Reading Time: 7 minutes

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Missionary Kristian dari SocMed Skype iaitu Christian Prince telah membuat satu video debat yang mana dia menyatakan bahawa Quran membenarkan Trinity dan Quran salah tentang keimanan Kristian yang kononnya Allah salah satu dari tiga Tuhan dalam surah Al-Maidah 5:73. Video tersebut boleh lihat disini :
– https://www.youtube.com/watch?v=GFFUeSq-3Zs

Setelah saya melihat video tersebut,saya mendapati :
* Christian Prince mengakui bahawa TIDAK ADA Trinity dalam Bible. Ucapan Tahniah saya berikan kerana Christian Prince setuju Bible tidak mengajarkan Trinity.
* Ada tiga (03) kesalahan yang datang dari kebodohan hujah Christian Prince.

Untuk makluman,video Christian Prince tersebut telah pun dijawab oleh saudara muslim apologetics kita dari Indonesia,boleh rujuk disini sanggahan hujah mereka :
(dari Channel Welcome Again With Me)
– https://www.youtube.com/watch?v=aEh2yZALu5U&feature=youtu.be

(dari Channel Islam Menjawab Tuduhan)
– https://www.youtube.com/watch?v=Rbol36w3xkE&feature=youtu.be

Walau bagaimanapun,dalam artikel ini saya tetap berikan maklumbalas dengan menjawab video Christian Prince sebagai pengukuh kebenaran Islam dan mendukung sokongan kepada jawapan dari saudara muslim apologetics kita yang telah bereikan jawapan untuk menjawab Christian Prince. Disini saya akan telanjangi penipuannya. Mari kita lihat sejauh mana Hero Kristian zaman ini mampu tegakkan kebenarannya. Let check it out~

CLAIM NO.1
Christian Prince mengatakan bahawa Quran bingung dan salah tentang Trinity yang di imani oleh orang Kristian kerana Quran mengatakan bahawa Allah salah satu dari Tiga (Al-Maidah 5:73) sedangkan dalam fahaman Kristian,Allah adalah tiga peribadi dalam satu entiti Tuhan.

MAB response :
Pertama sekali,mari kita baca dahulu ayat Quran tersebut,
“Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan”. Padahal tiada Tuhan melainkan Tuhan yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”
[Al-Maaidah 5:73]

Kebodohan Christian Prince ialah menganggap kalimah Allah ialah memberi maksud Tuhan sedangkan Allah adalah kata ganti nama khas bagi Ilah (Tuhan). Kalimah Allah BUKAN berasal dari Al-Ilah. Dalam hukum Nahwu Sorof Samawiyyah Arabic apabila ada “Ya” di awal sebutan perkataan seperti “Ya Allah”,suku kata “AL” pada kalimah Allah tidak dibuang. Ini disebabkan suku kata “AL” pada kalimah Allah BUKAN merujuk “The” tetapi kata yang dikhususkan dari kata “IL” (“EL” in Hebrew).

Maka sebab itu mengapa sebutan tetap menjadi ‘Ya Allah”. Tetapi apabila ada “Ya” di awal sebutan mana-mana perkataan yang merujuk “The” seperti contoh “Al-Hakim”,suku kata “AL” pada “Al-Hakim” harus dibuang menjadi sebutan “Ya Hakim” apabila suku kata “Ya” ada disebut di awal kalimat. Ini kerana suku kata pada “AL” dalam perkataan “Al-Hakim” merujuk “Maha” atau “The” (“HA” in Hebrew).

Sememangnya kalimah Allah ada dalam Bible. Yahuwah @ YHWH (bukan sebutan Yahweh) adalah kata ganti nama khas tuhan Israel. Ianya synonym dgn ALLH dalam Samawiyyah Arabic (Quranic Al-Arab). mengapa sama? Huruf “Yodh” dalam YHWH synonym dengan “Ya” dalam Arabic. Tetapi dalam hukum Qhair Mustaq,huruf “Yodh” synonym dengan bacaan huruf “Alif (Arabic) @ Aleph (Hebrew)” dan “Alif Matsurah”. Makanya,kalimah YHWH dalam Arabic merujuk ALLH. Rabbi Saadia Gaon menerjemah TNKH dalam bahasa Arab pada 902 AD dan beliau merupakan orang pertama yang menerjemahkan TNKH dalam bahasa Arab (Perjanjian Baru diterjemah dalam bahasa Arab pada tahun 1616 oleh Erpenius). Dalam terjemahan beliau,kalimah YHWH diterjemah menjadi kalimah ALLAH sebagai contoh :
Hebrew translation
“Syema Israelu,Yahuwah eloheinu yahuwahu echad”
[Deuteronomy 6:4]

beliau menerjemah dalam bahasa Arab seperti berikut :
“Ishma ya Israel,Allah ilahunna Allahu ahad.”
[Deuteronomy 6:4]

untuk lebih lanjut,sila rujuk disini :
– https://www.academia.edu/3770935/_The_Torah_of_Israel_in_the_Tongue_of_Ishmael_Saadia_Gaon_and_his_Arabic_Translation_of_the_Pentateuch_
– https://www.youtube.com/watch?v=LFSM7nTPjfk
– https://www.youtube.com/watch?v=qHNzSk_Buec

Jadi dalam konsep Trinity yang di ajar dan imani dalam Kristian mengatakan bahawa Oknum Bapa adalah salah satu dari tiga peribadi dan menjadi Peribadi Utama dalam Ketuhanan Trinity. Ini sekaligus dalam iman Kristian menunjukkan Allah salah satu dari Trinity kerana Oknum Bapa itulah Allah Azza’WaJalla sebab Bapa satu-satunya Tuhan Yang Benar. Maka sebab itu mengapa dalam ayat Al-Maidah 5:73 mengatakan “Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan”.

Kristian menjadikan Tuhan Yang Benar adalah Oknum Bapa kemudian menjadikan Jesus Christ pbuh adalah Oknum Anak (Peribadi Kedua) dan Ruhul Quddus adalah Oknum Ruh Kudus (Peribadi Ketiga) sedangkan asal ajaran Ketuhanan yang di ajarkan oleh Jesus Christ pbuh hanya mentauhidkan Bapa sebagai satu-satunya Tuhan (Mark 12:29,John 17:3 dan Matthew 23:9). Maknanya,secara tidak langsung Trinity Kristian adalah seperti berikut :

Trinity = Allah (Bapa) + Jesus (Anak) + Ruh Kudus (Ruh Kudus)

JADI QURAN TIDAK SALAH TAPI CHRISTIAN PRINCE YANG BODOH!

CLAIM NO.2
Christian Prince mengatakan bahawa Quran mengakui kebenaran Trinity dan muslim mempercayai Trinity kerana An-Nisa 4:171 memberitahu bahawa Jesus Christ pbuh merupakan Utusan,Ruh yang keluar dari Allah dan Firman-Nya. Ini bermakna Jesus adalah satu entiti dalam tiga peribadi. Itulah Trinity yang di imani oleh Kristian lalu Quran dan muslim mengakui dan membenarkannya.

MAB response :
Ok baik….bagus!….Nampaknya Christian Prince bodoh Trinity dalam Kristian itu sendiri. Disini muslim akan ajar Christian Prince bagaimana pakai “seluar dalam dengan betul”. Apapun,kita baca dahulu ayat tersebut,

“Wahai Ahli kitab! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara agama kamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar; sesungguhnya Al Masih Isa ibni Maryam itu hanya seorang RASUL ALLAH dan KALIMAH ALLAH yang telah disampaikanNya kepada Maryam dan RUH daripadaNya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan janganlah kamu mengatakan: “TRITUNGGAL”. Berhentilah!, supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Hanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan cukuplah menjadi Pengawal seluruh makhluk-Nya.”
[An-Nisaa’ 4:171]

01 – Dalam prinsip Scutum Fidei Trinity Doctrine yang di imani oleh Kristian,Oknum Bapa BUKAN Oknum Anak dan BUKAN Oknum Ruh Kudus. Oknum Anak BUKAN Oknum Bapa dan Oknum Ruh Kudus. Oknum Ruh Kudus BUKAN Oknum Bapa dan BUKAN Oknum Anak. Jadi maksudnya, setiap ketiga-tiga oknum tersebut adalah berbeza. Jadi tidak mungkin Jesus adalah Bapa kerana itu adalah satu kesesatan dalam Kekristianian itu sendiri dan menjadi salah terhadap konsep Scutum Fidei Trinity Doctrine itu sendiri.

02 – Apa yang dinyatakan dalam Surah An-Nisa 4:171 TIDAK ADA KAITAN dengan Trinity Kristian kerana kenyataan dalam ayat tersebut adalah julukan kepada Jesus Christ pbuh iaitu :
– Rasul
– Kalimat
– Ruh Allah

Jesus Christ pbuh adalah Utusan Allah yang menjadi Nabi wa Rasul dan Jesus Christ pbuh diberikan gelaran Kalimatullah serta gelaran Ruhullah kerana baginda (Jesus) diciptakan dari “Kun” yang merupakan mudhafatul Ilahiyyah dan ditiupkan ruh dari Allah melalui Ruh Kudus (malaikat Jibrail pbuh) disebabkan Jesus tidak wujud melalui percampuran benih lelaki dan wanita.

Diberikan dua gelaran sedemikian kerana di zaman Jesus,orang-orang Israel Judah menuduh Jesus Christ pbuh adalah anak zina dan keturunan zina (Sanhedrin 106a,Shabbat 104b,Yebamoth 49b,Yevamot 4:18,Avot 5:19 dan Gittin 56b-57a serta Maryam 19:28). Jadi Allah bersihkan tuduhan tersebut bahawa Jesus Christ pbuh BUKANLAH anak zina tetapi dia adalah anak yang diciptakan dari kalimat Allah dan ruh ditiupkan dari Allah.

Dua soalan saya kepada Christian Prince dan seluruh Kristian :
* Jika ayat An-Nisa 4:171 itu dijadikan sama seperti konsep Trinity yang di imani oleh Kristian,apakah oknum “Rasul” atau oknum “MANUSIA” ada terdapat dalam konsep Trinity Kristian??

* Dalam An-Nisa 4:171,Jesus adalah Rasul,Kalimatullah dan Ruhullah. Jika gelaran Rasul mati disalib,gelaran-gelaran Kalimatullah dan Ruhullah juga turut mati disalib kerana ketiga-tiga gelaran tersebut merujuk satu entiti iaitu Jesus Christ pbuh. Dalam konsep Trinity yang di imani Kristian,sewaktu Oknum Anak mati disalib selama tiga (03) hari tiga (03) malam,apakah Oknum Bapa di syurga dan Oknum Ruh Kudus turut mati???

(A) Jika MATI,maka ini bercanggah dengan Matthew 27:46 dan melanggari Scutum Fidei Trinity Doctrine yang di imani oleh Kristian itu sendiri.

(B) Jika TIDAK MATI,maka anda setuju bahawa Quran An-Nisa 4:171 tidak mendukung Trinity yang di imani oleh Kristian dan sekaligus anda mengakui bahawa penebusan dosa adalah dusta.

03 – Ayat yang sama (An-Nisa 4:171) menolak Trinity dalam ayat seterusnya menyatakan,
“….Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan janganlah kamu mengatakan: “TRITUNGGAL”. Berhentilah!, supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Hanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan cukuplah menjadi Pengawal seluruh makhluk-Nya.”
[An-Nisaa’ 4:171]

JADI QURAN TIDAK MENDUKUNG TRINITY DAN MUSLIM TIDAK MEMBENARKAN TRINITY TETAPI CHRISTIAN PRINCE YANG BERDUSTA MENCETUSKAN FITNAH!

CLAIM NO.3
Christian Prince berkata bahawa Jesus adalah tuhan kerana dalam An-Nisa 4:171 juga menyatakan bahawa Jesus ditiupkan ruh dari Allah.

MAB response :
berkenaan Ruhullah,Adam pbuh juga ditiupkan ruh dari Allah. Mari kita baca :
“Maka apabila Aku telah sempurnakan kejadianya dan telah meniupkan ke dalamnya Ruh-Ku,maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud. ”
[Al-Hijr 15:29]

Adam ditiupkan ruh dari Allah sama seperti Jesus ditiupkan ruh dari Allah (An-Nisa 4:171,Al-Anbiya 21:91 dan At-Tahrim 66:12),apakah Adam adalah tuhan???

JADI QURAN TIDAK SALAH TETAPI CHRISTIAN PRINCE YANG BODOH!

RUMUSAN :
* Al-Maidah 5:73 tidak salah apabila mengatakan telah kafirlah orang yang menyatakan bahawa Allah adalah salah satu dari Tritunggal.
* An-Nisa 4:171 tidak menyatakan bahawa Jesus Christ adalah Tuhan dan tidak mengakui bahawa Trinity itu benar.
* Adam pbuh juga ditiup ruh Allah tapi tidak ada sesiapa pun anggap Adam pbuh adalah tuhan.

KESIMPULAN
TIDAK ADA satu dalil pun dalam Quran mengakui kebenaran Trinity dan TIDAK ADA Muslim pun beriman kebenaran Trinity. Setelah kita kaji,analisa dan jawab,maka kita dapati Christian Prince hanya kelihatan bodoh dan terpaksa melakukan penipuan serta fitnah untuk membenarkan kesesatan dan kesalahan Trinity.

Giliran saya bertanya kepada Christian Prince dan Kristian :
– Apa yang kamu makan dalam sehari-harian sehingga kelihatan bodoh dan keras kepala???

Orang-orang Kristian yang mengagumi Christian Prince sebagai hero mereka di abad ini setelah menonton semua video Christian Prince pasti akan berkata,
“wow!sungguh luar biasa Christian Prince…Haleluya….semoga tuhan Yesus memberkati CP..”

Saya,semua saudara muslim yang lain dan sesiapa yang mengetahui hakikat kebenaran hanya akan mentertawakan Christian Prince dan sesiapa yang menjadi Penggemar Tegar Christian Prince yang bodoh itu.

Jesus Christ pbuh TIDAK PERNAH mengajar doktrin Trinity dan Bible anda sendiri TIDAK PERNAH menyebut kata “Trinity” apatah lagi mengajar konsep Trinity dan ini di akui sendiri oleh Christian Prince dalam video beliau tersebut. Doktrin Tritunggal adalah doktrin yang salah sesat kerana tidak pernah diajar mana-mana kitab termasuk dalam Bible.

Firman Allah Azza’Wa’Jalla :
Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam”. Padahal Al-Masih sendiri berkata:” Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim.Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga”. Padahal tiada Tuhan melainkan Tuhan yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”
[Al-Maidah 5:72-73]

pesan Eesa Al-Masih Alaihissalam @ Jesus Christ :
“Jikalau kamu tetap dalam sabdaku,kamu benar-benar adalah muridku.dan kamu akan mengetahui kebenaran dan kebenaran itu akan memerdekakan kamu.”
[John 8:31-32]
– memerdekakan anda dari kekufuran…

pesan Rasullullah Muhammad SAW :
“Terimalah kenyataan itu walau ianya pahit…”

Firman Allah Azza’Wa’Jalla :
“Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap.Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.”
[Al-Isra 17:81]

Tiada Tuhan selain Allah,Jesus dan Muhammad adalah Utusan Allah serta Jibrail Sayyid Malak Al-Qhuwwaan adlaah Ruhul Quddus.

By