Sheikh Ahmad Deedat dan pertemuan mereka berkali-kali SELAIN pertemuan pertama pada tahun 1987 :
    – https://www.youtube.com/watch?v=C2EIEpBbTfg
    – https://www.youtube.com/watch?v=ixK7PHXyDIA
    – https://www.youtube.com/watch?v=RI0QWnXZ5Go
    – https://www.youtube.com/watch?v=5p0kr5Shml8
    – https://www.youtube.com/watch?v=w7kMxeYk7Bs
    – https://www.youtube.com/watch?v=nUL7YrvMqLs
    – https://www.youtube.com/watch?v=AdM3rVYZttI
    – https://www.youtube.com/watch?v=uYe0lqlfFDo

    Memperolehi ilmu itu dengan dua cara iaitu melalui “guru hidup” (belajar dengan manusia berilmu) dan “guru mati” (belajar melalui buku atau kemudahan penghasilan ilmu yang lain). Namun dalam video DZN di atas,terbukti bahawa DZN berguru dengan Sheikh Ahmad Deedat.

    Saudaraku NHS,zaman DZN belajar dahulu tidak ada Google,Youtube dan Social Media. Saya berharap saudara NHS yang bijaksana lagi bertauliah tidak menunjukkan pemikiran yang sempit.

    JADI “MITOS” KEEMPAT ADALAH FAKTA!

    NHS menulis,
    5. Zakir Naik tokoh perbandingan agama

    Dakwaan ini adalah benar jika dilihat kemahiran beliau mematahkan hujah lawan secara spontan dan pengalaman beliau yang luas walaupun mungkin tidak setinggi mana. Begitu juga dengan pengetahuan beliau tentang isu yang didebatkan.

    Nampaknya, memang Zakir sudah membuat persiapan awal sebelum sesi debat dimulakan. Kemahiran berdebat beliau memang mengagumkan. Umumnya, pandangan atau pegangannya dalam ilmu perbandingan agama boleh diterima. Oleh itu, tidaklah salah jika Zakir dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah bagi mengenang kebolehan beliau.

    Setakat ini belum ada tokoh Muslim yang berani ke hadapan seperti beliau. Kebolehan beliau ini sewajarnya dilihat sebagai satu kekuatan umat Islam dan mampu menjadi senjata yang ampuh jika Zakir diperkasakan dengan ilmu Islam yang sahih. Syabas dan seribu tahniah diucapkan buat Zakir.

    Sungguhpun begitu, beliau bukanlah pakar rujuk ataupun tokoh dalam bidang khusus agama Islam sama ada pada bab Usuluddin, Syariah, Usul Al-Fiqh, Tafsir, Hadith, dan sebagainya. Kita perlu berhati-hati dan mengambil manfaat daripada seseorang itu berdasarkan bidang yang dimahirinya sahaja.

    Seperti Firman Allah yang bermaksud hendaklah rujuk kepada ahlinya jika tidak tahu (Al-Nahl 16:43). Contohnya kereta yang rosak, maka hendaklah dihantar ke mekanik jangan dihantar ke tukang jahit. Tak mustahil kereta akan bertambah rosak dek tersadai berbulan-bulan atau “dijahit” oleh si tukang jahit. Jika sakit jumpa doktor bukan jumpa guru geografi. Begitulah perumpaannya.

    MAB respon :
    Point No.5 saudara NHS tidak perlu saya bantah secara ilmiah kerana penjelasan saudara NHS sendiri menunjukkan bahawa DZN sememangnya adalah tokoh dakwah perbandingan agama. Ucapan syabas dan tahniah kepada saudara NHS kerana point No.5 ini juga menyokong Point saya pada No.1 dan No.2 di atas. Ini kerana saudara NHS mengakui kehebatan DZN dalam dakwah perbandingan agama dan dalam hal ini,DZN adalah ahli. Jadi secara tidak langsung,ianya menyokong segala hujah pada Point No.1 dan No.2 saya di atas menjadi kelayakan bagi DZN dalam menjadi seorang ahli pendakwah agama bertauliah dan memiliki ilmu didikan agama yang kukuh. Terima kasih saudara NHS!

    Sepanjang ceramah DZN,hanya sedikit kedengaran dari muslim bertanyakan soalan kepada DZN yang berkaitan bab Siryasah Sharia dan Usul Al-Fiqh. Namun,kelihatannya DZN memberikan jawapan berasaskan Quran dan Hadith serta memberi jawapan dengan mengharmonikan sesuatu perkara yang menjadi khilaf antara Exegess Muslim dalam perbezaan Ijtihad. DZN tidak memberikan jawapan yang boleh mewujudkan kecelaruan dan perpecahan dalam Islam melainkan tuduhan akibat sangkaan yang tidak baik dari golongan pentaksub bidaah dan pengikut taklid buta yang mengaku kononnya mengikuti manhaj Asyari wa Maturidi yang telah sedia menyimpan mindset bahawa “DZN seorang Wahabi…”

    JADI “MITOS” KELIMA SAUDARA NHS MENGAKUI IANYA ADALAH FAKTA!

    NHS menulis,
    6. Zakir Naik berfahaman wahhabi

    Satu perkara yang mesti diketahui umum ialah, mereka yang berfahaman Wahhabi tidak akan sesekali mengaku Wahhabi. Slogan yang sering dilaungkan ialah Ittiba’ Al-Sunnah, iaitu mengikut Sunnah – ataupun berpegang dengan Al-Quran dan Sunnah.

    Dalam pada itu, kita tidak boleh sewenang-wenangnya melemparkan tuduhan terhadap seseorang yang kita tidak bersetuju dengannya. Sama ada tuduhan Wahhabi, kafir, sesat, bidaah, syirik dan seumpamanya mestilah dielakkan dan jangan sesekali dijadikan kalimah zikir kita. Islam menuntut kita bersangka baik terhadap semua orang Islam kecuali terdapat tanda-tanda zahir yang ketara dan tidak memungkinkan untuk disalah-ertikan.

    Perihal Zakir Naik ini, memang tidak dapat dinafikan beliau mempunyai kecenderungan kepada fikrah Wahhabi dari beberapa sudut:

    Usuluddin: Kekeliruan dalam bab Tauhid. Beliau berpegang dengan akidah 3 serangkai, menisbahkan jihah (arah) dan tempat kepada Allah yang menatijahkan fahaman Tajsim dan Tasybih. Ini bertentangan dengan ahli Sunnah yang memahami Tauhid melalui Sifat 20 dan beriman bahawa kewujudan Allah itu tidak tertakluk kepada tempat, ruang, arah ataupun masa.

    Syariah: Tidak beriltizam dengan mazhab yang ditadwinkan. Bahkan beliau memperlekehkan para imam mujtahid pendiri Mazhab sehingga mendakwa lebih memahami Sunnah daripada Imam Al-Syafi’ie dalam bab membatalkan wudhu jika tersentuh dengan golongan bukan mahram tanpa lapik.

    Akhlak: Zakir dilihat gemar menyesatkan umat Islam bagi amalan yang beliau anggap bidaah seperti sambutan mawlid, tahlil arwah dan lain-lain. Beliau juga beranggapan amalan sedemikian mengundang syirik yang menghumbankan pengamalnya ke neraka.

    MAB respon :
    01 – Orang Shiite mengaku mereka adalah Shiite (melainkan apabila di hadapan khayalak majoriti Muslim Sunni,mereka bertaqiyyah mereka adalah Muslim Sunni). Orang Ahmadiyyah Qadiani mengakui mereka adalah Ahmadiyyah Qadiani. Orang Arqam mengaku mereka adalah pengikut Abuya pengasas Arqam….kenapa???….kerana mereka tahu keberadaan firqah yang mereka ikuti. Namun berbeza orang-orang yang dituduh sebagai Wahabi,tidak ada dari mereka mengakui mereka adalah Wahabi. Ini kerana :
    * Jauh sebelum Muhammad Abdul Wahab lahir dan sebelum “Wahabi’ itu wujud,manhaj Salafussoleh dari zaman Nubuwwah Muhammad SAW,para Tabiin dan Tabi’i Tabiin juga mengolahkan manhaj yang sama. Jadi apakah Nabi dan para sahabat serta ulama terdahulu adalah Wahabi??

    * Muhammad Abdul Wahab sendiri tidak pernah mengatakan siapa ikuti beliau adalah Wahabi dan beliau sendiri tidak pernah dengar perkataan ‘Wahabi’ itu sepanjang beliau hidup.

    * Muhammad Abdul Wahab juga adalah bermazhab Hanbali dan Ittiba’ Al-Sunnah cuma cara pelaksanaan beliau terlalu ekstrim disebabkan situasi di zamannya terlalu banyak perkara bidaah dilakukan di Tanah Jazirah Arab. Jadi mengapa mana-mana muslim yang mengikuti manhaj Salafussoleh dengan berpegang Sunnah dilabel sebagai Wahabi walhal Muhammad Abdul Wahab sendiri berpegang kepada mazhab Hanbali?

    * Orang yang memberi gelaran “Wahabi” adalah dari lisan pihak lain BUKAN dari lisan orang yang dituduh sebagai Wahabi.

    02 – Ahlul Sunnah itu ada tiga (03) iaitu Asyari,Maturidi dan Atsari. Asyari dan Maturidi sendiri tidak pernah mengatakan golongan Atsari adalah golongan yang terkeluar dari ahlul Sunnah.

    03 – Nabi dan para sahabah tidak pernah mengajar sifat 20. Wujudnya sifat 20 dari pemikiran Asyari adalah bertujuan menentang falsafah Greek yang ketika itu tersebar berkembang konsep Pantheism dan konsep Anthropormorphism. Maka wujudnya manhaj khalaf dari Asyari dan Maturidi adalah untuk menentang pengaruh syirik dari Greek. Namun apakah Asyari dan Maturidi pernah menolak manhaj salaf dan menolak konsep sifat Rububiyyah,Uluhiyyah dan Asma’Wal’Sifadh yang dituduh sebagai “tiga serangkai”???

    04 – Apabila ada muslim yang mengatakan Allah beristawa di atas Arasy,bukan bermakna mereka mengisbatkan Allah itu bertempat tapi mereka kata apa yang Quran kata. Tidak ada muslim mengatakan Allah itu memerlukan tempat tapi apa yang Quran kata,maka itulah yang harus dikatakan. Tafwidhnya diketahui tapi kaifiatnya serah kepada Allah. Sebelum saudara NHS menuduh DZN adalah seorang Wahabi hanya disebabkan DZN mengatakan “Allah beristawa di atas Arasy”,ingin saya berikan sanggahan sedikit kepada saudara NHS :

    * Adalah baiknya sebelum membuat tuduhan tersebut,kita harus kenali dulu apa itu Arsy’. Kita sedia maklum bahawa Arsy’ adalah makhluk Allah PALING TINGGI,PALING BESAR DAN PALING AGUNG. Maknanya selepas Arsy’,TIDAK ADA LAGI MAKHLUK dan makhluk yang bernama MASA dan RUANG hanya wujud di bawah Arsy’ kerana Arsy’ adalah makhluk paling tertinggi. Istilah “tempat” hanya wujud apabila ada ruang dan masa,jadi bagaimana kita boleh buat tuduhan dengan berkata Allah beristawa di atas Arsy’ itu memberi maksud “Allah memerlukan tempat” sedangkan tempat hanya wujud di bawah Arsy’???

    * Surah Al-Ghafir 40:36 menyebut bahawa Firaun merintahkan Haman untuk membina sebuah mbangunan tinggi untuk ke langit agar dia dapat melihat tuhan Musa. Imam At-Tabari menafsir ayat ini bahawa Nabi Musa alaihissalam mengatakan Allah di atas langit (Tafsir Al-Tabari vol 21 page 387) dan Imam Asyari juga mengatakan (dalam kitab Al-Ibanah‘an Ushul Ad-Diyanah) menafsir ayat surah Ghafir ayat 36 tersebut bahawa makhluk pertama yang ingkar Allah di atas langit adalah Firaun. Jika ayat “Allah di atas langit” itu dituduh sebagai Wahabi,apakah Imam At-Tabari dan Asyari adalah Wahabi?

    * Dalam kitab Al-Ibanah‘an Ushul Ad-Diyanah juga,Imam Asyari membantah takwilan-takwilan Muktazilah dengan mengatakan bahawa di syurga kelak manusia akan dapat melihat Allah dengan kedua mata kepala. Jadi jika “melihat Allah itu berarah” dituduh sebagai Wahabi,maka apakah Imam Asyari seorang Wahabi??

    Perkara ini tidak perlu saya bahas panjang kerana isu ini telah pun dijawab oleh Dr.Rozaimi :
    (Usuluddin)
    – https://www.youtube.com/watch?v=Nw0b5kGAvwc

    05 – Berkenaan dengan mazhab,DZN dan muslim yang bermanhaj Salafussoleh tetapi dituduh sebagai “Wahabi” menjelaskan bahawa jangan terlalu taksub dengan satu mazhab dan jangan mengenepikan tiga (03) mazhab yang lain sehingga membuat tuduhan sesat terhadap mazhab yang lain. Disini saya berikan penjelasan terperinci mengenai mazhab :
    – https://www.youtube.com/watch?v=JWNAAE8OsSY

    06 – Saya amat bersetuju apabila saudara berkata,
    “Dalam pada itu, kita tidak boleh sewenang-wenangnya melemparkan tuduhan terhadap seseorang yang kita tidak bersetuju dengannya. Sama ada tuduhan Wahhabi, kafir, sesat, bidaah, syirik dan seumpamanya mestilah dielakkan dan jangan sesekali dijadikan kalimah zikir kita. Islam menuntut kita bersangka baik terhadap semua orang Islam kecuali terdapat tanda-tanda zahir yang ketara dan tidak memungkinkan untuk disalah-ertikan.”

    Namun yang mengatakan perkara bidaah itu adalah sesat adalah Nabi Muhammad SAW itu sendiri BUKAN DZN. Sebelas (11) Hadith Muhammad SAW menjelaskan kesesatan bidaah salah satunya ialah :
    “Sejelek-jelek perkara adalah perkara yang diada-adakan dan setiap perkara yang diada-adakan itu adalah bid’ah dan setiap bid’ah adalah kesesatan.”
    [Hadith Sahih Muslim No.867]

    Jadi yang menghukum Bidaah adalah Nabi sendiri BUKAN DZN. DZN hanya menyampaikan apa yang dinyatakan dalam Quran dan Sunnah. Sebenarnya orang yang melakukan kesalahan apabila di adili,mereka merasakan orang yang mengadili itu yang menghukumnya walhal orang yang mengadili itu menjalankan atau menyatakan sesuatu yang jelas dinyatakan melalui sumber BUKAN atas kehendak dirinya. Namun orang salah kalau degil,tetap akan degil lalu menyalahkan orang lain.

    JADI “FAKTA” KEENAM DARI SAUDARA NHS ADALAH MITOS!

    NHS menulis,
    7. Zakir mengislamkan ribuan orang

    Angka sebenar yang memeluk Islam di tangan Zakir tidaklah sampai ribuan orang seperti yang dipropagandakan. Apa yang pasti ialah memang ramai orang menerima Islam melalui ceramah beliau.

    Jasa Zakir dalam hal ini janganlah dilupakan. Walaubagaimanapun, hakikat ini tidak membenarkan fahaman yang dibawa Zakir. Nabi Nuh yang berdakwah lebih 10 abad hanya mempunyai pengikut seramai 80 orang mengikut riwayat Al-Suyuti. Adakah dengan segelintir pengikut ini membuktikan Nabi Nuh tidak benar?

    Seorang lelaki di zaman Rasulullah, Abdullah Ibn Saad Ibn Abi Sarh, sendiri pernah murtad sebelum kembali kepada Islam. Adakah ini menunjukkan kebatilan Baginda atau kegagalan dakwah Baginda sebagai Utusan Allah?

    Perisik Belanda, Christiaan Snouk Hurgronje yang menyamar sebagai seorang Islam dengan nama “Haji Abdul-Ghaffar” di Aceh pada 1981 dikatakan pernah mengislamkan beberapa orang bukan Islam dan menjadi pembantu Mufti Besar Batavia, Habib Usman Bin Yahya dalam bidang fatwa. Adakah ini bukti kebenaran beliau? Seadilnya, apa yang benar katakan benar dan apa yang salah hendaklah ditolak.

    MAB respons :
    Saya amat bersetuju dengan kata-kata saudara NHS mengenai hal ini namun kita harus lihat kualiti perjuangan dakwah DZN BUKAN kuantiti seberapa ramai orang yang menerima Islam melalui dakwah DZN. Muslim tidak menganggap kuantiti ramai orang memeluk Islam itu sebagai satu pegangan kebenaran kerana para Nabi sendiri pun ada yang berdakwah tetapi jumlah yang menerima dakwah mereka hanya sedikit seperti mana saudara NHS katakan tentang perihal Nabi Nuh Alaihissalam.

    Muslim yang menyokong dan meminati DZN tidak mengatakan “DZN mengislamkan ribuan orang non-muslim” tetapi mereka mengatakan bahawa “DZN mengislamkan ramai non-muslim”. Tidak kisahlah puluhan,ratusan atau ribuan kerana kuantiti seberapa ramai orang memeluk Islam bukanlah satu kepentingan utama. Yang utama adalah pelaksanaan tugas dakwah itu kerana peranan kewajipan seseorang muslim adalah dakwah kepada non-muslim.

    Yang menentukan orang non-muslim menerima Islam atau tidak adalah dari Ketetapan pemberian hidayah dari Allah Azza’Wa’Jalla. Yang PASTI faktanya adalah RAMAI non-muslim yang memeluk Islam melalui dakwah DZN. Di USA sahaja,34 000 rakyat Amerika Syarikat memeluk agama Islam dari September 2001- Julai 2002 antara asbabnya ialah dakwah DZN menangkis salah faham dunia yang mendakwa Islam sebagai agama pengganas dan membongkar agenda peristiwa 9/11 dirancang oleh George W Bush sendiri.
    – https://www.dailymotion.com/video/x42njsu

    JADI “MITOS” KETUJUH ADALAH FAKTA!

    NHS menulis,
    8. Zakir Naik mahir pelbagai bahasa

    Dakwaan beliau berkebolehan berbahasa Arab sudah disentuh sebelum ini. Zakir hanya boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dan Hindi (dan mungkin salah satu dialek/bahasa India yang lain).

    Apa yang pasti, beliau tidak boleh berbahasa Ibrani, Sanskrit dan Latin. Ceramah beliau juga hanya disampaikan dalam Bahasa Inggeris.

    MAB respon :
    DZN berkebolehan dalam bahasa Arab juga telah pun saya jawab sebelum ini. Untuk pengetahuan saudara NHS,DZN mampu bertutur enam (06) bahasa iaitu :
    * Hindi
    * English
    * Urdu
    * Arabic
    * Marathi
    * Sanskrit

    Saya tidak nafikan bahawa kelihatan DZN kurang fasih dalam Hebrew dan Koine Greek kerana saya tidak menemui mana-mana sumber sahih mengatakan DZN fasih dalam Hebrew dan Koine Greek. Dan saya juga tidak menemui mana-mana sumber sahih yang mengatakan DZN fasih dalam Telugu. Namun jika DZN fasih dalam Urdu,Hindi dan Sanskrit,kemungkinan DZN juga mengetahui bahasa Telugu. Hanya orang-orang yang membenci beliau tidak mengetahui apa-apa tentang beliau sahaja menuduh buta dengan mengatakan bahawa DZN tidak fasih Sanskrit dan Arabic.

    Apapun,yang PASTINYA ialah DZN mahir bertutur dalam pelbagai bahasa dan lebih dari tiga (03) bahasa (Polyglot) walau beliau bukanlah Linguist.

    JADI “MITOS” KELAPAN ADALAH FAKTA!

    NHS menulis,
    9. Zakir Naik tokoh Maal Hijrah dan ramai pengikut

    Perkara ini sudah dibincangkan sebelum ini. Anugerah Tokoh Maal Hijrah sememangnya sesuatu yang wajar sebagai satu bentuk pengiktirafan terhadap sumbangan beliau dalam dunia Islam walaupun beliau sendiri menganggap sambutan Maal Hijrah yang tidak pernah diraikan oleh Nabi sebagai bidaah.
    Jumlah pengikut yang ramai tidak menjamin kebenaran seseorang atau sesuatu ideologi. Kumpulan teroris IS mempunyai pengikut yang ramai seluruh dunia. Adakah ini bermaksud IS itu satu kumpulan yang benar?

    MAB respon :
    Saya amat bersetuju kata-kata saudara NHS dan ini di akui oleh saudara NHS sendiri dalam point ke5 sebelum ini. Jadi berkenaan hal DZN menjadi tokoh Maal Hijrah,kita berdua bersepakat diatas kelayakan beliau sebagai pejuang Islam.

    Berkenaan ramai pengikut,tidak ada yang mengatakan bahawa DZN memiliki ramai pengikut menunjukkan DZN seorang benar sempurna. Ini kerana kita semua mengetahui bahawa kuantiti bukan alat kayu ukur penentu kualiti kebenaran. DZN juga seorang manusia biasa bahkan dia juga tidak terlepas dari kesilapan. Kristian juga yang memiliki penganut 2.2 Billion namun apakah maksudnya mereka (Kristian) adalah benar???

    Jadi muslim yang menyokong,meminati DZN serta ramai yang menjadi pengikutnya kerana perjuangan beliau dalam menegakkan syariat dakwah Islam dan Uslub dakwahnya yang bijaksana BUKAN kerana beliau adalah benar sempurna sentiasa bak umpama malaikat….TIDAK! Jadi saya berharap saudara NHS menyelidik dahulu mengapa DZN memiliki ramai pengikut sebelum membuat pelbagai andaian.

    JADI “MITOS” KESEMBILAN ADALAH FAKTA!

    NHS menulis,
    10. Zakir Naik dan kehamornian

    Seadilnya, jika keberadaan beliau di Malaysia untuk menyampaikan kebenaran tanpa menjejaskan kestabilan politik tanahair dan kesejahteraan rakyat Malaysia, maka boleh sahaja bahkan dialu-alukan.

    Tidak dapat dinafikan terdapat bantahan terhadap kehadiran beliau di negara ini. Sewajarnya, apa yang dibangkitkan oleh sesetangah pihak berkaitan Zakir hendaklah dipertimbangkan.

    Tetapi, jika bantahan berkenaan perbandingan agama, maka tidak boleh diterima memandangkan ianya termasuk salah satu dari cabang disiplin ilmu Islam. Jika bantahan dibuat bersangkutan keselamatan negara, maka kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk bertindak. Tidak perlulah kita menjadi wira membuat perhimpunan membantah kehadiran beliau. Banyak lagi benda berfaedah yang seharusnya dibuat.

    MAB respon :
    Fakta ini tidak perlu dibantah kerana saya menyokong sepenuhnya dengan nukilan saudara mengenai point ke10 ini. Hal berkenaan ini telah saya jelaskan disini :
    – https://muslim-apologetic-borneo.com/benarkah-dr-zakir-naik-adalah-satu-ancaman/

    Peranan dakwah dalam perbandingan agama tidak dapat di tolak tepi. Ini kerana Quran surah Al-Ankabut 29:46 menyarankan kita untuk berbahas dengan ahlul kitab dengan garis panduan baik tanpa melampaui batas dan menjadi kewajipan kita untuk menyampaikan dakwah bukan sahaja dari segi amal makhruf tetapi juga menegaskan dengan nahi munkar (Al-Asr 103:3 / Ali-Imran 3:104 dan 110-114 / Al-Muddathir 74:1-5 / Fusilat 41:33 dan 71 / Yusuf 12:108 / Luqman 31:17 / At-Tawbah 9:71,112 dan 122 / Al-Hajj 22:41 / Maryam 19:39 / An-Nahl 16:90 dan 125 / Asy-Syu’araa 26:214 serta Al-A’la 87:9-11)

    KESIMPULAN
    Sememangnya fakta perlu dipisahkan dengan mitos kerana kebenaran tidak akan pernah bersama dengan kebathilan tetapi untuk menjadikan sesuatu fakta itu haruslah diselidiki dahulu secara keseluruhan prospek tanpa mendasari konsep “kurang selesa” dalam hati. Kita tidak boleh membuat sebarang assumption tanpa mengenali seseorang dengan lebih dekat. Ada sesetengah orang khususnya tokoh dakwah tidak memperlihatkan pengetahuan sebenar lebih mendalam kerana mengikut situasi penceramahan dan akhlak agama yang menerapkan kerendahan hati. Peranan kita adalah membuat penilaian ke arah positif dan mengenali seseorang itu dengan lebih dekat agar kita mengetahui hakikat yang sebenarnya.

    Assalam alaykum…