بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
“Barangsiapa inginkan keredhaan dari Allah dan balasan ganjaran syurga yang kekal,maka ikutilah aku.”
[Hadith Muttafaqun ‘Alaih Bukhari dan Muslim]
Saya menerima satu mesej dari seorang sahabat saya yang mana dalam mesej tersebut dipercayai adalah kiriman dari missionaries dari Indonesia yang mengandungi unsur dakyah Kristianisasi. Kiriman dari mesej tersebut bertajuk “Jaminan Keselamatan Ada Dalam Eesa Al-Masih Atau Muhammad?”. Setelah saya membacanya,maka disini saya membuat satu artikel untuk menjawab mesej dakyah dari Missionaries tersebut. Semoga bermanfaat~
Missionaries berkata :
Suatu hari, dua orang bersahabat sedang berjalan di hutan. Karena lebatnya hutan, mereka tidak melihat ada lubang. Alhasil, mereka jatuh ke lubang yang dalam tersebut. Yang satu tidak dapat menolong yang lain karena mereka berada di dalam lubang yang sama. Akhirnya mereka berteriak minta tolong. Untungnya ada orang yang lewat dan mendengar suara mereka. Lalu orang itu mengulurkan tali dan menyelamatkan kedua sahabat tersebut keluar dari lubang.
Makna dari cerita di atas adalah, bila dua orang sama-sama orang berdosa, maka mereka tidak dapat saling menyelamatkan. Hanya Tuhan yang mampu menyelamatkan.
MAB response :
Dari contoh analogy di atas,missionaries beranggapan bahawa orang yang menolong dua orang lelaki di dalam lubang tersebut adalah Jesus Christ pbuh dan sekaligus menganggap orang tersebut adalah Tuhan.
Bagi kami (muslim) menurut analogy yang sama seperti di atas,orang yang menolong dua orang lelaki yang terjatuh di dalam lubang itu adalah seorang Utusan Allah tidak kira siapa dia. Allah menghantar Utusan-Nya untuk menyelamatkan dua orang lelaki itu keluar dari lubang itu.
Jadi apa yang kami ingin sampaikan ialah para Nabi yang diutuskan oleh Tuhan berperanan membawa jalan untuk manusia agar selamat dari kancah kekufuran. Kita ikuti jalan yang para Nabi berikan,maka kita telah berada dalam keredhaan dan keselamatan Tuhan. Bagaimana Tuhan selamatkan manusia dengan mengutuskan Utusan-Nya membantu manusia agar tidak hanyut dalam kesesatan.
Missionaries berkata :
Jaminan Keselamatan Dalam Al-Quran
Al-Quran menyatakan bahwa manusia tidak dapat menyelamatkan sesamanya. Demikian juga Muhammad. Bahkan dia tidak dapat menyelamatkan orang tuanya dari hukum dosa. Allah-lah yang menentukan siapa saja yang Ia selamatkan dan siapa yang Ia jerumuskan ke dalam siksa neraka. “Maka sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang dikehendaki-Nya dan menunjuki siapa yang dikehendaki-Nya” (Qs 35:8).
MAB response :
01 – Sememangnya manusia sesama manusia tidak akan mungkin dapat menyelamatkan satu sama lain Tuhan menyelamatkan manusia dengan mengutuskan seorang dari kalangan manusia untuk membawa keselamatan itu kepada seluruh manusia. Bahkan Jesus Christ pbuh sendiri meminta mohon keampunan kepada Bapa (Allah) untuk mengampunkan dosa kedua-dua pesalah yang disalib bersama dengan Jesus dalam Luke 23:34. Ini kerana jika Jesus adalah Jalan Keselamatan itu sendiri dengan menebus dosa manusia dan Penjamin manusia ke syurga,mengapa dia perlu berdoa kepada Bapa agar dua orang pesalah yang disalib bersamanya di ampunkan dosa dan memasuki ke syurga Firdaus (Luke 23:43)???
02 – Tugas para Nabi adalah menyampaikan ajaran tuhan dan peringatan amaran sebagai jalan keselamatan BUKAN sebagai Penjamin manusia ke syurga. Makanya yang menentukan ibubapa Nabi Muhammad SAW sama ada ke syurga atau ke neraka adalah Allah BUKAN Nabi. Bahkan dalam Bible tidak mengatakan bahawa Jesus Christ pbuh adalah penjamin ibunya masuk ke syurga.
Muhammad SAW telah menyatakan bahawa sesiapa yang mengikuti mentaati ajarannya,pasti akan memasuki syurga :
“Sekalian umatku akan masuk syurga kecuali orang yang enggan.”Sahabat-sahabat Baginda bertanya: “Ya Rasulullah, siapakah orang yang enggan itu?”.Baginda menjawab: “Sesiapa yang taat kepadaku akan masuk syurga dan sesiapa yang durhaka kepadaku maka sesungguhnya ia telah enggan.”
[Hadith Sahih Bukhari]
Berkenaan soal ibubapa Muhammad SAW masuk syurga atau neraka,telah dijawab disini :
– https://islamqa.info/en/answers/47170/are-the-parents-of-the-prophet-peace-and-blessings-of-allaah-be-upon-him-in-paradise-or-in-hell
– https://aboutislam.net/counseling/ask-about-islam/prophet-muhammad-parents-paradise/
– https://questionsonislam.com/article/will-prophet-muhammads-mother-and-father-enter-paradise-what-do-islamic-scholars-think-about
03 – Bukan sahaja Quran mengatakan demikian,Bible juga mengatakan hal yang sama yang mana Tuhan Israel menyesatkan sesiapa yang Dia kehendaki dalam Psalm 107:40 / Psalm 58:3-4 / Job 12:24-25 / Isaiah 63:17 dan 2 Thessalonians 2:11. Bahkan Tuhan Israel menyesatkan Firaun dengan mengeraskan hati Firaun (Exodus 7:3-4 / Exodus 9:12 dan Exodus 10:20-27).
Missionaries berkata :
Al-Quran juga tidak pernah berbicara tentang jaminan keselamatan. Al-Quran hanya memerintahkan agar manusia berusaha mencari jalan keselamatannya sendiri, dengan cara berbuat baik dan mentaati perintah Allah. Seperti rajin sholat, berpuasa, bersedekah, berzakat dan menunaikan ibadah haji. Namun semuanya masih tidak dapat memberi jaminan keselamatan.
MAB response :
Nampaknya Missionaries Christian tidak tahu apa-apa tentang Islam,mari saya bantu berikan pencerahan dari Quran dan sokongan dari Bible anda sendiri. Quran banyak membicarakan dan menjanjikan jaminan keselamatan hanya dalam Islam iaitu dalam beberapa ayat :
“Sesungguhnya agama yang diredhai Allah ialah ISLAM.”
[Ali-Imran 3:19]
“Sesiapa yang menuruti JALAN YANG LAIN selain dari apa yang disyariatkan Allah sebagai agamanya,MAKA TIDAK SEKALI-KALI AKAN DITERIMA daripadanya.”
[Ali-Imran 3:85]
“Sesungguhnya orang-orang yang BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH,bagi mereka adalah syurga Firdaus menjadi tempat tinggal. Mereka kekal di dalamnya, mereka tidak ingin berpindah daripadanya.”
[Al-Kahfi 18:107-108]
“Allah MENJANJIKAN kepada orang-orang yang MUKMIN lelaki dan
perempuan akan mendapat syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai kekal mereka di dalamnya dan (mendapat) tempat-tempat yang bagus di syurga ‘Adn.Dan keredhaan Allah adalah lebih besar itulah keberuntungan yang besar.”
[At-Taubah 9:72]
Syahadah adalah tiket utama untuk masuk kesyurga seperti Hadith Muhammad SAW sampaikan seperti berikut :
Dari Abu Dzar RA yang menceritakan bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa mengucapkan “Laa ilaaha illallaah” kemudian ia meninggal,maka pasti masuk surga.”
[Sahih Bukhari dan Muslim]
Amalan Rukun Islam iaitu Solat,Zakah,Puasa dan Hajj adalah SYARAT untuk memasuki syurga tetapi ASBAB memasuki syurga adalah atas RAHMAT ALLAH AZZA’WA’JALLA. Quran memberitahu bahawa amalan ajaran agama (Rukun Islam) adalah sebagai syarat untuk memasuki syurga dalam :
– Huud 11:23
– Ar-Rad 13:29
– Ibrahim 14:23
– Al-Kahfi 18:107-108
– Maryam 19:60
– Taha 20:75
– Al-Hajj 22:14
– Al-Hajj 22:23
– Al-Hajj 22:56
– Al-Ankabut 29:7
– Al-Ankabut 29:58
– Ar-Ruum 30:15
– Luqman 31:8
– As-Sajdah 32:19
– Asy-Syura 42:22
– Al-Jathiyah 45:30
– At-Taghabun 64:9
– At-Talaq 65:11
– Al-Buruj 85:11
Bahkan jaminan keselamatan dinyatakan dalam Bible sama seperti dalam Quran iaitu :
PERJANJIAN LAMA
Ezekiel 34:1-24
ayat dari 1 hingga 6 menceritakan mengenai Tuhan sebagai sebaik-baik gembala memimpin bani Israel menentang gembala-gembala jahat (Iblis dan syaitan). Sebahagian bani Israel menyesatkan diri memimpin diri tanpa sebarang petunjuk yang mana diberikan segala kenikmatan tetapi masih kufur kepada Tuhan. Mereka sesama sendiri menzalimi yang lemah dan saling berpuak-puak sehingga bangsa lain menambahkan lagi kemerosotan moral terhadap bani Israel…di bukit,di gunung,dihutan dan seluruh kawasan semua menjadi kufur tanpa seorang pun yang beriman. Dan pada ayat 7 hingga 16 Tuhan memberitahu bahawa Dia akan memimpin bani Israel ke arah kebenaran. Dia akan selamatkan bani Israel dari kesesatan. Dia akan menjadi lawan kepada gembala-gembala jahat. Dia akan mengembala bani Israel ke arah cahaya petunjuk kebenaran dari kegelapan. Dan ayat ke 16 Tuhan berkata bahawa Dia akan membawa orang yang telah kegersangan tuntutan ilmu dan Dia akan kembalikan orang yang telah kufur….yang telah kecewa dalam keimanan akan Dia pulihkan,yang lemah akan Dia lindungi kuatkan. Dia akan menjadi Hakim kepada bani Israel yang bertaqwa (istilah domba gemuk) dengan bani israel yang fasiq (istilah domba kurus).
Bagaimana Dia pimpin/pulihkan/lindungi/kasihi dan kembalikan bani Israel ke arah kegemilangan/keimanan/kebenaran/ketakwaan/sentiasa dalam petunjuk ilmu dan iman??. Kita baca ayat seterusnya iaitu ayat 23-24 yang mana Dia utuskan hamba-Nya Daud untuk bawa bani Israel kembali ke arah cahaya kebenaran berserah diri kepada Allah :
“Aku akan mengangkat satu orang gembala atas mereka, yang akan menggembalakannya, yaitu Daud, hamba-Ku; dia akan menggembalakan mereka, dan menjadi gembalanya.Dan Aku, TUHAN, akan menjadi Allah mereka serta hamba-Ku Daud menjadi raja di tengah-tengah mereka. Aku, TUHAN, yang mengatakannya.”
[Ezekiel 34:23-24]
Ayat ke25-29 adalah janji Allah memberikan ganjaran dan kebahagiaan kepada bani Israel yang terus ikuti ajaran Tuhan dalam ketakwaan dan dalam petunjuk kebenaran.
PERJANJIAN BARU
Mark 12:28-31
“Lalu seorang ahli Taurat, yang mendengar Yesus dan orang-orang Saduki bersoal jawab dan tahu, bahwa Yesus memberi jawab yang tepat kepada orang-orang itu, datang kepada-Nya dan bertanya: “Hukum manakah yang paling utama?”Jawab Yesus: “Hukum yang terutama ialah: Dengarlah, hai orang Israel, Tuhan Allah kita, Tuhan itu esa.Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan dengan segenap akal budimu dan dengan segenap kekuatanmu.Dan hukum yang kedua ialah: Kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri. Tidak ada hukum lain yang lebih utama dari pada kedua hukum ini.”
[Mark 12:28-31]
Syntesis Principle : Matthew 19:16-21 / Luke 18:19-22 dan Mark 10:18-21
“Ada seorang datang kepada Yesus, dan berkata: “Guru, perbuatan baik apakah yang harus kuperbuat untuk memperoleh hidup yang kekal?”Jawab Yesus: “Apakah sebabnya engkau bertanya kepada-Ku tentang apa yang baik? Hanya Satu yang baik. Tetapi jikalau engkau ingin masuk ke dalam hidup, turutilah segala perintah Allah.”Kata orang itu kepada-Nya: “Perintah yang mana?” Kata Yesus: “Jangan membunuh, jangan berzinah, jangan mencuri, jangan mengucapkan saksi dusta,hormatilah ayahmu dan ibumu dan kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri.” Kata orang muda itu kepada-Nya: “Semuanya itu telah kuturuti, apa lagi yang masih kurang?”Kata Yesus kepadanya: “Jikalau engkau hendak sempurna, pergilah, juallah segala milikmu dan berikanlah itu kepada orang-orang miskin, maka engkau akan beroleh harta di sorga, kemudian datanglah ke mari dan ikutlah Aku.”
[Matthew 19:16-21]
jadi dari dua ayat ini lah jelas bahawa jalan keselamatan ialah :
01 – Mentauhidkan Allah
02 – Ikuti perintah Allah iaitu :
+Jangan membunuh
+Jangan berzina
+Jangan mencuri
+Jangan bersumpah dusta
+Taati ibubapa
+Kasihi sesama manusia
+berzakat / bersedekah
+Ikuti sunnah Jesus Christ
cukup dengan ini,maka pasti akan masuk syurga. Saya kuatkan lagi hujah dari Bible sendiri yang mana Jesus sendiri menyokong hujah fakta muslim bahkan baginda (Jesus) sendiri dan Hawariyyun adalah muslim dalam Luke 6:40. “Islam / משלם” ada disebut dalam Luke 23:46,Psalm 37:21,Proverbs 22:27,Job 41:3 dan Isaiah 60:20 dalam ayat asli. Jesus Christ adalah salah satu Anbiya’Wal’Rasul mengajar :
*05 Rukun Agama
John 17:3-21 / Mathew 26:30-36 / Mark 1:25-35 / Mathew 9:1-14 / Luke 2:1-37 / Matthew 6:1-5 dan Act 10:1-2
*06 Rukun Iman
Mark 12:28-30 / Revelations 7: 11 / Exodus 23:20 / Luke 1:11-13 / Mathew 12:33 dan Matthew 13: 41-43 dan Mark 5:28-29
*Dua rujukan kepada Muslim Israel (Islam dizaman syariat Jesus)
Original Gospel : Injeel Yeshua
– Mark 8: 30-35
*Follow the Prophet’s teachings : Sunnah of Yeshua
– John 14:1-15 / Mathew 5:17-47 / Matthew 13:57 / Matthew 21:10-11 / Matthew 21:40-45 dan Luke 7:16 serta Luke 24:19
Jesus kuatkan semua ini lagi dengan menyatakan bahawa jika amalan seperti ahli Taurat dan Farisi,maka pasti akan masuk syurga dalam Matthew 5:17-20. Mari kita jelaskan secara terperinci :
“Janganlah kamu menyangka, bahwa Aku datang untuk meniadakan hukum Taurat atau kitab para nabi. Aku datang bukan untuk meniadakannya, melainkan untuk menggenapinya.”
[Matthew 5:17]
– perkataan “genap” sini ialah maksud penyempurnaan BUKAN pembatalan atau Pelenyapan. Makanya kenapa perkataan “menggenapi” distu disebut “fulfilled” dalam English BUKAN “canceled” atau “completed” …ayat ini Jesus telah jelas terang menyatakan bahawa dia datang bukan untuk MENIADAKAN Hukum Torah tetapi MENGGENAPINYA. Penggenapan yang dimaksudkan adalah penyempurnaan syariat. Setiap Nabi yang di utuskan Tuhan datang kepada suatu kaum membawa syariat ajaran tuhan. Apabila peredaran zaman dan kekufuran terjadi kepada kaum tersebut,Allah gantikan lagi kepada Nabi yang lain di masa akan datang untuk menggantikan Nabi yang sebelumnya atas tujuan menggenapkan syariat ajaran Tuhan yang disampaikan dari Nabi sebelumnya agar kaum yang kufur atau yang mengalami fatrah kembali kepada ajaran tuhan. Inilah maksud Jesus dalam ayat Matthew 5:17. Dan ini tidak berhenti disini…kita baca ayat seterusnya,Jesus berkata lagi :
“Karena Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya selama belum lenyap langit dan bumi ini, satu iota atau satu titikpun tidak akan ditiadakan dari hukum Taurat, sebelum semuanya terjadi.”
[Matthew 5:18]
Disini,jelas lagi kuat bahawa Jesus datang bukan untuk membatalkan hukum Torah. Selagi Langit dan Bumi masih ada,selagi itulah tidak akan lenyap satu titik dan satu iota dalam Torah. Maka sebab itu mengapa dalam Quran menjadi penyempurna segala syariat para Nabi dari Muhammad SAW pun dalam isinya disertakan lagi Hukum 10.
dan ayat ini masih tidak berhenti disini,Jesus jelaskan lagi :
“Karena itu siapa yang meniadakan salah satu perintah hukum Taurat sekalipun yang paling kecil, dan mengajarkannya demikian kepada orang lain, ia akan menduduki tempat yang paling rendah di dalam Kerajaan Sorga; tetapi siapa yang melakukan dan mengajarkan segala perintah-perintah hukum Taurat, ia akan menduduki tempat yang tinggi di dalam Kerajaan Sorga.”
[Matthew 5:19]
Jesus katakan kepada mereka yang tidak mengamal Hukum Torah tetapi menyampaikan ajarannya,maka dia akan masuk ke syurga paling rendah manakala orang yang mengamalkan hukum Torah dan menyampaikan kepada orang lain,akan masuk ke dalam syurga paling tinggi.
dan ayat ini masih tidak berhenti,Jesus cakap lagi dalam ayat seterusnya :
“Maka Aku berkata kepadamu: Jika hidup keagamaanmu tidak lebih benar dari pada hidup keagamaan ahli-ahli Taurat dan orang-orang Farisi, sesungguhnya kamu tidak akan masuk ke dalam Kerajaan Sorga.”
[Matthew 5:20]
Jesus berkata jika amalan kamu tidak seperti ahli Torah dan ahli Farisi,maka jangan harap akan masuk syurga. Kita sedia maklum bahawa Orang Judah dan Israel menjalankan Hukum Torah. Makanya saya bertanya kepada Kristian dengan satu soalan :
– dari tiga golongan yang Jesus katakan ini,Kristian dibahagian golongan yang mana???apakah Missionaries masih ingin akui bahawa Kristian adalah pengikut Jesus yang sebenar???
Missionaries berkata :
Jaminan Keselamatan Dalam Alkitab
Sebaliknya dalam Injil terdapat cukup banyak ayat mengenai jaminan keselamatan. Injil, Kisah Para Rasul 4:12 berkata, Keselamatan di bawah kolong langit hanya ada di dalam satu nama yaitu Yesus Kristus [Isa Al-Masih].”
Isa Al-Masih sendiri bersabda, “Akulah jalan . . . . Tidak ada seorangpun yang datang kepada [Allah] Bapa, kalau tidak melalui Aku” (Injil, Rasul Besar Yohanes 14:6).
Mereka yang sudah menerima pengampunan dosa dan jaminan keselamatan dari Isa Al-Masih, tidak akan binasa. Walaupun tubuh jasmaninya akan mengalami kematian secara alami.
MAB response :
Berkenaan dengan John 14:6,telah saya jawab disini secara terperinci :
– https://muslim-apologetic-borneo.com/eesa-al-masih-alaihissalam-ibni-maryam-bukan-tuhan-dalam-bible/
Selain Jesus Christ pbuh,Solomon juga adalah jalan keselamatan iaitu dalam Proverb 8:32-36 dinyatakan dari Solomon sendiri bahawa hendaklah ikuti jalan kebenaran darinya dan sesiapa yang tidak ikutinya adalah satu kerugian di atas kebencian terhadapnya dan mencintai maut.
02 – Muhammad SAW juga adalah jalan keselamatan kepada sesiapa yang ikutinya :
Dari Abu Hurairah R.A,Rasullullah SAW bersabda :
“Barangsiapa inginkan keredhaan dari Allah dan balasan ganjaran syurga yang kekal,maka ikutilah aku.”
[Hadith Muttafaqun ‘Alaih Bukhari dan Muslim]
03 – Joshua juga diberikan mandat untuk mengatur rumah Tuhan seperti mana dalam John 14:3 dan menjadi turutan jalan keselamatan bagi pengikutnya. Allah berfirman kepada Joshua :
“Beginilah firman TUHAN semesta alam: Apabila engkau hidup menurut jalan yang Aku tunjukkan dan melakukan tugas yang Kuberikan kepadamu,maka engkau akan memerintah rumah-Ku dan mengurus pelataran-Ku dan Aku akan mengizinkan engkau masuk ke antara mereka yang berdiri melayani di sini.”
[Zakharia 3:7]
Missionaries berkata :
Jaminan Keselamatan yang Sesungguhnya
Dalam hidup ini kita dengan sungguh-sungguh mencari perusahaan asuransi untuk menjamin badan kita yang fana. Mengapa untuk jaminan keselamatan jiwa yang abadi, kita tidak sungguh-sungguh mencari yang benar? Yaitu yang dapat dipercaya dan terbukti memberikan jaminan yang sesungguhnya?
Sabda Isa, “Dan Aku memberikan hidup yang kekal kepada mereka dan mereka pasti tidak akan binasa sampai selama-lamanya” (Injil, Rasul Besar Yohanes 10:28).
MAB response :
Apa yang Nabi telah sampaikan ajaran dari Tuhan,maka itulah kebenaran hakiki yang harus kita ikuti. Hidup di dunia ini adalah pentas ujian yang mana dengan iman aqeedah tauhid,beramal soleh dengan sabar serta berpesan-pesan menyampaikan kebenaran menjadi syarat jaminan keselamatan masuk ke dalam syurga (Al-Asr 103:1-3).
Berkenaan John 10:28 yang missionaries berikan,apabila membacanya dari ayat 23 hingga 38 akan memahami bahawa mesej yang disampaikan dari Jesus adalah konsep kepercayaan. Namun disini saya terangkan secara konteks sehingga ayat 29 sahaja. Semasa Jesus berjalan di Rumah Allah,orang-orang Judah bertanya kepada Jesus bahawa sampai bila mereka harus menunggu dalam kebimbangan. Ini kerana mereka meminta Jesus untuk katakan secara terus terang kepada mereka bahawa dia adalah Al-Masih.
Dan Jesus katakan bahawa dia telah sampaikan bahawa dirinya adalah Al-Masih namun mereka tidak percaya. Orang yang percaya itulah domba-dombanya. Selaku Nabi,dia mengajar segala ajaran dan orang mengikuti ajarannya dan beriman kepadanya itulah yang tergolong dalam domba-domba Jesus. Kepercayaan dalam Iman taqwa mereka itu akan dapat kehidupan yang kekal (ganjaran Syurga) dan kepercayaan atas dasar iman mereka itu dijaga oleh Allah (John 10:25-29). Jadi jelas disitu bahawa sesiapa yang mentaati dan beriman kepada Jesus Christ pbuh dan ikuti segala ajarannya,mereka akan berada dalam kehidupan yang kekal (syurga).
Mssioanaries berkata :
Isa Al-Masih satu-satunya yang dapat memberi jaminan hidup kekal di sorga. Sebab Dia adalah Pribadi terkemuka di dunia dan di akhirat sebagaimana yang disampaikan oleh Al-Quran (Qs 3:55).
MAB response :
Dalam Quran surah Al-Ahzab 33:69,Musa juga dikatakan terhormat/terkemuka disisi Allah,apakah Musa adalah tuhan dan pemberi jaminan hidup kekal di syurga???
Jadi sebenarnya ayat Ali-Imran 3:55 dan Al-Ahzab 33:69 memberi maksud bahawa Musa dan Jesus dimuliakan oleh Allah di akhirat kelak. Ini bermaksud mereka diangkat oleh Allah BUKAN diri mereka sendiri yang menjamin diri mereka adalah terkemuka mulia di akhirat.
Missionaries berkata :
Umat Muslim memang mengakui Muhammad sebagai nabi terakhir dan terbesar. Tetapi umat Muslim tidak memanggilnya sebagai Juru Selamat. Karena Isa Al-Masih adalah satu-satunya Juru Selamat manusia.
MAB response :
Secara harfiah,maksud kata “Al-Masih” atau “Khristos” adalah “seseorang yang diurapi dengan minyak yang kudus” atau”seseorang yang ditahbiskan”. Jauh sebelum Jesus,beberapa Nabi telah menjadi Al-Masih kepada umatnya antaranya ialah :
– Daud (1 Samuel 16:12-13 dan 2 Samuel 5:1-5)
– Koresh (Isaiah 45:1)
– Saul (1 Samuel 10:1)
– Harun (Imamat 8:12)
– Elisa (1 Raja-raja 19:16)
– Solomon (1 Raja-raja 1:39)
Jika Jesus di anggap juruselamat manusia,maka Daud,Koresh,Saul,Harun,Elisa dan Solomon juga harus Kristian anggap sebagai juruselamat manusia. Muslim tidak bermasalah jika ramai Al-Masih dan Muslim beriman bahawa Jesus adalah Al-Masih kerana Quran menyatakan demikian dan kami wajib mengimaninya. Ini membuktikan bahawa Muhammad SAW dan muslim BUKANLAH Anti-Christ. Namun apakah Kristian mampu bersetuju dan akui apabila Jesus sendiri menubuatkan kedatangan Muhammad SAW sebagai Nabi Terakhir untuk membawa manusia ke arah Jalan Keselamatan yang sebenar??? Jesus Christ pbuh menubuatkan Muhammad SAW dalam John 16:1-15 dan John 14:16-17.
Bahkan Bible Perjanjian Lama sendiri menubuatkan kedatangan Muhammad SAW sebagai Nabi Terakhir dan Pembawa Jalan Keselamatan kepada seluruh manusia dari Tuhan Semesta Alam :
01-Genesis 49:3-10
02-Deuteronomy 18:18
03-Deuteronomy 33:2
04-Psalm 45:1-17
05-Psalms 72:8-17
06-Psalm 110:1-7
07-Song of Solomon 5:16
08-Isaiah 29:9-15
09-Isaiah 40:1-5
10-Isaiah 42:1-12
11-Isaiah 54:1-3
12-Daniel 7:1-25
13-Habakkuk 3:3
KESIMPULAN
Jesus dan Muhammad SAW serta para Nabi semuanya adalah pembawa Jalan Keselamatan Tuhan kepada seluruh manusia yang mana jika manusia mentaati dan mengikuti segala apa yang mereka bawakan,mereka akan mendapat balasan hidup yang kekal di syurga. Mereka semua (para Nabi wa Rasul) dijamin masuk syurga tetapi mereka BUKAN Penjamin orang lain masuk syurga kerana tugas mereka hanyalah memberikan jalan keselamatan (agama) dari Tuhan kepada manusia dan hanya Tuhan menentukan siapa yang mendapat keselamatan atau tidak.
Ad-Deen (Agama) yang para Nabi bawakan dari Allah itulah JALAN KESELAMATAN BUKAN menjadikan Jesus Christ sebagai tuhan dan BUKAN melalui penebusan dosa. Muhammad SAW yang membawa Jalan Keselamatan dari Tuhan semestinya berada dalam jalan yang lurus,Quran menyatakan :
“Sesungguhnya engkau dari rasul-rasul yang telah diutus tetap di atas jalan yang lurus.”
[Yassin 36:3-4]
bagaimana jalan keselamatan dalam Kristian???…Quran menjawabnya :
“Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam”. Padahal Al-Masih sendiri berkata:” Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu. Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga dan tempat kembalinya ialah neraka dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim. Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan”. Padahal tiada Tuhan melainkan Tuhan yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”
[Al-Maidah 5:72-73]
Saya meminta kepada missionaries dan seluruh Kristian sila tunjukkan kepada saya SATU AYAT SAHAJA dalam SEMUA VERSI Bible ada menyatakan bahawa Jesus Christ pbuh adalah penjamin Manusia masuk syurga.
pesan Jesus Christ pbuh kepada anda :
“Jikalau kamu tetap dalam sabdaku,kamu benar-benar adalah muridku.dan kamu akan mengetahui kebenaran, dan kebenaran itu akan memerdekakan kamu.”
[John 8:31-32]
– memerdekakan anda dari kekufuran…
pesan Rasullullah Muhammad SAW kepada anda :
“Terimalah kebenaran itu walau ianya pahit..”
[Hadith Sahih Bukhari dan Tirmizi]
“Dan katakanlah: yang benar telah datang dan yang batil pasti akan lenyap, sungguh yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap”.
[Al-Israa’ 17:81]