Skip to content

Menjawab Christian Prince – “Istiftaahu Bil Huruufi Al-Muqatha’ah (Kaf Ha Ya Ayn Sod) Dalam Surah Maryam.”

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Missionary pengecut dan pendusta dari SocMed Skype iaitu Christian Prince telah membuat satu video yang mana dia menyatakan bahawa huruf Initial Code (Istiftaahu Bil Huruufi Al-Muqatha’ah) dalam surah Maryam 19:1 iaitu “Kaf Ha Ya Ayn Sod” ialah ‘Kod Rahsia’ yang memberitahu bahawa Jesus Christ pbuh adalah Tuhan. Video tersebut boleh rujuk disini :
– https://www.youtube.com/watch?v=G6u7ps4e1Mw&feature=youtu.be

Setelah saya menonton video tersebut,saya mendapati Christian Prince amat jahil tentang Quran dan menafsir mengikut kehendak nafsu untuk membenarkan kesesatan Jesus adalah tuhan.

Tapi tidak mengapa,disini kita akan jawab video tersebut sekaligus meruntuhkan tuduhan fitnah Christian Prince dalam video tersebut dan membuktikan bahawa Christian Prince adalah seorang penipu. Semoga bermanfaat~

CLAIM NO.1
Christian Prince berkata bahawa seluruh muslim tidak tahu tentang Initial Code dalam surah Maryam 19:1 yang menyebut huruf-huruf “Kaf Ha Ya Ayn Sod”.

MAB response :
Sangat benar! Kami akui bahawa TIDAK ADA seorang pun muslim yang tahu secara hakikat maksud sebenar yang terkandung dalam Initial Code di surah Maryam (Kaf Ha Ya Ayn Sod) termasuk mana-mana surah yang mengandungi Istiftaahu Bil Huruufi Al-Muqatha’ah dalam Quran. Ini kerana Allah Azza’Wa’Jalla telah memberitahu dalam surah Al-Araf 7:52-53 bahawa tidak ada seorang pun dari orang beriman akan mengetahui secara keseluruhan Kalamullah dalam Kitabullah melainkan akan diberitahu kesemuanya pada Hari Akhirat kelak.

Salah satu bukti sesebuah kitab itu datang dari Tuhan,pasti ada ayat Muhkamat dan ayat Mutasyabihat. Jika Tuhan maklumkan semua itu secara jelas zahir harfiah,maka tidak ada beza kitabullah dengan buku novel buatan manusia dan tidak ada hikmah Bishak’ul Khasin wa Majid sesebuah kitabullah.

Sungguhpun TIDAK ADA sesiapa yang mengetahui makna hakikat sebenar Initial Code tersebut,namun terdapat mukjizat di setiap Istiftaahu Bil Huruufi Al-Muqatha’ah dalam Quran setelah dikaji oleh muslim. Mukjizat tersebut boleh dirujuk disini :
– http://www.answering-christianity.com/fakir60/initial.htm
– http://www.answering-christianity.com/fakir60/initials2.htm
– http://www.answering-christianity.com/detailed_meanings_of_scientific_words_in_verses.htm
– http://www.miracles-of-quran.com/base-19.htm
– http://www.discoveringislam.org/numerical_miracles_intro.htm
– https://www.researchgate.net/publication/296194112_An_Analysis_of_the_Mysterious_Letters_of_the_Qur’an

Giliran saya “putar meja” kepada Christian Prince :
Dalam Torah,terdapat Initial Code (Istiftaahu Bil Huruufi Al-Muqatha’ah) yang sama seperti Quran iaitu dalam Exodus 13:14 menyebut “Yodh He Waw He” (יהוה). Dari zaman Moses pbuh sehingga kini,TIDAK ADA seorang pun dari bani Israel mampu memecah rahsia dari makna hakikat sebenar huruf Tetragrammaton tersebut. Namun Moses pbuh hanya menyatakan dengan menyebut “Eheyeh Asyer Eheyeh” (“I am that I am”). Dan disebabkan kalimat tersebut amat suci,orang Israel judah tidak berani untuk menyebutnya sesuka hati,maka mereka hanya menukarkan sebutan kepada “Adonay” atau “Ha Shem” atau “Hakadosh Baruch Hu”.

Para rabbi Judah Israel dan orang-orang dari Bani Israel TIDAK PERNAH menakwil Initial Code “Yodh He Waw He” kepada “Yahweh”. Sebutan kalimat “Yahweh” adalah julukan nama kepada Dewa Baal dari Canaanite Vulcan ketika Raja Moab menakluk gunung Nebo dan disitu dia menyatakan di Batu Mesha (Moabite Stone) bahawa Dewa Baal adalah ‘Yahweh’. Untuk lebih terperinci,sila rujuk bukti kenyataan dari Neutral scholars dan historians :
– http://www.bibleorigins.net/YahwehYawUgarit.html
– https://www.newworldencyclopedia.org/entry/Yahweh
– https://www.haaretz.com/archaeology/.premium.MAGAZINE-jewish-god-yahweh-originated-in-canaanite-vulcan-says-new-theory-1.5992072
– https://www.ancient.eu/Yahweh/
– https://enslavedbyfaith.com/gods-of-the-bible/

Jadi,di era nubuwwah Moses pbuh tidak pernah mendengar kalimat “Yahweh” dan kalimat itu bukan berasal dari zaman nubuwwah Moses pbuh. Dan Tetragrammaton “Yodh He Waw He” adalah berasal dari Babylonian Aramaic BUKAN dari Hebrew. Memandangkan Kristian claim bahawa mereka adalah umat yang dibimbing Ruh Kudus,jadi disini saya meminta kepada seluruh Kristian untuk menafsir apakah Initial Code yang terdapat dalam Exodus 3:14 iaitu “Yodh He Waw He”.

CLAIM DARI ANGGAPAN CHRISTIAN PRINCE MENGATAKAN MUSLIM TIDAK TAHU MAKNA SEBENAR YANG TERSIRAT DALAM INITIAL CODE “KAF HA YA AYN SOD” JUGA DISANDARKAN JUGA KEPADA ISRAEL JUDAH DAN KRISTIAN SENDIRI YANG TIDAK TAHU MAKNA SEBENAR YANG TERSIRAT DALAM TETRAGRAMMATON “YODH HE WAW HE”.

CLAIM NO.2
Christian Prince mengatakan bahawa ketika Kristian mengalami diskriminasi kezaliman yang amat buruk di era masa dahulu,mereka menulis surat dalam bentuk huruf-huruf kod dan Muhammad SAW serta ulama-ulama Islam meniru huruf-huruf ini lalu dimasukkan ke dalam Quran.

MAB response :
01 – Sila berikan SATU BUKTI SEJARAH dimana Kristian di masa lalu pernah mengalami diskriminasi kezaliman yang amat buruk sehingga membuat surat dengan menulis dengan bentuk Istiftaahu Bil Huruufi Al-Muqatha’ah lalu ditiru oleh muslim di zaman Nubuwwah Muhammad SAW.

02 – Jika Christian Prince dan Kristian claim bahawa Muhammad SAW meniru huruf-huruf kod tersebut dari kitab-kitab suci Israel,maka ingin saya berikan pencerahan disini bahawa menurut Historian sendiri,Kitab TNKH pertama kali diterjemahkan dalam bahasa Arab pada 902 AD oleh Saadia Gaon dan beliau merupakan orang pertama yang menerjemahkan TNKH dalam bahasa Arab (Perjanjian Baru diterjemah dalam bahasa Arab pada tahun 1616 oleh Erpenius). Jadi bagaimana Muhammad SAW dan muslim di masa lalu mengutip dan meniru huruf-huruf Initial Code dalam bahasa Aramaic dan Hebrew melalui kitab-kitab Israel di masa lalu??

03 – Dan sila berikan dimana Initial Code ‘Kaf Ha Ya Ayn Sod” ada terdapat dalam kitab-kitab suci Israel terdahulu termasuk 41 Apocryphal Books. Jika alasan kononnya kitab-kitab Kristian yang mengandungi serangkap ayat penting yang mana dikumpulkan dalam satu kod telah dibakar,maka pasti ada sumber pihak lain yang telah memberitahukan tentang hal tersebut. Ini kerana pengetahuan kod tersebut bukan hanya terletak kepada penduduk satu tempat kerana pengetahuan kod itu telah dipelajari di serata tempat oleh orang-orang Kristian (jika benar claim tersebut benar berasal dari Kristian).

Jika benar kod huruf rahsia itu berasal dari Kristian,maka pasti telah dinyatakan sewaktu dalam Council of Nicea pada 325 AD kerana pengetahuan Initial Code telah awal dipelajari oleh Israel dan Kristian di era awal sebelum kedatangan era nubuwwah Muhammad SAW.

CLAIM CHRISTIAN PRINCE MENUDUH MUSLIM MENIRU DARI KITAB TERDAHULU DIRUNTUHKAN!

CLAIM NO.3
Christian Prince mengatakan bahawa huruf Initial Code – “Kaf Ha Ya Ayn Sod” merujuk nombor-nombor Arabic Alphabet Numeric seperti berikut :
Kaf – 20
Ha – 5
Ya – 10
Ayn – 70
Sod – 90

Jumlah = 195

maknanya serupa dengan :
Alif – 1
Lam – 30
Mim – 40
Sin – 60
Ya – 10
Ha’ – 8
Huruf-huruf di atas merujuk “Al-Masih”

Alif – 1
Lam – 30
Ha – 5
Ya – 10
Huruf-huruf di atas merujuk “Ilahiya”

Total :
(Almasih) 149 + (Ilahiya) 46 = 195 #

Jadi huruf Initial – “Kaf Ha Ya Ayn Sod” bermaksud “Al-Masih Ilahiya” (Christ is god)

MAB response :
Ok baik…..saya berikan tepukan kepada Christian Prince. Disini saya akan telanjangi Christian Prince :

01 – Sebetul bacaannya ialah “Maseehul-Ilahi” bermaksud “Penyelamat dari Tuhan” ATAU “Keselamatan Tuhan”. Dalam sistem Kawayyid Arabic,suku kata “Al” yang merujuk “The” dijadikan penyambung menjadi bacaan “UL” pada awal suku kata ayat kedua selepas bacaan ayat pertama. Maka,sepatutnya ditulis dan dibaca “Maseehul-Ilahi”. Jika dibaca “Al-Masih Ilahiya”,menjadi satu kesalahan dalam sistem Kawayyid.

02 – Jika merujuk ayat “Christ is god”,pasti akan penambahan perkataan “ذَتُهُ” yang mana bermaksud “adalah” ATAU “itu” yang merujuk “is” ATAU “that” dalam English. Maka,jika merujuk ayat “Christ is god” dalam huruf Initial – “Kaf Ha Ya Ayn Sod”,pasti melebihi jumlah 195.

Jadi sebetulnya ialah “Maseehul-Ilahi” merujuk “Keselamatan Tuhan” ATAU “Penyelamat dari Tuhan” dan itu merujuk maksud kepada nama “Eesa”….disini huruf Initial Code – “Kaf Ha Ya Ayn Sod” merujuk “Eesa”…kenapa???…sebab maksud “Eesa” adalah “Keselamatan Tuhan” ATAU bermaksud “Yang dicptakan Tuhan”. Untuk lebih terperinci,saya berikan sumber disini penjelasan tentang “Eesa” :
– http://www.answering-christianity.com/eesa.htm

maka jelas disitu maksud “Kaf Ha Ya Ayn Sod” merujuk nama anak Maryam iaitu “EESA” (“ISA” dalam bahasa). Dan ini dikukuhkan lagi dalam John 17:12 yang mana dinyatakan bahawa nama Jesus yang diberikan tuhan merujuk salah satu sifadh ilahiyyah Allah iaitu As-Salam “Penyelamat”. Ini synonym seperti nama “Jibrail” bermaksud “Kekuatan Tuhan” yang di ambil dari salah satu sifadh Ilahiyyah Allah iaitu Al-Jabbar dan juga synonym dengan Muhammad yang berasal dari kata akar Al-Hamd’ yang bermaksud “Maha Terpuji” yang mana kata Al-Hamd’ tersebut adalah salah satu sifadh ilahiyyah Allah iaitu Al-Hamid.

03 – Untuk pengetahuan Christian Prince,bukan Aramaic Alphabet Numeric sahaja yang menggunakan formula tersebut tetapi juga dalam Arabic Alphabet Numeric menggunakan formula yang sama :
– http://www.masjidtucson.org/quran/appendices/app01_GVs.gif

04 – Jika Christian Prince ingin memaksa bahawa Initial Code dalam surah Maryam (Kaf Ha Ya Ayn Sod) yang berjumlah 195 itu merujuk “Christ is god”,maknanya Christian Prince juga telah membuktikan Muhammad SAW adalah Nabi…kenapa??? Kerana :
* ayat “لّنبي هو محمد ” bermaksud “Prophet is Muhammad” juga adalah selaras kod 195.

* ayat “محمد نبي الهه” yang bermaksud “Muhammad Prophet of God” juga merujuk kod 195.

* ayat “سلم لله ” bermaksud “Blessing of god” juga merujuk kod 195.

* ayat “الإسلام جوابك ” yang bermaksud “Islam is your answer” juga merujuk kod 195.

Mari kita cuba kira huruf per huruf merujuk Arabic Alphabet Numeric seperti Christian Prince gunakan,pastinya semua selaras berjumlah 195. Let check it out~

Saya ambil salah satu contoh dari empat (04) ayat di atas iaitu “محمد نبي الهه” yang bermaksud “Muhammad Prophet of god” :
Mim – 40
Ha’ – 8
Mim – 40
Dal – 4
Huruf-huruf di atas merujuk “Muhammad”….

Nun – 50
Ba – 2
Ya – 10
Huruf-huruf di atas merujuk “Nabiy”…

Alif – 1
Lam – 30
Ha – 5
Ha – 5
Huruf-huruf di atas merujuk “Ilaha”…

Total :
(Muhammad) 92 + (Nabiy) 62 + (Ilaha) 41 = 195 #

Jadi huruf Initial – “Kaf Ha Ya Ayn Sod” bermaksud “Muhammad Prophet of god”.

Maka memandangkan semua itu merujuk keselarasan dalam kod 195 di dalam huruf Initial “Kaf Ha Ya Ayn Sod”,apakah Christian Prince dan Kristian bersetuju bahawa kod 195 seperti “Prophet is Muhammad” / “Muhammad Prophet of god” / “Blessing of god” dan “Islam is your answer” yang saya sebutkan di atas adalah maksud hakikat sebenar kepada huruf Initial Code (Istiftaahu Bil Huruufi Al-Muqatha’ah) “Kaf Ha Ya Ayn Sod” dalam surah Maryam 19:1??

CLAIM CHRISTIAN PRINCE INTIAL CODE “KAF HA YA AYN SOD” MERUJUK JESUS ADALAH TUHAN DIRUNTUHKAN!

RUMUSAN
– Bukan sahaja muslim tidak tahu makna sebenar yang tersirat dalam setiap Istiftaahu Bil Huruufi Al-Muqatha’ah dalam Quran tetapi Israel Judah dan Kristian sendiri juga tidak mengetahui makna sebenar yang tersirat dalam Tetragrammaton “Yodh He Waw He” yang terkandung dalam Torah Exodus 3:14.

– Muslim di era Nubuwwah Muhammad SAW tidak merampas dan meniru huruf-huruf kod dalam surat mahupun kitab-kitab ahlul kitab (Judah dan Kristian) awal dahulu dan Ahlul Kitab di masa lalu tidak pernah menulis huruf-huruf kod tersebut dalam surat atau kitab-kitab mereka.

– Jika Christian Prince mengatakan Initial Code “Kaf Ha Ya Ayn Sod” dalam surah Maryam 19:1 merujuk “Christ is God” disebabkan berjumlah 195 mengikut formulanya,maka Christian Prince juga mengakui bahawa Muhammad SAW adalah Nabi kerana ayat “محمد نبي الهه” yang bermaksud “Muhammad Prophet of god” juga berjumlah 195 dalam Initial Code “Kaf Ha Ya Ayn Sod” di surah Maryam 19;1 jika mengikut formula Christian Prince.

KESIMPULAN
Huruf Initial Code (Istiftaahu Bil Huruufi Al-Muqatha’ah) “Kaf Ha Ya Ayn Sod” dalam surah Maryam 19;1 BUKAN merujuk “Christ is god” (Al-Masih Ilahiya). Rahsia dalam Istiftaahu Bil Huruufi Al-Muqatha’ah dalam Al-Quran hanya Allah Azza’Wa’Jalla sahaja yang mengetahuinya. Semua rahsia itu akan diberitahu di Hari Akhirat kelak (Al-Araf 7:52-53).

Apabila tidak ada bukti jelas zahir dalam Bible dan Quran menyatakan Jesus Christ pbuh adalah tuhan,Christian Prince sanggup menghalalkan cara dengan melakukan penipuan dan fitnah membuat satu andaian bodoh melalui Istiftaahu Bil Huruufi Al-Muqatha’ah dalam Quran.

Saya,semua saudara muslim yang lain dan sesiapa yang mengetahui hakikat kebenaran hanya akan mentertawakan Christian Prince dan sesiapa yang menjadi Penggemar Tegar Christian Prince yang bodoh itu.

pesan Eesa Al-Masih Alaihissalam @ Jesus Christ :
“Jikalau kamu tetap dalam sabdaku,kamu benar-benar adalah muridku.dan kamu akan mengetahui kebenaran dan kebenaran itu akan memerdekakan kamu.”
[John 8:31-32]
– memerdekakan anda dari kekufuran…

pesan Rasullullah Muhammad SAW :
“Terimalah kenyataan itu walau ianya pahit…”

Firman Allah Azza’Wa’Jalla :
“Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap.Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.”
[Al-Isra 17:81]

Tiada Tuhan selain Allah,Jesus dan Muhammad adalah Utusan Allah serta Jibrail Sayyid Malak Al-Qhuwwaan adalah Ruhul Quddus.