Reading Time: 17 minutes

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Sambungan dari bahagian pertama. Kita bersambung untuk bahagian kedua….

TUDUHAN KE9
Muhammad dilarang berbantah dengan ahli kitab (Quran 29:46)

Jawapan :
mari kita baca,
“Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka; dan katakanlah (kepada mereka): “Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu; dan kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah diri.”
[Al-Ankabuut 29:46]

Saya tidak tahu bagaimana cara pemahaman missionaries sehingga kelihatan jahil dalam memahami ayat Quran tersebut. Ayat tersebut adalah suruhan berbahas dengan ahli kitab dengan cara yang baik dan larangan untuk berbahas dengan ahli kitab dengan cara tidak baik (seperti hujatan atau tidak berilmiah) kecuali orang yang zalim di dalam kalangan ahli kitab (Anti Islam). ayat itu umpama begini,
“janganlah kamu pergi memasuki ke rumah orang lain melainkan memasukinya dengan cara beradab..”
– apakah disitu suruhan larangan jangan pergi memasuki ke rumah orang lain atau larangan memasuki rumah orang lain dengan cara tidak beradab??

nampaknya missionaries Christian dalam negara perlu ada tuisyen bahasa.

FITNAH NO.9 RUNTUH!

TUDUHAN KE10
Muhammad SAW membunuh (Ketua peperangan dan membunuh pengikut yang menentangnya)

Jawapan :
01 – Sila berikan dalil dalam Quran dan Hadith serta mana-mana rujukan sumber Islam YANG SAHIH ada mengatakan Muhammad SAW membunuh pengikut yang menentangnya.

02 – Harus memahami bahawa situasi sirah Nubuwwah Muhammad SAW dalam keadaan keras yang mana Muhammad SAW dan muslim di ancam bunuh. Maka Allah perintahkan untuk memerangi mereka setelah mereka diperangi dengan mempertahankan diri dan menegakkan syiar Islam. Adalah normal apabila Tuhan memerintahkan Nabi dan muslim untuk memerangi orang kafir atas tujuan mempertahankan diri dan menegakkan syiar Islam. Ironiknya,ayat perang dalam Quran hanya sebanyak 85 kali sahaja dari 342 ayat kekerasan manakala ayat perang dalam Bible sebanyak 843 kali dari 2175 ayat kekerasan… Quran mengajar kasih sebanyak 279 ayat dari 1843 moral kebaikan dan memiliki satu surah lengkap dinamakan Al-Rahman (Maha Pengasih) manakala dalam Bible hanya mengajar kasih sebanyak 186 ayat dari 696 ayat tentang moral kebaikan…Dan dalam Quran,Iblis disebut hanya 11 kali dan Syaitan disebut 62 kali sahaja manakala Bible sebanyak 116 kali tidak termasuk kata ganti nama khas syaitan..jadi saya bertanya,mana satu kitab yang ajar keganasan,peperangan sekaligus menjadi kitab Iblis??
(A) Quran
(B) Bible

03 – Jesus sendiri berjihad dengan mengikut peperangan dalam Luke 22:35-38 dan Matthew 26:48-51 bahkan Jesus sendiri mengatakan bahawa dia datang bukan membawa damai tetapi dengan pedang (Matthew 10:34). Jadi apakah Jesus Christ pbuh adalah pembunuh???

04 – Jika Kristian berkata Jesus mengajar ajaran kasih tanpa membunuh,anda lupa bahawa Kristian beriman bahawa Jesus itu Firman yang menjelma menjadi manusia. Maka sebelum dia menjadi manusia,ia adalah Firman Tuhan Bapa. Jadi semasa zaman Musa,Jesus itu adalah tuhan jika menurut pemahaman kepercayaan Kristian,betul?. Maknanya ayat perang dan membunuh dalam Perjanjian Lama (saya kutip beberapa ayat dari 2175 ayat keganasan) iaitu 2 Chronicles 15:12-13,Deuteronomy 13:6-19,Exodus 22:20,Deuteronomy 17:12-13,Deuteronomy 18:20 dan Jude 5 adalah ATAS PERINTAH JESUS SENDIRI. Bahkan dalam 1 Samuel 15:3 adalah ayat perintah dari tuhan kepada Musa dan Bani Israel untuk memerangi orang-orang Amalech serta membunuh wanita,kanak-kanak dan binatang ternakan. Jadi,itu semua adalah perintah Jesus Christ pbuh sendiri jika MENURUT KEPERCAYAAN KRISTIAN bahawa Jesus adalah Logos (Firman) semasa di era Perjanjian Lama.

disini post saya dalam Facebook peribadi menjelaskan ayat-ayat perang secara terperinci :
(Part I)
– https://www.facebook.com/notes/aleav-nero-ardy/does-the-quran-really-teach-violence-muslim-scholars-corrects-the-noble-quran-mi/1038861446148589/?fref=mentions&__tn__=K-R

(Part II)
– https://www.facebook.com/notes/aleav-nero-ardy/does-the-quran-really-teach-violence-muslim-scholars-corrects-the-noble-quran-mi/1028524810515586/?fref=mentions&__tn__=K-R

(Part III)
– https://www.facebook.com/notes/aleav-nero-ardy/does-the-quran-really-teach-violence-muslim-scholars-corrects-the-noble-quran-mi/1263877910313607/?fref=mentions&__tn__=K-R

FITNAH KE10 RUNTUH!

TUDUHAN KE11
Muhammad berfantasi sex di syurga
Ini apa yang dikatakan oleh Muhammad :
suatu hari Rasulullah pernah ditanya oleh sahabat : “apakah penghuni syurga akan melakukan persetubuhan?”.Rasulullah menjawab : “Ya,dengan penyemburan yang keras dengan kemaluan yang tidak lemas dan dengan syahwat yang tidak terputus tetapi tidak keluar air mani sedikit pun baik dari lelaki mahupun perempuan.Apabila selesai,perempuan kembali bersih dan perawan.”
[Hadith Sahih Ibnu Hibban]

Jawapan :
01 – Hadith tersebut tidak ada masalah bagi muslim kerana Syurga adalah balasan ganjaran kepada orang-orang yang beriman yang mana salah satu amalan orang bertakwa ialah mereka yang menahan syahwat diri dari perzinaan dalam kancah maksiat sewaktu berada di dunia. Maka di syurga kelak adalah tempat untuk menerima balasan ganjaran di atas kesabaran melalui perintah tuhan dan ujian tuhan semasa di dunia. Jika Neraka adalah tempat balasan azab hukuman kepada yang ingkar perintah ajaran tuhan,maka syurga ditafsirkan sebagai tempat bergembira atau kebahagiaan abadi. Syurga bukan tempat menjadi malaikat yang mana kononnya hanya ruh berada di sana tanpa jasad. Syurga sememangnya adalah tempat suci namun mentaliti dan pemahaman kita harus tahu membezakan mana perkara yang suci dengan perkara yang dilarang atas asbab tertentu. Saya ingin bertanya satu soalan,
– Apakah Seks yang menjijikan atau manusia yang melakukan seks kerana atas dasar nafsu itu yang menjadikan ianya kelihatan menjijikan???

Missionaries Christian lupa bahawa di dunia ini terikat dengan dosa-pahala sedangkan di syurga kelak tidak ada lagi isu dosa-pahala. Missionaries menyamakan tindakan di syurga tersebut seolah-olah masih seperti di dunia yang terikat dengan dosa-pahala. Sebab itu mengapa missionaries menganggap Hadith tersebut adalah satu kesalahan atau kesesatan kononnya membuktikan Muhammad SAW bukan Nabi.

Bahkan dalam Bible sendiri,Jesus mengatakan hal yang sama bahawa dalam syurga tersebut ada ganjaran balasan salah satunya ialah hubungan pergaulan lelaki dan wanita yang tidak perlukan ikatan perkahwinan iaitu dalam Matthew 22:24-32 dan Matthew 19:12-29. Mari saya jelaskan secara kontekstualiti dan lebih terperinci :

POINT NO.1
Matthew 22 secara konteks,
“Guru, Musa mengatakan, bahwa jika seorang mati dengan tiada meninggalkan anak,saudaranya harus kawin dengan isterinya itu dan membangkitkan keturunan bagi saudaranya itu.Tetapi di antara kami ada tujuh orang bersaudara. Yang pertama kawin, tetapi kemudian mati. Dan karena ia tidak mempunyai keturunan, ia meninggalkan isterinya itu bagi saudaranya.Demikian juga yang kedua dan yang ketiga sampai dengan yang ketujuh.Dan akhirnya, sesudah mereka semua, perempuan itupun mati.Siapakah di antara ketujuh orang itu yang menjadi suami perempuan itu pada hari kebangkitan? Sebab mereka semua telah beristerikan dia.”Yesus menjawab mereka: “Kamu sesat, sebab kamu tidak mengerti Kitab Suci maupun kuasa Allah!Karena pada waktu kebangkitan orang tidak kawin dan tidak dikawinkan melainkan hidup seperti malaikat di sorga.Tetapi tentang kebangkitan orang-orang mati tidakkah kamu baca apa yang difirmankan Allah, ketika Ia bersabda:Akulah Allah Abraham, Allah Ishak dan Allah Yakub? Ia bukanlah Allah orang mati, melainkan Allah orang hidup.”
[Matthew 22:24-32]
– ayat ini menjelaskan bahawa bahawa tidak ada perkahwinan lagi disyurga. Ini serasi dengan syurga dalam Islam bahawa sememangnya tidak ada lagi acara perkahwinan dalam syurga kerana syurga itu adalah tempat balasan ganjaran yang mana tidak lagi terikat dengan dosa dan pahala. Terjadinya perkahwinan di dunia kerana kita harus memahami bahawa Dunia ini adalah tempat Ujian Allah. Jadi,apabila disebut tempat pentas Ujian Allah,maknanya kita terikat dengan dosa-pahala. Jadi Allah berikan garis panduan bagaimana tercela dari perbuatan2 yang mencetuskan Dosa-Pahala. Di Dunia ini,Allah telah tetapkan peraturan bahawa berzina sebelum kahwin adalah dosa. Jadi untuk elakkan dari dosa,harus berkahwin. Dengan perkahwinan,harus ada ikatan sah baru boleh melakukan hubungan intim. Namun di Syurga, suda tidak lagi terjadi sistem Dosa-Pahala….tidak ada lagi perlu sistem ikatan sah kahwin. Makanya,apa sahaja yang dilakukan dalam Syurga adalah bebas dan tidak lagi wujud cetusan Dosa-Pahala kerana Syurga adalah tempat balasan ganjaran. Sebab itu Jesus katakan dalam ayat seterusnya dengan memberi perumpamaan bahawa kehidupan kita di syurga seperti malaikat yang mana tidak lagi berdosa bila melakukan sesuatu hal. Jika benar seperti apa yang gereja ajar kepada anda,maknanya ada percanggahan antara Matthew 22:24-32 dengan Matthew 19:12-29 / Matthew 17:27-29 / Luke 24:48-52 / Job 19:20 -27 dan Dalam Matthew 22 :1-14.

Dan lagi satu,dalam ayat tersebut Jesus memberikan perumpamaan bahawa orang2 dalam Syurga sudah seperti orang2 yang sudah sedia kahwin (Matthew 22:2-14) orang Saduki mengatakan tidak ada lagi Hari Kebangkitan (Matthew 22:23),makanya Jesus katakan mereka pembohong tidak kenal kitab suci dan kuasa Allah. Syurga dalam Islam selari dengan apa yang dikatakan dalam kitab Revelation 22:3,Revelation 21:27,Revelation 7:17,Revelation 17:14 dan Psalm 100:4.

POINT NO.2
Matthew bab 19 bermula dari ayat 12 mengenai balasan syurga kelak….mari kita baca,
“Ada orang yang tidak dapat kawin karena ia memang lahir demikian dari rahim ibunya, dan ada orang yang dijadikan demikian oleh orang lain, dan ada orang yang membuat dirinya demikian karena kemauannya sendiri oleh karena Kerajaan Sorga. Siapa yang dapat mengerti hendaklah ia mengerti.”Lalu orang membawa anak-anak kecil kepada Yesus, supaya Ia meletakkan tangan-Nya atas mereka dan mendoakan mereka; akan tetapi murid-murid-Nya memarahi orang-orang itu.Tetapi Yesus berkata: “Biarkanlah anak-anak itu, janganlah menghalang-halangi mereka datang kepada-Ku; sebab orang-orang yang seperti itulah yang empunya Kerajaan Sorga.”Lalu Ia meletakkan tangan-Nya atas mereka dan kemudian Ia berangkat dari situ.Ada seorang datang kepada Yesus, dan berkata: “Guru, perbuatan baik apakah yang harus kuperbuat untuk memperoleh hidup yang kekal?”Jawab Yesus: “Apakah sebabnya engkau bertanya kepada-Ku tentang apa yang baik? Hanya Satu yang baik. Tetapi jikalau engkau ingin masuk ke dalam hidup, turutilah segala perintah Allah.”Kata orang itu kepada-Nya: “Perintah yang mana?” Kata Yesus: “Jangan membunuh, jangan berzinah, jangan mencuri, jangan mengucapkan saksi dusta,hormatilah ayahmu dan ibumu dan kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri.”Kata orang muda itu kepada-Nya: “Semuanya itu telah kuturuti, apa lagi yang masih kurang?”Kata Yesus kepadanya: “Jikalau engkau hendak sempurna, pergilah, juallah segala milikmu dan berikanlah itu kepada orang-orang miskin, maka engkau akan beroleh harta di sorga, kemudian datanglah ke mari dan ikutlah Aku.”Ketika orang muda itu mendengar perkataan itu, pergilah ia dengan sedih, sebab banyak hartanya.Yesus berkata kepada murid-murid-Nya: “Aku berkata kepadamu, sesungguhnya sukar sekali bagi seorang kaya untuk masuk ke dalam Kerajaan Sorga.Sekali lagi Aku berkata kepadamu, lebih mudah seekor unta masuk melalui lobang jarum dari pada seorang kaya masuk ke dalam Kerajaan Allah.”Ketika murid-murid mendengar itu, sangat gemparlah mereka dan berkata: “Jika demikian, siapakah yang dapat diselamatkan?”Yesus memandang mereka dan berkata: “Bagi manusia hal ini tidak mungkin, tetapi bagi Allah segala sesuatu mungkin.”Lalu Petrus menjawab dan berkata kepada Yesus: “Kami ini telah meninggalkan segala sesuatu dan mengikut Engkau; jadi apakah yang akan kami peroleh?”Kata Yesus kepada mereka: “Aku berkata kepadamu, sesungguhnya pada waktu penciptaan kembali, apabila Anak Manusia bersemayam di takhta kemuliaan-Nya, kamu, yang telah mengikut Aku, akan duduk juga di atas dua belas takhta untuk menghakimi kedua belas suku Israel.Dan setiap orang yang karena nama-Ku meninggalkan rumahnya, saudaranya laki-laki atau saudaranya perempuan, bapa atau ibunya, anak-anak atau ladangnya, akan menerima kembali seratus kali lipat dan akan memperoleh hidup yang kekal.Tetapi banyak orang yang terdahulu akan menjadi yang terakhir, dan yang terakhir akan menjadi yang terdahulu.”
[Matthew 19:12-29]

ayat itu mula2 menjelaskan bahawa ada orang yang tidak dapat berkahwin kerana suda tertulis suratan takdirnya semasa dalam rahim ibunya lagi. Dan ayat ke 14 menjelaskan dimana Jesus katakan bahawa anak2 (yang belum akil baligh) tersebut akan menjadi empunta kerajaan syurga (jika anak2 itu mati dalam keadaan masi belum akil baligh)….ingat point ini….kami tafsir sedemikian kerananya itu tafsiran yang tepat merujuk untuk anak2 yang didoakan oleh Jesus (pada ayat 13).

Dan ayat 16-17 Jesus menjelaskan bahawa jika ingin perolehi hidup yang kekal,ikutilah perintah Allah (ini selaras dengan ayat Matthew 5:17-20 yang mana Jesus datang bukan untuk lenyapkan 10 Hukum Torah seperti mana di jelaskan dalam ayat 18-19…makanya harus ikuti segala perintah tuhan). Dan ayat ke21,Jesus jelaskan lagi jika ingin kesempurnaan amalan,perbanyakkan sedekah/zakat dan ikuti ajaran Jesus selaku Nabi (Sunnah Nabi). Orang yang bertanya itu berasa sedih kerana dia kaya,makanya harus lakukan apa yang dikatakan oleh Jesus (dalam ayat 22). Dan Jesus katakan dalam ayat 23-24 bahawa,sangat sukar orang berharta masuk syurga dengan perumpamaan bahawa betapa susah Unta masuk lubang jarum (susah dari akal logik),tapi lagi susah orang kaya masuk syurga. Pada ayat 25,mreka bertanya kepada Jesus,jika demikian,dengan apakah (orang kaya) boleh diselamatkan (masuk syurga)???. Maka Jesus jawab dalam ayat 26 bahawa bagi manusia tidak ada yang dapat membantu,melainkan dengan Rahmat Allah (bagi Allah,segala sesuatu yang mungkin)…

Dan pada ayat ke 27,mereka bertanya bahawa mereka telah lakukan segala apa yang dinyatakan dan telah terus mengikuti segala ajaran Jesus,apakah ganjaran yang mereka dapat??…maka ayat 28-29 inilah,Jesus jawab :
“Aku berkata kepadamu, sesungguhnya pada waktu penciptaan kembali (maksudnya di Hari Pengadilan padang Mashyar yang mana semua manusia dibangkitkan kembali @ Afterlife),apabila Anak Manusia bersemayam di takhta kemuliaan-Nya kamu, yang telah mengikut Aku, akan duduk juga di atas dua belas takhta untuk menghakimi kedua belas suku Israel (maksudnya Jesus akan dinaungi di bawah Arasy Tuhan ketika itu bersama dibawah 12 hawariyyun untuk menjadi saksi kepada umat Israel di Hari Pengadilan). dan ayat ke 29 menjelaskan bahawa setiap orang yang beriman kepada baginda dengan meninggalkan harta termasuk isteri dan anak2 AKAN MENDAPAT 100X KALI LIPAT GANJARAN DI SYURGA DAN KEKAL ABADI BAHAGIA. Dan ayat ke30,disini berkait rapat dengan Hadith Nabi Muhammad SAW. Ianya menjelaskan bahawa yang umat yang terakhir datang ke dunia menjadi yang terawal dahulu di Akhirat. Selari dengan Hadith Nabi Muhammad SAW :
“Kami adalah umat terakhir, namun pertama pada hari kiamat. Kamilah yang pertama kali masuk surga. Walaupun mereka mendapatkan kitab suci sebelum kami dan kami mendapatkan kitab suci setelah mereka. Lalu mereka berselisih dan kami ditunjukkan Allah kepada kebenaran dalam hal yang mereka perselisihkan. Inilah hari mereka, yang mereka berselisih padanya, dan Allah tunjukkan kepada kita”. Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda lagi: “Hari Jum’at, adalah hari kita, dan esoknya hari Yahudi, dan setelah esok adalah hari Nasrani.”
[Hadith Sahih Muslim].

“Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: “Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu”; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.”
[Al-Baqarah 2:25]

Dari Abu Sa’id dan Abu Hurairah R.A, Rasulullah bersabda : “Jika penduduk Syurga sudah masuk ke Syurga, maka ada yang berseru: ‘Sesungguhnya kalian akan hidup dan tidak akan mati, kalian akan tetap sIhat dan tidak akan sakit, kalian akaN tetap muda tidak akan tua, kalian juga akan selalu hidup senang dan tidak akan mendapat kesusahan”.
[Sahih Muslim,Ahmad dan Tirmizi]

Syurga dalam Bible sama seperti syurga dalam Quran. Mari kita periksa,
“maka anak-anak Allah melihat, bahwa anak-anak perempuan manusia itu cantik-cantik, lalu mereka mengambil isteri dari antara perempuan-perempuan itu, siapa saja yang disukai mereka.”
[Genesis 6:2]

pelacur dan wanita sundal dahulu masuk syurga..
“Kata Yesus kepada mereka: “Aku berkata kepadamu, Sesungguh nya pemungut-pemungut cukai dan PEREMPUAN-PEREMPUAN SUNDAL akan mendahului kamu MASUK KE DALAM KERAJAAN ALLAH.”
[Matthew 21:31]

syurga Kristian terlalu sempit :
“Kota itu bentuknya empat persegi, panjangnya sama dengan lebarnya. Dan ia mengukur kota itu dengan tongkat itu: dua belas ribu stadia; panjangnya dan lebarnya dan tingginya sama.Lalu ia mengukur temboknya: seratus empat puluh empat hasta, menurut ukuran manusia, yang adalah juga ukuran malaikat.”
[Revelation 21:16-17]

berfoya-foya dengan gadis2 dalam syurga melalui minyak :
“Gadis-gadis yang bodoh berkata pada gadis-gadis yang bijaksana, berikanlah kami sedikit dari minyakmuitu, sebab pelita kami hampir padam.Tetapi jawab gadis-gadis yang bijaksana itu : Tidak, nanti tidak cukup untuk kami dan untuk kamu. Lebih baik kamu pergi ke penjual minyak dan beli disitu.”“Akan tetapi waktu mereka sedang pergi untuk membelinya, datanglah mempelai itu dan mereka telah siap sedia masuk bersama-sama dengan dia ke ruang perjamuan kawin, lalu pintu ditutup.”
[Matthew 25:8-10]

dan yang masuk syurga hanya Israel sahaja. Bahkan yang goyyim seperti missionaries,jangan berharap akan dapat masuk syurga. Bukan saya yang mengatakannya tetapi Bible Kristian sendiri katakannya :
“Dan aku mendengar jumlah, mereka yang dimateraikan itu, seratu empat puluh empat ribu yg telah termateraikan dari semua suku keturunan Israel.”
[Revelation 7:4]

Jadi,jelas bahawa Bible Kristian sendiri akui apa yang Hadith Muhammad SAW jelaskan mengenai ganjaran seks dalam syurga adalah BENAR.

FITNAH KE11 RUNTUH!

TUDUHAN KE12
Muhammad pernah ingin bunuh diri

Jawapan :
Saya tahu sumber tersebut di ambil dari Hadith Bukhari Volume 009 Book 087 Hadith Number 111. Untuk makluman,Hadith tersebut adalah Hadith Dhaif Jiddan dan Munkar tetapi Imam Bukhari memasukkan juga mana-mana hadith yang Maudhu’ atau Dhaif ke dalam kitabnya kerana untuk menyambungkan sirah Nabawiyyah dan kerana untuk pengetahuan generasi akan datang bahawa wujudnya Hadith-hadith yang tidak sahih.

Dikatakan hadith tersebut adalah dhaif kerana salah satu masalahnya ialah dalam Isnadh Hadith tersebut memiliki perawi bernama Muhammad ibn Umar (Al-Waqidi) yang mana dia adalah pemalsu hadith [Shaykh Albaani – Silsilat al-Ahaadeeth ad-Da‘eefah wa’l-Mawdoo‘ah (10/451)]. Untuk penjelasan yang lebih terperinci mengenai “Hadith Nabi Muhammad SAW cuba membunuh diri”,boleh rujuk dalam sumber yang telah dijelaskan oleh Muhadithhin (Hadith scholars) disini :
– https://islamqa.info/en/answers/152611/the-reports-which-suggest-that-the-prophet-blessings-and-peace-of-allah-be-upon-him-contemplated-suicide-are-flawed-in-both-their-chains-of-narration-or-their-texts

Tapi tidak mengapa. SEANDAINYA SEKALIPUN Hadith tersebut adalah sahih dan dikatakan bahawa Nabi Muhammad SAW ada membuat percubaan membunuh diri,ianya masih tidak menjadi bukti bahawa Nabi Muhammad SAW adalah Nabi Palsu. kenapa? kerana dalam Hadith tersebut juga dikatakan bahawa Malaikat Jibrail menyelamatkan Nabi Muhammmad SAW sebelum baginda terjun diri dari gunung. Jika baginda adalah Nabi Palsu,bagaimana mungkin seorang malaikat menyelamatkan seseorang yang di anggap sebagai Nabi Palsu???. Ini kerana tidak mungkin Iblis yang akan datang menyelamatkannya kerana perbuatan bunuh diri adalah perbuatan yang boleh mengundang ke Neraka. Maka pasti Iblis akan membiarkan perbuatan bunuh diri tersebut.

Tidak seperti dalam Bible yang mana Iblis menggoda dan memerintahkan Jesus Christ pbuh untuk terjun ke gunung (Matthew 4:1-11). Mana mungkin Jesus Christ yang di anggap tuhan oleh Kristian boleh di goda dan diperintah terjun gunung untuk bunuh diri oleh Iblis ciptaan tuhan. Ayat Matthew 4:1-11 tersebut sekaligus bercanggah dengan James 1:8-13 yang mengatakan kejahatan dan Iblis tidak akan dapat menggoda tuhan.

FITNAH KE12 RUNTUH!

TUDUHAN KE13
Muhammad tidak diberikan bukti bersunat dalam Quran dan Hadith

Jawapan :
Siapa yang mengatakan tidak ada dalil Muhammad SAW dikhatankan??. Disini saya berikan dalil dalam Quran,
“Kemudian Kami wahyukan kepadamu : “Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif” dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan.”
[An-Nahl 16:123]

Hadith yang menjelaskan ayat Quran di atas :
“Fithrah itu ada lima : Khitan , mencukur rambut kemaluan ,mencabut bulu ketiak,memotong kuku dan memotong kumis.”
[Hadith Sahih Al-Bukhary No.6297 dan Muslim No.3257,Malik No.1927,Abu Daud No.4198,At-Tirmidzi No.2756,An-Nasa’i No.1/14-15,Ibnu Majah No.292,Ahmad No.2/229 dan Al-Baihaqi No.8/323]

“Ibrahim Alaihissalam telah berkhitan dengan qadum sedangkan beliau berumur 80 tahun.”
[Hadith Sahih Al-Bukhary No.6298,Muslim No.2370,Al-Baihaqi No.8/325 dan Ahmad No.2/322-418]

Dua (02) dalil Nabi Muhammad SAW di khatan :
01 – Narrated ‘Abdullah bin ‘Abbas :
“While they were discussing it, a messenger sent by the king of Ghassan to convey the news of Allah’s Apostle to Heraclius was brought in. Having heard the news, he (Heraclius) ordered the people to go and see whether the messenger of Ghassan was circumcised. The people, after seeing him, told Heraclius that he was circumcised. Heraclius then asked him about the Arabs. The messenger replied, ‘Arabs also practice circumcision.”
[Hadith Sahih Al-Bukhary Book 1 Volume 1 Hadith No.6]

02 – Ibnu Abbas menyatakan dalam Atsar beliau,
“Abdul Muthalib mengkhatan Muhammad pada hari ketujuh setelah kelahirannya dan setelah itu,diadakan jamuan makan dan memberinya nama Muhammad.”
[disahihkan oleh Adz-Zahabi dalam Tarikh Al-Islam wa As-Sirah No.27/103 dan Ibn Qayyim mengatakan bahawa Rasullullah SAW dikhitan sesuai dengan masyarakat tradisi Arab yang mengkhitan kanak-kanak Arab dalam kitab Az-Zad No.1/82]

Dalam Bible juga diperintahkan bersunat dalam Genesis 21:4,Genesis 17:9-14,Genesis 34:14-17,Leviticus 12:1-3 dan Exodus 12 :48. Bahkan Jesus Christ juga disunat dalam Luke 2:21. Namun malangnya Bible 1.7x kali lebih tebal dari Quran tidak mampu menjelaskan di mana dalil Musa Alaihissalam dan Daud Alaihissalam di khatankan sedangkan mereka adalah keturunan Israel yang lebih ditekan tentang hukum Khatan. Jika ada dalil Musa dan Daud dikhatankan dalam Bible,sila kemukakan.

FITNAH KE13 RUNTUH!

TUDUHAN KE14 :
Muhammad masih di dalam kubur dan terus di doakan supaya selamat.

Jawapan :
01 – Ketika selesai azan,disunnahkan dengan mendoakan Muhammad SAW agar dapat Wasilah Maqam Al-Mahmud BUKAN di doakan agar dia masuk syurga (Sahih Muslim No.384 / Sahih Muslim No.151 / Sahih Muslim No.2278 dan Ahmad 38/42 No.22950). Muhammad SAW diberikan Syafaat Al-Udzma untuk umatnya agar baginda dapat Wasilah Maqam Al-Mahmud,memberikan syafaat kepada umatnya yang berdosa agar diselamatkan dari azab Neraka dan diringankan dosa sewaktu Hisab di Al-Mizan serta memisahkan antara kalangan orang beriman dengan orang yang kafir terhadap ajarannya di waktu Hari Pengadilan kelak. Jadi saya berharap missionaries Christian dapat belajar bezakan antara Syafaat Al-Uzdma dengan Da’man’ul-Jannah. Dalam Bible Kristian sendiri mengatakan bahawa setiap para Nabi meminta di doakan syafaat keselamatan dan pujian walau mereka dijamin masuk syurga (Psalm 117:25 / Psalm 118:25 dan Matthew 25:31-34).

02 – Jasad Muhammad SAW memang masih di kubur iaitu di Madinah tetapi ruhnya di syurga….Nabi Muhammad SAW sendiri telah jawab bahawa setiap ruh para Nabi yang wafat berada di syurga (Hadith Sahih Bukhari 6905). Aisyah R.A pernah berkata kepada Muhammad SAW mengapa baginda kerap beribadah malam sehingga kaki bengkak sedangkan dirinya telah dijamin masuk syurga,lalu Muhammad SAW sendiri menjawab “Ya Aisyah,salahkah aku menjadi hamba yang bersyukur?” (Hadith Sahih Bukhari No. 1130 dan Muslim No.2820).

03 – sekarang giliran saya bertanya satu (01) soalan,
– Melalui konsep Hosana,Jesus Christ yang kamu anggap tuhan juga meminta di doakan syafaat keselamatan dan pujian dalam Matthew 23:39 / Matthew 21:9 / Luke 13:35 / Luke 19:38 dan John 12:13. Apakah Jesus yang di anggap tuhan meminta jaminan keselamatan kepada dirinya sendiri???

FITNAH KE14 RUNTUH!

TUDUHAN KE15
Muhammad sekarang berada di neraka (Sahih Bukhari Vol.1 Book 12 No.770)

Jawapan :
ok very good…mari kita baca :
Narrated Abu Huraira: The people said, “O Allah’s Apostle! Shall we see our Lord on the Day of Resurrection?” He replied, “Do you have any doubt in seeing the full moon on a clear (not cloudy) night?” They replied, “No, O Allah’s Apostle!” He said, “Do you have any doubt in seeing the sun when there are no clouds?” They replied in the negative. He said, “You will see Allah (your Lord) in the same way.

On the Day of Resurrection, people will be gathered and He will order the people to follow what they used to worship. So some of them will follow the sun, some will follow the moon, and some will follow other deities; and only this nation (Muslims) will be left with its hypocrites. Allah will come to them and say, ‘I am Your Lord.’ They will say, ‘We shall stay in this place till our Lord comes to us and when our Lord will come, we will recognize Him.

Then Allah will come to them again and say, ‘I am your Lord.’ They will say, ‘You are our Lord.’ Allah will call them, and As-Sirat (a bridge) will be laid across Hell and I (Muhammad) shall be the first amongst the Apostles to cross it with my followers. Nobody except the Apostles will then be able to speak and they will be saying then, ‘O Allah! Save us. O Allah Save us.’

There will be hooks like the thorns of Sa’dan in Hell. Have you seen the thorns of Sa’dan?” The people said, “Yes.” He said, “These hooks will be like the thorns of Sa’dan but nobody except Allah knows their greatness in size and these will entangle the people according to their deeds; some of them will fall and stay in Hell forever; others will receive punishment (torn into small pieces) and will get out of Hell, till when Allah intends mercy on whomever He likes amongst the people of Hell, He will order the angels to take out of Hell those who worshipped none but Him alone. The angels will take them out by recognizing them from the traces of prostrations, for Allah has forbidden the (Hell) fire to eat away those traces. So they will come out of the Fire, it will eat away from the whole of the human body except the marks of the prostrations. At that time they will come out of the Fire as mere skeletons. The Water of Life will be poured on them and as a result they will grow like the seeds growing on the bank of flowing water….”
[Sahih Bukhari Volume 1 Book 12 Number 770]

Nampaknya Missionaries tidak memahami Hadith tersebut dan tidak memahami konsep Ash-Shirath. Setelah saya baca di atas,saya TIDAK dapati hadith disitu ada mengatakan Muhammad SAW memasuki Neraka. Apa yang dikatakan oleh Nabi ialah maksudnya bahawa dia dan pengikutnya adalah orang yang pertama akan melintasi As-Shirath dan mereka adalah golongan yang selamat sehingga ke Syurga. dalam Hadith tersebut juga disebut bahawa ada sebahagian manusia akan jatuh ke dalam Neraka tetapi setiap Nabi termasuk Muhammad SAW berdoa kepada Allah agar mereka diselamatkan. Dan dalam hadith tersebut juga dikatakan bahawa setiap NABI DAN MANUSIA AKAN MELINTASI ASH-SHIRATH dan Muhammad SAW antara Nabi yang paling awal melintasi titian Ash-Shirath. Tidak ada pengecualian,semua akan melintasi termasuk Jesus Christ pbuh.

Dalil hanya muslim yang berjaya melintasi Ash-Shirath :
“Seorang mukmin akan dibebaskan dari api neraka lalu mereka diberhentikan di atas Qanthrah antara syurga dan neraka. Mereka akan saling diqisas antata satu sama lainnya atas kezaliman mereka di dunia. Setelah mereka bersih dan terbebas dari segalanya,barulah mereka diizinkan masuk syurga.Demi Zat yang jiwa Muhammad di tangan-Nya,seorang diantara kalian lebih mengenal tempat tinggalnya di syurga daripada tempat tinggalnya di dunia.”
[Hadith Sahih Al-Bukhary,Muslim,Tirmidzi dan Abu Dawud]

Bukti Nabi Muhammad SAW dijamin masuk syurga???…saya berikan disini :

Dalil dalam Quran Muhammad SAW dijamin masuk syurga :
“Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu nikmat Al-Kautsar.Maka Dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah.Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus.”
[Al-Kautsar 108:1-3]

Hadith untuk surah Al-Kautsar
Anas bin Malik berkata: Lalu Rasullullah Salallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
“Aku melihat sebuah sungai di syurga di dua tepinya terdapat khemah-khemah mutiara, maka aku berkata: Apa ini wahai Jibril? Jibril berkata: Inilah Al-Kautsar yang telah Allah berikan kepadamu.”
[Hadith Sahih Tirmidzi 2675]

Diriwayatkan oleh ‘Aisyah Radhiyallahu ‘Anha,ia berkata: Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
“Tidak ada seorang Nabipun yang wafat,kecuali ditunjukkan kepadanya tempat duduknya di Jannah (Syurga),kemudian disuruh memilih.”
[Hadith Sahih Bukhari 6905]

dari Anas bin Malik radhiyallahu’anhu,Rasullullah Salallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
“Aku akan mendatangi pintu syurga di hari kiamat, maka aku meminta untuk dibukakan, lalu penjaga syurga berkata: Siapa engkau? Aku berkata: “Aku adalah Muhammad”. Maka ia berkata: Untuk engkaulah aku diperintahkan agar tidak membuka pintu syurga bagi siapapun sebelum engkau.”
[Hadith Sahih Muslim]

Diriwayatkan oleh Aisyah R.A bahawa ketika baginda terjatuh kerana kaki-kakinya bengkak oleh sebab terlalu lama berdiri beribadah kepada Allah di tengah malam.Dan Sayyidatina Aisyah bertanya,
“Ya Rasulullah, bukankah tuan telah di jamin syurga?Mengapa tuan masih bersusah payah sebegini?”.

Rasullullah SAW berkata,
“Ya Aisyah,salahkah aku menjadi hamba yang bersyukur?”
[Hadith Sahih Muttafaqun Alaihi Muslim.Tirmizi dan Abu Dawood]

Jelas bahawa Muhammad SAW TIDAK DIMASUKKAN DALAM NERAKA bahkan baginda DIJAMIN MASUK SYURGA. Sungguhpun demikian, Muhammad SAW dijamin masuk Syurga tetapi baginda bukanlah penjamin orang lain memasuki Syurga kerana yang memberikan jaminan manusia masuk Syurga adalah Allah Azza’WaJalla selaku Al-Ilahu Alamiin (Tuhan Sekalian Alam). Satu permintaan saya kepada Missionaries Christian :
– Sila berikan SATU DALIL sahaja dalam SEMUA versi Bible ada mengatakan bahawa Jesus Christ pbuh adalah penjamin manusia lain memasuk Syurga.

Saya putarkan meja untuk Missionaries kembali. Dalam Bible Act 2:31 mengatakan seperti berikut :
“Kerana itu ia telah melihat ke depan dan telah berbicara tentang kebangkitan Mesias. ketika ia mengatakan, bahawa Dia tidak ditinggalkan di dalam dunia orang mati, dan bahwa daging-Nya tidak mengalami kebinasaan.”
[Act 2:31]
(Syntesis Principle – John 5:24)

dalam ayat tersebut,perkataan dipakai dalam ayat asli (Koine Greek) ialah “Kataleipo” yang bermaksud “untuk ditinggalkan / diabaikan”. Bermakna ayat itu mengatakan bahawa jiwa Jesus Christ pbuh tidak akan dibiarkan atau diabai di Neraka. Bermakna,pernah suatu ketika Jesus sememangnya pernah di neraka menurut ayat ini. Namun saya memahami,Missionaries pasti berhujah dengan mengatakan bahawa Jesus Christ pbuh disalib menebus dosa manusia dan selama tiga (03) hari dan tiga (03) malam Jesus berada di Neraka atau alam Maut (Sheol) dalam 1 John 3:14,Roman 6:9,Roman 8:2,1 Corinthian 15:54-55,2 Timothy 1:10 dan Revelation 1:18. Ok baik…..Jika hujah itu dipakai kononnya Jesus Christ pbuh sememangnya pernah ke Neraka kerana untuk menebus dosa manusia lalu terlepas dari Maut sekaligus dianggap sebagai menewaskan Maut dan Neraka,maka ini bercanggah dengan John 11:25-26 yang mana ayat tersebut adalah kata-kata Jesus Christ pbuh sendiri yang mana baginda berkata seperti berikut,
“Akulah kebangkitan dan hidup; barangsiapa percaya kepada-Ku, ia akan hidup walaupun ia sudah mati,dan setiap orang yang hidup dan yang percaya kepada-Ku, tidak akan mati selama-lamanya. Percayakah engkau akan hal ini?”
[John 11:25-26]
– Jika benar Jesus Christ pbuh menebus dosa Kristian dan benar-benar menewaskan Maut dan terlepas ke Neraka,mengapa tidak ada Kristian di muka Bumi ini hidup selama-lamanya???…harus ingat,1 John 3:14,Roman 6:9,Roman 8:2,1 Corinthian 15:54-55,2 Timothy 1:10 dan Revelation 1:18 BUKANLAH nukilan Hawariyyun mahupun kata-kata Jesus Christ pbuh sendiri bahkan ianya dari nukilan Paulus dan ada penulis yang tidak diketahui (seperti 1 John 3:14). Bahkan 32 Sarjana RSV sendiri memperbaharui ayat Revelation 1:17-20 bahawa ayat tersebut adalah Firman Bapa sendiri BUKAN kata-kata Jesus Christ. Maka,ayat dalam Act 2:31 tidak menyokong hujah Missionaries mengatakan Jesus Christ pbuh pernah ke Neraka untuk menebus dosa manusia sehingga menewaskan Maut dan terlepas dari Neraka. Jika benar,maka timbul percanggahan seperti saya katakan di atas.

FIRNAH KE15 RUNTUH!

RUMUSAN
01 – Semua 15 hujah dari Missionaries Christian telah dijawab secara mutlak. Maka semua dakyah dari Missionaries adalah FITNAH dan HUJAT BUKAN HUJAH FAKTA ILMIAH.

02 – Hujah dakyah dari Missionaries didapati :
*tidak memahami ayat Quran dan Hadith yang disampaikan secara kontekstualiti.
*Memutar belit ayat dalam kitab Quran dan Hadith.
*Mengambil serangkap ayat lalu dijadikan sebagai pendukung kononnya Muhammad SAW bukan Nabi.
*Tidak memahami kitab Bible sendiri yang mana dalam Bible sendiri menyokong ajaran-ajaran dalam Quran dan Hadith.

03 – Missionaries cuba berdakyah kononnya semua hujah tersebut dibawa atas nama “mantan Imam” walhal tidak memberitahu nama mantan Imam tersebut..

04 – Missionaries Christian menyebarkan dakyah dengan menghalalkan cara sehingga membuat pendustaan.

KESIMPULAN
Nabi Muhammad SAW adalah Nabi yang MUTAWATIR dari Tuhan Yang Satu – Allah Azza’WA’Jalla. Saran saya kepada Missionaries Christianity,belajar kaji dahulu tentang Bible sepenuhnya. Kemudian belajar Quran melalui sumber Islam BUKAN sumber Anti-Islam.

pesan Jesus Christ pbuh kepada anda :
“Jikalau kamu tetap dalam sabdaku,kamu benar-benar adalah muridku.dan kamu akan mengetahui kebenaran, dan kebenaran itu akan memerdekakan kamu.”
[John 8:31-32]
– memerdekakan anda dari kekufuran…

pesan Rasullullah Muhammad SAW kepada anda :
“Terimalah kebenaran itu walau ianya pahit..”
[Hadith Sahih Bukhari dan Tirmizi]

Allah Azza’Wa’Jalla berfirman :
“Dan katakanlah: yang benar telah datang dan yang batil pasti akan lenyap, sungguh yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap”.
[Al-Israa’ 17:81]

By