Skip to content

Analisa Hujah Christian Prince – 8 Kesalahan Muhammad Hijab

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Syukur kepada Allah Azza’Wa’Jalla kerana mengizinkan saya kembali untuk membuat satu artikel berkenaan video Christian Prince menjawab Muhammad Hijab. Saya telah menonton salah satu video dari CP (Christian Prince) yang mana kononnya dia telah membongkar 8 kesalahan Muhammad Hijab. Video tersebut boleh ditonton disini :
– https://www.youtube.com/watch?v=kjcNzQFvwHo

Disini kita analisa response Christian Prince…semoga bermanfaat~

CLAIM NO.1
MH mengatakan tidak ada Trinity dalam Perjanjian Lama dan tidak ada kenyataan membuktikan Jesus adalah Tuhan dalam Perjanjian Lama.

CP menjawab dengan mengatakan MH melanggar Quran sendiri kerana dalam Quran surah At-Tawbah 9:31 menyatakan Jesus adalah tuhan.

Response :
01 – CP tidak mampu mematahkan hujah yang dikemukakan oleh MH.

02 – CP salah kerana surah At-Tawbah 9:31 tidak menyatakan Jesus Christ pbuh adalah tuhan. Tuduhan tersebut telah saya jawab dengan lebih terperinci disini :
– https://muslim-apologetic-borneo.com/menjawab-christian-prince-jesus-christ-adalah-tuhan-dalam-at-tawbah-931

CP BUSTED!

CLAIM NO.2
MH menyatakan ada 4 “Ruh” dalam kitab Zakaria 6:5 dan ini menjadikan jumlah seramai 7 Ruh tuhan termasuk Trinity.

CP menjawab dengan menyatakan bahawa “4 Ruh” tersebut adalah Pelayan Tuhan.

Response :
Jawapan CP boleh diterima dan tidak menjadi masalah bagi kami sekiranya “4 Ruh” dalam kitab Zakaria 6:5 bukan merujuk tuhan kerana pada masa yang sama tidak ada kenyataan hakikat Tuhan adalah Tritunggal dalam Perjanjian Lama. Namun demikian apabila kita membaca dalam kitab Revelation 5:6,disitu ada menyebut “7 Ruh Allah di utus ke Bumi”. Maknanya ayat ini menguatkan lagi kenyataan hujah MH bahawa Zakaria 6:5 memberitahu Tuhan memiliki 7 peribadi BUKAN 3 peribadi menurut orang Kristian. Dan jika kita membaca Bible Commentary dalam Zakaria 6:5,”4 ruh” itu merupakan Kuasa Diri Allah yang telah ditahbis :
– https://www.biblestudytools.com/…/gills-…/zechariah-6-5.html

CP BUSTED!

CLAIM NO.3
MH mengatakan makna bagi nama “Elijah” adalah bermaksud “Tuhan beserta kita”.

CP menjawab dengan mengatakan makna “Elijah” adalah bermaksud “YHWH adalah Tuhan”.

Response :
Disini tidak ada penyangkalan kerana hujah CP adalah benar dan hujah MH terbukti salah. Sememangnya makna “Elijah” adalah bermaksud “YHWH adalah Tuhan”.

CP CLAIMED!

CLAIM NO.4
MH mengatakan ada beza kalimat “Yusolluna a’la” dengan kalimat “yusolluna lahu” dan MH mengatakan jika “yusolluna” itu diertikan kepada “sembahyang”,maka terjemahan ayat Quran Al-Ahzaab 33:56 disitu menggunakan “for” bukan “upon”.

CP kemudian membuat tuduhan bahawa MH mengakui Allah telah berdoa untuk Nabi.

Response :
01 – MH tidak berkata bahawa Quran menggunakan “Yusolluna lahu” tetapi MH maksudkan bahawa sekiranya kalimat “yusolluna” dalam ayat Al-Ahzaab 33:56 disitu diterjemahkan kepada “berdoa / bersembahyang”,maka terjemahan yang tepat adalah menggunakan “yusolluna lahu” yang membawa maksud “pray for”.

02 – Dalam surah Al-Ahzab 33:56 menyebut “yusolluna a’la” (يُصَلُّونَ عَلَى). Kalimat A’la adalah harf Al-Jar yang mana apabila digandingkan kepada “Yusollu”,maka makna yang dimaksudkan BUKAN merujuk “berdoa” atau “bersembahyang” tetapi berbentuk “memberkati” atau “memuji” atau “memuliakan” atau “menghormati”. Jika dirujuk “berdoa” atau “bersembahyang” atau “berhubungan”,maka ayatnya harus menyebut “yusolluna lahu” (يُصَلُّونَ لاهو). Sebagai contoh,perkataan “وَصَلِّ عَلَيْهِمْ” yang bermaksud “dan doakanlah untuk mereka”,apakah wajar menerjemah dengan ayat “solatlah kepada mereka”??. Ini kerana dalam Lisan Al-Arab,ayat “solatlah kepada mereka” harus di ucap “وَصَلِّ لهُمْ”. Perkataan “Yusolluna” juga di gunakan dalam Al-Baqarah 2:157 dan Al-Ahzab 33:43 tetapi tidak ada seorang di antara pihak Kristian mengatakan Allah berdoa dalam dua (02) ayat tersebut tetapi apabila dalam surah Al-Ahzab 33:56,mengapa anda memaksa gunakan makna “Allah berdoa” kepada Muhammad saw walhal anda tidak tahu tentang Lisan Al-Arab??. Jadi jelas bahawa dalam surah Al-Ahzab 33:56 adalah merujuk keberkatan,kepujian,kemuliaan,kehormatan kepada Nabi Muhammad SAW dari Tuhan dan para malaikat.

CP BUSTED!

CLAIM NO.5
MH berhujah bahawa dalam Exodus 3:14 (Syntesis Principle – John 8:58),kalimat “eheyeh” yang merujuk “I am” terjemah kepada “I will be” dalam New International Bible.

CP menjawab dengan mengaitkan John 8:12 yang mana terjemahan “I will be” adalah tidak wujud. CP berhujah kosong dengan hanya mengatakan bahawa kita boleh memilih terjemahan mana yang kita suka dan selesa.

Response :
01 – CP berhujah tidak kena tempat. Ini kerana MH maksudkan kepada Exodus 3:14 yang mana kalimat “Eheyeh Ayer Eheyeh” telah diterjemahkan kepada “I will be who I will be” dan translation ini telah wujud yang mana translation ini adalah dari Rabbi Jewish sendiri dan disokong oleh Exegess Christianity – Francis Brown / Samuel Rollies Driver dan Charles Augustus Briggs. Berikut kenyataan dari sumber anda sendiri :
“The Hebrew behind the phrase ‘I am who I am’ is ehyeh asher ehyeh. The usual translation of ‘I am who I am’ is by no means certain. Many recent scholars have called into question this rendering of the Hebrew phrase, including many Jewish scholars, insisting on the translation ‘I will be who I will be.’ As I understand, this is because ‘ehyeh’ is the first person singular imperfect form of hayah . According to the Brown-Driver-Briggs lexicon hayah has three predominate meanings I. fall out, happen, occur, take place, come about, come to pass. II. come into being, become, arise, appear, come on the scene. III. to be, exist, live.”
Sumber :
– https://letthetruthcomeoutblog.wordpress.com/2018/06/17/john-858/

02 – Jika demikian kenyataan CP membawa maksud sesuka hati memilih terjemahan,maka apakah CP setuju bahawa penerjemah yang salah dari kalangan Kristian tidak dibimbing Ruh Kudus??

CP BUSTED!

CLAIM NO.6
MH berhujah bahaw dia tidak menerima Gospel of John sebagai kitab yang sah dan berwibawa (autoritative) kerana Gospel of John ditulis pada 95 AD.

CP menjawab dengan beralih ke isu Quran yang mana dia mengatakan bahawa muslim tidak memiliki satu manuskrip yang lengkap sempurna dan dia mengatakan lagi bahawa dahulu muslim menerima satu manuskrip Quran dari paderi Mesir tetapi tidak sama seperti Quran moden kini.

Response :
01 – CP seperti biasa sekali lagi tidak mampu menepis balas hujah MH berkenaan dengan isu Gospel of John.

02 – Berkenaan tuduhan kononnya muslim tidak memiliki satu manuskrip yang lengkap sempurna dan tuduhan fitnah kononnya muslim menerima satu kitab Quran dari paderi Mesir pada tahun 1924 dan kitab tersebut tidak sama dengan kiatb Quran kini telah dijawab secara terperinci disini :
– https://www.youtube.com/watch?v=3pcenpnMVVE

dan disini saya berikan sumber khusus untuk Quranic Corpus yang membuktikan bahawa ancient manuscript Quranic adalah lengkap sempurna dan serasi dengan Quran moden kini :
– https://corpuscoranicum.de/

CP BUSTED!

NOTICE :
CLAIM NO.7 dan CLAIM NO.8 tidak didapati.

KESIMPULAN :
Muhammad Hijab (MH) : 5 points
Christian Prince (CP) : 1 points

Setelah di analisa,maka hanya terdapat SATU KESALAHAN dari hujah Muhammad Hijab dan jelas bahawa Christian Prince GAGAL membuktikan Muhammad Hijab adalah tewas dan GAGAL buktikan Islam adalah agama yang salah.

Muhammad Hijab MENANG,Christian Prince KALAH!

BONUS
CP memberikan satu video berkenaan dengan tuduhan Allah adalah Batu Hitam (Hajr Aswad) yang mana kononnya Hajr Aswad mampu menghapuskan dosa manusia.

Response :
Tuduhan CP dalam video tersebut telah dijawab oleh brother Farid disini :
– https://www.youtube.com/channel/UCD38osGNyt3LiEoUDRs1c7w/search?query=+christian+prince+black+stone

sedikit hujah dari saya :
01 – Hadith yang dikutip oleh CP adalah Sahih Sunan An-Nasa’i No.2919 dan dalam hadith tersebut menyebut “mengusap Rukun Yamani’ juga menghapuskan dosa. Soalan saya,apakah Rukun Yamani juga adalah tuhan??

02 – Memandangkan CP menjadikan rangkap ayat “menghapuskan dosa” itu merupakan satu tuduhan kononnya Batu Hitam adalah tuhan,maka berikut saya berikan hadith lain :

Hadith Pertama :
“Barang siapa yang berwudhu seperti wudhuku ini,maka dosa-dosanya yang terdahulu akan dihapus.”
[Sahih Muslim No.232 dan An-Nasa’ie No.856]

Dalam hadith ini menerangkan bahawa air wudhu juga menghapuskan dosa. Jika ikut logik kepala CP,apakah air wudhu itu adalah tuhan??

Hadith Kedua :
Daripada Abu Said Al Khudri dan Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW bersabda:
“Tidaklah seorang Muslim yang ditimpa suatu penyakit dan keletihan, kegusaran dan kesedihan, gangguan dan kesusahan, bahkan duri yang melukainya melainkan kesalahan-kesalahannya akan dihapus.”
[Hadith Sahih Al-Bukhari No.5641 / Sahih Muslim No.2573 / Sahih At-Tirmizi No.966 dan Sahih Ahmad No.7684]

Jika ikut kepala logik CP,maka apakah penyakit,keletihan,kegusaran,kesedihan dan kesusahan serta duri itu adalah tuhan orang Islam kerana semua itu menghapus dosa muslim??

Hadith Ketiga :
Abu Hurairah narrated that:
The Messenger of Allah [SAW] said:Whoever stands in the voluntary night prayer of Ramadan out of faith and in the hope of reward, his previous sins will be forgiven. And whoever spends the night of Lailat Al-Qadr in prayer out of faith and in the hope of reward, his previous sins will be forgiven.
[Sahih Sunan An-Nasai No.5027]

Jika ikut kepala logik CP,apakah solat juga adalah tuhan kerana solat itu boleh menghapuskan dosa??

Hadith Keempat :
Narrated Al-Bara ibn Azib:
The Prophet (ﷺ) said: “Two Muslims will not meet and shake hands having their sins forgiven them before they separate.”
[Sahih Sunan Abu Dawud No.5212]

Jika ikut kepala logik CP,maka apakah bersalam tangan itu juga adalah tuhan kerana bersalaman tangan boleh menghapus dosa??

Hadith kelima :
Abu Hurairah narrated that :
The Messenger of Allah said:
“Whoever performs Hajj for Allah and he does not have sexual relations nor commit any sin, then his previous sins will be forgiven.”
[Sahih Jami` At-Tirmidhi No.811]

Jika ikut kepala logik CP,maka apakah Haji tanpa melakukan seksual adalah tuhan kerana kerana amalan tersebut boleh menghapus dosa??

Sekian dari saya….

pesan Jesus kepada anda,
“Jikalau kamu tetap dalam sabdaku,kamu benar-benar adalah muridku.dan kamu akan mengetahui kebenaran, dan kebenaran itu akan memerdekakan kamu.”
[John 8:31-32]
– memerdekakan anda dari kekufuran…

pesan Rasullullah Muhammad SAW kepada anda :
“Terimalah kebenaran itu walau ianya pahit..”
[Hadith Sahih Bukhari dan Tirmizi]

Firman Allah Azza’Wa’Jalla :
“Telah datang kebenaran dan lenyaplah kebatilan.Sesungguhnya kebatilan itu sememangnya pasti lenyap.”
[Al-Isra’ 17: 81]