بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
“…Mereka menjadikan pendeta-pendeta dan ahli-ahli agama mereka sebagai tuhan-tuhan selain dari Allah dan Al-Masih Ibni Maryam padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa.Tiada Tuhan melainkan Dia.Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan.”
[At-Tawbah 9:31]
Ada missionari antarabangsa yang terkenal di dunia maya (Socmed Skype) dan kononnya menjadi pahlawan Kristian di masa kini bernama Christian Prince telah mengemukakan satu video membuktikan bahawa Jesus Christ pbuh adalah tuhan dalam Quran surah At-Tawbah 9:31. Videonya boleh lihat disini :
– https://www.youtube.com/watch?v=OBgKsJ_fQoU
Setelah saya menontonnya,saya mendapati beliau sangat jahil dalam bidang Ilm’ul Furqan Quranic. Dalam artikel ini,saya akan runtuhkan argument beliau sekaligus membuktikan bahawa Jesus Christ pbuh BUKAN Tuhan dalam Quran.
Namun sebelum itu,ingin saya maklumkan bahawa SEMUA video dan buku dari Christian Prince telah dijawab oleh Muslim Apologetics,sila rujuk disini :
dari Channel Myths,Lies and Hypocrisy (English)
– https://www.youtube.com/playlist?list=PLkWgOaNzuzgxRzh0OQQQWNBK1sWbgdF6w
dari Channel Muslim Allegation Hunter (New Channel English)
– https://www.youtube.com/channel/UCCr97KSnkyiCDzDWEQopjpg/playlists
dari Channel Islam Menjawab Tuduhan (Indonesia)
– https://www.youtube.com/channel/UCTz_u_Wp6nMdqJpam6lBwXQ/videos
dari Channel Al-Anbiya (Indonesia)
– https://www.youtube.com/channel/UCUbJbQ15VgFfEM2qGgzB3tg/videos
dari Welcome Again With Me (Indonesia)
– https://www.youtube.com/channel/UCS-zJMZsa9_UIiiiMLkkbOw/videos
dari answering-christianity.com (English)
– https://www.youtube.com/playlist?list=PLDFDB2A3BAA87E96D
– http://www.answering-christianity.com/christian_prince_rebuttals.htm
– http://www.answering-christianity.com/bassam_zawadi/refuting_christian_prince.htm
dari Al-Bayyinah (Germany)
– https://www.youtube.com/channel/UCaRpHQJdRDQ_I-9pw-hbU7Q/playlists
dari Unveiling-Christianity (English)
– https://unveiling-christianity.net/2008/06/25/the-deception-of-christian-prince-unveiled/
dari Radush Shubuhaat @ Aqil Onque (English)
– https://www.youtube.com/channel/UCAq2aPiMqcQbIuhVO4-nDAQ/playlists
dari Nadir Ahmed (English)
– https://www.youtube.com/channel/UCm8ah67Ank7CD42CUF51hRw/videos
dari Eeshtesham Ghulam (All)
– http://islamicapologetics1.blogspot.com/2012/06/refuting-every-anti-islamic-websitebook.html
Bahkan Channel Eastern Orthodox Christian juga menjawab SEBAHAGIAN video Christian Prince :
– https://www.youtube.com/playlist?list=PLawepzLf39khlqO-quJtz5ghhjMZkw7ww
Beberapa orang Muslim Apologetics telah menjemput Christian Prince untuk berdebat secara Forum Terbuka Rasmi di dunia realiti namun Christian Prince GAGAL DAN TAKUT menerima cabaran debat tersebut,sila rujuk disini :
dari Sami Zattari :
– http://www.answering-christianity.com/sami_zaatri/open_challenge_to_christian_prince.htm
dari Shamsi :
– https://www.youtube.com/watch?v=7hLJuF4Ugow
dari Investigate Islam :
– http://thefactsaboutislam.blogspot.com/2010/07/l-etter-to-christian-prince-aka.html
dari Abdullah Wasian Foundation (AWF) :
– https://www.youtube.com/watch?v=wzTG8ELeH7A
– https://www.youtube.com/watch?v=9M8N9DWHix0
Semua senarai di atas telah meruntuhkan SEMUA video dan buku Christian Prince secara mutlak. Missionari antarabangsa itu (Christian Prince) yang kononnya adalah hero Kristian masa kini hanya memperlihatkan pendustaan dan penipuan.
Setelah saya melihat semua video debatnya sebanyak 178 video sebelum ini,saya mendapati :
* Christian Prince akan mute button jika muslim yang berdebat dengannya akan menjawab secara terperinci atau secara panjang lebar.
* Christian Prince akan Off Call dan Block sekiranya bertemu dengan Muslim yang ahli dalam Perbandingan Agama (seperti Aqil Onque,Ultimate Truth,Abu Musa dan Nadir Ahmed)
* Selain menjadi debator,Christian Prince juga adalah Moderator dan ini membuatkan Muslim yang berdebat dengannya kelihatan sentiasa “tewas” disebabkan Christian Prince boleh memotong perbualan dan menentukan soalan atau tuduhan itu telah dijawab atau tidak dengan sesuka hati.
* Christian Prince akan memaki dan mengutuk serta menghina apabila dia hampir tewas. Taktik begitu adalah cara psychology agar muslim yang berdebat dengannya akan terganggu emosi dan hilang tumpuan.
* SEBAHAGIAN Muslim yang berdebat dengannya di ragui adalah BUKAN muslim sebenar kerana secara psychology sepanjang pengalaman debat dalam Dakwah Perbandingan Agama (CR),biasanya muslim akan berdebat dengan lisan aktif walau muslim itu jahil dalam agama. Ini dikuatkan lagi apabila terdapat dakwaan dari Kristian sendiri bahawa Christian Prince mengupah beberapa orang Kristian untuk berdebat dengannya agar kelihatan penampilan video yang menunjukkan kononnya ramai muslim tewas dalam debat. Sila rujuk disini :
– https://www.youtube.com/watch?v=F4MupTXT30A
Perihal hal Christian Prince,cukup disitu saya sampaikan. Disini kita akan jawab salah satu argument dari Christian Prince berkenaan ketuhanan Jesus Christ pbuh dalam At-Tawbah 9:31 seperti yang di nyatakan oleh Christian Prince dan artikel ini adalah artikel SULUNG dari saya menjawab Christian Prince. Semua tuduhan missionaries yang mengatakan Jesus Christ pbuh adalah Tuhan dalam Quran telah saya jawab disini :
– https://muslim-apologetic-borneo.com/menjawab-tuduhan-jesus-adalah-tuhan-dalam-quran/
Bahkan saya juga telah menjawab dengan memberikan bukti bahawa Jesus Christ pbuh BUKAN Tuhan dalam Bible :
– https://muslim-apologetic-borneo.com/eesa-al-masih-alaihissalam-ibni-maryam-bukan-tuhan-dalam-bible/
Berkenaan tuduhan Jesus Christ pbuh adalah Tuhan dalam At-Tawbah 9:31 sebenarnya memiliki tiga (03) jawapan. JAWAPAN PERTAMA telah dijelaskan oleh Muslim Allegation Hunters dalam videonya disini :
– https://www.youtube.com/watch?v=qEKWmY1goFg
JAWAPAN KEDUA telah dikemukakan oleh Channel Islam Menjawab Tuduhan disini :
– https://www.youtube.com/watch?v=9-SkVYoQVds
JAWAPAN KETIGA akan saya berikan dalam artikel ini….lets check it out~
Christian Prince berhujah dengan mengatakan bahawa sekiranya Jesus BUKAN Tuhan,sepatutnya ayat Quran berbunyi begini :
“…Mereka menjadikan pendeta-pendeta,ahli-ahli agama mereka dan Al-Masih Ibni Maryam sebagai tuhan-tuhan selain dari Allah padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa.Tiada Tuhan melainkan Dia.Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan.”
(Malay translation)
“… They have taken their rabbis and their monks and the Messiah Mary’s son as lords apart from Allah and they were commanded to serve but One God; there is no god but He; glory be to Him, above that they associate.”
(English translation)
Okay baik…..Saya akan runtuhkan dengan DUA (02) POINT :
POINT NO.1
Mari kita baca konteks dari ayat 30 :
“Dan orang-orang Yahudi berkata: “Uzair ialah anak Allah” dan orang-orang Nasrani berkata: “Al-Masih ialah anak Allah”. Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri iaitu mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu,semoga Allah binasakan mereka.Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?Mereka menjadikan pendeta-pendeta dan ahli-ahli agama mereka sebagai tuhan-tuhan selain dari Allah dan juga Al-Masih Ibni Maryam padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa.Tiada Tuhan melainkan Dia.Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan.”
[At-Tawbah 9:30-31]
dari ayat konteks ini,jelas pada permulaan ayat diberitahu bahawa orang-orang Kristian menyatakan bahawa Jesus Christ (pbuh) @ Eesa Al-Masih Alaihissalam adalah Anak Allah secara Ilahiyyah (divinity). Dan kenyataan dari orang-orang Kristian tersebut menyamai dengan kenyataan orang-orang kafir. Maka kekufuran disitu kepada orang-orang yang menganggap Jesus Christ (pbuh) @ Eesa Al-Masih Alaihissalam adalah sebahagian dari ketuhanan melalui konsep Trinity dalam bentuk Oknum Anak. Jadi jelas disitu ayat sebelumnya (At-Tawbah 9:30) memberitahu telah jelas kekafiran orang-orang yang menyatakan Jesus Christ (pbuh) @ Eesa Al-Masih adalah Tuhan / Anak Tuhan…
dan ayat seterusnya menyatakan bahawa bukan sekadar mensyirikkan tuhan dengan kenyataan Jesus Christ (pbuh) @ Eesa Al-Masih adalah Tuhan / Anak Tuhan,bahkan mereka menjadikan ulama-ulama mereka adalah tuhan….bagaimana???lihat point saya seterusnya (terakhir)…..
POINT NO.2
perkataan Hukum Lafal Rububiyyah iaitu “arbaban” adalah jamak dari asal kata “rabb” merujuk maksud – penguasa / pemimpin / pemerintah / tuan / pengelola / pemilik / pengatur / raja ATAU tuhan (khusus untuk Tuhan sahaja) mengikut kontekstualiti ayat. Namun dalam konteks ayat surah At-Tawbah 9:31 memakai maksud “tuhan-tuhan” kerana disitu ada accusative ayat (maf’ul bihi) dihadapannya dan ada bukti dari ayat tersebut yang mana orang-orang Kristian dan Judah menjadikan ulama-ulama adalah tuhan-tuhan secara LAYS MUBASHARATAN…
Jawapan dari Hadith Nabi Muhammad SAW disini :
Dari ‘Adi bin Hatim At-Ta’i R.A,dia berkata,
“Aku mendatangi Nabi Sallallahu‘Alaihi’Wasalam sedangkan pada leherku terdapat kalung salib yang terbuat dari emas.Dan aku mendengar baginda membaca surah Bara’ah,“Mereka (orang-orang Yahudi dan Nasrani) menjadikan pendeta-pendeta dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah”.
Aku berkata kepada Nabi,
“Wahai Rasulullah,sesungguhnya mereka tidaklah menyembah pendeta-pendeta dan rahib-rahib mereka.”
Nabi Sallallahu‘Alaihi’Wasalam bersabda,
“Ya,tetapi para pendeta dan rahib mereka menghalalkan apa yang Allah haramkan,lalu merekapun menganggapnya halal.Dan para pendeta dan rahib mereka mengharamkan apa yang Allah halalkan,lalu merekapun menganggapnya haram.Itulah pengabdian mereka kepada para pendeta dan rahib mereka.”
[Hadith Tirmizi No.3095 dan Al-Baihaqi No.1/166]
Paderi-paderi,Gembala-gembala dan Saints telah diambil sebagai pemimpin bukan kerana mereka disembah sebagai Tuhan dalam pengertian yang kita faham tetapi adalah kerana mereka menyatakan apa yang dibenarkan dan tidak dibenarkan dan orang-orang mematuhi mereka apabila mereka tidak seharusnya dan sepatutnya harus mematuhi Tuhan. Allah telah terangkan bahawa kewajipan untuk mentaati Tuhan dan mentaati Utusan-Nya. Ini yang dimaksudkan dengan ayat,
“…dan mereka menjadikan pendeta-pendeta dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan-tuhan selain dari Allah dan Al-Masih..”
Kerana kepatuhan mereka terhadap paderi-paderi dan gembala-gembala lebih dari kepatuhan terhadap Tuhan dan Nabi. Apa yang Allah haramkan,maka para Utusan-Nya juga menyampaikan pengharamannya juga.
Dalil Quran :
“Hai orang-orang yang beriman,taatilah Allah dan taati Rasul-Nya dan Ulil Amri diantara kamu kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Qur`an) dan Rasul (sunnahnya) jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhir.yang demikian itu lebih utama bagimu dan lebih baik kesannya.”
[An-Nisa 4: 59]
“Katakanlah: jika kamu benar-benar mencintai Allah,ikutilah aku niscaya Allah akan mencintai dan mengampuni dosa-dosamu dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
[Ali Imran 3: 31]
“…Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasul kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarangnya bagi kamu,maka patuhilah larangannya.Dan bertaqwalah kamu kepada Allah.Sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksa-Nya.”
[Al-Hasyr 59:7]
dalil dari Hadith Nabi Muhammad SAW :
Dari Abu Hurairah R.A dari Nabi sallallahu’Alaihi’Wasalam,baginda bersabda:
“setiap umatku akan masuk syurga kecuali orang yang enggan.”
Para sahabat bertanya:
“wahai Rasulullah,siapakah orang yang enggan itu?”.
Rasulullah menjawab :
“barangsiapa yang taat kepadaku maka dia masuk syurga dan barangsiapa yang derhaka kepadaku maka sungguh dia telah enggan’.”
[Hadith Sahih Bukhari No.13/214]
Daripada Miqdam bin Ma’dikariba R.A berkata bahawa Rasulullah Sallallahu’Alaihi’Wasalam bersabda,
“Hampir tiba suatu masa di mana seorang lelaki yang sedang duduk bersandar di atas katilnya, lalu disampaikan orang kepadanya sebuah hadis daripada hadisku maka ia berkata : “Pegangan kami dan kamu hanyalah kitabullah sahaja.Apa yang di halalkan oleh Al-Quran kami halalkan dan apa yang diharamkan,kami haramkan”.”
Kemudian Rasulullah Sallallahu’Alaihi’Wassalam melanjutkan sabdanya,
“Padahal apa yang diharamkan oleh Rasul samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan oleh Allah.”
[Hadith Hasan Sahih Abu Dawud No.3/438 dan Tirmizi No.10/132]
dari dalil-dalil ne,jelas bahawa kewajipan untuk mentaati Tuhan dan Utusan-Nya. Apa yang Allah haramkan,maka para Utusan-Nya juga mengharamkannya dan apa yang Allah halalkan,maka para Utusan-Nya juga menghalalkannya…Ini maksud rangkap ayat,
“…selain Allah dan Al-Masih Ibni Maryam….”
[At-Tawbah 9:31]
apa bentuk menjadikan pendeta-pendeta dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah dan Jesus Christ pbuh @ Eesa Al-Masih Alaihissalam???…. Saya berikan satu contoh :
Monotheism
Allah berfirman dalam Torah :
“Akulah Allah Tuhanmu yang membawa engkau keluar dari tanah Mesir dari tempat perbudakan.Jangan ada padamu tuhan lain di hadapan-Ku.Jangan membuat bagimu patung yang menyerupai apapun yang ada di langit di atas atau yang ada di bumi di bawah atau yang ada di dalam air di bawah bumi.Jangan sujud menyembah kepadanya atau beribadah kepadanya sebab Aku Allah Tuhanmu adalah Tuhan yang cemburu.”
[Exodus 20:3-5]
Utusan Allah iaitu Nabi Musa Alaihissalam mengulangi kembali ajaran monotheism dari Tuhan dengan menyampaikan kepada bani Israel :
“Dengarlah hai orang Israel: Allah itu Tuhan kita,Allah itu esa!”
[Deuteronomy 6:4]
dan Jesus Christ (pbuh) @ Eesa Al-Masih mengulangi kembali ajaran monotheism yang sama kepada Bani Israel :
“Dengarlah hai orang Israel: Allah itu Tuhan kita,Allah itu esa!”
[Mark 12:29]
namun Rabbi-rabbi Judah Israel Samaritan dan Judah Yemeni (Yahadut Teymanim) menjadikan Nabi Ezra (pbuh) @ Uzair Alaihissalam sebagai “Anak Allah” secara Unique (Divinity) sehingga di ikuti oleh orang-orang Judah Samaritan dan Yahadut Teymanim (Judah Yaman) dan orang-orang Kristian (hampir mandatori semua mazhab) menjadikan Jesus Christ pbuh sebagai “Anak Allah” secara Divinity. Inilah yang dimaksudkan pada ayat sebelumnya iaitu At-Tawbah 9:30 seterusnya dijelaskan lagi dalam ayat ke31.
Para ulama Kristian yang menyeleweng ajaran Tuhan dan Para Nabi. Apa yang Tuhan dan Utusan-Nya ajarkan,tidak kamu ikuti tetapi bila para ulama anda ajarkan sebaliknya,kamu ikuti. Apa yang Allah dan Utusan-Nya larang,tidak kamu ikuti tetapi apa yang para ulama anda larang,itu yang kamu ikuti…Inilah maksud ayat,
“…Mereka menjadikan pendeta-pendeta dan ahli-ahli agama mereka sebagai tuhan-tuhan selain dari Allah dan Al-Masih Ibni Maryam…”
KESIMPULAN
Ayat At-Tawbah 9:30-31 menjelaskan perihal kelakuan orang-orang Judah dan Kristian lebih mengikuti ajaran rabbi-rabbi,pendeta-pendeta,paderi-paderi dan rahib-rahib mereka daripada mengikuti ajaran Tuhan dan Jesus Christ pbuh. Tuhan dan Jesus Chris pbuh menyampaikan ajaran Tawhid tetapi para ulama Kristian mengajar Trinity….lalu kemudian Kristian lebih mengikuti ajaran para ulama Kristian dari ajaran Tuhan dan Utusan-Nya- Jesus Christ pbuh.
Inilah bentuk pengabdian dan ketaatan Kristian lebih kepada para ulama anda dari Tuhan dan Nabi itu sendiri. Sebab itu penutup ayat ke31 menyebut,
“…padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa.Tiada Tuhan melainkan Dia.Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan.”
Jadi jelas ayat At-Tawbah 9:30-31 TIDAK membuktikan Jesus Christ pbuh adalah Tuhan!
Pesan Dr.Zakir Naik kepada Christian Prince dan semua Kristian :
“Follow Jesus NOT The Church”
Firman Allah Azza’Wa’Jalla :
Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam”. Padahal Al-Masih sendiri berkata:” Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim.Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga”. Padahal tiada Tuhan melainkan Tuhan yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”
[Al-Maidah 5:72-73]
pesan Jesus Christ pbuh kepada anda :
“Jikalau kamu tetap dalam sabdaku,kamu benar-benar adalah muridku.dan kamu akan mengetahui kebenaran, dan kebenaran itu akan memerdekakan kamu.”
[John 8:31-32]
– memerdekakan anda dari kekufuran…
pesan Rasullullah Muhammad SAW kepada anda :
“Terimalah kebenaran itu walau ianya pahit..”
[Hadith Sahih Bukhari dan Tirmizi]
“Dan katakanlah: yang benar telah datang dan yang batil pasti akan lenyap, sungguh yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap”.
[Al-Israa’ 17:81]
Tiada Tuhan selain Allah,Jesus dan Muhammad adalah Utusan Allah serta Jibrail Sayyid Malak Al-Qhuwwaan adlaah Ruhul Quddus.