Reading Time: 22 minutes

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam. Syukur kepadanya kerana di izinkan Dari-Nya kepada saya untuk membuat artikel ini bagi menjawab tuduhan dari “orang ternama” (saya tidak sebut namanya disini) yang berdakyah ala-ala “Missionaries” yang mengatakan “Jesus BUKAN seorang Muslim”. Tanpa membuang masa, disini saya akan menjawab segala 20 tuduhan tersebut secara SEDERHANA. Semoga bermanfaat….

TUDUHAN NO.1
Jesus tidak pernah mengucap syahadah

Response :
Jesus bersyahadah dalam John 17:3 (kontekstualiti ayat 1-hingga 26)..

Syahadah dari asal kata “syahida” / “yasyhadu” yang bermaksud secara bahasa ialah “Kesaksian kebenaran yang pasti” / “Penjelasan dalam akuan sumpah” dan “Pernyataan dalam kepercayaan”…dalam perikop John bab 17,Jesus berdoa untuk anak muridnya yang mana doa dalamnya ada 04 fasa :
– Kepujian dalam kemuliaan
– Kesaksian dalam kebenaran
– Penjelasan amanah dalam pelaksanaan
– Permohonan dalam pengharapan

JELAS BAHAWA JESUS CHRIST SEORANG MUSLIM!

TUDUHAN NO.2
Jesus tidak pernah berdoa kepada “Allah” tetapi Dia memanggil Tuhan “Bapa”

Response :
– Jesus memanggil Bapa sebagai tuhan dalam Matthew 27:46 dan Mark 15:34. Jesus berdoa kepada Bapa (Matthew 6:7-13 dan Luke 11:1-15) yang mana “Bapa” adalah Allah. Kalimah Allah disebut dalam Ancient Hebrew ialah “YHWH”. huruf “Yodh” dalam Hebrew biasanya sama dengan “Ya” dalam Arabic. Bahkan sebenarnya huruf “Yodh” dalam Hebrew bukan sahaja synonym dengan “Ya” dalam Arabic tetapi juga sama dengan “Alif” dalam Arabic…”Ya” tanpa dua titik bawah dikenali sebagai “Alif maqsura” yang tidak pernah ditasykilkan dengan fathah,kasrah dan dammah…..

“Yodh” bukan sahaja synonym dengan “Ya” tapi juga synonym dengan “Alif”. “Yodh” dalam Hebrew yang menjadi “Alif” dalam Arab ni dikenali sebagai Ghair Mustaq. Maka sebab itu Judah Israel baik dari Masoretic atau Samaritan yang fasih dalam linguastic Ancient Hebrew dan Ijma Ulama’ Arab yang pakar dalam linguastic Semetic Arabic dan 26 dialect Various Arabic bersepakat dengan mengatakan bahawa YHWH adalah sama dengan kalimah Allah. Ini kerana ketika Rabbi Saadia Gaon menerjemahkan TNKH dalam bahasa Arab pada 902 AD,beliau menerjemahkan Tetragramaton YHWH menjadi Kalimah ALLH.

Namun,mengapa Jesus memanggil “Bapa” BUKAN “YHWH” atau “Allah”???. Disini scholars anda sendiri jawab,
“According to Theodore Zahn, the article of faith up until about 250 AD was, “I believe in God, the Almighty.” Between 180 and 210 AD the word ‘Father’ was added before ‘the Almighty’. This was bitterly contested by a number of the leaders of the Church. Bishop Victor and Bishop Zephysius are on record as condemning this movement, since they regarded it an unthinkable sacrilege to add or subtract any word to the Scriptures.”
[John Moffats – The Unitarian View and Christianity]

JELAS BAHAWA JESUS CHRIST SEORANG MUSLIM.

TUDUHAN NO.3
Jesus tidak pernah sujud menghadap Makkah

Response :
Kerana masa era Nubuwwah Jesus,kiblat masih di Baitul Maqdis di Jerussalem. Baitul Maqdis di Jerussalem adalah Kiblat Pertama. Jesus menjelaskan bahawa sampai masa Kiblat bukan lagi di gunung Gerizim (Qibla of Samaritan Jewish) atau di Jerussalem (Qibla of Masoretic Jewish) dalam John 4:21. Maka disini menjelaskan bakal Kiblat di masa akan datang (ketika itu) adalah di Kaabah. Saya tambah lagi penjelasan,dalam Mazmur 5:8 / Mazmur 26:6 / Mazmur 138:2 dan Yehezkiel 44:4 menyatakan Daud dan Solomon sujud menyembah mezbah Baitul Maqdis sebagai kiblat pertama. Jadi mengapa sebab itu Jesus tidak pernah sujud menghadap Kaabah di Makkah.

JELAS BAHAWA JESUS CHRIST SEORANG MUSLIM

04.Jesus tidak pernah menyebut kepentingan Kaabah

Response :
Jesus menjelaskan bahawa sampai masa Kiblat bukan lagi di gunung Gerizim (Qibla of Samaritan Jewish) atau di Jerussalem (Qibla of Masoretic Jewish) dalam John 4:21…maka disini menjelaskan bakal Kiblat di masa akan datang (ketika itu) adalah di Kaabah…Abraham sendiri membina Kaabah dalam Genesis 13:1-18 dan jadikan tempat ibadah dalam Genesis 20:1-8. Mazmur 84:5-10 menjelaskan kepentingan Makkah….

JELAS BAHAWA JESUS CHRIST SEORANG MUSLIM

TUDUHAN NO.5
Jesus tidak pernah berdoa mengulangi perkataan atau frasa yang sama berulang kali (Matthew 6:7)

Response :
Jesus lakukan hal yang sama dalam Matthew 26:36-50 ulangan frasa sebanyak 3x…Ini juga Jesus lakukan hal yang sama dalam Luke 6:7-12. Perbuatan mengulang perkataan dan frasa sama dalam ajaran para Nabi sebelumnya dalam 1 Chronicles 29:9-20 / Deuteronomy 9:11-18 / Numbers 24:7-16 dan 1 Kings 18:21-39. Apakah mereka tidak kenal tuhan atau mahu cakap kami tidak faham sebab tidak dibimbing ruh kudus?

JELAS BAHAWA JESUS CHRIST SEORANG MUSLIM

TUDUHAN NO.6
Jesus tidak pernah berpuasa Ramadhan

Response :
Jesus berpuasa pada Bulan Ke9 (Ramadhan/Kislev) dalam Matthew 4:1-2 / Matthew 6:15-18 dan amalan ibadah Puasa pada bulan ke9 oleh Israel dalam Isaiah 58:1-12 dan Leviticus 16:29-31. Inilah ajaran Islam sebelum syariat Muhammad SAW.

JELAS BAHAWA JESUS CHRIST SEORANG MUSLIM

TUDUHAN NO.7
Jesus tidak pernah berjihad

Response :
Maksud Jihad ialah berjuang. Jesus Christ pbuh sendiri berjihad di Jalan Allah baik dari segi dakwah menyampaikan risalah ajaran tuhan mahupun melalui pedang untuk tegakkan syiar ajaran tuhan dalam Luke 22:35-53 / Matthew 26:51-56 dan Matthew 10:5-34.

JELAS BAHAWA JESUS CHRIST SEORANG MUSLIM

TUDUHAN NO.8
Jesus tidak pernah membenci musuh lawannya malah, dia menyukai orang Roma dan menyembuhkan hamba mereka (Matthew 8:8-10)

Response :
Kami bersetuju dengan ini sebab ini salah satu akhlak para Nabi dalam ajaran Tuhan. Synonym dengan ajaran Muhammad SAW yang mana baginda juga tidak pernah membenci orang kafir :

“Siapa yang membunuh kafir Muahad ia tidak akan mencium bau syurga dan sesungguhnya bau syurga itu tercium dari perjalanan empat puluh tahun”
[Hadith Sahih Bukhari]

“Tidaklah seseorang dari kalian sempurna imannya dan tidak akan sempurna iman sehingga dia mengasihi sesama saudaranya.”
[Hadith Sahih Bukhari]

“Tidak beriman salah seorang di antara kamu hingga dia mencintai untuk saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya sendiri.”.
[Hadith Sahih Bukhari dan Muslim]

“Waspadalah! Sesiapa yang kejam dan keras terhadap minoriti kafir,menyekat hak dan membebankan mereka atau mencuri harta dari mereka,saya akan menjadi pembela kepada orang kafir tentang itu pada hari penghakiman.”
[Hadith Sahih Abu Dawood]

“Dan jika seorang diantara orang-orang musyrikin itu meminta perlindungan kepadamu, maka lindungilah ia supaya ia sempat mendengar firman Allah, kemudian antarkanlah ia ketempat yang aman baginya. Demikian itu disebabkan mereka kaum yang tidak mengetahui.”
[At-Taubah 9:6]

MAKA JELAS SEMUA NABI ADALAH MUSLIM KERANA AKHLAK MEREKA.

TUDUHAN NO.9
Jesus tidak pernah merejam batu

Response :
Jesus memang tidak lagi pernah merejam batu sebagai hukuman dalam Halacha Law sebab dia tidak menjadi Khalifah umat Israel ketika Nubuwwah baginda. Namun Jesus tidak pernah lenyapkan Hukum Torah yang mana Hukum merejam batu ada dalam ajaran Torah. Jesus berkata,

“Janganlah kamu menyangka, bahwa Aku datang untuk meniadakan hukum Taurat atau kitab para nabi. Aku datang bukan untuk meniadakannya, melainkan untuk menggenapinya.”
[Matthew 5:17]
– perkataan “genap” sini ialah maksud penyempurnaan BUKAN pembatalan atau Pelenyapan. makanya kenapa perkataan “menggenapi” distu disebut “fulfilled” dalam English BUKAN “canceled” atau “completed”. Ayat ini mula2 Jesus suda terang menyatakan bahawa dia datang bukan untuk MENIADAKAN Hukum Torah tetapi MENGGENAPINYA. Penggenapan yang dimaksudkan adalah penyempurnaan syariat. Setiap Nabi yang di utuskan Tuhan datang kepada suatu kaum membawa syariat ajaran tuhan. Apabila peredaran zaman dan kekufuran terjadi kepada kaum tersebut,Allah gantikan lagi kepada Nabi yang lain di masa akan datang untuk menggantikan Nabi yang sebelumnya untuk menggenapkan syariat ajaran Tuhan yang disampaikan dari Nabi sebelumnya agar kaum yang kufur atau yang mengalami fatrah kembali kepada ajaran tuhan. Inilah maksud Jesus dalam ayat Matthew 5:17. Dan ini tidak berhenti disitu…kita baca ayat seterusnya,Jesus kata lagi :

“Kerana Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya selama belum lenyap langit dan bumi ini, satu iota atau satu titikpun tidak akan ditiadakan dari hukum Taurat, sebelum semuanya terjadi.”
[Matthew 5:18]
– Disini,jelas lagi kukuh bahawa Jesus datang bukan untuk membatalkan hukum Torah. Selagi Langit dan Bumi masih ada,selagi itulah tidak akan lenyap satu titik dan satu iota dalam Torah.

Jesus ingatkan lagi dalam ayat lain :
“Apakah sebabnya engkau bertanya kepada-Ku tentang apa yang baik?Hanya Satu yang baik. Tetapi jikalau engkau ingin masuk ke dalam hidup, turutilah segala perintah Allah.”
[Matthew 19:16-17]

JADI JELAS BAHAWA AJARAN PARA NABI ITU SAMA DARI TUHAN YANG SAMA…MEREKA SEMUA ADALAH MUSLIM…

TUDUHAN NO.10
Jesus tidak pernah melakukan Haji

Response :
Saya mohon rayuan sangat-sangat kepada anda supaya banyakkan belajar Bible,jangan sekadar imani buta ikut gereja buta-buta. Jesus sendiri melakukan Ziarah (Umrah),Haji dan Tawaf dalam Luke 2:41-43. Disini saya berikan pendukung dari Rabbi Jewish Shmuel Safrai untuk penjelasan lebih terperinci :
– https://torahclass.com/archived-articles/940-featured-article-sp-1323727714

dan pengakuan dari Bible exegess scholars anda sendiri :
– https://www.lookingforgod.com/questions-and-answers/category/40/question/819/

Musa dan Harun melakukan Hajj dalam Exodus 5:1-7 dan Exodus 12:8-14. Solomon melakukan Hajj dalam Proverbs 8:16-27. Ayub melakukan Hajj dalam Job 22:3-14 dan Isaiah melakukan Hajj dalam Isaiah 40:7-22.

Pada masa Nabi Daud,tempat ziarah (Umrah),Hajj dan kiblat solat dipindahkan seperti kita ketahui dalam 1 Tawarikh 15:5-12 dengan membawa tabut ke Jerusalem…..

“The Three Pilgrimage Festivals, known as the Shlosha Regalim (שלושה רגלים), are three major festivals in Judaism — Pesach (Passover),Shavuot (Weeks), and Sukkot (Tabernacles) — when the Israelites living in ancient Israel and Judea would make a pilgrimage to Jerusalem, as commanded by the Torah. In Jerusalem, they would participate in festivities and ritual worship in conjunction with the services of the kohanim (“priests”) at the Temple in Jerusalem.Semitic languages have been, since time immemorial, broad and deep systems of expression where one word’s many variant, but supplementary, meanings all coalesce to a greater understanding of that lexeme. So in this case we have a root which has a form meaning a feast, also meaning a pilgrimage, and in one form meaning to encircle! The Hajj pilgrimage, which is at its core an encircling of the Ka`bah called Tawāf, is concluded with none other than the Feast of the Sacrifice,Eid al-Adha, to commemorate Abraham’s willingness to sacrifice his son at God’s command. Borrowing all these meanings buried in lexica that did not even exist until hundreds of years after the life of the Prophet Muhammad would require no short of a Semitic linguist and Biblical scholar. It should be noted that the Bible itself would not be available until 200-300 years after the passing of the Prophet Muhammad SAW.”
– http://www.jewishencyclopedia.com/articles/6099-festivals#329

JELAS BAHAWA JESUS DAN PARA NABI ISRAEL ADALAH MUSLIM…

TUDUHAN NO.11
Jesus berdoa menghadap ke langit (Mark 6:41)

Response :
Itu tidak menjadi masalah dengan kami. Kami setuju dengan ayat tersebut….kenapa?? Muhammad SAW sendiri berdoa menghadap ke langit…mari kita baca,

“Sering Kami melihat kamu berulang kali menengadah ke langit,maka Kami benarkan kamu berpaling menghadap kiblat yang kamu sukai, maka palingkan mukamu ke arah Masjid Al-Haram; Dan di mana saja kamu berada, maka hadaplah mukamu ke arahnya. Sesungghunya orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Al-Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara perpindahan kiblat ke Kaabah itu adalah perintah yang benar daripada Tuhan mereka dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan.”
[Al Baqarah 2-144]
– ayat ini jelas memberitahu bahawa Muhammad SAW juga berdoa menghadap ke langit…..dan anda harus ingat bahawa,kami (muslim) pun berdoa menghadap ke langit…Ini kerana Allah sendiri katakan,

“Dan kepunyaan Allah timur dan barat,maka kemanapun kamu menghadap di situlah wajah Allah. Sesungguhnya Allah Maha Luas lagi Maha Mengetahui.”
[Al Baqarah 2:115]

tidak menjadi masalah bagi kami jika tidak menghadap kiblat ke arah Kaabah sekalipun sebab itu hanyalah kiblat sebagai titik rujukan dalam mewujudkan perpaduan Ukhuwah dalam ibadah. Maka kami berdoa menghadap ke arah Kiblat pun boleh dan menghadap langit pun boleh.

JADI JELAS BAHAWA JESUS ADALAH MUSLIM…

TUDUHAN NO.12
Jesus minum anggur (John 2:10)

Response :
Apa yang menjadi masalah jika dia minum anggur???. Jesus minum anggur BUKAN arak anggur. Jangan lupa,Wine zaman Jesus BUKAN macam Wine era di zaman abad ke14 hingga kini. Wine zaman Jesus tidak memabukkan. Dalam John bab 2 ayat 10 menyebut “καλὸν οἶνον” yang bermaksud “Good Wine”. Disitu tidak menyebut “Κακό οἶνον” (Evil Wine).

saya tambah point lagi,Dr.Jacqueline Shawn berkata,
“al·co·hol (²l”k.-hôl”, -h¼l”) n.First – Abbr. al., alc. A colorless, volatile, flammable liquid, C2H5OH, synthesized or obtained by fermentation of sugars and starches and widely used, either pure or denatured, as a solvent and in drugs, cleaning solutions, explosives, and intoxicating beverages. Also called ethanol, ethyl alcohol, grain alcohol.Second – Intoxicating liquor containing alcohol.Third – Any of a series of hydroxyl compounds, the simplest of which are derived from saturated hydrocarbons, have the general formula CnH2n+1OH, and include ethanol and methanol.The al- in alcohol may alert some readers to the fact that this is a word of Arabic descent, as is the case with algebra and alkali-al being the Arabic definite article corresponding to the in English. The origin of -cohol is less obvious, however. Its Arabic ancestor was ku¡l, a fine powder most often made from antimony and used by women to darken their eyelids; in fact, ku¡l has given us the word kohl for such a preparation. Muslim Scientists and Chemists came to use al-ku¡l to mean “any fine powder produced in a number of ways, including the process of heating a substance to a gaseous state and then recooling it.” The English word alcohol, derived through Medieval Latin from Arabic, is first recorded in 1543 in this sense. Muslim Scientists and Chemists also used al-ku¡l to refer to other substances such as essences that were obtained by distillation, a sense first found for English alcohol in 1672. One of these distilled essences, known as “alcohol of wine,” is the constituent of fermented liquors that causes intoxication. This essence took over the term alcohol for itself, whence it has come to refer to the liquor that contains this essence as well as to a class of chemical compounds such as methanol.Since Bible does not prove and/or indicates that alleged wine was intoxicant, neither Noble Qur’aan supports biblical account. It is therefore safe to say that it is inconceivable for a great Jesus to act in such contradictory fashion to turn water into intoxicant wine as we know it by proven record that intoxicants alcoholic beverages are responsible of social and moral bankruptcy of western world in form of drunk driving accidental deaths, rape, incest, murder, suicide and more.”
– http://citeseerx.ist.psu.edu/viewdoc/download?doi=10.1.1.537.7287&rep=rep1&type=pdf

Saya berharap anda dan Kristian boleh bezakan antara Ribena dengan Arak Anggur.

JADI DISINI JELAS BAHAWA JESUS SEORANG MUSLIM YANG TAAT AJARAN TUHAN DAN KEKALKAN AJARAN TUHAN TERSEBUT.

TUDUHAN NO.13
Jesus berdoa/beribadat secara tertutup (Matthew 6:5-6)

Response :
Ini kami setuju…tidak ada masalah dengan kami. Sebab Muhammad SAW sendiri mengajar jangan riya’ dalam beribadah :

“Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka.Dan apabila mereka berdiri untuk shalat mereka berdiri dengan malas.Mereka bermaksud riya dengan ibadah di hadapan manusia.Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali.”
[An Nisaa’ 4:142]

JADI JELAS BAHAWA JESUS SEORANG MUSLIM YANG MANA SEMUA AJARAN PARA NABI MENGAJARKAN AJARAN YANG SAMA IAITU ISLAM..

TUDUHAN NO.14
Jesus menafikan amalan mencuci tangan (Matthew 15:2-11)

Response :
Bukan Jesus menolak ajaran mencuci tangan tapi Jesus mempertikai “Complaint” dari mereka sebab mereka melaporkan sesuatu yang remeh dengan cara kritikan yang tidak wajar tetapi tidak ambil perhatian apa yang mereka sepatutnya taati dalam hukum ajaran tuhan yang lain. Apa yang dikatakan dalam Matthew 15:1-6 menceritakan bahawa orang Judah melebihkan ajaran hukum tuhan sehingga menjadi satu tradisi (Bida’ah) namun pada masa yang sama mengenepikan hukum ajaran tuhan yang lain. Mereka mempertikai bahawa anak-anak murid Jesus tidak menyuci tangannya. Kemudian Jesus memberi maklum balas,
“Mengapa kamupun melanggar perintah Allah demi adat istiadat nenek moyangmu?.Sebab Allah berfirman: Hormatilah ayahmu dan ibumu; dan lagi: Siapa yang mengutuki ayahnya atau ibunya pasti dihukum mati.Tetapi kamu berkata: Barangsiapa berkata kepada bapanya atau kepada ibunya: Apa yang ada padaku yang dapat digunakan untuk pemeliharaanmu, sudah digunakan untuk persembahan kepada Allah,orang itu tidak wajib lagi menghormati bapanya atau ibunya. Dengan demikian firman Allah kamu nyatakan tidak berlaku demi adat istiadatmu sendiri.
[Matius 15:3-6]

JADI JELAS DISINI MENUNJUKKAN JESUS SEORANG MUSLIM YANG MEMAHAMI SITUASI DAN FLEXSIBLE

TUDUHAN NO.15
Jesus tidak pernah memberitahu sesiapa untuk mengatakan “SAW” atau “PBUH” mengubah sebutan atau penulisan nama nabi

Response :
Jesus mengajar memberi salam kepada saudara-saudara manusia dalam Matthew 5:43-47. Jesus katakan bahawa tidak cukup sekadar memberikan salam tanpa ada kasih dalam iman terhadap sesama saudara sendiri. Maka inilah makna “Salam” yang sebenar dalam konsep ajaran akhlak iaitu Mengasihi. Jesus mengajar ini secara asas seperti mana kami (muslim) mengasihi para Utusan Allah dari Adam hingga Muhammad dengan menyebut ucapan Kesejahteraan ke atas mereka dengan sebutan “Alahissalam” dan “Sallahu’Alaihi’Wassalam” (untuk Muhammad). Ini menunjukkan kami (Muslim) lebih mengamalkan konsep Kasih yang sebenar sehingga memberi kesejahteraan kepada para Nabi dan Rasul.

Dan berkaitan dengan Salam,Jesus Christ sendiri meminta diselawatkan (blessing)…..mari kita baca,

Dan Aku berkata kepadamu: Mulai sekarang kamu tidak akan melihat aku lagi, hingga kamu berkata: DIBERKATILAH DIA yang datang dalam nama Tuhan!”
[Matthew 23:39]

“Dan orang banyak yang berjalan di depan Yesus dan yang mengikuti-Nya dari belakang berseru, katanya: “Hosana bagi Anak Daud, diberkatilah Dia yang datang dalam nama Tuhan, hosana di tempat yang mahatinggi!”
[Matthew 21:9]

Sintesis Principle dengan ayat2 Luke yang mana dua gospel ini memiliki rantaian hubungan (Isnad) :

“Sesungguhnya rumahmu ini akan ditinggalkan dan menjadi sunyi. Tetapi aku berkata kepadamu: Kamu tidak akan melihat aku lagi hingga pada saat kamu berkata: DIBERKATILAH DIA yang datang dalam nama Tuhan!”
[Luke 13:35]

Kata mereka: “DIBERKATILAH DIA yang datang sebagai raja dalam nama Tuhan, damai sejahtera di syurga dan kemuliaan di tempat yang mahatinggi!”
[Luke 19:38]

Sintesis Principle dengan ayat John sebagai penyalinan kembali dari John :

“Mereka mengambil daun-daun palem dan pergi menyongsong Isa Al Masih sambil berseru-seru: “Hosana! DIBERKATILAH DIA yang datang dalam nama Tuhan, Raja Israel!”
[John 12:13]

Kata “dia” pada ayat tersebut merujuk kepada “Anak Daud (Keturunan Daud)”. “Anak Daud” pada Matthew 21:9 merujuk kepada Eesa Al-Masih @ Jesus Christ pbuh yang dilahirkan oleh Maryam keturunan Daud. Doa hosana tersebut adalah untuk Jesus Christ pbuh @ Eesa Al-Masih Alaihisalam Ibni Maryam.

Apakah maksud HOSANA???….Doa atau pujian???…Mari kita lihat Hosana dalam Perjanjian lama :

אנא יהוה הושיעה נא אנא יהוה הצליחה נא

ānnā’ yəhwâ HWOSI‘AH NA’ ’ānnā’ yəhwâ haṣəlîḥâ nnā’:

“Ya TUHAN, berilah kiranya keselamatan! Ya TUHAN, berilah kiranya kemujuran!”
[Psalm 118:25]

Kita boleh memahami bahawa HOSANA mengandung pengertian seruan doa
“A Hebrew exclamation of praise to the Lord, or an invocation of blessings”
sila rujuk :
– http://www.artikata.com/arti-90566-hosanna.php

mari kita lihat asal kata HOSANA secara jelas dari sumber Wikipedia:

The word hosanna is etymologically derived from the Hebrew הושיעה־נא, hôšî‘âh-nā’ (bacaan howsyi’ahnnaa). Christian usage has come through the Greek Bible, giving it the form ὡσαννά, hōsanná.
– https://en.wikipedia.org/wiki/Hosanna

Kata HOSANNA berasal dari bahasa Hebrew הושיעה־נא, hoʊˈzænə.

Menurut info dari Wikipedia pengertian kata “Hosanna” ada 2 maksud :

Judaism “Hoshana” (הושענא) is a Hebrew word meaning PLEASE SAVE OR SAVE NOW. In Jewish liturgy, the word is applied specifically to the Hoshana Service, a cycle of prayers from which a selection is sung each morning during Sukkot, the Feast of Booths or Tabernacles. The complete cycle is sung on the seventh day of the festival, which is called Hoshana Rabbah (הושענא רבא, “Great Hosanna”). Christianity “Hosanna” (Greek transcription: ὡσαννά, hōsanna) is the CRY OF PRAISE OR ADORATION shouted in recognition of the Messiahship of Jesus on his entry into Jerusalem, Hosanna! Blessed is the one who comes in the name of the Lord! It is used in the same way in Christian praise.
sila rujuk :
– http://en.wikipedia.org/wiki/Hosanna

Makna jelas berbeza kan??? Judah yang empunya kata “Hosanna” memahami sebagai permohonan aka doa sedangkan Christian mengertikan sebagai pujian/ sanjungan. Siapa yang salah,Judah sebagai pengguna No.1 bahasa Ibunda atau Goyyim yang BUKAN Israel tapi pandai-pandai faham dan putar belit dalam tafsiran???

אנא יהוה הושיעה נא אנא יהוה הצליחה נא

ānnā’ yəhwâ HWOSI‘AH NA’ ’ānnā’ yəhwâ haṣəlîḥâ nnā’:

“Ya TUHAN, berilah kiranya keselamatan! Ya TUHAN, berilah kiranya kemujuran!”
[Psalm 118:25]

“We beseech Thee, O LORD, SAVE NOW! We beseech Thee, O LORD, make us now to prosper!”
[Psalm 118:25]

Sila check juga definisi “hosanna” sebelum kedatangan Christianity……

ω κυριε σωσον δη ω κυριε ευοδωσον δη (Septuagint) o kurie SOSON de o kurie euodoson de

“O Lord, save now: O Lord, send now prosperity.”
[Psalm 117:25]
sila rujuk :
– http://www.ecmarsh.com/lxx/Psalms/index.htm

Soalan saya :
– “Save now” @ “selamatkanlah sekarang” bermakna permohonan keselamatan atau pujian???

σωσον SOSON verb – aorist active middle – second person singular sozo sode’-zo: to save, i.e. deliver or protect — heal, preserve, save (self), do well, be (make) whole.

Bandingkan kata σωσον SOSON dalam Mark 15 :30 :

σωσον σεαυτον και καταβα απο του σταυρου

sôson seauton kai kataba apo tou staurou

“turunlah dari salib itu dan SELAMATKAN diri-mu!”
[Mark 15 :30]

Apakah kata “Soson” bermakna permohonan atau pujian???

Apakah saudara masih kurang yakin???. Mari kita lihat dalam Vulgate :

“o Domine salvum fac o Domine prosperare.”

“O Lord, SAVE ME: O Lord, give good success.”
[Psalm 117:25]

save me = “selamatkanlah diriku”

Bermakna permohonan/ doa atau pujian?

Jadi,berdasarkan keterangan saya diatas,kata “Hosanna” bermakna permohonan dilimpahkan keselamatan. Sila check juga pemakaian kata itu pada liturgy of Jewish dan ternyata para patriarch Abraham,Isaac, Jacob, Moses, Aaron, Joseph dan David juga “dihosannahkan” aka di mohonkan keselamatan. sila rujuk :
– http://en.wikipedia.org/wiki/Hoshana_Rabbah

“Hoshanot Today is Hoshana Rabbah, the seventh day of the festival of Sukkot which is also a minor holiday of its own. The name means “The Great Hoshana” or “The Great ‘Please Save Us’!”
– http://velveteenrabbi.blogs.com/blog/2010/09/hoshanot.html

Dari Kamus kata Lexicon: HOSANNA dalam bahasa Aramaic, sebuah seruan doa yang bermaksud : “Selamatkanlah,kumohon”

From the Louw-Nida Lexicon:
“hosanna (an Aramaic expression meaning “help, I pray” or “save, I pray,” but which had become a strictly liturgical formula of praise) a shout of praise or adoration – “hosanna; blessed is the one who comes in the name of the Lord” Mark 11.9; “hosanna in the highest” Mark 11.10; “hosanna to the Son of David” Matt 21:9. Mt 21.9 may also be rendered as “praise to you, Son of David” or “we praise you who are the Son of David” or “…a descendant of David.”

JADI JELAS BAHAWA JESUS MENGAJAR UCAPAN KESEJAHTERAAN DALAM KONSEP KASIH MEMBUKTIKAN JESUS SEORANG MUSLIM. JANGAN LUPA,KATA “ISLAM” DARI ASAL “SALAM” DAN “SILM”

TUDUHAN NO.16
Jesus menganjurkan MEMBACA dari kitab-kitab yang ditulis (Matthew 21:42)

Response :
“Belum pernahkah kamu baca dalam Kitab Suci: Batu yang dibuang oleh tukang-tukang bangunan telah menjadi batu penjuru: hal itu terjadi dari pihak Tuhan, suatu perbuatan ajaib di mata kita.Sebab itu, Aku berkata kepadamu, bahwa Kerajaan Allah akan diambil dari padamu dan akan diberikan kepada suatu bangsa yang akan menghasilkan buah Kerajaan itu.”
[Matthew 21:42-43]

cuba baca ayat ini,apa kaitan dengan kenyataan anda???….ayat ini menjelaskan nubuat :
– diri Jesus yang akan dibuang dari golongan Israel dan akan turun kali ke2
– nubuat bangsa Arab.
– nubuat kedatangan Penutup Segala Nabi dari bangsa yang diberikan Kerajaan Allah itu.

Ayat itu tidak ada kaitan dengan apa yang dinyatakan dari anda. Jesus tidak kata dia mengajar kamu suruh membaca kitab2 yang tertulis tetapi memberitahu dalam penjelasan apa yang tertulis dalam kitab yang lalu. Namun,tidak mengapa…Saya tetap akan layani anda….Muhammad SAW juga mengajar menuntut ilmu,

“Menuntut ilmu adalah fardhu ke atas setiap orang Islam”.
[Hadith Hasan Imam Al-Baihaqi dan At-Thabrani]

“Wahai orang-orang yang beriman!Apabila dikatakan kepadamu,”Berilah kelapangan,maka lapangkanlah, niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan berdirilah kamu, maka berdirilah, niscaya Allah akan mengangkat darjat orang-orang yang beriman diantara kamu dan orang-orang yang berilmu ketinggian derajat.”
[Al-Mujadalah 58:11]

JADI JELAS BAHAWA JESUS SEORANG MUSLIM DAN MENUBUATKAN KEDATANGAN MUHAMMAD DAN KEBENARAN BANGSA ARAB SSERTA JESUS SEORANG PENUNTUT ILMU SEHINGGA DIA MEMBERI PENJELASAN KEPADA ISRAEL YANG TIDAK MEMBACA KITAB2 TERTULIS..

TUDUHAN NO.17
17.Jesus tidak pernah memberi amaran kepada kita bahawa kitab-kitab itu akan rosak, dia berkata mereka tidak akan lenyap (Matthew 24:35 / Matthew 5:17 / Luke 16:29)

Response :
Kami tidak ada masalah tentang ayat Matthew 24:35 / Matthew 5:17 dan Luke 16:29 itu….kenapa??? 03 Sebab :
No.1 – Firman Allah tetap tidak berubah tetapi yang menjadi penyelewengan (Tahreef) ialah Lafzi (Textual) dan Ma’nawi (Tafsir). Firman Allah dari Al-Lafzh’ul Munazzal adalah tidak terjejas. seperti contoh,apabila Allah menyampaikan wahyu “Tuhan itu Satu” sehingga tiba ke peringkat Al-Mafzh Fi Ash-Shudr,lalu manusia menulis dengan mengubah ayat “Tuhan itu dalam kesatuan” dan seterusnya ditafsir ayat yang ditulis itu tersebut dengan tafsiran Trinity. Yang berubah adalah textual penulisan dan tafsir tetapi apa yang Allah sampaikan dari dasar Al-Lafzh’ul Munazzal dalam penyampaian tetap tidak berubah.

No.2 – Walau kitab-kitab dahulu telah berubah,namun tidaklah secara mandatori tetapi secara majoriti…asas Hukum tidak di ubah oleh tangan2 manusia. Seperti contoh 10 Hukum Dasar Torah masih tidak berubah sehingga kini…jelas lagi kuat bahawa Jesus datang bukan untuk membatalkan hukum Torah. Selagi Langit dan Bumi masih ada,selagi itulah tidak akan lenyap satu titik dan satu iota dalam Torah. Maka sebab itu mengapa dalam Quran yang mana menjadi penyempurna segala syariat para Nabi dari Muhammad SAW pun dalam isinya disertakan lagi Hukum Torah,sila rujuk :
– https://www.facebook.com/notes/aleav-nero-ardy/10-hukum-perintah-allah-dalam-al-quran/1312616348773096/

No.3 – Jesus Christ pbuh telah membawa syariat baru iaitu Injeel sebagai penggenapan kepada syariat Torah Musa. Maka sebab itu ada beberapa dalam 613 Mitzvot dalam Torah telah dilonggarkan agar Israel dapat terus kembali kepada ajaran Tuhan namun 10 Hukum Torah dan sebahagian dari 613 Mitzvot dalam Torah yang masih kekal tetap masih di teruskan dalam amalan. Jesus sendiri tahu bahawa Kitab Torah telah di ubah iaitu dalam ayat John 4: 21 apabila seorang wanita bertanya kepada Jesus mengenai kiblat mana yang harus di ikuti. Ini kerana Jesus mengetahui bahawa Torah Samaritan suda tidak lagi sama dengan Torah Masoretic. Ada ayat yang telah di ubah sehingga ada yang berkiblatkan Nablus dan ada yang berkiblatkan Jerussalem…Namun Jesus tidak perlu katakan lagi dengan berbunyi,
“Kitab2 dahulu telah berubah oleh tangan2 Israel yang jahat…” sebab Jesus tahu bahawa Hukum Dasar tidak dikacau dan dia datang untuk memperbaharui syariat yang lalu….Apakah perlu lagi dia memberi amaran???..

JADI JELAS DISINI BAHAWA JESUS ADALAH NABI DAN MESSIAH YANG BERAGAMA ISLAM MEMBAWA SYARIAT INJEEL DAN MENGETAHUI BAHAWA “GENEA” KITABULLAH SETELAH ITU TELAH DI UBAH.

TUDUHAN NO.18
Jesus memulakan Perjanjian Baru (Matthew 26:28)

Response :
mari kita baca,
“Sebab inilah darah-Ku, darah perjanjian, yang ditumpahkan bagi banyak orang untuk pengampunan dosa.”
[Matthew 26:28]

Maksud “Daging dan Darah” pada ayat diatas adalah bermakna “Ajaran dan Didikan” yang telah disampaikan oleh Jesus kepada para pengikutnya seramai 72 orang. Ajaran dari Allah yang diperuntukan untuk umat manusia yang telah disampaikan melalui Jesus tersebut memang akan “ditumpahkan” bagi banyak orang agar sesiapa yang mau “Memakannya dan Meminumnya” akan memperoleh hidup yang kekal di syurga. Memang seorang nabi adalah jalan kebenaran,keselamatan dan hidup bagi umat manusia yang di utuskan kenabian untuknya agar manusia-manusia yg tersesat dari jalan Allah (berdosa) kembali mendapatkan petunjuk dari para Nabi dan memperoleh ganjaran syurga. Dan maksud “Memakan dan Meminum” pada ayat diatas bermaksud “Mengimani dan Mengamalkannya” memang sudah sepatutnya bagi seseorang yang telah beriman kepada para Nabi,ia akan memperoleh hidup yg kekal di syurga. Mempercayai seorang utusan sama halnya mempercayai Tuhan yang mengutus. Menghormati seorang utusan sama halnya menghormati Dia yang mengutus. Tetapi sesiapa yang menyangkal seorang utusan,maka pasti tidak akan memperoleh kehidupan di syurga sebab itu sama halnya mereka telah ingkar risalah2 Rasul yg telah disampaikan kepadanya. Maka dari sini kita akan tahu makna penumpahan darah Jesus adalah hanya mengajarkan ajaran yg berasal dari Allah kepada para pengikutnya.

Jesus Christ pbuh tidak pernah mengatakan bahawa Torah / Nevim dan Ketuvim adalah Perjanjian Lama dan Injeel adalah Perjanjian Baru. Anda perlu faham konsep “Perjanjian” itu dahulu. Hanya Jeremiah sahaja mengatakan bahawa Tuhan akan mengadakan Perjanjian Baru kepada Israel dan Judah dari firman Tuhan sendiri (disampaikan melalui lisan Nabi Jeremiah Alaihissalam dalam Jeremiah 31:28-31). Itu pun bukan bermaksud Tuhan menghapuskan dasar-dasar Perjanjian Lama (membatalkan Hukum Torah) tetapi mengadakan Perjanjian Baru kepada bangsa Israel dan Judah disebabkan mereka adalah bangsa yang telah Allah buat perjanjian seperti mana yang telah Dia firmankan dalam Genesis 17:19 tetapi atas kedegilan keturunan Isaac ini,maka Allah teruskan lagi dengan membuat Perjanjian terhadap bangsa Israel (ini dinyatakan dalam Pengakuan Peter dalam Matthew 16:13-20 / Mark 8:27-30 dan Luke 9:18-20) yang mana selagi taat kepada Tuhan,bangsa mereka akan terus mulia dan diberkati seperti yang dijanjikan oleh Tuhan. Jadi ini bukan bermaksud Allah batalkan Hukum Torah tersebut dengan Perjanjian Baru tetapi sebagai penggenapan dalam syariat ajaran tuhan agar umat Israel dan Judah mudah melaksanakan syariat ajaran yang disampaikan setiap ruang fatrah dalam ketaatan kepada ajaran Tuhan. Sesuai apa yang dinyatakan dalam Quran bahawa bangsa Israel akan melakukan kemungkaran dalam Perjanjian sebanyak 2x (Al-Isra 17:4-8),makanya Allah melaknati bangsa Israel. Atas rahmat Allah,Dia turunkan lagi Utusan-Nya yang terakhir iaitu Muhammad SAW dan kitabullah terakhir iaitu Quranul’Kareem sebagai Perjanjian Terakhir tetapi kali ini bukan lagi dari bangsa Israel.

JADI JELAS BAHAWA JESUS CHRIST SEORANG NABI DAN MESSIAH YANG BERAGAMA ISLAM MEMBAWA AJARAN DARI TUHAN UNTUK RAMAI ORANG DALAM UMAT ISRAEL DENGAN MEMBAWA PERJANJIAN BARU TANDA MAHA PENGASIH-NYA TUHAN KEPADA ISRAEL

TUDUHAN NO.19
Jesus mati di tiang salib (John 2:19-21 / Matthew 27:42)

Response :
Bible anda sendiri kata Jesus tidak disalibkan tetapi Judas yang disalibkan….Apa buktinya Judas Iskariot disalib???dimana dalilnya???saya jawab semuanya….Buktinya ada dalam Bible anda sendiri…Lets check it out :

01 – Bagaimana Judas Iskariot mati???
“Yudas melempar wang itu ke dalam Rumah Tuhan lalu meninggalkan mereka. Kemudian dia pergi menggantung diri.”
[Matthew 27:5]

Bercanggah dengan:
“Yudas membeli sebidang tanah dengan upah yang diterimanya kerana melakukan perbuatan jahat. Di situ dia jatuh lalu mati; perutnya terbelah dan isi perutnya terburai.”
[Act 1:18]

Anda perlu ketahui bahawa Bible anda tidak memiliki Asbabun Nuzul yang mana menjadi sesebuah penyambung dan penjelasan penceritaan dalam sebab turunnya sesuatu ayat. Matthew,Mark dan Luke adalah Synoptic Gospel dan ketiga-tiga gospels ini memiliki Isnad. Namun dalam kisah kematian Judas,hanya Matthew sahaja yang diceritakan tanpa sokongan rantaian dari Mark dan Luke. Ini bermakna,cerita tersebut tidak kuat dasarnya bahkan bercanggah dengan “Gospel of Luke II” (Book of Act) bab 1 ayat 18. Bible yang dianggap akui rasmi sebagai Firman Tuhan oleh pihak Gereja memiliki percanggahan dan percanggahan ini adalah salah satu dari 408/858 percanggahan Bible yang kekal tidak terbantah. Saya memahami ada sebahagian pihak Apologetic Kristian mencuba menjawabnya tetapi masih TIDAK SECARA MUTLAK. Maka point satu ini menjadi langkah pertama bahawa yang disalib sebenarnya adalah Judas Iskariot….dan ini membuka point yang seterusnya….

02 – Penyebutan Judas Iskariot disalibkan secara literal,memang tidak ada namun penubuatannya ada dicatatkan dalam Perjanjian Lama anda mengenai hal tersebut….Disini terang jelas bahawa Judas yang disalibkan dalam nubuat Judas dalam PL :
“Bahkan sahabat karibku yang kupercayai, yang makan rotiku, telah mengangkat tumitnya terhadap aku.”
[Psalm 41:9]

ayat nubuat pengkhianat itu dihubungkan dengan ayat ini :
“Bukan tentang kamu semua Aku berkata. Aku tahu, siapa yang telah Kupilih. Tetapi haruslah genap nas ini: Orang yang makan roti-Ku, telah mengangkat tumitnya terhadap Aku.”
[John 13:18]

Maksud dari “MENGANGKAT TUMIT” tersebut adalah suatu penderhakaan atau sebuah pengkhianatan….Dan ianya telah tergenapi disini :

“Maka datanglah Yudas juga ke situ dengan sepasukan prajurit dan penjaga-penjaga Bait Allah yang disuruh oleh imam-imam kepala dan orang-orang Farisi lengkap dengan lentera, suluh dan senjata.”
[John 18:3]

Mari kita baca pula Amsal bab 21 ayat 1-18,
“Orang fasik dipakai sebagai tebusan bagi orang benar, dan pengkhianat sebagai ganti orang jujur.”
[Proverbs 21:18]

bandingkan dengan ayat :
“sebab TUHAN mencintai hukum, dan Ia tidak meninggalkan orang-orang yang dikasihi-Nya. Sampai selama-lamanya mereka akan terpelihara, tetapi anak cucu orang-orang fasik akan dilenyapkan.”
[Psalm 37:28]

bercanggah dengan ayat ini :
“Kira-kira jam tiga berserulah Yesus dengan suara nyaring: “Eli, Eli, lama sabakhtani?”* Artinya: /Allah-Ku, Allah-Ku, mengapa Engkau meninggalkan Aku?”
[Matthew 27:46]

Kata kunci “Pengkhianat sebagai ganti orang yang jujur”. Ini bermakna bahawa nubuat penyaliban adalah gagal kerana Tuhan tidak akan tinggalkan orang yang dikasihinya dalam Psalam 37:28 (Jesus dikasihi dalam John 3:16). Jadi point untuk mengatakan Judas Iskariot Si Pengkhianat adalah disalib kerana dia tidak diberkati kasihi. Jadi pilihlah :
(A) Jika anda yakini yang disalibkan adalah Jesus,maknanya nubuat penyaliban dalam Mazmur 37:28 bercanggah dengan Matthew 27:46

(B) Jika anda ragu2 mengenai penyaliban Jesus dan tahu hakikat Judas Iskariot,maknanya Psalm 37:28 serasi dengan Matthew 27:46 ditambah lagi sokongan dalam Proverb 21:18

Dan kita sambung lagi dengan Point Terakhir yang mana menjadi sokongan dari Bible anda sendiri Jesus dinubuatkan dalam PL bahawa dia diselamatkan oleh Tuhan dari Penyaliban.

03 – Mari kita baca dulu Luke 4:9-12 dan Matthew 4:5-10

“Kemudian ia membawa Yesus ke Yerusalem dan menempatkan Dia di bumbungan Bait Allah, lalu berkata kepada-Nya: “Jika Engkau Anak Allah, jatuhkanlah diri-Mu dari sini ke bawah,sebab ada tertulis: Mengenai Engkau, Ia akan memerintahkan malaikat-malaikat-Nya untuk melindungi Engkau,dan mereka akan menatang Engkau di atas tangannya, supaya kaki-Mu jangan terantuk kepada batu.”Yesus menjawabnya, kata-Nya: “Ada firman: Jangan engkau mencobai Tuhan, Allahmu!”
[Luke 4:9-12]

“Kemudian Iblis membawa-Nya ke Kota Suci dan menempatkan Dia di bubungan Bait Allah,lalu berkata kepada-Nya: “Jika Engkau Anak Allah, jatuhkanlah diri-Mu ke bawah, sebab ada tertulis: Mengenai Engkau Ia akan memerintahkan malaikat-malaikat-Nya dan mereka akan menatang Engkau di atas tangannya, supaya kaki-Mu jangan terantuk kepada batu.”Yesus berkata kepadanya: “Ada pula tertulis: Janganlah engkau mencobai Tuhan, Allahmu!”Dan Iblis membawa-Nya pula ke atas gunung yang sangat tinggi dan memperlihatkan kepada-Nya semua kerajaan dunia dengan kemegahannya,dan berkata kepada-Nya: “Semua itu akan kuberikan kepada-Mu, jika Engkau sujud menyembah aku.”Maka berkatalah Yesus kepadanya: “Enyahlah, Iblis! Sebab ada tertulis: Engkau harus menyembah Tuhan, Allahmu, dan hanya kepada Dia sajalah engkau berbakti!”
[Matthew 4:5-10]

Terdapat beberapa point untuk melihat di dalam ayat ini:

1- Bagaimana syaitan disebut dalam Psalm bab 91 mengenai perlindungan Jesus.

2- Bagaimana Jesus mengesahkan bahawa Psalm 91 sememangnya bercakap mengenai baginda sendiri dengan mengatakan “Kitab Suci juga berkata …” (Luke 4:12 dan Matthew 4:7).

3- Seperti yang kita lihat di dalam point di bawah,Psalm bab 91 bukan sahaja mementingkan pencegahan Jesus dari menarik kakinya terhadap tanah. Mari kita baca Psalm 91:1-16 (perhatikan ayat 10-16 dibawah)

“malapetaka tidak akan menimpa kamu, dan tulah tidak akan mendekat kepada kemahmu,sebab malaikat-malaikat-Nya akan diperintahkan-Nya kepadamu untuk menjaga engkau di segala jalanmu.Mereka akan menatang engkau di atas tangannya, supaya kakimu jangan terantuk kepada batu.Singa dan ular tedung akan kau langkahi, engkau akan menginjak anak singa dan ular naga.”Sungguh, hatinya melekat kepada-Ku, maka Aku akan meluputkannya, Aku akan membentenginya, sebab ia mengenal nama-Ku.Bila ia berseru kepada-Ku, Aku akan menjawab, Aku akan menyertai dia dalam kesesakan, Aku akan meluputkannya dan memuliakannya.Dengan panjang umur akan Kukenyangkan dia, dan akan Kuperlihatkan kepadanya keselamatan dari pada-Ku.”
[Psalm 91:10-16]
(Jika Jesus mati di atas salib dan perlu lagi dikebumikan, maka kakinya akan telah ditimbus tanah dan batu-batu di atasnya ketika membawa turun mayatnya,membuang dia di atas lantai dan menanam dia……makanya nubuat Mazmur gagal…)

Dalam Psalm 91: 11-16 dengan jelas dan tidak terbantah sekaligus menyokong Quran surah An-Nisa 4:157 dan Isaiah 52:13 (serta ayat2 yang ditunjukkan di bawah) bahawa Jesus tidak disalibkan dan tidak dibangkitkan dan dia dilindungi dan diangkat oleh Allah. Dalam Perjanjian Baru juga sekali lagi, mengesahkan bahawa Psalm 91 adalah merujuk kepada Jesus Christ pbuh….

– Allah akan mendengar tangisan baginda (Mazmur 91:15) dan akan menyelamatkan dia (Mazmur 91:3).

– Allah akan melindungi dia dengan perlindungan-Nya (Mazmur 91:4).

– Jesus kemudian tidak mempunyai rasa khuatir kepada-Nya (Mazmur 91:5).

– Jesus akan melihat dengan mata sendiri azab orang-orang yang disalibkan (Mazmur 91:8).

– Tiada bahaya atau bencana walaupun akan datang berhampiran Jesus (Mazmur 91:10). Jadi jika Jesus disalib,maka ianya bercanggah kerana Jesus dipukul dan memikul salib sebelum penyaliban.

– Allah akan menurunkan malaikat untuk melindunginya dan mengangkat dia (Psalm 91:11-12-14 dan Isaiah 52:13).

– panggilan Jesus akan didengar, dan dia akan dihantar dan dihormati (Psalm 91:15 dan Isaiah 52:13).

– Jesus ditunda umurnya (minal munzharin) dan turun kali ke2 bukti bahawa dia diselamatkan oleh Allah (Psalm 91:16)

Doa Jesus yang meminta keselamatan juga dinubuatkan dalam Psalm 22:20-21. Jesus telah berdoa penuh dengan hikmat dalam mengharapkan pertolongan Allah. Jika anda bertanya,apakah doa Jesus telah dikabulkan???..mari kita baca Hebrew 5:7 pula,disana jawapannya…

“Dalam hidupNya sebagai manusia, Ia telah mempersembahkan doa dan permohonan dengan ratap tangis dan keluhan kepada DIA, yang sanggup menyelamatkanNya dari maut dan kerana kesalehanNya Ia telah didengarkan.”
[Hebrew 5:7]
– Ayat ini telah cukup menjelaskan bahawa doa Jesus dikabulkan oleh Allah yang mana Jesus berdoa penuh dengan tangisan dan keluhan untuk diselamatkan dari maut..

JADI JELAS BAHAWA JESUS CHRIST SEORANG NABI DAN MESSIAH BERAGAMA ISLAM TIDAK DIBUNUH DAN TIDAK DISALIB.

TUDUHAN NO.20
Jesus rose from the dead (Luke 24:44-48)

Response :
Jika fakta ke19 pun Jesus tidak disalib dan tidak dibunuh,bagaimana dia boleh bangkit dalam kubur???…tetapi tidak mengapa,saya tetap akan jawab.

Matthew 12:38-45 menceritakan bahawa orang2 Taurat dan Farisi meminta suatu tanda dari Jesus dan baginda jelaskan bahawa,
“angkatan yang jahat dan tidak setia ini menuntut suatu tanda.Tetapi kepada mereka tidak akan diberikan tanda selain tanda nabi Yunus.Sebab seperti Yunus tinggal di dalam perut ikan tiga hari tiga malam, demikian juga Anak Manusia akan tinggal di dalam rahim bumi tiga hari tiga malam.”

Yunus dalam perut Ikan selama 3 hari 3 malam…Jesus wafat dan dimakamkan pada petang hari Jumaat (Mark 15:42-47) dan bangkit pada pagi Ahad (1Corinthian 15:4 / Matthew 16:21). Jelas disini bahawa petang Jumaat masuk petang Sabtu dikira sehari dan masuk esoknya pagi,semuanya hanya SEHARI DUA MALAM. Penubuatan penyaliban gagal. Jesus suda berkata,bagaimana Yunus yang 3 hari 3 malam tetap masih hidup,maka begitu jugalah Jesus 3 hari 3 malam tetap masi hidup (digantikan Judas sebagai mayat dalam makam)…Jika Jesus mati,maknanya Jesus berdusta dalam Tanda Yunus.

JADI JELAS BAHAWA JESUS CHRIST SEORANG MUSLIM DAN APA YANG TELAH DINYATAKAN DALAM QURAN MENGENAI JESUS ADALAH BENAR….

BONUS
Saya tambah lagi sedikit hujah fakta ilmiah…Injeel diturunkan dalam bahasa Aramaic Syriac (Suryani) dan Jesus menyebut MUSHLAM synonym dengan Muslim dalam Arab dalam Luke 6:40. Apakah Bible moden kini ada disertakan ayat asli???…..TIDAK ADA..saya wakil Islam tolong berikan ayat asli Injeel,
“Ein talmeed na’leh ‘al rabbo; shekken kal adam she’MUSHLAM yihyeh k’rabbo.”
[Luke 6:40]

“Islam / משלם” ada disebut dalam Luke 23:46,Psalm 37:21,Proverbs 22:27,Job 41:3 dan Isaiah 60:20 dalam ayat asli….

Jesus Christ adalah salah satu Anbiya’Wal’Rasul mengajar :
*05 Rukun Agama
John 17:3-21 / Mathew 26:30-36 / Mark 1:25-35 / Mathew 9:1-14 / Luke 2:1-37 / Matthew 6:1-5 dan Act 10:1-2

*06 Rukun Iman
Mark 12:28-30 / Revelations 7: 11 / Exodus 23:20 / Luke 1:11-13 / Mathew 12:33 & Matthew 13: 41-43 dan Mark 5:28-29

*Dua rujukan kepada Muslim Israel (Islam dizaman syariat Jesus)
Original Gospel : Injeel Yeshua
– Mark 8: 30-35

*Follow the Prophet’s teachings : Sunnah of Yeshua
– John 14:1-15 / Mathew 5:17-47,Matthew 13:57,Matthew 21:10-11 dan Matthew 21:40-45 dan Luke 7:16 serta Luke 24:19

KESIMPULAN :
Eesa Al-Masih Alaihisalam (Arabic) @ Eesa M’sheeka Alaahishylam (Aramaic Syriac) @ Yeshua Ha’Masaha (Hebrew) @ Jesus Christ peace be upon him (English) ADALAH SEORANG NABI DAN AL-MASIH BERAGAMA ISLAM.

KEMBALILAH KE PANGKAL JALAN IAITU ISLAM……..SAKSIKAN KEBENARAN ISLAM

pesan Jesus Christ pbuh,
“Jikalau kamu tetap dalam sabdaku,kamu benar-benar adalah muridku.dan kamu akan mengetahui kebenaran, dan kebenaran itu akan memerdekakan kamu.”
[John 8:31-32]
– memerdekakan anda dari kekufuran…

pesan Rasullullah Muhammad SAW :
“Terimalah kebenaran itu walau ianya pahit..”
[Hadith Sahih Bukhari dan Tirmizi]

Firman Allah Azza’Wa’Jalla kepada anda :
“Telah datang kebenaran dan lenyaplah kebatilan.Sesungguhnya kebatilan itu sememangnya pasti lenyap.”
[Al-Isra’ 17: 81]

“Tiada tuhan selain Allah,Muhammad dan Eesa Al-Masih adalah Utusan Allah serta Jibrail Sayyid Malak Al-Qhuwaan adalah Ruhul Quddus.”

By