بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Saya menerima satu kiriman dalam email dari seorang sahabat saya pada 25 September 2019 yang mana kiriman itu dari seorang Kristian golongan Anti-Islam. Tajuk kiriman tersebut adalah “Muhammad seorang pembohong dan umat Islam adalah warisan kebodohannya”.
Dalam kandungan kiriman tersebut mengandungi hujatan fitnah terhadap Junjungan Nabi Muhammad SAW dan Islam. Disini kita akan berikan response menjawab fitnah terhadap kiriman dari Anti-Islam tersebut. Semoga bermanfaat~
Anti-Islam menulis :
Sebelum Anda mengomentari TS saya, silahkan dibaca uraiannya secara cermat terlebih dahulu. Saya harap Anda bisa memberikan komentar atau sanggahan yang BERBOBOT, BUKAN asal membuang kata.
Response :
Jangan risau,kami (muslim) sentiasa membaca penjelasan dari pihak anda sebelum memberikan jawapan maklumbalas. Setelah saya membaca penjelasan anda,tidak ada yang benar ilmiah fakta tetapi hanya sekadar hujatan fitnah atas dasar kejahilan dalam kekufuran anda. Tapi tidak mengapa,saya akan memberikan sanggahan ilmiah terhadap penjelasan anda.
Anti-Islam menulis,
UMAT Islam ndak diperkenankan untuk bertanya secara cerdas soal Allah, Al-Quran, dan Ajaran MuhamMAD. Mereka hanya diminta untuk nt begitu saja setiap perkataan Ulama / Ustadz atau Guru-guru agama, dilatih menghafal Al-Quran mengaji tanpa tahu isi dan makna yang terkandung di dalamnya. Maka jangan heran kalau mereka terpaksa terlibat di dalam setiap Diskusi Lintas Agama, mereka cenderung MEMFITNAH, MENGHUJAT atau MENGHAKIMI saja.
Response :
Ok bagus……mari kita bantu berikan pencerahan agar tidak kelihatan bodoh :
Berkenaan fitnah kononnya “Islam melarang untuk bertanya dan wajib taat apa yang diajarkan” telah dijawab disini :
– https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/3109-irsyad-al-fatwa-siri-ke-291-banyak-bertanya-dalam-konteks-seorang-pelajar
Namun tidak mengapa,saya jelaskan secara sederhana disini. Dalam Islam telah menerangkan bahawa jika kita tidak berpengetahuan atau jahil terhadap sesuatu,maka bertanyalah kepada yang ahli yang berpengetahuan terhadap sesuatu bidang atau perkara. Quran memberitahu secara berikut :
“Bertanyalah kepada orang yang memiliki pengetahuan jika kalian tidak mengetahui.”
[An-Nahl 16:43]
Ayat di atas jelas memberitahu bahawa jika ada kemusykilan atau ketidaktahuan,maka diperintahkan untuk bertanya atas tujuan untuk mempelajari agar mendapat pengetahuan. Jika pertanyaan itu disandarkan di atas asbab ingin mencari ilmu,maka diperintahkan serta amat digalakkan untuk bertanya.
Tetapi jika pertanyaan itu disandarkan atas tujuan mengejek,menyindir,menguji dan tidak bermanfaat ke atas diri sendiri serta kepada orang lain dalam suatu komuniti masyarakat,maka dilarang untuk bertanya seperti saranan dalil Quran seperti berikut :
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu bertanyakan kepada Nabi perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu dan jika kamu bertanya mengenainya ketika diturunkan Al-Quran,tentulah akan diterangkan kepada kamu. Allah maafkan kamu dari kesalahan bertanyakan perkara-perkara itu kerana Allah Maha pengampun lagi Maha penyabar.”
[Al-Maidah 5:101]
“…Sesungguhnya orang-orang sebelum kalian telah binasa kerana banyak bertanya dan berselisih dengan para nabi…”
[Hadith Sahih Bukhari No.7288 dan Muslim]
Berkenaan Quran surah Al-Maidah 5:101,ayat tersebut turun ketika para Sahabat kerap bertanyakan kepada Nabi sesuatu yang mereka ingin tahu tetapi hakikat jawapan yang akan diberikan membawa kesusahan kepada Nabi untuk menjawab dan berat untuk mereka menerima dikhuatiri akan menyakitkan hati mereka bahkan persoalan tersebut tidaklah membawa manfaat untuk diri sendiri dan kepada orang lain serta tidak berkaitan dengan pencarian ilmu dalam mengikuti syariat ajaran agama. Asbab An-Nuzul ayat tersebut seperti berikut :
dari Anas bin Malik R.A,dia berkata :
“Para sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah SAW sehingga mereka terlalu berlebihan dalam bertanya. Kemudian baginda menaiki mimbar seraya berkhutbah yang belum pernah aku mendengarnya sama sekali sebelumnya. Baginda bersabda: :
“Tidaklah kalian bertanya kepadaku pada hari ini tentang sesuatu, melainkan aku akan menjelaskannya kepada kalian. Seandainya kalian mengetahui apa yang aku ketahui,niscaya kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis.”
Maka para sahabat menutupi wajah mereka seraya menangis. Kemudian ada seseorang yang bertanya: “Siapakah ayahku?” Beliau menjawab: “Ayahmu adalah Hudzaifah”. Maka turunlah ayat kepada Rasullullah SAW,”Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu bertanyakan kepada Nabi perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu.” (Al-Maidah 5:101)
[Hadith Sahih Bukhari dan Muslim No.4352]
Analogynya sama seperti seandainya Jesus Christ pbuh datang ke dunia ini lalu kamu bertanyakan kepada baginda (Jesus) dengan pelbagai pertanyaan yang tidak bermanfaat dan tidak keperluan untuk bertanya sehinggalah kamu tanyakan soalan mengenai kedudukan kamu di Akhirat namun Jesus rasa keberatan susah untuk menjawabnya. Apakah maksudnya Jesus tidak tahu jawapannya ATAU Jesus tidak mahu kamu mengetahui jawapan tersebut agar kamu tidak rasa sakit atau terbeban untuk menerima jawapan darinya dan tidak inginkan kamu terlalu sibuk dengan perkara yang tidak bermanfaat untuk kamu??
Sebab itu ayat seterusnya (Al-Maidah 5:102) mengatakan,
“Sesungguhnya telah ada segolongan manusia sebelum kamu menanyakan hal-hal yang serupa itu kemudian mereka tidak menerimanya.”
[Al-Maidah 5:102]
Berkenaan dengan hadith sahih Bukhari No.7288,Imam An-Nawawi dalam Syarh Matan Arba’in menjelaskan ada tiga macam bentuk pertanyaan iaitu :
* Pertama – pertanyaan orang awam tentang kewajiban dalam ajaran agama.
* Kedua – pertanyaan tafaqquh Af-fiddin (pendalaman agama).
* Ketiga – pertanyaan tentang sesuatu yang tidak bermanfaat baik untuk diri sendiri mahupun orang lain. Inilah yang dimaksud dalam hadith di atas.
Maka jelas bahawa Islam melarang untuk bertanya sesuatu yang mengandungi unsur mengejek,menyindir dan tidak membawa manfaat untuk diri sendiri,orang lain dan untuk suatu komuniti masyarakat dalam pencarian ilmu. Kaum zaman terdahulu binasa disebabkan selalu bertanyakan soalan-soalan yang bukan sahaja tidak logik kepada soalan tersebut tetapi soalan yang diajukan itu adalah atas tujuan untuk mencerca,menyindir,menguji dan mengejek ajaran para Nabi.
Ada soalan atau kemusykilan yang mana kita tidak tahu tetapi bermanfaat untuk diri kita dan untuk orang lain,maka Islam menyuruh untuk bertanya kepada orang yang berpengetahuan (An-Nahl 16:43) tetapi soalan-soalan atau kemusykilan yang tidak mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri dan kepada orang lain bukan atas dasar mencari ilmu dan ditambahkan lagi mempertanyakan soalan itu atas tujuan untuk mencari kesalahan-kesalahan atau mencerca,maka itu adalah dilarang. Jika anda adalah seorang Professor Mathematic 16 sijil Ph.D lalu saya tanyakan soalan “1+1 berapa” kepada anda atas tujuan untuk menyindir anda,apakah anda akan melayani soalan saya?
Diriwayatkan oleh Mu’awiyah :
“Nabi melarang bertanyakan soalan yang isinya menjengkelkan dan ejeken.”
[Hadith sahih Sunan Abu-Dawud No.25/3648]
Anda seharusnya lihat dalam corak pendidikan dalaman agama anda. Dalam pendidikan kegerejaan kekristianian sendiri melarang untuk bertanyakan sesuatu yang melebih-lebih sehinggakan keluar kenyataan dari lisan pendeta-pendeta Kristian menyatakan bahawa orang yang banyak bertanya wujudnya keraguan disebabkan tidak ada bimbingan Ruh Kudus dan mengundang banyak hasutan syaitan dalam hati. Kristian banyak tanya dan banyak ragu,maka hukumnya berdosa. Disini saya berikan bukti kenyataan tersebut disini (pengakuan dari Ex-Biarawati Christian Hj.Irena Handono) :
– https://www.youtube.com/watch?v=cX6hcshbUnU
(Part 1)
– https://www.youtube.com/watch?v=RIzJuoqHm5g
(Part II)
Itu baru sedikit bukti saya berikan. Anda boleh “membuang kata” membelit untuk menafikannya tetapi itulah hakikat yang terjadi dalam ajaran Kekristianian anda. Maka sebab itu mengapa banyak persoalan-persoalan dan kemusykilan-kemusykilan dalam ajaran Kristian masih tidak terjawab sehingga kini khususnya dalam bab doktrin Trinity,ketuhanan Jesus dan penyaliban serta kebangkitan Jesus.
Dalam Bible Matthew 21:23-27,imam-imam kepala (Rabbi) dari Judah Israel bertanya kepada Jesus tentang dari berasal mana kuasa yang dilakukannya. Jesus Christ pbuh tidak menjawab pertanyaan tersebut malah mengajukan pertanyaan kepada mereka. Ini dipanggil sebagai konsep “Arotistexana” yang mana mengajukan soalan kepada si penanya asal untuk tujuan mengelak dari melayani soalan yang tidak bermanfaat dan tidak ada kepentingan bagi mereka. Maka sebab itu Jesus lanjutkan lagi dengan memberikan analogy dalam ayat setereusnya iaitu Matthew 21:28-40.
Anti-Islam menulis,
Jangan pernah berpikir bahwa “jawaban Anda sebaik apapun akan membuat mereka mengerti” orang-orang ini ndak dididik untuk berpikir, mereka hanya dilatih untuk patuh pada ajaran Islam, menghafal dan rajin mengaji.
MENGAPA rata-rata orang Islam seperti itu ? Sebagai orang yang lahir di dalam lingkungan Islam, saya mengerti betul bahwa saudara-saudari kita ini TIDAK SALAH – sebab kebiasaan buruk ini adalah warisan dari Sang Nabi.
Response :
Dalam Islam ada disiplin atau Uslub dalam pembelajaran ajaran agama agar lebih mencapai pemahaman lebih baik. Saya berikan contoh dalam pengajian kitab agama antara Islam dan Kristian. Jika dibandingkan antara Quran dengan Bible,Quran lebih sukar dipelajari berbanding Bible. Ini kerana selain perikop (sistem pemahaman kegerejaan dalam pembacaan Alkitab),Bible hanya memerlukan empat (04) kaedah Hermeneutical Biblical iaitu :
* Syntesis Principle
* Contextuality Analysis
* Early Christian Interpretation Formula
* Assessment of the Original Text
Sedangkan Quran memerlukan 21 Ilm’ul Furqan untuk mempelajari Quran. Itupun belum lagi termasuk bab Orthography,Kawayidh,Nahu Sorof,Balaghah dan Uslub Bagdadiyyah serta uslub Al-Mafzh Fi Ash-Shudr. Namun Islam melahirkan ramai muslim mampu menguasai ilmu,menghafaz ayat kalamullah dan mampu memberikan jawapan setiap kemusykilan.
Berkenaan dengan hafalan dan hafazan,salah satu keunikan dan keistimewaan pendidikan dalam Islam yang tidak ada pada agama lain ialah Uslub Al-Mafzh Fi Ash-Shudr yang telah diterapkan dari sejak zaman Nubuwwah Muhammad SAW seterusnya zaman para Sahabah sehinggalah zaman ini. Kaedah ini antara salah satu corak perluasan dalam pengembangan ilmu dan penjagaan agar tidak hilang. Apakah ada di antara Kristian yang mampu menghafal serta menghafaz ayat Bible walau hanya salah satu Gospel dari empat (04) Gospel??
Dengan kaedah dan disiplin yang diterapkan,muslim dapat memperolehi jawapan melalui pengajian hafazan. Cetusan dari kaedah pembelajaran tersebut membolehkan muslim berfikir dengan skala lebih luas sehinggakan setiap persoalan atau kemusykilan yang ringkas,muslim mampu menjelaskan jawapan kepada setiap persoalan dan kemusykilan tersebut sehingga berkitab-kitab. Maka sebab itu mengapa Islam merupakan agama yang benar dan sempurna kerana Islam sentiasa memberikan jawapan insaniyyat (kecuali persoalan yang melibatkan Samiyyat).
Dengan pembuktian apa yang disampaikan,saya kuatkan dengan quote dari Falsafah Francis – Gustave Le Bon sendiri mengatakan seperti berikut,
“Arabs who cause us to have a civilized, because they are our teacher for six centuries. If the Arabs had taken over France, then Paris would have become like Cordova in Spain, a centre of civilization and knowledge, where the man in the street was able to read and write and even compose poetry at a time when the kings of Europe did not even know how to write their names!”
[Gustave Le Bon – The Civilization of the Arabs p.339]
Jadi dimana bukti muslim di ajar hanya sekadar untuk patuh dan menghafal tanpa mengkaji dalam penerapan didikan untuk berfikir dengan lebih luas??
Anti-Islam menulis,
APA yan diwariskan oleh guru yang BODOH kepada muridnya kalau bukan KEBODOHAN juga ? Ya, MuhamMAD katanya adalah seorang yang “ummi”, yang artinya bodoh – sebab tidak tahu baca tulis, dan sampai matinya juga tidak tau baca tulis. Sementara orang-orang di sekeliling dia, hampir semua tau baca tulis. Itu artinya, muhamMAD TIDAK PUNYA NIAT UNTUK MAJU, karena tidak satupun literatur islam melaporkan, bahwa muhamMAD BELAJAR menulis dan membaca.
Apakah kebodohan itu yang diwariskannya ? Tunggu dulu. Jangan mudah percaya ! Pertanyaan yang paling penting adalah: Apa benar muhamMAD ndak tahu baca tulis ? Hanya orang BODOH saja yang dengan mudah percaya bahwa muhamMAD itu ndak tahu baca tulis.
Yakinlah, alasan “tidak tahu baca tulis” ini digunakan oleh muhamMAD untuk membenarkan KEBOHONGAN-nya bahwa Al-Quran ndak ditulis oleh dirinya melainkan diturunkan langsung dari Allah.
Response :
01 – Hahahahaha…kebodohan bertingkat-tingkat nampaknya….perkataan Arabic “Ummiy” BUKAN bererti bodoh tetapi membawa maksud :
* Tidak dapat membaca dan menulis (buta huruf)
* Tidak memiliki kitab suci.
* Tidak tahu isi kitab
* boleh cakap tidak menulis.
“Bodoh” dalam Arab dipanggil “ghabi” (غبي) atau “majnun” (مجنون) atau “mughfil” (مغفل). Jika mahu berhujah,mohon menggunakan akal bukan melalui emosi kebencian. Anda mahu saya menanggapi hujah anda dengan ilmiah tetapi anda sendiri berhujah dengan asal “membuang kata”. Kebodohan apakah ini??
02 – Sungguhpun Nabi seorang buta huruf namun baginda di bimbing oleh Tuhan sendiri dengan wahyu. Menjadi seorang yang memiliki Kebijaksanaan dan berpengetahuan disebabkan ilmu bukan disebabkan kesempurnaan pancaindera. Ada orang cacat seperti Stephen Hawking yang mengalami motor neuron tetapi memiliki lebih 200IQ sedangkan dia tidak mampu menulis dan bercakap. Seorang tokoh Greek iaitu Homer (“Ὅμηρος”) yang merupakan seorang buta matanya tetapi menjadi penyair agung dan semua syairnya ditulis semula oleh para penulis Syair.
Helen Keller merupakan seorang buta dan pekak tetapi menjadi seorang pensyarah dan ahli politik. John Nash yang merupakan seorang pesakit mental Skizofrenia Paranoid tetapi mampu menjadi seorang pakar Matematik. Ludwig Van Beethoven yang merupakan seorang pekak selama 26 tahun tetapi mampu menjadi seorang komposer muzik terkenal. Dan banyak contoh-contoh manusia lain yang tidak memiliki kesempurnaan pancaindera dan memiliki kekurangan seperti manusia biasa (seperti buta huruf) tetapi mampu memiliki ilmu yang luar biasa dan mampu melakukan sesuatu yang di luar batasan manusia biasa. Maka Muhammad SAW adalah orang yang termasuk dalam keistimewaan tersebut.
Bayangkan lahirnya orang yang buta huruf mampu 1400 tahun lalu mengubah corak hidup Arab Pagan Jahilliyyah mengaku Utusan Tuhan,mengikuti peperangan kerana menegakkan kebenaran,menunjukkan pelbagai mukjizat,membawa risalah agama sehingga sempurna syariat ajaran Tuhan tersebut seterusnya berkembang ke seluruh dunia yang mana 1.8 Billion manusia mengikutinya. Bukankah itu satu perkara yang luar biasa??
Seorang yang buta huruf mampu membawa wahyu kitabullah yang mengandungi mukjizat antaranya ialah kandungan kitabnya memiliki kefasihan bahasa yang tinggi dan setiap isinya selaras bertepatan dengan sains,matematik,sejarah masa lalu dan fakta ilmiah di masa kini. Disini saya berikan sumber antara bukti mukjizat Quran yang bertepatan dengan fakta ilmiah yang mana TIDAK ADA SESIAPA yang mampu membantahnya secara mutlak :
– http://www.answering-christianity.com/fakir60/index.html?fbclid=IwAR2l14W8WSQjMwir9GVCHdAkUpKrhBN67pDF1L_tdfnRwU3F8XUnRnoV7gxnzMT79GoA
– https://www.kalamullah.com/Books/The%20Unchallengeable%20Miracles%20of%20the%20Quran.pdf
– https://www.muslim-library.com/dl/books/English_The_Miracles_of_The_Quran.pdf
– http://www.islamicbulletin.org/free_downloads/quran/the_miracle_of_miracles_deedat.pdf
Bahkan pihak anda dari Exegess Christianity sendiri mengakui kebenaran Nubuwwah Muhammad dan kehebatan Quran :
– https://unveiling-christianity.net/2016/03/01/christian-scholars-begun-accept-prophet-muhammad/
Seorang penulis buku The 100 “A ranking of the most influential person in history” iaitu Michael H.Hart menempatkan Muhammad SAW ditempat Pertama sebagai peneraju kepada seluruh tokoh di muka Bumi sepanjang sejarah. Disini saya berikan kenyataan beliau :
“My choice of Muhammad to lead the list of the world’s most influential persons may surprise some readers and may be questioned by others but he was the only man in history who was supremely successful on both the religious and secular level.”
[The 100 : A Ranking Of The Most Influential Persons In History,New York 1978, page 33]
– http://www.iupui.edu/~msaiupui/thetop100.html?id=61
Ada 48 tokoh cendikiawan Non-Muslim yang mengakui kebenaran Muhammad SAW dan menyanjungi kehebatan baginda (Muhammad SAW). Disini saya berikan beberapa kenyataan dari 48 pandangan dari tokoh Non-muslims terhadap Muhammad SAW :
Alphonso De Lamartine
“Philosopher, orator, apostle, legislator, warrior, conqueror of ideas, restorer of rational dogmas, the founder of twenty terrestrial empires and of one spiritual empire, that is Muhammad. As regards all standards by which human greatness may be measured, we may ask, is there any man greater than he?. If greatness of purpose, smallness of means, and outstanding results are the three criteria of human genius, who could dare to compare any great man in modern history with Muhammad? The most famous men created arms, and empires only. They founded, if any at all, no more than material power which often crumbled away before their eyes. This man merged not only armies, legislation, empires, peoples and dynasties but millions of men in one third of the inhabited world, and more than that, moved the altars, the gods, the religions, the ideas, the beliefs and the souls on the basis of a Book, every letter of which has become law. He created a spiritual nationality of every tongue and of every race.
[Historie de la Turqu – Vol.2 page 76-77]
Major A.Leonard
“If ever any man on this earth has found God; if ever any man has devoted his life for the sake of God with a pure and holy zeal then, without doubt, and most certainly that man was the Holy Prophet of Arabia.”
[Islam,its Moral and Spiritual Values – page 9 1909 London]
William Montgomery Watt
“His readiness to undergo persecutions for his beliefs, the high moral character of the men who believed in him and looked up to him as leader, and the greatness of his ultimate achievement – all argue his fundamental integrity. To suppose Muhammad an impostor raises more problems than it solves. Moreover, none of the great figures of history is so poorly appreciated in the West as Muhammad.”
[Mohammad At Mecca,Oxford 1953,page 52]
Reverend Bosworth Smith
“…he was Caesar and Pope in one; but he was Pope without the Pope’s pretensions, and Caesar without the legions of Caesar. Without a standing army, without a bodyguard, without a palace, without a fixed revenue, if ever any man had the right to say that he ruled by a right Divine, it was Mohammed; for he had all the power without its instruments and without its supports.”
[Mohammed and Mohammedanism,London 1874, page 235]
Mahatma Gandhi
“I wanted to know the best of the life of one who holds today an undisputed sway over the hearts of millions of mankind… I became more than ever convinced that it was not the sword that won a place for Islam in those days in the scheme of life. It was the rigid simplicity, the utter self-effacement of the Prophet the scrupulous regard for pledges, his intense devotion to his friends and followers, his intrepidity, his fearlessness, his absolute trust in God and in his own mission. These and not the sword carried everything before them and surmounted every obstacle. When I closed the second volume (of the Prophet’s biography), I was sorry there was not more for me to read of that great life.”
[Young India – 1924]
Leo Tolstoy
“Muhammad has always been standing higher than the Christianity. He does not consider god as a human being and never makes himself equal to God. Muslims worship nothing except God and Muhammad is his Messenger. There is no any mystery and secret in it.”
– http://viewsaboutmuhammad.blogspot.com/2012/10/leo-tolstoy.html
– http://www.britannica.com/EBchecked/topic/598700/Leo-Tolstoy/13426/Conversion-and-religious-beliefs
Bagaimana manusia yang buta huruf di tengah-tengah gurun pada 1400 tahun lalu boleh wujudkan kesempurnaan ilmu dalam kitab yang dia sendiri tidak mampu tulis dan membaca?? Bagaimana seseorang yang di benci dan di anggap pendusta,penyesat,bodoh dan Nabi Palsu boleh melakukan semua ini sehingga di akui kebenarannya selepas kewafatannya oleh Neutral Non-Muslims yang bijaksana??
03 – Kita anggap sahaja Muhammad SAW tahu menulis dan membaca,itu masih tidak menjadikan bukti bahawa baginda mengarang Quran. Mengapa? Kerana di :
* Dalam Quran surah Al-Haqqah 69:44-47 menyatakan bahawa jika Quran itu adalah karangan rekaan Muhammad SAW,maka tali jantungnya (Al-Watina) akan diputuskan oleh Tuhan serta merta. Jika benar Muhammad SAW yang menulis Quran,apakah logik dia meletakkan satu cabaran bodoh yang akhirnya akan memudharatkan dirinya sendiri?
* Quran memiliki kefasihan (Eloquence) yang amat tinggi dan dapat dibaca dengan 07 ahruf dan 07 Qiraat dalam 26 Arabic dialect serta menjadi rujukan tatabahasa dari orang Arab termasuk ahli syair. Jika Muhammad SAW adalah penulis Quran,maka sumber dari mana Muhammad SAW pelajari sehingga dia dapat mengatur tatabahasa dan kefasihan Arabic yang begitu tinggi sedangkan dirinya bukan dari para tetua moyang Arab yang menguasai bahasa Arab Purba (Ancient Proto-Arabic @ Semetic Arabic)??
* Dalam Quran ada satu surah bernama “Al-Lahab” atau “Al-Masad” yang mana kandungan surah itu merupakan kenyataan jaminan Abu Lahab di azab ke Neraka selamanya disebabkan tidak bertaubat dan tidak mengikuti segala ajaran Muhammad SAW. Surah itu diturunkan 10 tahun sebelum Abu Lahab meninggal dan selama 10 tahun Abu Lahab hidup,Muhammad SAW membacakan surah itu di hadapan Abu Lahab. Jika Abu Lahab bertaubat dan memeluk Islam mengikuti ajaran Muhammad SAW,maka pasti surah Quran itu menjadi salah. Namun ternyata Abu Lahab tidak bertaubat lalu mati dalam kekufuran. Jika Muhammad SAW sememangnya adalah penulis Quran,bagaimana baginda boleh tahu masa depan bahawa Abu lahab akan mati tidak menerima dan tidak mengikuti ajaran baginda??
* Kebiasaannya penulis kitab akan memberitahu bahawa dirinya adalah penulis kitab tersebut (seperti contoh Gospel of Luke ditulis menurut Saint Luke),namun apakah terdapat dalam Quran bahawa Muhammad SAW menyatakan dirinya adalah pengarang/penulis Quran??
* Dalam Quran ada cabaran kepada seluruh manusia serta Jinn untuk membuat satu kitab sama seperti Quran TANPA ada kecacatan sedikitpun dan sehingga kini,tidak ada sesiapa pun yang mampu membuat satu kitab sama seperti ciri-ciri Quran. Jika Muhammad SAW adalah penulis Quran,bagaimana baginda boleh tahu bahawa tidak akan ada manusia dan jinn membuat satu buku yang sama seperti Quran??
Maka jelas Muhammad SAW BUKAN penulis/pengarang Quran.
Anti-Islam menulis,
Mengapa saya mengatakan itu BOHONG?
Alasannya jelas: Banyak nama tokoh dan kisah di dalam Al-Quran sama persis dengan tokoh dan kisah yang ada dalam Kitab Taurat dan Injil. Apakah Allah Ta’ala yang MENCIPLAK semua itu dari kedua Kitab tersebut ? Tidak ada yang tahu.
Response :
Kerana setiap ajaran para Nabi itu sama yang mana mereka semua membawa risalah dari Tuhan Yang Satu….Satu ajaran dari Satu Tuhan…Jadi oleh sebab yang demikian mengapa Quran datang menceritakan sejarah para Nabi terdahulu dengan tokoh dan kisah yang ada dalam kitab-kitab sebelumnya. Saya ingin bertanya satu soalan :
– Kamus edisi pertama,kamus edisi kedua,kamus edisi ketiga dan kamus edisi terkini,apakah kamus edisi terkini menciplak dari kamus-kamus sebelumnya?
Anti-Islam menulis,
MuhamMAD dan Islam ndak pernah mengakui bahwa ritus-ritus di dalam ajarannya berasal dari kelompok pagan. Ia dengan bangga mengajarkan bahwa ritus-ritus itu diwariskan dari para Nabi terdahulu, terutama Ibrahim / Abraham.
Sekali lagi jangan mudah percaya !
Dari mana muhamMAD mengenal Ibrahim ? Sementara Ibrahim hidup sebelum masehi, jauh sebelum muhamMAD lahir. Jangan katakan dari literatur atau kitab apapun, sebab Arab pada zaman itu masih berada dalam zaman Jahiliyah dan keterbelakangan serta KEBODOHAN.
MuhamMAD lahir dan besar dari keluarga pagan Quraisy. Sebagai seorang anak kaum pagan, dia dididik secara pagan, yaitu belajar mengenal ritus-ritus pagan, ritus-ritus itulah yang lalu diambil-alih oleh muhamMAD dan dijadikan sebagai ritus Islam, sayangnya ia tidak pernah mengakui ritus itu berasal dari kaum pagan (agama ayahanda, ibunda dan nenek moyang muhamMAD).
Sekali lagi, kadal gurun biawak cabul muhamMAD berbohong, sebenarnya ia merasa malu kalau sampai orang lain tahu bahwa ritus-ritus itu berasal dari kaum pagan, sebab hal tersebut bisa menjadi penghalang bagi agama yang didirikannya untuk diterima kalayak umum (terutama Yahudi dan Nasrani)
Kebohongan-kebohongan yang dilakukan muhamMAD ternyata berhasil diwariskan kepada generasi selanjutnya Islam, bahkan sampai saat ini.
Response :
01 – Sila buktikan dimana ajaran Muhammad SAW berasal dari pagan?silakan…Saya berikan tempoh sehingga Hari Kiamat. Jika ada,saya bersiap untuk menjawab secara ilmiah fakta hujah. Jangan hanya sekadar “membuang kata” hujat fitnah.
02 – Muhammad SAW BUKAN pengasas Islam tetapi baginda adalah Penyempurna syariat agama Allah iaitu Islam. Maka sebab itu mengapa Muhammad SAW digelar sebagai “Khatam’ul Anbiya” (Al-Ahzaab 33:40).
03 – Islam datang BUKAN 1400 tahun lalu. Allah selaku Maha Pencipta mencipta Satu Agama sahaja iaitu ISLAM (Ali-Imran 3:19 dan Asy-Syu’araa’ 42: 13). Asas utama Ad-Deen dari Tuhan ialah bahawasanya Tuhan itu Maha Esa dan ajaran ini disampaikan mengikut Nubuwwah setiap Utusan-Nya pada setiap kaum dan zaman (Al-Hajj 22:60-67). Jadi dari Adam pbuh sehingga Muhammad SAW adalah muslim termasuk Musa pbuh dan Jesus Christ pbuh juga adalah muslim (Al-Baqarah 2:131-133,Ali-Imran 3:52-67,Yunus 10:72,Yunus 10:84,An-Naml 27:30-31 dan Az-Zariyat 51:36). Bahkan Jesus Christ pbuh dan Hawariyyun akui bahawa mereka adalah muslim (Luke 6:40).
04 – Muhammad SAW mengatakan semua Nabi adalah muslim :
“…Para nabi itu adalah saudara seayah dan ibu mereka berlainan serta agama mereka adalah satu.”
[Hadith Sahih Bukhari No.3443 dan Muslim No.2365]
05 – Tidak ada dalam TNKH menyebut Judah adalah nama agama,tidak ada dalam Bible menyebut Christian adalah nama agama,tidak ada dalam semua kitab Buddha menyebut Buddhisme adalah nama agama dan tidak ada kitab Hindu (Shruti dan Smriti) menyebut Hinduisme adalah nama agama. Serta tidak ada mana-mana kitab sekalipun menyebut mana-mana nama agama Aryan dalam kitab mereka masing. Namun Islam satu-satunya agama yang disebut dalam Quran sebagai nama agama dan agama para Nabi terdahulu.
06 – Dari istilah Kamus Oxford menyatakan bahawa Religion (agama) bermaksud tata-kepercayaan terhadap Entiti Yang Maha Kuasa iaitu Tuhan. Secara konsepnya,agama adalah sebuah Sistem Pengaturan bermula dari dasar kepercayaan antara manusia dengan tuhan kepada corak budaya,tatasusila masyarakat,akhlak dan hukum terhadap kehidupan dalam membentuk ketamadunan peradaban manusia menjadi lebih sempurna dan teratur BUKAN pemikiran falsafah. Dalam Islam,ianya dipanggil Ad-Deen (Jalan Hidup) ATAU Millah…
Millah ATAU Ad-Deen ATAU Religion adalah umpama seperti sebuah “Perpustakaan” yang mana dalamnya terdapat segudang buku dan setiap perkara atau bidang dalam kehidupan manusia adalah umpama seperti buku-buku tersebut. Maka sebab itu Islam mengajar dari asas bermula Aqeedah Tauhid hinggalah hal masuk Liang Lahad.
07 – Perkataan “agama” berasal dari Sanskrit iaitu dari kata akar kerja “gama” yang bermaksud “pergi” dan “a” bermaksud “ke arah” merujuk kepada kitab-kitab sebagai “apa yang telah diturunkan”. Ini secara konsepnya membawa maksud “pembawaan bagaimana mencapai kehidupan yang lebih baik”…dan seperti saya kata di atas tadi,ini synonym dengan Ad-Deen yang bermaksud “Jalan Hidup” ATAU Millah.
“Agama” difahami secara zahir sebagai “tradisi” kerana ianya dilakukan sebagai amalan atau adat berkekalan terus-menerus sebagai peraturan dalam peradaban manusia. Maknanya apa yang tuhan turunkan itu adalah Jalan Hidup untuk manusia bermula dari mulanya tamadun peradaban manusia sebagai peraturan yang harus di amalkan sehingga menjadi tradisi.
08 – Disini saya telah berikan bukti bahawa ajaran Nabi Muhammad SAW sama dengan ajaran para Nabi terdahulu termasuk Jesus Christ pbuh :
– https://muslim-apologetic-borneo.com/menjawab-missionaries-20-bukti-jesus-bukan-seorang-muslim/
Saya berikan sedikit hujah fakta ilmiah. Moses pbuh menyampaikan ajaran Tawhid kepada bani Israel (Deuteronomy 6:4) lalu Jesus Christ pbuh sampaikan ajaran mentawhidkan Tuhan kepada Bani Israel (Mark 12:29) dan seterusnya Muhammad SAW mengembalikan ajaran mentawhidkan Tuhan kepada seluruh manusia (Al-Ikhlas 112:1). Maka inilah bukti bahawa para Utusan Tuhan menyampaikan satu ajaran dari tuhan yang satu.
“satu aqeedah bersama satu syahadah dalam satu agama dari tuhan yang satu”
Maka dimana bukti Muhammad SAW mengajar agamanya berasal dari pagan???
09 – Bukti lain saya berikan. “Islam / משלם” ada disebut dalam Luke 23:46,Psalm 37:21,Proverbs 22:27,Job 41:3 dan Isaiah 60:20 dalam ayat asli. Jesus Christ adalah salah satu Anbiya’Wal’Rasul mengajar sama seperti :
*05 Rukun Agama
John 17:3-21 / Mathew 26:30-36 / Mark 1:25-35 / Mathew 9:1-14 / Luke 2:1-37 / Matthew 6:1-5 dan Act 10:1-2
*06 Rukun Iman
Mark 12:28-30 / Revelations 7: 11 / Exodus 23:20 / Luke 1:11-13 / Mathew 12:33 & Matthew 13: 41-43 dan Mark 5:28-29
*Dua rujukan kepada Muslim Israel (Islam dizaman syariat Jesus)
Original Gospel : Injeel Yeshua
– Mark 8: 30-35
*Follow the Prophet’s teachings : Sunnah of Yeshua
– John 14:1-15 / Mathew 5:17-47,Matthew 13:57,Matthew 21:10-11 dan Matthew 21:40-45 dan Luke 7:16 serta Luke 24:19
Jadi jika anda mahu katakan apa yang Muhammad SAW ajarkan berasal dari ajaran pagan,maka apakah ajaran para Nabi terdahulu juga berasal daripada pagan kerana ajaran Muhammad SAW sama dengan ajaran para Nabi sebelumnya??
Anti-Islam menulis,
Buktinya ketika “orang Islam – maupun non-Islam” mulai mengkritisi sejarah kelahiran muhamMAD, jawaban umat Islam terbagi dua, kelompok pertama mengakui bahwa memang benar muhamMAD berada di dala kandungan ibunya (Aminah) selama empat tahun dan hal tersebut merupakan mukjizat pertama bagi muhamMAD; Sedangkan kelompok kedua memberi sanggahan dengan mengatakan bahwa cerita tersebut berasal dari hadits palsu karangan orang-orang Syiah. Menurut kelompok ini, muhamMAD lahir seperti orang pada umumnya, dia lahir setelah sembilan bulan dalam kandungan ibunya. Kalau begitu pendapat dari kelompok mana yang bisa dipercaya ? Tidak ada yang tahu bahkan tidak ada yang mau tahu.
Response :
01 – Sila berikan dimana ahli sejarah Islam ada bersetuju dan mengakui bahawa Muhammad SAW lahir empat (04) tahun selepas kewafatan ayahnya iaitu Abdullah….silakan…..
02 – Berkenaan sirah Nabawiyyah dan atsar yang mengatakan Muhammad SAW lahir empat tahun setelah kewafatan ayahnya (Abdullah) telah dijawab dan dijelaskan secara terperinci disini :
– http://www.al-eman.com/%D8%A7%D9%84%D9%83%D8%AA%D8%A8/%D8%A7%D9%84%D8%B7%D8%A8%D9%82%D8%A7%D8%AA%20%D8%A7%D9%84%D9%83%D8%A8%D8%B1%D9%89%20**/%D9%81%D9%8A%20%D8%A7%D9%84%D8%A8%D8%AF%D8%B1%D9%8A%D9%8A%D9%86%20%D8%B7%D8%A8%D9%82%D8%A7%D8%AA%20%D8%A7%D9%84%D8%A8%D8%AF%D8%B1%D9%8A%D9%8A%D9%86%20%D9%85%D9%86%20%D8%A7%D9%84%D9%85%D9%87%D8%A7%D8%AC%D8%B1%D9%8A%D9%86%20./i54&d55038&c&p1#s1
(Jawapan terperinci dalam bahasa Arab)
– https://www.quora.com/Is-it-true-that-the-prophet-Mohammed-was-born-4-years-after-his-father%E2%80%99s-demise
(Rujuk jawapan dari Mahil Mehtar)
– http://dar-alifta.org/Foreign/ViewArticle.aspx?ID=154
– https://yahyasnow.wordpress.com/2010/07/24/refuted-a-lie-about-muhammads-parents/
Tapi tidak mengapa,disini saya jelaskan secara sederhana….
Point Satu
Pertama sekali ingin saya katakan bahawa Atsar berkenaan kelahiran Muhammad SAW empat (04) tahun setelah kewafatan ayahnya adalah Hadith Shiite yang mana kebanyakan Hadith Palsu tetapi Shiite mengambilnya sebagai Hadith Sahih. Di istiharkan sebagai Hadith Maudhu’ (Palsu) kerana ada Narrator dari Al-Waqidi yang merupakan seorang pendusta Hadith namun Shiite mengambilnya sahih kerana Shiite hanya menurut pada Al-Majlisi tidak menurut pada Muhadithin. Maka disini jelas bahawa Shiite adalah salah.
Point Kedua
Hadith berkenaan Muhammad SAW lahir empat (04) tahun setelah kematian ayahnya bermula dari penukilan Sirat’ul Ibn Ishaq dengan jalur Al-Waqidi yang berkaitan dengan Abdullah bin Ja’far Al-Zuhri dan yang kemudian yang kedua berasal dari Umar bin Muhammad bin Umar bin Ali bin Abu Talib,dari Yahya ibn Shibl dari Abu Ja’far Muhammad bin Ali bin Al-Husyan (Imam Syiah kelima). Maknanya jalur tersebut bukan melalui para Sahabah terdahulu.
Apabila kita rujuk dalam halaman 68 Sirat’ul Ibn Ishaq yang diterjemahkan dalam english oleh Alfred Guillaume,dikatakan bahawa kelahiran Muhammad SAW empat (04) tahun selepas kewafatan Abdullah HANYALAH SEKADAR DAKWAAN. Maksudnya,ianya adalah ambigu dan tidak dipercayai cuma sekadar desas desus.
Point Ketiga
Dakwaan khabarnya Muhammad SAW lahir empat (04) tahun setelah kewafatan Abdullah adalah berasal dari Al-Waqidi yang mana Al-Waqidi adalah seorang pendusta dan penipu dari Muhadithhin. At-Tabari sendiri menyatakan bahawa nukilan Al-Waqidi banyak palsu. Ibn Hisyam dan At-Tabari telah memperbetulkan sirat’ul Ibn Ishaq secara keadaan sebenar tanpa mengambil nukilan dari Al-Waqidi yang telah banyak mendustakan sirah dengan kepalsuan dan banyak merosakkan tradisi sehingga wujud banyak versi.
Point Keempat
Berkenaan dengan nukilan dari Ibn Saad,dinyatakan bahawa dalam kitabnya iaitu Kitab Tabaqat Al-Kubra Hadith bahawa Abdullah dan Abdul Mutallib berkahwin secara serentak pada masa yang sama dan mengatakan Hamza berusia empat (04) tahun. Namun Ibn Saad tidak menyatakan bahawa sirah itu adalah benar kerana Ibn Saad hanya mengumpulkan mana-mana yang telah direkodkan dari individu lain termasuk yang palsu. Maka sebab itu mengapa karangan Ibn Saad tidak memetik sebarang rantai apabila menukilkannya atau membicarakannya.
Apakah sumber maklumat Ibn Saad menyatakan Abdullah dan Abdul Mutallib berkahwin pada waktu yang sama? Satu bermula dengan jalur Al-Waqidi yang berkaitan dengan Abdullah bin Ja’far Al-Zuhri. Yang kedua dengan Umar bin Muhammad bin Umar bin Ali bin Abu Talib dari Yahya ibn Shibl dari Abu Ja’far Muhammad bin Ali bin Al-Husyan (imam Syiah kelima). Adalah pelik bahawa Umar perlu belajar dari orang lain apabila keduanya hanya mempunyai perbezaan dari dua (02) generasi dari Ali. Jadi,kenyataan ini adalah palsu.
RUMUSAN :
* Hadith mengenai Muhammad SAW lahir empat (04) tahun setelah kewafatan Abdullah (ayah baginda) adalah hadith palsu tetapi dianggap sahih dari Shiite kerana Shiite menuruti dari Al-Majlisi BUKAN melalui Muhadithin. Maknanya,Shiite tidak menganalisa hadith mengikut acuan corak disiplin ilmu hadith yang sebenar.
* Kenyataan Muhammad SAW lahir empat (04) tahun setelah kewafatan Abdullah (ayah baginda) adalah dari Sirat’ul Rasul yang mana terdapat pemalsu dan pendusta hadith iaitu Al-Waqidi. Ibn Ishaq menyenaraikan sirah tersebut sebagai hanya sekadar dakwaan BUKAN fakta sejarah. Maknanya kejadian itu tidak dipercayai dan ambigu.
* Ibn Hisyam,At-Tabari dan Ibn Kathir telah memperbetulkan kronology sirah sebenar Nubuwwah Muhammad SAW,menolak narration dari Al-Waqidi dan menyatakan bahawa Muhammad SAW lahir seperti manusia lain iaitu sembulan (09) bulan. Fakta sebenar adalah Muhammad SAW berada dua (02) bulan dalam kandungan ibunya ketika Abdullah wafat dan kemudian hidup selama empat (04) tahun bersama ibunya sebelum ibunya wafat BUKAN lahir empat (04) tahun setelah ayahnya wafat.
* Ibn Saad mengambil sirah Abdullah dan Abdul Muthallib bernikah secara serentak masa dan Hamza berumur empat (04) tahun adalah berasal dari Narration Al-Waqidi yang merupakan seorang pendusta dan pemalsu Hadith.
Sumber bukti Al-Waqidi merupakan pendusta dan pemalsu Hadith :
– https://www.scribd.com/document/249729273/The-Problems-With-Ibn-Ishaq-s-Sirat
– https://www.letmeturnthetables.com/2012/01/muhammad-ibn-umar-waqidi-narrator.html
– https://www.siasat.pk/forums/threads/why-historian-ibn-ishaq-cant-be-trusted-the-problems-with-ibn-ishaq.495239/#targetText=They%20get%20excited%20when%20Ibn,severe%20problems%20with%20his%20writings.
– http://islamiat101.blogspot.com/2012/10/the-problems-with-ibn-ishaq.html
Jadi jelas bahawa Muhammad SAW lahir seperti manusia biasa sembilan (09) bulan dan dakwaan Muhammad SAW lahir empat (04) selepas kewafatan ayahnya iaitu Abdullah adalah PALSU.
Anti-Islam menulis,
BUKAN hanya itu, cerita mengenai kematian muhamMAD-pun ndak ada yang sepakat. Padahal jelas-jelas dalam hadits mengatakan muhamMAD wafat karena keracunan daging kambing pemberian seorang wanita Yahudi.
Sekali lagi orang-orang Islam entah aliran apa menuduh, “Cerita seperti itu berasal dari Hadits Palsu karangan kelompok Syiah Laknatullah Alaih”. Jika demikian, dimana dan apa kata Hadist yang asli? Tidak ada lagi yang menjawab.
Response :
Very good……Berkenaan kononnya Muhammad SAW wafat kerana diracun telah saya jawab disini secara terperinci :
– https://muslim-apologetic-borneo.com/benarkah-rasullullah-muhammad-saw-wafat-kerana-di-racun/
Saya tidak tahu muslim mana yang mengatakan hadith Muhammad SAW diracun adalah berasal dari Shiite tetapi mandatori Ulama bersepakat bahawa Muhammad SAW wafat BUKAN kerana di racun.
sedikit hujah dari saya :
01 – Memang benar ada sejarah seorang wanita Arab Judah meracuni baginda tetapi DISINILAH SALAH SATU MUKJIZAT MUHAMMAD SAW iaitu daging Khaybar itu memaklumkan kepada baginda dengan berkata,
“Sesungguhnya,tulang daging ini memberitahukan kepadaku bahawa ia beracun.”
Daging Khaybar itu berkata ,
“wahai Rasul! Sungguh,andaikan Isa putera Maryam telah dikurniakan oleh Allah kemampuan untuk dapat menghidupkan kembali orang mati,namun apakah hal itu lebih menakjubkan berbanding daging ini yang diracun dan telah digoreng? JANGANLAH ENGKAU MEMAKANKU KERANA AKU BERACUN!”
Wanita yang cuba meracuni Muhammad SAW itu ialah Zaynab binti Harith,seorang isteri Sallam bin Misykam yang merupakan pahlawan Arab Judah yang mati dibunuh oleh tentara kaum muslimin dan Zaynab berkata,
“Sayalah yang melakukan itu sebab aku ingin tahu apakah kamu benar-benar seorang nabi. Jika memang benar maka racun ini tidak akan mengganggumu dan jika kamu ternyata seorang nabi palsu,maka aku akan dapat membebaskan masyarakat dari dirimu dan ternyata MEMANG BENAR engkau seorang nabi, daging tersebut memberi khabar kepadamu bahawa ia beracun,maka dengarlah bahawa saya bersaksi ‘Tiada Tuhan selain Allah dan Engkau Muhammad benar-benar utusan Dia.”
[Adh-Dhiya’ Al-Lami’ min Khuthab Al-Jawami’ dan Khalid Abu Shalih, Qashimatuzh Zhuhri Wa Matan Syahidan – Darul Wathan,Riyadh 1422 H/2001, halaman 64-68.]
Satu (01) soalan dari saya :
– Ketika waktu tersebut,salah seorang sahabat Nabi mati serta merta ketika makan daging Khaybar yang dijamah tetapi mengapa Muhammad SAW tidak wafat serta merta sedangkan baginda juga menjamah daging tersebut???
02 – Mari kita analisa mukjizat Muhammad SAW bahawa bukti baginda tidak wafat kerana racun :
628 AD – Perang ke Khaybar dengan jarak 171 km selama 3 hari 7 jam 20 minit
629 AD – Haji ke Makkah dengan jarak 440 km selama 8 hari
630 AD – Penaklukan Kota Makkah dengan jarak 440 km selama 8 hari
630 AD – Perang ke Hunayn dengan jarak 72.5 km selama 1 hari 7 jam
631 AD – Perang ke Tabuk dengan jarak 629 km selama 12 hari
632 AD – Haji ke Makkah dengan jarak 440 km selama 8 hari
Disini,ingin saya berikan tiga (03) soalan :
– Muhammad SAW diracun pada 628 AD dan hidup sihat segar walafiat selama 4 tahun. Jika difikir dengan logik,manusia jenis apa yang mampu berperang,berjalan kaki atau menaiki unta/kuda sejauh 440 km selama 8 hari / 72.5 km selama 1 hari 7 jam dan 629 km selama 12 hari yang mana dirinya ketika itu sedang diracun selama 4 tahun??
– Sila rujuk kepada doktor dan mana-mana cendikiawan sedunia,apa jenis racun yang mampu membunuh seseorang empat (04) tahun kemudian yang mana selama lingkungan empat (04) tahun tersebut,seseorang yang diracun itu masih hidup sihat segar walafiat???
– Para Nabi Israel juga ramai dibunuh dan diracun (Matthew 23:37 dan Mark 12: 1-12),apakah mereka Nabi Palsu??
Sekarang giliran saya “putar meja” kepada Anti-Islam :
Jesus Christ juga diracun ketika dipalang salib (Matthew 27:34) dan ini disetujui oleh Bible scholars dan Ahli Sejarah anda. Menurut Exegess Christianity Commentary,ayat Koine Greek Matthew 27:34 merujuk Chole (χολή) atau Gall yang mengandungi racun.
Ini kerana dalam Acts 8:23,Peter mengatakan kepada Simon bahawa hatinya penuh dengan ikatan kejahatan seperti racun yang pahit. Ayat disitu menggunakan Chole (χολή) atau Gall. Bahkan dalam Perjanjian Lama terjemahan Septuagint,Chole (χολή) atau Gall (Hebrew menyebut “Rosh” / “רוֹשׁ” dalam TNKH) di kategorikan sebagai racun dalam Psalm 69:21 / Deuteronomy 32:32 / Hosea 10:4 / Amos 6:12 / Jeremiah 8:14 dan Job 20:16 (Gall atau Chole bermaksud bisa ular Kobra). Jadi jelas bahawa Jesus Christ mati ketika dalam penyaliban disebabkan racun dalam wine (Matthew 27:34).
Dan ayat ini (Matthew 27:34) juga bercanggah dengan ayat dalam John 19:29 kerana ayat dalam John 19:29 tidak menyebut “Chole (χολή) atau Gall” sedangkan Kristian berhujah bahawa saksi penyaliban itu bersama semua Hawariyyun termasuk empat (04) penulis Gospel yang dibimbing Ruh Kudus. Bahkan Matthew 27:34 dan John 19:29 juga bercanggah dengan Mark 15:23 kerana dalam Mark 15:23 menyebut anggur bercampur Myrrh namun Jesus Christ pbuh menolaknya sedangkan dalam John 19:29 menyebut Jesus meminum wine sahaja dan dalam Matthew 27:34 mengatakan Jesus meminum Wine bercampur racun (Chole (χολή) atau Gall).
Bukan sahaja Bible membuktikan Jesus mati diracun sewaktu penyaliban tetapi juga ayat Bible saling bercanggah. Jadi pilihlah.jika Gospel of John yang benar,maka Gospel of Mark dan Gospel of Matthew adalah salah dan bukan kitab suci. Jika Gospel of Mark yang benar,maka Gospel of John dan Gospel of Matthew yang salah dan bukan kitab suci. Jika Gospel of Matthew yang benar,maka Gospel of Mark dan Gospel of John adalah salah dan bukan kitab suci sedangkan ketiga-tiga mereka dibimbing Ruh Kudus menurut kepercayaan iman Kristian.
Kita sambung lagi hujah seterusnya….
Setelah kita ketahui Jesus Christ pbuh juga diracun,apakah Jesus Christ adalah Nabi Palsu?? Bahkan dia di anggap tuhan oleh Kristian sedangkan dirinya tidak mampu buat apa-apa ketika diracun.
Prophet John The Baptist (Yahya pbuh) satu-satunya Nabi yang tidak memiliki mukjizat (John 10:41),apakah dia Nabi Palsu??. Jangan lupa,Jesus Christ pbuh telah berkata bahawa Nabi-nabi Palsu juga mampu melakukan mukjizat (Matthew 24:24).
Dalam Deuteronomy 18:18 dinubuatkan bahawa akan datang Nabi DI ANTARA saudara mereka. Seandainya nubuat itu adalah merujuk Jesus Christ pbuh,makanya pada ayat seterusnya (Deuteronomy 18:20-22) menceritakan jika Nabi itu adalah Nabi palsu yang mana banyak mengatakan bukan dari Tuhan,maka dia harus mati. Ingin saya bertnya,bagaimana Jesus mati??
Tahukah anda mengapa orang Judah menyalib Jesus Christ pbuh?? Apakah kerana disebabkan penebusan dosa?? Jika benar kerana penebusan dosa,makanya orang yang mengatakan “Eli eli lama sabakhtani” (Matthew 27:46 dan Mark 15:34) adalah di kalangan orang yang tidak dikasihi tuhan (Psalm 37:28).
. Jadi apakah Jesus Christ pbuh adalah Nabi palsu disebabkan dia ditinggalkan oleh TUhan di tiang salib (Matthew 27:46 dan Mark 15:34)??.
Bagi kami (muslim),ayat dalam Deuteronomy 18:18 adalah nubuat Muhammad SAW dan ayat seterusnya iaitu Deuteronomy 18:20-22 adalah untuk peringatan seandainya baginda adalah Nabi Palsu namun ternyata Muhammad SAW wafat bukan kerana dibunuh racun dan ayat itu dituju kepada Anti-Christ (Al-Masihu’Dajjal) yang akan datang kemudian hari. Jadi,pilih lah dengan penilaian akal bijaksana anda. Jika Deuteronomy 18:18 kamu yakini Jesus,maknanya dia adalah Nabi Palsu. Jika tidak,secara langsung anda terima Muhammad SAW adalah Utusan Allah.
Anti-Islam menulis,
MASIH banyak contoh lain mengenai KEBOHONGAN muhamMAD dan para pengikutnya, namun kiranya contoh-contoh diatas sudah dapat mewakili. Itulah Wajah Asli Umat Islam, kalau tidak berbohong, bukan pengikut muhamMAD namanya, tapi jangan salahkan mereka, sebab mereka hanya mengikuti apa yang diajarkan oleh Sang Babi.
Response :
Saya telah runtuhkan kesemua tuduhan fitnah hujatan bodoh anda. Untuk pengetahuan anda,segala fitnah terhadap junjungan agung – Nabi Muhammad SAW telah dijawab secara lengkap disini :
(Eeshtesham Ghulam & muslim scholars)
– https://islamicapologetics1.blogspot.com/2012/03/refuting-criticisms-and-polemics-about.html
– http://islamicapologetics1.blogspot.com/2012/06/refuting-every-anti-islamic-websitebook.html
– http://www.answering-christian-claims.com/False_Stories_About_Prophet_Muhammad.html
– http://www.answering-christian-claims.com/The-Problems-With-Ibn-Ishaq.html
(Bassam Zawadi)
– https://www.call-to-monotheism.com/refuting_arguments_against_prophet_muhammad___peace_be_upon_him__
(Osama Abdallah / Sammi Zattari)
– http://www.answering-christianity.com/ac4.htm#links
– http://www.answering-christianity.com/sam_shamoun_rebuttals.htm
(Dr.Mustafa Zayed)
– https://d1.islamhouse.com/data/en/ih_books/single2/en_The_Lies_about_Muhammad.pdf
(MSM Saifullah)
– https://www.islamic-awareness.org/polemics/
(ISESCO)
– https://www.isesco.org.ma/wp-content/uploads/2015/05/Life-Prophet.pdf
(Other muslim scholars)
– https://www.letmeturnthetables.com/p/complete-list-of-articles.html
– http://www.muhammadfactcheck.org/
Missionaries dari pihak anda masih GAGAL buktikan Muhammad SAW seorang pembohong dan Alhamdulillah,dari 1400 tahun lalu sehingga kini tidak ada sesiapa lagi mampu buktikan Islam adlaah ajaran yang salah dan Muhammad SAW adalah Nabi Palsu.
Setelah saya menjawab kesemua hujat fitnah tuduhan dari anda,saya mendapati Kristian hanya mampu :
– memutar belit fakta
– berbohong
– memfitnah
– mengulang sesuatu perkara yang bathil
BUKAN KRISTIAN NAMANYA JIKA TIDAK ADA PAKEJ ITU SEMUA.
Penjelasan saya hanya para pembaca sahaja boleh menilai siapa yang mampu mencetuskan tuduhan fitnah kebohongan menurut kebencian dan siapa yang berhujah fakta ilmiah kerana kebenaran.
KESIMPULAN
Rasullullah Muhammad SAW adalah benar-benar Nabi wa Rasul dan BUKAN seorang pembohong.
SESUNGGUHNYA ISLAM AGAMA DAMAI DAN BENAR…SAKSIKAN KEBENARAN ISLAM!
pesan Jesus Christ pbuh :
“Jikalau kamu tetap dalam sabdaku,kamu benar-benar adalah muridku.dan kamu akan mengetahui kebenaran, dan kebenaran itu akan memerdekakan kamu.”
[John 8:31-32]
– memerdekakan anda dari kekufuran…
pesan Rasullullah Muhammad SAW :
“Terimalah kebenaran itu walau ianya pahit..”
[Hadith Sahih Bukhari dan Tirmizi]
Firman Allah Azza’Wa’Jalla :
“Telah datang kebenaran dan lenyaplah kebatilan.Sesungguhnya kebatilan itu sememangnya pasti lenyap.”
[Al-Isra’ 17: 81]
“Tiada tuhan selain Allah,Muhammad dan Eesa Al-Masih adalah Utusan Allah serta Jibrail Sayyid Malak Al-Qhuwaan adalah Ruhul Quddus…”