Reading Time: 11 minutes

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Si keldai Christian Prince telah membuat satu video yang menggelikan hati bertajuk “air kencing penyebab azab kubur”. Video tersebut boleh di tonton disini :
– https://www.youtube.com/watch?v=_OUWR0mAB_Y

Setelah saya menontonnya,saya mendapati Christian Prince begitu bodoh dan hanya melakukan provokasi. Dia sebenarnya boleh mengkaji dan mendapati jawapannya jika dia benar-benar ingin mempelajarinya namun tidak demikian kerana hala tuju dia melakukan video tersebut hanya untuk mencetuskan fitnah terhadap Islam agar Kristian lain dan orang yang jahil mempercayai kata-kata beliau lalu membuat pandangan negatif terhadap Islam.

Apapun,disini saya akan runtuhkan fitnah Si Keldai Christian Prince dalam video dari beliau tersebut. Let check it out~

CLAIM NO.1
Christian Prince berkata bahawa Muhammad SAW meniru dari wanita Judah yang mengatakan bahawa asbab azab kubur adalah kerana air kencing yang tidak dibasuh. Ini kerana alasannya ialah Aisyah tidak pernah mendengar Muhammad SAW mengatakan tentang asbab azab kubur adalah kerana air kencing yang tidak dibasuh sebelum ini. Selepas wanita Judah itu menyatakan demikian,barulah Aisyah mendengar Muhammad SAW berdoa memohon perlindungan dari Allah dari azab kubur.

Christian Prince mengambil hadith dari Sunan An-Nasai Vol.2 Book 13 Number 1345

MAB response :
Ok baik….mari kita bantu berikan pencerahan kepada Si Keldai hero Kristian abad ini….

Aisyah R.A adalah orang yang paling dekat dengan Nabi kerana beliau adalah isteri Nabi. Dan dia antara Hadith Narrator yang paling banyak menyampaikan hadith dengan jumlah 2210 Hadith Muhammad SAW. Namun sungguhpun demikian,banyak hadith Muhammad SAW yang belum pernah di dengari oleh Aisyah R.A. Ini kerana Muhammad SAW banyak bersama para Sahabah di luar dengan dakwah Islam dan Aisyah R.A hanya akan dapat mendengar hadith Muhammad SAW apabila bersama dengan Nabi.

Hadith Narrator yang paling banyak menyampaikan hadith Muhammad SAW adalah Abu Hurairah R.A dengan jumlah sebanyak 5394 Hadith Muhammad SAW. Di ikuti dengan Abdullah bin Umar bin Khattab dengan jumlah sebanyak 2638 hadith Muhammad SAW. Aisyah R.A berada di tangga ketiga (2210 Hadith) dan Ibn Abbas di tangga ke empat dengan jumlah sebanyak 1660 Hadith. Ada hadith Muhammad SAW yang Aisyah R.A tidak pernah dengar,tetapi banyak di dengari oleh Abu Hurairah,Ibn Abbas,Abdullah bin Umar dan para sahabah yang lain. Contohnya hadith melihat Hijab Allah atau melihat wajah Allah yang mana Aisyah R.A tidak pernah mendengarnya tetapi sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW mendengarnya. Antaranya ialah :

* dari Abu Dzar,aku pernah bertanya kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasalam,
“apakah engkau melihat Allah ketika Isra Mi’raj?”.

Jawab Nabi Sallallahu Alaihi Wasalam,
“aku melihat sekeliling hanya cahaya,bagaimana aku melihat-Nya.”
[Hadith Sahih Muslim No.178,Tirmudzi No.3282 dan Ahmad No.21392]

* Abu Hurairah R.A mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah melihat Allah Azza’Wa’Jalla ketika ditanya oleh Marwan Ibn Hakam (Hadith Abdullah bin Ahmad No. 218 dan Al-Lalika’i Syarh Ushul I’tiqad No.908)

* dari Qatadah,Anas Ibn Malik R.A mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah melihat tuhannya (Hadith Ibn Abi Ashim No.432 dan Ibnu Khuzaimah No.280)

* Ibn Abbas R.A mengatakan bahawa Muhammad SAW pernah melihat Allah melalui mata hati dengan jarak dekat dua busur (Hadith Muslim No.176,Tirmizi No.3280,Ahmad No.1/223,At-Thabari No.27/46-47 dan Ibnu Abi Hatim No.18699)

Semua hadith di atas ini tidak pernah di dengari oleh Aisyah R.A. Jika ada,maka pasti Aisyah R.A juga akan menyampaikannya. Aisyah R.A hanya mendengar khabar bahawa Nabi pernah melihat tuhan lalu Aisyah R.A berkata,
“Siapa yang meyakini bahawa Muhammad pernah melihat Tuhannya,bermaksud dia telah membuat kedustaan yang besar atas nama Allah.”
[Hadith Bukhari No.4855,Muslim No.428 dan Tirmidzi No.3068]
– Atsar Aisyah R.A ini didengari oleh Abu Dzar R.A lalu disampaikan.

Ada hadith yang Aisyah R.A pernah dengar tetapi tidak pernah di dengari oleh para sahabat lainnya. Contoh hadith tersebut ialah :

Nabi Sallallahu‘Alaihi Wasalam bersabda:
“Kesialan itu dalam tiga perkara: kuda,wanita dan rumah.”
[Hadith Sahih Bukhari No.2858 dan Muslim No.2225]

Hadith di atas ini di sampaikan oleh Abdullah Ibn Umar R.A,Sahl bin Sa’ad R.A dan Abu Hurairah R.A. Namun Aisyah R.A berkata bahawa Abu Hurairah,Abdullah Ibn Umar R.A dan Sahl bin Sa’ad tidak mendengar awal hadit tersebut kerana mereka datang kemudian. Mereka mendengar hujung hadith tetapi tidak mendengar awalnya yang menjadi konteks Hadith. Nabi Muhammad SAW menyatakan konteks hadith tersebut bahawa masyarakat Jahiliyah berpandangan sesat ketika mereka menyatakan “Kesialan itu dalam tiga perkara: kuda,wanita dan rumah.”
[Ath-Thohawi Syarh Ma’anil Atsar No.4/314,Ath-Thabari Tahdzibul Atsar No.1/31,Ibn Abdil Barr At-Tamhid No.9/283,Az-Zarkasyi Al-Ijabah li Irodi Mastadrokathu Aisyah ala Sohabah No.128 dan Albani Silsilah Ahadits ash-Shohihah No.1/727 – No.4/565]

Jadi apa yang ingin saya sampaikan ialah ada hadith yang mana Nabi Muhammad SAW pernah sampaikan kepada para sahabah baginda tetapi tidak pernah didengari oleh Aisyah R.A dan begitu juga sebaliknya. Maka Aisyah R.A dan para sahabah Nabi yang lain mendengar semua hadith Muhammad SAW,maka pasti jumlah hadith yang di sampaikan dari mereka adalah sekata banyak jumlah. Ini tidak termasuk dengan Hadith Dhaif dan Hadith Palsu yang disandarkan kepada nama-nama perawi dan nama-nama Narators.

Jadi apa kaitan dengan Hadith azab kubur disebabkan air kencing??…Kaitannya adalah Aisyah R.A tidak pernah mendengar hadith Muhammad SAW tentang azab kubur disebabkan air kencing yang tidak dibasuh sebelumnya tetapi para sahabah Muhammad SAW telah lama mendengarnya dari lisan sabda Muhammad SAW. Ada dua puluh dua (22) Hadith menceritakan tentang azab kubur disebabkan air kencing yang tidak dibasuh yang disampaikan dari :
* Abu Hurairah R.A
* Ibn Abbas R.A
* Ubadah bin Walid bin Samit R.A
* Abdur-Rahman bin Hasanah R.A
* Abu Bakrah R.A
* Amr ibn al-‘As
22 Hadith tersebut dari para sahabah tersebut boleh rujuk disini yang mana semua hadith itu hanya para sahabah sahaja yang mendengar tetapi Aisyah R.A tidak pernah mendengarnya :
– https://sunnah.com/search/?q=urine+grave

Oleh sebab itu mengapa Aisyah R.A menafikan wanita Judah tersebut kerana beliau tidak pernah mendengarnya sebelum ini namun para sahabah Nabi yang lain telah pun mendengar sebelumnya. Maka Aisyah R.A baru mendengar Hadith tentang “azab kubur disebabkan air kencing yang tidak dibasuh” (Sunan An-Nasai Vol.2 Book 13 Number 1345) setelah sekian lama tidak pernah didengarinya sebelum itu namun para sahabah Muhammad SAW telah lama mengetahui tentang azab kubur disebabkan air kencing yang tidak dibasuh dari lisan sabda Muhammad SAW.

02 – Dalam ayat seterusnya hadith tersebut,Aisyah R.A hanya mendengar Muhammad SAW berdoa memohon perlindungan dari azab neraka dan azab kubur. Aisyah R.A tidak mengatakan bahawa Muhammad SAW berdoa memohon perlindungan dari azab kubur disebabkan air kencing tidak dibasuh dan Aisyah R.A tidak mengatakan bahawa Muhammad SAW tidak pernah berdoa sedemikian sebelum ini. Maknanya apa yang Aisyah R.A ingin sampaikan dalam ayat seterusnya di hadithnya ialah :
* Aisyah R.A baru mengetahui bahawa azab kubur itu wujud.
* Aisyah R.A baru mendengar doa dari Rasulullah Muhammad SAW sejak itu.
* Aisyah R.A ingin kaitkan antara doa Nabi Muhammad SAW dengan peristiwa yang dia pernah alami dengan wanita Judah tentang azab kubur.
* Aisyah R.A ingin mengatakan bahawa azab kubur itu adalah benar yang mana antara sebab terjadinya azab kubur ialah amalan air kencing yang tidak dibasuh.

Analogynya seperti berikut :
“David bermain bola sepak bersama sahabatnya dan sewaktu David bermain,seorang pihak lawan telah menendang bola keluar dari garisan padang kemudian David mengambil bola itu dan menendang kembali ke dalam garisan padang memberikan kepada salah satu rakan sepasukan tetapi tindakan David itu didapati salah oleh pengadil. Kemudian pengadil itu memberitahu kepada David bahawa jika bola berada di luar garisan padang,harus membaling menggunakan tangan memberikan kepada rakan pasukan masuk ke dalam garisan padang. Dan sejak dari itu,David melihat setiap hari apabila bola keluar dari garisan padang,pemain akan membaling bola kepada rakan pasukan dengan menggunakan tangan.”

Saya ingin bertanya satu soalan :
– Dari analogy ini,apakah maksudnya sebelum ini orang bermain bola tidak pernah membaling bola kepada rakan pasukan dengan menggunakan tangan sewaktu bola terkeluar dari garisan ATAU David yang tidak pernah mengetahuinya???

CLAIM BODOH CHRISTIAN PRINCE MENUDUH MUHAMMAD SAW MENIRU WANITA JUDAH TENTANG AZAB KUBUR DIRUNTUHKAN!

CLAIM NO.2
Christian Prince berkata azab kubur disebabkan air kencing tidak dibasuh adalah sesuatu yang tidak logik. Islam adalah agama sesat,bodoh dan tidak logik.

MAB response :
Di azab siksa kubur kerana manusia meremehkan sesuatu yang tidak penting walhal perkara itu amat penting dalam kehidupan manusia. Adab mencuci kemaluan selepas buang air kecil adalah bentuk kebersihan yang harus di terapkan dalam Jalan Hidup ajaran tuhan.

Jika merokok di kawasan larangan sahaja pun boleh dikenakan denda yang tidak selari dengan kesalahan tetapi di terima akal,mengapa hukuman tidak menjaga kebersihan mencuci kemaluan selepas buang air kecil dan besar tidak di anggap tidak logik???

Tuhan telah nyatakan ajaran untuk menjaga kebersihan baik dari aspek kecil hingga aspek yang besar lalu kamu ingkar dan bila tuhan menghukum,kamu katakan tidak logik??. Jika benar tidak logik,maka apakah ajaran-ajaran dari orang Judah yang di ajar mencuci kemaluan selepas buang air kecil atau besar adalah sesuatu yang tidak logik???

Jadi,adalah logik jika tidak menjaga kebersihan disiksa dalam kubur kerana yang layak mengadili tentang itu adalah Tuhan. Jadi tuhan ada hak untuk menentukan penghakiman mengapa tidak menjaga kebersihan tentang hal itu. Sebab jika kesalahan yang kecil itu dijadikan antara asbab disiksa azab Neraka,maka ianya akan melanggar Maha Keadilan Allah dan nanti orang-orang yang kufur seperti kamu akan mengatakan Tuhan itu tidak adil. Jika membersihkan kemaluan selepas buang air kecil atau besar sahaja pun diremehkan dan tidak dijaga baik,maka apatah lagi perkara yang amat besar seperti aqeedah dan usul furu yang lain. Maka sebab itu mengapa ianya menjadi asbab utama kenapa di siksa azab kubur.

Untuk lebih terperinci mengapa air kencing menjadi antara asbab utama disiksa azab kubur,sila rujuk disini :
– https://islamqa.info/en/answers/46068/detailed-reasons-for-the-punishment-in-the-grave
– https://islamqa.info/en/answers/45325/reasons-for-the-punishment-in-the-grave
– https://qurananswers.me/2014/01/04/why-is-soiling-oneself-with-urine-a-big-sin/
– http://www.dar-alifta.org/Foreign/ViewFatwa.aspx?ID=4810

Giliran saya “putar meja” kepada Christian Prince…Memandangkan Christian Prince usulkan perkara yang tidak logik,maka saya juga ingin bertanya tentang sesuatu yang berkaitan dengan kelogikan. Tiga (03) soalan saya kepada Christian Prince :
01 – Kristian percaya bahawa tuhan datang ke dunia menjadi manusia melalui Firman untuk menebus dosa manusia sedangkan pada masa yang sama Kristian percaya bahawa Tuhan itu Maha Kekal Abadi tidak mati. Jadi apakah tuhan yang mati di tiang salib selama tiga (03) hari dan tiga (03) malam itu logik atau tidak??

Jika lOGIK,maka anda akui bahawa Tuhan itu boleh mati dan tidak kekal abadi sekaligus mengakui bahawa tuhan dalam kekristianian tidak Maha Berkuasa.

Jika TIDAK LOGIK,maka penebusan dosa adalah dusta kerana tidak ada makna tuhan datang ke dunia menjelma jadi manusia jika bahagian manusiawinya sahaja yang mati tetapi bahagian keilahiannya tidak mati.

02 – Kristian percaya bayi yang lahir adalah berdosa dan dengan pembaptisan,maka bayi itu telah ditebus dosa. Maka bagaimana jika ada bayi yang lahir itu tidak sempat dibaptis lalu mati. Apakah bayi itu masuk syurga atau Neraka?

Jika MASUK SYURGA,maka anda sekaligus akui bahawa muslim atau sesiapa yang tidak dibaptis juga akan masuk syurga.

Jika MASUK NERAKA,maka anda akui bahawa Tuhan Yang Maha Pengasih itu tidak adil dan zalim.

03 – Mari kita baca ayat Genesis 3:16,
“Firman-Nya kepada perempuan itu: “Susah payahmu waktu mengandung akan-Ku buat sangat banyak dengan kesakitan engkau akan melahirkan anakmu,namun engkau akan berahi kepada suamimu dan ia akan berkuasa atasmu.”
[Genesis 3:16]
– Menurut ayat di atas,kesalahan sepenuhnya diletakkan kepada wanita dan tuhan tambahkan kesakitan itu kepada wanita yang mengandung disebabkan dosanya. Jadi maksudnya,kehamilan itu merupakan satu kutukan.

Manakala dalam Quran pula,tidak ada satu ayat pun menyalahkan wanita. Quran surah Al-Araf 7:19-27 menceritakan kesalahan Adam dan Hawa yang seimbang dan kedua-duanya bertaubat lalu diampuni oleh Allah. Kemudian dalam surah An-Nisa 4:1 menjelaskan “penghormatan kepada rahim yang mengandungkanmu” dan hadith Nabi menjelaskan keutamaan taat kepada ibu lebih dari ayah (Hadith Sahih Muslim No.2548). Jadi antara Quran dan Bible,mana satu ajaran yang logik dan lebih kasih sayang.???

logik atau tidak ajaran Kristian??

CLAIM BODOH CHRISTIAN PRINCE MENGATAKAN AZAB KUBUR DISEBABKAN AIR KENCING TIDAK DIBASUH ADALAH TIDAK LOGIK DIRUNTUHKAN!

CLAIM NO.3 (TAMBAHAN DARI CHRISTIAN PRINCE)
Christian Prince mengatakan bahawa Muhammad SAW meniru cerita Solomon berkata-kata dengan semut,cincin Solomon,Karpet terbang Solomon dan Solomon menguasai Jinn dari kitab legenda Judah.

MAB response :
Pencerahan kepada Si Keldai Christian Prince….Neutral scholars iaitu Dr.Haim Z’ew Hirschberg dan W.Montgomery Watt dan L.Ron Hubbard menyatakan bahawa semua cerita Solomon dalam Tarqum Sheni dan Eshter 2 diambil dari sumber Quran pada abad 12 iaitu 500 tahun selepas lengkapnya Quran.

Ini telah dijawab secara terperinci disini termasuk menjawab mengenai Quran meniru kisah Solomon pbuh dengan Bersyeba dalam Tarqum Sheni :
– https://www.islamic-awareness.org/quran/sources/bbsheba
– https://www.islamic-awareness.org/quran/contrad/external/sheba.html

Tapi tidak mengapa,saya difahamkan bahawa ada kitab lain yang menceritakan hal yang sama dan cerita lisan dari mulut Judah Israel berkenaan cerita Solomon memiliki cincin,karpet dan haykal serta Solomon bercakap dengan binatang dan penguasaan ke atas jinn-syaitan. Mari saya buktikan dalam kitab lain anda bahawa Israel juga mengakui Solomon memiliki beberapa kelebihan seperti mana diceritakan dalam Quran. Namun bezanya adalah kitab Israel Judah mengatakan bahawa Solomon pbuh memiliki sihir dan kedatangan Quran menjelaskan hal sebenar bahawa Solomon pbuh bukanlah pengamal sihir (Al-Baqarah 2:102). Boleh rujuk disini :
– http://anonhq.com/vatican-remove-14-books-bible-1684/
– http://www.jewishencyclopedia.com/articles/13842-solomon

* Israel Judah mengakui bahawa Solomon pbuh memiliki cincin dan karpet terbang :
– https://en.wikipedia.org/wiki/Seal_of_Solomon
– https://en.wikipedia.org/wiki/Tzitzit
– http://www.jewishencyclopedia.com/articles/13842-solomon

* Israel Judah mengakui bahawa Solomon pbuh membina Haikalnya dengan ‘Shamir Worm’ :
– https://en.wikipedia.org/wiki/Solomon%27s_shamir

* Israel Judah mengakui Solomon pbuh menguasai Jinn dan syaitan namun bezanya ialah Israel Judah mengatakan bahawa Solomon bekerjasama dengan salah satu Raja Jin/Syaitan bernama Asmodeus :
– https://en.wikipedia.org/wiki/Benaiah
– http://ejmmm2007.blogspot.my/2007/05/jewish-demonology-demon-origins.html
– https://en.wikipedia.org/wiki/Solomon#Solomon_and_Asmodeus

Vatican Rome kasi remove 7 versi Books dalam Bible anda pada tahun 1684 kerana dalamnya menceritakan banyak keburukan para Nabi atau Wiseman (dalam istilah Kristian merujuk orang mulia tetapi bukan Nabi) salah satunya ialah Wisdom of Solomon. Disini kita berikan penjelasan dari Exegess Jewish sendiri yang mana sememangnya ada SEBAHAGIAN BESAR dari orang Judah Israel menuduh Solomon seorang Tukang Sihir dan sejarah yang disembunyikan itu dianggap mitos agar generasi akan datang tidak menuduh Solomon pbuh sedemikian rupa :

The literate Greco-Roman would have been familiar with the legend of the wizard-king Pharaoh Nectanebus. A combination of Merlin and Uther Pendragon, the legend ran that Nectanebus used his skills to seduce Olympia, the wife of Phillip of Macedonian and so, secretly, Nectanebus fathered the quasi-enchanted Alexander the Great.

Royal wizardry of a somewhat less lecherous focus was also ascribed to Solomon, the son of David, by the peoples of the Mediterranean basin. As was a common motif for other kings of the Ancient Near East, the Hebrew Scriptures styles Solomon as a patron of all forms of wisdom (I Kings 5:11). The post-Biblical work The Wisdom of Solomon elaborates on this theme:

May God grant that I [Solomon] speak with judgment and have thought worthy of what I have received, for he is the guide even of wisdom and the corrector of the wise….For it is he who gave me unerring knowledge of what exists, to know the structure of the world and the activity of the elements; the beginning and end and middle of times, the alternations of the solstices and the changes of the seasons, the cycles of the year and the constellations of the stars, the natures of animals and the tempers of wild beasts, the powers of daemons and the reasonings of men, the varieties of plants and the virtues of roots; learned both what is secret and what is manifest…(7:15-21)

By default, ‘knowledge of what exists’ would have included the science of magic, a standard branch of learning in the ancient world. Later writers would particularly pick out the themes of Solomon’s mastery of zoology and demonology.In Jewish sources, Solomon could talk with and command animals (Midrash Tanhuma B, Mavo; Ruth Rabbah 1:17; Eccl. Rabbah 2:25).

In both Jewish and Gentile writings, Solomon could bend djinns to his will (Talmud, Gittin 68a-b; Antiquities 8:45; Testament of Solomon). He also manufactured magical devices. His ring was the key to his authority over beasts and spirits.These traditions were bequethed to the medieval world. Thus in Nachmanide’s introduction to his commentary on the Torah he notes:

[Solomon] was better versed in divination and enchanting then they [the fabled “children of the East,” I Kings 5:10]..and Solomon [also] was better versed in sorcery, which is the wisdom of Egypt.”

In time, Solomon’s standing as the scholarly magician par excellence came to eclipse the similar tradition regarding Moses (see my prior blog entry). There arose a proliferation of magical and alchemical texts presented as being in the Solomonic magical tradition: The Key of Solomon, The Letter of Rehoboam, and Sefer ha-Razim, in addition to the aforementioned Testament of Solomon; a veritable library of esoteric powers credited to the Israelite king.Why did Solomon sound so crazy and evil in this book (Wisdom of Solomon)?

And one last thing I would like to point out is when Solomon says;

“Let us oppress the poor righteous man, let us not spare the widow, nor reverence the ancient gray hairs of the aged.”

This really disrupts everything we thought we knew. Solomon really and truly sounds evil. He is also alleged to be the wisest man in history.

Interestingly, Solomon is a man who was engulfed in the occult, he worshiped multiple gods and was weak for women. And the famous Temple of Solomon is considered to be the spiritual birth place of Freemasonry, a movement that is (at the highest levels) associated with pulling the strings of major global events and argued to be the true controlling power of our world.

Untuk lebih lanjut,sila rujuk sumber dari Jewish sendiri untuk lebih terperinci :
– http://www.deliriumsrealm.com/solomons-magic/
– http://www.phoenixmasonry.org/historypage.htm
– http://www.jewishencyclopedia.com/articles/13842-solomon
– https://www.amazon.com/Encyclopedia-Jewish-Myth-Magic-Mysticism/dp/0738709050
– http://ejmmm2007.blogspot.my/2009/01/solomon-sorcerer.html
– https://youtu.be/kdumE85A2iA
(documentary dari para sejarah sendiri bahawa ada golongan bani Israel menuduh Solomon seorang Tukang Sihir)

Jadi jelas bahawa apa yang terdapat dalam kitab-kitab Judah adalah merupakan pegangan tuduhan orang Judah Israel terhadap Solomon pbuh dan kejadian itu benar-benar terjadi. Maka sebab itu Quran menceritakan hal yang sama (mukjizat-mukjizat Solomon) seperti mana dalam kitab-kitab Judah Israel namun Quran menjelaskan hal sebenar bahawa Solomon BUKANLAH pengamal sihir tetapi mukjizat yang diberikan oleh Allah Azza’Wa’Jalla sekaligus menepis semua tuduhan terhadap baginda (Solomon pbuh). Apabila ada persamaan cerita antara Quran dengan kitab-kitab sebelumnya,anda menuduh Quran meniru cerita-cerita tersebut.

Kamus edisi pertama,edisi kedua,edisi ketiga dan edisi terkini,apakah anda mahu mengatakan bahawa kamus edisi terkini meniru kamus-kamus edisi sebelumnya???

CLAIM BODOH CHRISTIAN PRINCE MENGATAKAN QURAN MENIRU SEMUA CERITA SOLOMON DALAM KITAB JUDAH DIRUNTUHKAN!

RUMUSAN
– Azab kubur disebabkan air kencing yang tidak dibasuh adalah benar.
– Ajaran para Nabi dan Muhammad SAW tentang menjaga kebersihan mencuci kemaluan selepas buang air kecil atau besar dan menjadi salah satu asbab utama siksa azab kubur jika di ingkari.
– Sesuatu perkara samiyyat tidak disandari dengan logik atau tidak kerana aqal terbatas untuk memikirkannya. Orang yang percaya dan beriman pasti akan patuh bukan mempertikaikannya.

KESIMPULAN
Tidak ada satu kesalahan tentang Hadith azab kubur disebabkan air kencing yang tidak dibasuh namun kebodohan Christian Prince dalam memahami Hadith dan keterbatasan aqalnya apabila tidak mampu menerima dan tidak mampu mencari kesalahan islam,maka si keldai Christian Prince hanya mampu mengatakan bahawa azab kubur disebab air kencing tidak dibasuh adlaah tidak logik.

Nampaknya Si Keldai Christian Prince masih GAGAL membuktikan Quran suda tidak asli dan GAGAL buktikan Islam agama salah.

Saya,semua saudara muslim yang lain dan sesiapa yang mengetahui hakikat kebenaran hanya akan mentertawakan Christian Prince dan sesiapa yang menjadi Penggemar Tegar Christian Prince yang bodoh itu.

Islam agama yang benar…pesan Jesus Christ pbuh :
“Jikalau kamu tetap dalam sabdaku,kamu benar-benar adalah muridku.dan kamu akan mengetahui kebenaran, dan kebenaran itu akan memerdekakan kamu.”
[John 8:31-32]
– memerdekakan anda dari kekufuran…

“Itulah sebabnya aku berkata-kata dalam perumpamaan kepada mereka; kerana sekalipun melihat, mereka tidak melihat dan sekalipun mendengar, mereka tidak mendengar dan tidak mengerti.”
[Matthew 13:13]

pesan Rasullullah Muhammad SAW :
“Terimalah kebenaran itu walau ianya pahit..”
[Hadith Sahih Bukhari dan Tirmizi]

Firman Allah Azza’Wa’Jalla :
“Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap.Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.”
[Al-Isra 17:81]

Tiada Tuhan selain Allah,Jesus dan Muhammad adalah Utusan Allah serta Jibrail Sayyid Malak Al-Qhuwwaan adalah Ruhul Quddus.

By